| /// |
|
| Search : Kenyataan Sanusi News | Page 1 |
|
Dua warga asing direman bantu siasaran kematian kanak-kanak lima tahun - Mygazette - 27/07 8:09 am # Dua warga asing direman bantu siasaran kematian kanak-kanak lima tahun GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan seorang wanita warga asing direman bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Gelugor, di sini Khamis lepas |
|
Kor Ming tak dihalau seperti Sanusi – Fahmi - Mygazette - 27/07 8:09 am SEREMBAN Kehadiran Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dalam siri kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak memberikan kesan buruk kepada gabungan itu |
|
Tidak berhasrat jadi ahli politik, kalau jadi negarawan saya mahu ??? Ayob .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Tidak berhasrat jadi ahli politik, kalau jadi negarawan saya mahu Ayob Khan KUALA LUMPUR Saya bukan ahli politik |
|
Culik, minta tebusan RM7 juta: Enam suspek didakwa di mahkamah esok - Mygazette - 27/07 8:09 am # Culik, minta tebusan RM7 juta: Enam suspek didakwa di mahkamah esok KUALA LUMPUR - Enam suspek kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta di Petaling Jaya, Selangor, 17 Julai lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pagi esok |
|
Nor Azman mahu pengundi nilai rekod Aminuddin - Mygazette - 27/07 8:09 am SEREMBAN - Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menyeru semua pengundi awal membuat pertimbangan secara rasional dengan menilai prestasi pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum membuat pilihan |
|
Walaupun tiada papan markah, hampir 100 peratus manifesto PH ditunaikan - Mygazette - 27/07 8:09 am # Walaupun tiada papan markah, hampir 100 peratus manifesto PH ditunaikan SEREMBAN - Hampir keseluruhan manifesto yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sejak 2023 telah berjaya ditunaikan walaupun tempoh pentadbiran masih berbaki kira-kira dua tahun |
|
Tunjuk MyKad sahaja tak cukup buktikan jati diri rakyat Malaysia – .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Tunjuk MyKad sahaja tak cukup buktikan jati diri rakyat Malaysia - Fadhli KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sejauh mana konsep "anak Malaysia" yang dibawa pemimpin DAP selari dengan penghayatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bahasa rasmi negara dan sejarah pembentukan Malaysia |
|
MP Sik pertahan Sanusi, sejarah Melayu perlu difahami dalam konteks negara - Mygazette - 27/07 8:09 am # MP Sik pertahan Sanusi, sejarah Melayu perlu difahami dalam konteks negara KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung hakikat sejarah pembentukan negara dan asal-usul bangsa Melayu wajar difahami dalam konteks kenegaraan secara menyeluruh, bukannya dipetik secara terpisah sehingga menimbulkan salah faham atau dijadikan polemik politik |
|
Tuduhan terhadap Sanusi bukan kritikan politik biasa, Pemuda Pas buat .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Tuduhan terhadap Sanusi bukan kritikan politik biasa, Pemuda Pas buat laporan polis Hakikatnya, ucapan Muhammad Sanusi dalam ceramah di Jempol adalah berbeza daripada apa yang didakwa |
|
Dr Sathia akui kesilapan sebut ‘balik’ tapi pertahan laporan .. - Mygazette - 27/07 8:09 am # Dr Sathia akui kesilapan sebut 'balik' tapi pertahan laporan polis terhadap Sanusi SEREMBAN Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr |
|
Lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika sertai pertandingan bola sepak - Sinarharian - 26/07 11:35 pm SEREMBAN - Seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan bola sepak anjuran sebuah parti politik di padang sebuah perumahan di Bandar Ekar Rantau di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada 11.35 pagi.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 45 tahun itu, yang menggalas tugas sebagai penjaga gol, rebah ketika aksi sepakan penalti berlangsung."Siasatan awal mendapati sewaktu kejadian, isteri mangsa turut berada di padang tersebut untuk memberikan sokongan |
|
Dr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasat - Sinarharian - 26/07 9:47 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui terdapat kekhilafan ketika mengulangi petikan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dikaitkan dengan ungkapan perkataan 'balik'.Namun Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pas itu Jumaat lalu berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman."Saya mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan itu dengan menggunakan perkataan 'balik'."Namun saya tidak pernah mendakwa perkataan tersebut merupakan petikan tepat daripada ucapan Muhammad Sanusi."Sebaliknya, apa yang saya bangkitkan ialah maksud tersirat daripada keseluruhan ucapan berkenaan yang boleh difahami oleh pendengar," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, fokus utama laporan polis berkenaan ialah kenyataan Muhammad Sanusi yang menyebut orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu.Katanya, kenyataan sedemikian wajar disiasat pihak berkuasa kerana berpotensi mencetuskan persepsi bahawa kaum lain merupakan ancaman kepada hak dan masa depan orang Melayu."Dalam kenyataan Muhammad Sanusi, beliau ada menyebut frasa 'Takut tanah ni satu hari nanti kita tak tahu, tanah ni siapa punya'."Maksud tersiratnya jelas dan boleh dipersoal.'Pemimpin Pas itu mungkin tidak menyebut perkataan 'balik', tetapi bila dia kata orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu."Naratif itu menggambarkan kaum lain sebagai ancaman kepada hak atau masa depan orang Melayu boleh menjejaskan semangat perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara," katanya.Dr Sathia berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara adil dan profesional mengikut lunas undang-undang, termasuk menentukan sama ada ucapannya sendiri melanggar mana-mana peruntukan undang-undang."Saya menghormati proses siasatan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya.Dalam perkembangan sama, Dr Sathia berkata, istilah 'barua Melayu' dan perbandingan dengan watak 'Buang' dalam filem Sarjan Hassan yang sinonim dengan pengkhianatan turut dilihat melampaui batas kritikan politikIni kerana beliau berpandangan kenyataan itu membawa konotasi bahawa pihak yang berbeza pandangan merupakan pengkhianat kepada bangsa.Jelasnya, kenyataan Muhammad Sanusi itu bukan sahaja berpotensi membangkitkan kebencian dan memperkukuh prejudis, malah boleh mengeraskan sentimen perkauman serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Sebelum ini, Dr Sathia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung ucapannya ketika ceramah di Jempol yang mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan masyarakat Cina dan India perlu 'balik' ke negara asal mereka.Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa Dr Sathia telah memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kedah itu.Susulan kontroversi tersebut, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia pada Ahad. |
|
Bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ditemukan - Sinarharian - 26/07 6:24 pm KANGAR - Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 10.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan semasa sedang melakukan kerja-kerja meracun di kebunnya."Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut."Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut."Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut," katanya.Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini, dan kes masih dalam siasatan lanjut |
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden serangan di Berlin - Kedutaan - Sinarharian - 26/07 5:57 pm KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam insiden serangan ketika sambutan Christopher Street Day di Berlin, Jerman pada Sabtu malam.Perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Berlin pada Ahad.Kedutaan turut menyampaikan rasa simpati kepada mereka yang terjejas akibat tragedi yang menyebabkan seorang maut dan sekurang-kurangnya 16 yang lain cedera."Ingatan dan doa kami bersama mangsa, keluarga mereka serta semua yang terjejas akibat tragedi ini," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan.Kedutaan memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan susulan insiden itu sambil menambah bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +49 (0)30 885749-0 atau e-mel di mwberlin@kln.gov.my.Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), sebuah kenderaan merempuh orang ramai di kawasan Tiergarten, Berlin sejurus selepas 10 malam (waktu tempatan) pada Sabtu (25 Julai), menyebabkan penganjur membatalkan acara Christopher Street Day.Seorang wanita maut manakala 16 yang lain cedera, termasuk tiga yang mengalami kecederaan mengancam nyawa dan lapan cedera parah, sementara polis melancarkan operasi mengesan suspek |
|
Persefahaman BN-PN mula kecoh, kata Amirudin - FMT - 26/07 5:55 pm Naib presiden PKR petik beza pendapat BN dan PN berkait penyertaan Sanusi Nor pada kempen PRN susulan kenyataan kontroversi. |
|
Kewarganegaraan bukan sekadar tunjuk MyKad biru - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 26/07 5:41 pm SHAH ALAM - Menyuarakan semangat kepunyaan atau kebangsaan sebagai rakyat Malaysia tidak cukup sekadar tindakan simbolik memegang kad pengenalan biru semata-mata.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, status kewarganegaraan itu perlu dibuktikan melalui tindakan dan penyatuan terhadap agenda kebangsaan, bukannya sekadar retorik politik.Beliau memberi peringatan bahawa majoriti penjenayah yang berada di dalam penjara atas pelbagai kesalahan ketika ini juga merupakan pemegang kad pengenalan biru."Apa guna kita bercakap berdegar-degar tentang 'saya anak Malaysia', sedangkan DAP masih tegar memperjuangkan sistem pendidikan luar seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengenepikan sistem pendidikan kebangsaan yang ada dalam negara."Apa guna bercakap berdegar-degar mengenai identiti nasional sedangkan suatu ketika dahulu pemimpin DAP pernah menggunakan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan, malah sejarah negara sendiri pun tidak difahami," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang menunjukkan kad pengenalannya baru-baru ini bagi menegaskan identitidan semangat 'Anak Malaysia'.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli turut membangkitkan cadangan pimpinan DAP sebelum ini yang mahu silibus sejarah sekolah ditambah dengan memasukkan peranan parti berkenaan.Selain itu, beliau turut mengungkit tindakan mengubah nama Jalan Temiang di Negeri Sembilan kepada nama pengasas DAP kebangsaan."Adakah negara dan semangat kebangsaan negara ini perlu mengikut acuan dan kehendak DAP?" soalnya.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut mempersoalkan pendekatan dwistandard yang didakwa diamalkan DAP berhubung isu perpaduan dan politik kaum.Jelas beliau, DAP kerap menuduh orang Melayu sebagai perkauman melampau apabila bersatu menolak Pakatan Harapan (PH), sedangkan pada masa sama parti itu menyeru orang bukan Melayu untuk bersatu menyokong koalisi berkenaan."Adakah ini perpaduan sebenar versi DAP?" soalnya lagi. |
|
Jumlah mangsa banjir di Tawau meningkat kepada 362 orang - Sinarharian - 26/07 5:31 pm KOTA KINABALU - Sebanyak 362 mangsa daripada 102 keluarga kini berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan situasi banjir di Tawau, setakat 4 petang ini.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding 335 mangsa daripada 96 keluarga pagi tadi."Mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau," menurut kenyataan itu.Semua mangsa merupakan penduduk dari empat kampung terjejas iaitu Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.Menurut kenyataan itu, tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini.Pemantauan oleh agensi penyelamat terus dilaksanakan di lapangan bagi memantau keadaan semasa, dengan beberapa kawasan kampung terjejas menunjukkan trend penurunan paras air.Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi |
|
BN-PN pact fraying at the seams, says Amirudin - FMT - 26/07 5:30 pm The PKR veep cites differences in opinion between BN and PN over Sanusi Nor's participation in the election campaign after his controversial remarks. |
|
PERKASA tolak naratif mengelirukan status penduduk asal, sejarah pembentukan Malaysia - Sinarharian - 26/07 5:20 pm SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ronnie Liu Tian Khiew yang mendakwa hanya Orang Asli merupakan penduduk asal negara ini manakala etnik lain berasal dari luar, sebagai mengelirukan serta berpotensi menimbulkan salah faham terhadap sejarah pembentukan Malaysia.Pemangku Presidennya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, walaupun isu migrasi manusia boleh dibincangkan dari sudut akademik dan antropologi prasejarah, kenyataan sedemikian tidak wajar dibawa ke ruang politik tanpa konteks yang lengkap.Menurutnya, kenyataan itu bersifat terlalu umum sehingga boleh mengelirukan masyarakat mengenai sejarah negara serta semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan."Tiada siapa menafikan sejarah migrasi manusia |
|
Nicky Liow bukan ahli PKR - Fuziah - Sinarharian - 26/07 4:45 pm SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan tular yang mengaitkan ahli perniagaan dalam buruan, Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow sebagai anggota parti itu.Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, semakan segera telah diarahkan terhadap Sistem Keanggotaan Keadilan susulan penyebaran gambar dan hantaran di media sosial yang mengaitkan individu berkenaan dengan parti tersebut."Hasil semakan mengesahkan bahawa Liow Soon Hee tiada dalam rekod keanggotaan Keadilan |
|
'Enough is enough' - Ahmad Murad gesa akta khusus lindungi asal usul Melayu - Sinarharian - 26/07 4:23 pm SHAH ALAM - Negara memerlukan satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa mana-mana individu atau pihak yang mempersoalkan asal usul orang Melayu sebagai satu kesalahan jenayah.Pandangan itu disuarakan Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual dari Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican.Beliau berkata, negara kini diancam dengan 'Melayu phobia' dan menggesa supaya mana-mana individu atau pihak yang secara khusus mempersoalkan asal usul pribumi Melayu di negara ini diharamkan.Menurutnya, Akta Hasutan tidak mencukupi untuk menangani isu berkenaan."Negara diancam dengan Melayu phobia |
|
Pemuda Pas desak Dr Sathia tarik balik tuduhan, mohon maaf kepada MB Kedah - Sinarharian - 26/07 4:10 pm SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan didesak menarik balik dakwaan yang mengaitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan kenyataan berbaur perkauman dan memohon maaf secara terbuka.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tuduhan kononnya Sanusi pernah menyebut frasa 'Cina balik China, India balik India' adalah dakwaan yang berat, menghasut dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.Beliau menegaskan, Sanusi tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa Sathia ketika berucap dalam ceramah di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini."Tuduhan tersebut amat berat, bersifat menghasut dan cukup berbahaya |
|
Pengiktirafan Mesra Muslim bukan ganti sijil halal - ITC - Sinarharian - 26/07 3:27 pm PUTRAJAYA - Islamic Tourism Centre (ITC) menjelaskan bahawa Pengiktirafan dan Jaminan Pelancongan serta Hospitaliti Mesra Muslim (MFAR) bukan badan pensijilan halal dan tidak menggantikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sebaliknya melengkapkan ekosistem halal negara bagi memenuhi keperluan pelancong Muslim.ITC memaklumkan penjelasan itu dibuat susulan perbincangan di media sosial mengenai penggunaan istilah Mesra Muslim serta persoalan berkaitan skop dan pemahaman konsep berkenaan."MFAR ialah pengiktirafan rasmi yang dibangunkan ITC berdasarkan garis panduan khusus bagi memastikan produk dan perkhidmatan pelancongan memenuhi elemen mesra Muslim tanpa mengubah atau menggantikan keperluan pensijilan halal sedia ada."Skop MFAR merangkumi antaranya penginapan pelancongan, syarikat agensi pelancongan, premis spa dan kesejahteraan serta produk dan perkhidmatan lain dalam ekosistem pelancongan dan hospitaliti," menurut kenyataan itu hari ini.ITC memaklumkan bagi premis yang menyediakan makanan dan minuman, pematuhan terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia merupakan antara elemen diberi perhatian dalam proses pengiktirafan MFAR, dengan pelaksanaannya dibuat menerusi kerjasama rapat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)."Tujuan utama MFAR adalah menyediakan pengalaman pelancongan yang selesa, selamat dan berteraskan prinsip Islam melalui penyediaan kemudahan ibadah, makanan halal serta perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelancong Muslim," menurut ITC.Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan MFAR turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diterima pakai di beberapa destinasi luar negara termasuk Rusia dan Taiwan."Pembangunan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) turut menyumbang kepada pengiktirafan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim nombor satu dunia selama 11 tahun berturut-turut," menurut kenyataan itu.ITC yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 2009 turut memaklumkan pihaknya terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim yang diyakini di peringkat global serta menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih mengenai MFAR melalui saluran rasmi agensi itu |
|
'Jasad Abang Ngah ditemui lengkap, masih pakai beg silang' - Ibu - Sinarharian - 26/07 2:41 pm GUA MUSANG "Alhamdulillah, abang Ngah ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan masih memakai beg silangnya."Demikian luahan ibu kepada mangsa bot terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6 di sini selepas jasad anaknya, Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, ditemukan di tepi sungai itu pada tengah hari Khamis.Rozita Ramli, 47, berkata, dia bersyukur apabila anak kedua daripada lima beradik itu akhirnya ditemukan dalam keadaan sempurna selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak Isnin."Pihak masjid juga ada melakukan solat hajat agar usaha pencarian dipermudahkan."Saya bersama-sama isteri arwah, Nor Aida Sazliza Razali, 25, serta ahli keluarga lain turut menaiki bot ke lokasi dia ditemukan dan dapat melihat sendiri keadaannya ketika itu," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Gua Musang pada Khamis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas pada Isnin lalu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi botnya dijumpai oleh pasukan SAR.Menurutnya, mangsa berjaya ditemukan pada jam 1 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis pada jam 1.53 petang."Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.Operasi SAR yang bermula sejak Isnin itu turut melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan Dabong, Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Dalam pada itu, Rozita turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan operasi pencarian sehingga jasad anaknya berjaya ditemukan |
|
Enam suspek kes culik minta tebusan RM7 juta dituduh esok - Sinarharian - 26/07 2:11 pm KUALA LUMPUR - Enam lelaki akan dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin berhubung kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada Jumaat lepas dan menerima arahan pertuduhan.Menurutnya, seramai enam suspek lelaki tempatan dituduh di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 iaitu menculik untuk wang tebusan."Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara tidak kurang dari 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat."Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Seksyen pada jam 9.30 pagi, 27 Julai (Isnin)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, dua lagi suspek tempatan termasuk seorang wanita dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dengan mengikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi komitmen bahawa tindakan berterusan akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti jenayah terutamanya jenayah kekerasan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat."PDRM juga menyeru masyarakat agar konsisten bekerjasama menyalurkan maklumat dalam membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa," ujarnya.Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang menjadi mangsa culik berjaya diselamatkan polis dalam tempoh 24 jam selepas dilarikan sekumpulan suspek yang menuntut wang tebusan sebanyak RM7 juta di Petaling Jaya 17 Julai lalu.Mangsa diselamatkan menerusi operasi khas JSJ di sebuah unit kediaman di Shah Alam pada jam 1 pagi. |
|
Kenyataan Sanusi: Isu kaum hiris perasaan, tak jejas undi Mohd Sharkar - Sinarharian - 26/07 1:44 pm KUANTAN Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyentuh isu kaum mungkin memberi kesan daripada sudut emosi, tetapi tidak semestinya mempengaruhi corak pengundian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pandangan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah itu tetap menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum."Pada pandangan saya benda itu agak menghiris perasaan. |
|
Negara diancam dengan fenomena ‘Melayu fobia’, Akta Hasutan .. - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Negara diancam dengan fenomena 'Melayu fobia', Akta Hasutan tak cukup KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus bagi memperuntukkan kesalahan jenayah terhadap mana-mana pihak yang bertindak mempertikaikan atau mempersoalkan asal usul orang Melayu di negara ini |
|
Perkasa desak siasatan segera dakwaan pemujaan depan masjid di Melaka - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Perkasa desak siasatan segera dakwaan pemujaan depan masjid di Melaka KUALA LUMPUR Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung rakaman tular yang memaparkan aktiviti didakwa pemujaan di hadapan sebuah masjid di Melaka |
|
Gelap mata tawaran RM15,000 dalam masa dua jam - Mygazette - 26/07 1:37 pm KOTA TINGGI - Seorang wanita mengalami kerugian RM119,599 selepas terpedaya skim pelaburan XM Royal dalam Facebook yang sebenarnya tidak wujud bulan ini |
|
Tiga pelajar sekolah menengah di Ampang ditahan terlibat kejadian buli - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Tiga pelajar sekolah menengah di Ampang ditahan terlibat kejadian buli KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah dekat sini kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang |
|
Kelindan maut, lori sampah terbalik di Tol Bukit Tagar - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Kelindan maut, lori sampah terbalik di Tol Bukit Tagar KUALA LUMPUR - Seorang penumpang maut selepas lori sampah yang dinaiki terbabas hingga terjunam ke dalam gaung dan terbalik di Kilometer 419.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar, semalam |
|
Tersalah jalan, punca pemandu langgar kedai durian dan kereta di Kepong - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Tersalah jalan, punca pemandu langgar kedai durian dan kereta di Kepong KUALA LUMPUR - Gara-gara tersalah memasuki jalan dipercayai menjadi punca sebuah kereta Toyota Corolla terbabas hingga merempuh gerai durian di Jalan Mergastua Kepong Baru di sini, semalam |
|
Pembinaan rumah generasi kedua Felda akan disegerakan – PM - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Pembinaan rumah generasi kedua Felda akan disegerakan - PM KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menyegerakan pembinaan rumah generasi kedua Felda yang tertangguh sekian lama bagi memastikan golongan peneroka mendapat penempatan yang lebih selesa |
|
Eloklah Beliau Sibukkan Diri Tadbir Kedah Tak Perlu Datang N. Sembilan... - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Eloklah Beliau Sibukkan Diri Tadbir Kedah Tak Perlu Datang N |
|
Tiada gag order, Sanusi bebas berkempen di Negeri Sembilan ??? Samsuri - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Tiada gag order, Sanusi bebas berkempen di Negeri Sembilan Samsuri SEREMBAN - Tiada sebarang arahan atau larangan dikeluarkan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada terus berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
Muhyiddin dakwa perselisihan PN-BN sudah dijangka - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Muhyiddin dakwa perselisihan PN-BN sudah dijangka NILAI Perselisihan pandangan antara kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah dijangka susulan kenyataan berbeza antara pemimpin kedua-dua pihak |
|
Polis belum terima laporan pemaju bakar rumah di Kg Chot - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Polis belum terima laporan pemaju bakar rumah di Kg Chot PEKAN - Polis belum menerima sebarang laporan daripada penduduk Kampung Chot, Chenor, Maran mengenai kenyataan bahawa beberapa rumah penduduk telah dibakar oleh pihak pemaju |
|
Keadaan Najib baik, angioplasti belon dan pemasangan stent tak diperlukan - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Keadaan Najib baik, angioplasti belon dan pemasangan stent tak diperlukan KUALA LUMPUR - Keadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini baik selepas menjalani rawatan berkaitan prosedur koronari di Hospital Serdang hari ini |
|
Isu Sanusi: BN tolak perkauman, pertahankan Perlembagaan - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Isu Sanusi: BN tolak perkauman, pertahankan Perlembagaan KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menegaskan persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak bermaksud parti itu akan menggadaikan prinsip perjuangannya |
|
Liyana bidas kenyataan Asyraf Wajdi, KJ - Mygazette - 26/07 1:37 pm KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh media sosial menggambarkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr |
|
MCMC kerjasama dengan PDRM siasat kes hina agama Islam di Facebook - Mygazette - 26/07 1:37 pm # MCMC kerjasama dengan PDRM siasat kes hina agama Islam di Facebook KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kandungan menghina agama Islam yang dimuat naik di Facebook |
|
Enam maut nahas kereta dengan lori 1 tan di Jalan Karak... - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Enam maut nahas kereta dengan lori 1 tan di Jalan Karak Lama PEKAN - Enam maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dengan lori 1 tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh, berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, Bentong awal pagi tadi |
|
Kor Ming tunjuk MyKad, kita semua adalah Anak Malaysia! - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Kor Ming tunjuk MyKad, kita semua adalah Anak Malaysia! SEREMBAN - Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menegaskan tiada mana-mana kaum di negara ini boleh dilabel sebagai pendatang sambil mengangkat kad pengenalannya sebagai simbol bahawa semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mempunyai hak yang sama sebagai warganegara |
|
Kematian kanak-kanak autistik jatuh pangsapuri tidak libat unsur jenayah - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Kematian kanak-kanak autistik jatuh pangsapuri tidak libat unsur jenayah KUALA TERENGGANU - Kematian kanak-kanak perempuan autistik berusia tujuh tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 13, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, dekat sini, hari ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah |
|
Dakwaan KJ tak cerminkan realiti di Negeri Sembilan – Fahmi - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Dakwaan KJ tak cerminkan realiti di Negeri Sembilan - Fahmi JEMPOL Pakatan Harapan (PH), menolak dakwaan Khairy Jamaluddin bahawa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu di Johor sambil menyifatkan kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO itu sebagai pandangan politik yang tidak mencerminkan realiti di Negeri Sembilan |
|
Lelaki hina Nabi Muhammad, Islam direman empat hari - Mygazette - 26/07 1:37 pm # Lelaki hina Nabi Muhammad, Islam direman empat hari JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang pemuda di Iskandar Puteri awal pagi ini kerana menghina agama Islam menerusi hantaran dalam Facebook miliknya |
|
PRU-16 tak diadakan tahun ini, itu hanya pandangan peribadi Tok Mat .. - Mygazette - 26/07 1:37 pm # PRU-16 tak diadakan tahun ini, itu hanya pandangan peribadi Tok Mat - Fahmi JEMPOL Kerajaan menafikan dakwaan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) mungkin diadakan lebih awal seperti dinyatakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan |
|
Kenyataan Sanusi: Jangan manipulasi untuk raih sokongan politik - Syed Ali - Sinarharian - 26/07 1:07 pm KUALA LUMPUR -Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung "Tanah Melayu" telah dimanipulasi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik, sambil menegaskan fakta sejarah tidak wajar dipadam atau dipolitikkan.Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, sejarah negara perlu dilihat secara objektif dan tidak harus dikaburkan semata-mata untuk mengambil hati mana-mana pihak atau memenuhi kepentingan politik.Menurutnya, kenyataan Muhammad Sanusi bahawa "Tanah Melayu" merupakan satu-satunya tanah air orang Melayu perlu dinilai berdasarkan fakta sejarah, bukannya terus dilabel sebagai bersifat politik atau perkauman."Saya tidak nampak bagaimana ucapan Menteri Besar Kedah itu boleh ditafsirkan sebagai berbau politik dan perkauman."Saya juga tidak menyokong atau memihak kepada hujah Muhammad Sanusi, tetapi saya mengajak semua pihak terutama pemimpin Melayu agar tidak mempolitikkan setiap isu secara berlebihan hanya untuk mengambil hati pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Syed Ali menjelaskan, fakta sejarah mengenai kemasukan masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan British bagi memenuhi keperluan ekonomi kolonial pernah diajar dalam buku teks Sejarah dan tidak boleh dinafikan.Beliau berkata, kenyataan Muhammad Sanusi itu sewajarnya dilihat dalam konteks sejarah, bukannya dimanipulasi untuk meraih sokongan politik, termasuk menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Tambahnya, tindakan segelintir pemimpin Melayu yang mengkritik kenyataan berkenaan juga amat dikesali kerana dilihat gagal memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.Syed Ali berkata, mempertahankan hak orang Melayu tidak seharusnya dianggap sebagai satu tindakan berunsur perkauman, sebaliknya perlu dilihat dalam kerangka sejarah serta Perlembagaan negara.Pada 24 Julai lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia merupakan satu-satunya Tanah Melayu yang menjadi tempat orang Melayu, manakala kaum lain mempunyai negara asal masing-masing seperti India dan China.Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata demikian ketika Ceramah Perdana Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersempena dengan PRN Negeri Sembilan di Jempol.Bagaimanapun, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menerima reaksi pelbagai dalam kalangan pemimpin politik termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam turut mengingatkan semua pemimpin parti politik agar tidak menyentuh soal etnik, agama, budaya dan latar belakang kaum lain bagi mengelakkan salah faham serta menjejaskan keharmonian masyarakat.Tegasnya, Malaysia dibina atas kepelbagaian kaum dan budaya, justeru setiap pihak perlu saling menghormati.Sementara itu, Muhammad Sanusi pada Sabtu mempertahankan kenyataannya mengenai "Tanah Melayu", mendakwa ia telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk tujuan politik |
|
BN tolak perkauman, 'politik ketakutan' Zambry - Sinarharian - 26/07 12:26 am SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) menolak tegas sebarang kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman serta 'politik ketakutan' yang dimainkan pihak tertentu demi membina tembok pemisah antara kaum di negara ini.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, gabungan politik pelbagai kaum itu tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia mahupun menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat."Selepas hampir tujuh dekad negara mencapai kemerdekaan, amalan politik yang memecah-belahkan rakyat mengikut asal usul kaum sudah tidak mempunyai tempat dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mengulas lanjut, Zambry membidas naratif politik ketakutan yang menggambarkan kononnya nasib sesuatu kaum akan terancam sekiranya kerjasama politik parti tertentu memegang tampuk pemerintahan negara.Tegas beliau, pendekatan politik sedemikian amat berbahaya kerana ia mengundang rasa curiga, prasangka dan kebencian dalam kalangan masyarakat.Dalam pada itu, BN turut memberikan penegasan berhubung persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan."Kerjasama politik berkenaan tidak sekali-kali bermaksud BN menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima naratif politik mana-mana pihak, sebaliknya BN kekal berdiri teguh atas prinsip sendiri," katanya.Beliau menambah, BN telah membuktikan selama lebih enamdekad bahawa Malaysia mampu dibangunkan atas asas perkongsian kuasa, saling menghormati dan kesederhanaan, yang menjadi kekuatan utama gabungan itu dalam memelihara kestabilan, keharmonian serta kemajuan negara.Sehubungan itu, BN komited untuk terus menawarkan politik kesederhanaan, kestabilan dan perpaduan, di samping mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta formula kenegaraan asal.Formula itu meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, memelihara institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin hak-hak sah seluruh warganegara Malaysia."Barisan Nasional menolak golongan yang membina tembok perkauman dan meniupkan politik ketakutan."BN akan terus mengekalkan kepimpinan yang membina jambatan perpaduan, mengukuhkan keyakinan rakyat dan menawarkan masa depan yang dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia," tambahnya. |
|
PBN sekadar mudahkan sebutan, bukan nama rasmi - Saifuddin - Sinarharian - 26/07 12:09 am SHAH ALAM - Cadangan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin memperkenalkan Perikatan Barisan Nasional (PBN) hanyalah untuk memudahkan sebutan terhadap kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Setiausaha Agung Wawasan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, idea spontan tersebut bukanlah nama rasmi untuk penubuhan gabungan baharu."Dalam satu satu ceramahnya untuk memenangkan calon-calon BN dan PN dalam PRN Negeri Sembilan ini, Hamzah mengatakan 'oleh kerana ada yang tersasul menyebut, mungkin elok digunakan satu nama yang menggabungkan kedua-duanya'.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin"Beliau tidak kata ini nama rasmi, sekadar memudahkan, jadi beliau sebut PBN |
|
Pelan Strategik Keterjaminan Makanan Labuan dilancar perkukuh sistem bekalan makanan - Sinarharian - 26/07 11:59 am LABUAN - Wilayah Persekutuan Labuan melancarkan Pelan Strategik Keterjaminan Makanan Wilayah Persekutuan Labuan 20262030 sebagai dokumen hala tuju bagi memperkukuh sistem makanan wilayah itu untuk tempoh lima tahun akan datang.Pelancaran pelan strategik itu diadakan bersempena program Road to MAHA Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung selama empat hari bermula 23 hingga 26 Julai di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Perdana Menteri (JPM), program itu dirasmikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.Menurut kenyataan itu, Road to MAHA adalah kesinambungan kepada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 akan berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, dari 28 Ogos hingga 6 September dengan tema Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.Katanya, pemilihan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai salah satu lokasi penganjuran adalah bertepatan dengan kedudukan geografinya yang berdepan pelbagai cabaran dalam rantaian bekalan makanan."Pada masa ini, kira-kira 90 peratus bekalan makanan Labuan diperoleh dari Sabah, manakala hanya 10 peratus dihasilkan di peringkat tempatan," menurut kenyataan itu pada Ahad.Sempena majlis perasmian, Mohamad turut melancarkan Pelan Strategik Keterjaminan Makanan Wilayah Persekutuan Labuan 20262030 yang menggariskan strategi, inisiatif dan pelan tindakan bagi memperkukuh sistem makanan Labuan untuk tempoh lima tahun akan datang.Majlis itu turut menyaksikan penyampaian geran dan insentif pertanian kepada kumpulan sasar berjumlah RM2,236,445, selain sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik bagi Pembangunan Industri Tuna dan Ekosistem Pemprosesan Makanan Laut di Wilayah Persekutuan Labuan.Turut diadakan penyampaian Watikah Pelantikan Penyelaras Pavilion Negeri MAHA 2026 bagi Negeri Sarawak dan Jabatan Wilayah Persekutuan.Hadir sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Anak Utom serta Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar.Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman; Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Pengarah JWP, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain; serta pegawai kanan KPKM, JWP.Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, penganjuran Road to MAHA Labuan menjadi platform advokasi bagi meningkatkan kesedaran bahawa usaha memperkukuh keterjaminan makanan merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen kerajaan, industri dan masyarakat.Program turut mengetengahkan pelbagai pengisian menerusi beberapa zon pameran, antaranya Zon Keterjaminan Makanan dan Inovasi, Zon Penternakan Moden, Zon Akuakultur dan Industri Tuna, Zon Agropelancongan dan Budaya, Zon Usahawan PKS dan Belia serta Empayar Makanan Labuan. |
|
JIM Sabah nafi dakwaan depot sesak hingga tahanan meninggal dunia - Sinarharian - 26/07 11:11 am KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tampil menafikan dakwaan depot tahanan di negeri ini dalam keadaan sesak sehingga menyebabkan ramai tahanan warga Filipina meninggal dunia.Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial itu."JIM Sabah ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan."Gambar-gambar yang tular di media sosial tersebut bukan merupakan gambar yang merujuk kepada mana-mana depot tahanan imigresen di bawah seliaan JIM Sabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya lagi, semua tahanan warga Filipina yang ditempatkan di depot tahanan imigresen Sabah berada dalam keadaan baik sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal."Sepanjang tempoh tahanan, semua penghuni depot diberikan layanan dan perlindungan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi yang berkuat kuasa."Tahanan turut diberikan kemudahan asas termasuk penyediaan makanan mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi menu dan ketetapan nutrisi yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut keperluan orang dewasa dan kanak-kanak."Selain itu, tahanan turut diberikan akses kepada rawatan perubatan apabila diperlukan serta keperluan asas lain mengikut keperluan," katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa proses penghantaran pulang tahanan warga Filipina melalui operasi kapal dari Sandakan ke Zamboanga, yang sebelum ini merupakan laluan utama repatriasi, telah digantung operasinya oleh pihak berkuasa negara tersebut sejak Februari 2026."Keadaan ini telah memberi kesan kepada kelancaran proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal."Bagi memastikan proses repatriasi terus dilaksankan, JIM Sabah menggunakan laluan alternatif iaitu melalui penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manila serta laluan laut dari Lahad Datu ke Bongao."Bagaimanapun, pelaksanaan penghantaran pulang melalui laluan alternatif ini adalah tertakluk kepada persetujuan keluarga tahanan untuk menanggung kos perjalanan berkenaan," katanya.SH Sitti Saleha berkata, JIM Sabah sentiasa komited untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan semua tahanan terus terpelihara di samping melaksanakan proses penghantaran pulang mengikut undang-undang, prosedur yang ditetapkan serta kerjasama erat dengan pihak berkuasa Republik Filipina."Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat, gambar atau kandungan yang tidak sahih dan mengelirukan."Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat yang tepat hanya melalui saluran rasmi JIM," katanya. |
|
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI - Sinarharian - 26/07 9:42 am IPOH -Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diserang dan diugut ketikamengeluarkan notis kompaun di Jalan Pengkalan Barat 35, di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek yang berusia 42 tahun dipercayai bertindak agresif dengan cuba melanggar mangsa menggunakan kenderaan, mengekori, menarik bahagian leher baju mangsa serta mengeluarkan ugutan.Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan susulan kejadian berkenaan telah membuat laporan polis."Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah berjaya menahan suspek pada 25 Julai, kira-kira 12.40 tengah hari bagi membantu siasatan."Permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan |
|
Kereta tersalah masuk laluan, rempuh gerai durian - Sinarharian - 26/07 8:02 am KUALA LUMPUR Sebuah kereta dipercayai tersalah memasuki laluan menjadi punca kemalangan apabila terbabas lalu merempuh gerai durian di Jalan Mergastua Kepong Baru di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 malam itu, sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta Honda City.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, akibat pelanggaran itu, kereta Toyota Corolla terbabas ke bahu jalan dan merempuh khemah gerai durian."Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pemandu kedua-dua kenderaan mahupun orang awam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Suffian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakam percakapan pemandu yang terlibat, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian serta mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. |
|
Malaysia a homeland and not a place of transit, says Azalina - FMT - 26/07 12:11 am Umno information chief Azalina Othman Said reminds PN election director Sanusi Nor that the constitution guarantees the rights and status of every citizen regardless of ancestry. |
|
Kenyataan Sanusi cermin sikap Pas pecah belahkan rakyat - Fahmi - Sinarharian - 25/07 11:57 pm JEMPOL - Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyentuh isu kaum, mencerminkan sikap sebenar pimpinan Pas yang sering memainkan sentimen perkauman dan memecahbelahkan masyarakat.Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, politik sedemikian tidak sepatutnya diamalkan, sebaliknya ahli politik perlu menggalakkan perpaduan serta memahami kepelbagaian rakyat di negara ini."Kenyataan beliau mencerminkan satu sikap yang agak meluas dalam Pas |
|
'Hubungan BN-PN ketika ini dibina atas dasar persefahaman baik' - Zahid - Sinarharian - 25/07 11:13 pm PORT DICKSON Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) semakin longgar hanyalah satu telahan politik.Menurut beliau, setiap pihak berhak mengemukakan pandangan masing-masing, namun hubungan antara BN dan PN ketika ini dibina atas dasar persefahaman yang baik dan akan dinilai rakyat menerusi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini."Itu pandangan beliau tetapi kami mempunyai persefahaman yang penting dan kita akan lihat keputusannya pada 1 Ogos nanti."Apa pun telahan yang dibuat oleh beliau dan tanggapan itu adalah hak beliau tetapi kami telah membina keserasian dan kita akan terjemahkan keserasian ini dengan keputusan yang akan kita sama-sama lihat pada 1 Ogos ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kaum India Negeri Sembilan di Lukut di sini Sabtu.Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang sudah menjangkakan hubungan kerjasama BN dan PN semakin longgar susulan beberapa kenyataan pemimpin kedua-dua gabungan berkenaan.Sementara itu, mengulas dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun bahawa manifesto PN sekadar meniru manifesto PH, Ahmad Zahid berkata, isu sama tidak sepatutnya dijadikan polemik politik.Sebaliknya, beliau menjelaskan manifesto BN Negeri Sembilan merupakan dokumen yang dibangunkan sejak sekian lama dan sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa."Tidak timbul soal 'copy-paste' kerana daripada 2004 hingga 2018 manifesto itu telah kami garapkan dan ini dilakukan untuk menambah baik daripada apa yang telah sedia ada."Kita tidak mahu apa yang mereka lakukan di Johor tidak dianggap sebagai 'copy-paste', tetapi apabila kami melakukannya pula dituduh sedemikian," katanya.Menurut beliau, matlamat utama BN adalah memastikan agenda pembangunan yang pernah dirancang dapat diteruskan selepas tidak berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum 2018."Sebenarnya kami mempunyai tujuan yang sama iaitu melakukan kesinambungan terhadap agenda yang tergendala apabila kami tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan pada tahun 2018."Maka Datuk Seri Mohamad Hasan berhak sebagai untuk meneruskan kesinambungan agenda ini |
|
'PN tiada halangan Sanusi datang berkempen di Negeri Sembilan' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 25/07 11:09 pm SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) tiada halangan untuk mana-mana individu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk datang berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiranMuhammad Sanusi bagi membantu kempen bergantung kepada kelapangan beliau sendiri."Sama dengan saya, kami berdua adalah Menteri Besar, selain kempen politik masih lagi ada tugas di negeri."Tapi kita tiada halangan kepada sesiapa pun untuk datang berkempen dan saya percaya bergantung kepada Sanusi sama ada beliau dapat datang lagi atau tidak selepas ini," katanya selepas Melancarkan Manifesto PN Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyarankan supaya Muhammad Sanusi tidak lagi datang ke Negeri Sembilan untuk berkempen.Ia selepas Pengarah Pilihan Raya PN itu dilaporkan memberi ucapan yang didakwa agak sensitif apabila dilaporkan menyebut, "Cina ada China, India ada India, Melayu hanya Tanah Melayu" ketika berkempen di Jempol baru-baru ini.Ditanya sama ada cara ucapan Muhammad Sanusi itu boleh memberi kesan kepada sokongan pengundi bukan Melayu, beliau berkata, Menteri Besar Kedah terbabit telah pun memberikan penjelasan."Saya rasa kita kena jelas apa yang sebenarnya disebut oleh beliau dan beliau akan menyaman mana-mana pihak yang memesongkan fakta yang disebut oleh beliau," katanya.Dalam pada itu ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah PRN Negeri Sembilan Parti Wawasan Negara, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan disingkirkan daripada PN, Ahmad Samsuri menjelaskan, bukan kuasanya sebagai Pengerusi PN untuk membuat keputusan, tetapi itu adalah kuasa bersama muafakat dalam PN. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |