///
See Also: Shutterstock

Search : Titah Adendum News   Page 1    





Saya harap DAP kekalkan keangkuhan – Ulasan Apek Cina - Mgazette - 23/12 7:53 am

Katanya,, DAP masih boleh menang di kawasan Cina, kerana menggunakan sentimen Pas adalah parti ekstremis, dan tuduh MCA tak pandai jaga Cina sebab 60 tahun memerintah, masih belum iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), hak sama rata dan lain-lain. Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin hari ini memuat naik hantaran berbunyi; Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini bersama pautan berita portal mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum, hari ini





Bee Yin biadab, tak hormat rakan muafakat – Khairuddin - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Bee Yin biadab, tak hormat rakan muafakat - Khairuddin KUALA LUMPUR - Hantaran Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin mengenai keputusan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak hari ini dianggap sebagai biadab





Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak ??? Zahid - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak Zahid KUALA LUMPUR Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan susulan hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak





Jangan riak sangat – Nizar - Mgazette - 23/12 7:53 am

Najib diperintahkan untuk menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Keputusan Mahkamah Tinggi dibuat selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Tak perlu jadikan keputusan mahkamah pentas sorakan politik murahan .. - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Tak perlu jadikan keputusan mahkamah pentas sorakan politik murahan - Wan Rosdy KUALA LUMPUR - UMNO Pahang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan isu Titah Adendum Dato Sri Najib Tun Razak





Jika benar marah, semua menteri UMNO perlu letak jawatan – Asyraf - Mgazette - 23/12 7:53 am

Secara peribadi, jika benar UMNO marah, perkara pertama yang perlu dibuat adalah semua yang memegang jawatan baik menteri dan timbalan perlu letak jawatan segera, katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini. Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincang mahupun diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu





UMNO-BN hanya diperlukan bila menguntungkan – Jasnizam - Mgazette - 23/12 7:53 am

# UMNO-BN hanya diperlukan bila menguntungkan - Jasnizam KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap menyelar sekerasnya tindakan Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin yang memuat naik kenyataan bernada sinis dan tidak sensitif dengan Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak





Tunjukkan DAP jalan keluar – Ketua Pemuda UMNO Pahang - Mgazette - 23/12 7:53 am

Mohd Kamil berkata demikian mengulas kenyataan dimuatnaik Ahli Parlimen Puchong itu menerusi Facebook memuat naik status Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun sambil memuat naik keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penolakan semakan kehakiman yang dibuat Najib hari ini. Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Sudah sampai masanya perhalusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan – .. - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Sudah sampai masanya perhalusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan - Zaidy KUALA LUMPUR Tindakan segelintir pemimpin DAP dan PKR menyindir rakan sendiri berkait dengan semakan kehakiman titah adendum hanya melemahkan perpaduan dan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan





Jika isu pengampunan Najib satu garis merah, UMNO perlu buat keputusan .. - Mgazette - 23/12 7:53 am

Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul., katanya dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dibuat susulan rasa tidak puas hati pemimpin UMNO terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan titah adendum dibuat di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah tidak sah dari sudut Perlembagaan Persekutuan





Menteri UMNO digesa letak jawatan, tanda protes DAP hina Najib –... - Mgazette - 23/12 7:53 am

Kita tidak boleh dilihat lemah dan gagal dalam mempertahankan maruah serta integriti parti, katanya menerusi satu kenyataan kepada MalaysiaGazette, hari ini. Terdahulu, Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin memuat naik hantaran berbunyi; Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini bersama pautan berita portal mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum, hari ini





Kenyataan Bee Yin sahkan DAP gagal hormati asas Raja Berpelembagaan .. - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Kenyataan Bee Yin sahkan DAP gagal hormati asas Raja Berpelembagaan - Johan KUALA LUMPUR Badan Perhubungan UMNO Selangor menyifatkan tindakan pemimpin DAP yang menghina Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan Titah Adendum sebagai biadab kerana tidak menghormati Perlembagaan





Bee Yin, kenyataan anda sangat jijik, rosakkan keharmonian kaum – .. - Mgazette - 23/12 7:53 am

Bee Yin merangkap Setiausaha Publisiti DAP menerusi Facebook memuat naik status Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun sambil memuat naik keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penolakan semakan kehakiman yang dibuat Najib hari ini. Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Jangan riak! Esok nasib kita belum tahu – Shahar - Mgazette - 23/12 7:53 am

Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong hari ini memuat naik status Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun berserta laporan berita keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penolakan semakan kehakiman yang dibuat Datuk Seri Najib. Hakim Alice Loke Yee Ching hari ini memutuskan bahawa Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Tunggu PAU 2026, lebih baik kita jaga kita – Puad - Mgazette - 23/12 7:53 am

Mohd Puad Zakarshi berkata, beliau tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana tidak mengharap. Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, 'drama' ini telah berlarutan dua tahun apabila titah adendum disorok





Mengapa Anwar diampunkan tetapi Najib tidak? – Hassan - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Mengapa Anwar diampunkan tetapi Najib tidak? - Hassan KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman berkenaan Titah Addendum oleh Datuk Seri Najib Razak mempunyai kesan besar bukan sahaja terhadap bekas perdana menteri itu tetapi juga ke atas institusi Raja-Raja Melayu





Akmal jangan pilih kasih dalam kes mahkamah – Asheeq - Mgazette - 23/12 7:53 am

# Akmal jangan pilih kasih dalam kes mahkamah - Asheeq KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan mengecam keras kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh susulan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan isu Titah Addendum sambil menegaskan ia berpotensi mengelirukan rakyat selain menjejaskan persepsi terhadap institusi kehakiman dan serta kerajaan





Titah Adendum: UMNO Pahang kecam kenyataan biadap Yeo Bee Yin - Sinarharian - 22/12 10:08 pm

KUANTAN - UMNO Pahang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak wajar malah mencerminkan keangkuhan politik serta ketandusan adab dan sensitiviti yang menyentuh perasaan banyak pihak terutamanya ahli keluarga bekas Perdan Menteri itu serta ahli-ahli UMNO khususnya.Menurutnya, keputusan mahkamah tidak seharusnya dijadikan pentas sorakan politik murahan."Meraikan keputusan tersebut dengan ejekan dan sindiran merupakan satu perbuatan yang hanya menampakkan ketidakmatangan dan kekeringan nilai seorang wakil rakyat."Jika mahu berkawan, berkawanlah dengan adab dan keikhlasan, bukan dengan ejekan kosong yang akhirnya menyebabkan diri yang begitu angkuh tenggelam dalam kesombongannya sendiri," katanya melalui kenyataan pada Ahad.Wan Rosdy yang juga Pengerusi UMNO Pahang berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh, tidak goyah dan tidak sesekali berundur dalam memberikan sokongan serta meneruskan usaha mencari keadilan untuk bekas perdana menteri itu.Terdahulu, Wan Rosdy berkongsi hantaran di Facebook dengan menulis, 'Jika nak berkawan, berkawan betul-betul





Titah Adendum: Pemuda UMNO Pahang kecewa sikap segelintir pemimpin DAP - Sinarharian - 22/12 9:58 pm

KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang kecewa dengan sikap segelintir pemimpin parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu berkaitan Titah Adendum.Ketua Penerangannya, Mustaqim Zakaria berkata, tindakan sedemikian tidak membantu dalam meredakan keresahan ahli UMNO berhubung keputusan mahkamah itu.Menurutnya, Pemuda UMNO Pahang tidak mempersoalkan keputusan mahkamah tapi kecewa dan marah dengan sikap seorang dua pemimpin DAP yang seolah-olah meraikan keputusan berkenaan."Prinsip kedaulatan undang-undang adalah perkara yang sentiasa kita junjung tinggi, itu tidak boleh dipersoalkan."Namun, apabila ada pemimpin DAP secara terbuka memuat naik kenyataan berunsur sindiran dan memperlekeh susulan keputusan tersebut, ia amat tidak boleh diterima," katanya melalui kenyataan pada Isnin.Mustaqim menegaskan, tindakan itu bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik malah gagal menghormati semangat dan disiplin Kerajaan Perpaduan.Sementara itu dalam kenyataan sama, Ketua Pemuda UMNO Lipis, Hafizul Rahman Muhamad mengingatkan bahawa DAP dan UMNO berada dalam kerajaan sama ketika ini.Justeru katanya, sebarang kenyataan bersifat menghina, menyindir secara terbuka atau meraikan isu sensitif melibatkan pimpinan parti rakan adalah tidak wajar, tidak bertanggungjawab dan mencabar keharmonian kerajaan."Ingin kami tegaskan bahawa UMNO bukan rakan kosmetik, bukan parti tempelan juga bukan untuk dipijak dan diperkecilkan sesuka hati oleh mana-mana ahli parlimen DAP."Menghormati keputusan mahkamah tidak memberi lesen untuk memperlekeh atau mempermainkan isu perundangan negara," katanya.Hafizul berkata, perbezaan pandangan politik tidak menghalalkan sikap angkuh dan tidak beradab, apatah lagi dalam kalangan rakan kerajaan yang memikul tanggungjawab bersama kepada rakyat.Tegasnya, UMNO parti tunjang dengan akar umbi, sejarah perjuangan dan mandat rakyat yang besar dalam memastikan kestabilan serta kelangsungan Kerajaan Perpaduan."Kerajaan Perpaduan tidak dibina atas sindiran, tidak dipertahankan dengan penghinaan dan tidak akan dihormati rakyat jika ada pihak yang memilih keangkuhan berbanding adab."Hormati rakan kerajaan atau bersedialah menerima reaksi akar umbi," katanya.





'Mengapa Anwar boleh, tetapi Najib tidak boleh?' soal Hassan Karim - Sinarharian - 22/12 8:37 pm

JOHOR BAHRU Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas Datuk Seri Najib Razak disifatkan mempunyai kesan besar bukan sahaja terhadap Najib, malah terhadap institusi Raja-Raja Melayu.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keputusan berkenaan bukan bertujuan membebaskan Najib daripada sabitan kes SRC International, sebaliknya hanya melibatkan isu meringankan baki hukuman penjara kepada tahanan rumah.Menurut Hassan yang juga seorang peguam, tanpa berniat mengkritik atau menghina keputusan mahkamah, keputusan tersebut dilihat secara jelas menolak kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sekali gus berpotensi mencemar saki-baki kuasa Raja-Raja Melayu yang masih termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Keluhuran Perlembagaan Persekutuan sememangnya wajib dipertahankan dan dijunjung."Namun, pentafsiran isu perlembagaan tidak wajar terlalu keras dan kaku sehingga meremehkan institusi Raja-Raja Melayu yang merupakan salah satu tiang seri negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Hassan berkata, persoalan kini timbul dalam kalangan rakyat mengapa Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2018 boleh mengurniakan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau dibebaskan walaupun baki hukuman penjara masih ada, namun perkara sama tidak berlaku kepada Najib."Mengapa Anwar Ibrahim boleh, tetapi Najib Razak tidak boleh?" soalnya.Sehubungan itu, beliau berpandangan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Hakim Alice Loke wajar dirujuk ke Mahkamah Rayuan supaya sebarang kemungkinan kekhilafan tidak menjadi preseden yang boleh menghakis kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu.Hassan turut mengingatkan bahawa sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu telah lama bertapak di sembilan negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Menurutnya, Raja-Raja Melayu bersetuju menerima aspirasi rakyat membina negara demokrasi berparlimen dengan mengorbankan sebahagian besar kuasa feudal, dan sebagai timbal balas, Perlembagaan memperuntukkan kuasa budi bicara tertentu termasuk dalam soal pengampunan."Oleh itu, institusi kehakiman perlu mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mempertahankan pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar Ibrahim pada 2018," katanya.





Cadang UMNO angkat resolusi pembebasan Najib kepada Agong - Ahmad Maslan - Sinarharian - 22/12 7:00 pm

SHAH ALAM - UMNO dicadang mengangkat resolusi rasmi parti berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, resolusi yang mencerminkan pandangan ahli-ahli UMNO itu boleh diangkat tertakluk kepada keputusan dan mandat yang akan diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO, Januari depan.Menurut beliau, penyampaian resolusi itu bertujuan menzahirkan keprihatinan dan rayuan ahli akar umbi UMNO supaya bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan."Resolusi ini perlu dibuat melalui saluran yang beradab dan berlandaskan Perlembagaan."Kita bukan mendesak, tetapi menyampaikan permohonan dan rayuan kepada Agong," katanya ketika ditemui semasa sesi Dialog Awam Veteran UMNO Selangor pada Isnin.Menurut Ahmad Maslan, Perhimpunan Agung UMNO adalah platform tertinggi parti dan sebarang resolusi yang diluluskan membawa mandat jelas daripada ahli-ahli akar umbi."Apabila Perhimpunan Agung membuat resolusi, ia adalah suara rasmi parti dan wajar disampaikan oleh Presiden sendiri," jelas beliau.Mengulas sentimen akar umbi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib, Ahmad Maslan mengakui wujud kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan ahli susulan perkembangan terkini kes itu, namun menegaskan emosi tidak boleh mengatasi pertimbangan rasional."Kalau ikut emosi memang kita marah, tetapi emosi tidak membawa ke mana, sebaliknya kena lihat implikasi keputusan politik ini kepada kerajaan pusat dan negeri seperti Pahang, Perak dan Negeri Sembilan," katanya.Beliau turut menegaskan, UMNO akan terus memperjuangkan pembebasan Najib, namun pada masa sama parti perlu menjaga kestabilan politik negara."Sebab itu saya sebut angka supaya rasional mengatasi emosi," jelas beliau.Sebelum ini, wujud desakan dalam kalangan ketua-ketua bahagian UMNO supaya parti menilai semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Najib menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.Ahmad Maslan berkata, UMNO akan terus bergerak mengikut lunas undang-undang dan menghormati institusi Raja Berperlembagaan dalam menyuarakan pendirian parti.Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak permohonan semakan kehakiman Najib bagi memaksa kerajaan dan enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah, berkaitan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.





Kenyataan Yeo Bee Yin tidak sensitif, provokatif - UMNO Perak - Sinarharian - 22/12 6:37 pm

IPOH - UMNO Perak mengecam sekeras-kerasnya kenyataan dimuat naik Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan mahkamah tidak memihak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu bukan sahaja disifatkan sebagai tidak sensitif, malah memperlihatkan kegagalan memahami realiti politik serta emosi masyarakat, khususnya apabila melibatkan seorang bekas pemimpin negara yang banyak berjasa.Menurutnya, meskipun semua pihak perlu menjunjung prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu, termasuk ahli politik, bersikap biadab dengan mengejek atau meraikan penderitaan pihak lain."Ketika rakyat mengharapkan kerajaan hari ini menjadi payung kepada kestabilan dan ketenangan politik, kenyataan seumpama ini hanya memercik api permusuhan serta mengundang prasangka yang mampu menggoncang keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Menteri Besar Perak itu menegaskan, politik seharusnya menjadi wadah untuk menjunjung tanggungjawab, empati dan kebijaksanaan, bukannya medan menzahirkan dendam atau meraikan kejatuhan pihak lain demi kepentingan politik sempit."Politik bukan tempat untuk mencipta naratif yang menyimbah minyak ke atas api yang masih membara."Sensitiviti politik bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana kenyataan provokatif hanya akan mencederakan usaha membina kestabilan politik."Selain mengguris perasaan sebahagian besar rakyat yang masih menghargai jasa pemimpin terdahulu dan merosakkan kepercayaan awam terhadap kematangan dan adab pemimpin politik," katanya.Beliau berkata, UMNO Perak tegas dengan pendirian bahawa perbezaan pandangan politik tidak pernah menghalalkan sikap tidak berperikemanusiaan."UMNO Perak juga menolak sekeras-kerasnya budaya politik yang menjadikan penderitaan orang lain sebagai bahan ejekan atau modal politik murahan," katanya.Terdahulu, Bee Yin memuat naik satu hantaran dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum untuk membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah."Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini," tulis Bee Yin dalam hantaran berkenaan.Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.





'DAP tetap DAP' - Bekas setiausaha akhbar Najib - Sinarharian - 22/12 6:02 pm

Mungkin sebahagian besar yang lain pun berpendirian sedemikian."Janganlah menyiram minyak tanah ke dalam api yang sedang marak. Kesabaran kita ada hadnya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Najib bagi memaksa kerajaan serta enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Beberapa jam selepas itu, Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin membuat hantaran di media sosialnya seakan meraikan keputusan itu.Mengulas lanjut mengenainya, Rozilan yang juga bekas setiausaha akhbar kepada Najib berkata, mana-mana pihak boleh sahaja bersetuju dengan keputusan mahkamah tetapi ia tetap ada batasnya."Sebagai ahli Parlimen pakatan kerajaan (Perpaduan) kenapa perlu bersikap biadab terhadap bekas pemimpin negara dan parti komponennya (Barisan Nasional) yang penting?"Kenapa perlu meraikan kesusahan orang lain dengan kegembiraan? Sekali gus menggambarkan tahap pemikiran cauvinis mereka yang tetap tertanam kukuh," ujarnya





Keputusan kes Najib jadi sorakan politik, parti tidak akan diam - Pemuda UMNO - Sinarharian - 22/12 5:39 pm

JOHOR BAHRU UMNO tidak akan bersekongkol dengan budaya politik kebencian, khususnya cubaan menormalisasikan penghinaan terhadap institusi dan tokoh negara demi kepentingan politik sempit.Kenyataan itu dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah susulan tindakan segelintir pemimpin DAP yang didakwa bersorak dan meraikan keputusan mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin."Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini," tulis Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menerusi hantarannya di Facebook.Mengulas tindakan Bee Yin itu, Hairi menegaskan bahawa walaupun UMNO menghormati keputusan mahkamah dan kedaulatan undang-undang, parti itu tidak akan berdiam diri apabila keputusan tersebut dijadikan pentas sorakan politik."UMNO tidak pernah meminta campur tangan dalam urusan kehakiman. Tetapi kami menolak sebarang usaha menjadikan penderitaan tokoh negara sebagai bahan ejekan atau propaganda politik," katanya.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan tindakan Ahli Parlimen DAP yang dilihat seperti meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah oleh Najib diselar oleh beberapa pemimpin UMNO.Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Najib bagi memaksa kerajaan serta enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum, bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.Mengulas lanjut, Mohd Hairi yang juga Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata, politik tidak boleh dibina atas penghinaan, keangkuhan dan cubaan merendahkan maruah rakan gabungan.Katanya, tindakan sedemikian hanya mendedahkan wajah sebenar pihak yang kononnya memperjuangkan reformasi, namun gagal memahami nilai asas kemanusiaan dan adab.Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu menegaskan bahawa kesabaran UMNO bukanlah satu kelemahan, sebaliknya mencerminkan kematangan dalam berpolitik."UMNO tidak akan teragak-agak untuk menilai semula pendirian serta pendekatan politiknya sekiranya garis adab, prinsip dan maruah terus dilanggar."UMNO akan terus berjuang bukan dengan kebencian atau sorakan atas penderitaan orang lain, tetapi dengan prinsip, maruah dan tanggungjawab terhadap negara," ujarnya.





Wujud desakan nilai semula kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Maslan - Sinarharian - 22/12 5:09 pm

SHAH ALAM - Wujud desakan dalam kalangan ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara supaya parti itu menilai semula kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, kekecewaan yang dizahirkan akar umbi bukan bersifat sementara, sebaliknya berpunca daripada perkembangan kes membabitkan bekas Presiden UMNO itu."Saya berada dalam kumpulan ketua bahagian yang sedang berasak dan berbincang mengenai perkara ini kerana ia bukan sekadar emosi, tetapi lahir daripada kekecewaan terhadap apa yang berlaku kepada Najib," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap semasa sesi Dialog Awam Veteran UMNO Selangor di sini pada Isnin.Menurut beliau, sentimen tidak puas hati terhadap kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan turut jelas kelihatan menerusi maklum balas rakyat di media sosial termasuk komen terhadap kenyataan kepimpinan tertinggi parti."Banyak pandangan yang saya baca menunjukkan persepsi rakyat terhadap UMNO dalam kerajaan ketika ini tidak begitu baik," katanya.Bagaimanapun Ahmad Maslan menegaskan, sebarang keputusan membabitkan kedudukan UMNO dalam kerajaan perlu dibuat secara berdisiplin dan mengikut saluran parti."Saya dan ramai lagi bersedia menunggu dan mematuhi arahan kepimpinan parti, jika Presiden kata teruskan, kita teruskan, namun sebaliknya, kita ikut keputusan parti," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Maslan mengingatkan sebarang langkah politik perlu mengambil kira realiti sokongan di Parlimen."Angka sokongan kerajaan ketika ini masih memadai dan perkara ini perlu dinilai secara matang sebelum sebarang tindakan diambil," tambahnya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, tumpuan UMNO tidak harus teralih daripada usaha memperkukuh sokongan akar umbi melalui gerak kerja berterusan di kawasan."Untuk menang pilihan raya, aktiviti berterusan dan kehadiran pemimpin bersama rakyat adalah kunci utama," katanya.Mahkamah Tinggi pada Isnin menolak permohonan semakan kehakiman Najib bagi memaksa kerajaan dan enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah, berkaitan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.





'Minta maaf Daddy, tidak boleh bayang perasaan Daddy ketika ini' - Yana Najib - Sinarharian - 22/12 5:00 pm

Tak boleh bayangkan perasaan daddy ketika ini. Banyak-banyak sabar ya? Kita akan bangkit dan terus berjuang pada hari lain seperti biasa."Jaga kesihatan Daddy, itu yang paling penting," katanya menerusi Insta Story pada Isnin.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan harapan bekas Perdana Menteri untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya pada Isnin.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Ketika membaca keputusan lebih 50 minit, beliau berkata, Lembaga Pengampunan tidak diberikan sebarang nasihat berhubung perkara yang dipertikaikan.





Titah Adendum: Hakim tolak permohonan Najib kerana tiada peruntukan undang-undang - Sinarharian - 22/12 4:26 pm

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memaklumkan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.Hakim, Alice Loke Yee Ching berkata demikian ketika menolak permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.Semasa membaca keputusan penghakiman hampir satu jam, beliau berkata, pembelaan yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan menghujahkan bahawa mekanisme pelaksanaan termaktub di bawah Seksyen 43 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 mengenai release on licence.Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah mentafsir kuasa pelepasan itu sebagai kuasa statutori Ketua Pengarah Jabatan Penjara."Jabatan berkenaan mempunyai budi bicara untuk menetapkan tempoh dan syarat termasuk banduan boleh dipanggil semula ke penjara pada bila-bila masa," katanya.Selain itu beliau berkata, permohonan semakan kehakiman supaya diberi pelepasan awal dari penjara didapati tidak sah dan pelaksanaannya tidak berasas dari segi undang-undang.Menurutnya, ini kerana titah itu tidak dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari 2024, sekali gus tidak mematuhi tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau menambah, hujahan pemohon bahawa perintah itu merupakan respite yang tidak memerlukan nasihat Lembaga Pengampunan turut ditolak kerana kandungan titah itu tidak menunjukkan keadaan mendesak."Jika pengurangan hukuman dibincangkan dalam mesyuarat, tiada sebab isu tahanan rumah tidak dibincangkan dalam mesyuarat sama."Hujahan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak terikat dalam membuat keputusan di mesyuarat juga tidak diterima."Susulan itu, perkara ini akan membuka ruang kepada keputusan arbitrari dan bertentangan dengan prinsip bahawa kuasa budi bicara mesti dilaksanakan secara berhemah demi kepentingan awam," kata hakim.Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa titah itu bukan perintah yang sah dalam pelaksanaan prerogatif ihsan.Katanya, mahkamah tidak boleh mengeluarkan perintah mandamus untuk memaksa responden mematuhinya.Menurutnya, Agong merupakan Raja Berperlembagaan dan melaksanakan kuasa serta fungsi mengikut peruntukan perlembagaan.Beliau menambah, pelaksanaan prerogatif ihsan mesti dilakukan dalam kerangka undang-undang dengan kawalan dan had yang termaktub





'Jika tidak mampu zahir simpati jangan kurang ajar' - Pemimpin UMNO - Sinarharian - 22/12 4:08 pm

Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina puak-puak ini!"Saya minta semua perwakilan yang akan datang ke PAU (Perhimpunan Agung UMNO) tidak lama lagi, senada dan berani bawa suara rakyat dan akar umbi orang Melayu di bawah ini."Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu!. Jangan takut, jangan gentar!," tulisnya di Facebook.Kenyataan itu dibuat olehMuhamad Akmalsusulan hantaran pemimpin DAP terbabit di Facebook, dipercayai merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching yang menolak permohonan semakan Najib yang juga bekas Presiden UMNO, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum.Hakim memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.Sehubungan itu, Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan mana-mana individu supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau menyakiti pihak lain.Beliau menyifatkan kenyataan Bee Yin sebagai amat kurang ajar, melampau dan langsung tidak berperikemanusian."Jika tidak mampu untuk menzahirkan sekelumit perasaan simpati sekalipun, janganlah mengeluarkan kenyataan kurang ajar dan menyakitkan hati."Apatah lagi yang dihina merupakan bekas pemimpin tertinggi yang amat disayangi seluruh keluarga besar UMNO yang hari ini membantu membentuk Kerajaan Perpaduan," katanya.Asyraf Wajdi turut berpandangan bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk UMNO memperhalusi kembali kerjasama yang terjalin jika masih ada pihak yang tidak mahu menghargai sumbangan dan perjuangan UMNO selama ini.Selain Muhamad Akmaldan Asyraf Wajdi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemimpin DAP tersebut."Ini kenyataan yang sangat kurang ajar!





Terkejut dengan keputusan mahkamah, isu pengampunan akan bawa implikasi .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Selepas ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak permohonan difailkan untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai bagaimana keputusan Lembaga Pengampunan dibuat, katanya dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini. Pada prosiding pagi ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching dalam penghakimannya telah menolak semakan kehakiman dimohon Najib untuk melaksanakan titah adendum yang membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah





Najib kekal di Penjara Kajang, penyokong sebak terus laung ???bebas .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Terdahulu ketika prosiding, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching membuat keputusannya selepas meneliti hujahan semua pihak serta membaca alasan penghakiman selama hampir sejam. Dalam penghakimannya, hakim berkenaan mendapati Titah Adendum yang menjadi asas permohonan semakan kehakiman itu tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 yang diadakan pada 29 Januari tahun lalu





Kediaman Najib di Langgak Duta kembali lengang - Mgazette - 22/12 3:39 pm

KUALA LUMPUR - Kediaman Datuk Seri Najib Razak kembali lengang susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakimannya berhubung titah adendum hari ini





Najib kekal habiskan baki hukuman 3 tahun di Penjara Kajang - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu. Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri itu gagal memaksa kerajaan menguatkuasakan titah adendum agar beliau dipindahkan ke kediamannya di ibu negara serta merta





Tiada keadaan mendesak benar Najib jalani pemenjaraan di rumah – .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Tiada keadaan mendesak benar Najib jalani pemenjaraan di rumah - Hakim KUALA LUMPUR - Kandungan Titah Adendum yang dipohon Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan keadaan mendesak yang mewajarkan Mahkamah Tinggi membenarkan beliau dipindahkan serta merta ke kediamannya dari Penjara Kajang





Titah adendum tak sah dikuatkuasa, tak dibincang ketika sidang Lembaga .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Titah adendum tak sah dikuatkuasa, tak dibincang ketika sidang Lembaga Pengampunan KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi berpendirian, titah adendum yang dipohon Datuk Seri Najib Razak tidak sah untuk dikuatkuasakan kerana ia tidak dibincang dan direkodkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Hantaran Bee Yin: UMNO beri isyarat nilai semula kerjasama Kerajaan .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap bekas Perdana Menteri itu





Jangan kurang ajar, kerjasama kerajaan bukan tiket pijak maruah kami .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Kami tak pernah lari atau kecewa dalam perjuangan keadilan buat Bossku, katanya. Terdahulu, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin didakwa meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum





Zambry tegur Bee Yin ???raikan??? keputusan mahkamah berkait Titah Adendum .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Zambry tegur Bee Yin raikan keputusan mahkamah berkait Titah Adendum KUALA LUMPUR Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr





'Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak' - Presiden UMNO - Sinarharian - 22/12 3:12 pm

SHAH ALAM - "Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak," demikian kenyataan tegas daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Meskipun hanya hantaran ringkas di Facebook pada Isnin, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada pemimpin DAP yang didakwa bersorak meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum.Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menegur sikap ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dengan mengatakan tindakan wakil rakyat DAP itu tidak wajar kerana keputusan mahkamah melibatkan penderitaan dan kesan besar terhadap individu serta keluarga terlibat.Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga secara lantang menggesa supaya parti menarik balik sokongan daripada kerajaan sekarang.Tegasnya, lebih baik UMNO menjadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina rakan sekutu dalam kerajaan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk mendesak kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah tersebut tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Kata beliau, perintah tambahan hanya menyentuh saranan mempertimbangkan permintaan Najib selaku pemohon untuk mendapat pengampunan penuh dan pengurangan hukuman penjaranya.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman di Penjara Kajang lebih tiga tahun bermula 23 Ogos 2022 kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di rumah sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.





Tiada mekanisme undang-undang bagi tahanan rumah, kata Mahkamah Tinggi - FMT - 22/12 1:46 pm

Hakim Alice Loke berkata budi bicara bagi hukuman tahanan rumah terletak pada komisioner jeneral penjara dengan titah adendum itu melucutkan budi bicaranya.





Akmal Saleh kecewa Titah Adendum diputuskan tidak sah - Sinarharian - 22/12 1:38 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kecewa dengan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Beliau meluahkan kekesalan kerana titah itu dikatakan tidak sah selepas disorokkan begitu lama, sedangkan pihak Istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Titah Adendum berkenaan dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA)."Walaupun pihak istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang Titah Adendum itu dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika menjadi YDPA."Bila nak bentuk kerajaan atas titah YDPA menjadi alasan utama





Titah Adendum: Najib kecewa, kes masih berterusan dua tahun - Sinarharian - 22/12 12:29 am

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa kecewa susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata kekecewaan itu berpunca daripada isu berkaitan Titah Adendum yang masih belum diselesaikan meskipun telah berlarutan hampir dua tahun."Sudah tentu beliau (Najib) sangat kecewa





Najib mahu rayu, Titah Adendum tahanan rumah ditolak - Sinarharian - 22/12 11:10 am

KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Pihak pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, akan merayu keputusan yang menolak permohonan untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata demikian selepas Hakim, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan kehakimannya."Saya mohon mahkamah menyegerakan alasan penghakiman bagi membolehkan kami memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan," kata peguam.Alice kemudian memberitahu, alasan penghakiman penuh tersebut akan dibuat secepat mungkin





Permohonan tahanan di rumah ditolak, Najib kekal di Penjara Kajang - Sinarharian - 22/12 10:43 am

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya pada Isnin.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Ketika membaca keputusan lebih 50 minit, beliau berkata, Lembaga Pengampunan tidak diberikan sebarang nasihat berhubung perkara yang dipertikaikan.Katanya, perintah tambahan tersebut hanya menyentuh saranan untuk mempertimbangkan permintaan Najib selaku pemohon untuk mendapat pengampunan penuh dan pengurangan hukuman penjaranya."Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ketika itu hanya membuat keputusan untuk pengurangan 50 peratus hukuman penjara dan denda tanpa menyebut mengenai tahanan rumah."Oleh itu, tiada nasihat Lembaga Pengampunan dikemukakan berkenaan tahanan rumah sekali gus titah tersebut tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Perkara 42," katanya.Beliau berkata, kerajaan dan enam pihak lain selaku responden tidak berkewajipan untuk mematuhi atau menguatkuasakan titah berkenaan





Najib kekal di Penjara Kajang - FMT - 22/12 10:29 am

Hakim Alice Loke putus bekas perdana menteri gagal membuktikan kesnya dalam rayuan titah adendum.





Kawalan keselamatan ketat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Sinarharian - 22/12 9:34 am

KUALA LIMPUR - Kawalan keselamatan diperketatkan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sejak awal pagi Isnin susulan keputusan berkaitan Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak.Tinjauan Sinar Harian mendapati, pintu pagar utama keluar masuk kompleks ditutup sepenuhnya dengan hanya kenderaan pihak berkuasa, kakitangan mahkamah serta pihak yang dibenarkan sahaja dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.Laluan pejalan kaki turut dikawal rapi oleh anggota polis dan Angkatan Relawan Negara (RELA) dengan pemeriksaan identiti dijalankan terhadap orang awam sebelum dibenarkan masuk.Kawalan keselamatan berlapis turut dilaksanakan di pintu masuk lobi mahkamah menerusi kehadiran anggota polis dan RELA bersama penggunaan mesin pengimbas badan serta beg.Orang awam dan pihak berkepentingan yang memasuki bangunan mahkamah perlu melalui proses imbasan keselamatan dengan pemeriksaan dibuat secara berperingkat.Suasana di sekitar lobi mahkamah menyaksikan orang ramai beratur bagi melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam bangunan.Turut kelihatan beratur, adik kepada Najib iaitu Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak yang dipercayai hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadiri prosiding membabitkan abangnyaSetakat ini, lebih 100 penyokong berkumpul di luar pintu pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sambil menunggu perkembangan keputusan mahkamah.





Mahkamah Kuala Lumpur jadi tumpuan pengamal media, penyokong najib - Sinarharian - 22/12 9:10 am

KUALA LUMPUR - Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini menjadi tumpuan pengamal media bagi membuat liputan berhubung keputusan Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin.Suasana di pekarangan kompleks mahkamah mula dipenuhi pengamal media yang hadir seawal jam 7 pagi.Tinjauan Sinar Harian turut mendapati penyokong Najib mula berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal 6.30 pagiKehadiran penyokong itu bagi menantikan keputusan semakan kehakiman difailkan Najib berhubung permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada Isnin, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Lokedijadual menyampaikan keputusannya dalam semakan kehakiman difailkan Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan yang memohon untuk menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.Keputusan itu akan menentukan sama ada Najib akan dibenar untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah atau sebaliknya iaitu terus kekal di penjara.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa hukuman penjara asal Najib selama 12 tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta.Menurut kenyataan itu, Najib dijadual dibebaskan pada 23 Ogos 2028, namun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara akan ditambah satu tahun dan tarikh pembebasan akan menjadi 23 Ogos 2029.Dua bulan kemudian, pada 1 April 2024, beliau memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu Titah Adendum atau perintah tambahan diraja yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Menerusi permohonan itu, beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan sebagai responden pertama hingga ketujuh.Najib turut memohon perintah mandamus supaya semua atau mana-mana responden mengesahkan dan memperakui kewujudan perintah tambahan bertarikh 29 Januari 2024 itu.Najib juga memohon perintah mandamus supaya, sekiranya perintah tambahan itu wujud, semua atau mana-mana responden melaksanakan perintah diraja berkenaan dan memindahkannya dengan segera dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.Pada 4 Julai 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman Najib dengan alasan afidavit sokongan mengandungi keterangan dengar cakap.Keputusan itu mendorong Najib merayu ke Mahkamah Rayuan, di mana beliau memenangi rayuan berkenaan melalui keputusan majoriti 2-1, dengan perintah supaya perkara itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu di Mahkamah Persekutuan.Pada 13 Ogos, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Malaya ketika itu, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan AGC dan mengarahkan supaya semakan kehakiman Najib dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh berdasarkan merit kes.Kes itu kembali didengar di Mahkamah Tinggi di hadapan Alice yang mendengar hujahan semua pihak dan menetapkan hari ini (22 Disember) sebagai tarikh keputusan.





Harapan Najib penjara di rumah diketahui hari ini - Sinarharian - 22/12 8:22 am

KUALA LUMPUR Harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Hakim, Alice Loke membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan jam 9 pagi berhubung permohonan Najib, 72, untuk mendesak kerajaan atau enam pihak lain menunaikan titah yang dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Pada 24 November lalu, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian telah memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Menerusi perintah itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara.Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





Semoga Najib dapat pulang semula ke rumah esok, doa penyokong - Mgazette - 22/12 7:43 am

# Semoga Najib dapat pulang semula ke rumah esok, doa penyokong KUALA LUMPUR - Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menaruh harapan tinggi supaya keputusan Mahkamah Tinggi melibatkan titah adendum esok, akan berpihak kepada bekas perdana menteri itu





Kajang or Home? High Court decides Najibs fate today - Sinardaily - 22/12 7:13 am

KUALA LUMPUR Today marks another significant episode in the nations history as the High Court here decides whether former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will be allowed to serve his prison sentence at home or remain incarcerated at Kajang Prison.High Court judge Alice Loke is scheduled to deliver her decision at 9am on Najibs application to compel the government and six other parties to implement the alleged Additional Order (Titah Adendum).Najib, 72, is seeking an order that would allow him to serve the remainder of his sentence under house arrest.The Pahang-born former leader has been imprisoned for more than three years since Aug 23, 2022, after being sentenced to six years jail and fined RM50 million upon conviction for misappropriating RM42 million of SRC International Sdn Bhd funds.If Najib succeeds in his application, he will be permitted to serve his sentence at his residence





Artifak sejarah tak boleh dibawa pulang sewenang-wenangnya ??? Raja .. - Mgazette - 21/12 3:02 pm

# Artifak sejarah tak boleh dibawa pulang sewenang-wenangnya Raja Permaisuri Agong KUALA LUMPUR - Adalah amat mudah untuk menggunakan sentimen bahawa artifak sejarah kita yang kini dalam pemilikan dan simpanan pihak luar negara telah `dicuri' sewaktu penjajahan negara kita dahulu oleh pelbagai kuasa dunia, justeru hendaklah dibawa pulang sebagai hak milik kita





Najib `balik rumah’ atau kekal ditahan di Penjara Kajang? - Mgazette - 21/12 3:02 pm

# Najib `balik rumah' atau kekal ditahan di Penjara Kajang? KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memutuskan esok sama ada Datuk Seri Najib Razak dibenar menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah atau meneruskannya di Penjara Kajang. Hakim Alice Loke Yee Ching akan menyampaikan keputusan sama ada membenar atau menolak semakan kehakiman bekas Perdana Menteri untuk memaksa kerajaan menguatkuasakan titah adendum





Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan .. - Mgazette - 21/12 3:02 pm

# Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia di atas kejayaan meraih 231 pingat secara keseluruhan pada temasya Sukan SEA 2025





Nasib Najib diketahui esok - Sinarharian - 21/12 9:00 am

KUALA LUMPUR Esok bakal mencatatkan satu lagi episod penting dalam sejarah negara, apabila Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang.Hakim, Alice Loke akan membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan jam 9 pagi, berhubung permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara enam tahun dan denda RM50 juta kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka dia akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Pada 24 November, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian telah memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Menerusi perintah itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara.Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





Legasi emas Sultan Pahang berterusan di Sukan SEA Thailand - Sinarharian - 20/12 3:02 pm

KEJAYAAN skuad equestrian polo negara merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand menjadi detik penuh makna buat Malaysia apabila legasi emas Sultan Pahang diteruskan oleh anakanda baginda sendiri.Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur dan bangga selepas Malaysia menewaskan tuan rumah Thailand 106.5 dalam aksi final acara polo kategori 46 gol di VS Sports Club & Siam Polo Park pada Jumaat.Kemenangan di Samut Prakan itu sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-56 kepada kontinjen negara."Hari ini hari yang cukup bertuah buat kita





Najib boleh jalani hukuman dalam rumah jika semakan kehakiman berjaya .. - Mgazette - 19/12 8:03 am

# Najib boleh jalani hukuman dalam rumah jika semakan kehakiman berjaya Isnin ini KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak akan dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dengan serta-merta sekiranya Mahkamah Tinggi memutuskan semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum memihak kepadanya pada Isnin ini





Sultan Nazrin perkenan kerjasama MAIPk, jabatan penjara bantu bekas banduan - Mgazette - 18/12 3:14 pm

# Sultan Nazrin perkenan kerjasama MAIPk, jabatan penjara bantu bekas banduan IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenankan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bekerjasama dengan Jabatan Penjara negeri itu bagi merintis usaha membantu bekas banduan





Najib dipenjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihak kepadanya Peguam - Sinarharian - 18/12 3:08 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta.Ketika sidang akhbar, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukan pembelaan percaya, Najib, 72, akan dibebaskan tanpa sebarang kelewatan.Bagaimanapun beliau memahami beberapa prosedur perlu dibuat sebelum bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan keluar dari Penjara Kajang."Isu yang akan timbul ialah di rumah mana anak guamnya akan ditempatkan, siapa yang akan mengawal di lokasi berkenaan."Saya faham persiapan perlu dibuat di kediaman yang akan dipilih, namun saya percaya anak guam mesti dibenarkan pulang tanpa berlengah lagi," katanya.Ditanya mengenai kemungkinan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan sekiranya nasib menyebelahi anak jati Pahang itu, peguam utama kes 1MDB itu berkata, ia tidak akan menjejaskan keputusan mahkamah.Katanya, ia juga tidak akan mempengaruhi kes Titah Adendum sekiranya keputusan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diketahui Jumaat minggu hadapan."Jangan campur-adukkan kes 1MDB dengan Titah Adendum membabitkan kes SRC International Sdn Bhd."Kes ini melibatkan kebebasannya, yang mana Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya pada tahun 2022," katanya.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Presiden UMNO itu memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Anak jati Pahang itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu Negara bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





Masjid perlu keluar daripada peranan lapuk, titah Sultan Perak - FMT - 18/12 1:18 pm

Sultan Nazrin Shah bertitah masjid mesti berperanan aktif dalam bantu tangani isu termasuk keterjaminan makanan, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar serta kesihatan rakyat.





Rogol suka sama suka, pesalah perempuan bawah umur di Kelantan didakwa di Mahkamah Syariah - Sinarharian - 18/12 11:27 am

KOTA BHARU Kes rogol suka sama suka yang dikenal pasti melibatkan persetujuan bersama antara perempuan berusia 16 tahun kebawah dengan lelaki akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas perempuan bawah umur yang terlibat dengan perlakuan tersebut.Menurut beliau, perkara itu diputuskan hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu."Pelaksanaannya telah bermula sejurus selepas mesyuarat berkenaan."Langkah tersebut adalah susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes-kes rogol yang didapati melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.Menurut beliau, sebanyak lima kes setakat ini telah dirujuk kepada Jaheaik, cuma belum diuar-uarkan kepada umum.Mohd Yusoff memberitahu, remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan di bawah kesalahan ambang seksual Seksyen 14(a) akan turut didakwa di Mahkamah Syariah.Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, trend kes rogol di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebelum ini."Kita tidak menolak kemungkinan penurunan ini berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani untuk membuat laporan."Kebanyakan laporan yang diterima dari pegawai perubatan selepas mangsa di dapati hamil," katanya.




Reformasi     >>



Group tells MACC to probe claims Zaliha turned down .. - Mkini
C4 Center says ex-minister, aide should have reported the attempt.
Kroni     >>



Anwar lauds Gaza flotilla volunteers - Star
KUALA LUMPUR: The courage of Malaysian humanitarian volunteers championing the plight of Palestinians in Gaza is a symbol of the nation's steadfast commitment to universal humanitarian principles on the international stage, says the Prime Minister. Read full story
Tabloid     >>



Takpe Pa, Biar Orang Nampak Kita Jahat, Biar Orang .. - Rotikaya
Pelakon Uqasha Senrose mempertahankan bapanya, Nik Sen yang dikecam netizen selepas membela dirinya serta meminta agar Kamal Adli melepaskan anaknya. Menerusi komen balas di Threads, Uqasha berkata netizen hanya nampak... Baca selanjutnya → The post Takpe Pa, Biar Orang Nampak Kita Jahat, ..
Tech     >>



Palo Alto's new Google Cloud deal boosts AI .. - Theregister
SEC filings show the outfit cut projected 2027 cloud purchase commitments by $114M Security vendor Palo Alto Networks is expanding its Google Cloud partnership, saying it will move "key internal workloads" onto the Chocolate Factory's infrastructure. The outfit also claims it is tightening integrations ..
World     >>



Epstein Files: Schumer to force Senate vote on suing .. - Cnbc
President Donald Trump signed a law compelling the full release of the Jeffrey Epstein files. But the DOJ has released just a fraction.
Motor Trend     >>



Motosikal Zxmoto 500f Bakal Masuk Malaysia? Read More - Mekanika
**ZXMOTO merupakan antara jenama baharu yang semakin mendapat perhatian terutamanya di EICMA 2025 yang berlangsung pada bulan November lalu.** Ini ZXMOTO mencuri tumpuan dengan memperkenalkan jentera roadster retro ZXMoto 500F serba baharu untuk pasaran global. Motosikal tersebut mencuri ..