| /// |
|
| Search : Jawatankuasa News | Page 1 |
|
Kerajaan terus perkukuh tatakelola, banteras ketirisan wang awam – .. - Mygazette - 2/10 8:14 am # Kerajaan terus perkukuh tatakelola, banteras ketirisan wang awam - PM Anwar KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memperkukuh tatakelola dan integriti perkhidmatan awam bagi membanteras ketirisan wang awam serta salah guna kuasa, khususnya membabitkan Badan Berkanun Persekutuan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan beliau hari ini |
|
Banjir di Johor Bahru: Projek dihentikan serta-merta jika jadi punca .. - Mygazette - 2/10 8:14 am # Banjir di Johor Bahru: Projek dihentikan serta-merta jika jadi punca - Exco JOHOR BAHRU - Tindakan menghentikan serta-merta projek pembangunan yang menjadi punca berlakunya banjir kilat di sesebuah kawasan akan dikenakan terhadap pemaju dan kontraktor. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, tindakan tegas tersebut perlu kerana terdapat pemaju atau kontraktor tidak mematuhi syarat ditetapkan sebelum melaksana projek |
|
Sarawak cetus inspirasi, Johor perhalusi model pendidikan berteraskan bakat - Mygazette - 2/10 8:14 am # Sarawak cetus inspirasi, Johor perhalusi model pendidikan berteraskan bakat JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor meneliti pelbagai pendekatan pendidikan yang dilaksanakan Sarawak sebagai usaha memperkukuh ekosistem pendidikannya serta pembangunan bakat anak Johor. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, pihaknya baru-baru ini mengadakan lawatan penanda aras ke Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) di Sarawak Science Centre, Kuching |
|
Telefon bimbit Exco Kesihatan Johor digodam, hantar suara mahu pinjam wang - Mygazette - 2/10 8:14 am # Telefon bimbit Exco Kesihatan Johor digodam, hantar suara mahu pinjam wang JOHOR BAHRU - Telefon bimbit Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon didakwa digodam oleh _scammer_ yang menghantar mesej suara untuk meminjam wang |
|
ECRL rancakkan koridor ekonomi baharu Terengganu - Utusan - 2/10 8:13 am KUALA TERENGGANU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka menjadi pemangkin kepada pembentukan koridor ekonomi baharu di Terengganu, sekali gus menarik pelaburan, memperkukuh sektor industri dan logistik serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, ECRL bukan sekadar projek pengangkutan, sebaliknya mempunyai .. |
|
Belanjawan 2027 dijangka cecah RM450 bilion - Sinarharian - 2/10 8:00 am Jika harga minyak jatuh bawah AS$70, bermakna kerajaan terpaksa tarik perbelanjaan," katanya.Beliau turut melihat kemungkinan pelaksanaan GST 2.0 atau cukai karbon pada 2027 sebagai sumber ruang fiskal tambahan yang berpotensi menyumbang RM15 bilion hingga RM20 bilion.Dalam aspek subsidi pula, penjimatan melalui penyasaran subsidi RON95 dan elektrik boleh dialihkan kepada pembangunan.Katanya, penjimatan RM10 bilion daripada langkah itu boleh digunakan untuk tujuan berkenaan.Pada masa sama, jika ekonomi Amerika Syarikat atau Eropah memasuki kemelesetan, kerajaan mungkin perlu menyediakan belanjawan lebih besar sebagai rangsangan bagi melindungi pertumbuhan ekonomi domestik.Dalam usaha berjimat, Aimi Zulhazmi melihat tiga ruang utama iaitu subsidi pukal, perolehan kerajaan dan ketirisan serta geran dan bantuan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)."Subsidi minyak pukal sekitar RM20 bilion boleh dialihkan secara berperingkat kepada mekanisme subsidi bersasar dan bantuan seperti STR. Di sini, kita boleh jimat 30 hingga 40 peratus terus."Bagi perolehan kerajaan, pengauditan, tender terbuka dan penggunaan e-perolehan boleh dipertingkatkan," ujar beliau.PembaziranBeliau menjelaskan, berdasarkan kajian dan penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta Laporan Ketua Audit Negara, terdapat pembaziran sekitar 10 hingga 15 peratus dalam projek, sekali gus membuka ruang penjimatan RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun.Bagi GLC pula, geran operasi wajar dikurangkan untuk syarikat yang sudah matang dan mampu berdiri sendiri, dengan bantuan kerajaan difokuskan kepada pelaburan strategik.Namun, beliau menegaskan penjimatan tidak boleh melibatkan sektor asas."Emolumen guru, doktor dan polis, selain peruntukan kesihatan asas serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tidak wajar disentuh |
|
Ku Haraki perluas jaringan usahawan seluruh negara - Harakahdaily - 1/10 11:06 pm KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menyokong usaha Ku Haraki memperluaskan jaringan usahawan menerusi program jelajah dan kerjasama antara negeri bagi membantu produk tempatan menembusi pasaran lebih luas. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato Ariffin Deraman berkata, program berkenaan wajar diperluaskan bukan sahaja di negeri dalam kelompok SG4, malah ke seluruh […] The post Ku Haraki perluas jaringan usahawan seluruh negara appeared first on Harakahdaily . |
|
Karnival Usahawan sasar 10,000 pengunjung - Harakahdaily - 1/10 10:55 pm KUALA TERENGGANU: Karnival Usahawan Sejahtera 2026 anjuran KU Haraki Malaysia, KU Haraki Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) yang berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato Ariffin Deraman berkata, karnival bertemakan Bersama Berjaya itu turut menghimpunkan 100 […] The post Karnival Usahawan sasar 10,000 pengunjung appeared first on Harakahdaily . |
|
RM100 juta atasi banjir di bandar raya JB?? - Mygazette - 1/10 3:18 pm JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membelanjakan RM100 juta bagi kerja saliran dan tebatan banjir sepanjang tiga tahun sejak 2023 tetapi beberapa kawasan bandar raya ini masih dilanda banjir kilat semalam. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, situasi itu menunjukkan infrastruktur sedia ada masih belum mampu menampung sepenuhnya beban aliran apabila hujan berintensiti tinggi berlaku serentak dengan air pasang besar |
|
Tunku Ismail ucap tahniah atas pelantikan Ayob Khan - Mygazette - 1/10 3:18 pm # Tunku Ismail ucap tahniah atas pelantikan Ayob Khan JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Ucapan tersebut dimuat naik di platform X milik HRH Crown Prince of Johor, berserta gambar pertemuan baginda dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara berkenaan |
|
Enam resolusi TIAR akan dibawa ke mesyuarat JKKTN akan datang - KP SPRM - Astroawani - 1/10 3:00 pm Enam resolusi yang dicapai dalam Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah (TIAR) Peringkat Kebangsaan 2026 akan dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan datang. |
|
Ayob Khan, Mohd Shuhaily terajui Jawatankuasa Integriti FAM - Sinarharian - 1/10 8:07 am BEKAS Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029.Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pelantikan itu antara keputusan yang dibuat pada Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Rabu.Beliau berkata, pelantikan individu dari luar Jawatankuasa Eksekutif (Exco) bagi menerajui jawatankuasa tertentu dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman dalam bidang berkaitan, sekali gus memperkukuh tadbir urus badan induk bola sepak negara itu."Bagi Jawatankuasa Integriti, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai pengerusi, manakala timbalannya ialah Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain."Kita mahu mereka yang mempunyai kredibiliti untuk mentadbir jawatankuasa berkenaan dan memastikan pengurusan serta tadbir urus FAM dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu.Mesyuarat berkenaan turut menyaksikan pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi bagi 11 jawatankuasa tetap FAM bagi memastikan setiap aspek pengurusan serta pembangunan bola sepak negara dapat digerakkan dengan berkesan.Ab Ghani berkata, selain Jawatankuasa Integriti, FAM turut memilih individu berpengalaman dari luar Exco untuk menerajui Jawatankuasa Pengadil serta Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan.Bagi Jawatankuasa Stadium dan Keselamatan, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai pengerusi, manakala DCP Datuk Mohd Rozi Jidin sebagai timbalannya.Datuk N Saaran pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan.Datuk Seri Rosmadi Ismail pula mengetuai Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan.Ab Ghani berkata semua pengerusi jawatankuasa tetap berkenaan diberikan tempoh tujuh hari bekerja untuk menamakan anggota masing-masing bagi membolehkan tugas di peringkat jawatankuasa dimulakan.Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan Datuk Noor Azman Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung FAM, manakala Datuk Ismail Karim meneruskan tugas sebagai Bendahari FAM.Menurutnya, kontrak Noor Azman masih berkuat kuasa sehingga hujung tahun depan, manakala pelantikan Ismail disambung bagi baki penggal kepimpinan FAM |
|
Laporan RCI TH: Zulkifli tumpu tindakan susulan selepas beri keterangan kepada PAC - Astroawani - 30/09 11:30 pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan memberi tumpuan kepada tindakan susulan yang tegas dan menyeluruh terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) selepas memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen. |
|
Sanusi, EXCO Kedah ziarah pusara Tun Dr Siti Hasmah - Harakahdaily - 30/09 10:48 pm PUTRAJAYA: Menteri Besar Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan EXCO mengambil kesempatan menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, di sini, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Dato Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, kunjungan tersebut turut disusuli bacaan tahlil dan doa […] The post Sanusi, EXCO Kedah ziarah pusara Tun Dr Siti Hasmah appeared first on Harakahdaily . |
|
Tunku Mahkota Ismail ucap tahniah - Hotfm - 30/09 9:57 pm Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini. |
|
Ayob Khan, Mohd Shuhaily terajui Jawatankuasa Integriti FAM - Astroawani - 30/09 9:00 pm Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029. |
|
Ayob Khan, Shuhaily dilantik jawatankuasa integriti FAM - FMT - 30/09 6:47 pm Presiden FAM, Ab Ghani Hassan berkata pelantikan itu bagi pastikan pengurusan serta tadbir urus FAM dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. |
|
Ayob Khan, Mohd Shuhaily kemudi Jawatankuasa Integriti FAM - Mkini - 30/09 6:42 pm Bagi Jawatankuasa Integriti, Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai pengerusi, manakala timbalannya ialah Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Mohd Shuhaily Mohd |
|
FAM akan jumpa Menteri Dalam Negeri dapatkan penjelasan isu tujuh pemain warisan - Sinarharian - 30/09 6:25 pm PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan status tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran isu dokumentasi.Presiden FAM Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pertemuan itu penting bagi mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai sebarang persoalan memandangkan perkara berkaitan kewarganegaraan dan pengeluaran pasport berada di luar bidang kuasa badan induk bola sepak itu."Berhubung dengan status pasport tujuh pemain warisan berkenaan, saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri. Perkara berkaitan kewarganegaraan dan pengeluaran pasport adalah di luar bidang kuasa FAM."Jadi, kami semua akan mendapatkan penjelasan dan bekerjasama rapat dengan KDN bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029 di Wisma FAM di sini, hari ini.Ab Ghani berkata, menegaskan tujuh pemain berkenaan ketika ini tidak boleh mewakili skuad kebangsaan berikutan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak membenarkan mereka beraksi untuk Malaysia.Terdahulu ketika menyampaikan ucapan pembukaan, Ab Ghani bagi pihak FAM turut memohon maaf kepada seluruh penyokong bola sepak Malaysia.Tambahnya, permohonan maaf itu adalah merujuk kepada keadaan yang telah dilalui oleh seluruh penyokong bola sepak negara susulan kemelut yang berlaku dalam sukan bola sepak negara.Beliau memberi komitmen perkara seumpama itu tidak akan dibiarkan berulang sepanjang tempoh kepimpinannya."Saya ingin memohon maaf kepada seluruh penyokong bola sepak Malaysia atas isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan yang berlaku tahun lepas justeru, saya memberi komitmen sepanjang tempoh menerajui FAM, isu sedemikian tidak akan dibiarkan berulang lagi," katanya.Pada 26 Sept 2025, FIFA mengesahkan FAM dan tujuh pemain warisan negara didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.Siasatan mendapati FAM telah menyerahkan dokumen dipercayai dipalsukan untuk mengesahkan kelayakan pemain terbabit hingga membolehkan mereka beraksi ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 di sini pada Jun lepas.Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000) serta digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.Terdahulu, mesyuarat hari ini turut memutuskan pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi bagi 11 jawatankuasa tetap FAM untuk memastikan setiap bidang pengurusan dan pembangunan bola sepak negara dapat digerakkan.Antara jawatankuasa yang dilantik adalah Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Jawatankuasa Pertandingan, Jawatankuasa Undang-Undang, Jawatankuasa Pengadil, Jawatankuasa Status Pemain, Jawatankuasa Media dan Pemasaran serta Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan.Ab Ghani menambah,pelantikan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kepimpinan baharu FAM untuk memperkemas pentadbiran badan induk itu, selain memastikan setiap jawatankuasa dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lebih berkesan |
|
FAM Lantik Tan Sri Ayob Khan, Dato Sri Mohd Shuhaily Terajui Jawatankuasa Integriti - Vocket - 30/09 4:47 pm Mesyuarat keenam Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 telah melantik Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Pengerusi Jawatankuasa.. |
|
Tujuh kawasan di Johor catat IPU tidak sihat - Mygazette - 30/09 4:01 pm JOHOR BAHRU Tujuh daripada lapan stesen pemantauan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan antara 155 hingga 172 setakat pukul 8 pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 169 diikuti Larkin (165), Kota Tinggi (160) dan Pengerang (155) |
|
Kemelut N. Sembilan: Kerajaan negeri seolah-olah tak berfungsi ??? .. - Mygazette - 30/09 4:01 pm Kepentingan rakyat mesti mengatasi sebarang kepentingan politik atau pertimbangan peribadi, katanya. Aminuddin turut menegaskan pelantikan dan fungsi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta ahli majlis tidak boleh terus tergantung kerana kedua-duanya merupakan penghubung penting antara kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi |
|
PKR harap kemelut pentadbiran Negeri Sembilan segera selesai - Aminuddin - Sinarharian - 30/09 12:36 am SEREMBAN - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan mengharapkan kemelut institusi dan pentadbiran negeri ini dapat segeradiselesaikan untuk memastikan pentadbiran kerajaan serta kepentingan rakyat tidak terus terjejas.Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkembangan semasa bukan sahaja melibatkan persoalan perlembagaan dan institusi diraja, malah jugamenimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan pentadbiran, kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.Bekas Menteri Besaritu berkata, ketidaktentuan berkaitan kedudukan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bolehmelambatkan urusan penting yang memerlukan pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa negeri."Urusan pelaburan, pembangunan, kelulusan dan pindah milik tanah serta pelaksanaan projek berpotensi terkesan dan boleh menjejaskan keyakinan pelabur, menyukarkan urusan pemilik tanah dan peniaga, serta memberikankesan kepada peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat."Pelantikan dan fungsi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta anggota majlis juga tidak boleh terus tergantung kerana kedua-dua ini menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat padaperingkat akar umbi dan berisiko kehilangan saluran perwakilan serta penyelarasan yang berkesan," katanya menerusi Facebook di sini pada Rabu.Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, keadaan semasa turut menimbulkan persepsi bahawa kerajaan negeri seolah-olah tidak berfungsi dengan berkesan akibat pertikaian berpanjangan.Aminuddin berkata, semua pemimpin politik perlu mengutamakan kebijaksanaan, mengelakkan kenyataan yang boleh meningkatkan ketegangan serta memberikanruang kepada proses perlembagaan dan undang-undang untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.Pada Selasa, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hampir tiga jam di Istana Hinggap di sini.Pertemuan itu difahamkan susulan isu berkaitan pentadbiran serta kemelut semasa negeri.Sebelum ini, Tuanku Muhriz membatalkanpelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang berkuat kuasa pada 20 Septemberdan pembatalan itu diwartakan pada 24 September.Exco terlibat ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah |
|
ICRC gesa segera lindungi penduduk awam di Tebing Barat - Mygazette - 30/09 8:12 am # ICRC gesa segera lindungi penduduk awam di Tebing Barat BAITULMUQADDIS - Jawatankuasa AntarabangsaPalang Merah (ICRC) menggesa perlindungan segeradiberikan kepada penduduk awam di Tebing Barat, laporAgensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) |
|
BIGSABAH Sale 2026 sasar lebih 100,000 pengunjung - Mypress - 29/09 9:13 pm KOTA KINABALU – BIGSABAH Sale 2026 menyasarkan lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur… |
|
90 peratus muka baharu, MDDNM tampil lebih segar - Mygazette - 29/09 3:25 pm Dua jawatan Naib Presiden disandang Datuk Mokhtar Haron dan Datuk Hasnoor Sidang Hussin. Lima Ahli Jawatankuasa yang dipilih ialah Datuk Mashitah Ismail, Datuk Sri Dr |
|
Universiti awam bukan perusahaan cari keuntungan – Suara Siswa UiTM - Mygazette - 29/09 3:25 pm Menurut Suara Siswa UiTM, UiTM Holdings tidak wajar dilihat semata-mata sebagai sebuah syarikat yang mengalami masalah kewangan. KPT sebelum ini mengesahkan kerugian sebelum cukai terkumpul UiTM Holdings sekitar RM157 juta bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021, manakala Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah merekodkan suntikan modal UiTM berjumlah RM259.98 juta kepada syarikat itu antara 2007 hingga 2018 serta membangkitkan isu pematuhan dan tadbir urus |
|
Najib pulang rumah baru peletakan jawatan saya berkuat kuasa – .. - Mygazette - 29/09 3:25 pm Itu belum diputuskan, katanya. Dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP minggu lalu, Anthony mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti terhadap keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib |
|
'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa sebaik Najib jalani tahanan rumah' - Anthony Loke - Sinarharian - 29/09 1:10 pm KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.Beliau berkata, Anwar memintanya untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan buat masa ini, namun peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.ARTIKEL BERKAITAN: 'Keputusan sudah dibuat - Anthony kekal pendirian letak jawatanPeletakan jawatan Anthony: 'Saya tidak mahu gopoh buat keputusan' - Anwar"Apabila Datuk Seri Najib balik rumah, maka peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa."Peletakan jawatan ini adalah keputusan parti berdasarkan respons dan pendirian DAP terhadap isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak yang kita tidak bersetuju," katanya selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2026 di sini pada Selasa.Anthony berkata, surat berkenaan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri ketika kedua-duanya mengadakan perbincangan mengenai keputusannya untuk berundur daripada Jemaah Menteri.Buat masa ini, beliau masih menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan dan belum ada pengganti dilantik bagi jawatan berkenaan.Anthony turut menegaskan keputusannya untuk berundur kekal selaras dengan pendirian DAP.Pada 19 September lalu, Anthony menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan pendirian DAP berhubung pengampunan bersyarat terhadap Najib selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.Beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan |
|
Pengerusi PKR Perak angkat sumpah sebagai Senator - Sinarharian - 29/09 12:17 am KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak Mohamad Hairul Amir Sabri mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator baharu, mewakili negeri itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 10 September lepas hingga 9 September 2029.Mohamad Hairul Amir, 38, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, dalam upacara yang berlangsung di Dewan Negara, Bangunan Parlimen di sini pada Selasa.Beliau yang juga Ketua Pegawai Khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun, dilantik menggantikan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang tamat tempoh pelantikan sebagai Senator pada 24 Mei.Pada 10 September, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersetuju memilih Mohamad Hairul Amir selepas dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, mengikut Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, susulan kekosongan satu kerusi Dewan Negara bagi anggota yang dipilih oleh DUN Perak.Sementara itu, Awang Bemee dalam ucapan pemasyhuran pelantikan ituberkata, pengalaman Mohamad Hairul Amir dalam kepimpinan politik, pentadbiran awam, hubungan kerajaan, pembangunan masyarakat dan tadbir urus korporat, akan memberi nilai tambah kepada perbahasan serta perjalanan Dewan Negara."Penglibatan Yang Berhormat dalam badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta sebagai Ahli Jawatankuasa Audit Bebas dan Ahli Lembaga Pengarah badan eksekutif syarikat swasta, turut memperluas pengalaman dalam bidang tadbir urus, pengurusan, akauntabiliti dan integriti," katanya.Sehubungan itu, Awang Bemee berkata, Dewan Negaraberharap pengalaman yang dimiliki Mohamad Hairul Amir dapat menyumbang secara konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Senator yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pendirian politik."Walaupun kita boleh berbeza pandangan, perbezaan itu hendaklah disampaikan dengan penuh hikmah, berhemah dan saling menghormati," katanya.Sementara itu, beliau berkata, Dewan Negara akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi Parlimen Malaysia, termasuk melalui pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang antaranyabertujuan memperteguh prinsip pengasingan kuasa serta keberkesanan fungsi semak dan imbang Parlimen.Beliau berkata, langkah itu penting bagi memperkukuh autonomi dan kedudukan Parlimen, supaya peranannya sebagai institusi dalam sistem demokrasi negara dapat dilaksanakan dengan berkesan, bebas dan berwibawa."Kita mahu Dewan Negara menjadi institusi yang membawa suara rakyat dan negeri, meneliti dasar serta perundangan negaradan pada masa sama memperkukuh prinsip semak dan imbang dalam sistem demokrasi berparlimen," katanya.Menurut takwim Parlimen, persidangan Dewan Negara bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 30 November hingga 22 Disember ini |
|
Adakah wajar kanak-kanak 12 tahun diminta hadir ke pejabat SPRM? - Mygazette - 29/09 8:09 am # Adakah wajar kanak-kanak 12 tahun diminta hadir ke pejabat SPRM? KUALA LUMPUR SPRM mempunyai kuasa mendapatkan maklumat berkaitan harta yang mempunyai kaitan dengan kanak-kanak, namun persoalannya ialah bagaimana kuasa itu dilaksanakan apabila individu terbabit baru berusia 12 tahun. Bekas Pengerusi Badan Peguam Selangor dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Majlis Peguam, V Kokila Vaani berkata, Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memberikan SPRM kuasa mendapatkan maklumat berhubung sesuatu harta apabila terdapat alasan munasabah berdasarkan sesuatu siasatan |
|
Azalina: Tiada guna RUU Kebebasan Maklumat jika akhirnya jadi RUU Kawalan Maklumat - Mkini - 28/09 10:03 pm Kata Azalina, jawatankuasa itu juga akan meneliti rangka kerja undang-undang sedia ada, termasuk OSA, dalam menentukan hala tuju RUU berkenaan. |
|
Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus sifatkan Tun Dr Hasmah penyayang, ambil berat rakyat - Sinarharian - 28/09 8:50 pm KUALA LUMPUR - Pemenang Hadiah Nobel Profesor Muhammad Yunus memuat naik hantaran di Facebook mengenang Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali, menyifatkan beliau sebagai seorang doktor dan penjawat awam yang penyayang yang sumbangannya membantu memajukan usaha membawa perkhidmatan kewangan kepada keluarga termiskin di dunia.Dalam ucapan takziah yang dikongsikan pada laman media sosial itu pada Isnin, Yunus berkata, beliau amat bersedih dengan pemergian Dr Hasmah dan mengucapkan takziah kepada suaminya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anak perempuan mereka Marina dan rakyat Malaysia."Ingatan dan doa saya bersama anda semua pada masa kehilangan yang besar ini."Adalah satu keistimewaan dan kegembiraan mengenali Dr Hasmah sebagai kawan sejak 1990-an. Beliau adalah seorang doktor dan penjawat awam yang luar biasa yang sangat mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat biasa," menurutnya.Hantaran itu turut termasuk foto Yunus bersama Dr Hasmah.Mengimbau penglibatan Dr Hasmah dengan Jawatankuasa Pemandu Kempen Sidang Kemuncak Mikrokredit, Yunus berkata, sokongan beliau membantu memajukan usaha untuk membawa perkhidmatan kewangan kepada keluarga termiskin di dunia.Beliau berkata, Allahyarham juga beberapa kali melawat Grameen Bank bagi membantu memantapkan prosedur kerja Amanah Ikhtiar Malaysia.Mengenang pertemuan terakhir mereka pada Hari Perusahaan Sosial di Langkawi pada 2023, Yunus berkata, beliau akan sentiasa mengingati Dr Hasmah atas kebaikan, kemesraan dan keprihatinannya yang tulus terhadap orang lain."Beliau berkhidmat untuk negaranya dengan keanggunan dan kecemerlangan |
|
PAC syor tambah baik tatakelola kewangan, pengurusan pelaburan UiTM Holdings pada 2024 - Astroawani - 28/09 8:33 pm Mas Ermieyati berkata syor itu adalah susulan penemuanmelalui dua laporan yang dikeluarkan dan dibentang oleh jawatankuasa berkenaan di Dewan Rakyat pada2024. |
|
Kerajaan, Parlimen digesa perkukuh Rang Undang-Undang FOI - Sinarharian - 28/09 7:13 pm SHAH ALAM Kerajaan dan Parlimen digesa memperkukuh Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat (FOI) Persekutuan bagi menjamin hak rakyat mendapatkan maklumat melalui undang-undang yang berkesan serta boleh dikuatkuasakan.Gesaan itu disuarakan menerusi kenyataan bersama Pengarah Eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ), Wathshlah Naidu; Nalini Elumalai daripada ARTICLE 19; dan Prishanth Linggaraj daripada Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) sempena Hari Antarabangsa Akses Sejagat kepada Maklumat (IDUAI).Menurut mereka, RUU tersebut masih memerlukan penambahbaikan bagi memenuhi piawaian antarabangsa berkaitan ketelusan dan akses kepada maklumat."Rang undang-undang itu perlu diperkukuh kerana penilaian Centre for Law and Democracy hanya memberikan 47 daripada 150 mata berdasarkan metodologi Right to Information Rating," kata mereka dalam kenyataan bersama pada Isnin.Mereka berpandangan bahawa rang undang-undang itu masih belum mencapai standard yang sewajarnya untuk dianggap sebagai undang-undang ketelusan yang komprehensif.Bagaimanapun, mereka mengalu-alukan langkah kerajaan memperkenalkan RUU berkenaan serta merujukkannya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) selepas bacaan pertama pada Julai lalu.Menurut mereka, undang-undang tersebut perlu selaras dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, prinsip undang-undang antarabangsa serta cadangan yang dikemukakan masyarakat sivil."Antara tuntutan utama ialah menjadikan pendedahan maklumat sebagai prinsip asas dan kerahsiaan sebagai pengecualian."Selain itu, undang-undang FOI tidak seharusnya dilemahkan oleh peruntukan sedia ada termasuk Akta Rahsia Rasmi," menurut kenyataan tersebut.Mereka turut menggesa penubuhan Suruhanjaya FOI sebagai badan pemantau bebas yang mempunyai kuasa menyemak penolakan permohonan maklumat, mengarahkan pendedahan dokumen serta memantau pelaksanaan undang-undang itu.Tuntut ketelusan berkaitan pengampunan bersyarat NajibDalam kenyataan sama, mereka turut menggesa kerajaan mendedahkan dokumen berkaitan pengampunan bersyarat dan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurut mereka, pendedahan itu penting bagi membolehkan orang ramai memahami asas sesuatu keputusan yang dibuat."Dokumen tersebut termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, representasi bertulis Peguam Negara, syarat penuh tahanan rumah serta asas perundangan yang digunakan dalam pelaksanaannya," kata mereka.Mereka juga menuntut pendedahan berhubung mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan serta perbelanjaan awam yang berkaitan dengan pengaturan tersebut.Menurut kenyataan tersebut, tuntutan itu bukan bertujuan mempertikaikan kuasa pengampunan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya menuntut tahap ketelusan yang lebih tinggi dalam pelaksanaannya."Kuasa berperlembagaan bukan lesen untuk kerahsiaan institusi," menurut kenyataan itu.Mereka menegaskan bahawa akses kepada maklumat awam yang tepat, sahih dan tepat pada masanya amat penting untuk memastikan penyertaan rakyat yang bermaklumat, meningkatkan akauntabiliti serta memperkukuh keyakinan terhadap institusi awam.Pada masa sama, mereka mengumumkan pelancaran satu kempen bagi menilai dan memaparkan tahap sokongan Ahli Parlimen terhadap RUU FOI yang lebih kukuh, dengan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi media sosial dalam masa terdekat. |
|
RUU Kebebasan Maklumat perlu pastikan akses lebih terbuka, tidak banyak .. - Mygazette - 28/09 4:00 pm Bagi saya, sebahagian daripada demokrasi dalam sesebuah negara ialah kebebasan media dan memberikan mereka kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan tugas, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Pendengaran Awam _National Town Hall_ Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Mengenai RUU Kebebasan Maklumat 2026 di Bangunan Parlimen di sini hari ini |
|
New Age Movement: Marhamah wajar mohon maaf, letak jawatan - Sinarharian - 28/09 9:00 am SHAH ALAM Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli wajar membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka dan meletakkan jawatan susulan sesi tabayyun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM).Pengerusi Lajnah Ilmuwan dan Penyelidikan Dewan Pemuda Pas Selangor, Dr Abu Musleh berkata, pihaknya menghargai ketegasan JAKIM khususnya Panel Pakar Akidah (PPA) yang menjalankan siasatan dan sesi tabayyun berkaitan isu tersebut.Menurutnya, kenyataan JAKIM pada Ahad menjelaskan bahawa satu sesi tabayyun telah diadakan bersama Marhamah selain teguran, nasihat serta panduan diberikan berkaitan kandungan dan pendekatan program yang mempunyai implikasi terhadap akidah."Ini menguatkan tanggapan bahawa kebimbangan masyarakat yang dibangkitkan sebelum ini mempunyai asas yang wajar diambil serius oleh pihak berautoriti," katanya dalam kenyataan.Abu Musleh berkata, sebelum ini Marhamah dilaporkan menafikan sebarang kaitan dengan NAM selain memberi tempoh 24 jam kepada pengkritik untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf terbuka serta mengancam tindakan undang-undang."Ini amat tidak profesional, tidak matang, dan memalukan kerana beliau menggunakan kepala surat pejabatnya untuk menjawab isu peribadi."Memandangkan JAKIM kini mengesahkan wujudnya isu implikasi akidah dalam program berkenaan, adalah wajar bagi Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan susulan yang mengakui perkara ini secara terbuka kepada masyarakat, selaras dengan dapatan JAKIM tersebut," katanya.Dalam pada itu, beliau mendakwa masih ramai murid Marhamah yang tidak memahami dan mengetahui perkara yang dianggap salah dalam ajaran yang dibawa.Abu Musleh berkata, isu berkaitan akidah perlu diteliti secara serius dan telus mengikut disiplin ilmu yang muktabar kerana ia menyentuh asas keimanan umat Islam.Katanya, unsur NAM didakwa boleh menyusup melalui seminar motivasi, kursus pembangunan diri dan program kerohanian yang pada zahirnya kelihatan neutral."Lebih membimbangkan lagi apabila istilah Islam yang sahih sengaja dipinjam untuk menutup fahaman yang bercanggah dengannya."Inilah sebabnya pihak berautoriti wajar meneliti dengan teliti setiap istilah yang digunakan dalam mana-mana program kerohanian atau pembangunan insan oleh sebahagian penceramah motivasi yang menggunakan istilah-istilah yang dikaitkan dengan New Age Movement," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa Mufti, JAKIM, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia serta pihak berautoriti agama negeri terus memantau dan mengkaji isu berkenaan secara telus dan konsisten."Rakyat kini menunggu pengakuan dan permohonan maaf Marhamah, dan semestinya disusuli dengan peletakan jawatan," jelas beliau. |
|
Kemudahan kerajaan bantu bakat permotoran cilik Terengganu - Harakahdaily - 27/09 5:25 pm KUALA TERENGGANU: Sokongan dan kemudahan disediakan kerajaan Terengganu membantu pelumba cilik negeri ini mengembangkan bakat dalam sukan permotoran sejak usia muda. Peranan kerajaan negeri menerusi Hishamuddin Abdul Karim selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri amat dihargai oleh keluarga Wan Aryan Mikhail |
|
Jawatankuasa khas perlu diwujudkan kaji penambahan kerusi Parlimen Sabah, .. - Mygazette - 27/09 7:59 am # Jawatankuasa khas perlu diwujudkan kaji penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak KOTA KINABALU - Satu jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diwujudkan bagi mengkaji cadangan penambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak |
|
Anthony serah surat letak jawatan minggu kedua Oktober, Steven Sim pangku? - Mygazette - 27/09 7:59 am Tidak boleh rancang begitu sahaja, tegasnya berseloroh. Anthony Loke sebelum ini mengumumkan keputusan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September lalu |
|
MCA sokong himpunan aman esok, desak RCI ???mafia korporat??? - Mygazette - 27/09 7:59 am Amat malang ujarnya, apabila Kerajaan Madani bukan sahaja dilihat menutup mata dan memekakkan telinga terhadap desakan itu. Malah, dakwanya, laporan siasatan Jawatankuasa Khas mengenai isu pegangan saham berlebihan yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, masih senyap sepi dan belum pernah didedahkan kepada umum sehingga hari ini |
|
Majlis Peguam cadang had tempoh tahanan tertuduh menunggu bicara - FMT - 27/09 7:30 am Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Jenayahny Vivek Sukumaran kongsi kebimbangan ketua hakim negara mengenai tertuduh ditahan reman terlalu lama sementara menunggu perbicaraan. |
|
Jawatankuasa khas perlu diwujudkan kaji penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - Astroawani - 27/09 4:00 am Satu jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diwujudkan bagi mengkaji cadangan penambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak. |
|
Jawatankuasa khas perlu kaji tambah kerusi Sabah, Sarawak, kata menteri - FMT - 26/09 9:22 pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud berkata kajian turut meliputi penetapan garis masa untuk ia dilaksanakan. |
|
FAMA tubuh jawatankuasa tingkat stok makanan hadapi El Nino - Astroawani - 26/09 8:00 pm Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa khas sejak dua bulan lepas sebagai persiapan awal menghadapi kemungkinan kesan fenomena El Nino terhadap bekalan makanan negara. |
|
'Contohi Pengerusi MARA, you touch you go kepada pembuli' - Sinarharian - 26/09 5:22 pm KUALA PILAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mencontohi ketegasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam menangani kes buli di institusi pendidikan dengan mengamalkan prinsip You Touch, You Go.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Za'idy Abdul Kadir berkata, pendirian tegas itu penting bagi memastikan isu buli tidak lagi dianggap sebagai kenakalan biasa, gurauan atau sebahagian daripada budaya senioriti dalam kalangan pelajar.Menurutnya, tragedi membabitkan Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia, menuntut penjelasan serius berhubung aspek pencegahan dan keselamatan pelajar."Persoalannya bukan hanya apa yang berlaku selepas seorang pelajar kehilangan nyawa."Persoalan lebih besar ialah adakah sistem pencegahan buli, pemantauan asrama dan penguatkuasaan disiplin di sekolah kita benar-benar cukup tegas untuk mengesan dan menghentikan buli sebelum ia menjadi tragedi?" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihaknya menghormati siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian itu, termasuk penahanan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Selain itu, beliau menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar dikenal pasti.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan, manakala KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMohd Zaidy berkata, KPM perlu menjelaskan tahap pemantauan dan pengawasan di asrama SMK Zaba sebelum kejadian, termasuk sama ada terdapat aduan atau tanda awal berkaitan buli yang pernah diterima pihak sekolah.Katanya, kementerian juga perlu memastikan sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbukti terlibat dilaksanakan selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada."Dalam soal membanteras buli, saya berpandangan KPM boleh mencontohi ketegasan Pengerusi MARA dalam menangani kes buli di institusi pendidikan di bawah seliaan MARA."Asyraf Wajdi secara terbuka menegaskan prinsip You Touch, You Go sebagai mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan buli di MRSM dan institusi pendidikan MARA," katanya.Pada Jun lalu, enam pelajar MRSM di Johor yang ditahan bagi membantu siasatan kes buli diarahkan berdepan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.Pada 30 Jun, MARA mengesahkan empat daripada enam pelajar terbabit disingkirkan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bersidang, manakala dua lagi digantung sementara menunggu pengesahan polis berhubung penglibatan mereka dalam sentuhan fizikal terhadap mangsa.Sebelum keputusan itu dibuat, Asyraf Wajdi dilaporkan mengarahkan mesyuarat JDM diadakan dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat.Mohd Zaidy berkata, pendekatan tersebut menunjukkan bahawa tindakan terhadap buli bukan semata-mata berkaitan hukuman selepas kejadian, sebaliknya turut melibatkan aspek pencegahan, pemantauan dan keupayaan institusi mengenal pasti tanda awal salah laku."Bila ada aduan, siasatan mesti segera."Bila ada bukti, tindakan mesti diambil |
|
Tular rakaman CCTV curi duit tabung surau, dua lelaki diburu polis - Sinarharian - 26/09 3:16 pm SHAH ALAM - Tindakan dualelaki mengumpil dua buah tabung yang diletakkan pada pintu masuk sebelum mencuri wang sumbangan tersebut di surau di Seksyen 16di sini mengundang padah selepas aksi merekadirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki Melayu yang juga ahli jawatankuasa surau berkenaan pada jam 5.25 petang, Jumaat.Menurutnya, siasatan awal mendapati dua lelaki tidak dikenali memasuki surau berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi pada hari sama melalui pintu pagar utama."Rakaman CCTV mendapati kedua-dua suspek kemudian mengumpil dua buah tabung yang diletakkan di pintu masuk hadapan surau."Jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan setakat ini kerana wang berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai yang datang ke surau tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kejadian itu turut mendapat perhatian selepas satu hantaran pemilik akaun Threads berhubung kes berkenaan tular di media sosial.Katanya, hantaran berkenaan setakat ini menerima 86 tanda suka, satu komen dan enam perkongsian."Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk usaha mengenal pasti dan mengesan suspek yang terbabit," katanya."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Mohd Fazril Hamid di talian 012-6476747 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya. |
|
MPKu dapat tempat pertama Anugerah Penarafan Bintang PBT 2026?? - Mygazette - 26/09 8:16 am "Tanpa kerjasama daripada semua mereka termasuk pegawai serta staf-staf daripada MPKu, tak mungkin kita dapat anugerah ini. Tak lupa juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor banyak bagi nasihat, panduan dan bimbingan," katanya |
|
3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA mahu Belanjawan 2027 tangani krisis tenaga kerja - Sinarharian - 25/09 6:34 pm SHAH ALAM - Keperluan mengekalkan doktor dalam sektor awam antara yang perlu diberi perhatian menerusi pembentangan Belanjawan 2027, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr L Sivanaesan.Beliau berkata, antara 2019 hingga 2023, seramai 3,494 doktor meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk 2,385 pegawai perubatan tetap dan 1,109 tenaga pakar.Menurutnya, peletakan jawatan dalam kalangan pakar turut meningkat 57 peratus dalam tempoh berkenaan."Malaysia kini berdepan kekurangan hampir 11,000 pakar, manakala kekosongan jawatan jururawat kira-kira 18 peratus. Hanya 529 daripada jawatan siswazah perubatan yang ditawarkan pada Januari 2026 telah diisi."Data dibentangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen turut menunjukkan kekosongan jawatan di KKM meningkat ketara dari 10,419 pada 2017 kepada 54,362 (2024) manakala kadar pengisiannya merosot dari 96 peratus kepada 83 peratus,"katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, setiap jawatan yang tidak diisi menambah tekanan kepada tenaga kerja yang sudah pun terbeban dan ia berisiko menjejaskan lagi keupayaan sistem kesihatan awam untuk menyediakan rawatan berkualiti.Sehubungan itu, MMAmenggesa kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi bagi menyokong rancangan memansuhkan sistem kontrak dan menawarkan jawatan tetap kepada pegawai perubatan siswazah yang layak dengan sasaran pelaksanaan menjelang 2028.Katanya, jawatan tetap memberikan jaminan kerjaya yang lebih bermakna buat doktor muda dan ia mampu menjadi asas kukuh kepada pengekalan tenaga kerja sistem kesihatan awam untuk jangka panjang."MMA turut memohon supaya tempoh perkhidmatan kontrak pada tahun-tahun sebelumnya diiktiraf bagi tujuan peningkatan gaji," katanya.Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mencadangkan penyediaan laluan telus berasaskan merit bagi membolehkan pakar berpengalaman dinaikkan ke Gred Khas atau Gred Utama C minimum selepas lima tahun perkhidmatan.Beliau berpandangan, kenaikan pangkat tidak perlu dibuat secara automatik, tetapi berdasarkan 80 peratus penilaian kriteria objektif dan 20 peratus penilaian profesional berstruktur."Menjelang tahun ke-10 selepas pewartaan, setiap pakar yang diiktiraf sebagai pakar perubatan hendaklah menjalani penilaian kenaikan pangkat secara rasmi dengan keputusan dan alasan dimaklumkan dengan jelas."Laluan sama juga perlu diwujudkan bagi pakar subkepakaran yang diiktiraf."Kerajaan perlu memberikan sebab kukuh kepada pakar berpengalaman untuk kekal dalam perkhidmatan awam dan terus melatih generasi seterusnya," katanya.Dalam pada itu, MMA menggesa kerajaan memperhalusi dasar yang didakwa menyukarkan doktor dan pakar membina kerjaya mampan dalam perkhidmatan kesihatan awam.Antara perkara yang dicadangkan ialah semakan syarat tiga penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) lengkap berturut-turut sebelum mengikuti latihan subkepakaran, penyediaan Jawatan Simpanan Latihan yang mencukupi, pemberian elaun pakar dan kadar bayaran bertugas atas panggilan (on-call) yang adil.MMA turut menggesa kerajaan mengekalkan kadar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) terdahulu bagi petugas kesihatan yang berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan, selain menyelaraskan aturan kerja dengan standard 45 jam seminggu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), termasuk tempoh rehat selepas bekerja tanpa henti selama 24 jam."Ini bukan sekadar soal kebajikan tenaga kerja |
|
PM Anwar Solat, Iringi Jenazah Abang Sehingga Disemadikan - Wrlr - 25/09 4:37 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ratusan jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham abangnya, Idrus Ibrahim, selepas solat Jumaat di Dewan Solat Sementara Masjid Cheruk Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam, pada 25 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim Anwar juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kariah dan jawatankuasa masjid kerana memberi kerjasama yang amat baik bagi menguruskan perjalanan terakhir abangnya dari semalam hingga selesai |
|
Krisis N. Sembilan: Sekretariat gesa Tunku Nasaruddin tarik diri - Mygazette - 25/09 3:15 pm Dalam masa sama, sekretariat meminta Menteri Besar memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan muktamad berasaskan proklamasi 3 Ogos 2026 selagi persoalan kesahan dan bidang kuasa belum diselesaikan. Sekretariat turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Semakan Khas Undang-Undang dan Adat yang membabitkan Penasihat Undang-Undang Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil Dewan Keadilan dan Undang, pakar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta pakar Adat Perpatih |
|
Maizatulazwa gesa kerajaan bawa pulang Dara, Amoi dan Kelat - Mygazette - 25/09 8:00 am Sebelum ini, MPT turut melaporkan pada Julai bahawa Kelat, Dara dan Amoi menunjukkan peningkatan berat badan masing-masing sebanyak 260, 35 dan 30 kg berbanding bacaan sebelumnya serta berada dalam keadaan sihat dan aktif. Maizatulazwa berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan sejauh mana keterlibatan dan hasil dapatan Jawatankuasa Khas Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Parlimen berhubung isu berkenaan |
|
Johor perkukuh bakat digital menerusi pendekatan DEMP 2025???2030 - Mygazette - 25/09 8:00 am # Johor perkukuh bakat digital menerusi pendekatan DEMP 20252030 JOHOR BAHRU - Johor berminat mempelajari pendekatan Digital Penang yang melaksanakan Pelan Induk Ekonomi Digital (DEMP) 20252030 bagi memperkukuh ekosistem ekonomi digital dan pembangunan bakat di negeri ini. Susulan itu, delegasi Kerajaan Negeri Johor diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr |
|
Fadhli memangku Ketua Pemuda PAS Terengganu - Harakahdaily - 24/09 11:15 pm KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menerima peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai Ketua Pemuda, berkuat kuasa susulan keputusan Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT, semalam |
|
Fadhli Rahmi memangku Ketua Pemuda PAS Terengganu - Harakahdaily - 24/09 11:15 pm KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menerima peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai Ketua Pemuda, berkuat kuasa susulan keputusan Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT, semalam |
|
Program Komuniti Rabbani fokus bendung gejala sosial - Harakahdaily - 24/09 7:54 pm PASIR PUTEH: Program Komuniti Rabbani menjadi antara pendekatan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperkukuh peranan masyarakat menjaga komuniti serta membendung masalah sosial. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Nor Asilah Mohamed Zin berkata, pendekatan berkenaan dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada aspek agama dan syariah |
|
Komuniti Rabbani fokus bendung gejala sosial - Harakahdaily - 24/09 7:54 pm PASIR PUTEH: Program Komuniti Rabbani menjadi antara pendekatan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperkukuh peranan masyarakat menjaga komuniti serta membendung masalah sosial. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Nor Asilah Mohamed Zin berkata, pendekatan berkenaan dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada aspek agama dan syariah |
|
Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan - Mygazette - 24/09 4:07 pm KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pemangku baharu berikutan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun daripada jawatan Ketua Pemuda. Setiausaha DPPNT, Mohd Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT diadakan semalam telah sebulat suara menerima peletakan jawatan tersebut |
|
Kelantan teliti potensi karbon kredit pacu ekonomi - Harakahdaily - 24/09 3:05 pm KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan meneliti langkah strategik ke arah pembangunan dan pengurusan karbon kredit bagi memanfaatkan kekayaan hutan serta biodiversiti secara lestari. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Karbon Kredit Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh beliau |
|
Siapa sebenarnya yang berniat jahat dalam kemelut PN? - Wrlr - 24/09 2:40 pm Namun sebelum menuding jari kepada pihak luar, kronologi hubungan Pas dan Bersatu sejak tahun lalu wajar diperhatikan. Menurut Sheikh Omar Ali, Ahli Dewan Negara dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, bibit perebutan kepimpinan PN sudah kelihatan sejak Muktamar Pas ke-71 pada September 2025 apabila parti itu secara terbuka menyatakan hasrat memimpin gabungan tersebut |
|
Suri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau - Sinarharian - 24/09 2:38 pm KUALA KANGSAR - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat tikaman dipercayai sedang mengopek ikan bilis di rumahnya sebelum tidak sedarkan diri.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, suami mangsa yang berada di dapur ketika kejadian mendakwa terdengar isterinya menyebut kakinya dicucuk sebelum menemui wanita itu dalam keadaan berlumuran darah.Menurutnya, suami mangsa kemudian meminta bantuan orang kampung sebelum menghubunginya kira-kira jam 2 petang."Saya datang dan tengok keadaan arwah sudah tidak sedarkan diri dengan darah mengalir banyak di bawahnya."Suaminya beritahu ketika itu arwah sedang mengopek ikan bilis di bahagian tengah rumah, tetapi dia sendiri tidak pasti bagaimana kejadian berlaku," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Nur Halim berkata, tiga anak pasangan berkenaan turut merupakan OKU dan keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Menurutnya, sungguhpun begitu keluarga berkenaan tidak pernah menganggu penduduk kampung.Katanya, suami Allahyarham pernah menjadi ahli jawatankuasa masjid dan aktif di kampung membantu menguruskan jenazah.Dalam perkembangan berkaitan, Nur Halim berkata, dua anak mangsa sudah diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita OKU ditemukan maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Katipada Rabu.Mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiami bersama suami dan tiga anak.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.Sementara itu, jiran mangsa, Badariah Jaafar, 72, berkata, dia mengetahui kejadian selepas melihat orang ramai dan beberapa motosikal berada berhampiran rumah mangsa kira-kira jam 1.30 tengah hari.Menurutnya, seorang penduduk yang melihat kejadian memaklumkan Nor Ainon mengalami kecederaan.Badariah berkata, Nor Ainon yang mesra dengan penduduk kampung sering bertegur sapa dengan jiran termasuk ketika melihat kanak-kanak pulang dari sekolah."Kali terakhir saya jumpa arwah pada pagi Rabu ketika saya menyapu di luar rumah |
|
Siapa sebenarnya yang berniat jahat dalam kemelut PN? - Harapandaily - 24/09 1:01 pm Namun sebelum menuding jari kepada pihak luar, kronologi hubungan Pas dan Bersatu sejak tahun lalu wajar diperhatikan. Menurut Sheikh Omar Ali, Ahli Dewan Negara dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, bibit.. |
|
Tajaan pendidikan meningkat RM10.4 juta - Harakahdaily - 24/09 11:06 am KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu meningkatkan peruntukan pendidikan menerusi Yayasan Terengganu kepada RM57.1 juta tahun ini berbanding RM46.7 juta pada 2025, iaitu peningkatan sebanyak RM10.4 juta atau 22.3 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato Satiful Bahri Mamat berkata, peningkatan itu membolehkan jumlah penerima tajaan bertambah kepada 3,931 pelajar berbanding […] The post Tajaan pendidikan meningkat RM10.4 juta appeared first on Harakahdaily . |
|
'Peletakan jawatan urusan peribadi, tiada kaitan isu parti' - Pemangku Ketua Pemuda Pas Terengganu - Sinarharian - 24/09 10:44 am KUALA TERENGGANU - Peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai Ketua Pemuda Pas Terengganu lebih kepada urusan peribadi dan tidak melibatkan sebarang isu parti.Pemangku Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini sudah memadai untuk menjelaskan situasi berkenaan."Peletakan jawatan beliau lebih kepada urusan peribadi... Kita pun tidak tahu secara terperinci," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.Terdahulu, Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) menerusi mesyuarat khas mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pemangku baharu berikutan peletakan jawatan Muhamad Hamdi sebagai Ketua Pemuda.Setiausaha DPPNT, Mohd Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT yang diadakan pada Rabu lalu sebulat suara menerima peletakan jawatan tersebut.Jelasnya, susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi sebagai Pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 20262027.Selain itu, barisan kepimpinan utama turut diisi oleh Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin sebagai Pemangku Timbalan Ketua dan Abdul Manaff Ghani sebagai Pemangku Naib Ketua. |
|
“Sempat minta tolong suami” – Wanita OKU Maut Dit*kam Dari Celahan Papan Rumah, Polis Jumpa Pisau Di Kebun Sawit - Lobakmerah - 24/09 10:26 am Mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung yang didiaminya bersama suami dan tiga orang anak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Suri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun - Sinarharian - 24/09 9:29 am KUALA KANGSAR [DIKEMAS KINI] "Kaki dicucuk dengan benda tajam dari bawah rumah."Itu antara kata-kata terakhir seorang suri rumah Orang Kurang Upaya (OKU), Nor Ainon Omar, 49, sebelum ditemui berlumuran darah di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini pada Rabu.Suami mangsa yang ketika itu berada di rumah dikatakan sedang memasak sebelum terdengar isterinya meminta pertolongan.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, suami mangsa kemudian meminta bantuan seorang penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran sebelum kejadian itu dimaklumkan kepadanya kira-kira jam 2 petang."Setibanya saya di rumah berkenaan, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak, selain terdapat kecederaan serta pendarahan pada bahagian betis."Suami mangsa memberitahu, isterinya sempat mengatakan kakinya dicucuk dengan benda tajam dari bahagian bawah rumah melalui celahan papan," katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.Menurutnya, mangsa dan suaminya menetap di rumah berkenaan bersama tiga anak mereka dan keluarga itu sudah lama tinggal di situ.Katanya, ketika kejadian, seorang daripada tiga anak mangsa tiada di rumah."Penduduk kampung kemudiannya membantu mencari anak mangsa sebelum remaja berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sekolah."Penduduk memujuknya untuk pulang ke rumah sebelum dia dibawa berjumpa ibunya |
|
RUU ganti AUKU dijangka dibentang di Parlimen Disember ini – Zambry - Mygazette - 24/09 8:06 am Kita faham,apabila kita mahubuat sesuatu akta baharu, mesti mengambil kira keseluruhan aspek ekosistem yang ada di dalam sistem pendidikan tinggi negara, katanya. Zambry berkata, siri libat urus terbaharu diadakan bersama-sama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil kerajaan dan pembangkang |
|
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan, serah surat sekembali dari .. - Mygazette - 24/09 8:06 am Beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan. Loke mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 Sept lepas |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |