///
See Also: Shutterstock

Search : Ffc News   Page 1    



FFCxTMTGM: Dron mula berlegar di atas kapal Conscience – MyCARE - Mgazette - 6/10 5:08 pm

# FFCxTMTGM: Dron mula berlegar di atas kapal Conscience - MyCARE SERDANG Dianggarkan sebanyak tiga atau empat dron berlegar di atas kapal Conscience yang membawa sembilan delegasi Malaysia dalam misi flotilla _Freedom Flotilla Coalition X Thousand Madleens to Gaza_ (FFCxTMTGM) ketika ini di Laut Mediterranean





“6 & 7 Oktober adalah tarikh besar” – Ini Sebab Kenapa Kapal Conscience Belum Lagi Masuk Zon Merah - Lobakmerah - 6/10 3:06 pm

Ketika ini sedang berlangsung gelombang ketiga flotila kemanusian, di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam usaha memecah sekatan haram Israel





Misi FFC x TMTG elak tiba di Gaza 7 Oktober - Sinarharian - 6/10 12:21 am

SERDANG Misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) bersama Thousand Madleens to Gaza (TMTG) merancang untuk tidak tiba di Gaza pada 7 Oktober bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tindakan ketenteraan oleh pihak Israel pada tarikh tersebut.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, tarikh ketibaan misi ditentukan dengan penuh berhati-hati agar konflik Taufan Al-Aqsa pada tahun 2023 tidak dijadikan justifikasi bagi tindakan bersenjata terhadap aktivis dan sukarelawan."Antara strategi ialah mengelak daripada dipintas oleh tentera Israel pada hari Jumaat atau Sabtu kerana ia merupakan hujung minggu mereka dan kebiasaannya, tiada urusan rasmi dijalankan."Jika misi dipintas dan ditahan pada hari tersebut, peguam ADALAH (The Legal Center for Arab Minority Rights in Israel) tidak dapat bertemu tahanan kerana tiada urusan mahkamah atau perundangan dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MyCARE di sini pada Isnin.Dalam pelayaran gelombang ketiga membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, sembilan delegasi Malaysia terdiri daripada pakar perubatan, pensyarah, wartawan dan aktivis kemanusiaan turut menyertai misi tersebut.Kesemua mereka berlayar bersama lebih 150 aktivis dari 25 negara di bawah gabungan FFC serta gerakan masyarakat antarabangsa TMTG.Sementara itu, mengulas mengenai pelan damai yang dikaitkan dengan pentadbiran Donald Trump dan dipersetujui Hamas, Kamarul Zaman menjelaskan, MyCARE bersiap sedia untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi pintu Rafah apabila dibuka kelak.Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) itu telah menyalurkan bantuan daripada rakyat Malaysia berjumlah lebih RM27 juta dari dalam dan luar Gaza."Kita masih mempunyai pejabat di Gaza yang masih beroperasi dan semalam, kami sempat berkomunikasi bagi mengagihkan bantuan daripada penyumbang tegar di Malaysia."Walaupun sumbangan dari luar agak terbatas, bantuan dari dalam negara masih berterusan," ujarnya.





Freedom Flotilla Coalition set to enter yellow zone on Oct 7 - MyCare - Sinardaily - 6/10 12:10 am

SERDANG - The Freedom Flotilla Coalition (FFC) humanitarian mission, which is sailing to Gaza, is expected to enter the yellow zone on Tuesday (Oct 7).Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) chief executive officer Kamarul Zaman Shaharul Anwar said this would enable the mission involving nine vessels,including the flagship Conscience and the Umm Saad vessel to arrive in Gaza before this weekend.He added that they are trying to avoid arriving on the weekend, namely Friday or Saturday, since those two days are off days in Israel, which would then make it difficult to access legal aid should the participants mission be blocked."So, they will try (to reach Gaza) before that





Freedom Flotilla Coalition disasar masuk zon kuning esok - MyCARE - Sinarharian - 6/10 11:29 am

SERDANG - Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kini dalam pelayaran ke Gaza dijangka memasuki zon kuning pada Selasa.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, sasaran itu ditetapkan bagi membolehkan misi membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, tiba di Gaza sebelum hujung minggu.Beliau berkata, pihaknya berusaha mengelak ketibaan pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu memandangkan hari berkenaan merupakan cuti di Israel, yang boleh menyukarkan akses kepada bantuan guaman sekiranya misi peserta dihalang."Jadi, mereka akan cuba tiba sebelum itu, bila sampai Rabu, jika misi dipintas dan dibawa ke pelabuhan, peguam akan sampai dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan akses kepada peserta misi," katanya pada sidang media di ibu pejabat MyCARE di sini pada Isnin.Kamarul Zaman berkata, setakat 2.20 pagi (waktu Malaysia), jarak kapal Conscience ke Gaza kurang daripada 250 batu nautika dan pihaknya menganggarkan mereka memasuki zon kuning dalam tempoh kurang 24 jam.Beliau berkata, kapal Conscience yang membawa sembilan delegasi Malaysia sedang mengatur strategi memperlahankan pelayaran bagi menunggu lapan kapal layar lain termasuk kapal Umm Saad yang membawa seorang delegasi negara ini untuk bergabung sebelum bersama-sama menuju ke zon kuning.Kamarul Zaman berkata, beliau turut dimaklumkan oleh ketua delegasi Malaysia di atas kapal Conscience, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali mengenai kehadiran beberapa dron yang berlegar di atas kapal dipercayai bertujuan menakut-nakutkan peserta misi."Delegasi Malaysia di atas kapal Conscience juga membuat penstriman langsung bersama pihak hospital Al-Awda di Gaza yang melaporkan situasi di klinik mereka sangat kekurangan peralatan dan bekalan perubatan."Mereka terpaksa menggunakan kaedah konvensional dalam merawat pesakit selain menggunakan kreativiti untuk ubah suai peralatan perubatan sedia ada," katanya.Misi FFC kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 Sept lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 Sept bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia





Freedom Flotilla Coalition: Kapal Conscience sambung pelayaran ke Gaza selepas berhenti petang semalam - Astroawani - 6/10 11:10 am

Kapal Conscience bawa aktivis FFC teruskan pelayaran ke Gaza selepas berhenti seketika di perairan Mediterranean petang semalam, demi misi kemanusiaan.





Tinggal 270 batu nautika lagi untuk Kapal Conscience tiba di Gaza - Mgazette - 6/10 7:27 am

# Tinggal 270 batu nautika lagi untuk Kapal Conscience tiba di Gaza KUALA LUMPUR Kapal Conscience yang membawa delegasi misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) kini semakin hampir ke perairan Gaza apabila hanya tinggal 270 batu nautika sebelum tiba ke destinasi





FFC x TMTG: Kapal Conscience berhenti seketika tunggu 10 kapal lain - Sinarharian - 6/10 12:10 am

SHAH ALAM Kapal Conscience yang mengetuai pelayaran misi Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan berhenti seketika bagi menunggu 10 lagi kapal yang turut serta dalam armada tersebut.Aktivis kemanusiaan, Dr Fauziah Hasan yang berada di atas kapal itu berkata, perhentian sementara dibuat bagi memastikan semua kapal dalam konvoi dapat berkumpul sebelum meneruskan perjalanan menuju ke perairan Gaza.Menurutnya, beliau kini bertugas sebagai salah seorang anggota steering committee di atas kapal Conscience, yang bertanggungjawab memastikan keselamatan serta keselesaan semua peserta sepanjang pelayaran."Saya penuh dengan mesyuarat sejak semalam hingga ke pagi dan tengah hari ini kerana terlibat dalam jawatankuasa yang mengurus keselamatan serta keselesaan semua kru dan peserta."Kapal Conscience kini berhenti seketika untuk memberi ruang kepada rakan-rakan kita dari Thousand Madleens mengejar kedudukan kami





Break The Siege: "Saya sanggup lakukan apa sahaja" - Wartawan Astro AWANI seru sokongan media - Astroawani - 5/10 6:00 pm

Syafik menegaskan bahawa misi FFC dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) membawa harapan dan visi yang sama seperti GSF, iaitu suara rakyat Palestin dan menamatkan sekatan ke atas Gaza.





Cuaca baik, pelayaran misi flotilla hampir 300 batu nautika dari pantai Gaza - Sinarharian - 5/10 11:49 am

SHAH ALAM Pelayaran misi kemanusiaan, Freedom Flotilla Coalition X Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTGM) kini dilaporkan berada kira-kira 300 batu nautika dari pantai Gaza dengan keadaan laut dan cuaca yang baik.Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali berkata, perjalanan lancar setakat ini walaupun kapal bergerak pada kelajuan sederhana sekitar empat hingga lima knot sejam."Tadi, kapten beritahu kita dah 350 batu nautika dari pantai Gaza





Anwar hubungi sembilan sukarelawan Malaysia terlibat gelombang ketiga .. - Mgazette - 5/10 7:27 am

# Anwar hubungi sembilan sukarelawan Malaysia terlibat gelombang ketiga flotila KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghubungi sembilan rakyat Malaysia yang menyertai gelombang ketiga flotila kemanusiaan di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam usaha memecah sekatan haram Israel





Empat doktor pakar Malaysia sertai misi flotilla FFCxTMTGM ke Gaza - Mgazette - 5/10 7:27 am

# Empat doktor pakar Malaysia sertai misi flotilla FFCxTMTGM ke Gaza SERDANG - Pelayaran misi flotilla terbaharu, Freedom Flotilla Coalition X Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTGM) yang melibatkan sembilan delegasi Malaysia telah memasuki Laut Mediterranean dan kurang 400 batu nautika untuk sampai ke pantai Gaza, Palestin





[TERKINI] "Jangan risau sangat" - Mesej, lambaian keluarga delegasi Malaysia iringi konvoi FFC hampiri zon kuning - Astroawani - 4/10 8:37 pm

Konvoi misi kemanusiaan FFC dijangka memasuki zon kuning, iaitu 300 batu nautika dari persisiran Gaza dalam tempoh 24 jam, setakat petang Sabtu.





Anwar speaks with nine Malaysians on third Gaza flotilla mission - SUN - 4/10 8:33 pm

Their sacrifices in upholding the principles of humanity stand as an exemplary model for all Malaysians, especially the younger generation, of what true courage, determination, and unwavering solidarity mean, he said. As of this evening, the FFC mission is expected to enter the yellow zone, which is 300 nautical miles from the coast of Gaza, within 24 hours





PM doa misi FFC ke Gaza dipermudah, suntik semangat kepada sukarelawan - Thempress - 4/10 8:32 pm

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa serta kata-kata semangat kepada sembilan aktivis dan sukarelawan Malaysia yang kini menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) menuju ke Gaza





Malaysian humanitarian mission nears Gaza coast in flotilla effort - SUN - 4/10 8:32 pm

Doctors and journalists will spend two full days working on the Gaza coast if allowed to dock. Kamarul added that Conscience carries 10 crew members, 20 international journalists, 21 medical professionals, three Turkish MPs, 34 activists, and six FFC Steering Committee members





Anwar hubungi sembilan sukarelawan Malaysia terlibat gelombang ketiga Flotila - SUN - 4/10 7:54 pm

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghubungi sembilan rakyat Malaysia yang menyertai gelombang ketiga flotila kemanusiaan di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam usaha memecah sekatan haram Israel





Anwar hubungi sembilan sukarelawan Malaysia terlibat gelombang ketiga Flotilla - Sinarharian - 4/10 7:54 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghubungi sembilan rakyat Malaysia yang menyertai gelombang ketiga flotila kemanusiaan di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam usaha memecah sekatan haram Israel.Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata, sembilan aktivis dan sukarelawan berkenaan berada di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat di tengah-tengah Laut Mediterranean dan kini memasuki zon kuning menuju ke Gaza.Dalam panggilan video itu, Anwar menyuntik semangat dan mendoakan agar perjalanan para peserta misi ke Gaza dipermudah serta usaha kemanusiaan itu mencapai matlamatnya."Pengorbanan mereka dalam mengangkat prinsip kemanusiaan ialah contoh unggul buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi masa depan, tentang erti keberanian, tekad, dan solidariti yang tuntas dan tegas," kata beliau.Pelayaran misi FFC dijangka memasuki zon kuning, iaitu 300 batu nautika dari pesisir Gaza dalam tempoh 24 jam, setakat petang ini.Sembilan wakil Malaysia dalam misi FFC ialah Ketua Delegasi Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; empat doktor, iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, dan Dr Maziah Muhammad; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.Dalam panggilan video itu, Perdana Menteri turut memaklumkan situasi terkini mengenai 23 rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini dalam tahanan rejim Zionis.Terdahulu, dalam siaran langsung menerusi Facebook hari ini, Anwar berkata 23 rakyat Malaysia yang ditahan sejak Khamis akan dibawa keluar dari Israel ke Istanbul hari ini dengan menggunakan pesawat khas milik Turkiye.Beliau memaklumkan kesemua rakyat Malaysia itu sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon di Selatan Israel.Kesemua sukarelawan Malaysia itu akan berada di Istanbul untuk tempoh sekurang-kurangnya sehari bagi pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan daripada tindakan keras dan zalim Israel, sebelum berlepas pulang ke Malaysia





Anwar doa perjalanan sembilan sukarelawan FFC menuju Gaza dipermudahkan - Sinarharian - 4/10 7:30 pm

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan harapan agar perjalanan sembilan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza dipermudahkan.Menurut Anwar, kesemua mereka kini berada di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang sedang berlayar di tengah Laut Mediterranean serta telah memasuki zon kuning."Alhamdulillah, saya sempat menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukarelawan kita di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang kini berada di tengah Laut Mediterranean dan telah memasuki zon kuning."Saya suntikkan semangat dan mendoakan agar perjalanan serta usaha mereka menuju Gaza dipermudahkan," katanya dalam satu hantaran di media sosial pada Jumaat.Anwar menegaskan, keberanian dan keteguhan semangat kumpulan itu dalam mengangkat prinsip kemanusiaan wajar dijadikan teladan oleh seluruh rakyat Malaysia."Pengorbanan mereka dalam mengangkat prinsip kemanusiaan adalah contoh unggul buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi masa depan tentang erti keberanian, tekad dan solidariti yang tuntas serta tegas," ujarnya lagi.Antara sukarelawan rakyat Malaysia menyertai gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan dengan menaiki kapal Conscience milik FFC itu termasuklah Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali.Peserta lain terdiri daripada Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.Selain itu, misi ini turut disertai wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil; pensyarah, Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.





Freedom Flotilla coalition dijangka masuk zon kuning dalam 24 jam - SUN - 4/10 7:26 pm

SERDANG: Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang turut disertai sembilan rakyat Malaysia dijangka memasuki zon kuning, iaitu 300 batu nautika dari pesisir Gaza dalam tempoh 24 jam, setakat petang ini





Freedom Flotilla Coalition dijangka masuk zon kuning dalam 24 jam - Sinarharian - 4/10 6:52 pm

SERDANG - Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang turut disertai sembilan rakyat Malaysia dijangka memasuki zon kuning, iaitu 300 batu nautika dari pesisir Gaza dalam tempoh 24 jam, setakat petang ini.Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, misi itu membabitkan sembilan kapal termasuk kapal utama Conscience dan kapal pelayaran Umm Saad, dijangka memasuki zon merah dalam tiga hingga empat hari bergantung strategi pelayaran."Misi kali ini memfokuskan penghantaran wartawan antarabangsa, pakar perubatan dan aktivis ke Gaza."Kapal Conscience membawa bantuan perubatan dan makanan bayi bernilai RM500,000."Sekiranya kapal dibenarkan berlabuh di Gaza, doktor dan wartawan akan bertugas selama dua hari penuh di pantai Gaza," katanya pada sidang media perkembangan misi itu di sini hari ini.Beliau berkata, kapal Conscience turut membawa 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam anggota Jawatankuasa Pemandu FFC.Lapan wakil Malaysia dalam kapal yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September ialah Ketua Delegasi Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; tiga doktor Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.Seorang lagi doktor Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.Sementara itu, sembilan wakil Malaysia itu dalam siaran langsung hari ini menyuarakan kesediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan menegaskan semangat mereka tidak luntur walaupun berdepan cabaran getir."Kami sudah bersedia, cuma tidak pasti bila pintasan rejim Zionis akan berlaku





PM Anwar zahir solidariti kepada delegasi Malaysia dalam misi ke Gaza - Astroawani - 4/10 6:03 pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertanyakan khabar sekali gus mendoakan agar misi anjuran FFC dan TMTG ini berjalan lancar.





PM gesa tangguh sementara misi kemanusiaan ke Gaza, susun semula strategi - Mgazette - 4/10 7:58 am

"Tapi saya fikir untuk keadaan sekarang ini dengan kesan itu (ditahan tentera Israel) mungkin kita tawakuf, kita berhenti sekejap, guna kebijaksanaan kita runding semula dan susun semula strategi, katanya pada sidang media selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Khadijah di sini hari ini. Anwar mengulas mengenai gelombang ketiga misi kemanusiaan ke Gaza yang digerakkan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG)





Misi FFCxTMTG ke Gaza tidak diselaraskan di bawah GSF - SNCC - Sinarharian - 3/10 7:40 pm

SEPANG - Misi kemanusiaan gabungan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) tidak diselaraskan di bawah Global Sumud Flotilla (GSF).Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, pihaknya sedia maklum mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam misi pelayaran ke Gaza itu."Jadi untuk kumpulan yang kedua itu, saya kira mereka juga ada objektif mereka yang tersendiri."Kita ambil maklum dan saya kira mungkin sedikit masa lagi mereka juga akan buat sidang media mereka sendiri," katanya dalam sidang akhbar di MAPIM Central Warehouse di sini pada Jumaat.Sani Araby berkata, usaha membebaskan Gaza perlu dijadikan satu kerangka bersama dalam menjayakan misi kemanusiaan."Saya boleh katakan bahawa sebarang usaha untuk membebaskan Gaza dengan apa juga keadaan yang tersusun yang bersama dengan semua peringkat masyarakat daripada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua sekali itu patut kita jadikan sebagai satu kerangka yang baik, termasuklah media."Untuk pihak GSF, kini kita dalam fasa kedua (rundingan)





Titah Agong, doa rakyat bukti solidariti untuk GSF, Gaza - Sinarharian - 3/10 3:25 pm

Ini jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat," titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook Royal Press Office pada Jumaat selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyembah maklum perkembangan terkini flotila berkenaan.Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri berkata, kesemua 23 rakyat Malaysia kini berada di Pelabuhan Ashdod, Israel, dan pasukan guaman telah mula berhubung dengan mereka.Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan, memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan pasukan guaman Malaysia di Amman bagi memastikan tahanan negara yang menyertai misi GSF mendapat perlindungan undang-undang yang adil dan telus.Kedutaan turut memantau rapat perkembangan pergerakan rakyat Malaysia dalam misi GSF, khususnya mereka yang telah ditahan pihak berkuasa Israel."Pihak Kedutaan juga berhubung dengan negara-negara sahabat ASEAN di Amman dan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat semasa berhubung tahanan Malaysia serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya," menurut notis konsular yang disiarkan di laman Facebook Kedutaan pada Jumaat.Flotila antarabangsa yang disertai lebih 450 aktivis dari 47 negara, termasuk Greta Thunberg, Susan Sarandon dan Mandla Mandela, dilaporkan disekat dalam operasi selama beberapa jam oleh tentera Israel.Tindakan Israel mencetuskan reaksi antarabangsa apabila Turkiye, Sepanyol, Afrika Selatan dan Kanada menuntut pembebasan segera para aktivis, manakala Amnesty International menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran undang-undang maritim antarabangsa.Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) turut mengesahkan Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia sedang melaksanakan usaha maksimum untuk membebaskan aktivis negara yang terbabit dalam misi GSF.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, beliau dihubungi Perdana Menteri pada 8.10 pagi tadi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan serta keselamatan para aktivis dan ahli keluarga mereka."Beliau selaku Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara bertanya khabar mengenai keadaan keluarga aktivis, kesihatan mereka, serta meminta saya menyampaikan salam beliau selain memberi jaminan penuh terhadap usaha kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.SNCC turut memaklumkan hanya satu daripada kapal-kapal yang menyertai misi GSF masih meneruskan pelayaran ke perairan Gaza.Berdasarkan paparan skrin SNCC, kapal Marinette kini berada di zon kuning di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari Gaza malam tadi dan hanya 10 batu nautika dari lokasi Israel mula memintas bot lain dalam flotila tersebut.Tiada aktivis Malaysia berada di atas kapal berkenaan. Pelayaran Marinette boleh dijejaki menerusi https://globalsumudflotilla.org/live/.Sementara itu, Freedom Flotilla Coalition (FFC) memaklumkan sebanyak 11 kapal lain sedang belayar menuju Semenanjung Gaza bagi mencabar sekatan Israel yang berlarutan selama bertahun-tahun.Dalam kenyataan pada Khamis, FFC berkata, dua bot yang mengibarkan bendera Itali dan Perancis berlepas dari pelabuhan Otranto, Itali pada 25 September dan disertai kapal Conscience pada 30 September, lapor Anadolu Ajansi.Menurut FFC, kapal-kapal itu dijangka bergabung dengan satu lagi konvoi lapan buah bot, 'Thousand Madleens to Gaza', dalam tempoh beberapa jam lagi, sekali gus membentuk konvoi 11 kapal menuju Gaza.Gabungan itu berkata, kira-kira 100 orang berada di atas kapal berkenaan, yang kini berada di perairan Crete.FFC, yang ditubuhkan pada 2008, telah melancarkan puluhan misi untuk menghantar bantuan dan menarik perhatian global terhadap krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.Konvoi baharu ini berlepas sehari selepas pasukan tentera laut Israel menyerang dan merampas bot yang belayar ke Gaza bagi mencabar sekatan Israel





Gelombang Kedua Misi Kemanusiaan, 11 Lagi Kapal Sedang Belayar Ke Gaza? - Lobakmerah - 3/10 1:12 pm

Seramai 100 orang aktivis sedang bergerak dalam 11 kapal kini sedang menuju ke Semenanjung Gaza menurut Pertubuhan Antarabangsa, Freedom Flotila Coalition (FFC) pada Khamis, dipercayai sebagai gelombang kedua misi kemanusiaan





11 more ships sail to Gaza in bid to break Israeli blockade - Mkini - 3/10 9:46 am

FFC says 100 people aboard vessels.





FFC dan TMTG umum hantar kapal ke Gaza bawa wartawan, pakar perubatan - Astroawani - 28/09 9:50 pm

Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) umum hantar kapal bawa wartawan antarabangsa dan pakar perubatan ke Gaza.




Reformasi     >>



'Don't be more Hamas than Hamas,' Foreign Ministry .. - Mkini
PARLIAMENT Bersatu leader keeps pressing Putrajaya to cancel invitation to Trump.
Kroni     >>



Gaza: Dari luka menuju kebangkitan - Harakahdaily
KANGAR: Dunia kembali menyaksikan usaha Amerika Syarikat merangka ‘pelan damai’ untuk Gaza, namun sejarah jelas menunjukkan hampir setiap pelan damai yang lahir daripada kuasa besar itu tidak pernah benar-benar berpihak kepada keadilan, sebaliknya terus mengekalkan kelebihan kepada pihak Zionis Israel. ..
Tabloid     >>



Ada Lagi Kecederaan, Bahu Ardell Koyak – Nadzmi - Rotikaya
Semalam, Ardell Aryana dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan selepas mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan ketika dalam tahanan tentera Israel. Ardell dilapor ditarik rambut serta... Baca selanjutnya → The post Ada Lagi Kecederaan, Bahu Ardell ..
Tech     >>



Here's how the government shutdown helps Apple - Phonearena
Besides Apple, the shutdown helps Amazon while the positions of Google and Meta are not affected.
World     >>



Japans bond vigilantes brace for looser fiscal stance .. - Cnbc
Japan's government bond market faces a test of faith under incoming Prime Minister Sanae Takaichi.
Motor Trend     >>



Proton e.MAS 5 open for booking, estimated pricing .. - Carsifu
PETALING JAYA: Proton is on the cusp of launching the nation’s first sub-RM100,000 electric vehicle (EV). The upcoming e.MAS 5 is officially open for booking and Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net), a wholly owned subsidiary of Proton, gave the model a tentative price from ..