///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Zamri Vinoth News   Page 1    



Polis buka siasatan video TikTok Zamri Vinoth - Sinarharian - 10/03 4:44 pm

GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang sedang menyiasat satu paparan video siaran langsung di media sosial TikTok yang didakwa memaparkan kenyataan berunsur ugutan, provokasi dan perkauman oleh pendakwah bebas, Zamri Vinoth.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, siasatan dijalankan susulan satu laporan polis dibuat pada 8 Mac lalu berhubung video siaran langsung berkenaan yang tular di media sosial.Menurutnya, dalam video tersebut, individu terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan, provokasi, bersifat menghina serta mengandungi unsur perkauman."Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dalam perkembangan berkaitan, Azizee berkata, polis turut menahan empat lelaki tempatan di sekitar Bukit Mertajam kira-kira jam 2.30 pagi Selasa bagi membantu siasatan berhubung kejadian ugutan jenayah dan khianat terhadap kenderaan dipandu Zamri.Menurutnya, kejadian itu dilaporkan berlaku di tepi jalan Taman Aston Acacia, Bukit Mertajam pada 7 Mac lalu."Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 29 hingga 31 tahun dan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan dalam kes ini seramai enam orang."Polis turut merampas beberapa unit telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes ini," katanya.Beliau berkata, hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah, namun ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati mereka negatif dadah.Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan."Kesemua suspek telah direman selama dua hari sehingga 11 Mac oleh Majistret Mahkamah Bukit Mertajam bagi membantu siasatan," katanya.Dalam pada itu, Azizee memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan atau menyebarkan maklumat tidak sahih, berunsur provokatif atau membuat spekulasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara kaum dan golongan masyarakat."Polis memandang serius perkara ini kerana penyebaran kenyataan tidak benar berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk serta menggugat ketenteraman awam."Polis sentiasa memantau rapi perkembangan keadaan ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan undang-undang," katanya





Steven Sim bangkitkan isu ketegangan kaum dalam mesyuarat Kabinet esok - Sinarharian - 10/03 4:21 pm

Berhenti sebar dan kongsi kebencian. Berhenti tambah api perpecahan," ujarnya.Dalam kes terbaharu, tiga kereta milik individu bernama Cikgu Chandra dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.Menurut perkongsian pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Threads, kejadian itu berlaku sekitar jam 3 pagi Selasa.Kata Firdaus, tiga kereta dengan beberapa lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang cuba membunuh Cikgu Chandra pada petang hari sebelumnya.Firdaus memaklumkan, rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa diserang sekumpulan lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.Serangan itu difahamkan berlaku hanya beberapa hari selepas pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.Firdaus turut menegaskan supaya individu yang melakukan jenayah tersebut dikenakan tindakan segera.





Tiga insiden provokasi agama cetus kebimbangan keharmonian masyarakat - Mgazette - 10/03 3:38 pm

Menurut beliau, turut tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki memijak serta merosakkan simbol suci agama Hindu, Trisul sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penganut agama tersebut. Tambahnya, keadaan itu diburukkan lagi dengan insiden serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang turut mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan individu serta ketenteraman awam





SPRM tumpas sindiket scam global, 16 ???ring leader??? sembunyi di... - Mgazette - 10/03 3:38 pm

# SPRM tumpas sindiket scam global, 16 ring leader sembunyi di Malaysia dicekup KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama pihak berkuasa China berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan antarabangsa, dikendalikan rakyat China yang dikehendaki di negara tersebut





Serang Zamri Vinoth, empat rakan direman dua hari - Mgazette - 10/03 3:38 pm

# Serang Zamri Vinoth, empat rakan direman dua hari BUKIT MERTAJAM - Empat rakan direman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth





Kes serang Zamri Vinoth: 4 lelaki direman bantu siasatan - Sinarharian - 10/03 12:56 am

BUKIT MERTAJAM Empat lelaki direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth.Kesemua suspek yang terdiri daripada dua jurutera, seorang juruteknik dan seorang pemandu van berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu dilaporkan tampil menyerah diri di sebuah balai polis di daerah ini awal pagi Selasa sebelum ditahan bagi membantu siasatan.Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini pada Selasa.Sebelum ini, pihak polis memohon tempoh reman selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Dengan penahanan terbaharu itu, jumlah individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan kini meningkat kepada enam orang.Terdahulu, keempat-empat lelaki berkenaan tiba di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam kira-kira jam 8.35 pagi dengan menaiki kenderaan polis.Mereka dilihat bergari serta memakai pakaian lokap berwarna oren dan ungu ketika dibawa masuk ke mahkamah bagi proses permohonan reman.Peguam yang mewakili mereka, V Parthipan berkata, pihaknya turut mengemukakan rakaman video kejadian yang kini tular di media sosial kepada mahkamah.Menurutnya, rakaman tersebut didakwa tidak menunjukkan sebarang individu memegang batu atau kayu seperti yang didakwa oleh pengadu."Pengadu mendakwa penyerangnya memegang batu dan kayu namun rakaman video yang ditunjukkan jelas memperlihatkan tiada sesiapa memegang sebarang objek," katanya ketika ditemui media di luar mahkamah.Beliau berkata, rakaman itu juga menunjukkan individu yang berada di lokasi memberi tumpuan di bahagian pemandu kenderaan sedangkan kerosakan yang dilaporkan berlaku di bahagian kiri kereta.Parthipan yang mewakili empat lelaki itu bersama peguam K Puvirajan dan T Turuvandran turut mempersoalkan penggunaan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah dalam kes tersebut.Menurutnya, pengadu mendakwa berada dalam keadaan takut selepas kejadian berkenaan namun pada masa sama didakwa sempat menghasilkan video di platform TikTok di luar balai polis."Keadaan itu jelas menunjukkan beliau tidak berada dalam situasi ketakutan seperti yang didakwa," katanya.Tambah beliau, pihaknya juga telah membuat laporan polis terhadap Zamri berhubung insiden tersebut.Parthipan berkata, anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dengan tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.Sebelum ini, dua lelaki yang merupakan adik-beradik turut direman secara berasingan bagi membantu siasatan kes sama namun kedua-duanya telah dibebaskan selepas tempoh reman tamat.Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail sebelum ini mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada Zamri berhubung dakwaan serangan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan





Bakar kereta Cikgu Chandra tindakan melampau - Pas - Sinarharian - 10/03 10:01 am

Negara tidak boleh dibiarkan sampai ke tahap terpaksa diisytiharkan darurat," kata beliau.Dalam masa sama, Ahmad Fadhli menyeru semua rakyat kekal tenang dan tidak bertindak di luar batas."Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal sehingga membawa kepada darurat, rakyat dan negara secara keseluruhannya akan menanggung kerugian yang besar dari segi kestabilan, ekonomi dan kehidupan masyarakat. Oleh itu, semua pihak perlu bertindak secara rasional dan bertanggungjawab demi memastikan keamanan negara terus terpelihara," jelasnya.Terdahulu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantarannya memaklumkan tiga kereta milik Cikgu Chandra telah dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian sekitar jam 3 pagi.Sebelum ini, rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa telah diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.Serangan ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth, diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.





Cikgu Chandra diserang: GARAH salur maklumat kepada polis - Sinarharian - 10/03 9:21 am

SHAH ALAM Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) telah menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan dan mengenal pasti individu yang didakwa terlibat menyerang serta membakar kenderaan milik Cikgu Chandra.GARAH dalam kenyataan berkata, maklumat yang disalurkan itu juga berhubung serangan terhadap penceramah bebas, Zamri Vinoth."Pihak GARAH juga dalam proses mengumpul maklumat lanjut yang diperlukan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah penegakan kedaulatan undang-undang."Pihak GARAH juga akan mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengenai langkah seterusnya pada hari ini (Selasa) yang sedang diuruskan oleh pihak sekretariat," katanya pada Selasa.Tambahnya, mana-mana individu yang berhasrat membuat laporan polis tambahan berkaitan kedua-dua serangan, ugutan dan hasutan terhadap Zamri Vinoth, Cikgu Chandra, Tamim Dahri mahupun mana-mana pihak lain boleh meneruskan pemfailan laporan polis berkenaan atas budi bicara NGO atau individu secara peribadi.Bagaimanapun, katanya, GARAH kini mengutamakan keselamatan pihak-pihak yang berkaitan terlebih dahulu, sementara pihak PDRM dibantu dengan maklumat sahih yang dapat mempercepatkan siasatan serta tindakan susulan.Sebelum itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memuat naik satu insiden dakwaan serangan oleh tiga lelaki bersenjata di rumah Cikgu Chandra pada Isnin.Kejadian kedua menimpa Cikgu Chandra selepas kenderaan lelaki itu dibakar oleh individu tidak dikenali pada awal pagi Selasa.Ahad lalu, polis menahan seorang individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan insiden ancaman terhadap penceramah bebas, Zamri Vinoth di Pulau Pinang.





SPRM, pihak berkuasa China tumpaskan sindiket penipuan antarabangsa - Sinarharian - 10/03 8:43 am

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama pihak berkuasa China berjaya menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa.Sindiket terbabit dipercayai dikendalikan oleh warga China yang dikehendaki pihak berkuasa negara tersebut.Operasi bersepadu Op Dragon bermula Oktober hingga Disember tahun lalu tersebut dijalankan dengan menyasarkan rangkaian sindiket yang dipercayai berpangkalan dan beroperasi di beberapa negara termasuk Malaysia.Sindiket tersebut telah dikenal pasti menjalankan aktiviti penipuan merentasi sempadan dengan menggunakan pelbagai platform komunikasi dan teknologi bagi memperdaya mangsa.Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin memberitahu, melalui beberapa siri operasi terbabit, SPRM berjaya menahan 16 suspek utama yang merupakan ring leader, bersembunyi di negara."Kesemua suspek ini merupakan rakyat China dan mereka telah dihantar pulang bagi tujuan proses perbicaraan di negara China."Proses penghantaran pulang dilakukan dengan kerjasama Kedutaan China serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan semua prosedur perundangan dan diplomatik dipatuhi," katanya pada Selasa.Tambah Mohamad Zamri, SPRM turut menyita pelbagai aset yang dipercayai diperolehi hasil aktiviti haram dan mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah sindiket tersebut.Katanya, antara barangan yang disita termasuk dua unit kereta mewah, barang kemas, jongkong emas, komputer peribadi, komputer riba, wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta ratusan unit telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan sebagai alat utama dalam kegiatan tersebut."Nilai keseluruhan aset yang disita dianggarkan bernilai jutaan ringgit dan kini SPRM sedang menjalankan proses pelucuthakan terhadap aset-aset tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sebelum dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia," ujarnya.Jelasnya, susulan kejayaan operasi ini, ia membuktikan komitmen berterusan SPRM dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa bagi membanteras jenayah kewangan dan aktiviti penipuan rentas sempadan yang boleh menjejaskan keselamatan ekonomi serta kepentingan negara."SPRM menegaskan sebarang bentuk penyalahgunaan sistem kewangan, rasuah serta aktiviti penipuan akan terus dibanteras melalui tindakan penguatkuasaan dan kerjasama erat dengan rakan penguatkuasaan di peringkat antarabangsa," ujarnya





SPRM, ATM perkukuh kerjasama strategik dalam sektor pertahanan - Mgazette - 10/03 7:52 am

# SPRM, ATM perkukuh kerjasama strategik dalam sektor pertahanan KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus meningkatkan kerjasama strategik menerusi pelbagai bidang khususnya dalam memperkukuhkan integriti serta tadbir urus pertahanan negara





Tiga kereta Cikgu Chandra dibakar - Sinarharian - 10/03 7:28 am

SHAH ALAM Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.Menurut perkongsian pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Threads, kejadian itu berlaku pada pagi Selasa."Petang tadi, tiga buah kereta dengan beberapa lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang cuba membunuh Cikgu Chandra."Awal pagi tadi, sekitar jam 3 lebih, mereka membakar ketiga-tiga buah kereta Cikgu Chandra. Mujur polis dan bomba sampai cepat untuk memadamkan api dan mengawal keadaan," ujarnya pada Selasa.Sebelum ini, rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa telah diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.Serangan ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth, diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.Firdaus Wong turut menegaskan supaya mereka yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan segera."Kita tidak boleh biarkan pelampau begini berleluasa





Police make second arrest, continue hunt for others over threats against preacher Zamri Vinoth - Malaymail - 9/03 5:10 pm

BUKIT MERTAJAM, March 9 Police have arrested another man to assist in investigations into allegations of threats...





Polis tahan seorang lagi lelaki bantu siasatan dakwaan ancam Zamri Vinoth - Mkini - 9/03 4:21 pm

Tangkapan terhadap lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibuat di Bukit Mertajam malam tadi.





Seorang lagi direman kes serang Zamri Vinoth - Mgazette - 9/03 3:17 pm

BUKIT MERTAJAM - Abang kepada seorang pekerja kilang yang direman semalam bagi membantu siasatan kes serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth direman sehari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini





Lelaki direman bantu siasatan serang Zamri Vinoth dibebaskan Lelaki .. - Mgazette - 9/03 6:04 am

# Lelaki direman bantu siasatan serang Zamri Vinoth dibebaskan BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kilang yang sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat terhadap harta benda dan ugutan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth, dibebaskan malam ini selepas tempoh remannya disemak semula oleh mahkamah





SPRM, ATM perkukuh kerjasama strategik sektor pertahanan - Sinarharian - 9/03 12:00 am

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus meningkatkan kerjasama strategik menerusi pelbagai bidang khususnya dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus pertahanan negara.Komitmen itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Isnin.Pertemuan sulung itu juga bersempena pelantikan Malek sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-24 yang baharu berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut menyentuh pelaksanaan tatakelola dalam bidang pengurusan perolehan, tender dan sebut harga bagi tempoh enam bulan.Menurut Azam, menerusi kerjasama itu, SPRM dan ATM juga akan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bahagian Perisikan SPRM dan Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO)."Inisiatif ini dilihat sebagai pendekatan strategik bagi memastikan setiap proses dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti serta mematuhi peraturan dan tatakelola kewangan kerajaan."SPRM bersetuju untuk bekerjasama dengan ATM daripada aspek latihan pengurusan integriti dan penambahbaikan strategi antirasuah ATM," katanya.Pertemuan tersebut turut memfokuskan usaha pengukuhan kerjasama dalam aspek pengurusan media serta pemantapan mekanisme komunikasi bagi menyokong agenda pencegahan rasuah dalam ekosistem pertahanan.Pada masa sama, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai beberapa isu teknikal serta peluang kerjasama dua hala antara SPRM dan ATM bagi mempertingkat kecekapan sistem penyampaian selain memperkukuh budaya integriti dalam institusi pertahanan negara.Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin serta Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Saharudin Harun.





Lelaki didakwa ancam Zamri dibebas selepas 1 hari direman - Hotfm - 8/03 11:11 pm

Seorang lagi lelaki berusia 27 tahun menyeru siasatan dijalankan terhadap Zamri Vinoth selepas penceramah itu menyatakan dalam sebuah video bahawa dia melanggar dua lelaki menaiki sebuah motosikal.





Lelaki didakwa ancam Zamri dibebas selepas 1 hari direman - FMT - 8/03 11:11 pm

Seorang lagi lelaki berusia 27 tahun menyeru siasatan dijalankan terhadap Zamri Vinoth selepas penceramah itu menyatakan dalam sebuah video bahawa dia melanggar dua lelaki menaiki sebuah motosikal.





Man freed after one-day remand over alleged threats to Zamri - FMT - 8/03 10:46 pm

Another man, a 27-year-old, has called for an investigation into Zamri Vinoth after the controversial preacher said in a video he tried to run over two men on a motorcycle.





Shafiq Halim angkat kaki selepas Tamim Dahri sertai PKR - Mgazette - 8/03 4:13 pm

Untuk rekod, GARAH sebelum ini mencuri perhatian apabila menganjurkan himpunan pada Februari lalu yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. Polis Diraja Malaysia menahan beberapa individu antaranya Zamri Vinoth selepas berlaku ketegangan dan provokasi berhampiran kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur





Pekerja kilang direman 4 hari bantu siasatan serang Zamri Vinoth Pekerja .. - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Pekerja kilang direman 4 hari bantu siasatan serang Zamri Vinoth BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kilang direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes khianat harta benda dan ugutan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth





Polis tahan lelaki ancam Zamri Vinoth - Sinarharian - 8/03 2:44 pm

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menahan seorang individu didakwa mempunyai kaitan dengan insiden melakukan ancaman terhadap penceramah bebas Zamri Vinoth.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, tangkapan terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibuat di sekitar Bukit Mertajam awal pagi tadi.Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Zamri yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT)."Polis mengesahkan menerima laporan daripada Zamri dan satu tangkapan telah dibuat awal pagi tadi





Polis tahan lelaki disyaki ancam Zamri Vinoth - FMT - 8/03 2:29 pm

Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata individu lain yang terlibat dalam kejadian itu juga sedang dikesan.





Cops arrest man over alleged threats linked to Zamri Vinoth - FMT - 8/03 2:25 pm

The controversial preacher had earlier shared a video of two men on a motorcycle and four others on foot approaching a Jaguar, which he said he was driving





Cops detain man over threats against Zamri Vinoth - Star - 8/03 2:16 pm

GEORGE TOWN: Police have confirmed the arrest of an individual allegedly linked to threats against independent preacher Zamri Vinoth





Penang police arrest man in 20s in Bukit Mertajam after preacher Zamri Vinoth reports threat - Malaymail - 8/03 1:38 pm

GEORGE TOWN, March 8 Police have confirmed the arrest of an individual allegedly linked to threats against indep...





Rayer: My police reports against Zamri not meant to incite attacks - Mkini - 8/03 12:16 am

Preacher accuses DAP MP of being the cause of an alleged attack against him.





Laporan polis bukan bertujuan untuk hasut serang Zamri - Rayer - Mkini - 8/03 11:57 am

Rayer berkata dia telah membuat beberapa laporan polis terhadap Zamri Vinoth, namun tiada satu pun laporan itu dibuat dengan niat menghasut.





Zamri Vinoth dakwa diserang, pekerja kilang direman - Mkini - 8/03 11:37 am

Pendakwah bebas itu berkongsi gambar memaparkan keadaan cermin kereta bahagian penumpang pecah akibat dilempar batu.





Isu kuil perlukan pendekatan dakwah dalam masyarakat majmuk - Harapandaily - 6/03 3:15 pm

Kontroversi yang tercetus berhubung tindakan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dalam himpunan berkaitan isu kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam di Pulau Pinang baru-baru ini, membuka semula perbincangan lebih besar tentang bagaimana dakwah sepatutnya dilaksanakan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia





Pendaftaran prasekolah KPM menggalakkan, lebih 121,000 mendaftar bagi sesi .. - Mgazette - 6/03 7:44 am

# Pendaftaran prasekolah KPM menggalakkan, lebih 121,000 mendaftar bagi sesi 2027 KUANTAN Kementerian Pendidikan (KPM) menerima jumlah pendaftaran yang amat memberangsangkan bagi kemasukan ke prasekolah bagi sesi tahun 2027





Wang RM2.8 juta adalah bayaran pengenalan bukan suapan – Zizie Izette - Mgazette - 6/03 7:44 am

# Wang RM2.8 juta adalah bayaran pengenalan bukan suapan - Zizie Izette KUALA LUMPUR - Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini wang RM2.8 juta yang diterimanya merupakan bayaran pengenalan selepas beliau memperkenalkan FELCRA Berhad kepada perunding unit amanah Public Mutual





Saya tak pernah minta RM2.8 juta - Zizie Izette - Sinarharian - 5/03 6:25 pm

KUALA LUMPUR Balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette A Samad memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, dia tidak pernah meminta wang pengenalan RM2.8 juta.Bekas pelakon drama Spa Q berusia 48 tahun itu berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding bela diri atas tiga kes bersubahat di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.Menjawab soalan peguam, Ridha Abdah Subri, bekas pelakon itu berkata, tidak pernah menolak pemberian wang terbabit kerana ia tidak menyalahi undang-undang.Susulan itu, dia yang juga anak kelahiran Batu Pahat, Johor berkata, dia dengan rela hati menerima wang itu selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan."Saya tanya macam-macam pada ejen itu malah saya tengok, tiada benda yang tidak betul," kata pelakon terbaik dalam Anugerah Skrin dalam drama Aduhai Esah pada tahun 2001 itu.Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamri mempersoalkan tindakan Zizie Izette, apabila tidak menolak pemberian wang mencecah jutaan ringgit itu.Zizie Izette: Sebelum terima wang itu, saya bertanya berkali-kali, macam mana dan duit dari mana, namun setelah difikirkan semua, saya tidak menolak.Pendakwaan: Ini kali pertama di mahkamah Datin Seri kata tidak menolak pemberian wang dari Norhaili.Zizie Izette: Selepas diyakinkan Norhaili, ya saya tidak menolak wang itu.Pendakwaan: Walaupun Datin Seri tahu, wang itu merupakan hasil daripada Felcra dan Norhaili.Zizie Izette: Selepas diambil kira segalanya, saya setuju (untuk menerimanya).Pendakwaan: Jadi Datin Seri tahu itu merupakan wang suapan dan bukannya wang pengenalan.Zizie Izette: Saya tidak setuju.Pendakwaan: Datin Seri ada tanda tangan sebarang borang perjanjian untuk menjadi orang yang memperkenalkan pihak lain, bagi menghalalkan wang pengenalan itu?Zizie Izette: Tidak pernah.Pendakwaan: Jika Datin Seri dan Norhaili berkawan kenapa perlu ada wang pengenalan, sedangkan Datin Seri hanya kenalkan suami pada seorang kawan.Zizie Izette: Kena tanya Norhaili sebab dia yang beri wang itu kepada saya, sedangkan saya tidak pernah minta, jadi saya tak boleh jawab saya minta maaf.Mohamad Fadhly kemudiannya mencadangkan, bahawa istilah wang pengenalan itu sebenarnya tidak wujud.Bagaimanapun, Zizie Izette yang juga saksi pembelaan kedua berkata tidak setuju.Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, memperoleh suapan RM2.2 juta daripada Madhi, iaitu mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi produk unit amanah Public Mutual Berhad.Kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati di sini pada jam 12.30 tengahari dan 5.00 petang 12 Jun 2015.Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, memperoleh suapan RM262,500 daripada Madhi, sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan sama.Kesalahan didakwa dilakukan melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama tertuduh, di lokasi sama pada jam 12.16 tengahari 19 Jun 2015.Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memperoleh suapan RM337,500 daripada Norhaili melalui akaun Public Ittikal Sequal Fund (PITSEQ) tertuduh sebagai upah kepada Bung Moktar bagi tujuan sama, di lokasi serupa pada jam 12.18 tengahari 19 Jun 2015.Semua pertuduhan dibuat mengikut perenggan 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan





Rayer adukan Zamri Vinoth ke polis sekali lagi - Mkini - 4/03 6:23 pm

Ia merujuk kepada ajakan awam untuk menyertai 'operasi' kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam pada Sabtu ini





Another Rayer police report, another investigation against Zamri Vinoth - Mkini - 4/03 5:46 pm

Latest filing concerns gathering over small Hindu temple near Bukit Mertajam Hospital entrance.





Penang police probe Facebook post over temple gathering - Sinardaily - 4/03 5:05 pm

GEORGE TOWN - Penang police have launched an investigation following a police report over a Facebook post by preacher Zamri Vinoth regarding a gathering involving a small Hindu temple near the entrance of Bukit Mertajam Hospital (HBM) scheduled for Saturday.State police chief Datuk Azizee Ismail confirmed that the report was lodged yesterday by Jelutong MP RSN Rayer, adding that an investigation paper has been opened.Investigations are being conducted under Section 505(c) of the Penal Code and Section 233(1) of the Communications and Multimedia Act 1998, he said in a statement today.Azizee urged the public not to spread unverified information with provocative elements or make speculation that could incite ill intent and racial hostility in the country.He also advised the public not to participate in or organise any gathering that could cause disturbances or disrupt public order in the local community.Azizee said police are closely monitoring the situation and will take firm action against any party found to have violated the law.Rayer, who is also chairman of the Penang Hindu Endowments Board (LWHPP), lodged the report at the Northeast District Police Headquarters (IPD) after Zamri allegedly expressed support for the gathering in the Facebook post





Polis siasat hantaran di media sosial isu perhimpunan di kuil Hindu - Sinarharian - 4/03 1:44 pm

GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang memulakan siasatan berhubung satu hantaran di Facebook oleh seorang penceramah berkaitan cadangan penganjuran perhimpunan di sebuah kuil Hindu berhampiran pintu masuk Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac ini.Siasatan itu dimulakan susulan laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer pada 3 Mac lalu terhadap individu dikenali sebagai Zamri Vinoth.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang berunsur provokasi atau membuat spekulasi sehingga boleh mencetuskan niat jahat serta permusuhan antara kaum atau golongan penduduk di negara ini."Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyertai atau menganjurkan sebarang perhimpunan yang boleh menimbulkan kekacauan atau menjejaskan ketenteraman awam masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pihak polis sentiasa memantau rapi perkembangan semasa dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menggesa supaya perhimpunan yang dinamakan sebagai Ops Terjahan Rumah Anutan Haram yang didakwa akan diadakan di sebuah kuil Hindu berhampiran Hospital Bukit Mertajam pada Sabtu ini dibatalkan serta-merta.Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan tiada mana-mana pihak perlu menjadi wira dengan memainkan sentimen agama serta kaum sehingga boleh menjejaskan keharmonian.Menurutnya, tindakan berhimpun secara provokatif bukan sahaja tidak membantu menyelesaikan masalah malah berpotensi mengapi-apikan kebencian yang boleh merosakkan perpaduan negara.Terdahulu tular sebuah poster mengenai perhimpunan di Hospital Bukit Mertajam yang akan diadakan pada jam 3 petang, 7 Mac ini.Tujuan perhimpunan itu diadakan dipercayai untuk menggesa pihak berkuasa meroboh sebuah kuil yang terletak di hadapan hospital berkenaan





Rayer lapor polis hantaran Zamri Vinoth berkait himpunan - FMT - 3/03 11:45 pm

Ahli Parlimen RSN Rayer seru rakyat yang menghargai keamanan untuk buat laporan polis.





Rayer lapor polis hantaran Zamri Vinoth berkait himpunan - Hotfm - 3/03 11:45 pm

Ahli Parlimen RSN Rayer seru rakyat yang menghargai keamanan untuk buat laporan polis.





DAP man files report against Zamri over temple demolition threat - FMT - 3/03 11:05 pm

RSN Rayer also calls on peace-loving Malaysians to do the same.





BISA Awards 2026 iktiraf peranan PMKS - Sinarharian - 3/03 7:30 am

SHAH ALAM - Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 dianjurkan sebagai platform menghargai sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara selain menjadi medan memperkukuh jaringan komuniti perniagaan tempatan.Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program tersebut diwujudkan khusus untuk komuniti PMKS sebagai pengiktirafan terhadap peranan besar mereka yang menyumbang lebih 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat.Menurut beliau, BISA Awards bukan sekadar majlis penyampaian anugerah, sebaliknya turut merangkumi pelbagai aktiviti jaringan perniagaan yang menghubungkan usahawan melalui sesi pertemuan bersama pengasas perniagaan serta penghasilan kandungan promosi."Sejak penganjuran pertama pada tahun 2023, kita telah melaksanakan pelbagai program lebih awal termasuk sesi pertemuan bersama pengasas dan ahli perniagaan serta penggambaran kandungan."Program ini menjadi platform jaringan yang menghimpunkan usahawan untuk bersama-sama berkongsi pengalaman selain memberi peluang kepada mereka memperkenalkan perniagaan masing-masing kepada rakyat Malaysia," katanya pada Isnin.Tambahnya, anugerah tersebut juga diharap mampu menjadi pembakar semangat kepada usahawan baharu serta generasi muda yang semakin cenderung menceburi bidang perniagaan."Anugerah ini juga boleh menjadi inspirasi kepada usahawan yang sedang meningkat naik untuk terus berkembang dalam industri masing-masing," ujarnya.Mengulas keunikan penganjuran tahun ini, Zamri berkata, BISA Awards 2026 tampil dengan pelbagai penambahbaikan hasil maklum balas yang diterima selepas penganjuran pertama pada tahun 2023.Beliau turut memaklumkan bahawa anugerah khas Tokoh Usahawan yang diperkenalkan sebelum ini akan terus dikekalkan bagi menghargai figura yang memberi impak besar kepada dunia perniagaan negara."Pada penganjuran terdahulu, anugerah khas tersebut telah diberikan kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, manakala penerima bagi edisi 2026 akan diumumkan pada majlis berkenaan," katanya.





Man sentenced to death for murdering ex-girlfriend's three-year-old son - Sinardaily - 27/02 3:21 pm

SHAH ALAM - The Klang High Court today sentenced S





Lelaki dera, rendam kepala anak kekasih dalam baldi hingga maut dihukum gantung - Sinarharian - 27/02 2:59 pm

KLANG Seorang lelaki yang mendera anak kekasihnya berusia tiga tahun, menggunakan kayu, penyangkut baju, tali pinggang, malah menenggelamkan kepala dalam baldi hingga maut, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pada Jumaat.Hakim, Norliza Othman menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaaan S Davandakumar, 32, bersifat penafian kosong semata-mata.Semasa membaca keputusan di akhir kes pembelaan, Norliza berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.Menurutnya, mahkamah melihat sendiri laporan bedah siasat yang menunjukkan sekujur tubuh kanak-kanak lelaki yang kecil dan kurus."Anak kecil tersebut dipukul dengan kejam oleh tertuduh, menggunakan semua barang tersebut."Mangsa yang langsung tidak boleh melawan itu kemudiannya direndam dalam air dan jasad kecil itu akhirnya diseret ke bilik lalu dibelasah sehingga tidak bernyawa," katanya.Susulan itu beliau berkata, tiada hukuman lain yang lebih setimpal melainkan hukuman gantung di leher hingga mati.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqilah Ahmad Fuad memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.Menurutnya, lelaki itu melakukan kesalahan yang keji kerana mendera kanak-kanak malang tersebut tanpa belas kasihan, sedangkan dia hanya berusia tiga tahun."Tertuduh memukul mangsa menggunakan pelbagai senjata termasuk menumbuk dan menendang si mati selama tiga hari berturut-turut."Bukan itu sahaja, dia bertindak dengan menyelamkan kepala mangsa sehingga hampir lemas," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Maryam Jamielah Ab Manaff.Selepas si mati kelihatan lemah, beliau berkata, tertuduh mencekik dan menggigit leher serta tangan sehingga mangsa tidak bergerak.Katanya, hanya selepas kanak-kanak itu tidak bergerak, barulah tertuduh berhenti memukul mangsa di hadapan mata ibu kandung si mati sendiri."Walaupun si mati bukan darah dagingnya, namun dia seharusnya melindungi dan menjaga mangsa dengan penuh kasih sayang kerana dia masih kecil dan memerlukan perlindungan dari orang dewasa."Kesalahannya amat keji dan sukar untuk dimaafkan kerana mengambil nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya yang menambah, tertuduh mempunyai rekod sabitan lampau bagi kesalahan (ugutan) di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 2015 dan dadah tahun 2021.Bagaimanapun, peguam, Zamri Ibrahim yang mewakili tertuduh berkata, lelaki itu yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan."Dia yang masih bujang juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama," katanya.Pada 5 Januari 2022, tertuduh didakwa menyebabkan kematian K Nithish di sebuah rumah di Jalan Hulubalang, Taman Sentosa di sini pada 24 Disember 2021.Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan





Mahadi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen - Mgazette - 26/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR - Tiga hari selepas didakwa, suami selebriti Datin Heliza Helmi, Datuk Mahadi Badrul Zaman hadir lagi ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mewakili syarikat AUF MBZ yang diasaskannya bagi menghadapi pertuduhan berniaga sekuriti tanpa lesen





KDN nafi dakwaan tangkapan isu 3R bermotif politik - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# KDN nafi dakwaan tangkapan isu 3R bermotif politik KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan peningkatan jumlah penahanan individu atau aktivis berkaitan isu Agama, Raja dan Kaum (3R) berpunca daripada tekanan atau agenda politik pihak tertentu, sebaliknya menegaskan semua tindakan dibuat berdasarkan laporan awam dan peruntukan undang-undang sedia ada. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, penahanan termasuk membabitkan penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (Garah), Zamri Vinoth serta Cikgu Chandra awal bulan lalu dilaksanakan selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada orang awam





Tiga hari selepas didakwa, Mahadi hadir lagi ke mahkamah wakili syarikat - Mgazette - 26/02 3:10 pm

# Tiga hari selepas didakwa, Mahadi hadir lagi ke mahkamah wakili syarikat KUALA LUMPUR - Tiga hari selepas didakwa, suami selebriti Datin Heliza Helmi, Datuk Mahadi Badrul Zaman hadir lagi ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mewakili syarikat AUF MBZ yang diasaskannya bagi menghadapi pertuduhan berniaga sekuriti tanpa lesen





Syarikat diasaskan suami Heliza Helmi didakwa jalankan urusan sekuriti tanpa lesen - Sinarharian - 26/02 1:40 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Syarikat AUF MBZ Consortium PLT (AUF MBZ) yang diasaskan usahawan, Datuk Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan menjalankan urusan dalam aktiviti terkawal sekuriti tanpa lesen.Mahadi, 43, yang juga suami kepada penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi membuat pengakuan itu, sebagai wakil syarikat berkenaan selaku orang kena saman (OKS) selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.Mengikut dua pertuduhan, syarikat tersebut didakwa menjalankan urusan aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti sedangkan ia bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga sekuriti.Kesalahan didakwa dilakukan di Sunway South Quay, Subang Jaya, Selangor antara 14 Jun 2021 dan 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat bawah subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum bawah subseksyen 58(4) akta sama.Sekiranya didapati bersalah, syarikat itu boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC), K Mageswary berkata, pendakwaan tidak mengenakan sebarang ikat jaminan kerana pertuduhan dibuat terhadap syarikat dan bukannya individu."Saya mohon dua kes ini dipindahkan ke mahkamah lain di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Norma Ismail, untuk dibicarakan bersama kes terdahulu," katanya.Sementara itu, peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus tidak membantah permohonan tersebut.Izralizam kemudiannya membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 April.Pada Isnin lalu, Mahadi didakwa atas dua pertuduhan, sebagai wakil syarikat sama, menjalankan perniagaan sekuriti dalam kes serupa.Sehingga jam 1 petang, usaha pihak media untuk mengambil gambar Mahadi selepas prosiding gagal, selepas ahli perniagaan itu masih meneruskan urusan di mahkamah terbabit.





Pemandu tersepit, kelindan cedera akibat lori terbabas - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Pemandu tersepit, kelindan cedera akibat lori terbabas SHAH ALAM Dua lelaki masing-masing pemandu dan kelindan mengalami kecederaan dalam nahas membabitkan sebuah lori dengan muatan sayur dan buah yang terbabas di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari di sini hari ini





Lori alami masalah brek, terbabas di Persiaran Mokhtar Dahari - Sinarharian - 25/02 4:51 pm

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori dan kelindan cedera selepas lori membawa muatan sayur-sayuran dan buah-buahan terbabas dalam kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kemalangan kira-kira jam 1 tengah hari itu membabitkan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Bidor, Perak ke Shah Alam."Kejadian dipercayai berpunca daripada masalah brek sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum lori terbabit terbabas dan terbalik."Pemandu yang berusia lingkungan 20-an turut tersepit di dalam kenderaan berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ramsay berkata, pemandu dan kelindan masing-masing mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki serta telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri, di talian 019-3229097 bagi membantu siasatan," ujarnya.





Peguam khuatir janggut Mahadi dipotong jika gagal bayar jamin - Mgazette - 23/02 5:52 pm

# Peguam khuatir janggut Mahadi dipotong jika gagal bayar jamin KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan yang mewakili ahli perniagaan, Datuk Mahadi Badrul Zaman membangkitkan isu janggut sebagai salah satu alasan supaya anak guamnya dibebaskan dengan jaminan rendah sementara menunggu perbicaraan





Daud Bakar didakwa bersubahat dalam urusniaga sekuriti tanpa lesen - Mgazette - 23/02 5:52 pm

# Daud Bakar didakwa bersubahat dalam urusniaga sekuriti tanpa lesen KUALA LUMPUR - Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr





Peguam Mohon Suami Heliza Dibebas Dengan Jaminan, Bimbang Janggut Dipotong - Rotikaya - 23/02 4:22 pm

Peguam kepada suami Heliza Helmi iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman yang didakwa berniaga dalam sekuriti tanpa lesen, memohon anak guamnya dibebaskan dengan jaminan





Heliza's husband seeks bail over fear beard will be shaved in prison - Sinardaily - 23/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR The defence for businessman Datuk Mahadi Badrul Zaman, who is charged with conducting unlicenced securities dealings pleaded for bail, saying he fears his beard would be shaved if he is held in jail while awaiting trial.Lawyer Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus, who represented the 43-year-old who is the husband of singer and activist Heliza Helmi, raised the matter during submissions before judges Azrul Darus and Norma Ismail.If bail is not granted and my client is in jail, his long beard may be cut off





Suami Heliza Helmi bimbang janggutnya dicukur - Peguam - Sinarharian - 23/02 3:01 pm

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan ahli perniagaan, Datuk Mahadi Badrul Zaman yang didakwa menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen, merayu dibebaskan dengan jaminan kerana bimbang janggutnya dicukur sekiranya ditahan di penjara sehingga kesnya selesai didengar.Peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus yang mewakili suami penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi berusia 43 berkata demikian ketika sesi rayuan di hadapan Hakim, Azrul Darus dan Norma Ismail."Jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggutnya yang panjang mungkin akan dipotong, ini akan memberi kesan kepada anak guam."Saya mohon mahkamah ambil kira, Mahadi perlu menanggung ibunya yang menghidap kanser dan keluarga mentua," kata peguam.Mohd Zamri berkata, anak guam yang membantu dalam mengendalikan jemaah umrah, telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekali gus tidak menunjukkan dia berisiko untuk melarikan diri.Bagaimanapun, Pegawai pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin mencadangkan, mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam serta keyakinan pelabur dalam pasaran sekuriti sebelum membenarkan jaminan terhadap tertuduh.Beliau berkata, pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan jumlah jaminan sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin."Ia termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SC sekali setiap bulan," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, kedua-dua mahkamah membenarkan Mahadi diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.Pada Isnin, Mahadi, 43, didakwa sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT menjalankan berniaga dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah villa, di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 dan 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum bawah subseksyen 58(4) akta serupa.Sekiranya disabitkan atas kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tidak melebihi 10 atau kedua-duanya.





Suami Heliza Helmi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen - Sinarharian - 23/02 12:30 am

KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Pengasas AUF MBZ Consortium PLT (AUF MBZ), Datuk Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen yang sah.Mahadi Badrul Zaman, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Norma Ismail.Mengikut kedua-dua pertuduhan, suami kepada penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi itu, sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT didakwa menjalankan perniagaan sekuriti sedangkan syarikat berkenaan bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal serta tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah vila di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dibaca bersama Subseksyen 367(1) akta sama serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 58(4) akta berkenaan.Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.Pendakwaan kes ini dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Danial Imran Nasaruddin manakala Mahadi diwakili peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus.Mahkamah membenarkan Mahadi diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekali setiap bulan.Mahkamah menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes.





SPRM tahan bekas pengarah syarikat telekomunikasi disyaki beri rasuah .. - Mgazette - 23/02 8:03 am

# SPRM tahan bekas pengarah syarikat telekomunikasi disyaki beri rasuah kira-kira RM8 juta KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM8 juta kepada Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan sebuah bank sebagai balasan membantu meluluskan permohonan pinjaman





SPRM tahan bekas pengarah syarikat telekomunikasi disyaki beri rasuah RM8 juta - Sinarharian - 22/02 10:39 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM8 juta.Suapan berkenaan dipercayai diberikan kepada pengarah urusan kumpulan sebuah bank sebagai balasan membantu meluluskan permohonan pinjaman.Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari tadi, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.Sumber itu berkata siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2012."Suspek juga dipercayai telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan dokumen Joint Completion Guarantee sebagai memenuhi syarat kelulusan permohonan pinjaman berjumlah kira-kira RM400 juta untuk membiayai sebuah projek fiber optik," katanya.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok



Geng curi kabel dikesan aktif di Seksyen 3, Shah Alam - Sinarharian - 22/02 11:39 am

SHAH ALAM Tindakan sekumpulan lelaki dipercayai aktif mencuri kabel di kawasan Seksyen 3, di sini akhirnya terbongkar selepas rakaman video memaparkan kegiatan mereka tular di media sosial baru-baru ini.Rakaman tersebut menunjukkan beberapa individu menggunakan beberapa kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda dipercayai sedang melakukan kegiatan itu pada waktu malam.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siaran media dikeluarkan susulan penularan video berkenaan yang mendapat perhatian masyarakat setempat.Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang saksi lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga penduduk kawasan berkenaan."Kejadian disedari pada 20 Februari 2026 kira-kira jam 5 pagi ketika saksi sedang tidur sebelum terdengar bunyi bising di luar rumahnya."Saksi kemudiannya bangun dan mendapati sekumpulan lelaki tidak dikenali sedang memotong kabel di kawasan berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, saksi cuba mengekori suspek selepas menyedari perbuatan tersebut.Bagaimanapun, menurutnya, suspek bertindak agresif apabila berpatah balik dan cuba mengejar saksi selepas menyedari kehadirannya."Bimbang akan keselamatan diri, saksi tidak meneruskan tindakan dan suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian," ujarnya.Ramsay berkata, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan dipercayai aktif dan mahir dalam kegiatan mencuri kabel bagi mendapatkan besi tembaga.Katanya, modus operandi digunakan adalah dengan mengorek lubang kabel sebelum menarik keluar kabel tersebut dan memotongnya di lokasi yang lebih sunyi."Nilai kerugian masih dalam siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek-suspek yang terlibat sedang giat dijalankan," katanya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau kegiatan mencuri kabel diminta segera menghubungi talian kecemasan 999."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 0111-6652402 bagi membantu siasatan," katanya.



Polis Shah Alam sedang kesan sekumpulan lelaki curi kabel Polis Shah Alam .. - Mgazette - 22/02 7:53 am

# Polis Shah Alam sedang kesan sekumpulan lelaki curi kabel SHAH ALAM Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang menggunakan beberapa kenderaan termasuk pacuan empat roda dipercayai mencuri kabel di kawasan Seksyen 3, di sini, tengah malam Jumaat



Lelaki China dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu - Mgazette - 21/02 2:33 pm

# Lelaki China dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu ALOR SETAR - Seorang lelaki warga China dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi semalam



10 kematian dalam tujuh hari, JPJ Terengganu perketat operasi motosikal - Utusan - 21/02 1:33 pm

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10 kematian yang direkodkan akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh seminggu sepanjang Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina dari 13 hingga 19 Februari lalu adalah membimbangkan, khususnya sebahagian besar mangsa melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal




Reformasi     >>



Hamzah says 'no' to Umno, pledges to assist PN - Mkini
Former Bersatu number two remains coy with his future political plans.
Kroni     >>



PM stays mum on Azam Baki contract renewal - Star
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim sidestepped a question on whether Tan Sri Azam Baki would continue as chief commissioner when his contract expires on May 12. Read full story
Tabloid     >>



‘Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas Inspirasi .. - Thevocket
Pemergian Allahyarham Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dan dunia intelektual Islam. Orang... The post ‘Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas Inspirasi Saya Buka Sekolah Islamiah’ Yusuf Cat ..
Tech     >>



OpenAI and Google Workers File Amicus Brief in Support .. - Wired
Google DeepMind chief scientist Jeff Dean is among the AI researchers and engineers rushing to Anthropic's defense.
World     >>



Trump vows Iran war will 'end very soon' - Star
TEHRAN: President Donald Trump said Monday that US military operations in Iran would be ending soon, reassuring markets that have been thrust into chaos by a war still reverberating across the Middle East. Read full story
Motor Trend     >>



Porsche Malaysia Fields Naquib Azlan In 2026 Porsche .. - Piston
Porsche Malaysia has confirmed its participation in the 2026 Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) season, fielding local talent Naquib Azlan in the Pro category under Team Porsche Malaysia. The 26-year-old will compete in the full championship season driving the #17 Porsche 911 GT3 Cup (992.2) race ..