///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Wan Ahmad Farid News   Page 1    



AGC pastikan badan kehakiman terhindar daripada serangan tidak wajar - Mgazette - 7/08 7:49 am

"Selaku pegawai mahkamah, tugas kami bukan untuk mendapatkan sabitan tetapi untuk memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan," ujarnya. Beliau berucap pada Majlis Penghormatan Ketua Hakim Negara ke-17, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Kehakiman hari ini





AGC pulangkan laporan siasatan kes Zara, polis perlu teliti beberapa .. - Mgazette - 7/08 7:49 am

"Saya tidak boleh memaklumkan tindakan yang akan diambil kepada sesiapa buat masa ini atau inkues dijalankan (bagi menyiasat kematian mangsa). "Kita kena pastikan ini adil, buat masa ini saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan masih dijalankan," ujar beliau ketika ditemui pihak media pada Majlis Menghargai Pelantikan Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Kehakiman, di sini hari ini





Saya tidak boleh padam sejarah – Ketua Hakim Negara - Mgazette - 7/08 7:49 am

# Saya tidak boleh padam sejarah - Ketua Hakim Negara PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara ke-17, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertekad untuk memelihara kebebasan badan kehakiman meskipun tidak mampu memadam sejarah termasuk bidang politik yang melingkari latar belakangnya





Saya tidak janji keajaiban namun pembaharuan akan dilaksanakan – .. - Mgazette - 7/08 7:49 am

# Saya tidak janji keajaiban namun pembaharuan akan dilaksanakan - Ketua Hakim Negara PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menggariskan beberapa pembaharuan bagi memperbaiki penyampaian sistem keadilan supaya lebih berkesan dan pantas





Anwar hopes chief justice will carry out duties with wisdom, integrity - Mkini - 7/08 6:30 am

PM says discussion with Wan Ahmad Farid centred on strengthening public trust in judiciary.





PM Anwar urges new Chief Justice to uphold wisdom and integrity - SUN - 6/08 10:29 pm

KUALA LUMPUR : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim expressed his hope that newly appointed Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh will perform his duties with wisdom and integrity





PM harap Ketua Hakim Negara mampu galas amanah dengan penuh hikmah, bijaksana - Sinarharian - 6/08 10:28 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Ketua Hakim Negara baharu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mampu menggalas amanah besar yang dipertanggungjawabkan kepada beliau dengan penuh hikmah dan bijaksana demi Malaysia yang lebih adil serta maju.Perdana Menteri, yang menerima kunjungan hormat Wan Ahmad Farid di pejabatnya hari ini, berkata, dalam pertemuan itu, perbincangan mereka menyentuh mengenai kepentingan memperkukuh institusi kehakiman yang bebas dan berintegriti.Perbincangan turut menjurus kepada usaha memperkukuh institusi itu agar diyakini rakyat sebagai tiang seri kepada negara hukum yang adil dan saksama, kata Anwar yang turut mengucapkan tahniah kepada Wan Ahmad Farid dalam hantaran di Facebook.Wan Ahmad Farid, 62, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.Menerusi ucapan pertama sebagai Ketua Hakim Negara hari ini, Wan Ahmad Farid berikrar untuk melindungi dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman.Beliau turut berikar untuk memberikan sepenuh komitmen ke arah penambahbaikan institusi itu dan mempertahankan kebebasannya





AGC pertahan badan kehakiman daripada serangan tidak wajar - Mohd Dusuki - SUN - 6/08 10:24 pm

Beliau menegaskan AGC berperanan penting dalam pentadbiran keadilan sebagai pegawai mahkamah yang bukan sekadar mengejar sabitan tetapi juga memastikan kedaulatan undang-undang. Mohd Dusuki berucap pada majlis pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 di Istana Kehakiman hari ini





Ketua Hakim Negara berikrar lindungi, pertahan kebebasan badan kehakiman - Astroawani - 6/08 10:23 pm

Ketua Hakim Negara yang baharu dilantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berikrar untuk melindungi dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman.





PM harap Ketua Hakim Negara mampu galas amanah dengan penuh hikmah, bijaksana - Astroawani - 6/08 10:19 pm

Anwar berharap Wan Ahmad Farid mampu menggalas amanah besar yang dipertanggungjawabkan kepada beliau dengan penuh hikmah dan bijaksana demi Malaysia yang lebih adil serta maju.





Ketua Hakim Negara ikrar pertahankan kebebasan badan kehakiman - SUN - 6/08 10:19 pm

PUTRAJAYA : Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berikrar melindungi dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman





AGC vows to defend judiciary integrity against attacks in Malaysia - SUN - 6/08 9:01 pm

Mohd Dusuki highlighted the AGCs duty as officers of the court to uphold the rule of law, not merely secure convictions. He made these remarks during a special ceremony honouring newly appointed Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh





Wan Ahmad Farid ikrar pertahan kehakiman sepenuh jiwa raga - Mkini - 6/08 8:19 pm

"Biarlah mesej mengenai kebebasan badan kehakiman terus bergema dengan lantang dan jelas," kata Ketua Hakim Negara yang baru.





Tak dapat padam sejarah silam, Wan Ahmad Farid ikrar lindungi kebebasan badan kehakiman - FMT - 6/08 8:01 pm

Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengakui pernah terbabit politik, tetapi berikrar penuhi tanggungjawab dalam tugasan baharunya sepenuh jiwa raga.





AGC pulangkan laporan siasatan kes Zara Qairina kepada polis - SUN - 6/08 7:51 pm

Beliau tidak dapat memaklumkan tindakan yang akan diambil buat masa ini termasuk melaksanakan bedah siasat atau inkues menyiasat kematian mangsa. Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Menghormati Pelantikan Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Kehakiman Putrajaya





Ketua Hakim Negara ikrar lindungi kebebasan kehakiman 'seluruh jiwa dan raga' - Sinarharian - 6/08 7:47 pm

PUTRAJAYA Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada Rabu memberi jaminan teguh untuk mempertahankan kebebasan badan kehakiman negara sambil berikrar menjaga institusi itu dengan 'seluruh jiwa dan raga'.Memetik laporan News Straits Times, Wan Ahmad Farid berkata, latar belakang pengalamannya dalam ketiga-tiga cabang kerajaan, termasuk sejarah politik sebelum ini tidak akan mempengaruhi komitmen terhadap tugas sebagai hakim tertinggi.Menurutnya, beliau tidak menafikan sejarah mengenai kerjaya sama ada politik atau sebaliknya sememangnya tidak dapat dipadamkan."Namun, apabila memikul amanah yang paling berat ini dan selagi menduduki kerusi ini, saya memberikan ikrar tanpa syarat bahawa akan mempertahankan dan melindungi kebebasan badan kehakiman kita dengan penuh ketegasan."Sekarang, marilah kita melihat ke hadapan untuk masa depan kehakiman negara iaitu sebuah badan kehakiman yang bebas, berdaya tahan, cekap, berilmu dan mudah diakses."Marilah kita melakukannya demi negara tercinta," katanya dalam ucapan sulungnya semasa majlis sambutan pelantikan di Istana Kehakiman di siniWan Ahmad Farid turut menyeru para hakim, pegawai kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguam Bela Sarawak serta pihak berkepentingan lain untuk bekerjasama dalam membina institusi kehakiman yang kukuh dan berintegriti.Wan Ahmad Farid, 62, yang juga bekas ahli UMNO memulakan kerjaya perkhidmatan awam sebagai senator pada Disember 2005 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dari Mac 2008 hingga April 2009.Beliau pernah menjadi pembantu politik kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 2009, namun tewas tipis.Beliau bersara daripada politik pada 2013 dan kini menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lalu.





Tabik hormat: New CJ recalls his car sticker in Terengganu defending five .. - Malaymail - 6/08 7:23 pm

PUTRAJAYA, Aug 6 Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh today recalled how he had displayed a car sticke...





I cant erase my history, but I vow to protect judicial independence, says new CJ - FMT - 6/08 7:14 pm

Wan Ahmad Farid Wan Salleh acknowledges his past in politics, but pledges to fulfil his new role with 'every fibre of my being'.





CJ vows to protect independence of judiciary amid Umno past ties concern - Mkini - 6/08 6:53 pm

Wan Ahmad Farid says his history cannot be erased.





New Chief Justice: I cant erase my history, but I vow to protect judicial .. - Malaymail - 6/08 4:58 pm

PUTRAJAYA, Aug 6 Newly-appointed Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh today vowed to protect the indep...





Agong kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Wan Ahmad... - Mgazette - 29/07 8:08 am

# Agong kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Wan Ahmad Farid KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Negara, di sini





Hakim akui bukan mudah puaskan hati semua orang dalam negara pelbagai kaum .. - Mgazette - 29/07 8:08 am

Kedua-dua ditemui wakil media selepas majlis angkat sumpah dan taat setia 22 hakim atasan di Istana Kehakiman hari ini. Mendahului senarai, Abu Bakar diikuti Azizah manakala pada sebelah pagi, Ketua Hakim Negara ke-17, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Istana Negara





Tidak khuatir, saya berkata benar – Bekas Hakim Besar Sabah dan .. - Mgazette - 29/07 8:08 am

Namun, tidak lama selepas itu, beliau menerima satu e-mel daripada seorang hakim kanan yang mengkritik keras pandangannya, malah menggunakan bahasa sinis dan _condescending._ Terdahulu, 22 hakim atasan termasuk Presiden Mahkamah Rayuan yang baharu, Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia pada majlis tersebut. Pada sebelah pagi, Ketua Hakim Negara ke-17, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Istana Negara





Abu Bakar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan - SUN - 28/07 7:32 pm

Selain itu, 14 Pesuruhjaya Kehakiman disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, dengan pelantikan berkuat kuasa hari ini. Ketua Hakim Negara baharu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim hadir menyaksikan upacara tersebut





Abu Bakar angkat sumpah jawatan Presiden Mahkamah Rayuan - Sinarharian - 28/07 6:44 pm

Indra Nehru, M. Sumathi, Moses Susayan, Kan Weng Hin, Dr Wendy Ooi Su Ghee, Mohd Rosli Yusoff, Dr Hazlina Hussain, Roszianayati Ahmad dan Mohamad Haldar Abdul Aziz.Pelantikan semua hakim berkuat kuasa pada Isnin.Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menyaksikan upacara angkat sumpah itu.Antara yang hadir dalam majlis berkenaan ialah bekas-bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Tun Md Raus Sharif dan Tun Arifin Zakaria, serta Presiden Badan Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab





Abang doakan Wan Ahmad Farid dilindungi fitnah, godaan kuasa - Sinarharian - 28/07 12:12 am

KUALA TERENGGANU "Ya ALLAH, lindungilah dia daripada fitnah, godaan kuasa dan kesilapan yang menyesatkan."Demikian titipan doa abang kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sempena Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Isnin.Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, pelantikan itu merupakan satu penghargaan dan amanah besar yang memerlukan kekuatan iman serta kebijaksanaan untuk memimpin dengan adil dan saksama."Jadikanlah dia Ketua Hakim yang tegas, jujur dan amanah, yang menegakkan kebenaran tanpa takut atau gentar."Ya ALLAH, peliharalah langkahnya, berkatilah tugasnya dan jadikanlah pelantikannya rahmat untuk negara dan rakyat," kongsi beliau menerusi hantaran di laman sosialnya pada Isnin.Pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara, Wan Ahmad Farid, 62, turut mengangkat serta melafaz sumpah taat setia jawatan.Pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lalu.Wan Ahmad Farid yang sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, turut dikurniakan Suratcara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan.Istiadat berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.





Agong presents instrument of appointment as CJ to Wan Ahmad Farid - Mkini - 28/07 11:32 am

New top judge takes oath of office and loyalty at Istana Negara.





Wan Ahmad Farid angkat sumpah jawatan ketua hakim negara - FMT - 28/07 11:31 am

Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang sebelum ini hakim Mahkamah Rayuan turut dikurniakan surat cara pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan.





Wan Ahmad Farid sworn in as chief justice - FMT - 28/07 11:21 am

Wan Ahmad Farid Wan Salleh received the instrument of appointment and took his oath of office and loyalty during a ceremony at Istana Negara today.





Agong kurnia surat cara pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Wan Ahmad Farid - Sinarharian - 28/07 11:21 am

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Negara, di sini.Wan Ahmad Farid, 62, turut mengangkat serta melafaz sumpah taat setia jawatan pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara yang berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.Beliau yang sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan turut dikurniakan Suratcara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan.Istiadat berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.Pada istiadat sama, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi, diikuti Suratcara Pelantikan kepada lapan Hakim Mahkamah Rayuan serta 14 Hakim Mahkamah Tinggi.Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara ke-17 bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.Pelantikan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.Abu Bakar, 63, pula mengisi kekosongan jawatan Presiden Mahkamah Rayuan susulan persaraan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pada 3 Julai, manakala Azizah, 63, menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang bersara pada 24 Julai.Wan Ahmad Farid yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London dan memperoleh Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya memulakan kerjaya guamannya sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara di Tetuan Adnan & Wee, Kuala Terengganu dari 1987 hingga 2003.Selain kerjaya perundangan, anak jati Kuala Terengganu itu juga aktif dalam bidang pentadbiran dan politik dengan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003 hingga 2008 sebelum dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2008 hingga 2009.Antara 2011 hingga 2015, Wan Ahmad Farid kembali ke bidang guaman sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara di Tetuan Wan Farid & Surin, Kuala Lumpur hingga dilantik Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dari 2015 hingga 2019.Beliau kemudiannya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dari 2019 hingga 2024 dan pernah bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mahkamah Tinggi Shah Alam (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas), serta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas 3)



King appoints Wan Ahmad Farid as Malaysias 17th Chief Justice in ceremony at Istana Negara - Malaymail - 28/07 11:12 am

KUALA LUMPUR, July 28 His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, today presented the instrument of appointmen...





Agong kurnia surat cara pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Wan Ahmad Farid - Astroawani - 28/07 10:20 am

Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik Ketua Hakim Negara ke-17 bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.





Ketua Hakim Negara baharu angkat sumpah esok - Sinarharian - 27/07 1:25 pm

SHAH ALAM Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 dalam satu majlis rasmi yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada esok, 28 Julai 2025.Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara daripada jawatan berkenaan pada 2 Julai lalu.Turut akan mengangkat sumpah dalam majlis sama ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan serta Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak bagi menggantikan penyandang terdahulu yang telah bersara.Selain itu, seramai lapan Hakim Mahkamah Rayuan dan 14 Hakim Mahkamah Tinggi yang baharu juga dijadualkan menerima surat pelantikan dan mengangkat sumpah dalam majlis berkenaan.Wan Ahmad Farid, 62, berasal dari Kuala Terengganu, memulakan kerjaya dalam bidang perundangan selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) daripada University of West London pada tahun 1985 dan Sijil Amalan Guaman (Certificate in Legal Practice CLP) daripada Universiti Malaya pada tahun 1986.Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Adnan & Wee, Kuala Terengganu dari tahun 1987 hingga 2003.Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dari 2003 hingga 2008, sebelum menyandang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dari tahun 2008 hingga 2009.Selepas kembali ke bidang guaman antara 2011 hingga 2015 di Tetuan Wan Farid & Surin, Kuala Lumpur, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2015 dan telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kota Bharu sehingga 2019.Pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi kemudiannya disusuli dengan perkhidmatan di pelbagai bahagian termasuk Bahagian Kuasa-Kuasa Khas.Pada 12 November 2024, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.Sepanjang perkhidmatan kehakimannya, beliau telah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk kes berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan serta pertikaian tanah melibatkan Semantan Estate Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.Pelantikan ini mencerminkan kesinambungan dalam institusi kehakiman negara serta kepercayaan tinggi terhadap integriti dan kewibawaan Wan Ahmad Farid dalam menerajui badan kehakiman Malaysia





Anwars chief justice pick tests Malaysias faith in the courts - Scmp - 27/07 12:00 am

As the gavel passes to Malaysias new chief justice, old questions echo through Putrajaya. Can a judiciary led by a former Umno party insider truly deliver impartial justice, or will the shadows of political allegiance darken the bench? Wan Ahmad Farid Wan Salleh, previously a Court of Appeal judge and once deputy home minister under prime minister Abdullah Ahmad Badawi, is set to assume the judiciarys highest seat on Monday





Saya diminta ???toe the line??? ??? Hakim Abdul Rahman Sebli imbau episod .. - Mgazette - 26/07 7:44 am

Abdul Rahman turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga mahkamah serta komuniti guaman Sabah dan Sarawak atas sokongan dan kerjasama mereka sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau juga memuji tindakan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana mengamalkan prinsip integriti apabila menarik diri daripada satu kes atas faktor persepsi awam iaitu satu tindakan yang disifatkannya sebagai lambang integriti dan teladan kepimpinan tertinggi kehakiman



UMNO Pekan kekal perjuang keadilan buat Najib - Mgazette - 22/07 8:15 am

"Malah perlu ditegaskan bahawa kewujudan Titah Adendum yang bertarikh 29 Januari 2024 tersebut telah disahkan oleh pihak Majlis Kesultanan Pahang melalui surat bertarikh 4 Januari 2025. "UMNO Pekan berharap agar perlantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baru akan memandang serius perkara ini demi menjamin prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara



PM Anwar confirms Chief Justice appointment followed proper procedure - SUN - 21/07 2:08 pm

No one can bypass the Conference of Rulers or the Kings approval, he added. Court of Appeal Judge Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh was officially named the 17th Chief Justice, with his swearing-in set for July 28



Anwar: Calon Ketua Hakim Negara dikemuka lebih awal - SUN - 21/07 1:30 pm

Tiada siapa boleh mendahului rundingan Majlis Raja-Raja dan perkenan Tuanku, katanya. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 dan akan mengangkat sumpah pada 28 Julai ini



Puad Zarkashi syor Ketua Hakim Negara tidak boleh jadi Pengerusi JAC - Sinarharian - 21/07 11:15 am

SHAH ALAM Seorang pemimpin UMNO mengesyorkan Ketua Hakim Negara tidak boleh dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sekiranya benar-benar mahu pelantikan hakim bebas.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, syor itu dikemukakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan Ketua Hakim Negara mengemukakan calon kroninya.Beliau berkata, langkah terbabit adalah paling berkesan untuk memastikan perkara terbabit tidak berlaku."Atas faktor itu, cuba sebut negara mana Presiden atau Perdana Menteri tidak terlibat mencadangkan nama calon Ketua Hakim Negara."Singapura? Bahkan di Malaysia, siapa pun nama yang dicadangkan akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja Raja Melayu," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.Terdahulu, teka-teki mengenai siapa yang akan menjawab jawatan Ketua Hakim Negara terjawab apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.



Anwar perjelas nama Ketua Hakim Negara dikemuka lebih awal sebelum negara riuh - Sinarharian - 21/07 9:56 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan kononnya beliau telah membuat pertukaran nama calon Ketua Hakim Negara pada saat akhir.Menurut beliau, nama Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon telah pun dikemukakan lebih awal untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengikut proses yang ditetapkan."Nama calon telah dikemukakan lebih awal, sebelum negara riuh."Kita hanya tunggu giliran Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 15 dan 16 Julai lalu



Five looming crises leave Anwar trapped in Putrajaya - Sinchew - 20/07 10:14 pm

However, if the Bar Council did not initiate the Walk for judicial independence, disclosure by Rafizi and the public outcry, things might have gone differently. With Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh elevated to Chief Justice of the Federal Court, the public has largely reacted positively, reflecting that Terriruddin was broadly unacceptable



Lantikan hakim: Desakan tubuh RCI, himpunan aman tak lagi perlu - Mgazette - 19/07 8:30 am

KANUN mengucapkan jutaan tahniah kepada hakim-hakim yang dilantik itu dan berharap mereka dapat terus memastikan prinsip-prinsip kebebasan kehakiman di bawah Perlembagaan terus dijunjung supaya keadilan dapat tertegak, katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu



Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman - Mgazette - 19/07 8:30 am

# Wan Ahmad Farid faham secara mendalam kesucian badan kehakiman KUALA LUMPUR - Badan Peguam Malaysia menyifatkan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai kefahaman mendalam terhadap peranan suci badan kehakiman untuk menegakkan kedaulatan undang-undang



Choice of CJ draws positive reactions - SUN - 19/07 8:00 am

PETALING JAYA : The appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as Malaysias new chief justice has drawn positive reactions from members of the legal community, that expressed hope his leadership would reinforce judicial independence, uphold constitutional values and enhance public confidence in the justice system



Bersih tuntut segera laksana reformasi lantikan kehakiman - Sinarharian - 18/07 11:04 pm

SHAH ALAM - Pelantikan tiga hakim utama negara tidak bermakna proses reformasi pelantikan kehakiman bagi membebaskan institusi itu daripada campur tangan cabang eksekutif perlu terhenti.Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, ia merujuk khusus kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang pernah terlibat dalam politik UMNO, namun pada 2022 beliau mengambil keputusan menarik diri dari mendengar kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penegasan mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman."Penegasan sebegini amat penting untuk memastikan rakyat awam menghormati badan kehakiman sebagai badan yang mengangkat prinsip kedaulatan undang-undang."Bersih menegaskan prinsip tersebut harus terus didukung oleh beliau terutama ketika menjalankan tugas sebagai Ketua Hakim Negara."Kami mengalu-alukan lantikan tiga hakim utama negara iaitu Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Wan Ahmad Farid yang juga Hakim Mahkamah Rayuan diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Tambah kenyataan itu, Bersih juga menuntut untuk kerajaan segera melaksanakan reformasi lantikan kehakiman terutamanya dengan mengurangkan kuasa Perdana Menteri dalam lantikan hakim-hakim."Ini termasuklah dengan mengiktiraf Suruhanjaya Lantikan Kehakiman (JAC) sebagai badan yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan."Komposisi dalam JAC juga perlu dirombak semula untuk mengurangkan kuota lantikan Perdana Menteri dalam keanggotaan JAC dengan memasukkan wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, wakil Sabah Law Society dan Advocate Associates of Sarawak serta wakil daripada ahli akademik dan anggota masyarakat sivil yang berkelayakan."Selain itu, dari sudut pelantikan, Perdana Menteri perlu diwajibkan untuk memberikan alasan yang berasas kepada awam jika terdapat penolakan calon Hakim yang dicadangkan oleh JAC dan beliau hanya boleh menolaknya sebanyak sekali sahaja," katanya.Sementara itu, Bersih turut menegaskan kerajaan harus laksanakan janji dan komitmen untuk menghormati doktrin pengasingan kuasa dengan menambahbaik sistem sedia ada."Krisis kehakiman terburuk yang berlaku pada tahun 1988 harus dijadikan sempadan oleh semua pihak khususnya kerajaan yang memperlihat rakyat sudah tidak lagi menghormati badan kehakiman," katanya.



Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM - Thempress - 18/07 9:14 pm

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh



Pernah jadi setiausaha politik Pak Lah, ini biodata YA Wan Ahmad Farid - Mdateline - 18/07 8:04 pm

Tengah malam semalam, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara yang baru



Bersih supports Malaysias new top judges appointment - SUN - 18/07 7:27 pm

KUALA LUMPUR : The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) has expressed support for the appointment of Malaysias three top judges, including Chief Justice Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh



Latar belakang politik tidak wajar jadi halangan pelantikan Ketua Hakim Negara Pembela - Sinarharian - 18/07 7:25 pm

SHAH ALAM Latar belakang politik seseorang sebelum menyertai badan kehakiman tidak seharusnya menjadi penghalang untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menegaskan, individu yang pernah aktif dalam politik tetapi telah menjalankan tugas sebagai hakim secara adil dan profesional wajar dinilai berdasarkan prestasi mereka di atas bangku kehakiman, bukan latar belakang lampau."Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memang pernah bertanding dalam pilihan raya atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menjawat jawatan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik, tetapi itu berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman."Setelah menyertai badan kehakiman, beliau tidak lagi aktif sebagai ahli politik dan telah menjalankan tugas kehakiman dengan baik," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut Zainul Rijal, terdapat juga contoh bekas calon parti pembangkang seperti Pas yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum bersara."Ini bukan perkara asing dalam sejarah kehakiman



Keputusan bijak Raja-Raja elak satu lagi krisis kehakiman - peguam - Mkini - 18/07 6:42 pm

Haniff Khatri memuji pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara yang baru.



AMK sambut baik pelantikan Ketua Hakim Negara baharu - Sinarharian - 18/07 6:33 pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pelantikan tiga tokoh kehakiman tertinggi negara yang disifatkan sebagai langkah memperkukuh institusi keadilan.Ketua Biro Guaman & Aduan Awam AMK, Khairul Naim Rafidi berkata, pelantikan tersebut seperti diumumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan merupakan amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti.Mereka yang dilantik ialah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara, Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak."Pelantikan ini berlaku dalam saat penting negara memperkukuh keyakinan terhadap institusi keadilan



Pelantikan Ketua Hakim Negara bukti tiada campur tangan politik - Sinarharian - 18/07 6:22 pm

KOTA BHARU - Pelantikan Ketua Hakim Negara, terbukti memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan Artikel 122B tanpa sebarang campur tangan politik.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkenaan dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja."Syabas dan tahniah kerana pelantikan itu sudah direstui oleh Majlis Raja-Raja dan dilakukan dengan tertib dan mengikut Perlembagaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih KPKT di sini pada Jumaat.Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Kesihatan danxAlam Sekitar, Hilmi Abdullah.Kor Meng turut berharap institusi kehakiman negara akan terus menyakinkan rakyat melalui keputusan yang adil dan saksama kepada semua pihak mengikut lunas undang-undang.Media sebelum ini melaporkan pelantikan Wan Ahmad Farid yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia di Facebook Badan Kehakiman Malaysia, pada tengah malam 17 Julai.Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-PertuanAgong akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara.



Pelantikan Ketua Hakim Negara: Majlis Peguam ucap tahniah, tekankan kepentingan integriti kehakiman - Astroawani - 18/07 6:15 pm

Majlis Peguam mengucapkan tahniah kepada Ketua Hakim Negara yang baharu dilantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.



Lawyer: Rulers' 'wise' appointments prevented another judicial crisis - Mkini - 18/07 6:00 pm

Haniff also trusts Wan Ahmad Farid's impartiality, despite past involvement in politics.



Lantikan tiga hakim baharu diharap tamatkan usaha pihak mahu tubuh RCI - Sinarharian - 18/07 5:42 pm

SHAH ALAM - Pengumuman pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan beserta Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada Khamis diharap dapat menamatkan usaha sesetengah pihak yang ingin Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan.Ketua Kluster Komunikasi Kanun (Biro Undang-Undang) Parti Amanah Negara (Amanah), Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja yang bertindak di bawah Perkara 122B (1) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkenan pelantikan ketiga-tiga individu bagi jawatan tersebut.Peguam terbabit berpendapat, pelantikan dibuat penuh tertib, malah isu kontroversi yang cuba dipolitikkan segelintir pihak itu akhirnya berjaya diselesaikan."Kanun mengucapkan jutaan tahniah kepada para hakim yang dilantik ini dan berharap mereka terus memastikan prinsip kebebasan kehakiman di bawah Perlembagaan Persekutuan terus dijunjung agar keadilan dapat ditegakkan."Kami gembira kerana pelantikan tersebut dibuat dengan penuh tertib dan adab yang sepatutnya."Dengan pelantikan ini, maka tidak timbul lagi usaha sesetengah pihak untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat perkara terbabit atau mengadakan apa-apa perhimpunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan baharu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang sudah bersara wajib.Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Khamis.Dalam kenyataan sama, turut diumumkan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara di hadapan Sultan Ibrahim.Mengulas lanjut, Noorazmir turut berharap bahawa pelantikan ketiga-tiga hakim berkenaan mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan kehakiman yang berbangkit."Pelantikan ini diharap dapat menyelesaikan isu kehakiman yang berbangkit seperti kekurangan hakim."Selain itu, isu untuk mendapat tarikh bicara yang kini pihak litigan terpaksa menunggu lama," ujarnya.



From Teoh Beng Hock to the Bar???s march: A week where apologies fell flat .. - Sinchew - 18/07 4:46 pm

They formed a pattern: a chorus of remembrance, resistance, and reckoning in a society weary of institutional fatigue and democratic erosion. Now, with the appointment of Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh as the new Chief Justice, concerns over the politicization of the judiciary have taken on renewed urgency



Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan - Mgazette - 18/07 4:46 pm

# Ahli Parlimen Keadilan desak reformasi pelantikan kehakiman diteruskan KUALA LUMPUR - Sekumpulan Ahli Parlimen Keadilan menggesa agar proses mengukuhkan kebebasan badan kehakiman diteruskan secara lebih menyeluruh dan konsisten susulan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu lewat malam tadi



Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM - Mgazette - 18/07 4:46 pm

# Pelantikan Wan Ahmad Farid bukti tohmahan pembangkang tidak berasas -PM PUTRAJAYA Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara baharu dan beberapa hakim lain membuktikan tohmahan sesetengah pihak kononnya badan kehakiman negara tidak bebas sebenarnya tidak berasas



Majlis Peguam sambut baik pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara - Thempress - 18/07 4:42 pm

PELANTIKAN pimpinan baharu jawatan kehakiman mendapat sambutan baik daripada Majlis Peguam sekali gus akan dapat mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dalam menegakkan standard kebebasan tertinggi dan berintegriti untuk negara.…



Malaysian Bar congratulates Wan Ahmad Farid on CJ appointment, cites judicial integrity - SUN - 18/07 4:04 pm

KUALA LUMPUR : The Malaysian Bar has congratulated Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh on his appointment as the new Chief Justice of Malaysia, expressing confidence in his leadership to uphold judicial independence and integrity



Wan Ahmad Farid perlu tegas bersihkan institusi kehakiman - Zaid - Sinarharian - 18/07 4:01 pm

SHAH ALAM - Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diharap bersikap tegas dalam mencorakkan masa depan dan membersihkan institusi kehakiman daripada unsur rasuah.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim berkata, pada usia 62 tahun, Wan Ahmad Farid masih mempunyai empat tahun lagi untuk memberikan sumbangan bermakna kepada institusi kehakiman yang kini berada dalam keadaan rapuh.Menurutnya, harapan rakyat adalah agar beliau bukan sahaja menegakkan undang-undang, tetapi juga mengembalikan keyakinan umum terhadap kewibawaan badan kehakiman."Saya hanya mempunyai satu harapan utama terhadap kepimpinan baharu ini



Prime Minister outlines judiciary appointment process, denies interference - SUN - 18/07 3:58 pm

This demonstrates that the process was properly followed and that we are abiding by Article 122B of the Federal Constitution, he said. Datuk Wan Ahmad Farid has been appointed as Malaysias new Chief Justice and is scheduled to be sworn in before the Yang di-Pertuan Agong on July 28



Badan Peguam imbau ketegasan Wan Farid pertahan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes Najib - Sinarharian - 18/07 3:45 pm

SHAH ALAM Badan Peguam Malaysia menyatakan kelegaan susulan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.Pada masa sama, badan bukan kerajaan itu (NGO) itu turut mengimbau ketegasan Wan Ahmad Farid dalam mempertahankan prinsip kebebasan kehakiman dalam kes berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, pelantikan itu diyakini bakal menyuntik semula keyakinan awam terhadap institusi kehakiman negara, lebih-lebih lagi dengan rekod integriti dan prinsip yang pernah ditunjukkan Wan Ahmad Farid sebelum ini."Beliau pernah menarik diri daripada mendengar kes melibatkan permohonan peguam Queens Counsel, Jonathan Laidlaw dalam perbicaraan membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan menegaskan bahawa persepsi awam terhadap kebebasan kehakiman tidak boleh dipertikaikan."Ketika itu beliau turut menyatakan bahawa kehakiman yang bebas adalah anugerah berharga bagi mana-mana masyarakat




Reformasi     >>



Persatuan Teoh Beng Hock sokong inkues, bedah siasat .. - Mkini
Ng Yap Hwa berkata siasatan terhadap kes Zara dilihat tidak lengkap dan menimbulkan keraguan serius terhadap tahap profesionalisme polis.
Kroni     >>



Business : Trump Demands Resignation Of Intel Chief .. - Bernama
WASHINGTON, Aug 7 (Bernama-dpa) -- United States (US) President Donald Trump is calling for the immediate resignation of Intel chief executive Lip-Bu Tan, after a US senator accused the chip manager of being too close to China, German Press Agency (dpa) reported.
Tabloid     >>



Gambar Terkini Eda Ezrin Undang Perhatian, Akhirnya .. - Ohmedia
Eda Ezrin akhirnya dibebaskan selepas 9 bulan ditahan di penjara Thailand. The post Gambar Terkini Eda Ezrin Undang Perhatian, Akhirnya Balik Rumah Dan Selesai Beri Keterangan appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Samsung Galaxy Watch 8 vs. Galaxy Watch 7: Biggest .. - Tomsguide
With the Samsung Galaxy Watch 7 selling for as much as 50% off, should you skip the newer Galaxy Watch 8? I reviewed both models; heres how they compared across five key categories.
World     >>



Netanyahu says Israel intends to take complete control .. - BBC
Hamas warned that the plan meant Netanyahu was willing to "sacrifice" the remaining Israeli hostages in Gaza.
Motor Trend     >>



UMW Toyota Motor Catat Jualan Kukuh Julai 2025 - Careta
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., kejayaan ini berpunca daripada kepercayaan dan kesetiaan pelanggan terhadap kualiti, sokongan selepas jualan serta keyakinan memiliki sebuah Toyota. Melalui program seperti Toyota Extra Mile, kami memperkukuh pengalaman pemilikan dengan