| /// |
|
| Search : Tunku Panglima News | Page 1 |
|
???Isu pelarian Rohingya perlu pendekatan menyeluruh pelbagai agensi .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm # Isu pelarian Rohingya perlu pendekatan menyeluruh pelbagai agensi - Ayob Khan KUALA LUMPUR - Isu pelarian Rohingya di negara ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan dannegara berkaitan |
|
Kerajaan Persekutuan tak perlu campuri urusan adat N. Sembilan – .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm # Kerajaan Persekutuan tak perlu campuri urusan adat N |
|
Kemunculan dadah ‘Piu Piu’ bukti vape wajar diharamkan segera .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm # Kemunculan dadah 'Piu Piu' bukti vape wajar diharamkan segera - Ayob Khan KUALA LUMPUR - Kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai "Piu Piudi pasaran yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronikmembuktikan peranti itu wajar diharamkan |
|
Tunku Zain Al-???Abidin dimasyhur Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm # Tunku Zain Al-Abidin dimasyhur Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan KUALA PILAH Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan memasyhurkan putera kedua baginda Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima Besar pada satu istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti,hari ini |
|
Gelaran Tan Sri Isa Samad ditarik balik - Mygazette - 11/06 4:26 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Datuk Mohd Isa Abdul Samad berkuat kuasa pada 8 Jun 2026 |
|
Emergence of 'Piu Piu' drug proves vapes should be banned immediately - Deputy IGP - Sinardaily - 11/06 4:06 pm KUALA LUMPUR - The emergence of "Piu Piu", a new type of synthetic drug in the market which has been detected being mixed into electronic cigarette liquids, proves that the devices should be completely banned in the country.Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay said the drug, a mixture of fentanyl and psychoactive chemicals, could cause severe intoxication effects, leaving users in a zombie-like state.He said the Royal Malaysia Police (PDRM) viewed vape usage as having deviated from its original purpose and being widely abused by drug trafficking syndicates as a modus operandi to evade detection by the authorities."The main issue at present is not whether vaping presents a business opportunity for certain groups, but that the device is being dangerously misused by mixing it with new drugs or New Psychoactive Substances (NPS)."Vaping has now become a source of pride among teenagers, so we need to curb this problem at an early stage |
|
Isu Rohingya jadi 'barah', perlu tindakan menyeluruh semua pihak - Ayob Khan - Sinarharian - 11/06 3:19 pm KUALA LUMPUR Isu penempatan haram etnik Rohingya yang semakin membarah di negara ini memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan pelbagai agensi dan negara berkaitan, bukannya diletakkan di bahu pihak berkuasa seperti polis semata-mata.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama itu perlu ditangani secara terancang memandangkan ia melibatkan pelbagai aspek termasuk kemasukan pendatang tanpa izin (PATI), keselamatan serta isu kemanusiaan.Menurutnya, berdasarkan statistik sehingga April lalu, terdapat seramai 219,472 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia."Daripada jumlah itu, seramai 197,591 ialah warga Myanmar dan 128,200 daripadanya merupakan etnik Rohingya."Ini bukan isu baharu dan ia memerlukan penyelesaian yang lebih komprehensif kerana melibatkan pelbagai pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Lawatan Sempena Hari Polis di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini pada Khamis.Ayob Khan berkata, usaha menangani kemasukan dan penempatan Rohingya tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Jabatan Imigresen Malaysia semata-mata.Menurutnya, kemasukan PATI melibatkan beberapa lapisan penguatkuasaan bermula di perairan sebelum mereka mendarat dan berada di negara ini."Polis merupakan pihak terakhir dalam rantaian ini |
|
Kemunculan dadah 'Piu Piu', bukti vape wajar diharamkan segera - Ayob Khan - Sinarharian - 11/06 3:04 pm KUALA LUMPUR - Kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai 'Piu Piu' di pasaran yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini kerana dadah mengandungi campuran Fentanyl dan bahan kimia psikoaktif itu boleh memberikan kesan khayal teruk seumpama "zombi" kepada penggunanya.Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat penggunaan vape kini sudah tersasar dan disalahgunakan secara meluas oleh sindiket pengedaran dadah sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa."Isu utama pada masa ini bukanlah sama ada vape itu satu peluang perniagaan untuk golongan tertentu atau tidak, tetapi isunya alat itu disalahgunakan secara berbahaya dengan dicampurkan bersama dadah baharu atau New Psychoactive Substances (NPS)."Vape kini sudah menjadi satu kebanggaan kepada golongan remaja, jadi kita perlu sekat gejala ini dari awal |
|
Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dibubar selepas sedekad di Laut Semporna - Sinarharian - 11/06 2:37 pm SEMPORNA - Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR) yang terletak di perairan di sini secara rasminya dibubarkan semalam selepas sedekad beroperasi menjadi benteng hadapan dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara di Sabah Timur.Markas Wilayah Laut 2 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan memaklumkan majlis pembubaran penuh istiadat itu disempurnakan Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris sebagai simbolik penamatan perkhidmatan pangkalan yang beroperasi sejak 31 Julai 2015.Menurut kenyataan itu, perkhidmatan PL TSR digunakan sebagai sebuah platform strategik yang menyokong pelaksanaan operasi keselamatan maritim, pemantauan zon berkepentingan maritim serta memperkukuhkan kehadiran pasukan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).Kenyataan itu memaklumkan lokasi strategik PL TSR membolehkan tindak balas yang pantas terhadap sebarang ancaman keselamatan, sekali gus menjadi simbol komitmen berterusan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan negara.Dalam pada itu, fungsi dan peranan PL TSR akan diambil alih oleh Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) bagi memastikan kesinambungan kehadiran dan kesiagaan operasi TLDM di Sabah Timur.Pada asalnya, PL TSR adalah platform luar pesisir mudah alih dikenali sebagai Hercules 259 dibina di Amerika Syarikat, sebelum platform berkenaan ditransformasi menjadi pangkalan laut hadapan berteraskan keselamatan melalui kerjasama strategik TLDM, Petronas dan Sapura Kencana |
|
Tunku Zain named new Tunku Panglima Besar of Negeri Sembilan - Malaymail - 11/06 12:32 am KUALA PILAH, June 10 Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir today proclaimed his s... |
|
Tunku Zain proclaimed Tunku Panglima Besar of Negeri Sembilan - FMT - 11/06 12:20 am The hereditary position fell vacant after Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar attempted to accept the Yang di-Pertuan Besar title. |
|
Tunku Zain suara konsisten reformasi institusi, pendidikan negara - FMT - 11/06 12:20 am Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan itu turut aktif dalam dasar awam, pembangunan belia, kebajikan, seni budaya dan dunia korporat. |
|
The King revokes Mohd Isa Samad Tan Sri title - Sinardaily - 11/06 12:06 am PETALING JAYA - His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, has revoked Mohd Isa Abdul Samad's (pic) Darjah Panglima Setia Mahkota award, stripping his Tan Sri title.In a statement on Thursday (June 11), the Prime Minister's Department announced that the revocation was effective on June 8.Mohd Isa is currently serving a prison sentence at Sungai Buloh Prison, Selangor.The statement said that the removal complies with Paragraphs XXV and XXVIA of the Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Statute |
|
King revokes Isa Samads Tan Sri title over corruption conviction - Malaymail - 11/06 12:02 am KUALA LUMPUR, June 11 His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, has revoked the Panglima Setia Mahkota award... |
|
Tunku Zain proclaimed as Tunku Panglima Besar of Negeri Sembilan - Sinardaily - 11/06 12:01 am KUALA PILAH - Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir today proclaimed his second son Tunku Zain Al-'Abidin as the holder of the hereditary title of Putera Yang Empat, Tunku Panglima Besar of Negeri Sembilan, with immediate effect.The proclamation ceremony was held in the Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, with Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud and Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz in attendance.Also present were Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun and heads of state departments.The proclamation was made to fill the vacancy in the hereditary title of Tunku Panglima Besar of Negeri Sembilan, which was previously held by Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.Meanwhile, Negeri Sembilan Comptroller of Royal Household Datuk Azizi Mohamad Ali, in a statement, said His Royal Highness expressed confidence that Tunku Zain Al-Abidin, in his capacity as Tunku Panglima Besar, will continue to play an important role in upholding the sovereignty of the Royal Institution of Negeri Sembilan and safeguarding the interests of the people and the state.Tunku Zain Al-'Abidin, 44, is a passionate advocate for constitutional restoration and institutional reform in Malaysia, striving to create a fairer nation where every Malaysian has the opportunity to thrive.He was educated at Alice Smith School in Kuala Lumpur, Marlborough College in the United Kingdom, and the London School of Economics and Political Science, where he earned his MSc in Comparative Politics |
|
Tunku Zain Al-Abidin dimasyhur Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan - FMT - 11/06 11:37 am Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz menggantikan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar berkuat kuasa serta-merta. |
|
Agong tarik balik gelaran 'Tan Sri' Isa Samad - Sinarharian - 11/06 11:31 am SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri kepada Mohd Isa Abdul Samad berkuatkuasa pada 8 Jun lalu.Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, penarikan balik kurniaan darjah berkenaan adalah bersangkutan dengan kesalahan Isa Samad yang kini menjalani hukuman pemenjaraan di Penjara Sungai Buloh, Selangor."Penarikan balik kurniaan ini adalah selaras dengan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia perenggan XXV dan XXVIA yang menyatakan darjah kebesaran boleh ditarik balik jika disabitkan dengan sesuatu kesalahan."Serta titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung penarikan balik darjah kebesaran sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada 7 September 2024 di Istana Negara," kata kenyataan itu pada Khamis.Pada Februari lalu, Mohd Isa yang juga bekas Pengerusi Felda kekal dipenjara enam tahun dan denda RM15.45 juta berhubung sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Mohd Isa, 77, oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024.Mahkamah Rayuan sebelum ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta serta menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta, dengan tambahan 18 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda. |
|
Tunku Zain kini Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan - Sinarharian - 11/06 11:27 am KUALA PILAH - Putera kedua Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan, Tunku Zain Al- 'Abidin Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Tunku Panglima Besar yang baharu bagi menggantikan Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar berkuat kuasa serta-merta.Majlis pemasyuharan dibuat dalam satu majlis istiadat yang diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini pada Khamis.YDPBNegeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat mencemar duli memasyhurkan putera kedua baginda itu.Turut berangkat sama, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan diiringi Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan Exco.Tunku Zain yang berusia 44 tahun mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith Kuala Lumpur, Marlborough College di United Kingdom dan London School of Economics and Political Science, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Politik Perbandingan.Beliau kini berkhidmat sebagai Canselor Universiti UCSI, Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Presiden Kolej ICAN,Felo Diraja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Felo Bersekutu di Universiti Teknologi MARA (UiTM).Beliau juga merupakan Presiden Pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) iaitu sebuah badan pemikir yang mencari penyelesaian dasar awam yang praktikal berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang, kebebasan, dan keadilan.Melalui IDEAS, Tunku Zain turut mengasaskan IDEAS Autism Centre yang kini mengendalikan tiga pusat di Rawang, Nilai dan Port Dickson serta IDEAS International Secondary School yang mempunyai kampus di Kuala Lumpur selain Pulau Pinang.Dalam dunia korporat pula, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Omesti Berhad, Excelerate Malaysia dan Enotech Pictures selain merupakan Ahli Lembaga Deutsche Bank Malaysia, Prima Gading Corporation dan Uni Enrol, serta Penasihat kepada Kumpulan UCSI.Tunku Zain juga merupakan Pemegang Amanah bagi beberapa yayasan termasuk Yayasan Chow Kit, Yayasan Munarah, Yayasan IDEAS, Yayasan Genovasi, dan Yayasan Tinggi, yang kebanyakannya menyokong pendidikan, pembangunan belia dan pemerkasaan komuniti.Sebagai Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah dan Penaung Program Seni dan Kebudayaan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan, beliau secara aktif memperjuangkan akses yang lebih luas kepada pendidikan berkualiti, pembelajaran holistik, dan pembentukan pemimpin masa depan yang seimbang.Menurut kenyataan istana, pemasyhuran tersebut dibuat bagi mengisi kekosongan gelaran berkenaan."Ke bawah duli Tuanku menzahirkan keyakinan bahawa yang amat mulia Tunku Zain, selaku Tunku Panglima Besar, akan terus memainkan peranan penting dalam menjunjung kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta memelihara kepentingan rakyat dan negeri," katanya.Sebelum ini media melaporkan, Tunku Nadzaruddin tidak lagi memegang gelaran tersebut berikutan cubaannya menerima gelaran YDPB dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lalu.Bagaimanapun majlis yang dikatakan 'istiadat pemasyuharan' itu adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan. |
|
Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan - FMT - 11/06 9:00 am Kekosongan gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar menyingkap semula peranan dalam menjaga adat, maruah istana dan tertib kepimpinan Negeri Sembilan. |
|
EC to hold special meeting on Johor, Negeri Sembilan state elections tomorrow; July 11 tipped as polling day - Sinardaily - 11/06 7:36 am SHAH ALAM The Election Commission (EC) will hold a special meeting tomorrow morning to decide the dates for nomination and polling for the Johor and Negeri Sembilan state elections, with a press conference expected to follow immediately afterwards.The meeting, confirmed via a note to editors issued by the EC, is scheduled for 10am.Political insiders told Sinar Daily that the EC is expected to announce July 11 as the polling date for both states.It is not immediately known when nomination day will be held, which will in turn determine the length of the campaign period.The Johor and Negeri Sembilan state elections are expected to be held simultaneously, while Melaka, whose legislative assembly term runs until the end of the year, is understood to be heading to the polls separately, possibly as early as September.The Johor State Legislative Assembly, which has 56 seats, was dissolved on June 1, while the 36-seat Negeri Sembilan State Legislative Assembly followed suit last Friday.However, the dissolution of the Negeri Sembilan assembly has not been without controversy |
|
Warisan still resilient despite recent exodus, says Shafie Apdal - BorneoPost - 10/06 8:35 pm KOTA KINABALU (June 10): Parti Warisan remains resilient despite the recent departure of several party leaders, said its president Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal |
|
Sabah reaffirms support for USIA in community, human capital development - BorneoPost - 10/06 8:22 pm KOTA KINABALU (June 10): The Sabah government will continue to support the United Sabah Islamic Association (USIA) in its efforts to advance the development of the Muslim community and strengthen human capital in the state, said Deputy Chief Minister II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun |
|
Tuanku Muhriz masih Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah - KJ - Sinarharian - 10/06 6:19 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah adalah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Menurut beliau, perkara itu jelas dengan merujuk kepada artikel 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."Apabila Yang Maha Mulia dipohonkan supaya menarik diri daripada menjalankan kewajipan baginda, maka hendaklah baginda berhenti menjalankan kewajipan tersebut dengan syarat iaitu seberapa segera yang boleh, kemudian satu pengisytiharan berkenaannya perlu dikeluarkan serta ditandatangani oleh Undang Yang Empat dan Menteri Besar."Jika tanya saya sebagai seseorang yang cuba memahami undang-undang dan adat berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar, secara sahnya, Yang di-Pertuan Besar hari ini adalah Tuanku Muhriz walaupun pemasyhuran telah pun berlaku," katanya dalam Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan bersama Shahril Sufian Hamdan, Isnin lalu.Khairy turut kesal apabila krisis adat dan institusi diraja di negeri itu dipolitikkan."Saya rasa lebih baik tidak campur dalam hal ini langsung kerana ia boleh memberi kesan kepada persepsi rakyat dan telah pun memberi kesan kepada persepsi rakyat."Dan keduanya, ia bukan tempat parti politik pun untuk cuba campur dalam urusan perkara ini |
|
Permohonan pihak ketiga mahu cabar lucut hak jongkong emas terkait isteri PTD didengar 31 Julai - Sinarharian - 10/06 3:53 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan warta pihak ketiga, terhadap mana-mana individu yang berhasrat mencabar permohonan pelucuthakan ke atas jongkong emas seberat 3.85 kilogram (kg) yang disita daripada kenalan kepada isteri bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin.Hakim Suzana Hussin menetapkan 31 Julai ini, bagi pendengaran permohonan itu daripada mana-mana individu yang mempunyai kepentingan ke atas jongkong emas yang disita daripada kontraktor, Mohamad Amirul Yusrie Aminorddin @ Ab Kadir, 31.Sekiranya tiada pihak ketiga tampil ke mahkamah, harta berkenaan akan dilucut hak kepada kerajaan.Mahkamah membenarkan permohonan warta pihak ketiga itu mengikut Seksyen 41(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat, agar notis kepada pihak ketiga dikeluarkan berikutan peguam, Muhammad Kausar Mohd Khairi, yang mewakili Mohamad Amirul Yusrie mengesahkan pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan.Berdasarkan notis yang difailkan pada 4 Mei lepas, pendakwa raya memohon supaya jongkong emas seberat 3.85 kilogram yang disita di bawah Subseksyen 41(1) Akta SPRM 2009 dilucut hak kepada kerajaan.Pada 15 Januari, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, nilai keseluruhan sitaan dalam operasi dinamakan Ops Parasit yang bermula sejak 23 Disember 2025 terhadap bekas PTD dianggarkan RM11.4 juta, manakala 75 akaun syarikat berjumlah RM32.5 juta telah dibekukan.Antara sitaan dalam kes ini ialah RM4.4 juta wang tunai, RM1.4 juta mata wang asing, seunit kereta Range Rover SVR bernilai RM360,000 dan 26 jam tangan mewah bernilai RM2.3 juta.Turut disita barang kemas bernilai RM294,039, dua cincin berlian bernilai RM20,000, jongkong emas 3.7 kilogram bernilai RM2.5 juta, medalion emas 150 gram bernilai RM102,000 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram bernilai RM5,780 |
|
Annuar Musa dilantik Pengarah PRN Johor - Mygazette - 10/06 3:02 pm JOHOR BAHRU - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-16 |
|
Krisis adat Negeri Sembilan: Pembesar negeri mohon proses mediasi selesai kemelut berlaku - Sinarharian - 10/06 2:00 pm SEREMBAN Mahkamah Tinggi Seremban diharap dapat mempertimbangkan permohonan untuk diadakan proses mediasi dalam kes saman pemula yang difailkan oleh pembesar Negeri Sembilan bagi mencari penyelesaian secara damai sekali gus menamatkan kemelut yang sedang berlaku.Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Undang Luak Jelebu berkata, permohonan tersebut telah dikemukakan pihaknya kepada mahkamah menerusi surat yang dihantar pada Isnin lalu.Menurutnya, sesi mediasi tersebut dicadangkan diadakan secepat mungkin dengan melibatkan semua pihak yang terbabit dalam kes berkenaan."Kita telah menghantar surat kepada mahkamah bagi memohon supaya kesemua pihak terlibat menjalani sesi mediasi."Ini kerana kes ini perlu diselesaikan segera kerana membiarkan kemelut ini berpanjangan tidak baik untuk negeri dan juga rakyat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, sekiranya proses mediasi dapat dijalankan, semua pihak berpeluang untuk bersemuka dan mengadakan perbincangan secara langsung bagi mencapai kata sepakat.Menurutnya, jika mediasi itu berjaya mencapai penyelesaian, prosiding mahkamah yang dijadualkan berlangsung pada 28 Julai depan tidak lagi diperlukan."Jika pihak-pihak dapat mencapai persetujuan dalam proses mediasi itu, pastinya kes ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat," katanya.Mengulas berkenaan kenyataan Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali yang memaklumkan bahawa Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Jaafar tidak lagi menyandang gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan kerana tindakannya menerima gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, beliau mendakwa pengumuman tersebut adalah tidak berperlembagaan.Jelasnya, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), sebarang keputusan untuk menarik balik anugerah atau gelaran kebesaran negeri perlu mendapat persetujuan pembesar negeri iaitu empat Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin."Setakat semalam yang saya dimaklumkan, tiada sebarang perundingan dibuat dengan pembesar negeri berhubung perkara itu."Maka, mengikut UUTKNS, pengumuman tersebut adalah tidak berperlembagaan," katanya.Pada 13 Mei lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan dua defendan dalam saman pemula yang dikemukakan oleh Datuk Mubarak Dohak bersama lima yang lain untuk mengemukakan bantahan rasmi dalam tempoh tujuh hari berkaitan bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes tersebut.Kes itu membabitkan permohonan penggantungan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) bertarikh 17 April lalu.Hakim Roz Mawar Rozain mengarahkan demikian selepas mendengar bantahan awal daripada defendan pertama, Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin dan defendan kedua DKU.Kedua-dua defendan yang diwakili peguam Steven Thiru membangkitkan isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk mendengar permohonan tersebut mengikut Perkara 16(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Mereka berhujah bahawa berdasarkan peruntukan tersebut, mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan berkenaan.Sehubungan itu, pihak defendan akan memfailkan afidavit sokongan kepada mahkamah dan perkara itu akan didengar secara lisan pada 28 Julai depan. |
|
PRN Johor : Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas - Sinarharian - 10/06 1:19 pm JOHOR BAHRU Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Johor itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, pelantikan Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dibuat bagi memperkukuhkan gerak kerja parti."Pas Johor menyambut baik pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor dan yakin pengalaman serta kepimpinan beliau akan membantu memperkukuhkan persiapan dan penyelarasan gerak kerja menghadapi PRN Johor ke-16."Menjelang pilihan raya yang semakin hampir, seluruh jentera PasJohor diseru untuk terus memperkukuhkan kesatuan saf, memantapkan gerak kerja serta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihan raya," katanya dalam kenyataan.DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari bagi melaksanakan PRN. |
|
Pemahsyuran Tunku Nadzaruddin tak sah, gelaran pusaka juga dilepaskan .. - Mygazette - 10/06 7:28 am Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan media, malam ini. Dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Nadzaruddin dengan sendirinya telah melepaskan gelaran pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya |
|
Istiadat pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 tidak sah - Pengelola Bijaya Diraja - Sinarharian - 9/06 9:01 pm SEREMBAN - Istiadat pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lepas adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.Justeru, Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, gelaran Yang Dipertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Jaafar adalah tidak berkuat kuasa."Bagaimanapun, dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata susulan itu, tiada lagi penyandang bagi Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar |
|
Proclamation of new ruler invalid, says Negeri Sembilan palace - FMT - 9/06 8:25 pm Keeper of the Negeri Sembilan ruler's seal also says Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar has relinquished his title of Tunku Panglima Besar by his own actions. |
|
Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Yang di-Pertuan Besar N Sembilan tak sah - FMT - 9/06 8:25 pm Pengelola Bijaya Diraja Azizi Mohamad Ali berkata gelaran cuba diambil Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar tidak berkuat kuasa. |
|
Premis tidak bernombor rupanya stor haram seleweng diesel - Sinarharian - 9/06 11:46 am KUALA LANGAT - Sebuah premis tidak bernombor yang dijadikan sebagai stor di Teluk Panglima Garang di sini rupanya beroperasi menyimpan diesel secara haram.Kegiatan itu dibongkar pada Isnin oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu) hasil risikan selama dua minggu.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif AsaAri berkata, serbuan kira-kira jam 5 petang di hotspot itu mendapati terbabit tidak mempunyai lesen sah untuk menyimpan barang kawalan berjadual.Menurutnya, pemeriksaan awal menemui satu unit skid tank yang dianggarkan berkapasiti 30,000 liter."Skid Tank yang ditemui didapati berisi bahan api disyaki jenis diesel dan dianggarkan sekitar 4,000 liter."Pada masa sama, anggota serbuan turut menemui peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemindahan bahan api disyaki diesel ke dalam tempat skid tank," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai pekerja dan penjaga premis berkenaan telah ditahan.Tambahnya, berdasarkan maklumat awal, aktiviti ini dipercayai terlibat dengan transaksi mencurigakan melibatkan barangan kawalan disyaki diesel dan berpotensi disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961."Anggaran nilai rampasan keseluruhannya mencecah RM50,000 dan nilai subsidi negara yang diselamatkan berjumlah RM15,000," ujarnya.Dalam pada itu, Op Tiris 4.0 yang direkodkan KPDN Selangor bagi tempoh 16 Mac sehingga 8 Jun lalu mencatatkan 2,794 pemeriksaan serta 57 tindakan kes dihasilkan dengan sitaan RM2 juta."Nilai subsidi negara yang diselamatkan mencecah RM265,000," ujarnya.Tegasnya, KPDN Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal patuh peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tindakan boleh dikenakan ke atas mana-mana individu mahu pun syarikat yang berkaitan. |
|
PRN Johor: Senarai kerusi, calon MUDA dimuktamad selepas 14 Jun ini - Mygazette - 8/06 10:22 pm # PRN Johor: Senarai kerusi, calon MUDA dimuktamad selepas 14 Jun ini JOHOR BAHRU - Senarai kerusi dan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dimuktamadkan selepas 14 Jun ini |
|
UMNO nafi jadi punca krisis Negeri Sembilan, dakwa MB gagal tangani... - Mygazette - 8/06 10:22 pm # UMNO nafi jadi punca krisis Negeri Sembilan, dakwa MB gagal tangani kemelut sejak awal SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan menolak dakwaan parti itu menjadi punca utama krisis politik yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan |
|
31 Julai pendengaran permohonan pihak ketiga mahu cabar lucut hak barangan kemas isteri bekas PTD - Sinarharian - 8/06 4:43 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mengeluarkan warta pihak ketiga terhadap mana-mana individu yang berhasrat untuk mencabar permohonan pelucuthakan ke atas barangan kemas yang disita daripada isteri bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin.Hakim Azura Alwi menetapkan 31 Julai ini bagi pendengaran permohonan itu daripada mana-mana individu yang mempunyai kepentingan ke atas barangan kemas berkenaan.Sekiranya tiada pihak ketiga tampil ke mahkamah, harta berkenaan akan dilucuthak kepada kerajaan.Mahkamah mengeluarkan warta pihak ketiga itu mengikut Seksyen 41(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat agar notis kepada pihak ketiga dikeluarkan berikutan peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi yang mewakili Salwani, 27, mengesahkan pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan.Berdasarkan notis yang difailkan pada 4 Mei lepas, pendakwa raya memohon supaya seutas rantai leher seberat 29.17 gram, seutas rantai tangan seberat 9.53 gram, sepasang subang seberat 6.61 gram dan cincin Swarovski dilucut hak kepada kerajaan.Menurut notis itu, harta-harta alih berkenaan disita di bawah Subseksyen 41(1) Akta SPRM 2009 dan kini berada dalam simpanan SPRM.Pada 22 Januari lepas, Salwani didakwa atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.Pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) dan dibaca bersama-sama Subseksyen 87(1)(a) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.Salwani turut dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 26 Januari atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM5,000, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya di sebuah cawangan bank di Jertih dekat Besut, pada 16 Jan 2025.Kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama |
|
Nearly 500 former STAR Sabah members join Gagasan Rakyat in Tambunan - BorneoPost - 8/06 4:39 pm TAMBUNAN (June 8): Nearly 500 former Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) members from the Monsorulung and Lintuhun mukims (townships) here have joined Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan |
|
'Kenapa semua nak salahkan UMNO?' - Mustapha - Sinarharian - 8/06 11:09 am SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan mempersoalkan tindakan pelbagai pihak yang didakwa terus menyalahkan parti itu susulan krisis yang melanda negeri berkenaan sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor berkata, tuduhan bahawa parti itu menjadi punca utama krisis tersebut tidak menggambarkan keadaan sebenar."Sejak awal lagi UMNO telah memberi peringatan bahawa krisis ini berpunca daripada kegagalan Menteri Besar mengurus dan menyelesaikan isu yang timbul secara berkesan sehingga kemuliaan dan kedudukan institusi Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan serta 'co-ruler' diperdebatkan secara terbuka oleh semua."Sebelum 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan pada 27 April 2026, pelbagai nasihat dan pandangan telah diberikan agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan krisis ini menjadi semakin parah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Bagaimanapun menurut beliau, segala peringatan tersebut tidak diendahkan, malah sepanjang tempoh krisis, tiada sebarang pertemuan rasmi atau perbincangan serius diadakan antara Menteri Besar bersama 14 ADUN UMNO bagi membincangkan usaha penyelesaian."Sehingga hari ini, tiada kenyataan rasmi yang benar-benar menjawab atau meredakan krisis tersebut |
|
DAP bukan punca DUN Negeri Sembilan dibubarkan - Anthony - Sinarharian - 7/06 4:08 pm KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyelar dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibuat selepas menerima tekanan daripada DAP.Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal berikutan keputusan membubarkan DUN dibuat secara konsensus dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan."Saya sangat terkejut dan kecewa apabila kenyataan seperti itu datang daripada Rafizi, apa yang dimaksudkan dengan tekanan?"Adakah beliau mahu mengatakan Menteri Besar tidak mahu membubarkan DUN tetapi saya memaksanya?"Dakwaan bahawa DAP memberi tekanan itu adalah tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan di sini pada Ahad.Beliau mengulas demikian selepas Rafizi mendakwa pembubaran DUN Negeri Sembilan mendapat tekanan DAP menerusi podcast 'Yang Berhenti Menteri' pada Jumaat.Menurut Anthony, cadangan supaya mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Johor telah dibangkitkan secara terbuka dalam satu konvensyen yang turut dihadiri Perdana Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Malah, katanya, cadangan itu turut mendapat sokongan daripada Aminuddin."Selepas DUN Johor dibubarkan, saya menghubungi beliau, bertanyakan pendiriannya dan beliau sendiri menyatakan kesediaan untuk membubarkan DUN."Namun ia mengambil sedikit masa kerana perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat," katanya lagi.Mengulas rasional pembubaran itu, beliau berkata, kerajaan negeri ketika ini tidak mempunyai majoriti mudah tanpa sokongan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) memiliki 17 kerusi iaitu kurang dua kerusi untuk membentuk majoriti mudah."Walaupun terdapat persefahaman dengan UMNO dan BN, keadaan itu tidak semestinya selamat kerana apa sahaja boleh berlaku sebelum sidang DUN seterusnya."Jika DUN tidak dibubarkan sekarang, terdapat kemungkinan ADUN memberi tekanan dengan menolak bajet negeri."Kami tidak mahu berdepan situasi yang mana pilihan raya terpaksa diadakan selepas kerajaan tewas dalam DUN dan keputusan itu mendapat konsensus daripada pimpinan PH."Cuma saya pimpinan peringkat nasional, saya menyuarakan perkara itu dalam konvensyen berkenaan dan ia disambut baik," katanya.ARTIKEL BERKAITAN - DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esokUndang Negeri Sembilan bantah bubar DUN, dakwa langgar peruntukan undang-undangBN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad ZahidUndang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUProses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - PakarKemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segeraDalam pada itu, Anthony turut menyindir Rafizi dengan mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah cenderung menyalahkan DAP dalam pelbagai isu politik."Nampaknya Rafizi kini mempunyai sindrom baharu, iaitu semua nak menyalahkan DAP dalam segala hal."Sama seperti pihak lain yang keluar daripada Pakatan Harapan, semuanya nak salahkan DAP |
|
Krisis adat Negeri Sembilan boleh jejas pelantikan MB baharu - Sinarharian - 7/06 7:00 am SHAH ALAM - Kemelut pentadbiran adat yang semakin meruncing di Negeri Sembilan berisiko menimbulkan masalah dalam proses pelantikan Menteri Besar selepas pilihan raya negeri (PRN) selesai sekiranya isu keabsahan Yang di-Pertuan Besar tidak diselesaikan mengikut perlembagaan negeri.Pakar perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, persoalan mengenai pihak yang sah sebagai Yang di-Pertuan Besar perlu diputuskan terlebih dahulu kerana urusan pentadbiran negeri termasuk pelantikan Menteri Besar tertakluk kepada perkenan Raja Pemerintah Negeri Sembilan iaitu Yang di-Pertuan Besar dan Pembesar Memerintah.Menurutnya, Pembesar Memerintah Negeri Sembilan ialah Undang Luak dan Tunku Besar Tampin.Kata beliau, kegagalan menyelesaikan pertikaian tersebut berpotensi mencetuskan isu perundangan dan perjalanan pentadbiran negeri walaupun PRN berjaya dilaksanakan."Persoalan siapa Yang di-Pertuan Besar yang sah perlu diputuskan mengikut Perlembagaan Negeri Sembilan kerana jika tidak ditentukan, keabsahan pelantikan Menteri Besar juga boleh dicabar."Malah, dalam pentadbiran negeri sekarang pun, pemerintahan dan pelbagai urusan rasmi tertakluk kepada perkenan raja pemerintah |
|
Solemn ceremony to mark 50th anniversary of Double Six Tragedy - BorneoPost - 6/06 8:26 pm KOTA KINABALU (June 6): The 50th anniversary of the Double Six Tragedy was marked with a solemn commemorative ceremony at the Double Six Memorial in Sembulan here this morning |
|
Kongres Tahunan PKR ditangguh ke Ogos - Sinarharian - 6/06 6:46 pm SHAH ALAM - Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pada awalnya dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Jun ditangguhkan kepada 14 hingga 16 Ogos depan dengan lokasi dikekalkan di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka.Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketetapan tersebut dibuat menerusi mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Batu Pahat, Johor sebentar tadi.Menurut Fahmi, penangguhan itu bertujuan memberi ruang khususnya kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat tahap kesiapsiagaan mendepani pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung."Biro Politik juga melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR."Ini bagi memperkukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 berkuat kuasa 1 Jun lepas.Beliau turut memaklumkan selesai menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan watikah pembubaran DUN Johor diperkenankan pada hari sama.Jelas Onn Hafiz lagi, pembubaran DUN selaras peruntukan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.Tiga hari kemudiannya, DUN Negeri Sembilan secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa 5 Jun selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun selepas menghadap baginda di Istana Hinggap pada jam 8.30 malam, Khamis.Menurut beliau, pembubaran tersebut turut mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959. |
|
PDRM mula persiapan awal bagi menghadapi PRN Johor - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 6/06 4:34 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor telah memulakan pelbagai persiapan awal, bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini termasuklah melibatkan penugasan anggota, aspek keselamatan, logistik serta penyelarasan antara agensi.Beliau berkata persiapan awal amat penting, bagi membolehkan segala perancangan berkaitan keselamatan dapat disusun dengan teliti, selain setiap keperluan operasi boleh dikenal pasti dengan lebih awal."Apa yang penting, rakyat dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan selesa dan yakin, manakala suasana demokrasi yang sihat terus dipelihara."Insya-Allah, dengan persiapan rapi serta kerjasama semua pihak, PRN Johor akan dapat dilaksanakan dengan lancar, aman dan harmoni demi kepentingan rakyat dan negeri Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.Terdahulu, Saifuddin Nasution singgah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk mendengar taklimat berkaitan persiapan serta tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menghadapi PRN Johor.Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi urusan PRN Johor ke-16 akan diadakan pada 12 Jun, bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.DUN Johor dibubarkan pada Isnin (1 Jun), selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. |
|
Isu pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesai secara rundingan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/06 1:28 pm PUTRAJAYA - Isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan wajar diselesaikan melalui rundingan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berpendapat, pendekatan itu lebih sesuai berbanding membawa perkara berkenaan ke mahkamah, selain menegaskan kepentingan untuk menghormati Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan."Caranya ialah menghormati institusi kedaulatan DKU yang ada dan pada hemat saya, jalan yang terbaik ialah melalui perundingan dan tidak perlu membawa perkara ini ke muka pengadilan atau mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2026 di sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN - DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi esokUndang Negeri Sembilan bantah bubar DUN, dakwa langgar peruntukan undang-undangBN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad ZahidUndang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUProses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - PakarKemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segeraSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.Anwar berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir dimuktamadkan dan perbincangan lanjut bersama parti komponen BN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memastikan pembahagian kerusi dapat dilakukan secara menyeluruh sebelum pengumuman mengenainya dibuat."Untuk Johor, telah hampir diselesaikan dan esok saya akan mengadakan perundingan dengan parti komponen BN terutamanya MCA bagi mereka memuktamadkannya dan untuk UMNO, hampir selesai."Insya-ALLAH dalam minggu depan kita akan memuktamadkan sepenuhnya dan kita akan umumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi urusan PRN Johor ke-16 akan diadakan pada 12 Jun ini, manakala untuk Negeri Sembilan, pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN telah diterima semalam.DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan pada 1 Jun diikuti Negeri Sembilan, yang memiliki 36 kerusi pada semalam (5 Jun) |
|
Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segera - Sinarharian - 6/06 9:00 am SHAH ALAM - Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan mengikut lunas undang-undang tubuh negeri dan adat yang diterima pakai di negeri berkenaan.Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, meskipun krisis hanya berlaku di dalam Negeri Sembilan, rakyat akan menilai ia sebagai perkara besar kerana melibatkan institusi diraja itu sendiri."Rakyat memandang dan menilai yang krisis ini besar sebab melibatkan masalah dalaman institusi diraja."Jadi, saya harap krisis dalaman ini cepat berakhir dan diselesaikan dengan tenang berdasarkan perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri," katanya ringkas kepada Sinar Harian.Media melaporkan, kurang 12 jam selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), suasana di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pada pagi Jumaat bertukar kecoh.Ia selepas beberapa pembesar adat negeri itu tidak dibenarkan memasuki kawasan balai untuk menghadiri Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU).ARTIKEL BERKAITAN -Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUSebelum itu, Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang diperoleh dalam sesi menghadap di Istana Besar Seri Menanti.Pembubaran tersebut membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi memilih kerajaan negeri baharu untuk tempoh lima tahun akan datang. |
|
Polis hadir di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin untuk kawal keselamatan, .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Polis hadir di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin untuk kawal keselamatan, ketenteraman awam SEREMBAN - Kehadiran anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini hari ini ialah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta pematuhan kepada undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak |
|
Langgar perintah injunksi, Setiausaha DKU akan mulakan prosiding hina .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # Langgar perintah injunksi, Setiausaha DKU akan mulakan prosiding hina mahkamah SEREMBAN - Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) Raja Norazli Raja Nordin akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap pihak yang terlibat dalam pelantikan Yang Dipertuan Besar, seperti yang dilaporkan hari ini |
|
Krisis takhta N. Sembilan memuncak, Tunku Nadzaruddin dimasyhur Yang .. - Mygazette - 6/06 7:32 am Dalam pengisytiharan tersebut, Maarof berkata, pemilihan Tunku Nadzaruddin dibuat selaras dengan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 berkuat kuasa serta-merta |
|
Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar perlu ikut undang-undang - Pakar - Sinarharian - 6/06 12:27 am SHAH ALAM - Sebarang tindakan meminta Yang Dipertuan Besar turun takhta perlu dilaksanakan mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan adat istiadat yang diamalkan di negeri itu.Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Besar boleh diminta untuk menangguhkan perkhidmatannya atas sebab-sebab tertentu, termasuk faktor kesihatan.Menurutnya, dalam keadaan sedemikian, baginda tidak menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Besar bagi tempoh tertentu dan seorang pemangku boleh dilantik untuk melaksanakan fungsi berkenaan sehingga baginda kembali berkhidmat."Tempoh penangguhan itu boleh ditetapkan sama ada enam bulan, setahun atau bergantung kepada tahap kesihatan dan keadaan semasa,itu yang pertama."Kedua, baginda boleh diminta turun takhta tetapi kita kena ingat perkataan pecat atau dilucutkan tak ada sebenarnya dalam peruntukan klause 2 (B ) |
|
Polis di kediaman Tunku Besar Tampin untuk keselamatan, ketenteraman awam - FMT - 5/06 11:15 pm Polis terima maklumat mengenai kehadiran orang ramai dan mengatur anggota bagi kawalan keselamatan. |
|
Police say action at Tunku Besars residence was to ensure public order - FMT - 5/06 10:39 pm The Negeri Sembilan police chief says the police respect the ongoing legal process, while carrying out their duties in keeping with the law. |
|
Mesyuarat khas bincang urusan PRN Johor 12 Jun ini - SPR - Sinarharian - 5/06 6:39 pm KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan diadakan pada 12 Jun ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, suruhanjaya itu telah menerima notis daripada Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)Johor pada 2 Jun, sebagaimana termaktub di bawah Fasal 23 (2) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895."Berdasarkan Fasal 23 (4) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri tersebut."Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor ke-16 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,"katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.DUN Johor dibubarkan pada Isnin selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Sementara itu, menerusi kenyataan berasingan,Khairul Shahril memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRN Johor ke-16 telah dibuka secara dalam talian di pautan hari ini.Ia melibatkan permohonan undi pos bagi semua kategori, iaitu Kategori 1A (anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR dan petugas media), Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara) serta Kategori 1C (agensi/organisasi)."Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat secara dalam talian |
|
Tunku Nadzaruddin barred from leaving hotel in Melaka - Sinardaily - 5/06 4:28 pm TAMPIN Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar, who was scheduled to attend an official event at Tunku Besar Tampin Official Residence Hall here on Friday, is believed to have been barred by police from leaving a hotel in Melaka.Negeri Sembilan cultural and adat figure Tan Sri Rais Yatim informed reporters of the matter after he was seen rushing to leave the residence of the Tunku Besar Tampin.He alleged that the action was intended to prevent Tunku Nadzaruddin from attending the official event.Tunku was at the hotel and wanted to come here (the Official Residence Hall of the Tunku Besar Tampin), but was barred.He was also reportedly to be taken to Kuala Lumpur |
|
PH perkukuh persiapan jentera hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan - Anwar - Sinarharian - 5/06 4:13 pm PUTRAJAYA -Pakatan Harapan (PH) kini giat mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang jugaPengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, segala aspek persiapan jentera akan digerakkan secara optimummemandangkan notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kedua-dua negeri itu dibuat dalam tempoh singkat."Setakat laporan semalam, kita buat (persiapan jentera) sedaya upaya kita walaupun untuk Johor itu notis yang singkat."Saya menyeru rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan tumpu soal ekonomi, masalah rakyat |
|
Kerajaan Persekutuan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz - PM - Sinarharian - 5/06 4:13 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkaitan kedudukan pemerintahan Negeri Sembilan, kemuliaan institusi diraja mesti kekal dipertahankan dan perlu melalui setiap kaedah serta peraturannya."Jadi kita sebagai Kerajaan Persekutuan walaupun tidak terlibat secara langsung, harus memberikan nasihat terutamanya (mengenai) orang Melayu dan rakyat Malaysia, sistem Raja ini bukan saja namanya tetapi kemuliaannya dan beberapa kaedah serta peraturannya sebab itu bagi kita tetap pertahankan kedudukan dan kemuliaan dan kedaulatan Raja."Kalau kita ikut sekarang susur galur setakat ini, kita tetap bekerja dan mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Tuanku Muhriz |
|
Kemelut DKU: Mahkamah halang usaha singkir Raja Norazli - Sinarharian - 5/06 3:42 pm SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Pertikaian membabitkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) memasuki episod baharu apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mengeluarkan perintah 'ad interim' atau injunksi sementara yang menghalang Sidang Khas DKU daripada diteruskan serta menyekat sebarang usaha untuk menyingkirkan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin.Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh Raja Norazli dan DKU bagi mengekalkan status quo pentadbiran badan berkenaan sementara tindakan undang-undang yang sedang berlangsung diputuskan oleh mahkamah.Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan pihak defendan, melalui perintah sementara itu, plaintif sama ada secara langsung atau menerusi wakil mereka dihalang daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat DKU termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.Mahkamah turut melarang plaintif daripada menggantung, menyingkirkan, menggantikan atau mengganggu Raja Norazli dalam melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai Setiausaha DKU.Plaintif dalam tindakan itu ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; serta Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.ARTIKEL BERKAITAN - Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUDalam perintah yang sama, mahkamah mengarahkan supaya tiada jawatankuasa, individu atau badan lain ditubuhkan atau diberikan kuasa untuk mengambil alih fungsi serta bidang kuasa Setiausaha DKU.Plaintif juga dilarang membuat, melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus, prosiding dan urusan DKU termasuk mengambil langkah yang boleh mengubah kedudukan sedia ada sebelum 21 Mei lalu.Menurut kenyataan itu, injunksi tersebut akan terus berkuat kuasa sehingga mahkamah memutuskan isu bidang kuasa dan kebolehhakiman kes berkenaan serta sehingga sebarang perintah lanjut dikeluarkan.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kesan perintah berkenaan ialah plaintif tidak boleh menyingkirkan Raja Norazli sebagai Setiausaha DKU, menjalankan urusan badan itu atau mengeluarkan kenyataan media berkaitan DKU.Peguam kanan, Steven Thiru yang mewakili Raja Norazli dan DKU ketika dihubungi mengesahkan keputusan tersebut.Selain Steven, Raja Norazli dan DKU diwakili peguam, David Dinesh Mathew, Shafrin Halim, Gregory Das dan Gurjeevan Singh.Plaintif pula diwakili peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Rhiza Ghazi dan Asmawi Ismail, manakala defendan ketiga diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal bersama Aala'uddin Baharom.Setakat jam 6 petang Jumaat, Sinar Harian masih menunggu kenyataan daripada pihak plaintif. |
|
Sidang Parlimen 22 Jun ini diteruskan – Pejabat Speaker Dewan Rakyat - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Sidang Parlimen 22 Jun ini diteruskan - Pejabat Speaker Dewan Rakyat KUALA LUMPUR -Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang dijadualkan bermula pada 22 Jun ini, akan diteruskan mengikut takwim yang ditetapkan, menurut PejabatYang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul |
|
Krisis adat N. Sembilan: Injuksi Mahkamah Tinggi hentikan sidang khas DKU .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Krisis adat N |
|
Bubar DUN jalan terbaik selesaikan ‘simpang-siur’ di N. .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Bubar DUN jalan terbaik selesaikan 'simpang-siur' di N |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |