///
See Also: Shutterstock

Search : Eksekutif News   Page 1    



DAP Sabah umum 7 calon secara rasmi tanding PRN Sabah - Sinarharian - 8/11 1:57 pm

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] DAP Sabah mengumumkan tujuh calonnya secara rasmi termasuk tiga muka baharu dan dua lagi ahli parlimen yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan berlangsung pada 29 November ini.Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengumuman Calon-Calon PH-DAP di sini, pada Sabtu.Tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi ialah Elopura diwakili Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; DUN Sri Tanjung diwakili Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip; DUN Luyang diwakili oleh Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei.Sementara itu, bagi DUN Likas diwakili oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga bekas Ahli Parlimen Dewan Undangan (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe; DUN Kapayan dikekalkan kepada Jannie Lasimbang, DUN Tanjung Papat diwakili Tang Szu Ching dan DUN Tanjung Aru diwakili Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.Satu lagi kerusi yang terletak di kawasan pedalaman dipercayai DUN Kemabong bakal diumumkan kelak kerana masih dalam rundingan dengan rakan gabungan parti.





Kempen Lestari Pendidikan bantu peminjam PTPTN struktur semula pinjaman - Sinarharian - 8/11 1:14 pm

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkenalkan inisiatif mesra pelanggan melalui Kempen Lestari Pendidikan bagi membantu peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman menstruktur semula bayaran mengikut kemampuan kewangan masing-masing.Kempen tersebut terbuka kepada semua peminjam konvensional dan ujrah yang mempunyai tunggakan berjumlah RM500 dan ke atas dalam tempoh kempen bermula 15 Oktober hingga 15 Disember 2025.Menurut kenyataan PTPTN, melalui kempen ini peminjam hanya perlu membuat bayaran pendahuluan 20 peratus daripada jumlah tunggakan atau sekurang-kurangnya RM500, mana yang lebih tinggi, sebelum memohon rundingan bayaran balik melalui aplikasi web myPTPTN.Menerusi rundingan itu, jelasnya, peminjam boleh menstrukturkan semula pinjaman, melakukan pertukaran ujrah atau menggabungkan pinjaman sepanjang tempoh kempen bagi menyusun semula jadual bayaran balik (JBB) mengikut kemampuan kewangan."Kempen Lestari Pendidikan dilaksanakan sebagai inisiatif strategik di bawah konsep #PTPTNBolehBincang, yang memberi ruang kepada peminjam untuk berbincang dan mendapatkan pelan pembayaran fleksibel."Usaha ini bukan sahaja meringankan beban kewangan peminjam, malah memastikan kelestarian dana pinjaman agar terus dimanfaatkan oleh generasi pelajar akan datang," menurut kenyataan itu kepada Sinar Harian.Bagi memastikan kelancaran bayaran balik pinjaman, PTPTN turut menggalakkan peminjam membuat bayaran ansuran secara potongan gaji atau direct debit bagi menikmati kemudahan penstrukturan semula pinjaman yang lebih teratur.Dalam masa sama, PTPTN turut melaksanakan pendekatan proaktif menerusi inisiatif #PTPTNSediaBantu, yang menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan mudah, cepat dan selamat bagi memudahkan urusan peminjam.Antara saluran tersebut ialah Careline PTPTN di 03-2193 3000 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi-5 petang), Live Chat di portal rasmi www.ptptn.gov.my, E-Aduan PTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my/), Eksekutif Jualan PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn) dan media sosial rasmi PTPTN.Jelasnya, selaras dengan komitmen memperkukuh hubungan pelanggan, PTPTN turut menganjurkan Bulan Mesra Pelanggan di semua pejabat negeri dan cawangan seluruh negara bermula 1 November hingga 15 Disember 2025."Antara tawaran menarik ialah cabutan bertuah bagi peminjam yang membuat bayaran balik RM500 dan ke atas, dengan hadiah tunai keseluruhan RM70,000 untuk 140 pemenang, selain cenderamata khas untuk 20 pelanggan terawal yang hadir ke kaunter bagi membuat rundingan bayaran balik," tambah kenyataan itu.Bagi memudahkan urusan pelanggan, waktu operasi di pejabat PTPTN negeri dan cawangan terpilih turut dilanjutkan mulai 1 hingga 15 Disember 2025, iaitu dari 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja, serta 9 pagi hingga 5 petang pada hari Sabtu.Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.





Penyokong Selangor hilang sabar, mahu perubahan segera - Sinarharian - 8/11 10:50 am

KELAB Penyokong Bolasepak Selangor (SSFC) mendesak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dan Pengarah Teknikalnya, Datuk Shahril Mokhtar meletakkan jawatan susulan kegagalan pasukan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) serta prestasi tidak konsisten musim ini.Dalam satu kenyataan, SSFC berkata, desakan itu dibuat bagi mewakili suara penyokong yang kecewa dengan hala tuju dan prestasi pasukan Gergasi Merah sepanjang musim 2025."Kelab SSFC mewakili suara penyokong Selangor FC mendesak Dr Johan Kamal dan Datuk Shahril untuk melepaskan jawatan masing-masing dalam pengurusan Selangor FC."Desakan ini dibuat atas kegagalan pasukan Selangor FC meneruskan cabaran dalam Kempen ACL 2 berserta prestasi pasukan yang dilihat terumbang-ambing pada tahun ini," kata kenyataan itu.Kemarahan penyokong Selangor FC memuncak selepas pasukan Gergasi Lembah Klang itu tewas 2-3 kepada Persib Bandung dalam aksi ACL 2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Khamis.Walaupun berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, namun akibat kealpaan benteng pertahanan Selangor menyaksikan pasukan pelawat berjaya bangkit untuk melakar kemenangan.Ia sekali gus menyaksikan Selangor tercampak keluar daripada saingan ACL 2 musim ini selepas merekodkan empat kekalahan dalam saingan perinbgkat kumpulan G itu.Selepas perlawanan, Stadium MBPJ bertukar kecoh apabila ada penyokong yang kecewa masuk ke padang dan cuba meluahkan kemarahan mereka namun berjaya dikawal oleh pasukan keselamatan.Insiden tersebut tidak terhenti setakat itu apabila kekecohan bersambung di luar stadium apabila sekumpulan penyokong mengepung laluan keluar stadium itu dan mahu bersemuka dengan Johan.Bagaimanapun, Situasi itu menyebabkan kapten Selangor FC, Faisal Halim berjumpa dengan penyokong di luar stadium untuk menenangkan keadaan.





Alami detik manis 11.11 bersama Lazada - Sinarharian - 8/11 9:30 am

KUALA LUMPUR Setiap kali November menjelma, ada satu perkara yang membuatkan rakyat Malaysia teruja iaitu musim membeli-belah paling besar tahun ini.Troli maya mula penuh, pelbagai laman eDagang dibuka serentak dan semua menunggu detik kiraan menuju 11.11.Tahun ini, Lazada Malaysia tampil dengan sesuatu yang lebih istimewa melalui kempen 11.11 Tawaran Jenama Paling Manis Tahun Ini.Bukan sekadar jualan harga rendah, tetapi pengalaman membeli-belah yang lebih tulen, pintar dan penuh keyakinan.Membeli-belah jadi gaya hidupPembelian dalam talian kini bukan lagi sekadar urusan harian, namun ia sudah menjadi gaya hidup dan cara rakyat Malaysia mengekspresikan diri.Menurut laporan Momentum Works, nilai keseluruhan eDagang di Asia Tenggara mencecah USD128.4 bilion pada 2024, meningkat 12 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malaysia pula muncul sebagai negara dengan pertumbuhan tertinggi, meningkat 19.5 peratus.Pada Ogos lalu, Bernama melaporkan jumlah perbelanjaan dalam talian negara mencapai RM625 bilion hanya dalam separuh pertama 2025, iaitu naik RM13.5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.Dengan kadar penembusan internet sebanyak 98 peratus, tidak hairanlah rakyat Malaysia kini antara pengguna paling aktif dan berhubung di Asia.Melihat perkembangan itu, Lazada mahu menjadi platform yang bukan sekadar tempat membeli, tetapi ruang di mana pengguna mendapat nilai sebenar, jenama dipercayai dan perlindungan jujur, sambil menikmati inovasi pintar yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi.Jenama dipercayai, jaminan dihargaiMelalui Jualan Mega 11.11, Lazada menghubungkan pengguna dengan jutaan jenama antarabangsa dan tempatan, sekali gus meneguhkan kedudukan LazMall sebagai destinasi utama bagi mereka yang mencari produk tulen dan nilai unggul.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin, Lazada sedang membina ekosistem eDagang yang lebih pintar dan inklusif, di mana setiap penjual samada besar atau kecil mempunyai peluang dan infrastruktur untuk berkembang."Ia berasaskan kepercayaan dua hala antara jenama, penjual dan pelanggan





Malaysia dipilih Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO - Mgazette - 8/11 7:53 am

KUALA LUMPUR - Malaysia dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029





Anak bekas pengasas Al-Arqam tidak tuding jari salahkan mana-mana pihak - Mgazette - 8/11 7:53 am

Anak bekas pengasas Al-Arqam itu tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan yang mendoakan mereka sepanjang tempoh penahanan selama 13 bulan. Sementara itu, suasana hiba menyelubungi pekarangan kompleks berkenaan apabila kesemua 13 kepimpinan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin Mohd





Malaysia dilantik ahli lembaga eksekutif Unesco - FMT - 7/11 10:16 pm

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ia satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepemimpinan, sumbangan dan keupayaan Malaysia memacu agenda global pendidikan.





Malaysia dipilih ahli Lembaga Eksekutif UNESCO - Thempress - 7/11 10:01 pm

PUTRAJAYA – Malaysia melakar sejarah apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029





Malaysia dilantik Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO - Kosmo - 7/11 9:30 pm

PETALING JAYA Malaysia melakar sejarah di pentas antarabangsa apabila berjaya dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029





GISBH: Anak Abuya tidak salahkan sesiapa - Sinarharian - 7/11 7:54 pm

KAJANG Anak bekas pengasas Al-Arqam yang bebas dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman kerana menjadi ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang menyalahi undang-undang tidak menyalahkan mana-mana pihak.Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33, berkata, peristiwa yang menimpanya bersama 12 pemimpin tertinggi yang lain merupakan salah satu ujian ALLAH untuk mendidik hamba-hambanya."Kami tak salahkan sesiapa, sememangnya kamilah yang kena bertawakal dengan Tuhan."ALLAH nak didik kami untuk terus kuat dan selama ini kami banyak belajar malah akan terus belajar," katanya ketika ditemui di luar Penjara Kajang, pada Jumaat.Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan yang sentiasa mendoakan mereka di sepanjang penahanan.Mohammad Adib yang memakai baju-T lengan Panjang berwarna biru kemudiannya dipeluk oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu sejak awal pagi.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali mengucapkan salam ketika menuruni bas Jabatan Penjara Malaysia."Assalamualaikum semua," katanya yang kemudian duduk di kerusi roda oleh ahli keluarganya.Dia mengangkat tangan dan tidak mengulas lanjut ketika disapa pihak mediaPada Jumaat, Mohammad Adib, Nasiruddin dan 11 pemimpin tertinggi syarikat dihukum penjara 15 bulan manakala sembilan wanita didenda RM4,500 kerana menjadi ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar memerintahkan semua tertuduh lelaki itu dihukum penjara bermula tarikh tangkap, antara 25 September hingga 12 Oktober 2024.Sementara isteri CEO GISBH dan lapan tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mereka ialah Nasiruddin, 66; isterinya, Azura Md Yusof, 58; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib, 33.Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72; Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.





GISB: CEO, anak pengasas Al-Arqam, 11 pemimpin syarikat keluar penjara - Sinarharian - 7/11 6:14 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali bersama anak bekas pengasas Al-Arqam dan 11 pemimpin tertinggi syarikat tersebut disahkan dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama 13 bulan 20 hari di Penjara Sungai Buloh, Selangor.Perkara itu disahkan peguam bela, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili kesemua tertuduh ketika dihubungi pada Jumaat.Menurutnya, fokus pihak pembelaan selepas ini adalah untuk menguruskan kes di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang turut dikaitkan dengan GISB."Selepas ini kami akan urus kes AMLA pula





FOI 2025 satukan ASEAN demi pendidikan, inovasi - Sinarharian - 7/11 3:53 pm

PUTRAJAYA Pendidikan tinggi kini bukan sekadar melahirkan graduan berilmu tetapi juga menjadi pemangkin pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi.Hal ini menjadi fokus utama Forum Festival of Ideas (FOI) yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS) Novie Tajuddin, pada Rabu.Pengerusi Suruhanjaya Pendidikan Tinggi Filipina, Dr Shirley Castaneda Agrupis, berkata, ilmu tidak lagi terkurung dalam bilik kuliah atau buku teks."Ia berkembang melalui persoalan, kolaborasi dan penciptaan," katanya.Beliau menekankan bahawa penyelidik yang bekerja di negara lain tidak memikirkan soal politik atau latar belakang negara."Selagi ada peluang untuk bekerjasama, menjalankan penyelidikan bersama, mereka akan lakukannya





Bekas pegawai bank menangis teresak-esak, rayu denda dikurangkan - Mgazette - 7/11 3:23 pm

Mengikut pertuduhan utama, Koh Wei Yeong, 36, secara rasuah diberikan suapan wang tunai berjumlah RM1,800 yang dimasukkan melalui akaun milik isterinya daripada akaun bank milik Firma Guaman Arizal Jailani & Co di sebuah bank cawangan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, pada 13 Mei 2020. Ia sebagai upah kepada dirinya selaku pegawai Eksekutif Pembangunan Perniagaan di sebuah bank untuk mencadangkan firma guaman itu bagi menyediakan dokumen perjanjian pembiayaan hartanah berjumlah RM300,000





Northport pecah rekod kendalian bulan Oktober - Mgazette - 7/11 3:21 pm

"Pencapaian dua rekod bulanan berturut-turut bagi segmen kontena dan kargo konvensional ini mencerminkan keupayaan kami dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, sekali gus meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan kami. "Kami percaya momentum ini meletakkan Northport di landasan yang betul ke arah satu lagi prestasi kukuh dalam pengendalian kargo kontena dan konvensional pada tahun ini," kata Nik Muzani Nik Abdul Aziz, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Northport





Kempen Lestari Pendidikan bantu peminjam PTPTN struktur semula pinjaman - Mgazette - 7/11 3:21 pm

Malah, PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat. Peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut: (beroperasi Isnin hingga Jumaat, Jam 9 pagi hingga 5 petang) Eksekutif Jualan PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn) Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Tambahnya, bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, Bulan Mesra Pelanggan PTPTN juga dilaksanakan secara serentak di Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara bermula 1 November hingga 15 Disember 2025





CEO GISBH dan 21 ahli kumpulan mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan - Mgazette - 7/11 3:21 pm

# CEO GISBH dan 21 ahli kumpulan mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan KAJANG - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 kepimpinan tertinggi kumpulan perniagaan itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas pertuduhan pilihan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang





Pengarah Eksekutif DBKL mengaku tidak bersalah terima wang tunai RM50,000 - Mgazette - 7/11 3:21 pm

# Pengarah Eksekutif DBKL mengaku tidak bersalah terima wang tunai RM50,000 KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima wang tunai sebanyak RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan





Semua 22 ahli GISBH dibebaskan hari ini - Mgazette - 7/11 3:21 pm

KAJANG - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 12 kepimpinan tertinggi kumpulan itu dipenjara 15 bulan manakala sembilan ahli wanita didenda RM4,500 setiap seorang atas kesalahan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang





Bekas akauntan tidak mahu dikaitkan lagi dengan GISBH - Sinarharian - 7/11 2:26 pm

KAJANG Bekas akauntan mengaku insaf dan tidak mahu dikaitkan dengan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang menyalahi undang-undang.Hamimah Yakub, 72, berkata demikian selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan dan membayar denda RM4,500 dalam prosiding yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.Menurutnya, keinsafan timbul bukan disebabkan dia ditahan reman selama empat bulan sejak Oktober tahun lalu, sebaliknya dia menyedari kesilapan dan mahu kembali ke pangkal jalan."Saya mengaku bersalah sememangnya bersalah dan kini benar-benar insaf malah dalam tempoh setahun kebelakangan ini, saya langsung tiada kaitan dengan GISBH."Saya juga berusaha menjaga hubungan agar tidak lagi dikaitkan dengan pertubuhan itu," katanya ketika ditemui di luar Kompleks Mahkamah Penjara Kajang pada Jumaat.Hamimah berkata, tempoh reman yang dilaluinya memberi banyak pengajaran dan ruang untuk bermuhasabah diri.Katanya, buat masa ini dia mahu bersedia untuk menghadapi prosiding kes pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan syarikat sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam.Dia juga mengucapkan terima kasih Peguam Negara (AG) dan barisan peguam termasuk semua pihak yang membantunya.Sementara itu, peguam, Muhammad Nor Tamrin yang mewakili Hamimah berkata, anak guamnya merupakan tertuduh pertama yang dibenarkan untuk diikat jamin pada 13 Januari lalu.Sejak itu beliau berkata, Hamimah telah mengikuti program pemulihan yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)."Selepas ini, kami harap tidak timbul isu-isu lain melibatkan pertubuhan yang menyeleweng membabitkan anak guam."Dia insaf, mengaku tersilap dan berusaha menjadi umat Islam yang sebenar," katanya yang hadir bersama peguam, Kamal Hisham Jaafar.Sementara Kamal Hisham berkata, ucapan terima kasih juga dibuat kepada Jabatan Perguam Negara (AGC) yang bertungkus lumus untuk menyelesaikan kes ini.Beliau juga berharap, isu ini diselesaikan secara menyeluruh termasuk kes AMLA dapat diselesaikan secepat mungkin.Pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Nasiruddin Mohd Ali dan 12 tertuduh lelaki dihukum penjara 15 bulan kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Sementara isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita yang lain, didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan sama.Tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda tertuduh.





Pegawai kanan DBKL mengaku tidak bersalah terima wang RM50,000 - Sinarharian - 7/11 1:29 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menerima wang tunai RM50,000 daripada seorang individu berkaitan kerja rasminya di agensi kerajaan tempatan itu, pada Januari lepas.Tertuduh, Mohamad Hamim @ Mohamed Kamarudin, 54, yang ketika itu menjawat jawatan Pengarah Eksekutif (Pengurusan) di DBKL didakwa menerima untuk dirinya suatu barang berharga dengan tanpa balasan iaitu wang tunai berjumlah RM50,000 daripada seorang individu yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di DBKL.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, dekat sini, pada 10 Januari lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Yasri Yahya menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.Peguam Mohd Alif Anuar yang mewakili tertuduh bersama peguam, Zeffree Zainudin memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga serta seorang anak kurang upaya.Hakim Azura Alwi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali sehingga kes selesai."Mahkamah tidak menahan pasport tertuduh tetapi dia perlu membuat laporan secara bertulis kepada mahkamah setiap kali ke luar negara," katanya.Mahkamah menetapkan 12 Jan ini untuk sebutan semula kes





CEO GISB dan 12 pengikut dihukum penjara 15 bulan - Hmetro - 7/11 1:10 pm

Kajang: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 12 tertuduh lelaki dikenakan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, tadi, atas kesalahan menganggotai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang





CEO, anak Abuya, 11 pemimpin GISBH bebas hari ini - Sinarharian - 7/11 12:59 am

KAJANG Selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh selama 13 bulan dan 20 hari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam serta 11 pemimpin tertinggi syarikat itu akan dibebaskan selepas solat Jumaat ini.Peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh berkata, meskipun Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan, namun jika ditolak dengan tempoh cuti umum dan hujung minggu, ia membolehkan mereka dibebaskan serta-merta bermula Jumaat."Anak guam tidak perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh sebaliknya semua urusan akan diselesaikan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang."Setelah urusan pentadbiran diselesaikan, mereka akan dibebaskan hari ini," katanya yang hadir bersama peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin.Pada Jumaat, Nasiruddin dan 12 tertuduh lelaki dihukum penjara 15 bulan kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Sementara isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita yang lain, didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan sama.Tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.AKAN MENYUSUL





CEO GISBH, Anak Abuya & 19 Anggota Lain Mengaku Jadi Ahli Kumpulan Menyalahi Undang-undang - Lobakmerah - 7/11 12:26 am

Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) untuk GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) iaitu Nasiruddin Mohd Ali bersama 21 lagi pemimpin tertinggi organisasi tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat atas pertuduhan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang sejak 5 tahun lalu





CEO GISBH, anak Abuya, 11 tertuduh lelaki dijel 15 bulan - Sinarharian - 7/11 12:08 am

KAJANG - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali bersama anak bekas pengasas Al-Arqam dan 11 tertuduh lelaki lain dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Sementara isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita lain didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan sama.Tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.Mendengar keputusan itu, semua tertuduh mengucapkan syukur kepada ALLAH di atas keputusan berkenaan.Turut kedengaran ialah ungkapan Allahuakbar' dan 'terima kasih banyak' ketika peguam menghampiri kandang tertuduh.Semasa membaca keputusan, Hakim, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar berkata, semua 13 tertuduh lelaki dihukum penjara bermula tarikh tangkap antara 25 September hingga 12 Oktober 2024.Mereka dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca secara serentak, dalam prosiding pilihan yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.Semua tertuduh tersebut ialah Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof, 58, dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33.Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29, dan Nur Jannah Omar, 33.Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mengikut pertuduhan pilihan, mereka, didakwa menjadi anggota kumpulan GISBH yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara bulan Oktober 2020 hingga 11 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.AKAN MENYUSUL





Kes GISBH: Semua mengaku salah atas tuduhan apa? - Harapandaily - 7/11 12:07 am

Kesemua pimpinan tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk ketua pegawai eksekutif Nasiruddin Mohd Ali dan 21 yang lain telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan menganggotai pertubuhan yang melanggar undang-undang





PROTUNe 2025 raih jualan RM2.87 juta - Sinarharian - 7/11 11:50 am

SHAH ALAM - Program Tunas Niaga (PROTUNe) terus membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah setiap daerah di negeri Selangor terutamanya ddi kawasan luar bandar.Ia bertujuan untuk membina untuk membina kemahiran berniaga dan memupuk semangat keusahawanan sejak di bangku sekolah.Pengurus Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yuzawati Yusof berkata, setiap pelajar yang terlibat diberi peluang untuk memiliki saham, melantik pengurusan syarikat seperti ketua pegawai eksekutif, pengurus kewangan dan bahagian pemasaran selain menyiapkan produk untuk dijual.Menurutnya, dalam masa sama pelajar juga diajar menyediakan penyata kewangan, aliran tunai dan laporan prestasi syarikat sekali gus memberi mereka pengalaman sebenar dalam pengurusan perniagaan."Pada tahun ini, sebanyak 20 sekolah berjaya mengumpul RM2.87 juta dalam tempoh tujuh bulan."Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa pelajar mampu menerapkan ilmu yang dipelajari dalam modul PROTUNe ke dalam situasi sebenar."Menariknya, selain daripada keuntungan perniagaan, pelajar juga perlu menyumbang sekurang-kurangnya 15 peratus kepada sekolah masing-masing





22 pemimpin tertinggi GISBH mengaku salah - Hmetro - 7/11 11:19 am

Kajang: Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan menganggotai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang





UiTM, MINDEF pencetus WBL 2.0, iktiraf pengalaman ATM sebagai akreditasi akademik - Sinarharian - 7/11 11:05 am

Pengarah Pengurusan Sumber Manusia Markas ATM, Kolonel Fadzlie Rizal Ishak. Ketua Pegawai Eksekutif iCEPS UiTM, Profesor Dr Faizah Abd Majid, barisan pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) ATM.Sebanyak lima program bertaraf diploma ditawarkan untuk kohort pertama iaitu Pendidikan Islam, Pengajian Sukan, Pengurusan Hotel, Pengurusan dan Teknologi Pejabat serta Seni Kulinari.WBL 2.0 juga menerima sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menggalakkan penyertaan anggota ATM lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian di peringkat tertiari.Difahamkan jumlah pelajar berdaftar di bawah iCEPS UiTM setakat ini seramai 14,050 orang termasuk anggota ATM yang baharu mendaftar masuk melalui program WBL 2.0.Menerusi majlis perasmian itu, seramai 15 anggota ATM menerima surat tawaran program WBL 2.0 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Mindef, Datin Roszanina Wahab.Peruntukan RM1.5 jutaSementara itu, Roszanina turut memaklumkan, program tersebut diberi masa selama tiga bulan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk direalisasikan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.Tambah beliau, UiTM merupakan pencetus bagi pembangunan modul WBA 2.0 dan berharap ia boleh dijadikan rujukan atau model nasional buat institusi pengajian tinggi awam serta swasta yang ingin menubuhkan program serupa pada masa akan datang."Seperti yang semua sedia maklum, WBL 2.0 ini inspirasi dan buah fikiran menteri pertahanan sendiri





CEO GISBH, isteri, anak Abuya, 19 lain mengaku jadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang - Sinarharian - 7/11 10:58 am

KAJANG [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu mengaku bersalah pada Jumaat, atas satu pertuduhan pilihan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam prosiding yang dijalankan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang.Semua tertuduh tersebut ialah Nasiruddin Mohd Ali, 66, isterinya, Azura Md Yusof, 58, dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33.Sementara lapan tertuduh wanita lain ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.Seramai 11 tertuduh lelaki pula ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa menjadi anggota kumpulan GISBH yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara bulan Oktober 2020 hingga 11 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 23 Oktober 2024, mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang masing-masing atas satu pertuduhan asal iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu namun ditawarkan pertuduhan pilihan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada prosiding 30 Oktober lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Tiada jaminan diberikan kepada semua tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.Prosiding diteruskan dengan hujahan mitigasi untuk mengurangkan hukuman oleh peguam yang mewakili semua tertuduh kemudian sesi pemberatan oleh pihak pendakwaan.Pada 23 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen membenarkan kes berkenaan dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Susulan itu, mereka selaku pemohon merayu kepada Mahkamah Tinggi supaya dilepaskan dengan jaminan sehingga kes itu didengar dan diputuskan.Pada 13 Januari lalu, Hamimah yang juga bekas akauntan GISBH menjadi tertuduh pertama yang dilepaskan dengan jaminan.Pada 24 Mac lalu, semua tertuduh lelaki gagal dalam permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan namun Mahkamah Tinggi membenarkan tertuduh-tertuduh wanita diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin.Ia termasuk syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap dua minggu, hadir ke mahkamah pada setiap tarikh yang ditetapkan dan tidak mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh jaminan





KSSB raih Anugerah NCOSH 2024 - Sinarharian - 7/11 10:05 am

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sekali lagi membuktikan kecemerlangan dalam sektor perlombongan apabila memenangi Anugerah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2024 bagi kategori Perlombongan dan Penguarian.Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad pada majlis makan malam yang berlangsung di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, 17 Oktober lalu.Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Mohd Bazli Kamin yang menerima anugerah berkenaan berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen syarikat dalam membudayakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan mampan."Pengiktirafan ini adalah bukti usaha berterusan KSSB memastikan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap tertinggi, terutama dalam sektor berisiko tinggi seperti perlombongan," jelasnya menerusi satu kenyataan.KSSB yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ini bukan kali pertama menerima pengiktirafan dalam bidang perlombongan





UiTM, WUIF perkasa sahsiah wanita melalui Surah al-Sajadah - Sinarharian - 7/11 9:30 am

SHAH ALAM - Program Usrah Fiqh An-Nisa anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) terus memperkukuh peranan al-Quran dalam kehidupan kampus menerusi sesi tadabbur Surah al-Sajadah bertemakan Sembuh, Bangkit dan Hebat.Program tahunan ini menjadi platform untuk memperkasa kefahaman hal ehwal Islam serta penghayatan al-Quran dalam kalangan warga universiti, khususnya golongan wanita, agar mereka lebih menyedari hakikat diri sebagai hamba yang sentiasa bergantung kepada ALLAH.Pentadabbur yang juga Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan (RnD) WUIF, Norsyamimi Syarah Mohd Ghazi berkata, Surah al-Sajadah memainkan peranan besar dalam menetapkan semula keimanan serta mengingatkan manusia kepada ALLAH dan akhirat.Menurutnya, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan Surah al-Sajadah dan al-Mulk sebelum tidur (Sunan Tirmizi, no 2892), sekali gus membuktikan ia adalah surah yang menyegarkan iman dan menenangkan jiwa."Surah ini mengajak kita menilai semula tujuan hidup dan arah perjalanan sebagai hamba





SPRM teliti pelaksanaan DPA, elak perbicaraan mahkamah yang panjang - Sinarharian - 7/11 8:49 am

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti pelaksanaan Perjanjian Pendakwaan Tertangguh atau Deferred Prosecution Agreement (DPA) sebagai langkah menjimatkan sumber daripada melalui perbicaraan mahkamah yang panjang.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, DPA telah dilaksanakan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia."Melalui mekanisme ini, syarikat yang terlibat dalam kesalahan rasuah boleh memulangkan aset haram dan melaksanakan reformasi bagi menangani rasuah dalam organisasi mereka sebagai pertukaran untuk pertimbangan kehakiman selain dapat menjimatkan masa serta sumber daripada melalui perbicaraan mahkamah yang panjang."Kerajaan kini juga sedang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi menyediakan perlindungan lebih kukuh kepada individu yang tampil melaporkan rasuah dan salah laku," katanya dalam ucapan di Persidangan Antarabangsa Ke-15 Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Khamis.Tambahnya, perkongsian maklumat, kerjasama risikan dan inovasi teknologi perlu menjadi norma dalam usaha membanteras jenayah rasuah.Menurut Azam, SPRM juga sedang giat memperkukuhkan penggunaan teknologi canggih termasuk Kecerdasan Buatan (AI), data raya dan forensik digital bagi mengesan serta membanteras jenayah kewangan dan rasuah yang semakin kompleks.Jelasnya, kemajuan teknologi telah mengubah landskap tadbir urus dan jenayah, membolehkan penjenayah bergerak lebih pantas, lebih pintar serta sering melangkaui sempadan."SPRM telah mengguna pakai kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI) yang menggabungkan pengalaman penyiasatan tradisional dengan analitik data dan sistem bantuan AI bagi menjejak aliran kewangan tidak teratur serta memetakan rangkaian jenayah dengan lebih berkesan."Operasi kami kini mengintegrasikan AI untuk tujuan pembuktian, analisis dokumen dan penilaian kes, sekali gus membolehkan pegawai melengkapkan siasatan kes kompleks dalam tempoh lebih singkat," ujarnya.Dalam majlis itu, Azam menerima kunjungan hormat Setiausaha Eksekutif Egmont Group (EG), Jrme Beaumont di Bilik Mesyuarat MITEC bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama strategik dalam membekalkan bukti jenayah kewangan dan rasuah.Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Norhaizam Muhammad.





Kilang kitar semula di Pelabuhan Klang didenda RM140,000 - Mgazette - 7/11 7:34 am

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar selepas mendengar hujahan pendakwaan dan rayuan syarikat terbabit. Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada syarikat lain Terdahulu eksekutif akaun syarikat yang mewakili syarikat itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)





Azmir Saifuddin dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas - Sinarharian - 6/11 6:49 pm

PEBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan semula Datuk Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.Dalam kenyataannya, Azmir menzahirkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Timbalan Menteri Komunikasi, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Pengerusi FINAS serta Ahli-Ahli Perbadanan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.Beliau menegaskan komitmen untuk meneruskan agenda pembaharuan institusi dan pengukuhan keupayaan teknikal Finas."Ini adalah wajah baharu Finas





Perwartaan Sungai Johor sebagai tadahan kekal jamin bekalan air berterusan .. - Mgazette - 6/11 3:12 pm

# Perwartaan Sungai Johor sebagai tadahan kekal jamin bekalan air berterusan - SAJ KUALA LUMPUR - Cadangan kerajaan negeri Johor untuk mewartakan Sungai Johor sebagai kawasan tadahan air kekal penting bagi menjamin bekalan air berterusan kepada hampir dua juta pengguna di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn





Buletin Geely Ex2 Bakal Diperkenalkan Di Thailand Hujung Bulan Ini Read .. - Mekanika - 6/11 3:12 pm

Ia ditawarkan dalam dua varian; versi Standard Range dengan jarak perjalanan sekitar 310km, serta Extended Range yang mampu mencecah 410km bagi sekali cas penuh. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Thonburi Neustern Co





Lembaran baharu TVET automotif - Sinarharian - 6/11 3:02 pm

SHAH ALAM Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) melakar sejarah baharu apabila akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama BMW Group Malaysia pada 11 November ini sempena Selangor Techsphere Summit 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Kerjasama strategik itu akan memacu transformasi besar dalam landskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara melalui pelaksanaan BMW Next Generation Technician (BMW NextGT) Programme, inisiatif latihan berimpak tinggi bagi melahirkan tenaga mahir tempatan bertaraf global.Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dr Harizal Hamid berkata, program berkenaan akan memberi peluang kepada tenaga pengajar automotif STDC menjalani latihan intensif berdasarkan BMW Technician Qualification Framework, merangkumi teknologi, amalan penyelenggaraan dan piawaian global BMW."Selepas menamatkan latihan, mereka akan menyalurkan kepakaran kepada pelatih STDC melalui BMW NextGT Programme, sekali gus melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan diiktiraf melalui BMW Professional Certificate," katanya dalam kenyataan.Majlis menandatangani MoU itu dijangka disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.Amirudin dalam pada itu berkata, kerjasama itu mencerminkan kepercayaan BMW Group Malaysia terhadap komitmen Selangor dalam membangunkan bakat tempatan seiring peralihan dunia ke arah mobiliti lestari dan elektrifikasi."BMW NextGT Programme menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam melahirkan generasi baharu tenaga kerja Malaysia yang bersedia memimpin era automotif masa depan."Ia juga memperkukuh pendidikan TVET, memperkasa belia dengan kemahiran bertaraf dunia serta mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hab teknologi dan inovasi automotif serantau," katanya.Sementara itu, CEO Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Ts Datuk Saipolyazan M Yusop menyifatkan, STDC sebagai antara institusi penting dalam memperkukuh ekosistem tenaga kerja muda negeri."Program seperti BMW NextGT membuktikan keupayaan STDC memperkasa belia melalui latihan berimpak tinggi dan membina tenaga kerja masa depan yang mampan," ujarnya.





Awas 'panggilan senyap' perangkap baharu scammer - Sinarharian - 6/11 2:12 pm

KUALA LUMPUR - Jika pernah menerima 'panggilan senyap' daripada nombor telefon yang tidak dikenali, hati-hati. Panggilan sedemikian berkemungkinan besar daripada scammer, menurut CyberSecurity Malaysia (CSM).Menjawab panggilan sedemikian boleh mengakibatkan nombor anda dikenal pasti sebagai nombor "aktif" dan dijadikan sasaran untuk pelbagai jenis scam pada masa akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab ketika dihubungi Bernama."(Ia bagi) mengumpul metadata suara





AIA lantik Heng Zee Wang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 30 Okt - Astroawani - 6/11 12:00 am

AIA Bhd melantik Heng Zee Wang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 30 Okt, 2025.





IJM menang kontrak bina sambungan Lebuhraya Pantai Baru bernilai RM1.4 bilion - Careta - 6/11 8:21 am

Syarikat itu berkata, projek berkenaan dijadualkan bermula pada suku keempat 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 48 bulan dari tarikh ia bermula. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan IJM Corporation, Datuk Lee Chun Fai, berkata kontrak itu menandakan peralihan projek Sambungan NPE





Malaysia perkukuh peranan sebagai hab serantau melalui Cradle LIVE! Startup - Mgazette - 6/11 8:09 am

Malaysia melalui MOSTI dan Cradle akan terus bekerjasama dengan rakan sejawat ASEAN dan sektor swasta bagi memastikan Startup ASEAN berkembang sebagai gerakan serantau yang mampan dan berimpak tinggi, katanya. Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke berkata, acara itu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemacu utama inovasi ASEAN





Nga Kor Ming boleh didakwa serang Perlembagaan - Harakahdaily - 6/11 7:34 am

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming boleh didakwa di mahkamah ekoran pertikaiannya dalam kejadian mengugut seorang wartawan secara terbuka baru-baru ini. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Datuk Ridza Abdoh Salleh, yang menyifatkan ‘ledakan’ kemarahan menteri itu bukan sahaja menyinggung wartawan, tetapi juga komuniti, orang ramai dan negara





Manfaat besar pilihan raya serentak - Sinarharian - 6/11 7:00 am

SHAH ALAM - Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara serentak wajar disertai dengan reformasi dasar bagi memastikan amalan demokrasi tempatan benar-benar bermakna dan berkesan.Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, antara langkah utama yang wajar dipertimbangkan ialah penetapan tarikh tetap bagi pilihan raya dan jaminan ruang kempen negeri."Secara keseluruhannya, pilihan raya serentak bawa manfaat besar dari segi kos, kemudahan dan kecekapan, tetapi berpotensi melemahkan fokus terhadap isu negeri dan semangat federalisme."Jika mahu dilaksanakan, ia wajar disertai dengan reformasi dasar seperti penetapan tarikh tetap pilihan raya dan jaminan ruang kempen negeri agar demokrasi tempatan kekal bermakna," katanya.Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sekali lagi menyatakan pendirian parti itu yang menyokong pelaksanaan PRU dan PRN serentak.Selain DAP, Parti Amanah juga kekal dengan pendirian menyokong supaya kedua-dua pilihan raya itu diadakan serentak bagi menjimatkan kos dan memudahkan pengurusan.Mengulas lanjut Mujibu memberitahu, pelaksanaan PRU dan PRN secara serentak mempunyai dua sisi jelas iaitu manfaat praktikal kepada rakyat dan kerajaan serta risiko terhadap kualiti demokrasi dan kebertanggungjawaban negeri."Dari sudut kebaikan, pilihan raya serentak mampu beri penjimatan kos dan sumber negara besar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan kos PRN enam negeri pada Ogos 2023 sekitar RM420 juta dan jumlah itu boleh dikurangkan hampir separuh jika pilihan raya dijalankan serentak," ujarnya.Beliau memaklumkan, langkah itu mampu mengurangkan gangguan berulang kepada pentadbiran awam, keselamatan dan aktiviti ekonomi kerana rakyat serta institusi hanya perlu melalui satu fasa pilihan raya dalam satu tempoh.Mujibu mengakui, langkah terbabit turut memberi kemudahan kepada pengundi luar kawasan yang hanya perlu pulang sekali untuk mengundi."Dari sudut politik pula, pilihan raya serentak boleh mewujudkan kestabilan jangka sederhana, kerana kerajaan Pusat dan negeri akan mempunyai tempoh mandat yang selaras, membolehkan dasar ekonomi dan sosial diselaraskan dengan lebih efektif," ujarnya.Namun di sebalik kebaikan tersebut, Mujibu turut berpandangan pilihan raya serentak berisiko menyebabkan isu-isu negeri tenggelam dalam kempen nasional, menjadikan pengundi menilai berdasarkan sentimen Persekutuan, bukan prestasi kerajaan negeri."Ia juga menguntungkan parti besar dengan jentera nasional, sekali gus menyukarkan calon Bebas menonjol."Dari sudut demokrasi, keadaan itu boleh mengurangkan akauntabiliti kerajaan negeri kerana prestasi mereka tidak lagi dinilai secara berasingan," ujarnya lagi.Beliau memaklumkan, isu teknikal dan perundangan juga boleh timbul kerana tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak seragam di setiap negeri.Dalam perkembangan sama, kongsi Mujibu, pengalaman PRU15 dan PRN enam negeri pada tahun 2023 membuktikan bahawa risiko pengundi tidak kembali mengundi dua kali memang wujud apabila pilihan raya diadakan berasingan."Data rasmi SPR menunjukkan kadar keluar mengundi PRU15 ialah 74.13 peratus, manakala PRN enam negeri sedikit menurun antara 70 peratus hingga 73 peratus."Di Kedah, statistik menunjukkan 73.9 peratus, Selangor (72 peratus), Pulau Pinang (70.6 peratus), Negeri Sembilan (68.4 peratus), Kelantan (70 peratus) dan Terengganu (73 peratus)," ujarnya.Beliau memberitahu, penurunan sekitar tiga hingga lima peratus menunjukkan adanya segmen pengundi khususnya pengundi luar kawasan, muda dan pengundi bandar tidak kembali mengundi kali kedua.Bagaimanapun, Mujibu memaklumkan, negeri seperti Kelantan dan Terengganu menunjukkan kadar keluar mengundi kekal tinggi, mencerminkan kekuatan mobilisasi dan semangat penyokong teras Pas.Justeru beliau menyifatkan, risiko pengundi malas balik dua kali memang wujud, namun ia tidak menyeluruh."Dalam konteks politik Malaysia semakin matang, parti yang mampu mengekalkan naratif segar, kempen berasaskan isu rakyat dan mobilisasi efektif masih berpotensi menarik penyertaan tinggi walaupun pilihan raya diadakan secara berasingan," katanya.Sementara itu, Pengarah Program Peningkatan Eksekutif Ghazali Shafie (GSEEP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berpandangan, pelaksanaan pilihan raya secara serentak merupakan langkah baik kerana menjimatkan kos, memudahkan urusan logistik dan berpotensi meningkatkan kadar keluar mengundi.Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa langkah terbabit berkemungkinan menyebabkan tumpuan kempen lebih tertumpu kepada isu nasional,.Mashitah turut meluahkan kebimbangan bahawa parti kecil juga berdepan kekangan sumber untuk berkempen di dua peringkat serentak.Beliau tidak menolak kemungkinan risiko pengundi tidak pulang mengundi dua kali memang wujud, terutama bagi mereka yang tinggal di luar kawasan jika pilihan raya diadakan berasingan."Walaupun begitu, pilihan raya berasingan memberi kelebihan kerana rakyat dapat menilai prestasi kerajaan negeri secara lebih objektif," katanya lagi.





Projek ECRL capai kemajuan 88.08 peratus, segmen C1B berjaya disiapkan - Careta - 5/11 7:54 am

Ia merangkumi Terowong Gombak termasuk dua jambatan utama serta kerja-kerja subgred yang memainkan peranan penting dalam menghubungkan segmen Timur dan Pantai Barat ECRL. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata dengan penyiapan Segmen C1B,





LPPSA terima pembiayaan RM1 bilion untuk perumahan kakitangan awam - Utusan - 5/11 7:45 am

Transaksi ini merupakan inisiatif pendanaan alternatif pertama oleh LPPSA dan mendirikan fasiliti bukan Jaminan Kerajaan (GG) Pembiayaan Amaun Belum Terima Islam (RF-i). Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Farid Nawawi berkata, inisiatif ini ..





Buletin BHPetrol Paroi Dirasmikan: Program Isi Minyak Percuma Untuk .. - Mekanika - 5/11 7:43 am

Tambahan, lokasinya yang strategik menjadikan stesen ini antara hentian baharu pilihan utama pengguna jalan raya di sekitar Seremban. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan merangkap ADUN Lenggeng, YB Datuk Hj Mohd Asna bin Hj Amin, bersama Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir





300 peserta meriahkan Offline 16 Coffee Rave & Halloween Fun Walk 2025 - Sinarharian - 4/11 5:10 pm

SUBANG JAYA - Seramai 300 peserta menyertai acara kemuncak Offline 16 Coffee Rave & Halloween Fun Walk 2025 anjuran VitaHealth Malaysia dengan sokongan Tropicana Corporation Berhad di Tropicana Metropark, pada Sabtu lepas.Acara edisi kelapan itu menampilkan gabungan unik antara fun walk sejauh dua kilometer dan pesta kopi (coffee rave) yang dimeriahkan dengan muzik rancak serta suasana positif tanpa penggunaan gajet.Peserta turut menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk senaman pemanas badan, solekan wajah bertema Halloween, permainan karnival, bazar, serta hidangan kopi dan pastri segar.Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura) merangkap Pengasas Offline 16, Dr KS Beh, berkata pihaknya berpegang pada slogan 'Healthy Life, Happy Vibes' di VitaHealth."Sebagai peneraju dalam bidang nutrisi selama lebih 78 tahun, kami komited untuk terus menyediakan suplemen yang dipercayai serta inisiatif bermakna yang menggalakkan orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.Offline 16 bermula tahun lalu sebagai satu idea ringkas untuk mewujudkan ruang di mana individu boleh berehat seketika daripada skrin, hadir sepenuhnya dalam momen, dan meluangkan masa untuk penjagaan diri," katanya.Beliau berkata, usaha berkenaan kini telah berkembang menjadi satu gerakan yang menumpukan kepada kesejahteraan mental dan hubungan manusia yang bermakna.Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa coffee rave diperkenalkan sebagai elemen baharu untuk menghimpunkan orang ramai melalui kopi, irama muzik bertenaga serta suasana positif."Kami berasa gembira melihat 300 peserta yang bersemangat mengambil peluang untuk berehat daripada dunia digital dan berseronok, menutup siri 2025 dengan senyuman, tawa dan aura positif," ujarnya.Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat Kumpulan & ESG Tropicana serta Ahli Jawatankuasa Kanan Tropicana Foundation, Serena Lim, berkata penglibatan Tropicana dalam penganjuran itu seiring dengan komitmen syarikat membina komuniti sihat dan harmoni."Bagi kami, ESG bukan sekadar tentang alam sekitar atau tadbir urus, malah ia juga tentang manusia





`Perlindungan??? AGC terhadap ART jejas kedaulatan negara ??? Ramasamy - Mgazette - 4/11 3:13 pm

Sambil melahirkan rasa kesal, beliau turut menilai tindakan AGC itu satu cubaan menyedihkan untuk mengukuhkan sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya, selagi AGC berada di bawah kawalan eksekutif negara, kenyataan jabatan tersebut tidak mempunyai keabsahan





Saga Serba Baharu bukti keupayaan penuh tenaga tempatan - Utusan - 4/11 7:30 am

(Geely Holding). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang berkata, pengenalan model baharu itu menandakan detik penting dalam evolusi PROTON sejak menjalinkan ..





MFW mohon maaf isu 'Muslim Choice' - Sinarharian - 4/11 7:00 am

SHAH ALAM - Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam berhubung kekeliruan yang timbul melibatkan sistem dalaman organisasi dikenali sebagai Muslim Choice.Presidennya, Noorman Kamsani berkata, Muslim Choice bukan badan pensijilan halal atau label pengiktirafan, sebaliknya hanyalah platform dalaman untuk menyimpan dan mengurus data ahli korporat serta ahli-ahli MFW."Logo dan nama sistem tersebut hanyalah identiti dalaman dan tidak pernah diberikan kebenaran untuk digunakan oleh mana-mana ahli, syarikat atau produk."Kami kesal atas kekeliruan yang berlaku dan memohon maaf atas sebarang kegusaran yang timbul," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Pada Ahad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan penggunaan istilah Muslim Choice yang diperkenalkan MFW, bukanlah suatu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.Ketua Pengarah Jakim, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, pengguna istilah itu juga boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.Mengulas lanjut, Noorman berkata, MFW telah mengambil tindakan segera untuk menghentikan penggunaan sistem tersebut serta-merta dan akan menilai semula tatakelola organisasi bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta garis panduan Jakim.Beliau memberitahu, MFW turut bercadang mengadakan kunjungan hormat ke Jakim bagi mendapatkan khidmat nasihat yang lebih terperinci.Dalam perkembangan sama katanya, semua pihak diseru menghentikan penyebaran spekulasi, fitnah dan kenyataan tidak tepat sedang tular di media sosial berkaitan organisasi tersebut.Beliau turut menegaskan tujuh Ahli Jawatankuasa MFW berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah beragama Islam.Noorman memberitahu, MFW telah berjumpa dengan Jakim pada Ogos tahun lepas dan telah menghentikan sistem dengan arahan daripada badan itu dan hanya digunakan untuk keahlian sahaja.Katanya, notis pemberhentian operasi kepada semua pegawai MFW juga telah dilakukan.Menurutnya, MFW akan membuat laporan polis terhadap kenyataan palsu yang disebarkan secara terbuka di media sosial bagi melindungi integriti dan maruah organisasi."Langkah berkenaan bukan bertujuan menentang sesiapa tetapi untuk mempertahankan kebenaran serta menegakkan keadilan," menurutnya.Dalam pada itu, Noorman menegaskan, sejak penubuhannya, MFW berpegang kepada visi dan misi membantu usahawan bukan Islam memahami dan mematuhi piawaian halal Jakim.Tambah beliau, setakat ini, pihak mereka berjaya membantu seorang usahawan bukan Islam memperoleh pensijilan halal rasmi daripada Jakim, hasil bimbingan dan program latihan dijalankan bersama agensi berautoriti dan eksekutif halal.Menurutnya, MFW juga aktif menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan dalam penganjuran latihan asas halal di luar negara sebagai usaha memperkukuh agenda halal Malaysia di peringkat antarabangsa."Kami berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada semua pihak





Nadir bumi: Belum ada projek dilulus - Utusan - 4/11 6:45 am

KUANTAN: Malaysia belum meluluskan sebarang projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara komersial kecuali satu projek perintis yang dijalankan di Kenering, Perak. Pengerusi Eksekutif Malaco Mining Sdn





20,000 rakyat Malaysia daftar sertai misi Global Sumud Flotilla - Sinarharian - 4/11 12:32 am

KUALA LUMPUR - Sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) meningkat mendadak kepada 20,000 pendaftaran selepas misi terbaharu pasukan itu berakhir.Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata, angka tersebut meningkat berbanding hanya 600 pendaftaran rakyat Malaysia sebelum misi GSF dijalankan."Enam ratus orang Malaysia daftar untuk ikut GSF melalui laman webnya sebelum misi."Namun selepas misi tamat, 20,000 lagi telah mendaftar





Menara 118 diiktiraf bangunan tinggi terbaik dunia - Sinarharian - 3/11 9:11 pm

KUALA LUMPUR - Menara Merdeka 118 secara rasminya diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik (300 meter ke atas) oleh Council on Vertical Urbanism (CVU) sekali gus menandakan satu lagi pencapaian membanggakan Malaysia di pentas dunia.Anugerah itu disampaikan pada Majlis Anugerah CVU 2025 di Totonro, Kanada, yang meraikan kecemerlangan dalam reka bentuk bangunan tinggi dan perancangan bandar di peringkat global.CVU yang sebelum ini dikenali sebagai Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), merupakan antara pihak berkuasa terkemuka dalam bidang pencakar langit dan kehidupan bandar moden.PNB Merdeka Ventures Snd Bhd (PNBMV) memaklumkan pengiktirafan itu mencerminkan kehebatan seni bina, kepakaran kejuruteraan serta komitmen Merdeka 118 dalam mengutamakan kelestarian."Dengan ketinggian 678.9 meter di tengah-tengah Kuala Lumpur menjadikan Merdeka 118 sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan menara kedua tertinggi di dunia, melambangkan kemajuan serta aspirasi negara," menurut kenyataan itu.Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud berkata, pengiktirafan itu merupakan penghormatan besar buat Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan Merdeka 118."Sejak dari awal lagi, visi kami bukan hanya untuk membina sebuah menara ikonik, tetapi juga membentuk sebuah kawasan menghubungkan masyarakat, meraikan warisan serta menyumbang kepada pembangunan bandar yang lebih mampan dan inklusif."Kami berasa bangga apabila visi ini diiktiraf di peringkat antarabangsa





Ahmad Maslan raih PhD, antara 6,832 graduan diraikan pada Konvokesyen UUM - Sinarharian - 3/11 7:52 pm

ALOR SETAR Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, melakar sejarah peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi dan menerima skrol pada Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung dari 9 hingga 13 November ini.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian menyiapkan tesis bertajuk Strategi Komunikasi Kerajaan Malaysia: Satu Analisis Penentuan Agenda dan Pembingkaian Pelaksanaan 'Goods and Services Tax.Kejayaannya yang lulus sesi pertahan tesis PhD pada Ogos lalu membuktikan komitmennya terhadap dunia akademik meskipun aktif dalam arena politik.Majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah, Sintok itu menyaksikan seramai 6,832 graduan diraikan, terdiri daripada 5,575 pelajar prasiswazah dan 1,241 pelajar pascasiswazah, termasuk penerima ijazah PhD, Doktor Pengurusan, Doktor Pentadbiran Perniagaan, Sarjana dan Diploma Eksekutif.Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan berkata, majlis berprestij itu akan diserikan oleh Canselor UUM, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan amerasmikan sesi pertama konvokesyen."Daripada jumlah keseluruhan graduan, seramai 6,317 merupakan pelajar tempatan manakala 441 lagi adalah pelajar antarabangsa dari negara seperti Indonesia, China, Pakistan, Arab Saudi, Nigeria, Somalia dan Iraq," katanya pada sidang akhbar di Alor Setar pada Isnin.Beliau turut memaklumkan bahawa UUM akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Perniagaan Islam kepada Pengerusi Universiti INCEIF, Tan Sri Azman Mokhtar, menjadikan jumlah penerima kehormat universiti itu kepada 55 orang sejak 1988.Dalam majlis sama, Anugerah Pelajaran Diraja akan diberikan kepada Mohammad Noor Aiman Hassan Nudin dari Tawau dan Vianca Syam Shamlal dari Kedah, manakala Anugerah Pingat Emas Canselor bakal disampaikan kepada Wong Yoong Wai dari Seremban.Penerima Anugerah Pelajaran Diraja masing-masing akan menerima wang tunai RM7,500, manakala penerima Anugerah Pingat Emas Canselor akan menerima RM4,000 sebagai penghargaan atas kecemerlangan akademik mereka.UUM turut meraikan seramai 1,339 graduan yang berjaya memperoleh ijazah kelas pertama serta 137 graduan perintis daripada tiga program baharu iaitu Linguistik dan Teknologi Maklumat, Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif, serta Sejarah Gunaan.





KUSKOP fokus peningkatan skala digital PMKS - Sinarharian - 3/11 5:38 pm

KUALA LUMPUR - Pemain industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus diperkasa dengan kemahiran pendigitalan dan teknologi menerusi pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, usaha pemerkasaan tersebut dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)."KUSKOP melalui agensi-agensinya seperti SME Corp Malaysia akan memastikan elemen pendigitalan dan teknologi diterapkan dalam pelbagai program dan inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMK13."Ini adalah selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030, untuk mewujudkan ekosistem pembangunan keusahawanan yang holistik dan komprehensif," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Peningkatan Skala Digital PKS, di sini, pada Isnin.Seminar bertemakan 'Tech Up, Scale Up! Elevate Your SME Journey through AI, Digital Transformation and Smart Solutions' tersebut dianjurkan oleh SME Corp Malaysia, memberi manfaat kepada lebih 250 PKS daripada pelbagai sektor.Penganjuran seminar tersebut turut mendapat sokongan melalui kerjasama strategik bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) dan Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA).Ia bertujuan menggalakkan penerapan teknologi dan amalan digital sebagai strategi utama untuk meningkatkan tahap pendigitalan, kecekapan operasi dan pertumbuhan perniagaan yang mampan.Program berkenaan juga disertai oleh 20 syarikat penyedia digital dan teknologi dengan memberi fokus kepada adaptasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pembuatan pintar (smart manufacturing) bagi membantu PKS bersaing dalam ekonomi berteraskan inovasi dan teknologi.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, SME Corp Malaysia kini memberi fokus bersasar bagi penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)."Usaha tersebut demi melahirkan entiti perniagaan tempatan yang mempunyai keupayaan daya cipta dan nilai tambah yang tinggi serta mampu bersaing di pasaran domestik dan global," katanya.Untuk rekod, seminar tersebut merupakan siri pertama bagi tahun 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur, manakala siri kedua akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 November 2025.Inisiatif seumpama itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KUSKOP dan SME Corp.Untuk maklumat lanjut mengenai siri seminar, boleh layari laman sesawang, www.smecorp.gov.my atau platform media sosial rasmi SME Corp Malaysia.





Edward Ling dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu TalentCorp - Astroawani - 3/11 4:17 pm

TalentCorp mengumumkan pelantikan Edward Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu.




Reformasi     >>



Bekas hakim: Sekatan Fifa pada FAM, pemain kesilapan .. - Mkini
Fifa tidak mempunyai kuasa menentukan dokumen kerajaan yang sahih - walaupun terdapat percanggahan - telah dipalsukan, kata Hamid Sultan Abu Backer.
Kroni     >>



Rombakan Kabinet: Anwar berseloroh minta kemuka senarai - Utusan
PUTRAJAYA: Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut. Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media ..
Tabloid     >>



Ada Masalah Lari Rumah, Rupanya Nak Duduk Dengan Bibik .. - Rotikaya
Adik kepada Dr Afifah Hidayah dikenali sebagai Zaim Tawfek mempertahankan kakaknya susulan kemelut rumah tangga dengan penyanyi Nubhan. Menerusi komen ditinggalkan di Threads, Zaim meminta kakaknya untuk tidak meratapi lelaki... Baca selanjutnya → The post Ada Masalah Lari Rumah, ..
Tech     >>



ICYMI: the week's 7 biggest tech stories from IKEA's .. - Techradar
The week's top stories from GTA 6, IKEA, Samsung, Goo
World     >>



Trump says he was 'very much in charge' of Iran war .. - Tehrantimes
TEHRAN U.S. President Donald Trump claimed responsibility for Israel's June aggression against Iran, walking back his prior denials of involvement and substantiating Iranian allegations that Washington had been complicit in the deadly war from its outset.
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Yzf-r7 2026 Terima Elektronik R1 .. - Mekanika
# YAMAHA YZF-R7 2026 TERIMA ELEKTRONIK R1 - 6-AXIS IMU, Y-CCT **Yamaha menyuntik naik taraf singnifikan pada Yamaha YZF-R7 bagi tahun 2026 sekaligus menjadikan motosikal segmen supersport itu lebih dinamik.** Bagaimanapun, R7 baharu ini bukan hanya mendapat elektronik baharu malah beberapa aspek ..