| /// |
|
| Search : Yusoff News | Page 1 |
|
Kes jenayah komersial di Kelantan meningkat - Mgazette - 18/12 3:14 pm KOTA BHARU - Kes jenayah komersial di Kelantan mencatatkan peningkatan ketara kepada 2,016 kes bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 1,014 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, bagaimanapun, jumlah kerugian keseluruhan bagi tempoh itu menurun daripada RM52.5 juta kepada RM43.6 juta |
|
Tiada cubaan bina semula jeti haram di Sungai Golok lepas dirobohkan - Kosmo - 18/12 2:29 pm Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, situasi itu dikesan oleh pihak polis selepas menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan yang sebelum ini menjadi laluan .. |
|
CCTV installation in Kelantan private premises, businesses still lacking - Police - Sinardaily - 18/12 2:20 pm KOTA BHARU - The level of installation of closed-circuit television (CCTV) cameras in Kelantan is still not comprehensive, especially involving private and business premises, although the technology has proven effective in helping prevent crime and investigations.Kelantan Police Chief, Datuk Mohd Yusoff Mamat said the results of astudy conducted found that there was still a gap in terms of the installation of CCTV in certain premises, although the need is increasingly critical in efforts to strengthen public safety.He said that from the study conducted, a total of 67 health premises, 145 educational institutions and 180 government administrative offices were identified as having CCTV, while for private premises, 241 health premises, 266 educational institutions and 577 business premises had the facility.According to him, the installation of CCTV in mosques was also found to be high with 302 premises, exceeding the number in business premises, thus showing an imbalance in terms of security needs.Commenting on crime statistics, he said that for the period from January to November, a total of 1,457 housebreaking cases were recorded, with only 37 cases involving premises with CCTV while more than 200 cases occurred in locations without the facility."For business premises, the number of cases is almost balanced between those with and without CCTV, while for government premises, most locations have been equipped with the facility," he said in a press conference after the December Monthly Assembly at the Kelantan Police Contingent Headquarters, here today.Meanwhile, Mohd Yusoff confirmed that a police officer from the Narcotics Criminal Investigation Department at a District Police Headquarters here is being investigated after being suspected of molesting a woman in a car in Pasir Mas, last Wednesday.He said the victim was the wife of a detainee and further investigations were being conducted under Section 345 of the Penal Code."The police officer is in his 30s while the victim is in his 20s," he said |
|
Rombakan kabinet: DAP dapat pakej combo di WP - Harakahdaily - 18/12 1:50 pm KUALA LUMPUR: Rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) baru-baru ini disifatkan sebagai mengecewakan dan sekadar usaha untuk mengukuhkan kuasa politik tanpa mempedulikan keluh kesah rakyat. Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, apa yang berlaku dalam kerajaan hari ini dilihat mengekalkan prestasi buruk dan langsung […] The post Rombakan kabinet: DAP dapat pakej combo di WP appeared first on Harakahdaily . |
|
Statutory rape cases in Kelantan now under state Islamic dept, say police - FMT - 18/12 1:10 pm Kelantan police chief Yusoff Mamat says five cases have been referred to the department so far. |
|
Upah RM150 tidak berbaloi, polis nasihat B40 henti seludup migran - Sinarharian - 18/12 1:04 pm KOTA BHARU Polis Kelantan menasihatkan orang ramai, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40), supaya menghentikan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan dan melindungi migran kerana berdepan hukuman berat yang tidak setimpal dengan upah diterima.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kebanyakan individu yang terlibat sebagai tekong, pelindung atau pengangkut migran terdiri daripada golongan B40 yang terpedaya dengan upah rendah antara RM150 hingga RM500 bagi setiap perjalanan.Menurut beliau, di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, khususnya Seksyen 26A dan 26J, sebanyak 50 kertas siasatan telah dibuka melibatkan tangkapan 70 tekong dan 332 migran."Dalam tempoh itu, polis turut merampas 39 kenderaan termasuk kereta, bas dan motosikal yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan."Hukuman bagi kesalahan ini amat berat, termasuk penjara sehingga 20 tahun serta denda yang tinggi |
|
Kes rogol suka sama suka remaja bawah umur dirujuk JAHEAIK - FMT - 18/12 12:14 am Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata lima kes dirujuk kepada JAHEAIK setakat ini. |
|
Rogol suka sama suka, pesalah perempuan bawah umur di Kelantan didakwa di Mahkamah Syariah - Sinarharian - 18/12 11:27 am KOTA BHARU Kes rogol suka sama suka yang dikenal pasti melibatkan persetujuan bersama antara perempuan berusia 16 tahun kebawah dengan lelaki akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas perempuan bawah umur yang terlibat dengan perlakuan tersebut.Menurut beliau, perkara itu diputuskan hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu."Pelaksanaannya telah bermula sejurus selepas mesyuarat berkenaan."Langkah tersebut adalah susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes-kes rogol yang didapati melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.Menurut beliau, sebanyak lima kes setakat ini telah dirujuk kepada Jaheaik, cuma belum diuar-uarkan kepada umum.Mohd Yusoff memberitahu, remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan di bawah kesalahan ambang seksual Seksyen 14(a) akan turut didakwa di Mahkamah Syariah.Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, trend kes rogol di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebelum ini."Kita tidak menolak kemungkinan penurunan ini berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani untuk membuat laporan."Kebanyakan laporan yang diterima dari pegawai perubatan selepas mangsa di dapati hamil," katanya. |
|
Pegawai narkotik disiasat cabul isteri tahanan - FMT - 18/12 11:01 am Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat wanita itu dikatakan menemui pegawai terbabit dalam sebuah kereta atas urusan suaminya ditahan berkaitan kes dadah. |
|
Cabul isteri tahanan, pegawai narkotik disiasat - Sinarharian - 18/12 10:41 am KOTA BHARU Seorang pegawai narkotik disiasat atas kesalahan mencabul isteri seorang tahanan di Pasir Mas pada minggu laluKetua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pegawai berkenaan berusia 30-an manakala wanita terbabit pula 20-an."Kes masih dalam siasatan dan pegawai terbabit telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.Menurut Mohd Yusoff, wanita terbabit dikatakan berjumpa dengan pegawai tersebut berkaitan urusan suaminya yang ditahan akibat kes dadah.Ujarnya, kejadian itu berlaku dalam sebuah kereta pada sekitar jam 9 malam."Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. |
|
CAP event graced by PM reignites family feud over Yusoff Rawther - Mkini - 17/12 7:00 am Daughters of late Idris say Anwar's presence sullied their father's legacy. |
|
Family of SM Mohamed Idris protests Anwars presence at book launch amid Yusoff Rawther case - Sinardaily - 16/12 4:26 pm SHAH ALAM The children of prominent activist SM Mohamed Idris have objected to and do not approve of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims involvement in the launch of a commemorative book about their late father in Kuala Lumpur yesterday.In a joint statement, Idris children - Ayisha, Fathima and Khatija - said their objections were completely ignored and that Anwar was still celebrated and given a central role as the events officiator.They said the family had never consented to Anwar writing a foreword or being involved in any capacity related to the book, given the misconduct case involving the late Idris grandson, Muhammed Yusoff Rawther.The late SM Mohamed Idris never sought publicity, praise or recognition |
|
FAM denies claims of mass resignations, exco dissolution - FMT - 16/12 3:59 pm FAM acting president Yusoff Mahadi describes the allegations as untrue and baseless. |
|
Anak bantah, tidak restu PM lancar buku SM Idris - Sinarharian - 16/12 3:34 pm SHAH ALAM - Anak-anak aktivis terkemuka SM Mohamed Idris membantah dan tidak merestui dengan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelancaran buku mengenang ayah mereka di Kuala Lumpur, semalam.Anak kepada SM Mohamed Idris, Ayisha, Fathima dan Khatija dalam kenyataan bersama berkata, namun bantahan mereka diabaikan sepenuhnya, malah Anwar tetap diraikan dan diberikan peranan utama sebagai perasmi majlis.Menurutnya, pihak keluarga tidak pernah memberikan persetujuan untuk Anwar menukilkan kata pengantar, atau terlibat dalam apa jua kapasiti berkaitan buku tersebut memandangkan kes salah laku terhadap cucu arwah, Muhammed Yusoff Rawther."Arwah SM Mohamed Idris tidak pernah mencari publisiti, sanjungan atau pengiktirafan |
|
KPE TNB antara tokoh korporat terima anugerah penganjuran sulung ???MADANI .. - Mgazette - 16/12 3:11 pm Di samping Datuk Ir. Megat, antara tokoh-tokoh korporat lain yang diiktiraf ialah Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd, Datuk Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lilayang menerima MADANI Nation Housing Visionary Award, dan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Encorp Bhd, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk MADANI Corporate Reform Award, |
|
FAM nafi ahli jawatankuasa letak jawatan beramai-ramai - Mkini - 16/12 3:09 pm Menurut Yusoff, FAM juga kekal komited untuk beroperasi secara telus, profesional dan berintegriti demi bola sepak Malaysia |
|
FAM nafi dakwaan semua exco letak jawatan - FMT - 16/12 2:43 pm Pemangku Presiden FAM Mohd Yusoff Mahadi menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas. |
|
FAM denies executive committee dissolved, mass resignations - Mkini - 16/12 2:10 pm Existing leaders continue to carry out responsibilities, mandate with full commitment, says Yusoff. |
|
Anak kesal PM lancar buku SM Idris, tak puas hati kes Yusoff Rawther - Mkini - 16/12 2:02 pm Mereka mengecam "cara hina" eksploitasi nama SM Idris demi mengukuhkan imej politik Anwar. |
|
Lagi penduduk Melayu terusir di P Pinang diterajui DAP - Harakahdaily - 15/12 5:45 pm BAYAN BARU: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan wakil rakyat setempat didesak supaya turun segera menyelesaikan isu pengusiran penduduk Kampung Permatang Tepi Laut, di sini yang mendakwa diusir tanpa pampasan dan pembelaan sewajarnya. Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pengosongan melibatkan Lot Tanah No |
|
90 peserta terpilih ikuti umrah percuma - Sinarharian - 15/12 9:50 am KOTA BHARU - Seramai 90 peserta terdiri daripada 44 lelaki dan 46 perempuan terpilih menyertai program umrah percuma Anak Muda Jati Kelantan anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Faizin untuk musim kedua.Bendahari Masjid Imanul Faizin, Rohani Md Yusof berkata, program selama 20 hari itu bermula pada 7 hingga 28 Disember."Tahun ini untuk musim kedua kita adakan kelainan di mana peserta perlu memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang 20 hari. Berbeza dengan tahun lepas peserta hanya datang solat berjemaah pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak."Tetapi kali ini mereka diberikan penginapan, makan minum tiga kali sehari serta perlu menghadiri beberapa kelas yang disediakan selain menghadiri solat berjemaah bagi kesemua lima waktu," katanya ketika ditemui pada Majlis Agihan Zakat Asnaf serta Program Keusahawanan Transformasi Digital Anak Muda Kelantan di Masjid Imanul Faizin, Melor di sini.Hadir sama ialah Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours, Ibrahim Mat Sin.Menurut beliau, tahun ini juga peserta dipilih dari jajahan yang lebih jauh seperti Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Pasir Mas dan lain-lain.Ujarnya, kesemua peserta berusia 20 hingga 35 tahun serta belum berkahwin dan ada dalam kalangan mereka yang sanggup cuti kerja, graduan universiti, baru habis sesi persekolahan dan pelbagai latar belakang.Rohani memberitahu, untuk musim kedua ini mereka yang terpilih bukan sahaja memberi fokus kepada menikmati umrah percuma tetapi lebih kepada pengisian untuk dijadikan bimbingan kepada anak muda apabila tamat program."Selain ilmu agama, kita mahu mereka dapat jadikan input yang diperoleh sepanjang program ini sebagai panduan memulakan kehidupan serta berhadapan dengan masyarakat di luar."Ia bukan sekadar pengisian jiwa dan rohani tetapi bekalan ilmu yang bakal mengubah kehidupan mereka sebaik sahaja tamat program," katanya.Sementara itu, Imam Satu Masjid Imanul Faizin, Mohamad Mukhlis Zamri memberitahu, sepanjang 20 hari itu, peserta bukan sekadar solat berjemaah tetapi berpeluang membaiki bacaan solat dan bertadarus al-Quran.Ujar beliau, ia bagi memastikan anak muda tidak lalai serta berjaya di dunia serta akhirat.Peserta dari Gua Musang, Che Sunorhelmani Che Yusoff, 29, yang merupakan seorang tukang jahit sanggup menolak ratusan pasang tempahan baju raya demi memastikan dia dapat memberikan tumpuan dan menyertai program ini."Pada awalnya saya ingatkan hanya solat berjemaah, fokus kepada hendak menunaikan umrah percuma sahaja tetapi rupanya ia lebih menarik daripada jangkaan selama ini."Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih |
|
FAM jangka laporan siasatan bebas isu dokumentasi tujuh pemain warisan diketahui bulan ini - Sinarharian - 14/12 3:05 pm HASIL penuh siasatan Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berhubung isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka diketahui bulan ini.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat oleh badan induk itu."Kita masih menunggu laporan daripada Tun Raus dan saya menjangkakan laporan itu akan diterima dalam bulan ini juga |
|
Malaysia antara negara paling aman di dunia - PM - Sinarharian - 13/12 7:25 pm PETALING JAYA - Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum, agama dan serantau yang rumit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, keupayaan negara dalam mengurus kepelbagaian itu telah mengukuhkan keyakinan masyarakat antarabangsa dan meletakkan Malaysia sebagai kuasa penstabil di peringkat serantau."Apa pun yang diperkatakan dan dilakukan, negara ini meskipun mempunyai kerumitan dari segi aspirasi serantau, kaum dan agama, Malaysia sememangnya tergolong satu daripada negara paling aman di dunia," kata beliau.Anwar berkata demikian berucap pada majlis Minum Petang Sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di sini, pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff.Perdana Menteri berkata, status Malaysia sebagai negara aman antara faktor utama menjadikan negara ini terus dihormati negara jiran dan komuniti antarabangsa.Hal berkenaan, kata Anwar dibuktikan menerusi kepercayaan diberikan oleh pemimpin serantau dan antarabangsa terhadap peranan Malaysia dalam meredakan konflik dan menggalakkan dialog termasuk oleh negara jiran.Beliau berkata, kedudukan Malaysia yang aman juga mendorong negara jiran seperti Kemboja dan Thailand untuk meletakkan kepercayaan kepada Malaysia bagi membantu memudah cara dialog dan meredakan ketegangan serantau.Majlis dihadiri kira-kira 800 tetamu dalam kalangan komuniti Kristian berkenaan turut diserikan dengan beberapa persembahan |
|
Pas persoal penjelasan Loke, dakwa caj perkhidmatan JPJ guna ejen kutipan .. - Mgazette - 12/12 3:39 pm Menurut Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan Pas Pusat, Ir. Nurul Islam Mohamed Yusoff, bukti jelas menunjukkan bahawa Pos Malaysia, MyEG dan Touch n Go (TNG) sememangnya mengenakan caj perkhidmatan bagi urusan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) |
|
Ejen JPJ: Anthony Loke kantoi lepas berdolak-dalih - Harakahdaily - 12/12 11:10 am KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bahawa syarikat ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menerima sebarang bayaran, komisen atau keuntungan disifatkan sebagai mengelirukan dan bercanggah dengan fakta sedia ada. Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, dakwaan tersebut ‘kantoi’ apabila semakan dokumen rasmi kerajaan menunjukkan […] The post Ejen JPJ: Anthony Loke kantoi lepas berdolak-dalih appeared first on Harakahdaily . |
|
Ejen tiada komisen: Anthony jangan ‘sembang kari’ - Harakahdaily - 11/12 6:15 pm KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke disifatkan hanya sembang kari dan cuba mengelirukan rakyat berhubung isu pelantikan ejen pemungut bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, kenyataan Menteri bahawa ejen pemungut tidak mendapat komisen atau keuntungan daripada JPJ adalah sesuatu yang tidak masuk akal |
|
Pasangan kekasih mengaku tidak bersalah pecah rumah - Sinarharian - 11/12 3:57 pm BUTTERWORTH - Seorang lelaki dan teman wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah rumah, dua bulan lalu.Tertuduh, Mohammad Zaini Yusoff, 26, dan Nurul Natasha Mohammad Shukri, 22, membuat pengakuan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas telah melakukan pecah rumah dengan niat untuk mencuri di sebuah kediaman.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Eco Meadows, Bukit Tambun, antara jam 2.30 hingga 5.00 pagi pada 30 September lalu.Sehubungan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda, dan sekiranya perbuatan melibatkan kecurian, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aini Yahya, tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan bimbang tertuduh akan mengulangi kesalahan yang sama jika diberi jaminan."Saya tidak menawarkan sebarang jaminan kerana terdapat risiko tertuduh mengulangi kesalahan tersebut, sekali gus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman masyarakat."Namun begitu, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mohon jumlah yang tinggi beserta syarat tambahan," katanya.Dalam rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak bekerja memohon agar jaminan minimum diberikan atas alasan perlu menanggung keluarga termasuk ibu bapa.Mahkamah kemudiannya membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM8,000 setiap seorang, dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis terdekat antara jam 7 malam hingga 7 pagi setiap hari.Sementara itu, Nurul Natasha turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu enam utas jam tangan pelbagai jenama bernilai RM20,000 milik Mohamad Danial Syafiq, di ruang solat wanita sebuah kilang di Batu Kawan, pada jam 4.45 petang, 31 Oktober lalu.Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan tersebut, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua orang penjamin.Hakim Zulhazmi turut menetapkan 14 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kedua-dua pertuduhan. |
|
Tunku Ismail dedah ada individu FIFA ugut FAM jika bawa kes ke CAS - Mgazette - 11/12 7:56 am Tujuh pemain itu adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi kelmarin, mengesahkan bahawa badan induk itu sudah mengemukakan rayuan kepada CAS berhubung hukuman yang dikenakan FIFA membabitkan isu dokumentasi tujuh pemain warisan |
|
FAM hormati keputusan Haqimi - Hotfm - 10/12 3:16 pm Kuala Lumpur: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan Haqimi Azim Rosli berhak membuat keputusan sama ada mahu kembali menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) dalam kempen Sukan Sea di Bangkok atau menumpukan masa bersama keluarga susulan pemergian ayahnya, Allahyarham Shahrol Asikin Mohd Shariff, semalam. |
|
Penyeludup alihkan pangkalan haram ke Thailand elak dirobohkan - Sinarharian - 10/12 3:00 pm PASIR MAS - Bimbang dengan operasi merobohkan pangkalan haram oleh pihak berkuasa, sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand dikesan mula mengalihkan jeti haram (rakit) bergerak mereka ke tebing negara jiran.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tindakan itu dikenal pasti ketika fasa kedua operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan di empat lokasi di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang semalam.Beliau berkata, operasi yang dilakukan hingga 14 Disember itu membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, Majlis Keselamatan Negara dan pihak berkuasa tempatan."Saya dimaklumkan bahawa ketika operasi dijalankan, maklumat mengenai perobohan pangkalan haram itu telah bocor dan sampai kepada pengetahuan beberapa penyeludup."Apabila mengetahui perkara tersebut, mereka segera memindahkan jeti berkenaan ke bahagian Thailand kerana bimbang akan dimusnahkan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama hari ini.Mohd Yusoff berkata, beberapa lagi pangkalan haram di sekitar Jeram Perdah dan Rantau Panjang turut dimusnahkan hari ini dengan operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden.Meskipun berdepan dengan cubaan penyeludup mengalihkan jeti, beliau berkata, operasi akan diteruskan bagi memastikan semua struktur haram yang digunakan untuk kegiatan penyeludupan dapat dihapuskan sepenuhnya.Beliau berkata, sebanyak 17 pangkalan haram dikenal pasti untuk dirobohkan dalam usaha membanteras kemasukan haram dan jenayah rentas sempadan, antaranya pangkalan Jitong, Maghrib, Kak Pah dan Kayangan Inn.Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa laluan tikus di sekitar Sungai Golok mendapati aktiviti penyeludupan masih wujud dalam skala kecil, dengan pergerakan mencurigakan dikesan pada waktu malam, terutama di kawasan berpaya dan terlindung |
|
Anthony jangan sorok belakang penjawat awam - Harakahdaily - 10/12 2:54 pm KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook digesa supaya tampil memberikan penjelasan tuntas berhubung isu pelantikan syarikat Rider Gate Sdn Bhd sebagai ejen pemungut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak berselindung di belakang penjawat awam. Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, tindakan Menteri menggunakan agensi untuk menjawab […] The post Anthony jangan sorok belakang penjawat awam appeared first on Harakahdaily . |
|
Senario kembali dengan konsert mega sempena ulang tahun ke-30 - Sinarharian - 10/12 1:40 pm KUALA LUMPUR - Selepas hampir tiga dekad memeriahkan dunia lawak tanah air, kumpulan legenda Senario atau kini dikenali SenarioUnion, bakal kembali menggegarkan pentas melalui Konsert The Last Kopek: SenarioUnion 30 Tahun yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 25 April depan.Konsert berskala mega anjuran Dreamscape Events dan Kapla Entertainment itu adalah hadiah istimewa buat peminat setia mereka bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Senario.Ditubuhkan pada awal 1990-an menerusi gabungan beberapa peserta daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan, kumpulan legenda komedi itu kini dianggotai Azlee Jaafar, Wahid, Lan Pet Pet, Ilya Buang, Saiful Apek dan Yassin Yahya.Mewakili kumpulan itu, Azlee, 58, berkata, persediaan menuju konsert itu bukan sekadar latihan rutin, tetapi menuntut stamina, komitmen dan kesepakatan antara ahli SenarioUnion memandangkan mereka bakal menghiburkan penonton selama lebih dua jam dengan lebih 20 buah lagu."Kami kena kumpul semangat dan tenaga sebab konsert ini bukan sekejap. Ditambah dengan usia kami, bukan mudah untuk sustain atas pentas dalam tempoh yang panjang," katanya pada sidang media konsert berkenaan, di sini malam tadi.Menurut Azlee, walaupun sesekali berlaku perselisihan faham antara ahli kumpulan, hubungan mereka tetap kukuh hasil sifat saling menghormati, keberanian mengakui kesilapan serta memberi ruang kepada setiap individu untuk membaiki diri.Bagi Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, pula, konsert itu bukan sekadar menampilkan elemen jenaka dan nostalgia, tetapi turut menekankan disiplin latihan serta mutu vokal supaya peminat berpuas hati dengan keseluruhan persembahan."Yang paling penting nyanyian tidak sumbang.. |
|
Pelantikan ejen pemungut dibuat sejak 9 tahun lalu – JPJ - Mgazette - 10/12 7:58 am Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff antara pihak yang mempersoalkan lantikan ini berkata, pelantikan syarikat tersebut menimbulkan persoalan memandangkan semua perkhidmatan itu selama ini boleh diakses melalui aplikasi MySikap dan MyJPJ |
|
Pas persoal lantik Rider Gate ejen kutipan JPJ, gesa Anthony Loke beri .. - Mgazette - 9/12 4:38 pm Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, pelantikan syarikat tersebut menimbulkan persoalan memandangkan semua perkhidmatan itu selama ini boleh diakses melalui aplikasi MySikap dan MyJPJ |
|
Ada MyJPJ, MySikap, tapi masih lantik orang tengah? - Harakahdaily - 9/12 3:10 pm KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bertindak melantik syarikat swasta sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipersoalkan pelbagai pihak memandangkan kerajaan sudah memiliki aplikasi rasmi yang berfungsi dengan baik. Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, rakyat pelik dengan keperluan melantik pihak ketiga sedangkan segala urusan boleh dibuat terus melalui […] The post Ada MyJPJ, MySikap, tapi masih lantik orang tengah? appeared first on Harakahdaily . |
|
FAM sah cabar FIFA di CAS - Utusan - 9/12 7:30 am Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, proses rayuan kini memasuki fasa baharu selepas dokumen rasmi dihantar kepada CAS untuk tindakan lanjut |
|
FAM cabar keputusan FIFA, kes pemain warisan dibawa ke CAS - Sinarharian - 8/12 12:04 am PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tindakan mencabar keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat yang dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya telah memanjangkan isu berkenaan ke peringkat lebih tinggi dengan mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).Menurut beliau, proses perundangan itu kini memasuki fasa penting di mana pasukan peguam FAM perlu menyediakan dokumentasi terperinci dalam tempoh yang ditetapkan."CAS telah menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap."FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan," katanya.Mohd Yusoff memberitahu bahawa sebarang perkembangan terkini mengenai proses rayuan tersebut akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.Terdahulu, Jawatankuasa Rayuan FIFA dilaporkan menolak rayuan FAM dan tujuh pemain warisan tersebut berhubung kesalahan di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang membabitkan isu pemalsuan dokumen.Keputusan itu menyaksikan hukuman asal kekal menyaksikan FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta).Sementara itu, tujuh pemain terlibat iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel masing-masing didenda CHF2,000 (sekitar RM10,000).Selain denda wang ringgit, kesemua pemain berkenaan turut dikenakan hukuman gantung selama 12 bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak. |
|
4 bulan carum Perkeso, ibu tunggal layak terima sumbangan peralatan buat kuih - Kosmo - 7/12 2:59 pm KOTA BHARU – Baru empat bulan mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Skim Lindung Diri, seorang ibu tunggal kepada lapan anak termasuk dua orang kurang upaya (OKU) pendengaran terpilih menerima peralatan membuat kuih-muih bernilai RM4,850. Roslina Mat Yusoff, 45, merupakan antara 20 usahawan mikro di Kelantan yang menerima sumbangan melalui Program Cakna Prihatin Perkeso – .. |
|
CiJA pemangkin ketepatan pelaporan kes jenayah rasuah - SPRM - Sinarharian - 6/12 2:24 pm KUALA LUMPUR - Penubuhan Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) mampu membuka ruang kerjasama lebih tersusun bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melaporkan berita berkaitan jenayah rasuah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penubuhan CiJA amat dialu-alukan dan ahlinya digalakkan untuk meneroka bidang kewartawanan penyiasatan.Menurutnya, SPRM bersedia menyediakan latihan mengenai prosedur siasatan, teknik asas penyiasatan jenayah, undang-undang jenayah asas serta teknik temu bual sebagai pendedahan kepada wartawan yang ingin menceburi laporan penyiasatan."Pemahaman yang lebih baik dalam bidang-bidang ini akan meningkatkan keupayaan mereka untuk membongkar isu jenayah."Ini sekali gus memberikan maklumat tepat kepada orang awam serta manfaat kepada masyarakat melalui laporan yang lebih dipercayai dan bertanggungjawab," katanya bagi mengulas kejayaan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama CiJA di sini pada Jumaat.Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, pihaknya melihat CiJA sebagai pemangkin meningkatkan ketepatan pelaporan dan memastikan sensitiviti operasi terpelihara.Jelasnya, ini kerana wartawan meja jenayah merupakan golongan yang paling banyak melaporkan berita berkaitan pencegahan rasuah."Melalui kerjasama di platform ini, penyampaian maklumat anti rasuah dapat dilakukan dengan lebih tepat, pantas dan profesional," ujarnya.Hisyam berkata, pihaknya juga terbuka untuk memberikan latihan kepada wartawan merangkumi etika, undang-undang dan pemahaman Akta SPRM 2009 bagi membantu memperkukuh profesionalisme wartawan meja jenayah.Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu CiJA.Menerusi AGM itu, Safeek Affendy Razali (Berita Harian) dilantik sebagai Presiden, manakala Hafidzul Hilmi (Harian Metro) dan Maszureen Hadzman (Utusan Malaysia) dilantik sebagai Timbalan Presiden 1 dan 2.Jawatan Bendahari pula diisi Farik Zolkepli (The Star) dan Nuraina Hanis Abdul Halim dilantik sebagai Setiausaha. |
|
SPRM raih dua pengiktirafan antarabangsa PR Daily Awards 2025 - Sinarharian - 6/12 10:13 am PUTRAJAYA - Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meraih dua pengiktirafan antarabangsa iaitu Honorable Mention dalam PR Daily Awards 2025 baru-baru ini.Pengiktirafan bagi kategori Penggunaan Kecerdasan Buatan dan Pengurusan Krisis itu diberi oleh Ragan Communications yang berpejabat di Chicago, Amerika Syarikat bagi mengiktiraf hasil kerja paling berimpak, kreatif dan berpengaruh dalam bidang perhubungan awam, pemasaran serta media sosial.Finalis pada tahun ini telah diraikan dalam satu majlis PR Daily Awards pada 2 Disember lalu di City Winery, New York, Amerika Syarikat.Pengarah BKS SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, bagi kategori Penggunaan Kecerdasan Buatan, SPRM diiktiraf atas usaha memanfaatkan kecerdasan buatan dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi memastikan penyampaian maklumat lebih cekap, tepat dan responsif.Menurutnya, kategori Pengurusan Krisis pula menilai keupayaan pasukan komunikasi mengurus situasi sensitif secara pantas dan berkesan."Pengiktirafan itu mencerminkan kemampuan SPRM mengendalikan maklumat berkaitan serta mengekalkan ketelusan ketika berdepan tekanan masyarakat dan cabaran persepsi."Kedua-dua pengiktirafan menunjukkan bahawa pencapaian SPRM berada pada tahap hampir setara dengan pemenang utama seperti Yahoo dan Massachusetts Bay Transporation Authority sekali gus membuktikan tahap kerja komunikasi strategik suruhanjaya ini memenuhi penanda aras antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, Julai lalu, BKS SPRM berjaya merangkul tiga anugerah berprestij di The 5th ASEAN PR Excellence Awards 2025 anjuran ASEAN Public Relations Network (APRN) yang berpangkalan di Jakarta dengan kerjasama Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) yang mengiktiraf pencapaian cemerlang sektor perhubungan awam di negara-negara ASEAN.Jelasnya, dengan pengiktirafan ini, SPRM komited untuk terus memperkasa hubungan dengan masyarakat melalui strategi komunikasi yang lebih efektif."Ini bagi menyokong usaha pencegahan rasuah negara secara lebih menyeluruh dan berdaya saing," ujarnya. |
|
Shamsul Iskandar terpalit isu rasuah, tidak ulas kedudukan dalam PKR - Sinarharian - 5/12 3:30 pm SHAH ALAM Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak mengulas berhubung kedudukannya dalam PKR, selepas didakwa atas lima kes rasuah berhubung lesen penerokaan mineral di Sabah.Selepas prosiding kes di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, Shamsul Iskandar, 51, memohon pihak media memberi tumpuan kepada soalan-soalan berkenaan pertuduhan yang dihadapi dan tidak mencampur adukkan isu politik."Terima kasih kepada rakan-rakan bantu setidaknya kumpul dana untuk jaminan, kerana pada saya ia sangat tinggi, teruskan doa."Kita cerita kes ini dahulu, politik kemudian," kata Ketua PKR Melaka dan Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, sama ada akan meletakkan jawatan dalam parti selepas terpalit dengan kes jenayah tersebut.Shamsul Iskandar kemudiannya beredar sambil menunjukkan isyarat tanda bagus.Pada Khamis, ahli politik ini didakwa atas satu kes bersetuju menerima rasuah RM100,000 dan tiga kes memperoleh wang termasuk kelengkapan perabot serta barangan elektrik berjumlah RM76,829.03.Hakim, Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM150,000 dan memenuhi tiga syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi dan melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM sekali setiap bulan.Susulan itu, wang ikat berkenaan dibayar oleh seorang kenalannya dari Melaka dan seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Angkatan Muda Keadilan (AMK).Sementara itu, peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar berkata, wang jaminan dikumpul menerusi kutipan bantuan daripada kepimpinan parti PKR dan rakan-rakan.Katanya, pemimpin parti itu sememangnya tidak mampu untuk menyediakan wang jaminan yang terlalu tinggi.Pada Jumaat, bapa kepada tiga anak itu didakwa lagi atas satu kes menerima suapan sebanyak RM64,924 untuk bayaran penyewaan rumah, berhubung tujuan sama pada tarikh serupa.Bagaimanapun, Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin mengguna pakai jumlah termasuk syarat tambahan sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. |
|
Shamsul Iskandar, Albert Tei mengaku tidak bersalah rasuah berjumlah .. - Mgazette - 5/12 3:20 pm Ketika prosiding, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad mewakili Shamsul Iskandar, tidak membantah permohonan itu. Selain Amer Hamzah, tertuduh turut diwakili peguam Yusmadi Yusoff dan Joshua Tay |
|
Shamsul Iskandar hit with another Sabah mineral exploration-related bribery charge - Sinardaily - 5/12 10:46 am SHAH ALAM - Former Senior Political Secretary to the Prime Minister Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin was today charged with another bribery offence, this time at the Sessions Court here, involving RM64,924 linked to the approval of mineral exploration licences in Sabah.Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, 50, pleaded not guilty after the charge was read before Judge Datuk Mohd Nasir Nordin."I understand (the charge), (I plead) not guilty (and request trial), he said.Serving as the Senior Political Secretary to the Prime Minister at the time of the alleged offence, Shamsul Iskandar is accused of corruptly receiving RM62,924 from businessman Albert Tei Jiann Cheing, 37, at a bank in Country Heights, Kajang, between Nov 28, 2023 and Sept 23, 2024.The money was allegedly deposited into the bank account of a woman for the purpose of paying rent for a house in Kuala Lumpur, and was purportedly given as an inducement for him to assist companies linked to Tei in obtaining approval for mineral exploration licences in Sabah.The charge was framed under Section 17(a) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009, which provides for a maximum jail term of 20 years and a fine of not less than five times the amount or value of the bribe, or RM10,000, whichever is higher, upon conviction.Judge Mohd Nasir allowed the prosecution's application to adopt the same bail terms and conditions imposed by the Kuala Lumpur Sessions Court yesterday, and ordered the case to be transferred to the Kuala Lumpur Sessions Court.The prosecution was led by Deputy Public Prosecutors Farah Ezlin Yusop Khan and Nurul Qistini Qamarul Abrar, while Shamsul Iskandar was represented by lawyers Datuk Amer Hamzah Arshad, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff and Joshua Tay.Earlier, Farah Ezlin applied for the court to adopt the same bail terms previously imposed on Shamsul Iskandar in relation to four corruption charges at the Kuala Lumpur Sessions Court yesterday."Yesterday, he was charged at the Kuala Lumpur Sessions Court and bail was set at RM150,000 with two Malaysian sureties, with additional conditions requiring him to report to the nearest MACC office once a month and to refrain from disturbing (prosecution) witnesses."We also request that this case be transferred to the Kuala Lumpur Sessions Court 14, with the mention date fixed for Jan 8, 2026," she said.Judge Mohd Nasirallowed the application and ordered the case to be transferred for a joint trial at the same court.InKuala Lumpur yesterday, Shamsul Iskandar pleaded not guiltyto four counts of corruption totalling RM176,829.03, also in relation to the approval of mineral exploration licences in Sabah |
|
Salah guna kuasa boleh jejas data peribadi bocor - Harakahdaily - 4/12 5:39 pm KUALA LUMPUR: Dato Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) menzahirkan kebimbangan terhadap kuasa luas yang diberikan kepada Ketua Pengarah dalam menentukan kaedah pengumpulan dan perekodan data peribadi di bawah Seksyen 22A rang undang-undang baharu |
|
Shamsul Iskandar bayar jaminan RM150,000 hasil kutipan dana - Mgazette - 4/12 3:32 pm Yusmadi Mohd. Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar berkata, anak guamya menyediakan wang jaminan melalui bantuan daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan-rakan yang membuat kutipan |
|
Shamsul Iskandar didakwa 4 pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829 - Mgazette - 4/12 3:32 pm Yusmadi Mohd. Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar turut berhujah agar mahkamah mengambil kira sikap, kelakuan dan pendirian tertuduh ketika isu berkaitan dirinya didedahkan |
|
Cubit Yusoff Sampai Menangis, Netizen Tegur Tapi Aliff Syukri Ada Penjelasan - Murai - 4/12 3:30 pm Kecoh di media sosial bila Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan mencubit anaknya, Yusoff Al Qardawi, sebelum ke sekolah |
|
Shamsul vows action over out-of-line comments on his corruption case - Hotfm - 4/12 2:28 pm His lawyer Yusmadi Yusoff urges the public to refrain from speculating and let the courts decide the matter. |
|
Shamsul vows action over out-of-line comments on his corruption case - FMT - 4/12 2:28 pm His lawyer Yusmadi Yusoff urges the public to refrain from speculating and let the courts decide the matter. |
|
Shamsul Iskandar bayar ikat jamin hasil kutipan dana penyokong - Sinarharian - 4/12 1:58 pm KUALA LUMPUR Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membayar ikat jamin RM150,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen hasil kutipan dana yang digerakkan oleh rakan-rakan serta pimpinan parti.Peguam belanya, Mohd Yusmadi Yusoff berkata, jumlah jaminan tersebut melebihi kemampuan kewangan anak guamnya."Ini menyebabkan Shamsul terpaksa bergantung kepada sumbangan yang dikumpulkan secara pantas selepas prosiding pagi tadi."Shamsul tidak mampu menyediakan jaminan sebanyak itu, namun bantuan daripada pimpinan PKR dan sahabat-sahabatnya membolehkan perkara ini diselesaikan," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Menurutnya, dua individu tampil menjadi penjamin iaitu seorang kenalan Shamsul dari Melaka serta seorang bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK).Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan bersetuju menerima rasuah RM100,000 dan tiga pertuduhan memperoleh wang serta kelengkapan perabot dan barangan elektrik berjumlah RM76,829.03, yang didakwa berlaku pada 2023 dan tahun lalu. |
|
Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’ - Murai - 4/12 11:47 am Itulah perkongsian penuh syukur daripada Ahmad Yusof yang menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya, seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada jam 3.35 petang, 3 Disember 2025. Untuk pengetahuan, Ahmad Yusoff atau dikenali sebagai Beymad merupakan seorang pendakwah dan terkenal di platform Tiktok dengan 1.5 juta pengikut kerana sering berkongsi video berkaitan motivasi, agama dan kehidupan […] The post Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’ appeared first on Murai MY . |
|
PMs ex-pol-sec Shamsul Iskandar charged with corruption linked to Sabah mineral exploration licence - Sinardaily - 4/12 9:59 am KUALA LUMPUR - Former Senior Political Secretary to the Prime Minister Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin was charged in the Sessions Court here today with four counts of corruption amounting to RM176,829.03 in connection with mineral exploration licence approval in Sabah.Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, 50, pleaded not guilty after the charges were read to him before Judge Suzana Hussin."I understand (the charges), (I) plead not guilty and request trial, Shamsul Iskandar said calmly.Shamsul Iskandar, who was serving as the Senior Political Secretary to the Prime Minister at the time of the alleged offences, is accused of agreeing to accept a bribe of RM100,000 in cash from businessman Albert Tei Jiann Cheing, 37, at a hotel car park in Jalan Sultan Hishamuddin here on Nov 24, 2023.The payment was allegedly given as an inducement for him to assist companies in which Tei had interests to obtain mineral exploration licence approvals in Sabah, even though the matter was not connected to his principal affairs.Shamsul Iskandar is also charged with obtaining another bribe of RM40,000 in cash from Tei for the same purpose at a premises in Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya here on Jan 29, 2024.He further faces two additional charges of receiving bribes in the form of furniture and electrical items worth RM14,580.03 and RM22,249, respectively, from the same individual for similar purposes.The two offences were allegedly committed at a premises in Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya here between Dec 7, 2023 and Jan 31, 2024, and at Jalan P14a 1/1, Precinct 14, Putrajaya between Feb 26 and March 5, 2024.All four charges were framed under Section 17(a) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009 [Act 694], which is punishable under Section 24(1) of the same Act.The section provides for a maximum jail term of 20 years and a fine of not less than five times the amount or value of the bribe, if it can be assessed, or RM10,000, whichever is higher, upon conviction.Suzana set Jan 8 next year for mention and allowed bail of RM150,000 with two Malaysian sureties."The court also sets three additional conditions, namely that the accused must report to the nearest MACC office once a month, surrender his passport to the court until the case concludes, and refrain from disturbing prosecution witnesses," the judge said.The prosecution was led by Deputy Public Prosecutor Datuk Ahmad Akram Gharib, Farah Ezlin Yusop Khan and Nurul Qistini Qamarul Abrar, while Shamsul Iskandar was represented by lawyers Datuk Amer Hamzah Arshad, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff and Joshua Tay.DPP Farah Ezlin, meanwhile, said the offences were non-bailable, but if allowed, the prosecution requested bail set at RM300,000 with two Malaysian sureties, and for the accused to surrender his passport, report to the MACC headquarters monthly and not disturb witnesses."These are serious offences, and the penalties are severe, carrying up to 20 years' imprisonment and fines that may reach RM1 million for all four charges |
|
Buli turut dipacu pendedahan digital tidak dikawal - Harakahdaily - 3/12 9:21 pm KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperkemas sistem laporan kebangsaan serta mekanisme perlindungan mangsa dan saksi bagi menangani isu buli yang semakin membimbangkan. Dato Siti Zailah Yusoff (PN-Rantau Panjang) menggesa perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 di Parlimen hari ini |
|
Anak Sulung Redah Banjir Bawa Beg Demi Jawab SPM, “Pertaruhkan Nyawa Untuk Exam Penting..” - Siraplimau - 2/12 5:28 pm Sebuah video di TikTok milik pengguna bernama Yusoff mencuri perhatian ramai apabila memaparkan anaknya terpaksa redah banjir demi menuju ke lokasi peperiksaan SPM |
|
ART: MyIPO rancang pinda tujuh akta, perkukuh perlindungan harta intelek negara - Sinarharian - 2/12 5:12 pm SHAH ALAM Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merancang meminda tujuh akta utama di bawah bidang kuasanya bermula 2026 bagi memastikan perlindungan harta intelek (IP) negara kekal relevan, berkesan dan selaras dengan piawaian antarabangsa.Langkah strategik itu turut mengambil kira perkembangan global termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas MalaysiaAmerika Syarikat (ART) yang dimeterai pada 26 Oktober lalu, sekali gus membuka peluang pasaran lebih luas kepada pencipta, penggiat industri dan pelabur tempatan.Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, pindaan itu bertujuan menyelaraskan standard perlindungan, memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan mekanisme IP agar inovasi tempatan lebih diyakini dan dihormati di peringkat antarabangsa.Beliau menegaskan, langkah itu juga bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi yang mesra pelabur serta memastikan kepentingan pencipta, usahawan dan penggiat industri terus terpelihara.Tujuh akta terlibat ialah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002, Akta Cap Dagangan 2019, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000, Akta Petunjuk Geografi 2022 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.Selaras usaha memperkukuh ekosistem IP negara, ujarnya, MyIPO turut melaksanakan sepenuhnya sistem permohonan Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta (CVN) secara dalam talian bermula 2 Disember 2025."Transformasi digital tersebut membolehkan permohonan dibuat dengan lebih cepat, mudah dan boleh diakses dari mana-mana lokasi tanpa kehadiran fizikal ke kaunter."Ia memberi manfaat kepada pencipta, pemilik hak cipta, institusi pendidikan, usahawan dan penjawat awam yang kini boleh memfailkan karya dengan lebih efisien dan teratur," ujarnya pada gimik majlis pelancaran di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Jaya di Petaling Jaya pada Selasa.Melalui platform yang dipertingkatkan itu, pemohon boleh mengemukakan dokumen, mengesahkan karya, membuat pembayaran digital serta menerima Sijil Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta sejurus pemfailan selesai melalui portal iponline2u.myipo.gov.my.Pada masa sama, MyIPO sekali lagi akan menganjurkan Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2026 bersempena sambutan Hari Harta Intelek Negara.Penganugerahan itu mengiktiraf pencipta, organisasi, pelajar, usahawan dan ejen harta intelek melalui kategori seperti Anugerah Organisasi Terunggul, Anugerah Juara Jenama, Anugerah Wira Inovatif serta Anugerah Khas Pemerkasaan Harta Intelek dan Anugerah Khas Pencapaian Komersial.Penyertaan AHIN dibuka dari 7 November 2025 hingga 15 Januari 2026 sebagai platform untuk menonjolkan inovasi, kreativiti dan pengurusan IP yang cemerlang.Acara kemuncak dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 dengan tema "IP & Sukan Harta Intelek Nadi Malaysia Madani: Dari Idea ke Podium".Bagi meningkatkan kesedaran awam, MyIPO turut melancarkan Promosi MyIPO @ LRT yang menggunakan tren LRT sebagai medium maklumat.Visual promosi itu membawa mesej menggalakkan rakyat mengambil langkah proaktif mendaftar hak cipta, paten, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian sebagai usaha melindungi serta mengkomersialkan harta intelek mereka |
|
MyIPO pinda tujuh akta utama tahun hadapan perkukuh perlindungan harta intelek negara - Utusan - 2/12 4:58 pm PETALING JAYA: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merancang pinda tujuh akta utama pada tahun hadapan bagi memastikan perlindungan harta intelek negara lebih kukuh, relevan dan selaras perkembangan global termasuk tuntutan perdagangan antarabangsa. Ketua Pengarahnya, Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, pindaan menyeluruh itu penting bagi memperkemas standard perlindungan, mengukuhkan penguatkuasaan serta meningkatkan mekanisme sedia ada supaya hak .. |
|
9,674 kes culas nafkah berjaya diambil tindakan - Sinarharian - 2/12 4:23 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani melalui kerjasama rentas agensi, mempertingkatkan penguasaan terhadap pesalah culas nafkah bagi memastikan kebajikan wanita dan kanak-kanak dilindungi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.Beliau berkata, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melaksanakan tindakan termasuk saman penghutang, potongan gaji automatik, pembekuan akaun melalui mekanisme hiwalah serta hukuman penjara hingga 30 hari."Kerajaan memandang serius isu kegagalan membayar nafkah kerana perkara itu satu bentuk pengabaian tanggungjawab yang menjejaskan kebajikan wanita dan anak-anak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan senator Dr Wan Martina Wan Yusoff dan Senator Datuk Edward Linggu Bukut tentang isu kegagalan membayar nafkah di Mahkamah Syariah.Menjelas lanjut, Mohd Na'im berkata, pindaan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan undang-undang berkaitan membolehkan institusi kewangan membekukan akaun penghutang untuk tujuan pelunasan tunggakan nafkah.Setakat September 2025, sebanyak 152 kes hiwalah didaftarkan dan 26 daripadanya berjaya diselesaikan dengan nilai keseluruhan RM79,820 dipindahkan kepada penerima.Mohd Naim berkata, BSK turut mewujudkan Unit Pemantauan bagi menilai pematuhan perintah nafkah, mengurus potongan gaji serta mencadangkan tindakan undang-undang terhadap ketidakpatuhan.BSK juga bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan alamat, pendapatan dan status terkini bekas suami melalui Unit Pengesanan Maklumat."Integrasi data ini mempercepat tindakan penguatkuasaan dan mengurangkan ruang pesalah melarikan diri daripada tanggungjawab," katanya.Beliau berkata, pangkalan data pesalah nafkah diperkukuh melalui sistem e-Nafkah, manakala Mahkamah Khas Nafkah yang ditubuhkan kini mencapai sasaran mempercepat penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan.Menjawab cadangan menubuhkan tabung nafkah sementara, Mohd Naim berkata kerajaan telah menyediakan mekanisme sedia ada melalui Pendahuluan Nafkah dan Bantuan Nafkah yang diuruskan BSK serta Majlis Agama Islam Negeri.Pendahuluan nafkah akan dikutip semula selepas tunggakan berjaya diperoleh melalui tindakan mahkamah, manakala Bantuan Nafkah disediakan untuk asnaf fakir dan miskin, katanya |
|
Umar audit Abu Ubaidah: Integriti bukan sekadar kata-kata - Harapandaily - 2/12 12:33 am Oleh DATUK NIK MOHD HASYUDEEN YUSOFF Salah seorang sahabat utama Nabi Muhammad SAW yang dijamin syurga, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah tidak tukar formula walaupun memerintah berjiran dengan kerajaan Rom |
|
Suami tikam isteri negatif dadah, tiada masalah mental, penganggur - Polis - Sinarharian - 2/12 11:47 am KOTA BHARU Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dipercayai menikam isterinya hingga maut menggunakan sebilah pisau di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah adalah negatif dadah, tidak mempunyai masalah mental, dan merupakan seorang penganggur.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan warga emas berusia 63 tahun itu bertindak demikian kerana bermotifkan cemburu."Suspek berada dalam keadaan terlalu marah sehingga bertindak menikam isterinya |
|
Warga emas disyaki bunuh isteri direman 6 hari - FMT - 2/12 10:38 am Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata kes itu bermotifkan cemburu. |
|
Syak ada kekasih, suami tikam isteri dua kali di belakang badan - Polis - Sinarharian - 1/12 7:18 pm TANAH MERAH Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh, pada Isnin.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, mangsa, Mastura Abdullah, 40, yang merupakan seorang tukang masak, telah bertengkar dengan suaminya berusia 63 tahun."Kejadian itu berlaku selepas suspek mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih |
|
Shamsul Iskandar, Albert Tei direman 6 hari - Sinarharian - 29/11 4:08 pm PUTRAJAYA - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli perniagaan, Albert Tei ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Faith Muneerah Sofian selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.Albert diwakili peguam Zaid Malek dan Mahajoth Singh, manakala Shamsul Iskandar diwakili peguam Yusmadi Yusoff.Mahajoth berkata, pihaknya tidak dibenarkan bertemu Albert sebelum prosiding bermula."Saya telah mengemukakan beberapa hujah utama termasuk dakwaan bahawa Albert sentiasa memberi kerjasama."Tiada isu tak beri kerjasama |
|
Albert Tei sentiasa beri kerjasama tapi SPRM tetap serbu rumah –... - Mgazette - 29/11 3:46 pm Akin, namun mahkamah hanya membenarkan selama enam hari. Peguam Shamsul Iskandar, Datuk Seri Yusmadi Yusoff berkata, tempoh reman diputuskan selepas majistret mengambil kira faktor kesihatan anak guamnya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |