///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Kabinet News   Page 1    



Tawar letak jawatan; Anwar mahu jumpa Anthony Loke - Mygazette - 21/09 7:53 am

"Anthony baru bermesyuarat semalam, dia ada maklum kepada saya dan akan bawa surat dan berbincang dengan saya," tambahnya. Ditanya sama ada kemungkinan berlaku rombakan Kabinet susulan perkembangan terkini tersebut, Anwar bagaimanapun secara ringkas menjawab: "Satu-satulah"





DAP jangan buat drama tak keluar Kabinet, tuding jari pada UMNO... - Mygazette - 21/09 7:53 am

# DAP jangan buat drama tak keluar Kabinet, tuding jari pada UMNO Mutalif KUALA LUMPUR - DAP disifatkan sebagai parti yang flip-flop apabila sebelum ini memberi gambaran mahu mengambil tindakan terhadap kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak, namun akhirnya hanya Anthony Loke menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan





Hairi sangkal Sheikh Umar, DAP tak perlu atur UMNO, jaga parti sendiri .. - Mygazette - 21/09 7:53 am

Mereka yang disebut itu berdiri di atas landasan, perjuangan dan kepimpinan parti yang sama, katanya. Terdahulu, Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan individu yang sepatutnya meletakkan jawatan daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan ialah Ahmad Zahid, bukannya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke





Kuota Menteri Pengangkutan kekal milik DAP atau dilepaskan? - Mygazette - 21/09 7:53 am

Semalam, Anthony Loke menawarkan diri meletakkan jawatan selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, menteri dan timbalan menteri DAP lain kekal dalam Kabinet atas alasan kestabilan politik





Zahid yang patut letak jawatan, bukan Anthony Loke - Mygazette - 21/09 7:53 am

Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berpendapat, ini kerana Zahid didakwa telah memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru ini. "Zahid juga dilihat mempertikaikan beberapa dasar kerajaan termasuk Budi95, sedangkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan sebahagian daripada Kabinet yang membuat keputusan berkaitan dasar berkenaan





Isu Anthony Loke: NGO gesa kerajaan serah mandat pada rakyat - Mygazette - 21/09 7:53 am

Sehubungan itu, beliau menegaskan, jalan paling bermaruah dan berdemokratik adalah dengan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara. "Jika mereka sendiri tidak sehaluan, bagaimana mereka mahu menyatukan rakyat? Biarlah rakyat yang menentukan semula masa depan negara melalui peti undi, bukannya melalui perebutan kuasa di dalam bilik mesyuarat Kabinet," ujarnya pada sidang media di sini hari ini





Kor Ming, Gobind antara nyata hasrat lepas jawatan Kabinet dalam mesyuarat .. - Mygazette - 21/09 7:53 am

# Kor Ming, Gobind antara nyata hasrat lepas jawatan Kabinet dalam mesyuarat CEC KUALA LUMPUR Beberapa pemimpin DAP lain termasuk Pengerusi Kebangsaan Gobind Singh Deo dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan Nga Kor Ming, dilaporkan turut menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet ketika mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAPsemalam





Pengampunan Najib apakah disengajakan? - Msomelayu - 20/09 8:26 pm

Loke berkata beliau sendiri mencadangkan supaya hanya beliau yang berundur, manakala menteri dan timbalan menteri DAP yang lain terus kekal dalam kerajaan. Dalam kabinet DAP mempunyai lima menteri dengan tujuh timbalan menteri





Rombakan Kabinet: Satu-satulah, kata PM - Mkini - 20/09 8:06 pm

PM kata akan dengar pandangan SU agung DAP itu sebelum buat keputusan.





Anwar mahu dengar penjelasan Anthony Loke - Sinarharian - 20/09 6:36 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu terlebih dahulu mendengar pandangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung pendiriannya mahu melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pendapat Ahli Parlimen Seremban itu penting memandangkan isu berkaitan usaha membanteras rasuah melibatkan prinsip yang selama ini ditegaskan kerajaan."Saya dimaklum (mengenai peletakan jawatan), dia dah maklum kepada saya



[TERKINI] "Rombakan Kabinet menyusul? Satu-satulah - PM Anwar - Astroawani - 20/09 6:30 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.





Loke pilih jawatan dia sendiri. - Wrlr - 20/09 5:30 pm

Bab 22 cabutan khas judi dulu, PAS berkali-kali kata mereka bukan pihak yang bersetuju. Takiyuddin Hassan kata perkara itu tidak pernah dibawa untuk keputusan Kabinet, malah wakil PAS dikatakan membuat bantahan selepas mengetahuinya





Anthony Loke Letak Jawatan? Tapi Siapa Sebenarnya Yang Patut Lakukan? - Wrlr - 20/09 4:57 pm

Pertikai Budi95. Sedangkan beliau dalam kabinet yang sama





PM patut pecat Zahid dari kabinet - Sheikh Umar - Mkini - 20/09 3:32 pm

Zahid malukan dan perlekeh Anwar sedangkan dia TPM, dakwa pemimpin DAP itu.





Bubar Parlimen, biar rakyat tentukan kerajaan - UMNO Kedah - Sinarharian - 20/09 3:27 pm

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat menentukan sendiri kerajaan yang mereka mahukan, kata Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri.Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah itu berkata, tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan hanya menambah kekusutan politik negara di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.Menurutnya, rakyat ketika ini sudah letih dengan perkembangan politik yang didakwa berlebihan, terutama ketika berdepan tekanan kos sara hidup."Tindakan terbaik PMX sekarang adalah bubarkan Parlimen, biar pengundi tentukan kerajaan yang mereka mahukan."Biar rakyat tentukan sama ada mereka dapat menerima dasar dan polisi Madani atau mahu dipimpin kerajaan lain," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada Sabtu, media melaporkan Anthony menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Anthony dilaporkan berkata, beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada Anwar dalam masa terdekat.Mengulas perkara tersebut, Syed Mohd Johan Rizal berkata, Kerajaan Madani didakwa semakin sukar dipertahankan sekiranya perkembangan politik seumpama itu berterusan sehingga tamat penggal.Katanya, keadaan berkenaan turut dibimbangi memberi kesan kepada ekonomi negara, reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa serta kualiti hidup rakyat."PMX harus jadikan langkah DAP sebagai penamat terhadap kekusutan politik negara," ujarnya.Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan DAP berhubung tawaran peletakan jawatan Anthony, sedangkan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu masih kekal dalam Kabinet.Beliau turut mempersoalkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang sebelum ini dikaitkan dengan kenyataan mengenai peletakan jawatan sekiranya Najib mendapat pengampunan."Kenapa tidak seluruh anggota Kabinet DAP lepaskan jawatan, kenapa Kor Ming juga tidak lepaskan jawatan."Kor Ming yang membuat kenyataan letak jawatan jika Najib Razak diampunkan, tetapi Anthony yang berkorban, manakala menteri DAP lain terus kekal dalam Kabinet," katanya lagi.Beliau turut mempersoalkan sama ada tawaran peletakan jawatan Anthony itu akan benar-benar membawa kepada pengunduran daripada Kabinet.Menurutnya, Anthony masih belum meninggalkan Kabinet, sebaliknya hanya akan menawarkan peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri."Jika tawaran itu ditolak (oleh PM), Anthony kekal, Kor Ming kekal dan semua menteri DAP terus memegang jawatan."Maka ini peletakan jawatan atas prinsip atau sekadar surat tawaran yang dirancang untuk ditolak," katanya lagi.





Cadangan gubal Akta Tahanan Rumah sasar tahanan reman, bukan kes jenayah... - Mygazette - 20/09 2:51 pm

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu membolehkan tahanan reman yang memenuhi syarat ditempatkan di rumah dan dipantau menggunakan peranti elektronik sehingga tarikh perbicaraan, tertakluk kepada pertimbangan mahkamah. Jelasnya, secara dasarnya, Kabinet juga telah memberikan persetujuan kepada KDN untuk memulakan proses penggubalan undang-undang ini





Tindakan Anthony Loke didakwa untuk jaga kelangsungan DAP - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# Tindakan Anthony Loke didakwa untuk jaga kelangsungan DAP KUALA LUMPUR - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Antony Loke menawarkan peletakan jawatan dalam Kabinet, didakwa sebagai tindakan hipokrasi untuk menjaga kelangsungan parti





Jabatan Penjara tunggu surat rasmi keputusan Lembaga Pengampunan – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm

Beliau berkata berdasarkan keputusan terdahulu itu, Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 sekiranya denda RM50 juta dibayar, manakala jika denda berkenaan tidak dibayar, tarikh pembebasan ialah 23 Ogos 2029. Katanya Malaysia pada ketika inibelum mempunyai undang-undang khusus mengenai tahanan rumah namun kementeriannya telah memperoleh persetujuan secara dasar daripada Kabinet untuk memulakan proses menggubal Rang Undang-Undang Tahanan Rumah, khususnya bagi menangani isu kesesakan penjara membabitkan tahanan reman





Amanah Kawasan Kubang Pasu Lulus Usul Desak PMX Singkir Umno Dari Kabinet .. - Denyutreformasi - 20/09 2:26 pm

Mesyuarat Tahunan 2026 AMANAH Kawasan Kubang Pasu meluluskan usul mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya segera menilai semula komposisi Kabinet, termasuk kedudukan wakil UMNO/BN dan parti bersekutu dalam Kerajaan Madani, susulan perkembangan serta pendirian politik UMNO kebelakangan ini





Ahmad Zahid sepatutnya letak jawatan, bukan Anthony Loke - Naib Pengerusi DAP Johor - Sinarharian - 20/09 2:17 pm

KOTA TINGGI Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya meletakkan jawatan berbanding Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.Beliau berkata, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri didakwa telah memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.Menurutnya, Ahmad Zahid juga dilihat mempertikaikan beberapa dasar kerajaan termasuk Budi Madani RON95 (BUDI95), sedangkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan sebahagian daripada Kabinet yang membuat keputusan berkaitan dasar berkenaan."Sebenarnya ramai yang tidak setuju sewaktu mesyuarat CEC





PM akan putus terima atau tidak peletakan jawatan Anthony Loke – Khaled Nordin - Utusan - 20/09 1:26 pm

KOTA TINGGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan sama ada hendak menerima atau tidak peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang diumumkan semalam. Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut walaupun sama-sama berada dalam jemaah Kabinet





Akta Tahanan Rumah dicadang khusus untuk tahanan reman, tangani isu kesesakan penjara - Saifuddin - Sinarharian - 20/09 11:34 am

Misalnya, kita sekarang ini ada 41 penjara, tetapi penghuni penjara sekarang dalam 93,000. Kapasiti penjara kita 75,000 orang," katanya.Beliau berkata, sekiranya rang undang-undang berkenaan diluluskan, mahkamah boleh mempertimbangkan penempatan tahanan reman yang memenuhi syarat di rumah dengan pergerakan mereka dipantau menggunakan peranti elektronik sehingga tarikh perbicaraan.Saifuddin Nasution berkata, Kabinet juga telah memberikan persetujuan secara dasar kepada KDN untuk memulakan proses menggubal dan membentangkan Akta Tahanan Rumah di Parlimen."Matlamat asalnya kekal, iaitu mengurangkan kesesakan penjara dan memastikan sistem koreksional negara dapat diurus dengan lebih berkesan





Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan - Sinarharian - 19/09 6:39 pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti terhadap keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas cadangan peletakan jawatan berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di sini pada Sabtu.Menurutnya, pada masa sama, anggota Kabinet dan Timbalan Menteri daripada DAP serta mereka yang memegang jawatan lain dalam kerajaan akan kekal dalam jawatan masing-masing buat sementara waktu bagi memastikan kestabilan politik terjamin."Justeru itu, CEC telah pun membuat keputusan





Loke satu-satunya pemimpin DAP akan letak jawatan menteri - FMT - 19/09 6:25 pm

DAP sedar ada pihak tertentu mahu parti itu terus keluar Kabinet untuk cetus ketidakstabilan politik, kata Setiausaha Agung Loke Siew Fook.





Kian Ming gesa DAP beri 'kata dua' kepada Anwar singkirkan UMNO daripada Kabinet - Sinarharian - 19/09 4:44 pm

SHAH ALAM - DAP digesa memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan UMNO daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan sebelum mesyuarat pada Rabu depan.Cadangan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah selepas pengampunan bersyarat diberikan.Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, langkah berkenaan akan menunjukkan kesungguhan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP dalam menyatakan ketidaksetujuan terhadap pendirian UMNO yang memohon pengampunan untuk Najib, selain mengumpul dana bagi membayar denda RM50 juta bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Menurut bekas ahli DAP itu, cadangan tersebut turut mengambil kira cabaran yang pernah dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Anwar menyingkirkan anggota Kabinet daripada parti itu."Tanpa sokongan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan andaian parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan, masih memungkinkan untuk Belanjawan 2027 diluluskan dalam persidangan Parlimen hujung tahun yang akan datang memandangkan Kerajaan Perpaduan masih mempunyai majoriti kecil di Dewan Rakyat."Tetapi Anwar perlu segera melantik pengganti kepada tujuh anggota Kabinet daripada UMNO dan memastikan mereka memahami tugas masing-masing dengan cepat supaya mereka boleh membentang dan membahaskan belanjawan bagi kementerian masing-masing."Memberi kata dua sedemikian kepada Anwar akan lebih masuk akal bagi DAP berbanding pengumuman bahawa ia akan meletakkan jawatan daripada kerajaan sebagai akibat daripada tahanan rumah Najib," katanya menerusi pandangan yang dikongsikan di media sosial pada Sabtu.Tambah Kian Ming, kata dua berkenaan perlu disertai ancaman yang boleh dipercayai dengan DAP mesti menyatakan akan meletakkan jawatan daripada Kabinet sebelum mesyuarat Kabinet pada 23 September sekiranya Anwar enggan menggugurkan UMNO.Selain itu, beliau turut mencadangkan DAP mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan 40 ahli Parlimennya terhadap Kerajaan Perpaduan sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.Bagaimanapun beliau berkata, penarikan sokongan berkenaan merupakan langkah lebih berisiko kerana ia boleh membawa kepada pembubaran Parlimen sekiranya BN turut menarik balik sokongan 30 Ahli Parlimennya."Jika isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tahanan rumah Najib benar-benar merupakan satu garis merah bagi DAP, maka adalah munasabah bagi parti itu bukan sahaja meninggalkan Kabinet, malah menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya Anwar tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut," katanya.DAP dijadual mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini bagi menentukan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung pengampunan bersyarat Najib.





Tahanan rumah Najib: KDN masih tunggu surat rasmi Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 19/09 4:13 pm

Sekarang ini tempoh Datuk Seri Najib menjalani hukuman penjara. Tahanan rumah bermaksud beliau tidak berada dalam penjara tetapi akan berada di satu premis lain dan tentu ada proses-prosesnya," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, KDN perlu mendapatkan kepastian berhubung keputusan tersebut sebelum sebarang tindakan diambil bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan.Sebelum ini, keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan pengurangan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Saifuddin berkata, sekiranya denda RM50 juta itu dibayar, tarikh pembebasan Najib ialah pada 23 Ogos 2028, manakala jika tidak dibayar, beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2029.Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata, Malaysia ketika ini belum mempunyai undang-undang khusus berkaitan mekanisme tahanan rumah dan KDN telah mendapat persetujuan dasar Kabinet memulakan proses membentangkan Rang Undang-Undang Tahanan Rumah di Parlimen.Menurutnya, cadangan berkenaan pada asalnya bertujuan membantu menangani masalah kesesakan penjara terutamanya membabitkan tahanan reman."Sekarang ini kita ada 41 penjara, tetapi penghuni penjara kira-kira 93,000 orang, sedangkan kapasiti penjara kita hanya 75,000 orang"Jika rang undang-undang itu diluluskan, kita boleh keluarkan tahanan reman ini di rumah dan kita pakaikan segala peranti moden untuk mengawasi pergerakan mereka sehingga tarikh perbicaraan," katanya.





Desak singkir Umno dari Kabinet atas pengampunan Najib, DAP diberitahu - FMT - 19/09 12:14 am

Penganalisis dan bekas ahli DAP Ong Kian Ming mengingatkan Umno bahawa skandal 1MDB antara sebab utama kejatuhannya pada 2018.





Selepas dua jam, Mesyuarat Majlis Presiden PH selesai - Mygazette - 19/09 7:59 am

Selain perkembangan itu, hari ini Lembaga Pengampunan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dan denda RM50 juta. Susulan itu, DAP dijangka mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat esok dengan sumber parti mendakwa pertemuan itu akan membincangkan kedudukan parti dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.- MalaysiaGazette





PH bakal adakan mesyuarat tergempar hari ini? - Mygazette - 18/09 4:48 pm

Sekarang hanya menunggu proses dan perkembangan seterusnya. Malah difahamkan beliau akan umum DAP keluar kabinet, ujarnya





DAP adakan mesyuarat CEC tergempar esok, putuskan kedudukan dalam Kabinet? - Mygazette - 18/09 4:48 pm

# DAP adakan mesyuarat CEC tergempar esok, putuskan kedudukan dalam Kabinet? KUALA LUMPUR - DAP dijangka mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok, dengan sumber parti mendakwa pertemuan itu akan membincangkan kedudukan parti dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan





PMO buat laporan berkait surat palsu Lebuhraya Plus - FMT - 17/09 2:25 pm

PMO berkata perdana menteri tidak pernah tandatangan surat mendakwa Kabinet meluluskan PFI bagi projek pelebaran Lebuhraya PLUS.





Surat dakwa Kabinet lulus projek pelebaran PLUS palsu, PMO lapor polis - Mydateline - 17/09 2:00 pm

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan surat yang mendakwa pihak Jemaah Menteri meluluskan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bagi kerja pelebaran Lebuhraya PLUS adalah palsu





DAP dalam kerajaan tapi berlagak seperti pembangkang ??? Azman - Mygazette - 17/09 8:05 am

Tetapi DAP bukan lagi pembangkang. DAP berada dalam Kabinet





RCI Tabung Haji: Pengurusan Minta Saya Tangguh Dedah Laporan PM Anwar - Wrlr - 16/09 9:03 pm

Itu dicadangkan oleh board (Lembaga Pengarah). Saya minta Tan Sri (Abdul) Rashid Hussain (Pengerusi TH) datang ke Kabinet dan minta beritahu sendiri kepada ahli Jemaah Menteri





Pendedahan Laporan RCI TH demi kepentingan negara, bukan bermotif politik - Anwar - Sinarharian - 16/09 4:47 pm

Kalau kita hebah sekarang, masalah, tak ada penyelesaian, orang akan lari (dan) Tabung Haji akan lumpuh. Itu dicadangkan oleh Lembaga Tabung Haji," kata beliaudalam audio siar'SembangOhhYeahh'bertajuk 'Eps Khas: Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim, Di Sebalik Gelaran PMX?' yang disiarkan menerusi YouTube pada Rabu.Anwar berkata, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain sendiri pernah hadir ke mesyuarat Kabinet untuk memberi penjelasan berhubung situasi kewangan dan cadangan penyelesaian sebelum laporan tersebut dibentangkan.Perdana Menteri turut menolak dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan tindakan membentangkan laporan RCI TH itu dengan jadual Pilihan Raya Negeri mahupun Pilihan Raya Umum.Beliau berkata, memandangkan proses pilihan raya di negeriberlangsung secara berturut-turut, penangguhan laporan atas alasan politik adalah tidak wajar kerana negara memerlukan keputusan dan tindakan tegas demi mengembalikan integriti institusi berkenaan.Anwar berkata, impak kerugian TH amat berat kerana ia menjejaskan dana yang sepatutnya memberi manfaat kepada jutaan pendeposit termasuk jemaah haji, petani, nelayan serta generasi muda.Beliau berkata, pembentangan Laporan RCI TH di Parlimen adalah langkah telus bagi membolehkan isu berkenaan dibahas secara terbuka, selain bersedia jika ada pihak mahu siasatan diperluas ke atas tempoh pentadbiran kerajaan pimpinannya."(Ada cadangan) jangan berhenti setakat 2020 sebab orang tanya juga apa yang berlaku semasa saya Perdana Menteri





Keputusan mohon kebenaran semakan kehakiman hapus subsidi diesel, 16 November - Kosmo - 15/09 2:00 pm

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 November bagi keputusan permohonan kebenaran dua lelaki untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan perdana menteri, kerajaan dan tiga menteri kabinet menghapus serta menyasarkan subsidi diesel di semenanjung





Kalau nak keluar, keluarlah bermaruah Mahfuz pesan Umno jangan goncang .. - Wrlr - 15/09 7:12 am

Mahfuz berkata beliau menghormati pendirian Mohamad itu, selain bersetuju bahawa kestabilan politik perlu dipelihara dan negara tidak seharusnya berdepan ketidaktentuan politik yang tidak perlu. Namun, katanya, kesetiaan kepada kerajaan tidak sepatutnya sekadar bermaksud kekal memegang jawatan dalam Kabinet





Dari RCI ke mahkamah: Jamil Khir bakal berdepan 3 pertuduhan Tabung Haji - Wrlr - 15/09 5:57 am

Malah, sebelum kes Jamil Khir, beberapa individu lain telah dibawa ke mahkamah berhubung penemuan RCI TH, termasuk bekas Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta beberapa bekas pegawai dan individu berkaitan syarikat yang mempunyai urusan dengan TH. Perkembangan itu menjadikan prosiding Jamil Khir esok antara kes yang mendapat perhatian kerana ia membabitkan seorang bekas anggota Kabinet dan datang selepas SPRM secara terbuka mengaitkan pertuduhan yang disyorkan dengan siasatan terhadap penemuan RCI TH.





Syed Saddiq, Bella 'berguru' rumah tangga dengan Wan Azizah - Sinarharian - 14/09 10:52 pm

SHAH ALAM Hampir dua jam meluangkan masa bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, Bella Astillah mengambil kesempatan mendapatkan nasihat mengenai alam perkahwinan.Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Syed Saddiq menyifatkan isteri Perdana Menteri itu antara individu paling layak memberikan pandangan mengenai rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan.Menurutnya, pengalaman Wan Azizah mengharungi dunia politik selain peranan sebagai isteri dan ibu menjadikan beliau seorang yang memahami cabaran serta pengorbanan dalam kehidupan berkeluarga."Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau."Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu."Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga," katanya.Syed Saddiq turut menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai Malaysias Compassionate Iron Lady berdasarkan keteguhan dan kesetiaannya dalam mengharungi pelbagai cabaran kehidupan.Syed Saddiq berkata, beliau pernah mendapat penghormatan untuk berkhidmat bersama Wan Azizah ketika berada dalam Kabinet, pengalaman yang disifatkannya sebagai satu penghormatan dan keistimewaan yang sentiasa dihargai.Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Wan Azizah atas masa yang diluangkan untuk berkongsi nasihat, cerita dan pesanan kepada mereka berdua."Insya-ALLAH nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan," katanya.





Jangan salahkan PH, UMNO sendiri pilih hala tuju politik ??? Xavier - Mygazette - 14/09 3:18 pm

Xavier turut menyentuh kenyataan seorang perwakilan UMNO dari Kedah yang menyifatkan menteri PH, PKR dan DAP sebagai penyakit yang memerlukan ubat. Katanya, kenyataan itu dibuat terhadap parti yang selama lebih tiga tahun duduk bersama UMNO dalam Kabinet bagi memastikan kerajaan terus bertahan





Mahfuz: Jika Mahu Keluar Kerajaan Perpaduan, Keluarlah Dengan Bermaruah - Denyutreformasi - 14/09 2:32 pm

Menurut Mahfuz, kestabilan politik perlu dipelihara dan negara tidak seharusnya berdepan ketidaktentuan politik yang tidak perlu. Bagaimanapun, katanya, kesetiaan kepada Kerajaan Perpaduan bukan sekadar berkaitan kedudukan dalam Kabinet, sebaliknya turut melibatkan soal kepercayaan, kestabilan dan semangat kerjasama antara parti yang membentuk kerajaan





Jangan Pertahan Papan Tanda Perpaduan, Tetapi Runtuhkan Bangunan Perpaduan - Denyutreformasi - 13/09 4:32 pm

Kerajaan tetap berjalan. Kabinet tetap bermesyuarat





'Tak perlu sibuk masa depan UMNO, baiki parti sendiri' - UMNO Kedah - Sinarharian - 13/09 1:23 pm

Kadang-kadang teguran itulah yang menyelamatkan kerajaan daripada terus melakukan kesilapan," katanya lagi.Dalam pada itu, beliau mencabar pihak yang mempertikaikan kedudukan UMNO dalam kerajaan supaya tidak hanya meminta parti berkenaan keluar, sebaliknya mengambil tindakan untuk menguji kekuatan sebenar kerajaan di Dewan Rakyat.Menurutnya, UMNO tidak wajar dianggap sebagai rakan ketika kerajaan memerlukan sokongan, namun diketepikan apabila parti itu bersuara mempertahankan kepentingan rakyat."Jangan waktu perlukan angka, UMNO dianggap rakan. Apabila UMNO bersuara mempertahankan rakyat, UMNO pula disuruh keluar," tegasnya.Syed Mohd Johan Rizal turut menegur kenyataan Mahfuz yang mendakwa jika Ahmad Zahid tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan kerajaan, perkara itu sepatutnya dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan bukannya dijadikan isu di pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU).Beliau berkata, berada dalam kerajaan tidak bermakna UMNO hilang hak untuk menyuarakan pendirian terhadap isu yang menyentuh kepentingan rakyat dan parti.Dalam masa sama, beliau mendakwa Amanah perlu terlebih dahulu memperkukuhkan sokongan serta pendirian politiknya sendiri sebelum mempersoalkan masa depan UMNO.





Lebih 70 kerusi diperlukan wakili 1/3 Dewan Rakyat - Bekas MP Sabah - Sinarharian - 13/09 10:57 am

KOTA KINABALU - Lebih 70 kerusi Parlimen diperlukan untuk mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat sekiranya berdasarkan komposisi sedia ada ketika ini.Bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berpandangan, jumlah itu bagaimanapun masih perlu diperincikan terutama mengambil kira cadangan penambahan kerusi Parlimen yang turut melibatkan Semenanjung."Kalau sekarang ini 222, ertinya kalau satu pertiga itu lebih kurang 70 hingga 80 kerusi, kalau mengikut 222 kerusi yang ada sekarang."Mungkin daerah-daerah yang ada boleh dibahagi-bahagikan lagi dan diberikan keutamaan kerusi Parlimen, tetapi kena dikaji dan dilihat lagi," katanya ketika ditemui pemberita pada Malam Apresiasi Media di sinipada malam Sabtu.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan penambahan kerusi Parlimen susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai usaha meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak.Azizah berkata, beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan berhubung penambahan kerusi berkenaan dan berharap usaha itu dapat direalisasikan secepat mungkin selepas melalui proses serta prosedur yang ditetapkan."Kita mengalu-alukan apa yang disebut oleh Perdana Menteri berkenaan keputusan Kabinet untuk menambah kerusi bagi Sabah dan Sarawak dan harapan saya supaya ia menjadi satu kenyataan dalam masa yang secepat mungkin."Tentu ia akan melalui banyak prosedur lagi, mungkin pindaan-pindaan Perlembagaan dan sebagainya





PAU2026: Hormati resolusi bagaimana UMNO hormati kekal dalam Kerajaan .. - Mygazette - 13/09 7:02 am

# PAU2026: Hormati resolusi bagaimana UMNO hormati kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal Ahmad Zahid KUALA LUMPUR UMNO mahu semua pihaknya menghormati resolusi yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 seperti mana parti itu menghormati untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal Parlimen. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana pemimpin UMNO sebagai menteri Kabinet sentiasa bersikap profesional walaupun terdapat perbezaan pendapat jemaah menteri di dalam kerajaan





UMNO cabar cerai tetapi masih tarik selimut sebelah - AMK - Sinarharian - 12/09 8:54 pm

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggambarkan UMNO yang mencabar kerajaan untuk mengeluarkan Barisan Nasional (BN) daripada Kabinet seperti pasangan yang lantang meminta untuk bercerai.Naib Ketua AMK, Nabil Halimi berkata, UMNO dilihat seperti mahu meninggalkan kerajaan, namun pada masa sama masih mahu mengekalkan kedudukannya dalam pentadbiran."UMNO ini macam pasangan yang mulut cabar 'ceraikan aku kalau berani', tapi beg tak berkemas, barang tak berangkat, malam masih tarik selimut sebelah."Nak berpisah, tapi sayang keselesaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar Kerajaan Perpaduan supaya mengeluarkan BN secara rasmi daripada kerajaan jika benar parti itu tidak lagi diperlukan dalam pentadbiran negara.Ahmad Zahid berkata, tindakan tersebut perlu dibuat secara terbuka dan mengikut proses demokrasi, termasuk mengadakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya kerajaan benar-benar berani mengambil langkah berkenaan.Menurut Nabil, tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dilihat lebih tegas apabila memilih untuk berada di blok pembangkang selepas tidak lagi selesa dengan kerajaan."Rasanya Syed Saddiq dan Muda lebih anak jantan, tidak selesa dengan kerajaan terus pindah kerusi Pembangkang," katanya lagi.





'Kalau tak yakin Kerajaan Madani, letak jawatan TPM, bawa keluar UMNO, BN' - Mahfuz - Sinarharian - 12/09 3:23 pm

POKOK SENA Parti Amanah Negara (Amanah) mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meletakkan jawatan dan membawa UMNO serta Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani sekiranya beliau tidak lagi yakin terhadap dasar dan kepimpinan kerajaan.Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang ketidaksetujuan terhadap keputusan kerajaan sepatutnya dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan bukannya dijadikan bahan kritikan di pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU)."Kalau sudah tidak lagi yakin dengan dasar dan kepimpinan kerajaan, beliau mempunyai pilihan yang sangat jelas dan terhormat."Letakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menteri, kemudian bawa UMNO dan BN keluar daripada Kerajaan Madani





Guru, petrol dan ???keputusan peperiksaan???, AMK balas Zahid Guru, petrol .. - Mygazette - 12/09 7:57 am

Jangan baru buka buku hari ini, sudah lupa keputusan peperiksaan semalam, tegasnya. Danish pada masa sama mempersoalkan pendirian Ahmad Zahid berhubung keputusan kerajaan mengenai subsidi petrol, terutama apabila beliau sendiri merupakan anggota Kabinet dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri





Ahmad Zahid perlu lebih bertanggungjawab, elak polemik isu kuota BUDI95 - Sinarharian - 11/09 8:06 pm

IPOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa lebih bertanggungjawab dalam mengulas isu pemulihan kuota bahan api bersubsidi BUDI RON95 kerana ia melibatkan keputusan dasar kerajaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, M Thulsi berkata, kenyataan Presiden UMNO yang menyifatkan pemulihan kuota itu sebagai pusingan U kerana tekanan politik adalah tidak tepat serta mengelirukan.Menurutnya, keputusan mengurangkan kuota bulanan daripada 300 liter kepada 200 liter bermula 1 April lalu dibuat susulan ketidaktentuan bekalan minyak global akibat konflik di Selat Hormuz."Langkah itu merupakan tindakan pengurusan permintaan bagi menjamin keselamatan tenaga negara, bukannya tanda kerajaan tidak konsisten."Kerajaan kemudiannya mengembalikan semula kuota kepada 300 liter bermula 1 September selepas mengambil kira tekanan kos sara hidup semasa yang memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu turut mempersoalkan pendirian Ahmad Zahid yang didakwa tidak membantah keputusan pengurangan kuota tersebut ketika ia dibincangkan di peringkat Kabinet sebelum ini."Jika beliau tidak bersetuju, perkara itu sepatutnya dibangkitkan dalam Kabinet dengan sokongan data, bukannya melalui kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan," ujarnya.Tambah beliau, sebagai anggota pentadbiran tertinggi negara, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu mematuhi prinsip tanggungjawab bersama dan tidak menggunakan platform awam untuk menyerang kepimpinan kerajaan sendiri."Situasi ini menimbulkan persoalan sama ada beliau benar-benar konsisten atau sekadar mengambil peluang politik selepas dasar itu diubah," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa Ahmad Zahid menjelaskan cadangan alternatif yang pernah dikemukakan berhubung dasar berkenaan serta asas pertimbangannya."Rakyat memerlukan kepimpinan yang serius dan berasaskan fakta, bukan retorik politik," katanya.





Tiada undang-undang benarkan Kabinet bahagi ikut kaum dan agama, Hadi diberitahu - FMT - 11/09 7:19 pm

Pemimpin DAP Ramkarpal Singh menyifatkan gesaan presiden PAS mengehadkan portfolio menteri bukan Islam sebagai tindakan yang memecahbelahkan.





Selama Ini Main Sumbat Je Bawah Sinki Dapur, Rupanya Ada 5 Barang Yang Tak Patut Ada Dekat Situ - Siraplimau - 11/09 5:26 pm

Ruang bawah sinki dapur memang nampak seperti tempat paling mudah untuk menyimpan pelbagai barang. Sabun pencuci, plastik, tisu dan barang-barang lain biasanya terus dicampak ke dalam kabinet supaya dapur nampak lebih kemas





Anwar belum pasti penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak sempat sebelum PRU - Sinarharian - 11/09 1:41 pm

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum dapat memastikan sama ada penambahan nisbah perwakilan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Beliau berkata, Kabinet sudah membuat keputusan berhubung perkara itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dimaklumkan untuk memulakan rundingan."Kabinet sudah putuskan, saya sudah maklumkan kepada SPR dan mereka akan terus mulakan rundingan





Perlembagaan akan dipinda untuk tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak, kata PM - FMT - 11/09 12:53 am

Anwar Ibrahim berkata prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dipersetujui lebih awal Jemaah Menteri sebelum diluluskan Kabinet.





PH hormati kuasa Agong dalam isu pengampunan Najib ??? Amirudin - Mygazette - 11/09 7:54 am

Amirudin berkata PH juga tidak menghalang sebarang prosiding Lembaga Pengampunan yang dikatakan akan berlangsung esok. Dalam pada itu, Amirudin ketika mengulas pandangan seorang pemimpin DAP Kuala Lumpur yang menggesa anggota parti itu meletakkan jawatan dalam Kabinet sekiranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengampunan berkata pandangan akar umbi itu perlu dihormati





PH hormati kuasa Agong dalam isu pengampunan Najib - Amirudin - Sinarharian - 10/09 9:57 pm

Yang kita bangkitkan adalah pandangan bahawa kita faham Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja mempunyai wewenang serta autoriti penuh untuk memberikan pengampunan. Itu memang telah diperakui dan tak pernah disentuh," katanya kepada media selepas Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor di sini hari ini.Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa PH mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.Amirudin berkata, PH juga tidak menghalang sebarang prosiding Lembaga Pengampunan yang dikatakan akan berlangsung esok.Dalam pada itu, Amirudin ketika mengulas pandangan seorang pemimpin DAP Kuala Lumpur yang menggesa anggota parti itu meletakkan jawatan dalam Kabinet sekiranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengampunan berkata pandangan akar umbi itu perlu dihormati.Beliau berkata, PH bagaimanapun perlu terus melaksanakan amanah yang diberikan rakyat selepas memperoleh jumlah kerusi tertinggi pada pilihan raya umum lepas dan diberi tanggungjawab untuk mengemudi kerajaan."Kami sudah melaksanakannya dengan membawa kejayaan ekonomi, mengekalkan kestabilan dalam keadaan krisis merata-rata."Walaupun ada dua-tiga isu yang perlu ditangani, seperti isu 3R dan kepercayaan masyarakat Melayu, kami ada lagi berbaki setahun."Saya rasa kami harus melengkapkan amanah yang telah diberikan dan lakukan sebaik mungkin





Situasi pengampunan Anwar berbeza dengan Najib - Aziz Bari - Sinarharian - 10/09 6:25 pm

Beliau tidak melalui pengalaman pahit seperti Anwar dan perbicaraan Najib berjalan dengan baik manakala pensabitan beliau telah disahkan mahkamah di peringkat rayuan."Najib juga telah diberi peluang memohon pengampunan dan mahkamah kemudiannya menangani isu yang berbangkit daripada pengampunan itu. Kes ini sudah sepatutnya tamat dan berakhir," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang antara lain mempersoalkan dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak konsisten dalam soal pengampunan Najib dengan mengaitkannya dengan pengampunan yang diberikan kepada Anwar pada 2018.Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, jika PH boleh menyokong pengampunan yang diterima oleh Anwar walaupun beliau belum selesai menjalani hukuman penuh ketika itu, kenapa piawaian yang berbeza perlu dikenakan kepada pihak lain?Sebelum ini, PH menegaskan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya membabitkan kes berprofil tinggi, perlu menjalani sepenuhnya hukuman yang ditetapkan mahkamah.PH berkata, pendirian itu selari dengan prinsip reformasi institusi, tatakelola baik serta penolakan terhadap sebarang bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, UMNOsepatutnya memahami hak dan kedudukan Najib kerana parti itu pernah berhadapan kes membabitkan pemimpin kanannya sebelum ini."Contohnya pada 1977 melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris dan pada 1983 melibatkan bekas Menteri Kabinet, Datuk Mokhtar Hashim."Prinsip sama rata (equality) adalah tunjang dalam Perlembagaan kita





Fadillah Kembali Hadiri Mesyuarat Kabinet Selepas Jalani Pembedahan Pintasan Jantung - Siakapkeli - 9/09 6:24 pm

Datuk Seri Fadillah Yusof kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri selepas berehat susulan pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara pada 12 Ogos lalu.





TPM Fadillah kembali hadiri Mesyuarat Jemaah Menteri selepas pembedahan pintasan jantung - Sinarharian - 9/09 4:15 pm

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang tempoh cuti sakit."Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta seluruh rakan-rakan Jemaah Menteri atas keprihatinan, doa dan sokongan yang diberikan sepanjang saya menerima rawatan."Saya amat bersyukur dan gembira dapat kembali bersama rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat pada hari ini."Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi kesejahteraan berpanjangan dan dapat melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin," katanya menerusi hantaran di Facebook.Ahli Parlimen Petra Jaya itu selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada 12 Ogos lepas selepas dimasukkan ke institut berkenaan pada 28 Julai lepas dan menjalani angiogram koronari pada keesokannya





Fadillah kembali bertugas secara fizikal dalam mesyuarat Kabinet - Mydateline - 9/09 3:00 pm

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang tempoh cuti sakit





Akta Pendanaan Politik: Azalina mahu setiap parti beri pendirian secara .. - Mygazette - 8/09 4:23 pm

# Akta Pendanaan Politik: Azalina mahu setiap parti beri pendirian secara rasmi KUALA LUMPUR Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) diminta mendapatkan pendirian rasmi secara bertulis daripada setiap parti politik berhubung cadangan penggubalan Akta Pendanaan Politik sebelum perkara itu dibawa ke Kabinet





Indonesia tambah dron, pesawat tangani kebakaran hutan - Utusan - 8/09 4:21 pm

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengarahkan perolehan dron tanpa pemandu berkapasiti muatan berat serta penambahan aset udara bagi memperkukuh usaha menangani kebakaran hutan dan tanah yang berterusan di seluruh negara. Dalam mesyuarat Kabinet secara maya berkaitan pengurusan bencana alam semalam, Prabowo mengakui kerajaan berdepan operasi berskala besar untuk menangani kebakaran hutan tahun ini, selain berlaku ..





Isu diesel hingga jalan ladang, PM Anwar bawa suara pekebun kecil ke Kabinet - Mydateline - 8/09 2:00 pm

Isu kelayakan diesel, kemudahan jalan ladang, sumber air alternatif dan masalah lain yang membelenggu pekebun kecil akan dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ..





Kerjasama, muafakat dalam Kabinet kekal baik, kata Anwar - FMT - 8/09 10:56 am

Perdana menteri berkata kerjasama baik itu antara faktor menyumbang kepada kestabilan politik dan membolehkan kerajaan merancang hala tuju negara.





Kad UNHCR bukan pengecualian undang-undang imigresen – JIM Kad UNHCR .. - Mygazette - 8/09 7:58 am

Pengecualian terhadap kedua-dua kesalahan ini tidak bermaksud pemegang kad UNHCR dikecualikan daripada pematuhan terhadap peruntukan lain di bawah Akta Imigresen, katanya. Zakaria menegaskan, pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dilaksanakan berdasarkan dasar kerajaan yang diselaraskan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka serta Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelarian dan Pemohon Suaka yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi



Tiada pergolakan PH-Umno, kata naib presiden PKR - Mkini - 7/09 4:54 pm

"Kami tidak bincang mengenai politik semasa mesyuarat kabinet, kata Chang Lih Kang.





Mesyuarat Kabinet lancar, kami tak sembang isu politik - Harapandaily - 7/09 3:45 pm

Urusan pentadbiran kerajaan antara Umno dan Pakatan Harapan (PH) masih berjalan lancar tanpa sebarang pergolakan dalam Jemaah Menteri setakat ini, kata Naib Presiden PKR, Datuk Chang Lih Kang. Beliau berkata kerjasama antara menteri daripada kedua-dua blok politik itu kekal baik, termasuk dalam mesyuarat Kabinet yang membincangkan isu berkaitan pentadbiran dan kepentingan negara





Tiada pergolakan UMNO-PH setakat ini ??? Lih Kang Tiada pergolakan UMNO-PH .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm

SHAH ALAM Tiada pergolakan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) setakat ini, kata Naib Presiden PKR, Datuk Chang Lih Kang. Beliau berkata, Jemaah Menteri masih bekerjasama dengan baik dalam urusan pentadbiran kerajaan termasuk ketika membincangkan isu negara dalam mesyuarat Kabinet




Reformasi     >>



'Kalau Raja kita boleh tukar-tukar ikut bulan, sistem .. - Mkini
Di Negeri Sembilan, orang yang bising-bising, Raja Melayu, Raja Melayu, Raja Melayu, tapi bila keputusan tak selari dengan dia, mahu buang itu Raja Melayusaya tak boleh terima, kita ikut Perlembagaa
Kroni     >>



DAP faces tough balancing act after Loke quits over .. - NST
KUALA LUMPUR: Anthony Lokes decision to step down from the cabinet over Datuk Seri Najib Razaks conditional pardon may signal principle to DAP supporters, but analysts say its political impact remains uncertain.
Tabloid     >>



Tuanku Muhriz batal perlantikan EXCO Kerajaan Negeri .. - Hmetro
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google Gemini allegedly hacked three companies on its .. - Mashable
Google Gemini autonomously hacked three external companies and Google didn't tell anyone.
World     >>



Gaza artists honour Macklemore for supporting Palestine - Aljazeera
Artists in Gaza are painting murals on destroyed walls, honouring US rapper Macklemore for his support for Palestine.
Motor Trend     >>



Motosikal Cima 2026: Zxmoto Lancar 820x – 114hp, .. - Mekanika
**ZXMOTO dengan rasminya menyertai segmen motosikal adventure dengan pelancaran ZXMOTO 820X ketika di CIMA 2026 yang berlangsung di Chongqing, China, baru-baru ini.** Ciri utama pada 820X tertumpu pada ruangan enjin, ini kerana 820X dikuasakan enjin sama yang terdapat pada 820RR. Menurut ..