| /// |
|
| Search : Abdul Hadi News | Page 1 |
|
WRUR bakal berakhir, rakyat Melaka mahu program diteruskan - Mygazette - 6/09 5:15 pm # WRUR bakal berakhir, rakyat Melaka mahu program diteruskan MELAKA Ketika Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menghampiri penghujungnya, penduduk Melaka khususnya di Masjid Tanah berharap program mendekati rakyat itu dapat diteruskan |
|
UiTM KKEC: 7 pelajar masih dirawat, aktiviti luar dibatalkan UiTM KKEC: 7 .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm # UiTM KKEC: 7 pelajar masih dirawat, aktiviti luar dibatalkan KUALA LUMPUR - Tujuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilaporkan masih menerima rawatan serta pemantauan perubatan berikutan insiden berkaitan haba ketika menyertai acara jalan lasak pada program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Kampus Jengka, Pahang |
|
Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan - Mygazette - 6/09 5:15 pm # Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan PENGKALAN CHEPA Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pemerintahan negara |
|
Amerika Syarikat tolak dakwaan pernah campur tangan dalam politik Malaysia - Mygazette - 6/09 5:15 pm Kenyataan ringkas itu dipercayai sebagai penegasan pendirian Washington berhubung dakwaan campur tangan AS dalam urusan politik dan kepimpinan Malaysia. Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan AS pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pemerintahan negara |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 – Zahid - Mygazette - 6/09 5:15 pm Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Penerangan Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa), Muhammad Akmal Ila Ahmad. Jumaat lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU-16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan |
|
PKR cabar Hadi buktikan dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan - Mygazette - 6/09 5:15 pm # PKR cabar Hadi buktikan dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan |
|
KKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry - Sinarharian - 6/09 4:48 pm SHAH ALAM - Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta memberikan segala bantuan diperlukan keluarga pelajar yang dilapor meninggal dunia ketika menyertai Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia 2026di UiTM Kampus Jengka.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, permintaan itu dibuat demi memastikan kebajikan semua peserta yang terlibat terus diberikan perhatian."Menerima perkhabaran dukacita mengenai pemergian Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal."Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh," ujarnya menerusi Facebook pada Ahad.Sebelum ini, seorang pelajar UiTM dilaporkan meninggal duniamanakala lapan orang lagi mengalami sawan dan tidak sedarkan diri ketika menyertai Program KKEC UiTM Se-Malaysia 2026 di UiTM Kampus Jengka, Maran.ARTIKEL BERKAITAN:Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - ZambryZambry turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, sahabat-sahabat dan seluruh warga UiTM."Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini," ujarnya. |
|
Golongan M40 antara fokus kerajaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027 - Sinarharian - 6/09 4:11 pm LUMUT - Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan bulan depan dijangka memberi tumpuan khusus kepada usaha menangani isu sosioekonomi, merangkumi kebajikan golongan berpendapatan pertengahan (M40) serta kumpulan kurang berkemampuan.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tumpuan terhadap kedua-dua golongan itu diberikan memandangkan mereka antara yang paling terkesan dengan tekanan ekonomi dan cabaran kos sara hidup semasa."Belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti adalah satu lagi belanjawan yang lebih inklusif, lebih dekat dengan rakyat dan sedikit sebanyak dapat menyelesaikan beberapa permasalahan serta isu yang berbangkit."Buat masa ini, pihak terlibat masih lagi menjalankan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh bagi memuktamadkan belanjawan berkenaan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Adat Istiadat Khatam Keris Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Perak dan Perhimpunan Silat Anak-Anak Gayong Perak di Teluk Batik Campsite di sini pada Ahad.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.Dalam pada itu, Muhammad Kamil berkata, inisiatif sedia ada seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan terus diperkukuh bagi meringankan beban kewangan isi rumah."Dasar-dasar (bantuan) seperti STR dan SARA itu akan diteruskan dan kita nantikan pengumuman lanjut oleh Menteri Kewangan, iaitu Perdana Menteri,"katanya.Muhammad Kamil berkata, pertimbangan turut diberikan terhadap cadangan penambahbaikan inisiatif dan penawaran bentuk sokongan kewangan lain bagi meringankan beban isi rumah golongan pertengahan."Keutamaan kerajaan juga terarah kepada usaha memastikan kestabilan politik dan ekonomi kekal teguh demi menjamin kelancaran pelaksanaan dasar-dasar negara," katanya |
|
Rundingan calon PRN Melaka hanya dibuat selepas bubar DUN - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 3:06 pm ISKANDAR PUTERI - Rundingan awal berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, buat masa ini, segala perancangan dan perbincangan perlu difokuskan kepada persiapan menghadapi pilihan raya di negeri itu terlebih dahulu."Sebagaimana yang saya nyatakan, perundingan itu hanya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO diminta mengulas tentang rundingan awal berhubung calon bagi pilihan raya negeri berkenaan.Penggal DUN Melaka akan tamat pada Disember ini seterusnya memberikan laluan kepada PRN.Mengulas isu calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan kenyataan PAS baru-baru ini, beliau menyifatkan perbincangan berkaitan perkara itu sebagai terlalu awal."Terus terang, terlalu awal untuk meletakkan seseorang atau sesuatu susuk tubuh untuk memegang jawatan itu, pilihan raya mungkin masih jauh atau mungkin dekat kerana kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah," katanya.Berhubung pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada PRU16, Ahmad Zahid berkata, perkara itu merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat.Jumaat lepas, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata parti itu mempunyai calon Perdana Menteri sendiri bagi menghadapi PRU16, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.- Bernama |
|
Dakwa AS campur tangan: Abdul Hadi wajib disiasat segera - Aiman Athirah - Sinarharian - 6/09 2:58 pm SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang wajib disiasat segera susulan kenyataannya mendakwa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, dua pemimpin kanan Pas iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut disebut Ahli Parlimen Marang itu juga perlu dikenakan tindakan sama memandangkan ia dakwaan sangat serius.Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) turut mempersoalkan tindakan Abdul Hadi yang tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, sebaliknya memilih berbuat demikian di Muktamar Pas ke- 72 di Kota Bharu pada Sabtu."Jika benar wujud cubaan campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, ia bukan bahan untuk dibanggakan di pentas politik |
|
AS dah nafi, adakah Hadi akan dedah bukti konon ditawar bantuan jatuhkan kerajaan? - Mydateline - 6/09 2:00 pm Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini berdepan gesaan supaya mengemukakan bukti serta mendedahkan identiti pegawai Amerika Syarikat (AS) yang didakwa beliau pernah menawarkan .. |
|
Eman Manan kini bergelar Datuk - Sinarharian - 6/09 1:42 pm KUALA TERENGGANU - Seniman tersohor tanah air, Datuk Eman Manan, menerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.Pengurniaan darjah kebesaran itu merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam memartabatkan industri seni dan perfileman negara sepanjang lebih empat dekad penglibatannya dalam bidang lakonan.Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hamid, dikenali sebagai antara pelakon paling berpengaruh di Malaysia menerusi pelbagai watak ikonik dalam filem, drama televisyen dan teater.Sepanjang kerjayanya, beliau telah membintangi pelbagai karya yang mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus meletakkan namanya sebagai antara figura seni yang disegani.Pengurniaan DPMT itu disifatkan sebagai penghormatan yang wajar atas jasa dan dedikasi beliau dalam memperkayakan landskap seni tanah air serta menjadi inspirasi kepada generasi pelakon baharu.Majlis pengurniaan darjah kebesaran tersebut berlangsung sempena sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang diraikan dengan penuh istiadat dan penghormatan.Rakan-rakan penggiat seni serta peminat turut mengucapkan tahniah kepada Eman Manan atas pengiktirafan berprestij yang diterimanya, yang dilihat sebagai satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan seni beliau |
|
Lelaki ditemukan meninggal dunia di kebun duku - Sinarharian - 6/09 1:34 pm HULU TERENGGANU - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah kebun di belakang stor baja berhadapan Pejabat Pertanian Padang Ipoh, Kampung Lebak, Kuala Berang di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.30 malam.Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 52 tahun itu telah pergi ke lokasi kejadian seorang diri untuk memanjat pokok duku yang dipajak oleh majikannya."Mangsa bagaimanapun disedari tiada apabila majikannya pergi ke kebun berkenaan untuk mengambil buah duku yang telah dipetik, namun tidak menemui mangsa."Majikannya kemudian bertindak memberitahu ahli keluarga mangsa mengenai perkara tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Sharudin berkata, majikan bersama ahli keluarga mangsa kemudiannya menjalankan usaha mencari di sekitar kawasan kebun berkenaan."Mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan tertiarap di bawah bukit berhampiran oleh abang sulungnya."Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kuala Berang yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.Tambah beliau, jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu bagi proses bedah siasat.Dalam pada itu, katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memaklumkan kepada ahli keluarga atau kenalan terdekat sekiranya mahu melakukan sebarang aktiviti seorang diri. |
|
Ketua Hakim Negara dahului senarai penerima Bintang Darjah Kebesaran Terengganu - Sinarharian - 6/09 1:18 pm KUALA TERENGGANU - Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai 128 penerima Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu bagi 2026 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat dan menyempurnakan istiadat yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, di sini hari ini.Adinda baginda Tengku Seri Setia Mahkota Raja Tengku Datuk Seri Muhammad Muaz, Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra turut berangkat ke istiadat berkenaan.Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.Wan Ahmad Farid menerima Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk Seri.Yang turut menerima S.S.M.Z ialah Duta Besar Qatar ke Malaysia Datuk Seri Salah Mohammed Al-Sorour, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris dan Timbalan Presiden Persatuan Ekuin Terengganu Tan Sri Abdullah Taib.Tengku Muhammad Ismail turut mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali serta Penasihat Lembaga Pengarah dan bekas Pegawai Eksekutif Celcomdigi Berhad Datuk Mohamad Idham Nawawi.Yang turut menerima D.S.M.Z ialah Pengerusi Eksekutif Mirmas Holding Sdn Bhd, Datuk Awalan Abdul Aziz dan Pengurus Bersama Messrs Feroz@Co Datuk Feroz A S Moidunny.Selain itu, baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang turut membawa gelaran Datuk kepada 27 penerima termasuk pelakon terkenal Datuk Abdul Manan Embong atau Eman Manan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris.Ahli Parlimen Dungun, Datuk Wan Hassan Mohd Ramli, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Prof Datuk Dr Mohd Zamri Ibrahim dan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin turut dikurniakan bintang darjah kebesaran yang sama.Tengku Muhammad Ismail juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) kepada 17 penerima termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi.Pada istiadat tersebut, baginda mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu kepada 17 penerima, Darjah Kebesaran Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (20 penerima) dan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Terengganu (39 penerima) |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 12:03 am Kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah dan tumpukan kepada menghadapi pilihan raya di Melaka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Stadium EduCity di sini pada Ahad.Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang dilaporkan mengakui parti itu mempunyai calon Perdana Menteri daripada Pas untuk menghadapi PRU16.Bagaimanapun, Pas belum bersedia mendedahkan individu berkenaan kerana penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada PRU16.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebarang perbincangan berkaitan calon Perdana Menteri bagi kerajaan Persekutuan hanya wajar diberi perhatian selepas perkembangan politik semasa, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diketahui."Tumpuan kita ketika ini ialah PRN Melaka |
|
Banjir Nepal: SMART selamat tiba di Kathmandu - Sinarharian - 6/09 11:07 am KUALA LUMPUR - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) Malaysia selamat tiba di Kathmandu, Nepal pada Sabtu bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan dan mencari serta menyelamat (HADR) susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negara berkenaan.Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan, pasukan SMART MAS-01 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan.Menurutnya, pasukan berkenaan selesai menjalani proses ketibaan dan protokol misi termasuk urusan pelepasan logistik serta pengesahan manifest anggota pada jam 4.30 petang waktu tempatan."Ketika kemas kini disampaikan, pasukan sedang bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal bagi menerima taklimat situasi semasa."Penyelarasan seterusnya akan dibuat bersama Kedutaan Besar Malaysia dan agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kawasan terakhir rakyat Malaysia dikesan menjadi tumpuan utama SMART dalam misi SAR di Nepal.Ketua Pengarah NADMA, Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, bagaimanapun keutamaan pasukan bukan hanya mencari rakyat Malaysia, sebaliknya menyelamatkan semua mangsa yang ditemui ketika operasi berkenaan.NADMA berkata, pelaporan harian misi akan diselaraskan antara agensi itu dengan Kedutaan Besar Malaysia di Nepal."Kedudukan keseluruhan pasukan adalah baik dan tiada sebarang isu dilaporkan setakat ini," katanya.Sebelum ini, seramai 11 pegawai dan anggota SMART berlepas ke Nepal bagi membantu operasi SAR susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda negara berkenaan.Pasukan diketuai Komander Kontinjen, Penguasa Kanan Bomba 1 Abdul Manaf Che Isa dan membawa kira-kira 12.4 tan peralatan termasuk alat pengesan, sistem komunikasi, dron berkapasiti tinggi, peralatan khas menyelamat, sebuah kenderaan pacuan empat roda serta sebuah trak muatan 10 tan.Misi SMART berkenaan dijadualkan berlangsung selama 10 hari dan melibatkan anggota dengan pelbagai kepakaran termasuk mencari dan menyelamat, operasi dron, logistik, komunikasi serta sokongan teknikal. |
|
Kuartet negara cemerlang di Oman - Sinarharian - 6/09 10:49 am MALAYSIA menutup saingan acara 4x100 meter (m) Grand Prix Muscat 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila mengumpul dua pingat emas dan satu gangsa di Muscat, Oman awal pagi Ahad.Kilauan emas pertama hadir menerusi kuartet lelaki A yang mencatat 39.18 saat (s) untuk mengungguli saingan selepas empat pelari negara mempamerkan gandingan mantap sepanjang perlumbaan.Pengiran Aidil Auf Hajam, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Muhammad Umaira Subri dan Muhammad Azeem Fahmi menjadi taruhan negara dalam kuartet berkenaan.Satu lagi pingat emas disumbangkan kuartet wanita selepas mencatat 46.07s untuk turut menamatkan saingan di kedudukan teratas.Kuartet itu dibarisi Azreen Nabila Alias, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, Nurul Wardatul Huwaida Mohd dan Nur Aishah Rofina Aling.Sementara itu, kuartet lelaki B melengkapkan kutipan pingat Malaysia dengan gangsa hasil catatan 41.29s.Umar Osman, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, Muhammad Sayyid Amin Roslan dan Muhammad Haziq Mohamad Akhir terpaksa berpuas hati di belakang Oman A yang meraih perak dengan masa 40.38s.Lubnan A pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat menerusi catatan 41.71s.Kutipan tiga pingat itu memberikan gambaran positif terhadap keupayaan pelari pecut negara untuk bersaing dalam kejohanan antarabangsa, selain menjadi suntikan semangat untuk terus memperbaiki prestasi dan catatan masa pada saingan akan datang. |
|
Was anti-govt offer reported to authorities, asks MP - FMT - 6/09 10:16 am Kepong MP Lim Lip Eng says the claim by PAS president Abdul Hadi Awang must be supported by evidence. |
|
MUNIF 2.0 bukan sekadar wacana, 10 ketetapan tindakan dipacu - Sinarharian - 6/09 9:32 am KOTA BHARU [DIKEMAS KINI] Muslim Ummah International Forum 2.0 (MUNIF 2.0) tidak mahu berakhir sebagai pentas wacana dan luahan solidariti semata-mata apabila 10 ketetapan tindakan dimuktamadkan menerusi Deklarasi Kota Bharu, pada 3 September lalu.Deklarasi berkenaan memberi penekanan kepada usaha menggembleng kekuatan geopolitik, ekonomi, undang-undang dan maklumat dunia Islam secara lebih tersusun, selain menyeru perbalahan mazhab tidak menjadi penghalang kepada solidariti terhadap Palestin.MUNIF 2.0 yang dianjurkan Pertubuhan Pencinta Baitul Maqdis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra itu menghimpunkan 183 perwakilan dari 15 negara.Jawatankuasa Sekretariat MUNIF 2.0, Ahmad Fahmi Mokhtar berkata, antara negara yang menyertai forum berkenaan ialah Turkiye, Pakistan, India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Thailand, Filipina, Yaman, Palestin, Mesir, Nigeria, United Kingdom dan Malaysia.Beliau yang juga Ketua Jabatan Komunikasi Strategik Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) berkata, forum yang bertemakan Uniting to Amplify the Power of the Ummah: Global Solidarity with Iran Towards the Liberation of Palestine itu turut memberi tumpuan kepada konflik dan tekanan geopolitik membabitkan Palestin, Iran, Lubnan serta Yaman.Pengerusi MUNIF 2.0, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, forum berkenaan dirangka bagi mengukuhkan jaringan strategik antarabangsa, meneruskan advokasi dan sokongan praktikal, mempertahankan kedaulatan negara Islam yang tertekan serta mengaktifkan Jawatankuasa Bertindak Bersama.Menurutnya, usaha membina naratif Islam yang tersusun juga menjadi antara agenda utama forum."Cabaran yang berlaku di Palestin, Iran, Lubnan, Yaman dan wilayah lain memerlukan tindakan yang strategik, bersatu dan berterusan, bukan sekadar simpati pasif."Justeru, sokongan perlu diteruskan melalui saluran kemanusiaan, pendidikan dan diplomasi, selain keputusan yang dipersetujui perlu dipantau pelaksanaannya," katanya ketika penutup MUNIF 2.0.Dalam pada itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menyampaikan ucaptama berkata, isu Iran dalam konteks perjuangan Palestin perlu dinilai berdasarkan kerangka fiqh siyasah serta pertimbangan maslahat dan mudarat, bukannya semata-mata berdasarkan perbezaan Sunni-Syiah.Beliau menegaskan kepentingan memilih kemudaratan yang lebih ringan apabila berhadapan dua kemudaratan serta mendahulukan usaha menolak kemudaratan sebelum memperoleh kemaslahatan.Deklarasi Kota Bharu turut menggesa mobilisasi bantuan kemanusiaan dan pembiayaan secara lebih tersusun, termasuk membina saluran logistik alternatif bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada masyarakat yang terjejas akibat konflik.Selain itu, pendidikan, bantuan kemanusiaan dan diplomasi awam dikenal pasti sebagai antara saluran yang perlu diperkukuh selepas forum.Dalam aspek maklumat, MUNIF 2.0 menyeru penguasaan media sosial alternatif serta pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan bagi mencabar propaganda dan memperkukuh penyampaian maklumat mengenai Palestin.Forum turut menggesa kesinambungan kempen boikot sebagai bentuk tekanan pengguna yang tersusun, selain mencadangkan pemanfaatan kedudukan geostrategik dunia Islam termasuk laluan maritim dan sumber tenaga sebagai instrumen tekanan politik dalam hubungan antarabangsa.Dari sudut perundangan pula, deklarasi menyokong penglibatan mahasiswa, intelektual, peguam dan cendekiawan dalam tindakan undang-undang antarabangsa serta memperkasa usaha membawa dakwaan jenayah perang ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis turut ditegaskan sebagai isu asas yang tidak boleh dikompromi, dengan kesucian Al-Aqsa diletakkan sebagai garis merah umat Islam.MUNIF 2.0 turut bersetuju mengaktifkan semula Jawatankuasa Bertindak Bersama yang diwujudkan menerusi MUNIF 1.0, selain memuktamadkan penubuhan Sekretariat Tindakan Khas Pasca-MUNIF 2.0.Sekretariat berkenaan diberi mandat menyelaras tindakan dalam aspek perundangan, pemantauan boikot, misi kemanusiaan, pendidikan generasi muda serta kempen diplomasi awam.Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud berkata, penyertaan perwakilan antarabangsa membuktikan perbezaan geografi dan bahasa tidak semestinya menjadi penghalang kepada pembinaan kesepakatan.Beliau berkata, ukhuwah Islamiyah perlu diterjemahkan daripada syiar kepada tindakan nyata dalam membela masyarakat yang terkesan akibat konflik dan penindasan.MUNIF 2.0 yang meneruskan kesinambungan forum pertama di Kedah pada tahun lalu dilihat memperlihatkan perubahan daripada pembinaan jaringan kepada usaha membentuk mekanisme tindakan bersama.Cabaran selepas ini adalah memastikan 10 ketetapan Deklarasi Kota Bharu tidak sekadar kekal sebagai resolusi, sebaliknya diterjemahkan kepada program yang boleh dilaksanakan, diukur dan dipantau secara berterusan. |
|
US envoy rejects Hadis claim it offered to help shape Malaysian govt leadership - Malaymail - 6/09 9:31 am KUALA LUMPUR, Sept 6 The United States today rejected PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awangs claim that... |
|
Amerika Syarikat nafi campur tangan tentukan kepimpinan politik di Malaysia - Sinarharian - 6/09 8:58 am SHAH ALAM - Amerika Syarikat (AS) menafikan pernah campur tangan dalam menentukan kepimpinan politik Malaysia.Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, David H Gamble Jr menegaskan, sebarang laporan atau dakwaan yang menyatakan sebaliknya adalah tidak benar."Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia."Sebarang laporan yang menyatakan sebaliknya adalah palsu," katanya ringkas dalam satu kenyataan pada Ahad.Penafian itu dibuat susulan laporan media mengenai dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti berkenaan untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.Menurut Abdul Hadi, tawaran tersebut didakwa berlaku ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014.Beliau turut menegaskan bahawa pihak asing tidak seharusnya mencampuri urusan menentukan kepimpinan negara.Sebaliknya, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani perpecahan serta menyelesaikan krisis politik dalam negara. |
|
Sarawak shelves plans for mini Putrajaya due to land issues, delays - FMT - 6/09 12:01 am Deputy minister Abdul Rahman Junaidi says the project in Rambungan could not proceed despite related infrastructure having been planned. |
|
Siasat dakwaan Hadi tawaran negara asing jatuhkan kerajaan, kata Rayer - FMT - 5/09 11:11 pm Ahli Parlimen Jelutong berkata perkara itu libat keselamatan negara dan bukan perkara patut dibanggakan di muktamar. |
|
Tarik balik ungkapan 'menunggang agama', mohon maaf - ABIM - Sinarharian - 5/09 6:30 pm SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad menarik balik ungkapan 'menunggang agama' dan memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar dalam kenyataannya.Timbalan Presiden ABIM, Muhamad Saifuddin Abdul Latiff berkata, sekalipun dimaksudkan sebagai sindiran terhadap pengkritik, ungkapan tersebut mengaburkan perbezaan antara perjuangan berpandukan Islam dengan perbuatan memperalatkan agama."Sindiran tidak menggugurkan tanggungjawab pemimpin untuk menjaga adab dan menjawab kritikan dengan hujah."Agama Islam dijunjung dan dijadikan panduan, bukan ditunggang untuk kepentingan politik."Setiap pemimpin dan parti wajib menundukkan tindakan mereka kepada tuntutan kebenaran, keadilan dan amanah |
|
PAS was offered foreign help to topple govt in 2014, says Hadi - FMT - 5/09 5:19 pm The PAS president says, however, its party leaders were not swayed by the offer and remained firm in rejecting it. |
|
Abdul Karim: Kuching gears up for Malaysia Day celebration expected to draw 5,000 - Malaymail - 5/09 4:59 pm KUCHING, Sept 5 Approximately 5,000 people are expected to gather at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)... |
|
Hadi dakwa PAS pernah ditawar AS perjatuh kerajaan - FMT - 5/09 4:35 pm Presiden PAS berkata ia berlaku ketika pertemuan di Kedutaan AS semasa lawatan Barack Obama ke Malaysia. |
|
Jerat haram ancam hidupan liar dimusnahkan - Perhilitan - Sinarharian - 5/09 3:24 pm KUALA LUMPUR - Taktik pemasangan jerat haram di lokasi hotspot jenayah hidupan liar dikesan sebelum dimusnahkan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) baru-baru ini.Operasi rondaan serta penguatkuasaan di kawasan berisiko bermula 11 hingga 25 Ogos itu dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Perbadanan Taman Negeri Perak serta Jabatan Perhutanan Negeri SelangorKetua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sebanyak 27 utas jerat telah ditemukan dan dimusnahkan.Menurutnya, jerat yang ditemukan terdiri daripada jerat spring, jerat sembat dawai dan jerat sembat nilon."Jumlah tersebut tidak termasuk jebak dan perangkap lain yang turut ditemukan semasa rondaan selain beberapa khemah."Dari segi penggunaannya (jerat), jenis dan saiz jerat lazimnya bergantung kepada spesies hidupan liar yang ingin disasarkan."Jerat spring lazimnya digunakan untuk menyasarkan babi hutan, manakala jerat sembat dawai dan jerat sembat nilon boleh digunakan untuk menyasarkan hidupan liar yang lebih besar atau lebih kecil bergantung kepada diameter dawai atau tali serta saiz pelentik yang digunakan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Abdul Kadir berkata, secara umumnya, semakin besar saiz jerat dan pelentik yang digunakan, semakin besar saiz hidupan liar yang berpotensi untuk terjerat.Jelasnya, walaupun dalam sesetengah keadaan pemburu mungkin memasang jerat dengan sasaran spesies tertentu seperti harimau, kaedah ini pada asasnya tidak selektif kerana mana-mana hidupan liar yang melalui laluan tersebut berpotensi untuk terkena dan terjerat."Keadaan ini menyebabkan spesies bukan sasaran turut berisiko mengalami kecederaan serius atau mati sekiranya terjerat dan tidak dibebaskan dalam tempoh yang singkat," ujarnya.Tambahnya, secara lazimnya, jerat dipasang di kawasan yang dikenal pasti mempunyai laluan pergerakan atau denai hidupan liar berdasarkan tanda-tanda kehadiran dan pergerakan haiwan di sesuatu kawasan."Jerat kemudiannya dipasang dan disamarkan dengan persekitaran sekeliling bagi mengurangkan kemungkinan dikesan," ujarnya.Tegasnya, kerjasama rentas agensi, rondaan berterusan dan tindakan berfokus terus menjadi benteng utama dalam melindungi hidupan liar serta habitatnya."Jerat dan pemburuan haram bukan sekadar mengancam hidupan liar, tetapi juga mengancam khazanah negara," katanya. |
|
Smart team zeroes in on area Malaysians last detected - Sinardaily - 5/09 12:50 am SUBANG: The last area where Malaysians were detected has become the main focus of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (Smart) in its search and rescue (SAR) mission in Nepal.National Disaster Management Agency (Nadma) director-general Datuk Meor Ismail Meor Akim said the teams priority was not solely to search for Malaysians, but to rescue all victims found during the operation.Our focus is the area where Malaysians were last detected |
|
Mereka dermawan, suka membantu Isteri Loe salur sumbangan di Nepal - Sinarharian - 5/09 11:31 am SHAH ALAM Ketika masih menanti perkembangan pencarian suami bersama lapan lagi pendaki Malaysia yang hilang susulan bencana banjir besar di Nepal, Hani Othman mengambil peluang menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas dan anak yatim di negara itu.Lebih bermakna, sumbangan daripada rakyat Malaysia itu disalurkan atas nama kesemua sembilan pendaki terbabit sebagai meneruskan sifat mereka yang bagi Hani sangat dermawan dan gemar membantu orang lain.Hani yang kini berada di Nepal bagi mendapatkan perkembangan secara langsung mengenai operasi pencarian berkata, sumbangan berkenaan turut dibuat atas nama suaminya, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai Loe.Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, dia berkata, bantuan berkenaan diedarkan di sekitar Kathmandu pada Jumaat termasuk kepada mangsa yang baharu tiba di ibu negara itu selepas diselamatkan di Timure.Hani turut bertemu isteri kepada pemandu yang membawa Team Loe sebelum kumpulan pendaki Malaysia berkenaan dilaporkan hilang."Jadi, atas bantuan rakyat Malaysia yang turut sama menyumbang, saya salurkan semula sumbangan ini kepada mangsa terjejas dengan banjir dan anak yatim di Nepal bagi pihak (sembilan pendaki)."Sepanjang saya mengenali mereka, mereka semua orang baik-baik |
|
Banjir Nepal: SMART tumpu kawasan terakhir rakyat Malaysia dikesan - Sinarharian - 5/09 10:20 am SUBANG - Kawasan terakhir rakyat Malaysia dikesan menjadi tumpuan utama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di Nepal.Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, bagaimanapun, keutamaan pasukan itu bukan hanya mencari rakyat Malaysia, sebaliknya menyelamatkan semua mangsa yang ditemui ketika operasi berkenaan."Tumpuan kita adalah kawasan terakhir rakyat kitalah, itu tumpuan, tapi tak semestinya kita jumpa rakyat kita, keutamaan kita mestilah rakyat kita," katanya dalam sidang akhbar majlis pelepasan pasukan SMART ke Nepal di Pangkalan Udara Subang di sini pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 11 pegawai dan anggota SMART berlepas ke Nepal bagi membantu operasi SAR susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda negara berkenaan.Pasukan itu diketuai Komander Kontinjen, Penguasa Kanan Bomba 1 Abdul Manaf Che Isa dan berlepas kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Menurut Meor Ismail, operasi SMART itu bermula selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Nepal dan dijadualkan berlangsung selama 10 hari."Kekuatan pasukan diketuai seorang komander dan 10 anggota yang terdiri daripada anggota pelbagai kemahiran atau multi-skill."Antaranya kepakaran mencari dan menyelamat, operasi dron, logistik, komunikasi serta sokongan teknikal," katanya.Beliau berkata, pasukan berkenaan turut membawa kira-kira 12.4 tan peralatan bagi menyokong operasi SAR di lapangan."Antara peralatan dibawa termasuk alat pengesan, sistem komunikasi, dron berkapasiti tinggi, peralatan khas menyelamat, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah trak muatan 10 tan," katanya.Meor Ismail berkata, lokasi sebenar pergerakan pasukan SMART hanya akan ditentukan selepas mereka tiba di Nepal dan menerima taklimat daripada pihak berkuasa tempatan."Setibanya di sana, kita akan diberi taklimat dan disambut wakil Malaysia sebelum diberikan taklimat mengenai kawasan pengoperasian."Selepas itu, pihak berkenaan akan memberikan taklimat pengoperasian dan kita akan bergerak berdasarkan kawasan yang ditetapkan," katanya.Beliau berkata, berdasarkan gambaran awal diterima, pasukan SMART berkemungkinan digerakkan ke kawasan terowong, namun lokasi tepat masih belum dipastikan.Dalam pada itu, Meor Ismail berkata, tempoh operasi ditetapkan selama 10 hari mengikut standard ditetapkan pasukan, selain misi berkenaan berteraskan aspek kemanusiaan."Kita ini ada standard kita, standard kita itu sahaja, kita lebih kepada kemanusiaan, kita membantu," katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada TUDM atas kerjasama diberikan dalam menjayakan operasi berkenaan, selain Kementerian Luar Negeri (KLN) yang membantu mendapatkan kelulusan untuk pasukan SMART menjalankan misi SAR di Nepal.Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, Choo Hwai Jeng.Pesawat berkenaan dikendalikan Mission Commander TUDM, Leftenan Kolonel Phanom a/l Achuan bersama 31 kru TUDM.Penerbangan ke Nepal itu dijangka mengambil masa kira-kira lima jam sebelum pasukan SMART meneruskan pergerakan ke kawasan operasi yang ditetapkan pihak berkuasa negara berkenaan. |
|
11 Smart members depart for Nepal to assist in SAR mission - Sinardaily - 5/09 9:56 am SUBANG A total of 11 officers and members of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (Smart) departed for Nepal on Saturday to assist in search and rescue (SAR) operations following floods and landslides in the country.The team took off from the Subang Air Base at approximately 9am aboard a Royal Malaysian Air Force (RMAF) A400M aircraft.Smart commander Senior Superintendent of Fire 1 Abdul Manaf Che Isa, who is leading the humanitarian mission, said the team would assist in SAR operations in disaster-hit areas.The team is also carrying various operational equipment, including communications equipment, to support the mission.The flight to Nepal is expected to take around five hours.The mission is coordinated alongside the National Disaster Management Agency (Nadma) as part of Malaysia's efforts to assist the country in managing the disaster and in rescue operations for affected victims. |
|
PRU16: Beri ruang kerajaan habiskan penggal - Fuziah - Sinarharian - 5/09 9:30 am SHAH ALAM Kerajaan Perpaduan perlu diberikan ruang menghabiskan penggal pentadbiran bagi meneruskan agenda reformasi dan memperbaiki negara, bukannya memberi tumpuan kepada soal mempercepatkan PRU16 demi memenuhi kehendak pihak yang didakwa kemaruk kuasa.Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kerajaan perlu menumpukan usaha melaksanakan pembaharuan sebelum menyerahkan kepada rakyat untuk menilai pencapaiannya menerusi peti undi."Sampai bila lagi kita masih asyik dengan (isu) memendekkan penggal demi mereka yang kemaruk dengan kuasa."Biarlah kerajaan ini meneruskan reformasi dan memperelokkan semula negara. Sesudah itu biar rakyat menilai sebaiknya di kertas undi," katanya kepada Sinar Harian.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Khamis menegaskan parti itu bersedia menghadapi PRU16 pada bila-bila masa termasuk jika kerajaan memutuskan untuk mengadakannya lebih awal daripada tempoh ditetapkan.Beliau berkata, persiapan menghadapi pilihan raya sentiasa dilakukan termasuk dari segi pemilihan calon, malah Pas mempunyai ramai calon yang boleh diketengahkan untuk menghadapi PRU16.Terdahulu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berpandangan lebih baik PRU16 diadakan lebih awal sebelum menghampiri penghujung penggal Parlimen pada hujung tahun depan.Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan mandat untuk mentadbir kerajaan Persekutuan diperoleh kembali daripada rakyat menerusi pilihan raya.Senada dengan Fuziah, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berpandangan tiada keperluan untuk PRU16 dipercepatkan ketika Kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti hampir dua pertiga dan penggal Parlimen masih berbaki lebih setahun.Beliau berkata, pilihan raya lazimnya diadakan apabila tempoh pemerintahan berakhir atau sekiranya wujud keraguan terhadap majoriti dimiliki sesebuah kerajaan."Tak ada keperluan untuk PRU16 dipercepatkan sebab kerajaan sekarang ada majoriti yang cukup besar |
|
11 anggota SMART berlepas ke Nepal bantu misi SAR - Sinarharian - 5/09 9:22 am SUBANG Seramai 11 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) Malaysia berlepas ke Nepal pada Sabtu bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian banjir dan tanah runtuh di negara berkenaan.Pasukan itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Komander SMART, Penguasa Kanan Bomba 1 Abdul Manaf Che Isa berkata, pasukan berkenaan akan membantu operasi SAR di kawasan yang terjejas akibat bencana berkenaan.Beliau mengetuai misi kemanusiaan itu yang turut membawa pelbagai kelengkapan operasi termasuk peralatan komunikasi.Penerbangan ke Nepal dijangka mengambil masa kira-kira lima jam.Misi berkenaan turut diselaraskan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian usaha Malaysia membantu negara berkenaan menangani bencana serta operasi menyelamat mangsa terjejas. |
|
PAS sudah tunjuk langkah apa pula langkah Umno? - FMT - 5/09 9:00 am Sehari sebelum ucapan Hadi Awang, mood 'PAS menguasai semua' sudah dirasai pada muktamar Pemuda PAS. |
|
Pas Terengganu has its candidate for PM, says delegate - Sinardaily - 5/09 8:30 am KOTA BHARU - Pas Terengganu has a candidate for prime minister from the state, should Perikatan Nasional (PN) go on to govern Malaysia at the upcoming 16th General Eection (GE16).Pas Terengganu delegate Dr Wan Mat Sulaiman said this is based on the successes and achievements already secured in administering the state."We are not just playing identity politics. We are also able to prove that Pas has the capability to govern well and deliver the best performance," he said while tabling a motion and debating the president's policy speech at the 72nd Pas Annual Muktamar at the Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) in Pengkalan Chepa here on Friday.Pas had earlier acknowledged having a prime ministerial candidate from within the party for GE16, though it said the time had not yet come to reveal the individual concerned.Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang has said the choice of prime ministerial candidate will only be made after seeing the strength of seats won by the contesting parties in the election. |
|
Kenyataan Pengerusi TH mengguris hati – Yussof Latiff - Mygazette - 5/09 7:51 am # Kenyataan Pengerusi TH mengguris hati - Yussof Latiff GEORGE TOWN - Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain berhubung ketiadaan pelantikan ahli politik dalam Lembaga Pengarah TH disifatkan mengguris hati ahli politik, khususnya veteran yang pernah banyak berjasa kepada negara |
|
Mahkamah Tinggi tolak cabaran penggantungan Parlimen ketika darurat - Mygazette - 5/09 7:51 am # Mahkamah Tinggi tolak cabaran penggantungan Parlimen ketika darurat KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menolak cabaran terhadap penggantungan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat pada 2021 |
|
Polis cari remaja perempuan hilang sejak dua minggu lalu - Mygazette - 5/09 7:51 am # Polis cari remaja perempuan hilang sejak dua minggu lalu ISKANDAR PUTERI - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghilangkan diri tanpa khabar berita hampir dua minggu lalu |
|
PTPTN serah Wang Pendahuluan Pinjaman kepada siswa baharu - Mygazette - 5/09 7:51 am # PTPTN serah Wang Pendahuluan Pinjaman kepada siswa baharu KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada pelajar baharu yang layak bagi membantu menampung sebahagian kos persediaan awal kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik |
|
Pas mahu Kementerian Wilayah Persekutuan jadi portfolio keutamaan jika PN .. - Mygazette - 5/09 7:51 am # Pas mahu Kementerian Wilayah Persekutuan jadi portfolio keutamaan jika PN bentuk kerajaan PENGKALAN CHEPA Pas perlu menjadikan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai antara portfolio keutamaan sekiranya Perikatan Nasional (PN) diberi mandat membentuk kerajaan |
|
PAS-Umno perlu perkukuh kerjasama tawan lebih banyak negeri, kata Hadi - FMT - 5/09 6:45 am Presiden PAS berkata kekuatan parti itu dan Umno penting untuk memastikan kerajaan dibentuk selepas pilihan raya mempunyai majoriti kukuh dan tidak mudah digulingkan. |
|
PTPTN salur Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500 kepada 26,457 pelajar baharu - Sinarharian - 5/09 12:33 am TASIK GELOGOR Seramai 26,457 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) dan Politeknik bagi sesi September ini bakal menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 setiap seorang.Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, pemberian itu membabitkan peruntukan RM39.7 juta bagi membantu pelajar menampung sebahagian kos persediaan awal sebelum memulakan pengajian.Menurutnya, WPP adalah kemudahan disediakan PTPTN bagi meringankan beban kewangan keluarga, selain memastikan pelajar dapat memulakan pengajian dalam keadaan lebih bersedia dan teratur."WPP diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang bersetuju menerima kemudahan itu ketika membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) melalui UPUOnline atau portal kemasukan UA."Ibu bapa atau penjaga pelajar juga perlu menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan.PTPTN berkata, sejak WPP diperkenalkan pada 1999 hingga 31 Julai lalu, lebih sejuta pelajar sudah menerima manfaat itu dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM1.48 bilion.Dalam pada itu, pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP menerusi aplikasi myPTPTN dan menunaikannya di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara bermula hari ini."Pelajar perlu membawa surat tawaran WPP dan MyKad ketika membuat tuntutan, manakala wakil tidak dibenarkan."Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan, bermula 4 September hingga 3 November depan," menurut kenyataan itu.Sementara itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya komited memperkukuh agenda pendidikan tinggi dengan memastikan akses kepada pembiayaan pendidikan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang serta kedudukan sosioekonomi."WPP PTPTN merupakan antara inisiatif strategik yang dilaksanakan bagi menyediakan sokongan kewangan awal kepada pelajar, sekali gus membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam membuat persiapan dan memenuhi keperluan asas sebelum pelajar memulakan pengajian di UA dan Politeknik," tambah beliau.Terdahulu, beliau menyantuni pelajar yang ditawarkan WPP menerusi sesi ziarah ke rumah pelajar di kawasan Tasek Gelugor di sini sebelum menghadiri Majlis Penyerahan WPP bagi kawasan Bukit Gelugor.Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN, permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi myPTPTN mengikut tarikh ditetapkan bagi setiap UA dan Politeknik.Pelajar juga perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang boleh dibuka menerusi aplikasi berkenaan. |
|
Anwar ziarah Syeikh Abdul Aziz, kongsi pesanan pelihara turath - Astroawani - 4/09 10:30 pm Ulama besar MesirSyeikh Abdul Aziz al-Syahawi berpesan agar khazanah turath terus dipelihara, selain teknologi baharu dimanfaatkan bagi mendokumentasi dan melestarikan warisan keilmuan Islam. |
|
Pas Terengganu ada calon PM jika PN menang - Sinarharian - 4/09 10:23 pm KOTA BHARU - Pas Terengganu mempunyai calon Perdana Menteri dari negeri itu sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Perwakilan Pas Terengganu, Dr Wan Mat Sulaiman berkata, ia berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang sudah diraih sepanjang mentadbir negeri berkenaan."Kita bukan sekadar memainkan politik identiti, tetapi kita juga mampu membuktikan Pas mempunyai keupayaan untuk mentadbir dengan baik serta menunjukkan prestasi yang terbaik," katanya semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sebelum itu Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan. |
|
AI perlu diterapkan dalam kurikulum pendidikan tinggi - Zambry - Astroawani - 4/09 9:45 pm Institusi pendidikan tinggi perlu mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) merentasi semua bidang pengajian termasuk kemanusiaan bagi memastikan kurikulum kekal relevan dengan perkembangan teknologi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. |
|
Mahkamah tolak cabaran wakil rakyat, Badan Peguam terhadap penggantungan Parlimen semasa darurat Covid-19 - Sinarharian - 4/09 8:44 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menolak tindakan undang-undang difailkan dua ahli politik, Badan Peguam Malaysia, Bersih 2.0 serta tujuh pihak lain yang mencabar nasihat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 untuk menggantung Parlimen ketika tempoh darurat Covir-19 pada 2021.Dalam keputusan yang disampaikan dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom, Hakim Datuk Aliza Sulaiman yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan mahkamah tidak boleh memberikan perisytiharan yang dimohon untuk membatalkan peruntukan dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, termasuk Seksyen 14 yang mengakibatkan kepada penggantungan Parlimen.Beliau berkata, meskipun terdapat persoalan sama ada pembatalan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Parlimen, tempoh yang ditetapkan dalam Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan tetap terpakai bagi dokumen pembatalan yang berkaitan."Perintah pengisytiharan yang dimohon oleh pemohon adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah |
|
Two cyclists killed in Kota Bharu-Ketereh highway crash - Sinardaily - 4/09 7:54 pm KOTA BHARU - Two cyclists were killed after they were allegedly hit from behind by a Perodua Kelisa at KM18 of the Kota Bharu-Ketereh Highway here at about 8.30am today.Kelantan police chief Datuk Mohd Yusoff Mamat, when contacted, confirmed the incident and said police would conduct further investigations."The victims were identified as Zamrie Rismawadi Mahmet and Nik Zaki Yamani Nik Abdul Aziz, both aged 49, he said.He also urged members of the public with dashcam footage of the incident to hand them over to police to assist investigations.Both victims died at the scene from serious injuries, and their remains were taken to the Forensic Unit of Raja Perempuan Zainab II Hospital for post-mortem.Meanwhile, Zamries brother, Zamrie Isman, 52, said he learned about the accident at 10.30 am today, adding that he had just returned to Kelantan from Selangor hoping to meet the deceased.He said the deceased had been passionate about cycling since his teenage years and had told him that he was planning to cycle to Thailand with his friends next week."I never imagined that on this return, I would not get the chance to meet him |
|
Hasrat dua sahabat kayuh basikal ke Thailand tak kesampaian, maut dirempuh kereta - Sinarharian - 4/09 7:38 pm KOTA BHARU - Hasrat dua sahabat untuk berbasikal ke Thailand minggu depan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta Perodua Kelisa di Kilometer 18 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh di sini pagi Jumaat.Lebih memilukan, salah seorang mangsa, Zamrie Rismawadi Mahmet, 49, sempat memberitahu abangnya mengenai perancangan tersebut sebelum maut kemalangan ketika dia keluar berbasikal bersama rakannya.Abangnya, Zamrie Isman, 52, berkata, adiknya yang aktif berbasikal sejak zaman remaja sering melakukan aktiviti itu bersama kumpulannya."Arwah ada memberitahu sebelum ini bahawa mereka merancang untuk berbasikal ke Thailand minggu hadapan," katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.Menurutnya, berita mengenai kejadian yang menimpa adiknya diterima kira-kira jam 10.30 pagi tadi selepas dimaklumkan ahli keluarga lain."Saya tidak menyangka hasrat bertemu dengannya tidak kesampaian |
|
Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta di tepi lebuh raya - Sinarharian - 4/09 7:07 pm KOTA BHARU - Dua penunggang basikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta Perodua Kelisa yang dipandu seorang lelaki dari arah belakang di Kilometer 18 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh di sini pada jam 8.30 pagi tadi.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.Beliau berkata, orang awam yang mempunyai rakaman kejadian menerusi kamera papan pemuka diminta supaya menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Mangsa dikenal pasti sebagai Zamrie Rismawadi Mahmet dan Nik Zaki Yamani Nik Abdul Aziz, masing-masing berusia 49 tahun.Kedua-dua penunggang basikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.Sementara itu, abang seorang daripada mangsa, Zamrie Isman, 52, berkata, adiknya, Zamrie Rismawadi aktif berbasikal sejak zaman remaja dan sering melakukan aktiviti itu bersama kumpulannya."Arwah ada memberitahu sebelum ini bahawa mereka merancang untuk berbasikal ke Thailand minggu hadapan," katanya kepada pemberita di Unit Forensik HRPZ II di sini.Zamrie Isman berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian yang menimpa adiknya pada 10.30 pagi tadi selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga yang lain."Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah kira-kira dua bulan lepas |
|
PAS wants FT portfolio if PN takes over Putrajaya - FMT - 4/09 6:47 pm Federal territories delegate Abdul Rani Daud says the party should lead the department and prove how it can solve pressing issues. |
|
Hadi hadir Perhimpunan Agung Umno minggu depan, kata Asyraf - FMT - 4/09 6:19 pm Ini susulan kehadiran delegasi Umno ke majlis pembukaan Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu hari ini yang diketuai Asyraf Wajdi Dusuki. |
|
Perwakilan cadang PAS terajui Jabatan WP jika menang PRU16 - FMT - 4/09 5:57 pm Abdul Rani Mohamed Daud berkata, dengan portfolio itu, PAS dapat buktikan bagaimana Islam selesai masalah penduduk bandar. |
|
Hadi to attend Umno general assembly next week, says Asyraf - FMT - 4/09 5:46 pm This follows the attendance by an Umno delegation at the opening of PASs 72nd muktamar in Kota Bharu today, led by party secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki. |
|
Agong perkenan isytihar darurat di Serian - Sinarharian - 4/09 5:09 pm PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dan Premier Sarawak, Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.Menurut PMO, langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas."Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai," katanya pada Jumaat.Serian antara kawasan paling terjejas akibat jerebu di Sarawak apabila kualiti udara terus merosot susulan pergerakan asap daripada kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan, Indonesia |
|
Anwar sokong cadangan pelaburan TH diletak di bawah pengawasan SC, BNM - Sinarharian - 4/09 4:18 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meletakkan operasi pelaburan agensi itu di bawah pengawasan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM).Beliau berkata, langkah yang diambil pengurusan baharu TH diterajui Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Hussain itu adalah wajar bagi memastikan institusi berkenaan dikawal selia dengan lebih ketat.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan itu juga mampu mengelakkan berlakunya salah guna kuasa atau elemen negatif lain dalam pengurusan agensi berkenaan pada masa hadapan."Ini bagi saya sesuai dan saya dengar taklimat mereka dan menyokong langkah-langkah, termasuk beberapa cadangan pindaan (terhadap) daripada Akta Tabung Haji 1995."Hal ini supaya pengurusan itu dikawal lebih ketat oleh sama ada SC atau BNM dan tidak terlepas sebagaimana yang berlaku sebelum ini," kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya hari ini.Semalam, Abdul Rashid memaklumkan TH kini dalam proses memperhalusi rangka kerja kawal selia baharu bagi meletakkan operasi pelaburannya di bawah pengawasan berkanun SC.Beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai selepas pertimbangan terperinci selama hampir enam bulan oleh sebuah jawatankuasa pasukan petugas bersama.Pasukan petugas berkenaan turut dianggotai oleh Pengerusi SC dan Gabenor BNM bagi memastikan pengurusan pelaburan TH selaras dengan piawaian kawal selia pasaran modal negara.- Bernama |
|
Muda, Bersatu bertemu untuk Belanjawan Malaysia - FMT - 4/09 3:50 pm Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menyifatkan perjumpaan tersebut salah satu usaha memperkukuhkan pembangkang. |
|
Beranikah Pas tarik balik Amanat Hadi 1981 demi UMNO? - Amanah - Sinarharian - 4/09 3:39 pm KUALA LUMPUR - Pas dipersoalkan sama ada parti itu berani untuk menarik balik fatwa yang pernah mengkafirkan UMNO menerusi Amanat Haji Hadi pada 1981 sekiranya benar-benar ikhlas mahu menghidupkan perpaduan ummah.Setiausaha Pemuda Amanah, Ahmad Shahir Mohd Shah menegaskan, beliau tidak berasakan Pas akan menarik atau sekali-kali akan menyebut tentang fatwa itu lagi."Tetapi, saya lihat mereka akan konsisten menyebut tentang perjuangan agenda Melayu-Islam yang tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk merampas kuasa daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub sebelum ini berkata, sehingga sekarang sebenarnya amanat itu tidak pernah ditarik balik sehingga menyinggung sebahagian besar jiwa orang UMNO.Beliau malah berkata, pemimpin Pas sudah tidak boleh dipercayai kerana hanya menaburkan janji manis ketika berada dalam keadaan terdesak.Dalam pada itu, Ahmad Shahir turut hairan apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan Pas dan UMNO mempunyai persamaan dari sudut akidah dan kepentingan umat Islam perlu menjadi asas kepada usaha membina jambatan kerjasama serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan generasi muda."Saya tidak merasakan akidah antara Pas dan UMNO itu sama |
|
Tengku Zafrul tidak pernah bawa isu judi ke Kabinet, kata Takiyuddin - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Tengku Zafrul tidak pernah bawa isu judi ke Kabinet, kata Takiyuddin PENGKALAN CHEPA - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, isu berkaitan kelulusan operasi perjudian yang berlaku ketika Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menjadi Menteri Kewangan tidak pernah dibawa ke Kabinet atau melalui memorandum Jemaah Menteri |
|
Hadi nafi campur tangan dalam keputusan Perikatan Nasional - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Hadi nafi campur tangan dalam keputusan Perikatan Nasional PENGKALAN CHEPA - Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan beliau menggunakan kedudukannya sebagai Presiden Pas untuk campur tangan dalam keputusan yang dibuat di peringkat nasional parti |
|
Pas sah hadir PAU 2026, wakil akan ditentukan ??? Abdul Hadi - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Pas sah hadir PAU 2026, wakil akan ditentukan Abdul Hadi PENGKALAN CHEPA - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan UMNO untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 September ini |
|
Beranikah Pas tarik balik Amanat Hadi 1981 demi UMNO – Amanah .. - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Beranikah Pas tarik balik Amanat Hadi 1981 demi UMNO - Amanah KUALA LUMPUR - Pas dicabar membuktikan keikhlasannya dalam usaha memperkukuh perpaduan ummah dengan menarik balik Amanat Haji Hadi 1981 yang pernah mencetuskan kontroversi terhadap UMNO |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |