///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Tok Batin News   Page 1    



Lelaki disyaki fitnah tok batin berhubung kes Jaslinda ditahan - Mygazette - 12/06 7:44 am

# Lelaki disyaki fitnah tok batin berhubung kes Jaslinda ditahan IPOH - Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu berhubung penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, menerusi siaran langsung di platform TikTok





Polis tahan lelaki didakwa fitnah tok batin berkait Jaslinda - Hotfm - 11/06 11:49 pm

Perintah reman akan dimohon esok agar siasatan lanjut boleh dijalankan, kata ketua polis Tapah.





Polis tahan lelaki didakwa fitnah tok batin berkait Jaslinda - FMT - 11/06 11:49 pm

Perintah reman akan dimohon esok agar siasatan lanjut boleh dijalankan, kata ketua polis Tapah.





Man arrested for defaming Tok Batin in Jaslinda case - SUN - 11/06 11:13 pm

Police detain a man in Ipoh for allegedly defaming the Tok Batin involved in the Jaslinda rescue, with a remand application set for tomorrow.





Pengguna TikTok aibkan Tok Batin, Jaslinda sudah ditahan - Sinarharian - 11/06 7:41 pm

TAPAH - Seorang pengguna TikTok yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu berhubung penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin telah ditahan polis.Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh sekitar jam 1 tengah hari pada Khamis."Polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap lelaki itu di mahkamah esok (Jumaat) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.Beliau berkata, kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955."Setakat ini, sebanyak 11 laporan polis berkaitan kes itu telah diterima," katanya.Terdahulu, semasa bersiaran langsung, lelaki itu mendakwa bahawa Jaslinda telah dijaga oleh Tok Batin selama dua minggu sebelum berjaya ditemukan penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Dakwaan tidak berasas itu mendorong kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta tampil membuat laporan polis.Media melaporkan, meskipun lelaki berkenaan telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, polis akan meneruskan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.





Perak police continue probe despite apology over TikTok claims defaming Tok Batin, hiker Jaslinda - Malaymail - 11/06 4:14 pm

IPOH, June 11 Police will continue investigating a man who allegedly posted defamatory content about the Tok Bat...





Jaslinda berisiko alami RFS - Sinarharian - 11/06 1:52 pm

MELAKA - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas 14 hari hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah, berisiko mengalami Refeeding Syndrome (RFS), iaitu komplikasi perubatan yang boleh berlaku selepas tempoh kebuluran berpanjangan.Pegawai Dietetik, Wan Nurul Hazirah Wan Alkamar Shah berkata, berdasarkan bukti perubatan terkini, kebimbangan utama selepas seseorang mengalami kebuluran bukan sekadar kekurangan zat makanan, sebaliknya risiko mengalami RFS apabila pemakanan diperkenalkan semula terlalu cepat.Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila pengambilan tenaga, khususnya karbohidrat, dimulakan semula selepas tempoh kelaparan yang lama sehingga menyebabkan mineral penting seperti fosfat, kalium dan magnesium berpindah secara mendadak daripada darah ke dalam sel.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' Jaslinda"Perubahan ini boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk aritmia jantung, kegagalan pernafasan, gangguan neurologi seperti kekeliruan dan sawan, malah dalam kes tertentu boleh membawa maut."Bagi individu yang mengalami kehilangan berat badan ketara dan pengambilan makanan yang sangat minima selama beberapa hari hingga minggu, pemulihan pemakanan perlu dilakukan secara berperingkat dengan pemantauan rapat elektrolit, terutamanya fosfat, kalium dan magnesium," katanyaKatanya, pemberian thiamine sebelum dan semasa proses pemakanan semula juga disyorkan berdasarkan garis panduan Persatuan Nutrisi Parenteral dan Enteral Amerika (ASPEN).ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' JaslindaTambah beliau, selepas operasi menyelamat melibatkan mangsa yang mengalami kebuluran berpanjangan seperti Jaslinda, pemantauan dan pengurusan di hospital oleh pegawai perubatan serta pegawai dietetik dan nutrisi adalah amat penting."Langkah ini bagi memastikan proses pemulihan berlaku dengan selamat serta mengurangkan risiko berlakunya Refeeding Syndrome," katanya.





Polis teruskan siasatan lelaki muat naik kandungan Tok Batin dan Jaslinda - Sinarharian - 11/06 11:54 am

IPOH - Polis akan meneruskan siasatan terhadap seorang lelaki yang didakwa memuat naik kandungan berunsur fitnah terhadap Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh berkaitan penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin meskipun individu itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka.Ketua Polis Daerah Tapah, Suerintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan 11 laporan polis yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk sekumpulan Tok Batin berhubung isu tersebut."Kita akan ambil keterangan lelaki berkenaan dalam masa terdekat selain mendapatkan pengesahan rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung beberapa perkara termasuk isi kandungan video terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Khamis.Semalam lelaki terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka melalui satu rakaman video, susulan kontroversi melibatkan sesi siaran langsungnya di platform TikToknya yang didakwa memfitnah To Batin Mohd Asmmadi dan Jaslinda.Sebelum itu, dalam sesi siaran langsung melalui akaun sama, lelaki berkenaan mendakwa Jaslinda telah 'disimpan' oleh Mohd Asmmadi selama dua minggu dan mendakwa jika perkara terbabit tidak tular berkemungkinan tok batin akan berkahwin dengan wanita berkenaan.Sabtu lalu, Jaslinda, 49, ditemui selamat oleh penduduk Kampung Lubuk selepas hilang selama 14 hari sejak 24 Mei lalu ketika melakukan pendakian di gunung berketinggian sekitar 2,132 meter itu





“Hanya gurauan & usikan” – Isu Fitnah Tok Batin ‘Sorok’ Jaslinda, Lelaki Mohon Maaf - Lobakmerah - 10/06 4:07 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Tindakan seorang pengguna TikTok yang bergurau mengenai Tok Batin dengan pendaki wanita, Jaslinda Saludin menerusi satu sesi live baru-baru ini bukan sahaja mencetuskan rasa kurang senang netizen, malah mengguris hati komuniti Orang Asli





Polis buru individu fitnah ???tok batin??? sorok Jaslinda - Mygazette - 10/06 3:02 pm

# Polis buru individu fitnah tok batin sorok Jaslinda TAPAH Polis sedang mengesan seorang lelaki terlibat dalam sebuah video tular di media sosial yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu, di sini, Mohd Asmmadi Abdullah





Pengguna TikTok minta maaf persenda Tok Batin, Jaslinda - Sinarharian - 10/06 2:55 pm

IPOH - Seorang pengguna TikTok tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi melibatkan sesi siaran langsungnya yang didakwa mempersendakan Tok Batin serta pendaki wanita, Jaslinda Saludin.Menerusi rakaman video yang dimuat naik pada Selasa, individu terbabit mengakui terdapat kekhilafan dalam penyampaiannya sehingga menimbulkan prejudis dan salah faham terhadap komuniti Orang Asli serta pihak lain yang terlibat.Dia turut memohon maaf sekiranya kata-kata yang diucapkan secara langsung atau tidak langsung telah mengguris hati mana-mana individu atau komuniti."Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf sekiranya ia telah mengguris hati dan perasaan mana-mana komuniti ataupun individu sama ada secara langsung atau tidak langsung.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - JaslindaJaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak"Apa yang berlaku tidak seperti yang saya maksudkan dan bukan seperti fitnah yang tersebar





Fitnah Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda, Individu Tampil Mohon Maaf- “Ianya Gurauan” - Murai - 10/06 1:00 pm

Seorang individu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas video siaran langsungnya telah mencetuskan kontroversi melibatkan komuniti Orang Asli. Untuk makluman semua, individu yang dikenali dengan nama Anarchy7sky, telah mendakwa Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdulah telah ‘menyimpan’ pendaki Jaslinda Saludin sebelum ditemui.Kenyataannya itu dianggap kurang sopan dan mencetuskan kemarahan orang […] The post Fitnah Tok Batin ‘Simpan’ Jaslinda, Individu Tampil Mohon Maaf- “Ianya Gurauan” appeared first on Murai MY .





“Itu Hanya Gurauan Dan Usikan” – Pengguna TikTok Mohon Maaf Isu Fitnah Tok Batin Dan Jaslinda - Ohmedia - 10/06 11:19 am

Pengguna TikTok, Anarchy7sky tiada niat untuk menghina mana-mana pihak. The post Itu Hanya Gurauan Dan Usikan Pengguna TikTok Mohon Maaf Isu Fitnah Tok Batin Dan Jaslinda appeared first on Oh! Media .





Tok Batin simpan Jaslinda? – 50 Tok Batin buat laporan polis terhadap TikToker - Mydateline - 10/06 10:30 am

Tular di media sosial beberapa perkongsian berkaitan dakwaan fitnah membabitkan seorang Tok Batin dan pendaki wanita, Jaslinda Saludin sehingga mengundang perhatian ramai





Orang Asli Juga Ada Maruah – Fitnah Simpan Jaslinda, 50 Tok Batin Dan Wakil Komuniti Lapor Polis - Ohmedia - 9/06 8:04 pm

Komuniti orang Asli berkata mereka juga mempunyai maruah dan tidak wajar dibuat lawak jenaka. The post Orang Asli Juga Ada Maruah Fitnah Simpan Jaslinda, 50 Tok Batin Dan Wakil Komuniti Lapor Polis appeared first on Oh! Media .





Orang Asli reps seek action after viral video claiming Tok Batin who helped search for Jaslinda confined hiker and planned to marry her - Malaymail - 9/06 7:37 pm

TAPAH, June 9 About 50 Tok Batin and Orang Asli representatives from three districts lodged police reports today...





Fitnah Sorok Jaslinda, Tok Batin Orang Asli Buat Laporan Polis - Siakapkeli - 9/06 7:27 pm

Fitnah Sorok Jaslinda, Tok Batin Orang Asli Buat Laporan PolisTAPAH, 9 Jun (Bernama) -- Kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batan...





Tok batin difitnah sorok Jaslinda, Orang Asli lapor polis - FMT - 9/06 7:19 pm

Laporan dibuat susulan kandungan tular dakwa seorang tok batin sengaja sorok pendaki wanita yang hilang dengan niat menikahinya.





Fitnah sorok Jaslinda, Tok Batin Orang Asli buat laporan polis - Sinarharian - 9/06 7:07 pm

TAPAH - Kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta tampil membuat laporan polis hari ini.Laporan tersebut bagi membantah dakwaan serta fitnah yang tular dalammedia sosial terhadap Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah, berhubung penemuan pendaki wanita Jaslinda Saludin di kawasan Gunung Batu Putih baru-baru ini.Tok Batin KOA Lata Kinjang, Rani Bah Ulin berkata, laporan itu dibuat susulan penyebaran kandungan video oleh seorang pengguna media sosial yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak berasas sehingga mencemarkan nama baik Mohd Asmmadi serta institusi kebatinan Orang Asli.Rani berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan kononnya Mohd Asmmadi menyembunyikan atau menyimpan Jaslinda sepanjang tempoh kehilangan wanita itu sebelum ditemukanpenduduk Orang Asli di kawasan berdekatan KOA Lubuk Gaharu."Dakwaan itu tidak berasas dan amat mengguris perasaan masyarakat Orang Asli seolah-olah dianggap kami ini masyarakat yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain."Kami melihatnya sebagai satu penghinaan bukan sahaja terhadap Tok Batin Asmmadi tetapi juga kepada seluruh institusi kebatinan yang selama ini berperanan membantu masyarakat tanpa mengira kaum, terutama ketika berlaku kecemasan," katanya ketika ditemui Bernama selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Selasa.Terdahulu tular satu video dalammedia sosial TikTokyang mendakwa Jaslinda telah 'disimpan' oleh tok batin selama dua minggu dan jika perkara terbabit tidak tular berkemungkinan tok batin akan berkahwin dengan Jaslinda.Sementara itu, wakil belia Orang Asli Eris Joshan Chew Ho Beng, 22, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabitjelas menjejaskan imej tok batin yang terlibat dalam operasi pencarian, malah memberikan gambaran buruk terhadap seluruh masyarakat Orang Asli di negara ini."Tok Batin merupakan pemimpin masyarakat yang dihormati dan menjadi tonggak kepimpinan komuniti Orang Asli





Jaslinda akan perjelas spekulasi selepas berehat - Sinarharian - 9/06 5:41 pm

Terima kasih semua atas titipan doa buat saya dan saya sangat-sangat menghargainya."Saya juga nak memohon maaf kepada semua kerana telah menyusahkan banyak pihak sepanjang insiden ini, minta maaf dan terima kasih semua," katanya.Mengenai pelbagai dakwaan dan spekulasi yang timbul sepanjang kehilangannya, Jaslinda berkata, dia akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada masa sesuai."Kenyataan media kemudian nanti saya bagi tahu. Yang benda-benda tu semua yang dengar tu fitnah dan tidak betul, nanti saya bagi kenyataan," katanya yang mahu berehat dan memulihkan keadaan kesihatannya.ARTIKEL BERKAITAN:'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - JaslindaSementara itu, suami Jaslinda, Haszman Othman, 61, berkata, pengalaman dilalui isterinya wajar menjadi titik perubahan kepada penganjur aktiviti pendakian untuk memperkukuh aspek keselamatan peserta.Menurutnya, antara langkah boleh dipertimbangkan ialah menetapkan syarat penyertaan lebih ketat termasuk mewajibkan pemeriksaan kesihatan dan mengehadkan penyertaan mengikut faktor umur bagi mengurangkan risiko kecemasan ketika berada di kawasan pergunungan."Syarat perlu diperketat, mungkin had umur bawah 45 tahun dan perlu ada laporan kesihatan sebelum dibenarkan menyertai aktiviti, jika tidakia boleh menyusahkan banyak pihak," katanya.Pada masa sama, Haszman berkata, minat Jaslinda terhadap aktiviti mendaki masih kekal meskipun berdepan pengalaman mencemaskan selepas tersesat di kawasan hutan selama dua minggu."Bagaimanapun sebarang aktiviti pendakian yang disertai isteri saya selepas ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati





Jaslinda masih mahu mendaki - Sinarharian - 9/06 1:31 pm

TAPAH - Pengalaman getir dilalui pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih selama 15 hari tidak mematahkan semangatnya untuk terus melakukan aktiviti pendakian.Perkara itu dikongsikan suaminya, Haszman Othman, 61, yang memaklumkan minat isterinya terhadap aktiviti lasak tersebut masih kekal meskipun berdepan situasi mencemaskan."Semangat dia memang ada lagi... bukan tak serik, tapi masih nak hiking," katanya ketika ditemui di Hospital Tapah pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - JaslindaBagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sebarang aktiviti pendakian selepas ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati dan bersyarat."Saya cakap boleh, tapi bawa anak-anak





'Jaslinda tak tinggal solat 5 waktu selama sesat dalam hutan' - Sinarharian - 9/06 1:15 pm

Tapi ALLAH lindungi dia," katanya.Haszman berkata, keadaan kesihatan Jaslinda yang dirawat di Hospital Tapah sejak Sabtu lalu sudah menunjukkan perkembangan positif dan dibenarkan keluar hospital hari ini."Dari segi fizikal dia nampak dia okey, tetapi bagi saya mental dia belum cukup kuat. Perlu beri dia ruang rehat secukupnya," kataya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' JaslindaJaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak





Jaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak - Sinarharian - 8/06 4:04 pm

TAPAH Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa tiada sebarang unsur mistik atau gangguan luar biasa yang dialaminya sepanjang tempoh berada dalam hutan.Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Jaslinda ketika beliau bersama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan melawat wanita berkenaan di Hospital Tapah pada Isnin.Menurutnya, Jaslinda berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat selain menunjukkan perkembangan pemulihan yang memberangsangkan."Beliau berkongsi bahawa sepanjang berada di dalam hutan tidak ada gangguan mistik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak."Beliau hanya bergantung kepada sumber air untuk terus hidup dan tidur dalam keadaan baik tanpa sebarang gangguan," katanya selepas lawatan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' JaslindaMohd Azlan berkata, Jaslinda turut memaklumkan bahawa beliau membawa wisel sepanjang berada di dalam hutan dan kerap meniupnya sebagai usaha mendapatkan perhatian pasukan mencari dan menyelamat (SAR).Katanya, wanita itu juga mendengar bunyi helikopter yang menjalankan operasi pencarian, namun tidak dapat melihatnya kerana keadaan hutan yang terlalu tebal."Beliau ada menemui nota yang ditinggalkan pasukan SAR, namun pada ketika itu beliau berada di laluan berbeza daripada lokasi pencarian pasukan terbabit," katanya.Dalam pada itu, Mohd Azlan menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Jaslinda meneruskan hidup dengan memakan cendawan yang dikutip ketika berada dalam hutan.Beliau berkata, Jaslinda mengakui ada mengutip cendawan untuk dibawa pulang namun tidak memakannya selepas dimaklumkan oleh Orang Asli bahawa cendawan tersebut beracun.Beliau turut menjelaskan bahawa botol air dan beberapa barangan makanan yang ditemui serta dikaitkan dengan Jaslinda menerusi beberapa hantaran media sosial bukan milik wanita berkenaan."Sebenarnya beliau tidak makan cendawan itu





Polis selesai rakam keterangan Jaslinda - Sinarharian - 8/06 12:30 am

IPOH - Polis telah selesai merakam keterangan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat pada Sabtu lepas, setelah 14 hari dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, dekat Tapah.Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, rakaman percakapan itu dibuat di Hospital Tapah semalam bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya sebelum ini."Kami juga telah merekodkan keterangan penduduk Orang Asli yang menemui mangsa dalam kejadian itu," katanya kepada Bernama hari ini.Abdul Malik bagaimanapun berkata buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada ahli keluarga selepas penemuan mangsa di Kampung Lubuk Gaharu, Tapah.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' JaslindaJaslinda kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Tapah akibat kecederaan pada buku lali kiri serta beberapa kecederaan lain.Sabtu lepas, Jaslinda ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh kira-kira jam 5 petang oleh beberapa penduduk Orang Asli.Wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh bersama-sama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan.- Bernama





Dia dengar orang panggil nama dia – Tok Batin kongsi cerita Jaslinda selepas ditemui - Mydateline - 8/06 9:22 am

Selepas 14 hari hilang di kawasan Gunung Batu Putih, wanita dikenali sebagai Jaslinda Saludin akhirnya ditemui selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh





Anwar ucap terima kasih kepada sukarelawan, Orang Asli bantu Jaslinda - Mygazette - 7/06 7:43 am

Beliau berkata mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa melalui anak saudaranya yang berada di Johor. Sayani berkata Jaslinda kini ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan





Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih - Mygazette - 7/06 7:43 am

Nazri kemudian memaklumkan kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Mangsa sekarang berada di rumah Tok Batin di Kampung Lubuk Gaharu, katanya dalam satu kenyataan





Panggilan ???ibu??? anak-anak Jaslinda undang sebak - Mygazette - 7/06 7:43 am

Jaslinda yang hilang sejak 15 hari lalu ditemui berjalan menyeberangi jambatan oleh seorang penduduk Orang Asli yang sedang memancing pada pukul 5.10 petang. Dia kemudiannya di bawa ke rumah tok batin yang terletak kira-kira satu kilometer sebelum dijamu hidangan mi goreng, nasi berlaukkan ayam goreng dan ikan tengas serta ubi kayu





Jaslinda berpusing-pusing di kawasan pencarian SAR - Bomba - Sinarharian - 6/06 11:35 pm

TAPAH Pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu dipercayai berulang kali bergerak dalam kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang tempoh kehilangannya sebelum ditemukan selamat pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jaslinda Saludin, 49, wanita itu berpusing-pusing di kawasan pencarian termasuk turun ke sungai sebelum kembali semula ke kawasan tinggi."Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba"Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.Menurut beliau, Jaslinda dilaporkan berada di sekitar kawasan Gunung Rayu dan Bukit Berapit sepanjang tempoh kehilangan tersebut.Katanya, mangsa akhirnya berjaya keluar selepas dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum bertemu seorang pemancing yang membantunya menuju ke penempatan Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh."Penduduk kampung kemudian membawanya ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira pukul 8 malam," katanya.Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa keluar menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada pukul 9.20 malam.Sabarodzi turut memaklumkan Jaslinda bertahan hidup dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat di dalam hutan sepanjang 14 hari kehilangannya."Dia memaklumkan ada tiga hari tidak minum air dan hanya bergantung kepada air embun serta air sungai."Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan," katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati keadaan Jaslinda stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan termasuk kesan gigitan serangga serta luka kecil di bahagian kepala akibat terjatuh.Katanya, mangsa dipercayai terjatuh beberapa kali termasuk ketika melalui kawasan sungai dalam usaha mencari jalan keluar."Dia seorang wanita yang kuat dan tabah kerana mampu mengharungi cabaran getir sepanjang berada di dalam hutan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda





Jaslinda alami cedera di kepala, bertahan minum embun, makan tumbuhan liar - Sinarharian - 6/06 11:19 pm

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, bertahan hidup dengan meminum air embun dan memakan tumbuhan liar sepanjang berada di dalam hutan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa turut memaklumkan tidak minum air selama tiga hari sebelum bergantung kepada sumber semula jadi untuk meneruskan kelangsungan hidup."Dia maklumkan ada tiga hari tidak minum air dan hanya bertahan dengan air embun, selain air sungai."Untuk makanan pula, dia mengambil tumbuhan seperti beri atau tumbuhan liar yang terdapat di dalam hutan," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah di sini pada Sabtu.Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, Jaslinda berada dalam keadaan stabil, hanya mengalami kecederaan ringan termasuk gigitan serangga serta luka kecil di kepala akibat terjatuh.Katanya, kesan luka tersebut akibat terjatuh beberapa kali termasuk di kawasan sungai sepanjang usahanya mencari jalan keluar."Dia seorang wanita yang kuat dan tabah kerana mampu mengharungi cabaran getir sepanjang berada di dalam hutan," katanya.Mengulas laluan yang dilalui mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda sebenarnya berada dalam kawasan pencarian pasukan penyelamat sepanjang tempoh kehilangan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaBeliau berkata, mangsa dilaporkan bergerak secara berulang-alik di kawasan sama termasuk sekitar Gunung Rayu dan Bukit Berapit."Berdasarkan maklumat daripada mangsa, dia berpusing-pusing di kawasan pencarian kita, turun naik ke sungai dan kembali semula ke kawasan tinggi."Memang kawasan itu adalah sektor yang kita telah masuk termasuk menggunakan helikopter," katanya.Berhubung penemuan mangsa, Sabarodzi berkata, Jaslinda dipercayai menyusuri laluan anak sungai sebelum akhirnya bertemu dengan pemancing yang membawanya keluar ke kawasan penempatan di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Katanya, penduduk kampung kemudian membawa mangsa ke rumah Tok Batin sebelum pasukan bomba tiba untuk memberikan rawatan awal kira-kira jam 8 malam."Mangsa seterusnya dibawa keluar menggunakan jentera EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Tapah pada jam 9.20 malam," katanya.





I didnt eat for two weeks, only drank dark water, brown water Jaslinda - Sinardaily - 6/06 10:38 pm

I was all alone and I thought, Is no one looking for me?I truly had no food. I hadnt eaten for two weeks - I only just ate a moment ago (after being found and brought to the Tok Batins home).I drank dark water, brown water (referring to river water or any type of unclean water), she said, visibly at a loss for words to describe the ordeal of being lost in the jungle.Earlier, Jaslinda was found by villagers at the Orang Asli settlement of Kampung Lubuk Gaharu on Saturday evening.Prior to this, Jaslinda was among 14 hikers and two mountain guides who took part in the Trans Spencer Chapman expedition, which began at 2am on May 23 via the Pos GedongGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh route.





'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:27 pm

TAPAH - Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, mendedahkan dirinya tidak makan dan hanya minum air yang ditemuinya sepanjang dua minggu tersesat.Menerusi perkongsian video terbaharu di Facebook Tapah Media Official, Jaslinda sempat berbual mesra dengan komuniti Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh meskipun terlihat lemah dan tidak berdaya.Wanita itu sempat berkongsi serba sedikit mengenai pengalamannya tersesat di dalam hutan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda"Viral ke ini? (kisah kehilangannya)





'Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia' - Keluarga Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:26 pm

IPOH - "Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan Jaslinda."Demikian reaksi kakak kepada pendaki yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, iaitu Jasima Saludin, 52, selepas adiknya ditemukan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, dekat Tapah, petang tadi.Jasima ketika dihubungi Bernama berkata, beliau bersama suaminya kini dalam perjalanan ke Tapah bagi bertemu adiknya yang ditemukan selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda"Saya pulang ke rumah di Kuala Lumpur semalam seketika untuk menguruskan hal keluarga





'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda - Sinarharian - 6/06 10:20 pm

TAPAH "Orang rumah saya dia kuat."Demikian luahan suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah pada Sabtu.Dalam suasana penuh emosi, Haszman Othman, 61, dilihat memeluk dan mencium isterinya sebaik Jaslinda tiba selepas ditemukan selamat di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - JaslindaHaszman ketika ditemui media merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) isterinya sepanjang 15 hari kehilangan itu."Terima kasih kepada semua yang terlibat polis, bomba, NGO, badan berkanun dan semua pihak yang membantu," katanya.Beliau turut menzahirkan penghargaan khusus kepada komuniti Orang Asli yang memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencarian.ARTIKEL BERKAITAN : Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dengan Orang Asli sekali yang beri kerjasama cukup baik...Alhamdulillah," katanya.Ditanya mengenai keadaan Jaslinda, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memberikan laporan rasmi."Kita kena tunggu laporan daripada pihak polis





She said help me - Orang Asli man recounts moment missing Jaslinda was found - Sinardaily - 6/06 9:28 pm

TAPAH Walking alone and weak on a bridge.That was the condition of Jaslinda Saludin, 49, when she was found by an Orang Asli villager near a river in Kampung Lubuk Gaharu, near Pos Musoh, on Saturday.Bah Roslan Bah Sulpok, 51, said the discovery, at around 5.10pm, happened while he was fishing.He said he caught sight of a hijab-clad woman crossing the bridge in a frail state.I recognised her as Jaslinda because her photo had been shared on phones. I immediately shouted and asked her to stay put.When I approached her, she broke down crying and said, help me, he told Sinar when met at Kampung Lubuk Baharu.Concerned by her condition, Bah Roslan brought Jaslinda to the tok batins residence, about one kilometre away, to notify the authorities of the find.The moment she arrived at the tok batins house, she said she was hungry, he said.At the tok batins home, Jaslinda was served instant noodles, rice with fried chicken, tengas fish and boiled tapioca.My fellow villagers and I told her not to worry





'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 8:06 pm

TAPAH Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mendedahkan dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuk terjatuh berkali-kali sepanjang tempoh 15 hari berada di dalam hutan.Perkara itu dikongsikan wanita berusia 49 tahun tersebut menerusi satu klip video yang tular di media sosial selepas dia ditemukan selamat hari ini."Saya jatuh berkali-kali, saya bergelut pada waktu malam," katanya ringkas dalam rakaman berkenaan.Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tapah Media itu memaparkan Jaslinda sedang menjamu selera sambil berbual dengan beberapa individu di sebuah rumah kampung yang dipercayai terletak di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Difahamkan, Kampung Lubuk Gaharu berada di sepanjang Jalan Tapah-Cameron Highlands.Rakaman tersebut turut disertakan dengan keterangan berbunyi: "Alhamdulillah, pencarian Jaslinda Saludin akhirnya berakhir. Terima kasih atas semua doa anda."Terdahulu, Jaslinda ditemukan oleh penduduk kampung di penempatan Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu kira-kira pukul 3 petang tadi.Sebelum ini, beliau merupakan antara 14 pendaki dan dua malim gunung yang menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman bermula pukul 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos GedongGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi peserta, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan menghentikan pendakian.Bagaimanapun, eksekutif rantaian bekalan sektor swasta itu dikatakan meneruskan perjalanan ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang."Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu."Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.





'Terima kasih pasukan penyelamat, Orang Asli lindungi Jaslinda' - PM - Sinarharian - 6/06 8:02 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur selepas pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu ditemui berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh dalam keadaan selamat.Malah, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk sukarelawan, pasukan penyelamat serta komuniti Orang Asli di Lubuk Gaharu."Alhamdulillah syukur. Terima kasih sukarelawan dan pasukan penyelamat serta warga Orang Asli Lubuk Gaharu kerana melindungi saudari Jaslinda," katanya menerusi hantaran di Facebook.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaTerdahulu, media melaporkan Jaslinda, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak sejak 15 hari lalu selamat ditemui pada petang Sabtu.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng kira-kira 3 petang."Selepas menjumpai mangsa, dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya.Ujar Sayani, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.Sebelum ini tular gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan berkenaan.Pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei.





Jaslinda ditemukan selamat oleh Orang Asli petang tadi - Mkini - 6/06 6:59 pm

Sayani berkata wanita terbabit ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu





Missing hiker Jaslinda found safe after nearly two weeks - Sinardaily - 6/06 6:41 pm

IPOH - Hiker Jaslinda Saludin, 49, who went missing while trekking Gunung Batu Putih near Tapah on May 24, was found safe near Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, this afternoon.Perak Fire and Rescue Department director Datuk Sayani Saidon said the private company supply chain executive was found by a villager, Nazri Bah Eng, at about 3pm."Upon finding the victim, he informed his nephew in Johor, who then lodged a report with the authorities, he said in a statement today.He said Jaslinda was in a safe condition and had been temporarily placed at the residence of the Tok Batin of Kampung Lubuk Gaharu while the relevant authorities coordinated the next course of action.Jaslinda was part of a group of 14 hikers and two Forestry Mountain Guides who began the Trans Spencer Chapman expedition at 2 am on May 23 via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and fellow hiker Mohd Hanafi Neikmad, 41, reportedly encountered health problems and stopped the climb





Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba - Sinarharian - 6/06 6:22 pm

IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, dekat Tapah sejak 24 Mei lepas berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, petang tadi.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang."Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan," katanya.Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei





Jaslinda sudah ditemui - Polis - Sinarharian - 6/06 5:45 pm

TAPAH - Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh, dan penemuan beliau dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa.Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, mengesahkan penemuan itu ketika dihubungi dan berkata, kenyataan media rasmi berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.Terdahulu, gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - BombaSementara itu,Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang."Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu."Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.





After missing hiker case, Saarani urges climbers to engage Orang Asli communities - Malaymail - 4/06 2:28 pm

IPOH, June 4 Perak Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad today urged organisers to inform Tok Batin and Orang...





Pendaki hilang: Rasa tanggungjawab dorong sukarelawan Orang Asli bantu .. - Mygazette - 3/06 8:20 am

# Pendaki hilang: Rasa tanggungjawab dorong sukarelawan Orang Asli bantu operasi SAR TAPAH - Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia menjadi dorongan utama kepada sukarelawan Orang Asli suku Semai untuk menghulurkan bantuan bagi menjejaki pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lepas. Tok Batin Kampung Ampang Woh Bah Lilit, 52, berkata usaha itu bukan sekadar tugasan, sebaliknya amanah untuk membantu pasukan penyelamat mengesan mangsa selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) masihbuntu





Operasi SAR Jaslinda: 'Kami sedia bantu, bila-bila masa saja' - Tok Batin - Sinarharian - 1/06 6:02 pm

TAPAH - Komuniti Orang Asli di Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Rata-rata mereka berpandangan bahawa pengalaman hidup dan kepakaran dalam selok-belok hutan boleh membantu memperluaskan skop pencarian.Tok Batin Kampung Batu 17, Bah Ahang, 72, berkata, komuniti Orang Asli boleh digerakkan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan pihak berkuasa.Menurutnya, meskipun operasi SAR kini melibatkan pelbagai agensi dan penggunaan teknologi, kepakaran Orang Asli dalam menjejaki laluan hutan serta memahami corak pergerakan di kawasan berkenaan boleh menjadi nilai tambah."Kalau pihak kerajaan minta bantuan, kita boleh gerakkan anak-anak buah untuk cari





Tok Batin akan bantu operasi cari Jaslinda - Sinarharian - 29/05 7:27 pm

TAPAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk Tok Batin Orang Asli untuk tampil membantu memperkukuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49.Beliau berkata, penglibatan komuniti Orang Asli dilihat mampu memberi kelebihan dalam usaha mengesan mangsa memandangkan kepakaran mereka yang arif dengan selok-belok kawasan hutan."Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan, di mana semua pihak terlibat termasuk polis, bomba dan agensi berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik."Difahamkan Tok Batin Orang Asli juga akan turut campur tangan selepas ini bagi membantu usaha pencarian," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Jumaat.Menurut Saarani, operasi SAR yang kini memasuki tempoh hampir seminggu itu akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat."Kita tidak akan berputus asa dalam operasi ini



Jakoa nafi sekat orang luar masuk ke kampung Orang Asli tanpa asas munasabah - Sinarharian - 23/05 4:16 pm

SHAH ALAM - Dakwaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyekat kemasukan pihak luar ke perkampungan Orang Asli tanpa asas yang munasabah adalah tidak benar.Jakoa dalam satu kenyataan berkata, malah rekod rasmi menunjukkan majoriti permohonan yang diterima telah diberikan kelulusan.Menurutnya, pada 2025 sebanyak 395 daripada 415 permohonan (95 peratus) telah diluluskan manakala tahun 2026 (setakat ini) mencatat 255 daripada 259 permohonan (98 peratus)."Kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Jakoa bukan bertujuan mewujudkan halangan birokrasi, sebaliknya sebagai mekanisme tadbir urus yang terbaik untuk memastikan setiap aktiviti menghormati prinsip Free, Prior and Informed Consent (FPIC), yang merangkumi persetujuan mandatori daripada institusi Tok Batin atau Penghulu."Prosedur ini penting atas tiga faktor antaranya akauntabiliti dan pengurusan risiko, biosekuriti dan perlindungan kesihatan dan integriti data dan pemeliharaan budaya."Dalam keadaan tertentu, permohonan mungkin tidak dapat dipertimbangkan sekiranya terdapat faktor yang berpotensi menjejaskan kesejahteraan komuniti, termasuk unsur eksploitasi kandungan, penyebaran fahaman tidak sesuai atau tindakan yang boleh mengganggu keharmonian institusi kepimpinan adat setempat," katanya dalam satu kenyataan.Sebelum ini, tindakan sekatan memasuki perkampungan Orang Asli oleh Jakoa dan Jabatan Perhutanan didakwa satu penghinaan terhadap kedaulatan, maruah dan kedudukan Tok Batin.Kenyataan bersama Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan Pusat KOMAS menegaskan, Tok Batin dan barisan kepimpinan kampung mempunyai hak mutlak untuk membuat sebarang keputusan, mengadakan perjumpaan, menganjurkan program serta menguruskan hal ehwal di wilayah adat mereka.Menurutnya, mereka sama sekali tidak perlu memohon izin atau kelulusan daripada Jabatan Perhutanan, Jakoa mahupun pihak polis untuk urusan dalaman komuniti mereka.Tambah Jakoa, pihaknya percaya bahawa pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli akan lebih berkesan dicapai melalui kerjasama profesional, saling menghormati dan pematuhan terhadap tatacara sedia ada, selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta 134."Pihak Jabatan kekal komited untuk mempermudah urusan mana-mana pihak yang ingin menyumbang dan bekerjasama demi manfaat komuniti Orang Asli secara bertanggungjawab dan beretika."Kerjasama ini amat dihargai dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi dan kelestarian komuniti Orang Asli selari dengan prinsip No One Left Behind di bawah kerangka Sustainable Development Goals (SDG) 2030," ulasnya.



Jakoa pertahan syarat lawat petempatan Orang Asli - Mkini - 21/05 8:20 pm

Jabatan itu berkata, majoriti permohonan lulus manakala yang lain ditolak kerana tak dapat persetujuan tok batin atau penghulu.



Sekat masuk kampung Orang Asli: Satu penghinaan kedaulatan, kedudukan Tok Batin -JKOASM - Sinarharian - 19/05 7:31 pm

SHAH ALAM - Tindakan sekatan memasuki perkampungan Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Perhutanan didakwasatu penghinaan terhadap kedaulatan, maruah dan kedudukan Tok Batin.Kenyataan bersama Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan Pusat KOMAS menegaskan, Tok Batin dan barisan kepimpinan kampung mempunyai hak mutlak untuk membuat sebarang keputusan, mengadakan perjumpaan, menganjurkan programserta menguruskan hal ehwal di wilayah adat mereka.Menurutnya, mereka sama sekali tidak perlu memohon izin atau kelulusan daripada Jabatan Perhutanan, Jakoa mahupun pihak polis untuk urusan dalaman komuniti mereka."Hak masyarakat Orang Asli untuk berhimpun, berbincang dan menerima maklumat adalah hak asasi yang wajar dihormati, bukannya dicabul oleh mana-mana pihak berkuasa."Negara ini telah lama merdeka dan kita bukan lagi berada dalam zaman darurat




Reformasi     >>



Bersatu leaders insist on contesting state polls with .. - Mkini
They say the party wants to maintain its ideological positioning.
Kroni     >>



Aktiviti tanaman padi masih perlahan, bawah 30 peratus - Utusan
ALOR SETAR: Aktiviti penanaman padi bagi Musim 1/2026 di kawasan jelapang padi di negeri ini dan Perlis masih perlahan apabila hanya berada pada tahap 28.8 peratus, setakat semalam. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata, pihaknya amat berharap para petani yang belum memulakan ..
Tabloid     >>



AS berjaga-jaga, ancaman ‘lone wolf’ .. - Hotfm
Washington: Ketika dunia bersiap menyambut pesta bola sepak terbesar, pihak berkuasa Amerika Syarikat tidak mahu mengambil mudah sebarang ancaman yang boleh mencemarkan kemeriahan Piala Dunia 2026.
Tech     >>



If your iPhone or Mac has Apple Intelligence, you're .. - Appleinsider
Because Apple tossed out a slide that has no context outside the keynote, the internet has convinced itself that Siri AI is only coming to hardware released since 2024. That's untrue. The new Siri AI on iPhone - image credit: Apple Apple announced Siri AI as part of the WWDC 2026 opening ..
World     >>



Trump says 'settlement' reached to end war on Iran - Middleeasteye
Trump says 'settlement' reached to end war on Iran Submitted by Sean Mathews on Thu, 06/11/2026 - 21:28 Iranian media says chances of an agreement are high, but cautions not to take Trump's word until deal officially sealed US President Donald Trump speaks before signing a proclamation in the Oval ..
Motor Trend     >>



Buletin Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancarkan Di .. - Mekanika
# PROTON e.MAS 7 PREMIUM PLUS DILANCARKAN DI KLIMS 2026 - JARAK GERAK 450KM, HARGA BERMULA RM118K **PRO-NET secara rasmi melancarkan Proton e.MAS 7 Premium Plus sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 dengan menawarkan peningkatan dari segi jarak pemanduan, kelengkapan ..