| /// |
|
| Search : Hannah Yeoh News | Page 1 |
|
KLSCAH: Hannah sahkan pembantunya dipanggil SPRM - Mygazette - 26/11 4:44 pm KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh mengesahkan pembantunya dipanggil untuk hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini |
|
Isu KLSCAH: SPRM rakam percakapan pegawai Hannah Yeoh - Sinarharian - 26/11 4:32 pm PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan seorang pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, bagi membantu siasatan berhubung kontroversi lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Rakaman percakapan itu dijalankan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan berlangsung selama lima jam bermula jam 10 pagi pada Khamis.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata pegawai berkenaan dipanggil bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.Pada masa sama, beliau berkata, SPRM turut akan memulakan siasatan berkaitan aspek tatakelola sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian.Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan tersebut dan memberi ruang kepada agensi berkenaan menjalankan siasatan secara menyeluruh memandangkan kes itu masih berada pada peringkat awal.SPRM turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menjalankan siasatan secara bebas, adil serta berlandaskan undang-undang.Sebelum ini, Hannah mengesahkan pembantunya telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu KLSCAH.Pada 14 November lalu, beliau mengumumkan kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000, jauh lebih rendah berbanding anggaran awal hampir RM4.67 juta. |
|
SPRM didakwa amal siasatan 'dua darjat' - Guan Eng - Sinarharian - 26/11 2:00 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa mengamalkan sikap 'dua darjat' dalam menyiasat kontroversi pelanjutan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) serta isu perbelanjaan berlebihan RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, agensi berkenaan dilihat mengambil tindakan segera terhadap kes membabitkan KLSCAH, namun tiada tindakan sama berhubung perbelanjaan kementerian diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melebihi peruntukan belanjawan diluluskan."Adakah SPRM melancarkan siasatan segera kerana satu kementerian dipimpin oleh menteri DAP manakala satu lagi boleh dilengah-lengahkan kerana ia dipimpin oleh menteri UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan pembantunya telah diarah agensi penguatkuasa itu untuk memberi keterangan berhubung kontroversi pelanjutan pajakan tanah KLSCAH.Pada 23 November lalu, Hannah juga dilapor telah menjelaskan bahawa pengurangan premium tanah KLSCAH daripada kira-kira RM4.67 juta kepada RM1,000 bagi tempoh pajakan sehingga 99 tahun dibuat mengikut tatacara, tatakelola dan prosedur ditetapkan.Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan, Hannah turut menyenaraikan tujuh pertubuhan yang sebelum ini menerima kadar premium tanah nominal RM1,000 di Kuala Lumpur bagi membuktikan KLSCAH tidak diberikan layanan istimewa.Antara pertubuhan itu ialah Yayasan Tuanku Bainun, Pertubuhan Bakti, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persatuan Keturunan Chan She Shu Yuen Kuala Lumpur dan Selangor serta Persatuan Badminton Malaysia."Jelas sekali tidak ada sebarang penyalahgunaan kuasa."Sebaliknya dalam kes perbelanjaan lebihan sebanyak RM 2.1 bilion oleh KKDW, Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan akhbar mengesahkan lebihan sebanyak RM 2.1 bilion dan salah laku tersebut," katanya.Guan Eng turut mendakwa, SPRM masih belum menunjukkan sebarang tindakan segera meskipun laporan kepada agensi itu telah dibuat oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin pada 6 Oktober 2026.Malah menurutnya, alasan awal agensi itu bahawa siasatan tidak boleh dimulakan kerana tiada laporan telah pun disangkal dengan laporan berkenaan."Jika SPRM boleh menjalankan siasatan ke atas kementerian Hannah Yeoh semata-mata atas desakan pemimpin Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), mengapa pula tidak sebarang tindakan ke atas KKDW bila Kementerian Kewangan sendiri mengesahkan salah laku yang wujud?"SPRM akan kehilangan keyakinan rakyat bahawa ia menjalankan tugas secara profesional dan bebas sekiranya tanggapan siasatan antara dua darjat berlaku tidak dijawab," ujarnya. |
|
Hannah sahkan pembantu dipanggil SPRM berhubung KLSCAH - Astroawani - 26/11 12:20 am , 26 Nov (Bernama) -- Seorang pembantu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dipanggil ke Suruhanjaya |
|
KLSCAH: Hannah sahkan pembantu dipanggil SPRM - Sinarharian - 26/11 12:16 am PUTRAJAYA - Seorang pembantu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)."KLSCAH: Ya, saya boleh mengesahkan perkara itu |
|
Hannah Yeoh confirms assistant called in by MACC over KLSCAH - Sinardaily - 26/11 11:58 am PUTRAJAYA - An assistant to Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh has been called to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today to assist in an investigation into the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)."KLSCAH: Yes I can confirm three MACC officers came to my office at Jabatan Wilayah Persekutuan yesterday and asked for my assistant to be present at MACC this morning to assist in investigation, she posted on Facebook today.On Nov 14, the government approved a 99-year lease renewal for the KLSCAH, with the land premium fixed at a nominal RM1,000, a significant reduction from the earlier estimated premium of approximately RM4.67 million.Hannah said the decision reflects the MADANI governments commitment to safeguarding Kuala Lumpurs historical landmarks and ensuring that institutions of heritage significance can continue to serve future generations.She said the nominal premium was approved following Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's commitment to give special consideration to the preservation of the historic building, after visiting the hall during a Chinese New Year celebration on Feb 17 |
|
Hannah Yeoh confirms MACC summoned aide over RM1,000 KLSCAH lease - Malaymail - 26/11 11:08 am KUALA LUMPUR, Nov 26 Federal Territories Minister Hannah Yeoh has confirmed that her aide has been summoned by anti-co... |
|
Pembantu Hannah Yeoh diminta hadir ke SPRM isu pajakan KLSCAH - FMT - 26/11 11:02 am Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh mengesahkan tiga pegawai SPRM ke pejabatnya dan minta pembantunya hadir bantu siasatan. |
|
Hannah confirms assistant summoned by MACC - FMT - 26/11 10:56 am Federal territories minister says anti-graft authorities turned up at her office yesterday. |
|
Awang Hashim gesa Hannah Yeoh dedah asas kelulusan KLSCAH - Sinarharian - 26/11 7:21 am SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh digesa mendedahkan asas penilaian, kriteria pemberian premium nominal, syarat kelulusan serta perbandingan kes secara terperinci berhubung tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, sehingga penjelasan itu diberikan, jangan mendakwa pembangkang sudah berpuas hati.Menurutnya, ini kerana perkara yang dituntut ialah akauntabiliti terhadap keputusan melibatkan aset awam."Saya terkejut membaca kenyataan Hannah di Facebook hari ini yang mendakwa ahli Parlimen pembangkang keluar Kamar Khas Dewan Rakyat dengan gembira sebab isu ini sudah jelas kepada mereka."Sebagai Ahli Parlimen Pendang yang turut membangkitkan persoalan mengenai KLSCAH, saya menolak gambaran bahawa penjelasan tersebut telah memuaskan hati pembangkang."Gambar kami keluar dari kamar, walaupun tersenyum, bukan bukti bahawa semua persoalan telah terjawab," katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Hannah menerusi hantaran Facebook meluahkan rasa puas hati kerana berjaya menjawab persoalan berhubung KLSCAH dengan fakta.Beliau turut memaparkan gambar beberapa ahli Parlimen pembangkang yang keluar dari kamar berkenaan dalam keadaan gembira, sambil mendakwa ia menunjukkan isu berkenaan sudah jelas kepada mereka.Dalam masa sama, Hannah juga mengucapkan terima kasih kepada ahli Parlimen kerajaan yang turut membahas menyokong usaha kerajaan membantu KLSCAH.Dalam pada itu, Awang menuntut jawapan berhubung ucapan Hannah pada 14 November 2026 dan bukan hanya mengulangi bahawa Ketua Setiausaha Negara (KSN) mempengerusikan jawatankuasa kelulusan.Jelasnya, ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-103 KLSCAH pada 14 November itu, Hannah tampil bukan sekadar sebagai penyampai keputusan pentadbiran, tetapi sebagai pemimpin politik yang meraikan kejayaan mendapatkan pengurangan premium daripada kira-kira RM4.67 juta kepada RM1,000."Beliau mengumumkan dengan penuh kegembiraan, 'We have now secured', merujuk kepada kejayaan memperoleh kadar premium tersebut |
|
SPRM panggil pembantu Hannah berhubung pajakan KLSCAH, menurut laporan - FMT - 25/11 10:53 pm Pembantu menteri wilayah itu akan memberikan keterangan kepada penyiasat esok. |
|
YTLs Cikgu ILMU helps parents break down schoolwork, says executive director - FMT - 25/11 3:06 pm YTL AI Labs executive director Yeoh Pei Lou says the free tool offers curriculum-based explanations and revision activities that children can complete without chatting with AI. |
|
Yeoh pertahan perbelanjaan untuk pemuliharaan warisan - FMT - 24/11 7:39 pm Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh berkata rakyat dapat lihat hasil daripada pemuliharaan warisan. |
|
Yeoh defends heritage restoration spending, cites Macrons visit - FMT - 24/11 6:42 pm The federal territories minister says while critics initially panned the allocation as a waste of money, people can see the results today. |
|
Busy 12 months ahead: Hannah jokes KL may not have enough weekends in 2027 to accommodate events - Malaymail - 24/11 6:10 pm KUALA LUMPUR, Nov 24 Kuala Lumpur may not have enough weekends next year to accommodate the growing number of events a... |
|
Hannah says KLs heritage sites can become international attractions, points to Macrons visit - Malaymail - 24/11 6:07 pm KUALA LUMPUR, Nov 24 Kuala Lumpurs heritage landmarks have the potential to become international tourist attractions,... |
|
Kos penyelenggaraan tinggi dorong KLSCAH mohon tukar status tanah - Hannah - Astroawani - 23/11 10:00 pm Kos operasi dan penyelenggaraan bangunan warisan yang tinggi, khususnya di ibu negara, mendorong Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) memohon pertukaran status tanah daripada komersial kepada institusi bagi membolehkan kadar premium nominal dikenakan. |
|
KLSCAH's heritage upkeep costs prompted RM1,000 land premium, Dewan Rakyat told - Sinardaily - 23/11 9:11 pm KUALA LUMPUR The high cost of maintaining heritage buildings, particularly in the capital, prompted the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) to apply for its land to be reclassified for institutional rather than commercial use, which would allow it to pay a nominal land premium.Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh said KLSCAH's rental income from non-governmental organisations accounted for less than 20 per cent of its total operating costs.She said KLSCAH was initially charged a land premium of RM4.67 million, but the amount was reduced to RM1,000 after the land's express condition was changed to institutional use, in accordance with Rule 10 of the Federal Territory of Kuala Lumpur Land Rules 1995."The land's express condition was amended to institutional building use, with restrictions on commercial development."Taking into account its national heritage status since 2007 and the need to preserve it, the Federal Territory of Kuala Lumpur Land Committee set a nominal premium of RM1,000," she said.She was speaking during a debate on a motion concerning the reduction of KLSCAH's land premium at a Special Chamber session in the Dewan Rakyat today, which was attended by seven MPs.Most of the MPs who took part sought clarification on the Government's decision to approve a nominal premium of RM1,000, compared with the original estimate of RM4.67 million for the 99-year lease of KLSCAH's land.Hannah said KLSCAH, which is recognised as a National Heritage building, could apply for government grants or allocations for conservation and preservation works in line with the National Heritage Act 2005.However, she said KLSCAH had not received any conservation grants or allocations from the Government since 2008, despite submitting applications every year."Every year they apply and don't get it |
|
Panel led by chief sec approved KLSCAH lease, says Yeoh - FMT - 23/11 8:45 pm The federal territories minister denies unilaterally deciding to lower the assembly hall's lease premium to a nominal amount. |
|
Even BN funded KLSCAH, Hannah Yeoh tells Parliament amid RM1,000 land premium row - Malaymail - 23/11 8:02 pm KUALA LUMPUR, Nov 23 Barisan Nasional administrations had previously given public funds to the Kuala Lumpur and Selang... |
|
Premium tanah KLSCAH RM1,000 keputusan KSN, bukan saya, tegas Hannah - FMT - 23/11 7:47 pm Katanya kadar itu bukan keistimewaan khusus kerana tujuh pertubuhan lain turut menerima kadar sama termasuk Yayasan Tuanku Bainun, PBSM, dan BAM. |
|
Pemuda MCA ajak Akmal duduk semeja, bincang pilihan raya PBT Kuala... - Mygazette - 23/11 6:37 pm Katanya, pembahagian kerusi merupakan perkara berasingan yang perlu dibincangkan dalam BN, manakala pilihan raya PBT bertujuan memberikan peluang adil kepada semua komuniti untuk bersuara dalam keputusan pentadbiran kerajaan tempatan. Dalam pada itu, Pemuda MCA menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh serta DAP menjelaskan pendirian masing-masing berhubung reformasi berkenaan termasuk kajian yang telah dijalankan dan langkah seterusnya bagi merealisasikannya |
|
Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib perlu dinyahklasifikasi -Saifuddin Nasution - Sinarharian - 22/11 11:11 am KUALA LUMPUR Dokumen minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu dinyahklasifikasikan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balas berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan Majlis Peguam.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dokumen berkenaan mengandungi perkara penting berkaitan mesyuarat Lembaga Pengampunan yang perlu dimasukkan dalam afidavit balas kerajaan."AGC perlu mengemukakan jawapan melalui afidavit susulan tindakan pihak peguam mencabar isu tahanan rumah menerusi permohonan semakan kehakiman."Jadi, dokumen berkenaan perlu dinyahklasifikasikan terlebih dahulu bagi membolehkan Peguam Negara menyediakan afidavit balasan," katanya ketika ditemui selepas program PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka di sini pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang didakwa telah dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat dokumen itu dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebook miliknya, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara berkenaan.Susulan itu, tindakan Tony Pua dipertikai kerana disifatkan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan AgongSementara itu, Saifuddin Nasution berkata, proses nyahklasifikasi perlu dilakukan berikutan permohonan semakan kehakiman berkenaan telah dimulakan oleh pihak peguam.Katanya, afidavit balas yang disediakan Peguam Negara hanya akan lengkap sekiranya perkara yang berlaku dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan itu turut dimasukkan.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sama ada dokumen berkenaan sepatutnya didedahkan kepada umum.Mengulas mengenai pihak yang mendedahkan dokumen berkenaan serta tujuan pendedahan itu dibuat, beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai penjelasan berhubung perkara tersebut."Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu."Berhubung isu pendedahan, siapa yang mendedahkan dan apakah tujuan pendedahan tersebut, saya tidak mempunyai penjelasan, kerajaan juga tidak berada dalam kedudukan untuk menjelaskan perkara berkenaan," katanya. |
|
11,072 penjaja di ibu negara terima manfaat Program Lestari Niaga – Hannah - Mydateline - 21/11 5:08 pm Sebanyak 11,072 penjaja di 287 lokasi sekitar ibu negara bakal menikmati kemudahan perniagaan yang lebih baik, menerusi Program Lestari Niaga 2026 yang melibatkan peruntukan RM200 .. |
|
The Artisans Haven opens new outlet at 118 Mall to promote local craftsmanship - Sinardaily - 21/11 5:00 pm SHAH ALAM The Artisans Haven, a not-for-profit enterprise supporting local artisans and handmade products, has opened a new retail outlet at 118 Mall, Precinct Merdeka 118, Kuala Lumpur.To mark the opening, the organisation presented its Business Impact Awards to 50 local handicraft artisans and micro, small and medium enterprises (MSMEs) involved in producing Malaysian souvenirs and gifts.The recipients comprised mainly independent women entrepreneurs, local communities and MSMEs, whose contributions to preserving local craftsmanship and generating income were recognised at the ceremony.The awards were presented in the presence of Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh, who attended as the guest of honour.Yeoh said the recognition highlighted how local artisans had built sustainable livelihoods through their crafts while sharing Malaysia's cultural heritage with visitors.It brings me great pride to be able to recognise and celebrate these brave and industrious artisans |
|
11,072 penjaja di ibu negara terima manfaat Program Lestari Niaga - Hannah - Astroawani - 21/11 4:28 pm Inisiatif itu bukan sekadar menaik taraf gerai sedia ada, sebaliknya bermatlamat mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih bersih, selamat dan teratur, merangkumi golongan peniaga kecil di tepi jalan. |
|
Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall lease row shows how ethnic .. - Sinchew - 21/11 7:39 am Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall lease row shows how ethnic politics plays the same old tune A land leaseoriginally involving fees, zoning, and the conservation of a historic buildingescalated within days into a heated debate over Peoples Housing Project (PPR) flats, racial harmony, and even the font size of Chinese characters on a signboard. On Nov 14, Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh announced that the government had approved the re-alienation of land for the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) for a lease period of up to 99 years, reducing the land premium from an initial estimate of around RM4.67 million to a nominal RM1,000 |
|
Malaysia making 'tremendous progress' in children's rights, more cities join CFCI - Sinardaily - 20/11 9:06 pm Third, they want to see more accountability so that plans, policies, and statements are followed by concrete actions, he added.In a related development, Gass said more local municipalities were joining UNICEFs Child-Friendly Cities Initiative (CFCI), following Petaling Jayas milestone as the first city in Southeast Asia to receive the special award and accreditation.Petaling Jaya was the first city in Malaysia to adopt the CFCI, and became the first Malaysian city to attain Candidate City status in 2022."We have seven different candidate cities in Sarawak, Penang is going to be a candidate city and DBKL (Kuala Lumpur) is going to be a candidate city as well, he said.He said many other cities across Malaysia are interested in becoming child-friendly cities because they recognised that a city designed to meet childrens needs was also a city that was suitable for everyone, including the elderly. Gass said that during his meeting with Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh last August, UNICEF had sought her support in extending the initiative to other federal territories, including Putrajaya.According to CFCI website, the initiative promotes the realisation of childrens rights at the local level through a unique network involving municipal governments, civil society organisations, the private sector, academia, the media and children themselves in more than 40 countries.The two-day Festival of Rights, organised by UNICEF Malaysia from Nov 20 at KLGCC Mall, celebrates the rights of children and young people and creates space for them to share their experiences, ideas and aspirations on issues shaping their future, including digital safety, artificial intelligence (AI) and climate change.World Childrens Day is observed annually on Nov 20, marking the adoption of the United Nations Declaration of the Rights of the Child 1959 and the Convention on the Rights of the Child in 1989 |
|
RM1.19 juta insentif hargai pencapaian cemerlang atlet Wilayah Persekutuan - Hannah Yeoh - Sinarharian - 20/11 6:23 pm PUTRAJAYA - Kerajaan menerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) memperuntukkan sebanyak RM1.19 juta sebagai pembayaran insentif kemenangan dan penghargaan kepada atlet serta persatuan sukan yang merakamkan kecemerlangan sepanjang tahun 2026.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pemberian insentif itu merupakan manifestasi penghargaanterhadap komitmen, disiplin serta pengorbanan berterusan barisan atlet dan pegawai sukan."Kepada semua penerima insentif, saya ucapkan tahniah dan ingat insentif ini tak boleh membayar balik kepada anda segala usaha, darah dan peluh yang telah dicurahkan untuk Wilayah Persekutuan, tetapi ini merupakan satu pengiktirafan daripada kerajaan atas kejayaan anda."Bagi atlet yang berada di persimpangan, sebahagian daripada anda mungkin sedang mempertimbangkan sama ada mahu berhenti daripada sukan kompetitif atau meneruskan pengajian |
|
Declassified minutes show Hannah Yeoh objected to Najib house arrest, says Lim Guan Eng - Malaymail - 20/11 12:02 am KUALA LUMPUR, Nov 20 Bagan MP Lim Guan Eng today defended Federal Territories Minister Hannah Yeoh over her role in th... |
|
Minit pengampunan penuh Anwar juga perlu didedahkan ??? Wan Saiful - Mygazette - 20/11 8:55 am Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mendedahnya beberapa muka surat kandungan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan. Ia apabila media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Adakan PRU bagi meredakan huru-hara dalam negara – Naqib - Mygazette - 20/11 8:55 am Terdahulu, Tony berkongsi beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat LPWP yang didakwa sudah dinyahklasifikasikan dalam akaun Facebook beliau. Menurut minit mesyuarat lembaga pengampunan tersebut yang dinyahklasifikasikan itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib |
|
Haniff Khatri persoal siapa arah dedah dokumen pengampunan - Sinarharian - 19/11 5:23 pm KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merupakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pengampunan, sekiranya keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri.Peguam, Mohamed Haniff Khatri berkata, perkara itu berdasarkan kedudukan Menteri Wilayah Persekutuan sebagai wakil Kabinet yang menganggotai Lembaga Pengampunan.Menurutnya, berdasarkan kenyataan beberapa menteri dalam Kabinet, isu berkenaan juga disahkan tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.Justeru, katanya, timbul persoalan mengenai pihak yang menentukan klasifikasi dokumen berkenaan serta siapa yang membuat keputusan untuk mendedahkannya kepada umum."Kalau kita lihat secara ringkas dari sudut undang-undang, berdasarkan pengetahuan saya mengenai latar belakang proses pengampunan dan sebagainya, pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan selepas perkara itu dibentangkan kepada Kabinet dan mendapat persetujuan Jemaah Menteri."Jika Kabinet bersetuju, pihak yang sepatutnya menyahklasifikasikan dokumen itu ialah menteri yang berkaitan dengan isu pengampunan," katanya dalam satu podcast pada Khamis.Beliau berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dilihat mempunyai kaitan langsung dalam perkara itu kerana jawatan berkenaan merupakan salah satu keanggotaan dalam Lembaga Pengampunan.Bagaimanapun, Haniff Khatri berkata, berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, keputusan Kabinet berhubung perkara itu masih belum dimuktamadkan.Sehubungan itu, katanya, sekiranya Kabinet bersetuju dengan cadangan berkenaan, Menteri Wilayah Persekutuan berkemungkinan menjadi pihak yang bertanggungjawab melaksanakan proses nyahklasifikasi dan pendedahan dokumen berkaitan.Terdahulu, sebuah dokumen yang dipercayai merupakan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 bertarikh 18 September 2026 telah tular dan mendedahkan perbezaan pandangan dalam kalangan ahlinya berhubung status penahanan Najib.Berdasarkan laporan pemerhatian dokumen tersebut, beberapa ahli lembaga termasuk Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berpandangan Najib perlu meneruskan hukuman penjara dan tidak bersetuju beliau diberikan tahanan rumah.Mohd Dusuki dilaporkan menyatakan bahawa keputusan membenarkan tahanan rumah itu akan memberi kesan kepada kerajaan, khususnya dari sudut kestabilan politik, ekonomi, pelaburan, dan imej negara di peringkat antarabangsa.Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.Susulan perkenan tersebut, Najib telah mula menjalani baki hukumannya di kediamannya di Kuala Lumpur bermula 10 November lalu. |
|
From green spaces to elder care, Hannah Yeoh outlines what makes a prosperous KL - Malaymail - 19/11 4:40 pm KUALA LUMPUR Nov 19 Wealth should not just be accumulated but also enjoyed and shared with others Minister in the Pr... |
|
Tony Pua sindir pemimpin UMNO 'cacing kepanasan' - Sinarharian - 19/11 4:19 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyindir beberapa pemimpin UMNO yang didakwanya semakin 'cacing kepanasan' susulan pendedahan fakta berkaitan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, tindakan segelintir pemimpin parti itu yang menyerang individu yang membangkitkan isu berkenaan menunjukkan mereka lebih berminat mempertikaikan pembawa maklumat berbanding menjawab kandungan dokumen yang telah didedahkan."Yang menyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan bukan saya. Yang membuat sebarang keputusan dalam lembaga itu juga bukan saya."Apa yang saya lakukan hanyalah merujuk minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan dan membentangkan fakta yang terkandung dalam dokumen tersebut," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Tony didakwa berkongsi beberapa halaman dokumen menerusi akaun Facebook miliknya, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung isu berkenaan.Berdasarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.Dalam pada itu, bekas pemimpin DAP itu turut menggunakan ungkapan 'don't shoot the messenger' atau 'jangan menyalahkan penyampai mesej' sebagai sindiran kepada pihak yang terus mengkritiknya berhubung pendedahan dokumen berkenaan.Tony berkata, fokus sepatutnya diberikan kepada fakta yang terkandung dalam minit mesyuarat tersebut, bukannya kepada individu yang mengemukakan maklumat itu kepada umum.Beliau turut menyifatkan kritikan berterusan pemimpin UMNO terhadap dirinya dan DAP sebagai sesuatu yang semakin membosankan serta tidak menjawab isu pokok yang dibangkitkan. |
|
Pendedahan minit Lembaga Pengampunan tidak hormati institusi Agong Wan Rosdy - Sinarharian - 18/11 11:22 pm KUANTAN Tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mendedahkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai perbuatan yang tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kuasa pengampunan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Menurut beliau, institusi Raja-Raja Melayu tidak seharusnya diperlakukan sedemikian, apatah lagi dijadikan bahan polemik politik."Jangan sampai berlaku keadaan kaduk naik junjung apabila kebebasan dan ruang yang diberikan disalahgunakan sehingga terlupa akan batas, adab dan tanggungjawab menghormati institusi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang didakwa telah dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat dokumen itu turut dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebook miliknya, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara berkenaan.Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, pendedahan dokumen tersebut menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan, kerahsiaan dan tatakelola dokumen kerajaan.Beliau mempersoalkan bagaimana dokumen yang berkaitan dengan prosiding rasmi Lembaga Pengampunan boleh didedahkan kepada umum."Siapakah yang bertanggungjawab terhadap dokumen tersebut dan apakah prosedur penyahklasifikasiannya?" katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap isu tersebut, termasuk meneliti kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang berkaitan isu 3R melibatkan institusi raja, agama dan kaum.Menurutnya, siasatan juga perlu merangkumi aspek keselamatan serta kerahsiaan dokumen kerajaan."Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau prosedur, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa pilih kasih."Perbezaan politik bukan lesen untuk memperlekeh institusi Raja-Raja Melayu."Menghormati Yang di-Pertuan Agong dan menjaga kerahsiaan dokumen kerajaan adalah soal prinsip, kedaulatan undang-undang serta tanggungjawab terhadap negara," katanya. |
|
Umno Kedah wants Tony Pua investigated over Pardons Board minutes - Sinardaily - 18/11 9:48 pm ALOR SETAR Authorities have been urged to investigate former DAP MP Tony Pua for sharing details of the Federal Territories Pardons Board meeting minutes concerning the conditional pardon granted to former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.Umno Kedah chairman Datuk Seri Mahdzir Khalid described the move as malicious and said it had crossed legal boundaries by challenging the royal prerogative of His Majesty Sultan Ibrahim, the Yang di-Pertuan Agong.He said the matter should not have happened as it involved documents believed to remain classified and the country's highest institution."Such a thing should not have happened. Tony Pua and DAP must be investigated immediately, and appropriate action must be taken."I believe Tony Pua's actions have crossed the line and were intended to undermine Sultan Ibrahim," he said in a statement on Wednesday.Previously, media reports stated that Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar and Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh had objected to placing Najib under house arrest, based on details from the Federal Territories Pardons Board meeting minutes.Several pages of the minutes were shared by Tony Pua on his Facebook account, including details of the Attorney-General's position on the matter.Mahdzir alleged that the move also challenged Sultan Ibrahim's prerogative powers and raised questions about a possible violation of the Official Secrets Act 1972.He said it was unusual for meeting minutes believed to be classified to be circulated publicly.He also claimed that the disclosure was intended to reignite controversy surrounding Najib's conditional pardon."If the Federal Territories Pardons Board meeting minutes had been declassified, why has the government not issued an official statement?"This shows that the meeting minutes were obtained unlawfully and that certain parties deliberately leaked them with malicious intent, particularly to undermine Sultan Ibrahim's prerogative powers," he said.Mahdzir said Umno Kedah would lodge a police report and called for an immediate investigation to identify those responsible for circulating the documents.He also urged Tony Pua to explain the source of the information and how he obtained the details of the meeting minutes. |
|
AG, Yeoh tak derhaka kerana bantah tahanan rumah Najib, kata peguam - FMT - 18/11 9:45 pm Zainul Rijal Abu Bakar berkata ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhak tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan untuk pertimbangan mereka. |
|
Pihak berkuasa digesa segera siasat Tony Pua - UMNO Kedah - Sinarharian - 18/11 8:45 pm ALOR SETAR Pihak berkuasa digesa segera menyiasat bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung tindakan memuat naik butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan tersebut didakwa berniat jahat dan melampaui batas perundangan sehingga mencabar kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana membabitkan dokumen yang dikatakan masih berstatus sulit serta institusi tertinggi negara."Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan Tony Pua serta DAP perlu segera disiasat serta dikenakan tindakan sewajarnya."Saya kira tindakan Tony Pua itu sudah melampaui batas kerana berniat jahat terhadap YDPA," katanya dalam kenyataan kepada media pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat itu dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebooknya yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.Mahdzir mendakwa tindakan berkenaan turut mencabar kuasa prerogatif YDPA selain menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972.Beliau berkata, sesuatu yang pelik apabila dokumen minit mesyuarat berstatus sulit yang belum dinyahklasifikasikan boleh disebarkan kepada umum.Menurutnya, tindakan itu dipercayai mempunyai motif tertentu dan dirancang bagi mencetuskan polemik baharu berkaitan isu pengampunan bersyarat Najib."Kalau dokumen minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan itu telah dinyahklasifikasikan, kenapa tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan?"Ini menunjukkan bahawa minit mesyuarat itu diperoleh secara tidak sah dan ada pihak yang sengaja membocorkannya dengan niat tidak baik, khususnya menjurus kepada memperlekehkan kuasa prerogatif YDPA," ujarnya.Sehubungan itu, Mahdzir berkata, UMNO Kedah akan membuat laporan polis dan menggesa siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap penyebaran dokumen berkenaan.Beliau turut meminta Tony Pua menjelaskan sumber maklumat serta bagaimana butiran minit mesyuarat tersebut diperolehi. |
|
'Sikap talam dua muka DAP terhadap prinsip Raja Berperlembagaan' - Exco Pemuda UMNO - Sinarharian - 18/11 7:40 pm SHAH ALAM - Penggunaan pelbagai frasa provokatif dalam kenyataan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua bukan kebetulan atau kesilapan tatabahasa tetapi isyarat halus mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, dalam masa sama ia membakar sentimen kebencian penyokong tegar mereka supaya berani melanggar batas 3R (raja, agama dan kaum) tanpa rasa takut kepada undang-undang.Menurutnya, perkara yang berlaku ini membuktikan DAP hanya menjunjung tinggi keputusan YDPA apabila ia menguntungkan mereka seperti ketika pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018."Namun, apabila keputusan Baginda tidak selari dengan selera politik, mereka sanggup mengeluarkan minit mesyuarat sulit semata-mata mahu memberi isyarat kepada penyokong tegar bahawa 'kami tidak bersetuju, raja yang berkeras'."Ini adalah sikap talam dua muka DAP terhadap prinsip Raja Berperlembagaan."Kedaulatan Raja Berperlembagaan dan rahsia negara bukan barang mainan politik untuk meraih 'likes' di media sosial. Jangan sampai kesabaran orang Melayu dan rakyat yang cintakan negara ini dicabar terlalu jauh," ujarnya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membincangkan permohonan tahanan rumah Najib, sudah dinyahklasifikasikan.Menurut minit mesyuarat itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.Tambah Fadzmel, ini juga adalah soal keselamatan negara dan maruah institusi Diraja.Jelasnya, minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan sendiri oleh YDPA telah dijadikan modal politik murahan dan bahan dagangan media sosial."Persoalannya, jika kerahsiaan mesyuarat tertinggi negara pun boleh dibocorkan sesuka hati demi memuaskan nafsu politik kepartian, apakah jaminan bahawa DAP tidak akan menggadaikan rahsia keselamatan atau pertahanan negara pada masa hadapan apabila kepentingan politik mereka menjadi taruhan?"Lebih menjijikkan, cuba perhatikan sikap sebenar DAP terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu."Dengan sengaja mengolah naratif kononnya YDPA bertindak membelakangkan kerajaan, walhal terbukti YDPA telah menjalankan tugas baginda sesuai dengan kehendak perlembagaan," ujarnya. |
|
Declassified Pardons Board minutes : Attorney General and Yeoh backed .. - Sinchew - 18/11 5:19 pm Declassified Pardons Board minutes : Attorney General and Yeoh backed continued prison term for Najib KUALA LUMPUR: Both Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar and Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh advocated for former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to continue serving his sentence in prison, declassified Pardons Board minutes revealed |
|
Siasat segera kebocoran dokumen sulit Lembaga Pengampunan Najib - Mygazette - 18/11 5:19 pm Beliau mempersoalkan bagaimana dokumen yang sepatutnya dikendalikan secara sulit boleh tersebar secara terbuka di media sosial dan didakwa dikongsi beberapa pemimpin DAP. "Persoalannya, bagaimana dokumen yang sepatutnya dikendalikan secara sulit boleh tersebar dengan begitu meluas? Dari mana sumber dokumen ini diperoleh? "Adakah maklumat tersebut diperoleh daripada pihak kementerian atau individu yang mempunyai akses kepada dokumen berkenaan, termasuk Hannah Yeoh Menteri Wilayah yang mewakili DAP?," soalnya dalam hantaran di Facebook hari ini |
|
UMNO mahu status penyahklasifikasian minit pengampunan Najib diperjelas - Sinarharian - 18/11 4:38 pm Adakah salinan yang beredar sepadan dengan rekod rasmi? Adakah pengelasan semula itu meliputi keseluruhan minit, termasuk lampiran berkaitan atau hanya bahagian tertentu?' soalnya.Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi) itu, bagi dokumen yang berstatus rahsia rasmi, keputusan untuk mengelaskannya semula hendaklah dibuat oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 mengikut tatacara yang terpakai."Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 12 November lalu menyatakan kesediaan membawa cadangan penyahklasifikasian itu kepada Jemaah Menteri.Bagaimanapun, selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November, Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan cadangan berkenaan belum dibangkitkan secara langsung dalam mesyuarat tersebut dan prosesnya sedang diatur dengan mengambil kira keperluan undang-undang.Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memuatnaik petikan dokumen itu di Facebook dan menyifatkannya sebagai minit yang telah dinyahklasifikasikan. Beberapa halaman dokumen berkenaan tidak disertakan dalam hantaran itu.Dalam minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dikongsikan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, tidak bersetuju dengan keputusan membenarkan Najib, menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.Minit itu turut merekodkan bahawa Yang di-Pertuan Agong menitahkan Hannah menandatangani Perintah Pengampunan Bersyarat selepas beliau mencadangkan supaya dokumen berkenaan ditandatangani pegawai lain, termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang juga Setiausaha Jemaah Menteri.Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menegaskan bahawa ketelusan dalam pengendalian rekod Lembaga Pengampunan perlu berjalan seiring dengan pematuhan undang-undang."UMNO menghormati kedudukan Lembaga Pengampunan dan menjunjung kuasa pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan," katanya. |
|
Allegedly Declassified Minutes Show AG, Hannah Yeoh Oppose Najib’s House Arrest - Rakyatpost - 18/11 3:59 pm Declassified Pardons Board minutes show the Attorney-General and Hannah Yeoh opposed the arrangement, citing legal and national concerns. |
|
AG and FT minister fought Najibs conditional pardon, leaked Pardons Board minutes show - Malaymail - 18/11 3:37 pm KUALA LUMPUR, Nov 18 Attorney General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar and Federal Territories Minister Hannah Yeoh both re... |
|
Peguam Negara, Hannah Yeoh bantah tahanan rumah Najib - Minit Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 18/11 2:35 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat itu dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menerusi akaun Facebooknya, yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.Menurut minit berkenaan, Mohd Dusuki berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri itu perlu menjalani hukuman banduan sehingga 2028 sebagaimana pandangan sebelum ini.Hukuman tahanan rumah tidak terdapat dalam undang-undang dan merupakan suatu perkara yang asing dan bukan dalam sistem negara kita sebagaimana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke, sebelum ini.Beliau menyatakan bahawa keputusan itu akan memberi kesan kepada kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara di peringkat antarabangsa.Menurut minit mesyuarat itu, Hannah menyatakan bahawa pandangan beliau sama seperti pandangan Mohd Dusuki dan juga dalam mesyuarat sebelum ini.Mohd Dusuki dan Hannah juga tidak memberi apa-apa komen terhadap draf Perintah Pengampunan Bersyarat dan syarat-syarat yang dicadangkan memandangkan mereka tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat itu.Namun, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersetuju dengan syarat-syarat tanpa sebarang komen.Pada 6 November lepas, Najib, 73, selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi.Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan menerusi mesyuarat ke-61 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman itu pada Disember 2021 dan keputusan tersebut turut dikekalkan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir Najib pada 23 Ogos 2022.Pada hari yang sama, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.Pada 10 November lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini, yang berkuat kuasa serta-merta.Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 November terhadap Najib |
|
Premium tanah KLSCAH RM1,000: Jangan alih isu, jawab persoalan sebenar - Sinarharian - 18/11 2:30 pm KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sepatutnya menjawab persoalan utama berhubung isu pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada RM1,000, bukannya mengaitkannya dengan perkara lain yang tidak mempunyai kaitan langsung.Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, persoalan yang dibangkitkan adalah mudah, iaitu bagaimana pengiraan dan kriteria ditetapkan sehingga KLSCAH memperoleh keistimewaan pembayaran premium tanah sebanyak RM1,000.Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, jawapan Hannah dilihat meleret dengan mengaitkan isu berkenaan dengan perkara lain termasuk beg pasir, bazar Ramadan dan kolam takungan."Ini bukan isu rasis |
|
AG, Hannah objected to Najib's house arrest - Pardons Board minutes - Sinardaily - 18/11 2:24 pm KUALA LUMPUR - Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar and Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh objected to the implementation of house arrest for Datuk Seri Najib Razak, according to the declassified minutes of the Federal Territories Pardons Board meeting.Several pages of the meeting minutes were shared by former DAP MP Tony Pua on his Facebook account, which, among other things, recorded the Attorney-General's position on the matter.According to the minutes, Dusuki was of the view that Najib should remain in prison until 2028, in line with the previous position.The minutes stated that house arrest was not provided for under the law and was foreign to, and not part of, the country's legal system, as previously ruled by High Court judge Alice Loke.He said the decision would have an impact on the government, particularly on political stability, the economy, investment and the country's image internationally.According to the meeting minutes, Hannah said her view was the same as Dusuki's and was also consistent with her position at the previous meeting.Mohd Dusuki and Hannah also did not make any comments on the draft Conditional Pardon Order and the proposed conditions, as they did not agree with the conditional pardon.However, former Federal Court judge Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal and former Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain agreed to the conditions without any comments.On Nov 6, Najib, 73, settled the RM50 million fine imposed on him in the SRC International Sdn Bhd funds misappropriation case at the High Court Criminal Registry.The payment was one of the conditions of the conditional pardon granted by His Majesty Sultan Ibrahim |
|
Premium tanah KLSCAH RM1,000: MPN tuntut kerajaan beri penjelasan telus - Sinarharian - 18/11 2:17 pm KUALA LUMPUR - Majlis Profesor Negara (MPN) menggesa kerajaan memberikan penjelasan menyeluruh berhubung penetapan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebanyak RM1,000 bagi pajakan sehingga 99 tahun, berbanding anggaran terdahulu RM4.67 juta.Presidennya, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, keputusan yang melibatkan perbezaan nilai besar itu perlu dijelaskan secara terbuka, berasaskan dokumen dan boleh diteliti masyarakat.Menurutnya, kerajaan perlu menjelaskan bagaimana kuasa pentadbiran tanah digunakan, kaedah penentuan kadar premium serta jaminan pertimbangan adil kepada institusi lain dalam keadaan setanding.Beliau berkata, kuasa budi bicara kerajaan perlu disertai alasan yang boleh dipertanggungjawabkan, terutama apabila konsesi besar diberikan."Semakin besar konsesi yang diberikan, semakin tinggi tuntutan terhadap ketelusan keputusan tersebut," katanya.Raduan berkata, KLSCAH mempunyai nilai sejarah yang wajar dipelihara sebagai sebahagian daripada warisan negara, namun pengiktirafan itu perlu disertai kerangka dasar yang jelas apabila digunakan sebagai asas pertimbangan premium tanah.Beliau turut merujuk penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, bahawa pertukaran kegunaan tanah daripada komersial kepada institusi menyekat pembangunan seperti kondominium dan pusat beli-belah.Bagaimanapun, katanya, penjelasan itu belum menjawab persoalan utama mengenai asas penetapan premium akhir sebanyak RM1,000.Menurutnya, kerajaan perlu membezakan nilai tanah, premium yang dikira mengikut peraturan dan konsesi yang diberikan melalui pertimbangan dasar kerana ketiga-tiganya mempunyai asas berbeza."Jika anggaran RM4.67 juta berasaskan kegunaan komersial, nyatakan andaian serta kaedah pengiraannya |
|
Hannah mahu pegawai lain tandatangan pengampunan Najib, menurut minit mesyuarat - FMT - 18/11 1:54 pm Selepas pertimbangan pandangan anggota lembaga, Yang di-Pertuan Agong putuskan menteri wilayah persekutuan akan tandatangan perintah itu. |
|
Hannah wanted another officer to sign Najibs pardon, minutes show - FMT - 18/11 1:41 pm After considering the pardons board's views, the Agong decided that the FT minister should sign the pardon order since it falls under her responsibility. |
|
Minit mesyuarat dedah Peguam Negara, Hannah bantah tahanan rumah Najib - FMT - 18/11 1:05 pm Dua lagi anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan turut membantah cadangan tahanan rumah Najib Razak, dengan seorang daripadanya membangkitkan beberapa kes mahkamah lain yang masih dihadapi bekas perdana menteri itu. |
|
[TERKINI] Deklasifikasi: Ahli Lembaga Pengampunan saran Najib tidak diberi tahanan rumah - Astroawani - 18/11 1:00 pm Antaranya Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat berkenaan. |
|
AG, Hannah opposed Najibs house arrest, declassified minutes show - FMT - 18/11 12:54 am Two other FTPB members also voiced opposition to the house arrest, with one citing Najib Razak's other pending court cases. |
|
Siapa lulus premium RM1,000, menteri, jawatankuasa atau keputusan politik? - Sinarharian - 18/11 10:38 am KUALA LUMPUR - Pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi pembaharuan pajakan selama 99 tahun menimbulkan persoalan mengenai pihak yang membuat keputusan serta asas penetapan kadar tersebut.Bekas Ketua Pengarah Sekretariat Angkatan Masa Hadapan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Hamid berkata, persoalan utama ketika ini bukan lagi mengenai pengurangan premium yang hampir kepada sifar, sebaliknya siapa sebenarnya yang mencadangkan dan meluluskan keputusan luar biasa itu.Beliau berkata, kronologi isu berkenaan perlu diteliti bagi memahami proses yang membawa kepada pengurangan premium tanah tersebut.Pada 17 Februari 2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diundang melawat KLSCAH sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan isu tanah bangunan bersejarah itu turut dibangkitkan.Beliau berkata, Anwar kemudiannya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan."Pada 14 September 2026, Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan meluluskan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah bagi kegunaan institusi dengan tempoh pajakan sehingga 99 tahun," katanya pada Rabu.Seterusnya, beliau berkata, surat kelulusan rasmi bertarikh 1 Oktober 2026 menetapkan premium tanah sebanyak RM1,000, berbanding anggaran asal RM4.67 juta."Keputusan itu kemudian diumumkan Hannah pada 14 November 2026 ketika majlis makan malam ulang tahun ke-103 KLSCAH," katanya.Mohd Radzi mempersoalkan siapa yang mencadangkan kadar premium RM1,000 itu, sama ada Jawatankuasa Tanah yang meluluskan kadar berkenaan atau jawatankuasa penilaian yang memperakukan pengurangan tersebut.Beliau turut meminta penjelasan mengenai asas pengiraan yang membolehkan premium tanah berkenaan dikurangkan sebanyak 99.98 peratus."Lebih menarik, Perdana Menteri meminta supaya satu penyelesaian dicari pada Februari |
|
Hannah Yeoh defends RM1,000 land premium for KL and Selangor Chinese .. - Sinchew - 18/11 7:59 am Hannah Yeoh defends RM1,000 land premium for KL and Selangor Chinese Assembly Hall for change of land status KUALA LUMPUR:The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) was charged RM1,000 in land premium for giving up the development potential of building condominiums and shopping malls |
|
Pengurangan premium KLSCAH: Apa pulangan kepada rakyat? - Mygazette - 18/11 7:59 am Menurutnya, pemeliharaan bangunan warisan sememangnya wajar disokong, namun setiap konsesi kerajaan perlu mempunyai justifikasi ekonomi yang jelas, manfaat awam yang boleh dinilai serta syarat yang melindungi kepentingan rakyat. Mengulas penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh bahawa perubahan status tanah daripada komersial kepada institusi menjadi asas pengurangan premium, Armin berkata, perubahan kategori tanah tidak bermakna nilai ekonominya menjadi hampir sifar |
|
Industri Perancis boleh jadi pelanggan utama perkhidmatan pengkomputeran AI - Francis Yeoh - Astroawani - 18/11 7:30 am Ketidakpastian berhubung pembangunan pusat data berskala besar di Amerika Syarikat boleh mewujudkan peluang bagi Perancis untuk menarik pelaburan dalam infrastruktur AI. |
|
Hannah perlu dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH – MP BN - Mygazette - 17/11 6:23 pm Kehilangan hampir RM4.67 juta hasil premium tanah bukan angka kecil, dana sebanyak itu boleh disalurkan terus untuk membaiki lif dan kemudahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR), membantu golongan B40 atau membiayai projek tebatan banjir di Kuala Lumpur, katanya. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan pengurangan premium diluluskan kerana perubahan status tanah itu menghalang pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah |
|
UMNO Kedah persoal premium pajakan KLSCAH RM1,000, desak Hannah dedah .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, penjelasan kegunaan tanah berkenaan ditukar daripada komersial kepada institusi masih belum mencukupi untuk menjawab persoalan mengenai pengurangan premium yang begitu besar. Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh perlu menjelaskan bagaimana jumlah RM1,000 itu ditentukan, termasuk sama ada ia berdasarkan penilaian baharu atau pemberian remisi khas |
|
Jangan heret isu premium KLSCAH ke gelanggang perkauman ??? DAP WP - Mygazette - 17/11 6:23 pm Kontroversi itu tercetus selepas kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium RM1,000, berbanding anggaran terdahulu sebanyak RM4.67 juta. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sebelum ini menjelaskan pengurangan premium itu mengambil kira keputusan KLSCAH menukar kategori tanah kepada kegunaan institusi, melepaskan potensi pembangunan komersial |
|
Pemuda UMNO persoal premium tanah KLSCAH RM4.67 juta jadi RM1,000 - Mygazette - 17/11 6:23 pm Beliau turut meminta JPPH dan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan tampil memberikan penjelasan terperinci, termasuk keluasan tanah, nombor lot, kaedah pengiraan premium RM4.67 juta serta laporan penilaian selepas perubahan status tanah. Dalam masa sama, beliau membangkitkan persoalan mengenai penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang mana pengurangan premium itu dibuat kerana tanah berkenaan tidak lagi mempunyai nilai komersial selepas statusnya ditukar kepada kegunaan institusi |
|
Hannah dituntut perjelas asas pengurangan premium pajakan KLSCAH – .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm "Sekatan pembangunan komersial dan aktiviti sewaan berbayar perlu dijelaskan secara berasingan," ujarnya dalam kenyataan hari ini. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, dakwaan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM4 juta susulan keputusan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada KLSCA, disifatkan sebagai cubaan mengelirukan rakyat |
|
Isu premium tanah KLSCAH, jangan kelirukan rakyat – Hannah - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Isu premium tanah KLSCAH, jangan kelirukan rakyat - Hannah KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM4 juta susulan keputusan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) disifatkan sebagai cubaan mengelirukan rakyat, kata Hannah Yeoh |
|
KLSCAH: Kerajaan digesa perjelas asas pengurangan premium tanah RM4.67 juta kepada RM1,000 - Peguam - Sinarharian - 17/11 5:55 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperincikan asas undang-undang, kaedah penilaian serta justifikasi di sebalik keputusan memberikan pengurangan premium tanah daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan berhubung pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit itu yang dibuat atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah.Beliau mempersoalkan kemudahan kerajaan meluluskan pelepasan dalam jumlah yang besar itu, sambil menegaskan bahawa dana awam bukanlah hak milik mutlak mana-mana pihak untuk diagihkan tanpa penjelasan munasabah."RM4.67 juta boleh menjadi RM1,000 sahaja. Begitu mudahkah kerajaan memberikan pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit?ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal SalehPremium tanah KLSCAH dilihat seperti percumaKLSCSH: RM4.67 juta jadi RM1,000, apa yang tidak kena?Pengurangan premium KLSCAH kepada RM1,000 tidak munasabah Kok SeongRidhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000"Atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah, kerajaan perlu menjelaskan apakah asas undang-undang, kaedah penilaian dan justifikasi pengurangan yang begitu besar."Wang jutaan ringgit bukan wang milik mana-mana pemimpin untuk diberikan sesuka hati," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.Mengulas lanjut, Zainul Rijal turut membangkitkan persoalan sama ada pertubuhan atau institusi lain yang memiliki bangunan berstatus warisan akan diberikan layanan serta kelonggaran yang sama pada masa hadapan.Menurutnya, sekiranya dasar itu terpakai kepada semua pihak, kerajaan wajar menyatakan kriteria kelayakan secara jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan."Jika tidak, apakah yang menjadikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor begitu istimewa? Jangan sampai dasar kerajaan dilihat mengamalkan dua darjat."Ketelusan tidak boleh menjadi pilihan, apatah lagi apabila melibatkan hasil tanah dan kepentingan awam," tambahnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |