///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Zayn Rayyan News   Page 1    



Kes Zayn Rayyan: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 Sept - Mygazette - 20/08 7:40 am

# Kes Zayn Rayyan: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 Sept





High Court sets Sept 28 for decision on appeal by Zayn Rayyans mum - FMT - 19/08 11:47 pm

Ismanira Abdul Manaf is seeking to overturn her conviction and five-year jail term for neglecting her six-year-old autistic son.





Zayn Rayyan case: Sept 28 set for Ismaniras appeal verdict - SUN - 19/08 11:01 pm

The High Court has set Sept 28 to decide on Ismanira Abdul Manafs appeal against her conviction and five-year sentence over the neglect of Zayn Rayyan.





Ibu Zayn Rayyan sepatutnya didenda, bukan penjara lima tahun - Peguam - Sinarharian - 19/08 10:18 pm

SHAH ALAM Peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, Ismanira Abdul Manaf sepatutnya didenda dan bukannya dipenjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, tiga tahun lalu.Peguam, Lavanesh Haresh yang mewakili Ismanira, 31, selaku perayu berkata demikian ketika berhujah dalam rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap anak guamnya di hadapan Hakim, Noor Hisham Ismail.Beliau berkata, hukuman pemenjaraan yang dikenakan terhadap ibu kepada dua anak itu agak berlebihan.Katanya, Ismanira merupakan pesalah kali pertama dan memberikan kerjasama sepanjang siasatan serta perbicaraan."Tiada saksi menggambarkan dia sebagai seorang yang ganas atau ibu yang tidak menyayangi anak sulung tersebut."Kecuaian yang didakwa berlaku hanya selama beberapa saat, malah dia segera berpatah balik untuk mencari kanak-kanak tersebut," katanya yang hadir bersama peguam, Haijan Omar, Tiara Katrina Fuad dan Haresh Mahadevan.Lavanesh berkata, perayu telah kehilangan anak istimewa itu, manakala anak keduanya juga didapati autisme, sekali gus memerlukan penjagaan daripada seorang ibu.Katanya, pihak pendakwaan selaku responden gagal membuktikan bahawa hukuman penjara lima tahun sebagai tidak mencukupi, justeru rayuan mereka berhubung hukuman itu wajar ditolak.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah mengambil kira serta mempertimbangkan rayuan perayu sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.Noor Hisham kemudian memetik hujahan pembelaan bahawa, ibu kepada dua anak itu telah mengalami kesengsaraan susulan kehilangan anak syurga tersebut, ditambah pula dengan penyeksaan di tirai besi.Menjawab perkara itu, Raja Zaizul Faridah berkata, alasan bahawa tertuduh merupakan ahli keluarga kepada kanak-kanak yang diabaikan tidak wajar dijadikan faktor untuk mengurangkan hukuman."Jika tertuduh merupakan ibu bapa atau saudara kepada mangsa, sekiranya dituduh dan didapati bersalah, perkara itu tidak boleh dijadikan pengukur kepada jumlah hukuman."Justeru, responden memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kepada orang lain dan perayu sendiri," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz, Kamarul Iman Ahmad Sapian dan Ahmad Iqbal Azman.ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan ibu Zayn Rayyan kekal penjara atau bebas 28 SeptemberIbu Zayn Rayyan berjalan 61 saat sebelum sedar anak hilang bukan pengabaian - PeguamIbu Zayn Rayyan dihukum kerana keganasan pihak ketiga tidak dikenaliPada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 31 didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, di akhir kes pendakwaan pada 21 Julai 2025, Hakim, Dr Syahliza Warnoh melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan berkenaan tanpa perlu membela diri.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, mahkamah memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabai kanak-kanak malang berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Ibu Zayn Rayyan dihukum kerana keganasan pihak ketiga tidak dikenali - Sinarharian - 19/08 9:13 pm

SHAH ALAM Pembelaan yang mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, Ismanira Abdul Manaf telah dihukum kerana keganasan yang dilakukan oleh pihak ketiga yang tidak dikenali, sehingga meragut nyawa kanak-kanak autisme itu, tiga tahun lalu.Peguam, Tiara Katrina Fuad yang mewakili Ismanira, 31, berkata demikian ketika prosiding hujahan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autism itu, di hadapan Hakim, Noor Hisham Ismail.Beliau berkata, pada Disember 2023, bekas pegawai penyiasat kes kehilangan Zayn Rayyan, Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, 33, telah menerima panggilan telefon yang memaklumkan kepadanya bahawa si mati telah ditemui di Blok R.Bagaimanapun katanya, saksi pendakwaan keempat (SP4) yang kini bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tidak merekodkan nombor telefon pemanggil dan identitinya dalam diari siasatan."Ini merupakan satu petunjuk penting yang tidak disiasat maka keterangan tersebut mampu menyokong kesimpulan bahawa si mati telah terpisah secara tiba-tiba daripada anak guam."Arwah masih hidup untuk tempoh yang agak lama dan kemudiannya bertemu dengan pihak ketiga yang tidak dikenali," katanya.Susulan itu beliau berhujah, dapatan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bahawa penglibatan pihak ketiga sebagai suatu perkara yang difikirkan kemudian, adalah bercanggah dengan rekod.Menurutnya, ini kerana isu tersebut telah dibangkitkan secara jelas semasa kes pendakwaan melalui pemeriksaan balas terhadap SP4 dan SP17, pengasuh mangsa, Auni Afiaqah Abas, 31.Katanya, kemungkinan tersebut timbul daripada keterangan pihak pendakwaan sendiri dan bukan semata-mata daripada pembelaan perayu."Dakwaan bahawa kelakuan perayu menyebabkan kehilangan nyawa si mati, bukanlah kesalahan yang didakwa mahupun dibuktikan terhadapnya," katanya.Selain Tiara, perayu turut diwakili peguam, Haijan Omar, Lavanesh Haresh dan Haresh Mahadevan.Pada 6 Disember 2023, kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan isterinya, Ismanira, 31, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, pada 21 Julai 2025, Zaim Ikhwan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, Hakim, Dr Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mengabai kanak-kanak malang itu.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Ibu Zayn Rayyan berjalan 61 saat sebelum sedar anak hilang bukan pengabaian - Peguam - Sinarharian - 19/08 7:58 pm

SHAH ALAM Peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, tindakan Ismanira Abdul Manaf berjalan di hadapan kanak-kanak autisme dan menyedari kanak-kanak autisme itu hilang 61 saat kemudian sebagai bukan bentuk pengabaian.Peguam, Tiara Katrina Fuad yang mewakili Ismanira, 31, selaku perayu berkata demikian ketika prosiding hujahan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan, di hadapan Hakim, Noor Hisham Ismail.Ketika berhujah, Tiara Katrina berkata, berdasarkan keterangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikemukakan semasa perbicaraan, perayu dilihat menaiki tangga bersama Zayn Rayyan pada jam 12.05 tengah hari saat ke-11.Katanya, ibu kepada dua anak itu kemudiannya dilihat menuruni tangga untuk mencari anak sulung terbabit pada jam 12.06 tengah hari saat ke-12."Oleh itu, tempoh masa keseluruhan yang paling lama boleh dikatakan perayu berjalan dengan membelakangkan Zayn Rayyan ialah 61 saat."Bagaimanapun, arwah hilang selama lebih satu minit itu dalam persekitaran yang munasabah dan dipercayai selamat."Perbuatan perayu tidak memenuhi keperluan mens rea, iaitu berniat jahat ketika melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang," katanya yang hadir bersama peguam, Haijan Omar, Lavanesh Haresh dan Haresh Mahadevan.Beliau berkata, mahkamah perlu mengambil kira tugas perayu sebagai seorang ibu yang menjaga dua anak kurang upaya (OKU).Katanya, ketika kejadian, Ismanira bekerja telah pulang untuk mengambil arwah dari sekolah kemudian memasak spageti yang diminta anak syurga tersebut.Beliau berkata, ambil contoh lain seorang ibu jaga seorang anak OKU di rumah, secara tiba-tiba seorang lagi anak mengalami kemalangan, adakah dia didapati telah mengabaikan anak?"Berdasarkan alasan-alasan tersebut, perayu perlu dilepas dan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan tersebut," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Iqbal Azman menghujahkan, meninggalkan mana-mana budak atau bayi dalam tempoh 10 saat sekali pun, akan dikira sebagai bentuk pengabaian.Katanya, ia bergantung kepada situasi dan lokasi kanak-kanak tersebut dibiarkan, contohnya dalam kereta yang terkunci, di bawah sinar terik matahari."Pembelaan memberitahu mahkamah bahawa, 61 saat itu tidak lama sedangkan Zayn Rayyan merupakan seorang kanak-kanak yang tidak dapat membezakan baik atau buruk."Arwah juga tidak tahu sama ada perlu meminta pertolongan atau dapat membezakan situasi dikejar individu lain."Jika saya membaca hujahan selama 61 saat, ia mungkin kelihatan lama namun sekiranya meninggalkan anak dalam tempoh masa sama, adakah ia kelihatan sekejap?" soalnya.Dalam prosiding berkenaan, pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Kamarul Iman Ahmad Sapian.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 31 didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, di akhir kes pendakwaan pada 21 Julai 2025, Hakim, Dr Syahliza Warnoh melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan berkenaan tanpa perlu membela diri.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, mahkamah memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabai kanak-kanak malang berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Keputusan ibu Zayn Rayyan kekal penjara atau bebas 28 September - Sinarharian - 19/08 6:36 pm

SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan September depan untuk keputusan rayuan ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, tiga tahun lalu.Hakim, Noor Hisham Ismail menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam-peguam yang mewakili Ismanira Abdul Manaf, 31, selaku perayu dan pendakwaan selaku responden."Saya perlukan sedikit masa, jadi mahkamah menetapkan keputusan pada 28 September depan," katanya.Dalam prosiding berkenaan, ibu kepada dua anak itu diwakili peguam, Tiara Katrina Fuad, Haijan Omar, Lavanesh Haresh dan Haresh Mahadevan.Sementara, pendakwaan selaku responden dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Kamarul Iman Ahmad Sapian dan Ahmad Iqbal Azman.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan, 31, dan Ismanira didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, di akhir kes pendakwaan pada 21 Julai 2025, Hakim, Dr Syahliza Warnoh melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan berkenaan tanpa perlu membela diri.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, mahkamah memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabai kanak-kanak malang itu.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Remaja hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas selepas empat hari - Mygazette - 15/08 8:15 am

# Remaja hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas selepas empat hari KOTA BHARU - Seorang lagi mangsa Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza, 14, yang hilang di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, Kuala Krai ditemukan lemas kira-kita 1 tengah hari tadi selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan





Remaja Hilang Di Sungai Kelantan Ditemukan Lemas Selepas Empat Hari - Siakapkeli - 14/08 7:31 pm

KOTA BHARU, 14 Ogos (Bernama) -- Seorang lagi mangsa Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza, 14, yang hilang di Sungai Kelantan berhampiran Kampun





Selepas empat hari, jasad Muhamad Rayyan ditemui 51km dari lokasi - Sinarharian - 14/08 4:34 pm

KUALA KRAI - Selepas empat hari, jasad seorang lagi remaja lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri di sini akhirnya ditemukan pada Jumaat di sungai di Machang sejauh 51 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, jasad Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, ditemukan orang awam di tepi sungai di Kampung Bandar Pulai Chondong, Machang, pada jam 1 tengah hari."Mayat mangsa ditemukan pada jarak 51 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, Kuala Krai."Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Akhbar sebelum ini melaporkan, kegembiraan lima sabahat mandi sungai Selasa lalu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian jam 6.39 petang itu.Rakan mangsa, Muhammad Lut Naiman Mohd Noor Aziron, 14, terlebih dahulu ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 9.10 pagi, Rabu lalu, kira-kira 50 meter dari lokasi kedua-dua remaja dipercayai terjatuh ke dalam sungai.Menurut Nik Ahmad Afsham, operasi SAR membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Penyelamat di Air, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela, Unit K9 serta penduduk setempat."Penemuan ini mengakhiri operasi SAR yang bermula Selasa lalu," katanya.





SAR Muhamad Rayyan: Radius pencarian dipeluas 6km dari lokasi hilang - Sinarharian - 14/08 11:56 am

KUALA KRAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri di sini masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.Usaha mencari pelajar Tingkatan Dua, Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, berkenaan diteruskan pada hari keempat.Rakannya, Muhammad Lut Naiman Mohd Noor Aziron, 14, yang lemas ditemukan di dasar sungai pada jam 9.10 pagi Khamis, kira-kira 50 meter dari lokasi kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, radius pencarian diperluaskan sehingga 6 kilometer dari lokasi hilang."Operasi berdepan cabaran susulan paras sungai yang semakin meningkat."Pencarian lebih tertumpu kepada kaedah pencarian di permukaanmenggunakan bot penduduk kampung dengan menyusuri sungai di sepanjang kawasan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Akhbar sebelum ini melaporkan, kegembiraan lima sabahat mandi sungai Selasa lalu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas.Nik Ahmad Afsham berkata, SAR melibatkan 56 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Penyelamat Di Air."Ada beberapa lagi agensi lain serta penduduk kampung yang turut membantu."Anjing pengesan Frankie dari Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur bagi mengesan mangsa di sepanjang pesisir sungai," katanya.





'Tiga hari dah tunggu Mohamad Rayyan, saya sudah tidak tertanggung rindu' - Ibu - Sinarharian - 13/08 5:10 pm

KUALA KRAI - "Tiga hari dah tunggu Mohamad Rayyan, saya sudah tidak tertanggung rindu."Demikian kata Norhasmiza Kamarudin, 39, sambil menahan sebak dan memeluk 'bantal busuk' milik anak lelaki tunggalnya, Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14.Muhamad Rayyan yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi-manda di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Manakala rakannya, Luth Naiman Mohd Noor Aziron,14, ditemukan lemas pada jam 9.10 pagi pada Rabu pada jarak 50 meter dari lokasi mereka dikatakan hilang.Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, dia berdoa agar Mohamad Rayyan akan dijumpai hari ini."Ya ALLAH kalau boleh saya hendak hari ini, tiga hari sudah tunggu."Saya tunggu dia dan sudah tidak mampu menanggung rindu lagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohamad Rayyan dan Luth Naiman masing-masing berusia 14 tahun.Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 yang dikenali sebagai Frankie mengesan Muhamad Rayyan.Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi negeri, Mohd Fadhlizil Ikram Ahmad Pauzi, Frankie merupakan antara usaha mereka untuk mengesan pelajar Tingkatan Dua itu di sepanjang pesisir sungai."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pelajar yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan sudah memasuki hari ketiga dan radius pencarian diperluaskan hingga ke empat kilometer."Operasi SAR bermula jam 8 pagi tadi dan memberi tumpuan kepada pencarian secara menyelusuri sungai selain kaedah selaman di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan," katanya.





Bomba guna khidmat Frankie jejak Muhamad Rayyan - Sinarharian - 13/08 1:31 pm

KUALA KRAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggunakan khidmatanjing pengesan dari Unit K9 yangdikenali sebagai Frankie mengesan Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, yang dikhuatiri lemas.Penolong Pengarah Bahagian Operasi negeri, Mohd Fadhlizil Ikram Ahmad Pauzi, berkata, Frankie merupakan antara usaha mereka untuk mengesan pelajar Tingkatan Dua itu di sepanjang pesisir sungai."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pelajar yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan sudah memasuki hari ketiga dan radius pencarian diperluaskan hingga ke empat kilometer."Operasi SAR bermula jam 8 pagi tadi dan memberi tumpuan kepada pencarian secara menyelusuri sungai selain kaedah selaman di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohamad Rayyan dan Luth Naiman masing-masing berusia 14 tahun.Luth Naiman telah ditemukan pada Rabu sekitar jam 9.10 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi dia dikatakan hilang.Menurut Mohd Fadhlizil Ikram, seramai 63 anggota dan sukarelawan membabitkan JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta penduduk kampung membantu operasi SAR menggunakan 12 buah bot.Ujarnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut digerakkan dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa bagi menjalankan operasi selaman.Kata beliau, SAR yang dijalankan berdepan beberapa kesukaran, terutama keadaan arus sungai yang deras serta peningkatan paras air yang menyukarkan pergerakan anggota serta proses pencarian mangsa terutama di dasar sungai.





Keluarga solat hajat di tebing Sungai Kelantan, mohon Muhamad Rayyan segera ditemukan - Sinarharian - 13/08 1:17 pm

KUALA KRAI - Keluarga Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, mengadakan solat hajat di tebing Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Khamis bagi memohon doa agar dia ditemukan segera.Muhamad Rayyan dikhuatiri lemas pada Selasa selepas dipercayai mandi-manda, manakala rakannya, Luth Naiman Mohd Noor Aziron,14, ditemukan pada jam 9.10 pagi pada Rabu pada jarak 50 meter dari lokasi mereka dikatakan hilang.Bapanya, Mohd Yusmiza Mamat, 42, berkata, solat hajat itu dilakukan sebagai salah satu ikhtiar memohon kepada ALLAH SWT supaya dipermudahkan urusan pencarian anaknya.Dia berkata, seramai 20 orang yang menunaikan solat hajat itu pada jam kira-kira jam 10.30 pagi tadi."Mereka terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk kampung yang bersama-sama mendoakan supaya usaha pencarian Muhamad Rayyan dipermudahkan."Pada masa sama, keluarga turut meminta penduduk kampung menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau berdekatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohamad Rayyan dan Luth Naiman masing-masing berusia 14 tahun.Dia berharap anaknya ditemukan dalam apa jua keadaan sekalipun.





Lemas: Mohd Rayyan Hakimi dijadualkan masuk asrama bulan depan - Sinarharian - 12/08 5:02 pm

KUALA KRAI - Ibu kepada Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, di sini, berkata remaja itu seharusnya memasuki asrama selepas 31 Ogos.Norhasmiza Kamaruddin, 39, berkata Mohd Rayyan Hakimi, 14, anak kedua daripada tiga beradik itu akan berpindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1 ke SMK Kuala Krai dan tinggal di asrama bagi memudahkan urusan persekolahan."Tak sangka perkara ini berlaku





'Anak hilang selera makan, mengadu penat' - Ibu Muhamad Rayyan - Sinarharian - 12/08 3:19 pm

KUALA KRAI - "Anak hilang selera makan, dia juga ada mengadu penat."Demikian kata ibu kepada Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Norhasmiza Kamarudin, 39, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa Muhamad Rayyan Hakimie kira-kira jam 6.45 petang selepas anggota bomba datang ke rumah memaklumkan mengenai kejadian berkenaan."Pada petang Selasa, Rayyan hanya memaklumkan kepada saya untuk keluar meronda di sekitar kawasan kampung bersama rakan-rakannya."Tidak sangka pula dia pergi ke sungai kerana biasanya hanya bermain di sekitar rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di sungai berkenaan.Selain Muhamad Rayyan Hakimie, seorang lagi mangsa ialah Luth Naiman Mohd Noor Aziron juga berusia 14 tahun.Bagaimanapun jasad Luth Naiman telah ditemukan kira-kira jam 9.10 pagi Rabu pada jarak 50 meter dari lokasi dia hilang.ARTIKEL BERKAITAN:Tragedi Sungai Kelantan: Luth Naiman ditemukan lemas, rakan masih hilangDua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas di Sungai KelantanNorhasmiza berkata, kira-kira seminggu lalu anaknya mula hilang selera makan.Ujarnya, dua hari lalu, Muhamad Rayyan Hakimie sekali lagi mengadu penat selepas pulang dari sekolah menyebabkan dia menyuruhnya berehat dan tidur serta tidak keluar bermain.Katanya, percutian bersama keluarga di Perlis pada Jumaat lalu menjadi kenangan terakhir bersama anaknya itu."Dalam apa jua keadaan pun saya sangat berharap Rayyan dapat ditemukan dan reda dengan apa yang berlaku," katanya.





'Saya rasa tak sedap hati bila hujan lebat dan petir, ke mana anak pergi' - Sinarharian - 12/08 2:58 pm

KUALA KRAI - "Saya rasa tidak sedap hati bila hujan lebat, petir dan kilat, tak sangka rupanya anak lemas".Demikian kata Noraziyawani Abu Bakar, 43, ibu kepada Luth Naiman Mohd Noor Aziron, 14, pelajar Tingkatan Dua yang ditemukan lemas di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Rabu.Menurut ibu kepada enam orang anak itu, pada hari kejadian sekitar jam 6.30 petang hujan lebat beserta kilat dan petir."Ketika ini saya rasa tidak sedap hati dan teringatkan Luth Naiman."Dalam hati terlintas mana dia pergi, tidak balik lagi





'Tolong...tolong...aku lemas' - Sinarharian - 12/08 12:30 am

KUALA KRAI - "Tolong...tolong...aku lemas."Demikian kata-kata terakhir Mohd Rayyan Hakimi, 14, sebelum hilang di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Sahabatnya, Muhd Fareez Adrian Mohd Fazli Safarin,14, menceritakan kembali saat-saat terakhirnya bersama Mohd Rayyan di mana dia sempat memegang tangan pelajar Tingkatan Dua itu."Saya tidak mandi cuma tengok rakan-rakan dari atas beting pasir."Apabila melihat Mohd Rayyan lemas saya cuba menyelamatkan dia, namun hanya sempat memegang tangannya beberapa minit kemudian terlepas kerana arus sungai sangat deras ketika itu."Pada awalnya sebelum kejadian itu Mohd Rayyan telah menunggang motosikalnya datang mengambil kami berempat di rumah di Guchil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.Muhd Fareez, Mohd Rayyan, Luth Naiman Mohd Noor Aziron, Muhd Ammar Mohd Jasmi dan Ilmie Afiq Ilyas merupakan sahabat baik sebaya dan tinggal sekampung walaupun belajar berlainan sekolah.Ujarnya, mereka berlima menaiki motosikal yang ditunggangi oleh Mohd Rayyan secara beramai-ramai dengan niat untuk bersiar-siar.Muhd Fareez Adrian memberitahu, apabila melalui kawasan kejadian salah seorang sahabat mencadangkan agar mereka mandi manda di situ."Saya tidak mandi walaupun pandai berenang





Tragedi Sungai Kelantan: Luth Naiman ditemukan lemas, rakan masih hilang - Sinarharian - 12/08 10:17 am

KUALA KRAI - Salah seorang daripada dua pelajar Tingkatan Dua yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa ditemukan lemas pada Rabu.Mangsa, Luth Naiman Mohd Noor Aziron, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1 ditemukan kira-kira jam 9.10 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi dia hilang.Sementara itu rakannya, Mohd Rayyan Hakimi masih belum ditemukan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Kanan, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, mangsa ditemukan pada kedalaman tiga meter."Mayat mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga serta pihak polis untuk tindakan lanjut."Jenazah akan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohd Rayyan Hakimi dan Luth Naiman Mohd Noor Aziron masing-masing berusia 14 tahun.Menurut Nik Ahmad Asham, seramai 12 anggota dari Unit Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dan Pengkalan Kubor serta Kuala Krai telah ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.





Two 14-year-old boys feared drowned while swimming in river - Sinardaily - 12/08 9:22 am

KOTA BHARU Two 14-year-old boys were feared drowned while swimming in a river at Kampung Batu Lada Aur Duri, Kuala Krai, yesterday.A spokesperson for the Kelantan Fire and Rescue Department (JBPM) Operations Centre said the department received a distress call at 6.39pm and firefighters from the Kuala Krai Fire and Rescue Station (BBP) were dispatched to the scene.The team arrived at 6.46pm and found that both victims were feared to have drowned while swimming in the river."The operation, involving seven personnel from the Kuala Krai BBP, was hampered by heavy rain when firefighters arrived at the scene."The two victims have been identified as Rayyan Hakimi and Luth Naim





Dua remaja 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Kuala Krai - Mygazette - 12/08 8:16 am

# Dua remaja 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Kuala Krai KOTA BHARU - Dua remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Batu Lada Aur Duri, Kuala Krai petang tadi





Dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan - Sinarharian - 11/08 8:59 pm

KUALA KRAI - Dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohd Rayyan Hakimi dan Luth Naiman Mohd Noraziron masing-masing berusia 14 tahun.Menurut penduduk, Muhammad Bukhari Mohd Zawawi, 38, sekitar jam 6.30 petang bapa sepupunya, Zaidin Musa, 49, membuat panggilan telefon kepadanya meminta untuk menghubungi pihak bomba."Ketika itu bapa sepupu saya sedang mengail udang di sungai berkenaan kemudian katanya ada tiga remaja meminta tolong dan memaklumkan dua rakan mereka lemas."Menurut bapa sepupu semasa kejadian hujan lebat





17 kali Rayyan berhenti nafas - Hmetro - 4/08 7:05 am

Kuala Lumpur: Muhammad Rayyan Shafwan Mohd Syafiq atau nama manjanya Rayyan dilahirkan pramatang namun membesar dengan aktif malah terang hati kerana sudah menghafaz beberapa surah dalam al-Quran



Rosmah mohon kemuka keterangan baharu rayuan sabitan rasuah solar hibrid - FMT - 3/08 11:11 am

Rosmah Mansor dakwa saksi pendakwaan Rayyan Radzwill Abdullah ditekan beri keterangan bagi menunjukkan beliau bersalah.



Rosmah seeks to adduce fresh evidence in solar hybrid project graft appeal - FMT - 3/08 10:52 am

She claims that prosecution witness Rayyan Radzwill Abdullah was pressured into giving incriminating evidence against her during her corruption trial.



Zayn Rayyan case: High Court to hear mother Ismaniras appeal against five-year jail term on Aug 19 - Malaymail - 30/07 6:11 pm

SHAH ALAM, July 30 The High Court today set August 19 to hear Ismanira Abdul Manafs appeal against her co...



Rayuan ibu Zayn Rayyan ketepi sabitan, penjara lima tahun bermula bulan depan - Sinarharian - 30/07 2:20 pm

SHAH ALAM - Rayuan ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autism itu, akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Ogos depan.Hakim, Noor Hisham Ismail menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan pihak pendakwaan perlu memfailkan hujahan balas terhadap hujahan bertulis yang dikemukakan pihak pembelaan.Semasa prosiding, Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan baru menerima dokumen berkenaan daripada pembelaan mewakili wanita berusia 31 tahun tersebut pada Selasa lalu.Justeru, beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes seterusnya.Mendengar perkara itu, peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira tidak membantah permohonan tersebut.Dalam prosiding berkenaan, Ismanira selaku perayu turut diwakili peguam, Haijan Omar, Tiara Katrina Fuad, Lavanesh Haresh Mahadevan dan Asyraaf Abu Bakar.Pada tarikh sama, mahkamah juga akan mendengar rayuan silang pihak pendakwaan berhubung hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap Ismanira.Pada 5 Januari lalu, Ismanira memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya kerana mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, tiga tahun lepas.Menurut petisyen itu, Hakim Mahkamah Sesyen juga telah tersalah arah apabila menolak keterangan saksi pendakwaan kelima (SD5), seorang pakar pembelaan yang berkelayakan, hanya kerana beliau tidak memeriksa kanak-kanak tersebut.Sedangkan katanya, pihak pendakwaan sendiri bergantung kepada pandangan pakar yang tidak dipanggil dan juga tidak pernah memeriksa kanak-kanak itu.Petisyen itu mendakwa penolakan itu bersifat arbitrari, tidak seimbang dan merupakan salah arah yang serius dalam penilaian keterangan pakar.Sebelum ini, Ismanira memfailkan notis rayuan menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co selepas tidak berpuas hati terhadap sabitan dan keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Dr Syahliza Warnoh pada 31 Oktober 2025.Syahliza membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara serta-merta selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.Ibu kepada dua anak itu turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.




Reformasi     >>



Syahredzan says PM must mind the bends as DAP members .. - Mkini
Bangi MP says Anwar is in a difficult position and must proceed carefully.
Kroni     >>



Muslimat sebagai sistem penjaga kemenangan - Harakahdaily
PORT DICKSON: Muslimat PAS Negeri Sembilan diseru memfokuskan diri untuk berperanan menjadi ‘mata rantai’ PAS dalam agenda mengekalkan Penyatuan Ummah dan proses semak imbang pasca kemenangan. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata demikian semasa merasmikan ..
Tabloid     >>



Nahas Kenderaan JIM: Jenazah Tiga Beranak Selamat .. - Siakapkeli
KAMPAR, 19 Ogos (Bernama) -- Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail
Tech     >>



AirPods with cameras not coming till 2027, won't take .. - Appleinsider
In spite of a recent demo video leaking, the AirPods with cameras are rumored to not be ready for release until 2027. Also, concerns over them becoming "pervertpods" can be set aside. AirPods with cameras won't be able to take photos After Apple accidentally leaked its own video of AirPods ..
World     >>



Oil supertankers in Gulf are renting for $500,000 per .. - Middleeasteye
Oil supertankers in Gulf are renting for $500,000 per day: Report Submitted by MEE staff on Wed, 08/19/2026 - 21:10 A fund that allows investors to bet on crude oil freight rates has surged more than 2,000 percent since the start of year In this picture, obtained from Iran's ISNA news agency ..
Motor Trend     >>



Pakar - Siren bukan lesen langgar lampu merah melulu - Careta
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, lori Imigresen dipercayai melalui persimpangan ketika lampu isyarat merah dengan suar dan siren diaktifkan. "Walaupun kenderaan kerajaan sedang menjalankan operasi, pengaktifan siren atau suar tidak seharusnya bermakna pemandu mempunyai kebenaran untuk