| /// |
|
| Search : Kkm News | Page 1 |
|
Jenazah Kapten Zainol Afiq dijangka dibawa pulang ke Negeri Sembilan esok - Sinarharian - 12/09 12:56 am SEREMBAN - Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dijangka akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan untuk urusan pengebumian pada Ahad.Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata, buat masa ini keluarga sedang menunggu keputusan asid deoksitibonukleik (DNA)."Hari ini dimaklumkan yang keputusan DNA akan diperolehi, tapi tak tahulah pukul berapa."Kalau semuanya selesai, jenazah akan dibawa pulang esok dan segala persiapan telah pun dibuat,"katanya dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Menurutnya, sebaik tiba di Seremban nanti, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Bandar Baru Senawang dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.Beliau turut memaklumkan yang perkembangan lanjut akan diberitahu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSebelum ini Sinar Harian melaporkan Bee Sham dan isteri bersama besannya berada di Sarawak sejak Rabu lalu bagi menunggu proses selanjutnya selepas DNAnya diambil sebaik tiba di sana.Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, keluarga reda dengan kejadian berlaku dan memohon doa orang ramai supaya segala urusan membawa pulang jenazah anaknya dipermudahkan.Media pada Sabtu melaporkan,kesemua jasad mangsa nahas pesawat helikopter BO 105S yang terhempas di Lapangan Terbang Pendek Long Lellang dijangka dituntut keluarga hari ini.Pesururuhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan keputusan DNA kesemua mangsa telah pun diperolehi. |
|
Keputusan DNA mangsa nahas helikopter diperoleh, penyerahan jasad hari ini - Polis - Sinarharian - 12/09 11:00 am Miri - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang telah diperoleh dan proses penyerahan jasad akan dilakukan hari ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.Beliau berkata, penyerahan jasad mangsa kepada waris akan dilakukan selepas semua proses dokumentasi berkaitan diselesaikan."Hari ini kita akan serahkan jasad mangsa. Setelah selesai dokumentasi, jasad akan diserahkan kepada keluarga," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Sabtu.Sementara itu, persiapan bagi persemadian tiga daripada lima mangsa sedang dilakukan oleh keluarga masing-masing.Jasad pembantu pegawai perubatan, Alexson Adit Henry akan disemadikan di Tanah Perkuburan Anglican di Lambir selepas upacara keagamaan yang akan diadakan di Gereja Good Shepherd di Lutong pada jam 9 pagi, Selasa ini.Adik mendiang, Annastasia Luyah dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada Isnin ini di kediaman keluarga mereka di Taman Desa Senadin di sini.Upacara penghormatan terakhir buat mendiang kedua-dua jururawat iaitu Jessie Paya Jok akan diadakan di Taman Wang Lusut, di sini manakala Debra Moset di Kampung Semadang di Padawan, Kuching, namun tarikh persemadian belum dimaklumkan.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuNahas pada Selasa lepas itu meragut nyawa kesemua lima individu yang menaiki helikopter BO-105 dikendalikan Layang-Layang Aerospace selepas helikopter itu terhempas berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang kira-kira jam 3.40 petang.Selain Alexson, Jessie dan Debra, mangsa lain yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, dan pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33.Jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di Kelantan manakala Zainol Afiq di Negeri Sembilan.Semalam, Mohamad Zainal memaklumkan proses bedah siasat kesemua mangsa telah selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri pada jam 7.30 malam Khamis manakala analisis DNA dijangka siap hari ini |
|
Pelancong ditemui maut ketika mendaki di Cameron Higlands - Sinarharian - 11/09 8:12 pm CAMERON HIGHLANDS- Seorang pelancong warga Jerman ditemukan maut dalam lubang bekas laluan air ketika melakukan aktiviti mendaki bersama isterinya di Jungle Trail 10 di sini pada Jumaat.Dalam kejadian itu, mangsa, Hasselbusch Jorg, 58, maut, manakala isterinya, 57, terselamat.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi berkenaan."Hasil laporan mendapati tiada kejadian tanah runtuh berlaku di lokasi terbabit, sebaliknya mangsa dipercayai tergelincir ke dalam lubang bekas laluan air ketika melakukan aktiviti mendaki bersama isterinya."Pemeriksaan awal terhadap mangsa mendapati lelaki berkenaan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Susulan itu Zulfadli berkata, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi membawa mangsa keluar dari kawasan berkenaan.Beliau berkata, jentera tiba di kaki bukit pada jam 12.35 tengah hari sebelum anggota meneruskan perjalanan secara berjalan kaki sejauh kira-kira tujuh kilometer ke lokasi kejadian."Pasukan tiba di lokasi pada jam 1.20 tengah hari sebelum membawa mangsa turun ke kaki gunung menggunakan pengusung."Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan meninggal dunia," katanya.Operasi berkenaan turut dibantu tujuh anggota polis, lima anggota Jabatan Perhutanan, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua anggota KKM. |
|
Nahas helikopter: Analisis DNA lima mangsa dijangka selesai esok - Sinarharian - 11/09 5:10 pm Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, selepas analisis DNA selesai baru jenazah akan diserahkan kepada waris masing-masing."Kita jangka analisis DNA lima mangsa mungkin dapat disiapkan selewat-lewatnya esok," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - BapaTerdahulu, proses bedah siasat kesemua lima mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital selesai dengan punca kematian disebabkan kecederaan melecur teruk.Pada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.- Bernama |
|
Cadangan tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan: Dr Zaliha nafi buat .. - Mygazette - 11/09 4:07 pm # Cadangan tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan: Dr Zaliha nafi buat pusingan U KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan beliau membuat _u-turn_ berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan. Tegasnya, dakwaan beliau mengubah pendirian atau melakukan _reversal_ berhubung cadangan itu tidak tepat dan tidak menggambarkan konteks sebenar sepanjang tempoh beliau menerajui Kementerian Kesihatan (KKM) |
|
Nahas Helikopter KKM: Bedah Siasat 5 Mangsa Selesai, Punca Kematian Didedahkan - Beautifulnara - 11/09 2:13 pm Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah akibat kecederaan melecur teruk. Advertisement Buat masa […] The post Nahas Helikopter KKM: Bedah Siasat 5 Mangsa Selesai, Punca Kematian Didedahkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Nahas helikopter: Proses bedah siasat mangsa selesai - Polis - Sinarharian - 11/09 12:37 am KUCHING - Proses bedah siasat kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, pada Selasa lepas selesai pada 7.30 malam tadi.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk."Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik," katanya kepada Bernama hari ini.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuPada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44 |
|
AHMM ke-17: Malaysia pacu kesejahteraan 670 juta rakyat ASEAN - Sinarharian - 11/09 11:05 am KUALA LUMPUR Malaysia memperkukuh peranannya dalam memacu hala tuju kesihatan serantau menerusi Agenda Strategik Kesihatan ASEAN (ASHA) 20262030 yang bakal menjadi pelan utama ASEAN bagi tempoh lima tahun akan datang.Agenda itu menjadi antara tumpuan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan (AHMM ke-17) yang disasarkan menterjemahkan dasar kepada tindakan nyata demi kesejahteraan lebih 670 juta rakyat ASEAN.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia menerusi Kepengerusian Sektor Kesihatan ASEAN 20252026 memainkan peranan kepimpinan secara langsung dalam pembangunan ASHA 20262030.Katanya, agenda itu bukan sekadar dokumen dasar, sebaliknya menjadi rangka rasmi untuk negara anggota ASEAN bergerak seiring menangani pelbagai cabaran kesihatan sepanjang lima tahun akan datang."Malaysia berperanan sebagai perantara yang menghubungkan kepakaran serantau dalam usaha memastikan sistem kesihatan seluruh ASEAN mempunyai daya tahan tinggi untuk masa hadapan dan bergerak seragam."Pendekatan inklusif juga penting supaya negara anggota yang mempunyai kapasiti perubatan lebih maju dapat berkongsi kemahiran teknikal, teknologi, data amaran awal serta latihan kepakaran dengan negara anggota lain," katanya.AHMM ke-17 telah diadakan di Kuala Lumpur bermula 7 hingga 11 September ini.Diplomasi kesihatanSementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, AHMM ke-17 menandakan fasa baharu diplomasi kesihatan negara yang beralih daripada penggubalan polisi kepada penterjemahan tindakan yang membawa hasil nyata."Perbincangan akan memberi fokus kepada pembinaan sistem kesihatan serantau yang saksama dan berdaya tahan bersama Rakan Dialog Antarabangsa serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)."Antara tumpuan strategik ialah pelancaran ASHA 20262030 sebagai pelan hala tuju utama kesihatan serantau serta pengukuhan kesiapsiagaan pandemik melalui pengoperasian Pusat Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Kemunculan Baharu ASEAN (ACPHEED)," ujarnya.KKM menjelaskan, kerjasama kesihatan ASEAN turut membawa manfaat secara langsung kepada rakyat termasuk menerusi pertukaran data kesihatan merentas sempadan secara masa nyata bagi membolehkan langkah kawalan penyakit berjangkit dilaksanakan lebih awal di pintu masuk negara.Menurutnya, penyelarasan standard keselamatan makanan pula membantu memastikan makanan import dan eksport memenuhi aspek kebersihan, kualiti serta keselamatan untuk pengguna."Kerjasama dengan rakan dialog antarabangsa termasuk Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan China turut membuka ruang kepada perkongsian teknologi serta kepakaran yang boleh dimanfaatkan hospital dan klinik awam."Jepun misalnya mempunyai kepakaran dalam penjagaan kesihatan warga emas, manakala Korea Selatan dalam bidang kesihatan digital yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan," kata KKM.AHMM ke-17 yang berlangsung di Kuala Lumpur sejak Isnin lalu hingga Jumaat ini menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah selepas kali terakhir menganjurkan persidangan itu 22 tahun lalu pada 2004.KKM berkata, membawa tema Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems, persidangan dwitahunan itu diterajui Malaysia selaku Pengerusi dengan Myanmar sebagai Naib Pengerusi."ASEAN turut merangka strategi bersepadu bagi menangani beban dwi-penyakit merangkumi penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit (NCD)."Dalam menghadapi cabaran itu, kesiapsiagaan terhadap pandemik dan penyakit berjangkit perlu bergerak seiring dengan saringan awal NCD termasuk diabetes, penyakit jantung dan kanser serta sokongan kesihatan mental," jelasnya.Ulasnya, pengalaman pandemik Covid-19 turut menunjukkan kepentingan hospital dan klinik mempunyai daya tahan supaya perkhidmatan kesihatan rutin dapat diteruskan ketika berlaku krisis.AHMM ke-17 turut melakar sejarah menerusi penganjuran julung kali Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEANAmerika Syarikat dan ASEANJepun.Mesyuarat peringkat menteri bersama China, Republik Korea dan WHO turut diadakan bagi memperluas kerjasama teknikal serta pelaburan kesihatan serantau.Kata KKM, kesemua inisiatif dan kerangka dasar yang dibincangkan mencerminkan komitmen Malaysia serta muafakat negara anggota ASEAN dalam memastikan perkhidmatan kesihatan awam kekal inklusif dan mampan."Resolusi persidangan ini disasarkan untuk diterjemahkan kepada tindakan nyata yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan lebih 670 juta rakyat di rantau ASEAN," katanya lagi.Info Empat kluster ASHA 2026-2030Gaya hidup sihat: Pencegahan NCD, kesihatan mental, penuaan sihat serta kawalan tembakau dan alkohol.Kesiapsiagaan ancaman kesihatan: Menghadapi wabak penyakit berjangkit, pandemik dan kecemasan bencana.Sistem kesihatan dan akses saksama: Perkhidmatan dan ubat-ubatan berkualiti, kesihatan digital, infrastruktur serta tenaga kerja kesihatan.Keselamatan makanan: Memastikan bekalan makanan serantau bersih dan selamat menerusi penyelarasan standard serta pencegahan pencemaran. |
|
Dulu doktor dikontrakkan, kini 18,564 ditawarkan tetap, siapa sebenarnya .. - Wrlr - 11/09 10:52 am BORHAN AHMAD September 11, 2026 Ketika isu doktor kontrak terus dijadikan bahan untuk menyerang kerajaan hari ini, satu fakta penting sering tenggelam sistem lantikan doktor secara kontrak bukan bermula di bawah Kerajaan Madani. Rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan pekeliling mengenai pelantikan secara kontrak bagi pegawai perubatan, pergigian dan farmasi dikeluarkan pada 15 Disember 2016, ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak |
|
'Dari mana naratif saya menentang SPK?' Dr Zaliha - Sinarharian - 11/09 10:14 am PUTRAJAYA Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mempersoalkan naratif yang mendakwa beliau pernah menentang penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan (SPK).Beliau berkata, dakwaan berkenaan tidak tepat kerana rekod menunjukkan cadangan penubuhan SPK telah dibincangkan dan digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan."Justeru, dari mana datangnya naratif bahawa saya sebelum ini menentang SPK dan kini telah berubah pendirian?" soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Ujar Dr Zaliha, pada awal Februari 2023, beliau telah menyatakan bahawa penubuhan SPK merupakan antara cadangan yang sedang dipertimbangkan dalam Kertas Putih Kesihatan yang ketika itu berada pada peringkat akhir rundingan bersama pemegang taruh.Menurutnya, pada April 2023, cadangan berkaitan SPK dan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan turut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Hartal Doktor Kontrak dalam kerangka Kertas Putih Kesihatan.Beliau berkata, penjelasan yang dibuat di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2023 pula berkaitan batas kuasa sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berdasarkan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.Katanya, fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan meliputi urusan pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tatatertib."Saya turut menjelaskan bahawa penubuhan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dengan sendirinya tidak memberikan kuasa untuk mewujudkan jawatan baharu atau merangka sistem saraan termasuk menetapkan kadar emolumen yang lebih kompetitif," jelas beliau.Terdahulu, sebuah portal kesihatan melaporkan Dr Zaliha melakukan perubahan pendirian atau pusingan U berhubung cadangan penubuhan SPK berdasarkan kenyataannya di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2023.Laporan itu antaranya memetik penjelasan Dr Zaliha mengenai fungsi dan bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan berdasarkan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, termasuk batasan suruhanjaya berkenaan dalam mewujudkan jawatan baharu serta menentukan sistem saraan.Sementara itu, dalam hantaran sama, Dr Zaliha berkata, beliau menerangkan bahawa penubuhan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan yang baharu melibatkan proses rumit, termasuk keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan serta sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara."Itu adalah penjelasan mengenai struktur, bidang kuasa dan kekangan model yang ada pada ketika itu |
|
Nahas helikopter: 'Kami masih menunggu untuk lihat sendiri jenazah Dr Ainul' - Bapa - Sinarharian - 10/09 5:05 pm KOTA BHARU - "Keluarga belum diberi peluang lihat jenazah Dr Ainul."Demikian kata bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, iaitu Kamaruddin Salleh, 69, seorang pesara guru ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Menurut beliau yang kini berada di Sarawak, mereka hanya dimaklumkan tentang keadaan jenazah Dr Ainul Baraah yang dikhabarkan berada dalam keadaan 'sempurna'."Bila melibatkan kebakaran, jadi faham-fahamlah."Kami di sini sekarang masih menunggu untuk melihat sendiri keadaan jenazah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMedia sebelum ini melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.Katanya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).Menurut Kamaruddin, urusan pengebumian masih belum dapat dimuktamadkan lagi.Ujarnya, hal ini kerana keputusan padanan asid deoksiribonukleik (DNA) masih belum selesai sepenuhnya."Proses ini dijangka mengambil masa |
|
FDS Sarawak ditangguh sementara, Medevac kecemasan diteruskan – Dr .. - Mygazette - 10/09 4:41 pm Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penangguhan dibuat bagi membolehkan siasatan serta semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi dilaksanakan oleh pihak berkaitan. Bagaimanapun perkhidmatan Pemindahan Perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan akan terus dilaksanakan menerusi kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) |
|
Nahas Helikopter: KKM Tangguh Sementara Operasi FDS Di Sarawak - Lobakmerah - 10/09 4:23 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Susulan insiden kemalangan membabitkan helikopter yang digunakan untuk perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk menangguhkan sementara semua operasi FDS di negeri itu |
|
KKM tangguh sementara perkhidmatan doktor udara - Kosmo - 10/09 4:05 pm PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan semua operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) ditangguhkan sementara bagi membolehkan siasatan dan semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi oleh pihak berkaitan |
|
FDS di Sarawak ditangguh sementara, KKM laksana penilaian penuh - FMT - 10/09 4:01 pm Penilaian akan dilaksanakan terhadap keseluruhan kerangka penyampaian FDS di Sarawak, kata KKM. |
|
Nahas helikopter: Semua operasi FDS di Sarawak ditangguhkan sementara - Dzulkefly - Sinarharian - 10/09 3:55 pm PUTRAJAYA Semua operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan sementara bagi membolehkan siasatan serta semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi susulan nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak, Selasa lalu.Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Perkhidmatan Pemindahan Perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan akan terus dilaksanakan melalui kerjasama KKM dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Kementerian memahami kesulitan dan cabaran yang mungkin timbul susulan penangguhan sementara ini |
|
Nahas helikopter KKM: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua pesawat BO105 - Kosmo - 10/09 3:49 pm PETALING JAYA Layang Layang Aerospace mengambil langkah segera menggantung operasi semua pesawat BO105 miliknya susulan nahas helikopter Kementerian Kesihatan (KKM) |
|
Nahas helikopter Ulu Baram: KKM masih tunggu laporan rasmi hasil bedah siasat mangsa - Astroawani - 10/09 1:00 pm KKM masih menunggu laporan rasmi berhubung keputusan hasil bedah siasat terhadap lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak. |
|
Helikopter terhempas: KKM tunggu laporan rasmi padanan DNA mangsa - Sinarharian - 10/09 11:14 am KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu laporan rasmi berhubung keputusan padanan asid deoksiribonukleik (DNA) lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sudah mengetahui mengenai perkembangan berkaitan pengambilan sampel DNA keluarga mangsa, namun setakat ini belum menerima pengesahan keputusan padanan secara rasmi."Kita sudah mendengar (perkembangan ini), tetapi kita belum mendapat sesuatu (maklumat) yang sifatnya rasmi."Apabila kita mendapat pengesahan secara rasmi (berhubung perkara ini), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab pastinya akan membuat penerangan (memberi kenyataan)," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan proses padanan DNA mangsa susulan pengambilan sampel DNA daripada ahli keluarga bagi tujuan pengecaman rasmi.Pada Rabu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilapor mengesahkan identiti kesemua lima mangsa dikenal pasti menerusi barangan peribadi pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuKesemua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung dan tidak sempurna, manakala sampel DNA ahli keluarga diambil bagi proses pengecaman rasmi di Hospital Miri.Kesemua mangsa ialah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham; pegawai perubatan, Dr Ainul Baroah Kamaruddin; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.Helikopter jenis BO-105 yang dikendalikan Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd itu terhempas berhampiran STOLport Long Lellang pada petang Selasa ketika melaksanakan penerbangan FDS.Sementara itu, Mahathar meminta semua pihak menunggu pengumuman lanjut daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak berhubung perkara tersebut.Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Polis Sarawak pada Rabu telah menjelaskan tatacara serta proses seterusnya."Dalam kenyataan tersebut jelas memaklumkan tatacara dan proses-proses seterusnya |
|
Nahas helikopter: Impian Jessie Paya sambung pengajian tidak kesampaian - Rakan - Sinarharian - 10/09 9:23 am KUCHING - Impian jururawat, Jessie Paya Jok, 44, untuk melanjutkan pengajian tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang pada Selasa.Sahabatnya, Caroline Sawai Joseph Chungat, 43, yang merupakan jururawat di Hospital Miri berkata, Jessie atau lebih mesra disapa Paya, pernah memaklumkan kepadanya bahawa bulan ini merupakan penglibatan terakhirnya dalam FDS."Itu perbualan terakhir antara saya dan Paya pada bulan lepas, dengan penuh teruja dia memaklumkan bahawa bulan ini penglibatan terakhir dia dalam FDS kerana tahun hadapan dia merancang melanjutkan pengajian dalam Advanced Diploma in Midwifery."Namun, hasrat serta impian murni Paya melanjutkan pengajian itu tidak kesampaian, itulah cita-citanya," katanya ketika dihubungi Bernama.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaCaroline berkata, beliau mengenali Paya sejak tahun 2005, sewaktu mereka bersama-sama menjadi pelatih Jururawat Masyarakat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Serian.Sepanjang 21 tahun perkenalan, Paya disifatkan sebagai seorang berjiwa lembut, tidak banyak berbicara, namun sentiasa menceriakan suasana sekelilingnya dengan senyuman dan tawa."Keperibadian Paya begitu menyentuh hati kerana dalam tempoh lebih dua dekad mengenalinya, saya tidak pernah sekali pun melihat dia meluahkan rasa marah mahupun meninggi suara kepada sesiapa."Kebaikan dan pengorbanan Paya turut terserlah sewaktu dia bertugas di Klinik Kesihatan Bario, dengan ketulusan hatinya telah menambat kasih sayang seluruh penduduk kawasan pedalaman berkenaan," katanya.Caroline berkata, kebaikan Paya terserlah apabila beliau sanggup menggunakan wang sendiri untuk membiayai tambang perjalanan pesakit yang perlu dirujuk ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan."Tidak ramai insan yang mampu mempamerkan kemuliaan hati sedemikian rupa buat pesakit yang tiada pertalian darah, namun Paya membuktikannya menerusi dedikasi tinggi serta sikap tidak pernah merungut biarpun berdepan bebanan tugas yang menguji ketahanan mental dan fizikal," katanya.Selain Paya, Caroline turut mengenali seorang lagi jururawat terkorban dalam nahas itu iaitu Debra Moset, 40, yang dikenali dengan perwatakan mesra, mudah didekati dan gemar bergurau senda."Hubungan kami terjalin sewaktu berkhidmat bersama di Klinik Kesihatan Jambatan Suai selama enam tahun, sebelum masing-masing berpindah ke tempat lain dan dipertemukan semula pada 2019 ketika mengambil program Peningkatan Secara Lantikan (PSL)."Debra seorang teliti dan bertanggungjawab dalam tugasan, dia juga dikenali sebagai seorang jururawat penyayang di mata pesakit di Klinik Kesihatan Jambatan Suai," katanya.Caroline berkata, perbualan terakhirnya bersama Debra ialah pada Februari lepas dan hanya berkisar tentang kerja.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) |
|
Nahas helikopter: Segerakan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan- Dr Zaliha - Sinarharian - 10/09 9:14 am PUTRAJAYA Kerajaan digesa untuk menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan sebagai sebahagian daripada reformasi menyeluruh sistem kesihatan negara susulan nahas helikopter yang membawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sarawak.Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, insiden itu mengingatkan mengenai cabaran dan risiko yang dihadapi warga kesihatan ketika melaksanakan tugas, khususnya mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman dan lokasi yang sukar diakses.Menurut beliau, isu kebajikan dan imbuhan petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) turut kembali mendapat perhatian susulan kejadian berkenaan."Dalam konteks ini, saya mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan usaha ke arah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan sebagai sebahagian daripada reformasi menyeluruh sistem kesihatan negara."Keperluan terhadap suatu mekanisme yang lebih khusus bagi mengurus tenaga kerja kesihatan telah pun dikenal pasti dalam proses reformasi yang digariskan menerusi Kertas Putih Kesihatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ujar Dr Zaliha, sektor kesihatan mempunyai keperluan dan cabaran tersendiri termasuk dalam aspek pengambilan, penempatan, skim perkhidmatan, pembangunan kerjaya, imbuhan dan kebajikan tenaga kerja.Katanya, isu berkaitan elaun petugas FDS yang telah dikemukakan untuk pertimbangan sejak November 2025 merupakan antara contoh yang menunjukkan perlunya suatu mekanisme lebih khusus dan responsif dalam menangani keperluan warga kesihatan."Kita tidak seharusnya menunggu sehingga sesuatu isu mendapat perhatian umum sebelum tindakan dapat digerakkan sebaliknya, perlu ada suatu struktur yang mampu meneliti, menyelaras dan menangani keperluan tenaga kerja kesihatan secara berterusan, tersusun dan lebih pantas," jelas bekas Menteri Kesihatan itu.Beliau berkata, isu sumber manusia merupakan antara cabaran terbesar dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan baik dan mampu memenuhi keperluan rakyat.Sehubungan itu, katanya, cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan perlu dibawa ke peringkat seterusnya dengan lebih segera.Dalam pada itu, Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, beliau akan terus menyokong dan mengangkat langkah reformasi yang dapat memperkukuh sistem kesihatan negara.Katanya, usaha itu termasuk memastikan kebajikan dan kepentingan warga kesihatan diberikan perhatian sewajarnya."Warga kesihatan merupakan tunjang kepada sistem kesihatan negara |
|
Elaun Perkhidmatan Doktor Udara Hanya RM30? Rupanya KKM Dah Bawa Cadangan Tambah Baik Sejak November Lalu… - Siraplimau - 10/09 8:31 am Isu dakwaan elaun FDS sebanyak RM30 yang diterima petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) rupanya sudah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan (KKM) sejak tahun lalu, malah cadangan penambahbaikan telah dibawa kepada pihak berwajib |
|
Perkhidmatan FDS diteruskan, KKM utamakan keselamatan pesakit - Mygazette - 10/09 8:08 am # Perkhidmatan FDS diteruskan, KKM utamakan keselamatan pesakit KUALA LUMPUR - Perkhidmatan penerbangan FDS di Sarawak akan diteruskan, khususnya bagi keperluan perubatan kecemasan dan pengangkutan pesakit kritikal, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad |
|
Dakwaan elaun petugas FDS RM30: KKM kemuka cadangan semakan sejak November 2025 - Sinarharian - 9/09 9:35 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengemukakan cadangan berkaitan elaun petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), yang didakwa dibayar pada kadar RM30, untuk pertimbangan pihak berwajib sejak November tahun lepas.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu merupakan antara usaha kementerian dalam memastikan kebajikan petugas kesihatan yang terlibat dalam perkhidmatan FDS diberikan perhatian sewajarnya."Antara cadangan yang kami angkat adalah elaun FDS, yang telah pun kita angkat pada tahun lalu, penghujung tahun lalu, bulan November secara tepatnya 2025."Kita tahu kita perlu memberikan yang sewajarnya |
|
KKM perlu bertindak, jangan tunggu tragedi berulang - Harakahdaily - 9/09 8:05 pm KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa mengambil tindakan segera bagi memperkukuh perlindungan, kebajikan dan aspek keselamatan petugas kesihatan yang menjalankan tugasan berisiko tinggi |
|
Tragedi helikopter KKM: Jasa lima insan dikenang - Harakahdaily - 9/09 7:28 pm TRAGEDI nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak yang mengorbankan lima individu termasuk empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang menerima ucapan takziah daripada pelbagai pihak |
|
KKM utamakan kebajikan waris, kesinambungan khidmat kesihatan susulan tragedi helikopter Long Lellang - Harapandaily - 9/09 7:13 pm FOTO BERITA: Sidang Media Khas oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan berhubung insiden Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara KKM |
|
KKM digesa tangguh FDS, pastikan helikopter selamat - FMT - 9/09 7:09 pm Hartal Doktor Kontrak berkata Putrajaya tidak seharusnya membenarkan perkhidmatan itu diteruskan tanpa memastikan keselamatannya terlebih dahulu. |
|
Lima mangsa nahas helikopter rentung, identiti dikenal pasti menerusi pengecaman barang peribadi - Sinarharian - 9/09 7:06 pm MIRI - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.Beliau berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat serta proses pengecaman."Kesemua mereka dalam keadaan rentung kerana apabila helikopter terhempas, ia terus terbakar."Tidak ada satu mangsa yang kita jumpai dalam keadaan sempurna."Pengecaman secara rasmi akan dibuat di hospital dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga telah diambil," katanya pada sidang media mengenai insiden berkenaan di Lapangan Terbang Miri, hari ini.Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini tragedi itu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSemalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.Mohamad Zainal berkata siasatan awal mendapati beberapa saksi telah melihat kepulan asap dan api pada helikopter berkenaan sebelum ia terhempas.Beliau berkata penduduk kampung turut membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang terdapat di lapangan terbang berkenaan, namun mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri."Daripada kedudukan helikopter, saya percaya mungkin juruterbang berusaha untuk mendaratkannya dengan selamat kerana ia berada betul-betul di hujung landasan |
|
Hubline sahkan helikopter dikendalikan unitnya terlibat kemalangan di Long Lellang - Sinarharian - 9/09 6:53 pm KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hubline menjelaskan bahawa helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kemalangan tersebut berlaku."Helikopter tersebut sedang mengendalikan penerbangan FDS dengan membawa lima individu termasuk juruterbang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMenurut syarikat itu lagi, LLA telah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berikutan kejadian tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, di samping menyediakan segala bantuan yang diperlukan.Hubline menambah bahawa lembaga pengarahnya sedang menilai kesan kemalangan itu terhadap operasi dan kewangan kumpulan tersebut.Dalam kejadian pada Selasa, sebuah helikopter terhempas berhampiran STOLport Long Lellang iaitu kawasan pedalaman di dalam daerah Marudi di utara Sarawak pada kira-kira 3.40 petang, yang mengorbankan juruterbang dan empat kakitangan Kementerian Kesihatan |
|
Nahas helikopter: Keluarga pasti merindui masakan Debra - Sinarharian - 9/09 4:21 pm Rendang dia paling A, sedap makan dengan lemang," katanya ketika ditemui di sini. ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMorgan berkata, sehingga kini, dia sukar mempercayai berita bahawa kakaknya merupakan antara mangsa helikopter yang terhempas itu.Katanya, selagi belum menerima pengesahan, dia masih berharap Debra selamat dan dapat kembali bersama keluarga."Susah saya hendak percaya dia antara mangsa dalam helikopter itu."Saya masih berharap dia selamat," katanya.Mengimbas keperibadian kakaknya, Morgan menyifatkan Debra sebagai seorang yang ceria, suka bergurau dan sentiasa mengambil berat terhadap keluarga.Katanya, hubungan mereka amat rapat sejak kecil, apatah lagi mereka hanya berbeza usia setahun dan pernah bersekolah bersama."Dia kakak yang baik |
|
Helikopter terhempas: 'Tolong bawa pulang suami saya, kami masih perlukan dia' - Sinarharian - 9/09 3:01 pm Saya dan anak-anak masih perlukan dia," kongsinya.Stephanie dalam hantaran lain berharap masih ada peluang untuk suaminya pulang."Sayang, nama dan gambar awak ada di mana-mana sahaja. Saya cuba untuk kuat tapi saya tak mampu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu"Namun, saya masih mengharapkan keajaiban |
|
Nahas helikopter FDS: KKM tunggu rekod penyelenggaraan pesawat - Sinarharian - 9/09 2:54 pm KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu rekod lengkap penyelenggaraan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah meminta pasukannya mendapatkan keseluruhan sejarah penyelenggaraan helikopter berkenaan, namun maklumat itu masih belum diterima."Saya sudah meminta pasukan saya mendapatkan maklumat berkenaan, namun setakat ini saya masih belum menerima rekod tersebut."Mereka akan memberikan keseluruhan sejarah penyelenggaraan kerana ia dilakukan secara berkala dan kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai kali terakhir helikopter terbabit menjalani penyelenggaraan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.Beliau menjelaskan, penyelenggaraan helikopter berkenaan dilaksanakan oleh syarikat yang dikontrakkan bagi menyediakan perkhidmatan tersebut kepada KKM.Katanya, kementerian menjangkakan maklumat lengkap mengenai sejarah penyelenggaraan helikopter terbabit dapat diperoleh dalam masa terdekat."Kita telah kontrak perkhidmatan itu dan sudah tentu kita mahu aspek keselamatan (terjamin) |
|
Nahas helikopter: Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas terkorban - Sinarharian - 9/09 2:37 pm KUCHING Kerajaan Sarawak meluluskan sumbangan kewangan berjumlah RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terkorban dalam insiden nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Selasa lalu.Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan berkenaan turut meliputi pembiayaan yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMenurut beliau, kos pendidikan tersebut akan ditanggung sepenuhnya menerusi pengurusan Yayasan Sarawak.Katanya, sumbangan itu merupakan bentuk penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap jasa serta pengorbanan petugas berkenaan ketika menjalankan tanggungjawab memberikan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di kawasan pedalaman."Kerajaan Sarawak merakamkan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga serta waris mangsa atas kehilangan insan tersayang," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.Abang Johari turut mendoakan agar seluruh waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat berat itu. |
|
Tiada sebab untuk hentikan KKM Teruskan Flying Doctor Service - Lobakmerah - 9/09 1:40 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) bagi memastikan masyarakat di kawasan pedalaman terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan |
|
“Elaun Pak Menteri Berpuluh Ribu” – Hanya RM 30, Netizen Dedah Kadar Insentif Khas ‘Flying Doctor’ KKM Sejak Tahun 1978 - Beautifulnara - 9/09 1:32 pm Perkongsian mengenai Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara bagi anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet, khususnya mengenai kadar insentif yang ditetapkan |
|
Nahas helikopter FDS: Kelulusan penerbangan bukan bidang kuasa KKM - Sinarharian - 9/09 1:07 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kebenaran penerbangan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, setiap penerbangan sama ada menggunakan helikopter atau kapal terbang perlu mematuhi prosedur keselamatan tertentu sebelum kebenaran diberikan."Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang."Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak, ia tertakluk kepada kelulusan daripada agensi berkenaan, bukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bagaimana helikopter FDS terbabit dibenarkan melakukan penerbangan dalam keadaan yang dilaporkan berjerebu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dr Mahathar berkata, penjelasan lanjut mengenai kebenaran penerbangan itu perlu diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan."Dalam kes semalam, penerbangan telah berlaku |
|
'Kapten Zainol Afiq buat panggilan video lebih sejam dengan ibunya pada malam sebelum kejadian' - Bapa - Sinarharian - 9/09 12:46 am SEREMBAN - Panggilan video selama lebih sejam bersama ibunya pada malam sebelum kejadian menjadi detik terakhir buat keluarga kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak semalam.Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata anak keempat daripada 12 beradik itu ada menghubungi ibunya Zaiton Muda, 59, menerusi panggilan video yang agak lama pada malam sebelum kejadian nahas berlaku."Arwah memang selalu telefon kami tetapi malam kelmarin dia telefon dan berbual memang lama, dia video call dengan mak dia lebih sejam setengah dari 10 malam sampai 11 lebih... tak sangka itu adalah panggilan terakhirnya."Berita sedih itu hanya diketahui menerusi anak kelapan saya yang memaklumkan abangnya terlibat dalam nahas petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Bee Sham berkata, kali terakhir mereka bertemu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lepas ketika arwah anaknya bercuti selama seminggu untuk mengundi di Senawang sebelum kembali ke Miri meneruskan tugasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSementara itu, beliau berkata, mereka sekeluarga kini dalam perjalanan ke Miri, Sarawak bagi membuat ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dan pengesahan berkaitan serta mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kejadian berkenaan."Kami dimaklumkan kesemua mangsa masih berada di lokasi kejadian kerana lokasi itu terletak jauh di kawasan pedalaman |
|
Nahas helikopter FDS: KKM akan teruskan Perkhidmatan Doktor Udara - Sinarharian - 9/09 12:26 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) meskipun berlaku nahas helikopter perkhidmatan itu berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada keperluan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan yang memainkan peranan penting dalam memastikan liputan kesihatan sejagat khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman."Kita akan meneruskannya, tiada keperluan (menghentikan) khidmat itu kerana antara perkara penting untuk kita capai dalam perkhidmatan FDS ini adalah liputan kesihatan sejagat."Jadi kita akan teruskan, kita akan memperkasa dan akan terus memberikan perkhidmatan ini," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Sementara itu, Dzulkefly menjelaskan, FDS selama ini dilaksanakan menerusi pendekatan kontrak dengan KKM tidak memiliki sendiri aset helikopter antaranya mengambil kira aspek penyelenggaraan.Katanya, keadaan itu berbeza dengan beberapa aset lain termasuk bot dan kenderaan bergerak yang dimiliki kementerian bagi memberikan perkhidmatan kesihatan."FDS ini sentiasa kita kontrakkan |
|
Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas – .. - Mygazette - 9/09 7:52 am # Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas - Dzulkefly KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapi insiden sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Sarawak, petang tadi |
|
Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter .. - Mygazette - 9/09 7:52 am # Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter - Residen Miri MIRI - Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi |
|
'Baru dua hari anak pulang ke Sarawak, dapat berita buruk' - Bapa Dr Ainul - Sinarharian - 9/09 7:25 am Sampai dua tiga kali dia sebut berita buruk. Saya tanya berita apa, dia kata helikopter anak saya terbakar," katanya.Menurut pesara guru itu, ketika menerima berita berkenaan, keluarga masih belum mendapat pengesahan mengenai keadaan Dr Ainul Baroah, 32, sebelum menantunya menghubunginya petang tadi untuk memaklumkan anaknya disahkan meninggal dunia."Anak saya (Dr Ainul Baroah) bertugas di Hospital Miri dan sudah hampir dua tahun berkhidmat di Sarawak, sebelum itu bertugas kira-kira dua tahun di Tanah Merah," katanya.Kamarudin berkata, tugas anaknya di Sarawak turut melibatkan pemantauan pesakit di beberapa kawasan termasuk Baram, yang memerlukan perjalanan menggunakan helikopter kira-kira sekali seminggu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSementara itu, ibu Dr Ainul Baroah, Rogayah Mohd Noor, 69, yang juga pesara guru, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik, patuh dan tidak pernah menyusahkan keluarga sejak kecil."Dia anak yang baik |
|
'Doakan saya, anak-anak dan suami syurga' - Luahan pilu isteri juruterbang nahas helikopter - Sinarharian - 9/09 12:37 am SHAH ALAM - "Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya.Demikian luahan pilu Izzati Syamimi, isteri kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa.Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai mendoakan supaya urusan keluarga kecilnya dipermudahkan.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - BapaSinar Harian melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas di STOLport Long Lellang disahkan meninggal dunia.Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kelima-lima individu di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.Maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM.'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu |
|
[VIDEO] Nahas helikopter KKM: Juruterbang baik, layan kerenah penumpang - Kosmo - 9/09 12:03 am Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai Ami_rah_97 berkata, juruterbang Kapten Zainol Afiq merupakan seorang yang baik dan sentiasa melayan kerenah ... Read more The post [VIDEO] Nahas helikopter KKM: Juruterbang baik, layan kerenah penumpang appeared first on Kosmo Online . |
|
Nahas helikopter KKM: Wajah Dr - Kosmo - 8/09 11:17 pm Ainul Baroah Kamarudin, 33, yang merupakan salah seorang daripada lima individu dilaporkan maut dalam tragedi helikopter terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu ... Read more The post Nahas helikopter KKM: Wajah Dr |
|
Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir - Sinarharian - 8/09 11:15 pm Itulah perbualan terakhir kami."Demikian luahan bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada Selasa.Bapanya, Kamaruddin Salleh, 69, seorang pesara guru, berkata hasrat tersebut disampaikan oleh anaknya ketika pulang ke kampung bersama suami, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, pada cuti sekolah baru-baru ini."Sebagai bapa saya menyokong hasrat itu dan memaklumkan kepadanya supaya mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu."Kami gembira apabila mengetahui perancangannya untuk melanjutkan pengajian sebagai doktor pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian. Jika berjaya, dapatlah dia pulang berkhidmat di Kelantan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - BapaDr Ainul merupakan antara lima individu yang terkorban selepas helikopter FDS yang dinaiki terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, pedalaman Baram.Terdahulu, kesemua mangsa nahas helikopter tersebut disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang.Laporan Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang, menyatakan bahawa semua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang.Menurut beliau, pengesahan kematian dibuat berdasarkan laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Sementara itu, Kamaruddin berkata, beliau dan isterinya, Rogayah Mohd Noor, 69, yang juga seorang pesara guru, sentiasa berharap anak mereka dapat kembali berkhidmat di negeri kelahirannya.Menurutnya, Dr Ainul yang merupakan anak keempat daripada lima beradik telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan cahaya mata."Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan bangga dengan dedikasinya sebagai seorang doktor yang berkhidmat kepada masyarakat," katanya. |
|
Nahas helikopter KKM: FDS diperkenal tahun 1973, talian hayat penduduk Sarawak - Kosmo - 8/09 11:14 pm KUCHING – Pasukan Perkhidmatan Doctor Udara (FDS) yang terlibat dalam insiden helikopter terhempas di Long Lellang petang tadi merupakan antara perkhidmatan penting dalam memastikan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak mendapat akses kepada rawatan kesihatan. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), FDS yang diperkenalkan di Sarawak pada 1973 menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti di kawasan terpencil dan sukar .. |
|
Nahas helikopter KKM: Tiga kali mentua Dr - Kosmo - 8/09 11:09 pm Bapa kepada Ainul Baroah, Kamarudin Salleh, 69, berkata, anaknya ... Read more The post Nahas helikopter KKM: Tiga kali mentua Dr |
|
[TERKINI] Tragedi Ulu Baram: Pasukan forensik KKM akan dihantar bagi proses bedah siasat - Astroawani - 8/09 10:20 pm Pasukan forensik Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak polis akan dihantar ke lokasi nahas helikopter di Long Lellang, Ula Baram bagi membantu proses pengurusan membabitkan kesemua lima jenazah mangsa. |
|
Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter - Residen Miri - Astroawani - 8/09 10:00 pm Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS)dinaiki mereka terhempas berhampiranLong Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi. |
|
Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa - Sinarharian - 8/09 9:43 pm SHAH ALAM - Seorang pengguna Threads memaklumkan abang iparnya antara lima individu berada di dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak pada petang Selasa.Menerusi perkongsian akaun Threads @_.aimnsuhaimi, pihaknya turut memohon orang ramai untuk membacakan al-Fatihah kepada kesemua kru, termasuk abang iparnya itu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia"Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada semua kru termasuk abang ipar saya."Abang ipar saya salah seorang mangsa helikopter terhempas di Long Lellang |
|
Juruterbang, Empat Petugas KKM Disahkan Maut Dalam Nahas Helikopter - Residen Miri - Siakapkeli - 8/09 9:36 pm Seorang juruterbang dan empat petugas KKM disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas berhampiran Long Lellang STOLport, menurut Residen Bahagian Miri Galong Luang. |
|
Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia - Sinarharian - 8/09 9:15 pm MIRI Kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang."Malangnya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KementerianKesihatan(KKM).ARTIKEL BERKAITAN:Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa"Bagaimanapun, saya belum dapat memberikan nama mangsa yang meninggal dunia ketika ini," katanya dalam laporan tersebut.Terdahulu, helikopter BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF yang dikendalikan Layang-Layang Aerospace itu sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri ke Long Lellang ketika terhempas. |
|
Empat Petugas KKM Antara Lima Kru Helikopter FDS Dilaporkan Terhempas Di Long Lellang - Siakapkeli - 8/09 8:48 pm KKM sedang memantau insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang dilaporkan terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, membabitkan seorang juruterbang dan empat petugas kesihatan. |
|
Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga - Sinarharian - 8/09 8:47 pm KOTA BHARU - Salah seorang penumpang helikopter yang dilaporkan terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak pada Selasa iaitu Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 32, dari Baung, Pengkalan Chepa di sini dimaklumkan telah meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Adik ipar kepada mangsa, Nureez Mohd Pauzi, 35, berkata, panggilan daripada KKM itu dibuat kepada suami Dr Ainul iaitu Muhammad Faiz Abdul Malik sekitar jam 4 petang lebih yang merupakan guru di Sarawak.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa "Setakat ini jenazah belum ditemui lagi."Dr Ainul sudah bekerja di sana (Sarawak) sejak tiga tahun lalu dan sudah menjadi kebiasaanya bersama jururawat menggunakan perkhidmatan helikopter untuk ke klinik yang terletak di kawasan pedalaman," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Menurutnya, mereka sekeluarga kini berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa untuk ke Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Sarawak pada Subuh Rabu. |
|
Nahas helikopter: Keluarga sahkan Dr Ainul meninggal dunia - Harapandaily - 8/09 8:36 pm Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghubungi keluarga Dr Ainul Baroah Kamaruddin petang tadi, memaklumkan bahawa pegawai perubatan berkenaan telah meninggal dunia |
|
[TERKINI] Tragedi Ulu Baram: Empat petugas kesihatan KKM disahkan terlibat - Dr Dzulkefly - Astroawani - 8/09 8:30 pm Kementerian Kesihatan (KKM) sahkan empat petugas kesihatan di bawah kementerian itu terlibat dalam insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak. |
|
Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa - Sinarharian - 8/09 8:17 pm PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam proses untuk menghubungi waris dan ahli keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak bagi memberikan sokongan sewajarnya.Memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memohon kerjasama orang awam dan pihak media untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut bakal dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.Jelasnya, kementerian sedang memantau rapi situasi selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa keselamatan, pasukan SAR dan agensi penerbangan berkaitan untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini dari lokasi kejadian."Saya amat berdukacita apabila menerima laporan awal berhubung insiden helikopter FDS KKM yang dilaporkan terhempas petang ini."Berdasarkan maklumat awal, penerbangan dari Miri dikendalikan oleh seorang juruterbang membawa empat petugas kesihatan KKM terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dr Dzulkefly menambah, setakat ini status kesemua kru dan penumpang serta punca kejadian belum dapat dipastikan.Beliau turut memaklumkan, pasukan SAR bersama pihak perubatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah berada di lokasi kejadian berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang."Sama-sama kita doakan agar segala urusan mencari dan menyelamat dipermudahkan," ujarnya.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu menjalankan penerbangan FDS ketika kejadian.CAAM menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.Jelasnya lagi, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.Difahamkan Long Lellang STOLport terletak di kawasan pedalaman Sarawak dan menjadi antara laluan yang menghubungkan komuniti terpencil di kawasan berkenaan. |
|
Nasib 5 individu dalam helikopter KKM belum diketahui - FMT - 8/09 7:51 pm Helikopter membawa seorang juruterbang dan empat petugas kesihatan itu dilaporkan terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, petang tadi. |
|
Dua penunggang motosikal cedera dalam 2 kemalangan berasingan - Sinarharian - 8/09 6:10 pm GEORGE TOWN Dua penunggang motosikal cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan yang berlaku di Balik Pulau dan Kepala Batas pada Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kejadian pertama berlaku pada jam 7.54 pagi berhampiran Sekolah Kebangsaan Titi Teras, Balik Pulau.Menurut beliau, seorang penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang sedalam kira-kira satu meter selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van kilang."Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.54 pagi sebelum jentera tiba di lokasi enam minit kemudian."Kemalangan membabitkan sebuah van kilang dan sebuah motosikal Yamaha LC."Penunggang motosikal berusia 32 tahun tercampak ke dalam longkang, manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan serta tidak tersepit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dan berjaya mengeluarkan mangsa dari longkang sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan muka kemudian dihantar ke Hospital Balik Pulau menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.31 pagi," katanya.Dalam kejadian berasingan, John berkata, satu lagi kemalangan berlaku di Lorong Haji Hassan 2, Jalan Pokok Sena, Kampung Permatang Haji Hassan, Kepala Batas.Menurutnya, seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas tersepit di bawah sebuah kereta dalam kejadian kira-kira jam 2.16 petang."Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.16 petang dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian."Kemalangan membabitkan sebuah Proton Exora dan motosikal Yamaha MT-15 dengan dua individu terlibat."Penunggang motosikal berusia 19 tahun tersepit di bawah kereta dan mengalami kecederaan parah pada bahagian leher," katanya.John berkata, pasukan bomba yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) menjalankan operasi menyelamat sebelum berjaya mengeluarkan mangsa."Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas menggunakan ambulans EMRS."Pemandu kereta pula selamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya.Operasi yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.12 petang. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |