| /// |
|
| Search : Islam News | Page 1 |
|
TSIS ramal BN-PN mampu raih majoriti mudah TSIS ramal BN-PN mampu raih .. - Mygazette - 1/08 5:38 pm Mereka tidak lagi sekadar menilai sejarah persaingan antara parti, tetapi menumpukan kepada keperluan mengelakkan perpecahan undi Melayu, demikian menurut laporan TSIS. TSIS turut mendapati, persepsi sebahagian pengundi Melayu terhadap PH menjadi antara faktor yang mendorong perubahan sokongan, khususnya berkaitan isu kepentingan Melayu, Islam, institusi Raja serta adat Negeri Sembilan |
|
Polis buru lelaki murtad hina al-Quran, Islam - Mygazette - 1/08 5:38 pm JOHOR BAHRU Tular video perbualan antara pemandu dan penumpang e-hailing yang didakwa menghina al-Quran dan Islam semasa dalam kenderaan di bandar raya ini |
|
Wanita PKR gesa hentikan politik kebencian, takfiri - Sinarharian - 1/08 4:36 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam tindakan segelintir penyokong Perikatan Nasional (PN) yang didakwa melabel penyokong Pakatan Harapan (PH) sebagai 'Melayu pun tak ingat, agama pun tiada' sehingga mempertikaikan sama ada mereka boleh mengucap dua kalimah syahadah.Wanita PKR dalam satu kenyataan berkata, kenyataan sedemikian bukan sahaja bersifat fitnah dan menghina maruah individu, malah membawa unsur politik takfiri yang disifatkan amat berbahaya.Menurut kenyataan itu, perbezaan pegangan politik sama sekali tidak memberi hak kepada mana-mana pihak untuk mempertikaikan akidah, keislaman atau keimanan seseorang."Islam mengajar umatnya agar berlaku adil, menjaga lisan serta mengelakkan prasangka dan tuduhan tanpa bukti."Menjatuhkan hukum terhadap seseorang hanya kerana pilihan politik ialah perbuatan yang bertentangan dengan nilai Islam serta mencemarkan kemuliaan agama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut kenyataan itu, pilihan raya sepatutnya menjadi medan persaingan idea, dasar dan tawaran kepada rakyat, bukannya pentas menyemai kebencian, memecahbelahkan masyarakat atau mengeksploitasi sentimen agama demi meraih sokongan politik.Sehubungan itu, Wanita Keadilan Malaysia menyeru semua pemimpin politik supaya bertanggungjawab menolak budaya politik kebencian dan menghentikan sebarang naratif yang menghasut permusuhan sesama rakyat.Katanya, keamanan negara dan perpaduan masyarakat jauh lebih penting daripada kepentingan politik yang sempit."Semua pihak juga digesa berkempen secara matang, beretika dan berasaskan fakta |
|
Johor Bahru police seek ehailing driver to identify passenger accused of insulting Islam - Malaymail - 1/08 12:31 am JOHOR BAHRU, Aug 1 Police are tracking down an e-hailing driver to assist in the investigation and identify a su... |
|
Pemandu e-panggilan sedang dikesan bantu siasatan video hina Islam - FMT - 1/08 12:05 am Polis juga sedang mengesan seorang penumpangnya dipercayai keluar kenyataan memburukkan al-Quran. |
|
Video hina al-Quran tular, polis cari pemandu e-hailing - Sinarharian - 1/08 11:35 am JOHOR BAHRU Polis sedang mengesan seorang pemandu e-hailing bagi membantu siasatan berhubung rakaman video tular memaparkan seorang lelaki didakwa mengeluarkan kenyataan menghina al-Quran dan agama Islam di bandar raya ini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai polis berhubung video berkenaan pada jam 3.25 petang, Jumaat.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.55 petang, Khamis di kawasan bandar raya ini."Rakaman tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kerana dipercayai menyentuh sensitiviti serta memburukkan agama Islam."Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam), berlaku perbualan antara seorang lelaki dipercayai pemandu e-hailing dengan seorang lelaki disyaki penumpang yang mengeluarkan kenyataan berkaitan al-Quran dan didakwa menghina agama Islam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Dalam rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu, suara seorang lelaki dipercayai penumpang e-hailing didengar mengeluarkan kenyataan mendakwa al-Quran mengajar mengenai pembunuhan.Bagaimanapun, pemandu e-hailing berkenaan dipercayai membidas kenyataan tersebut dan meminta penumpang terbabit berhati-hati ketika berbicara mengenai agama Islam.Pemandu itu turut menegaskan supaya agama Islam tidak dihina sebelum penumpang berkenaan dipercayai meminta maaf dan turun selepas kenderaan tersebut berhenti di tepi jalan.Azrul Hisham berkata, kes kini disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. |
|
Masjid jadi gelanggang satukan belia pelbagai kaum - Sinarharian - 1/08 11:00 am KUALA LUMPUR - Institusi masjid terus diberi nafas baharu apabila bakal menjadi gelanggang penyatuan belia pelbagai kaum menerusi penganjuran kejohanan bola sepak yang dijadual berlangsung di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi pada 29 hingga 30 Ogos depan.Lebih menarik, kejohanan bertemakan 'Aksi Bola Merdeka 2026' itu menggunakan format sembilan sebelah dengan menggalakkan setiap pasukan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua pemain bukan Islam sebagai simbol keharmonian masyarakat majmuk.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pendekatan itu selaras dengan matlamat program Semarak Masjid Bersama Belia yang mahu menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti, bukan sekadar tempat beribadah."Kita mahu menunjukkan masjid bukan hanya tempat memakmurkan ummah Islam, tetapi juga meraikan perbezaan dan menghormati masyarakat lain," katanya ketika Sidang Media Peluncuran Kejohanan Bola Sepak Piala YB Menteri Agama di Masjid At-Takwa Taman Tun Dr Ismail di sini pada Jumaat.Menurut beliau, format pertandingan turut menetapkan setiap pasukan dibarisi enam kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta tujuh pemain bawah 18 tahun bagi mengeratkan hubungan antara pegawai agama dan generasi muda.Beliau berkata, semua kategori pemain itu perlu diturunkan dalam setiap perlawanan bagi memastikan objektif penyatuan dan pembangunan belia dapat direalisasikan.Zulkifli memberitahu, penganjuran itu bukan sekadar mencari juara, sebaliknya menjadi platform mendekatkan anak muda dengan institusi masjid melalui minat mereka terhadap bola sepak."Apabila mereka datang bermain bola, kita juga akan mengajak mereka menunaikan solat berjemaah dan menyertai program pembangunan sahsiah di masjid."Kita mahu mereka terus aktif bersukan, namun pada masa sama membina akhlak dan berada dalam persekitaran yang baik," katanya.Setakat ini, katanya, tujuh negeri sudah mengesahkan penyertaan iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu, manakala penyertaan negeri lain masih dibuka.Kejohanan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran legenda bola sepak negara, Abdul Malek Abdul Rahman, Mohammad Hardi Jaafar dan Indra Putra Mahayuddin.Juara kejohanan itu bakal membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat selain berpeluang mengadakan aksi persahabatan menentang pasukan Kelab Bola Sepak (MAIWP FC) di Stadium Merdeka.Naib juara piala bakal menerima RM2,000 manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,000 dengan masing-masing menerima pingat. |
|
Pemandu e-hailing disaran jadi mata dan telinga polis, elak bincang isu sensitif - Sinarharian - 1/08 10:23 am KUALA LUMPUR Pemandu e-hailing disaran memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan segera melaporkan sebarang kejadian yang berpotensi mengancam ketenteraman awam, termasuk kenyataan berunsur provokasi membabitkan agama dan kaum.Gesaan itu disuarakan Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Digital Malaysia (LEAD Malaysia) susulan laporan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang pemandu e-hailing bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang penumpang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina al-Quran dan agama Islam.LEAD Malaysia berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada PDRM dan berharap semua pihak memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh.Menurut pertubuhan itu, komuniti pemandu e-hailing mempunyai kedudukan yang unik kerana sentiasa berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus mampu membantu pihak berkuasa mengesan sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan keamanan awam."Jika berdepan kejadian yang mempunyai unsur jenayah atau berpotensi menggugat ketenteraman awam, pemandu disaran mengumpulkan maklumat yang bersesuaian sebelum menyalurkannya kepada pihak berkuasa melalui saluran yang sah dengan kadar segera."Tindakan sedemikian bukan sahaja membantu siasatan, malah menyumbang kepada usaha memelihara keharmonian masyarakat serta menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini," menurut kenyataan itu pada Sabtu.Pada masa sama, LEAD Malaysia mengingatkan pemandu supaya mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbualan atau perdebatan berkaitan agama, kaum, politik serta isu-isu sensitif bersama penumpang.Menurutnya, keutamaan pemandu adalah memastikan perjalanan berlangsung dengan selamat dan profesional tanpa dipengaruhi sebarang provokasi.Sekiranya berhadapan penumpang yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama atau kaum, pemandu disaran supaya kekal tenang, tidak melayan provokasi dan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.Mengulas lanjut, LEAD Malaysia berpandangan insiden berkenaan turut memperlihatkan keperluan memperkukuh aspek keselamatan digital dalam industri e-hailing.Sehubungan itu, pertubuhan tersebut mencadangkan supaya semua Pengendali E-Hailing (E-Hailing Operators, EHO) mewajibkan penggunaan ciri rakaman audio automatik sepanjang perjalanan.Menurutnya, langkah itu bukan sahaja mampu membantu siasatan pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden, malah dapat melindungi pemandu dan penumpang serta meningkatkan tahap akauntabiliti dalam industri e-hailing.LEAD Malaysia berkata, profesionalisme pemandu bukan hanya dinilai melalui kualiti perkhidmatan, malah keupayaan mereka mengendalikan situasi mencabar secara berhemah tanpa menjejaskan keselamatan diri, penumpang dan keharmonian masyarakat. |
|
PM Anwar: No Cabinet objections to programmes for Malays, Islam - Malaymail - 1/08 9:19 am JEMPOL, Aug 1 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the Cabinet has never objected to any proposal to imp... |
|
RCI TH: Muhyiddin cadang sidang khas Parlimen dilanjut dua hari - Mygazette - 1/08 7:59 am Justeru, saya mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mendedahkan Laporan RCI Tabung Haji, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurut Muhyiddin, langkah itu penting memandangkan TH merupakan institusi utama yang menguruskan pelaburan serta urusan ibadah haji umat Islam di negara ini |
|
Bang Mat sedih rakyat terus dihasut dengan politik perkauman - Mygazette - 1/08 7:59 am Politik macam ini bukan menyatukan rakyat, tetapi memecah-belahkan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Menurutnya, seluruh rakyat Malaysia tertakluk dan bernaung di bawah Perlembagaan Persekutuan serta institusi Yang di-Pertuan Agong yang sedia ada menjamin kedudukan Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu serta bumiputera |
|
Gelombang Melayu-Islam beri kelebihan kepada BN-PN – Ilham Centre - Mygazette - 1/08 7:59 am # Gelombang Melayu-Islam beri kelebihan kepada BN-PN - Ilham Centre KUALA LUMPUR - Gelombang sokongan berasaskan sentimen Melayu-Islam diramal menjadi faktor utama mampu mengubah landskap politik Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, sekali gus memberi kelebihan kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) |
|
Genap setahun kehilangan bapa, tiga beradik diuji pula dengan kematian ibu dan adik - Sinarharian - 31/07 11:24 pm GUA MUSANG - Genap setahun selepas kehilangan bapa, tiga beradik sekali lagi diuji dengan pemergian ibu dan adik bongsu mereka yang maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, di sini hari ini.Bapa saudara mereka, Mohamad Faizol Yusoff, 34, berkata, kakaknya, Maria Yusoff, 42, menggalas tanggungjawab membesarkan empat anaknya yang berumur 11 hingga 21 tahun selepas suaminya meninggal dunia akibat sakit pada tahun lepas."Kakak seorang yang periang dan peramah... biasanya dia akan memberitahu kepada semua orang jika dia ingin ke sesuatu tempat tetapi saya tidak tahu dia akan ke Cameron Highlands hari ini."Lebih kurang 9 malam semalam dia ada membuat panggilan video kerana ingin memberitahu tentang perjalanannya tetapi saya tidak sempat bercakap dengannya sebab sudah tertidur, saya berasa sungguh terkilan," katanya kepada pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Gua Musang, di sini.Mohamad Faizol berkata, anak sulung arwah, iaitu Nur Balqis Abli, 21, yang turut terlibat dalam kemalangan itu, belum mengetahui nasib yang menimpa ibu dan adiknya kerana masih dirawat di Hospital Gua Musang akibat cedera parah."Anak nombor dua dan tiga yang tidak mengikuti rombongan mereka ke Cameron Highlands sudah mengetahui kejadian yang menimpa ibu serta adik bongsu mereka, Muhammad Ziekyr Iman Abli, 11."Kami sekeluarga mengetahui tentang tragedi kemalangan tersebut pada kira-kira 10 pagi tadi dan terus bertolak dari Kuala Lumpur ke Gua Musang," katanya.Mohamad Faizol juga berkata, dia akan menjaga anak-anak arwah bersama dengan adik-beradik lain.Jenazah kedua-dua beranak itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Tin, Melor, Kota Bharu.Insiden pada kira-kira 7 pagi itu menyaksikan Maria dan anak lelakinya antara tiga yang maut apabila Perodua Myvi yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan treler |
|
Pas calls for Malay unity, not hatred of other races - Fadhli - Sinardaily - 31/07 10:34 pm SHAH ALAM - Pas' call for Malay unity does not mean hatred towards other races, the party has stressed, adding that it has always carried a message of unity and respect for all races and religions in the country.Pas information chief Ahmad Fadhli Shaari said the call was also not a teaching of Islam that encourages hatred towards other races.He said Pas respects all races and religions and has never sidelined the interests of any community merely because the party champions the Malay and Islamic agenda."Pas calling on all Malays to unite does not mean it is a message to hate other races, that is also not a teaching of Islam."Pas respects all races and religions in the country, Pas always carries a message of unity, just because Pas talks about the Malays does not mean other races are sidelined, just because Pas talks about Islam does not mean Pas is an extremist party," he said in a statement on Friday.Meanwhile, Fadhli also urged the Chinese and Indian communities not to judge Pas based on the views of other parties, but instead to assess the party through explanations from Pas' own leaders.He said Pas is not an extremist party, does not hate the Chinese and Indian communities and has never rejected unity and cohesion among the people.At the same time, he said Pas, together with Perikatan Nasional (PN), had previously realised the idea of ummah unity with Umnoo and Barisan Nasional (BN) to restore Malay political power, which he described as the foundation of national stability.He said the effort is also hoped to be realised in Negeri Sembilan with the support of all parties, in addition to calling on Malay-Muslim electorate to work together to make the ummah unity idea a success. |
|
Pas ajak Melayu bersatu bukan benci kaum lain -Ahmad Fadhli - Sinarharian - 31/07 9:38 pm SHAH ALAM - Seruan Pas supaya orang Melayu bersatu padu bukan bermaksud membenci kaum lain sebaliknya parti itu menegaskan ia sentiasa membawa mesej perpaduan serta menghormati semua kaum dan agama di negara ini.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, seruan berkenaan juga bukanlah ajaran Islam yang menggalakkan kebencian terhadap kaum lain.Menurutnya, Pas menghormati semua kaum dan agama serta tidak pernah mengetepikan kepentingan mana-mana masyarakat hanya kerana parti itu memperjuangkan agenda Melayu dan Islam."Pas mengajak semua orang Melayu bersatu padu bukan bermaksud ia mesej supaya membenci kaum lain, itu bukanlah juga ajaran Islam."Pas menghormati semua kaum dan agama yang ada dalam negara, Pas sentiasa membawa mesej perpaduan, hanya kerana Pas bercakap tentang Melayu, bukan bererti kaum lain diketepikan, hanya kerana Pas bercakap tentang Islam, bukan bererti Pas parti yang ekstrem," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut menggesa masyarakat Cina dan India supaya tidak membuat penilaian terhadap Pas berdasarkan pandangan pihak lain, sebaliknya menilai parti itu melalui penjelasan daripada pemimpin Pas sendiri.Beliau berkata, Pas bukan sebuah parti yang ekstrem, tidak membenci kaum Cina dan India serta tidak pernah menolak perpaduan dan penyatuan dalam kalangan rakyat.Pada masa sama, beliau berkata, Pas bersama Perikatan Nasional (PN) sebelum ini merealisasikan gagasan penyatuan ummah bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu yang disifatkannya sebagai asas kepada kestabilan politik negara.Katanya, usaha berkenaan juga diharapkan dapat direalisasikan di Negeri Sembilan dengan sokongan semua pihak, selain mengajak pengundi Melayu-Islam bersama-sama menjayakan gagasan penyatuan ummah demi kepentingan masa depan negara. |
|
Politik ketakutan tidak majukan Melayu - Mat Sabu - Sinarharian - 31/07 8:27 pm SHAH ALAM - Pengundi Melayu diingatkan supaya tidak membuat pilihan berasaskan ketakutan atau sentimen perkauman, sebaliknya menilai parti dan calon berdasarkan fakta, integriti serta amanah.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, politik berasaskan perkauman bukan sahaja tidak menyatukan rakyat, malah boleh memecah-belahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum yang telah lama dibina di negara ini.Malah menurutnya, sentimen anti DAP yang masih kuat dalam kalangan sebahagian pengundi Melayu dipercayai terbentuk hasil naratif politik yang dimainkan sejak sekian lama."Politik ketakutan tidak akan memajukan orang Melayu, yang akan memajukan orang Melayu ialah keberanian untuk memilih berdasarkan fakta, integriti dan amanah, bukan propaganda yang diulang-ulang sehingga dianggap benar."Saya beri tahu semua ni sebab sayang orang Melayu, tak sanggup melihat bangsa sendiri begitu mudah ditipu, begitu mudah dipermainkan dan begitu mudah diperalatkan dengan cerita-cerita yang tidak berasaskan fakta."Orang Melayu mesti berani berfikir, berani menyemak dan berani memilih yang benar," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Dalam pada itu Mohamad menjelaskan, pelbagai kebimbangan yang sering dikaitkan dengan DAP termasuk dakwaan hak orang Melayu dan kedudukan Islam terjejas tidak berlaku seperti digambarkan.Menurutnya, naratif ketakutan itu terus diulang sehingga dipercayai walaupun tidak disokong bukti yang jelas."Puas saya fikir, mengapa sentimen anti-DAP masih begitu kuat |
|
Perakaunan kreatif umpama ambil gambar guna filter - Sinarharian - 31/07 5:50 pm SHAH ALAM - Amalan perakauan kreatif bagi menunjukkan prestasi kewangan syarikat atau institusi kelihatan baik berbanding realiti ekonomi sebenar, tak semestinya menyalahi undang-undang jika masih berada dalam lingkungan piawaian perakaunan.Bagaimanapun, amalan tersebut bercanggah dengan semangat ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik sekiranya bertujuan kelirukan pengguna penyata kewangan atau sembunyikan risiko sebenar.Pakar Kewangan Islam, Dr Razli Ramli berkata, perakauan kreatif merujuk kepada penggunaan pertimbangan dalam piawaian perakaunan untuk bentangkan prestasi kewangan yang nampak lebih baik atau lebih stabil berbanding realiti ekonomi sebenar.Beliau memberi analogi mudah bagi menjelaskan situasi tersebut."Analogi yang mudah ialah seseorang yang mengambil gambar menggunakan filter |
|
RCI TH: Laporan penuh akan didedahkan, tiada nama disorok – PM - Mygazette - 31/07 4:48 pm Bagaimanapun, kerajaan turut mengarahkan supaya penelitian diteruskan melangkaui tempoh tersebut bagi melihat perkembangan selepas 2017, termasuk tindakan yang diambil oleh pelbagai jawatankuasa serta pengurusan semasa Tabung Haji. Saya rasa lebih baik umat Islam dan rakyat Malaysia diberi peluang untuk melihat keseluruhannya |
|
Heret semua dalang isu Tabung Haji ke muka pengadilan – CAP - Mygazette - 31/07 4:48 pm Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, ia susulan laporan RCI itu mendedahkan kegagalan tadbir urus yang serius dalam TH akibat campur tangan politik serta penyelewengan dalam pelaporan kewangan sehingga menjejaskan kepercayaan jutaan pendeposit. Katanya, institusi yang sekian lama menjadi kebanggaan dalam pengurusan kewangan Islam dan dana haji itu bukan sahaja mengalami kegagalan institusi, malah turut mencemarkan reputasi Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat antarabangsa |
|
PRN N9: Ilham Centre ramal BN mampu menang 22 kerusi, PH... - Mygazette - 31/07 4:48 pm # PRN N9: Ilham Centre ramal BN mampu menang 22 kerusi, PH 9 kerusi KUALA LUMPUR - Gelombang politik Melayu-Islam menerusi kerjasama strategik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diramal mampu meranapkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
DAP pun tak guna taktik orang bukan Islam takut Pas - Mygazette - 31/07 4:48 pm # DAP pun tak guna taktik orang bukan Islam takut Pas KUALA LUMPUR Pas menempelak gaya kempen yang dilakukan segelintir pemimpin parti pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
Jangan fokus tiada perkataan ‘sakau’ hingga abai keseluruhan .. - Mygazette - 31/07 4:48 pm # Jangan fokus tiada perkataan 'sakau' hingga abai keseluruhan konteks RCI TH SEREMBAN - Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) menggesa agar pihak berkuasa menyiasat bekas kempimpinan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) yang berkhidmat antara 2014 hingga 2017. Mereka adalahbekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Jamil Khir Baharom; bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim; serta bekas Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail |
|
PRN N9: AMK yakin pengundi muda bijak pilih calon berprestasi cemerlang - Mygazette - 31/07 4:48 pm Menurutnya, pengundi muda diyakini mampu menilai secara bijak prestasi cemerlang kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sepanjang penggal lalu. "PH menampilkan barisan calon yang seimbang merangkumi pemimpin Melayu-Islam dan bukan Melayu daripada pelbagai latar belakang agama, korporat serta profesional untuk terus memimpin negeri ini |
|
NGO Melayu terbuka sokong Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan - Mygazette - 31/07 4:48 pm Beliau berkata, atas pertimbangan tersebut, Gabungan NGO Melayu Malaysia Negeri Sembilan menyeru masyarakat Melayu supaya mengekalkan kerajaan negeri sedia ada yang diterajui Aminuddin pada pengundian PRN Negeri Sembilan, Sabtu ini. Menurutnya, kepimpinan Menteri Besar itu telah membuktikan keupayaan menjaga syiar Islam, merancakkan pembangunan ekonomi, mengekalkan keamanan serta mengutamakan kebajikan orang Melayu dan seluruh rakyat Negeri Sembilan |
|
PRN Negeri Sembilan: Dapatan kajian ILHAM Centre gariskan tujuh sebab BN-PN dijangka kuasai keputusan pengundian esok - Sinarharian - 31/07 4:04 pm SHAH ALAM - ILHAM Centre menggariskan tujuh sebab dalam dapatan kajian terbaharu menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka memihak kepada kombinasi kerjasama Barisan Nasonal (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Menerusi dapatan itu, tujuh sebab berkenaan ialah kombinasi BN-PN mencipta gelombang Melayu-Islam yang lebih besar berbanding Johor, perpindahan undi lebih berkesan, kempen Pakatan Harapan (PH) hilang punca dan pegundi Cina tidak lagi memberi sokongan automatik kepada PH.Selain itu, faktor Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun tenggelam, perubahan sikap pengundi muda daripada calon kepada parti dan pengundi India menjauhi PH.Menurut ILHAM Centre, kajian lapangan itu dilaksanakan mulai 18 hingga 30 Julai lalu melibatkan 1,002 responden.Proses pengumpulan data tersebut merangkumi seluruh 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata meliputi semua segmentasi kaum, jantina, umur, tahap pendidikan, tahap pendapatan, pekerjaan dan lokaliti yang berbeza.Ujar firma penyelidikan berkenaan, ralat pensampelan kajian ialah 3.1 peratus dengan tahap keyakinan 95 peratus."Data kajian dianalisis secara kuantitatif berstatistik dan kualitatif bertematik |
|
Laporan penuh RCI Tabung Haji didedah secara telus tanpa tapisan - PM - Sinarharian - 31/07 3:31 pm SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) didedahkan kepada umum secara telus tanpa sebarang tapisan dan suntingan.Beliau berkata, kerajaan tidak memotong mana-mana aspek atau bahagian dalam laporan itu bagi memastikan umat Islam dan rakyat Malaysia dapat meneliti keseluruhan dapatan siasatan termasuk syor yang digariskan RCI sebagai pengajaran pada masa hadapan agar perkara sama tidak berulang."Tidak ada (tapisan) |
|
Laporan RCI sahkan lima isu utama Tabung Haji - Rafizi - Sinarharian - 31/07 3:28 pm SHAH ALAM - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mengesahkan lima isu utama termasuk berlakunya transaksi mencurigakan dan pembayaran hibah ketika rizab berada dalam negatif sehingga memaksa kerajaan melaksanakan pelan penyelamatan (bail-out).Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, laporan RCI itu mengesahkan pelbagai transaksi yang mencurigakan dan menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit.Beliau yang juga Bekas Menteri Ekonomi berkata, laporan sama mendapati rizab Tabung Haji (TH) menjadi negatif sejak tahun kewangan 2015 dan memuncak 2017 sehingga memaksa kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad meluluskan satu pelan penyelamatan bernilai RM19.9 bilion.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH"Selain itu, hibah atau keuntungan tetap diagihkan kepada pendeposit antara 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai 'skim cepat kaya' dengan menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain."Laporan itu menyatakan TH telah mencipta peraturan perakaunan dalaman bagi membolehkan hibah dibayar ketika rizab negatif walaupun ia bertentangan dengan akta dan peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, isu kelima pula menunjukkan pelan penyelamatan TH berjumlah RM27.8 bilion pada nilai akhir semasa matang melalui Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) hanyalah satu tindakan sementara bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen 'bail out' apabila tiba tarikh matang.Justeru, Ahli Parlimen Pandan terbabit bersetuju dengan hampir semua saranan dikemukakan ahli-ahli RCI termasuk semua Ahli Lembaga Pengarah TH, anak-anak syarikat TH dan pegawai-pegawai kanan membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan.Beliau juga menyokong saranan supaya siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan mana-mana agensi penguatkuasaan serta penyelia."Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji," ujar Rafizi lagi.Tegasnya, beberapa perkara memerlukan tindakan lebih tegas termasuklah keperluan Malaysia mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba daripada penyelewengan itu.Dalam pada itu, Rafizi menambah, kes TH adalah sesuatu yang peribadi kepada dirinya kerana menjadi ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab institusi Islam yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.Beliau memberitahu, perkara itu dibawa ke parlimen seawal Mac 2016 diikuti 34 pendedahan lain antara 2016 hingga 2018 mengenai salah laku, pelaburan lesap dan keterlibatan TH dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran bekas Perdana Menteri ketika itu."Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan |
|
'Kami ada kad UNHCR, kenapa perlu takut' - Sinarharian - 31/07 3:15 pm KOTA BHARU - "Kami ada kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian), kenapa perlu takut."Demikian kata etnik Rohingya yang ingin dikenali sebagai Kobir, 34, ketika ditemui pada Jumaat.Tinjauan Sinar Harian di sekitar Bandar Kota Bharu mendapati masih ada warga asing terutama etnik Rohingya, Bangladesh dan Myanmar yang keluar bersantai, membeli-belah serta berkumpul walaupun pada Jumaat lalu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega).Mereka kelihatan bersahaja dan melakukan aktiviti rutin seperti membeli barangan keperluan, bertemu rakan dan lepak.Menurut Kobir, dia serta rakan-rakan tidak takut kerana mereka mempunyai dokumen lengkap."Kami hanya cuti pada hari Jumaat, malah gaji sebagai tukang rumah dibayar pada Khamis."Di sini ada jualan pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta pakaian yang dijual dengan harga murah, berbanding tempat lain," katanya.Ujar dia yang sudah menetap lapan tahun di Malaysia memberitahu, setakat ini mereka cuba mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang dan hanya menjalani kehidupan seperti masyarakat tempatan lain.Bagi peniaga yang ingin dikenali sebagai Siti Ismail, 50, memberitahu, dia serta peniaga lain tidak menolak kehadiran warga asing pada hari minggu membantu melariskan jualan.Dia yang menjual makanan berkata, pembeli tempatan sudah tidak seramai dulu dan hanya golongan ini yang berbelanja sakan."Pembeli tempatan mungkin ke pasar raya, atau pasar berhampiran."Setakat ini yang banyak melariskan barangan jualan ialah warga asing |
|
PRN Negeri Sembilan: Kombinasi BN-PN cipta gelombang Melayu Islam lebih besar - Sinarharian - 31/07 3:14 pm SHAH ALAM - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya (PRN) Negeri Sembilan berjaya mencipta pembentukan gelombang politik Melayu-Islam yang lebih besar berbanding di Johor.Dapatan berkenaan diperoleh berdasarkan kajian lapangan terbaharu ILHAM Centre bagi PRN Negeri Sembilan kali ini.AKAN MENYUSUL |
|
PRN Negeri Sembilan: Kombinasi BN-PN cipta gelombang Melayu Islam lebih besar - ILHAM Centre - Sinarharian - 31/07 3:14 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya (PRN) Negeri Sembilan diunjur berjaya mencipta pembentukan gelombang politik Melayu-Islam yang lebih besar berbanding di Johor.Menurut dapatan kajian lapangan ILHAM Centre, sokongan Melayu pada PRN Johor lebih banyak digerakkan secara berasingan antara BN dan PN, namun di Negeri Sembilan kedua-dua blok berjaya membentuk persefahaman lebih jelas sehingga mewujudkan perpindahan undi tersusun di peringkat akar umbi.ARTIKEL BERKAITAN:PRN Negeri Sembilan: Pengundi India menjauhi PH - ILHAM CentrePRN Negeri Sembilan: Pengundi Cina tidak lagi beri sokongan automatik kepada PH - ILHAM CentrePRN Negeri Sembilan: Dapatan kajian ILHAM Centre gariskan tujuh sebab BN-PN dijangka kuasai keputusan pengundian esokPRN Negeri Sembilan: BN dijangka kekalkan penguasaan hampir semua kubu tradisi - ILHAM Centre"Gelombang ini bukan sekadar lahir daripada kerjasama kepimpinan parti, sebaliknya diperkukuhkan oleh naratif bersama yang dibawa sepanjang kempen."Isu penyatuan undi Melayu, kestabilan politik dan keperluan menghalang kemenangan PH menjadi tema yang diulang secara konsisten sehingga berjaya mempengaruhi sebahagian besar pengundi Melayu, termasuk pengundi atas pagar," menurut dapatan firma kajian itu pada Jumaat.Mengulas lanjut, ILHAM Centre berkata, proses perpindahan undi antara penyokong BN dan PN juga berlangsung dengan jauh lebih berkesan berbanding jangkaan awal.Jelasnya, persefahaman politik yang dibentuk menjelang pilihan raya akhirnya berjaya diterjemahkan di peringkat akar umbi, sekali gus mengurangkan kebimbangan bahawa penyokong kedua-dua parti akan melakukan protes senyap atau enggan mematuhi arahan parti."Dapatan kajian menunjukkan bahawa perpindahan undi ini tidak berlaku secara simetri antara kedua-dua parti |
|
Ilham Centre ramal BN-PN menang PRN N Sembilan - FMT - 31/07 3:11 pm Badan pemikir itu unjur gelombang besar Melayu dengan sentimen 'pertahan kuasa politik Melayu-Islam. |
|
PRN Negeri Sembilan: BN dijangka kekalkan penguasaan hampir semua kubu tradisi - ILHAM Centre - Sinarharian - 31/07 3:06 pm SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dijangka berjaya mengukuhkan penguasaan di hampir kesemua kubu tradisinya menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu.Menurut dapatan kajian terbaharu ILHAM Centre, kesan itu didorong gelombang politik Melayu-Islam yang lebih tersusun susulan kerjasama yang dibentuk dengan Perikatan Nasional (PN).Selain itu, PN juga memperoleh manfaat berganda di kawasan yang ditandingi melalui limpahan undi penyokong BN hasil kerjasama kedua-dua gabungan tersebut.AKAN MENYUSUL |
|
PRN Negeri Sembilan: BN-PN berpotensi bentuk majoriti stabil, diramal kuasai 22 kerusi - Sinarharian - 31/07 3:00 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara gabungan berpotensi menguasai 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, sekali gus berupaya membentuk blok majoriti stabil di negeri berkenaan.Menurut dapatan kajian lapangan ILHAM Centre, unjuran itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya kombinasi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sehingga membentuk gelombang Melayu-Islam lebih besar.Ujar firma penyelidikan itu, keadaan tersebut mendorong landskap sokongan politik di Negeri Sembilan kini mengalami penyusunan semula yang ketara dengan memberi kelebihan konsisten kepada BN."Secara keseluruhan, unjuran ILHAM Centre menunjukkan BN dan PN secara gabungan berpotensi menguasai 22 kerusi DUN, sekali gus membentuk blok majoriti yang stabil, manakala PH pula dijangka memenangi minima sembilan kerusi."Sementara itu, PN dilihat memperoleh laba berganda hasil daripada konfigurasi pertandingan yang lebih strategik serta kesan limpahan sokongan Melayu yang semakin tersusun."Walaupun hanya bertanding beberapa kerusi, PN berjaya menyumbang kemenangan untuk melengkapkan majoriti selesa gabungan BN-PN," kata firma penyeldik itu pada Jumaat.Menerusi dapatan kajian sama, terdapat lima kerusi yang sukar diramal iaitu Chennah, Linggi, Nilai, Repah dan Temiang.Jelas ILHAM Centre , kerusi berkenaan memperlihatkan persaingan yang sangat dinamik dari segi demografi, sentimen tempatan serta pertembungan personaliti calon."Sekiranya BN berjaya menawan beberapa kerusi ini, BN-PN berupaya melepasi majoriti dua pertiga majoriti di dalam DUN Negeri Sembilan," katanya.Kajian lapangan itu dilaksanakan mulai 18 hingga 30 Julai lalu melibatkan 1,002 responden.Proses pengumpulan data tersebut merangkumi seluruh 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata meliputi semua segmentasi kaum, jantina, umur, tahap pendidikan, tahap pendapatan, pekerjaan dan lokaliti yang berbeza.Ujar firma penyelidikan berkenaan, ralat pensampelan kajian ialah 3.1 peratus dengan tahap keyakinan 95 peratus."Data kajian dianalisis secara kuantitatif berstatistik dan kualitatif bertematik |
|
RCI TH: Bersih cadang tubuh Jawatankuasa Pilihan Parlimen khusus semak, imbang institusi Islam - Sinarharian - 31/07 2:25 pm SHAH ALAM Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencadangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen khusus bagi melaksanakan fungsi semak dan imbang terhadap institusi Islam, termasuk Lembaga Tabung Haji (TH) untuk memastikan isu berkaitan tadbir urus dapat dipantau secara lebih berkesan.Pengerusinya, Faisal Abdul Aziz berkata, cadangan itu dibuat susulan keputusan kerajaan untuk membentangkan dan membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji di Dewan Rakyat pada 11 Ogos ini.Menurut beliau, langkah membuka ruang perbahasan di Parlimen merupakan perkembangan yang wajar disambut baik kerana institusi itu adalah medan utama mewakili suara rakyat dalam membincangkan perkara berkepentingan awam."Kita mencadangkan untuk Parlimen mewujudkan satu Jawatankuasa Khas di bawah Perkara 82 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang keahliannya terdiri dari ahli Parlimen Muslim dari pelbagai parti untuk melaksanakan semak imbang kepada institusi Islam seperti TH."Perbahasan di Parlimen penting kerana Parlimen adalah institusi rakyat yang mempunyai mandat bagi membahas perkara besar seperti RCI TH |
|
RCI Tabung Haji: Semua terlibat wajar diheret ke muka pengadilan - CAP - Sinarharian - 31/07 2:17 pm GEORGE TOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa, penyelewengan kewangan dan pecah amanah susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, laporan RCI yang telah dinyahklasifikasikan itu membuktikan berlaku kegagalan tadbir urus yang serius dalam TH, didakwa berpunca daripada campur tangan politik serta amalan perakaunan yang mengelirukan sehingga menjejaskan keyakinan jutaan pendeposit.Menurutnya, pendedahan berkenaan bukan sekadar mencerminkan kegagalan institusi malah merupakan satu pengkhianatan moral terhadap amanah rakyat yang menyimpan wang bagi menunaikan ibadah haji."Selama berdekad-dekad, TH menjadi lambang pengurusan kewangan Islam yang diyakini di dalam dan luar negara namun dapatan RCI menunjukkan institusi itu telah dijadikan medan percaturan politik."Keadaan ini turut mencalarkan reputasi Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat antarabangsa kerana TH sebelum ini sering dijadikan model rujukan oleh banyak negara Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Mohideen berkata, lebih membimbangkan apabila pendedahan itu turut menghakis kepercayaan masyarakat terhadap institusi yang berteraskan nilai-nilai Islam.Tambahnya, apabila institusi yang ditubuhkan atas prinsip amanah dan keadilan disalahgunakan untuk kepentingan tertentu, ia bukan sahaja menjejaskan keyakinan terhadap pengurusan kewangan malah menimbulkan rasa dikhianati dalam kalangan pendeposit.Beliau berkata, antara dapatan paling membimbangkan dalam laporan RCI ialah TH didakwa mengisytiharkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017 sedangkan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang sewajarnya, institusi itu sebenarnya mengalami kerugian bersih RM1.4 bilion."Dakwaan wujud jurang kira-kira RM4.8 bilion akibat manipulasi penilaian aset dan kegagalan merekodkan kerugian susut nilai menunjukkan berlakunya penyelewengan serius dalam pelaporan kewangan."Malah TH dikatakan telah mengalami defisit aset berbanding liabiliti sejak 2014 tetapi masih meneruskan pembayaran hibah melebihi kemampuan kewangannya sehingga menjejaskan modal pendeposit," ujarnya.Beliau turut mendakwa bonus berlebihan dibayar kepada pengurusan dan ahli lembaga pengarah walaupun TH berada dalam keadaan kewangan yang meruncing.Sehubungan itu, CAP menggesa Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyegerakan siasatan serta pendakwaan terhadap semua pihak yang didapati terlibat tanpa mengira kedudukan atau jawatan."Selain itu, Akta Tabung Haji 1995 perlu dipinda bagi mengurangkan kuasa menteri dalam urusan pentadbiran TH serta melarang ahli politik aktif memegang jawatan dalam lembaga pengarah atau pengurusan institusi berkenaan."CAP juga mencadangkan supaya operasi pelaburan TH dipantau secara lebih bebas di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia bagi memperkukuhkan tadbir urus serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi itu," katanya. |
|
Kerugian RM10 bilion TH boleh tampung lebih ramai golongan B40 tunaikan haji bagi tempoh 20 tahun - Sinarharian - 31/07 2:14 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerugian RM10 bilion yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah muassasah khususnya daripada golongan B40 menunaikan ibadah itu bagi tempoh lebih 20 tahun.Laporan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH yang antara lain menunjukkan kelemahan tadbir urus dan pelaburan tidak berhemat, tidak sepatutnya berlaku sehingga mengundang defisit keyakinan ke atas keutuhan institusi berusia 63 tahun itu.Justeru, tugas besar menanti institusi itu untuk mengembalikan kepercayaan ramai terhadap kredibiliti TH yang telah dibina sejak sekian lama.Kerugian boleh tampung belanja hajiPensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, sekiranya kerugian TH sebanyak RM10 bilion sejak 2014 hingga 2020 dihisab secara purata, ia sebenarnya mampu memberi berita gembira kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya daripada B40 yang ingin menunaikan ibadah haji."Ini kerana dengan andaian kos haji golongan B40 sebanyak RM10,980 seorang (pada ketika itu), dijangka seramai 910,747 orang daripada golongan B40 mampu menunaikan haji dalam tempoh 25 tahun dengan purata 36,430 orang setahun |
|
Isu 3R, berita palsu masih pengaruhi pengundi Negeri Sembilan - Sinarharian - 31/07 1:22 pm Menurut laporan itu, keadaan berkenaan boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Cina dan berpotensi mempengaruhi corak pengundian mereka, bergantung kepada keupayaan parti membawa semula kempen kepada persaingan dasar dan prestasi. FGD itu turut mengenal pasti isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji sebagai antara perkembangan yang muncul pada saat akhir kempen dan berpotensi mempengaruhi persepsi pengundi Melayu-Islam, terutama mereka yang masih belum memuktamadkan pilihan |
|
RCI TH: Lapan pegawai SPRM mula siasatan di Bangunan TH - Sinarharian - 31/07 12:41 am PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dengan lapan pegawai digerakkan ke bangunan TH pagi ini.Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, tindakan itu dibuat selepas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya agensi penguat kuasa mengambil tindakan sewajarnya susulan laporan RCI yang didedahkan kepada umum pada Rabu lepas."Pasukan siasatan telah masuk ke bangunan Tabung Haji pagi ini bagi mengenal pasti dokumentasi berkaitan perkara yang dinyatakan dalam RCI serta perkara berkaitan dengan siasatan di bawah SPRM."Kami juga sedang mengesan beberapa individu yang akan dipanggil bagi dirakam keterangan mereka, selain meneliti senarai berkaitan mengikut prosedur ditetapkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.Ditanya sama ada pihaknya akan memanggil semua pimpinan TH termasuk bekas pemimpin tertinggi, Abd Halim berkata sesiapa sahaja yang dikenal pasti akan dipanggil untuk memberikan keterangan.Beliau berkata, siasatan tidak dihadkan kepada tempoh tertentu, sebaliknya akan berpandukan kepada penemuan serta syor yang terkandung dalam laporan terbabit."Sebarang dokumen yang diperlukan dan mempunyai kaitan dengan siasatan akan diambil dan diteliti bagi membuat rumusan hasil siasatan," katanya.Semalam, SPRM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti laporan RCI mengenai TH itu.Pasukan yang diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar akan meneliti sebarang isu perundangan melibatkan unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram mengikut Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) atau kesalahan yang berkaitan.Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Rabu lepas, antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH daripada 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat |
|
Syeikh Al-Azhar contoh kepimpinan wasatiyyah, perpaduan ummah - Anwar - Sinarharian - 31/07 12:14 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan yang tinggi terhadap Imam Besar al Azhar al Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad Al-Tayyeb yang disifatkan sebagai antara tokoh paling lantang memperjuangkan pendekatan wasatiyyah dalam menangani isu-isu semasa.Anwar, dalam buku "Di Mihrab Al-Tayeb" yang dipetik Facebook rasmi al Azhar al Sharif, berkata, tokoh ulama itu telah menggesa agar usaha dipertingkatkan bagi memperkukuh perpaduan ummah, menyemai nilai kasih sayang, saling menghormati dan kehidupan bermasyarakat yang harmoni sesama umat Islam dan bukan Islam."Pada usia 80 tahun, Dr Ahmad Al-Tayyeb masih aktif menangani pelbagai isu yang melangkaui sempadan institusi dan zaman, sekali gus membentuk kefahaman mengenai hubungan antara agama, kepimpinan dan kehidupan bersama dalam dunia yang sentiasa berubah," katanya.Buku terbitan Majlis Hukama Muslimin itu yang dilancarkan awal tahun ini sempena ulang tahun kelahiran ke-80 Al-Tayyeb, antara lain menghimpunkan testimoni pemimpin agama serta pemikir antarabangsa mengenai tokoh itu.Anwar turut menyifatkan Al-Tayyeb sebagai tokoh yang bukan sahaja mempertahankan prinsip dan kedudukan umat Islam melalui ucapan, malah menterjemahkannya menerusi akhlak, keilmuan dan amalan, selain terus mempertahankan pendekatan wasatiyyah yang bijaksana dalam menghadapi cabaran semasa.Menurut Anwar selain peranannya dalam dunia Islam, Al-Tayyeb turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh dialog antara penganut pelbagai agama.Beliau berkata, usaha itu terserlah menerusi pemeteraian Dokumen Persaudaraan Insaniah bersama Pope Francis di Abu Dhabi pada 2019, yang membawa mesej keimanan dan mendorong seseorang mukmin untuk melihat orang lain sebagai saudara yang berhak menerima kasih sayang, sokongan dan penghormatan.Anwar berkata, sumbangan Al-Tayyeb dalam mempromosikan nilai kesederhanaan, persefahaman dan keharmonian antara agama terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh perpaduan serta keamanan masyarakat majmuk di peringkat global |
|
Segerakan tindakan terhadap 'penyakau kreatif' - Puad Zarkashi - Sinarharian - 31/07 11:58 am JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara untuk mengambil tindakan segera terhadap 'penyakau kreatif'melibatkan penyelewengan Tabung Haji.Menerusi kenyataan di Facebooknya, beliau meluat dengan sikap pemimpin yang pandai bermuka-muka.Menurutnya, sikap itu menjadikan mereka lebih mudah dipercayai meskipun sentiasa membawa kerosakan."Sebab itu saya setuju jika institusi milik orang Islam seperti Tabung Haji dipimpin bukan orang politik."Ia seharusnya dipimpin oleh golongan profesional dan berwibawa," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.Katanya, beliau hanya menunggu perkembangan seterusnya memandangkan ketika ini tiada lagi pertuduhan dibuat meskipun laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait isu itu sudah didedahkan.Laporan RCI mengenal pasti kelemahan struktur pentadbiran, amalan pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan yang didakwa menjejaskan kedudukan kewangan TH.Beberapa faktor utama berkait krisis itu adalah pembayaran hibah yang terlalu tinggi sehingga melebihi kemampuan kewangan TH, sekali gus menghakis rizab institusi.Turut dikenal pasti adalah amalan perakauan bagi membolehkan pengisytiharan hibah tinggi dan pengembangan pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah serta perladangan walaupun TH tidak memiliki kepakaran mencukupi.Justeru, laporan itu mencadangkan 25 syor dengan memfokuskan kepada memperkukuh tadbir urus, pengurusan kewangan lebih telus, memperbaiki model perniagaan dan menyiasat pelaburan bermasalah. |
|
RCI: Penjualan aset hampir RM10 bilion elak muflis - TH - Sinarharian - 31/07 9:32 am KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan penjualan aset bernilai hampir RM10 bilion pada 2018 merupakan langkah penyelamatan bagi mengelakkan institusi berkenaan daripada berdepan risiko insolvensi susulan kedudukan defisit kewangan yang memerlukan tindakan segera ketika itu.Menurut TH, pelan penstrukturan semula yang dilaksanakan pada tahun berkenaan bukan sahaja berjaya memulihkan kedudukan kewangan institusi itu, malah memastikan kepentingan pendeposit terus dilindungi."TH ingin menegaskan pelan penstrukturan semula pada tahun 2018 adalah bagi menangani kedudukan defisit kewangan TH yang memerlukan tindakan penyelamatan kewangan segera (bailout) dari kerajaan pada waktu tersebut, untuk melindungi TH dari insolvensi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.TH menjelaskan, pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2014 telah membangkitkan kebimbangan terhadap amalan pembayaran agihan keuntungan yang tinggi sehingga menyebabkan rizab sedia ada menjadi negatif serta mendedahkan institusi itu kepada risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran.Ujar TH, Ketua Audit Negara dalam Penyata Kewangan TH berakhir 2017 turut membangkitkan isu amalan perakaunan yang tidak konsisten dan tidak menggambarkan kedudukan kewangan sebenar, manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pula menegur tindakan Ketua Audit Negara yang hanya mengeluarkan Sijil Audit Bersih dengan Penegasan Perkara.Jelasnya, jurang antara aset dan liabiliti yang dikenal pasti pada akhir 2017 terus meningkat sehingga melebihi RM10 bilion pada penghujung 2018.Menurut TH, sekiranya keadaan itu tidak ditangani sebelum akhir 2018, institusi itu tidak lagi dapat memenuhi syarat di bawah Akta Tabung Haji untuk mengisytiharkan sebarang agihan keuntungan kepada pendeposit."Jika tiada tindakan 'bailout' oleh Kerajaan pada masa itu, ia juga boleh menyebabkan krisis pasaran kewangan dan menggugat kestabilan negara apabila TH terpaksa menjual aset-aset pada harga terdesak di pasaran bagi memenuhi permohonan pengeluaran tunai yang besar dan tidak terkawal oleh pendeposit," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaSehubungan itu, kerajaan dan TH meneliti empat pilihan bagi melaksanakan pelan pemulihan dalam tempoh singkat sebelum memilih penjualan aset-aset kurang berdaya saing dan bermasalah kepada kerajaan bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti supaya TH kembali solven.Pada Rabu lalu, kerajaan mengumumkan penyahklasifikasian Laporan RCI berhubung pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 yang mengandungi 25 syor bagi memperkukuh tadbir urus serta kedudukan kewangan institusi berkenaan.Susulan itu, TH mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan rasional pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan 2018, termasuk penjualan aset kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), selain memaklumkan kira-kira 75 peratus syor RCI telah dilaksanakan sejak 2023.Dalam kenyataan sama, TH memaklumkan, Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik penuh kerajaan, UJSB membeli aset bernilai RM9.7 bilion pada jumlah RM19.9 bilion sekali gus membolehkan agihan keuntungan bagi tahun 2018 diisytiharkan."Transaksi ini dibiayai oleh dua siri sukuk terbitan UJSB yang diberi surat sokongan Kerajaan dengan kadar keuntungan 4.05 dan 4.10 peratus setahun," kata TH.Menurutnya, bagi melindungi kepentingan TH, institusi itu turut diberikan Hak Keutamaan untuk Menolak terhadap aset yang dipindahkan sekiranya UJSB bercadang menjualnya pada masa hadapan.TH berkata, hak tersebut tidak mewajibkan institusi itu membeli semula aset berkenaan, sebaliknya hanya memberi keutamaan untuk membuat keputusan berdasarkan penilaian komersial dan kesesuaian pelaburan."TH hanya memiliki keutamaan untuk membuat keputusan membeli sekiranya UJSB berhasrat untuk menjual aset tersebut pada masa hadapan tertakluk kepada penilaian komersil dan kesesuaian kepada kriteria pelaburan Tabung Haji pada ketika itu," jelasnya.Kenyataan itu memaklumkan, TH pada tahun ini membeli semula tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga pasaran RM270 juta berbanding harga asal penjualan RM400 juta, selain memperoleh semula ladang kelapa sawit UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd pada harga RM695 juta berbanding RM800 juta ketika dijual kepada UJSB.Menurut TH, tindakan itu membuktikan institusi berkenaan hanya akan mengambil alih semula aset yang memberi nilai tambah kepada portfolio pelaburannya demi menjaga kepentingan para pendeposit.TH berkata, hasil pelan pemulihan dan penstrukturan itu, institusi berkenaan kini kembali berada di landasan lebih kukuh dengan kadar agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.25 peratus pada 2024 dan 3.50 peratus pada 2025, selain berjaya menangani keseluruhan kerugian pelaburan berjumlah RM12.6 bilion secara berperingkat sehingga hujung tahun lalu."Di bawah kepimpinan Pengerusi, Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan yang profesional dan berwibawa, TH kini berjaya kembali ke landasan yang lebih kukuh dan mampan melalui pelaksanaan pelan strategik, reformasi serta tadbir urus yang lebih baik, tanpa campur tangan Kerajaan," katanya. |
|
TH perlu kembali kepada fungsi asal - Penganalisis - Sinarharian - 31/07 9:30 am SHAH ALAM Lembaga Tabung Haji (TH) perlu kembali kepada peranan asal sebagai institusi pengurusan jemaah haji.Ia susulan pendedahan Suruhanjaya Diraja (RCI) TH mengenai kerugian berbilion ringgit akibat ketidakpatuhan peraturan, keputusan pelaburan salah dan pelbagai kelemahan dalam pengurusannya sejak 2014.Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ini kerana kemelut kewangan TH dilihat berpunca daripada masalah struktur institusi itu sendiri.Menurutnya, TH berdepan masalah apabila cuba berperanan sebagai institusi pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), sedangkan ia tidak mempunyai struktur organisasi serta disiplin pengurusan portfolio seperti pengurus dana profesional.Ujar beliau, kelemahan disiplin dalam mengurus portfolio pelaburan menyebabkan keputusan pelaburan dibuat tanpa kawalan risiko sepatutnya."TH cuba menjadi institusi pelaburan seperti PNB atau KWSP sedangkan ia tidak mempunyai struktur organisasi dan keupayaan sebagai pengurus pelaburan."KWSP mempunyai portfolio pelaburan yang jelas merangkumi pendapatan tetap, saham tempatan, saham luar negara dan modal teroka dengan peca-han risiko dikawal secara disiplin, sedangkan TH tidak mempunyai pengurusan portfolio sedemikian dan melabur mengikut peluang yang ada," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Pada Rabu malam, kerajaan mendedahkan laporan penuh RCI TH yang merumuskan kerugian besar dialami institusi itu, selain dakwaan pemalsuan akaun, pelaburan bermasalah dan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan TH mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion akibat kegagalan mematuhi peraturan dan kesilapan dalam keputusan pelaburan.Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, tekanan untuk memberikan pulangan tinggi juga antara faktor menyebabkan TH berdepan cabaran apabila perlu memenuhi jangkaan pendeposit.Menurutnya, keadaan itu berlaku selepas TH pernah mengumumkan kadar hibah dan bonus tinggi sebanyak 8.25 peratus untuk tahun kewangan 2014 sehingga mewujudkan harapan pendeposit untuk memperoleh pulangan setara pada tahun berikutnya."Apabila orang ramai menyimpan di TH, mereka mengharapkan pulangan tinggi. Pengurusan pula terpaksa mengumumkan dividen pada tahap tinggi walaupun prestasi pelaburannya tidak berjaya mencapai sasaran."Disebabkan tiada disiplin pengurusan portfolio, mereka tidak dapat mencapai pulangan diharapkan dan akhirnya perlu melakukan pelarasan bagi membolehkan pembayaran dividen dibuat," ujarnya.Mengenai keputusan pelaburan yang menyebabkan kerugian, beliau berkata, antara kelemahan ketara ialah penglibatan TH dalam pelaburan modal teroka yang mempunyai risiko tinggi.Jelas beliau, pelaburan sedemikian lazimnya mempunyai kadar kegagalan yang besar dan hanya sebahagian kecil mampu mencatatkan kejayaan."Dalam pelaburan modal teroka, kalau berjaya keuntungannya besar tetapi kalau gagal kerugiannya juga besar."Institusi seperti KWSP dan PNB biasanya hanya memperuntukkan bahagian kecil dalam pelaburan berisiko tinggi untuk meminimumkan risiko," ujarnya.Justeru, Barjoyai menegaskan TH perlu beri tumpuan semula kepada peranan asal sebagai institusi yang menguruskan jemaah haji.Katanya, TH mempunyai rekod cemerlang dan pernah diiktiraf sebagai antara institusi pengurusan haji terbaik di dunia."Matlamat utama TH ialah memastikan umat Islam dapat menunaikan haji dengan pengurusan cekap, manakala pelaburan perlu diserahkan kepada pihak yang mempunyai kepakaran mengurus portfolio," katanya.Tambah beliau, langkah memindahkan portfolio pelaburan berisiko tinggi kepada pelaburan berpendapatan tetap yang dilakukan selepas 2018 merupakan tindakan yang tepat kerana dapat mengurangkan risiko serta menstabilkan pendapatan TH."Satu pilihan boleh dipertimbangkan ialah TH bekerjasama dengan institusi pengurusan pelaburan berpengalaman seperti KWSP dan PNB bagi menguruskan dana pelaburannya."TH tidak perlu kejar keuntungan luar biasa sehingga membolehkannya bayar hibah lapan atau sembilan peratus |
|
Amarah terhadap dapatan RCI Tabung Haji tak lama, kata Kadir Jasin - FMT - 31/07 8:45 am Tokoh wartawan itu berkata isu dana jemaah haji tersebut disifatkan isu Melayu-Islam. |
|
RCI TH: Siasatan menyeluruh, heret mereka yang terbabit ke muka .. - Mygazette - 31/07 7:46 am Rakyat juga berhak melihat keadilan ditegakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerbitkan Laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, semalam |
|
Hibah Tabung Haji pergi kepada pendeposit bukan pemimpin – Jamil Khir - Mygazette - 31/07 7:46 am Jamil Khir berkata demikian ketika mengulas polemik berhubung pembayaran hibah TH yang kembali menjadi perhatian selepas pendedahan laporan RCI berkaitan pengurusan institusi berkenaan. Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 semalam |
|
Saya sudah disiasat sejak 2018, kalau nak siasat lagi saya bersedia... - Mygazette - 31/07 7:46 am Sebelum RCI pun saya sudah dipanggil untuk disiasat, katanya kepada pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini, hari ini. Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 semalam |
|
Jenazah Ahmad Shah selamat dikebumikan di Bandar Tasik Puteri malam ini - Mygazette - 31/07 7:46 am # Jenazah Ahmad Shah selamat dikebumikan di Bandar Tasik Puteri malam ini HULU SELANGOR - Jenazah rakyat Malaysia Ahmad Shah Ahmad Ros yang maut selepas ditikam dalam insiden pergaduhan di Korea Selatan beberapa hari lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 10.10 malam ini |
|
Lebih 60 tahun BN bukti politik perkauman tak pernah jadi dasar... - Mygazette - 31/07 7:46 am Sepanjang tempoh itu, tidak pernah berlaku seseorang dinafikan haknya hanya kerana dia Melayu, Cina atau India, katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Terachi di sini hari ini. Megat Zulkarnain berkata, begitu juga tidak pernah berlaku harta seseorang dirampas semata-mata kerana bukan Melayu atau bukan beragama Islam |
|
Jangan hina saya seolah-olah kerajaan tidak buat apa-apa – Anwar .. - Mygazette - 31/07 7:46 am Yang penting jangan nafikan usaha yang telah kita lakukan untuk membantu rakyat, katanya. Anwar turut menegaskan, usaha memartabatkan orang Melayu dan Islam tidak boleh sekadar menjadi slogan politik sebaliknya perlu diterjemahkan melalui pentadbiran yang bersih, amanah serta dasar yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat |
|
RCI Tabung Haji: AGC jamin pendakwaan tanpa dipengaruhi tekanan luar, .. - Mygazette - 31/07 7:46 am RCI yang dianggotai enam pesuruhjaya itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif manakala anggotanya termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, dan pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Tiga lagi anggota ialah Pengerusi CARIASEAN Research and Advocacy dan Asean Business Advisory Council Malaysia (ketika dilantik), Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid; Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) (ketika dilantik), Prof Dr Asmadi Mohamed Naim; serta akauntan bertauliah Norsyahrin Hamidon |
|
RCI Tabung Haji tak temui unsur ???sakau???, persepsi politik perlu .. - Mygazette - 31/07 7:46 am Jamil Khir juga berkata, dapatan RCI sebaliknya lebih menjurus kepada isu kedudukan liabiliti dan aset TH pada ketika itu serta kaedah pembayaran hibah kepada pendeposit. Perkara tersebut tidak seharusnya disalah tafsir sehingga menimbulkan tanggapan bahawa berlaku penyelewengan dana institusi kewangan Islam berkenaan, katanya |
|
Kerajaan tetap diserang sama ada dedah atau tidak laporan RCI TH - Nurul Izzah - Sinarharian - 31/07 7:34 am KUALA PILAH - Kerajaan akan tetap menerima kecaman tidak kira sama ada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) didedahkan sebelum atau selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, apa yang penting ialah laporan yang didedahkan itu akan membolehkan rakyat menilai dan memahaminya."Ini penting untuk kita memastikan Tabung Haji terus dipelihara pada masa hadapan dan kita mahu setiap umat Islam mampu melaksanakan ibadah haji."Pada saya buat tak buat (dedah laporan RCI) kita akan diserang juga |
|
Who is a threat to Islam? - FMT - 31/07 7:00 am PAS appears oblivious to the fact that not all Muslims in the country subscribe to its politically motivated religious objectives. |
|
Siapa sebenarnya ancaman kepada Islam? - FMT - 31/07 7:00 am PAS seolah-olah tidak menyedari bukan semua umat Islam di negara ini menerima matlamat keagamaannya yang didorong kepentingan politik. |
|
Syed Saddiq kemuka cadangan pengisian Sidang Khas Parlimen mengenai RCI TH - Sinarharian - 31/07 12:35 am Lepas sesi perbahasan di Parlimen itu sudah tamat, kita kemukakan usul dwiparti (bipartisan) yang disokong oleh semua pihak untuk mengangkat cadangan-cadangan yang dikemukakan RCI ini dan terus laksanakan 100 peratus."Untuk memberikan kredit kepada kerajaan hari ini, 75 peratus telah dilaksanakan, tetapi banyak lagi belum."Contohnya, menetapkan kriteria untuk memastikan mereka yang benar-benar layak mempunyai pengalaman dalam sektor korporat ataupun kepakaran dalam bidang ini untuk menerajui Tabung Haji, bukannya pemimpin politik yang tidak mempunyai pengalaman sehingga membuat keputusan politik yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit," katanya.Beliau turut mencadangkan supaya peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Menteri Kewangan dipisahkan, selain mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan sentimen politik atau perkauman dalam isu berkenaan."Saya tidak mahu ia menjadi isu perkauman. Menteri Agama mungkin tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan ini."Jangan nanti timbul semula faktor agama seperti sebelum ini sehingga menjadi isu kononnya orang bukan Islam atau bukan Bumiputera mentadbirnya."Laporan ini sudah mengesahkan pelan pemulihan itu berjaya dan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tanpa sebarang masalah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |