| /// |
|
| Search : Arul Kumar News | Page 1 |
|
ADUN Nilai dilantik Pengerusi DAP N. Sembilan baharu - Mygazette - 10/08 5:23 pm Sembilan baharu SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan J. Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini |
|
Sindiket culik tawar kerja lumayan sebelum jadikan mangsa tebusan???? - Mygazette - 10/08 5:23 pm # Sindiket culik tawar kerja lumayan sebelum jadikan mangsa tebusan KUALA LUMPUR Menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan serta khidmat pengiring menerusi media sosial sebelum membawa mangsa ke rumah sewa dan mengurung mereka menjadi modus operandi sindiket penculikan |
|
Dua mangsa culik dikurung dalam bilik, tangan bergari - Sinarharian - 10/08 4:11 pm KUALA LUMPUR Warga asing menjadi sasaran utama sindiket penculikan yang ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan empat mangsa termasuk tiga warga China dan seorang warga Singapura diselamatkan, Jumaat lalu.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, pihaknya percaya sindiket terbabit menjadikan warga asing sebagai sasaran kerana mereka dipercayai lebih mudah diperdaya melalui tawaran pekerjaan atau teman sosial yang dibuat menerusi media sosial.Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada terdapat mangsa lain yang pernah menjadi sasaran kumpulan berkenaan."Kita percaya kita sudah menumpaskan sindiket ini, bagaimanapun, siasatan masih berjalan dan terlalu awal untuk kita mengesahkan perkara itu."Kemungkinan ada kes lain, kita tidak pasti, sasatan masih berjalan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Isnin.Mengulas lanjut mengenai serbuan dijalankan, katanya, dua mangsa diselamatkan dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, Kedah pada Jumaat lalu."Semasa pemeriksaan, kita menemui seorang mangsa lelaki warga Singapura berusia 72 tahun dalam sebuah bilik dalam keadaan tangan bergari dan mata ditutup."Dalam bilik kedua pula, kita menemui seorang lagi mangsa wanita warga China yang turut dikurung dalam keadaan tangan bergari dan mata ditutup," katanya.Beliau berkata, mangsa wanita warga China itu baru tiba di Malaysia pada 5 Ogos lalu sebelum diselamatkan polis dua hari kemudian.Katanya, hasil siasatan lanjut turut mendapati kumpulan sama dipercayai terbabit dalam dua kes penculikan di Kuala Lumpur yang membabitkan dua lagi warga China."Dalam kes di Kuala Lumpur, salah seorang mangsa berjaya melepaskan diri dan kemudian membuat laporan polis."Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan polis kedua-dua kejadian itu berlaku pada Julai lalu," katanya.Menurutnya, seramai enam individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, empat lelaki warga China dan seorang wanita warga China berusia lingkungan 30an ditahan."Seorang suspek wanita warga China itu dipercayai antara individu yang mendampingi mangsa lelaki warga Singapura sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas."Perempuan yang kita tahan itu adalah salah seorang suspek yang telah berjumpa dengan mangsa Singapura ketika mangsa sampai di Bayan Lepas."Suspek dipercayai berhubung dengan mangsa sebelum itu melalui media sosial dan memperkenalkan diri sebagai kenalan," katanya.Beliau berkata, polis setakat ini tidak mengesan penglibatan anggota kumpulan kongsi gelap tempatan dalam sindiket terbabit."Seorang suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai urin negatif dan tiada rekod jenayah, manakala empat lelaki warga China didapati positif dadah."Manakala seorang lagi suspek wanita warga China didapati negatif, setakat ini peranan suspek warga tempatan masih dalam siasatan," katanya.Menurutnya, kesemua suspek direman dari 7 hingga 14 Ogos bagi membantu siasatan."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan penculikan tanpa mengira kewarganegaraan mangsa atau suspek, tiada orang yang terlepas daripada undang-undang, di bawah undang-undang, semua adalah sama."Sekiranya sindiket ini ingat mereka boleh terlepas kerana sasaran mereka warga asing, saya beri amaran, tiada kompromi, kita akan ambil tindakan mengikut peruntukan dan lunas undang-undang tanpa sebarang kompromi," katanya.Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali yang menawarkan pekerjaan atau perkhidmatan menerusi media sosial."Saya nasihatkan netizen supaya mengelakkan sebarang perhubungan atau perjumpaan dengan mana-mana pihak yang tidak dikenali dan hanya dikenal melalui media sosial."Sentiasalah ada perasaan syak wasangka dan jangan percaya dengan tawaran yang dibuat oleh mana-mana individu yang tidak dikenali," katanya. |
|
Pengerusi baharu DAP N Sembilan ikrar bina semula keyakinan rakyat - FMT - 10/08 3:34 pm J Arul Kumar yang ambil alih jawatan itu dari Loke Siew Fook berkata DAP akan kembali ke akar umbi untuk buktikan parti itu mampu berkhidmat. |
|
Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan baharu - Sinarharian - 10/08 2:44 pm SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan selepas beliau mengosongkan jawatan itu yang disandangnya selama 22 tahun sejak 2004."Pemilihan Arul Kumar adalah sesuatu yang saya rasa amat positif dan membuktikan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum |
|
Sindiket culik umpan mangsa dengan tawaran kerja, teman sosial sebelum dikurung - Sinarharian - 10/08 2:31 pm KUALA LUMPUR Menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan serta perkhidmatan teman sosial antara modus operandi sindiket penculikan yang tumpas selepas polis menyelamatkan empat mangsa di Kedah dan Kuala Lumpur baru-baru ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sindiket terbabit dipercayai mencari mangsa menerusi platform media sosial sebelum menawarkan pekerjaan atau menjanjikan perkhidmatan teman sosial.Menurutnya, mangsa yang percaya dengan tawaran berkenaan akan didampingi ahli sindiket sebaik tiba di Malaysia sebelum dibawa ke sebuah rumah."Modus operandi kumpulan ini adalah mereka akan berhubung dengan mangsa melalui WeChat dan media sosial dengan menawarkan pekerjaan atau menjanjikan teman sosial."Apabila mangsa sampai di negara kita, salah seorang ahli sindiket akan mendampingi mangsa, memperkenalkan diri dan seterusnya membawa mangsa ke sebuah rumah untuk dikurung," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Isnin.Media sebelum ini melaporkan dua suspek dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika serbuan bagi menyelamatkan dua mangsa culik di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, Jumaat lalu.Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjalankan operasi menyelamat mangsa di sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.Dalam perkembangan sama, Kumar berkata, polis percaya mangsa dipindahkan dari satu rumah ke satu rumah bagi mengelakkan kegiatan sindiket dikesan pihak berkuasa.Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa lelaki warga Singapura berusia 72 tahun merupakan konsultan yang sudah bersara di Singapura dan ditawarkan pekerjaan sebagai konsultan di Malaysia dengan gaji lumayan."Gaji yang ditawarkan adalah beberapa ribu ringgit |
|
New Negeri Sembilan DAP chief Arul vows to rebuild trust while in opposition - FMT - 10/08 2:25 pm J Arul Kumar, who takes over from Loke Siew Fook, says DAP will return to the ground immediately and prove itself through service. |
|
Nilai rep Arul takes over as N Sembilan DAP chief, Loke hails multiracial milestone - Mkini - 10/08 2:07 pm Loke will remain a member of the state DAP committee. |
|
Arul Kumar is Negeri Sembilan new DAP chairman - Sinardaily - 10/08 1:21 pm SEREMBAN - Nilai assemblyman and National DAP vice-chairman J. Arul Kumar has been appointed as the new Negeri Sembilan DAP chairman, effective today.DAP secretary-general Anthony Loke said the state committee unanimously selected Arul Kumar after he stepped down from the position, which he had held for 22 years since 2004."Arul Kumars appointment is a very positive development and demonstrates that DAP is a multiracial party |
|
Arul Kumar Dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan Baharu - Mydateline - 10/08 1:07 pm Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan J. Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa .. |
|
Anthony Loke steps aside after 22 years, Arul Kumar appointed Negeri Sembilan DAP chairman - Malaymail - 10/08 12:50 am SEREMBAN, Aug 10 Nilai assemblyman and National DAP vice-chairman J. Arul Kumar has been appointed as the new Ne... |
|
Arul Kumar pengerusi DAP N Sembilan - FMT - 10/08 12:46 am Beliau menggantikan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang melepaskan jawatan pengerusi negeri pada 3 Ogos lalu. |
|
Arul Kumar ganti Loke sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Mkini - 10/08 12:39 am Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan. |
|
J Arul Kumar appointed Negeri Sembilan DAP chairman - FMT - 10/08 12:27 am He replaces party secretary-general Loke Siew Fook, who resigned as state chairman on Aug 3. |
|
Dua suspek culik maut selepas berbalas tembakan dengan polis - Mygazette - 9/08 4:53 pm # Dua suspek culik maut selepas berbalas tembakan dengan polis KUALA LUMPUR - Dua suspek dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika serbuan bagi menyelamatkan dua mangsa culik di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar di sini, malam semalam |
|
Police shoot dead two kidnap suspects in Kedah rescue raid - Sinardaily - 8/08 12:15 am KUALA LUMPUR - Two suspects, believed to be foreigners, were killed in a shootout with police during an operation to rescue two kidnap victims at a house in Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, Kedah, last night.Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Datuk M |
|
Dua penculik maut berbalas tembakan, dua mangsa diselamatkan - Polis - Sinarharian - 8/08 7:07 am KUALA LUMPUR: Dua suspek dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika serbuan bagi menyelamatkan dua mangsa culik di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, pada Jumaat.Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjalankan operasi menyelamat mangsa di sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.Menurut Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M |
|
Mahkamah ketepi notis taksiran tambahan cukai RM313.8 juta terhadap Na'imah - Sinarharian - 6/08 8:55 pm SHAH ALAM - Toh Puan Na'imah Abdul Khalidberjaya membatalkan notis taksiran tambahan cukai berjumlah RM313.8 juta yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membenarkan permohonan semakan kehakimannya.Hakim Evawani Farisyta Mohammad memutuskan LHDN telah bertindak melangkaui bidang kuasa di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 apabila mengeluarkan notis taksiran tambahan bertarikh 13 Ogos 2024 bagi Tahun Taksiran 2018.Beliau berkata, ACP 1967 hanya terpakai kepada pendapatan yang terbit atau diperoleh di Malaysia serta pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar negara, manakala aset yang menjadi pertikaian dalam kes itu merupakan harta milik Na'imah di luar negara dan bukannya pendapatan yang diterima di Malaysia."Sehubungan dengan itu, berdasarkan antara alasan-alasan yang telah dinyatakan, mahkamah dengan ini memutuskan supaya permohonan semakan kehakiman pemohon ini dibenarkan dengan kos,"katanya dalam alasan penghakiman.Hakim turut memutuskan notis taksiran tambahan itu adalah menyalahi undang-undangkerana ia melibatkan jumlah pemilikan saham yang sama, yang telah ditaksir sebelum ini melalui taksiran bersama Na'imah dan suaminya,Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi Tahun Taksiran 2018.Evawani Farisyta berkata, tindakan LHDN itu telah menjurus kepada cukai berganda (double taxation), yang bercanggah dengan peruntukan ACP 1967.Beliau turut memutuskan LHDN tidak boleh menganggap nilai pasaran aset di luar negara sebagai pendapatan boleh cukai semata-mata berdasarkan pemilikan aset berkenaan kerana tiada peruntukan sedemikian di bawah akta itu.Jika LHDN berpendapat berlaku kegagalan mengisytiharkan pendapatan ketika aset berkenaan diperoleh pada tahun 1990-an, beliau berkata, taksiran sepatutnya dibuat bagi tempoh berkenaan dan bukannya bagi Tahun Taksiran 2018.Hakim turut menyifatkan tindakan LHDN menghendaki Na'imah mengemukakan dokumen berkaitan pemerolehan aset yang diperoleh lebih 20 tahun lepassebagai tidak munasabah, memandangkan ACP 1967 hanya menghendaki pembayar cukai menyimpan dokumen bagi tempoh tujuh tahun.Beliau berkata, kegagalan mengemukakan dokumen yang tidak lagi diwajibkan untuk disimpan tidak boleh dijadikan asas bagi mengeluarkan notis taksiran tambahan.Na'imah diwakili peguam S Saravana Kumar, Nur Amira Ahmad Azhar dan Dharshini Sharma, manakala LHDN diwakili Peguam Kanan Hasil, Marina Ibrahim dan Fatimah Roslan.Dalam permohonannya, Na'imah mencabar notis taksiran tambahan yang dikeluarkan LHDN pada 13 Ogos 2024 berhubung tiga aset miliknya di luar negara yang didakwa digunakan bagi menyelesaikan pinjaman antara Ilham Baru Sdn Bhd dan Ilham Tower Sdn Bhd dengan Welberton Private Equity Corp menerusi perjanjian penyelesaian bertarikh 18 Januari 2018.Sebelum ini, mahkamah sama pada 18 Oktober 2024 menolak permohonan Na'imah untuk penangguhan sementara perintah supaya beliau membayar RM313.82 juta tunggakan cukai pendapatan kepada LHDN.Mahkamah itu mendapati tiada keadaan luar biasa yang mewajarkan permohonan Na'imah untuk penangguhan, dan menekankan bahawa responden (LHDN) mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan kutipan cukai di bawah ACP1967.Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 28 Oktober 2024, secara sebulat suara membenarkan permohonan wanita itu untuk penangguhan sementara perintah bayaran tersebut |
|
Fitnah: Bekas Senator Daljit Singh diperintah bayar RM275,000 kepada Salim Fateh - Sinarharian - 5/08 5:08 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggimemerintahkan bekas senator, Datuk Seri Daljit Singh untuk membayar sejumlah RM275,000 kepada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din kerana memfitnah Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) itu.Dalam penghakiman yang disampaikan pada 30 Julai lepas, Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan Daljit membayar ganti rugi RM100,000 kepada Mohamad Salim, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).Beliau turut memerintahkan Daljit yang juga Bendahari Agung Parti Progresif Penduduk(PPP), membayar balik pinjaman berjumlah RM100,000 kepada Mohamad Salim, selain membayar kos sebanyak RM75,000 bagi kedua-dua saman berkenaan.Mahkamah juga mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Daljitdaripada mengulangi kesalahan yang sama terhadap Mohamad Salim pada masa hadapan.Peguam Harjinder Singh yang mewakiliDaljit mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.Mohamad Salim yang diwakili peguam Dhinesh Bhaskaran, memfailkan saman terhadap Daljit pada Jun 2023, yang mendakwa beliau telah mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah 'Salim menipu saya'kepada peguam Selva Kumar Mookiah dalam bahasa Melayu pada 2021.Daljit turut menghantar mesej teks mengenai Mohamad Salim kepada Selva pada keesokan hari.Mohamad Salim jugamendakwa pada April 2023, Daljit sekali lagi mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah, yang dihantar kepada pengarang urusan sebuah portal berita.Plaintif mendakwakenyataan Daljit itu memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, penipu, pembohong dan terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral.Beliau berkata bahawa kenyataan itu telah mencemarkan reputasi dan nama baiknya |
|
KEMASKINI: Anthony letak jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Mygazette - 4/08 7:55 am "Sekarang, tiba masanya untuk saya berundur sebagai pengerusi negeri dan menyerahkan kepada pimpinan negeri ataupun Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan untuk melantik dan memilih seorang daripada AJK sedia ada untuk menjadi pengerusi negeri," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat CEC malam ini. Turut hadir pada mesyuarat itu adalah Penasihat DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo; Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Koo Poay Tiong;Naib Pengerusi Kebangsaan: Syahredzan Johan dan Arul Kumar Jambunathan |
|
Kalah tanpa hilang deposit, Pas buka ruang dakwah di Lobak - Sinarharian - 2/08 3:33 pm SEREMBAN Kekalahan bukanlah penamat kepada perjuangan politik, apatah lagi apabila sesuatu pencapaian berjaya memecahkan persepsi yang telah lama terbina.Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak apabila calon Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), P |
|
PH's Arul Kumar retains Nilai seat with 5,937-vote majority - Sinardaily - 2/08 12:05 am SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) candidate J. Arul Kumar has retained the Nilai state seat in the 16th Negeri Sembilan state election, according to the Election Commission (EC).Arul polled 15,797 votes, defeating Barisan Nasional (BN) candidate Alan Lai, who garnered 9,860 votes.Berjasa candidate Zamani Ibrahim received 5,844 votes, Bersatu candidate Saravana Kumar a/l Veerasamy secured 718 votes, while Independent candidate Omar Mohd Isa garnered 167 votes.This gave PH a majority of 5,937 votes in the Nilai seat. |
|
Official: PHs Chew Seh Yong retains Lobak with huge victory - Sinardaily - 1/08 11:19 pm SHAH ALAM - Pakatan Harapans (PH) Chew Seh Yong secured a commanding victory in the Lobak state seat in the Negeri Sembilan state election, according to official results announced by the Election Commission (EC).Chew won the seat with 13,064 votes, defeating Perikatan Nasionals (PN) Kumar Paramasivam, who garnered 2,011 votes.A total of 15,075 ballots were cast in the constituency, which has 23,079 registered voters.The victory allowed Chew to retain the constituency despite PH losing control of the Negeri Sembilan state government to the Barisan Nasional-Perikatan Nasional (BN-PN) alliance.The BN-PN alliance secured a two-thirds majority in the state election, ending PHs two-term administration in Negeri Sembilan and continuing the momentum gained by BN following its strong performance in the Johor state election.BN and PNs victory was attributed by political analysts to factors including Malay vote consolidation, dissatisfaction towards PH at both state and federal levels, and the effectiveness of cooperation between Umno and Pas in preventing vote fragmentation.Meanwhile, PHs performance in areas such as Lobak indicated that the coalition continued to retain support among segments of voters, particularly in constituencies where its local representation and support base remained strong. |
|
[TIDAK RASMI] Calon tunggal DHPP gagal ikut rentak kemenangan Pas - Sinarharian - 1/08 11:02 pm SHAH ALAM - Calon tunggal Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan gagal mengikut rentak kemenangan calon Pas apabila tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak.Calon Perikatan Nasional (PN), Dr P Kumar yang mewakili DHPP itu memperoleh 1,989 undi, sekali gus gagal menyaingi penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Chew Seh Yong yang meraih kemenangan besar dengan 13,014 undi.Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Chew mempertahankan kerusi tradisi DAP tersebut dengan majoriti 11,025 undi dalam pertandingan satu lawan satu.DUN Lobak merupakan satu-satunya kerusi yang menyaksikan DHPP mewakili PN pada PRN kali ini.Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook melahirkan rasa syukur atas prestasi parti itu apabila memenangi empat daripada lima kerusi yang ditandingi."Alhamdulillah |
|
Negeri Sembilan polls: PH retains Lukut seat with 5,717-vote majority - Sinardaily - 1/08 10:55 pm SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) has successfully defended the Lukut state seat in the 16th Negeri Sembilan state election held on Saturday.PH candidate Choo Ken Hwa won the seat with 11,905 votes, securing a comfortable majority of 5,717 over his closest rival.Perikatan Nasional candidate N |
|
Hadi Awang hadir, penyokong PN ikuti keputusan di Kompleks Pas Negeri Sembilan - Sinarharian - 1/08 9:20 pm SEREMBAN Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hadir ke Kompleks Pas Negeri Sembilan di Kampung Ismail, Ampangan di sini pada Sabtu bagi mengikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bersama pimpinan Perikatan Nasional (PN).Ketibaan beliau disambut penyokong yang berkumpul di pusat operasi berkenaan bagi menantikan keputusan rasmi selepas proses pengundian selesai.Setakat malam ini, PN dilaporkan sudah mendahului di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima di pusat operasi parti.Bagi PRN Negeri Sembilan, Pas mewakili PN mempertaruhkan lima calon iaitu Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa di DUN Serting, P M Kumar (Lobak), Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi) dan Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang).Suasana di Kompleks Pas Negeri Sembilan kekal terkawal dengan penyokong terus mengikuti perkembangan keputusan yang dikemas kini dari semasa ke semasa sambil menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). |
|
[KIRAAN SEMASA] PRN Negeri Sembilan: PH mendahului dalam saingan lima penjuru di DUN Nilai - Sinarharian - 1/08 8:14 pm SHAH ALAM - Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, J Arul Kumar terus mendahului persaingan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Berdasarkan kiraan semasa dipaparkan, Arul memperoleh 5,424 undi meninggalkan pencabar terdekat daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Lai Chien Kong yang meraih 3,069 undi.Calon Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim berada di kedudukan ketiga dengan 1,917 undi, diikuti calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk V |
|
PRN Negeri Sembilan: Peratusan keluar mengundi cecah 65.38%, atasi rekod .. - Mygazette - 1/08 5:38 pm # PRN Negeri Sembilan: Peratusan keluar mengundi cecah 65.38%, atasi rekod 2023 SEREMBAN - Jumlah peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini menunjukkan peningkatan apabila mencecah 65.38 peratus setakat jam 4 petang, sekali gus mengatasi keseluruhan peratusan yang direkodkan pada PRN 2023 |
|
Bunuh Kevin Morais: Bekas pakar patologi kekal digantung - Mygazette - 1/08 7:59 am # Bunuh Kevin Morais: Bekas pakar patologi kekal digantung PUTRAJAYA - Bekas pakar patologi Kolonel Dr |
|
Bakri yakin PM Kumar semakin aktif bantu rakyat - Harakahdaily - 31/07 3:50 pm SEREMBAN: Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, mengajak pengundi DUN N.11 Lobak memberikan sokongan kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN), PM Kumar yang disifatkannya sebagai berpengalaman, komited dan dekat dengan rakyat |
|
Kes bunuh Kevin Morais: Kunaseegaran kekal ke tali gantung - Sinarharian - 31/07 3:05 pm PUTRAJAYA Bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran yang disabitkan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais pada 11 tahun lalu, kekal dihukum gantung sampai mati.Ia selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat menolak permohonannya untuk menyemak keputusan tersebut.Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah sebulat suara menolak permohonan Kunaseegaran, 63, untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman gantung terhadapnya.Ketika membacakan penghakiman, Hashim berkata, panel mendapati permohonan berkenaan tidak memenuhi ambang undang-undang yang ditetapkan.Beliau berkata, panel turut meneliti pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk keterangan keadaan, pertuduhan serta pembelaan yang dikemukakan oleh pemohon."Oleh itu, hujahan yang mendakwa panel sebelum ini tidak mempertimbangkan isu-isu lain sebagai tidak boleh diterima sama sekali."Tiada perkara yang perlu dipertimbangkan dan kami berpendapat keputusan terdahulu lebih sesuai terpakai dalam kes ini."Sehubungan itu, kami menolak permohonan semakan ini," katanya yang bersidang bersama Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azimah Omar.Dalam prosiding itu, Kunaseegaran diwakili peguam, Datuk N Sivananthan, Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Surendra Ananth sementara pendakwaan selaku responden dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Edris Zainuddin.Kevin, 55, dilaporkan hilang pada 4 September 2015 dan mayatnya ditemukan dalam tong dram berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September tahun sama.Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati ke atas enam lelaki selepas mendapati mereka bersalah membunuh Kevin di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 September 2015.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman ketika itu, mati mandatori jika disabitkan kesalahan.Pada 14 Mac 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam lelaki itu.Mereka ialah Kunaseegaran, pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandran, 56; dan empat penganggur, R Dinishwaran, 34; A K Thinesh Kumar, 33; M Vishwanath, 36; serta S Nimalan, 34.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, sebulat suara memutuskan keputusan itu.Pada 1 Julai 2025, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Kunaseegaran.Mahkamah berkenaan turut mengekalkan sabitan bersalah terhadap Nimalan dan Ravi Chandran.Nimalan dihukum penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran dihukum penjara 40 tahun.Hukuman sebatan tidak dikenakan ke atas Ravi Chandran memandangkan dia berusia lebih 50 tahun.Bagaimanapun, tiga lagi tertuduh iaitu Dinishwaran, Thinesh Kumar dan Vishwanath dilepas dan dibebaskan serta-merta selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap mereka.Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang kini telah bersara, bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim juga telah pencen dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang. |
|
PRN N. Sembilan: Isu rakyat tersasar, pemimpin tak peduli kehendak akar... - Mygazette - 31/07 7:46 am Bagi DUN Klawang pula, pertembungan penyandang Amanah, Datuk Bakri Sawir dan calon PN, Danni Rais disifatkan sukar dibaca ekoran gelombang naratif penyatuan Melayu walaupun kedua-duanya berasal dari kampung yang sama di luar DUN berkenaan. Di DUN Nilai pula, saingan lima penjuru yang melibatkan Exco, J Arul Kumar bertambah rumit berikutan faktor pembandaran pesat, mobiliti pengundi yang tinggi |
|
FC3 Club kembali ke Malaysia, cabar Selangor FC Legends dalam aksi amal - Sinarharian - 30/07 5:48 pm KELAB bola sepak selebriti Hong Kong, FC3 Club bakal kembali ke Malaysia bagi menghangatkan perlawanan amal The Bridge of Legends Hong Kong Celebrities Football Friendly Match menentang Selangor FC Legends di Stadium MBPJ pada 10 Oktober ini.Perlawanan anjuran Orange Leisure Sdn Bhd dengan kerjasama Pew Pew Resource itu bukan sekadar menemukan barisan artis Hong Kong dengan legenda bola sepak Selangor, malah sebahagian hasil kutipan akan disalurkan kepada Make-A-Wish Malaysia bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.Majlis pelancaran program tersebut disaksikan Puteri Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama wakil Selangor FC Legends, Make-A-Wish Malaysia serta pihak penganjur.FC3 Club bukan asing dengan Malaysia apabila kelab itu ditubuhkan ketika penggambaran drama Hong Kong Fearless pada 2024 sebelum berkembang menjadi sebuah pasukan yang menghimpunkan lebih 20 pelakon, penyanyi dan penggiat industri hiburan.Carlos Chan, Locker Lam, Adrian Chau, Tony Wu dan bekas pemain antarabangsa Hong Kong, Kumar So mengakui Malaysia mempunyai tempat istimewa dalam sejarah penubuhan FC3 Club."Segalanya bermula di Malaysia |
|
Petani, 3 pemimpin PSM bantah pengusiran bakal didakwa: Arul soal 'janji' Izzah - Mkini - 30/07 5:45 pm Timbalan Pengerusi PSM berkata Nurul Izzah menghubunginya pada 2023 kerana bantah penahanan kumpulan itu. |
|
PRN Negeri Sembilan jadi penentu hala tuju kerjasama BN-PN - Bastien - Sinarharian - 29/07 8:28 pm Inilah penyatuan Melayu yang telah lama dinantikan," katanya.Dalam pada itu, beliau yakin calon MCA, Alan Lai mampu memberi tentangan sengit kepada penyandang kerusi DUN Nilai, J. Arul Kumar daripada DAP yang telah mempertahankan kerusi berkenaan selama tiga penggal.Beliau turut percaya sokongan pengundi Cina mampu beralih kepada calon MCA berdasarkan perkembangan yang dilihat dalam beberapa pilihan raya sebelum ini di Sabah dan Johor."Apa yang kita dengar daripada pengundi ialah masih banyak masalah setempat yang belum berjaya diselesaikan |
|
Sindiket edar methamphetamine tumpas, pegawai polis ditahan - Sinarharian - 29/07 7:38 pm KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine bagi pasaran tempatan dan luar negara dalam operasi yang bermula Sabtu lepas hingga semalam, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan.Beliau berkata, dalam operasi itu, sebanyak 410 bungkusan plastik mengandungi dadah terbabit seberat 425.3 kilogram yang dianggarkan bernilai RM21.3 juta dirampas manakala seorang pegawai polis berstatus ditahan kerja sejak dua tahun lepas turut diberkas.Hussein berkata, pegawai polis berusia lingkungan 30-an yang disyaki dalang sindiket terbabit ditahan bersama-sama lima lelaki berusia antara 39 hingga 46 tahun di Cheras, di sini."Sindiket itu dipercayai aktif sejak awal tahun ini dengan melibatkan ahli sindiket dari Kelantan dan menjadikan rumah teres sekitar Lembah Klang sebagai stor penyimpanan sebelum dadah diedar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini pada Rabu.Hussein berkata, semakan mendapati pegawai polis itu memiliki satu rekod berkaitan dadah dan kesemua individu berkenaan kini direman hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Beliau berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti saki-baki ahli sindiket dan akan mengambil tindakan agresif untuk menghapuskan aktiviti pengedaran dadah itu.Dalam kes lain, Hussein berkata, lelaki yang diselamatkan dalam kes culik membabitkan tuntutan wang tebusan RM7 juta di Selangor baru-baru ini disyaki terbabit secara langsung dalam sindiket pengedaran dadah tempatan.Lelaki terbabit yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK), katanya kini disiasat bagi mengenal pasti rangkaian lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut.Pada 19 Julai lepas, polis menyelamatkan seorang lelaki yang dilaporkan diculik dan menahan enam individu berusia antara 30 hingga 46 tahun dipercayai menuntut wang tebusan sebanyak RM7 juta dalam operasi khas di Selangor.Susulan itu, pada 22 Julai, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, mangsa berusia berusia 44 tahun itu ditahan mengikut LLPK selepas siasatan mendapati wujud elemen pengedaran dadah dalam kes penculikan berkenaan |
|
Negeri Sembilan state election: As the decisive swing force, where will .. - Sinchew - 29/07 7:58 am In Nilai state seat, PH incumbent J. Arul Kumar defends his seat against V |
|
PRU Negeri Sembilan: Shamsulkahar Dikecam Kaitkan DAP Dengan Imej Hina .. - Wrlr - 29/07 6:07 am Ahli Parlimen Jelutong MP RSN Rayer (tiga dari kiri) bersama beberapa pemimpin DAP selepas membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jempol, Shamsulkahar Deli di Balai Polis Seremban 2 pada 28 Julai 2026 |
|
Easier to canvass non-Malay voters without PAS, says Bersatu's Nilai candidate - Mkini - 27/07 8:02 pm N SEMBILAN POLLS Saravana Kumar also extols Muhyiddin's leadership during pandemic. |
|
Bersatu lebih selesa raih undi bukan Melayu tanpa PAS - calon DUN Nilai - Mkini - 27/07 5:29 pm PRN NEGERI SEMBILAN l Calon Bersatu di Nilai, Saravana Kumar berkata parti itu lebih diterima oleh pengundi Cina dan India apabila meeka bergerak tanpa PAS. |
|
India suspends policeman for firing AK-47 at student protesters - Straitstimes - 27/07 4:35 pm Senior Bihar police official Nilesh Kumar said all sorts of actions will be taken against the constable. |
|
Culik, minta tebusan RM7 juta: Enam suspek didakwa di mahkamah esok - Mygazette - 27/07 8:09 am # Culik, minta tebusan RM7 juta: Enam suspek didakwa di mahkamah esok KUALA LUMPUR - Enam suspek kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta di Petaling Jaya, Selangor, 17 Julai lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pagi esok |
|
Enam suspek kes culik minta tebusan RM7 juta dituduh esok - Sinarharian - 26/07 2:11 pm KUALA LUMPUR - Enam lelaki akan dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin berhubung kes penculikan melibatkan wang tebusan RM7 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada Jumaat lepas dan menerima arahan pertuduhan.Menurutnya, seramai enam suspek lelaki tempatan dituduh di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 iaitu menculik untuk wang tebusan."Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara tidak kurang dari 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat."Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Seksyen pada jam 9.30 pagi, 27 Julai (Isnin)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, dua lagi suspek tempatan termasuk seorang wanita dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dengan mengikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi komitmen bahawa tindakan berterusan akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti jenayah terutamanya jenayah kekerasan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat."PDRM juga menyeru masyarakat agar konsisten bekerjasama menyalurkan maklumat dalam membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa," ujarnya.Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang menjadi mangsa culik berjaya diselamatkan polis dalam tempoh 24 jam selepas dilarikan sekumpulan suspek yang menuntut wang tebusan sebanyak RM7 juta di Petaling Jaya 17 Julai lalu.Mangsa diselamatkan menerusi operasi khas JSJ di sebuah unit kediaman di Shah Alam pada jam 1 pagi. |
|
Nahas Karak: Impian Kiisven bina kerjaya dalam bidang automotif tidak kesampaian - Sinarharian - 25/07 3:32 pm TEMERLOH - Impian remaja berusia 17 tahun, S K Kiisven membina kerjaya dalam bidang automotif tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam kemalangan di Kilometer (KM) 86 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Karak, Bentong awal pagi tadi.Bapanya, C Sasi Kumar, 47, yang bekerja sebagai penyelia ladang berkata, anak keduanya sedang mengikuti pengajian di sebuah akademi kemahiran di Karak, Bentong dalam bidang tersebut."Dia memang minat dengan kereta dan motosikal, menyebabkan dia memilih untuk belajar dalam bidang automotif di Karak dan akan pulang ke kampung pada setiap hujung minggu," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.Sasi Kumar berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah kira-kira jam 1 pagi di sebuah kuil berdekatan rumah di Sungai Kawang, Lanchang, di sini ketika membuat persiapan untuk upacara keagamaan hari ini."Saya pulang ke rumah kerana mengantuk sebelum menerima panggilan telefon pada 4.30 pagi memaklumkan Kiisven kemalangan dan terus bergegas ke lokasi kejadian," katanya.Kiisven antara enam mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori pada kira-kira 4 pagi tadi.Selain remaja itu, mereka yang maut ialah pemandu kereta V Mugilan, 25, K Dineshvaran, 22, K Alaganathan, 21, A Kanabati Raja, 19, dan M Paranthaman, 16, manakala pemandu lori berusia 31 tahun cedera parah.Terdahulu, polis memaklumkan siasatan awal mendapati kereta Toyota Camry dinaiki mangsa dari arah Kuantan menuju ke arah Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan di lokasi kejadian yang menuruni bukit lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori |
|
Cubaan rompak RM82,000: Suspek direman enam hari - Polis - Sinarharian - 25/07 11:38 am SHAH ALAM - Seorang lelaki yang diberkas untuk siasatan kes cubaan samun RM82,000 di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang Isnin lalu kini direman enam hari.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, reman terhadap suspek bermula Jumaat hingga Rabu depan.ARTIKEL BERKAITAN:Penyamun gagal kebas RM82,000, sempat larikan pump gunCubaan rompak RM82,000: Polis sahkan pemandu van keselamatan meninggal dunia"Siasatan masih dijalankan dan suspek dipercayai bertindak solo (dalam kes terbabit)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Sebelum itu, pada 23 Julai seorang lelaki berusia lingkungan 20-an diberkas di sekitar Shah Alam menerusi operasi khas yang dilancarkan Bahagian D9 JSJ Bukit Aman.Polis telah merampas selaras pump gun jenama 'mossberg' bersama sebutir peluru dan sepucuk pistol pelepas olahraga jenama 'ekol lite' dengan 48 butir peluru 'blank'.Semakan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, wang tunai berjumlah RM82,000 sempat dicampak ke dalam van selepas anggota syarikat keselamatan menyedari kehadiran suspek yang berpakaian gelap dan bertopi keledar.Suspek bagaimanapun merampas satu laras pump gun jenama 'mossberg' bersama satu butir peluru milik petugas keselamatan sebelum melarikan diri menaiki motosikal.Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. |
|
Kes samun Klang: Pengawal keselamatan ikut SOP selamatkan aset, risikokan .. - Mygazette - 25/07 7:42 am # Kes samun Klang: Pengawal keselamatan ikut SOP selamatkan aset, risikokan nyawa KUALA LUMPUR - Pengawal keselamatan yang terlibat dalam insiden cubaan samun van keselamatan baru-baru ini telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berdepan risiko |
|
Mahkamah halang bekas presiden, 2 bekas Exco guna jawatan dalam Persatuan Kriket Malaysia - Sinarharian - 24/07 4:31 pm PERSATUAN Kriket Malaysia (MCA) memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi bagi menghalang bekas Presidennya, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali, serta dua bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) daripada terus mengaku atau bertindak sebagai pemegang jawatan dalam persatuan itu.Perintah yang dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah susulan penghakiman Mahkamah Tinggi yang diputuskan oleh Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan pada 29 Jun lalu.Dalam perintah berkenaan, Mohammed Iqbal dinamakan sebagai defendan pertama, manakala dua bekas exco, Dr Arun Kumar Beshamber Nath dan Amarjeet Singh masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.Mahkamah memerintahkan supaya Mohammed Iqbal dihalang daripada mengangkat dirinya sebagai presiden atau anggota Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Kriket Malaysia serta daripada menjalankan sebarang kuasa atau fungsi yang berkaitan dengan jawatan tersebut.Perintah itu turut melarang defendan pertama daripada bertindak melalui pekerja, ejen, wakil, nomini atau mana-mana pihak lain bagi tujuan sama."Selain itu, mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan mematuhi perintah berkenaan, dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil bagi memastikan pematuhan terhadap perintah mahkamah," kata perintah itu.Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar kos sebanyak RM15,000 kepada plaintif.Pada 29 Jun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa peletakan jawatan Mohammed Iqbal sebagai Presiden MCA serta Dr Arun Kumar dan Amarjeet Singh sebagai Exco adalah sah dan berkuat kuasa.Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga individu terbabit telah tamat memegang jawatan masing-masing dalam persatuan dan tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan rasmi dalam MCA.Dalam penghakiman sama, Mahkamah Tinggi turut mendapati tiada sebarang cabaran dikemukakan terhadap kesahihan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 13 April 2025 dan Mesyuarat Agung Dwitahunan pada 27 April 2025.Mahkamah juga memutuskan cubaan ketiga-tiga individu berkenaan untuk menarik balik peletakan jawatan mereka telah ditolak oleh persatuan, dengan keputusan itu dimaklumkan menerusi surat rasmi bertarikh 23 April 2025. |
|
11 men charged as members of organised crime syndicate 'Vinod Gang' - Sinardaily - 24/07 3:31 pm SEPANG - Eleven men were brought before the Sessions Court here today on charges of being members of an organised crime syndicate known as "Vinod Gang."No plea was recorded after the charges were read before Judge Husna Dzulkifly, as the case falls under the jurisdiction of the High Court.All 11 are accused of being members of the syndicate in Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, between April 2024 and June 27, 2026, under Section 130V(1) of the Penal Code.They are Muhammad Vinod Saktivel, 30, believed to be the group's leader; M Puvaneswaran, 34; Lawrence Alfred, 34; G Sanggeethan, 31; M Naviedran, 29; and S Sri Tharan, 27; M Surenthar, 27; N A N Viknesvaran, 27; J M Kishaan, 24; R Shervinkumar, 23; and T Saarvin, 21.Deputy public prosecutors Chow Siang Kong and Muhammad Syahrezal Mohd Shukri appeared for the prosecution, while the accused were represented by lawyers T Mishant and S Devan.The court set Sept 14 for the next mention of the case.Earlier, all 11 accused arrived at the court compound around 9am under heavy security from the Royal Malaysia Police's Criminal Investigation Department (CID).They had been arrested on June 23 and 24 through Ops Rapido, a joint operation led by Bukit Aman CID in collaboration with its Selangor counterpart.In a statement yesterday, Bukit Aman CID director Datuk M Kumar said the group is believed to have been active since 2023 and involved in gang robberies, attempted murder, armed rioting, causing injury with weapons and mischief.He said the group's modus operandi was to commit armed robberies using machetes or sharp weapons, targeting residential premises to gain material profit, power or influence.The arrest of the 11 individuals has led to the solving of 21 cases and the crippling of one active armed gang robbery syndicate in Selangor.Police are actively tracking down five other individuals believed to be members of the group, who remain at large |
|
11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Vinod 11 .. - Mygazette - 24/07 3:21 pm # 11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Vinod SEPANG - Sebanyak 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai Geng Vinod, dari dua tahun lepas |
|
Projek di Nilai bukan lagi sekadar janji – Arul Kumar - Mygazette - 24/07 3:21 pm # Projek di Nilai bukan lagi sekadar janji - Arul Kumar NILAI - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar menegaskan, kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh calon-calon lain sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah pun diselesaikan atau sedang dilaksanakan oleh kerajaan |
|
11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Vinod - Sinarharian - 24/07 2:12 pm SEPANG - Sebanyak 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai Geng Vinod, dari dua tahun lepas.Mereka ialah Muhammad Vinod Saktivel, 30 yang dipercayai ketua kumpulan itu, M |
|
Polis tahan suspek cuba samun van keselamatan, rampas senjata api Polis .. - Mygazette - 24/07 8:01 am # Polis tahan suspek cuba samun van keselamatan, rampas senjata api KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan ditahan berhubung kes cubaan samun van keselamatan yang membawa wang tunai, di Bukit Tinggi, Klang, 20 Julai lalu |
|
Cops nab suspect in attempted Klang robbery, recover stolen shotgun - FMT - 23/07 11:25 pm Bukit Aman CID director M Kumar says they also seized a starter pistol with 48 blank rounds from the suspect arrested in Shah Alam today. |
|
Polis tahan lelaki cuba samun van keselamatan, rampas semula senjata api - Sinarharian - 23/07 10:33 pm KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun van keselamatan dan melarikan senjata api di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang, Isnin lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Shah Alam, Selangor pada 11 pagi tadi.Beliau berkata, dalam kejadian 20 Julai itu, suspek dipercayai cuba menyamun kenderaan syarikat keselamatan yang sedang membawa wang tunai sebelum bertindak merampas senapang jenis 'pump gun' milik pengawal keselamatan dan melarikan diri menaiki motosikal."Susulan itu, satu operasi khas telah dilancarkan oleh Bahagian D9 JSJ Bukit Aman dan pasukan serbuan berjaya merampas semula selaras pump gun jenama Mossberg bersama sebutir peluru 12 bore daripada suspek."Turut dirampas ialah sepucuk pistol pelepas olahraga jenama Ekol Lite bersama 48 butir peluru blank," katanya dalam kenyataan malam Khamis.Kumar berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.Katanya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali."Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di hadapan mahkamah esok," katanya.- Bernama |
|
Extremist groups now using online platforms, games to recruit - Ayob Khan - Sinardaily - 23/07 10:13 pm KUALA LUMPUR - The threat posed by militant and extremist groups is unlikely to diminish and will continue to evolve through increasingly sophisticated methods and technologies, Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay said.He said recruitment tactics have shifted from physical meetings to online platforms, including video games such as Roblox."The threat from militant and extremist groups, as well as deviant teachings, will continue to exist |
|
Op Rapido tumpaskan Geng Vinod, 21 kes jenayah kekerasan di Selangor .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm # Op Rapido tumpaskan Geng Vinod, 21 kes jenayah kekerasan di Selangor selesai KUALA LUMPUR - Polis melumpuhkan satu sindiket jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Vinod' yang dipercayai aktif melakukan pelbagai jenayah kekerasan di sekitar Selangor sejak 2023 menerusi Op Rapido |
|
Cops bust online syndicate that raked in an estimated RM27 million in bets a day - Sinardaily - 22/07 8:09 pm SUBANG JAYA - Police crippled an online gambling syndicate, believed to have raked in an estimated RM27 million in bets a day, including on the recently concluded FIFA World Cup, after raiding 19 business and residential premises across the Klang Valley on July 16.Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Datuk M |
|
Kidnap victim held over suspected drug syndicate link - FMT - 22/07 7:03 pm Bukit Aman CID director M Kumar says two other men have also been arrested, bringing the total number of arrests to eight. |
|
World Cup syndicate handled RM27mil in bets daily, say police - FMT - 22/07 6:44 pm Bukit Aman CID director M Kumar says 161 were arrested, including five men believed to be directors or shareholders of a company that managed the syndicate. |
|
Mangsa culik RM7 juta ditahan bawah LLPK, disyaki terlibat sindiket dadah - Sinarharian - 22/07 5:17 pm SUBANG JAYA - Mangsa dalam kes culik dan tuntutan tebusan RM7 juta yang diselamatkan di Selangor pada Sabtu lalu, kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas 1985 (LLPK).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Selangor pada Selasa.Menurutnya, hasil semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah membabitkan kes komersial dan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah."Ketika ditahan, lelaki terbabit positif dadah hasil ujian saringan air kencing," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dilaporkan diculik serta menahan enam individu dipercayai terlibat dalam tuntutan wang tebusan RM7 juta menerusi operasi khas di Selangor.Enam individu termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 46 tahun direman selama 10 hari mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961 dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.Artikel berkaitan:Tuntut tebusan RM7 juta: Polis selamatkan mangsa culik, tahan enam suspekDalam perkembangan sama, Kumar berkata, pihaknya turut menahan dua lagi individu berusia lingkungan 30-an yang disyaki terbabit dalam kes culik tersebut di sekitar Selangor pada Selasa."Seorang daripada dua individu terbabit adalah bekas anggota polis yang telah dipecat pada 2023 kerana terbabit dalam kes dadah."Kedua-dua lelaki terbabit direman 10 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya. |
|
Sindiket judi dalam talian raih RM27 juta sehari tumpas - Sinarharian - 22/07 5:10 pm SUBANG JAYA Taktik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik syarikat komputer terbongkar susulan penahanan 161 individu dalam serbuan Op Soga XI di 19 premis di Lembah Klang pada Khamis lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, seramai 106 lelaki dan 55 wanita termasuk enam warga asing berusia antara 19 hingga 62 tahun ditahan dalam serbuan itu."Turut ditahan ialah lima lelaki tempatan yang dipercayai merupakan pengarah serta pemegang saham syarikat terbabit."Kita turut merampas pelbagai perkakasan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan serta mempromosikan aktiviti pertaruhan perjudian dalam talian, antaranya 182 unit komputer, 137 komputer riba dan 152 telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini, pada Rabu.Kumar berkata, serbuan itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Kontinjen Kuala Lumpur, JSJ Selangor serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)."Siasatan awal mendapati sindiket itu membangunkan aplikasi sendiri sebelum mempromosikannya kepada pelanggan bagi membolehkan pertaruhan dibuat untuk perlawanan bola sepak dan pelbagai bentuk perjudian lain," katanya.Beliau berkata, walaupun aplikasi berkenaan digunakan oleh pelanggan dari dalam dan luar negara, keseluruhan operasi pertaruhan dikawal oleh sindiket yang berpangkalan di Malaysia."Sindiket itu mengendalikan nilai pusingan kredit pertaruhan yang dianggarkan mencecah RM27 juta sehari," katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati bahawa walaupun syarikat berkenaan didaftarkan di bawah nama berbeza, kesemuanya dipercayai berada di bawah satu sindiket yang sama."Kita juga percaya sindiket ini bukan hanya memfokuskan pertaruhan Piala Dunia, malah menawarkan pelbagai bentuk perjudian lain," katanya.Kumar berkata, sebanyak 14 kertas siasatan dibuka membabitkan Kuala Lumpur dan Selangor."Kes disiasat mengikut Seksyen 4C dan Seksyen 4E Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4G Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 120B Kanun Keseksaan," katanya.Dalam perkembangan sama, Kumar berkata, sepanjang Op Soga yang dijalankan sejak 11 Jun hingga 20 Julai, polis melaksanakan 649 serbuan dan menahan 945 individu terdiri daripada 835 lelaki serta 110 wanita."Kita turut merampas wang tunai hampir RM200,000 selain mengesan nilai pertaruhan sebanyak RM35,148,815.88," katanya.Kumar berkata, sepanjang tempoh operasi itu, polis bersama SKMM turut mengesan 637 laman sesawang yang mempromosikan kegiatan perjudian."Sebahagian laman sesawang itu telah disekat, manakala bakinya sedang melalui proses tindakan lanjut," katanya. |
|
Ada kaitan kes dadah, mangsa kes culik ditahan bawah LLPK - FMT - 22/07 4:53 pm Pengarah JSJ M Kumar berkata dua lagi suspek turut ditahan menjadikan keseluruhan lapan individu ditahan setakat ini. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |