| /// |
|
| Search : Trans Spencer Chapman News | Page 1 |
|
Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm Pencarian OH (orang hilang) kali ini amat mencabar kerana radius pencarian berkisar di sekitar 3,000 ke 7,000 kaki ketinggian dan sangat luas, setakat ini semua pihak mencuba yang terbaik, menurut hantaran itu. Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian_Trans Spencer Chapman_pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh |
|
Pendaki hilang: 8 anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Mygazette - 30/05 3:25 pm Pencarian masih diteruskan, insya-Allah," katanya. Sebelum ini, Jaslinda, 49 dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian_Trans Spencer Chapman_pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh |
|
'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung - Sinarharian - 30/05 2:30 pm TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak, Muzafar Mohamad berkata operasi SAR turut berdepan cabaran lain termasuk keadaan muka bumi serta capaian komunikasi sekitar kawasan kejadian, sekali gus menyulitkan usaha pencarian pasukan penyelamat."Selain keadaan sejuk yang berangin di kawasan banjaran tinggi, kesukaran komunikasi antara pasukan di lapangan dengan pusat kawalan operasi turut menjadi cabaran utama kerana memberi kesan terhadap koordinasi taktikal pencarian di kawasan pergunungan itu."Lokasi di sini turut dikategorikan sebagai laluan sukar yang memerlukan pendaki mengerah kudrat, termasuk memanjat bagi melepasi halangan tertentu. Pendek kata, ia memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi untuk mengharungi keseluruhan pendakian," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh di sini, pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN :Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMuzafar, 50, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendakian percaya kehilangan Jaslinda berpunca daripada tersilap memilih laluan ketika menuruni gunung berkenaan, berdasarkan penilaian awal dilakukan pasukan penyelamat di lapangan.Beliau berkata disebabkan kondisi fizikal semakin lemah mengakibatkan mangsa mungkin tidak dapat berfikir dengan lebih baik, sekali gus memilih laluan salah yang seakan-akan sama dengan laluan asal menuju ke kaki gunung.Menurut Muzafar, operasi SAR di gunung kelapan tertinggi di Malaysia itu juga antara paling lama pernah disertainya sepanjang bergelar malim gunung."Operasi pencarian lazimnya dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga hari sahaja, bergantung kepada keadaan lokasi serta maklumat awal yang diperoleh di lapangan," katanya.Ditanya kemungkinan Jaslinda masih mampu bertahan, beliau berkata aspek tersebut tidak boleh ditolak memandangkan kemampuan seseorang pendaki untuk terus hidup bergantung dari sudut mental dan fizikal masing-masing."Pengalaman operasi sebelum ini menunjukkan ada mangsa masih mampu bertahan dalam tempoh tertentu walaupun berada dalam keadaan mencabar, namun ia sangat bergantung kepada faktor semasa di lokasi kejadian," katanya.Muzafar turut menasihati orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pendakian supaya tidak bergerak secara solo dan sentiasa memastikan pendakian dilakukan berkumpulan bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi).- Bernama |
|
Kehilangan Jaslinda: Lapan anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Sinarharian - 30/05 12:02 am Buat masa ini kita tidak mengambil keputusan untuk menghentikan operasi. Pencarian masih diteruskan, insya-ALLAH," katanya.Sebelum ini, Jaslinda, 49, dilaporkan bersama 13 lagi individu dan duaMalim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei pada 7.30 pagi.Program Qurban Kasih anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu disempurnakan Timbalan Menteri Datuk Aiman Athirah Sabu.Sementara itu, Aiman Athirah berkata, program itu berjaya dilaksanakan dengan kerjasama JBPM serta Parlimen Sepang dan menyasarkan pengagihan daging korban kepada kira-kira 2,500 penerima di sekitar Sepang dan warga kementerian.Beliau berkata, program yang diadakan pada hari terakhir Tasyrik, 13 Zulhijjah itu melibatkan penyembelihan 50 ekor lembu dan tiga ekor kambing."Pada hari ini kita mengorbankan 50 ekor lembu dan tiga ekor kambing, dengan penyertaan kira-kira 500 petugas yang terdiri daripada warga JBPM, orang kampung serta ketua kampung bersama ahli majlis," katanya.Aiman Athirah berkata, kira-kira 38 kampung tradisi di kawasan Sepang turut terlibat dalam menjayakan program berkenaan |
|
Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa - Sinarharian - 30/05 11:32 am IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan rakaman kamera pengawasan bagi membantu menjejaki pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua anggota Team Pelindung daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama pasukan penyelamat ditugaskan mendapatkan cip kamera pengawasan yang dipasang di sekitar laluan pencarian.Menurutnya, langkah itu diambil bagi meneliti rakaman yang mungkin dapat membantu mengesan pergerakan mangsa di kawasan berkenaan."Seramai 16 anggota tambahan dihantar ke lokasi pencarian pada pagi ini menggunakan pesawat AW139 bagi memperkukuh operasi SAR."Pasukan Team Pelindung Perhilitan bersama anggota penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui rakaman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pasukan tambahan itu terdiri daripada enam anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), dua anggota Team Pelindung Perhilitan, lima anggota Jabatan Perhutanan dan tiga Malim Gunung Perhutanan (MGP).Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Puncak Gunung Batu Putih dan lokasi titik winching baharu di Kem Kantoi.Sabarodzi berkata, pasukan sedia ada yang berada di lokasi pencarian sejak semalam melibatkan 34 anggota.Katanya, ketika ini jumlah keseluruhan anggota penyelamat yang berada di lokasi pencarian setakat pagi Sabtu seramai 50 orang.Operasi SAR diteruskan dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi strategik termasuk laluan pendakian dan kawasan yang dikenal pasti berpotensi dilalui mangsa.Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu |
|
Ayah akan tunggu ibu - Utusan - 30/05 7:24 am Dia tak akan ke mana-mana. Demikian kata Nurr Ashikin Haszman, 29, anak tiri Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih di sini, sejak Ahad lalu |
|
Ground inscription proves missing hiker reached Gunung Batu Putih summit - Sinardaily - 29/05 10:11 pm IPOH - An inscription left on the ground has become proof that missing female hiker Jaslinda Saludin, 49, had reached the summit of Gunung Batu Putih near Tapah.A member of the Perak Forestry Mountain Guide (MGP) team, who wished to be known only as Hafiz, said he discovered the inscription when he arrived at the summit while serving as the rear guard, or "sweeper", for the Trans Spencer Chapman hiking expedition."Yes, she (Jaslinda) reached the summit, but she did not leave any hint as to where she went or which trail she took |
|
Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih - Sinarharian - 29/05 9:58 pm IPOH - Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih dekat Tapah, di sini.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, beliau yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu, menyedari kewujudan nota di atas tanah berkenaan ketika tiba di puncak gunung."Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint dia ke mana, ke track mana |
|
MGP tidak cuai, Jaslinda sudah dinasihatkan tunggu bantuan - Kosmo - 29/05 9:30 pm TAPAH – Kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih di sini Ahad lalu, bukan berpunca daripada kecuaian Malim Gunung Perhutanan (MGP) |
|
Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm Muzafar turut menasihati orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pendakian supaya tidak bergerak secara solo dan sentiasa memastikan pendakian dilakukan berkumpulan bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini. Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh |
|
Missing hiker: Drone used to assist SAR team - Sinardaily - 29/05 3:45 pm IPOH - A drone was deployed today to assist in the search and rescue (SAR) operations for Jaslinda Saludin, who has been missing since May 23 while hiking at Gunung Batu Putih, near Tapah.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarodzi Nor Ahmad said a drone operator had been sent with the rescue team to the SAR operations area today."The drone operator has been sent to carry out surveillance and search operations in areas involving slopes, cliffs and other areas that are difficult for rescue teams to access," he said in a statement today.He said a total of 16 rescue personnel have been deployed through an AgustaWestland AW139 aircraft to the SAR location today, while 19 rescue personnel from JBPM, Civil Defence Force (PGA) and Forestry Mountain Guides (MGP) who had entered the area on May 27 were brought out.In addition, he said the SAR today involved PGA and MGP teams entering by land through Pos Musoh towards Sungai Air Busok, involving 18 personnel.Sabarodzi said the SAR team had to navigate narrow and winding routes throughout the search operation.Yesterday, Perak JBPM director Sayani Saidon said the SAR operation would focus on the Sungai Ayer Busok trail area, which is believed to have been the route taken by the victim to obtain a water source.Earlier, the 49-year-old Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported to have continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24 |
|
Dron bantu SAR Jaslinda, pasukan digerak ke cerun sukar - Sinarharian - 29/05 2:32 pm TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, diperkukuh dengan penggunaan dron bagi memperluas liputan pencarian di kawasan cerun dan lokasi sukar diakses.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penggunaan dron itu membantu pemantauan kawasan yang tidak dapat dimasuki pasukan darat."Pengendali dron telah digerakkan ke lokasi bersama pasukan penyelamat bagi memperluas skop pencarian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, setakat jam 1 petang, seramai 12 anggota penyelamat telah digerakkan ke lokasi operasi di Kem Sukaneka menggunakan pesawat AW139.Menurutnya, pesawat sama turut digunakan untuk membawa keluar 19 anggota penyelamat termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Malim Gunung Perhutanan yang telah berada di kawasan itu sejak 27 Mei lalu."Selain itu, empat lagi anggota turut dihantar menjadikan keseluruhan 16 anggota digerakkan menggunakan pesawat," katanya.Sabarodzi berkata, operasi turut melibatkan pasukan darat seramai 18 anggota melalui laluan Pos Musuh menuju ke Sungai Ayer Busok."Pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team 1 membabitkan lima anggota PGA dan empat Malim Gunung Perhutanan (MGP), manakala Team 2 terdiri daripada empat PGA dan lima MGP."Kesemua mereka mula memasuki kawasan pencarian sekitar jam 9.35 pagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuPada Khamis, operasi SAR dilaporkan kini tertumpu di kawasan sungai berhampiran Sungai Ayer Busok, selepas mangsa dipercayai cuba mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada dalam hutan dengan bekalan terhad.Terdahulu, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan operasi diperluas ke kawasan sungai berkenaan berdasarkan kemungkinan pergerakan terakhir mangsa.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos GedungGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan pendakian.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
'Ayah tidak berganjak, bimbang kehilangan ibu' - Anak Jaslinda - Sinarharian - 29/05 2:30 pm Saya percaya dia boleh bertahan sehingga ditemui," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR yang sedang giat dijalankan."Saya mewakili keluarga dan ayah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat yang terlibat. Kami sangat menghargai usaha mereka," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan - Sinarharian - 29/05 2:08 pm Cuma dia memang tidak mahu meninggalkan kawasan ini selagi ibu belum ditemui," katanya.Ashikin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR yang masih diteruskan."Saya mewakili keluarga dan ayah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat yang terlibat. Kami amat menghargai usaha mereka," katanya.Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
Chronology of Jaslinda's disappearance - Sinardaily - 29/05 11:26 am A female hiker, Jaslinda Saludin, 49, remains missing after she is believed to have strayed from the original trail while climbing Gunung Batu Putih in Perak.The disappearance occurred during the Trans Spencer Chapman expedition, a mountainous jungle route that passes through Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih and is expected to exit via Kuala Woh.Standing at approximately 2,132 metres, Gunung Batu Putih is not a casual hiking route but a challenging trail that requires stamina, experience and strict group discipline.Below is the chronology of Jaslinda's disappearance:May 23, 2026 (Saturday)Jaslinda, 49, joined the Trans Spencer Chapman hiking expedition together with 13 other participants and two mountain guides.The expedition began at 2am via the Pos GedungMount Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh route.May 24, 2026 (Sunday)One of the hikers, Mohd Hanafi Neikmad, 41, experienced health complications, including shortness of breath and vomiting blood and stopped at Batu Kor Camp together with a mountain guide.Jaslinda initially stopped as well but was believed to have continued the ascent alone towards the summit of Gunung Batu Putih.She was last seen at about 7.30am by a mountain guide before being reported missing.May 25, 2026 (Monday)A Search and Rescue (SAR) operation was officially launched by the Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) together with other agencies.The JBPM's elite Special Tactical Operation And Rescue Team (STORM) rescue team was deployed by helicopter to the summit of Mount Batu Putih to begin search efforts from higher ground.May 26, 2026 (Tuesday)SAR operations focused on the area between Sukaneka Camp and Gunung Rayu after investigators suspected the victim had strayed from the original hiking route.Communication capabilities and search equipment were enhanced with the assistance of SAPURA, which manages the Government Integrated Radio Network (GIRN).May 27, 2026 (Wednesday)New clues were discovered, including a water bottle and supplement packets believed to belong to Jaslinda along the trail leading towards Gunung Rayu.The discovery strengthened the possibility that she had deviated from the original route.May 28, 2026 (Thursday)The SAR operation entered its fourth day, involving dozens of personnel from various agencies, including JBPM, Royal Malaysia Police (PDRM), the General Operations Force (PGA) and the Forestry Department.Rescue teams camped overnight at the mountain summit to intensify search efforts.Police said statements had been recorded from several individuals, including the victims husband and mountain guides to assist investigations.May 29, 2026 (Friday)SAR efforts shifted focus to the Sungai Ayer Busok area based on the possibility that the victim may have descended in search of water to survive.Rescue teams continued searching for new clues in the hope of locating her safely.Latest Status (as of 8.30 am)The victim has not yet been found.SAR operations are ongoing, with additional personnel deployed and search efforts concentrated along river routes. |
|
Kronologi kehilangan Jaslinda - Sinarharian - 29/05 9:06 am SEORANG pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan masih belum ditemui selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.Kehilangan ini berlaku dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman, laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.Gunung Batu Putih berketinggian kira-kira 2,132 meter, menjadikan laluan ini bukan laluan santai biasa, tetapi trek mencabar yang memerlukan stamina, pengalaman dan disiplin kumpulan yang tinggi.Ikuti kronologi Kehilangan Pendaki Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih 23 Mei 2026 (Sabtu) Jaslinda Saludin, 49, menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung |
|
Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara paling mencabar, mampu kelirukan pendaki - Sinarharian - 29/05 8:19 am TAPAH Rentasan pendakian di Gunung Batu Putih dikategorikan sebagai antara laluan paling mencabar berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, laluan tersebut terletak dalam Hutan Simpan Kekal yang mampu mengelirukan pendaki, termasuk mereka yang berpengalaman."Laluan ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak lain."Selain jarak perjalanan yang jauh, faktor ketinggian, suhu serta angin di kawasan banjaran turut menjadi cabaran utama kepada pendaki," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau bersama lebih 30 malim gunung dari seluruh negara menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Muzafar yang berpengalaman sebagai malim gunung sejak 1995 berkata, suhu di kawasan berkenaan boleh mencecah antara enam hingga tujuh darjah Celsius, terutama pada waktu malam atau ketika hujan."Ketika bergerak, pendaki masih boleh mengekalkan suhu badan, namun apabila berhenti dalam keadaan basah dan berangin, suhu badan boleh turun dengan cepat dan membahayakan," jelasnya.Menurut Muzafar, cabaran lain ketika ini ialah lokasi pencarian yang berada pada ketinggian kira-kira 2,000 meter serta ketiadaan liputan komunikasi."Keadaan ini menyukarkan penyampaian maklumat serta koordinasi antara pasukan di lapangan dan pusat kawalan, sekali gus memberi cabaran kepada taktikal pencarian," katanya.Beliau yang pernah mendaki Gunung Batu Putih lebih 10 kali tidak menolak kemungkinan Jaslinda tersilap memilih laluan ketika cuba turun selepas menyedari dirinya ketinggalan daripada kumpulan."Berdasarkan kronologi, mangsa dipercayai cuba mengejar kumpulan dan mengambil laluan yang hampir menyerupai laluan sebenar."Namun, kemungkinan dia hanya menyedari kesilapan itu pada hari berikutnya sebelum cuba mencari jalan keluar," katanya.Menurutnya, meskipun situasi itu mencabar, peluang untuk wanita tersebut bertahan masih ada berdasarkan pengalaman kes terdahulu melibatkan mangsa hilang di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa yang tersasar laluan mampu bertahan lebih lama walaupun dengan bekalan terhad dan ada antara mereka ditemui dalam tempoh dua hingga tiga hari."Kecuali satu kes pada tahun 1995, seorang pendaki dari Singapura tidak berjaya ditemui selepas tersesat di laluan gunung ini," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pendakian secara bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Tambahnya, dalam aktiviti rekreasi seperti ini, peserta bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar dan rakan pendakian adalah individu paling hampir untuk membantu jika berlaku kecemasan."Pastikan sentiasa berteman supaya ada yang boleh membantu dan menyampaikan maklumat kepada pihak luar sekiranya berlaku sesuatu," katanya. |
|
Lebih 72 jam hilang, keadaan Jaslinda masuki fasa kritikal - JBPM - Sinarharian - 29/05 7:10 am TAPAH - Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lepas, dijangka memasuki fasa kritikal ketika ini selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pada ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat termasuk menambah keanggotaan dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSehubungan dengan itu, SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air."Kita boleh katakan pada ketika ini adalah tempoh kritikal namun dengan pengalaman yang ada pada mangsa, dia akan terus bertahan sementara SAR dijalankan."Kita percaya dia akan cuba mencari sumber atau punca air untuk terus bertahan, dan berkemungkinan besar bergerak ke Sungai Ayer Busok iaitu lokasi berdekatan dengan Gunung Batu Putih," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh, di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSayani berkata, sebanyak 36 anggota pasukan digerakkan oleh JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kem Sukaneka dan Gunung Rayu hari ini, yang turut dibantu Pasukan Gerak Am, Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP).Beliau berkata, bomba telah membuka satu winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi telah diusahakan bagi memudahkan tindakan lanjut sekiranya pergerakan menggunakan pesawat udara diperlukan.Menurut beliau, ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar dan masuk pasukan penyelamat kerana winching point sedia ada iaitu di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi pencarian.Sayani turut berkata, keadaan muka bumi yang curam dan berbukit di lokasi berkenaan menjadi cabaran utama pasukan penyelamat selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi) |
|
Exxon warns oil inventories will hit dangerously low levels in weeks, forcing prices to shoot higher - Cnbc - 29/05 6:25 am The price of physical Brent oil cargoes will spike to $150 to $160 per barrel once inventories hit all-time lows, Exxon executive Neil Chapman said. |
|
Reality star's long shot L.A. mayoral candidacy becomes surprise test for Democrats - Cnbc - 29/05 12:38 am Spencer Pratt is polling around 22%, just behind Democratic Mayor Karen Bass, in the Los Angeles mayoral primary, raising the odds of a November runoff. |
|
Search intensified for missing hiker on Gunung Batu Putih as operation enters critical phase - Sinardaily - 28/05 5:55 pm TAPAH - The condition of female hiker, Jaslinda Saludin, 49, who went missing while climbing Gunung Batu Putih here on May 23, has entered the critical phase after being lost for over 72 hours.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said that in the face of this, the search and rescue operation has been intensified, with more personnel deployed and the search area expanded to areas where the victim may look for food and water.The search will now focus on the area along Sungai Ayer Busok, where the victim may have gone to find water."We can say that this is a critical period, but given the victim's experience, she should be able to survive while the SAR operation is ongoing."With her experience, we believe she will attempt to find a water source to sustain herself, and is highly likely to head towards Sungai Ayer Busok, which is close to Gunung Batu Putih," she told a press conference after visiting the incident command post at Pos Kuala Poh here today.Sayani said 36 personnel from JBPM and the Royal Malaysia Police (PDRM) were deployed today to the Kem Sukaneka and Gunung Rayu areas, assisted by the General Operations Force (GOF), the Forestry Department, and Forestry Mountain Guides (MGP).She said the department has also cleared a winching point area about 100 square feet at Kem Salai Matahari to allow for quick evacuation or logistics if a helicopter is needed.She said this is to make it easier for the rescue team to move, as the current winching points at Bukit Batu Putih and Bukit Berapit 2 are too far from the primary search area.Sayani said the steep, mountainous terrain poses a challenge for the rescue team, with travel to some search locations taking 7 to 8 hours.Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2 am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides, via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24 |
|
Lebih 72 jam hilang, harapan pasukan SAR di laluan sungai - Sinarharian - 28/05 5:29 pm TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini tertumpu ke kawasan sungai dengan mangsa dipercayai berusaha mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada di dalam hutan dengan bekalan terhad.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, petunjuk terbaharu menunjukkan mangsa berkemungkinan bergerak ke kawasan tersebut iaitu di Sungai Ayer Busok bagi mendapatkan bekalan air."Selepas tempoh 72 jam, kita menjangkakan keadaan mangsa semakin lemah kerana kekurangan makanan, air serta perlindungan yang mencukupi."Jadi berdasarkan pengalaman dan keadaan muka bumi, terdapat kemungkinan mangsa memilih untuk turun ke kawasan sungai bagi mendapatkan sumber air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Kita dimaklumkan, mangsa hanya membawa sedikit bekalan makanan seperti kurma dan dua botol air. Malah, satu daripada botol tersebut telah ditemui," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.Sayani berkata, berdasarkan maklumat dan analisis pasukan penyelamat, mangsa yang mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam mendaki gunung menyedari telah tersasar daripada laluan asal sebelum cuba berpatah balik."Sebelum ini kita menemui beberapa petunjuk seperti botol air yang dipercayai milik mangsa di sekitar laluan antara Gunung Rayu dan Bukit Berapit."Tanda terakhir yang ditemui adalah cebisan ponco dan selepas itu tiada lagi petunjuk baharu ditemui," katanya.Beliau turut mengakui, operasi SAR berdepan cabaran besar berikutan keadaan muka bumi yang mencabar dengan laluan berbukit serta jarak antara puncak yang memerlukan masa sehingga beberapa jam untuk dilalui."Sebagai contoh, perjalanan sejauh kira-kira 1.5 kilometer boleh mengambil masa sehingga empat hingga lima jam kerana bentuk muka bumi yang sukar."Malah, untuk membawa keluar mangsa sebelum ini, ia boleh mengambil masa sehingga lapan hingga sembilan jam jika melalui laluan darat," katanya.Dalam pada itu, Sayani berkata, operasi SAR yang memasuki hari keempat kini digerakkan secara berperingkat dengan penglibatan semua agensi termasuk 12 anggota Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).Katanya, penggunaan anjing pengesan (K9) sukar dilaksanakan di kawasan berkenaan berikutan faktor logistik dan keperluan untuk menurunkan anggota menggunakan kaedah winching."Setakat ini, dua pasukan STORM telah digerakkan secara bergilir, dengan pasukan pertama beroperasi dari 25 hingga 27 Mei, manakala pasukan kedua bermula 27 Mei dan dijangka keluar pada 29 Mei."Operasi akan diteruskan dalam tempoh beberapa hari lagi dengan harapan mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
Pendaki wanita hilang: Suami Jaslinda, malim gunung beri maklumat bantu siasatan polis - Sinarharian - 28/05 4:17 pm TAPAH - Polis telah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, bagi membantu siasatan.Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata, setakat ini seramai enam malim gunung yang terlibat dalam ekspedisi dan operasi pencarian tersebut telah dipanggil bagi dirakam keterangan.Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menemukan mangsa terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil."Setakat ini, laporan polis telah dibuat dan kita telah memanggil beberapa individu termasuk suami mangsa untuk mendapatkan maklumat."Kita tidak mahu campur aduk perkara lain buat masa ini, sebaliknya fokus utama adalah untuk mengesan mangsa terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.Beliau berkata, keadaan keluarga mangsa kini berada dalam tekanan dan semua pihak diharap memberi ruang kepada mereka sepanjang operasi dijalankan.ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanDalam pada itu, Mohd Fadzil memaklumkan, seramai 92 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta malim gunung.Katanya, selain udara, fokus operasi digerakkan melalui laluan darat iaitu dari Pos Musuh dan Pos Kuala Woh melibatkan pasukan kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat anggota termasuk malim gunung yang mahir dengan keadaan muka bumi di kawasan berkenaan."Kita mengharapkan perkembangan positif dalam tempoh satu hingga dua hari ini hasil kerjasama semua agensi terlibat untuk menemukan mangsa dalam keadaan selamat," katanya.Terdahulu media melaporkan, suami mangsa, Haszman Othman, 61, meluahkan rasa terkilan dan mempersoalkan bagaimana isterinya boleh ditinggalkan bersama seorang sahaja malim dan seorang lagi pendaki yang sakit di atas gunung berkenaan.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat - Sinarharian - 28/05 11:15 am TAPAH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu telah bermalam di puncak gunung bagi mempergiat usaha pencarian di kawasan sukar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 36 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi yang kini tertumpu di sekitar Gunung Batu Putih, Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.Menurutnya, kesemua pasukan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta Malim Gunung Perhutanan berada di kawasan puncak itu sejak Rabu bagi memudahkan operasi diteruskan tanpa gangguan."Bagi pasukan JBPM, satu tindakan membuka winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 100 kaki persegi telah diusahakan."Langkah ini diambil bagi memudahkan pergerakan keluar masuk pasukan penyelamat sekiranya bantuan pesawat udara diperlukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pembukaan laluan tersebut juga penting memandangkan winching point sedia ada di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memerlukan masa perjalanan yang jauh untuk sampai ke lokasi pencarian semasa.Pada Rabu, operasi SAR menerima petunjuk baharu apabila sebotol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik mangsa ditemui di laluan menuju ke Gunung Rayu.Penemuan itu menguatkan kemungkinan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian.Terdahulu, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
India orders demolition drive along border as Pakistan tensions simmer - Aljazeera - 28/05 3:58 am The interior minister urged officials to address infiltration, narcotics, smuggling, and other 'trans-border crimes'. |
|
Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda - Sinarharian - 26/05 10:20 pm Kami percaya mangsa masih meneruskan pergerakan berdasarkan kesan-kesan itu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pos Kawalan Hadapan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.Yusri berkata, pihaknya juga percaya mangsa tidak tersasar disebabkan kekuatan fizikal wanita berkenaan yang dimaklumkan mengalami sakit pada bahagian kaki."Kami harap dia tidak tersasar dan daripada yang kami selidik, tiada laluan lain yang dia boleh tersasar. Dia akan terus ke Gunung Rayu," katanya.Sementara itu, operasi SAR ditangguh pada 5.30 petang tadi akibat cuaca yang tidak mengizinkan pesawat AW139 untuk menghampiri lokasi pasukan penyelamat pertama (pasukan semalam) bagi menghantar pasukan penyelamat kedua bergabung di lokasi berkenaan.Operasi dijadualkan disambung semula seawal 8 pagi esok dengan perancangan menghantar pasukan baharu dan membawa keluar anggota yang telah berada di lokasi selama dua malam.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi Ahad |
|
Missing hiker: Water bottle and supplement packaging new clues in Gunung Batu Putih SAR - Sinardaily - 26/05 7:52 pm BIDOR - The discovery of a water bottle and a supplement package, believed to belong to a missing female hiker on Gunung Batu Putih here, has become the latest clues in the search and rescue (SAR) operation for the victim, Jaslinda Saludin, 49.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) deputy director Yusri Mohd Yusoff @ Hashim said the discovery of the items indicated that the victim had deviated from the original hiking route and moved towards Gunung Rayu."Based on the information we obtained from eight-member rescue team, along with a guide we communicated with, it is said that the victim deviated from the intended path based on the discovery of these items."We found the victim's water bottle, supplements, supplement containers, footprints, and sweet wrappers believed to belong to the victim on the path leading to Gunung Rayu, and we believe the victim continued to move based on those traces," he said.He said this when met at a press conference at the Front Control Post at the 3rd Battalion Camp of the General Operations Force (GOF) in Bidor here today.Yusri said that his team also believes the victim did not go off track (mountain trail) due to the physical condition of the woman, who was reported to be experiencing pain in her leg."We hope she doesn't go off track, and from our investigation, there is no other route she can go off track. She will continue to Gunung Rayu," he said.Meanwhile, the SAR operation was postponed at 5.30 pm today due to weather conditions that prevented the AW139 aircraft from approaching the location of the first rescue team (the team from last night) to send the second rescue team to join at the site.The operation is scheduled to resume at 8 am tomorrow, with plans to send in a new team and extract the members who have been at the scene for two nights.Jaslinda was reported to be with 13 other individuals and two Forestry Mountain Guides (MGPs) starting the Trans Spencer Chapman hike at 2 am on May 23 via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another climber, Mohd Hanafi Neikmad, 41, experienced health issues and stopped, however, Jaslinda was reported to have continued her journey to the mountain peak and last seen by MGPs at 7.30 am on Sunday |
|
Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan - Sinarharian - 26/05 11:04 am TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pada Selasa dengan penambahbaikan aspek komunikasi Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di Pusat Kawalan Bomba, Kuala Woh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai berkemungkinan menjadi laluan mangsa tersasar."Aspek peralatan dan kaedah komunikasi juga akan ditambah baik dengan kehadiran pihak SAPURA iaitu pihak yang bertanggungjawab bagi GIRN di lokasi PKB (pos kawalan bomba)," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, operasi hari ini akan diteruskan dengan bantuan Pesawat AW139 dari Pengkalan Udara JBPM Wilayah Utara dan seramai 12 anggota penyelamat digerakkan menaiki pesawat bagi membantu lapan anggota penyelamat sedia ada yang masih berada di puncak Gunung Batu Putih selepas bermalam di lokasi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan JaslindaLagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiKatanya, PKB masih beroperasi di Kuala Woh manakala Pos Kawalan Hadapan yang melibatkan penggunaan pesawat ditempatkan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung.Mohd Hanafi berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba dengan helikopter semalam |
|
Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu - Sinarharian - 25/05 8:47 pm TAPAH -Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakiandi Gunung Batu Putih di sini dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan sejak Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai tersasar ketika turun dari puncak Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter selepas mendaki seorang diri ke puncak tersebut.Beliau berkata, lokasi terakhir mangsa dikenal pasti di puncak gunung itu pada kira-kira 9 pagi Ahad selepas wanita terbabit berkomunikasi dengan seorang malim gunung perhutanan (MGP)pada 7.30 pagi."Mangsa dipercayai meninggalkan tanda di puncak sebelum terputus hubungan dan berdasarkan maklumat yang diterima, kemungkinan beliau tersasar daripada trek asal."Sepatutnya laluan turun akan keluar di Kuala Woh, namun kita percaya mangsa mungkin tersasar di sekitar Gunung Rayu ataupun Pos Musoh," katanya pada sidang media selepas tamat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah pada Isnin.Sabarozi berkata, operasi pencarian ditangguhkan 6 petang Isnin dan akan diteruskan 8 pagi Selasa dengan memfokuskawasan di sekitar Gunung Rayu serta bantuan pesawat Agusta 139 dari Pangkalan Udara Bertam bagimembawa tambahan 12 hingga 16 anggota penyelamat ke kawasan pencarian.Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan penyelamat yang menjejaki laluan mangsa turut menemukan kesan tapak kasut dipercayaimilik wanita tersebut di kawasan yang bukan laluan utama pendakian."Kebetulan semalam hujan dan hari ini cuaca panas, jadi jejak kasut itu masih kelihatan. Jejak berkenaan bukan di laluan utama dan dipercayai laluan itu tidak digunakan pendaki lain," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiOps Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan JaslindaDalam pada itu, beliau berkata, operasi SAR berdepan pelbagai cabaran termasuk kesukaran komunikasi di kawasan gunung, laluan curam serta keadaan cuaca hujan yang menyebabkan trek licin, di sampinggunung berkenaan merupakan antarayang tertinggi dan laluannya agak mencabar sertafaktor awan tebal.Selain JBPM, operasi SAR turut melibatkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan dan MGP.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua MGP memulakan pendakian 'Trans Spencer Chapman' pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncakyang kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi Ahad |
|
Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - Suami - Sinarharian - 25/05 8:22 pm TAPAH - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata, Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung."Kalau mengikut rekod Jabatan Perhutanan, isteri saya akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh hari ini.Haszman berkata, isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta telah bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lepas bagi menyertai pendakian berkenaan bersama-sama dua rakannya."Dua rakan isteri telah selamat turun dan pulang ke rumah masing-masing. Saya sekarang tengah bimbang sebab isteri masih belum dijumpai dan operasi mencarinya masih giat dijalankan," katanya.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Beliau dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung yang kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi semalam |
|
Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda - Sinarharian - 25/05 5:28 pm TAPAH - Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas dan muntah berdarah semasa mendaki Gunung Batu Putihdi sini, berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, petang Isnin.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidonberkata, mangsaMohd Hanafi Neikmad, 41, dibawa turun dari puncak gunung sebelum dihantar ke Hospital Tapah kira-kira 3 petang."Ini satu usaha bersepadu antara JBPM Perak dan bahagian udara. Tanpa bantuan pesawat, operasi ini mungkin lebih sukar kerana tempoh perjalanan ke puncak Gunung Batu Putih mengambil masa lebih kurang 12 jam."Mangsa ditemukan dan berjaya diselamatkan pada kedudukan kira-kira satu kilometer dari puncak Gunung Batu Putih pada ketinggian dianggarkan sekitar 2,000 meter, manakala puncak Gunung Batu Putih ini berada pada ketinggian 2,132 meter," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, antara cabaran operasi ialah keadaan awan tebal di puncak gunung, namun pengalaman dan kepakaran kapten pesawat, operasi membawa masuk pesawat serta prosesmengangkat mangsa menggunakan kaedahwinching berjaya dilaksanakan dengan selamat."Selepas mangsa berjaya diselamatkan, pesawat segera meninggalkan kawasan berkenaan berikutan keadaan cuaca yang kembali dilitupi awan," katanya.Sementara itu, Sayaniberkata, operasi kini menumpukan usaha mengesanJaslinda Saludin, 49,yang masih hilang selepas cedera di bahagian kaki dan kali terakhir dilihat oleh Malim Gunung Perhutanan (MGP) kira-kira 7.30 pagi Ahad."Lokasi terakhir yang dikenal pasti ialah di puncak Gunung Batu Putih kerana dia ada meninggalkan tanda di situ."Dia mungkin tersesat, jadi pasukan penyelamat akan naik ke puncak Gunung Batu Putih sebelum memulakan operasi pencarian darikawasan ini," katanya.Terdahulu, seramai 14 peserta bersama dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Pada 10 malam hari sama, seorang pendaki lelaki dilaporkan mengalami masalah pernafasan dan berhenti berehat di Kem Batu Core bersama seorang MGP serta mangsa wanita, manakala 12 peserta lain meneruskan perjalanan ke Puncak Batu Putih sebelum selamat keluar ke Tapah pada 1 tengah hari Ahad |
|
Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih Bomba .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm Sayani berkata setakat ini operasi sedang dijalankan dan sebarang maklumat operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimaklumkandari semasa ke semasa. Terdahulu, seramai 14 peserta bersama dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh |
|
Bomba lancar SAR kesan pendaki wanita cedera - Utusan - 25/05 2:46 pm TAPAH: Seorang pendaki wanita dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih di sini semalam, manakala seorang lagi pendaki lelaki mengalami sesak nafas |
|
Sarawak sedia bantu realisasi projek Kereta Api Trans-Borneo - Careta - 24/05 6:10 pm "Kita mempunyai kemudahan yang diperlukan dan kerajaan Persekutuan juga bersedia membantu dalam menghubungkan projek yang dikenali sebagai Pan Borneo Railway |
|
Microsoft Hires Analyst With Influential Video Game Blog To Fix Xbox - Slashdot - 22/05 12:00 am Microsoft has hired games analyst and investor Matthew Ball as Xbox's new chief strategy officer |
|
ASEAN percepat inisiatif APG, usaha ketersambungan serantau - Fadillah - Sinarharian - 21/05 12:23 am KUALA LUMPUR - Negara-negara anggota ASEAN telah bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan inisiatif Grid TenagaASEAN (APG) dan usaha ketersambungan tenaga serantau untukmemperkukuh kerjasama keselamatan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, persetujuan itu dicapai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) yang terbaharu, merangkumi perbincangan mengenai Saluran Paip Gas Trans-ASEAN dan perkongsian sumber tenaga yang ada dalam kalangan negara anggota ASEAN."Diharapkanmenjelang Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN akan datang (pada November), kita akan dapat memuktamadkan atau merealisasikan objektif tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Kepimpinan AI 2026 yang dianjurkan oleh Microsoft Malaysia di sini pada Khamis.- Bernama |
|
Spencer Pratt Is Creating Panic Over Super Meth. Its Not Even Real - Wired - 16/05 1:31 am The LA mayoral candidate and former reality TV star is fueling his campaign with fears about an ultra-potent meth |
|
Macam menyanyi dalam tandas Viral Sebab ‘No No Baby’, Persembahan ‘Live’ Denise Chariesta Dikecam Netizen - Lobakmerah - 8/05 3:41 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Bus and oil tanker collide in Indonesia, killing at least 16 people - CNA - 7/05 11:37 am The head-on collision between an intercity bus and a tanker truck on the Trans-Sumatra Highway triggered a fire that engulfed both vehicles, leaving many victims trapped inside. |
|
Xbox CEO Asha Sharma kills Copilot for Gaming overhauls leadership with CoreAI veterans - Tomshardware - 7/05 1:51 am Sharma took over as Xbox CEO in February after Phil Spencer retired following 38 years at Microsoft. |
|
Microsoft Gives Up On Xbox Copilot AI - Slashdot - 6/05 11:00 pm Microsoft is winding down Xbox Copilot on mobile and ending development of Copilot on console, reversing plans to bring the gaming-focused AI assistant to current-generation Xbox consoles this year |
|
Bus and oil tanker collide in Indonesia, killing at least 16 people - Scmp - 6/05 10:06 pm A passenger bus collided head-on with a fuel tanker truck on a highway on Indonesias Sumatra island on Wednesday, killing at least 16 people and injuring four others, officials said |
|
CAP, FOMCA gesa KKM tarik balik garis panduan patent linkage - Mygazette - 3/05 7:33 am # CAP, FOMCA gesa KKM tarik balik garis panduan patent linkage GEORGE TOWN - Cadangan pelaksanaan hubungan paten bagi produk farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dikhuatiri akan membawa kepada peningkatan harga ubat serta melambatkan akses pesakit kepada rawatan mampu milik |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |