| /// |
|
| Search : Belia News | Page 1 |
|
Dilantik Timbalan Menteri, fokus awal Mordi fahami peranan, keperluan KBS - Mgazette - 17/12 8:12 am # Dilantik Timbalan Menteri, fokus awal Mordi fahami peranan, keperluan KBS KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) baharu akan memberi fokus pada peringkat awal terhadap usaha memahami sepenuhnya peranan dan keperluan kementerian tersebut |
|
Terima kasih PM atas kepercayaan diberi – Zaliha - Mgazette - 17/12 8:12 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau untuk menggalas amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sebelum ini |
|
Zaliha, Mohd Na???im, Saraswathy digugurkan - Mgazette - 17/12 8:12 am Sementara itu, turut digugurkan ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy. Zaliha akan digantikan oleh Hannah Yeoh yang bertukar portfolio daripada Kementerian Belia dan Sukan, manakala Mohd Naim digantikan Timbalannya, Dr |
|
Kenyataan Pemuda MIC biadab, kosong, menjijikkan - Mgazette - 17/12 8:12 am JOHOR BAHRU - Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah menyelar kenyataan Pemuda MIC yang menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai mabuk kuasa. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor itu menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak bermaruah sekali gus memperlihatkan keangkuhan politik tanpa prestasi |
|
Tahniah Adam Adli, bolehlah hapuskan PTPTN – Puad - Mgazette - 17/12 8:11 am Sambil mengucapkan tahniah, Mohd Puad berkata, Adam Adli kini boleh melaksanakan agenda menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang pernah diperjuangkan sebelum ini. Malah, beliau turut menggesa Adam Adli supaya bersuara untuk menghapuskan PTPTN dalam mesyuarat pasca Kabinet KPT kelak |
|
Rombakan Kabinet: 10 lantikan baharu, 14 menteri, timbalan menteri .. - Mgazette - 17/12 8:11 am # Rombakan Kabinet: 10 lantikan baharu, 14 menteri, timbalan menteri bertukar portfolio PUTRAJAYA Barisan Jemaah Menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan 10 lantikan baharu masing-masing melibatkan dua Menteri dan lapan Timbalan Menteri. Dua menteri lantikan baharu ialah Datuk Mustapha Sakmud yang kini dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) serta Mohamad Taufiq Johari (Menteri Belia dan Sukan) |
|
Lantikan pemimpin muda teraju KBS tepat - Sinarharian - 17/12 7:46 am IPOH Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu sebagai satu langkah tepat dan selari dengan keperluan semasa golongan belia negara.Ketuanya, Ashraf Kahasani berkata, pelantikan pemimpin muda berusia 29 tahun itu diyakini mampu membawa nafas baharu serta memahami denyut nadi anak muda khususnya dalam aspek pembangunan belia dan sukan.Jelas beliau, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan rombakan kabinet yang diumumkan pada Selasa turut memberi ruang lebih luas kepada golongan muda untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara."Kita menyambut baik rombakan kabinet ini kerana ia bukan sekadar pertukaran jawatan, tetapi satu strategi baharu untuk memberi yang terbaik kepada negara dan rakyat."Yang paling kita berpuas hati apabila dua pemimpin muda daripada AMK diberi kepercayaan menganggotai kabinet, iaitu YB Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan serta YB Chiew Choon Man sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Back To School AMK Perak di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat di sini pada Selasa.Ashraf berkata, lantikan tersebut membuktikan AMK bersedia memperkasa peranan belia di peringkat nasional di bawah kepimpinan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim.Menurutnya, pelantikan pemimpin muda dalam kabinet Kerajaan Madani memberi peluang kepada golongan tersebut untuk belajar dan memimpin, selain menyumbang idea segar demi kepentingan rakyat."Ini adalah langkah terbaik apabila orang muda diberi peluang memimpin |
|
MOM ikrar jalin kerjasama rapat dengan Menteri, Timbalan Menteri baharu - Hotfm - 16/12 10:21 pm Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyambut baik pelantikan Dr Mohammed Taufiq Johari dan Mordi Bimol, masing-masing sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan susulan rombakan Kabinet hari ini. |
|
Sifar miskin tegar, projek jambatan Labuan antara legasi Zaliha - FMT - 16/12 8:30 pm Dr Zaliha Mustafa digugurkan daripada barisan Jemaah Menteri dan digantikan Hannah Yeoh yang sebelum ini menteri belia dan sukan. |
|
Johari kini ke MITI, Taufik terajui KBS - Sinarharian - 16/12 7:01 pm SHAH ALAM - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang baharu menerusi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Selasa.Pelantikan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baharu.Manakala jawatan Timbalan Menteri MITI diisi oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala Timbalan Menterinya pula sebelum ini Liew Chin Tong yang kini dilantik Timbalan Menteri Kewangan.Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) yang baharu.Dr Mohammed Taufiq menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu pula diberikan kepada Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi anak Bimol.Beliau menggantikan Adam Adli Abd Halim yang ditukarkan ke Kementerian Pendidikan Tinggi dengan jawatan sama sebagai timbalan menteri. |
|
Adam Adli dilantik Timbalan Menteri KPT - Sinarharian - 16/12 6:51 pm PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim bertukar portfolio ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi jawatan sama.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas pada Selasa berkata, tempat Adam Adli di kementerian itu diisi Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol.Menurut Anwar, pelantikan dan pertukaran portfolio itu adalah sebahagian daripada langkah penstrukturan semula Kabinet.Jelas beliau, penstrukturan itu bertujuan memperkukuh kecekapan pentadbiran selain memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat berjalan dengan lebih berkesan dan tersusun.Sementara itu, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya baharu.Pelantikan wakil rakyat PKR itu bagi menggantikan Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia bagi jawatan sama. |
|
Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Isu PTPTN Kembali Diperkatakan – “Teringat Berguling-Guling Dulu..” - Beautifulnara - 16/12 6:06 pm Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang baharu susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini |
|
Senarai menteri, timbalan menteri baharu Kerajaan Madani - Sinarharian - 16/12 6:01 pm Berikut ialah senarai anggota baharu pentadbiran Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini:- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Hannah Yeoh- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Datuk Mustapha Sakmud- Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani- Menteri Belia dan Sukan: Dr Mohammed Taufiq Johari- Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri R Ramanan- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Steven Sim- Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad- Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Dr Zulkifli Hasan- Timbalan Menteri Kewangan: Liew Chin Tong- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Marhamah Rosli- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Mohamad Alamin- Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI): Sim Tze Tzin- Timbalan Menteri Perpaduan Negara: Yuneswaran Ramaraj- Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam:Syed Ibrahim Syed Noh |
|
Kenali Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari - Mkini - 16/12 5:18 pm Taufiq, 29, ialah seorang ahli politik dan doktor perubatan yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani sejak November 2022 |
|
Kabinet baharu: 28 menteri dan timbalan menteri bertukar portfolio - Sinarharian - 16/12 5:01 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan menyaksikan 28 menteri dan timbalan menteri yang merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau perlu membuat sedikit penyesuaian susulan beberapa kekosongan dalam Kabinet dan sekali gus memberi tumpuan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan masalah rakyat."Seperti mana sudah sedia maklum, ada beberapa kekosongan dalam barisan Jemaah Menteri dan ada keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian supaya Kabinet bekerja sebagai satu pasukan," katanya pada Selasa.Bagi lantikan baharu Menteri, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustafa Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan turut dinaikkan sebagai menteri penuh meggantikan penyandangnya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sementara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh Tseow Suan bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menggantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir bertukar portfolio sebagai Menteri Ekonomi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli.Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani bertukar portfolio sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggantikan kekosongan ditinggalkan penyandangnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang telah tamat tempoh penggal kedua sebagai Senator.Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri R Ramanan dilantik Menteri Sumber Manusia (KESUMA) menggantikan Steven Sim Chee Keong yang mengisi kekosongan ditinggalkan Ewon Benedick sebagai Menteri KUSKOP sementara Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup pula sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Mei lalu.Bagi jawatan Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Timbalan KESUMA, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebagai Timbalan Menteri PETRA.Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Timbalan Menteri Kesihatan; Datuk Lukanisman Awang Sauni sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat manakala Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim pula sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib menggantikan tempat Lukanisman, Datuk Mohamad Alamin sebagai Timbalan Menteri KUSKOP, Timbalan Menteri NRESS, Datuk Seri Huang Tiong Sii sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi serta Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara,Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah sebagai Timbalan Menteri Ekonomi; Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol sebagai Timbalan Menteri KBS serta Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Timbalan Menteri NRESS.Anwar berkata, upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berlangsung jam 10 pagi di Istana Negara pada Rabu diikuti mesyuarat Jemaah Menteri pada 2.30 petang. |
|
Rombakan Kabinet: Enam timbalan menteri 'naik pangkat', satu muka baharu - Sinarharian - 16/12 4:42 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Enam timbalan menteri dan satu muka baharu diangkat sebagai menteri penuh dalam pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu, hari ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media khas mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan 11 portfolio itu memaklumkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.Pelantikan Mohamed Taufiq itu menggantikan penyandangnya, Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).Enam timbalan menteri yang 'dinaikkan pangkat' pula ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli, dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustafa Sakmud mengambil tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).Turut diumumkan ialah pelantikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menggantikan penyandangnya Nik Nazmi Nik Ahmad.Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti yang diadakan pada Mei lepas.- BernamaSelain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi menggantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.Turut tersenarai ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan yang dilantik mengetuai Kementerian Sumber Manusia.Beliau menggantikan penyandangnya Steven Sim yang ditukarkan ke jawatan sama di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan pula dilantik sebagai menteri penuh menggantikan Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.Perdana Menteri ketika mengumumkan senarai baharu itu berkata langkah berkenaan dilakukan berikutan kekosongan dalam Kabinet dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian."Langkah ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat," katanya.Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi saluran stesen televisyen antaranya Bernama TV, serta platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar |
|
Taufiq dilantik Menteri Belia dan Sukan baharu, Hannah ke Jabatan Perdana Menteri - Hotfm - 16/12 4:19 pm Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu bagi menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). |
|
Kabinet baharu: Dua menteri, seorang timbalan menteri digugurkan - Sinarharian - 16/12 4:07 pm PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar digugurkan dari barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi pengumuman sebentar tadi, Anwar mengumumkan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh menggantikan Dr Zaliha manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hassan dinaikkan menjadi menteri penuh menggantikan Mohd Na'im.Selain itu, turut digugurkan Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy yang kedudukannya diganti oleh R Yuneswaran."Saya juga ingin berikan kesempatan ini untuk mengajak penghargaan kepada rakan-rakan menteri dan timbalan menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini," kata Anwar pada Selasa.Ujar beliau, kerajaan perlu melakukan sedikit penyesuaian susulan beberapa kekosongan dalam Kabinet dan sekali gus memberi tumpuan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan masalah rakyat."Seperti mana sudah sedia maklum, ada beberapa kekosongan dalam barisan Jemaah Menteri dan ada keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian supaya Kabinet bekerja sebagai satu pasukan," jelas Anwar.Rombakan Kabinet kali ini merupakan kali kedua dilakukan Perdana Menteri selepas kali pertama dilakukan pada 12 Disember 2023 yang ketika kepimpinan Anwar melangkaui usia setahun. |
|
Hannah Yeoh Menteri Wilayah Persekutuan - Harapandaily - 16/12 4:02 pm Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu |
|
Pindahan Akta 652 bakal ubah landskap kemahiran negara - Sinarharian - 16/12 2:55 pm KUALA LUMPUR - Dalam era yang dipacu ledakan teknologi, digitalisasi dan perubahan struktur ekonomi global, Malaysia sedang melakar detik penting dalam reformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 atau RUU Akta 652 yang telah di baca di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.Pindaan itu dilaksanakan selepas hampir dua dekad, Akta 652 menjadi teras pembangunan tenaga mahir negara dengan lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah berjaya dipersijilkan melalui Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sejak 2006.Reformasi program latihan kemahiran tersebut bukan sahaja menjamin akses latihan yang lebih luas kepada rakyat, malah memastikan industricmemperoleh tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong ekonomi negara.Pindaan utama Akta 652 ialah peluasan keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang kini turut merangkumi kementerian strategik seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta penyertaan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).Penstrukturan ini menjadikan MPKK lebih inklusif dan mencerminkan kepelbagaian ekosistem TVET negara, sekali gus memastikan keputusan dasar dibuat secara menyeluruh, seimbang dan responsif terhadap tuntutan industri.Salah satu pindaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah peluasan pengiktirafan program latihan di luar NOSS bagi tujuan pembiayaan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).Melalui pindaan ini, Ketua Pengarah JPK diberi kuasa mengiktiraf program-program berkenaan berdasarkan penilaian dan syor jawatankuasa khas yang dilantik, bagi memastikan hanya program luar NOSS yang berkualiti, berwibawa, relevan dan berimpak tinggi layak menerima pengiktirafan.Peruntukan baharu di bawah RUU Akta 652 ini turut meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].Melalui gelaran Pakar Kemahiran, Pakar Kemahiran Kanan dan Perunding Kemahiran, kepakaran dan kompetensi pekerja tempatan ini akhirnya diiktiraf secara rasmi melalui pindaan Akta 652.Dari sudut kawal selia, tempoh pentauliahan dipanjangkan daripada tiga tahun kepada sehingga tidak melebihi enam tahun berdasarkan prestasi.Pindaan Akta 652 turut menggariskan tatacara penggantungan dan pembatalan sijil pentauliahan yang lebih jelas dan holistik.Pendekatan ini bagi mengukuhkan integriti, meningkatkan ketelusan dan memantapkan keyakinan industri terhadap Pusat Bertauliah (PB) yang menjadi tunjang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).Satu lagi pembaharuan besar adalah Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) diperkenalkan bagi laluan latihan fleksibel yang memberi peluang kepada belia, pekerja dan pelbagai golongan untuk meningkatkan kemahiran secara berperingkat mengikut keperluan industri.Lebih daripada sekadar pindaan undang-undang, RUU ini adalah strategi nasional untuk memperkukuh bakat tempatan, meningkatkan kebolehpasaran pelatih SPKM serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan kemahiran.Ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2030, NIMP 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 yang menekankan pembangunan bakat sebagai tunjang daya saing negara.Dengan reformasi menyeluruh ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk muncul sebagai Hab TVET Serantau menjelang 2030, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berasaskan kompetensi yang mampu bersaing di pentas global. |
|
Pindaan Akta 652 bakal ubah landskap kemahiran negara - Sinarharian - 16/12 2:55 pm KUALA LUMPUR - Dalam era yang dipacu ledakan teknologi, digitalisasi dan perubahan struktur ekonomi global, Malaysia sedang melakar detik penting dalam reformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 atau RUU Akta 652 yang telah di baca di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.Pindaan itu dilaksanakan selepas hampir dua dekad, Akta 652 menjadi teras pembangunan tenaga mahir negara dengan lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah berjaya dipersijilkan melalui Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sejak 2006.Reformasi program latihan kemahiran tersebut bukan sahaja menjamin akses latihan yang lebih luas kepada rakyat, malah memastikan industricmemperoleh tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong ekonomi negara.Pindaan utama Akta 652 ialah peluasan keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang kini turut merangkumi kementerian strategik seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta penyertaan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).Penstrukturan ini menjadikan MPKK lebih inklusif dan mencerminkan kepelbagaian ekosistem TVET negara, sekali gus memastikan keputusan dasar dibuat secara menyeluruh, seimbang dan responsif terhadap tuntutan industri.Salah satu pindaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah peluasan pengiktirafan program latihan di luar NOSS bagi tujuan pembiayaan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).Melalui pindaan ini, Ketua Pengarah JPK diberi kuasa mengiktiraf program-program berkenaan berdasarkan penilaian dan syor jawatankuasa khas yang dilantik, bagi memastikan hanya program luar NOSS yang berkualiti, berwibawa, relevan dan berimpak tinggi layak menerima pengiktirafan.Peruntukan baharu di bawah RUU Akta 652 ini turut meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].Melalui gelaran Pakar Kemahiran, Pakar Kemahiran Kanan dan Perunding Kemahiran, kepakaran dan kompetensi pekerja tempatan ini akhirnya diiktiraf secara rasmi melalui pindaan Akta 652.Dari sudut kawal selia, tempoh pentauliahan dipanjangkan daripada tiga tahun kepada sehingga tidak melebihi enam tahun berdasarkan prestasi.Pindaan Akta 652 turut menggariskan tatacara penggantungan dan pembatalan sijil pentauliahan yang lebih jelas dan holistik.Pendekatan ini bagi mengukuhkan integriti, meningkatkan ketelusan dan memantapkan keyakinan industri terhadap Pusat Bertauliah (PB) yang menjadi tunjang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).Satu lagi pembaharuan besar adalah Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) diperkenalkan bagi laluan latihan fleksibel yang memberi peluang kepada belia, pekerja dan pelbagai golongan untuk meningkatkan kemahiran secara berperingkat mengikut keperluan industri.Lebih daripada sekadar pindaan undang-undang, RUU ini adalah strategi nasional untuk memperkukuh bakat tempatan, meningkatkan kebolehpasaran pelatih SPKM serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan kemahiran.Ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2030, NIMP 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 yang menekankan pembangunan bakat sebagai tunjang daya saing negara.Dengan reformasi menyeluruh ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk muncul sebagai Hab TVET Serantau menjelang 2030, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berasaskan kompetensi yang mampu bersaing di pentas global. |
|
Era TVET moden bermula: Fleksibel, integriti, berorientasikan teknologi maju - Utusan - 16/12 2:47 pm PETALING JAYA: BELIA MAHIR menyambut baik Rang Undang-Undang Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 kerana kedua-duanya membawa reformasi penting bagi memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara, khususnya dari sudut peluang belia dan kesiapsiagaan industri |
|
Kelantan lancar program Rakan Muda Al-Quran - Harakahdaily - 16/12 2:05 pm KOTA BHARU: Kelantan memberi nilai tambahan terhadap 10 inisiatif di bawah program Rakan Muda dibawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan menerapkan elemen pendidikan Al-Quran |
|
Kampung Angkat MADANI: KBS fokus pembangunan sukan, golongan belia - Sinarharian - 16/12 10:50 am HULU LANGAT - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memilih Kampung Batu 20, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor sebagai Kampung Angkat MADANI dengan memberi fokus utama kepada pembangunan fizikal, sukan dan golongan belia.Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Chan Hong Jin berkata, antara program yang telah dilaksanakan adalah keusahawananbelia, sukan komuniti, aktiviti kesukarelawanan, kliniksukan, aktiviti seni dan muzik serta latihan asas kemahiran bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).Menurutnya, usaha itu bukan sahaja menunjukkan komitmen, malah keprihatinan tinggi untuk kesejahteraan belia dan komuniti setempat."Perdana Menteri telah memperkenalkan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) menerusi pembentangan Bajet 2024 sebagai usaha merapatkan jurang pembangunan antara desa dan bandar dengan melengkapkan keperluan dan kemudahan asas infrastruktur kampung terpilih."Program ini bukan sekadar peluang untuk berbakti kepada daerah Hulu Langat, khususnya di Kampung Batu 20, Sungai Lui, tetapi turut mencerminkan usaha kerajaan MADANI dalam menyantuni masyarakat melalui pendekatan empati, keprihatinan dan tanggungjawab sosial."Saya berharap pelaksanaan inisiatif KBS di kampung ini akan mencapai objektif utamanya iaitu menyedia dan meningkatkan akses kepada kemudahan asas, membangunkan sosioekonomi komuniti setempat, memperkaya nilai cakna dalam kalangan pemimpin serta meningkatkan potensi kampung," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani KBS di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Hulu Langat 2025.Tambah Hong Jin, projek berkenaan dijalankan dengan kerjasama erat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Majlis Belia Daerah (MBD) Hulu Langat serta pertubuhan belia, sukan dan komuniti setempat.Jelasnya, difahamkan sejak pelaksanaan program tersebut pada pertengahan tahun ini, kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan infrastruktur telah dilaksanakan dengan jayanya.Ia termasuk kerja-kerja menaiktaraf dua gelanggang serbaguna, menurap jalan dan kawasan parkir di masjid, menaiktaraf pusat komuniti dan gelanggang silat berbumbung di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, membaik pulih dewan serbaguna, gelanggang futsal dan bola jaring."Saya menghargai semua agensi pelaksana atas usaha gigih dan dedikasi mereka melaksanakan program-program ini setiap minggu secara berterusan bagi memastikan semuanya dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025," jelasnya.Beliau memberitahu, penyerahan projek pada Ahadbukan sekadar simbolik, tetapi membuktikan bahawa kerjasama antara kerajaan, agensi pelaksana dan komuniti setempat dapat menghasilkan keberhasilan yang nyata dan memberi impak langsung kepada penduduk kampung."Dengan kemudahan yang telah dinaiktaraf dan program pembangunan belia yang telah dilaksanakan, saya yakin Kampung Sungai Lui akan terus berkembang sebagai komuniti yang progresif, mampan dan sejahtera."Saya berharap agar komuniti kampung dapat memanfaatkan sepenuhnya semua kemudahan yang telah disediakan |
|
Andre tebus kecewa, raih emas lompat jauh - Sinarharian - 15/12 7:52 pm JAGUH lompat kijang negara, Andre Anura Anuar menebus kekecewaan dalam acara kegemarannnya itu apabila meraih pingat emas lompat jauh Sukan SEA 2025 di Stadium Supachalasai pada Isnin.Ia juga pingat emas ketiga olahraga dan lebih manis kejayaan Andre disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir di stadium.Andre Anura mencatat 7.71 meter (m) pada lompatan terakhirnya, sekali gus meraih pingat emas mengatasi pencabar terdekatnya, Ubas Janry dari Filipina.Janry sekadar mencatat lompatan 7.64m untuk perak, manakala wakil Singapuram Medina Andrew George gangsa dengan catatan 7.53.Manakala, seorang lagi wakil negara, Tan Zhi Hang kurang bernasib baik apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh.Pada Ahad, Andre melakukan 16.29 meter (m) dalam acara lompat kijang, sekali gus menyaksikan dia terlepas pingat emas kepada wakil Vietnam Ho Trong Manh Hung menerusi catatan 16.33m manakala gangsa milik Gabriel Jing Yi dari Singapura dengan catatan 16.09m.Keputusan itu turut menyaksikan dominasi Malaysia sejak edisi 2015 di Singapura berakhir.Atlet berusia 26 tahun itu mengakui dia beraksi dalam tekanan untuk mempertahankan emas dimenanginya sejak edisi 2021 di Vietnam. |
|
RM200 Rent In KL: A Solution, Or A Reminder Of How Expensive Everything Else Has Become? - Therakyatpost - 15/12 5:35 pm DBKL has launched a rental scheme offering fully furnished units at Residensi Belia Cheras for RM200 monthly (RM130 for persons with disabilities) to single Malaysian men aged 18-40 who work in KL, earn under RM4,000, and don't own property within 35km of the city centre. |
|
Malaysia perlu lebih 3 juta lembu penuhi keperluan domestik menjelang 2040 - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Malaysia perlu lebih 3 juta lembu penuhi keperluan domestik menjelang 2040 KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan lebih tiga juta ekor lembu menjelang 2040 bagi memenuhi keperluan bekalan daging dan tenusu domestik, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak. Beliau berkata pembangunan industri ruminan negara menjadi antara fokus utama KPKM dalam perancangan jangka panjang untuk memperkukuh sektor agromakanan melalui penerapan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dan dron bagi meningkatkan produktiviti sektor itu |
|
Adun Umno dilantik pembantu menteri Sabah ke-18 - FMT - 15/12 1:39 pm Adun Kunak Anil Sandhu ialah pembantu menteri pembangunan belia, kemajuan sukan dan ekonomi kreatif. |
|
Belia seru turun ke jalan - 'hentam' Anwar isu rasuah - Mkini - 15/12 11:13 am Jumpa anda di jalanan, kata Naib Presiden Liga Rakyat Demokratik, Fadhil Kasim. |
|
Sepak takraw pecah rekod penantian 34 tahun - Harapandaily - 14/12 6:51 pm Ia tambah bermakna apabila ia berlaku di bumi Thailand, yang menjadi musuh tradisi pasukan sepak takraw Malaysia. Kejayaan ini dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh |
|
Juita hasrat kembali teraju 25 PDK di Johor - Mgazette - 14/12 8:16 am "Selepas Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya sebelum ini, JKM mengambil alih PDK," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Juita Kali Ke-24 di Holiday Villa, di sini hari ini. Perasmian mesyuarat tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah |
|
Hannah Yeoh tekad atlet Malaysia berjuang habis-habisan tanpa peduli keputusan juri - Hotfm - 13/12 10:22 pm Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu setiap atlet negara supaya turun berjuang sepenuh jiwa dan tidak memikirkan masalah daripada pihak juri, terutama bagi sukan yang bersifat subjektif pada Sukan Sea Thailand. |
|
UMNO Sabah tentukan calon Kinabatangan, Lamag - Sinarharian - 13/12 3:00 pm Oleh itu, kita perlu ketengahkan calon yang terbaik, yang dikenali oleh pengundi di kawasan Parlimen Kinabatangan yang luas ini."Parlimen Kinabatangan sangat mencabar kerana kawasan itu amat besar, hampir setara dengan keluasan negeri Pahang. Parlimen ini terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Kuamut, Sukau dan Lamag," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Belia Cemerlang Parlimen Pontian di Dataran Majlis Perbandaran Pontian pada Sabtu.Sebelum itu, pada Selasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas susulan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sabah, selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini, Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keenam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 dan kerusi DUN Lamag selama dua penggal.Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Negara mencadangkan agar Anugerah Belia Cemerlang dianjurkan di setiap Parlimen seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pemimpin belia serta menggalakkan semangat keusahawanan.Cadangan itu dibuat susulan kejayaan Anugerah Belia Cemerlang Pontian yang kini memasuki edisi kelima dengan pelbagai pencapaian belia dalam bidang persatuan, sukan, pendidikan dan teknologi yang mendapat pengiktirafan. |
|
Kediaman Kuan Yew diwartakan sebagai monumen negara - Mgazette - 13/12 8:31 am Pada tahun 2017, adik-beradik itu menuduh abang mereka, Hsien Loong cuba mengeksploitasi legasi bapa mereka untuk keuntungan politik, walaupun isu itu reda kerana Lee Wei Ling masih tinggal di rumah tersebut. Beliau meninggal dunia tahun lalu |
|
Tiada caj atau ejen: KBS tegaskan ketelusan dalam permohonan dana sukan 2026 - Harapandaily - 12/12 6:58 pm FOTO BERITA: Sidang Media Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026 bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya |
|
Isu UEC: Bahasa Melayu perlu diutamakan - Anwar - Sinarharian - 12/12 5:07 pm LANGKAWI Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sebarang tuntutan yang melibatkan isu bahasa, agama dan kaum perlu mengambil kira kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau berkata, kerajaan mempertahankan prinsip asas negara, termasuk martabat Bahasa Melayu yang perlu terus diangkat sebagai bahasa ilmu dan perpaduan nasional."Kebelakangan ini, ada pelbagai suara yang membuat tuntutan berkaitan bahasa |
|
Kontroversi Penarikan Diri Danish Irfan, Hannah Yeoh Desak Laporan Lengkap - Lobakmerah - 12/12 4:59 pm Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) mendapatkan laporan penuh daripada Malaysia Athletics (MA) berhubung penarikan diri atlet Danish Irfan Tamrin baru-baru ini, yang telah menarik perhatian meluas |
|
Menteri arah siasat isu tarik diri Danish Irfan - FMT - 12/12 4:02 pm Menteri belia dan sukan berkata semua keputusan berhubung pemilihan atlet perlu dibuat secara profesional dan berasaskan merit. |
|
Pembebasan Syed Saddiq: Mahkamah tunggu pendirian pendakwaan - Kosmo - 12/12 3:38 pm PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan pihak – pihak dalam rayuan kes Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meneliti semula dan mempertimbangkan kembali terhadap rayuan pendakwaan bagi mencabar pembebasan bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan |
|
Program MyLesen B2 2026: Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia - Siakapkeli - 12/12 3:01 pm Program MyLesen B2 2026: Daftar Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan Program MyLesen B2 2026 iaitu satu inisiatif yang menawarkan peluang kepada golongan belia untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2 secara percuma |
|
UEC: Helah politik DAP, api-apikan sentimen kaum - Harakahdaily - 12/12 11:07 am ALOR SETAR: Kerajaan tidak wajar mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana desakan tersebut disifatkan sebagai helah politik DAP yang berpotensi mengapi-apikan sentimen perkauman serta menggugat asas perpaduan nasional. Pengarah Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah, Ibrahim Ismail berkata, kebimbangan timbul apabila terdapat desakan supaya Perdana Menteri mengiktiraf UEC, justeru satu pernyataan ringkas dibuat mewakili suara belia […] The post UEC: Helah politik DAP, api-apikan sentimen kaum appeared first on Harakahdaily . |
|
Malaysia, Thailand perluas kerjasama TVET perkukuh tenaga kerja berkemahiran tinggi - Sinarharian - 11/12 9:35 pm BANGKOK - Malaysia dan Thailand meneroka potensi untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkukuh tenaga kerja teknikal dan berkemahiran tinggi kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau menekankan bahawa kerjasama TVET khususnya dalam bidang pertanian, mampu meningkatkan peluang pekerjaan, memantapkan pembangunan modal insan dan menyokong pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Pengerusi Majlis TVET Negara berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, di Rumah Kerajaan, Khamis.Katanya, selain bidang pertanian, latihan kemahiran dalam sektor pembuatan, teknologi digital serta program mobiliti pelajar dan pensyarah turut diberikan perhatian dalam usaha sama itu."Bidang TVET penting bagi melengkapkan belia luar bandar dengan kemahiran teknikal yang relevan dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR)," katanya.Tambahnya, antara program perintis yang akan menjadi titik permulaan kerjasama TVET antara kedua-dua negara ialah program latihan untuk jurulatih.Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuannya dengan Anutin, kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama industri halal, termasuk pembangunan rantaian nilai halal, pelaburan dalam produk halal dan peluang eksport bersama."Malaysia menyambut baik minat Thailand untuk meneroka potensi halal secara lebih menyeluruh, memandangkan permintaan global yang semakin meningkat," katanya.Terdahulu, Ahmad Zahid yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Thailand turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara merangkap Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhamad Noor Matha.Sebagai rekod, pada 2024, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan RM114.56 bilion (AS$25.03 bilion).Dari Januari hingga Oktober 2025, jumlah dagangan dua hala mencecah RM98.19 bilion (AS$22.79 bilion), berbanding RM95.52 bilion (AS$20.79 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2024 |
|
Syed Saddiq Mastermind Pecah Amanah Dana Armada Pendakwaan - Wrlr - 11/12 5:51 pm Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman Mei lalu untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto Bernama Malah, keterangan saksi ke-13, bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak akan mengeluarkan wang tersebut sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq, kata Wan Shaharuddin |
|
Tafsiran derma jadi milik peribadi disifat bahaya, pendakwaan bantah hujah Syed Saddiq - Sinarharian - 11/12 4:31 pm PUTRAJAYA Sekiranya Mahkamah Persekutuan pada Khamis menerima alasan Ahli Parlimen Muar, bahawa hasil derma di akaun parti boleh dialihkan ke akaun peribadi kerana menggantikan wang yang digunakan semasa pilihan raya, ia membuka ruang kepada mana-mana individu untuk mengalirkan derma ke akaun peribadi secara sah.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib selaku perayu, menghujahkan demikian ketika prosiding pendengaran rayuan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33.Menurutnya, keadaan itu akan membuka ruang lebih luas kepada pihak lain termasuk ahli politik, untuk mengalihkan wang derma ke dalam akaun masing-masing dengan halal."Jika tafsiran Mahkamah Rayuan dikekalkan, pihak itu boleh memindahkan wang sumbangan kempen ke akaun sendiri kemudian menuntutnya sebagai wang peribadi."Pendakwaan menyifatkan kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa wang itu milik perayu sebagai suatu isu berbahaya."Ia meruntuhkan prinsip fidusiari antara tujuan sesuatu dana dikumpulkan dengan kawalan peribadi," katanya.Dalam prosiding ini, beliau hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin, Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Mereka menegaskan, dengan menganggap tujuan pengumpulan dana sebagai pemberian pemilikan mutlak, Mahkamah Rayuan seolah-olah memadamkan elemen amanah yang menjadi asas kepada kesalahan penyelewengan.Beliau berkata, dana yang dikumpul untuk sesuatu tujuan merupakan milik penderma atau dana kolektif sehingga digunakan dengan betul.Katanya, sumbangan itu tidak boleh dianggap serta-merta menjadi hak milik benefisiari sehingga kewajipan amanah disempurnakan.Ahmad Akram berkata, Mahkamah Rayuan tersilap dalam dapatan dengan menggambarkan dana itu sebagai satu bentuk penukaran dan bukannya penyalahgunaan atau pecah amanah.Beliau berkata, ini kerana Syed Saddiq selaku responden meminta dana awam berdasarkan naratif pengorbanan, tetapi telah menggunakan dana itu demi kepentingan diri sendiri."Derma berkenaan merupakan harta yang diamanahkan jadi selaku pemegang jawatan, Syed Saddiq mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadapnya."Kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu telah lengkap sebaik sahaja wang itu dialihkan ke dalam kawalan peribadi Syed Saddiq, tanpa mengira dakwaan kemudiannya bahawa dana digunakan sebagai bayaran balik," katanya.Justeru katanya, Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memutuskan dana berkenaan menjadi milik bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu hanya kerana ia dikutip untuk kempen pilihan rayanya.Beliau berkata, wang amanah kekal sebagai harta milik orang lain sehingga digunakan untuk tujuan asalnya."Seorang fidusiari tidak boleh secara sepihak menukar wang amanah menjadi milik peribadi," katanya.Prosiding di hadapan panel tiga hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah, bersambung Jumaat.Dalam prosiding ini, pembelaan bagi pihak bekas Menteri Belia dan Sukan itu diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S Devanandan, Low Wei Loke, Lim Wei Jiet, Siti Summaiyah Ahmad Jaafar, Mohammed Khairuzzaman Mohammed Ridha, Ee Gen You dan Nevyn Vinosh Venudran |
|
DBKL Tawar Rumah Mampu Sewa RM200 Untuk Lelaki Bujang – Lokasi Strategik, Perabot Lengkap & Dekat LRT! - Siraplimau - 11/12 3:06 pm Berita baik untuk anak muda lelaki yang bekerja di Kuala Lumpur! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini membuka permohonan perumahan DBKL Residensi Belia Cheras (RBC) |
|
Syed Saddiq mastermind pecah amanah dana Armada - Pendakwaan - Sinarharian - 11/12 12:51 am PUTRAJAYA [KEMAS KINI] Pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan mastermind di sebalik kes pecah amanah terhadap dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), tujuh tahun lalu.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin selaku perayu menghujahkan demikian ketika prosiding pendengaran rayuan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq, 33.Ia berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat tuduhan penyelewengan dana parti itu.Wan Shaharudin berkata, ketika prosiding di Mahkamah Rayuan, panel hakim gagal menilai keseluruhan keterangan saksi berdasarkan kronologi kes, secara objektif dan menyeluruh.Sedangkan katanya, hakim Mahkamah Rayuan mengakui Syed Saddiq selaku responden telah mengeluarkan arahan kepada bekas Penolong Bendahari parti, Rafiq Hakim Razali, 35, supaya mengeluarkan wang RM1 juta milik Armada.Menurutnya, ia termasuk arahan responden kepada Rafiq Hakim untuk melupuskan wang atau perkataan yang timbul semasa prosiding iaitu clearkan dana apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat rumah responden pada 31 Mac 2020.Katanya, perbuatan itu bukan untuk urusan politik sebaliknya takut wang itu akan dirampas.Beliau berkata, keterangan itu jelas menjurus kepada kesalahan persubahatan supaya Rafiq Hakim yang juga saksi pendakwaan (SP) ke-13 mengeluarkan wang milik Armada atas alasan tidak jujur."Tanpa arahan daripada ahli politik itu, SP13 tidak mungkin mengeluarkan wang RM1 juta milik Armada."Setiap peristiwa itu juga berlaku kerana ada arahan diberi sama ada kepada SP10, bekas Exco Armada Bersatu, Abdul Hannaan Khairy atau SP11, bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi."Jelas sekali, dalang bagi setiap kesalahan itu ialah responden sendiri," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan, Law Chin How, Nurul Qistini Qamarul Abrar, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Wan Shaharudin turut berhujahkan bahawa Mahkamah Rayuan menilai keterangan semua saksi itu termasuk SP8, pemilik syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32.Katanya, ia berkaitan kemungkinan wujud motif untuk mengenakan Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.Sedangkan katanya, semua saksi itu merupakan kawan baik responden sekali gus menunjukkan tiada motif untuk mengenakan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terbabit."Komen panel hakim Mahkamah Rayuan terhadap saksi-saksi terbabit merupakan tidak berasas memandangkan tiada perselisihan pernah dilaporkan berlaku."Selain itu ketika perbicaraan, responden mengesahkan hubungan mereka baik malah sebelum bicara bermula, Syed Saddiq pernah memanggil SP13 untuk memperagakan baju raya," katanya.Beliau menegaskan, pihak pendakwaan telah membuktikan semua elemen penting secara kukuh dan mempunyai asas prima facie.Justeru katanya, tidak wajar bagi panel hakim Mahkamah Rayuan mengatakan perayu gagal sedangkan mereka telah membuktikan semua elemen dalam prosiding berkenaan.Mengulas mengenai sebab pendakwaan tidak menuduh SP13 di mahkamah atas tuduhan jenayah, Wan Shaharuddin berkata, tiada halangan untuk pihak pendakwaan mendakwa orang yang bersubahat sahaja, tanpa menuduh pesalah utama.Prosiding di hadapan panel tiga hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat.Dalam prosiding itu, pembelaan bagi pihak bekas Menteri Belia dan Sukan itu, diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon, S |
|
Sarawak teliti bantuan untuk belia bekerja sambung pengajian – Fazzrudin - Thempress - 10/12 9:31 pm KUCHING Kerajaan Sarawak sedang meneliti cadangan bagi membantu golongan belia yang telah bekerja tetapi masih ingin melanjutkan pengajian tanpa perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada |
|
Belia bukan sekadar pewaris, tetapi penggerak pembangunan Sarawak Fazzrudin - Thempress - 10/12 9:15 pm KUCHING Golongan belia di Sarawak bukan sekadar pewaris kepada dasar pembangunan negeri, sebaliknya turut berperanan sebagai penggerak utama dalam pelaksanaannya, kata Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin… |
|
Johor sebagai hab warisan dan budaya serantau - Sinarharian - 10/12 9:30 am Ia adalah platform antara bangsa yang akan menonjolkan identiti, sejarah dan kekuatan Johor kepada dunia. Johor kini bersedia berada di barisan hadapan warisan negara, bukan sekadar sebagai peserta tetapi sebagai peneraju," katanya menerusi satu kenyataan.Kerajaan Negeri Johor komited untuk menjayakan penganjuran itu, seiring dengan pelaksanaan dua tarikan warisan utama yang bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan.Pembukaan semula Muzium Tokoh Johor sebagai muzium immersive pertama di negeri itu dengan 13 ruang pameran, 66 panel digital, 40 unit AR serta 37 segmen interaktif dijangka menjadi mercu tanda baharu permuziuman di Johor dan bakal menarik sekurang-kurangnya 100,000 pengunjung pada 2026.Dalam masa sama, pelancaran program Lets Visit KWSAB di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dijangka merancakkan pelancongan warisan dengan aktiviti budaya mingguan, program malam dan pameran baharu yang menyasarkan lebih 250,000 pengunjung sepanjang tahun.Beliau berkata, festival itu berpotensi memberi limpahan positif kepada perkembangan negeri Johor dengan menarik lebih 14,800 pengunjung yang hadir khususnya, Muzium Kota Tinggi |
|
Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri - Thempress - 9/12 10:11 pm SEJUMLAH RM2 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang untuk penganjuran Liga Bolasepak Peringkat Daerah, Negeri yang akan diadakan pada tahun depan. Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang,… |
|
KFC Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing, Perkasa Pembangunan Belia - Siakapkeli - 9/12 3:47 pm KFC Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing, Perkasa Pembangunan Belia KFC Malaysia mengukuhkan komitmennya dalam memperkasa pembangunan belia melalui jalinan kerjasama strategik dengan Johor Motorsports Racing (JMR) dengan membawakan pengalaman paddock perlumbaan secara langsung ke restoran KFC Edusphere, Cyberjaya |
|
Lelaki Bujang Malaysia Layak Mohon Untuk Menyewa Di Residensi Belia Cheras (DBKL) RM200 Sebulan - Siakapkeli - 9/12 3:06 pm Lelaki Bujang Malaysia Layak Mohon Untuk Menyewa Di Residensi Belia Cheras (DBKL) RM200 Sebulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini membuka tawaran penempatan kediaman khusus untuk golongan belia bujang lelaki yang bekerja atau menjalani latihan industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
|
Sewa RM200 sebulan, DBKL lancar projek mampu sewa untuk belia bujang - Wrlr - 9/12 1:46 pm Harapandaily December 9, 2025 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan projek perumahan mampu sewa untuk lelaki bujang yang bekerja di Kuala Lumpur, dengan kadar sewaan hanya RM200 sebulan. Tawaran penyewaan Residensi Belia Cheras itu juga terbuka untuk mereka yang menjalani latihan industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
|
Sewa RM200 sebulan, DBKL lancar projek mampu sewa untuk belia bujang - Harapandaily - 9/12 12:21 am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan projek perumahan mampu sewa untuk lelaki bujang yang bekerja di Kuala Lumpur, dengan kadar sewaan hanya RM200 sebulan. Tawaran penyewaan Residensi Belia Cheras itu juga terbuka untuk mereka yang menjalani latihan industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
|
Banjir di Selangor pulih, mangsa di Perak berkurangan - Sinarharian - 9/12 10:12 am KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Selangor pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kuala Selangor pada Isnin, manakala jumlah mangsa di Perak merekodkan penurunan pagi Selasa.Di SELANGOR, banjir di negeri itu pulih apabila PPS terakhir iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Pasangan, Kuala Selangor yang menempat 38 mangsa daripada 12 keluarga di sebelah pagi, ditutup pada 3 petang Isnin.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan ketika dihubungi berkata, semua mangsa dari Kampung Asahan dibenarkan pulang semalam dan keadaan banjir di sekitar daerah itu juga kembali nornal.Katanya, sebanyak 20 PPS dibuka sejak 24 November lalu dengan 29 kawasan di seluruh daerah itu dikenal pasti terjejas banjir.Di PERAK, jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 411 orang daripada 122 keluarga yang masih ditempatkan di lima PPS di tiga daerah, berbanding 487 mangsa daripada 140 keluarga malam tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan PPS Dewan Rumah Rehat MPTI Bandar Baru di Hilir Perak, yang sebelum ini menempatkan 45 orang daripada 10 keluarga, telah ditutup sepenuhnya pada 8.30 malam tadi.PPS Dewan Kompleks Belia dan Sukan Bagan Datuk masih mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 142 orang daripada 45 keluarga daripada lapan kampung di daerah itu.Di Manjung, 140 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala di Hilir Perak, 129 mangsa daripada 37 keluarga masih berlindung di dua PPS.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan hujan lebat dan ribut petir pada sebelah pagi di tiga daerah yang terjejas teruk akibat banjir |
|
Mangsa banjir di Perak menurun, Selangor meningkat sedikit - Sinarharian - 8/12 6:37 pm KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Perak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan manakala bilangan mangsa di Selangor meningkat sedikit pada petang ini berbanding pagi tadi.Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 487 orang daripada 140 keluarga yang masih berlindung di enam PPS membabitkan daerah Hilir Perak, Manjung dan Bagan Datuk berbanding 613 orang daripada 174 keluarga pagi tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 188 orang daripada 50 keluarga di tiga PPS, diikuti Manjung yang menempatkan 157 orang daripada 45 keluarga di dua PPS manakala 142 orang daripada 45 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Kompleks Belia dan Sukan Bagan Datuk.Kesemua mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS berkenaan sejak tiga minggu lepas belum dibenarkan pulang berikutan kediaman mereka masih digenangi air.Sementara itu, sekretariat berkenaan turut memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Rubana di Hutan Melintang yang menempatkan 74 orang daripada 19 keluarga telah ditutup sepenuhnya pada 2.30 petang tadi.Di SELANGOR, jumlah mangsa yang masih berada di PPS adalah sebanyak 51 orang daripada sembilan keluarga petang ini berbanding 38 orang daripada 12 keluarga pagi tadi.Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Komuniti Orang Asli Gombak itu adalah penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak pada Rabu lepas |
|
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2026 DUN Kota Anggerik Ringankan Beban 500 Pelajar - Harapandaily - 7/12 8:25 pm FOTO BERITA: Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Sesi 2026 oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi ADUN Kota Anggerik merangkap EXCO Pembangunan Belia & Sukan, Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif dan Pengurusan Bencana di Petals Event Space, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor |
|
Jawatan kosong tersembunyi punca pengangguran belia berterusan - Sinarharian - 7/12 6:23 pm SHAH ALAM Amalan menyembunyikan maklumat mengenai kekosongan jawatan boleh memburukkan lagi kadar pengangguran belia di negara ini, khususnya apabila graduan berdepan kesukaran untuk mendapatkan saluran jelas bagi memohon pekerjaan.Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Shafie BP Mammal berkata, masalah utama bukan terletak pada kekurangan graduan berkualiti, tetapi pada tahap ketelusan yang rendah dalam penyebaran maklumat peluang pekerjaan.Ujarnya, kebanyakan iklan pekerjaan ketika ini hanya dikongsi melalui portal persendirian, kumpulan WhatsApp atau rangkaian tertutup, sekali gus mendedahkan graduan kepada ketidaksamarataan akses terhadap maklumat peluang pekerjaan."Statistik menunjukkan kadar pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun adalah sekitar 9.9 peratus, melibatkan lebih 290,000 orang, manakala bagi golongan berusia 15 hingga 30 tahun pula mencatat kadar 6.2 peratus," katanya.Menurut Shafie, angka tersebut mencerminkan realiti yang telah lama dihadapi oleh kebanyakan keluarga di negara ini."Anak-anak mereka memohon pekerjaan di merata tempat tetapi masih gagal mendapat kerja tetap."Mereka tidak pasti sama ada peluang sudah terlepas hanya kerana maklumat tidak tersusun," katanya lagi.Bagi menangani isu tersebut, kerajaan telah mencadangkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dengan penambahan Seksyen 45F, yang akan mewajibkan majikan mengiklankan semua kekosongan jawatan di portal MYFutureJobs.Shafie menjelaskan bahawa langkah tersebut akan mewujudkan satu pusat rujukan nasional yang membolehkan semua graduan merujuk peluang pekerjaan menerusi platform yang khusus dan mudah diakses.Beliau menambah, majikan masih dibenarkan menggunakan platform lain seperti JobStreet atau LinkedIn, namun MYFutureJobs akan menjadi asas minimum agar rakyat tahu bahawa semua kekosongan mesti dipaparkan di sana terlebih dahulu. |
|
Setiap sen royalti buku bantu pelajar miskin - Anwar - Sinarharian - 7/12 4:20 pm KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI]Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengumumkan setiap sen royalti daripada buku terbaharunya, Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times akan disalurkan sepenuhnya kepada pelajar kurang berkemampuan di negara ini.Beliau berkata, naskhah berkenaan diterbitkan secara global oleh Hurst untuk pasaran United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah; Penguin untuk Asia; dan Hong Kong University Press untuk China dan Asia Timur dengan unjuran royalti yang dijangka besar susulan harga ditentukan oleh penerbit."Saya umumkan sekarang bahawa setiap sen royalti akan dibelanjakan untuk pelajar miskin di negara ini."Jadi, terima kasih sekali lagi dan kakitangan saya akan pastikan apabila royalti dihantar, setiap satu sen akan segera disalurkan kepada pelajar miskin di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu di Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil di sini pada Ahad.Mengulas lanjut mengenai buku itu, Anwar berkata, ia bukanlah autobiografi semata-mata tetapi lebih kepada kompilasi perkembangan ideanya sejak 1970-an, meliputi isu-isu seperti keadilan, reformasi, rasuah, ekstremisme agama dan cabaran masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Beliau juga mengetengahkan cabaran global terkini termasuk transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga dengan penekanan bahawa kemajuan teknologi tidak seharusnya mengorbankan nilai insani.Perdana menteri berkata, buku itu dikaranglebih sedekad meliputisebahagian daripada catatan peribadinya semasa di Penjara Sungai Bulohdan refleksi daripada pelbagai fasa kehidupannya sebagai aktivis, menteri serta tahanan politik.Sebelum ini, Anwar turut menghasilkan The Asian Renaissanceyang diterbitkan pada 1996 semasa beliau berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri.Karya itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Itali oleh penterjemah Andrea Fais dan penerbit Stefano Bonilauri."The Asian Renaissance didedikasikan untuk ibu bapa saya |
|
PPP sokong langkah kerajaan lindungi belia dalam talian - Mgazette - 7/12 3:42 pm # PPP sokong langkah kerajaan lindungi belia dalam talian KUALA LUMPUR - Parti Progresif Penduduk (PPP) menyokong penuh terhadap keputusan kerajaan yang melarang individu berusia bawah 16 tahun daripada mengakses platform media sosial bermula tahun hadapan |
|
Briskwalk Rakan Muda Aktif Masjid ajak anak muda dekati, imarah masjid - Utusan - 7/12 3:40 pm JERANTUT: Program Briskwalk Rakan Muda Aktif Masjid di pekarangan Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Bandar Pusat Jengka, kelmarin berjaya menarik penyertaan kira-kira 600 anak muda mendekati dan mengimarahkan masjid melalui aktiviti riadah santai yang digabungkan dengan pengisian rohani. Pengerusi penganjur program, Razak Daud berkata, acara tersebut bukan sahaja memberikan peluang golongan belia meningkatkan .. |
|
Info Peluang Kerja Tak Sampai Pada Anak Muda? UNI-MLC Dakwa Jawatan Kosong Tersembunyi Punca Belia Menganggur - Lobakmerah - 7/12 1:48 pm Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) memberi peringatan bahawa kewujudan jawatan kosong tersembunyi boleh memburukkan lagi kadar pengangguran belia di negara ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |