///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Zionis News   Page 1    



Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Wrlr - 2/05 6:15 pm

Harapandaily May 1, 2026 Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece





ZRA, Aktivis GSF Diculik Selamat Tiba Di Istanbul - Wrlr - 2/05 4:03 pm

Aktivis Global Sumud Flotila (GSF) tiba di pelabuhan Atherinolakkos selepas turun dari kapal Pengawal Pantai Greece pada 1 Mei 2026. Foto AFP Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua aktivis berkenaan diculik oleh rejim Zionis Israel dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion menaiki bas yang disediakan oleh pihak Greece





GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah - Mygazette - 2/05 8:00 am

# GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah BANGI - Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat serta bacaan doa Qunut Nazilah, bagi mendoakan keselamatan 175 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang diculik oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa





Sumud Nusantara jangka proses bebaskan peserta GSF kali ini berdepan .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

# Sumud Nusantara jangka proses bebaskan peserta GSF kali ini berdepan kesukaran KUALA LUMPUR - Dijangkakan proses pembebasan peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kali ini berdepan kesukaran kerana rejim Zionis dilihat terdesak untuk menghalang bantuan dihantar menerusi kumpulan berskala besar kali ini





Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Harapandaily - 1/05 11:02 pm

Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece





GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Zionis dibebaskan di Crete - SNCC - Sinarharian - 1/05 10:55 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 10 aktivisGlobal Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyatMalaysiayang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskandi Pelabuhan Lerapetra, Crete.Ketua PengarahSumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSFyang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.Beliau berkata, SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan."Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini malam Jumaat.Beliau mengesahkan, 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskanakan terbang ke Istanbul.Sani Araby berkata, SNCC turut menerima laporan bahawa aktivis berdepan provokasi dan serangan fizikal selain dipaksa berada dalam keadaan tidak selesa sehingga berlaku insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta ketika penahanan.Beliau berkata, dua ahli jawatankuasa induk GSF,Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi.Katanya SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul."Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian," katanya.Selain itu, beliau berkata, keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia terlibat akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan GSF.Pada masa sama, beliau berkata, SNCC menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan serta mendesak pembebasan Thiago dan Saif yang masih ditahan pihak rejim.Beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin, melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah selain mempergiat penyebaran maklumat sahih dan advokasi di peringkat nasional serta antarabangsa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan





PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis - Mypress - 1/05 7:21 pm

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menghubungi beberapa pemimpin negara sahabat bagi mendapatkan tekanan diplomatik terhadap Israel, susulan penahanan 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi…





Status keselamatan aktivis GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia belum diketahui - SNCC - Sinarharian - 1/05 4:50 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa, Khamis lepas.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sedang meneliti satu maklumat yang menyatakan kesemua aktivis dijangka bebas pada jam 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di Pelabuhan Ierapetra, Kepulauan Crete.Bagaimanapun,beliau berkata, status terkini berhubung maklumat itu juga belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan pasukan SNCC di lapangan."Memasuki hari ke-19 misi dan 38 jam selepas penahanan aktivis GSF 2.0 oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, SNCC belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan kesemua 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia."Setakat sekarang, sebanyak 21 daripada 22 bot yang kita sahkan, satu dah disabotaj dan mereka terputus hubungan sehinggalah ada kapal yang kita hantar dari Greece untuk tinjau."Kita dapati rejim Zionis mungkin melakukan sabotaj sama kepada kapal-kapal yang ditinggalkan, tetapi kita tidak pergi kepada kefahaman bahawa ia disita





Anwar hubungi negara sahabat cari jalan selamatkan 10 rakyat Malaysia diculik Zionis - FMT - 1/05 4:18 pm

Sepuluh rakyat Malaysia antara 175 aktivis Global Sumud Flotila 2.0 yang diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut rejim Zionis.





Keselamatan rakyat Malaysia dalam GSF keutamaan kerajaan - Anwar - Sinarharian - 1/05 3:40 pm

Saya dah hubungi kementerian luar dan kita hubungi negara sahabat. Yang mana saya boleh hubungi, saya akan hubungi insya-Allah," kata beliau.Semalam, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan 175 aktivis telah diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim Zionis termasuk 10 rakyat Malaysia.- Bernama





PM hubungi rakan negara Teluk, Arab bantu bebaskan rakyat Malaysia ditahan .. - Mygazette - 1/05 3:38 pm

Terdahulu media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan GSF berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece. Dalam insiden itu, tentera Zionis turut mengancam penculikan dan keganasan.- MalaysiaGazette





Lebih 180 aktivis ditahan lepas Israel serang flotila - Mkini - 1/05 8:28 am

Penganjur misi itu berkata, rejim Zionis melancarkan serbuan pada waktu malam bagi menutup liputan media"





Pastikan tiada kekerasan terhadap aktivis GSF termasuk 10 rakyat Malaysia .. - Mygazette - 1/05 7:31 am

# Pastikan tiada kekerasan terhadap aktivis GSF termasuk 10 rakyat Malaysia -PM KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila 2.0 (GSF) yang ditahan oleh rejim Zionis dibebaskan segera





GSF: Kerajaan tak akan berdiam diri, PMX minta keluarga aktivis tabah - Mygazette - 1/05 7:31 am

# GSF: Kerajaan tak akan berdiam diri, PMX minta keluarga aktivis tabah KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berdiam diri dan sedang bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan semua yang ditahan tentera zionis Israel dibebaskan dengan segera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim





Sumud: 10 aktivis Malaysia ditahan rejim Zionis - Harakahdaily - 30/04 10:00 pm

KUALA LUMPUR: Sepuluh aktivis kemanusiaan warga Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) disahkan ditahan oleh tentera rejim Zionis Israel selepas kapal mereka dipintas secara agresif di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece, awal pagi tadi





Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa Zionis bebaskan anak kapal GSF 2.0 - Sinarharian - 30/04 8:12 pm

SHAH ALAM - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengecam tindakan biadab rejim Zionismemintas, menahan dan menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa pada awal pagi Khamis.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, insiden tersebut jelas mencabuli undang undang antarabangsa di mana ia berlaku ketika 57 kapal GSF termasuk tiga bot pengiring berada berhampiran Kepulauan Crete, Greece, kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza, Palestin.Justeru, kata Syed Ibrahim, pihaknya mendesak supaya Zionis Israel menghentikan tindakan pencabulan dan lanun mereka serta membebaskan kesemua anak kapal yang diculik."Kaukus Palestin Parlimen Malaysia juga meminta rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam itu."Kami mengusulkan supaya Ahli Parlimen Malaysia dan seluruh dunia bersatu suara mengutuk tindakan melampau pencabulan undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel."Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil langkah sewajarnya dengan segera untuk keselamatan anak kapal warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan GSF 2.0.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, sebanyak 22 dari keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel.Jelasnya lagi, berlaku provokasi di mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata.





GSF: Malaysia berkerjasama dengan negara sahabat, pastikan 10 rakyat dibebaskan rejim Zionis - PM - Sinarharian - 30/04 6:53 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedangberhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila 2.0 (GSF) yang ditahan oleh rejim Zionisdibebaskan segera.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengutuk tindakan ganas rejim Israel terhadap misi kemanusiaan itu di perairan antarabangsa, iaitu satu pelanggaran nyata undang-undang maritim dan menyerupai tindakan lanun yang mencemari prinsip kemanusiaan sejagat."Malaysia mendesak agar semua pihak bertindak dengan segera dan memastikan tiada sebarang tindakan keras dikenakan terhadap semua para aktivis,termasuk 10 rakyat Malaysia yang kini ditahan dan terputus hubungan."Keselamatan mereka mesti dijamin tanpa kompromi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Anwar, yang juga Penaung Sumud Nusantara berkata,dalam situasigetir ini, ihsan serta kemanusiaan harus mengatasi segala perbezaan dan Malaysia akan terus berdiri teguh mempertahankan prinsip tersebut."Kepada ALLAH SWT kita berserah, disulam dengan usaha menyeluruh yang sedang digerakkan, semoga kesemua mereka berada dalam keadaan selamat





GSF: Amirudin hubungi PM, misi bebaskan aktivis Malaysia - Sinarharian - 30/04 6:31 pm

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan segera menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan keselamatan aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) terus terjamin serta dibebaskan segera.Amirudin berkata, perkara itu juga akan dimaklumkan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan tindakan segera itu diambil susulan penahanan dan serangan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis kemanusiaan yang dalam misi menghantar bantuan ke Gaza."Kita ingin memastikan keselamatan para aktivis Malaysia yang menjadi mangsa serangan dan penahanan ini dapat dijamin dan dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu, Amirudin mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim berkenaan yang didakwa memintas kapal bantuan serta menahan aktivis berhampiran Pulau Crete, Greece, dalam insiden yang disifatkan melanggar undang-undang perairan antarabangsa.Menurutnya, insiden berulang itu memperlihatkan sikap tidak peduli rejim berkenaan terhadap prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, selain didakwa terus menerus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin."Kerajaan Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan, halangan dan penahanan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla yang cuba menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza," katanya.Jelas beliau, tindakan rejim itu juga membuktikan hasrat berterusan untuk meneruskan apa yang disifatkan sebagai genosid terhadap rakyat Palestin sama ada melalui serangan ketenteraan mahupun sekatan bantuan kemanusiaan."Sikap lanun pembunuh ini turut memangsakan penduduk di rantau Asia Barat termasuk rakyat Lebanon yang diusir dari tanah sendiri atau pun penduduk di Iran yang menjadi mangsa pembunuhan," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa agar semua pihak meningkatkan tekanan secara menyeluruh terhadap Israel bagi menghentikan kekejaman berkenaan.Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.Dalam insiden itu, tentera Zionis turut mengancam penculikan dan keganasan.Terdahulu, aktivis kemanusiaan yang juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan bersama dua lagi rakyat Malaysia oleh rejim Israel yang memintas kapal mereka, awal pagi Khamis.Difahamkan, kapal dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.





10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece - Mypress - 30/04 2:40 pm

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini





Sepuluh rakyat Malaysia ditahan tentera Zionis: Berlaku provokasi, IOF .. - Hmetro - 30/04 1:30 pm

Bangi: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 antara individu ditahan tentera Zionis di Kepulauan Crete, Greece, hari ini





Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia terputus hubungan - Sinarharian - 30/04 1:23 pm

BANGI - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) pada Khamis.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete, Greece.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel."SNCC melaporkan berlaku provokasi yang mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata."Enam kapal yang ditahan dan diceroboh melibatkan 10 rakyat Malaysia antaranya Zainal Rashid Ahmad (ZRA), Osman Zulkifli dan Dr Jihan Alya Mohamad Nordin," katanya dalam sidang akhbar khas SNCC di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Kajang pada Khamis.Dalam insiden itu, kata Sani Araby, pihaknya turut mengesahkan terdapat puluhan dron yang tidak dikenal pasti dan dikesan beroperasi di sekitar kawasan Flotilla."SNCC percaya mereka melakukan pemantauan dan juga gangguan terhadap pergerakan serta komunikasi delegasi GSF."Rakaman audio dan visual yang diperolehi membuktikan pihak IDF menggunakan naratif palsu bagi menjustifikasikan serangan amaran," katanya lagi.Pihaknya menyifatkan serangan itu sebagai provokasi awal bagi mengagalkan misi kemanusiaan berskala besar ke Gaza."Pihak rejim sangat terdesak dan melakukan tindakan pengecut kerana delegasi berada di zon pelayaran antarabangsa yang sah dan dijamin sepenuhnya undang-undang maritim antarabangsa berbanding tahun lepas."Kita yakin dengan ketumbukan seluruh dunia termasuk dari Malaysia telah menyebabkan Zionis merasa goyah dan membuat provokasi awal untuk menghentikan gerakan besar-besaran dalam sejarah."Kalau sampai di kawasan Turki boleh jadi keseluruhan dunia mula bangkit dan menyokong," kata Sani Araby.Beliau berkata, perkembangan terkini misi GSF itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan terutama dari aspek diplomatik dan keselamatan.Dalam pada itu, SNCC meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan semua peserta misi terutama rakyat Malaysia."Laksanakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon perlindungan kepada mereka yang berdepan situasi genting ini."Difahamkan, demontrasi besar-besaran akan dibuat akan dibuat di Eropah yang saya kira tindakan rejim Israel itu satu pencabulan," katanya.Global Sumud Flotilla merupakan gerakan antarabangsa tindakan tanpa kekerasan yang belayar bagi menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza serta menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin.





TERKINI: Kapal Dinaiki ZRA Dipintas Tentera Rejim Israel - Wrlr - 30/04 12:49 am

Antara kapal yang disahkan status dipintas (intercepted) adalah Al Bassa, Tantura, Yaffa, Yazur, Safad, Safsaf, Jabalia, Kafr Birim, Idna, Iqrit, Beith Lahim, Haifa, Ayn al-Zaytoun dan Al Faluja. Terdahulu, GSF dalam kenyataan memaklumkan, bot tentera Zionis mengepung konvoi itu di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete Greece sekitar pukul 2 pagi tadi





Iran Belum Guna Sebahagian Besar Peluru Berpandu Hadiah Untuk AS - Wrlr - 26/04 11:36 pm

Iran mendakwa peluru berpandu menyasarkan tentera AS serta rejim Zionis Israel laknatullah masih belum digunakan setelah lebih 40 hari perang meletus sebelum gencatan senjata 14 hari





Dron murah Iran VS peluru mahal AS: Siapa bodoh? - Harakahdaily - 20/04 4:39 pm

DALAM serangan Amerika Syarikat (AS)-Zionis Israel ke atas Iran, ia telah memaksa AS untuk menghadapi kebangkitan dron gred komersial yang murah dan had seleranya untuk serangan balas daripada negara Republik Islam itu yang teguh mempertahankan kedaulatan negaranya dari dua penceroboh laknatullah berkenaan.Menurut laporan oleh The New York Times, sementara […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Dron murah Iran VS peluru mahal AS: Siapa bodoh? appeared first on Harakahdaily .



Keganasan Zionis jadi peringatan umat Islam perkukuh ilmu, teknologi - Mypress - 14/04 9:54 am

KUALA NERUS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan keganasan berterusan rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan negara serantau menjadi peringatan penting kepada umat Islam untuk bangkit memperkukuh kekuatan…



Umat Islam perlu kuasai teknologi tanpa pinggirkan nilai al-Quran – .. - Mygazette - 14/04 7:43 am

Mengulas situasi global, Anwar berkata konflik yang melanda Gaza, selatan Lubnan serta serangan ke atas Iran perlu dijadikan pengajaran besar tentang kepentingan kesiapsiagaan ilmu serta teknologi. Beliau berkata keganasan rejim Zionis Israel selama lebih tujuh dekad itu menunjukkan bahawa tanpa kekuatan akidah, sahsiah dan kepintaran teknologi, umat Islam akan terus berdepan dengan kepincangan



GSF 2.0: Rakyat Malaysia diminta beri sokongan padu, ketepikan perbezaan - Sinarharian - 12/04 5:17 pm

BARCELONA - Rakyat Malaysia digesa mengetepikan perbezaan pandangan dan isu kecil yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap usaha menyelamatkan nyawa penduduk di Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.Aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad berkata, walaupun wujud perbezaan pandangan dalam kalangan segelintir pihak di tanah air, perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membiarkan penderitaan yang sedang berlaku di wilayah Palestin itu berterusan."Saya dengan kawan-kawan mungkin ada perbezaan pandangan, tetapi perbezaan tersebut apakah wajar dijadikan alasan tidak menyertai dan tidak melakukan perkara yang baik untuk Gaza?" katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Ahad.Zainal Rashid yang juga peserta GSF 2.0 berkata sokongan moral daripada rakyat Malaysia melalui media sosial adalah kritikal dalam menyebarkan maklumat yang tepat bagi menangkis naratif pihak lawan.Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lepas, sokongan rakyat biasanya akan meningkat secara drastik sebaik sahaja pelayaran bermula dan lebih banyak maklumat dari lapangan didedahkan kepada umum."Selepas sahaja pelayaran bermula, lebih banyak video dan maklumat kita dedahkan, fokus rakyat Malaysia akan mula terhadap Gaza. Saya yakin tahun ini apabila lebih banyak penjelasan diberi, penerangan diberi, lebih ramai rakan-rakan pengguna media sosial akan mula faham dan kemudian berkongsi," katanya.Zainal Rashid yang juga seorang daripada peserta GSF pada tahun lepas berkata sokongan moral penting bagi menguatkan semangat peserta yang bakal menghadapi pelbagai risiko di lautan, termasuk kemungkinan provokasi daripada rejim Zionis.GSF dijadualkan berlepas dari sini hari ini membawa gabungan antarabangsa yang bertekad untuk memecah kepungan Israel ke atas Gaza serta memberi respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing dihadapi rakyat Palestin.Misi kali ini melibatkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, menggabungkan tindakan maritim dengan gerakan mobilisasi global secara bersepadu di darat, selain menghubungkan usaha solidariti, advokasi undang-undang serta kempen akar umbi di pelbagai negara



GSF 2.0: Rakyat Malaysia diminta beri sokongan padu, ketepi perbezaan GSF .. - Mygazette - 12/04 5:11 pm

Saya yakin tahun ini apabila lebih banyak penjelasan diberi, penerangan diberi, lebih ramai rakan-rakan pengguna media sosial akan mula faham dan kemudian berkongsi, katanya. Zainal Rashid yang jugaseorang daripada peserta GSF pada tahun lepas berkata sokongan moral penting bagi menguatkan semangat peserta yang bakal menghadapi pelbagai risiko di lautan, termasuk kemungkinan provokasi daripada rejim Zionis



Hamzah bongkak, pemilik 'rumah baru' eloklah berhati-hati - Tun Faisal - Mkini - 12/04 12:21 am

"Masuk rumah orang, jangan pula jadi macam Zionis, sibuk nak 'rampas tanah orang lain' pula untuk bertanding," kata ketua penerangan Bersatu.



Malaysia harap PBB timbang permohonan tarik MALBATT dari Lubnan – .. - Mygazette - 11/04 3:54 pm

# Malaysia harap PBB timbang permohonan tarik MALBATT dari Lubnan - Khaled KOTA TINGGI - Malaysia berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempertimbang permohonan untuk menarik keluar anggota Batalion Malaysia (MALBATT) dari Lubnan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia susulan perkembangan terbaharu di Lubnan yang menyaksikan berlaku konflik perang antara rejim zionis Israel dan Hezbollah



Netanyahu arah Kabinet runding dengan Lubnan - Utusan - 11/04 7:30 am

Media Israel melaporkan, Duta Israel ke Amerika Syarikat (AS), Yechiel Leiter akan mewakili negara itu dalam rundingan tersebut. Ia akan diadakan tanpa rejim Zionis menghentikan serangannya di Lubnan



PM zahir dukacita pemergian bekas Menteri Luar Iran - Kosmo - 10/04 3:55 pm

Kamal Kharazi yang disifatkan sebagai sahabat dan tokoh diplomasi unggul. Menurutnya, berita pemergian tokoh tersebut amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan kecederaan akibat serangan yang disifatkan sebagai keganasan Zionis



Pemergian Dr Kamal Kharazi: PM Anwar gesa perang dihentikan, dunia hilang diplomat luar biasa - Harapandaily - 10/04 11:53 am

Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita mendalam atas pemergian bekas Menteri Luar Iran, Dr Kamal Kharazi, yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia diplomasi antarabangsa. Perdana Menteri berkata, kematian Ketua Majlis Strategik Hubungan Luar Iran itu berlaku secara tragis susulan kecederaan yang dialami akibat serangan pengganas Zionis



ABIM cadang mekanisme pemantauan PBB pantau gencatan senjata ASIran - Sinarharian - 9/04 5:28 pm

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan satu mekanisme pemantauan bebas dan telus diwujudkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan gencatan senjata melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran dipatuhi.Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan bahawa penangguhan serangan ketenteraan itu tidak boleh sekadar menjadi jeda taktikal berikutan sejarah menunjukkan kegagalan komitmen hanya akan mengheret dunia ke dalam kitaran keganasan."ABIM menegaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata ini merupakan pencabulan terhadap prinsip asas Piagam PBB, khususnya larangan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa."Kegagalan bertindak secara konsisten dan tidak selektif hanya akan menghakis kepercayaan terhadap sistem tadbir urus global serta memperkukuh persepsi hipokrasi geopolitik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, beliau berkata usaha diplomatik perlu diperkukuh bagi membina kepercayaan antara kedua-dua negara, sekali gus membuka laluan kepada perjanjian damai yang lebih menyeluruh, adil dan berkekalan."Pendekatan ini bukan sahaja penting untuk kestabilan serantau, malah merupakan prasyarat kepada keamanan global yang lestari, termasuk dalam memastikan keselamatan rantaian bekalan tenaga serta kestabilan laluan strategik."Sebarang bentuk provokasi, ancaman, percanggahan naratif yang mengelirukan serta tindakan ketenteraan yang berpotensi menggagalkan gencatan senjata ini mesti dihentikan serta-merta."Ini termasuk tindakan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Palestin dan wilayah sekitarnya," katanya lagi.Ahmad Fahmi berkata, usaha perdamaian di Asia Barat tidak akan bermakna tanpa penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, yang kekal sebagai punca utama ketidakstabilan serantau.Pada masa sama, ABIM menegaskan bahawa konflik melibatkan Iran tidak boleh dilihat secara terpisah daripada realiti di Lubnan, yang kini menjadi medan lanjutan kepada ketegangan serantau."Pencabulan kedaulatan dan serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Lubnan membuktikan bahawa pendekatan yang tidak menyeluruh hanya akan memindahkan dan meluaskan konflik ke wilayah lain."Keadaan ini menunjukkan bahawa keamanan yang bersifat selektif bukan sahaja rapuh, malah berisiko mencetuskan eskalasi baharu serta memperdalam krisis kemanusiaan di rantau tersebut."Justeru, sebarang kerangka keamanan serantau mesti bersifat menyeluruh," katanya.Menurut Ahmad Fahmi, Malaysia digesa untuk terus memainkan peranan aktif melalui diplomasi pelbagai hala termasuk dalam kerangka ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong usaha de-eskalasi yang berprinsip dan berkeadilan."Keamanan yang hakiki menuntut keberanian moral untuk menghentikan keganasan secara menyeluruh tanpa pilih kasih dan tanpa hipokrasi geopolitik."Dunia pada abad ke-21 tidak boleh terus terperangkap dalam logik konflik yang usang, yang hanya mengorbankan nyawa insan tidak berdosa serta meruntuhkan asas kemanusiaan sejagat," katanya.



Misi GSF 2.0 tekad 'pecah kesunyian', tangkis naratif palsu rejim Zionis - Nadir Al-Nuri - Sinarharian - 9/04 9:47 am

KAHERAH - Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang akan memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol pada 12 April ini membawa matlamat strategik untuk melumpuhkan "hasbara" atau mesin propaganda palsu rejim Zionis di pentas dunia.Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, misi kali ini adalah kesinambungan kejayaan misi Sumud Nusantara 1.0 dalam membangkitkan mobilisasi massa dan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai situasi sebenar di Palestin.Beliau berkata, impak gerakan itu telah memaksa rejim zionis meningkatkan belanjawan propaganda mereka secara luar biasa bagi menangkis kebangkitan naratif pro-Palestin."Bukti kejayaannya ialah apabila zionis Israel pada tahun ini memaklumkan bahawa kos untuk hasbara yang mereka letakkan dalam belanjawan baharu mereka adalah sebanyak AS$750 juta (RM2.9 bilion) berbanding AS$150 juta (RM597 juta) pada 2025," katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan akhir Misi Bantuan Kemanusiaan 30 kontena Malaysia ke Gaza di sini.Nadir berkata, GSF 2.0 bukan sekadar pergerakan kapal, sebaliknya satu usaha kolektif untuk memecah kesunyian dan memastikan cerita palsu yang dibawa rejim zionis dapat ditenggelamkan menerusi sokongan padu masyarakat dunia.Beliau berkata, perancangan rapi telah dibuat melibatkan analisis pakar geopolitik dan bekas tentera bagi memastikan misi ini menjentik semula kesedaran dunia di saat rejim Israel berada dalam fasa paling kritikal."Tujuan yang paling besar ialah untuk melawan hasbara iaitu naratif yang cuba didokong oleh Israel yang cuba ditolak kepada seluruh media antarabangsa dan masyarakat dunia seolah-olah mereka masih lagi dizalimi dan mereka sedang mempertahankan negara mereka," katanya.Nadir berkata, misi pelayaran kali ini adalah gerakan kemanusiaan menyeluruh yang turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak bagi memastikan suara keadilan untuk Palestin terus bergema



Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC - Sinarharian - 8/04 7:50 pm

KUALA LUMPUR - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) adalah dua inisiatif berbeza.SNCC dalam kenyataan pada Rabu, memberitahu Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza ialah misi bantuan melalui jalan darat diusahakan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), melalui sokongan Kerajaan Malaysia dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penaung utama misi itu.Misi 30 kontena itu juga adalah misi di bawah koordinasi SNCC sebagai sebahagian daripada lima teras strategik gerak kerja SNCC kali ini."Misi 30 kontena bukannya sebahagian daripada koordinasi GSF 2.0. Tiada barangan dari 30 kontena yang akan dibawa menaiki flotilla (laut)."Peserta yang bersama semasa sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) pada 6 April 2026 adalah delegasi Misi 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan bukannya peserta GSF 2.0," katanya.Bagi GSF 2.0 pula, SNCC memaklumkan ia adalah misi pelayaran melalui laut melibatkan flotila hampir 100 kapal dalam gerakan solidariti antarabangsa untuk memecahkan kepungan laut Gaza.Menurut kenyataan itu, misi pelayaran kali ini disertai gagasan tujuh inisiatif secara bersama iaitu Sumud Nusantara, the People's Flotilla, Global March to Gaza, Sumud Maghreb, Freedom Flotilla Coalition, Thousand Madleen to Gaza serta Freedom and Sumud Flotilla Eurasia.Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dipilih mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 bagi memudahkan urusan perundingan dengan kerajaan Mesir sekali gus melancarkan penghantaran bantuan.Sementara itu, SNCC berkata, kehadiran Amirudin di Barcelona adalah sebagai wakil Kerajaan Malaysia yang bersama menyaksikan pelepasan peserta Malaysia untuk GSF 2.0.Menurut SNCC, pelepasan kedua-dua misi itu dirancang dengan tarikh berdekatan untuk memberi tekanan strategik kepada rejim zionis."Justeru, Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan Global Sumud Flotilla 2.0 merupakan dua inisiatif berbeza, dengan peranan, saluran pelaksanaan dan fungsi tersendiri sebagai usaha berterusan untuk membela Gaza dari segmen advokasi, bantuan serta tekanan diplomasi dunia," katanya.SNCC juga mengingatkan sebarang rujukan, laporan dan hebahan berkaitan hendaklah dibuat secara tepat dan jelas bagi memastikan usaha kemanusiaan Malaysia terus dihormati, difahami dan disokong oleh masyarakat serta komuniti antarabangsa



Rakyat kita sudah jadi zionis? – Caprice hairan perjuangan Sumud Flotilla dipertikai - Mydateline - 8/04 4:00 pm

Pempengaruh dan aktivis sosial, Caprice meluahkan rasa hairan apabila perjuangan para sukarelawan misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla2.0 (GSF 2.0) mula dipertikaikan oleh masyarakat tempatan



Abdul Hadi ingatkan umat Islam jangan terus ditipu isu harga minyak, geopolitik - Sinarharian - 8/04 12:33 am

SHAH ALAM - Pas mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak berasas.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz.Menurut Abdul Hadi, pengecualian harga minyak di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa alasan kenaikan harga di Semenanjung adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.Beliau mendakwa Malaysia tidak terjejas oleh sekatan terhadap Iran kerana keberanian rakyatnya menyokong kedaulatan negara Islam tersebut."Masalah sebenar yang berlaku adalah banyaknya kebocoran dan salah laku dalam pengurusan."Tidak ada sebab menaikkan harga minyak sedangkan sebelum ini ada kenyataan berdegar-degar kononnya boleh menyelesaikan isu ini dalam masa kurang 24 jam," ujar beliau dalam satu kenyataan bertajuk 'Minda Presiden Pas' pada Rabu.Beliau turut memetik amaran negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar bangsa Melayu tidak mudah lupa, terutamanya terhadap janji-janji manis politik yang gagal dikotakan.Dalam pada itu, Abdul Hadi menyifatkan kepimpinan semasa yang gagal menurunkan harga minyak sebagai bersikap penakut dan menggunakan alasan global sebagai perisai.Beliau menyifatkan pemimpin sedemikian sebagai 'murid penjajah' yang pandai berlakon dan menipu rakyat demi mengekalkan kuasa."Rasulullah SAW pernah memberi amaran supaya orang beriman tidak ditipu berulang kali sehingga memperlihatkan kebodohannya."Malulah bangsa Melayu yang mengaku Islam sekiranya boleh ditipu berkali-kali oleh pemimpin yang boleh diajak menari di atas pentas," tambah beliau lagi.Menyentuh isu antarabangsa, Abdul Hadi membela tindakan Republik Islam Iran yang menyerang balas pangkalan musuh.Beliau mendakwa terdapat penipuan naratif yang cuba melagakan mazhab Sunni dan Syiah bagi menutup kelemahan negara Arab yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan Israel."Negara-negara ini tidak mengutuk Zionis yang menceroboh, sebaliknya mengutuk Iran yang membalas serangan



Menteri zionis biadab masuk kawasan Masjid Al-Aqsa - Mypress - 8/04 11:46 am

PUTRAJAYA Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab seorang menteri daripada rejim zionis yang memasuki kawasan Masjid AlAqsa di Baitulmaqdis Timur pada 7 April 2026



Greenpeace sertai misi kemanusiaan ‘Global Sumud Flotilla’ ke Gaza - Mypress - 7/04 9:32 am

PERTUBUHAN alam sekitar antarabangsa, Greenpeace, mengumumkan penyertaannya dalam misi kemanusiaan ‘Global Sumud Flotilla’ ke Gaza yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini. Misi berkenaan bertujuan untuk memecahkan kepungan haram rejim Zionis



GSF 2.0: Misi bantuan Gaza digerakkan lebih besar, libat 100 negara - Mygazette - 7/04 7:37 am

"Anggaran kita 100,000 orang yang akan terkesan ekoran misi bantuan ini kalau kita berjaya melunaskan misi kali ini. "Ia sudah pasti akan membuka pintu lebih luas kepada kehadiran bantuan-bantuan sokongan yang selama ini ataupun dalam tempoh beberapa tahun ini tersekat dan diganggu oleh rejim Zionis," katanya lagi




Reformasi     >>



ULASAN Kerajaan Anwar tunggu masa dibaham harimau Umno - Mkini
ULASAN Sesuatu yang bodoh bagi Umno sekiranya hasil usaha politik mereka dibiarkan dirampas pada saat akhir.
Kroni     >>



Rain Rave: Respon lewat Zahid cuma damage control - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap respon kerajaan yang disifatkan lewat berhubung penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026. Beliau berkata, meskipun menyokong kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, ..
Tabloid     >>



Elaun Pasca Cuti Bersalin Pendekatan Holistik Selari .. - Siakapkeli
Elaun Pasca Cuti Bersalin Pendekatan Holistik Selari Nilai Islam - MAWIM PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Pengumuman Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB)
Tech     >>



Apple discontinues cheaper Mac Mini, now $799 - Mashable
Amid global RAM shortages and supply chain constraints, Apple bumped its cheapest Mac Mini option.
World     >>



Thirteen killed in Israeli strikes on southern .. - BBC
Four women and a child are among the dead, as fighting between Israel and Iran-backed Hezbollah continues despite a ceasefire.
Motor Trend     >>



GWM Wey G9 Hi4 Driving Impressions - DSF
Can the GWM Wey G9 Hi4 take away reconditioned Alphard and Vellfire sales? Yes. It can. For the better part of two decades, the quest for a large Multi-Purpose Vehicle (MPV) in Malaysia has invariably led buyers down a single path: the reconditioned Toyota Alphard or Vellfire. This trend, sustained by parallel ..