///
See Also: Shutterstock

Search : Angkatan Bersatu News   Page 1    





Syed Saddiq tidak boleh dikata bersubahat, walhal pesalah utama tidak .. - Mygazette - 14/07 3:49 pm

# Syed Saddiq tidak boleh dikata bersubahat, walhal pesalah utama tidak didakwa - Hakim PUTRAJAYA - Penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan semalam menyatakan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kesalahan bersubahat pecah amanah RM1 juta dana Armada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Kekalahan Bersama bukti pendekatan politik Rafizi tidak diterima rakyat .. - Mygazette - 14/07 3:49 pm

# Kekalahan Bersama bukti pendekatan politik Rafizi tidak diterima rakyat - AMK KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai tamparan hebat kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli selepas semua calon parti baharunya, Bersama, gagal memperoleh sokongan sehingga hilang deposit





Golongan muda bukan enggan berkahwin, tapi kos sara hidup jadi cabaran - Mygazette - 14/07 3:49 pm

# Golongan muda bukan enggan berkahwin, tapi kos sara hidup jadi cabaran KUALA LUMPUR Kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem mesra keluarga bagi membantu golongan muda merealisasikan impian untuk berkahwin, membina keluarga dan memiliki anak meskipun berdepan pelbagai cabaran ekonomi serta kos sara hidup





Janji harga minyak lebih murah berbanding Arab Saudi sudah ditunaikan, .. - Mygazette - 14/07 3:49 pm

# Janji harga minyak lebih murah berbanding Arab Saudi sudah ditunaikan, kata Anwar KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir pihak yang terus mempersoalkan harga minyak negara ini supaya membuat perbandingan secara tepat, bukan dengan negara-negara yang mempunyai struktur ekonomi berbeza





PRN Negeri Sembilan: 'Jumlah kerusi sudah ada, Pas yakin semua menang'- Annuar Musa - Sinarharian - 14/07 2:44 pm

KOTA BHARU Pas mampu menyapu bersih semua kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila yakin dengan kekuatan jentera serta sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN).Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, keyakinan itu berdasarkan persiapan yang telah dilakukan parti menjelang PRN berkenaan."Pas sudah ada (sasaran kerusi)





Hakim Danish bakal miliki tribun khas di GP Malaysia 2026 - Sinarharian - 14/07 12:51 am

SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli atau Hakim Danish bakal menerima sokongan istimewa peminat tempatan apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merancang menyediakan tribun khas sempena Grand Prix Malaysia (GP Malaysia) 2026 pada Oktober ini.Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, tribun khas itu diwujudkan bagi menghargai pencapaian cemerlang pelumba muda berkenaan, selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia bersatu memberikan sokongan kepada Hakim Danish dalam perlumbaan berprestij itu.Beliau berkata, peminat yang telah membeli tiket MotoGP boleh menukarkannya kepada tiket tribun khas Hakim Danish apabila jualan bagi seksyen berkenaan dibuka kelak."Insya-ALLAH kita akan adakan satu tribun khas untuk Hakim Danish





MUDA sedia tanding kesemua 40 kerusi DUN Pulau Pinang - Sinarharian - 14/07 12:03 am

GEORGE TOWN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pulau Pinang bersedia mempertimbangkan untuk bertanding di kesemua 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.Parti itu turut menyatakan kesediaan menawarkan calon Ketua Menteri daripada MUDA sekiranya diberi mandat mentadbir Pulau Pinang.Menurut kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA mewakili Pulau Pinang, Muhammad Danial Abdul Majeed dan S Siranjeev Ram, langkah tersebut mencerminkan kesediaan parti untuk mengambil alih pentadbiran negeri dan membawa pendekatan politik baharu.Mereka berkata, MUDA tidak berhasrat menjadi parti pelengkap, pemecah undi atau sekadar memenuhi syarat bertanding sebaliknya mahu menawarkan persaingan sebenar kepada kerajaan negeri sedia ada.Menurut mereka, pembebasan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi nafas baharu kepada parti untuk terus memperkukuh perjuangan dan mengorak langkah ke hadapan."Mungkin ada yang menganggap hasrat MUDA untuk bertanding di semua kerusi sebagai sesuatu yang mustahil."Namun sejarah membuktikan perubahan hanya berlaku apabila ada pihak yang berani mencabarnya."Dahulu ramai juga beranggapan Barisan Nasional tidak mungkin tumbang di Pulau Pinang, namun sejarah telah membuktikan sebaliknya," kata mereka.Pada Isnin, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda.Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat ahli politik berusia 34 tahun itu wajar dilepas dan dibebaskan.Dalam pada itu, mengulas mengenai keputusan PRN Johor baru-baru ini, Muhammad Danial dan Siranjeev berkata, keputusan pada PRN itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana landskap politik Johor berbeza dengan Pulau Pinang."Kami tidak datang untuk menjadi pelengkap atau pemecah undi





Wan Saiful files RM10m defamation suit against Bersatu information chief - Malaymail - 14/07 11:57 am

KUALA LUMPUR, July 14 Tasek Gelugor MP Datuk Wan Saiful Wan Jan said he has filed a RM10 million defamation suit...





Malaysia, Thailand perkukuh hubungan pertahanan - Sinarharian - 14/07 11:52 am

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Thailand akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada tahun ini sebagai langkah memperkukuh keselamatan serantau serta memperluaskan kerjasama dalam pembangunan industri pertahanan kedua-dua negara.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk menyegerakan proses memuktamadkan dokumen berkenaan bagi membolehkan kerjasama pertahanan dipertingkatkan ke tahap lebih strategik dan menyeluruh."Antara fokus utama yang diberikan perhatian menerusi MoU tersebut adalah usaha membangunkan industri pertahanan tempatan yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara."Antara yang dibangkitkan ialah supaya MoU dalam kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Thailand dapat ditandatangani dalam tahun ini," katanya.Mohamed Khaled berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri lawatan pengenalan Menteri Pertahanan Thailand Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen di Kementerian Pertahanan di sini pada Selasa.Mohamed Khaled berkata, sebagai negara jiran dan anggota ASEAN, Malaysia dan Thailand perlu terus mengekalkan hubungan rapat khususnya dalam bidang pertahanan memandangkan kedua-dua negara berkongsi pelbagai cabaran keselamatan yang sama."Kedua-dua negara juga berkongsi tanggungjawab untuk mempertahankan prinsip-prinsip ASEAN dalam memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman, stabil dan sejahtera."Kita sentiasa menekankan pendekatan ASEAN dalam menyelesaikan apa sahaja pertikaian atau cabaran yang dihadapi dan atas sebab itulah kita mengalu-alukan kunjungan ini bagi meningkatkan lagi hubungan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara," katanya.Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama pengawasan dan kawalan sempadan yang dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Thailand atau General Border Committee (GBC).Mohamed Khaled berkata, kerjasama tersebut penting bagi memastikan sempadan kedua-dua negara sentiasa selamat daripada ancaman seperti penyeludupan, kemasukan haram dan aktiviti yang boleh memudaratkan keselamatan kedua-dua negara."Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat GBC Ke-57 pada tahun ini yang dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk keselamatan sempadan, operasi bersama angkatan tentera, pembangunan sosioekonomi kawasan sempadan serta pengurusan bencana," katanya.Tambah beliau, Malaysia turut mengalu-alukan penyertaan berterusan pegawai tentera Thailand dalam Program Kerjasama Pertahanan Malaysia (MDCP) yang bertujuan memperkukuhkan diplomasi pertahanan serta meningkatkan hubungan profesional antara pegawai tentera kedua-dua negara."Melalui program ini, pegawai tentera Thailand berpeluang mengikuti pelbagai kursus dan latihan di Malaysia sekali gus mewujudkan jaringan kerjasama antara pegawai tentera kedua-dua negara," katanya.Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, Malaysia turut menyambut baik pelantikan Thanut Suvarnananda sebagai Ketua Dialog Keamanan Selatan Thailand yang baharu.Beliau berkata, Malaysia akan terus memberikan kerjasama dan sokongan terhadap usaha membawa keamanan dan kestabilan di wilayah selatan Thailand."Kita menyokong usaha supaya kawasan Selatan Thai berada dalam keadaan aman dan stabil dan berharap pelantikan baharu ini dapat membantu menjayakan proses keamanan yang sedang berjalan," katanya.





Wan Saiful saman fitnah Tun Faisal RM10 juta - Sinarharian - 14/07 10:46 am

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menerusi peguamnya memfailkan saman terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam berhubung dakwaan berunsur fitnah yang mengaitkan dirinya dengan projek Jana Wibawa.Bekas Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan pada Isnin selepas usaha mendapatkan penyelesaian secara baik gagal apabila Tun Faisal didakwa tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap cadangan penyelesaian yang dikemukakan.Menurutnya, tindakan undang-undang itu susulan kenyataan yang didakwa dibuat Tun Faisal dalam podcast The Tiger Show pada 31 Oktober 2025."Pada 3 Disember 2025, peguam saya telah menghantar surat kepada Tun Faisal susulan kenyataan fitnah yang dia keluarkan terhadap saya dalam podcast The Tiger Show."Dalam surat itu, saya menuntut supaya Tun Faisal menarik balik kenyataan, memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta atas kesalahan memfitnah saya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Wan Saiful berkata, pada 12 Januari lalu, peguam Tun Faisal membalas surat berkenaan dengan memaklumkan bahawa anak guamnya enggan memenuhi tuntutan tersebut.Katanya, peguamnya kemudian menghantar surat balasan pada 2 Mac lalu bagi meminta Tun Faisal mengemukakan cadangan penyelesaian, namun tiada sebarang maklum balas diterima walaupun selepas empat bulan."Berikutan itu, satu surat akhir dihantar pada 7 Julai lalu bagi mendapatkan cadangan penyelesaian yang substantif, namun sehingga kini beliau masih gagal memberikan sebarang respons."Oleh kerana sehingga hari ini dia tidak membalas atau memberi apa-apa cadangan, saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan tindakan mahkamah yang tegas di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam," katanya.Menurutnya, dalam kenyataan fitnah yang didakwanya berniat jahat itu, Tun Faisal memberi implikasi bahawa dirinya menerima projek Jana Wibawa kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan projek tersebut kepadanya."Fitnah ini bukan sahaja palsu dan mencemarkan nama baik saya, malah memberi implikasi bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang penyalahguna kuasa," katanya.





Wan Saiful saman Tun Faisal RM10 juta kerana fitnah - FMT - 14/07 10:25 am

Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata writ saman dan penyataan tuntutan terhadap ketua penerangan Bersatu difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Shah Alam.





Wang RM120,000 bukan milik Syed Saddiq – Hakim minoriti - Mygazette - 14/07 8:11 am

# Wang RM120,000 bukan milik Syed Saddiq - Hakim minoriti PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan berpendapat, wang RM120,000 yang dikeluarkan dari akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) bukan milik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman





Naib Ketua Armada N.Sembilan umum keluar parti - Mygazette - 14/07 8:11 am

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Armada Negeri Sembilan, Alif Asyraf Azman mengumumkan peletakan semua jawatan yang dipegang beliau serta keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa, hari ini





Tiada bukti Syed Saddiq dapat manfaat peribadi hasil pengeluaran dana .. - Mygazette - 14/07 8:11 am

# Tiada bukti Syed Saddiq dapat manfaat peribadi hasil pengeluaran dana Armada - Hakim PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan berpendirian, tiada keterangan menunjukkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat manfaat peribadi daripada pengeluaran RM1 juta dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mahupun dikreditkan ke dalam akaun peribadinya





PRN Johor: Pertempuran epik Anwar-Onn Hafiz, bentang laluan ke PRU-16 - Mygazette - 14/07 8:11 am

# PRN Johor: Pertempuran epik Anwar-Onn Hafiz, bentang laluan ke PRU-16 **BARISAN** Nasional (BN) memperoleh mandat lebih kukuh malah hampir setiap calonnya mendapat majoriti undi yang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16





Gagal perjuang isu rakyat punca PN ditolak dalam PRN Johor Gagal perjuang .. - Mygazette - 14/07 8:11 am

# Gagal perjuang isu rakyat punca PN ditolak dalam PRN Johor JOHOR BAHRU Kegagalan Perikatan Nasional (PN) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 didakwa kerana Pengerusinya, Datuk Dr Sahruddin Jamal tidak lantang dan gagal memainkan peranan berkesan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat





Muhyiddin boleh kalah di Pagoh pada PRU akan datang, kata Ong - FMT - 14/07 12:03 am

Bekas Ahli Parlimen Bangi berkata, prestasi buruk Bersatu di Johor mungkin jadi petanda kubu yang sekian lama dipegang Muhyiddin Yassin juga tidak lagi selamat.





Muhyiddin could lose Pagoh in next general election, says Kian Ming - FMT - 13/07 11:49 pm

The ex-Bangi MP says Bersatu's poor showing in Johor following PAS's split from the party suggests that even Muhyiddin Yassin's long-held stronghold is no longer safe.





Korum mesyuarat MPT Bersatu tidak perlu dijadikan isu - Marzuki - Sinarharian - 13/07 11:48 pm

SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki menegaskan isu membabitkan korum mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tidak seharusnya dipolemikkan.Beliau berkata, perkara itu tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan parti.Menurutnya, Bersatu merupakan sebuah pertubuhan politik yang tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan parti telah diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS)."Penetapan jumlah korum mesyuarat MPT termaktub dalam Perlembagaan Bersatu."Maka, yang perlu ditafsirkan ialah Perlembagaan Bersatu, bukan peraturan atau undang-undang lain," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Jelas beliau, Fasal 27 Perlembagaan Bersatu menyatakan jika berbangkit sebarang pertikaian mengenai perlembagaan parti, tafsiran yang diberikan oleh MPT adalah muktamad.Terdahulu, empat Ahli Parlimen Bersatu menghantar aduan rasmi kepada RoS berhubung status ahli MPT parti itu yang didakwa sudah hilang korum.Berdasarkan satu surat yang dilihat oleh Sinar Harian, masalah itu berpunca daripada tindakan pemecatan, penggantungan dan perletakan jawatan oleh lebih separuh ahli MPT parti tersebut.Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin pada 11 Julai lalu, menyatakan jumlah terkini ahli MPT Bersatu kini tinggal 23 orang daripada jumlah asal iaitu 49 orang.





Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah - Sinarharian - 13/07 7:44 pm

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bukan dokumen kewarganegaraan dan tidak memberikan imuniti daripada undang-undang Malaysia."Mana-mana individu yang melakukan kesalahan tetap akan disiasat dan diambil tindakan," katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Ekonomi pada Isnin.Beliau berkata, perkara itu dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara susulan kebimbangan rakyat berhubung pengurusan pelarian khususnya isu dokumentasi, sindiket pemerdagangan manusia dan kesannya kepada keselamatan komuniti setempat.Akmal Nasrullah berkata, KDN, melalui Jabatan Imigresen, sedang melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian yang merangkumi pendaftaran biometrik, saringan, kawalan dan penguatkuasaan."Operasi bersepadu untuk membanteras penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dokumen dan kemasukan melalui lorong haram akan dipertingkat."Analitik data dan teknologi pemantauan akan dimanfaatkan bagi mengesan risiko serta menyokong tindakan penguatkuasaan," katanya.Beliau berkata, sebanyak RM1.2 bilion diperuntuk merentasi beberapa agensi bagi projek berkaitan kawalan dan keselamatan di pintu masuk negara.Akmal Nasrullah juga berkata, peluasan operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan juga sedang dipercepat bagi menyeragamkan pengurusan serta penguatkuasaan sempadan.Selain keselamatan domestik dan sempadan, isu keterjaminan makanan dan daya tahan sektor pembuatan dalam mendepani tekanan rantaian bekalan global turut menjadi tumpuan pada mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen di sini





Syed Saddiqs instruction to withdraw RM1 million was not a crime Judge Che Mohd Ruzima - Sinardaily - 13/07 7:03 pm

PUTRAJAYA - A member of the three-judge panel at the Federal Court here on July 13 said that withdrawing RM1 million from the Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) account did not constitute a criminal offence under the Penal Code.Judge Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali made the remark in reference to Syed Saddiq Syed Abdul Rahmans instruction to former Armada Assistant Treasurer Rafiq Hakim Razali, 36, to transfer the money from the Maybank Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) account into the Muar Member of Parliament's personal account.While delivering the majority 2-1 judgment, he said the former president of the Malaysian United Democratic Alliance (Muda) could not be held responsible for the charge of abetment





Today is not about me, but a victory for principles Syed Saddiq - Sinardaily - 13/07 6:51 pm

After this, I will return to Parliament because this struggle has never only been about me.It has always been Malaysia first. Yesterday, today and forever, he said.Earlier, the Federal Court upheld Syed Saddiqs acquittal on four charges involving abetting criminal breach of trust, misappropriation of property and money laundering involving funds belonging to the Malaysian United Democratic Alliance (Muda) youth wing, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).In a 2-1 majority decision, two judges, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali and Datuk Collin Lawrence Sequerah, ruled that the 34-year-old politician should be acquitted and discharged.Meanwhile, Court of Appeal President Datuk Seri Abu Bakar Jais, who chaired the three-member panel, was the only judge who dissented, finding Syed Saddiq guilty.The majority decision saw the prosecutions final appeal dismissed, clearing Syed Saddiq of the conviction and sentence of seven years imprisonment, two strokes of the cane and a RM10 million fine imposed by the Kuala Lumpur High Court in November 2023.





Pengeluaran dana Armada tidak langgar perlembagaan parti - Hakim Collin Lawrence Sequerah - Sinarharian - 13/07 6:09 pm

PUTRAJAYA Seorang daripada panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin berpandangan bahawa, pengeluaran RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bukan satu kesalahan jenayah kerana ia tidak disifatkan sebagai 'perbelanjaan' yang memerlukan kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, berdasarkan tafsiran Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), istilah 'perbelanjaan' membawa maksud 'belanja' dan tidak boleh disamakan dengan 'pengeluaran' wang.Semasa membaca penghakiman yang membawa keputusan majoriti 2-1, Collin berkata, tindakan itu juga tidak memenuhi unsur kesalahan bersubahat pecah amanah jenayah sebagaimana didakwa terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman."Justeru, pengeluaran RM1 juta daripada akaun Armada tanpa kelulusan MPT tidak melanggar perlembagaan parti kerana ia bukan merupakan satu perbelanjaan sekali gus yang melebihi had RM500,000."Saya mendapati, tiada unsur ketidakjujuran dalam tindakan Syed Saddiq kerana keterangan menunjukkan wang berkenaan digunakan bagi tujuan sah





Syed Saddiq should have been convicted Judge Abu Bakar - Sinardaily - 13/07 5:37 pm

PUTRAJAYA - The President of the Court of Appeal at the Federal Court here on Monday was of the view that Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman should have been convicted on three charges involving misuse of property and money laundering (AMLA) related to Armada funds.Delivering his dissenting judgment, Datuk Seri Abu Bakar Jais said the 34-year-old former Armada chief was found to have dishonestly misused RM120,000.He said Syed Saddiq, as the respondent, had instructed former Armada assistant treasurer Rafiq Hakim Razali, 36, to transfer funds from the Maybank account of Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) into his personal account."The money did not belong to Syed Saddiq but was contributed by donors for election campaign purposes and could not be used at his discretion."The funds from the ABBE account were later transferred into Syed Saddiq's Amanah Saham Bumiputera (ASB) investment account," he said.Although the money was collected for an election campaign, Abu Bakar said the former Youth and Sports Minister instructed the transfer to be made before the campaign period began.He said the element of dishonest misappropriation was proven as donors were never informed that the funds would be used as reimbursement for expenses previously incurred by Syed Saddiq.He added that the money was claimed to be payment for expenses borne by the respondent before the 14th General Election (GE14) campaign fundraising activities.For the third charge involving AMLA, the judge said the offence was also proven as the RM120,000 and RM50,000 transferred into the Maybank account were later moved into the ASB account.He said the funds did not belong to Syed Saddiq but were owned by donors."The money was categorised as proceeds from unlawful activity because it was collected for election campaign purposes, but that purpose was not realised."For the fourth charge, which also involved AMLA, no justification was provided regarding the transfer of RM50,000 from the RM120,000 into Syed Saddiq's ASB account, therefore the charge was also proven," he said.However, Abu Bakar said he agreed with the Court of Appeal's decision to acquit Syed Saddiq of the first charge involving abetting criminal breach of trust.He said the withdrawal of funds from the account was not an offence prohibited under Article 24.8 of the Bersatu Constitution, as the provision only prohibits the use of funds for expenses without proper approval."The amount involved, which was less than RM500,000, did not require approval from the Bersatu Supreme Leadership Council."Furthermore, the charge failed to specify how the respondent had dishonestly abetted Rafiq Hakim or the actions taken by him to misuse the funds," he said.The judge said the lack of crucial details in the charge meant Syed Saddiq was not provided with sufficient information to defend himself, which was enough to warrant his acquittal on the first charge.On allegations that witnesses were pressured into giving evidence, Abu Bakar said the claims were merely assertions without supporting evidence and did not create reasonable doubt against the prosecution's case.He then ruled that Syed Saddiq should be sentenced to six months' imprisonment and one stroke of the cane for the second charge."For the third and fourth charges, the court imposed six months' imprisonment and a RM5 million fine for each charge





4 Ahli Parlimen Bersatu minta JPPM sahkan kuorum MPT - FMT - 13/07 5:26 pm

Mereka dakwa, MPT Bersatu tidak lagi cukup kuorum susulan 'pemecatan, penggantungan dan peletakan jawatan' lebih separuh ahlinya.





Syed Saddiq suruh keluarkan RM1 juta bukan jenayah - Hakim Che Mohd Ruzima - Sinarharian - 13/07 5:25 pm

PUTRAJAYA Seorang daripada panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin memberitahu bahawa tindakan mengeluarkan RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bukan satu kesalahan jenayah mengikut Kanun Keseksaan.Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berkata demikian bagi merujuk arahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, 36, supaya memindahkan wang berkenaan daripada akaun Maybank Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun peribadi Ahli Parlimen Muar itu.Semasa membaca penghakiman yang membawa keputusan majoriti 2-1, beliau berkata, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas pertuduhan bersubahat.Menurutnya, ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa pelaku utama, Rafiq Hakim yang juga saksi pendakwaan ke-13 (SP13), telah melakukan kesalahan tersebut.Beliau berkata, pertuduhan bersubahat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan hanya boleh dipertahankan sekiranya kesalahan utama berjaya dibuktikan.Selain itu beliau berkata, Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga merujuk kepada larangan perbelanjaan melebihi RM500,000 tanpa kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), bukannya pengeluaran wang daripada akaun.Katanya, istilah pengeluaran dan perbelanjaan mempunyai maksud yang berbeza dan tidak boleh disamakan."Justeru, tindakan mengeluarkan wang itu sendiri tidak membentuk kesalahan pecah amanah jenayah seperti yang didakwa pihak pendakwaan," katanya.Selain itu, beliau berkata, mahkamah turut mengambil kira terdapat kemungkinan saksi utama menerima tekanan yang tidak wajar ketika siasatan sehingga keterangannya boleh dipersoalkan.Dalam penghakiman sama, Che Mohd Ruzima berkata, sabitan terhadap Syed Saddiq bagi pertuduhan salah guna harta di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan juga tidak selamat kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan wang RM120,000 itu milik pihak lain.Sebaliknya, beliau berkata, keterangan menunjukkan wang berkenaan diperoleh hasil kutipan derma bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Syed Saddiq di Muar, sekali gus menjadikannya pemilik sah wang tersebut.Beliau berkata, kegagalan membuktikan kesalahan utama di bawah Seksyen 403 turut menyebabkan dua pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) tidak dapat dipertahankan.Sehubungan itu, beliau memutuskan rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai merit dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan serta melepaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan.Mahkamah Persekutuan turut menegaskan bahawa sabitan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 sebagai tidak selamat berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan.Pada Isnin, Syed Saddiq kekal dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan AMLA dana Armada.Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Che Mohd Ruzima dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat ahli politik berusia 34 tahun itu, wajar dilepas dan dibebaskan.Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang menentang keputusan pembebasan tersebut.Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 Kuala Lumpur, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ABBE dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya Kuala Lumpur, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam AMLA iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan beliau atas semua pertuduhan sebelum menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq sambil menyifatkan keterangannya `tidak masuk akal.Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.Bagaimanapun, pada 25 Jun 2025, anak jati Johor Bahru itu bernasib baik apabila Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman itu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara menyatakan tindakan mengarahkan seseorang untuk mengeluarkan wang, tidak boleh dikatakan melupuskan dana.ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq





Lagi pemimpin Bersatu letak jawatan, keluar parti - Sinarharian - 13/07 5:07 pm

SEREMBAN -Naib Ketua Armada Negeri Sembilan, Alif Asyraf Azman mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa pada Isnin.Alif Asyraf berkata, notis rasmi berhubung peletakan jawatan serta penarikan diri daripada keahlian parti itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Beliau berkata, keputusan itu turut menyaksikan beliau melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti."Seiring dengan keputusan ini, saya secara rasminya melepaskan jawatan-jawatan berikut iaitu Naib Ketua Armada Negeri Sembilan, Ketua Armada Bahagian Seremban dan Ketua Cawangan."Ingin saya tegaskan bahawa keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkannya dengan teliti," katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, ahli-ahli bahagian, serta semua pihak yang sentiasa memberikan kerjasama, sokongan dan kepercayaan kepadanya sepanjang tempoh memegang amanah."Akhir kata, saya mendoakan agar parti Bersatu akan terus maju dan berjaya pada masa hadapan," katanya.Sementara itu, tujuh lagi pemimpin Bersatu Bahagian dan Cawangan Tampin turutmengambil tindakan sama.Menerusi surat yang ditandatangani oleh Naib Ketua Bersatu Bahagian Tampin, Abdul Aziz Jamaludin memaklumkan keputusan itu dibuat mereka untuk mengikuti dan menyokong bekas Ketua Bersatu Bahagian Tampin, Ridzuan Ahmad yang menyertai parti Wawasan.Sebelum ini media melaporkan, Ridzuan yang merupakan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas membuat keputusan keluar parti sekali gus meletakkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tampin.





Federal Court majority finds no appealable error in Syed Saddiq's acquittal - Sinardaily - 13/07 4:49 pm

PUTRAJAYA - By a 2-1 majority decision today, the Federal Court held that the prosecution had failed to establish any error in the Court of Appeal's acquittal of Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on four charges of abetment of criminal breach of trust (CBT), misappropriation of property and money laundering involving Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) funds.Justice Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali and Justice Datuk Collin Lawrence Sequerah formed the majority, ruling that the appellate court was right to find that the prosecution had not established the essential elements of the charges beyond a reasonable doubt.In their judgment, the two judges found no appealable error on the part of the Court of Appeal that would warrant Federal Court intervention.On the abetment charge, Justice Che Mohd Ruzima pointed out that Syed Saddiq, as an abettor, could not be said to have abetted Rafiq Hakim Razali, the former Armada assistant treasurer, because Rafiq Hakim himself was never charged.He said it was the prosecution's contention that Rafiq Hakim had committed CBT after allegedly receiving instructions from Syed Saddiq to transfer the funds.Justice Che Mohd Ruzima said he disagreed with the prosecution's contention that the Court of Appeal had made a "wild accusation" against the prosecution or the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)."I am of the view that the COA (Court of Appeal) has referred, analysed and dealt with the material relevant evidence pertaining to the issue before making the finding of fact that there might be truth in the defence's contention concerning PW13's testimony against Syed Saddiq."From the evidence adduced at the prosecution case, it is not plainly wrong for the COA in agreeing with the defence's contention that PW13's evidence might have been tailored to appease the MACC





4 Bersatu MPs want RoS to confirm Supreme Council quorum - FMT - 13/07 4:44 pm

In a letter, they say the quorum should be 50% of the 49 council members, whereas the party contends that half of the 'remaining 23 members' should be enough.





Syed Saddiq sepatutnya disabitkan bersalah- Hakim Abu Bakar - Sinarharian - 13/07 4:40 pm

PUTRAJAYA Presiden Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin berpandangan bahawa, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya disabitkan atas tiga pertuduhan salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Armada.Semasa membaca keputusan menentang, Datuk Seri Abu Bakar Jais berkata, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berusia 34 tahun itu didapati menyalahgunakan wang RM120,000 secara tidak jujur.Menurutnya, Syed Saddiq selaku responden telah mengarahkan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, 36, memindahkan wang daripada akaun Maybank Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun peribadinya."Wang berkenaan bukan milik Syed Saddiq sebaliknya sumbangan penderma yang dikumpulkan bagi tujuan kempen pilihan raya dan tidak boleh digunakan sesuka hati."Dana itu daripada akaun ABBE kemudiannya dimasukkan ke akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera atau ASB milik Syed Saddiq," katanya.Walaupun wang tersebut dikumpulkan untuk kempen pilihan raya, beliau berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengarahkan pemindahan dibuat sebelum tempoh kempen bermula.Abu Bakar berpendapat, unsur penyalahgunaan secara tidak jujur terbukti kerana penderma tidak pernah dimaklumkan bahawa wang tersebut akan digunakan sebagai bayaran balik kepada Syed Saddiq.ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed SaddiqKatanya, wang berkenaan dikatakan sebagai bayaran perbelanjaan yang telah ditanggung responden sebelum aktiviti kutipan derma kempen pilihan raya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Bagi pertuduhan ketiga membabitkan kes AMLA, hakim berkata, kes tersebut turut terbukti kerana wang RM120,000 dan RM50,000 yang dimasukkan ke akaun Maybank kemudian dipindahkan ke akaun ASB.Hakikatnya beliau berkata, dana tersebut bukan milik Syed Saddiq, tetapi milik penderma."Wang itu dikategorikan sebagai hasil aktiviti haram kerana dikumpulkan bagi tujuan kempen pilihan raya, namun tujuan tersebut tidak direalisasikan."Bagi pertuduhan keempat yang juga AMLA, tiada justifikasi diberikan berhubung pemindahan RM50,000 daripada jumlah RM120,000 ke akaun ASB milik Syed Saddiq, justeru pertuduhan itu juga berjaya dibuktikan," katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, bagi pertuduhan pertama, beliau bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah.Menurutnya, tindakan mengeluarkan wang daripada akaun bukanlah perbuatan yang dilarang di bawah Perkara 24.8 Perlembagaan Bersatu kerana peruntukan itu hanya melarang penggunaan wang untuk perbelanjaan tanpa kelulusan yang sewajarnya."Jumlah wang iaitu kurang daripada RM500,000, tidak memerlukan kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu."Selain itu, pertuduhan tersebut gagal memperincikan cara responden didakwa bersubahat secara tidak jujur dengan Rafiq Hakim atau tindakan yang dilakukannya bagi menyalahgunakan dana berkenaan," katanya.Hakim berkata, kekurangan butiran penting dalam pertuduhan menyebabkan Syed Saddiq tidak diberikan maklumat mencukupi untuk menjawab pertuduhan itu, sekali gus memadai untuk beliau dilepaskan daripada pertuduhan pertama.Mengenai dakwaan terdapat saksi ditekan supaya memberi keterangan, beliau berkata, dakwaan itu hanya berbentuk penegasan tanpa disokong bukti dan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Beliau kemudian membuat keputusan, Syed Saddiq perlu dipenjara enam bulan dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua."Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda RM5 juta bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda, dipenjara dua tahun."Bagaimanapun, sabitan dan hukuman tersebut tidak terpakai kerana dua lagi hakim memutuskan untuk mengekalkan pembebasan Syed Saddiq," katanya.





'Hari ini bukan tentang saya, tetapi kemenangan prinsip' - Syed Saddiq - Sinarharian - 13/07 4:18 pm

Selepas ini, saya terus ke Parlimen kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang saya."It has always been Malaysia first. Dulu, sekarang dan selamanya," katanya.Terdahulu Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskan Syed Saddiq atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat ahli politik berusia 34 tahun itu, wajar dilepas dan dibebaskan.Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berbeza pandanganapabila mendapati Syed Saddiq bersalah.Keputusan majoriti itu menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, sekali gus membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebasBella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq





As judgment unfolds, tension grips courtroom when 1-1 split leaves Syed Saddiq's fate in third judge's hands - Sinardaily - 13/07 4:01 pm

PUTRAJAYA Tension filled the Federal Court courtroom here on Monday when one of the three judges found Syed Saddiq Syed Abdul Rahman guilty, while another ruled that the Muar MP should be acquitted.Syed Saddiq, who sat alone outside the dock, was seen lowering his head while calmly listening to the judgment.The situation left the prosecution's appeal against the 34-year-old former youth and sports minister hanging at a 1-1 split, with the third judge's ruling set to determine his fate.Court of Appeal President Datuk Seri Abu Bakar Jais who held the dissenting view in the 2-1 majority decision, opened his summary judgment by concurring with the Court of Appeal's ruling to acquit Syed Saddiq on the first charge of abetment involving RM1 million.However, the same judge found the former youth and sports minister guilty of the second charge of misappropriating RM120,000 and the third and fourth charges of money laundering involving RM50,000 each belonging to Besatu's Youth wing, Armada.He said Syed Saddiq should be sentenced to six months' imprisonment and one stroke of the cane for the misuse of property charge."For each money laundering charge, the respondent is sentenced to six months' imprisonment and a RM5 million fine."Failure to pay the fine would result in an additional two-year jail term for each offence," he said.Attention then turned to Federal Court judge Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, who disagreed with Abu Bakar's decision.Ruzima agreed with the Court of Appeal's finding that the conviction handed by the High Court was unsafe and that Syed Saddiq's acquittal should not be disturbed."The prosecution failed to prove key elements of the offence, including the allegation that Syed Saddiq had dishonestly misappropriated RM120,000 belonging to Armada."Besides, there was no evidence that the money collected at the time belonged to Armada Bumi Bersatu Enterprise," he said.The decision left the former Muda president's fate hanging in the balance.At that point, the final decision had yet to be determined as the third panel judge, Datuk Collin Lawrence Sequerah, had not delivered his judgment.The situation created a tense atmosphere in the courtroom as the three-member panel delivered their judgments one after another.Recognising the circumstances, Abu Bakar later informed that the final outcome depended on Sequerah's judgment.He then asked whether the prosecution and defence wanted time to compose themselves or proceed with the decision immediately.Deputy public prosecutor Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin asked for a brief recess to go to the restroom after which Abu Bakar adjourned proceedings for 10 minutes.When proceedings resumed, family members and supporters seated in the public gallery appeared anxious and attentive while listening to the judgment.The atmosphere changed when Sequerah delivered a decision similar to that of Ruzima's, resulting in Syed Saddiq being acquitted of all charges.Sequerah said the Court of Appeal had made the correct decision in ruling that the prosecution failed to prove the offences."The respondent (Syed Saddiq) was legally entitled to the money, therefore I agree with the findings of the Court of Appeal panel."I found no appealable error," Sequerah said.The decision was followed by applause and cheers from Syed Saddiq's family members and supporters.





Lembah Klang rekod 100 hotspot warga asing - Sinarharian - 13/07 3:59 pm

KUALA LUMPUR - Op Mega yang digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara bermula Ahad bertindak menahan 503 warga asing, selain mengenal pasti lebih 200 hotspot.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan disertai 876 pegawai daripada Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, seramai 2,260 individu yang terdiri daripada warga asing dan majikan diperiksa sepanjang operasi dijalankan."Daripada jumlah itu, 503 warga asing membabitkan 408 lelaki dan 95 wanita ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen."Mereka terdiri daripada 290 warga Bangladesh, 101 warga Myanmar, 66 warga Indonesia, 38 warga Nepal, 36 warga India dan 10 lagi warganegara lain," katanya pada sidang media selepas Op Mega di Jalan Kenanga di sini pada Isnin.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli.Tambah Zakaria, Op Mega terbabit turut mengeluarkan Borang 29 kepada 120 individu bagi membantu siasatan sebagai saksi.Katanya, semua tahanan akan ditempatkan di depot tahanan Imigresen di seluruh negara untuk siasatan dan tindakan susulan.Jelasnya, antara kesalahan dikesan ialah tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas dan memiliki kad yang tidak diiktiraf, manakala kesalahan paling banyak dikesan membabitkan warga asing yang tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas."Ada yang memiliki pas bagi sektor pembinaan tetapi bekerja di kedai kain atau premis pakaian."Kita turut menahan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk semakan lanjut bagi mengesahkan ketulenan kad berkenaan," ujarnya.Zakaria berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot warga asing.Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan lebih 200 hotspot di seluruh negara, dengan sekurang-kurangnya 100 daripadanya berada di sekitar Lembah Klang."Jalan Kenanga di sini pun salah satu hotspot warga asing."Kita tidak akan berkompromi dan tidak akan memberi ruang kepada warga asing berada di negara ini secara tidak sah atau berleluasa," ujarnya.





Johor election exposed opposition fragmentation - Analysts - Sinardaily - 13/07 3:51 pm

SHAH ALAM The clearest takeaway from Johor's 16th state election was not simply Barisan Nasional's (BN) commanding victory, but the growing fragmentation of the opposition.Political analysts said vote splitting, fragmented campaigns, inconsistent messaging and the failure to present a credible, united governing alternative ultimately allowed BN to strengthen its dominance across the state.International Islamic University Malaysia political analyst Associate Professor Dr Syaza Shukri said the election demonstrated that opposition parties must rethink their electoral strategy if they hope to challenge BN in future polls."The biggest takeaway from the election is the fragmentation of the opposition





Keputusan bukti keadilan ditegakkan, kata peguam Syed Saddiq - Mygazette - 13/07 3:41 pm

Kami berharap dapat melihat Syed Saddiq kembali meneruskan perjuangannya, katanya. Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Angkatan Masa Hadapan kunci hadapi ancaman keselamatan baharu – .. - Mygazette - 13/07 3:41 pm

# Angkatan Masa Hadapan kunci hadapi ancaman keselamatan baharu - Khaled KUANTAN - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan kepentingan misi menjayakan Angkatan Masa Hadapan seiring cabaran keselamatan yang semakin kompleks dan tidak menentu ketika ini





Terima kasih Bella kerana tetap setia bersama – Syed Saddiq - Mygazette - 13/07 3:41 pm

Ketika ditemui media sebelum prosiding bermula, Bella yang hadir bersama ahli keluarga hanya berkata beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat tunangnya. Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskannya daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





???Enam tahun bukan mudah, tetapi saya tidak pernah lari??? – Syed... - Mygazette - 13/07 3:41 pm

# Enam tahun bukan mudah, tetapi saya tidak pernah lari - Syed Saddiq PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan pembebasannya hari ini sebagai penutup kepada episod paling mencabar dalam hidupnya selepas melalui proses siasatan dan perbicaraan selama enam tahun





Pembebasan Syed Saddiq beri nafas baharu untuk MUDA Pembebasan Syed Saddiq .. - Mygazette - 13/07 3:41 pm

Rakyat Pulau Pinang tidak seharusnya terus memilih antara dua pilihan yang disifatkan sama mengecewakan, sebaliknya sudah tiba masanya negeri itu mempunyai satu pilihan politik yang benar-benar baharu, katanya. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini kekal dibebaskan daripada sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), enam tahun lalu





Syed Saddiq bebas, kekal berstatus Ahli Parlimen Muar - Mygazette - 13/07 3:41 pm

# Syed Saddiq bebas, kekal berstatus Ahli Parlimen Muar PUTRAJAYA - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih berstatus Ahli Parlimen Muar selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan pembebasannya berkaitan kes penyelewengan RM1 juta dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Misi balas dendam Parti Bersama hanya untungkan BN – AMK - Mygazette - 13/07 3:41 pm

# Misi balas dendam Parti Bersama hanya untungkan BN - AMK KUALA LUMPUR Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa gagal mencapai matlamat politiknya, sebaliknya hanya membantu kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu





Kalah PRN, Bersatu Johor mainkan peranan semak, imbang berkesan - Mygazette - 13/07 3:41 pm

# Kalah PRN, Bersatu Johor mainkan peranan semak, imbang berkesan JOHOR BAHRU - Keputusan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukan noktah kepada perjuangan untuk rakyat





Mandat rakyat sangat dinamik, BN diingatkan tidak alpa kejayaan PRN Johor - Sinarharian - 13/07 3:37 pm

KUALA TERENGGANU Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menyapu bersih 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak seharusnya ditafsir sebagai jaminan mutlak gabungan itu pada masa hadapan.Sebaliknya, keputusan luar biasa yang mengecilkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) kepada lapan kerusi dan menyaksikan kegagalan total Perikatan Nasional (PN) itu membawa isyarat jelas mengenai dinamika tingkah laku pengundi moden menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Penganalisis politik, Dr Azrie Azeh berkata, kebanjiran sokongan terbaharu diterima oleh BN kali ini bukan sekadar datang daripada kubu tradisi mereka di kawasan luar bandar, malah melibatkan anjakan mengejutkan di zon bandar serta separa bandar yang selama ini dianggap kawasan kompetitif dan milik parti lawan.Menurut beliau, peralihan pengundi bandar yang terkenal dengan sikap kritikal ini membuktikan bahawa landskap politik negara sudah mula beralih daripada politik identiti dan sentimen kaum kepada politik berasaskan prestasi pembangunan (performance legitimacy) serta pengurusan ekonomi yang berkesan."Kejayaan BN menguasai naratif pembangunan setempat terutamanya membabitkan projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah meletakkan gabungan tersebut dalam kedudukan yang sangat dominan di mata rakyat."Berdasarkan perspektif sains politik menerusi teori Retrospective Voting oleh Morris Fiorina dan Valence Politics oleh Donald Stokes, pengundi masa kini bertindak secara rasional dengan membuat penilaian terus terhadap keupayaan sebenar sesebuah kerajaan negeri mengurus kebajikan awam berbanding retorik atau janji-janji kempen."Keadaan ini sekali gus meletakkan rakan sekutu mereka di peringkat Persekutuan, iaitu PH, dalam posisi yang sukar dan mengelirukan selepas pembentukan Kerajaan Madani," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.Pada masa sama, beliau berkata, PH kini berdepan dengan krisis identiti politik di peringkat akar umbi negeri berikutan ruang untuk menawarkan naratif perubahan yang menjadi tunjang kekuatan tradisi mereka sebelum ini semakin terhad.Sementara itu, katanya, Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Bersatu dan Pas pula didapati gagal mengembangkan pengaruh secara signifikan akibat strategi kempen yang terlalu berpaksikan polemik politik persekutuan dan isu Nasional yang akhirnya gagal menandingi pertimbangan pragmatik serta utiliti ekonomi dimahukan oleh masyarakat Johor.Bagaimanapun, beliau berkata, pimpinan tertinggi BN diingatkan agar tidak sesekali terbuai dengan kemenangan besar ini atau menganggap angka 48 kerusi yang diperoleh sebagai sebuah 'cek kosong' yang memberikan keselesaan berpanjangan."Sejarah politik tanah air telah berkali-kali membuktikan bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat dalam sistem demokrasi moden hari ini sifatnya sangat dinamik."Sokongan padu boleh beralih arah dalam sekelip mata ke peti undi pihak lain sekiranya barisan kepimpinan mula alpa, culas, atau gagal mengotakan janji yang diketengahkan," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang depositDua faktor kemenangan BN[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri WangsaSPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosialAnwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhirPRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatanTambah beliau, dalam era kematangan ekosistem politik kini, cabaran sebenar bagi BN pasca-PRN Johor bukan lagi sekadar mendabik dada meraikan kemenangan besar, melainkan memikul akauntabiliti yang jauh lebih berat bagi menterjemahkan kepercayaan majoriti itu kepada sistem tadbir urus yang telus, berintegriti, inklusif dan responsif.Sambil memetik prinsip Issue Ownership, beliau mengingatkan bahawa sokongan yang dipinjamkan oleh pengundi bandar dan generasi muda boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya isu-isu mendesak melibatkan kos sara hidup, peluang pekerjaan berkualiti serta kesejahteraan sosial gagal diselesaikan secara tuntas."Dalam sebuah acuan demokrasi moden, kemenangan pilihan raya bukan lagi sebuah destinasi penamat untuk parti politik berpesta keraian."Sebaliknya, ia merupakan garis permulaan rasmi kepada satu amanah sangat berat dan penuh risiko sekiranya gagal diuruskan dengan penuh tawaduk untuk kepentingan rakyat," katanya lagi.





ATM perkukuh kesiapsiagaan hadapi cabaran keselamatan kompleks - Sinarharian - 13/07 3:17 pm

KUANTAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi landskap keselamatan yang semakin kompleks dan sukar dijangka.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Angkatan Masa Hadapan ATM perlu dibangunkan berasaskan konsep kesepaduan antara tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara."Dalam kita menangani segala cabaran yang ada, setiap perkhidmatan tak lagi dilihat bergerak secara bersendirian."Apa pun perancangan kita, mesti berasaskan kepada kesepaduan antara ketiga-tiga perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara supaya kita mempunyai kekuatan dalam melaksanakan dan menghadapi apa saja cabaran," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jelajah Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2026 Edisi Pantai Timur di Pangkalan TUDM Kuantan di sini pada Isnin.Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi LTAT, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Azizan Ariffin.Mohamed Khaled memberitahu, ancaman keselamatan kini bukan lagi tertumpu kepada peperangan konvensional, sebaliknya melibatkan pelbagai jenis peperangan baharu antaranya serangan siber, manipulasi maklumat, peperangan hibrid, gangguan rantaian bekalan, bencana alam serta persaingan kuasa besar.Justeru, ujarnya, Angkatan Masa Hadapan tidak bergantung hanya kepada aset-aset yang lebih canggih ataupun hebat, malah bukan sekadar memperkukuhkan keupayaan di peringkat konvensional.Menurutnya, angkatan berkenaan turut berhadapan dengan pelbagai jenis peperangan baharu antaranya peperangan hibrid yang menggabungkan pelbagai bentuk ancaman seperti ketenteraan siber, propaganda dan tekanan ekonomi secara serentak."Ataupun peperangan asimetrik di mana pihak yang lebih lemah menggunakan kaedah tidak konvensional untuk menandingi kekuatan pihak yang lebih besar."Mungkin kita boleh anggap negara kita ada jurang kelengkapan dengan negara-negara lain dan maka kita perlu menggunakan kaedah pendekatan peperangan asimetrik."Kita berhadapan dengan peperangan kognitif yang mensasarkan pemikiran persepsi dan keyakinan rakyat untuk memecah-belahkan masyarakat," katanya.Beliau menambah, kekuatan Angkatan Masa Hadapan bukan hanya bergantung kepada aset dan teknologi, tetapi turut melihat kepada keupayaan anggota ATM sendiri untuk meningkatkan ilmu, kemahiran serta berubah mengikut keperluan pertahanan semasa."Jadi anggota-anggota seperti tuan-tuan dan puan-puan mesti bersedia untuk belajar meningkatkan keupayaan diri dan berubah mengikut keperluan pertahanan semasa."Dan kekuatan Angkatan Masa Hadapan ini bukan hanya pada aset dan teknologi tetapi juga melihat kepada anggota-anggota itu sendiri





Empat Ahli Parlimen Bersatu hantar surat aduan kepada RoS - Sinarharian - 13/07 3:17 pm

SHAH ALAM - Empat Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghantar aduan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung status ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu yang didakwa sudah hilang korum.Berdasarkan satu surat yang dilihat oleh Sinar Harian, masalah itu berpunca daripada tindakan pemecatan, penggantungan dan perletakan jawatan oleh lebih separuh ahli MPT parti tersebut."Perkara ini penting memandangkan kami merupakan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang mempunyai kepentingan langsung terhadap sebarang keputusan parti yang berpotensi memberikan implikasi kepada kedudukan kami di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan."Dan secara tidak langsung boleh menjejaskan keabsahan parti Perikatan Nasional (PN) oleh kerana Bersatu merupakan salah satu parti anggota dalam PN," katanya dalam surat tersebut yang ditandatangani Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan, Kalam Salan (Sabak Bernam), Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu) dan Muslimin Yahya (Sungai Besar).Malah surat itu turut menyatakan, masalah tersebut telah disahkan oleh kenyataan akhbar oleh Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin pada 11 Julai lalu, yang menyatakan jumlah terkini ahli MPT Bersatu kini tinggal 23 orang daripada jumlah asal iaitu 49 orang."(Keadaan) Itu sebenarnya tidak boleh mengadakan mesyuarat kerana tidak cukup bilangan atau korum





After six-year legal battle, justice and truth finally prevailed - Syed Saddiq - Sinardaily - 13/07 2:24 pm

Six years is a long time. It has affected not only me, but especially my parents, family, friends, supporters and the political landscape," he told reporters at the Palace of Justice lobby here.The Federal Court today upheld Syed Saddiq's acquittal on four charges of abetting criminal breach of trust, misappropriation of property and money laundering involving funds belonging to Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Syed Saddiq said his experience of facing criminal charges over the past six years had been an invaluable lesson."Even when we are faced with circumstances that seem hopeless, or when there appears to be no light at the end of the tunnel, we should never compromise our principles, integrity or dignity for an easy way out





Debaran selubungi mahkamah, 1-1 sebelum hakim ketiga tentukan nasib Syed Saddiq - Sinarharian - 13/07 2:15 pm

PUTRAJAYA - Debaran menyelubungi kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, apabila seorang daripada tiga panel hakim memutuskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah, sementara seorang lagi berpendapat Ahli Parlimen Muar itu wajar dibebaskan.Syed Saddiq yang duduk bersendirian di luar kandang tertuduh, dilihat menundukkan kepalanya semasa mendengar penghakiman dalam keadaan tenang.Situasi itu menyebabkan keputusan rayuan pendakwaan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun itu tergantung dengan kedudukan satu sama (1-1), sebelum penghakiman hakim ketiga menentukan nasibnya.Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais menjadi hakim pertama membacakan penghakiman dengan mendapati, Syed Saddiq selaku responden tidak bersalah atas pertuduhan pertama, bersubahat pecah amanah RM1 juta.Bagaimanapun, beliau mendapati responden bersalah atas pertuduhan kedua iaitu salah guna harta RM120,000 serta dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing RM50,000 milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Beliau berkata, Syed Saddiq perlu dikenakan hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta."Bagi setiap pertuduhan AMLA, responden dikenakan hukuman penjara enam bulan serta denda RM5 juta."Gagal bayar denda tersebut, responden boleh dipenjara selama dua tahun bagi setiap kes AMLA itu," katanya.Perhatian kemudian teralih kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali yang menentang keputusan Abu Bakar.Beliau bersetuju dengan dapatan Mahkamah Rayuan bahawa sabitan itu tidak selamat dan pembebasannya tidak sepatutnya diganggu."Pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting kesalahan tersebut, termasuk dakwaan bahawa Syed Saddiq telah menyalahgunakan RM120,000 milik Armada secara tidak jujur."Selain tiada bukti wang yang dikumpulkan ketika itu, merupakan milik Armada Bumi Bersatu Enterprise," katanya.Keputusan terbabit sekali gus meletakkan nasib bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berada di hujung tanduk.Ketika itu, keputusan muktamad masih belum dimeterai apabila seorang lagi panel hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah belum menyampaikan penghakiman.Situasi itu mencetuskan suasana penuh debar di kamar mahkamah apabila panel tiga hakim memilih untuk membacakan penghakiman secara bergilir-gilir.Menyedari perkara itu, Abu Bakar kemudiannya memberitahu, keputusan akhir bergantung pada penghakiman Collin.Beliau kemudiannya bertanya sama ada pihak pendakwaan dan pembelaan mahu masa untuk bertenang atau meneruskan keputusan dengan segera.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menjawab, "Saya mahu ke tandas," sebelum Abu Bakar menangguhkan prosiding selama 10 minit.Sejurus prosiding bermula, ahli keluarga dan penyokong yang berada di galeri awam kelihatan tekun dan resah ketika mendengar penghakiman berkenaan.Suasana berubah apabila Collin membacakan keputusan sama seperti Che Mohd Ruzima sehingga membawa kepada keputusan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan.Beliau berkata, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat dengan memberitahu, pihak pendakwaan gagal membuktikan kesalahan tersebut."Responden berhak secara sah ke atas wang tersebut jadi saya bersetuju dengan dapatan panel hakim Mahkamah Rayuan."Saya tidak menemui sebarang kesilapan yang boleh dirayu," kata Collin.Keputusan itu kemudiannnya disusuli dengan tepukan dan sorakan daripada ahli keluarga serta penyokong Syed Saddiq.ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebasBella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq





'We know Syed Saddiq's plans, hope they can continue' Judge's remark draws smiles in court - Sinardaily - 13/07 1:03 pm

PUTRAJAYA Despite the tense atmosphere at the Federal Court on Monday, the chairman of the three-member panel made a light-hearted remark, saying that all of Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman's plans could proceed following the majority decision in his favour.Court of Appeal President Datuk Seri Abu Bakar Jais, who chaired the panel, made the remark after delivering the verdict, which saw the 34-year-old politician cleared by a majority ruling."Hopefully, those plans can be carried out accordingly," he said, drawing smiles from Syed Saddiq's family members and supporters seated in the public gallery.In the decision, Syed Saddiq remained acquitted of four charges involving abetting criminal breach of trust (CBT), misappropriation of property, and money laundering linked to funds belonging to Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).In a 2-1 majority decision, two judges, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali and Datuk Collin Lawrence Sequerah, ruled that the 34-year-old former Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) vice-president should be acquitted.Abu Bakar was the sole dissenting judge on the panel, having found the former youth and sports minister guilty on three of the four charges.He said Syed Saddiq was acquitted of the first charge involving CBT but was found guilty on the remaining three charges involving misappropriation of property and money laundering."The decision is no longer relevant because the other two judges do not share my view."They are, of course, entitled to provide their respective views as Federal Court judges under the judicial system," he said.





'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas - Sinarharian - 13/07 1:02 pm

PUTRAJAYA - Ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menitipkan doa buat anaknya.Dalam nada sebak, Sharifah Mahani berkata, perjuangan Syed Saddiq diharap boleh menjadi inspirasi buat golongan di luar sana untuk sentiasa berjuang mendapatkan kebenaran."Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia semua yang sentiasa mendoakan anak saya.ARTIKEL BERKAITAN:'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebasBella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq"Mudah-mudahan ia menjadi satu pengajaran buat anak muda, berjuang untuk kebenaran," katanya ketika sidang media di luar pekarangan kompleks mahkamah, di sini pada Isnin.Bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah turut menzahirkan rasa syukur di atas keputusan mahkamah yang berpihak kepada Syed Saddiq."Tak ada apa yang Abuyah nak cakap, cuma saya nak ucap terima kasih dan syukur kepada ALLAH SWT Yang Maha Esa kerana keputusan ini melegakan kami sekeluarga," ujarnya ringkas.Syed Saddiq, 34, dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Menteri Belia dan Sukan itu wajar dilepas dan dibebaskan.Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati Syed Saddiq bersalah.Keputusan majoriti berkenaan sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.ARTIKEL BERKAITAN:'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebasBella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq





'Nasi minyak is coming soon!' Space Dollah after Syed Saddiq remains free - Sinardaily - 13/07 12:39 am

PUTRAJAYA "Nasi minyak is coming soon!" that was the jubilant reaction of Syed Saddiq Syed Abdul Rahman's brother, Syed Abdullah, better known by his nickname "Space Dollah", after the Federal Court upheld the Muar MP's acquittal on Monday.Speaking to members of the media outside the Palace of Justice, Syed Abdullah made the remark when asked about the court's decision, alluding to an upcoming wedding between the Muar MP and his fiance, actress and singer Bella Astillah.Syed Saddiq, 34, was greeted with loud cheers from family members, friends and supporters who had gathered to show their support.Emotions ran high outside the court complex as the former Malaysian United Democratic Alliance (Muda) president and his family performed a sujud syukur (prostration of gratitude) after he was acquitted of all charges.In a 2-1 majority decision, the Federal Court acquitted Syed Saddiq of four charges involving abetting criminal breach of trust, misappropriation of property and money laundering linked to funds belonging to Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Judges Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali and Datuk Collin Lawrence Sequerah formed the majority, ruling that the former youth and sports minister should be acquitted.Court of Appeal President Datuk Seri Abu Bakar Jais, who chaired the three-member bench, delivered the sole dissenting judgment, finding Syed Saddiq guilty.The majority ruling dismissed the prosecution's final appeal, setting aside the High Court's November 2023 conviction and sentence of seven years' imprisonment, two strokes of the cane and a RM10 million fine.The decision brings to a close the young politician's years-long legal battle and marks a significant turning point in both his personal life and political future.It also paves the way for his upcoming marriage to Bella





Pembebasan Syed Saddiq: 'Tahniah bro, boleh pandang ke depan. Kami tunggulah kot-kot sampai kad' - Sinarharian - 13/07 12:24 am

Apa yang wujud ialah isu teknikal dan tadbir urus yang boleh jadi menimbulkan sedikit kekeliruan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.Ketua Penerangan Pas itu turut menyifatkan keputusan itu memberi ruang kepada Syed Saddiq untuk melihat ke hadapan."Tahniah bro, boleh pandang ke depan. Kami tunggulah kot-kot sampai kad," katanya.Syed Saddiq kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 34 tahun itu, wajar dilepas dan dibebaskan.





Johor Polls: 55 candidates forfeit deposits, generated RM275,000 for EC - Sinardaily - 13/07 12:20 am

SHAH ALAM A total of 55 candidates forfeited their election deposits after failing to secure at least one-eighth (12.5 per cent) of the votes cast in the 16th Johor state election on Saturday.Perikatan Nasional (PN), which fielded 33 candidates comprising 16 from Bersatu, 11 from Pas, five from the Malaysian Indian Peoples Party (MIPP) and one from Pejuang, recorded the highest number of deposit forfeitures, with 21 candidates falling below the required threshold.The coalition not only failed to expand its presence in Johor but also lost the three seats it had won in the 2022 state election Bukit Kepong, Maharani and Endau.The results also translated into a financial gain for the Election Commission (EC), which retains election deposits forfeited by unsuccessful candidates





'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah - Sinarharian - 13/07 12:02 am

PUTRAJAYA - 'Nasi minyak is coming soon!'Demikian reaksi teruja abang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah apabila Ahli Parlimen Muar itu kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin.Syed Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pena 'Space Dollah' berkata demikian ketika ditanya pengamal media di pekarangan Istana Kehakiman.Syed Saddiq, 34, menerima sorakan gemuruh daripada ahli keluarga dan sahabat yang hadir menyokong beliau.Situasi di pekarangan kompleks mahkamah bertambah sebak apabila bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dan ahli keluarga melakukan sujud syukur kerana lepas serta bebas daripada sebarang sabitan.ARTIKEL BERKAITAN:'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebasBella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed SaddiqSyed Saddiq, 34, dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Menteri Belia dan Sukan itu wajar dilepas dan dibebaskan.Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati Syed Saddiq bersalah.Keputusan majoriti berkenaan sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.Keputusan tersebut menoktahkan perjuangan undang-undang ahli politik muda tersebut yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu, selain mengubah sama sekali haluan kehidupan dan masa depan politiknya.Ia termasuk alam perkahwinan yang bakal dibina bersama tunangnya, Bella Astillah.ARTIKEL BERKAITAN:'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebasBella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq





Malaysia gesa reformasi Majlis Keselamatan PBB, mansuh kuasa veto - Sinarharian - 13/07 11:41 am

SHAH ALAM -Malaysia secara konsisten menyokong dan menggesa pelaksanaan reformasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara menyeluruh, termasuk kuasa veto.Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauniberkata, kuasa veto adalah tidak adil dan perlu dimansuhkan.Menurutnya, paling tidak ia mesti dimansuhkan sama sekali dalam kes pencabulan undang-undang antarabangsa yang melibatkan jenayah berat seperti jenayah perang, genosid, jenayah terhadap kemanusiaan dan pemusnahan infrastruktur awam secara sengaja seperti yang berlaku di Gaza."Penyalahgunaan kuasa veto oleh kuasa-kuasa besar dunia sememangnya menjejaskan kredibiliti Majlis Keselamatan PBB."Implikasinya, institusi tersebut kerap kali gagal melaksanakan mandat utamanya di bawah Piagam PBB untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat."Ia termasuk dalam menangani konflik di Asia Barat dan dalam mempertahankan hak asasi mutlak rakyat Palestin," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang meminta Mohamad menyatakan pendirian Malaysia terhadap ketidakseimbangan kuasa veto oleh kuasa besar dunia dalam Majlis Keselamatan PBB.Tambah Lukanisman, selain isu veto, Malaysia juga menyokong peluasan Anggota Tetap dan Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB bagi memastikan setiap rantau diwakili secara saksama.Jelasnya, Malaysia berpendirian bahawa komposisi Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaiki supaya lebih saksama, inklusif dan mencerminkan realiti dan dinamik geopolitik semasa."Kelantangan kita di PBB bukanlah retorik semata-mata, sebaliknya bersandarkan rekod prestasi baik dan kredibiliti Malaysia juga sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak empat kali."Kita konsisten mempertahankan undang-undang antarabangsa dan menjadi jurucakap yang berani dalam membela nasib negara-negara membangun dan mereka yang dianiaya."Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia telah secara rasmi mengemukakan pencalonan untuk kembali menganggotai Majlis Keselamatan PBB sebagai Anggota Tidak Tetap bagi tempoh 2036 hingga 2037," ulasnya.





'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh - Sinarharian - 13/07 11:38 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Di sebalik suasana tegang di Mahkamah Persekutuan pada Isnin, pengerusi panel tiga hakim berseloroh agar semua perancangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat diteruskan selepas keputusan majoriti memihak kepadanya.Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais berkata, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berusia 34 tahun itu kini sudah mengetahui keputusan majoriti memihak kepadanya."Diharap perancangan itu dapat dibuat dengan perkara yang sepatutnya," katanya yang mengundang senyuman daripada ahli keluarga dan penyokong yang berada di galeri awam.Dalam keputusan tersebut, Syed Saddiq kekal dibebaskan daripada empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas 'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq'Nasi minyak is coming soon!' - Space DollahKeluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed SaddiqMenerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 34 tahun itu, wajar dilepaskan.Sementara itu, Abu Bakar menjadi satu-satunya hakim yang mempunyai pandangan berbeza apabila mendapati anak jati Johor Bahru itu bersalah.Semasa membacakan keputusan, Abu Bakar berkata, ahli politik tersebut dibebaskan daripada pertuduhan pertama, iaitu bersubahat melakukan pecah amanah, namun didapati bersalah terhadap pertuduhan kedua membabitkan salah guna harta serta pertuduhan ketiga dan keempat berkaitan pengubahan wang haram."Bagaimanapun, keputusan itu tidak lagi relevan kerana dua hakim tidak sependapat dengan saya."Mereka sudah tentu berhak memberikan pandangan masing-masing sebagai hakim Mahkamah Persekutuan mengikut sistem kehakiman," katanya.Mahkamah sebelum ini menetapkan keputusan berkenaan dibuat pada 30 Jun, namun ditangguhkan selama dua minggu selepas Che Mohd Ruzima tidak sihat dan diberikan sijil cuti sakit selama dua hari.Mengulas lanjut, Abu Bakar menjelaskan bahawa kelewatan keputusan sebelum ini berpunca daripada faktor kesihatan seorang hakim dan meminta semua pihak memahami keadaan tersebut."Hakim juga manusia biasa





'Bersama parti gagal, dendam terbalas lepas bantu BN Johor menang' - Exco AMK - Sinarharian - 13/07 11:33 am

KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor turut dipengaruhi tindakan Parti Bersama yang didakwa memecahkan undi Pakatan Harapan (PH) demi membalas dendam terhadap PKR.Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu bukan sahaja gagal memberi saingan kepada BN, malah menguntungkan gabungan tersebut apabila memecahkan undi penyokong reformasi."Saya harap mereka sudah boleh tutup kedai selepas ini apabila misi membalas dendam kepada PH, khususnya di Johor, telah berjaya."Saya juga berharap Rafizi berpuas hati dengan pencapaian itu walaupun berhabis puluhan ribu ringgit untuk bertanding tetapi akhirnya kehilangan deposit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau turut berharap penyokong PH tidak lagi bersimpati terhadap Rafizi kerana mendakwa tindakannya hanya akan menguntungkan pihak lawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka selepas ini.Sebelum ini, pemimpin DAP, Tony Pua dilaporkan berkata, antara kerusi PH yang didakwa terkesan akibat pertandingan Parti Bersama ialah Perling, Stulang dan Bukit Batu.Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata, keputusan PRN Johor membuktikan bahawa strategi Parti Bersama tidak melemahkan BN, sebaliknya menyebabkan undi penyokong PH berpecah."Keputusan pilihan raya jelas menunjukkan siapa yang paling mendapat manfaat daripada perpecahan ini





Negeri Sembilan polls: Pas confirms talks with BN - Sinardaily - 13/07 11:24 am

SEREMBAN Pas has confirmed that it is in discussions with Barisan Nasional (BN) ahead of the Negeri Sembilan state election on Aug 1.Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang said negotiations between the two parties are ongoing and have been progressing positively."Yes, we are working towards cooperating with BN





Apex Court rejects prosecution’s final appeal, upholds Syed Saddiq’s acquittal - BorneoPost - 13/07 11:12 am

PUTRAJAYA (July 13): The Federal Court today upheld the acquittal of Muar Member of Parliament Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on four charges of abetment of criminal breach of trust, misappropriation of property and money laundering involving funds belonging to Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)




Reformasi     >>



Zaid Ibrahim dedah kesilapan DAP yang bawa padah hari .. - Mkini
"Anwar ialah seorang prima donna, satu personaliti dan tidak mewakili satu gerakan. Dia bertahan dengan sokongan Umno," kata bekas menteri itu.
Kroni     >>



Khairy bertanding di DUN Gemas? - Utusan
SEREMBAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas dijangka panas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini. Ia berikutan terdapat khabar angin bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bersaing di kerusi berkenaan. Menurut beberapa ..
Tabloid     >>



‘Saya berniaga, Mark Wahlberg berlakon di .. - Kosmo
GEORGE TOWN Seorang peniaga tidak menyangka gerai mainan yang diusahakannya sejak 15 tahun lalu di Ropewalk, di sini dipilih sebagai lokasi penggambaran filem Netflix lakonan bintang Hollywood, Mark Wahlberg, semalam. Sheikh Mokhtar Sheikh Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Mamu Tan, 60 ..
Tech     >>



Rekaan Google Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel .. - Amanz
Google Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold akan dilancarkan pada 12 Ogos hadapan. Tetapi walaupun acara akan berlaku dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, beberapa imej promosi rasmi peranti ketiga-tiga peranti ini telah tertiris awal menerusi laman Amazon menurut laporan ..
World     >>



Iran war live: US launches more attacks, Trump orders .. - Aljazeera
US carried out more attacks on Iran, with Iranian media reporting explosions in Kish, Qeshm and Bandar Abbas.
Motor Trend     >>



Volkswagen Bakal Kurangkan 50% Model Kenderaan, Fokus .. - Careta
Laporan Massive 100k job cuts at VW Group under plan to reduce car models by 50% oleh Auto Express, bertarikh 14 Julai 2026, menyatakan langkah itu turut melibatkan pengurangan tahap kerumitan setiap model sehingga 75 peratus bagi mempercepatkan pembangunan produk dan meningkatkan kecekapan ..