///
See Also: Shutterstock

Search : Bukit Gambir News   Page 1    





39 ‘wanted person’ antara 349 individu ditahan dalam Op Cantas .. - Mygazette - 22/06 7:46 am

# 39 'wanted person' antara 349 individu ditahan dalam Op Cantas Bersepadu KUALA LUMPUR - Op Cantas Bersepadu yang dilaksanakan bermula 18 Jun hingga 21 Jun 2026 berjaya menahan 349 orang atas pelbagai kesalahan jenayah





MUDA letak empat calon di PRN Johor - Mygazette - 22/06 7:46 am

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) mengesahkan meletakkan calon di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai depan





Muda fields three more candidates for Johor polls - SUN - 22/06 7:23 am

MUDA adds three candidates for Johor polls including Bukit Batu, Maharani and Simpang Jeram as party gears up for July 11 election





Bersatu sedia guna logo sendiri jika tidak dibenar guna logo PN - Muhyiddin - Sinarharian - 22/06 1:09 am

MUAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia menggunakan logo sendiri sekiranya tidak mendapat kebenaran menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dibincangkan dan diputuskan secara konsensus dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN di Kuala Lumpur pada Isnin.Menurutnya, keputusan mengenai penggunaan logo parti atau gabungan hanya akan dimuktamadkan selepas perbincangan bersama kepimpinan PN."Ada orang tanya saya, apa logo nak pakai





Muda pertaruh tiga lagi calon pada PRN Johor - Sinarharian - 21/06 11:47 pm

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Ahad mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Ketua Muda Bahagian Kulai, M Premanand, 53, dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu; Ketua Penerangan Muda Muar, Muhammad Amir Fiqri, 30, di DUNMaharani manakalaSetiausaha Agung Muda, Ainie Haziqah Shafii, 36, di DUN Simpang Jeram.Pengumuman kesemua calon dibuatPresiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz pada Malam Suara Muda di sini.Semalam, Amira Aisya mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi DUNPuteri Wangsa, pada PRNberkenaan.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai





39 wanted persons nabbed in 4-day Selangor sting - FMT - 21/06 11:38 pm

Bukit Aman CID chief M Kumar says 34 were arrested for violent and property crimes, and five under Sosma.





Op Cantas Bersepadu: 349 individu termasuk orang dikehendaki diberkas di Selangor - Sinarharian - 21/06 10:58 pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan349 individu dalam 235serbuan dan pemeriksaan menerusiOp Cantas Bersepadu di premis perniagaan, kediaman sertatapak projek pembinaan di Selangor.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kesemua yang ditahan dalam operasi selama empat hari bermula Khamis lepas itu terdiri daripada280lelaki dan 69wanita berumurlingkungan 20 hingga 83 tahun, termasuk 85warga asing."Limadaripada yang ditahan berada dalam senaraiorang dikehendaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (lLangkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)manakala 34 lagi dikehendaki bagi kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, siasatan dijalankan terhadap 349 individu itumerangkumi pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63, Akta Peniaga Sekendhend 1946, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.Kumar berkata, operasi terbabit yang dilaksanakan dengankerjasama strategik JSJ, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman,Jabatan Imigresen Malaysia sertapihak berkuasa tempatan itumemfokuskan kepada tindakan mengesan dan menangkap individu disenaraikan sebagai orang dikehendaki.Beliau berkata, operasi turut menyasarkan usaha mengesan kumpulan jenayah terancang yang dikenal pasti termasuk melumpuhkan sumber kewangan melalui tindakan penguatkuasaanterhadap premis disyaki menjadi sumber pembiayaan kegiatan kumpulan.Kumarberkata, dalam operasi sama, duapusat hiburan yang diperiksa didapati telah beroperasi tanpa lesen hiburanmanakala 13premis perniagaan dipercayai menggajikan pekerja warga asing tanpa pas atau permit yang sah."Tindakan kompaun telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap pemilikperniagaan yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan lesen," katanya.Kejayaan operasi itu, katanya, membuktikan komitmen berterusan pihak polis dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah, khususnya melibatkan aktiviti jenayah terancang menerusi kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan.Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah bagi membantu memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasandemi kesejahteraan masyarakat





Maszlee kembali jadi sebutan, Suhaizan dipertaruh Amanah, Aminolhuda .. - Mygazette - 21/06 5:26 pm

# Maszlee kembali jadi sebutan, Suhaizan dipertaruh Amanah, Aminolhuda tercicir? JOHOR BAHRU - Menjelang pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka dibuat dalam masa terdekat, beberapa nama besar mula mendominasi perbincangan politik negeri itu





Dua suspek kes 'culik palsu' direman 14 hari, dibawa ke Sarawak - Sinarharian - 21/06 5:09 pm

KUALA LUMPUR - Dua individu yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes penculikan palsu di Sarawak direman selama 14 hari dan akan dibawa ke negeri itu pada Ahad bagi siasatan lanjut.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, perintah reman terhadap kedua-dua suspek termasuk wanita yang didakwa menjadi mangsa penculikan itu diperoleh pada Ahad.Menurutnya, kedua-dua mereka akan dibawa ke Sarawak untuk tindakan dan siasatan lanjut."Permohonan reman telah dibenarkan selama 14 hari dan kedua-dua suspek akan dibawa ke Sarawak petang ini bagi membantu siasatan," katanya pada Ahad.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga tempatan berusia 43 tahun membuat laporan polis mendakwa anak perempuannya yang berusia 20-an diculik individu tidak dikenali yang meminta wang tebusan sebanyak RM18,000.Susulan laporan itu, satu pasukan khas (task force) daripada JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Johor dan JSJ Kontinjen Sarawak telah ditubuhkan bagi mengesan serta menyelamatkan mangsa.Operasi yang bermula pada 19 Jun lalu sehingga 20 Jun dijalankan di sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor, yang merupakan lokasi terakhir mangsa dikesan.Dalam kenyataan media sebelum ini, M Kumar memaklumkan pasukan khas berkenaan berjaya menyelamatkan gadis terbabit di sebuah rumah di kawasan Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru kira-kira jam 3.30 petang pada Jumaat.Katanya, seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun turut ditahan di lokasi sama bagi membantu siasatan.Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian penculikan itu meragukan, sekali gus menyebabkan gadis yang mendakwa diculik itu turut ditahan bagi membantu siasatan.





Pemandu mabuk, positif dadah antara ditahan dalam Ops Bersepadu di Seremban - Mygazette - 21/06 3:19 pm

# Pemandu mabuk, positif dadah antara ditahan dalam Ops Bersepadu di Seremban SEREMBAN - Polis menahan 10 lelaki termasuk empat pemandu mabuk dan seorang positif dadah dalam Operasi Bersepadu, OpsSamseng dan Ops Samseng Jalanan, yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini awal pagi hari ini





PH akan umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok ??? Anwar - Mygazette - 21/06 3:19 pm

# PH akan umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok Anwar KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok





Ops Bersepadu: 10 lelaki ditahan, empat memandu mabuk - Sinarharian - 21/06 12:32 am

SEREMBAN - Polis menahan 10 lelaki termasuk empat pemandu mabuk dan seorang positif dadah dalam Operasi Bersepadu, Ops Samseng dan Ops Samseng Jalanan, yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini awal pagi Ahad.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, operasi dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Seremban bermula jam 5 petang semalam hingga 4 pagi tadi turut menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samseng jalanan.Beliau berkata, 115 individu dan 105 kenderaan diperiksa sepanjang operasi di empat lokasi utama, iaitu Jalan Sungai Ujong, Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Bukit Kepayang dan Jalan Rasah, yang melibatkan tiga pegawai serta 24 anggota polis."Pada operasi itu kita menahan empat lelaki yang memandu dalam pengaruh alkohol, seorang positif dadah jenis THC dan lima lelaki dipercayai terlibat dalam samseng jalanan yang kesemuanya berusia antara 19 hingga 30 tahun."Hasil operasi ini juga sebanyak 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dengan kesalahan tertinggi melibatkan tiada lesen memandu sebanyak 20 kes, diikuti lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 15 kes, tiada perlindungan insurans lapan kes," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Mohd Yatim berkata, bagi Ops Samseng Jalanan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.Empat pemandu yang ditahan akibat mabuk pula disiasat di bawah Seksyen 45A(1) akta sama selepas didapati memandu melebihi had kandungan alkohol yang dibenarkan, selain membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap individu positif dadah.Turut disita lima motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Pakatan to unveil Johor state poll candidates in Bukit Gambir tomorrow, says Anwar - Malaymail - 21/06 11:46 am

JOHOR BAHRU, June 21 Pakatan Harapan (PH) chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim will attend the announcement ceremon...





PH umum calon PRN Johor di Bukit Gambir esok - PM - Sinarharian - 21/06 11:32 am

JOHOR BAHRU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, esok.Menerusi hantaran dalam media sosialnya pada Ahad, Anwar berkata, beliau akan bersama pimpinan PH bagi mengumumkan calon-calon yang akan menggalas amanah rakyat pada pilihan raya negeri berkenaan."Insya-ALLAH saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16."Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat," kata Anwar yang juga Perdana Menteri dalam hantaran itu.Beliau turut mengajak orang ramai hadir ke majlis berkenaan, yang disifatkannya sebagai langkah awal menuju kemenangan.Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 itu dijadual berlangsung pada 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Tangkak.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor, dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 7 Julai





Jaslinda mission highlights red heroes' sacrifices - Sinardaily - 21/06 8:00 am

IPOH - The search and rescue (SAR) operation for missing hiker Jaslinda Saludin, 49, who was lost for more than two weeks at Gunung Batu Putih, has shed light on the critical role played by personnel from the Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) (Bomba) as one of the key agencies in missing-person rescue missions.Although JBPM personnel were not the team that ultimately located the victim, the sacrifices made by these Wira Merah (Red Heroes) should not go unnoticed





Kidnap victim, alleged abductor nabbed - FMT - 20/06 10:30 pm

Bukit Aman CID chief M Kumar says police arrested the woman in her 20s after her account of the crime raised doubts.





New Mosque Planned in Front Of TRX As Bukit Bintang Gets Temporary Friday Prayer Space - Rakyatpost - 20/06 10:21 pm

Last Friday, the minister prayed at a co-working space on Jalan Imbi





Tuntut tebusan RM18,000: Polis tahan lelaki, mangsa culik - Sinarharian - 20/06 10:12 pm

KUALA LUMPUR Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa diculik serta menahan seorang lelaki tempatan dalam operasi khas di Taman Perniagaan Setia di Johor Bahru pada Sabtu.Bagaimanapun, siasatan awal mendapati naratif kejadian culik yang diberikan mangsa menimbulkan keraguan, menyebabkan wanita berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berusia 43 tahun pada Jumaat."Pengadu mendakwa anak perempuannya telah diculik individu tidak dikenali yang menuntut wang tebusan sebanyak RM18,000."Susulan laporan diterima, satu pasukan khas daripada JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ IPK Johor dan JSJ IPK Sarawak ditubuhkan bagi melaksanakan operasi menyelamat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Kumar berkata, operasi itu tertumpu di sekitar bandar raya Johor Bahru yang dikenal pasti sebagai lokasi terakhir mangsa dikesan."Hasil risikan dan maklumat yang diperoleh, pasukan khas berjaya menyelamatkan mangsa di sebuah rumah di Taman Perniagaan Setia kira-kira jam 3.30 petang."Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun turut ditahan di lokasi sama bagi membantu siasatan," katanya.Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod tangkapan membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah."Polis turut merampas empat unit telefon bimbit untuk tindakan siasatan lanjut," katanya.Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961."Permohonan reman terhadap kedua-dua individu termasuk mangsa akan dibuat pada Ahad mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961."Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan serta memanipulasi fakta sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.





NGO gesa Bukit Aman tubuh pasukan petugas khas siasat pemindahan gajah ke Jepun - FMT - 20/06 4:25 pm

Peka mendakwa ada percanggahan dalam dokumen penghantaran dan mempersoal sama ada ia mematuhi undang-undang Malaysia serta kewajipan negara di peringkat antarabangsa.





NGO calls for Bukit Aman task force to probe transfer of elephants to Japan - FMT - 20/06 4:10 pm

Peka alleges discrepancies in shipping documents and asks whether project complied with Malaysian laws and international obligations.





Gangguan bekalan air berjadual 12 jam di Kuantan Selasa depan –... - Mygazette - 20/06 3:41 pm

# Gangguan bekalan air berjadual 12 jam di Kuantan Selasa depan - PAIP KUANTAN Ribuan pengguna di sekitar Kuantan dijangka berdepan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam susulan kerja-kerja segera baik pulih dan penyelenggaraan kritikal di Rumah Pam Kobat yang akan dilaksanakan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) minggu depan





DAP letak calon Melayu di Bukit Permai, Bor Yang kekal di Senai - Mygazette - 20/06 3:41 pm

Tambahnya, barisan calon itu turut menampilkan lebih ramai calon wanita sebagai usaha memperkukuh penyertaan golongan tersebut dalam politik parti. Setakat ini, sebahagian calon telah diumumkan manakala calon selebihnya akan diumumkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN Johor Ke-16 di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Bukit Gambir, Tangkak pada Isnin ini.- MalaysiaGazette





Enam individu termasuk 3 warga asing diberkas kes pecah rumah - Sinarharian - 20/06 3:31 pm

KUALA LUMPUR Enam individu termasuk tiga warga asing diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah yang mengakibatkan mangsa kerugian lebih RM13,000 dalam kejadian di Taman Bukit Cheras di sini pada April lalu.Ketua Polis Daerah Cheras, Mohd Rosdi Daud berkata, kesemua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu menerusi operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras."Suspek yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Myanmar, seorang wanita warga Indonesia serta dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an."Kami turut merampas pelbagai barangan antaranya enam utas jam tangan mewah, tujuh beg tangan berjenama, tujuh telefon bimbit, sebuah komputer riba permainan, sebilah parang sepanjang 25 inci dan sepasang sarung tangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Rosdi berkata, hasil semakan mendapati seorang daripada suspek tempatan mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah."Siasatan awal turut mendapati suspek utama warga Myanmar dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya enam lagi kes pecah rumah di sekitar daerah Cheras," katanya.Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis berhubung kejadian pecah rumah di Taman Bukit Cheras pada 25 April lalu yang melibatkan kehilangan barang kemas, gajet serta wang tunai dalam pelbagai mata wang asing."Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan melebihi RM13,000."Kesemua suspek direman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.





PRN Johor: DAP pertama kali bertanding di Bukit Permai, pertaruh calon Melayu - Sinarharian - 20/06 2:56 pm

KULAI DAP buat pertama kali akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 dengan meletakkan calon, Mohamad Syafwan Ani sebagai wakil Pakatan Harapan (PH).Mohamad Syafwan bukan nama asing di kawasan tersebut apabila beliau sebelum ini aktif berkhidmat sebagai pembantu khas Ahli Parlimen Kulai serta kerap turun padang bersama masyarakat sejak beberapa tahun lalu.Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemilihan calon dibuat berdasarkan pengalaman serta penglibatan berterusan beliau dalam kerja-kerja masyarakat di kawasan berkenaan.Menurut beliau, faktor pemahaman terhadap keperluan penduduk setempat menjadi antara pertimbangan utama dalam menentukan calon yang bakal mewakili parti."Calon yang dipilih mempunyai pengalaman di lapangan dan sentiasa dekat dengan masyarakat," katanya selepas Majlis Pengumuman Calon Bukit Permai dan Senai di Bilik Gerakan PH Senai pada Sabtu.Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan penyandang DUN Senai, Wong Bor Yang akan terus diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN kali ini.DAP menyasarkan kemenangan di ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Kulai iaitu Senai, Bukit Batu dan Bukit Permai bagi memperkukuhkan kedudukan Pakatan Harapan di kawasan tersebut.Secara keseluruhan, DAP Johor akan mempertaruhkan 17 calon pada PRN kali ini melibatkan pelbagai kaum termasuk calon Melayu, India dan Cina, selain menampilkan lebih ramai calon wanita dalam barisan kali ini.Senarai penuh calon selebihnya akan diumumkan oleh kepimpinan PH pada majlis pengumuman rasmi di Tangkak, Isnin ini.





Spekulasi Onn Hafiz sertai Kabinet: Kerusi MB Johor bertukar lagi? - Sinarharian - 20/06 10:00 am

SEJAK pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail, nama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi terus menjadi perhatian.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu bukan sahaja membuat keputusan mengejut pada 1 Jun lalu, malah mengumumkan BN akan bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi DUN.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 12 kerusi, Ikatan Demokratik Muda (Muda) satu dan Perikatan Nasional (PN) tiga.Keputusan BN Johor untuk bergerak secara solo kurang disenangi PH yang merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan





Projek tebatan banjir Bukit Batu: Jangan pusing fakta – Arthur - Mygazette - 20/06 7:54 am

# Projek tebatan banjir Bukit Batu: Jangan pusing fakta - Arthur KUALA LUMPUR Calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern menegaskan, Projek Tebatan Banjir Kampung Melayu Bukit Batu yang bernilai RM200,000 diluluskan menerusi Peruntukan Mesra Rakyat Pejabat Parlimen Kulai dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang berulang di kawasan tersebut





Wawasan sasar himpunkan 150,000 penyokong di Bukit Jalil, Oktober ini .. - Mygazette - 20/06 7:54 am

# Wawasan sasar himpunkan 150,000 penyokong di Bukit Jalil, Oktober ini KLANG Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyasarkan untuk menghimpunkan seramai 150,000 penyokong pelbagai kaum dalam satu program mega yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober depan





PRN: Ketua AMK Johor, Negeri Sembilan mungkin jadi calon - Sinarharian - 19/06 6:08 pm

PADANG RENGAS - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayangkan dua pemimpin muda utama mereka di Johor dan Negeri Sembilan berkemungkinan diketengahkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di kedua-dua negeri berkenaan.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan calon kepada kepimpinan parti dan yakin pimpinan utama sayap berkenaan akan diberi peluang bertandingdi kedua-dua negeri.Menurutnya, pengumuman rasmi calon akan dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis yang dijadual berlangsung di Bukit Gambir, Tangkak pada 22 Jun ini."Insya-ALLAH kita tunggu pengumuman pada hari Isnin ini di Bukit Gambir





New 1,500-capacity mosque to be built in Bukit Bintang by early 2027 - Sinardaily - 19/06 5:34 pm

KUALA LUMPUR - A new mosque capable of accommodating more than 1,500 worshippers will be built in Bukit Bintang and is expected to be completed early next year, said Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan.He said the mosque would replace the Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) community centre, which is currently being used as a temporary Friday prayer surau following approval granted by the Federal Territories Syariah Law Consultative Committee during a special meeting held on June 8."Once it is completed, all congregants will gather there, while the OOBB community centre, will continue with its dakwah activities, he told reporters after performing Friday prayer at the OOBB today.According to him, the mosque's design and plans have been prepared and construction work is expected to commence soon."The construction of the mosque is being carried out through the cooperation of various parties, including the Federal Territories Islamic Religious Department (JAWI), the Federal Territories Islamic Religious Council (MAIWP), as well as several non-governmental organisations," he added





New mosque to rise in front of TRX as Bukit Bintang seeks permanent worship space - Malaymail - 19/06 5:08 pm

KUALA LUMPUR A new mosque to be known as Masjid Warisan is being planned on a site in front of the Tun Razak Exc...





Tengku Ampuan Rahimah Hospital???s first triplets now STPM top achievers - Sinchew - 19/06 4:17 pm

Tengku Ampuan Rahimah Hospitals first triplets now STPM top achievers KLANG: The first set of triplets born at Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Klang, 20 years ago have achieved outstanding results in the Malaysian Higher School Certificate (STPM) examination





Agong berkenan terima mengadap Ketua Polis Negara - Mygazette - 19/06 4:17 pm

# Agong berkenan terima mengadap Ketua Polis Negara KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail





Bukit Bintang berubah wajah, `Charli xcx’ hiasi layar skrin digital - Mygazette - 19/06 4:17 pm

# Bukit Bintang berubah wajah, `Charli xcx' hiasi layar skrin digital KUALA LUMPUR - Jenama telefon pintar dan audio pengguna terkemuka dunia, Nothing kini hadir dalam dua cara yang sangat berbeza apabila membawa penyanyi antarabangsa, Charli xcx muncul di skrin digital di Bukit Bintang di sini





Bekas MB Sahruddin tiada masalah lawan PAS di Bukit Kepong - FMT - 19/06 3:15 pm

Ketua Bersatu Johor Dr Sahruddin Jamal berkata beliau hormati hak PAS untuk bertanding, terutama ketika keduanya tidak lagi bekerjasama.





Agong terima mengadap Ketua Polis Negara - Sinarharian - 19/06 2:43 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini.Semasa sesi menghadap itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sembah taklimat daripada Mohd Khalid mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam negara.- Bernama





Terikat Akta Anti Lompat Parti, ADUN Kuala Sepetang tangguh hasrat sertai Wawasan - Sinarharian - 19/06 10:39 am

TAIPING Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Ahmad Man mengakui hasrat untuk menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan) terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana masih terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.Beliau yang kini masih berstatus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi digantung keahlian berkata, sebarang tindakan menyertai parti politik lain ketika ini boleh menyebabkan beliau berdepan implikasi di bawah akta berkenaan."Saya memang terpaksa tunggu





Dua melecur, seorang sesak nafas rumah sewa terbakar - Sinarharian - 19/06 8:02 am

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Dua melecur manakala seorang lagi mengalami sesak nafas selepas sebuah rumah teres dua tingkat yang disewakan mengikut bilik di Jalan Permai 4 Taman Perkota Hang Tuah Bukit Baru di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Lajiberkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada jam 3.38 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dengan bantuan BBP Bukit Katil ke lokasi.Menurutnya, setibanya pasukan bomba pada jam 3.48 pagi, didapati sebuah rumah jenis kekal dua tingkat berkeluasan kira-kira 20 x 70 kaki persegi sedang terbakar."Kebakaran melibatkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan struktur rumah tersebut yang disewakan mengikut bilik kepada beberapa penyewa."Seramai enam penghuni warga tempatan berjaya diselamatkan dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, dua mangsa mengalami kecederaan melecur iaitu seorang wanita berusia 22 tahun dan seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun, manakala seorang lelaki berusia 26 tahun mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.Katanya, tiga lagi penghuni masing-masing seorang wanita berusia 44 tahun, seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang lelaki lingkungan 40-an berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan."Ketiga-tiga mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS BBP Ayer Keroh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.Mohd Hafidzatullah berkata, operasi pemadaman melibatkan 15 anggota bomba dan penyelamat dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua kenderaan EMRS."Api berjaya dikawal pada jam 3.57 pagi menggunakan salur bantu mula dan operasi masih diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan api semula."Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.





PRN Johor: 17 calon DAP diumum berperingkat sehingga Isnin ini – .. - Mygazette - 19/06 7:33 am

# PRN Johor: 17 calon DAP diumum berperingkat sehingga Isnin ini - Anthony KLUANG Seramai 17 calon DAP yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumum secara berperingkat-peringkat sehingga Isnin ini





Lagi amaran ribut petir, angin kencang, hujan lebat di 6 negeri, Labuan - Sinarharian - 18/06 10:44 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enamnegeri sertaLabuan hingga 1 pagi, Jumaat.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) serta Pahang (Jerantut).Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang (Limbang).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Putatan dan Ranau) serta Sandakan (Telupid dan Beluran), selainLabuan.- Bernama





PRN Johor: PAS jangka saingan sengit jika tanding Bukit Kepong - FMT - 18/06 7:16 pm

Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed berkata parti itu sedia letak calon di Bukit Kepong yang kini disandang Ketua Bersatu negeri Dr Sahruddin Jamal.





58 ditahan disyaki terbabit pertaruhan piala dunia - FMT - 18/06 6:42 pm

Pengarah JSJ Bukit Aman M Kumar berkata 42 laman sesawang, platform, aplikasi dan media sosial juga dikesan jalan aktiviti pertaruhan.





58 nabbed in crackdown on illegal World Cup betting - FMT - 18/06 6:36 pm

Bukit Aman CID chief M Kumar says the total value of bets involved amounted to almost RM500,000.





Gempur judi Piala Dunia, 4 wanita antara 58 dicekup polis - Sinarharian - 18/06 6:16 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 58 individu ditahan polis dalam serbuan Op Soga XI kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian di seluruh negara sejak 11 Jun lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pertaruhan sukan tanpa lesen sempena kejohanan Piala Dunia FIFA 2026."Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 52 serbuan telah dijalankan di seluruh negara dengan seramai 58 suspek terdiri daripada 54 lelaki dan empat wanita berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian."Turut dirampas wang tunai berjumlah RM25,684.65 dan nilai pertaruhan dianggarkan berjumlah RM488,582.47," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Kumar berkata, operasi berkenaan turut melibatkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memantau aktiviti promosi serta pengiklanan perjudian menerusi laman sesawang dan platform media sosial."Polis turut mengesan sebanyak 42 platform yang digunakan bagi menjalankan aktiviti pertaruhan bola sepak dan promosi perjudian, melibatkan laman web, aplikasi serta media sosial."Tindakan menyekat laman sesawang dan menurunkan kandungan berkaitan akan dilaksanakan dengan kerjasama MCMC bagi mengekang penyebaran aktiviti perjudian dalam talian," katanya.Beliau berkata, kesemua suspek telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah berkaitan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 serta Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953."Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," katanya.Kumar berkata, polis akan terus mempergiatkan operasi dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan selain memperkukuh kerjasama dengan agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras kegiatan berkenaan.





Will Bukit Kepong And Endau Be The First Bersatu Seats To Fall To Hamzah’s Wawasan? - Rakyatpost - 18/06 4:50 pm

The fledgling party led by former Bersatu deputy president Hamzah Zainudin is expected to make its electoral debut by contesting two constituencies previously held by Bersatu, amid the latter's increasingly uncertain future within PN.





TUDM bangunkan radar pertahanan, pemantauan udara kawasan strategik - Sinarharian - 18/06 4:14 pm

SUBANG -Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membangunkan radar pertahanan udara dan pemantauan di beberapa kawasan strategik diseluruh negara bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan operasi pasukan keselamatan itu.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, radar pertahanan udara dibangunkan di Bintulu, Sarawak;Bukit Peteri, Terengganu dan Bukit Lunchu, Johor manakala radar pemantauan udara di Pulau Layang-Layangdi Laut China Selatan."Keupayaan ini penting untuk meningkatkan pengesanan awal dan menutup jurang pemantauan ruang udara negarakhususnya di kawasan strategik," katanyaketika berucap pada Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-68di sini pada Khamis.Muhamad Norazlan berkata, pembangunan radar itumerupakan sebahagian daripada langkah pemodenan di bawahfasa pertama Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM2055 (CAP55) bagi memastikan pembangunan keupayaan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan ancaman masa hadapan.Menyentuh mengenai konflik di Asia Barat, beliau berkata, ia memberikan pengajaran sangat besar kepada dunia, termasuk Malaysiauntukterus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam mendepani realiti geostrategik yang semakin kompleks dan tidak menentu.Beliauberkata, gangguan terhadap laluan komunikasi laut di Selat Hormuz bukan sahaja menjejaskan bekalan tenaga dunia, malah turut memberi impak kepada ekonomi global, rantaian bekalan dan kestabilan pasaran antarabangsa, termasuk Malaysia."Realiti ini menuntut kita untuk lebih peka dan bersedia dalam mempertahankan kedaulatan negara, yangmana Malaysia selaku sebuah negara maritim amat bergantung kepada keselamatan laluan komunikasi laut, khususnya di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang menjadi nadi kepada perdagangan dan ekonomi negara," katanya.Terdahulu, Muhamad Norazlan yang tiba di Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi, menerima tabik hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan perbarisan dengan diiringi ketua perbarisan Leftenan Kolonel Mohd Nazree Mansor.Beliau seterusnya menyampaikan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) sertaSijil Kepujian Panglima Tentera Udara kepada 17 penerima dalam majlis yang turut dihadiri bekas-bekas Panglima Tentera Udara.Perbarisan bertemakan "Kuasa Udara, Perisai Negara" itu melibatkan keseluruhan kekuatan 16 pegawai dan 272 anggota lain-lain pangkat yang dibahagikan kepada empat flait merangkumi Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU), Flait Gabungan Wanita dan Flait Gabungan Pelbagai Tred dalam TUDM.- Bernama





2 askar didakwa angkut migran di Bukit Kayu Hitam - FMT - 18/06 3:15 pm

Mereka didakwa angkut tiga warga Myanmar guna kereta di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, 22 Mei lepas.





Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara SUBANG - Gangguan laluan komunikasi laut di Selat Hormuz menuntut Tentera Diraja Malaysia (TUDM) menjadi lebih peka dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara





Projek skuasy: CEO Stadium Malaysia mengaku tidak salah minta, terima .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# Projek skuasy: CEO Stadium Malaysia mengaku tidak salah minta, terima suapan lebih RM1j KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Ilyas Jamil, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan lebih RM1 juta berhubung tender projek menaik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil





PRN Johor: Polis kenal pasti 39 kawasan panas?? PRN Johor: Polis kenal .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

JOHOR BAHRU - Polis mengenal pasti sebanyak 39 kawasan panas di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini yang memerlukan kawalan dan keselamatan rapi





Johor state election: PH to unveil candidates on Monday - Sinardaily - 18/06 2:56 pm

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) is expected to announce the list of candidates contesting in the Johor state election this Monday, said Johor PKR chairman Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.Zaliha, who is also PKR vice president, said the announcement was expected to be made at a ceremony involving the party's top leadership, including PH chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim."The announcement of candidates has been agreed upon by the state and central PH. God willing, we will hold it in the north of Johor, possibly in Bukit Gambir, Tangkak," she said in an interview.Dr Zaliha said the selection of the location in the northern part of Johor was to further fuel the wave of support from the people which was seen to be increasing after several series of programmes in the northern zone, including in Bukit Naning, which showed very encouraging responses.Elaborating further, she said the selection of candidates involved views from the branch level to ensure that those chosen truly understood the needs of the local community and had a good service record."We also include elements of professionals, young people, women and racial diversity so that there is balance in the team of candidates that are presented, she said.Dr Zaliha said that apart from representing various community groups, the candidates chosen also need to have the ability to contribute to PHs larger goals in this election.She said PH did not enter the election arena simply to increase the number of seats it had won previously, but rather with the target of forming a state government.PH will contest in all 56 State Legislative Assembly seats with PKR fielding candidates in 20 seats, DAP (17) and Amanah (19).The Johor state election is set for July 11, with nominations on June 27 and early voting on July 7





Dua anggota tentera didakwa angkut migran di Bukit Kayu Hitam - Sinarharian - 18/06 2:19 pm

ALOR SETAR - Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyendi sini pada Khamis atas pertuduhan mengangkut migran yang diseludup di Bukit Kayu Hitamdekat sini, bulan lepas.Mohd Zulhilmi Aqwa A Rahman, 34, dan Mohamad Johan Iskandar Shah Jeffry Pidin, 26, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.Mengikut pertuduhan, Mohd Zulhilmi Aqwa didakwa mengangkut dua migran lelaki warga Myanmar yang diseludup iaitu Binajo, 19, dan Antoi, 29, menggunakan kereta jenis Toyota Yaris.Mohamad Johan Iskandar Shah pula dituduh mengangkut seorang migran lelaki warganegara sama yang diseludup iaitu Win Shwe, 61, dengan menggunakan kereta jenis Perodua Bezza.Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Check Point Foxtrot, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira 7.13 malam, 22 Mei lepas.Mereka didakwa di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.Mahkamah kemudian menetapkan 17 Ogos depan untuk sebutan semula kes.Mohd Zulhilmi Aqwa diwakili peguam, Datuk G





Two Malaysian soldiers charged with smuggling three Myanmar migrants through Bukit Kayu Hitam border - Malaymail - 18/06 1:47 pm

KUALA LUMPUR, June 18 Two military personnel were charged in the Sessions Court in Alor Setar, Kedah, today with...





PRN Johor: PH dijangka umum calon Isnin ini - Dr Zaliha - Sinarharian - 18/06 1:35 pm

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor padaIsnin ini, kataPengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, pengumuman itu dijangka dibuat pada majlis yang melibatkan pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Pengumumancalon ini telah disepakati oleh PH negeridan juga pusat. Insya-ALLAH kita akan adakan di sebelah utara Johor, kemungkinan di Bukit Gambir, Tangkak," katanya dalam temu bual dengan Bernama.Dr Zaliha berkata, pemilihan lokasi itu bagi menyemarakkan gelombang sokongan rakyat yang semakin meningkatselepas beberapa siri program di zon utara termasuk di Bukit Naning yang menunjukkan respons sangat menggalakkan.Selain itu, beliau berkata, proses pemilihan calon melibatkan pandangan peringkat cabang bagi memastikan mereka dipilih benar-benar memahami keperluan masyarakat setempat dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik."Kita juga masukkan unsur (golongan) profesional, anak muda, wanita dan kepelbagaian kaum supaya ada keseimbangan dalamcalon yang diketengahkan," katanya.Dr Zaliha berkata, selain mewakili pelbagai kelompok masyarakat, calon yang dipilih juga perlu mempunyai kemampuan untuk menyumbang kepada matlamat lebih besar PH pada PRN itu.Beliau berkata, PH tidak memasuki gelanggang pilihan raya sekadar untuk menambah bilangan kerusi dimenangi sebelum ini, sebaliknya dengan sasaranmembentuk kerajaan negeri.PH akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan PKR meletakkan calon di 20 kerusi, DAP (17) dan Amanah (19).PRN Johor ditetapkanpada 11 Julaidengan penamaan calonpada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai





Malaysia Stadium Corporation CEO charged with RM1.45m graft over Bukit Jalil National Squash Centre tender - Malaymail - 18/06 11:26 am

KUALA LUMPUR, June 18 The chief executive officer of Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) was charged in the Sessio...





CEO PSM mengaku tak salah 7 tuduhan rasuah berkait projek pusat skuasy - FMT - 18/06 10:10 am

Iliyas Jamil mengaku tak bersalah atas tuduhan libat lebih RM1 juta, didakwa berkaitan tender naik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.





Malaysia Stadium Corp CEO claims trial to bribery over squash centre project - FMT - 18/06 9:55 am

Iliyas Jamil pleads not guilty to charges involving more than RM1 million allegedly linked to a tender to upgrade the National Squash Centre in Bukit Jalil.





Polis tahan lelaki mengamuk, rosakkan pondok pengawal residensi di Bukit .. - Mygazette - 18/06 8:00 am

# Polis tahan lelaki mengamuk, rosakkan pondok pengawal residensi di Bukit Jalil KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kes khianat dan merosakkan harta benda pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil pada April lalu





PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India - Mygazette - 18/06 8:00 am

# PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, menghantar pulang dua penjenayah buruan warganegara India yang dipercayai terlibat dalam kes meletupkan landasan kereta api di Patiala, Punjab, India pada 27 april lalu





Police deport two wanted Indian nationals involved in Punjab blast - Sinardaily - 18/06 7:41 am

KUALA LUMPUR - Two wanted Indian fugitives believed to be involved in a railway track explosion in Patiala, Punjab, on April 27, have been deported to India by the Royal Malaysia Police (PDRM).Federal Police Criminal Investigation Department (CID) director Datuk M





Dua penjenayah warga India diburu dihantar pulang ke negara asal - Sinarharian - 17/06 9:28 pm

KUALA LUMPUR - Dua penjenayah warga India yang diburu keranadipercayai terlibat dalam kejadian letupan di landasan kereta api di Patiala, Punjab pada 27 April lepas telah dihantar pulang atau deportasike negara ituoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, tindakan itu dilaksanakan susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa India untuk mengesan dan menahan kedua-dua individu berkenaan.Beliau berkata, operasi itu mencerminkan hubungan erat serta kerjasama berterusan antara Malaysia dan India dalam menangani jenayah berat yang melibatkan keselamatan serantau."Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan polis dalam membanteras jenayah rentas sempadan, di samping memperkukuh sinergi keselamatan padaperingkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.M Kumar berkata tindakan itu turut membuktikan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan kepada mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah.Sebelum ini, suspek berkenaan dikehendaki oleh pihak berkuasa India berhubung insiden letupan bom jenis peranti letupan rekaan yang menyasarkan landasan kereta api utama di daerah Patiala.Suspek dipercayai menyusup masuk ke Malaysia pada penghujung April dan menyembunyikan diri di sekitar kawasan Lembah Klang bagi mengelak daripada dikesan.Hasil risikan intensif dan kerjasama maklumat antarabangsa, Bahagian National Central Bureau/ Interpol (D12) Bukit Aman berjaya mengesan kedudukan suspek di sekitar ibu negara dan melancarkan serbuan bagi menahan mereka





2 suspek kes letup landasan kereta api diusir ke India - FMT - 17/06 8:36 pm

Ketua JSJ Bukit Aman, M Kumar berkata pihak berkuasa India mohon bantuan kesan dan tangkap suspek itu di Malaysia.





Berang dengan pihak pengurusan, bekas penyewa rosakkan pondok pengawal - Sinarharian - 17/06 3:56 pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat dengan merosakkan pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil di sini pada 23 April lalu.Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di IPD Brickfields pada Ahad lalu."Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan bekas penyewa di residensi berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan."Dalam kejadian itu, suspek didakwa memarahi pengawal keselamatan sebelum bertindak memukul palang pintu, memecahkan cermin hadapan pondok pengawal serta merosakkan kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Rosdi berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam insiden berkenaan."Suspek direman selama dua hari sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.





Melaka road caves in after fibre optic works rupture pipe - FMT - 17/06 12:44 am

Melaka Tengah public works department says the incident forced lane closures along Jalan Sembaok-Bukit Katil.




Reformasi     >>



Tun Faisal dedah dilema PN: Bincang dalam mesyuarat, .. - Harapandaily
Menjelang mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) malam ini, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan sama ada gabungan itu benar-benar membuat keputusan secara kolektif atau sekadar menunggu lampu hijau daripada Pas. Beliau ..
Kroni     >>



Brazil hilang Raphinha, Neymar dijangka kembali beraksi - Utusan
BASKING RIDGE: Brazil perlu segera mencari penyelesaian selepas kehilangan tonggak serangan, Raphinha yang mengalami kecederaan paha kanan ketika aksi Kumpulan C Piala Dunia, Sabtu lalu. Pemain tengah Brazil, Lucas Paqueta berkata, ketiadaan pemain sayap Barcelona itu amat dirasai namun ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Sepanyol Garang Belasah Arab Saudi, .. - Vocket
Selepas dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Cape Verde dalam aksi pembukaan, Sepanyol kembali menunjukkan status mereka sebagai antara pilihan utama Piala Dunia 2026... The post Piala Dunia 2026: Sepanyol Garang Belasah Arab Saudi, Lamine Yamal Buka Akaun Gol appeared ..
Tech     >>



Sunday Reboot: The right marketing, the wrong changes - Appleinsider
In this week's "Sunday Reboot," Beats subverts the World Cup, and GymKit and Malcolm's gym are updated in opposite ways. Jamal Musiala with some taped Beats - Image Credit: Instagram/Beats/Jamal Musiala Sunday Reboot is a weekly column covering some of the lighter stories within the Apple ..
World     >>



Whats next in the Strait of Hormuz crisis? - Aljazeera
Iranian armed forces say they've closed the vital waterway after Israeli attacks on Lebanon.
Motor Trend     >>



Motosikal Zxmoto 820rr Lancar Di Malaysia September .. - Mekanika
# ZXMOTO 820RR LANCAR DI MALAYSIA SEPTEMBER INI - HARGA BAWAH RM40K **Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad mengumumkan bahawa pelancaran motosikal jenama ZXMoto akan diadakan pada 13 September ini.** Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis perasmian MForce Smart Shop pertama ..