///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Asia Barat News   Page 1    





Peruntukan ADUN perlu diagih menyeluruh, elak rakyat keliru - Pas Pahang - Sinarharian - 12/04 5:20 pm

KUANTAN - Agihan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira blok politik bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar berkata, setakat ini blok pembangkang masih belum menerima makluman rasmi berhubung mekanisme agihan peruntukan RM15,000 seminggu yang diumumkan kerajaan."Sama ada bila disebut ADUN itu merujuk kepada semua ADUN dan kita jangkakan bagi kawasan pembangkang mungkin tidak disalurkan kepada ADUN pembangkang, sebaliknya melalui penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)."Cuma kita mengharapkan agihan itu dibuat secara menyeluruh termasuk kepada ADUN pembangkang."Tapi, jika benar ia tidak diberikan maka benarlah kami ini dianggap 'anak tiri'," katanya ketika ditemui pada Jamuan Aidilfitri 1447H Pas DUN Tanjung Lumpur di Pantai Anak Air di sini pada Ahad.Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilaporkan berkata, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban rakyat susulan isu harga minyak dan subsidi.Beliau memaklumkan peruntukan RM15,000 seminggu disalurkan kepada semua wakil rakyat bagi membeli barangan asas untuk diagihkan kepada rakyat.Mengulas lanjut, ADUN Tanjung Lumpur memberitahu, peruntukan berkenaan difahamkan diperkenalkan susulan kegawatan geopolitik di Asia Tengah yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa.Ujar beliau, namun ketidakseimbangan dalam agihan peruntukan boleh memberi kesan persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peranan wakil rakyat di kawasan masing-masing."Nanti rakyat keliru dan mereka anggap kita sebagai ADUN turut menerima peruntukan, sedangkan masyarakat kini berdepan kenaikan kos hidup dan semua terkesan."Jika bantuan itu tidak disampaikan maknanya ada benda yang tak kena, tidakkah perkara tu menyebabkan terasa blok pembangkang ni seperti macam anak tiri?"Kalau sebelum ini pun peruntukan tidak diberikan, hanya melibatkan peruntukan kecil melalui Jabatan Daerah dan pusat khidmat ADUN," katanya.Dalam pada itu, Rosli menegaskan pihaknya tetap akan meneruskan usaha membantu rakyat di kawasan masing-masing walaupun berdepan kekangan peruntukan."Walau apa pun, kita akan berusaha sedaya upaya untuk bantu rakyat dengan kemampuan yang ada," katanya.Menjawab mengenai perkembangan politik di Parlimen Indera Mahkota, Rosli berkata pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang menamakan Datuk Ahmad Farhan Fauzi sebagai calon kawasan itu merupakan perkembangan awal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurutnya, kawasan berkenaan merupakan kerusi strategik yang memerlukan gerak kerja akar umbi yang tersusun serta kekuatan jentera parti."Rakyat lebih melihat siapa daripada kalangan individu yang betul-betul membantu rakyat dan sebagainya." katanya.Pada Jumaat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang parti itu mengakui beliau telah diamanahkan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU16.Beliau menyifatkan amanah itu sebagai tanggungjawab besar serta cabaran untuk memastikan kemenangan semula PKR di kerusi berkenaan.Pada PRU15, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang disandangnya dengan majoriti 8,399 undi serta menewaskan tiga pencabarnya daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Pejuang.Saifuddin menyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota sejak 2018, ketika bersama PKR dan kemudian mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).





Piala Thomas: Zii Jia mampu suntik semangat skuad negara di Horsens... - Mgazette - 12/04 5:11 pm

# Piala Thomas: Zii Jia mampu suntik semangat skuad negara di Horsens - Rashid KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek yakin pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia mampu menyuntik moral barisan pemain badminton Malaysia pada Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmarkyang dijadualkan berlangsung 24 April hingga 3 Mei ini





Jana Wibawa: Bicara kes Muhyiddin bersambung esok dan Khamis - Mgazette - 12/04 5:11 pm

# Jana Wibawa: Bicara kes Muhyiddin bersambung esok dan Khamis KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan esok dan Khamis ini bagi menyambung perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan projek Jana Wibawa





KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di .. - Mgazette - 12/04 5:11 pm

Semalam, Saifuddin Nasution berkata KDN akan menempatkan anggota polis di stesen minyak berhampiran kawasan sempadan bagi memantau dan mengekang penyeludupan bahan api. Langkah itu susulan arahan terbaharu Kabinet minggu lepassusulan konflik di Asia Barat yang berisiko memberi kesan rantaian terhadap bekalan dan harga barangan negara





Krisis tenaga global: JPJ seru pengguna manfaat perkhidmatan digital - Mgazette - 12/04 5:11 pm

# Krisis tenaga global: JPJ seru pengguna manfaat perkhidmatan digital KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan bagi melaksanakan urusan berkaitan tanpa perlu hadir ke kaunter, bagi mengurangi impak kenaikan kos sara hidup susulan konflik Asia Barat





Waspada peralihan monsun aktif - Sinarharian - 12/04 4:45 pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada susulan negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif yang dijangka membawa cuaca lebih lembap dalam tempoh seminggu akan datang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan jangkaan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca berpotensi disertai ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan kawasan, khususnya di barat dan pedalaman Semenanjung termasuk Johor dan Melaka, selain pedalaman Sabah dan Sarawak.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, perubahan cuaca itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan cuaca panas yang dirasai sebelum ini, namun beberapa kawasan di utara serta pedalaman Semenanjung masih berisiko mengalami suhu yang lebih tinggi."Pada masa sama, kita perlu lebih berwaspada kerana keadaan ini boleh membawa kepada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dalam tempoh yang singkat," katanya menerusi hantaran di Facebook.Ahmad Zahid berkata, Johor dan Melaka dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada waktu pagi, petang dan malam bergantung kepada lokasi, sekali gus menuntut kesiapsiagaan berterusan daripada semua pihak.Timbalan Perdana Menteri turut melahirkan kebimbangan terhadap paras air empangan di kedua-dua negeri berkenaan yang masih berada pada tahap membimbangkan berikutan taburan hujan yang tidak sekata sejak kebelakangan ini.Sehubungan dengan itu, Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai sebagai usaha meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang kritikal."Insya-ALLAH, kami akan terus memantau keadaan semasa dan melakukan ikhtiar terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan bekalan air sentiasa terjamin," katanya.





'Mana satu betul?' - Mohd Radzi persoal dakwaan Malaysia hantar diesel ke Filipina - Sinarharian - 12/04 3:53 pm

Mana satu betul?"Saya mohon Kerajaan segera merungkaikan perkara ini. Sekiranya kenyataan kerajaan Filipina itu tidak tepat, kerajaan Malaysia perlu minta perkara tersebut dibetulkan," tegasnya dalam kenyataan Facebook pada Ahad.Terdahulu, media Filipina melaporkan kira-kira 329,000 tong, atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke Filipina sekali gus menambah bekalan bahan api negara itu ketika pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan susulan krisis di Asia Barat.Ketibaan terkini diesel yang diperoleh kerajaan itu menyusuli penghantaran pertama sebanyak 142,000 tong, atau 22.578 juta liter, dari Jepun pada 26 Mac lalu.Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Setiausaha Jabatan Tenaga (DOE), Sharon Garin, berkata ketibaan penghantaran kedua itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan bekalan domestik ketika ketegangan di rantau Asia Barat terus memuncak.Bagaimanapun, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan penglibatan syarikat itu dalam laporan penghantaran kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia ke Filipina seperti yang dilaporkan.Mengulas lanjut, Radzi menyifatkan jumlah sumber tenaga yang didakwa dihantar ke negara jiran itu merupakan satu angka yang sangat besar dan tidak boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan."Dalam keadaan seluruh dunia cuba mendapatkan bekalan diesel, 52.311 juta liter itu amat bermakna untuk mana-mana negara sekalipun," ujarnya.





Balik Pulau family turns to self-sustained living with backyard farming - Sinardaily - 12/04 3:00 pm

BALIK PULAU What began as a way to pass time during the Movement Control Order (MCO) has now become a daily routine for a family, who raise chickens and grow their own vegetables to cut costs and secure their own food supply.Housewife Haniza Abdul Razak, 49, said the decision was made as their home has ample open space.Since the MCO, my husband started rearing chickens and even built the coop himself





Jey Prabakaran buru rekod dunia ketiga, latih kardio 18 jam tanpa henti - Sinarharian - 12/04 11:26 am

BELUM puas dengan dua rekod dunia, atlet kecergasan negara, K Jey Prabakaran kini meletakkan sasaran lebih ekstrem untuk memburu rekod dunia ketiga dalam tempoh terdekat.Anak jati Kuala Lipis berusia 29 tahun itu bakal menguji had keupayaan manusia menerusi cabaran 18 jam kardio dan angkat berat tanpa henti.Menurutnya, cabaran terbaharu itu jauh lebih sukar berbanding dua rekod dunia sebelum ini iaitu bagi kategori 12 jam dan 15 jam."Sasaran saya jelas, 18 jam kardio dan angkat berat tanpa henti





PN Pahang gesa agihan peruntukan adil, jangan politikkan kebajikan rakyat .. - Mgazette - 12/04 7:56 am

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun pihaknya mengalu-alukan pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung peruntukan RM15,000 kepada setiap wakil rakyat namun cara agihannya amat mendukacitakan. Menurutnya, bantuan bagi mendepani kesan ekonomi krisis Asia Barat itu dilapor hanya disalurkan kepada ADUN kerajaan dan Penyelaras DUN sahaja





Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina - Sinarharian - 12/04 12:19 am

KUALA LUMPUR - Petronas menafikan penglibatan syarikat itu dalam laporan penghantaran kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia ke Filipina seperti yang dilaporkan oleh media asing baru-baru ini.Petronas menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak di Filipina berkaitan pembekalan diesel."Keutamaan utama Petronas kekal memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia, melalui penyelarasan rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan," kata syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.Penjelasan itu dibuat susulan laporan Agensi Berita Filipina (PNA) yang menyatakan penghantaran diesel berkenaan bertujuan menambah bekalan bahan api Filipina ketika pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan susulan krisis di Asia Barat





Isu diesel dan sekuriti makanan: PN gesa kerajaan bertindak segera lindungi ekonomi - Sinarharian - 11/04 10:18 pm

SHAH ALAM - Kerajaan perlu bertindak segera melindungi ekonomi dengan memperkenalkan mekanisme penstabilan harga bagi sektor kritikal seperti pertanian, logistik dan pengeluaran makanan.Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bantuan bersasar kepada pesawah, nelayan dan pengusaha kecil juga mesti diperluaskan selain menyediakan sokongan kos input bagi mengelakkan gangguan musim penanaman.Bukan itu sahaja, beliau turut menyarankan supaya kerajaan mempertimbangkan potongan cukai kepada industri terkesan selain mengadakan libat urus segera dengan pihak berkepentingan bagi merangka langkah mitigasi yang berkesan.Kata Takiyuddin, kegagalan bertindak segera berisiko memberikan kesan jangka panjang kepada kestabilan harga makanan, kesejahteraan hidup rakyat dan ketahanan ekonomi negara, malah ia juga berpotensi menjadi krisis yang sukar ditangani."PN memandang serius rayuan pesawah yang semakin tertekan akibat kenaikan berterusan harga diesel hingga meningkatkan kos penanaman padi dan mengancam kelangsungan pengeluaran makanan domestik."Menurut Persatuan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), petani mempunyai keupayaan terhad untuk menyerap peningkatan kos bajak atau tuai melebihi 50 peratus. Kos keseluruhan termasuk baja serta racun mencecah sehingga 65 peratus yang akan meningkatkan risiko kelewatan musim penanaman, pengurangan keluasan tanaman dan kemerosotan pengeluaran padi tempatan."Perkembangan ini berpotensi menjejaskan keselamatan makanan negara sekali gus meningkatkan kebergantungan kepada import," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob yang memaklumkan keadaan itu diburukkan lagi oleh faktor cuaca serta kenaikan harga bahan api dan memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran.Atas dasar itu, katanya golongan pesawah di seluruh negara semakin tertekan dan bersedia menghentikan penanaman padi sekiranya kerajaan tidak segera campur tangan dalam menangani peningkatan kos operasi yang semakin membebankan kesan kenaikan harga diesel.Takiyuddin berkata, kerajaan menyasarkan tahap sara diri beras negara mencecah 75 peratus pada 2025 daripada 62.6 peratus (2022), namun jika diperhatikan secara lebih teliti, angka itu sebenarnya menurun kepada 56.2 peratus (2023) dan 52.9 peratus (2024).Ahli Parlimen Kota Bharu itu menjangkakan ia terus menurun pada 2025 dan tahun ini.Beliau berpandangan kebimbangan peningkatan kos bukan sahaja disuarakan oleh pesawah, malah turut dikongsi pelbagai sektor termasuk logistik, pengangkutan, pembinaan, perladangan, perikanan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Tambah beliau, peningkatan kos operasi dalam sektor-sektor tersebut dijangka memberi kesan rantaian kepada harga barangan dan perkhidmatan yang akhirnya membebankan rakyat."Umum mengetahui tekanan harga semasa sebahagiannya dipengaruhi oleh ketidaktentuan global, termasuk konflik geopolitik di Asia Barat yang menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran tenaga dunia."Walaupun begitu, semua pihak turut menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera dan konkrit bagi mengurangkan kesan buruknya terhadap ekonomi domestik sehingga ke tahap melumpuhkan daya tahan serta kemampuannya untuk pulih."Perkembangan global tidak boleh terus dijadikan alasan untuk lewat bertindak





Police to be stationed at petrol stations to curb fuel leakages - Sinardaily - 11/04 9:58 pm

KOTA KINABALU Police personnel will be deployed at petrol stations as part of efforts to expand the static placement of enforcement officers from the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) to combat petrol and diesel leakages.Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Armizan Mohd Ali said the initiative was decided during a Cabinet meeting last Wednesday.He said the move aims to strengthen monitoring and enforcement following increased risks of fuel leakages amid the global energy crisis triggered by conflicts in West Asia.Since March 20, KPDN enforcement officers have been periodically stationed at petrol stations around border areas nationwide.Following the presentation of a report by the Inter-Agency Enforcement Coordination High-Level Committee on Combating Leakages and Smuggling (JTPAP) at the National Economic Action Council (MTEN) meeting, it was found that there is a need to expand static monitoring coverage to all petrol stations near borders and other high-risk areas, he said.He was speaking to reporters during the Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) Santuni Komuniti @ Dapur Kita programme with KPDN here.Armizan said assistance from the Royal Malaysia Police (PDRM) is needed due to limited KPDN enforcement resources and the growing demand for closer monitoring of supply status and prices of goods nationwide following the conflict.The ongoing energy crisis is also expected to impact the supply chain of food and goods, particularly imported sources.The first phase, from March 20 to April 10, 2026, involved static deployment of KPDN enforcement officers at 87 petrol stations, and will be followed by an additional 70 stations in phase two starting next week, which will involve police personnel.We will continue to monitor risks and the need for broader expansion from time to time, he said.Meanwhile, he added that the ministry is also planning to involve the Peoples Volunteer Corps (Rela) in the initiative.I have discussed with the Home Minister the possibility of involving Rela volunteers in the static monitoring process at these petrol stations, he said.





Krisis Asia Barat: Agih peruntukan secara adil kepada semua ADUN - PN Pahang - Sinarharian - 11/04 8:47 pm

KUANTAN Perikatan Nasional (PN) Pahang menggesa Kerajaan Negeri Pahang agar menyalurkan peruntukan bantuan secara adil kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira fahaman politik.Pengerusinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung peruntukan RM15,000 kepada wakil rakyat bagi membantu rakyat susulan krisis Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi dan kos sara hidup.Menurutnya, langkah membantu rakyat yang berdepan tekanan kos hidup yang semakin meningkat ini sememangnya wajar disokong."Namun begitu, amat mendukacitakan apabila pengumuman Menteri Besar menyatakan bahawa bantuan tersebut akan disalurkan hanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)."Pendekatan ini menzahirkan bahawa kerajaan BN Pahang masih bermain politik ketika rakyat sedang terhimpit dengan kesukaran hidup."Amalan sebegini bukan sahaja tidak menghormati mandat rakyat, malah menimbulkan persepsi bahawa bantuan kebajikan dijadikan alat kepentingan politik pihak pemerintah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, Wan Rosdy dilaporkan berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban rakyat susulan isu harga minyak dan subsidi.Beliau memaklumkan peruntukan RM15,000 seminggu disalurkan kepada wakil rakyat bagi membeli barangan asas untuk diagihkan kepada rakyat.Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menegaskan peruntukan tersebut sepatutnya disalurkan secara adil kepada semua ADUN yang dipilih oleh rakyat, tanpa mengira sama ada mereka daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.Jelasnya, Kerajaan negeri wajar mengambil teladan daripada pendekatan kerajaan PN pada tahun 2020 yang menyalurkan bantuan kepada semua Ahli Parlimen ketika negara menghadapi krisis wabak Covid-19 .Beliau menambah, semua ADUN berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti politik."Kesempitan hidup yang dihadapi rakyat hari ini tidak mengenal bangsa, agama, kawasan mahupun warna parti."Jika ada kebimbangan bahawa pemberian peruntukan secara sama rata akan menguatkan pembangkang, hakikatnya ketidakadilan itulah yang sering menimbulkan simpati rakyat terhadap pembangkang," jelasnya.ADUN Cheka itu juga mengingatkan bahawa sejarah membuktikan kerajaan yang gagal berlaku adil akhirnya akan dihukum oleh rakyat.Katanya, pengalaman di beberapa negeri seperti Kelantan dan Terengganu pada masa lalu menunjukkan bahawa tindakan menafikan hak wakil rakyat pembangkang bukan menguatkan kerajaan, sebaliknya menimbulkan kemarahan rakyat."Ketidakadilan bukan sahaja merosakkan kepercayaan rakyat, malah menghilangkan keberkatan dalam pemerintahan," tegasnya.Sehubungan itu, PN Pahang sekali lagi menggesa kerajaan negeri agar memperbetulkan pendekatan ini.Ujarnya, kebajikan rakyat tidak seharusnya dipolitikkan dan kerajaan perlu berlaku adil dengan menghormati mandat rakyat serta menyalurkan bantuan kepada semua wakil rakyat tanpa diskriminasi."Jika pendekatan tidak adil ini berterusan, rakyat akan melihat bahawa yang diutamakan bukan kebajikan rakyat, tetapi kelangsungan kuasa politik semata-mata," katanya.





FIFA tolak permohonan Iran pindahkan perlawanan ke Mexico - Sinarharian - 11/04 5:22 pm

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan untuk tidak memindahkan perlawanan Piala Dunia melibatkan pasukan Iran dari Amerika Syarikat (AS) ke Mexico, meskipun berdepan konflik di Asia Barat.Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada Jumaat berkata demikian dalam satu sidang media, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).Iran memohon untuk tidak bermain dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan di AS berikutan serangan AS dan Israel pada 28 Feb lepas





Konflik Asia Barat: Sabah boleh muncul sebagai hab tenaga utama negara - Zulkarnain - Sinarharian - 11/04 4:26 pm

KOTA KINABALU - Sabah mempunyai semua kelebihan untuk muncul sebagai hab tenaga utama negara dan rantau ini menerusi cadangan pembinaan kilang penapisan minyak di negeri berkenaan.Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, kelebihan Sabah dari segi sumber minyak yang melimpah, lokasi strategik serta sokongan dasar sedia ada menjadikan cadangan itu berpotensi besar untuk direalisasikan.Menurutnya, krisis tenaga dunia yang dipengaruhi konflik di Asia Barat, khususnya melibatkan Irantelah mendedahkan kelemahan ketara terhadap kebergantungan kepada laluan strategik seperti Selat Hormuz."Gangguan di laluan ini memberi kesan langsung kepada kestabilan bekalan dan harga minyak global, sekali gus memberi implikasi besar kepada negara-negara pengimport dan pengeksport."Krisis global hari ini adalah satu peringatan jelas bahawa kebergantungan kepada sumber luar dan laluan antarabangsa adalah berisiko tinggi





Ribut petir, hujan lebat di lima negeri - Sinarharian - 11/04 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang.Amaran sama turut melibatkan Cameron Highland, Pahang dan Kuching, Sarawak.Di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan; Pantai Barat (Ranau); Tawau; Sandakan (Tongod) serta Kudat (Kota Marudu)





Segera naik gaji, elaun jururawat tangani penghijrahan ??? Lingeshwaran - Mgazette - 11/04 3:54 pm

Media sebelum ini melaporkan kajian oleh MBSB Research mendapati kadar kekosongan jawatan jururawat di negara ini berada pada paras kritikal sekitar 15 hingga 18 peratus tahun ini. Kekurangan tenaga kerja itu turut mencetuskan perang gaji dalam sektor kesihatan swasta, apabila hospital terpaksa menawarkan gaji lebih tinggi serta insentif tambahan termasuk bonus kesetiaan bagi mengekalkan jururawat daripada berhijrah ke luar negara seperti Singapura dan Asia Barat





Krisis Asia Barat dipantau pastikan keselamatan 31,600 jemaah haji – .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# Krisis Asia Barat dipantau pastikan keselamatan 31,600 jemaah haji - Zulkifli SEPANG - Kerajaan sentiasa memantau situasi geopolitik di Asia Barat bagi memastikan keselamatan sejumlah 31,600 orang jemaah haji tahun ini terjamin





Konflik Asia Barat: Keselamatan jemaah haji dipantau rapi - Zulkifli - Sinarharian - 11/04 11:46 am

SEPANG - Keselamatan petugas dan jemaah haji Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, khususnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Beliau berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindakan segera sekiranya timbul sebarang situasi kecemasan melibatkan jemaah.Langkah kesiapsiagaan itu turut merangkumi pelaksanaan perancangan senario menyeluruh yang telah disusun lebih awal bagi menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang musim haji."TH sudah menubuhkan jawatankuasa khas, dan kita memantau dari semasa ke semasa ," katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Haji, di sini pada Sabtu.Zulkifli berkata, kerajaan yakin dengan keupayaan dan pengalaman jentera TH dalam mengurus operasi haji, sekali gus mampu memastikan kebajikan 31,600 jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara walaupun berdepan cabaran tidak dijangka."Apa pun, kita yakin bahawa dengan keseluruhan jentera yang kita ada, dan juga dengan kemampuan yang ada pada TH, insya-Allah kita akan dapat menyantuni dan mendepani setiap cabaran yang mungkin berlaku





Amanah ingatkan Akmal jangan keliru 'mainan' politik isu harga minyak - Sinarharian - 11/04 11:19 am

SHAH ALAM - Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh, agar tidak terkeliru dengan mainan politik pembangkang berhubung isu harga minyak tempatan.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang memberikan kenyataan mengelirukan adalah dikesali ketika Kerajaan Madani sedang berusaha menampan kesan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia.Muhammad Faiz menjelaskan, dakwaan bahawa harga minyak di Malaysia tidak menurun selari dengan trend global adalah tidak tepat kerana penetapan harga runcit dibuat berdasarkan purata harga minggu sebelumnya menerusi Mekanisme Harga Automatik (APM)."Walaupun terdapat sedikit sela masa atau lag effect, rakyat tetap menikmati manfaat daripada trend penurunan harga tersebut."Sistem APM juga berfungsi melindungi pengguna serta pengusaha stesen minyak daripada turun naik harga yang mendadak," ujarnya dalam satu kenyataan.Beliau mengulas laporan mengenai Dr Akmal yang dilaporkan senada dengan Ahmad Fadhli dalam mempersoalkan kemampuan Thailand menurunkan harga petrol dan diesel baru-baru ini.Mengulas perbandingan itu, Muhammad Faiz berkata, langkah Thailand menurunkan harga adalah hasil pelarasan semula formula yang sebelum ini mungkin lebih tinggi daripada kos sebenar, termasuk melibatkan caj pengangkutan dan insurans.Ujarnya, perkara itu gagal diperhalusi pembangkang yang lebih dipengaruhi sentimen berbanding fakta, malah tidak mengambil kira perbezaan ketara harga minyak antara Malaysia dan negara jiran berkenaan.Dalam pada itu, beliau menegaskan kritikan Abdul Hadi mengenai harga diesel lebih rendah di Sabah dan Sarawak menunjukkan kegagalan memahami realiti geoekonomi di Malaysia Timur.Menurutnya, faktor geografi yang luas serta kekangan infrastruktur menjadikan penggunaan kenderaan diesel sebagai keperluan asas di kedua-dua negeri berkenaan.Beliau berkata, kerajaan turut memastikan kebajikan kumpulan sasar terus terpelihara, termasuk mengekalkan subsidi diesel nelayan pada harga RM1.65 seliter dengan kuota 70 juta liter sebulan.Selain itu, ujarnya, sebahagian rakyat masih dilindungi melalui pelaksanaan bantuan bersasar seperti program BUDI.Muhammad Faiz berkata, Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus menunjukkan keprihatinan dengan tidak mengapungkan sepenuhnya harga diesel walaupun berdepan krisis di Asia Barat."Kerajaan juga telah menyerap sebahagian kos sebenar pasaran selama lima minggu berturut-turut."Kesannya, harga minyak di Malaysia kekal lebih rendah berbanding negara serantau lain, sekali gus mencerminkan disiplin fiskal kerajaan yang wajar dinilai secara adil," ujarnya lagi





Abang Johari: Sarawak on track to lead in hydro, hydrogen energy - BorneoPost - 11/04 11:01 am

MIRI (April 11): Sarawak is on the right track to becoming a pioneer in the use of cheaper hydropower and hydrogen energy compared with diesel, particularly amid the ongoing crisis in West Asia, said Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg





LazMall catat lonjakan jualan enam kali ganda di Asia Tenggara - Sinarharian - 11/04 9:30 am

KUALA LUMPUR Platform e-dagang, Lazada mencatat prestasi memberangsangkan sempena kempen Jualan Ulang Tahun ke-14 apabila LazMall merekodkan pertumbuhan nilai dagangan kasar (GMV) enam kali ganda di seluruh Asia Tenggara.Malaysia muncul antara pasaran paling kukuh dengan GMV keseluruhan platform meningkat lebih 5.5 kali ganda, manakala GMV LazMall melonjak sehingga 12 kali ganda, sekali gus mencerminkan perubahan corak pembelian pengguna yang semakin menitikberatkan kepercayaan dan ketulenan produk.Kempen yang berlangsung pada penghujung Mac lalu turut menunjukkan pengguna kini tidak lagi bergantung kepada faktor harga semata-mata, sebaliknya lebih cenderung memilih kedai jenama rasmi, produk tulen serta pengalaman beli-belah yang memudahkan keputusan pembelian.Sepanjang tempoh kempen, Lazada mencatatkan peningkatan GMV lebih 3.5 kali ganda di peringkat serantau berbanding tempoh bukan kempen, manakala LazMall terus mengatasi prestasi platform dengan pertumbuhan enam kali ganda.Di Malaysia, LazMall menyumbang 41 peratus daripada keseluruhan GMV platform, iaitu hampir separuh daripada jumlah jualan sepanjang kempen tersebut.Prestasi ini turut didorong oleh peningkatan keyakinan pengguna terhadap kedai rasmi, termasuk produk antarabangsa apabila kedai jenama dari TMALL dan Gmarket mencatat peningkatan pesanan sebanyak 2.5 kali ganda dan GMV 3.5 kali ganda di lima pasaran utama.Dalam pada itu, 100 penjual teratas LazMall di Malaysia mencatat lonjakan GMV lebih 24 kali ganda, berbanding lapan kali ganda di peringkat serantau, menunjukkan permintaan tinggi terhadap jenama yang dipercayai pengguna.Dari segi kategori, peralatan rumah mencatat pertumbuhan tertinggi dengan peningkatan 30 kali ganda, diikuti telefon bimbit dan tablet (28 kali ganda), kasut sukan dan pakaian (24 kali ganda), barangan runcit (21 kali ganda) serta produk kecantikan (15 kali ganda).Trend ini menunjukkan pengguna bukan sahaja membuat pembelian bernilai tinggi secara terancang, malah turut menggunakan platform untuk keperluan harian seperti barangan isi rumah, kesihatan dan penjagaan diri.Dalam masa sama, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut memainkan peranan penting apabila hampir 100,000 pengguna di rantau ini membuat pembelian selepas berinteraksi dengan pembantu beli-belah AI, Lazzie, menyumbang hampir AS$3 juta GMV sepanjang kempen.Ciri SmartStack yang diperkenalkan turut menarik kira-kira 2.5 juta pengguna harian dengan peningkatan trafik sebanyak 38 peratus, manakala interaksi pengguna dengan Lazzie meningkat empat kali ganda.Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin berkata, pengguna kini semakin bijak dan teliti dalam membuat keputusan pembelian."Nilai masih penting, tetapi kepercayaan juga menjadi keutamaan





Bawa pulang MALBATT dari Lubnan langkah tepat - Sinarharian - 11/04 7:50 am

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk menarik keluar pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) dari selatan Lubnan disifatkan sebagai langkah tepat dan relevan dengan situasi konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, keadaan peperangan berterusan di kawasan berkenaan dilihat meningkatkan risiko keselamatan anggota yang terlibat dalam misi pengaman."Selain itu, tempoh penugasan misi di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) itu dijangka berakhir pada hujung tahun ini."Rakyat perlu faham peranan anggota pengaman ini bersifat defensif dan bukan untuk bertempur





BAC 2026: Tiga beregu tersingkir, cabaran Malaysia tamat di suku akhir - Sinarharian - 10/04 11:10 pm

CABARAN Malaysia dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 berakhir selepas ketiga-tiga pasangan negara tersingkir pada saingan suku akhir di Ningbo, China, pada Jumaat.Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, beregu wanita negara yang juga pilihan kedua, Pearly Tan dan M Thinaah tewas kepada pasangan nombor sembilan dunia dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min dengan straight set 21-13, 21-15.Ia adalah kekalahan kedua pasangan Malaysia itu kepada gandingan China berkenaan dalam tiga pertemuan.Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam perlawanan sengit selama satu jam 23 minit.Pasangan nombor dua dunia itu bangkit memenangi set kedua untuk mengheret aksi ke set penentuan, namun gandingan Korea Selatan yang berada di kedudukan ke-22 dunia berjaya mengawal permainan untuk meraih kemenangan 21-19, 16-21, 21-13.Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut tersingkir pada peringkat suku akhir





Aaron-Wooi kandas, tiada lagi wakil negara di Kejohanan Badminton Asia - FMT - 10/04 10:46 pm

Pasangan nombor dua dunia itu peraga kebangkitan dramatik namun pasangan Korea Selatan akhirnya unggul dalam set penentuan.





Game over for Malaysia as Aaron-Wooi Yik crash out of Asia Championships - FMT - 10/04 10:06 pm

The world No 2 pair make a dramatic comeback in the second game to force a rubber, but their Korean rivals prevail in the decider





Pearly-Thinaah surrender tamely in Asia Championships - FMT - 10/04 8:58 pm

Lethargic Malaysians go down to lower-ranked Chinese pair in the quarter-finals.





Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - Sinarharian - 10/04 5:21 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di lapan negeri dan turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena serta Padang Terap.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut) serta Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).Kawasan terjejas di Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.Sementara itu di Sarawak, kawasan yang terkesan ialah Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi).Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas)





Kerajaan beri amaran kepada syarikat korporat, industri beli minyak pada harga pam - Amir Hamzah - Sinarharian - 10/04 4:57 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi amaran untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana syarikat korporat dan industri yang bertindak membeli minyak pada harga pam secara diam-diam, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Beliau berkata, syarikat sedemikian sepatutnya membeli minyak secara terus daripada syarikat minyak pada harga pasaran RM7 - RM8 seliter berbanding harga diesel di stesen minyak pada RM6.72 seliter yang sebahagian daripada kosnya masih lagi diserap oleh kerajaan."Kerajaan memberi amaran kepada syarikat-syarikat ini untuk menghentikan aktiviti channel switching atau berdepan dengan tindakan penguatkuasaan," katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global pada Jumaat.Selain memantau aktiviti itu untuk memastikan bekalan dalam negara, katanya kerajaan juga meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk membanteras penyeludupan dan penyelewengan.Harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter.Amir Hamzah berkata, kerajaan juga berterima kasih kepada rakyat yang melaporkan salah laku kepada pihak berkuasa seperti warga asing yang mengisi kereta mereka dengan RON95 serta aktiviti yang mencurigakan di stesen minyak dan di sempadan negara."Semangat kebersamaan inilah yang membantu kita dalam menghadapi krisis





HONOR ungguli pasaran telefon pintar Malaysia - Sinarharian - 10/04 4:30 pm

SHAH ALAM Jenama teknologi global, HONOR, mencipta pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai peneraju jualan keseluruhan telefon pintar di Malaysia, menurut laporan terkini oleh firma penyelidikan antarabangsa, Counterpoint Research.Kejayaan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan HONOR sebagai antara pilihan utama pengguna tempatan dalam pasaran yang semakin kompetitif dan dinamik.Laporan berkenaan turut menjelaskan bahawa industri telefon pintar global kini sedang melalui fasa transformasi besar antara tahun 2025 hingga 2026, dengan segmen Akses Flagship muncul sebagai kategori paling pesat berkembang.Segmen ini merujuk kepada peranti yang menawarkan pengalaman setaraf telefon premium pada harga lebih mampu milik, dengan pertumbuhan jualan global sebanyak 25 peratus tahun ke tahun pada 2025





Kenaikan harga diesel: MCA gesa kerajaan laksana pelarasan dasar tepat, .. - Mgazette - 10/04 3:59 pm

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perlu tampil dengan dasar dan tindakan yang lebih praktikal untuk membantu rakyat menghadapi tekanan ekonomi semasa. "Rakyat memahami bahawa ketidaktentuan di Asia Barat memberi kesan kepada bekalan tenaga global serta inflasi, namun kefahaman itu tidak bermakna rakyat mampu menanggung beban tanpa had





Medicine supply stable through June - Dzulkefly - Sinardaily - 10/04 3:11 pm

PUTRAJAYA - The country's medicine supply remains stable and sufficient at least until the end of June, thanks to combined government and industry stockpiles.Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said the government is preparing in case the West Asia conflict persists, including implementing medium- and long-term mitigation measures."For the immediate period until the end of June, we still have stable and sufficient stock





Konflik Asia Barat: Harga ubat, peranti perubatan meningkat ketara - Sinarharian - 10/04 12:34 am

PUTRAJAYA - Harga ubat meningkat dengan ketara sehingga 40 peratus susulan tekanan rantaian bekalan global akibat perang Asia Barat.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kenaikan tersebut berkait rapat dengan faktor logistik, pengangkutan serta harga bahan api global yang terus meningkat."Pastinya harga ubat sudah pun mula meningkat dan kesan kenaikan kos itu telah dirasai dengan anggaran peningkatan sekitar 30 hingga 40 peratus ," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026 di sini pada Jumaat.Beliau berkata, kenaikan lebih ketara melibatkan peranti perubatan yang mencatatkan lonjakan sehingga 100 peratus.Menurutnya, situasi itu berlaku berikutan tindakan pembekal menangguhkan penghantaran sejak Mac lalu, sekali gus memberi kesan kepada harga pasaran."Harga peranti perubatan lebih tinggi, ada yang mencatatkan kenaikan sehingga 50 peratus dan ada mencecah 100 peratus," katanya.Meskipun begitu, beliau berkata, bekalan ubat-ubatan seluruh negara stabil untuk memenuhi keperluan sehingga Jun ini.Katanya, jaminan itu mengambil kira stok sedia ada di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) serta simpanan oleh pihak industri."Tiga bulan ini kita masih punya stok yang stabil dan mencukupi."Saya boleh kata begitu sebab bukan hanya di bawah fasiliti penyimpanan bekalan KKM, ada juga industri dan mereka juga ada 'stockpiling'," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik atau bertindak menyimpan ubat secara berlebihan."Jangan terlalu panik





Op Hazard 3.0: Polis dedah sindiket e-waste guna jaringan pemain industri sama - Sinarharian - 10/04 11:49 am

KUALA LUMPUR Polis tidak menolak kemungkinan kegiatan pemprosesan sisa elektronik atau e-waste dijalankan oleh sindiket yang mempunyai jaringan dalam kalangan pemain industri sama.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan masih berjalan termasuk meneliti kemungkinan wujud kaitan antara premis yang diserbu dalam Op Hazard 3.0."Siasatan masih dijalankan dan kita tidak menolak kemungkinan ada kaitan antara pemain industri sama yang menjalankan kegiatan ini."Hasil 110 serbuan yang dijalankan, sebanyak 42 kilang haram dikenal pasti menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.Mohd Khalid berkata, sebahagian premis dikesan pernah diserbu dalam Op Hazard 1.0 dan Op Hazard 2.0."Kilang haram itu ada yang pernah diserbu sebelum ini menerusi Op Hazard 1.0 dan Op Hazard 2.0."Kebanyakannya dikendalikan oleh warga tempatan, namun terdapat juga premis yang diuruskan oleh warga asing," katanya.Beliau berkata, siasatan turut mendapati terdapat premis yang mempunyai lesen bagi tujuan lain sebelum membawa masuk sisa e-waste untuk diproses."Sindiket ini juga didapati membuat pengisytiharan palsu semasa kontena dibawa masuk ke negara ini."Sisa e-waste itu kemudian diproses semula menjadi bahan seperti timah, emas dan tembaga," katanya.Menurutnya, produk akhir yang dihasilkan akan dieksport semula ke luar negara."Siasatan mendapati sisa e-waste ini dibawa masuk dari pelbagai negara termasuk dari Barat dan Timur."Pelaksanaan Op Hazard 3.0 memberi impak ketara dalam melumpuhkan rangkaian sindiket e-waste haram serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan agensi penguatkuasaan," katanya.Mohd Khalid menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti haram yang mengancam keselamatan negara, kesihatan rakyat dan kelestarian alam sekitar."Orang ramai diseru memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan e-waste haram," katanya.





Southeast Asia faces contrasting energy challenges as crisis deepens - FMT - 10/04 8:00 am

As the war in West Asia plays havoc on crude supply, rising prices and shortages are forcing consumers to cut back on demand.





Isu harga minyak: Kerajaan perlu dengar, nilai, bertindak lebih telus - Mohd Syahir - Sinarharian - 9/04 10:00 pm

SHAH ALAM Kerajaan perlu mendengar, menilai dan bertindak lebih telus dalam menangani isu kenaikan harga minyak susulan krisis di Asia Barat.Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, hal ini kerana pendekatan kerajaan dalam menguruskan isu berkenaan dilihat masih tempang khususnya melibatkan pelaksanaan subsidi bersasar.Menurutnya, langkah menangani krisis ekonomi tidak sepatutnya memindahkan beban kepada rakyat, sama ada melalui perluasan cukai, pengurangan subsidi atau pelaksanaan mekanisme subsidi silang."Apa yang sedang kita saksikan hari ini ialah pendekatan Anwarnomics cenderung memindahkan beban ekonomi kepada rakyat secara silang subsidi yang tidak telus dan samar dalam menangani krisis tenaga global."Lebih malang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak membawa watak Perdana Menteri yang gentleman, asyik memperlekeh dan menyalahkan orang lain dengan ungkapan yang tidak enak seperti bodoh, bebal, buta huruf, dangkal, tidak kurang seperti ungkapan jelik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump."Dalam dunia serba pantas, zaman di mana kerajaan lebih tahu segalanya telah berlalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Abdul Hadi berkata, tiada sebab untuk kerajaan menaikkan harga minyak memandangkan Malaysia mempunyai sumber petroleum sendiri, selain tidak terlibat dalam sekatan di selat berkenaan."Kenaikan harga minyak tidak sepatutnya berlaku memandangkan sebelum ini terdapat dakwaan bahawa kemelut tersebut mampu diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 24 jam."Tidak wajar untuk menaikkan harga minyak melainkan berlaku banyak kebocoran dan salah laku dalam pengurusan," ujarnya.Dalam pada itu Mohd Syahir berkata, meskipun kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, jurang harga bahan api antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dilihat semakin meluas.Justeru, beliau berkata, negara perlu menyusun semula keutamaan ekonomi negara dengan mengambil kira pandangan rakyat serta pakar industri."Dalam hal ini, pendekatan 3M yang telah saya gariskan sebelum ini wajar diberi perhatian





Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke suku akhir BAC 2026 - Sinarharian - 9/04 9:36 pm

JUARA bertahan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan kedua yang sengit hari ini.Aaron-Wooi Yik menumpaskan wakil tuan rumah Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi, 22-20, 21-19 dalam pertembungan sengit di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, sekali gus mencatat kemenangan pertama ke atas pasangan China yang berada di ranking ke-37 dunia itu.Beregu nombor dua dunia itu seterusnya akan berdepan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju bagi merebut tempat ke separuh akhir dalam pertemuan pertama mereka.Sementara itu, Pearly-Thinaah berhempas-pulas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun 21-19, 19-21, 24-22 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung lebih sejam.Kemenangan ini menandakan kemenangan ketiga mereka ke atas pasangan Taiwan berkenaan selepas menewaskan lawan sama di Terbuka Perancis 2025 dan Masters Jepun 2025.Di suku akhir nanti, Pearly-Thinaah dijadual bertemu wakil China Li Yi Jing-Luo Xu Min yang menewaskan beregu dari Jepun Rui Hirokami-Sayaka Hobara 21-14, 21-10.Sementara itu, satu lagi wakil negara Ong Xin Yee-Carmen Ting, gagal meneruskan kemaraan apabila tunduk kepada gandingan ketujuh dunia dari Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, 18-21, 14-21





Malaysian shuttlers Aaron-Wooi Yik and Pearly-Thinaah power into BAC quarters - SUN - 9/04 9:14 pm

Defending champions Aaron Chia-Soh Wooi Yik and women's pair Pearly Tan-M





Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan 11 negeri - Sinarharian - 9/04 8:43 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Labuan dan 11 negeri hingga jam 10 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7.30 malam ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak.Amaran sama dikeluarkan bagi Kedah melibatkan (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).Keadaan itu turut diramal berlaku di Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).Di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Putatan).Sementara itu, di Sarawak, kawasan terjejas ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang





Pearly-Thinaah squeeze into quarter-finals at Asia meet - FMT - 9/04 8:15 pm

The world No 2 pair were pushed to the limit by the 12th-ranked Taiwanese duo Hsu Yin HuiLin Jhih Yun before sealing a hard-fought three-game victory.





Konflik Asia Barat serlah keperluan ke arah keterjaminan, peralihan tenaga - Fadillah - Sinarharian - 9/04 7:52 pm

KUALA LUMPUR -Ketegangan geopolitik terkini di Asia Barat menyerlahkan keperluan Malaysia untuk memperkukuh keterjaminan dan mempercepat usaha peralihan tenaga,kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau berkata, ketidakstabilan pasaran tenaga global membuktikan bahawa keterjaminan tenaga bukan sekadar teoritetapi bersifat sangat berstruktur."Kita berdepan keseimbangan yang halus iaituberalih daripada bahan bakar fosil dan pada masa sama, memastikan keterjaminan tenaga terpelihara."Keuntungan jangka pendek daripada harga minyak yang tinggi tidak seharusnya mengalih perhatian kita daripada kerentanan jangka panjang."Ini kerana keterjaminan sebenar bukan tentang apa yang kita peroleh hari ini sebaliknyaapa yang mampu kita kekalkan esok," katanya dalam ucaptama bersempena dengan Sidang Kemuncak Tenaga, Air dan Perubahan Iklim Malaysia 2026 di sini pada Khamis.Sidang kemuncak bertemaImplementing Infrastructure, Renewable Energy and Water Reform for a Net Zero Malaysiaitu turut dihadiri Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific,Tan Sri Michael Yeoh.Fadillah yang juga memegang jawatan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, di seluruh ASEAN, tekanan serupa sedang berlaku dan sejarah menunjukkan bahawa semasa krisis, naluri sering menyebabkan sesebuah negara menangguhkan peralihan tenaga serta melanjutkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil."Bagaimanapun, kita harusmenolak naluri itu..





Konflik Asia Barat serlah keperluan kukuh keterjaminan, peralihan tenaga - FMT - 9/04 7:52 pm

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata ketidakstabilan pasaran tenaga global membuktikan keterjaminan tenaga bukan sekadar teori tapi bersifat sangat berstruktur.





Amaran ribut petir di KL, 11 negeri - Sinarharian - 9/04 7:12 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 11 negeri sehingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan selain ibu negara, cuaca buruk dijangka melanda seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Perak.Di Kedah, kawasan yang terjejas ialah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor dan Gombak.Keadaan itu turut diramal berlaku di beberapa kawasan di pantai timur melibatkan Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang di (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, serta Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai di Johor.Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat merangkumi bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).Di Sarawak kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang





More cheer for Msia as Aaron-Wooi Yik reach quarters at Asia meet - FMT - 9/04 6:57 pm

The defending champions beat Chinese duo Hu Ke Yan-Lin Xiang Yi in straight games after saving two game points in the first game.





Konflik Asia Barat: Malaysia akan hantar memorandum kepada PBB bawa pulang MALBATT - Sinarharian - 9/04 6:56 pm

SEREMBAN Malaysia akan menghantar memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memohon pertimbangan supaya pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 di Lubnan dibawa pulang segera.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan memandangkan keadaan semasa di negara itu yang tidak lagi selamat."Keadaan di Lubnan ketika ini tidak lagi berasaskan misi pengaman kerana sudah berlaku perang di sana dan semalam pun Israel melakukan serangan, lebih 300 orang terbunuh."Saya dah arahkan kita punya wakil tetap di PBB untuk mengumpulkan negara-negara rakan yang menganggotai misi pengaman ini dan kita nak buat memorandum kepada Setiausaha Agung PBB dengan secepat mungkin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah-Sekolah di Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau di sini pada Khamis.Menurutnya, tempoh matang misi berkenaan sepatutnya berakhir hujung tahun ini, namun sekiranya keadaan perang yang masih berterusan, perlunya PBB membuat semakan semula keberadaan pasukan terbabit di sana.Ini kerana jelas beliau, Malaysia tidak mahu ada anggota MALBATT termasuk dari negara lain yang tercedera atau terbunuh."Kita ucapkan takziah kepada kerajaan Indonesia kerana anggota misi pengaman mereka terbunuh semasa menjalankan misi pengaman di Lubnan dan kita tidak mahu anggota kita turut terdedah."Ketika dalam mesyuarat kabinet, saya telah pun minta Menteri Pertahanan supaya anggota kita tidak lagi perlu membuat rondaan sebaliknya hanya duduk di dalam bangunan supaya tidak terdedah kepada apa jua sebarang kemungkinan," katanya.Beliau berkata, Malaysia tidak boleh membuat keputusan sendiri membawa keluar kira-kira 511 pegawai dan anggota MALBATT kerana ia di bawah Majlis Keselamatan PBB.Tambahnya, tindakan sebegitu tidak menampakkan sesuatu yang baik kepada Malaysia dan boleh memberi beberapa implikasi terutamanya soal kewangan kerana semuanya ditanggung oleh PBB.Selain itu Ahli Parlimen Rembau tersebut berkata, enam buah kapal Malaysia dijangka dibenarkan melalui Selat Hormuz selepas tempoh gencatan senjata selama dua minggu antara Iran dan Amerika Syarikat berakhir.Katanya, setakat ini sebuah kapal tangki yang membawa bekalan minyak mentah telah pun berjaya keluar dari kawasan berkenaan."Semua kapal tidak boleh lalu sekarang





No shortcuts to sovereignty: DPM Fadillah stresses urgent energy, water reforms amid West Asia tensions - Malaymail - 9/04 6:40 pm

KUALA LUMPUR, April 9 Recent geopolitical tensions in West Asia have emphasised the urgency for Malaysia to stre...





Peace in pieces a ceasefire that never was - FMT - 9/04 6:26 pm

The lack of clarity, trust and enforcement renders the ceasefire in West Asia merely theatrical, and for Asean, the need to prepare for volatility is imperative.





ABIM cadang mekanisme pemantauan PBB pantau gencatan senjata ASIran - Sinarharian - 9/04 5:28 pm

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan satu mekanisme pemantauan bebas dan telus diwujudkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan gencatan senjata melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran dipatuhi.Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan bahawa penangguhan serangan ketenteraan itu tidak boleh sekadar menjadi jeda taktikal berikutan sejarah menunjukkan kegagalan komitmen hanya akan mengheret dunia ke dalam kitaran keganasan."ABIM menegaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata ini merupakan pencabulan terhadap prinsip asas Piagam PBB, khususnya larangan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa."Kegagalan bertindak secara konsisten dan tidak selektif hanya akan menghakis kepercayaan terhadap sistem tadbir urus global serta memperkukuh persepsi hipokrasi geopolitik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, beliau berkata usaha diplomatik perlu diperkukuh bagi membina kepercayaan antara kedua-dua negara, sekali gus membuka laluan kepada perjanjian damai yang lebih menyeluruh, adil dan berkekalan."Pendekatan ini bukan sahaja penting untuk kestabilan serantau, malah merupakan prasyarat kepada keamanan global yang lestari, termasuk dalam memastikan keselamatan rantaian bekalan tenaga serta kestabilan laluan strategik."Sebarang bentuk provokasi, ancaman, percanggahan naratif yang mengelirukan serta tindakan ketenteraan yang berpotensi menggagalkan gencatan senjata ini mesti dihentikan serta-merta."Ini termasuk tindakan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Palestin dan wilayah sekitarnya," katanya lagi.Ahmad Fahmi berkata, usaha perdamaian di Asia Barat tidak akan bermakna tanpa penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, yang kekal sebagai punca utama ketidakstabilan serantau.Pada masa sama, ABIM menegaskan bahawa konflik melibatkan Iran tidak boleh dilihat secara terpisah daripada realiti di Lubnan, yang kini menjadi medan lanjutan kepada ketegangan serantau."Pencabulan kedaulatan dan serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Lubnan membuktikan bahawa pendekatan yang tidak menyeluruh hanya akan memindahkan dan meluaskan konflik ke wilayah lain."Keadaan ini menunjukkan bahawa keamanan yang bersifat selektif bukan sahaja rapuh, malah berisiko mencetuskan eskalasi baharu serta memperdalam krisis kemanusiaan di rantau tersebut."Justeru, sebarang kerangka keamanan serantau mesti bersifat menyeluruh," katanya.Menurut Ahmad Fahmi, Malaysia digesa untuk terus memainkan peranan aktif melalui diplomasi pelbagai hala termasuk dalam kerangka ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong usaha de-eskalasi yang berprinsip dan berkeadilan."Keamanan yang hakiki menuntut keberanian moral untuk menghentikan keganasan secara menyeluruh tanpa pilih kasih dan tanpa hipokrasi geopolitik."Dunia pada abad ke-21 tidak boleh terus terperangkap dalam logik konflik yang usang, yang hanya mengorbankan nyawa insan tidak berdosa serta meruntuhkan asas kemanusiaan sejagat," katanya.





Bekalan ubat negara kekal stabil, MMA gesa langkah jangka panjang diperkukuh - Sinarharian - 9/04 5:24 pm

SHAH ALAM - Bekalan ubat negara ketika ini dilaporkan masih stabil tanpa menunjukkan peningkatan trend gangguan, meskipun berdepan ketidaktentuan global susulan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, pengilang tempatan juga mempunyai stok bahan mentah dan produk siap yang mencukupi untuk tempoh beberapa bulan, sekali gus memberi perkembangan positif kepada sektor kesihatan negara.Pada masa sama, beliau berkata MMA menyokong langkah kerajaan dalam memastikan keterjaminan bekalan ubat dan peranti perubatan negara yang diumumkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).Menurutnya, langkah itu adalah penting dan tepat pada masanya dalam menangani cabaran semasa."Antara pendekatan diambil termasuk pelaksanaan Laluan Akses Khas (Special Access Pathway) bagi memastikan ubat dan peranti perubatan kritikal terus boleh diakses."Selain itu, pemantauan stok secara berpusat, kepelbagaian sumber import serta pengaktifan pelan tindak balas kecemasan turut dilaksanakan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, perancangan penubuhan stok penimbal strategik nasional serta pembangunan dasar keterjaminan ubat melalui MyMedSecure juga dilihat sebagai langkah penting dalam jangka sederhana dan panjang.Bagaimanapun, katanya, situasi global masih tidak menentu dan tidak wajar bergantung sepenuhnya kepada keadaan semasa.Sehubungan itu, MMA mengemukakan tiga cadangan utama bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara.Pertama, stok penimbal strategik perlu memberi keutamaan kepada ubat dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML), khususnya bagi rawatan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular.Kedua, maklumat berkaitan status bekalan perlu dikongsi secara lebih telus dan proaktif dengan sektor swasta termasuk klinik dan hospital bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit.Ketiga, Malaysia perlu mempercepatkan pembangunan kapasiti pengeluaran ubat tempatan secara berstruktur dan berterusan sebagai langkah jangka panjang ke arah kedaulatan kesihatan negara."MMA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, MTEN serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada rawatan dan ubat-ubatan yang diperlukan tanpa gangguan," tambahnya.





Mat Sabu nasihat jangan beli beras melebihi keperluan - FMT - 9/04 5:19 pm

Pembelian panik susulan krisis di Asia Barat boleh beri gambaran seolah-olah berlaku kekurangan bekalan di pasaran walaupun sebenarnya mencukupi.





Jangan beli beras melebihi keperluan bulanan - Mohamad - Sinarharian - 9/04 4:46 pm

SRI AMAN - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli beras melebihi keperluan bulanan memandangkan bekalan bahan makanan itu di negara ini kekal stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.Beliau berkata, pembelian secara panik susulan krisis di Asia Barat boleh memberi gambaran seolah-olah berlaku kekurangan bekalan di pasaran walaupun bekalan sebenarnya mencukupi."Kalau kebiasaan kita makan dua kampit beras sebulan, kekalkan dua kampit itu





BUDI95 langkah tepat pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia .. - Mgazette - 9/04 4:09 pm

# BUDI95 langkah tepat pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia - Bank Dunia KUALA LUMPUR - Pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia mengikut inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah langkah yang tepat dalam situasi konflik Asia Barat apabila kerajaan berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik





Konflik Asia Barat boleh jejaskan kos sara hidup, CAP gesa perpaduan... - Mgazette - 9/04 4:09 pm

# Konflik Asia Barat boleh jejaskan kos sara hidup, CAP gesa perpaduan nasional GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan konflik Asia Barat berpotensi memberi kesan langsung kepada rakyat Malaysia apabila ia mendorong kenaikan harga bahan api, makanan, ubat-ubatan serta mengganggu rantaian bekalan





Krisis bahan api: Elak tuduhan ???umat Islam ditipu???, fokus fakta dan... - Mgazette - 9/04 4:09 pm

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, dalam menilai sesuatu maklumat dan kepimpinan, umat Islam tidak boleh mudah diperdaya, sebaliknya penggunaan istilah berat dalam ruang awam mesti disandarkan kepada fakta yang boleh diverifikasi agar tidak mengelirukan masyarakat. Beliau berkata, dalam konteks semasa, isu tenaga berkait rapat dengan realiti global termasuk ketegangan geopolitik di Asia Barat serta gangguan di laluan strategik seperti Selat Hormuz yang memberi kesan kepada rantaian bekalan dan harga tenaga dunia





Kuota BUDI95 dikurangkan selepas kerajaan pertimbang cabaran masa depan .. - Mgazette - 9/04 4:09 pm

Kerajaan bermula 1 April lalu,menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan. Ia bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat susulanketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia




Reformasi     >>



Economists back Padu-linked aid, but warn of data gaps .. - Mkini
It won't make Malaysia immune to oil shocks, and incomplete data means uneven protection.
Kroni     >>



Rundingan AS-Iran gagal - Utusan
PETALING JAYA: Iran dan Amerika Syarikat (AS) gagal mencapai persetujuan di Islamabad, Pakistan selepas rundingan selama 21 jam berakhir semalam untuk menamatkan perang di Asia Barat. Rundingan bermula kelmarin selama hampir 15 jam, dan disambung semula semalam, gagal selepas Teheran enggan tunduk kepada desakan Washington ..
Tabloid     >>



Trump sekat laluan kapal keluar masuk Selat Hormuz - Mdateline
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memulakan proses menyekat semua kapal yang cuba memasuki atau keluar dari selat tersebut, sambil menyifatkan angkatan laut negaranya sebagai ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Top 10 trending phones of week 15 - Gsmarena
The Samsung Galaxy A57 completed its hat-trick in week 15 of our trending chart, the new mid-ranger showing it's perfectly capable of matching its predecessors. The Poco X8 Pro Max just held the second place, but the gap to third-placed Galaxy S26 Ultra is the smallest yet, so we are likely going to see a change ..
World     >>



Trump says U.S. will blockade Strait of Hormuz after .. - Cnbc
Trump said the U.S. blockade will stop Iran from policing the strait and benefiting economically while the rest of the world suffers from its closure.
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Aveta Lancar Nova 200 Baharu – .. - Mekanika
**AVETA dengan rasminya melancarkan Aveta Nova 200 baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM8,488.** Nova 200 ini merupakan model baharu dalam keluarga Nova yang ketika ini merangkumi Nova 125, Nova 160 SE dan Nova 250. Atas kertas, Nova 200 dikuasakan enjin satu silinder 183.3cc ..