///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Ahmad Zahid Hamidi News   Page 1    





Peguam pemerhati diminta undur diri wakili saksi pendakwaan kes Sayed .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Peguam pemerhati diminta undur diri wakili saksi pendakwaan kes Sayed Amir Muzzakkir KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan seorang peguam pemerhati menarik diri daripada bertindak mewakili seorang saksi pendakwaan pada perbicaraan kes Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad terhadap tiga pertuduhan menerima suapan RM350,000, empat tahun lalu





Tiga rakan didenda RM24,000 kerana ugut dan cederakan dua beradik guna... - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Tiga rakan didenda RM24,000 kerana ugut dan cederakan dua beradik guna pisau, parang BUTTERWORTH - Tiga rakan didenda RM24,000 keseluruhan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melakukan ugutan bunuh terhadap seorang lelaki dan mencederakan adiknya menggunakan parang, bulan lalu





Azeez Rahim cabar tindakan LHDN batal penyelesaian cukai dan penalti RM4.8 .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Azeez Rahim cabar tindakan LHDN batal penyelesaian cukai dan penalti RM4.8 juta KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatalkan perjanjian terdahulu berhubung penyelesaian bayaran cukai dan penalti berjumlah RM4.8 juta





Mahkamah beri Zahid, AG kebenaran rayu kes Yayasan Akal Budi - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Mahkamah beri Zahid, AG kebenaran rayu kes Yayasan Akal Budi PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari ini memberi kebenaran kepada Peguam Negara (AG) dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman berhubung keputusan menghentikan 47 pertuduhan jenayah membabitkan Yayasan Akal Budi





Dua remaja maut, motosikal dinaiki masuk parit selepas berlanggar dengan .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Dua remaja maut, motosikal dinaiki masuk parit selepas berlanggar dengan kereta PASIR SALAK Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah di sini awal pagi tadi





Dua remaja lelaki didakwa atas kematian pelajar tingkatan dua di Kuala .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Dua remaja lelaki didakwa atas kematian pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah KUALA PILAH - Dua remaja lelaki berumur 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di asrama sebuah sekolah menengah di sini, bulan lepas





Dinding LCS nampak ???berkedut??? bukan seperti kapal baharu – Ahmad .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Dinding LCS nampak berkedut bukan seperti kapal baharu - Ahmad Amzad KUALA LUMPUR Kualiti pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dipersoalkan selepas Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) menyifatkan bahagian dinding atau _plating_ kapal berkenaan kelihatan berkedut seperti kapal yang baru pulang daripada peperangan





SPRM perlu siasat menyeluruh laporan DAP berkait Zahid ??? Shafiq - Mygazette - 8/10 4:23 pm

Bagaimanapun kesalahan tidak seharusnya diletakkan terhadap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atau mana-mana individu sebelum fakta ditentukan menerusi siasatan





Jerebu: Ambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia ??? Fadhli Shaari - Mygazette - 8/10 4:23 pm

# Jerebu: Ambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia Fadhli Shaari KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya Malaysia mengambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia jika terbukti bencana jerebu yang melanda negara ketika ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara itu





Ejen hartanah degil ekori konvoi Ahmad Zahid di KESAS didenda - Astroawani - 8/10 3:45 pm

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lapan bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.





Disciplinary action against varsity students for speaking out dropped, says Zambry - Sinardaily - 8/10 3:32 pm

KUALA LUMPUR: All disciplinary action previously taken against students for speaking out or expressing criticism has been dropped, says Higher Education Minister Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir."As an immediate step, all disciplinary actions taken all this while have been dropped, and if there are serious matters, they are subject to the country's laws," he said during Minister's Question Time in the Dewan Rakyat on Thursday (Oct 8).He said the government aims to remove barriers that restrict university students' freedom of expression, including limitations imposed by existing regulations.Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) asked in a supplementary question if students who criticise the government would be treated the same as those who support it.Zambry said his ministry is also examining the constraints placed on students, including the disciplinary regulations set by each university."We see there are contradictions," he said, describing it as matters of harmonisation at the university level.On engagement, Zambry said all student groups are being involved without distinction, whether they support the government or not, including students representing political parties.The relevant Parliamentary Select Committee chaired by Indera Mahkota MP Datuk Seri Saifuddin Abdullah is also being consulted, he said."We want to create a new Act that is truly comprehensive and listens to good views," he said.Earlier, replying to the original question from Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah), Zambry said the Universities and University Colleges Act 1971 (Auku) must be repealed in a planned and phased manner, as it is also the legal basis for the establishment and governance of public universities."This is to ensure there is no legal vacuum that could affect the continuity of governance and operations of public universities," he said.He said a proposed single law for higher education, the One Higher Education Act (OHEA), has been included in the Malaysian Higher Education Plan (RPTM) 2026-2035.The ministry has also begun reviewing Sections 15 and 16 of Auku, which relate to students, to widen their freedom of expression and association, he added





'Saya bos dia', majikan warga Bangladesh tidak puas hati pekerja ditahan - Sinarharian - 8/10 3:09 pm

KUALA LUMPUR - Tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi membanteras kesalahan jalan raya membabitkan warga asing di sekitar ibu negara bertukar tegang apabila berdepan provokasi ketika pemeriksaan dilakukan.Insiden itu berlaku semasa Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dijalankan JPJ Kuala Lumpur termasuk Unit FALCON bermula jam 9 pagi.Semasa beberapa warga asing dikumpulkan di satu kawasan sekitar Sentul bagi pemeriksaan, datang seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bersama wanita tempatan yang mengaku sebagai majikan kepada pekerjanya yang ditahan."Saya bos dia





Abdul Azeez cabar keputusan LHDN batal persetujuan bayaran cukai RM4.8 juta - Sinarharian - 8/10 2:54 pm

KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini berhubung keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatalkan persetujuan pembayaran cukai dan penalti berjumlah RM4.8 juta, tiga bulan lalu.Bekas Ahli Parlimen Baling berusia 60 tahun itu memohon kepada mahkamah pada 6 September lalu, supaya keputusan LHDN memansuhkan persetujuan bertarikh 9 Februari 2022 serta notis taksiran komposit bertarikh 22 Mac 2022 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2020 dibatalkan.Beliau turut memohon perintah mahkamah supaya LHDN mematuhi persetujuan berkenaan yang didakwa telah dipenuhinya.Berdasarkan dokumen mahkamah, Abdul Azeez mendakwa LHDN menjalankan siasatan cukai terhadapnya pada penghujung 2021 atau awal 2022 sebelum kedua-dua pihak mencapai persetujuan pada empat tahun lalu.Menurutnya, persetujuan itu menetapkan beliau perlu membayar cukai dan penalti berjumlah RM4.8 juta bagi tahun taksiran 2011 hingga 2020 secara ansuran.Beliau kemudian mendakwa telah menyelesaikan bayaran tersebut mengikut persetujuan yang dicapai.Bagaimanapun, Abdul Azeez mendakwa menerima surat bertarikh 7 Ogos lalu, daripada Bahagian Pematuhan Strategik LHDN Negeri Sembilan yang memaklumkan keputusan untuk membatalkan persetujuan dan notis taksiran komposit berkenaan.Beliau turut menerima notis daripada LHDN untuk menghadiri temu duga dan memberikan maklumat berkaitan tahun taksiran 2014 hingga 2025.Abdul Azeez mendakwa menerima beberapa notis tambahan daripada LHDN yang berkaitan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA).Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Abdul Azeez atas alasan cabaran tersebut dibuat terlalu awal kerana siasatan LHDN masih dijalankan.Semasa prosiding di hadapan Hakim, S Indra Nehru, peguam, Nicholas Mark Pereira yang mewakili Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berhujah, pembatalan berkenaan boleh dicabar kerana Seksyen 96A(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan taksiran komposit sebagai muktamad dan konklusif."Anak guam telah menjelaskan RM4.8 juta seperti dipersetujui, namun perjanjian itu dibatalkan tanpa penjelasan terperinci mengenai fakta baharu yang dikatakan ditemui oleh LHDN."Jadi, pihak pemohon turut memohon perintah penangguhan sementara bagi menghalang LHDN daripada meneruskan tindakan penyiasatan atau penguatkuasaan berkaitan perkara itu sementara menunggu keputusan semakan kehakiman," katanya.Sementara itu, seorang lagi peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, status quo atau keadaan sekarang perlu dikekalkan."Ini kerana kami mempersoalkan peruntukan undang-undang yang membolehkan perjanjian penyelesaian berkenaan dibatalkan selepas taksiran komposit dipersetujui," katanya yang hadir bersama peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.Peguam Kanan Persekutuan, Ng Siew Wee kemudian berhujah bahawa, setakat ini Abdul Azeez tidak diarahkan membayar sebarang jumlah cukai tambahan.Katanya, tiada jumlah cukai tambahan ditetapkan dan tiada taksiran baharu dikeluarkan ketika permohonan semakan kehakiman itu difailkan."Pemohon membuat permohonan berdasarkan jangkaan bahawa pembatalan persetujuan dan taksiran komposit itu akan diikuti taksiran baharu atau tambahan serta tindakan penguatkuasaan."Pembatalan persetujuan itu mungkin merupakan tindakan pentadbiran, namun ia tidak bermakna Abdul Azeez pada ketika ini sudah mempunyai liabiliti cukai yang perlu dibayar," katanya.Beliau berkata, notis baharu yang dikeluarkan LHDN hanya berkaitan pengumpulan maklumat dan langkah siasatan, dan tidak menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar Abdul Azeez.Dalam prosiding tersebut, Peguam Kanan Hasil, Marina Ibrahim hadir bagi pihak LHDN.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Indra Nehru menetapkan keputusan permohonan kebenaran berkenaan pada 11 November depan.





Kaunselor On Wheel bantu pelajar terkesan insiden - KPT - Sinarharian - 8/10 2:04 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggerakkan inisiatif Kaunselor On Wheel ke Kuantan bagi memberikan bimbingan psikologi kepada pelajar yang terkesan susulan kematian seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), M Elisa Jonova, 19, baru-baru ini.Ketua Setiausaha KPT, Datuk Aminuddin Hassim berkata, pihaknya turut mengarahkan kaunselor berdaftar untuk membantu waris mangsa serta rakan-rakan yang terkesan dengan kejadian berkenaan."Kaunselor On Wheel telah pun bergerak ke Kuantan untuk bertemu dengan pelajar, memberi bimbingan psikologi dan sebagainya."Kita perlu melibatkan semua komuniti pendidikan tinggi dan juga masyarakat untuk bersama-sama kita dalam hal ini sebab kita faham tekanan sekarang kepada pelajar-pelajar yang lain, mereka mungkin trauma dengan berita-berita ini," katanya ketika ditemui selepas Program Industry Nexus (INDEX) 2026: TVET Collaboration Hub di sini pada Khamis.Menurutnya, KPT turut mempertimbangkan supaya inisiatif Kaunselor On Wheel digerakkan ke kawasan lain yang memerlukan bagi memberi dorongan serta bimbingan kepada pelajar.Aminuddin berkata, pihaknya mahu semua pihak termasuk politeknik, Majlis Perwakilan Pelajar dan pakar berkaitan kaunseling bersama-sama memberi sokongan psikologi kepada pelajar yang terkesan.Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil di dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjutDalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Shamsuri Abdullah berkata, kemudahan penempatan asrama di politeknik pada ketika ini hanya merangkumi 50 hingga 70 peratus sahaja."Kami akan melihat dari semasa ke semasa usaha menambah fasiliti asrama, dengan sasaran 70 peratus pelajar politeknik dapat ditempatkan di asrama."Memang dalam konteks penempatan ataupun penyediaan asrama itu agak terhad





Elak mahasiswa dilayan berbeza, KPT bakal selaras peraturan universiti - Zambry - Sinarharian - 8/10 2:03 pm

KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyelaraskan peraturan tatatertib di semua universiti awam bagi memastikan mahasiswa tidak dikenakan layanan berbeza terutama dari segi hak kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu perlu dibuat berikutan terdapat percanggahan antara peraturan yang ditetapkan oleh universiti."Kita akan lihat kekangan-kekangan terhadap kebebasan mahasiswa itu termasuk juga dari segi peraturan tatatertib (kerana) peraturan yang ditetapkan setiap universiti itu kita lihat ada percanggahan."Ada universiti boleh buat ini (perkara tertentu), ada universiti itu tidak boleh buat (perkara itu)





Ahmad Zahid, AG dibenar rayu keputusan semakan kehakiman Badan Peguam - Sinarharian - 8/10 2:01 pm

PUTRAJAYA Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara (AG) dibenarkan untuk merayu keputusan yang membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.Ia membabitkan permohonan mencabar keputusan menghentikan pendakwaan dalam 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk berusia 73 tahun itu.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Seri Hashim Hamzah membenarkan dua permohonan kebenaran merayu selepas mendapati kes berkenaan membangkitkan persoalan perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Hashim berkata, persoalan berkenaan memerlukan penjelasan dan keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan.Menurutnya, ambang itu perlu diterapkan dengan lebih berhati-hati dan penuh batasan kerana ia membabitkan kuasa pendakwaan Peguam Negara di bawah Perkara 145(3)."Kami berpandangan, kes ini membangkitkan persoalan perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam yang memerlukan penjelasan dan keputusan muktamad Mahkamah ini."Oleh itu, Peguam Negara dan Ahmad Zahid selaku pemohon telah memenuhi ambang bagi permohonan kebenaran di bawah Seksyen 96A dan 96B Akta Mahkamah Kehakiman," katanya yang bersidang bersama Hakim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.Dalam prosiding berkenaan, Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly.Peguam, Datuk S Ambiga dan Steven Thiru hadir bagi pihak Badan Peguam sementara peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Ahmad Zahid.Pada 4 September 2023, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah kini Hakim Mahkamah Persekutuan memberi perintah DNAA kepada Presiden UMNO berhubung kes berkenaan.Beliau memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk, kerana mereka memutuskan untuk memberhentikan prosiding, ekoran berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.Badan Peguam kemudiannya memohon untuk mencabar keputusan tersebut dengan memohon deklarasi mahkamah bahawa keputusan berkenaan terbatal serta tidak sah.Mengikut pertuduhan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tersebut berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.Perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.





Federal Court allows Zahid, AG to appeal Malaysian Bars challenge of DNAA in Yayasan Akalbudi case - Malaymail - 8/10 12:43 am

PUTRAJAYA, Oct 8 The Federal Court today allowed Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and the Attorney-General (AG)...





Yayasan Akalbudi: Apex Court grants Zahid, AG leave to appeal ruling allowing Malaysian Bar to commence judicial review - Sinardaily - 8/10 12:42 am

PUTRAJAYA - The Federal Court today allowed Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and the Attorney-General (AG) leave to appeal against the Court of Appeals decision allowing the Malaysian Bar to commence a judicial review challenging the prosecutions decision to discontinue the Yayasan Akalbudi corruption case.A three-man bench comprising Chief Judge of Malaya Datuk Seri Hashim Hamzah and Federal Court judges Datuk Nordin Hassan and Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali held that the case raises novel constitutional issues of public importance that require clarification and final determination by the Federal Court.Delivering the unanimous decision, Justice Hashim said the case concerns the threshold for granting leave to commence a judicial review when the AG's prosecutorial discretion under Article 145 (3) of the Federal Constitution is being challenged.He said the High Court had applied a two-step threshold based on its interpretation of the Federal Courts decision in the Sundra Rajoo case, while the Court of Appeal, on the other hand, applied a single-leave test."And the test must be applied with greater discipline, caution, and restraint when it involves the AG's prosecutorial power under Article 145 (3), he added.Justice Hashim said both Zahid and the AG had met the threshold requirement under Sections 96 (a) and 96 (b) of the Courts of Judicature Act 1964 for leave to be granted.He said the court allowed four questions of law proposed by the Deputy Prime Minister and dismissed one, while both questions of law proposed by the AG were allowed.One of the questions is whether, in cases involving challenges to a decision by the Public Prosecutor in exercising his powers under Article 145 (3) of the Federal Constitution, the two-step threshold must be satisfied before leave to commence a judicial review can be granted.Another question is whether, when a criminal court made an order of discharge not amounting to an acquittal (DNAA) pursuant to the public prosecutors application under Section 254 (1) of the Criminal Procedure Code, the remedy for judicial review lies against the Public Prosecutors application during the subsistence of the DNAA order?On May 7, this year, the Court of Appeal granted the Malaysian Bar leave to commence a judicial review to challenge the AG's decision on Sept 4, 2023, to halt proceedings against Zahid.The Court of Appeal had overturned the June 27, 2024, High Courts decision, which rejected the Malaysian Bars application for leave to commence the judicial review.Zahid, who is the second proposed respondent in the judicial review proceedings, subsequently filed an application on May 25 this year seeking leave to appeal to the Federal Court





Dua pelajar lelaki didakwa bunuh pelajar Tingkatan Dua di asrama - Sinarharian - 8/10 12:07 am

KUALA PILAH - Dua pelajar lelaki Tingkatan Empat didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan Dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, bulan lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang berusia 16 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah membunuh Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, antara jam 7.30 malam hingga 8.50 malam di asrama putera sebuah sekolah di Kuala Pilah, 25 September lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.Jika disabitkan, boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat minimum 12 kali.Prosiding yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah itu dijalankan secara tertutup memandangkan kedua-dua tertuduh adalah individu di bawah umur.Sementara itu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh ketika ditemui di luar kamar berkata, mahkamah menetapkan tarikh 7 Disember bagi sebutan laporan patologi, laporan kimia dan laporan forensik.Menurutnya, pihak pembelaan telah memohon kepada pihak mahkamah untuk satu arahan supaya kedua-dua anak guamnya dihantar ke pusat koreksional."Ia sementara menunggu tarikh yang akan datang supaya satu intervensi dalam aspek kaunseling diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Ia bagi membantu kedua-dua penama (tertuduh) daripada segi mental dan emosi sesuai dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak (2001)," katanya.Jelasnya lagi, pihaknya akan memastikan kedua-dua tertuduh mendapat pembelaan yang sewajarnya mengikut undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak dan Kanur Prosedur Jenayah.Sebelum ini media melaporkan, mangsa yang meninggal dunia di sebuah asrama sekolah dipercayai dipukul menggunakan getah paip oleh seorang pelajar senior.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa selesai menunaikan solat Maghrib di asrama sekolah berkenaan.





AG, Zahid menang; dibenar rayu keputusan benar Majlis Peguam cabar tuduhan rasuah - FMT - 8/10 12:07 am

Mahkamah Persekutuan putuskan Peguam Negara dan presiden Umno itu memenuhi ambang yang diperlukan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.





AG, Zahid get leave to appeal ruling allowing Bars challenge on corruption charges - FMT - 8/10 11:47 am

Federal Court rules that the AG and the Umno president met the threshold requirements set out in Section 96 of the Courts of Judicature Act 1964.





63% pegawai perubatan lapor diri di Sabah, Sarawak - FMT - 8/10 11:40 am

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata 337 daripada 527 pegawai di Sarawak selain 336 daripada 528 di Sabah melapor diri.





63% of medical officers report for duty in Sabah, Sarawak - FMT - 8/10 11:27 am

Health minister Dzulkefly Ahmad says that out of the medical officers offered postings, 337 of 527 reported for duty in Sarawak, while 336 of 528 did so in Sabah.





Two teenagers killed in motorcycle crash in Kampung Gajah - Sinardaily - 8/10 11:13 am

IPOH - Two teenagers were killed when the motorcycle they were riding collided with a car in Kampung Teluk Sareh, near Kampung Gajah, early today.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) Assistant Director of Operations Sabarodzi Nor Ahmad identified the deceased as Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, and Adam Danial Abdul Rahman, 18.He said the department received a distress call at 4.29am, following which personnel from the Kampung Gajah Fire and Rescue Station were dispatched to the scene."Upon arrival, the team found a Toyota Yaris in a ditch with a victim inside, although not trapped, while the motorcycle rider and pillion rider were also found in the ditch," he said in a statement today.Sabarodzi said the siblings were pronounced dead at the scene by medical personnel, while the seriously injured car driver was taken to Seri Iskandar Hospital for treatment.The bodies were handed over to the police for further action





Don't just host data centres, focus on 'made by Malaysia' AI, says Khairy - Sinardaily - 8/10 11:02 am

KUALA LUMPUR - Malaysia should not be too quick to celebrate large-scale data-centre investments without examining how much economic value actually remains in the country, says Khairy Jamaluddin.The former Umno youth chief warned that the sector could repeat the experience of multinational manufacturing investments, where intellectual property, senior management and profits largely remained in foreign hands.He said Malaysia should look beyond headline foreign direct investment figures and ask whether local companies, workers and industries were capturing enough of the value created.I am worried. I see data centres in the same way as the multinational factories that came to Malaysia in the early 1980s, he said at the 12th Barisan Nasional (BN) Forum, themed Agenda Malaysia Biru, at Menara Dato Onn here on Wednesday.Also present was BN chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.The forum was moderated by BN secretary-general Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, with panellists MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Khairy, Tan Sri Nordin Kardi of Jakarta Business School and political analyst Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian.Khairy said data centres also consume large amounts of electricity and water while requiring relatively few workers once construction is completed.More importantly, he said Malaysia must ensure that the computing capacity generated by facilities operated by companies such as Meta, ByteDance and Google was used to support Malaysian-developed artificial intelligence applications.If we are not prepared to use the AI computing power coming out of these data centres, it will ultimately provide services to applications in Singapore or other countries, he said.Malaysia, he said, should therefore move beyond merely hosting data centres and focus on creating technology and applications of its own.It should not just be Made in Malaysia or data centres in Malaysia, but AI applications that are made by Malaysia, he added





Wan Ahmad Fayhsal fainted while helping child with homework, now stable - Sinardaily - 8/10 10:37 am

SHAH ALAM - Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal is in stable condition and resting in a ward at the Kuala Lumpur Hospital (HKL).According to his Facebook post, any updates regarding his condition will be announced accordingly."Millions of thanks to everyone who prayed for me," he said on Wednesday.Earlier, Wan Ahmad Fayhsal was rushed to HKL for emergency treatment.The MP's office, in a statement, said he had been admitted to the hospital ward for further treatment and was in stable condition.According to the statement, doctors had also advised him to rest until he fully recoversIn the post on Threads, Wan Ahmad Fayhsal said the incident occurred while he was helping his child with homework before he lost consciousness until 6pm."I am now at HKL undergoing examinations and emergency treatment





Dua remaja maut tercampak dalam parit - Sinarharian - 8/10 10:01 am

PASIR SALAK - Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam nahas dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah di sini pada Khamis.Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah jam 4.29 pagi melibatkan mangsa dikenali Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan Adam Danial, 18.Kedua-dua mangsa dipercayai rakan yang menaiki motosikal Yamaha Y15 disyaki tercampak ke dalam parit akibat nahas berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian turut mengakibatkan pemandu kereta jenis Toyota Yaris berusia 31 tahun cedera parah.Menurutnya, anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta berada dalam parit dengan seorang mangsa dalam kenderaan berkenaan."Dua lagi mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal turut ditemui berada di dalam parit."Kedua-dua mangsa itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota mengeluarkan ketiga-tiga mangsa menggunakan pengusung.Katanya, dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Mangsa yang cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Seri Iskandar menggunakan ambulans KKM," katanya.Operasi yang membabitkan lima anggota BBP Kampung Gajah itu tamat sepenuhnya pada jam 6.54 pagi.





Pengsan ketika siapkan kerja sekolah anak, PM Anwar titip doa buat Wan Ahmad Fayhsal - Mydateline - 8/10 10:00 am

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa buat Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar segera sembuh selepas dimasukkan ke Hospital ..





Kes pelajar maut: 2 remaja didakwa esok - Mygazette - 8/10 8:13 am

SEREMBAN - Dua remaja lelaki berusia 16 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah, esok berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 Sept lepas





Peruntukan KKDW: `Kasihan negara ada MP tak faham tatacara kewangan .. - Mygazette - 8/10 8:13 am

Persoalan sebenar yang perlu dijawab ialah: projek telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan, Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan, tetapi mengapa peruntukan yang telah diluluskan itu tidak disalurkan kepada KKDW untuk membolehkan bayaran dibuat kepada kontraktor? Untuk makluman MP2 (Ahli-ahli Parlimen), dalam tatacara kewangan kerajaan, sesebuah kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya membuat perbelanjaan tanpa peruntukan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa kewangan, katanya menerusi Facebooknya malam ini. Dr Muhamad Akmal merujuk kepada laporan yang dibuat sekumpulan Ahli Parlimen DAP kepada SPRM bagi mendesak siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





LCS: Tiada satu pun dapatan audit forensik kaitkan dengan Zahid – .. - Mygazette - 8/10 8:13 am

# LCS: Tiada satu pun dapatan audit forensik kaitkan dengan Zahid - Fadzmel jawab Guan Eng KUALA LUMPUR - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang cuba mengaitkan perkembangan terkini Projek Littoral Combat Ship (LCS) dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan satu cubaan menghidupkan semula naratif lama dengan mencampur-adukkan keputusan dan perkembangan projek yang berlaku dalam tempoh lebih sedekad





Belanjawan 2027: Peniaga mahu bantuan tepat berdasarkan realiti rakyat - Mygazette - 8/10 8:13 am

# Belanjawan 2027: Peniaga mahu bantuan tepat berdasarkan realiti rakyat KUANTAN Kerajaan perlu turun padang melihat sendiri denyut kehidupan rakyat bagi memastikan bantuan menerusi Belanjawan 2027 benar-benar tepat, bersasar dan sampai kepada golongan yang paling memerlukan





Pengsan ketika bantu anak siapkan kerja sekolah, Wan Ahmad Fayhsal kini stabil - Sinarharian - 8/10 7:21 am

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurut pentadbir akaun Facebook Wan Ahmaf Fahysal, sebarang perkembangan berkenaan keadaan beliau akan dimaklumkan."Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya pada Rabu.Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal dikejarkan ke HKL bagi menerima rawatan kecemasan.Pejabat Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau kini dimasukkan ke wad hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.Menurut kenyataan itu, doktor turut menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal supaya berehat sehingga pulih sepenuhnya.Terdahulu dilaporkan Wan Ahmad Fayhsal berkata, kejadian berlaku ketika beliau membantu menyiapkan tugasan sekolah anaknya sebelum pengsan sehingga 6 petang tadi."Pada awal pagi tadi, ketika saya siapkan latihan kerja sekolah anak, tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sama sekali sampailah jam 6 petang."Saya kini berada di HKL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan mengejut (kecemasan)





Wan Ahmad Fayhsal dikejarkan ke HKL - Astroawani - 8/10 5:00 am

Beliau dimasukkan ke wad HKL untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.





Laporan DAP ke atas Ahmad Zahid: SPRM wajar siasat menyeluruh, teliti peranan pihak terlibat - AMK - Sinarharian - 8/10 1:00 am

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar meneliti laporan yang dibuat DAP kepada suruhanjaya itu bagi memohon siasatan dakwaan melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berhubung perbezaan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian itu.Pengarah Strategi AMK, Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, siasatan berkenaan perlu dilaksanakan secara bebas dan menyeluruh, termasuk meneliti peranan mana-mana pihak yang mempunyai kuasa melulus, mengarah atau membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan tersebut."Tetapi saya tak fikir kita patut terus meletakkan kesalahan kepada Ahmad Zahid atau mana-mana individu sebelum siasatan menentukan fakta."Fokus kita patut jelas





Naikkan pendapatan rakyat sebelum pertimbang GST - Faiz Ahmad - Sinarharian - 8/10 12:12 am

SHAH ALAM Kerajaan perlu memastikan pendapatan rakyat dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), meskipun sistem berkenaan dilihat lebih berkesan dalam menambah hasil negara.Pencipta Kandungan Ekonomi, Faiz Ahmad berkata, GST mempunyai kelebihan dari segi keberkesanan kutipan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun pelaksanaannya perlu mengambil kira kemampuan rakyat menanggung beban cukai."Kalau kita laksanakan sekarang, memang hasil kita boleh bertambah, tetapi kerajaan mungkin masih berhati-hati kerana pendapatan rakyat rata-rata perlu naik dahulu."Kalau boleh, kita jangan lihat satu sistem itu sebagai 100 peratus sempurna kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Edisi 490 bertajuk Belanjawan 2027: Gula-Gula Pilihan Raya atau Remedi Rancangan Malaysia? yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Karangkraf pada Rabu.Beliau menjelaskan, GST dan SST mempunyai pendekatan berbeza kerana mekanisme sedia ada membolehkan kerajaan menentukan golongan yang dikenakan cukai serta kumpulan yang perlu dilindungi.Dalam masa sama, sistem percukaian perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh pendapatan rakyat, termasuk melalui pelaksanaan dasar gaji progresif.Faiz berkata, kerajaan mempunyai ruang menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memberi tekanan pasaran yang lebih baik terhadap struktur upah."Dasar gaji progresif itu peruntukannya masih sangat minimum, jadi kita perlu fikir bagaimana nak jadikan dasar ini lebih berkesan kepada golongan pekerja," katanya.Dalam pada itu, beliau berpandangan sasaran menaikkan gaji minimum perlu mengambil kira kemampuan majikan, terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mungkin berdepan kekangan menanggung peningkatan kos pekerja secara mendadak.Menurut pencipta kandungan ekonomi itu, kerajaan boleh membantu majikan kurang berkemampuan menerusi program bersyarat melibatkan latihan dan peningkatan produktiviti sebelum insentif diberikan bagi menyokong kenaikan pendapatan pekerja."Kalau kita paksa semua majikan menaikkan gaji pada kadar yang sama, ada syarikat yang mungkin tidak mampu bertahan, terutama PMKS."Bantuan itu boleh diberikan berdasarkan syarat tertentu supaya majikan dapat memperbaiki keupayaan terlebih dahulu sebelum menerima sokongan kewangan," katanya.Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf kehidupan rakyat supaya manfaat pembangunan tidak hanya tertumpu kepada peningkatan saiz Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.Menurutnya, peningkatan KDNK perlu disertai pertumbuhan pendapatan golongan berpendapatan rendah supaya manfaat ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh."Kalau KDNK kita naik tetapi pendapatan di peringkat bawah tidak bergerak seiring, kita belum boleh kata pertumbuhan itu benar-benar dirasai semua," katanya.





Driver arrested for tailgating police convoy on Kesas Highway - FMT - 7/10 11:36 pm

Police say the 27-year-old ignored instructions to stop following a convoy escorting deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi.





Guru kaunseling perlu bertindak awal, sedia modul pencegahan tangani kesihatan mental pelajar - Anuar - Sinarharian - 7/10 11:01 pm

SHAH ALAM - Guru kaunseling atau ahli psikologi kanak-kanak perlu bertindak awal dengan mempunyai modul- modul pencegahan sebelum berlakunya sesuatu kes yang melibatkan keselamatan dan disiplin pelajar.Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ini kerana trend yang berlaku sekarang bukan soal keselamatan fizikal seperti gangguan daripada orang luar di sekolah, keracunan makanan atau bangunan runtuh tetapi ia adalah isu kesihatan mental.Menurutnya, sedangkan sistem kaunselor dan amalan yang sekian lama digunakan di negara ini adalah memberi kaunseling setelah berlaku sesuatu perkara."Dalam masa sama, perkara asas yang perlu dilakukan adalah meningkatkan hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa





Bekas pegawai bank didenda RM36,000, gagal lapor pemberian rasuah - Sinarharian - 7/10 10:54 pm

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai bank didenda RM36,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah lebih RM80,000 berhubung pembiayaan pinjaman peribadi antara 2021 hingga 2023.Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Iskandar Aziz, 45, dan memerintahkan hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.Mengikut kesemua pertuduhan pilihan, Noor Iskandar didakwa diberikan suapan masing-masing berjumlah RM3,400, RM14,540, RM11,690, RM18,425, RM1,375 dan RM30,693.60 secara deposit tunai ke akaun bank milik tertuduh dan isterinya daripada dua individu serta syarikat CSA Infinite Consultancy.Suapan itu bagi membantu permohonan pembiayaan pinjaman peribadi pelanggan syarikat CSA Academy Sdn Bhd di sebuah bank secara serentak dengan permohonan pinjaman peribadi pelanggan di beberapa institusi kewangan lain, yang mana tertuduh gagal untuk melaporkan pemberian berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pegawai polis.Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua cawangan bank di Kuala Lumpur dan Setia Alam antara 5 Okt 2021 hingga 11 Mei 2023, mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya dan masyarakat.Peguam Sean Dudley yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja atas alasan anak guamnya bekerja sebagai penghantar barang perlu menanggung isteri serta dua anak selain menghidap darah tinggi dan memerlukan rawatan berterusan





Kontroversi LCS: DAP terus heret nama Ahmad Zahid Fadzmel - Sinarharian - 7/10 6:47 pm

SHAH ALAM - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang cuba mengaitkan perkembangan terkini Projek Littoral Combat Ship (LCS) dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan cubaan menghidupkan semula naratif lama dengan mencampur-adukkan keputusan dan perkembangan projek yang berlaku dalam tempoh lebih sedekad.Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, sedangkan projek LCS telah melalui pelbagai peringkat pentadbiran, beberapa Menteri Pertahanan, proses semakan, siasatan, audit forensik, tindakan undang-undang dan akhirnya penstrukturan semula oleh kerajaan.Menurutnya, tindakan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha tersusun DAP untuk terus mengheret nama Ahmad Zahid ke dalam isu yang telah melalui pelbagai proses, pentadbiran dan keputusan selepas beliau meninggalkan portfolio Menteri Pertahanan."Hakikatnya, perkembangan yang dibangkitkan hari ini berlaku bertahun-tahun kemudian, namun nama beliau terus dipetik semula semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan."Pada peringkat awal, nama Ahmad Zahid memang cuba dikaitkan dengan projek LCS berdasarkan dokumen dan keputusan awal ketika beliau menerajui Kementerian Pertahanan."Namun, kewujudan catatan atau arahan pada peringkat tersebut tidak bermaksud keseluruhan projek telah diluluskan atau segala keputusan selepas itu dibuat oleh beliau," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Guan Eng dalam kenyataan mengingatkan kembali kepada kontroversi perolehan LCS ketika Ahmad Zahid menjadi Menteri Pertahanan, termasuk nota tangan "Sila dilaksanakan" yang ditulis pada surat berkaitan projek berkenaan.Tambah Fadzmel, perkara lebih penting apabila penelitian yang lebih mendalam dibuat melalui Pengauditan Forensik LCS oleh Alliance IFA, yang laporannya dikemukakan pada Julai 2020.Jelasnya, fokus dapatan adalah terhadap aspek tadbir urus, proses perolehan, pembayaran, pengurusan projek dan tindakan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan."Tidak ada sedikit pun dapatan dalam audit forensik tersebut yang meletakkan Ahmad Zahid sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap salah laku kewangan atau kegagalan pelaksanaan projek, walaupun laporan itu dikemukakan pada tahun sama pentadbiran Pakatan Harapan 1.0."Maksudnya, apabila projek ini diteliti bukan sekadar pada surface value tetapi melalui audit forensik yang lebih mendalam, persoalan yang timbul bukan lagi mengenai campur tangan politik tetapi lebih kepada kelemahan tadbir urus, pengurusan kontrak dan pelaksanaan projek itu sendiri."Jadi sekiranya benar segala kelemahan kewangan dan pelaksanaan projek ini berpunca daripada arahan peribadi Ahmad Zahid, sudah tentu perkara itu akan menjadi dapatan jelas dalam audit forensik, siasatan dan proses akauntabiliti yang dijalankan selepas itu."Sebaliknya, daripada tahun 2020 sehingga hari ini tiada satu pun dapatan tersebut yang secara langsung mengaitkan Ahmad Zahid malah, tindakan perundangan pernah diambil terhadap individu yang dikatakan mempunyai tanggungjawab langsung dalam pengurusan projek," ujarnya.





Sultan Sharafuddin receives Keris Jubli Perak marking 25 years on Selangor throne - Sinardaily - 7/10 6:32 pm

SHAH ALAM Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah today received the Keris Jubli Perak, specially crafted to commemorate His Royal Highness 25th year on the Selangor throne.According to a post on the Selangor Royal Office Facebook page, the ceremonial keris was commissioned as an expression of Sultan Sharafuddins appreciation for the art, heritage and diverse traditions associated with the Malay keris.The keris was crafted to reflect the significance of the Sultan of Selangors Silver Jubilee celebrations.Among the artisans and craftsmen involved in making the keris were Datuk Dr Abdul Muati Zamri Ahmad, Datuk Wan Burhanuddin Wan Hassan and Datuk Mohamed Raffe Chekku, with the project led by Rafulin Foundation.The entire production process took 12 months, with each component crafted meticulously and in detail, according to the post.The Keris Jubli Perak chronicles Sultan Sharafuddins reign through the art of Malay heritage





Saksi nafi pejabat lokasi serahan wang RM350,000 kepada Sayed Amir Muzzakkir tidak wujud - Sinarharian - 7/10 6:05 pm

KUALA LUMPUR - Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menafikan bahawa pejabat Yayasan Tanah Aku di Publika, yang didakwa menjadi lokasi penyerahan wang komisen RM350,000 kepada Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, tidak wujud.Pengarah Urusan Nexuscorpgroup Sdn Bhd (NSB), Wan Azhar Mohamed Yusof, 51, berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Yaacob Md Sam mewakili Sayed Amir Muzzakkir yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM350,000 berhubung tender projek Polis Diraja Malaysia (PDRM).Yaacob: Saya katakan pada tuan (Wan Azhar) penyerahan wang RM100,000 pada 4 Disember 2020 dan RM250,000 pada 16 Disember 2020 kepada Sayed Amir Muzzakkir tidak berlaku kerana pejabat tersebut tidak wujud.Wan Azhar: Tidak setuju.Dalam pernyataan saksinya, Wan Azhar berkata Sayed Amir Muzzakkir memintanya membayar RM350,000 secara tunai bagi sebahagian komisen lima peratus, selepas membantu syarikat NSB mendapatkan tender projek PDRM."Saya menyerahkan wang berjumlah RM100,000 yang berada dalam beg kertas kepada Sayed sekitar 4 petang, pada 4 Disember 2020 dan wang berjumlah RM250,000 juga dalam beg kertas diserahkan pada 3.30 petang, 16 Disember 2020





Malaysia wants negotiations with Indonesia expedited to help extinguish forest fires - Sinardaily - 7/10 5:58 pm

PUTRAJAYA - Malaysia wants operational negotiations with Indonesia to be expedited to allow the country's team to be sent to help extinguish the forest fires in that country, which have caused cross-border haze.Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan said that the agreement with Indonesian President Prabowo Subianto regarding Malaysia's offer of assistance has been obtained, but operational methods and the location of the Malaysian team are still under negotiation between the two countries."However, the way the operation will be carried out is probably being negotiated between both parties, both countries."I hope that the negotiations for this operation, on how and where the team from Malaysia that can help can be expedited because the haze situation in our country has become extremely severe, exceeding unhealthy levels, and is approaching the hazardous index," he said to the media.He said this when met after attending the graduation ceremony of the Diploma in Diplomacy Programme 2026 here today.Mohamad said he hopes that matters related to the operation can be decided quickly so that Malaysia can send a team to help their friends in Indonesia extinguish the extensive and spreading forest fires, especially in Kalimantan."I personally hope that the operational issues between the two can be expedited and decided so that we can send a team to assist," he said.Previously, the media reported that Indonesia accepted Malaysia's offer to help extinguish the forest fires in the republic that caused prolonged haze for several weeks.The matter was announced by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi during his working visit to Indonesia last month.Ahmad Zahid was reported to have said that Prabowo agreed to Malaysia's offer to help extinguish forest fires in Kalimantan, with more than 1,400 hotspots detected





Pelajar maut di asrama: Dua remaja didakwa esok - Sinarharian - 7/10 5:36 pm

SEREMBAN - Dua remaja lelaki berusia 16 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah, esok berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 September lepas.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, dua pelajar tingkatan empat itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan arahan tuduh kedua-dua suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan."Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, pada 9.30 pagi esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Sebelum ini, Alzafny berkata, sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.Pada 25 September, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia





Wan Fayhsal dikejarkan ke HKL, terima rawatan kecemasan - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Wan Fayhsal dikejarkan ke HKL, terima rawatan kecemasan KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal hari ini bagi menerima rawatan kecemasan





Dinding LSC nampak ???berkedut??? bukan seperti kapal baharu – Ahmad .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Dinding LSC nampak berkedut bukan seperti kapal baharu - Ahmad Amzad KUALA LUMPUR Kualiti pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dipersoalkan selepas Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) menyifatkan bahagian dinding atau _plating_ kapal berkenaan kelihatan berkedut seperti kapal yang baru pulang daripada peperangan





Sultan Selangor berkenan terima persembahan Keris Jubli Perak - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Sultan Selangor berkenan terima persembahan Keris Jubli Perak KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima persembahan Keris Jubli Perak yang dihasilkan khas bagi memperingati 25 tahun pemerintahan baginda di atas takhta





Kes bunuh pelajar wanita: JPPKK sahkan mangsa pelajar POLISAS - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Kes bunuh pelajar wanita: JPPKK sahkan mangsa pelajar POLISAS KUANTAN Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri pagi Selasa





UMNO risiko kecundang PRU-16 jika persepsi negatif Zahid .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# UMNO risiko kecundang PRU-16 jika persepsi negatif Zahid 'laku' - Azmi KUALA LUMPUR - Kerjasama politik antara UMNO dan Pas dikhuatiri menemui jalan buntu jika pihak lawan berjaya memenangi persaingan persepsi bagi meragut kewibawaan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





Batu Pahat masih diselubungi jerebu, aktiviti penduduk berjalan seperti .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Batu Pahat masih diselubungi jerebu, aktiviti penduduk berjalan seperti biasa BATU PAHAT - Keadaan jerebu di daerah ini mencapai tahap sangat tidak sihat selepas stesen pemantauan di sini mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang tinggi sehingga semua jenis sekolah diarah ditutup berkuat kuasa hari ini





Malaysian contingent bags three golds, six silvers, 10 bronzes at IMSO 2026 - Sinardaily - 7/10 4:31 pm

ALOR SETAR - The Malaysian contingent recorded a commendable achievement by clinching three golds, six silvers and 10 bronzes at the 23rd International Mathematics and Science Olympiad (IMSO) 2026 in West Java, Indonesia, from Sept 2 until today.Kedah State Education Department (JPN) Corporate Communications principal assistant director Mohd Hafiz Mohd Salleh, who also headed the national team, said the success proved the capability and competitiveness of Malaysian pupils aged 10 to 12 in Mathematics and Science at the international level.He said being entrusted by the Education Ministry to manage the national team was a huge responsibility for Kedah JPN, especially in ensuring the team's preparation, management, training and participation were carried out to the highest possible standard.He said the achievement reflected not only the participants excellence, but also close cooperation among the MOH, Kedah JPN, supervising teachers, trainers, parents, and the entire management team and Malaysian delegation.He also hoped the success would boost the younger generation's interest in Mathematics and Science, as well as Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), and serve as a catalyst for producing more talents capable of competing at the global level.At IMSO 2026, Malaysia won three gold medals in the Mathematics category through Yap Xuan Cheng, Tan Ze Ern and Kai Ong Jing Hao.Malaysia's six silver medals came courtesy of Chong Chee Him, Law Hong Hoe, Sean Yap, Pee Yong Hao and Leong Mun Hoong (Mathematics category); and Lim Yen Xi (Science category).Malaysia's 10 bronze medals were delivered by Jeremy Lee Jie Rui, Joseph Ting Zhi Xuan and Lee Yong Xi (Mathematics category); and Soon Jian Ming, M





2 Form 4 students to be charged over juniors death - FMT - 7/10 3:58 pm

Negeri Sembilan police chief Alzafny Ahmad says the two 16-year-old suspects will be taken to the Kuala Pilah magistrates court tomorrow morning.





Wan Ahmad Fayhsal dikejarkan ke HKL, keadaan stabil - Sinarharian - 7/10 3:48 pm

SHAH ALAM Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan kecemasan pada Rabu.Pejabat Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau kini dimasukkan ke wad hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.Menurut kenyataan itu, doktor turut menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal supaya berehat sehingga pulih sepenuhnya."Pejabat ini memohon agar sama-sama kita mendoakan semoga YB Wan Ahmad Fayhsal diberikan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala," menurut kenyataan tersebut.Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Machang, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin, di Kuala Lumpur pada Rabu.Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan punca beliau dikejarkan ke hospital atau keadaan yang menyebabkan beliau memerlukan rawatan kecemasan.Wan Ahmad Fayhsal merupakan Ahli Parlimen Machang dan wakil Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat.Ketika ini, Dewan Rakyat sedang bersidang bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang bermula pada 5 Oktober lalu.Setakat ini, tiada kenyataan rasmi yang mengaitkan keadaan kesihatan Wan Ahmad Fayhsal dengan persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pada Rabu.





2 remaja didakwa esok berkait kematian pelajar di Kuala Pilah - FMT - 7/10 3:45 pm

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.





Ibu meraung hilang dua anak lelaki dalam tempoh tujuh bulan - Sinarharian - 7/10 3:14 pm

KUALA TERENGGANU - Tiada kata-kata dapat menggambarkan betapa luluh hati sepasang suami isteri apabila kehilangan dua anak lelaki akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh tujuh bulan.Ahmad Azhar Mohamad Yusof, 59, dan isterinya Zaleha Awang, 47, bagaimanapun reda dengan pemergian Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, pada 6 Mac lepas dan Ahmad Areesy Zafreen, 16, pada Selasa.Ahmad Azhar dari Kampung Batin, Seberang Takir berkata, dia mendapat berita tentang kemalangan anak keduanya itu daripada penduduk kampung kira-kira jam 5.30 petang Selasa."Pada petang kejadian, angah (Ahmad Areesy Zafreen) keluar bawa adik perempuannya Areesya untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan





Jangan sebar kandungan palsu, belum disahkan menjelang Belanjawan 2027 - Fahmi - Sinarharian - 7/10 2:09 pm

LABUAN - Pengguna media sosial diingatkan supaya tidak mendahului pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan maklumat belum disahkan, termasuk grafik mengelirukan serta imej dimanipulasi atau kandungan dipaparkan seolah-olah sebagai pengumuman rasmi.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, orang ramai perlu lebih berhati-hati terhadap bahan yang menyalahgunakan gambar atau logo organisasi media bagi menimbulkan tanggapan bahawa maklumat berkenaan adalah sahih atau bersumberkan saluran rasmi."Saya menjangkakan mungkin ada pihak yang cuba mendahului ucapan Perdana Menteri





Wakil kerajaan, pembangkang gesa siasatan menyeluruh projek LCS - FMT - 7/10 1:34 pm

Ahmad Amzad Mohamed dan Sany Hamzan mencadangkan RCI manakala Hassan Karim mahu SPRM serta polis menjalankan siasatan segera.





Pelajar maut dibunuh: Polis siasat motif cemburu - Sinarharian - 7/10 10:15 am

KUANTAN - Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Mangsa dan suspek sudah kenal antara satu sama lain lebih kurang setahun dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil di dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar maut dibunuh: Polis siasat motif cemburuPelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - JiranPelajar maut dibunuh: JPPKK serah siasatan kepada polisSusulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut





Pelajar maut dibunuh: JPPKK serah siasatan kepada polis - Sinarharian - 7/10 8:29 am

KUANTAN - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kematian seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) kepada pihak polis.Mendiang, M Elisa Jonova, 19, pelajar Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan ditemukan tidak sedarkan diri pada pagi Selasa.JPPKK dalam satu kenyataan memaklumkan kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa."JPPKK dan Polisas akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu proses siasatan serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh," menurut kenyataan pada Rabu.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar maut disyaki dibunuh di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih 2 selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya pada awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 pagi daripada teman lelaki mangsa yang memaklumkan kejadian tersebut.Dalam pada itu, JPPKK menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.Menurut kenyataan tersebut, JPPKK dan Polisas turut memaklumkan akan terus memberikan perhatian, sokongan serta bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mendiang.Sehubungan itu, JPPKK menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian berkenaan."Orang ramai turut diminta menghormati privasi dan perasaan keluarga mendiang dalam menghadapi saat yang sukar ini."JPPKK dan Polisas akan terus memberikan perhatian, sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mendiang





Saman fitnah Fadhli dan Nabil Halimi selesai secara baik - Mygazette - 7/10 7:58 am

# Saman fitnah Fadhli dan Nabil Halimi selesai secara baik SHAH ALAM - Saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari terhadap Naib Ketua AMK, Nabil Halimi akhirnya diselesaikan secara baik selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini





Selepas Taman Sri Muda, kerajaan perlu serius hadapi risiko saman akibat .. - Mygazette - 7/10 7:58 am

# Selepas Taman Sri Muda, kerajaan perlu serius hadapi risiko saman akibat banjir Nik Nazmi KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil serius risiko tindakan undang-undang susulan bencana banjir pada masa depan, terutama sekiranya kegagalan dalam perancangan, penyelenggaraan infrastruktur atau tindak balas kecemasan menyebabkan kerugian dan kemusnahan kepada rakyat





Rakyat wajar tahu siapa calon PM jika BN-Pas menang PRU16 Penganalisis - Sinarharian - 7/10 1:00 am

KUALA LUMPUR - Rakyat wajar tahu siapa bakal perdana menteri sebelum Parlimen dibubarkan, bukan selepas rundingan tertutup jika gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), dari sudut akauntabiliti.Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kerajaan Ghazali Shafie (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rusdi Omar berkata, gabungan itu tidak semestinya harus menamakan calon perdana menteri sekarang, tetapi perlu ada calon nama selewat-lewatnya sebelum Parlimen dibubarkan memandangkan penggal akan tamat pada Disember 2027.Beliau menegaskan, sekurang-kurangnya BN dan Pas perlu mengumumkan formula seperti parti yang menang kerusi terbanyak boleh menamakan perdana menteri mereka kalau pun belum boleh sepakat tentang nama calon itu."Kalau tidak (menamakan calon perdana menteri), pengundi macam diminta tandatangan cek kosong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, pihaknya menggesa Pas menyatakan pendirian sama ada bersedia menerima Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri jika BN dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas PRU16.Mahfuz membangkitkan persoalan itu susulan ramalan penganalisis politik Ong Kian Ming bahawa Ahmad Zahid berpotensi mendapat sokongan Sabah dan Sarawak untuk menjadi perdana menteri jika BN dan Pas atau PN membentuk kerajaan selepas PRU akan datang.Bagaimanapun, Dr




Reformasi     >>



Private jet meth trail: Zero luggage in KL, 23 in .. - Mkini
Laos police confirm detaining 1 M'sian, Bukit Aman to hold presser tomorrow.
Kroni     >>



Zara Qairina inquest: Mother denies being told .. - NST
KOTA KINABALU: Zara Qairina Mahathirs mother claimed that she was not given an explanation about the importance of a post-mortem examination before signing a form refusing the procedure.
Tabloid     >>



TMJ Titah Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari .. - Ohmedia
Semua sekolah di Johor ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri. The post TMJ Titah Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Akibat Jerebu appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Everyone can now check if an image, video, or audio .. - Gsmarena
Starting today, Google is making its SynthID Detector tool available to everyone across the globe in English. This tool can be used to find out if an image, video, or audio file was made with AI from Google, OpenAI, Nvidia, or Kakao. Soon, the SynthID Detector will also detect media that was ..
World     >>



Yemen war live: Govt forces claim key heights, Houthi .. - Aljazeera
Saudi-backed Yemeni forces claim advances in western Taiz's mountain belt overlooking the coast.
Motor Trend     >>



Motosikal Ini Apa Kami Tahu Tentang Triumph Street .. - Mekanika
# INI APA KAMI TAHU TENTANG TRIUMPH STREET TRIPLE 798 SERBA BAHARU **Baru-baru ini Triumph Motorcycles telah pun memperkenalkan Bonneville T40 dan T40 Black secara rasmi untuk pasaran global. Model terbaru dari keluarga 400cc itu akan mula masuk pasaran dunia pada 2027.** Bagaimanapun, di ..