| /// |
|
| Search : Unimap News | Page 1 |
|
Perlis berpotensi tarik pelaburan UK, manfaat bakat semikonduktor UniMAP - FMT - 16/11 3:58 pm Pesuruhjaya tinggi UK turut cadang syarikat British di Malaysia dan Thailand memperluas operasi ke Perlis. |
|
Graduan UniMAP terus jadi pilihan industri - Sinarharian - 15/11 9:33 am SHAH ALAM Pendekatan pembangunan bakat berorientasikan industri yang dilaksanakan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus membuahkan hasil apabila kadar bekerja graduannya meningkat daripada 98.8 peratus pada 2024 kepada 99.3 peratus pada 2025, sekali gus tertinggi dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).Kadar kebolehpasaran graduan turut meningkat daripada 98.89 peratus kepada 99.4 peratus.Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE) Universiti Malaysia Perlis, Dr Nor Faizah Bawadi berkata, kejayaan itu didorong pendekatan pembelajaran yang menekankan aplikasi ilmu, pengalaman industri dan penyelesaian masalah sebenar bagi melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran kerja."Sebagai universiti teknikal, UniMAP memperkukuh kompetensi mahasiswa menerusi pembelajaran berasaskan aplikasi, pensijilan profesional serta latihan yang diiktiraf industri."Pendekatan berkenaan diperkasa melalui program Industry on Campus (IoC), latihan industri dan Work-Based Learning (WBL) yang memberi pendedahan kepada teknologi semasa, budaya kerja profesional serta penyelesaian cabaran sebenar di tempat kerja," katanya menerusi satu kenyataan.Beliau berkata, dalam era kecerdasan buatan (AI), automasi dan transformasi digital, majikan tidak lagi hanya menilai pencapaian akademik.Sebaliknya, mereka mencari graduan yang mampu berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dengan berkesan serta mengaplikasikan ilmu dalam situasi sebenar."Dapatan UniMAP Future Talent Roundtable 2026 dan UniMAP Future Talent Industry Insight Report 2026 turut menunjukkan industri mengiktiraf kekuatan teknikal graduan UniMAP, namun menekankan keperluan memperkukuh komunikasi profesional, penyelesaian masalah secara kendiri, kepimpinan dan keupayaan mempertahankan cadangan berdasarkan fakta."Graduan juga perlu menguasai penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, termasuk menilai ketepatan maklumat yang dijana teknologi serta membuat keputusan berasaskan pertimbangan kritis," katanya.Faizah berkata, bagi memastikan pembangunan bakat terus relevan, UniMAP memperkukuh kerjasama strategik dengan industri menerusi platform seperti Northern Industrial Career Engagement (NICE) dan UniMAP Future Talent Roundtable, yang menghubungkan keperluan majikan dengan pembangunan kurikulum, pensijilan profesional serta projek tahun akhir mahasiswa."Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 20262035, Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 20262030 dan Pelan Strategik UniMAP 2030, universiti ini turut memperkasa keusahawanan melalui program TVETPreneur UniMAP bagi membolehkan mahasiswa membangunkan inovasi, menghasilkan prototaip dan meneroka peluang pengkomersialan," katanya.Beliau berkata, pendekatan menyeluruh itu memastikan graduan UniMAP bukan sahaja memperoleh pekerjaan, malah memiliki kompetensi, daya saing dan nilai tambah yang terus menjadi pilihan industri. |
|
Anugerah graduan pilihan MNC iktiraf UniMAP lahir tenaga mahir negara - Sinarharian - 14/11 6:25 pm ARAU - Kejayaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih pengiktirafan Anugerah graduan pilihan Syarikat Multinasional (MNC) selama dua tahun berturut-turut bagi 2024 dan 2025 membuktikan keupayaan universiti itu melahirkan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi negara.Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pengiktirafan berkenaan mencerminkan peranan penting UniMAP dalam menyediakan graduan berkualiti serta berkemahiran untuk memenuhi kehendak sektor industri.Menurut baginda yang juga Canselor UniMAP, pencapaian itu wajar diberikan penghargaan kerana menunjukkan usaha berterusan universiti berkenaan dalam memperkukuh hubungan antara pendidikan tinggi dengan keperluan industri."Inilah bukti peranan penting UniMAP dalam melahirkan tenaga mahir dan menyokong keperluan industri berteknologi tinggi negara," titah baginda.Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan titah ucapan sempena Sidang Satu Istiadat Konvokesyen Ke-21 UniMAP di Dewan Tuanku Canselor, Kampus UniMAP Pauh Putra di sini pada Sabtu.Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor Unimap, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Pro Canselor UniMAP, Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan graduan supaya memanfaatkan ilmu dan kepakaran yang diperoleh untuk menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat serta memperkukuh daya saing negara.Baginda bertitah, graduan berpendidikan tinggi juga perlu memperluas perkongsian ilmu demi kemajuan bersama kerana semakin tinggi ilmu dimiliki, semakin besar peluang dan tanggungjawab untuk menyumbang kepada bangsa serta negara.Selain kecemerlangan akademik dan kemahiran, baginda turut menekankan kepentingan nilai murni, jati diri, disiplin serta prinsip teguh dalam setiap tindakan dan keputusan.Seramai 3,775 orang graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen Ke-21 yang berlangsung selama empat hari di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra sehingga Selasa ini. |
|
Pembantu tadbir raih PhD UniMAP - Utusan - 14/11 3:46 pm ARAU: Seorang pembantu tadbir pejabat mencuri perhatian apabila menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan bersempena Istiadat Konvokesyen 21 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari ini |
|
Anak tukang rumah terima Anugerah Pelajaran Diraja UniMAP - Sinarharian - 14/11 2:12 pm ARAU - Seorang anak buruh binaan membuktikan kesusahan hidup bukan penghalang untuk mencapai kejayaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Konvokensyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke-21 di sini pada Sabtu.Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Luqmanul Hakim Hidayat, 24, berkata, pengalaman membantu bapanya, Hidayat Hilham, 60, yang bekerja sendiri sebagai buruh binaan sejak kecil banyak mengajarnya erti usaha, kesusahan dan pengorbanan.Menurutnya yang berasal dari Selangor, bapa dan ibunya, Noriza Basir, 60, yang merupakan suri rumah tidak pernah berputus asa untuk melihat enam anak mereka memperoleh kehidupan lebih baik menerusi pendidikan."Saya berasal daripada keluarga kurang berkemampuan |
|
UniMAP lahirkan graduan bernilai tinggi - Sinarharian - 14/11 9:33 am ARAU - Dalam dunia pendidikan tinggi yang semakin kompetitif, kejayaan sesebuah universiti tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan kecemerlangan akademik atau jumlah graduan dilahirkan setiap tahun.Sebaliknya, institusi pendidikan perlu memainkan peranan lebih besar membentuk insan yang bukan sahaja memiliki ilmu dan kemahiran, malah mempunyai jati diri, integriti, empati serta kesedaran terhadap tanggungjawab kepada masyarakat.Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif memberi penekanan pembangunan mahasiswa secara holistik dengan meletakkan pembentukan karakter sebagai antara agenda penting sepanjang tempoh pengajian.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Profesor Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, pengalaman di universiti tidak terhad kepada bilik kuliah, tugasan dan peperiksaan, sebaliknya perlu menjadi proses membina kematangan diri serta keupayaan mahasiswa menghadapi realiti kehidupan.Menurutnya, pendekatan itu diterjemahkan melalui tujuh inisiatif utama HEPA UniMAP merangkumi pembangunan kampus mesra pelajar, pemerkasaan mahasiswa, keterjaminan kebajikan, keusahawanan dan kebolehpasaran graduan, kecemerlangan bakat, pemasyarakatan mahasiswa serta peluasan penglibatan alumni."Matlamat kita bukan sekadar melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi individu mempunyai nilai tambah, mampu memimpin, berkomunikasi, bekerja dalam pasukan dan memahami tanggungjawab terhadap masyarakat."Kita mahu mahasiswa melalui pengalaman kampus yang holistik |
|
UniMAP aiming for graduates to earn RM4,000 salaries - NST - 14/11 8:00 am ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) is targeting 25 to 30 per cent of its graduates to earn premium salaries of RM4,000 and above by 2030. |
|
Helping students stand out, not just graduate - SUN - 9/11 2:38 pm UniMAP lecturer Dr Nur Anira Asyikin Hashim highlights how university-industry collaborations build practical skills, character, and career readiness. |
|
Lebih 100 juta rekod saintifik boleh diakses di PSSK UniMAP - Sinarharian - 3/11 7:52 pm PADANG BESAR Lebih 100 juta rekod saintifik kini boleh diakses menerusi platform LeapSpace yang ditawarkan Perpustakaan Sains Sosial dan Kemanusiaan (PSSK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sekali gus memperkukuh kemudahan penyelidikan dan akses kepada sumber ilmu bertaraf global.Inisiatif itu menjadikan Perpustakaan UniMAP sebagai perpustakaan universiti awam pertama di Malaysia yang menawarkan platform berkenaan dalam usaha memperluas penggunaan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan tinggi.Naib Canselor UniMAP, Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli berkata, penawaran LeapSpace merupakan langkah strategik universiti dalam menyediakan kemudahan penyelidikan yang lebih menyeluruh kepada warga akademik.Menurutnya, platform itu bukan sahaja membolehkan pengguna mengakses sumber saintifik dalam jumlah besar, malah membantu pencarian maklumat, analisis penyelidikan, penerokaan peluang dana serta penulisan ilmiah."Kemudahan ini juga membuktikan komitmen UniMAP untuk terus meneroka pendekatan baharu dalam penyampaian perkhidmatan ilmu, selari dengan perkembangan teknologi semasa."Dalam era perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), kita mahu warga universiti memanfaatkan kemudahan ini secara beretika dengan sentiasa mengutamakan ketepatan sumber, kesahihan maklumat dan integriti akademik," katanya pada Isnin.Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian PSSK oleh Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Kampus UniCITI Alam di sini.Majlis itu turut diserikan dengan keberangkatan Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro-Canselor UniMAP, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.Selain LeapSpace, PSSK turut menyediakan pelbagai kemudahan digital menerusi Hub Digital yang membolehkan warga universiti mengakses lebih 2.5 juta judul e-buku serta jutaan teks penuh artikel jurnal dan kertas persidangan tanpa batasan lokasi kampus.Kemudahan itu turut disokong Repositori UniMAP yang menyimpan hampir 100,000 objek digital merangkumi bahan rujukan akademik serta rekod sejarah universiti dan negeri Perlis.PSSK yang mula beroperasi sejak penubuhan UniMAP pada 2002 ketika dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) turut melalui beberapa fasa pembangunan sebelum dijenamakan semula pada 2023.Kini, perpustakaan berkenaan dibangunkan berasaskan tiga zon utama iaitu Hub Digital, Hub Pembelajaran dan Hub Komuniti bagi menyokong keperluan pembelajaran, penyelidikan serta perkongsian ilmu.Zaliman berkata, pembangunan PSSK juga selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 20262035 yang menekankan pembelajaran berteraskan kemanusiaan, pendidikan fleksibel dan penyampaian pendidikan tinggi yang responsif.Menurutnya, kemudahan itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong aspirasi UniMAP 2030 dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai ilmu dan kemahiran teknikal, malah mempunyai kemahiran insaniah serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. |
|
Shahidan bawa kontroversi raptai UniMAP ke Dewan Rakyat Shahidan bawa .. - Mygazette - 2/11 3:48 pm # Shahidan bawa kontroversi raptai UniMAP ke Dewan Rakyat KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke Dewan Rakyat hari ini bagi mendesak penjelasan menyeluruh daripada pihak berkaitan |
|
Raja Muda Perlis terima menghadap pengerusi lembaga pengarah UniMAP - FMT - 30/10 9:33 am Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail perluas hubungan strategik dengan industri. |
|
Raja Muda Perlis terima mengadap Pengerusi LPU UniMAP baharu - Astroawani - 30/10 6:10 am Tan Sri Syed Zainal Abidin dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis bagi tempoh tiga tahun hingga September 2029. |
|
Wakaf: Sumbangan kecil, pahala berpanjangan - Sinarharian - 29/10 11:03 pm KUALA LUMPUR - Amalan berwakaf bukan sahaja menjadi salah satu cara berkongsi rezeki, malah berperanan penting dalam membantu pembangunan ummah, khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan dan peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat.Mohamad Syazani Azwar Mohamad Azman, 23, graduan Pengurusan Digital Universiti Teknologi MARA (UiTM), berkata amalan berwakaf merupakan perbuatan mulia yang wajar dipupuk sejak usia muda tanpa perlu menunggu sehingga seseorang mempunyai pendapatan besar."Sejak awal lagi, saya diajar supaya memperuntukkan sebahagian kecil daripada pendapatan untuk berwakaf. Bagi saya, walaupun jumlahnya tidak besar, sekurang-kurangnya kita dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan pembangunan ummah," katanya.Menurut Syazani, budaya berwakaf perlu dijadikan sebahagian daripada kehidupan, khususnya dalam kalangan generasi muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan.Katanya, sumbangan kecil yang dilakukan secara konsisten berpotensi memberikan manfaat berpanjangan kepada golongan yang memerlukan.Sementara itu, Muhammad Aizat Mohd Sukri, 23, graduan Media Baharu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), berkata didikan keluarga sejak kecil supaya sentiasa membantu orang lain mendorongnya menjadikan wakaf sebagai salah satu amalan dalam kehidupan seharian."Sejak kecil, saya dididik supaya sentiasa membantu orang lain mengikut kemampuan |
|
Jerebu diramal pulih akhir bulan ini - Utusan - 20/10 7:31 am ARAU: Jerebu yang melanda Malaysia ketika ini dijangka beransur pulih menjelang akhir bulan ini apabila negara mula memasuki fasa peralihan monsun yang mempengaruhi peningkatan hujan serta perubahan arah serta kelajuan angin. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |