///
See Also: Shutterstock

Search : Umpsa News   Page 1    



Tindakan pelajar UMPSA hina Islam mengecewakan – Wan Rosdy - Thempress - 25/02 8:32 pm

KUANTAN – Tindakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dikaitkan dengan perbuatan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan kesucian al-Quran, mendukacitakan umat Islam kerana dilakukan dalam bulan Ramadan.…





Pelajar pijak al-Quran direman 4 hari, UMPSA tubuh jawatankuasa siasatan - Harapandaily - 25/02 7:00 pm

Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman empat hari bagi membantu siasatan susulan tular gambar lelaki disyaki memijak al-Quran dan memuat naik di media sosial, hari ini





Pelajar IPTA direman 4 hari kes hantaran hina Islam - Sinarharian - 25/02 5:07 pm

KUANTAN Pelajar lelaki sebuah universiti di sini yang ditahan kerana memuat naik gambar memijak al-Quran dan hantaran menghina Rasulullah melalui akaun Threads miliknya direman selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, penahanan pelajar berusia 21 tahun itu dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat bapanya pada awal pagi Rabu.Menurutnya, pengadu berusia dalam lingkungan 50-an membuat laporan tersebut susulan hantaran menghina al-Quran yang dilakukan anaknya itu."Lelaki tersebut datang ke balai polis bersama anaknya untuk memohon maaf."Dia bertindak demikian dipercayai kerana bimbang akan keselamatan anaknya ekoran perkara tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ashari berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948."Orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri hingga boleh mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.Gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran menghina Islam itu tular sejak Selasa lalu dan didakwa dimuat naik oleh individu terbabit di akaun Threads miliknya.Penahanan pelajar tersebut sebelum ini disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat tindakan pelajar terbabit.Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr Yatimah Alias berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung perkara itu.Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024.





Kes hina agama: Pemuda UMNO Pekan akan hantar memorandum kepada UMPSA, tuntut tindakan tegas - Sinarharian - 25/02 4:52 pm

PEKAN Pemuda UMNO Pekan akan menghantar memorandum kepada pihak pengurusan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menuntut tindakan tegas terhadap seorang pelajarnya yang didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW di media sosial pada Selasa.Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, memorandum itu bertujuan mendesak pihak universiti mengambil tindakan disiplin tegas terhadap pelajar terlibat bagi memastikan insiden sama tidak berulang.Menurut beliau, pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti agama dan berlaku ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan."Kalau ikut kehendak kami di Pemuda UMNO Pekan, kami tidak mahu pelaku terus berada di Pekan, Bandar Diraja tempat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi Ketua Agama Islam Negeri."Jadi saya rasa sangat tidak patut seorang yang menghina agama, al-Quran dan Nabi kami sebegitu rupa dibiarkan lagi menjejakkan kaki di tanah ini."Kami akan menyerahkan memorandum rasmi itu kepada pihak UMPSA secepat mungkin," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat UMNO Pekan di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Fakhrul berkata, penghinaan terhadap Islam bukan perkara baharu, namun insiden kali ini lebih serius kerana berlaku pada bulan Ramadan."Ada yang kata suspek sudah minta maaf atau insaf, itu soal lain





KPT jamin siasat segera kes pelajar UMPSA disyaki hina Islam - Mgazette - 25/02 3:16 pm

# KPT jamin siasat segera kes pelajar UMPSA disyaki hina Islam KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan akan menyelesaikan segera insiden membabitkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina Islam di media sosial, sambil menegaskan tindakan tegas akan diputuskan selepas siasatan polis selesai





Henti sebar kandungan berunsur kebencian, provokasi di media sosial .. - Mgazette - 25/02 3:16 pm

Soal agama tidak seharusnya dipermainkan atau dijadikan bahan provokasi kerana perbuatan sedemikian adalah satu kesalahan dan boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat majmuk, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mengulas mengenai kejadian seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyakimenghina Islam di media sosial seperti yang tular hari ini





Individu pijak al-Quran, hina Nabi sudah ditahan polis - Mgazette - 25/02 3:16 pm

Rata-rata mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap lelaki itu. Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) dalam kenyataannya memaklumkan sedang menyiasat jika ia membabitkan pelajar mereka





UMPSA siasat status individu muat naik hantaran pijak al-Quran - Mgazette - 25/02 3:16 pm

# UMPSA siasat status individu muat naik hantaran pijak al-Quran KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) sedang menyiasat berhubung tindakan seorang lelaki dipercayai bukan Islam yang memuat naik hantaran gambar memijak al-Quran di laman Thread





Perbuatan pijak al-Quran melampau, tak boleh dipandang ringan - Mgazette - 25/02 3:16 pm

Tegasnya, sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali. Awal hari ini, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan telah menahan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial





Rakyat perlu faham adab, tanggungjawab moral libatkan 3R – PUM - Mgazette - 25/02 3:16 pm

Kefahaman ini penting agar masyarakat tidak terjebak dalam retorik kebencian atau provokasi, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mengulas mengenai kejadian seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyakimenghina Islam di media sosial seperti yang tular hari ini





Pelajar UMPSA Ditahan Polis, Didakwa Buat Hantaran Gambar Hina Islam - Lobakmerah - 25/02 2:30 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Polis menahan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini untuk bantu siasatan kerana dipercayai membuat satu hantaran menghina Islam di media sosial





MOHE urges calm as UMPSA Quran case probed - SUN - 25/02 2:27 pm

Authorities investigate viral Quran desecration incident; MCMC, police act under existing laws.





KPT jamin kes pelajar UMPSA hina Islam akan diselesaikan segera - Sinarharian - 25/02 1:38 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa kes pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina Islam dengan memijak al-Quran sebelum memuat naik gambar perbuatan itu di media sosial akan diselesaikan dengan segera.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan yang tidak beradab itu sememangnya perlu ditangani segera, apatah lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya bertenang kerana pihak polis telah mengambil tindakan pantas berhubung kes berkenaan."Pihak kementerian dan kerajaan tidak mengambil mudah perkara seperti ini kerana ia boleh menimbulkan rasa kebencian antara satu sama lain."Setakat ini pihak universiti telah membuat laporan kepada polis dan polis telah mengambil tindakan





Polis tahan pelajar UMPSA didakwa hina Islam - Thempress - 25/02 1:30 pm

KUANTAN – Polis menahan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) awal pagi tadi kerana disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R)…





Perbuatan hina, pijak al-Quran gores maruah Islam - Menteri Agama - Sinarharian - 25/02 1:23 pm

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius insiden melibatkan seorang pelajar yang menghina Islam di media sosial sehingga mengundang kemarahan ramai ketika ini.Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, perbuatan tersebut telah menggores maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan ini."Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang."Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Pada Selasa, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut sebuah universiti di Pahang di media sosial.Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW.Susulan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam.Menurut Yahaya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap penuntut terbabit yang ditahan awal pagi Rabu itu.





Kerajaan kecam sekeras-kerasnya tindakan individu pijak al-Quran - Fahmi - Sinarharian - 25/02 1:19 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya insiden melibatkan seorang individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads menggunakan nama akaun ryandaselva.Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan perbuatan itu sebagai tindakan biadab, menghina agama Islam serta mencabar sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini."Saya telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.Pada masa sama, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, MCMC akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan menyeluruh dan tanpa kompromi, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada."Sebarang perlakuan menyentuh sensitiviti agama dan mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali," katanya.Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman pada Rabu mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial melalui hantaran yang tular sejak semalam.Mengulas isu sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi jaminan insiden itu akan diselesaikan segera memandangkan perbuatan itu mampu mengundang kegusaran terutamanya berlaku pada bulan Ramadan.Beliau turut menasihatkan orang ramai agar bertenang serta tidak mengambil sebarang tindakan luar jangka terhadap pelajar tersebut."Tindakan-tindakan tidak beradab ini perlu ditangani segera dan kita juga mengambil langkah-langkah segera bagi memastikan ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius insiden berkenaan."Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang."Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia," katanya menerusi kenyataan





Police nab student over provocative 3R-related content - Sinardaily - 25/02 1:12 pm

KUANTAN - Police today detained a student of Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) on suspicion of uploading social media content touching on issues of religion, race, and the royal institution (3R).Pahang police chief Datuk Seri Yahaya Othman said the male student was arrested early this morning to assist in investigations."We will apply for a remand order against the student today, he said in a brief statement shared with the media.He added that the case is being investigated under Section 295 of the Penal Code for the offence of insulting religion, which carries a punishment of up to two years imprisonment and a fine upon conviction.The suspect is also being investigated under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 for improper use of network facilities or services to transmit communications that are offensive, abusive, threatening, or harassing to others, including obscene content.If convicted, the accused may be sentenced to up to one year in prison and a maximum fine of RM50,000, or both.Earlier, social media content allegedly linked to the suspect, including content insulting Prophet Muhammad, went viral





Melampau, biadab pijak al-Quran, penuntut UMPSA ditahan polis - Harapandaily - 25/02 12:53 am

Polis hari ini berjaya menahan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) selepas didakwa menghina Islam dengan memijak kitab suci al-Quran





Polis tahan pelajar kes hantaran hina agama - Sinarharian - 25/02 11:59 am

KUANTAN - Seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap agama.Perkara itu disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika dihubungi pada Rabu."Kita tahan pelajar dan hari ini permohonan reman akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya ringkas.Beliau memaklumkan kes kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.Terdahulu, tular satu hantaran di laman sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang menggesa orang ramai berhujah menggunakan fakta dan rujukan bagi mengekalkan etika perbincangan yang sihat.Menerusi hantaran yang disematkan (pinned) pada profilnya, individu itu menegaskan bahawa penggunaan kata makian dan hinaan hanya membuang masa serta tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak.Namun, lelaki berkenaan kemudian dikesan beralih daripada menyeru perbincangan sihat kepada memuat naik status provokatif yang menghina Nabi Muhammad SAW serta menyamakan agama dengan haiwan.Sementara itu, Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya memandang serius penyebaran kandungan menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) di media sosial menerusi akaun milik individu yang didakwa pelajar universiti itu.Menurut kenyataan itu, pihak UMPSAsedang menjalankan siasatandan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024.





Pahang university student arrested over provocative 3R social media content, police to seek remand - Malaymail - 25/02 11:29 am

KUANTAN, Feb 25 Police today detained a student of Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) on susp...





Polis tahan penuntut UMPSA disyaki pijak al-Quran, hina Islam - Hmetro - 25/02 10:54 am

Kuantan: Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis hari ini, untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial





UMPSA siasat dakwaan hantaran sentuh isu 3R libat pelajar - Sinarharian - 25/02 10:06 am

KUANTAN -Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) di media sosial menerusi akaun milik individu yang didakwa pelajar universiti itu.Menerusi kenyataan dikeluarkan Pusat Komunikasi Korporatnya pada Rabu, UMPSA menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyebaran kandungan palsu atau berbentuk hasutan kebencian sehingga mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keharmonian awam.Menurut kenyataan itu, sentimen 3R tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti."Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024."UMPSA sentiasa mengingatkan semua warga universiti agar sentiasa mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat," menurut kenyataan itu.UMPSA turut mengingatkan warganya agar tidak menyebarkan kandungan 3R di media sosial yang boleh menggugat keamanan negara.Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan isu tular membabitkan satu hantaran di media sosial oleh individu dipercayaipenuntut universiti itu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.Perbuatan tersebut disifatkan satu tindakan yang biadab, dan berlaku pada bulan Ramadan.Terdahulu, Pemuda UMNO Pekan menyelar perbuatan individu tersebut yang disifatkan melampaui batas kebebasan bersuara dan jelas boleh mencetuskan ketegangan antara agama serta mengganggu ketenteraman awam.Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, sebagai negara berbilang kaum dan agama, mereka tidak boleh berkompromi terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana perkara melibatkan 3R."Tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan."Selain itu, individu terlibat juga boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan.Mohd Fakhrul Akhmal berkata, Pemuda UMNO Pekan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan secara menyeluruh, profesional dan tanpa sebarang kompromi.Katanya, tindakan tegas perlu diambil supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain dan mengelakkan perkara sama berulang di masa akan datang."Kami juga menyeru masyarakat agar bertenang, tidak mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak menurut lunas undang-undang."Keharmonian negara tanggungjawab bersama





UMPSA siasat dakwaan penyebaran kandungan 3R babit graduan - FMT - 25/02 9:14 am

Universiti itu beri amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang didapati bersalah di bawah Kaedah Tatatertib Pelajar 2024.



UMPSA lancar Confera - Sinarharian - 6/02 9:48 am

KUANTAN - UMPSA Advanced Sdn Bhd (UMPSA Advanced), anak syarikat milik penuh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melancarkan Confera, sebuah platform digital yang dibangunkan untuk memudahkan penganjuran dan pengurusan persidangan sistematik serta acara profesional secara lebih teratur dan cekap.Menurut UMPSA Advanced, Confera diwujudkan untuk membantu penganjur dan peserta mengurus keseluruhan proses persidangan dalam satu platform, termasuk pendaftaran peserta, pengurusan abstrak dan kertas kerja, penyusunan jadual persidangan serta penyertaan secara fizikal atau dalam talian."Pendekatan itu bukan sahaja memudahkan urusan penganjuran, malah menjadikan pengalaman peserta lebih lancar dan sistematik."Melalui penggunaan teknologi digital, Confera membantu mengurangkan kerja manual, menjimatkan masa dan kos, serta memastikan maklumat persidangan dapat disampaikan dengan lebih jelas dan pantas."Platform ini juga membolehkan persidangan dipromosikan kepada audiens yang lebih luas, sekali gus meningkatkan penyertaan daripada dalam dan luar negara," kata UMPSA Advanced menerusi satu kenyataan.Selain itu, Confera juga sebagai medium untuk menghubungkan komuniti akademik, industri, agensi kerajaan dan badan profesional.Platform itu membuka lebih banyak peluang untuk perkongsian ilmu, pembinaan jaringan profesional dan kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang.Menurut UMPSA Advanced, pembangunan Confera adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong transformasi digital dan memperkukuh ekosistem pendidikan serta persidangan yang lebih inklusif dan berdaya saing.Maklumat lanjut mengenai Confera boleh didapati dengan melayari www.confera.com.my.




Reformasi     >>



Emas Kelantan dipromosi sebagai produk pelancongan - Mkini
Kamarudin berkata Pasar Siti Khadijah dan Bazar Tuan Padang akan terus dipromosikan sebagai destinasi beli-belah emas
Kroni     >>



Math hours for pupils to be increased soon - Star
KUALA LUMPUR: Primary school pupils will soon have a total of 608 hours of mathematics lessons under the 2027 schooling curriculum, says the Education Ministry. Read full story
Tabloid     >>



Piala Malaysia: JDT singkir Melaka FC, lolos ke .. - Kosmo
PETALING JAYA – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Melaka FC dengan keputusan agregat 8-1 pada pusingan suku akhir sebentar tadi. Pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat itu, JDT yang ..
Tech     >>



Everything announced at Samsung Unpacked: The Galaxy .. - Engadget
Mobile World Congress is right around the corner, but Samsung got out ahead of many rivals that will be showing off new handsets at that event by running the latest edition of Unpacked on Wednesday. At its event in San Franciscos Palace of Fine Arts, the company revealed the Galaxy S26 lineup, ..
World     >>



Iran warns Trump using Hitler-era propaganda to .. - Tehrantimes
TEHRAN Iranian officials have rejected claims made by U.S. President Donald Trump in his recent State of the Union address, accusing him of spreading deliberate falsehoods aimed at derailing upcoming nuclear negotiations between Tehran and Washington.
Motor Trend     >>



Buletin Pemuda Pecut Kereta Sehingga Langgar Mpv Polis .. - Mekanika
**Hanya kerana lesen kenderaan motor (LKM-cukai jalan) kereta tamat tempoh, seorang lelaki memecut kenderaan sehingga melanggar kenderaan polis dan sebuah kereta orang awam, malam tadi.** Selepas ingkar arahan berhenti, polis mengejar suspek sejauh 10 kilometer dari kawasan Tikam Batu ..