| /// |
|
| Search : Zara Qairina News | Page 1 |
|
Zara Qairina inquest: Coroner concludes witness phase, to set final directions tomorrow - Malaymail - 15/10 9:20 am KOTA KINABALU, Oct 15 The Coroners Court here today concluded hearing the testimonies of all 83 witnesses... |
|
Inkues Zara Qairina: Tidak wujud VVIP, VIP ada hubungan keluarga dengan .. - Mygazette - 15/10 7:29 am # Inkues Zara Qairina: Tidak wujud VVIP, VIP ada hubungan keluarga dengan lima remaja dikaitkan kes buli - Saksi KOTA KINABALU - Tidak wujud golongan yang amat berpengaruh (VVIP, orang kenamaan (VIP) atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lima remaja perempuan dikaitkan dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini |
|
Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan Jumaat ini bagi arahan berkaitan hujahan - Astroawani - 14/10 11:42 pm Mahkamah Koroner selesai mendengar keterangan kesemua 83 saksi dalam prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir. |
|
Inkues Zara: Tiada VIP, VVIP bersaudara dengan 5 remaja terkait kes buli, kata saksi - FMT - 14/10 10:15 pm Pegawai penyiasat tidak jumpa sebarang bukti mana-mana orang kenamaan, ahli politik lindungi 5 remaja perempuan terbabit. |
|
Inkues Zara Qairina: IO nafi campur tangan VIP, VVIP - SUN - 14/10 10:15 pm Pegawai penyiasat kata tiada bukti mana-mana VIP atau ahli politik beri perlindungan atau guna pengaruh dalam kes buli membabitkan Zara Qairina. |
|
Zara Qairina inquest: No VIPs linked to five teenagers – IO - SUN - 14/10 9:57 pm The Coroners Court heard that the investigating officer found no VIPs, VVIPs or politicians with family ties to the five teens implicated in the Zara Qairina bullying case. |
|
Tiada bukti Zara Qairina ditolak atau dibunuh - Pegawai penyiasat - Sinarharian - 14/10 5:15 pm KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Tiada sebarang bukti yang menunjukkan kematian Zara Qairina Mahathir berpunca daripada perbuatan jenayah oleh mana-mana individu, selain kemungkinan remaja berusia 13 tahun itu menamatkan riwayatnya sendiri, Mahkamah Koroner diberitahu pada Rabu.Pegawai penyiasat kes, Inspektor Wong Yew Zhung berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keseluruhan siasatan yang dijalankan terhadap kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Yew Zhung yang merupakan saksi ke-83 dalam inkues kematian Zara Qairina berkata demikian ketika menjawab soalan peguam, Abdul Fikry Jaafar Abdullah di Mahkamah Koroner di sini.Yew Zhung juga mengesahkan bahawa pihaknya telah merakam percakapan 200 saksi yang terdiri daripada pelajar, guru, warden, pegawai keselamatan dan pegawai perubatan.Menurutnya, tiada seorang pun saksi menyatakan mereka melihat Zara ditolak dari tingkat tiga bangunan asrama atau dipukul sebelum terjatuh.Beliau turut memaklumkan siasatan tidak menemukan sebarang bukti bahawa remaja itu pernah didera atau dicederakan, termasuk menerusi analisis telefon bimbit yang dirampas sepanjang siasatan."Tiada," jawabnya ketika ditanya sama ada siasatan menemukan bukti Zara dipukul, didera atau menjadi mangsa perbuatan jenayah.Yew Zhung berkata, hasil siasatan juga tidak menemukan bukti wujud perancangan untuk membunuh Zara atau sebarang kecederaan yang berpunca daripada perbuatan pihak lain.Beliau turut mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada pegawai perubatan serta laporan bedah siasat oleh pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, menunjukkan kecederaan dialami Zara konsisten dengan kejadian jatuh dari tempat tinggi.Menurutnya, beliau bersetuju dengan dapatan pakar bahawa kaki Zara menerima impak pertama ketika jatuh sebelum kecederaan lain berlaku pada bahagian badan dan kepala akibat impak susulan.Dalam prosiding sama, Yew Zhung turut menafikan dakwaan bahawa terdapat individu berstatus VIP, VVIP atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lima remaja yang dikaitkan dalam kes berkenaan.Beliau juga menegaskan siasatan tidak menemukan sebarang bukti bahawa mana-mana VIP, VVIP atau ahli politik memberikan perlindungan atau menggunakan pengaruh bagi membantu remaja terbabit mengelak tindakan undang-undang.Menjawab pertanyaan Koroner Amir Shah Amir Hassan, Yew Zhung berkata, beliau tidak menerima sebarang tekanan daripada mana-mana pihak sepanjang siasatan dijalankan, selain tekanan biasa dalam mengendalikan kes berprofil tinggi tersebut."Saya hanya mengalami tekanan ketika mengendalikan kes ini dan cuba sedaya upaya untuk kekal profesional," katanya. |
|
Inkues: Tiada unsur mencurigakan dalam kes kematian Zara, kata saksi - FMT - 14/10 4:51 pm Pegawai penyiasat kes beritahu Mahkamah Koroner, menurut penemuan akhir, tiada kecederaan lain ditemukan selain akibat jatuh dari tempat tinggi. |
|
Inkues: Tiada keadaan mencurigakan dalam kematian Zara Qairina Pegawai penyiasat - Astroawani - 14/10 2:20 pm Pegawai penyiasat kes Zara Qairina memberitahu prosiding inkues bahawa hasil akhir siasatannya tidak menemukan keadaan mencurigakan dalam kes kematian remaja itu. |
|
Tiada keadaan mencurigakan dalam kematian Zara Qairina Pegawai penyiasat - Sinarharian - 14/10 1:20 pm KOTA KINABALU - Pegawai penyiasat kes kematian Zara Qairina Mahathir berpendapat tiada keadaan mencurigakan dalam kematian remaja itu berdasarkan hasil akhir siasatan yang dijalankannya.Inspektor Wong Yew Zhung, 32, yang juga saksi ke-83 dalam inkues Zara Qairinaberkata demikian ketika disoal peguam, Shahlan Jufri pada prosiding di Mahkamah Koroner di sini, Rabu.Shahlan sebelum itu membangkitkan beberapa keadaan sebelum kejadian, termasuk keterangan seorang pelajar yang mendakwa Zara Qairina menangis selepas bertemu pelajar Tingkatan Empat di sebuah dorm asrama.Peguam itu turut mempersoalkan keadaan apabila tiada pelajar atau saksi melihat bagaimana remaja berkenaan terjatuh sebelum ditemukan di aras bawah bangunan asrama, sekali gus menimbulkan unsur mencurigakan dalam kematiannya.Bagaimanapun, Yew Zhung ketika menjawab perkara itu merujuk kepada keterangan pelajar A yang didakwanya pernah menyatakan bahawa Zara Qairina beberapa kali bercakap mengenai keinginan untuk terjun dari bangunan."Seingat saya, pelajar A menyatakan Zara beberapa kali cakap nak terjun bangunan dan dia tidak suka kehidupan dia sendiri sebab ada masalah sekolah dan keluarga," katanya.Shahlan kemudian meminta pegawai penyiasat itu menjelaskan pendapatnya mengenai kemungkinan wujud unsur mencurigakan berdasarkan keadaan sebelum kejadian, ketika mangsa ditemukan di aras bawah asrama sehingga kematiannya."Pada pendapat saya, dalam akhir siasatan saya pun tiada keadaan mencurigakan," jawabYew Zhung.Dalam keterangannya berhubung keperluan bedah siasat, Yew Zhung mengesahkan beliau mendapatkan arahan daripada pegawai atasannya bagi mengenal pasti punca kematian Zara Qairina.Sebelum itu, Shahlan turut mempersoalkan sama ada penemuan seorang pelajar di bawah bangunan asrama sepatutnya dianggap sebagai insiden mencurigakan yang memerlukan bedah siasat.Menjawab perkara itu, Yew Zhung menjelaskan bahawa penilaiannya dibuat berdasarkan hasil siasatan di tempat kejadian serta pemeriksaan doktor yang tidak menemukan kecederaan lain selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi."Pada peringkat awal, selepas lawatan siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan doktor, tiada kecederaan lain ditemukan selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi."Bagaimanapun, disebabkan keengganan menjalankan bedah siasat, borang tidak dikeluarkan |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu enggan bedah siasat, polis tidak mahu susahkan ahli keluarga - Pegawai penyiasat - Sinarharian - 13/10 6:13 pm KOTA KINABALU - Pegawai penyiasat kes kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa borang POL 61 bagi permohonan menjalankan bedah siasat tidak dikeluarkan kerana terdapatnya punca kematian remaja tersebut.Inspektor Wong Yew Zhung yang merupakan saksi ke-83 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata, keputusan itu juga dibuat kerana tidak mahu menyusahkan keluarga Allahyarham selepas ibu Zara Qairina menolak untuk proses bedah siasat anaknya."Ya betul, sebab masa itu kami pun tidak mahu menyusahkan ahli keluarga Zara dan oleh itu, tiada paksaan untuk menjalankan bedah siasat," katanya ketika menjawab soalan peguam Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.Sebelum itu, Nurul Rafeeqa bertanya kepada saksi, bahawa beliau boleh mengeluarkan borang POL 61 tanpa kebenaran ibu remaja itu, Noraidah Lamat, walaupun wanita berkenaan enggan membenarkan bedah siasat dijalankan.Bagaimanapun, ketika diminta menjelaskan sama ada keputusan tidak mengeluarkan borang berkenaan dibuat kerana tidak mahu menyusahkan keluarga, Yew Zhung berkata, terdapat beberapa faktor lain yang turut diambil kira termasuk punca kematian yang sudah diketahui."Kalau lagi spesifik, ia disebabkan ada punca kematian, keengganan bedah siasat dan tiada kecederaan lain selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi."Oleh itu, pada masa berkenaan saya tidak mengeluarkan borang POL 61," katanya.Ketika ditanya mengenai punca kematian yang dikenal pasti pada ketika itu, Yew Zhung memaklumkan Zara Qairina mengalami kecederaan otak traumatik yang teruk berserta hypoxic-ischemic encephalopathy.Sementara itu, menjelaskan asas beliau mengklasifikasikan kematian remaja berusia 13 tahun itu sebagai laporan kematian mengejut (SDR), Yew Zhung berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hasil siasatan awal termasuk pemeriksaan lokasi kejadian, penemuan diari, keterangan rakan mangsa serta diagnosis doktor."Sebagai pegawai penyiasat, saya menjalankan siasatan awal seperti melawat tempat kejadian, kemudian berdasarkan ketinggian tembok, hasil penemuan diari, hasil temu bual dengan rakan yang turut menceritakan bahawa Zara pernah menyebut mahu terjun serta diagnosis doktor."Selepas itu, saya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai laporan kematian mengejut," katanya.Menurut Yew Zhung, klasifikasi SDR itu dibuat pada 17 Julai 2025, kira-kira jam 6 petang, selepas beliau menjalankan siasatan awal berhubung kejadian berkenaan.Ketika disoal mengenai tindakan siasatan yang sudah dilakukan sebelum klasifikasi itu dibuat,Yew Zhung menjelaskan bahawa beliau telah mengetahui kewujudan diari, mengambil keterangan rakan mangsa serta memeriksa lokasi kejadian khususnya kawasan tembok yang berkaitan."Pada masa itu, saya sudah mengetahui kewujudan diari, kemudian saya sudah menemu bual rakan dan mengambil keterangan mereka, selain menjalankan siasatan dengan melawat tempat kejadian yang berkaitan dengan tembok."Oleh itu, saya mengklasifikasikan kes sebagai laporan kematian mengejut untuk menentukan cara kematiannya," katanya.Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai cara kematian Zara Qairina, Yew Zhung menjelaskan bahawa siasatan diteruskan selepas laporan SDR dibuka termasuk dengan mengambil keterangan lanjut daripada pelajar yang tinggal bersama Allahyarham serta guru di sekolah berkenaan."Selepas saya membuka laporan kematian mengejut, saya meneruskan siasatan kes dengan mengambil lebih banyak keterangan daripada pelajar yang tinggal bersama Zara dan juga guru bagi tujuan laporan kematian mengejut," katanya. |
|
No witnesses saw Zara Qairina incident, no CCTV at hostel, inquest told - Sinardaily - 13/10 3:41 pm KOTA KINABALU - Investigating officer Inspector Wong Yew Zhung told the Coroner's Court here today that 200 witness statements were recorded throughout the investigation to complete the sudden death report in Zara Qairina Mahathirs case.Wong said the witnesses included Zara Qairina's family members, neighbours, primary and secondary school friends, teachers, medical officers, police officers and students of the Rabiatul Adawiyah block girls' hostel at Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.The 83rd witness in the inquest proceedings into Zara Qairina's death said he had recorded all the statements with the assistance of police officers from the Papar District Police Headquarters (IPD), the Sabah Contingent Police Headquarters (IPK) and the Sipitang IPD."My investigation found that no witness personally saw the incident that led to Zara Qairina being found unconscious near the drain of the Rabiatul Adawiyah block hostel at SMKA TDM."Nobody, including security guards or hostel wardens, carried out patrols on Level 3 of the Rabiatul Adawiyah block on the night of the incident |
|
Zara Qairinas mother refused post-mortem despite being briefed, wanted immediate burial, inquest told - Malaymail - 13/10 2:42 pm KOTA KINABALU, Oct 13 The mother of Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, did not want a post-mortem conducted... |
|
Ibu Zara enggan bedah siasat walau diberi penjelasan, kata pegawai penyiasat - FMT - 13/10 2:31 pm Wong Yew Zhung berkata Noraidah Lamat turut tandatangan beberapa dokumen sebelum jenazah Zara Qairina Mahathir diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian. |
|
Zara Qairinas mother refused post-mortem despite police explanation - SUN - 13/10 2:25 pm The mother of Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, did not want a post-mortem to be conducted on her daughter and refused to consent to it, despite being briefed on the matter, the Coroner's Court was told today. |
|
Zara Qairina's mother refused post-mortem despite being briefed, inquest told - Sinardaily - 13/10 2:16 pm KOTA KINABALU - The mother of Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, did not want a post-mortem conducted on her daughter and refused to allow it, despite being briefed on the matter, the Coroner's Court was told today.Investigating officer Insp Wong Yew Zhung said he had informed and explained to Noraidah, 46, at the Queen Elizabeth Hospital that a post-mortem would be conducted to assist investigations into Zara Qairina's death.The 83rd witness in the inquest proceedings into the teenager's death explained the post-mortem process to Noraidah once again, but she remained adamant, replying: "I don't want it |
|
Inkues Zara: Tiada saksi, CCTV di asrama, kata pegawai penyiasat - FMT - 13/10 12:17 am Pegawai penyiasat Wong Yew Zhung berkata tiada CCTV dipasang di kawasan asrama yang boleh membekalkan rakaman berhubung kejadian itu. |
|
Inkues Zara Qairina: Polis rakam percakapan 200 individu - Astroawani - 13/10 12:15 am Polis merakam percakapan 200 saksi dalam siasatan kematian Zara Qairina, namun tiada saksi melihat kejadian dan tiada rakaman CCTV di asrama. |
|
Inkues Zara Qairina: Polis rakam percakapan 200 individu - Sinarharian - 13/10 11:29 am KOTA KINABALU - Pegawai polis yang menyiasat kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa seramai 200 individu telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan laporan mati mengejut melibatkan remaja itu.Inspektor Wong Yew Zhung, saksi ke-83 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata, rakaman percakapan tersebut dilakukan dengan bantuan pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Papar, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan IPD Sipitang.Menurutnya, saksi yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga Zara, jiran-jiran, rakan-rakan sekolah rendah dan menengah, guru-guru, pegawai perubatan, pegawai polis serta pelajar-pelajar asrama blok Rabiatul Adawiyah.Beliau berkata, berdasarkan keterangan mereka yang mengenali Zara, remaja itu digambarkan sebagai seorang yang ceria, aktif, peramah, banyak bercakap serta mudah berkawan, selain mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli Badar.Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tiada saksi yang melihat sendiri kejadian yang menyebabkan Zara ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah berkenaan."Tidak ada pihak termasuk pengawal keselamatan atau warden asrama yang membuat rondaan di aras tiga blok Rabiatul Adawiyah pada malam kejadian."Hasil pemeriksaan saya turut mendapati tiada kamera litar tertutup dipasang di kawasan asrama yang dapat memberikan rakaman berhubung kejadian tersebut," katanya ketika membacakan keterangan bertulis pada Selasa.Dalam keterangannya, Yew Zhung turut memaklumkan bahawa beliau telah menjelaskan kepada ibu Zara, Noraidah Lamat, bahawa bedah siasat perlu dijalankan bagi membantu siasatan kematian anaknya selepas remaja itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada jam 1.07 tengah hari, 17 Julai 2025.Beliau berkata, pada jam 1.35 tengah hari hari yang sama, beliau menerima panggilan daripada doktor HQE yang memaklumkan kematian Zara, dengan sebab kematian dinyatakan sebagai severe traumatic brain injury with hypoxic ischemic encephalopathy.Menurutnya, sebaik tiba di wad bersama jurugambar polis, beliau berjumpa doktor berkenaan dan Noraidah sebelum memaklumkan mengenai keperluan bedah siasat."Semasa berada di wad tersebut, saya telah memaklumkan dan menjelaskan kepada ibu Zara bahawa bedah siasat akan dijalankan ke atas Zara untuk membantu siasatan kematian Zara."Bagaimanapun, ibu Zara menjawab 'tidak mahu' dan enggan untuk bedah siasat dijalankan ke atas Zara |
|
InkuesZara Qairina:Ibu nafi tenang, dakwa menangis sepanjang perjalanan ke hospital - Sinarharian - 12/10 4:58 pm KOTA KINABALU - Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyangkal dakwaan bahawa beliau berada dalam keadaan biasa dan tenang ketika dalam perjalanan ke hospital pada pagi 16 Julai 2025.Sebaliknya, Noraidah Lamat, 46, yang merupakan saksi ke-82 dalam inkues kematian anaknya berkata, dia berada dalam ketakutan dan menangis sepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu ketika itu."Saya tidak tenang waktu itu, saya sedih kerana saya ke Kota Kinabalu seorang diri dalam keadaan hujan dan saya memang berada dalam ketakutan."Boleh dikatakan sepanjang perjalanan itu saya menangis," katanya ketika menjawab pertanyaan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koronerdi sini pada Isnin.Sebelum itu, Amir Shah meminta Noraidah menjelaskan mengenai dakwaan bahawa beliau berada dalam keadaan biasa dan tenang ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya.Bagaimanapun, Noraidah terlebih dahulu meminta penjelasan mengenai individu yang membuat dakwaan berkenaan sebelum Koroner memaklumkan bahawa perkara itu dinyatakan oleh ibu pelajar A dalam kenyataan saksinya."Macam mana dia boleh menilai saya biasa dan tenang sedangkan saya tidak bertemu dengan dia?"Dia hanya ada WhatsApp saya sahaja," katanya.Koroner kemudian merujuk kepada keterangan ibu pelajar tersebut yang menyatakan bahawa beliau berhubung dengan Noraidah melalui telefon hampir setiap jam pada hari kejadian.Namun, Noraidah sekali lagi menyangkal keterangan itu dan menegaskan bahawa komunikasi antara mereka bukan berlaku sekerap yang dinyatakan.Dalam prosiding sama, Koroner turut meminta pandangan Noraidah sebagai seorang ibu dan sahabat kepada Allahyarham mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada Zara Qairina pada malam 15 Julai 2025, meskipun beliau tidak berada di tempat kejadian."Saya masih lagi menunggu laporan rasmi daripada siasatan polis," jawabnya.Amir Shah seterusnya bertanya berdasarkan naluri keibuan Noraidah mengenai sebab kes kematian anaknya menjadi tular sehingga mendapat perhatian orang ramai."Kerana kes ini tidak mendapat penjelasan apa yang patutnya dimaklumkan kepada saya," katanya. |
|
Zara Qairina tidak pernah cerita kepada ibu insiden 'spot check', dituduh curi wang - Sinarharian - 12/10 4:35 pm KOTA KINABALU - Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sinibahawa dia tidak mengetahui mengenai insiden pemeriksaan mengejut (spot check) yang berlaku di kelas anaknya pada 14 Julai 2025.Noraidah Lamat, 46, yang juga saksi ke-82 berkata, dia hanya mengetahui perkara itu selepas prosiding inkues kematian anaknya bermula menerusi kenyataan yang disediakan oleh peguam keluarganya."Saya mengetahui perkara itu ketika prosiding inkues sudah bermula dan saya membaca melalui kenyataan yang disediakan oleh peguam, peguam keluarga kami maksud saya," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Koroner Amir Shah Amir Hassan mengenai kejadian pemeriksaan mengejut di kelas kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 14 Julai tahun lalu, apabila seorang pelajar didakwa menuduh Zara Qairina mengambil wang RM20 daripada dompetnya.Dalam pertanyaan itu, Amir Shah turut merujuk kepada dua lagi rakan Allahyarham yang dikatakan turut membuat dakwaan berkenaan.Koroner kemudian bertanya kepada Noraidah sama ada Zara Qairina ada menceritakan kejadian tersebut ketika menghubunginya buat kali terakhir pada malam yang sama, kira-kira jam 8.53 malam."Tidak ada," jawab Noraidah ketika mengesahkan anaknya tidak pernah menceritakan mengenai pemeriksaan mengejut berkenaan.Amir Shah turut merujuk kepada keterangan pelajar A sebelum ini yang memberitahu seorang guru bahawa dia juga pernah kehilangan wang dan mengesyaki Zara Qairina berhubung kejadian itu.Ketika ditanya sama ada anaknya pernah menceritakan mengenai perkara tersebut dalam perbualan telefon mereka pada malam berkenaan, Noraidah sekali lagi menjawab tidak ada.Dalam prosiding sama, Amir Shah turut membangkitkan keterangan ibu pelajar A sebelum ini yang menyatakan anaknya pernah mengadu sejak 18 April 2025 bahawa dia dibuli oleh ahli dorm, terutama Zara Qairina dan rakan-rakannya.Bagaimanapun, Noraidah menjelaskan bahawa aduan yang pernah diterimanya daripada Zara Qairina adalah berhubung tindakan pelajar senior Tingkatan Empat yang didakwa mengejek dan mengajuk cara percakapannya."Saya pernah mendengar aduan Zara kepada saya, tetapi itu melibatkan senior Tingkatan Empat yang menggelar dia dan mengajuk-ajuk bahasa dia."Antara ayatnya begini, 'nanti dia report tu kepada bonda, eh bonda, hello bonda, bonda' begitu yang dia ceritakan kepada saya," katanya.Noraidah bagaimanapun mengakui tidak pasti identiti pelajar senior terbabit, selain memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah menerima sebarang aduan daripada guru, rakan sekolah atau mana-mana pihak yang mengatakan Zara Qairina seorang pembuli."Tidak pernah," katanya ketika menjawab pertanyaan Koroner mengenai perkara itu.Beliau turut memberikan jawapan sama apabila ditanya sama ada pernah menerima aduan daripada ibu bapa, guru atau rakan sekolah bahawa Zara Qairina suka mengambil barang milik orang lain tanpa kebenaran. |
|
Zara inquest: Mother says bruising on daughter's body was due to blood clotting, not beating - Sinardaily - 12/10 3:04 pm KOTA KINABALU - The mother of the late Zara Qairina Mahathir agreed with the medical expert's explanation at the Coroner's Court here today that the bruising on her daughter's back observed while bathing the body was not caused by a blow, but rather by blood clotting.Noraidah Lamat, 46, the 82nd witness in the inquest proceedings, said she was informed of this by a doctor on August 10 last year, after she had voiced concerns that the bruising might have resulted from being struck by a blunt object.When asked by lawyer Abdul Fikry Jaafar Abdullah whether the bruising was indeed due to blood clotting as explained by the doctor rather than a blow, Noraidah replied: "That is correct, sir."She also acknowledged that none of the doctors who treated Zara Qairina had ever confirmed to her that there were injuries caused by a blunt object, contrary to claims made in a media statement issued by the family's lawyer on August 3 last year.However, Noraidah explained that the media statement was issued following a police report she lodged at the Sipitang district police headquarters, in which she requested further investigation into the bruising observed while bathing her daughter's body on July 17, 2025.She said the step was taken because, at the time, the family had not received a clear explanation from investigators regarding the actual circumstances surrounding Zara Qairina's condition, which had raised various questions concerning her death.Noraidah also told the court that she had never personally concluded that her daughter had been struck with a blunt object; instead, she had left the matter to the authorities to investigate.Zara Qairina passed away at Queen Elizabeth Hospital on July 17, 2025, a day after being found unconscious near a drain at her school dormitory in the early hours of the morning.Inquest proceedings resume this afternoon |
|
Mother agrees bruising on Zara Qairinas back caused by blood clotting, not a blow - Malaymail - 12/10 3:00 pm KOTA KINABALU, Oct 12 The mother of the late Zara Qairina Mahathir agreed with the medical experts explan... |
|
Ibu Zara setuju lebam pada badan akibat darah beku bukan dipukul - FMT - 12/10 3:00 pm Noraidah Lamat akui tiada seorang pun doktor yang rawat Zara Qairina Mahathir sahkan berlaku kecederaan akibat pukulan objek tumpul. |
|
Ibu Zara Qairina setuju lebam pada tubuh anaknya bukan kesan pukulan objek tumpul - Astroawani - 12/10 12:00 am Noraidah Lamat bersetuju bahawa kesan lebam di belakang badan anaknya yang sebelum ini dipercayai akibat pukulan sebenarnya berpunca daripada darah beku. |
|
Ibu Zara Qairina setuju lebam pada tubuh anaknya bukan kesan pukulan objek tumpul - Sinarharian - 12/10 11:54 am KOTA KINABALU - Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersetuju bahawa tiada seorang pun doktor yang melihat atau merekodkan sebarang kecederaan pada tubuh anaknya yang konsisten dengan pukulan, berdasarkan keterangan yang dibacanya.Noraidah Lamat, 46, turut bersetuju bahawa kesan lebam di belakang badan anaknya yang sebelum ini dipercayai akibat pukulan sebenarnya berpunca daripada darah beku, berdasarkan penjelasan doktor.Perkara itu dinyatakan ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner di sini, pada Isnin."Setakat yang saya baca, betul," katanya ketika ditanya sama ada tiada doktor yang memeriksa Zara Qairina melihat atau merekodkan kecederaan konsisten dengan pukulan.Bagaimanapun, Noraidah menjelaskan bahawa kenyataan sebelum ini yang mengaitkan kesan lebam dengan pukulan objek tumpul dibuat ketika keluarga belum memperoleh maklumat daripada pegawai penyiasat polis dan bedah siasat belum dijalankan."Itu adalah susulan daripada kami tidak menerima maklumat dari pegawai polis penyiasat dan belum lagi dilakukan bedah siasat," katanya.Ketika ditanya sama ada beliau bersedia menerima sekiranya bukti dalam inkues menunjukkan kematian anaknya bukan akibat dibunuh tetapi tamatkan riwayat sendiri, Noraidah tidak memberikan jawapan secara langsung, sebaliknya menegaskan harapannya supaya keadilan ditegakkan."Saya berharap keadilan akan ditegakkan dan semua saksi bercakap benar," katanya.Dalam prosiding sama, Noraidah turut mengakui tidak menyaksikan sendiri sebarang kejadian yang didakwa membabitkan pelajar senior terhadap Zara Qairina pada 15 Julai 2025 kerana ketika itu beliau berada di rumah.Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa maklumat mengenai kejadian tersebut diperoleh daripada kenyataan saksi serta perbualan dalam kumpulan WhatsApp, selain mengikuti laporan yang disediakan peguam keluarganya."Betul, kerana saya berada di rumah dan saya tidak mendapat penjelasan daripada pihak sekolah dan juga pegawai penyiasat polis," katanya ketika ditanya sama ada beliau tidak mempunyai pengetahuan secara langsung mengenai apa yang berlaku antara Zara Qairina dengan pelajar senior pada tarikh berkenaan. |
|
Inkues: Ibu pertikai catatan diari Zara Qairina berunsur kebencian .. - Mygazette - 10/10 8:11 am # Inkues: Ibu pertikai catatan diari Zara Qairina berunsur kebencian terhadapnya KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir hari ini mempertikai kesahihan beberapa catatan diari mengandungi luahan perasaan berunsur kebencian terhadapnya, dan memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak pernah melihat pelajar Tingkatan Satu itu menghasilkan penulisan sedemikian |
|
Inkues Zara: Ibu pertikai catatan diari berunsur benci terhadapnya - FMT - 9/10 8:03 pm Noraidah Lamat beritahu Mahkamah Koroner, catatan itu tidak semestinya ditulis oleh anaknya kerana sesiapa sahaja boleh menulisnya. |
|
'Sesiapa pun boleh tulis catatan kasar, makian dalam helaian diari'-Ibu Zara Qairina - Sinarharian - 9/10 6:42 pm KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir berpendapat sesiapa sahaja boleh menulis catatan berbentuk kasar dan makian seperti yang terkandung dalam helaian diari yang dirujuk kepadanya di Mahkamah Koroner, di sini pada Jumaat.Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau tidak pernah membaca catatan sedemikian dalam mana-mana buku diari anaknya sebelum ini, meskipun mengakui Zara Qairina mempunyai kebiasaan menulis catatan harian berkaitan persahabatan dan aktiviti hariannya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, yang mengendalikan inkues bagi menyiasat kematian Zara Qairina.Menjawab soalan Nahra mengenai catatan diari yang didakwa mengandungi luahan perasaan terhadapnya, Noraidah berkata, beliau tidak pernah membaca tulisan sedemikian daripada anaknya, sebaliknya Zara Qairina lazimnya meluahkan perasaan melalui kad ucapan."Saya tidak pernah membaca kandungan diari, tetapi Zara biasanya meluahkan perasaannya melalui kad ucapan |
|
Zara Qairina bimbang dibuli lebih teruk jika ibu campur tangan - Mygazette - 9/10 3:23 pm # Zara Qairina bimbang dibuli lebih teruk jika ibu campur tangan KOTA KINABALU - Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah menghalang ibunya daripada bersemuka dengan pelajar senior di asrama sekolahnya kerana bimbang tindakan itu akan menyebabkan dia dibuli dengan lebih teruk |
|
Ibu tidak percaya Zara Qairina terjun sendiri dari bangunan sekolah Ibu .. - Mygazette - 9/10 3:23 pm # Ibu tidak percaya Zara Qairina terjun sendiri dari bangunan sekolah KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak percaya anak tunggalnya itu melompat dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana remaja berkenaan seorang yang ceria, kuat dan tidak mudah mengalah meskipun berdepan provokasi |
|
Zara Qairina bimbang dibuli lebih teruk jika ibu campur tangan - FMT - 9/10 2:16 pm Ibu remaja itu, Noraidah Lamat berkata dia pernah mencadangkan pertemuan dengan warden, pengawal keselamatan, pelajar senior berhubung masalah diadukan anaknya. |
|
Zara feared bullying would be worse if I intervened, mum tells inquest - FMT - 9/10 2:14 pm Noraidah Lamat says she suggested a meeting to clarify the issues her daughter had raised but Zara Qairina Mahathir stopped her, fearing reprisals from the students involved. |
|
Zara Qairina feared worse bullying if mother confronted seniors, inquest told - Malaymail - 9/10 1:46 pm KOTA KINABALU, Oct 9 The late Zara Qairina Mahathir had once stopped her mother from confronting senior students... |
|
Ibu mahu jumpa senior, Zara halang kerana bimbang keadaan bertambah teruk - Sinarharian - 9/10 1:30 pm KOTA KINABALU -Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah mencadangkan supaya pelajar senior yang didakwa mengganggu anaknya dipanggil untuk mendapatkan penjelasan, namun cadangan itu dihalang remaja berkenaan kerana bimbang keadaan menjadi lebih buruk.Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau mahu pertemuan itu turut membabitkan warden asrama bagi membolehkan perkara berkenaan dibincangkan secara bersemuka."Saya ada mencadangkan kepada Zara yang saya mahu memanggil senior-senior tersebut untuk bertanya kenapa mereka melakukan demikian kepada Zara."Maksud saya bukan saya dengan senior itu sahaja, saya mahu memanggil warden, senior tersebut dan Zara |
|
Saya tahu tulisan Zara, tetapi saya tidak percaya dia menulisnya - Ibu - Sinarharian - 9/10 1:10 pm KOTA KINABALU - Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak percaya 15 helaian kertas yang dikemukakan sebagai bahan bukti dalam inkues kematian anaknya itu ditulis oleh remaja berkenaan.Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau mengenali tulisan tangan anaknya, namun tidak pernah melihat tulisan seperti yang tertera pada helaian kertas berkenaan sebelum ini."Saya tahu tulisan Zara, tetapi saya tidak percaya Zara yang menulis helaian kertas tersebut," katanya ketika memberi keteranganya pada Jumaat.Ketika disoal peguam, Joan Goh sama ada beliau tidak mempercayai tulisan itu kerana tidak pernah melihat anaknya menulis kandungan berkenaan, Noraidah bersetuju bahawa beliau tidak pernah melihat Zara Qairina menulis perkara yang terkandung dalam helaian kertas Y1 hingga Y15 itu.Noraidah juga tidak bersetuju apabila ditanya sama ada Zara Qairina berkemungkinan menulis kandungan tersebut ketika berada di asrama sekolah."Saya tidak tahu dan saya percaya bukan Zara yang menulis kerana saya tidak pernah nampak tulisan itu sebelum ini dan saya tidak pernah nampak Zara menulis tulisan seperti itu," katanya.Ketika diminta menjelaskan jawapannya mengenai pemilikan tulisan pada 15 helaian kertas berkenaan, Noraidah berkata, beliau tidak dapat mengecam tulisan itu dan tidak pasti sama ada ia milik anaknya.Beliau memberikan jawapan itu ketika ditanya sama ada beliau tidak dapat mengenal pasti tulisan berkenaan atau tidak mengetahui sama ada ia ditulis oleh Zara Qairina.Dalam prosiding sama, Noraidah turut ditanya mengenai individu yang dikenalinya sebagai Marhamah Rosli, yang menurutnya merupakan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bayu Raudhah.Noraidah berkata, beliau mula mengenali Marhamah menerusi media sosial Facebook sebelum wanita itu mengunjunginya di rumah kira-kira seminggu selepas kejadian menimpa anaknya."Saya mengenali dia melalui media sosial Facebook pada awalnya |
|
Ibu Zara Qairina tidak percaya anak melompat - Sinarharian - 9/10 12:16 am KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir menegaskan di Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak percaya anaknya melompat dari tingkat tiga bangunan sekolah.Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau tidak melihat sebarang tanda tekanan pada Zara Qairina sebelum kejadian, berdasarkan tingkah laku dan perwatakan anaknya yang dilihat masih ceria seperti kebiasaan."Saya tidak percaya," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ram Singh pada prosiding inkues kematian Zara Qairina pada Jumaat.Sebelum itu, Ram membangkitkan keterangan pakar yang menyatakan Zara Qairina tidak ditolak dan kemungkinan terjun secara sukarela, sebelum meminta Noraidah memberikan pandangannya mengenai kemungkinan berkenaan.Ketika ditanya mengenai keterangannya dalam pernyataan saksi bahawa Zara Qairina tidak pernah menunjukkan tanda tekanan sebelum kejadian, Noraidah tidak bersetuju dengan kemungkinan anaknya mengalami tekanan tanpa memperlihatkannya kepada beliau."Tidak |
|
Ibu Zara Qairina tidak tahu kutipan dana 'Justice for Zara' - Sinarharian - 9/10 11:36 am KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak mengetahui mengenai kutipan dana menerusi kempen Justice for Zara (JFZ) yang didakwa turut disalurkan terus ke akaun bank miliknya.Noraidah Lamat, 46, ketika menjawab soalan peguam, Datuk Ram Singh menjelaskan bahawa akaun berkenaan dibuka selepas ramai pihak mahu menghulurkan sumbangan dan bersedekah kepadanya."Saya tidak tahu mengenai kempen JFZ di bawah Mona Din |
|
Ma, I love you Bye Raa: Zara Qairinas tender voice echoes in court as mother breaks down - Malaymail - 8/10 8:10 pm KOTA KINABALU, Oct 8 Emotions ran high in the Coroners Court here today as the cheerful voice of the late... |
|
Inkues Zara Qairina: 42 audio jadi bukti, ibu dedah perbualan terakhir sebelum insiden - Sinarharian - 8/10 5:53 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir mengesahkan sebanyak 42 audio yang dimainkan di Mahkamah Koroner, dengan sebahagian besar daripadanya merupakan perbualannya dengan anaknya.Noraidah Lamat, 46, yang merupakan saksi ke-82 dalam inkues ini mengesahkan perkara itu selepas peguam Shahlan Jufri meminta audio berkenaan didengar di mahkamah, selain menjelaskan rakaman tersebut dibuat secara automatik menerusi telefon bimbit miliknya."Semua audio dirakam secara automatik dalam telefon bimbit saya," katanya.Menjawab soalan Shahlan mengenai tindakan yang dilakukannya terhadap rakaman berkenaan, Noraidah berkata, beliau memindahkan kesemua audio tersebut ke dalam komputer riba sebelum telefon bimbitnya diambil polis."Saya mendengar semula untuk mengenal pasti nama-nama yang Zara sebut |
|
Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi - Sinarharian - 8/10 5:24 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini pada Khamis mengemukakan pernyataan saksi tambahan berhubung beberapa hantaran WhatsApp yang dikirimkan kepadanya berkaitan kes anaknya sebelum inkues bermula.Noraidah Lamat, 46, berkata, pernyataan yang mempunyai 28 muka surat itu disediakan sendiri berhubung beberapa hantaran yang didakwanya disebarkan secara meluas sehingga memberi tekanan emosi terhadap dirinya."Saya juga ingin menarik perhatian mahkamah pada beberapa hantaran WhatsApp yang telah dikirimkan kepada saya berkaitan kes Zara Qairina semenjak ia bermula."Hantaran WhatsApp ini telah disebarkan secara meluas sehingga memberi tekanan emosi kepada saya dan tujuan penyebaran ini adalah untuk mempengaruhi orang ramai dengan menyebarkan naratif awal," katanya ketika membacakan pernyataan tambahan tersebut,Dalam pernyataan itu, Noraidah yang juga saksi ke-82 antara lain memaklumkan mengenai dakwaan penyebaran kandungan WhatsApp oleh seorang guru, maklumat yang diterima daripada anak tirinya berhubung panggilan seorang pegawai polis serta tangkap layar kumpulan WhatsApp keluarga Ketua Warden.Beliau turut menyatakan mengenai maklumat yang diterimanya berhubung kewujudan 'One Page Report' daripada unit Bimbingan dan Kaunseling atau disiplin sekolah yang didakwa telah disebarkan kepada warga sekolah dan orang awam.Dalam keterangannya semasa disoal peguam Shahlan Jufri, Noraidah berkata, dua individu yang memperkenalkan diri sebagai sepupu Ketua Warden sekolah tersebut datang menemuinya di rumahnya di Sipitang bagi menyerahkan beberapa dokumen dan tangkap layar tersebut."Mereka beritahu sebaik sahaja bercerita dalam kumpulan WhatsApp keluarga, mereka terus disingkirkan dari kumpulan WhatsApp tersebut."Saya perhatikan emak Ketua Warden ini mula aktif di Facebook menjawab naratif-naratif dan saya pernah melihat dia membuat komen seorang doktor yang bernama Dr Naim," dakwanya.Peguam kemudian bertanyakan lebih lanjut mengenai Dr Naim yang disebut dalam keterangan Noraidah."Saya tidak mengenalinya secara langsung tapi ada ramai yang memberitahu saya maklumat mengenainya |
|
Inkues Zara: Ibu dakwa tidak diberi penjelasan sebelum tandatangan borang .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Inkues Zara: Ibu dakwa tidak diberi penjelasan sebelum tandatangan borang tolak bedah siasat KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau tidak diberikan penjelasan mengenai kepentingan bedah siasat sebelum menandatangani borang menolak prosedur itu terhadap jenazah anaknya pada 17 Julai tahun lepas |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu dakwa tidak diberi penjelasan sebelum tandatangan borang tolak bedah siasat - Astroawani - 8/10 2:10 pm Noraidah Lamat, 46, berkata beliau hanya membaca sepintas lalu kandungan borang berkenaan tanpa memahami maksudnya kerana berada dalam keadaan terlalu sedih dan panik selepas kematian anak tunggalnya itu. |
|
Ibu Zara Qairina akui tidak mahu bedah siasat, dakwa tiada penerangan jelas - Sinarharian - 8/10 2:01 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir mengakui bahawa dia tidak mahu melakukan proses bedah siasat terhadap anaknya semasa di Hospital Queen Elizabeth.Bagaimanapun, Noraidah Lamat, 46, yang juga saksi ke-82 berkata, ketika itu dia dalam keadaan bersedih dan mendakwa tidak jelas mengenai perkara tersebut.Saksi berkata, ketika itu dia tidak mengetahui tujuan Zara Qairina dibawa ke Pejabat Forensik dan hanya mengetahui perkara berkenaan selepas berada di dalam sebuah bilik pejabat bersama iparnya, Nur Shira, dua kakitangan hospital serta seorang doktor."Doktor itu tidak memberitahu tujuan |
|
'Kalau Zara ada kesalahan, kami minta maaf'- Ibu sebak beri keterangan - Sinarharian - 8/10 2:01 pm KOTA KINABALU - "Bagi pihak Zara, kalau Zara ada kesalahan, kami meminta maaf," itu kata-kata yang disampaikan Noraidah Lamat, 46, saksi ke-82 dalam inkues kematian anaknya di Mahkamah Koroner di sini pada Khamis.Noraidah berkata demikian dalam nada sebak sambil beberapa kali mengesat air matanya menggunakan tisu sebelum berhenti seketika semasa menjawab soalan daripada peguam, Shahlan Jufri.Ketika menceritakan semula kejadian semasa mengambil barang-barang Zara Qairina di asrama sekolahnya pada 20 Julai 2025 Noraidah berkata, dia bersama adik iparnya, Nur Shira turut dibawa melihat lokasi Zara Qairina dikatakan terjatuh dan tempat mangsa dikatakan memanjat.Saksi berkata, sebelum mereka tiba di sekolah, dia sudah memaklumkan kepada Inspektor Wong bahawa mereka mahu mendapatkan laporan awal mengenai kejadian itu dan dimaklumkan untuk mengambil barang-barang Zara di sekolah.Katanya lagi, setibanya di sekolah, dia dan Nur Shira disambut dua guru perempuan sebelum dibawa ke sebuah bilik yang dikenali sebagai bilik isolasi atau bilik sakit, tempat barang-barang Zara Qairina diletakkan."Saya melihat barang-barang itu diletak di atas meja di kerusi," katanya.Beliau berkata, dia kemudian menyerahkan surat rasmi kepada pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat awal mengenai kejadian pada malam tersebut, namun dimaklumkan surat berkenaan akan dimajukan kepada pengetua.Noraidah berkata, dia dan Nur Shira turut meminta untuk ditunjukkan lokasi Zara Qairina jatuh sebelum dibawa ke bahagian sebuah blok."Dua orang guru itu diiringi oleh murid, katanya murid Tingkatan Lima |
|
'Terkejut, badan menggeletar, dunia saya gelap lihat keadaan Zara Qairina' - Ibu - Sinarharian - 8/10 11:40 am KOTA KINABALU - Terkejut, takut dan panik sehingga badannya menggeletar apabila melihat keadaan anaknya yang bergantung dengan mesin bantuan pernafasan antara detik yang dilalui ibu Zara Qairina Mahathir ketika berada di Wad Kecemasan Zon Merah, Hospital Queen Elizabeth.Noraidah Lamat, 46, yang juga saksi ke-82 dalam inkues kematian Zara Qairina berkata, keadaan anaknya yang mengalami kecederaan parah ketika itu menyebabkan dia tidak dapat menerima penjelasan doktor mengenai keadaan anaknya."Lebih kurang pukul 11 (pagi) lebih saya dibenarkan untuk berjumpa doktor, memaklumkan kepada saya ketika masuk ke wad kecemasan zon merah."Semasa masuk itu, saya ditemani oleh seorang guru kaunselor dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) |
|
Ibu Zara Qairina nafi dakwaan anak tiri, tidak pernah abaikan, maki atau label 'anak haram' - Sinarharian - 7/10 5:56 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir menafikan satu demi satu dakwaan anak tirinya, Malianah Mahathir, ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina, pada Selasa.Menjawab soalan peguam Shahlan Jufri, Noraidah Lamat, 46, menafikan dakwaan bahawa dia hanya berpura-pura baik dengan Malianah ketika suaminya, Mahathir Mohd Hashim, berada di rumah, sebaliknya bersikap sebaliknya apabila suaminya tiada.Noraidah berkata, sekiranya benar dia bersikap demikian, dia tidak akan menghantar Malianah ke sekolah atau menyediakan keperluan persekolahan anak tirinya itu ketika tinggal bersamanya."Begini tuan, pada tahun 2011 Malianah berumur 10 tahun, belum matang dan belum baligh lagi waktu itu |
|
Ibu tolak naratif Zara Qairina mengalami tekanan emosi berpunca daripada dirinya - Sinarharian - 7/10 5:49 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir menolak naratif yang mendakwa anaknya itu mengalami tekanan emosi dan perasaan yang berpunca daripada dirinya sendiri.Noraidah Lamat, 46, berkata, dia tidak pernah melihat tanda-tanda sedemikian pada Zara Qairina sepanjang membesarkannya."Mengenai Zara, bagi saya sepanjang saya membesarkan Zara, tinggal bersama Zara, Zara tidak pernah menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi sama ada secara fizikal, kelakuan tidak pernah |
|
I was both her mother and friend: Zara Qairinas mother tells inquest - Malaymail - 7/10 4:58 pm KOTA KINABALU, Oct 7 The mother of the late Zara Qairina Mahathir testified at the Coroners Court today th... |
|
Zara Qairina pernah mengadu dibuli, dilabel ???pick me??? pelajar senior .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm # Zara Qairina pernah mengadu dibuli, dilabel pick me pelajar senior Ibu KOTA KINABALU - Buku catatan milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dirujuk sebagai diari bukan diari harian dalam pengertian lazim, sebaliknya hanya buku coretan peribadi berkaitan persahabatan dan pengalaman bersama rakan-rakannya |
|
Ibu Zara Qairina nafi anak pernah tulis mahu cederakan diri, tamatkan riwayat - Sinarharian - 7/10 4:55 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner, di sini bahawa dia tidak pernah membaca buku catatan atau diari anaknya yang kandungannya menjurus kepada mencederakan diri atau mengambil nyawanya sendiri.Noraidah Lamat, 46, berkata, penulisan Zara Qairina sejak di sekolah rendah lebih cenderung kepada persahabatan dan rakan-rakan."Tidak pernah, penulisannya semasa dari sekolah rendah lebih cenderung kepada kawan-kawan, persahabatan," katanya ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina.Noraidah turut memberitahu bahawa anaknya mempunyai lima buku catatan, namun buku berkenaan bukan diari dan akhirnya dibuang selepas tidak lagi digunakan."Bila dia sudah tidak mahu, dia letak bersepah-sepah dan akhirnya buku itu akhirnya dibuang begitu saja," katanya.Sementara itu, ketika disoal peguam Shahlan Jufri mengenai 15 helai kertas tulisan tangan ditemui seorang guru, Noraidah berkata, dia tidak pernah melihat kertas berkenaan ketika Zara Qairina masih hidup."Tidak pernah, saya tidak pernah melihat |
|
Zara Qairina’s “diaries” chronicled friendships, mother tells inquest - SUN - 7/10 4:45 pm The mother of late Form One student Zara Qairina testified at the Kota Kinabalu Coroner's Court about her daughter's friendship notebooks and complaints of hostel bullying. |
|
Zara Qairina's "diaries" chronicled friendships, mother tells inquest - Sinardaily - 7/10 4:15 pm KOTA KINABALU - The notebooks belonging to the late Zara Qairina Mahathir, which were referred to as her "diaries, were not daily journals in the conventional sense but personal writings about friendships and experiences with her peers, her mother told the inquest today.Noraidah Lamat, 46, said her daughter began writing in several notebooks around 2021 at the encouragement of a Malay language teacher at Sekolah Kebangsaan Pantai, Sipitang, to help improve and neaten her handwriting."Zara had several notebooks, each associated with a particular friend |
|
Inkues Zara: Diari sebenarnya catatan persahabatan, dakwa ibu - FMT - 7/10 3:31 pm Noraidah Lamat beritahu Mahkamah Koroner, anaknya ada beberapa buku dan setiap satu dikaitkan dengan kawan tertentu. |
|
Inkues: Diari Zara Qairina sebenarnya catatan persahabatan - Ibu - Astroawani - 7/10 3:15 pm Buku catatan milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dirujuk sebagai diari bukandiari harian dalam pengertian lazim, sebaliknya hanya buku coretan peribadi berkaitan persahabatan bersama rakan-rakannya. |
|
Ibu dedah beberapa nama ejek Zara Qairina 'sok-sok cantik' - Sinarharian - 7/10 2:07 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir mendedahkan beberapa nama pelajar yang didakwa sering mengejek anaknya dengan gelaran seperti 'sok-sok cantik' atau 'perasan cantik' ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.Menurut Noraidah Lamat, 46, ejekan berkenaan dikatakan dilakukan oleh pelajar senior dan perkara itu pernah diceritakan Zara Qairina kepadanya."Orang yang suka mengejek ini senior |
|
Zara Qairina's mother testifies as 82nd witness at inquest - Sinardaily - 7/10 11:34 am KOTA KINABALU - The mother of the late Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 46, appeared as the 82nd witness today in the inquest into her daughters death at the Coroners Court here.Noraidah arrived at the court at about 9am to testify before Coroner Amir Shah Amir Hassan.She is one of the final two witnesses called to testify in the inquest, ahead of investigating officer Inspector Wong Yew Zhung.Yesterday, Zara Qairinas half-sister, Malianah Mahathir, 25, appeared as the 81st witness and testified about her relationship with the deceased and the family.Zara Qairina died at Queen Elizabeth Hospital on July 17, 2025, a day after the Form One student was found unconscious near a drain at her school hostel at 4am |
|
'Zara pernah mengadu dibuli di asrama' - Ibu - Sinarharian - 7/10 11:06 am KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bahawa anak tunggalnya itu pernah mengadu mengenai kejadian buli, gangguan dan layanan tidak menyenangkan daripada pelajar lain ketika tinggal di asrama.Saksi ke-82 prosiding inkues itu, Noraidah Lamat, 46, berkata, Zara Qairina sering berkongsi perkara berkenaan ketika menghubunginya atau sewaktu pulang ke rumah.Menurutnya, Zara Qairina pernah memaklumkan terdapat pelajar senior yang tidak menyukainya, selain mendakwa pernah digelar dan dijerit di dewan makan.Noraidah berkata, berdasarkan cerita anaknya, situasi itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu segelintir pelajar selepas terdapat pelajar lelaki senior yang meminatinya.Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa pada Jun 2025, seorang pelajar senior Tingkatan Empat pernah mengumpulkan beberapa pelajar di musolla untuk memberi teguran tanpa kehadiran warden.Dalam keterangannya, Noraidah turut mendakwa seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) pernah memintanya supaya tidak menularkan kejadian yang menimpa Zara Qairina.Katanya, guru berkenaan memaklumkan pihak atasan melarang pihak sekolah memberikan maklumat berhubung kematian Zara Qairina kerana kes masih dalam siasatan polis.Noraidah juga mendakwa pernah dinasihatkan oleh pengetua sekolah supaya tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.Selain itu, beliau berkata, pihak sekolah tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai siasatan dalaman berhubung kejadian pada 15 Julai 2025 dan hanya mengetahui perkara itu menerusi prosiding inkues.Menurutnya, beliau turut menyerahkan surat rasmi kepada pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat awal mengenai kejadian yang menimpa anaknya, namun tidak menerima sebarang jawapan.Katanya, keadaan itu menyebabkan beliau menggunakan media sosial bagi mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada Zara Qairina.Noraidah turut menceritakan detik menerima panggilan telefon pada kira-kira jam 4.37 pagi, 16 Julai 2025 daripada seorang ustaz yang memaklumkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan "mengampai" di lantai asrama sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), Kota Kinabalu.Beliau berkata, sebaik tiba di hospital kira-kira jam 9 pagi, beliau melihat Zara Qairina berada di zon merah dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada kepala dan kaki.Menurutnya, seorang guru kaunseling dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kemudian memaklumkan bahawa Zara Qairina ditidurkan, bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan mengalami kerosakan otak yang teruk selepas otaknya tidak menerima oksigen selama lebih dua jam.Sepanjang anaknya dirawat, Noraidah berkata, beliau dimaklumkan bahawa Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama, semua pelajar telah tidur pada jam 11 malam dan tiada saksi mata yang melihat kejadian tersebut.Bagaimanapun, katanya, guru-guru yang ditemuinya tidak dapat memberikan penjelasan lanjut berhubung apa yang berlaku kepada Zara Qairina.Zara Qairina kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 kira-kira jam 1.07 petang. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |