///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Wilayah News   Page 1    



Hibah TH tidak perlu ???disucikan???, tanggungjawab pada pembuat keputusan - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Hibah TH tidak perlu disucikan, tanggungjawab pada pembuat keputusan BANDAR BARU BANGI Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu lagi mempersoal atau menyucikan hibah yang diterima susulan isu berkaitan status halal pembayaran berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mustakim Mohamad berkata, perkara itu telah diperjelaskan menerusi kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini, selain penjelasan yang dikongsikan TH menerusi media sosial





Bekas pengurus THP Bina didakwa pecah amanah RM72,000 - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Nasahruddin sebagai Pengurus Keselamatan dan Kesihatan syarikat itu yang diamanahkan wang hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Fourth Wave Sdn Bhd berjumlah RM72,000, didakwa melakukan pecah amanah dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya. Wang hasil kutipan penalti itu membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Presint 3 Wilayah Persekutuan, Putrajaya di atas PT 12081: Blok A -10 tingkat pejabat, Blok B sembilan tingkat pejabat, Auditorium dan tiga tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah; PT 12075: Blok C tujuh tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah; PT 12074 : Blok D sembilan tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah untuk Tetuan THP Bina Sdn Bhd





1.95 peratus bukan 53.8 peratus, jangan kelirukan rakyat, AMK bidas... - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# 1.95 peratus bukan 53.8 peratus, jangan kelirukan rakyat, AMK bidas Akmal KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin membidas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kerana menyamakan lebihan perbelanjaan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)





KKDW perlukan RM4 bilion setahun bagi pastikan projek jalan luar bandar... - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# KKDW perlukan RM4 bilion setahun bagi pastikan projek jalan luar bandar diteruskan KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganggarkan keperluan peruntukan sekitar RM4 bilion setahun bagi memastikan pelaksanaan projek Jalan Luar Bandar (JALB) dapat diteruskan secara teratur dan mengikut jadual





Jangan terus tuduh, semak dulu kelulusan bajet ??? Nordin Kardi - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Sekiranya prestasi rendah dan dianggar tidak habis pada tahun kewangan berkenaan, kebiasaannya dilaporkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana, maka bajet boleh dipindahkan, katanya dalam hantaran di Facebook. Mengulas kenyataan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berhubung perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semalam, Nordin berkata, adalah tidak diketahui sama ada lebih perbelanjaan dariada bajet itu telah mendapat kelulusan daripada permohonan tambahan dikemukakan pada semakan suku tahun, setengah tahun atau tiga suku tahun telah diluluskan





SUA Kanan PM minta Fadzmel semak semula fakta - Mygazette - 3/09 3:34 pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Fadzmel Fadzil digesa menyemak semula fakta berhubung isu peruntukan dan pembayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)





Bukan AMK yang lantik saya – Asyraf Wajdi - Mygazette - 3/09 3:34 pm

KUALA LUMPUR - Desakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) supaya Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan dilayan. Ini kerana pelantikan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi





Peruntukan jalan luar bandar perlu ambil kira projek semasa - Utusan - 3/09 3:18 pm

PETALING JAYA: Peruntukan bagi projek Jalan Luar Bandar (JALB) perlu mengambil kira dua faktor iaitu projek baru diluluskan dan yang sedang berjalan, setiap tahun. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, berdasarkan komitmen semasa, keperluan peruntukan dianggarkan sekitar RM4 bilion setahun bagi memastikan pelaksanaan setiap projek dapat diteruskan secara teratur dan mengikut jadual





22 masjid meriahkan aksi bola merdeka - Sinarharian - 3/09 3:10 pm

SEMANGAT kemerdekaan diterjemahkan menerusi aksi di padang apabila 22 masjid dari seluruh negara bergabung tenaga dalam Kejohanan Bola Sepak Antara Masjid Seluruh Malaysia Piala Yang Berhormat (YB) Menteri Hal Ehwal Agama 2026, di Padang ILSAS, Bangi.Berlangsung dengan tema Aksi Bola Merdeka, kejohanan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Kelab Bola Sepak MAIWP (MAIWP FC) itu bukan sekadar medan mencari pasukan terbaik, sebaliknya menjadi platform mengeratkan hubungan komuniti masjid serta mendekatkan golongan muda dengan institusi berkenaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, peranan masjid perlu diperluaskan sebagai pusat yang bukan hanya tertumpu kepada ibadah, malah turut merangkumi pendidikan, kebajikan, kesukarelawanan, riadah dan pembangunan masyarakat.Menurutnya, bola sepak mengajar nilai kerjasama kerana kejayaan tidak mampu dicapai secara bersendirian."Bola sepak mengajar kita bahawa sehebat mana pun seorang pemain, dia tidak mampu menang bersendirian





Mastura beri kata semangat buat Hannah Yeoh - Kosmo - 3/09 3:02 pm

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid memberi kata semangat buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh susulan isu perceraian yang sedang dihadapinya





Freedom Flotilla kembali ke Gaza bulan depan - Kosmo - 3/09 2:38 pm

PETALING JAYA Penganjur Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan rancangan untuk kembali belayar menuju ke Gaza pada Oktober ini menerusi misi antarabangsa baharu bagi mencabar sekatan dikenakan terhadap wilayah berkenaan





“I wish you strength…” Mesej Menyentuh Hati Mastura Yazid Kepada Hannah Yeoh Buat Netizen Sebak - Lobakmerah - 3/09 2:19 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid tampil menyuarakan sokongan moral kepada Menteri Wilayah, Hannah Yeoh yang kini sedang berdepan ujian peribadi membabitkan alam rumah tangganya





'Letak jawatan Pengerusi Mara, hanya Menteri KKDW layak tentukan bukan AMK' - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 3/09 1:57 pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menolak desakan pihak tertentu yang mahukan dirinya berundur sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana kononnya dikaitkan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).Asyraf Wajdi menegaskan, individu yang melantiknya iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sahaja boleh menentukan sama ada dirinya perlu berundur daripada jawatan berkenaan atau tidak."Saya dilantik oleh Menteri KKDW dan saya menurut sahaja





Viral cricket post triggers debate on racism and social media narratives - Sinardaily - 3/09 12:31 am

The park is a public space. How they entered the country is a separate issue, the user said.Others pointed to practices in neighbouring countries.Threads user @mustaffakamalhussien said foreign workers in Singapore regularly spend weekends gathering in parks and public spaces without controversy.The same can be seen in parts of the Middle East, where parks, empty car parks and even stretches of desert become cricket fields on weekends, the user said.Meanwhile, @izzyfariz shared a personal experience of racism while living in the United Kingdom.When I lived in Liverpool, some locals pushed my father, kicked our football into a lake and told us to go back to Pakistan, the user said.Let us Malaysians not become like that.The exchange highlights how incomplete social media narratives can shape public perceptions, particularly when discussions involve foreigners and the use of public spaces.The debate comes amid wider online tensions involving migrant and refugee communities.On Aug 27, human rights activist Adrian Pereira said public spaces should encourage interaction and understanding between Malaysians and foreigners rather than become flashpoints for hostility.His comments followed a viral video showing more than 30 individuals believed to be Rohingya using a public park in Taman Wilayah, Selayang





Bawa ke kabinet, bukan mikrofon media – Akmal disindir isu KKDW - Harapandaily - 3/09 11:52 am

Pertikaian mengenai peruntukan dan perbelanjaan projek jalan luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semakin hangat apabila seorang penulis menyarankan isu berkenaan dibawa ke meja Kabinet, bukannya diperdebatkan melalui media





Dua bekas eksekutif anak syarikat TH didakwa pecah amanah, subahat - Sinarharian - 3/09 10:16 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti berjumlah RM72,000, membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Putrajaya.Nasahruddin Ahmad, 56, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Rosli Ahmad.THP Bina Sdn Bhd ialah syarikat anak syarikat milik penuh TH Properties Sdn Bhd (yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji), berfokus dalam bidang pembinaan dan pengurusan projek.Nasahruddin sebagai Pengurus Keselamatan dan Kesihatan syarikat itu yang diamanahkan wang hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Fourth Wave Sdn Bhd berjumlah RM72,000, didakwa melakukan pecah amanah dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.Wang hasil kutipan penalti itu membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Presint 3 Wilayah Persekutuan, Putrajaya di atas PT 12081: Blok A -10 tingkat pejabat, Blok B - sembilan tingkat pejabat, Auditorium dan tiga tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah; PT 12075: Blok C - tujuh tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah; PT 12074: Blok D - sembilan tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah untuk Tetuan THP Bina Sdn Bhd.Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya antara 26 April 2013 hingga 12 Ogos 2015, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Hakim Rosli membenarkan Nasahruddin diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin atas semua tiga pertuduhan, berserta syarat tambahanmelapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras berkata, kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin, namun mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan jaminan."Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM70,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan."Pihak pendakwaan turut mencadangkan tiga syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran pada setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta tidak mengganggu atau menghubungi mana-mana saksi yang berkemungkinan terlibat dalam kes berkenaan," katanya.Peguam Muhammad Naqib Aiman Mohd Faizal mewakili Nasahruddin berkata, jaminan RM70,000 yang dicadangkan pihak pendakwaan itu tinggi, memandangkan anak guamnya yang berniaga kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan, menanggung empat anak berusia antara 21 hingga 26 tahun selain mempunyai penyakit darah tinggi serta slipped disc."Anak guam saya tidak ditangkap bagi kes berkenaan, sebaliknya hadir sendiri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya dan memberikan kerjasama penuh kepada agensi itu serta telah diberikan jaminan sebanyak RM10,000."Anak guam dan keluarganya yang menetap di Bukit Tinggi, Klang dan merupakan warganegara Malaysia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri, namun tertuduh tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah," katanya.Selain itu, Muhammad Naqib Aiman berkata, beliau dimaklumkan bahawa walaupun kes itu melibatkan Tabung Haji, namun ia tidak melibatkan wang masyarakat tetapi wang privateiaitu wang saman terhadap pihak kontraktor."Sehubungan dengan itu, berdasarkan alasan-alasan yang diberikan, saya mohon jaminan yang paling minima diberikan kepada tertuduh," katanya.Sementara itu, di hadapan Hakim Azura Alwi bekasTimbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, 55, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan sama di tempat dan masa sama.Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa bersubahat dengan mengarahkan Nasahruddin untuk memasukkan wang berjumlah RM72,000 tersebut dalam akaun banknya (Nasahruddin).Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama Seksyen 409 kanun sama.Irna Julieza menawarkan jaminan RM70,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua tiga pertuduhan berserta syarat tambahan sama seperti yang dimohon bagi kes Nasahruddin.Muhammad Naqib Aiman yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya yang kini bekerja sebagai peniaga, menanggung enam orang anak berusia antara 13 dan 29 tahun.Hakim Azura membenarkan Tengku Kamarolhisham diikat jamin RM45,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.Mahkamah menetapkan 5 Oktober depan untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, SPRM telah memperoleh perintah reman terhadap 11 individu bagi membantusiasatan kes mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).Antara yang telah direman termasukbekas pengerusi TH, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO), bekas menteri, serta beberapa pengurusan kanan dan individu berkait syarikat berkaitan





KKDW belanja lebih daripada bajet? Orang Zahid kata mustahil, orang Anwar minta semak fakta - Harapandaily - 3/09 10:06 am

Pertikaian mengenai peruntukan projek jalan luar bandar antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Perbendaharaan kini memasuki fasa baharu apabila seorang pegawai kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pihak yang mempertikaikan penjelasan kerajaan supaya menyemak semula fakta





Semak semula fakta, kenyataan MoF bukan semborono: Tunku Nashrul - Sinarharian - 3/09 9:54 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah meminta Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil menyemak semula fakta berhubung isu peruntukan kementerian itu.Tunku Nashrul berkata, beliau yakin kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung perkara itu tidak dibuat secara semborono, malah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican merupakan penjawat awam kanan yang teliti dan cekap dalam urusan kewangan negara."Elok saudara Fadzmel semak semula fakta





Toyota Labur RM1.12 Bilion Untuk Pengeluaran Kenderaan Hybrid Di Vietnam - Careta - 3/09 8:10 am

Menurut laporan VietnamNet Global, pelaburan itu melibatkan operasi pengeluaran Toyota di Phuc Yen, wilayah Phu Tho, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada wilayah Vinh Phuc





Besar pasak daripada tiang, jahanam negara macam ini -Kamil Besar pasak .. - Mygazette - 3/09 8:05 am

Jahanam negara macam ini," kataSetiausaha Politik Menteri Kewangan itu menerusi hantaran di Facebookmalam ini. Beliau turut memuat naik kenyataan Kementerian Kewangan berhubung penjelasan mengenai peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican dalam kenyataan itu berkata, sejak beberapa tahun lepas, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan untuk projek jalan luar bandar





Kenyataan KSP tak tepat, KKDW nafi belanja melebihi peruntukan Kenyataan .. - Mygazette - 3/09 8:05 am

# Kenyataan KSP tak tepat, KKDW nafi belanja melebihi peruntukan KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menafikan kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican yang mengatakan kementerian tersebut berbelanja melebihi peruntukan





Penjelasan KKDW patahkan hujah Akmal – Saifuddin Shafi - Mygazette - 3/09 8:05 am

# Penjelasan KKDW patahkan hujah Akmal - Saifuddin Shafi KUALA LUMPUR - Penjelasan rasmi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhubung RM300 juta yang diluluskan kepada kementerian itu dilihat bercanggah dengan hujah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengenai peruntukan tambahan





Jika MOF yang keluarkan waran, bagaimana KKDW boleh ???terlebih .. - Mygazette - 3/09 8:05 am

# Jika MOF yang keluarkan waran, bagaimana KKDW boleh terlebih belanja? - Shahaniza KUANTAN - Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terlebih belanja perlu dijelaskan secara terperinci dengan mengemukakan dokumen, angka serta kronologi berkaitan waran peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan (MOF)





KKDW nafi belanja melebihi peruntukan, isu dana jalan luar bandar tuntutan tertunggak sejak Covid-19 - Sinarharian - 2/09 7:33 pm

SHAH ALAM - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyangkal dakwaan kementerian itu telah berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan bagi projek pembangunan, khususnya pembinaan jalan luar bandar.Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel Fadzil menegaskan, kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) berhubung perkara tersebut tidak tepat serta tidak menggambarkan situasi kewangan sebenar.Malah menurutnya, Tatacara Kewangan Kerajaan serta sistem perakaunan Integrated Government Financial Management Accounting System (iGFMAS) secara teknikalnya tidak membenarkan mana-mana kementerian membuat perbelanjaan melangkaui had diluluskan."Setiap permohonan peruntukan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan setiap perbelanjaan tertakluk kepada sistem kewangan kerajaan yang mengguna pakai iGFMAS."Malah, setiap projek atau program pembangunan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi."Penggunaan istilah 'berbelanja melebihi peruntukan' memberi gambaran tidak tepat terhadap apa sebenarnya berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan kebimbangan mengenai masalah yang dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah kementeriannya.Susulan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican menafikan terdapat sebarang sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar, sebaliknya keseluruhan peruntukan berkenaan telah disalurkan.Malah beliau menjelaskan, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan selain MOF telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran.Dalam pada itu, Fadzmel berkata, kenyataan MOF sebelum ini dilihat gagal menyertakan data tahun 2019 hingga 2021 yang kritikal untuk memahami gambaran keseluruhan komitmen projek luar bandar."Dalam tempoh itu, negara berdepan pandemik Covid-19





Mula-mula salahkan PMX, sekali MoF keluar angka, KKDW pula tampil pertahan Zahid - Harapandaily - 2/09 7:11 pm

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyangkal dakwaan Kementerian Kewangan (MoF) kononnya kementerian itu berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan bagi projek pembangunan, khususnya pembinaan jalan luar bandar





Hannah Yeoh Dan Suami Berpisah Selepas 18 Tahun - Vocket - 2/09 7:09 pm

Selepas 18 tahun membina rumah tangga bersama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, dilaporkan berpisah





Hannah Yeoh Dan Suami Berpisah Selepas 18 Tahun - Hotfm - 2/09 7:09 pm

Selepas 18 tahun membina rumah tangga bersama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy,





Hannah Yeoh, Suami Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin - Siakapkeli - 2/09 6:04 pm

Hannah Yeoh, Suami Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dilaporkan telah bercerai dengan su...





Hannah Yeoh, suami bercerai selepas 18 tahun berkahwin - Hmetro - 2/09 5:30 pm

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, dilaporkan bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga





Hannah Yeoh, suami sah bercerai selepas 18 tahun berkahwin - Sinarharian - 2/09 5:09 pm

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh disahkan telah bercerai dengan suaminya, M Ramachandran selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Hannah, Ahmad Fazli Mohd Yadi menerusi kenyataan ringkas."Untuk makluman, iya sah cerai seperti dalam laporan," katanya pada Rabu.Bagaimana pun Ahmad Fazli meminta ruang diberikan kepada Hannah susulan perkembangan berkenaan dan menegaskan tiada penjelasan lanjut akan diberikan buat masa ini.Hannah, 47, dan Ramachandran, 46, mendirikan rumahtangga pada 2008 sebelum dikurniakan dua cahaya mata, Shay pada 2011 dan Kayleigh pada 2013.Hannah sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 2022 hingga 2025, selain pernah menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari pertengahan 2018 hingga awal 2020.Beliau kini menjalani penggal kedua sebagai Ahli Parlimen Segambut selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2018.Sebelum itu, Hannah merupakan ADUN Subang Jaya selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 dan pernah mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2013.





Hannah Yeoh Dan Suami Bercerai Selepas 18 Tahun Berumah Tangga - Beautifulnara - 2/09 4:41 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, dilaporkan telah bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga





Banjir Nepal: Angka kematian cecah 1,127 - Sinarharian - 2/09 4:12 pm

KATHMANDU - Angka kematian banjir kilat dahsyat di Nepaldi kawasan Himalaya minggu lepasmeningkat kepada 1,127 orang, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) pada Rabu memetik kenyataan polis.Daripada jumlah mayat yang ditemui setakat ini, hanya 95 telah diserahkan kepada keluarga setakatpagi Rabu, menurut polis Nepal.Angka kematian di wilayah Tibet, China, pula kekal pada 16 orang sejak beberapa hari lepas.Selepas seminggu berlalu, skala sebenar bencana itu belum dapat ditentukan





PM perlu jelaskan dakwaan tunggakan bayaran kontraktor KKDW - Mygazette - 2/09 3:21 pm

# PM perlu jelaskan dakwaan tunggakan bayaran kontraktor KKDW KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberikan penjelasan terbuka berhubung dakwaan tunggakan bayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)





KKDW belanja lebih peruntukan jalan luar bandar sejak 2023 ??? MOF - Mygazette - 2/09 3:21 pm

# KKDW belanja lebih peruntukan jalan luar bandar sejak 2023 MOF KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya





Tunggakan bayaran KKDW: Akmal patut semak dulu sebelum kritik kerajaan - Mygazette - 2/09 3:21 pm

# Tunggakan bayaran KKDW: Akmal patut semak dulu sebelum kritik kerajaan KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoalkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu tunggakan bayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)





MRA lancar Tabung Kemanusiaan Nepal - Utusan - 2/09 2:54 pm

PETALING JAYA: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal, bagi menggerakkan bantuan kecemasan kepada masyarakat yang terjejas akibat banjir besar yang melanda beberapa wilayah di negara berkenaan





Kalau nak tiaw PMX pun semaklah dulu Akmal, takut peluru kena diri sendiri - Harapandaily - 2/09 2:12 pm

Pemuda AMANAH Perak membidas Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang secara melulu mengkritik kerajaan susulan isu pembayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)





MoF nafi sekatan, KKDW belanja lebih peruntukan jalan luar bandar sejak 2023 - Mypress - 2/09 2:11 pm

PUTRAJAYA Kementerian Kewangan (MoF) tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya





MoF tak sekat, KKDW belanja lebih dari peruntukan untuk projek jalan luar bandar - Mydateline - 2/09 2:00 pm

Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan tiada sebarang sekatan dikenakan ke atas peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebaliknya sudah disalurkan sepenuhnya bagi pelaksanaan projek ..





MoF nafi sekatan peruntukan KKDW, RM300 juta tambahan diluluskan - Sinarharian - 2/09 1:24 pm

PUTRAJAYA Kementerian Kewangan (MoF) menafikan terdapat sebarang sekatan terhadap peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek jalan luar bandar, sebaliknya keseluruhan peruntukan berkenaan telah disalurkan.Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan."Tiada sebarang sekatan telah dibuat ke atas peruntukan KKDW berhubung jalan luar bandar."Peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya





MOF: Bukan bajet kena sekat, rupanya KKDW terlebih belanja - Harapandaily - 2/09 1:23 pm

Perbelanjaan projek jalan luar bandar didapati melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak beberapa tahun lalu, sehingga menyebabkan tunggakan bayaran kepada kontraktor





Isu tunggakan bayaran kontraktor KKDW, Fadhli Shaari dakwa ada dua kemungkinan - Sinarharian - 2/09 12:52 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa terdapat dua kemungkinan berhubung isu banyak tunggakan bayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek di bawah kendalian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Ahmad Fadhli berkata, pertama kerajaan sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius sehingga mengganggu aliran tunai (cash flow) atau yang kedua sengaja menangguhkan bayaran.Menurutnya, ia sebagai satu bentuk gangguan terhadap kementerian yang diketuai oleh Presiden UMNO atas alasan yang semua pihak boleh membacanya khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan."Jangan sabotaj kerajaan sendiri





MRA Lancar Tabung Bantu Mangsa Banjir Di Nepal - Siakapkeli - 2/09 12:28 am

Malaysian Relief Agency (MRA) lancar Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal bagi menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir besar di beberapa wilayah...





‘Menteri Kewangan jangan sabotaj kerajaan sendiri’ - Harakahdaily - 2/09 12:03 am

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri digesa memberi penjelasan terbuka berhubung pendedahan Timbalan Perdana Menteri mengenai isu tunggakan bayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)





Hujan Lebat Diramal Di 7 Negeri, 1 Wilayah - Siakapkeli - 1/09 6:49 pm

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang





Kerajaan tak ada duit atau ada agenda lain? - soal Akmal Saleh - Sinarharian - 1/09 4:44 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan sama ada kerajaan tidak mempunyai dana mencukupi atau terdapat agenda lain di sebalik peruntukan hampir RM1 bilion yang didakwa tidak disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Menurut beliau, perkara itu perlu dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan kerana terdapat kontraktor yang telah melaksanakan projek di bawah KKDW namun masih belum menerima bayaran.Justeru, Muhamad Akmal meminta penjelasan kerajaan berhubung alasan peruntukan yang telah diluluskan dan dibajetkan itu tidak disalurkan kepada KKDW."Saya hendak tanya kenapa tidak bagi bajet yang telah dibajetkan ini? Kerajaan sudah tak cukup duit ke ataupun ada agenda lain di sebalik bajet ini tidak diberikan kepada kementerian?"Tolong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan tolong jawab soalan ini kerana apa? Disebabkan kelemahan kita, akhirnya ramai kontraktor-kontraktor dekat bawah ini hampir bankrap, hampir gulung tikar (dan) ada yang nak disaman," katanya dalam satu hantaran video di Facebook miliknya pada Selasa.Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat teguran berkaitan isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunanan di bawah kementeriannya.Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak marah, namun agak 'panas' apabila masih terdapat sebilangan kontraktor yang sudah melaksanakan kerja dan mencapai kemajuan ditetapkan mengikut kontrak pembangunan termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB) berdepan kelewatan pembayaran.Dalam pada itu, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memaklumkan, sebelum ini, pihaknya didatangi kontraktor yang mengadu mengenai masalah bayaran bagi kerja yang sudah dilaksanakan hampir setiap hari."Apabila masalah ini kita kemukakan kepada KKDW, jawapan hari ini daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW yang mengatakan bahawa ada hampir lebih kurang dalam RM1 bilion lebih rupa-rupanya bajet tidak diberikan kepada Kementerian KKDW," ujarnya lagi.Menurutnya, penjelasan terbabit menunjukkan hampir RM1 bilion peruntukan yang telah dibentangkan, diberikan dan diluluskan sebelum ini masih belum disalurkan kepada KKDW."Saya hendak tanya kepada Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri kenapa perkara ni berlaku





Ratu cantik transgender cetus kontroversi, Mufti WP tegas tolak normalisasi - Harapandaily - 1/09 4:30 pm

Penyertaan seorang individu yang didakwa membawa nama Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok, Thailand mencetuskan reaksi tegas Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) yang menolak sebarang usaha untuk menormalisasikan aktiviti berkenaan





Sampel DNA waris banjir Nepal diambil esok - Keluarga - Sinarharian - 1/09 4:14 pm

Divya Varshini, 29, berkata, prosedur itu akan dijalankan di kediaman keluarganya di Puchong bagi membantu proses mengenal pasti bapanya, V. Krishnan, 74, yang terputus hubungan sejak hari kejadian."Setakat ini, tiada perkembangan baharu yang diterima keluarga kami dan kami bersedia untuk melalui segala proses yang diperlukan," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Tambah Divya, keluarganya masih belum menerima sebarang maklumat terkini berhubung kejadian tersebut."Pada tahap ini, kami bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan," katanya.Sementara itu, Sivakumar Kalimuthu, 63, berkata, keluarganya masih belum menerima sebarang panggilan berhubung pengambilan sampel DNA mahupun perkembangan rasmi mengenai keadaan isterinya, Kalai Mathe Karuppaiah, 57."Selepas pertemuan dengan Wisma Putra, tiada perkembangan baharu dan anak kami juga belum menerima sebarang panggilan untuk pengambilan sampel DNA."Setakat ini, kami hanya mampu menunggu dan mengharapkan berita yang baik dari sana," katanya.Kedua-dua mangsa merupakan antara 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku pada 26 Ogos lalu.Mereka dilaporkan terputus hubungan ketika mengikuti upacara keagamaan di Gunung Kailash, yang merupakan antara lokasi suci bagi penganut Hindu dan menjadi sebahagian daripada perjalanan keagamaan mereka.Bencana itu berlaku apabila glasier di Gunung Langtang Lirung, Nepal, pecah pada ketinggian kira-kira 5,200 meter, sekali gus mencetuskan runtuhan ais dan batuan yang bertukar menjadi aliran puing berskala besar.Aliran air deras serta tanah runtuh berlumpur memusnahkan kawasan Rasuwa, Nuwakot, Dhading, Kavre dan Lembah Kathmandu di Nepal, selain menimbus lintasan sempadan Gyirong yang menghubungkan Nepal dengan wilayah Tibet di China.





Sindiket rentas Malaysia-Thailand tumpas, 252.2kg syabu dirampas - Mygazette - 1/09 3:58 pm

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, kejayaan itu hasil kerjasama strategik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan Police Narcotics Suppression Bureau (PNSB), Royal Thai Police. Menurut beliau, Polis Daerah Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan dalam sekatan jalan raya sebelum menahan seorang lelaki warga Malaysia, pada 8 Ogos lalu





Belia desa perlu ceburi bidang bernilai tinggi ??? Zahid - Mygazette - 1/09 3:58 pm

Menurutnya, perubahan pesat dunia menerusi perkembangan kecerdasan buatan (AI), automasi dan teknologi menyebabkan kelayakan akademik semata-mata tidak lagi mencukupi untuk memastikan belia kekal relevan dalam pasaran pekerjaan. Jelas Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, golongan muda perlu dilengkapi kemahiran praktikal, keupayaan menyelesaikan masalah serta kebolehan mencipta nilai supaya mampu bersaing dalam ekonomi masa depan





Jabatan Mufti WP teliti tindakan terhadap individu sertai ratu cantik .. - Mygazette - 1/09 3:58 pm

# Jabatan Mufti WP teliti tindakan terhadap individu sertai ratu cantik transgender KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan susulan berhubung penyertaan seorang individu dalam pertandingan ratu cantik transgender di Bangkok, Thailand, Ahad lalu





“Bukan marah, saya ???hot??? saja??? ??? Ahmad Zahid tegur isu .. - Mygazette - 1/09 3:58 pm

# "Bukan marah, saya hot saja Ahmad Zahid tegur isu kelewatan bayaran kontraktor Demikian kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunanan di bawah kementeriannya





Banyak kawasan hujan lebat petang ini - Kosmo - 1/09 3:58 pm

KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 4 petang ini





Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri - Sinarharian - 1/09 3:39 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga 4 petang ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kulim, Kuala Muda, Langkawi, Yan dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang dan Perak meliputi kawasan Manjung, Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian.Turut terjejas ialah Pahang (Lipis, Raub dan Bentong), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Rembau dan Jelebu).Amaran ribut petir itu turut melibatkan beberapa kawasan di Johor iaitu Mersing, Kluang dan Pontian





Enklaf Duta: Pampasan RM1.39 juta dibayar kerajaan kepada Semantan lebih daripada memadai - Sinarharian - 1/09 2:56 pm

Dengan mengambil kira keluasan tanah 263.272 ekar, jumlah nilai pasaran yang ditentukan adalah $875,000 atau bersamaan RM875,000," katanya.Saksi defendan itu berkata demikian dalam pernyataan saksinya semasa perbicaraan penilaian pampasan Enklaf Duta di hadapan Hakim Roslan Mat Nor.Jelas Tat Khuan, sekiranya mahkamah bersetuju menggunakan keseluruhan keluasan hak milik 700.75 ekar sebagai asas penilaian dan diselaraskan mengikut keluasan tanah yang diambil, iaitu 263.272 ekar, jumlah pampasan yang disyorkannya berdasarkan Asas Penilaian 1 ialah $875,000 bersamaan dengan RM875,000."Memandangkan pihak kerajaan sebelum ini telah membayar pampasan sebanyak $1,390,602.70 (pada 1956) kepada pihak plaintif (Semantan Estate), jumlah tersebut adalah lebih tinggi daripada jumlah pampasan yang saya syorkan berdasarkan Asas Penilaian 1."Justeru, pada pandangan saya, pampasan yang telah dibayar kepada pihak plaintif adalah lebih daripada memadai dan tiada pampasan tambahan wajar dipertimbangkan oleh mahkamah," katanya.Sementara itu,Tat Khuan berkata setelah meneliti laporan yang disediakan saksi pakar plaintif, penilai bagi Semantan Estate, Foo Gee Jen, beliau merumuskan bahawa semua perbandingan yang digunakan melibatkan plot banglo bersaiz kecil, sedangkan tanah subjek merupakan tanah pertanian berpotensi kediaman yang bersaiz sangat besar.Beliau berkata, tiga perbandingan melibatkan transaksi selepas tarikh penilaian dan tidak boleh diambil kira selaras dengan Perenggan 1C, Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960, selain pakar plaintif gagal mengambil kira faktor akses, kegunaan tanah serta kenaikan nilai tanah baki akibat pengambilan.Tat Khuanberkata tuntutan pecah pisah dan kesan kemudaratan yang dikemukakan pakar plaintif juga tidak berasas, tidak relevan, tidak kukuh dan tidak boleh dipertimbangkan."Berdasarkan rumusan saya, laporan yang disediakan oleh pakar plaintif adalah tidak munasabah dan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dijadikan sandaran oleh mahkamah. Sehubungan dengan itu, saya mengesyorkan agar mahkamah menolak laporan penilaian tersebut," katanya.Perbicaraan bersambung 16 Oktober ini.Pada 13 November 2025, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Semantan Estate bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan tidak perlu mendaftarkan tanah seluas 263.272 ekar di Enklaf Duta atas nama syarikat berkenaan.Justeru, keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada kerajaan kekal berkuat kuasa, kerana syarikat itu tidak boleh meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kes itu kemudian dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran bagi pentaksiran ganti rugi.Pada 24 Jun 2025, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Semantan Estate tidak berhak ke atas hak milik tanah itu, tetapi syarikat berkenaan berhak mendapat pampasan sewajarnya berdasarkan nilai tanah tersebut pada tahun 1956, apabila ia diambil alih oleh kerajaan.Tanah yang terletak di lokasi utama Jalan Duta itu menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.Pada 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap kerajaan atas dakwaan pencerobohan yang berpunca daripada pengambilan tanah secara tidak sah daripada syarikat itu.Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan benefisialnya terhadap tanah seluas 263.27 ekar itu yang diambil alih oleh kerajaan secara tidak sah serta melakukan pencerobohan ke atas tanah terbabit





Sindiket dadah rentas sempadan tumpas, methamphetamine bernilai RM4.31 juta dirampas - Sinarharian - 1/09 2:29 pm

GEORGE TOWN Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan Malaysia-Thailand selepas merampas sebanyak 252.2 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM4.31 juta dalam operasi bersama Polis Diraja Thailand.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, kejayaan itu hasil perkongsian maklumat risikan antara JSJN Bukit Aman dan Biro Pembanterasan Narkotik Polis (PNSB) Thailand.Menurutnya, kejayaan tersebut turut membuktikan kegiatan pengedaran dadah merupakan ancaman rentas sempadan yang memerlukan kerjasama erat antara agensi penguat kuasa kedua-dua negara."Pada 8 Ogos lalu, Polis Daerah Hua Hin, wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kereta BMW dalam sekatan jalan raya sebelum menahan seorang lelaki warga Malaysia."Hasil pemeriksaan menemukan 166 kg dadah disyaki methamphetamine dan tangkapan serta rampasan itu kemudiannya diserahkan kepada PNSB Thailand untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Selasa.Beliau berkata, hasil siasatan PNSB kemudiannya membawa kepada perkongsian maklumat risikan dengan JSJN Bukit Aman berhubung penglibatan ahli sindiket yang dipercayai menggunakan kenderaan untuk membawa dan menyembunyikan dadah.Katanya, berdasarkan maklumat berkenaan, JSJN Bukit Aman menjalankan risikan dan tindakan susulan sebelum melancarkan Op Zoraptera di Selangor dan Pulau Pinang."Pemeriksaan ke atas sebuah kereta Nissan Teana di kawasan parkir sebuah hotel di Butterworth dan menjumpai puluhan bungkusan dadah lagi."Operasi yang dijalankan dalam tiga siri serbuan itu membawa kepada penahanan empat suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 19 hingga 25 tahun."Wanita berkenaan warga Thailand dan merupakan isteri kepada suspek kedua





KKDW mohon RM14.39 bilion bagi RP2 2027 - Ahmad Zahid - Astroawani - 1/09 1:45 pm

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memohon kira-kira RM14.39 bilion bagi peruntukan pembangunanRolling Plan Kedua (RP2) 2027, namun siling bayangan yang diberikan hanya sekitar RM8.3 bilion.





5 hari tanpa khabar berita, isteri anggota bomba di Nepal titip... - Mygazette - 1/09 7:30 am

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Hisham Mohamad mengesahkan Muhammad Sani merupakan antara dua pegawai bomba yang gagal dihubungi susulan kejadian banjir dahsyat di Nepal baru-baru ini. Turut gagal dihubungi ialah pegawai Akademi JBPM Wilayah Tengah, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa





KKDW Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 - Mygazette - 1/09 7:30 am

KKDW tampil di MAHA 2026 menerusi Laman Usahawan Desa, menghimpunkan penglibatan 10 agensi di bawah kementerian termasuk MARA, RISDA, KEMAS, FELCRA, JAKOA serta lima lembaga kemajuan wilayah





Malaysia mohon kebenaran Nepal hantar SMART - Utusan - 1/09 6:40 am

PETALING JAYA: Malaysia sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Kerajaan Nepal untuk mengatur gerak Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi susulan bencana alam di wilayah Tibet, China





Jerebu: AirBorneo maklum penerbangan mungkin terjejas - Astroawani - 31/08 11:00 pm

AirBorneo memaklumkan penerbangan dalam wilayah Borneo mungkin dijadualkan semula atau dibatalkan atas faktor keselamatan susulan keadaan jerebu yang semakin buruk.





Penternak ikan rugi, helikopter ambil air kolam padam kebakaran hutan - Kosmo - 31/08 8:00 pm

JAKARTA Seorang pemilik kolam ikan di Banjar, wilayah Kalimantan Selatan rugi apabila pengambilan air oleh helikopter dari kolamnya untuk memadam kebakaran hutan dan tanah menyebabkan beribu-ribu ikan mati akibat tertekan, lapor portal berita Lambe Turah





Rumah hijau kebal tsunami lumpur diNepal - Kosmo - 31/08 7:30 pm

KATHMANDU – Sebuah rumah berwarna hijau di Nepal menjadi sensasi internet kerana kekal teguh ketika banjir lumpur deras menenggelamkan kebanyakan kediaman dan menghanyutkan bangunan di sekitarnya, lapor portal berita Gulf News. Kejadian berlaku ketika banjir dahsyat melanda Nuwakot, wilayah Bagmati pada Rabu minggu lepas





Warga Jepun Tertua Meninggal Dunia Pada Usia 115 Tahun - Siakapkeli - 31/08 3:58 pm

Individu tertua di Jepun, Shigeko Kagawa dari wilayah Nara, meninggal dunia pada usia 115 tahun, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun.





Lima hari tanpa khabar, isteri terus titip doa buat suami di Nepal - Sinarharian - 31/08 11:53 am

Engkau melihatnya ketika mata kami tidak mampu melihatnya."Engkau mendengar suaranya ketika telinga kami tidak mampu mendengarnya. Engkau mengetahui keadaannya ketika kami hanya mampu menunggu dan berharap," katanya.Mohd Sani antara dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih gagal dihubungi susulan banjir besar di Nepal ketika menyertai aktiviti trekking ke Everest Base Camp.Muhammad Sani berpangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba dan merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat JBPM.Seorang lagi anggota, Fakhrul Munir Mohamad Isa merupakan Pegawai Latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah.Aziela berkata, keluarganya menyerahkan keselamatan Mohd Sani kepada ALLAH SWT kerana tidak mampu berada di sisi suaminya ketika musibah berlaku.Dalam doa itu, beliau turut memohon agar suaminya dilindungi daripada ancaman arus banjir, runtuhan, kesejukan, kecederaan serta segala bahaya yang tidak diketahui.Beliau turut berdoa supaya usaha pasukan mencari dan menyelamat dipermudahkan serta mereka diberikan petunjuk untuk menemui lokasi mangsa."Pimpinlah mereka ke tempat dia berada





Erti kemerdekaan perlu diterjemah dalam kehidupan rakyat - Ahmad Zahid - Sinarharian - 31/08 11:13 am

KUALA LUMPUR - Erti kemerdekaan perlu diterjemahkan dalam kehidupan rakyat dengan memastikan mereka memperoleh kemahiran, peluang pekerjaan lebih baik serta tidak tercicir daripada arus pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, perjuangan hari ini bukan lagi untuk mendapatkan kemerdekaan, tetapi memastikan makna kemerdekaan benar-benar hidup dalam kehidupan rakyat."Sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagi saya merdeka hari ini bererti kita menyediakan anak-anak muda dengan kemahiran, terutamanya kemahiran TVET supaya mereka mampu merebut pekerjaan yang bergaji premium pada masa hadapan," katanya dalam ucapan menerusi video yang dimuat naik di Facebook bersempena dengan Hari Kebangsaan 2026 pada Isnin.Beliau berkata, kemerdekaan perlu memberikan ruang kepada usahawan kecil untuk berkembang, manakala setiap keluarga berpeluang mengubah kehidupan mereka.Timbalan Perdana Menteri berkata, negara juga perlu hadir untuk melindungi rakyat ketika bencana serta membantu mereka bangkit dan membina semula kehidupan.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, amanah yang dipikul di bawah kementeriannya adalah memastikan kemajuan negara tidak terhenti di sempadan kota, sebaliknya sampai ke setiap desa, kampung dan pedalaman."Kerana akhirnya sebuah negara bukan menjadi besar hanya kerana apa yang dibangunkan, tetapi kerana siapa yang dibawa bersama dalam pembangunan," katanya.Mengimbau perjalanan negara sejak merdeka, beliau berkata, sebatang jalan mampu mengubah sebuah kampung, bekalan elektrik membawa harapan kepada rumah sederhana dan bilik darjah kecil dapat melahirkan cita-cita besar.Beliau berkata, kemerdekaan bukan sekadar tarikh dalam kalendar sejarah, tetapi perjalanan panjang sebuah bangsa membina keyakinan, menentukan masa depan dan mengangkat martabat rakyat.Ahmad Zahid berkata, kemerdekaan juga bermaksud membangunkan industri halal yang bukan sahaja menjadi kebanggaan Malaysia, malah membuka pasaran dan sumber rezeki kepada rakyat pada pentas dunia."Malaysia ini rumah kita




Reformasi     >>



Rashid patahkan dakwaan Madinah isu tak dipanggil RCI .. - Harapandaily
Bekas anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Rashid Hussain menolak dakwaan bahawa bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad tidak diberikan peluang untuk memberikan penjelasan kepada suruhanjaya berkenaan. Rashid yang juga Pengerusi ..
Kroni     >>



Families descend on Nepal in search of missing tourists - NST
KATHMANDU: Desperate families of missing foreigners were clinging to hope as they combed hospitals and morgues in search of clues, a week after catastrophic floods tore through Nepals Himalayan border region.
Tabloid     >>



Pagi Di Putrajaya, Malam Di Dataran Merdeka! Semangat .. - Ohmedia
Setahun sekali, ada satu pagi yang buat kita rasa semangat untuk bangun awal (ada yang sanggup tak tidur), sarung baju bertema Jalur Gemilang dan keluar bersama ribuan rakyat Malaysia untuk meraikan hari yang cukup bermakna buat kita semua. Tahun ini, Ohmedia sekali lagi merasai kemeriahan ..
Tech     >>



Pixel 12 Pro Fold could copy iPhone Ultra tech for an .. - Androidauthority
A couple of other Android brands could copy Apple's solution too.
World     >>



Trump suggests renaming Strait of Hormuz as Trump .. - Aljazeera
Despite renewed fighting with Iran and near daily attacks on ships, Trump says Strait of Hormuz is 'under USA control'.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Guna Platform Triton, Pajero Muncul .. - Mekanika
Selepas pengeluaran tamat pada tahun 2021, Mitsubishi Pajero akhirnya kembali ke pasaran menerusi generasi kelima yang dibangunkan sebagai SUV flagship baharu. Mitsubishi mengekalkan identiti Pajero sebagai sebuah kenderaan lasak dengan keupayaan merentas pelbagai permukaan dan pada masa sama ..