| /// |
|
| Search : Wisma Putra News | Page 1 |
|
Wisma Putra: 55 Malaysians unaccounted for following severe landslides and .. - Sinchew - 28/08 7:43 am Wisma Putra: 55 Malaysians unaccounted for following severe landslides and flood in Nepal near Tibetan border PUTRAJAYA: A total of 55 Malaysians are unaccounted for following severe mudslides and floods in Nepal near the Tibetan border on Wednesday |
|
Pembonceng wanita maut, penunggang cedera motosikal terbabas Pembonceng .. - Mygazette - 28/08 7:43 am # Pembonceng wanita maut, penunggang cedera motosikal terbabas KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas motosikal yang mereka naiki terbabas dan melanggar penghadang batu di simpang empat lampu isyarat Jalan Persiaran Bukit Rahman Putra 1, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam |
|
Ahli perniagaan nafi terima layanan istimewa SPRM ketika siasatan kes .. - Mygazette - 28/08 7:43 am # Ahli perniagaan nafi terima layanan istimewa SPRM ketika siasatan kes Janawibawa KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan menafikan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau diberi layanan istimewa ketika siasatan kes Janawibawa melibatkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
Tiada pengesahan kemalangan jiwa rakyat Malaysia di Nepal, kata Wisma Putra - FMT - 27/08 9:21 pm Pihak kedutaan di Kathmandu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal mengesan keberadaan rakyat Malaysia terjejas. |
|
No confirmed Malaysian casualties in Nepal floods, says Wisma Putra - FMT - 27/08 9:01 pm The foreign ministry says its embassy in Kathmandu is working with Nepalese authorities to establish the whereabouts of Malaysians affected by the floods. |
|
Belum ada pengesahan kemalangan jiwa rakyat Malaysia di Nepal - Wisma Putra - Sinarharian - 27/08 8:51 pm SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri memaklumkan belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemungkinan berlakunya kemalangan jiwa membabitkan warganegara Malaysia susulan bencana banjir di Daerah Rasuwa, Nepal.Menurut kementerian itu, pihaknya mengambil maklum mengenai maklumat tidak sahih yang tersebar di media sosial dan melalui sumber tidak rasmi berhubung kemungkinan terdapat rakyat Malaysia terkorban dalam bencana berkenaan.Menurutnya, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang giat mendapatkan pengesahan segera daripada pihak berkuasa Nepal."Pada peringkat ini, kementerian belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai sebarang kemalangan jiwa yang melibatkan warganegara Malaysia."Bagaimanapun, orang ramai digesa supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak sahih, manakala pengamal media dimohon untuk tidak menerbitkan atau menyebarkan laporan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra terbabit memaklumkan, penyebaran maklumat tidak sahih boleh mencetuskan kebimbangan dan tekanan tidak sepatutnya kepada ahli keluarga yang terlibat."Oleh itu, semua pihak diseru untuk menunggu maklumat rasmi dan menghormati privasi keluarga mangsa yang terjejas," ujarnya lagi.Tambah kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan dan hospital utama di Kathmandu bagi memastikan keselamatan dan keberadaan warganegara Malaysia yang terlibat."Pegawai-pegawai konsular di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing juga telah diaktifkan untuk membantu usaha ini melalui libat urus dengan pihak berkuasa yang berkaitan di negara penempatan masing-masing," kongsinya lagi.Kementerian turut memberitahu, Bilik Operasi di Putrajaya telah beroperasi sejak jam 12 tengah hari bagi menyelaraskan maklumat dan menyediakan saluran komunikasi langsung kepada warganegara Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka.Dalam pada itu, ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan, termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir diketahui dan nombor telefon yang boleh dihubungi, digesa untuk menghubungi Kementerian melalui saluran Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri di talian +603 8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.Mereka juga boleh menyalurkan butiran berkaitan secara terus kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi e-mel mwkathmandu@kln.gov.my, dengan salinan kepada Bilik Operasi Kementerian.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaSementara itu, warganegara Malaysia menetap atau melakukan perjalanan di Nepal terutama mereka yang berada di kawasan terjejas atau berhampiran dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan pihak berkuasa tempatan.Mereka turut digesa mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan menerusi portal e-Konsular.Kementerian akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih diperoleh. |
|
KLN belum terima pengesahan rasmi kematian warga Malaysia - Kosmo - 27/08 8:31 pm PUTRAJAYA- Kementerian Luar Negeri (KLN) menegaskan belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa membabitkan warga Malaysia susulan bencana banjir di Daerah Rasuwa, Nepal. Wisma Putra berkata, KLN mengambil maklum mengenai maklumat tidak sahih yang tersebar di media sosial dan melalui sumber-sumber tidak rasmi lain berhubung kemungkinan berlakunya kemalangan jiwa membabitkan warga Malaysia |
|
9 rakyat Malaysia dalam 'Team Loe' tidak dapat dihubungi, dipercayai berada di lembah ketika banjir Nepal - Sinarharian - 27/08 7:25 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Nasib sembilan rakyat Malaysia yang dikenali sebagai 'Team Loe' masih menjadi tanda tanya selepas kumpulan itu gagal dihubungi susulan banjir yang melanda kawasan Rasuwa, Nepal.Memetik laporan The Star, kumpulan terdiri daripada 10 individu termasuk seorang jurupandu Nepal dalam perjalanan dari Kathmandu menuju ke sempadan Nepal-Tibet dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraPengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada operator yang mengendalikan kumpulan itu, laluan yang dilalui mereka berada di kawasan lembah dan berisiko terjejas akibat kenaikan paras air secara mendadak."Berdasarkan analisis saya, mereka mungkin berdepan paras air yang sangat tinggi kerana kawasan itu merupakan laluan lembah."Ketika banjir berlaku, kedua-dua kenderaan itu dipercayai masih berada kira-kira 81 kilometer dari sempadan Nepal-Tibet," katanya pada Khamis.Muhamad Nur Azrul memaklumkan, buat masa ini, operator belum menerima sebarang berita daripada kumpulan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaBagaimanapun, beliau berkata, terdapat kemungkinan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan selamat sekiranya mereka sempat melepasi kawasan sempadan sebelum kejadian limpahan air yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9 atau 10 pagi.Setakat ini, kerajaan Nepal bersama pasukan penyelamat dilaporkan sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas.Bagaimanapun, usaha mengesan kumpulan berkenaan dikatakan berdepan cabaran berikutan keadaan muka bumi yang sukar serta berbahaya kepada anggota penyelamat. |
|
Banjir Nepal: 'Lokasi terakhir tiga rakan saya di Bhote Koshi' - Sinarharian - 27/08 7:17 pm SHAH ALAM - Ketika nasib beberapa pendaki Malaysia yang gagal dihubungi akibat bencana banjir besar Nepal masih belum diketahui, tiga lagi rakyat negara ini yang melakukan pendakian di kawasan Langtang Valley disahkan terputus hubungan dengan rakan mereka sejak Rabu.Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, emyliatahar yang memaklumkan tiga rakannya yang dikenali sebagai Zaki, Adib dan Muhaimin dipercayai memulakan pendakian di kawasan berkenaan sejak semalam.Menurutnya, komunikasi terakhir dengan ketiga-tiga mereka ialah sekitar jam 10.42 pagi waktu Malaysia pada Rabu, manakala lokasi terakhir yang dapat dikesan adalah berhampiran Bhote Koshi."Tiga orang kawan kami masih belum dapat dihubungi. Sepatutnya mereka bertiga hiking (mendaki) di Langtang Valley sejak semalam.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra"Mesej terakhir pada 10.42 pagi dan lokasi terakhir yang dikesan adalah berdekatan Bhote Koshi |
|
Jana Wibawa: Pengarah KCJ Engineering nafi salah guna, 'jual' nama Muhyiddin - Sinarharian - 27/08 7:10 pm KUALA LUMPUR - Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd pada Khamis menafikan bahawa beliau menyalahgunakan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin atau 'menjual' nama bekas Perdana Menteri itu bagi meyakinkan kontraktor yang memohon projek di bawah Program Jana Wibawa.Datuk Seri Azman Yusoff, 54, yang juga Presiden Kontraktor Bumiputera Malaysia berkata demikian semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik pada perbicaraan kes Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram.Saksi pendakwaan ke-27 itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa semakin banyak beliau mengajak kontraktor memohon projek di bawah Program Jana Wibawa, semakin banyak wang diterima KCJ Engineering dan syarikat Addeen Engineering Sdn Bhd.Menurut saksi, syarikat Addeen Engineering adalah milik adik iparnya dan beliau mengakui mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.Bagaimanapun, Azman mengakui bahawa KCJ Engineering telah menerima RM1 juta daripada syarikat Nepturis Sdn Bhd.Pada prosiding sebelum ini, Pengasas Nepturis Sdn Bhd Lian Tan Chuan (TC Lian) berkata, beliau ada memberi sumbangan RM1 juta kerana Nepturis telah memperoleh projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor bernilai RM141 juta.Disoal Hisyam sama ada Azman tahu bahawa TC Lian memberi sumbangan RM1 juta kerana beliau (Azman) adalah Presiden Kontraktor Bumiputera Malaysia, Azman menjawab, tidak tahu.Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau diberi layanan istimewa dalam siasatan kes Jana Wibawa."Saya telah memberikan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan kes berkenaan," katanya.Azman tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam bahawa sekiranya beliau tidak bekerjasama dengan SPRM dan menjadi saksi pendakwaan, beliau akan dituduh di bawah Akta SPRM.Hisyam: Motif awak hadir ke mahkamah sebagai saksi SPRMbagi pihak pendakwaan adalah untuk menyelamatkan diri daripada pertuduhan yang dikenakan terhadap awak?Azman: Saya tidak pasti.Bagaimanapun, ketika disoal semula oleh Hakim Noor Ruwena Md Nurdin, saksi itu bersetuju bahawa motif beliau hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan adalah bagi mengelakkan dirinya daripada dikenakan pertuduhan.Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti itu daripada empat syarikat, iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Datuk Seri Azman Yusoff, berkaitan Projek Jana Wibawa.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun AmBank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Perbicaraan bersambung 1 September ini |
|
Banjir Nepal: Rakyat Malaysia belum dapat dikesan, angka belum disahkan - Mohamad - Sinarharian - 27/08 6:37 pm JEDDAH - [DIKEMAS KINI] Rakyat Malaysia dilaporkan masih belum dapat dikesan susulan banjir besar di Nepal namun jumlah tersebut juga belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, maklumat itu diterima daripada agensi pelancongan dan sedang dikumpulkan serta disemak oleh Kedutaan Malaysia di Kathmandu."Kita cuba menghubungi mereka tetapi tidak ada jawapan. Jadi, kita telah masukkan nama mereka dalam senarai yang masih hilang dan usaha sedang dilakukan oleh pihak keselamatan Nepal untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini pada Khamis.Mohamad berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung hari ini.Beliau berkata, usaha mengesan mereka menghadapi kesukaran berikutan laluan terjejas, selain jalan raya terputus dan jambatan musnah.Katanya, berdasarkan laporan terkini yang diterima daripada Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Kementerian Luar Nepal, pihak berkuasa negara itu sedang menjalankan operasi SAR bagi mengesan mangsa yang masih hilang."Kita mendapat laporan banjir itu seperti tsunami daratan yang amat besar, menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan ramai yang masih dilaporkan hilang," katanya.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaDalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, Malaysia telah menghantar staf tambahan dari Dhaka, Bangladesh ke Kathmandu bagi membantu Kedutaan Malaysia mengurus situasi tersebut.Staf tambahan akan membantu memantau perkembangan operasi, mengurus kebajikan rakyat Malaysia serta berurusan dengan pihak keselamatan Nepal."Kita telah menghantar staf tambahan dari Dhaka kerana dari situ hanya kira-kira satu jam sahaja untuk terbang ke Kathmandu," katanya.Mengenai kemungkinan Malaysia menghantar bantuan fizikal termasuk pasukan penyelamat, Mohamad berkata perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).Dalam pada itu, beliau menzahirkan simpati dan dukacita kepada keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan."Saya ingin menyampaikan rasa takziah dan dukacita saya kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang masih dalam kategori tidak dapat dikesan atau hilang."Kita doakan agar sesuatu keajaiban boleh berlaku dan kita dapat menemui mereka," katanya |
|
Masalah komunikasi, status 17 rakyat Malaysia belum dapat disahkan - Ejen pelancongan - Sinarharian - 27/08 5:19 pm SHAH ALAM - Status keselamatan 17 rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas masih belum dapat disahkan susulan masalah komunikasi dan isyarat liputan di lokasi bencana di daerah Rasuwa.Wakil agensi pelancongan Fishtail Tours & Travels, Roshan Panday berkata, usaha mendapatkan maklumat terkini sedang dijalankan termasuk menghubungi pihak berkaitan bagi mengesahkan keadaan sebenar.Menurutnya, sebarang maklumat yang belum disahkan tidak akan dikongsikan bagi mengelak kekeliruan atau penyebaran berita tidak tepat."Berhubung keselamatan dan status semasa mereka, kami juga menghadapi masalah komunikasi dan isyarat yang ketara di kawasan terjejas.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra"Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan hubungan dan mengesahkan keadaan, namun buat masa ini, kami tidak mahu memberikan sebarang maklumat yang belum disahkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Menurut Roshan, pihaknya juga tidak dapat mendedahkan nama serta butiran peribadi pelanggannya tanpa mendapat persetujuan individu berkaitan atau ahli keluarga mereka."Kami akan berkongsi sebarang maklumat yang telah disahkan sebaik sahaja ia diperoleh."Kami perlu menghormati privasi dan tidak boleh berkongsi butiran peribadi tanpa kebenaran yang sewajarnya," katanya lagi.Setakat jam 5 petang (waktu tempatan) Roshan memaklumkan pihaknya menunggu perkembangan terkini daripada pasukan penyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.Terdahulu media melaporkan, seramai 17 rakyat Malaysia yang diuruskan agensi yang berpangkalan di Nepal itu dalam perjalanan menuju ke Gunung Kailash di Tibet, China bagi melaksanakan upacara keagamaan.Kumpulan itu tiba di Nepal, Ahad lalu bagaimanapun masih gagal dihubungi dalam tempoh lebih 24 jam ekoran bencana banjir berhampiran sempadan Nepal-Tibet pada Rabu.Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Rasuwa dan Nuwakot berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi. |
|
Terperangkap di sempadan Tibet: Mana hilangnya 55 rakyat Malaysia? - Mkini - 27/08 5:10 pm Wisma Putra memaklumkan rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi, |
|
Banjir Nepal: Tangguh pendakian selamatkan 10 rakyat Malaysia - Sinarharian - 27/08 4:08 pm KUALA LUMPUR - Keputusan menangguhkan perjalanan membawa sekumpulan 10 rakyat Malaysia ke Lembah Langtang, Nepal, telah menyelamatkan mereka daripada terperangkap dalam tragedi banjir besar yang melanda daerah Rasuwa pada Rabu.Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin, 59, berkata, trip pendakian selama 11 hari itu pada asalnya dijadualkan bermula pada 20 Ogos lalu terpaksa ditolak atas masalah teknikal.Menurutnya, kawasan Rasuwa merupakan antara laluan permulaan menuju trek Lembah Langtang dan Gunung Kailash di Tibet."Daerah ini berhampiran sempadan negara China itu antara starting point ke trek Lembah Langtang dan Gunung Kailash di Tibet kini dilaporkan musnah."Namun, sekiranya pendaki mungkin berada di bahagian atas Lembah Langtang, mungkin mereka terselamat dan disebabkan masalah komunikasi, mereka terputus hubungan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraMohd Noor yang kini berada di Pokhara berkata, beliau menerima banyak panggilan daripada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai bencana berkenaan."Bagi yang mengikuti trip pendakian Annapurna Base Camp dan Everest Base Camp, laluan itu tidak terlibat secara langsung dengan bencana terbabit."Namun begitu, trip pendaki ke Lembah Langtang pada November ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan, bergantung kepada keadaan semasa," katanya.Mengulas keadaan di lokasi bencana, Mohd Noor berkata, situasi ketika ini amat mencabar apabila hampir keseluruhan aset kerajaan Nepal dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa."Semua aset kerajaan dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 400 kilometer dari Kathmandu."Akses melalui jalan darat juga terputus sepenuhnya dan difahamkan bantuan disalurkan menggunakan helikopter |
|
'Kami okay di sini cuma talian tak kuat sangat Pendaki Malaysia di Nepal - Sinarharian - 27/08 3:41 pm SHAH ALAM Tanda tanya mengenai keadaan seorang rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ketika menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna susulan bencana banjir kilat buruk di Nepal akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan memaklumkan dirinya selamat.Menerusi hantaran tular di Threads pada Khamis, lelaki yang menggunakan nama akaun zlmifirl memaklumkan masalah capaian talian di kawasan kem induk atau base camp menjadi punca dia sukar dihubungi."Kami okay sahaja di sini, talian tak kuat sangat di base camp ini," katanya ringkas.Lelaki berkenaan turut berkongsi sekeping gambar terbaharu dirinya yang kelihatan dalam keadaan sihat.Kakak lelaki itu pada Rabu meminta orang ramai mendoakan keselamatan adiknya itu selepas gagal menghubunginya ketika banjir melanda Nepal.Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut yang menggunakan nama akaun isfarrina berkata, adiknya menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna, namun dia tidak mengetahui agensi pelancongan yang mengendalikan perjalanan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Najib, Muhyiddin, Ismail Sabri: Tiga bekas PM di mahkamah hari ini Ismail Sabri tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhanIsmail Sabri didakwa tidak isytihar RM14.7 juta, jutaan mata wang asing, 5 jongkong emasAmat pelik dakwa Ismail Sabri tidak isytihar harta- PeguamSaya sihat Ismail SabriPendakwaan cadangkan Ismail Sabri dijamin setengah jutaTiada siapa gembira apabila didakwa Peguam Ismail Sabri"Doakan adik saya yang berada di Nepal sekarang selamat. Saya memang tak tahu dia pergi dengan agensi pelancongan apa, dia sertai trip ke Annapurna."Tapi alhamdulillah, saya dah hubungi kedutaan di sana dan nama dia memang tiada dalam senarai hilang, cuma sampai sekarang masih tak dapat dihubungi sebab di sana memang talian tengah bermasalah," katanya pada Rabu.Wanita itu turut berkongsi gambar adiknya ketika berada di kawasan pergunungan selain tangkap layar aplikasi penjejakan lokasi yang dipercayai menunjukkan kedudukan terakhir lelaki berkenaan.Terdahulu, lebih 1,300 mangsa dilaporkan hilang manakala sekurang-kurangnya 165 maut susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet.Agensi pengurusan bencana Nepal memaklumkan, 823 orang masih belum dapat dikesan termasuk sekurang-kurangnya 579 pelancong Nepal dan warga asing.Wisma Putra pula mengesahkan angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar itu terus meningkat kepada 55 orang.Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain berkaitan. |
|
King voices concern over Malaysians caught in Nepal floods - Malaymail - 27/08 3:39 pm KUALA LUMPUR, Aug 27 His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, has urged Wisma Putra to take all necessary m... |
|
Banjir Nepal: 17 Rakyat Malaysia laksana upacara keagamaan di Gunung Kailash tidak dapat dihubungi - Sinarharian - 27/08 3:37 pm Padmahwathi, 58, antara 17 rakyat Malaysia dalam kumpulan itu yang diuruskan oleh agensi pelancongan Fishtail Tours & Travels yang berpangkalan di Nepal.Beliau berkata, kumpulan itu tiba di Nepal pada 23 Ogos dan dijadual meneruskan perjalanan keagamaan sehingga 5 September ini."Perbualan secara langsung yang terakhir dengan kumpulan itu direkodkan kira-kira pada 8.18 pagi waktu Nepal semalam (pada 10.33 pagi waktu Malaysia), apabila mereka dilaporkan berada kira-kira dua kilometer dari Pusat Pemeriksaan Imigresen Nepal-Tibet."Selepas itu, semua hubungan dengan kumpulan itu terputus. Kami cuba menghubungi agensi pelancongan tersebut dan Kedutaan Malaysia tetapi setakat ini, kami masih belum menerima sebarang maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBeliau berkata, mesej terakhir menerusi aplikasi WhatsApp daripada keluarganya diterima kira-kira pada 8.40 pagi waktu Malaysia semalam.Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan, sebanyak 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi dan pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai rakyat Malaysia yang terjejas setakat ini.Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, agensi pelancongan, pihak berkaitan yang lain bagi memastikan keselamatan serta mengesan keberadaan rakyat Malaysia terbabit.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan semua jabatan berkaitan supaya segera mengenal pasti dan menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, dengan misi diplomatik Malaysia di Kathmandu serta New Delhi digerakkan untuk membantu usaha itu.Banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah Rasuwa dan Nuwakot di Nepal berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.Bencana itu menyebabkan gangguan komunikasi manakala laluan utama yang menghubungkan kawasan terjejas dengan ibu negara, Kathmandu, juga terputus.Keadaan sedemikian menyukarkan usaha menyelamat serta akses kepada mereka yang terjejas.Laluan tersebut lazimnya digunakan oleh mereka yang melakukan perjalanan keagamaan di Gunung Kailash dan kalangan pendaki yang menuju ke kawasan Everest.Sementara itu, satu lagi kumpulan yang diketuai pendaki Everest Malaysia, Datuk N |
|
Two fire officers among Malaysians still uncontactable in Nepal - Sinardaily - 27/08 3:36 pm They were on their way to EBC. They were not climbing, but travelling by jeep along the Tibet route, he told Bernama when contacted today.He added that Mohd Fakhrul Munir was among those who took part in the Bomba de Everest Mencari Hati Emas charity climbing expedition to Mount Everest in 2025.Wisma Putra said in a statement today that families had been unable to contact more than 50 Malaysian travellers in Nepal following Wednesday's devastating floods, in which hundreds of foreigners and Nepalese remained unaccounted for |
|
Agong gesa ambil tindakan wajar bantu rakyat Malaysia terjejas banjir di .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm # Agong gesa ambil tindakan wajar bantu rakyat Malaysia terjejas banjir di Nepal KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menggesa Wisma Putra mengambil segala tindakan sewajarnya berhubung rakyat Malaysia yang terjejas susulan kejadian banjir besar di Rasuwa, Nepal |
|
Nepal floods: King calls for action to help affected Malaysians - SUN - 27/08 3:15 pm Sultan Ibrahim urges Wisma Putra to take necessary action and update families on Malaysians affected by the Nepal floods in Rasuwa. |
|
Agong Gesa Wisma Putra Ambil Tindakan Sewajarnya Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Di Nepal - Siakapkeli - 27/08 3:10 pm Yang di-Pertuan Agong menitahkan Wisma Putra mengambil tindakan sewajarnya dan menyalurkan maklumat terkini kepada keluarga rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Rasuwa, Nepal. |
|
Nepal floods: 55 Malaysians in Kathmandu remain uncontactable - Wisma Putra - Sinardaily - 27/08 3:01 pm KUALA LUMPUR - Fifty-five Malaysians in Kathmandu are currently uncontactable following a devastating flood triggered by the overflowing of the Bhote Koshi River in Rasuwa District, Nepal, on Wednesday, according to the Foreign Ministry of Malaysia.In a statement on Thursday, the ministry widely known as Wisma Putra said the number is based on the latest information received from family members, travel agencies, and other relevant sources."The ministry understands that severe disruptions to communication and electricity networks in the affected areas may be contributing to the difficulties in establishing contact, it said.Citing local authorities, the ministry said the flash flood has caused severe damage to infrastructure such as roads, bridges, highways, and communication networks, and hampered access to the affected areas and search and rescue (SAR) operations.The Embassy of Malaysia in Kathmandu is in close communication with the Nepalese authorities, SAR teams, Nepal Tourism Board, travel agencies, and major hospitals in Kathmandu to ascertain the safety and whereabouts of the Malaysians involved."At this stage, the ministry has not received any official confirmation of Malaysian casualties, Wisma Putra said.To strengthen its consular response, Wisma Putra has deployed an officer from another Malaysian mission in the region to support the embassy in Kathmandu.The ministry has also activated its Operations Room in Putrajaya, effective from 12 pm Thursday, to coordinate information and provide a direct channel of communication.Malaysians in the affected areas and family members may contact the Ministry of Foreign Affairs Operations Room at +603 8887 4570, or email dutyofficer@kln.gov.my.Alternatively, family members may also email the Embassy of Malaysia in Kathmandu at mwkathmandu@kln.gov.my with details of the Malaysians involved, such as full name, passport number, travel itinerary, last known location, and contactable telephone number, and copy the email to Wisma Putras Operations Room to facilitate coordination.Wisma Putra extended its condolences to the government and people of Nepal, particularly to the families of those who lost their lives, and expressed its sympathies to all those affected by the disaster.Malaysians residing in or travelling through Nepal, particularly those in or near the affected areas, are advised to remain vigilant, prioritise personal safety, and adhere to all instructions issued by local authorities, and also to register and update their contact details via the e-Konsular portal at - BERNAMA |
|
Sokongan dua ADUN Bersatu bukan kerana peruntukan - Wan Rosdy - Sinarharian - 27/08 2:43 pm KUANTAN- Sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai bukan kerana peruntukan.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebaliknya berkata, keputusan ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin dan ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus itu dilihat lebih untuk rakyat.Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat malah mengalu-alukan sekiranya lebih ramai lagi dalam kalangan ADUN tampil memberikan sokongan kepada pentadbiran negeri."Saya ucapkan terima kasih kepada mereka atas sokongan ini dan ia menunjukkan bahawa kita memang bekerja untuk rakyat Pahang."Politik ini kita letak perkara yang nombor dua, nombor tiga, nombor empat kerana yang paling penting rakyat Pahang," katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.Sementara itu, Jasri berkata, Kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) dan perkembangan politik semasa antara punca mereka memilih untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Pahang.Beliau berkata, politik itu sendiri dinamik dan semua tahu mengenai kemelut PN dan perkembangan politik semasa seperti berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan."Keputusan ini bukan mustahil tapi praktikal demi memastikan pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan (DUN) kami."Sokongan ini ikhlas dan saya sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyokong dasar serta program yang dilaksanakan demi kepentingan rakyat," ujarnya.Jasri menjelaskan, sokongan itu bagaimanapun hanya sehingga DUN dibubarkan."Untuk kerjasama seterusnya belum tahu, akan bincang dan ia bukan mutahil berlaku," ujarnya.Timbalan Ketua Bersatu Pahang itu berkata, masa yang panjang diambil sebelum memutuskan untuk menyokong kerajaan Pahang kerana perlu meneliti keikhlasan kerajaan negeri dalam membantu rakyat. |
|
Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka' - Sinarharian - 27/08 2:03 pm SHAH ALAM Sekumpulan sembilan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menyertai misi pendakian di Tibet, China gagal dihubungi ketika berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Nepal sejurus negara itu dilanda banjir buruk.Kesemua sembilan pendaki terbabit yang diketuai oleh wakil operator pendakian warga Nepal, Ganesh Neupane dianggarkan berusia antara 40 hingga 65 tahun.Mereka ialah Shabuddin Mun, Azman Karim, Mohd Fadzil Daros, Muhammad Haziq Ismail, Mohd Mohan Salim, Jason Ngeow, Muhamad Nasir Abdul Talib, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd Sani Harul.Rakan kumpulan pendaki itu, Azrul Zabani berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada operator pendakian di negara itu yang mengendalikan kumpulan terbabit, kesemua pendaki tersebut bertolak dari Kathmandu kira-kira jam 3.30 pagi dengan menaiki dua jip dan dalam perjalanan menuju ke sempadan Nepal-Tibet.Katanya, kejadian kepala air itu dipercayai berlaku sekitar jam 9 hingga 10 pagi waktu Nepal ketika kesemua mereka masih berada dalam jip dan wakil operator yang membawa sempat memaklumkan bahawa berlaku insiden kepala air."Saya baru mendapat perkhabaran bahawa rakan pendaki saya yang yang hendak ke Lhasa Tour, Tibet masih gagal ditemui. Semua komunikasi dengan kumpulan pendaki ini gagal sejak semalam hingga jam 2 pagi ini.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra"Mereka menaiki dua buah jip untuk ke Lhasa Tour, Banjir berlaku antara jam 9 hingga 10 pagi pagi waktu Nepal dan pada masa kejadian mereka semua duduk dalam jip serta hampir sampai ke sempadan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan, angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.Sekurang-kurangnya 95 orang turut dilaporkan manakala ratusan lagi dilaporkan hilang selepas banjir kilat besar menghanyutkan beberapa perkampungan dan merosakkan kemudahan asas di Nepal.Menurut laporan portal antarabangsa yang memetik pihak berkuasa tempatan, bencana itu menyebabkan kerosakan pada jalan raya, jambatan, sistem bekalan elektrik serta beberapa projek tenaga di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Tibet.Mengulas lanjut, Azrul, 47, yang juga pendaki berpengalaman memberitahu, berdasarkan keadaan muka bumi di lokasi, terdapat kebimbangan kumpulan berkenaan mungkin terkena kepala air yang sangat deras kerana laluan terbabit berada di kawasan lembah yang dipercayai menjadi laluan air.Bagaimanapun, menurutnya, masih ada harapan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat sekiranya sempat melepasi sempadan sebelum kejadian berlaku."Kalau mereka sudah lepas urusan di sempadan sebelum waktu kejadian sekitar jam 9 hingga 10 pagi, kebarangkalian untuk mereka selamat tinggi," ujarnya.Katanya, usaha mencari dan menyelamat kini sedang digerakkan kerajaan Nepal, namun keadaan di kawasan bencana dilaporkan amat teruk selain terdapat beberapa lokasi yang berbahaya untuk dimasuki pasukan penyelamat.Azrul berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Nepal juga sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini daripada pasukan penyelamat berhubung nasib kumpulan terbabit.Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Rohana Man turut meluahkan kebimbangan terhadap keadaan rakannya yang turut bersama kumpulan pendaki berkenaan.Dia juga memohon orang ramai mendoakan keselamatan rakannya dan pasukan berkenaan selepas gagal menghubungi mereka menerusi WhatsApp sejak malam Rabu."Allahuakbar.. |
|
Banjir Nepal: 55 Rakyat Malaysia Dilaporkan Kepada Kedutaan Belum Dapat Dihubungi - Wisma Putra - Siakapkeli - 27/08 1:19 pm Wisma Putra memaklumkan 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar di Rasuwa, Nepal, dengan gangguan komunikasi dan elektrik mu... |
|
Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled - Sinarharian - 27/08 12:18 am KUALA LUMPUR -Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membantu dalam usaha kemanusiaan susulan banjir besar yang melanda Nepal, tertakluk kepada keputusan kerajaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, ATM bersedia menyumbang kepakaran dan keupayaan dalam misi kemanusiaan serta berkaitan keamanan sekiranya penglibatannya diperlukan."ATM bersedia untuk menyumbang kepakaran dan keupayaan kepada misi-misi berkaitan keamanan berhubung banjir di Nepal."Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan sekiranya mereka memutuskan penglibatan ATM diperlukan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraTerdahulu, Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu memaklumkan sebanyak 54 rakyat Malaysia gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepalsemalam.Kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.Bencana tersebut mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan ibu negara, Kathmandu, sekali gus menyukarkan perhubungan dan pergerakan keluar masuk mangsa terjejas.-Bernama |
|
Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang - Sinarharian - 27/08 12:00 am PUTRAJAYA Angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.Perkara itu disahkan Wisma Putra dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.Ujar Wisma Putra, gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik di kawasan terjejas mungkin menyumbang kepada kesukaran untuk menghubungi rakyat Malaysia terbabit."Pada peringkat ini, kementerian belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa melibatkan warganegara Malaysia," ujar KLN itu.Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan bahawa 11 rakyat Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa terputus hubungan susulan banjir berkenaan.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBanjir kilat yang melanda kawasan Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa turut menyebabkan kerosakan besar terhadap jalan raya, jambatan dan infrastruktur, selain menyukarkan akses ke kawasan terjejas.Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Nepal, termasuk penggunaan helikopter berikutan akses jalan raya ke kawasan terbabit terjejas akibat banjir.Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta hospital-hospital utama di Kathmandu.Langkah itu bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat.KLN berkata, banjir berkenaan turut menyebabkan kerosakan teruk terhadap infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan, lebuh raya dan rangkaian komunikasi."Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, namun akses ke kawasan terjejas masih terhad," katanya.Pada masa sama, kementerian mengambil langkah segera menempatkan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu.KLN turut mengaktifkan Bilik Operasi di Putrajaya mulai jam 12 tengah hari Khamis bagi menyelaras maklumat serta menyediakan saluran komunikasi langsung untuk rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga mereka."Ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan rakyat Malaysia terbabit boleh mengemukakan butiran termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir diketahui dan nombor telefon kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu bagi memudahkan penyelarasan," katanya.Dalam perkembangan sama, KLN menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan di Nepal, khususnya mereka yang berada atau berhampiran kawasan terjejas, supaya terus berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri.Rakyat Malaysia juga digesa mematuhi semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan serta mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan masing-masing secara berkala melalui portal e-Konsular.Kementerian berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan dan memberikan maklumat terkini sekiranya perlu. |
|
Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia - Sinarharian - 27/08 11:13 am KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamismenzahirkan rasa dukacita susulanbencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepal, selainmemaklumkan kerajaan sedang giat menjalankan usaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi.Beliau berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara itu dan agensi berkaitan dalam usaha mengesanserta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terbabit.Anwar berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan."Saya juga amat terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar (KLN) bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini dan usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dilakukan," katanya menerusi hantaran di Facebook.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBeliau berkata, Kerajaan Madani menerusi KLN akan terus memantau perkembangan terkini dengan teliti sertamenggembleng segala ikhtiar diperlukan bagi memastikan keselamatan dankebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan."Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan |
|
Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi Banjir di Nepal: .. - Mygazette - 27/08 7:58 am "Pihak Kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang dikerahkan oleh kerajaan Nepal bagi mengesan warganegara Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di Nepal, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya kekal berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan |
|
17 Malaysians among 291 foreign nationals missing in Nepal floods - FMT - 26/08 11:23 pm Wisma Putra advises citizens residing in or travelling through the country to register and regularly update their contact details through the e-Konsular portal. |
|
Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal - Mypress - 26/08 9:39 pm PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir… |
|
11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra - Sinarharian - 26/08 7:52 pm PUTRAJAYA - Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi-agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa susulan banjir besar di Nepal.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan kehilangan komunikasi itu dipercayai berpunca secara langsung akibat gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik yang disebabkan oleh bencana berkenaan."Pihak Kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang dikerahkan oleh kerajaan Nepal bagi mengesan warganegara Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka," menurut kementerian itu dalam pemakluman media pada Rabu.Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di Nepal, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya kekal berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Kementerian itu turut menggesa warganegara Malaysia supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan mereka menerusi portal e-Konsular di bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi talian +977 1 544 5680 / +977 1 544 5681 (umum), +977 1 544 5689 (konsular), +977 980 100 8000 (talian kecemasan) atau e-mel mwkathmandu@kln.gov.my.Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih mengenai warganegara Malaysia berkenaan diperoleh.Media melaporkan banjir kilat akibat limpahan Sungai Bhote Koshi melanda daerah Rasuwa di utara Nepal pada pagi Rabu, menyebabkan kerosakan di kawasan pasar, penempatan penduduk dan infrastruktur |
|
Kes Jana Wibawa: Pengarah Syarikat KCJ Engineering sumbang RM4.8 juta kepada Bersatu - Sinarharian - 26/08 5:04 pm KUALA LUMPUR - Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa beliau menyumbang RM4.8 juta kepada Bersatu selepas syarikatnya dianugerahkan projek membina jalan baharu yang menghubungkan Felda Bukit Jalor ke Gemas, Negeri Sembilan, secara rundingan terus di bawah Program Jana Wibawa bernilai RM62 juta.Datuk Seri Azman Yusoff, 54, berkata, bayaran itu dibuat mengikut kiraan dan kemampuan syarikat untuk membuat sumbangan lebih kurang tujuh hingga lapan peratus daripada nilai projek berkenaan dan berdasarkan pengalaman beliau, keuntungan dalam projek pembinaan jalan kerajaan boleh mencapai keuntungan lebih kurang 15 peratus hingga 20 peratus."Saya sahkan telah membuat sumbangan berjumlah RM4.8 juta kepada Bersatu yang mana RM4 juta dari akaun peribadi saya sendiri, manakala RM800,000 dari akaun syarikat saya, iaitu KCJ Engineering kerana syarikat saya dianugerahkan projek membina jalan baharu yang menghubungkan Felda Bukit Jalor ke Gemas secara rundingan terus di bawah Program Jana Wibawa oleh kerajaan Malaysia semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan juga Presiden Bersatu."Saya yang menyediakan empat keping cek (bagi sumbangan RM4 juta) itu dan menyerahkan cek tersebut kepada Bendahari Agong Bersatu, Datuk Salleh Baijuri sama ada di rumahnya atau pejabat Bersatu."Sumber kewangan untuk saya membuat bayaran kepada Bersatu daripada pinjaman saya sebagai pengarah urusan syarikat KCJ dengan syarikat saya sendiri |
|
Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm # Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada Muhyiddin KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tiada motif jahat terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberikan sumbangan wang RM4.8 juta kepada parti itu, lima tahun lalu |
|
Beberapa jalan di Putrajaya ditutup sempena Hari Kebangsaan - Careta - 26/08 8:03 am Beliau berkata, bagi sesi raptai 28 dan 29 Ogos, lapan jalan utama akan ditutup bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari iaitu Dataran Putra, Persiaran Perdana, Laman Perdana, Jalan P2a, Jalan P2t, Jalan P2s, Jalan P2w dan Jalan P2y |
|
Beberapa jalan di Putrajaya ditutup sempena Hari Kebangsaan - Sinarharian - 25/08 5:36 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan kawalan keselamatan dan lalu lintas secara menyeluruh di ibu negara serta Putrajaya bersempena Sambutan Ambang Merdeka ke-69 dan Hari Kebangsaan 2026, bermula esok.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, di Putrajaya, penutupan jalan bagi sesi 'Raptai Skeleton' bermula esok hingga Jumaat melibatkan penutupan penuh sepanjang Persiaran Perdana bermula dari Jalan Kemerdekaan hingga Lebuh Bestari.Beliau berkata, bagi sesi raptai 28 dan 29 Ogos, lapan jalan utama akan ditutup bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari iaitu Dataran Putra, Persiaran Perdana, Laman Perdana, Jalan P2a, Jalan P2t, Jalan P2s, Jalan P2w dan Jalan P2y."Pada 30 Ogos, penutupan jalan di Putrajaya bermula 5 pagi hingga 6 petang keesokan harinya secara sepenuhnya melibatkan Core Island dan beberapa laluan."Antara laluan yang terlibat ialah Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Putra dan Jambatan Seri Ehsan, manakala hanya Jambatan Seri Bestari dan Jambatan Seri Setia dibuka untuk akses," katanya dalam kenyataan hari ini.Selain itu, Fadil berkata beberapa laluan lain di Putrajaya turut terjejas termasuk Lebuh Bestari, Lebuh Setia, Lebuh Saujana, Lebuh Gemilang, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Jalan Tun Hussein, Persiaran Barat dan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAS).Sehubungan itu, Fadil menasihatkan pengunjung untuk merancang perjalanan serta menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas ulang-alik secara percuma yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya.Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di Putrajaya yang merupakan kawasan larangan terbang, selain menasihati penduduk agar tidak cemas dengan bunyi tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa sesi raptai dan hari sambutan."Sebanyak 2,357 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Putrajaya bagi menjaga kawalan keselamatan dan kawalan trafik dengan jangkaan kehadiran pengunjung 80,000 orang," katanya.Di ibu negara, beliau berkata pihak polis akan melaksanakan Ops Pencegahan Jenayah bersempena Sambutan Ambang Merdeka 2026 dengan tumpuan kepada pemantauan kawasan hotspot, lokasi tumpuan orang ramai serta usaha mencegah dan membanteras jenayah."Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) akan menguruskan kawalan lalu lintas di beberapa lokasi tumpuan utama seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Sunway Velocity yang akan menjadi tumpuan pembakaran bunga api dan persembahan dron di Menara Kuala Lumpur," katanya.Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kawalan lalu lintas boleh menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999, Hotline Polis Putrajaya (03-8886 2222) atau Bilik Gerakan JSPT KL (03-2071 9999) |
|
???Tak pernah terlintas terima anugerah ini??? ??? Syed Azman - Mygazette - 25/08 4:47 pm # Tak pernah terlintas terima anugerah ini Syed Azman SERDANG Tak pernah terlintas terima anugerah ini, saya sendiri terkejut" |
|
Islam bukan sekadar simbol dan sambutan, perlu diterjemah melalui akhlak .. - Mygazette - 25/08 4:47 pm # Islam bukan sekadar simbol dan sambutan, perlu diterjemah melalui akhlak - Anwar SERDANG Sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya sekadar menjadi acara pesta atau perarakan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penghayatan terhadap risalah Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet - PM - Sinarharian - 25/08 12:16 am SERDANG - Cadangan supaya audit forensik dijalankan terhadap pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita akan bawa (perkara ini) ke (mesyuarat) Kabinet (untuk) dibincangkan," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Selasa.Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya audit forensik dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan FELDA.Pada 23 Ogos, Ahmad Zahid berkata, audit pengurusan sahaja tidak memadai memandangkan isu melibatkan agensi itu telah berlarutan sejak sekian lama dan mengakibatkan kerugian mencecah berbilion ringgit.Sebelum ini, Anwar berkata, beliau akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.Beliau berkata, pasukan itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat sebelum didedahkan kepada umum sebagaimana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) |
|
Pegawai masjid, surau perlu fahami garis panduan, titah Raja Muda Perlis - FMT - 25/08 10:37 am Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga titah pegawai masjid amal budaya kerja sistematik dan laksana amanah dengan penuh integriti. |
|
Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan, hayati akhlak dan sunnah .. - Mygazette - 24/08 3:57 pm # Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan, hayati akhlak dan sunnah Rasulullah Jakim KUALA LUMPUR - Sambutan Maulidur Rasul 1448 peringkat kebangsaan tidak seharusnya terhenti pada perarakan dan acara tahunan semata-mata, sebaliknya nilai, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian |
|
PNB Merdeka Ventures lancar filem merdeka pertama bertajuk GAPAI - Sinarharian - 24/08 3:10 pm KUALA LUMPUR - Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) iaitu PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) melancarkan GAPAI, filem kemerdekaan pertama terbitannya untuk menyemarakkan semangat merdeka dalam diri rakyat Malaysia.Dalam satu kenyataan hari ini, PNBMV memaklumkan GAPAI mendapat ilham daripada detik bersejarah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang menggapai langit semasa melaungkan perkataan "merdeka" sewaktu upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 1957.Menurut kenyataan itu, ia merupakan filem berdurasi tiga minit yang dihasilkan oleh Twentyoneseventeen, sebuah syarikat penerbitan tempatan Malaysia dengan kerjasama agensi kreatif tempatan PNBMV iaitu M&C Saatchi Karsa Malaysia.Selepas tayangan perdana eksklusif, GAPAI akan dilancarkan kepada orang ramai pada 25 Ogos di saluran media rasmi Merdeka 118."Memaparkan kehidupan dan pengalaman harian rakyat Malaysia, filem ini membayangkan semula satu daripada detik paling ikonik negara, mengingatkan kita bahawa nilai-nilai merdeka terus membentuk kehidupan kita pada hari ini."Filem ini berlatarkan presint Merdeka 118 yang menyulam warisan sejarah dengan aspirasi untuk masa depan," jelas kenyataan itu.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim berkata, GAPAI mencerminkan falsafah yang menjadi pedoman dalam segala yang dilakukan syarikat."Sebagai pemegang amanah kepada satu daripada warisan paling penting negara, kami bertanggungjawab bukan sahaja untuk memelihara sejarah kita, tetapi juga memastikan warisan sejarah terus memberi inspirasi kepada generasi masa depan."Presint Merdeka 118 berdiri megah di tapak di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan dan kami mahu setiap kunjungan ke sini menjadi peringatan tentang dari mana kita datang dan berapa jauh kita telah pergi," katanya.PNBMV menjelaskan, sebagai sebahagian daripada sambutan Bulan Kebangsaan, presint Merdeka 118 akan bekerjasama dengan LOCCO untuk menganjurkan aktiviti selama tiga hari dari 29 hingga 31 Ogos, 2026 di Stadium Merdeka dan Merdeka Boulevard.Program ini akan menampilkan Bazar Komuniti Merdeka, aktiviti budaya dan warisan serta Merdeka Flashmob selain Warisan KL Explorace yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik kepada pengunjung di seluruh presint.Pengunjung juga boleh menikmati beberapa daya tarikan terbaharu di presint Merdeka 118 termasuk Look at 118, dek tinjauan yang memberikan perspektif unik menara tertinggi Malaysia dan Makan Makan Peranakan oleh Kumpulan Serai yang berlatarkan menara ikonik ini.Muzium Tekstil Merdeka (MTM) yang baru dibuka menyimpan khazanah warisan Tekstil Dunia Melayu akan dibuka sepanjang minggu kemerdekaan untuk mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang juga boleh mengunjungi kedai cenderahatinya, MTM Shop.Kemasukan ke muzium adalah percuma dari 22 Ogos hingga 30 September 2026 |
|
Ada Plan Nak Ke Thailand Dalam Masa Terdekat? Wisma Putra Keluarkan Peringatan Penting Ini - Vocket - 24/08 11:56 am Peristiwa menggemparkan berlaku di kawasan sempadan selatan Thailand apabila siri letupan bom dilaporkan menggoncang beberapa lokasi utama di Yala, Pattani dan Narathiwat pada waktu malam.... The post Ada Plan Nak Ke Thailand Dalam Masa Terdekat? Wisma Putra Keluarkan Peringatan Penting Ini appeared first on VOCKET . |
|
Skandal Jana Wibawa: Mahkamah Tinggi Bakal Sambung Bicara Rabu, Khamis Ini - Wrlr - 24/08 7:50 am Perbicaraan kes Jana Wibawa membabitkan Muhyiddin Yassin bersambung pada 26 dan 27 Ogos 2026 |
|
Pejalan kaki maut dilanggar kereta - Sinarharian - 23/08 6:57 pm PETALING JAYA - Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Lebuhraya Sprint arah Plaza Tol Damansara di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut itu melalui sistem MERS999 kira-kira jam 10.26 malam.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 10 malam ketika sebuah Honda City dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an dari arah Damansara menghala ke Putra Heights."Apabila tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba seorang lelaki melintas jalan dari arah kanan ke kiri."Akibat jarak yang dekat, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak sebelum melanggar pejalan kaki berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mangsa dipercayai warga asing, namun identitinya masih belum dikenal pasti," katanya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian atau waris yang mengenali mangsa supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Nazreen Nasharuddin di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Bicara kes Janawibawa libatkan Muhyiddin bersambung Rabu, Khamis ini - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Bicara kes Janawibawa libatkan Muhyiddin bersambung Rabu, Khamis ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan Rabu dan Khamis ini bagi menyambung perbicaraan kes Janawibawa melibatkan tujuh pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapat situasi di .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapat situasi di selatan Thailand KUALA LUMPUR Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memantau rapat situasi di selatan Thailand susulan beberapa insiden keselamatan yang dilaporkan berlaku di wilayah itu, malam tadi |
|
Tiada warga Malaysia terjejas pergolakan di selatan Thailand – Wisma Putra - SUN - 23/08 4:32 pm Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan yang berlaku di wilayah sempadan selatan Thailand pada 22 Ogos 2026. |
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand – Wisma Putra - SUN - 23/08 3:46 pm Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden keselamatan di selatan Thailand; Wisma Putra nasihatkan rakyat berwaspada dan patuhi arahan |
|
After southern Thailand blasts, Wisma Putra tells Malaysians to think twice before crossing border - Malaymail - 23/08 3:45 pm KUALA LUMPUR, Aug 23 Malaysians planning to travel to or cross into southern Thailand have been urged to exercis... |
|
Rakyat M'sia di Selatan Thai diminta waspada - Mkini - 23/08 3:22 pm Tiada laporan warga Malaysia terjejas dalam insiden serangan semalam, kata Wisma Putra. |
|
Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden keselamatan di selatan Thailand - Wisma Putra - Sinarharian - 23/08 3:14 pm KUALA LUMPUR- Tiada laporan warga Malaysia terjejas oleh insiden keselamatan di wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada malam 22 Ogos 2026, menurut Kementerian Luar.Dalam nasihat media mengenai situasi keselamatan di wilayah berkenaan pada Ahad, kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya memantau teliti situasi itu dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu."Pasukan keselamatan tempatan telah meningkatkan pengawasan dan langkah keselamatan di seluruh kawasan terjejas, termasuk mengenakan perintah berkurung sementara," katanya.Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menjalin hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memantau perkembangan dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia di wilayah itu."Rakyat Malaysia yang menetap di sana, sedang mengunjungi atau bercadang untuk pergi ke dan dari wilayah sempadan selatan Thailand dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan, perintah berkurung serta arahan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.Bagi memudahkan komunikasi dan sokongan konsular tepat pada masanya, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat hubungan mereka menerusi portal e-Konsular di - BernamaUntuk bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi perwakilan negara yang berkaitan di Thailand menerusi butiran berikut:Kedutaan Malaysia di BangkokTelefon: +66 2 340 5720E-mel: mwbangkok@kln.gov.myKonsulat Jeneral Malaysia di SongkhlaTalian Kecemasan: +(6674) 316 274 / +(6681) 990 1930Pertanyaan Umum: +(6674) 324 004 / +(6674) 312 353E-mel: mwsongkhla@kln.gov.my |
|
Fahmi rejects PAS claim that Anwar put M'sia in diplomatic bind over Taiwan remarks - Mkini - 22/08 5:40 pm PM's position is consistent with Wisma Putra's stance, says minister. |
|
Pas lebih berminat isu dasar negara luar berbanding isu Tabung Haji - Fahmi - Sinarharian - 22/08 3:10 pm KUALA LUMPUR - Pendirian Malaysia berhubung isu China dan Taiwan kekal konsisten serta tidak pernah berubah sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Beliau membidas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menuduh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual media antarabangsa baru-baru ini meletakkan negara pada kedudukan diplomatik yang sukar serta menyempitkan ruang diplomasi.Fahmi berkata, pendirian dinyatakan Perdana Menteri adalah selari dan konsisten dengan dasar luar negara yang dipegang Wisma Putra sejak sekian lama."Tak benar (tuduhan Takiyuddin) |
|
CAKNA terus kukuh dalam industri pembinaan negara - Sinarharian - 22/08 9:00 am KOTA BHARU - Bermula dengan bayaran pertama hanya RM500 ketika bergelar kontraktor Kelas F, Pengarah Urusan Cakna Enterprise Sdn Bhd (CAKNA), Datuk Syed Akmal Syed Yusuf Al Bukhary kini menerajui syarikat yang berkeupayaan membida projek bernilai sehingga lebih RM1 bilion.Lebih tiga dekad membina empayar dalam bidang pembinaan, anak kelahiran Rantau Panjang itu membuktikan kejayaan tidak hadir secara mudah, sebaliknya dibina melalui disiplin, pengurusan kewangan yang ketat serta prinsip untuk menyiapkan sendiri setiap projek yang diperoleh.CAKNA yang ditubuhkan pada 1996 bermula dengan hanya empat pekerja sebelum berkembang kepada 60 kakitangan ketika ini, dengan syarikat kekal memberi tumpuan kepada bidang pembinaan.Perjalanan itu bermula selepas Syed Akmal, 57, menamatkan Diploma Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum bekerja selama tiga tahun dengan Telekom Malaysia dan kemudiannya memilih bidang kontraktor sebagai laluan kerjaya."Saya berhenti kerja dan masuk bidang kontraktor kerana mahu jadi usahawan |
|
Cicak tokay hitam ditemukan di Perlis, satu-satunya rekod di Malaysia - Sinarharian - 21/08 10:33 pm KANGAR - Cicak tokay hitam (Gekko cf |
|
Janawibawa: Kementerian Kewangan dapat arahan PMO - Mygazette - 21/08 5:40 pm # Janawibawa: Kementerian Kewangan dapat arahan PMO KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Kementerian Kewangan mendapat arahan `pihak atasan' supaya hanya memproses permohonan syarikat yang disyorkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi pelaksanaan projek di bawah Program Janawibawa |
|
Jati diri asas lahir insan berkualiti, pemimpin berwibawa, titah Raja Muda Perlis - FMT - 21/08 4:40 pm Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ilmu dan kecemerlangan perlu disertai nilai, integriti serta pegangan diri yang kukuh. |
|
Nahas lori imigresen: Isteri tercari-cari suami, anak-anak sudah tiada - Sinarharian - 21/08 1:38 pm IPOH -Keadaan kesihatan mangsa yang terselamat dalam nahas membabitkan tiga beranak yang maut selepas dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Rabu lalu, kini semakin stabil.Norhayati Razali, 55, yang sebelum ini mengalami kecederaan parah, kini telah dipindahkan ke wad biasa selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).Abangnya, Mohd Nadzri Razali, 69, berkata, perkembangan kesihatan adiknya menunjukkan tanda positif meskipun masih dalam pemantauan pihak hospital."Dia dah masuk wad biasa, keadaan pun semakin baik |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |