///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Timur News   Page 1    



Perluas program B20 tangani kenaikan harga bahan api – Teresa - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Di Sabah, tambahnya, beberapa depot di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu masih menunggu kerja naik taraf, manakala di Semenanjung pelaksanaannya amat perlahan dengan hanya Langkawi menawarkan B20 kepada pengguna. Dengan konflik berterusan di Timur Tengah yang dijangka mengekalkan ketidaktentuan harga minyak global untuk tempoh yang panjang, Malaysia tidak boleh lagi meminggirkan penyelesaian tenaga domestik sendiri, katanya





Anak Bung Moktar, Musa, Hajiji bergelar Datuk - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Turut menerima SPDK ialah Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan ahli perniagaan, Datuk Abdul Farish Abd Rashid. Sementara itu, seramai 79orang menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk termasuk Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idrisdan Panglima 5 Divisyen Tentera Darat Brigidier Jeneral Datuk Shamshor Jaafar





Kakitangan LPP tak mengaku guna harta PPK lebih RM141,000 - Mgazette - 30/03 3:59 pm

# Kakitangan LPP tak mengaku guna harta PPK lebih RM141,000 JOHOR BAHRU - Seorang kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 16 pertuduhan dengan curang menggunakan harta milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur sebanyak RM141,872.67, sejak lima tahun lalu





Buletin Jenama Ev Beyonca Didakwa ???terkubur???, Ratusan Pekerja Terbiar .. - Mekanika - 30/03 3:59 pm

Sejak pelancaran rasminya pada Oktober 2022, BeyonCa pernah menyasarkan jualan sehingga 100,000 unit dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Malah, syarikat itu turut mengorak langkah ke pasaran antarabangsa dengan menjalin kerjasama pelaburan di Timur Tengah serta hubungan strategik dengan kerajaan tempatan di wilayah Zhejiang





Ekonomi Sabah dijangka terus berkembang positif - Thempress - 30/03 3:31 pm

KOTA KINABALU – Ekonomi Sabah dijangka mampu terus berkembang secara positif meskipun berdepan tekanan luaran termasuk kesan kemelesetan ekonomi dunia akibat konflik berpanjangan di Timur Tengah dan Eropah Timur.Ketua Menteri,…





[VIDEO] Pelajar USIM Tahun 1 maut tercampak dari kereta, dua lagi cedera - Kosmo - 30/03 3:06 pm

GOMBAK Seorang pelajar Tahun 1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dilaporkan meninggal dunia manakala dua lagi rakannya cedera dalam kemalangan di Kilometer 25.40 arah Timur Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, malam semalam





Kakitangan LPP mengaku tidak bersalah guna harta pertubuhan - Sinarharian - 30/03 12:49 am

JOHOR BAHRU - Seorang kakitangan Lembaga Pertububan Peladang (LPP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas 16 pertuduhan menggunakan harta pertubuhan milik Pertubuhan Kawasan Kota Tinggi Timur sebanyak RM141,872, sejak lima tahun lalu.Mohammad Faiz Ibrahim, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah kesemua pertuduhan dihadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.Tertuduh yang merupakan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi dan Pengurus Ladang Pertubuhan Kawasan Kota Tinggi Timur didakwa dengan curangnya menjadikan bagi kegunaan sendiri iaitu hasil penjualan buah tandan segar (BTS) sawit bernilai keseluruhan RM141,872.67 kepunyaan Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Timur.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur antara 26 April 2021 hingga 15 November 2022.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Dalam prosiding sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah bagi 16 pertuduhan pilihan melakukan pecah amanah jenayah dengan menjadikan harta yang diamanahkan kepadanya iaitu BTS sawit yang keseluruhannya berjumlah RM141,872.67 milik pertubuhan itu untuk kegunaan sendiri dengan menjual buah berkenaan dan memasukkan hasil jualan ke dalam akaun miliknya.Bagi perbuatan yang dilakukan di lokasi dan waktu yang sama itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alice Voon Mei Ling dan tertuduh diwakili peguam Asiah Abd Jalil.Alice mencadangkan jaminan sebanyak RM25,000, peguam tertuduh meminta jaminan sebanyak RM10,000.Dalam hujahannya Asiah memberitahu anak guamnya sudah berkhidmat dengan LPP sejak 2011 dengan pendapatan terkini RM4,000 sebulan selain perlu menanggung bapanya yang merupakan pesara Felda selain ibunya juga seorang pesara.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 30 April depan bagi serahan dokumen.





13 pelancong terkandas tengah laut bot rosak - Sinarharian - 30/03 11:11 am

KUALA TERENGGANU - Tindakan pantas bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan 13 pelancong selepas bot penumpang yang dinaiki mereka terumbang-ambing akibat kerosakan enjin di perairan Kuala Besut, petang Ahad.Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika bot PERKASA 48 sedang melaksanakan rondaan rutin di kawasan berkenaan.Menurutnya, anggota bertugas terserempak dengan sebuah bot penumpang dalam keadaan mencurigakan sebelum melihat penumpang melambai-lambai tangan meminta bantuan."Ketua Bot PERKASA 48 bertindak menghampiri bot tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati bot penumpang mengalami kerosakan enjin."Keadaan itu menyebabkan bot berkenaan hanyut dan terumbang-ambing di tengah laut pada kedudukan kira-kira 7.3 batu nautika Timur Laut Muara Kuala Besut," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Hamiludin menjelaskan, kesemua 13 penumpang membabitkan pelancong tempatan dan warga asing berjaya dipindahkan ke bot PERKASA 48 sebagai langkah keselamatan."Mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan, manakala warga asing pula melibatkan empat dari China, United Kingdom (dua), Perancis (tiga), Singapura (dua) dan seorang warga Bangladesh."Kesemua mereka dibawa dengan selamat ke Jeti Jabatan Laut Besut tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.Susulan kejadian itu, Maritim Malaysia menasihatkan pengusaha bot penumpang agar sentiasa memastikan tahap keselamatan dan keadaan enjin berada pada tahap terbaik sebelum memulakan pelayaran.Orang ramai boleh melaporkan sebarang kecemasan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357 atau talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan segera.





Buletin Daniel Craig Wajah Kempen Global Baharu Denza Read More - Mekanika - 30/03 7:47 am

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif BYD, Stella Li, menjelaskan pemilihan Daniel Craig sebagai wajah kempen adalah selari dengan identiti jenama. Katanya, karakter pelakon tersebut yang sinonim dengan keteguhan dan keanggunan mencerminkan nilai yang ingin diketengahkan oleh DENZA, khususnya dalam usaha memperluas pasaran ke Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika





Alahai Wee Ka Siong! Alahai! - Wrlr - 30/03 7:47 am

Kalau pemimpin-pemimpin MCA setiap peringkat buat video menunggang isu kenaikan harga Diesel termasuk Presiden mereka sendiri Wee Ka Siong. Walaupun berita dalam dan luar negara melaporkan perang di Timur Tengah masih lagi berlangsung, harga minyak dunia meningkat dan masih tinggi, pengeluaran minyak di negara-negara teluk terjejas





Mengapa Selat Hormuz penting kepada Malaysia - FMT - 30/03 7:30 am

Ketegangan di Timur Tengah menggugat laluan utama tenaga dunia membawa lonjakan harga minyak dan kos pengguna.





Perang Timur Tengah mampu lonjak pelancongan domestik, kata Karim - FMT - 29/03 4:32 pm

Menteri pelancongan Sarawak berkata ketidaktentuan global mendorong rakyat melancong dalam negara berbanding ke luar negara.





Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini - Sinarharian - 29/03 4:08 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Perak (Batang Padang dan Muallim); Pahang (Cameron Highlands, Raub dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Keadaan sama turut diramal di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau) serta Limbang.Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau (Tawau dan Lahad Datu)





Agenda kenegaraan Dr Samsuri turut disokong MUDA - Harakahdaily - 29/03 2:50 pm

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengesyorkan kerajaan agar menubuh jawatankuasa bi-partisan bagi menangani kesan konflik Timur Tengah dan kenaikan kos sara hidup turut menerima sokongan MUDA





Senator Ini Terbuka Maki Trump Yang Gila Cipta Masalah Dan Belanjakan USD2 Billion Sehari - Thevocket - 29/03 2:06 pm

Senator Amerika Syarikat Chris Murphy mengkritik perang di Timur Tengah dan berkata bahawa AS membelanjakan $2 bilion setiap hari untuk membuka semula Selat Hormuz





Pelan 90 hari Pemuda Pas, retorik panik tanpa fakta - Thempress - 29/03 1:59 pm

KENYATAAN terbaharu Pemuda Pas Selangor yang mengemukakan ‘Pelan Bertindak 90 Hari’ kononnya untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada krisis Timur Tengah kelihatan seperti analisis profesional





Gempa Kuat Gegar Laut Banda, Tiada Ancaman Tsunami Terhadap Malaysia - Wrlr - 29/03 10:45 am

Pusat gempa bumi terletak 7.9 selatan dan 127.8 timur dengan kedalaman 173 kilometer (km) jam 2.48 pagi 29 Mac 2026





Pusat arah berjimat, MB Kedah anjur Rumah Terbuka untuk 80,000 tetamu - Wrlr - 29/03 10:43 am

BORHAN AHMAD March 28, 2026 Walaupun Kerajaan Pusat membuat keputusan untuk manangguhkan majlis Rumah Terbuka untuk semua pemimpin dan GLC di bawahnya bagi menjimatkan belanja ekoran perang di Timur Tengah, ia tidak diendahkan oleh Pas





Bandar Arab di bumi Amerika - Hmetro - 29/03 9:21 am

Dearborn, Amerika Syarikat (AS): Dearborn, sebuah bandar di Michigan, kini bukan sekadar pusat industri automotif, malah ia sudah melakar sejarah sebagai bandar yang majoriti penduduknya Muslim berketurunan Arab di AS. Dengan populasi hampir 110,000 penduduk, lebih 50 peratus daripada mereka memiliki keturunan Timur Tengah atau Afrika Utara





Cuaca Terlalu Panas, 206 Sekolah Di Pendang & Kota Setar Jalani PdPR Selama 3 Hari Hingga Selasa Ini - Lobakmerah - 29/03 8:57 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Berikutan cuaca di beberapa negeri di Malaysia khususnya di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur yang panas, terdapat beberapa buah sekolah di beberapa kawasan yang diarahkan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)





Bella lepas rindu beraya di Kelantan - Hmetro - 29/03 6:00 am

Kerinduan penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali untuk merasai kemeriahan suasana Aidilfitri di pantai timur akhirnya terubat apabila pulang beraya di Kelantan, tahun ini





Konflik Timur Tengah, pakej rangsangan ekonomi mungkin diperkenal, kata Kamil - FMT - 28/03 7:12 pm

Setiausaha politik menteri kewangan berkata langkah itu bergantung kepada perkembangan semasa dan impak ekonomi.





AMANAH cadang Konsensus Nasional hadapi kesan Perang Timur Tengah - Harapandaily - 28/03 6:00 pm

AMANAH mencadangkan agar pihak kerajaan dan pembangkang bekerjasama untuk membentuk Konsensus Nasional bagi menghadapi kesan dari perang di Timur Tengah sekarang





Tujuh kawasan di Semenanjung alami gelombang haba - MetMalaysia - Sinarharian - 28/03 9:44 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia direkodkan berada pada Tahap 2 (gelombang haba) setakat pagi ini.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Perlis; di Kedah meliputi Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling; serta Hulu Perak di Perak.Dalam perkembangan sama, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi turut menunjukkan 13 kawasan lain berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).Kawasan tersebut ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak; serta Jerantut di Pahang.MetMalaysia menjelaskan, Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, Tahap 1 merujuk kepada keadaan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tempoh yang sama.





Muhyiddin cadang MTEN diaktifkan dalam status krisis, bersidang secara .. - Mgazette - 28/03 7:38 am

Menurut Muhyiddin, kepimpinan negara perlu lebih tegas dan telus dalam menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi kerana kegagalan berbuat demikian hanya akan menghakis keyakinan rakyat dan pasaran terhadap keupayaan kerajaan mengurus krisis. Terdahulu menerusi hantaran tersebut Muhyiddin mendakwa, perutusan Khas Perdana Menteri semalam mengesahkan kebimbangan rakyat terhadap keadaan ekonomi yang semakin mencabar akibat ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah





Ujian krisis tenaga ASEAN: Malaysia teguh, pembangkang hanya menangguk ketakutan - Harapandaily - 27/03 11:29 pm

Dunia bergolak. Ketegangan di Timur Tengah mengancam Selat Hormuz laluan strategik yang membawa hampir 20% bekalan minyak global





Perlis, beberapa daerah di Kedah, Perak catat gelombang haba Tahap 2 - Sinarharian - 27/03 7:27 pm

KUALA LUMPUR - Seluruh Perlis,empat daerah di Kedah dan satu di Perakmencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala13 kawasan lain di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan dalam kemas kini status cuaca panas pada jam 4 petang, empat daerah di Kedah yang terlibatialahKota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling manakala Perak melibatkan daerah Hulu Perak.Sementara itu, 13 kawasan yang berada padaTahap 1 adalah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Sik, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang) serta Selama, Kinta, Kuala Kangsar danPerak Tengah di Perak.Menurut MetMalaysia, Tahap 2atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Manakala Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh dirujuk di ..





Perlis, several districts in Kedah, Perak at heatwave level 2 - MetMalaysia - Sinardaily - 27/03 7:18 pm

KUALA LUMPUR - The whole of Perlis, along with four districts in Kedah and one in Perak, are at heatwave level 2, while 13 other areas in Peninsular Malaysia are at level 1.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) in a hot weather update at 4 pm announced that the four districts in Kedah are Kota Setar, Pokok Sena, Pendang and Baling while the one district in Perak is Hulu Perak.The 13 areas at heatwave level 1 are Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Sik, Kulim and Bandar Baharu in Kedah, Timur Laut and Utara (Penang), as well as Selama, Kinta, Kuala Kangsar and Perak Tengah (Perak).A heatwave level 2 is declared when the maximum daily temperature is between 37 to 40 degrees Celsius for a period of at least three consecutive days, while heatwave level 1 is a maximum daily temperature of 35 to 37 degrees Celsius for at least three consecutive days.For the latest information on daily hot weather, visit https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/





PM tiba di Jakarta untuk bincang geopolitik Asia Barat, kerjasama dua hala - Sinarharian - 27/03 5:22 pm

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta pada Jumaat, untuk lawatan khas bagi membincangkan perkembangan geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat, di samping mengukuhkan kerjasama dua hala Malaysia-Indonesia.Pesawat yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada jam 3.45 petang waktu tempatan.Sebaik tiba, beliau disambut oleh Menteri Luar Indonesia Sugiono, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.Perdana Menteri kemudian menerima kawalan kehormatan oleh Pasukan Pengaman Presiden di lapangan terbang berkenaan.Selepas itu, Anwar dibawa ke Istana Merdeka di Jakarta Pusat, lokasi beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.Pertemuan berkenaan akan tertumpu kepada perkembangan geopolitik di Asia Barat termasuk situasi di Palestin dan Iran serta implikasinya terhadap kestabilan serantau dan global.Lawatan khas sehari itu menandakan kunjungan pertama Anwar ke Jakarta tahun ini atas undangan Prabowo, yang disampaikan semasa perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada 23 Mac lepas.Kedua-dua pemimpin dijangka memperkemas kerjasama dua hala sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-14 tahun ini.Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu juga akan menegaskan kepentingan memperkukuh peranan ASEAN sebagai satu blok yang bersatu dan berprinsip, serta keupayaan bertindak secara kolektif dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau, selain menjamin daya tahan ekonomi dalam suasana ketidaktentuan global





Apakah PN sama ratakan harga diesel jika jadi kerajaan? - Mgazette - 27/03 3:36 pm

Jelasnya, proses penghantaran tetap tertakluk kepada rantaian logistik antarabangsa yang kompleks melibatkan jadual kapal, keadaan cuaca dan operasi pelabuhan. Mengulas lanjut beliau berkata, isu perbezaan harga diesel antara Semenanjung dan Malaysia Timur turut dibangkitkan pembangkang





Pembangkang mohon sidang khas Parlimen bincang kesan konflik Timur Tengah - FMT - 27/03 2:30 pm

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin utus surat kepada perdana menteri mohon sidang khas dipanggil segera.





Kecualikan cukai, duti barangan dikembalikan, gesa persatuan pekilang - FMT - 27/03 1:30 pm

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia gesa kerajaan timbang bantuan susulan konflik Timur Tengah yang ganggu rantai bekalan dan lonjakan kos.





Ku Li petik perlembagaan dalam debat mengenai autonomi dengan Jo-Anna Rampas - FMT - 27/03 8:30 am

Dalam wawancara eksklusif bersama FMT, Tengku Razaleigh Hamzah kata, ramai rakyat Malaysia Timur keliru antara autonomi dengan kemerdekaan.





Motosikal Aveta Care On Wheels Tawar Khidmat Pelanggan Lebih Pantas, Boleh .. - Mekanika - 27/03 7:45 am

Perkhidmatan ini disediakan dengan kerjasama rapat para pengedar _Preferred Plus _Aveta yang menyokong unit perkhidmatan bergerak dan tawaran motosikal ihsan. Program ini, bersama pasukan servis dalaman Aveta yang berkhidmat di Kawasan Tengah, Melaka dan Pantai Timur, menyediakan pengalaman lebih lancar dan liputan menyeluruh di seluruh negara





Undian Piala Asia 2027 ditangguh berikutan krisis di Timur Tengah - Hotfm - 26/03 10:08 pm

Kuala Lumpur: Majlis undian Piala Asia 2027 di Arab Saudi bulan depan ditangguhkan tanpa tarikh baharu ditetapkan susulan perang di Asia Barat, kata badan bola sepak benua itu, hari ini.





Imbangi perlindungan rakyat, tuntutan aman global cermin kematangan Anwar - Dr Sathia - Sinarharian - 26/03 9:21 pm

SHAH ALAM Keupayaan kerajaan mengimbangi usaha melindungi kebajikan rakyat dalam negara dengan pendirian tegas memperjuangkan keamanan di peringkat antarabangsa mencerminkan kematangan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash berkata, pendekatan Kerajaan Madani itu terserlah ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan geopolitik, khususnya di Asia Barat.Menurut beliau, walaupun harga minyak mentah dunia meningkat melepasi AS$100 setong, kerajaan tetap mengambil langkah proaktif dengan mengekalkan subsidi bahan api bagi melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup."Keputusan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI95 jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengutamakan kebajikan rakyat berbanding pertimbangan fiskal jangka pendek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau menambah, langkah meneruskan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak turut membuktikan kepekaan kerajaan terhadap realiti setempat, memandangkan kebergantungan tinggi terhadap pengangkutan berasaskan diesel di kedua-dua negeri berkenaan."Kerajaan menanggung subsidi berjumlah berbilion ringgit bagi memastikan kos logistik dan harga makanan tidak melonjak, sekali gus menjaga kesejahteraan rakyat di Malaysia Timur," ujarnya.Dalam pada itu, Dr Sathia berkata, seruan Perdana Menteri untuk melaksanakan aturan kerja fleksibel termasuk bekerja dari rumah (WFH) juga mencerminkan pendekatan pragmatik dalam menangani peningkatan kos bahan api.Katanya, langkah tersebut dilihat mampu mengurangkan beban harian pekerja bandar yang perlu berulang-alik ke tempat kerja."Ini membuktikan kerajaan tidak sekadar bergantung kepada dasar konvensional, sebaliknya bersedia meneroka pendekatan baharu yang lebih anjal dan responsif terhadap situasi semasa," jelasnya.Mengulas peranan Malaysia di pentas antarabangsa, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor itu berkata, pendirian tegas Anwar yang menggesa penyelesaian konflik melalui diplomasi dan dialog aman, khususnya melibatkan Iran dan krisis Asia Barat wajar dipuji.Menurutnya, pendekatan tersebut memperlihatkan Malaysia kekal konsisten sebagai negara yang menjunjung keamanan dan kestabilan global, walaupun berdepan cabaran domestik."Keupayaan mengimbangi keperluan dalam negara dan tanggungjawab antarabangsa ini mencerminkan kematangan serta kredibiliti kepimpinan negara di bawah Kerajaan Madani," katanya.Tambah beliau, rakyat kini dapat menilai perbezaan antara pendekatan politik reaktif dengan tadbir urus yang bertanggungjawab dan berteraskan prinsip ihsan, keadilan serta akauntabiliti.Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar terus menyokong dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada kestabilan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta kepentingan bersama negara.





Lelaki cari bomba, kena rasuk hari raya kedua - Kosmo - 26/03 8:00 pm

JAKARTA Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan beberapa anggota bomba membantu memulihkan seorang lelaki yang didakwa dirasuk makhluk halus, lapor laman berita Detik kelmarin. Kejadian berlaku di sebuah balai bomba di Samarinda, wilayah Kalimantan Timur pada hari raya kedua





Depleting water levels recorded at 30 dams across peninsula, SPAN dashboard shows - Sinardaily - 26/03 6:18 pm

PETALING JAYA -Depleting water levels have been recorded at 30 dams across the peninsula, with the bulk in the northern states.All dams in Perlis (one), Kedah (six), Penang (three) and Perak (three) saw a drop in water levels, with the same also recorded for six dams in Selangor, two dams in Melaka and nine dams in Johor, according to figures from the National Water Services Commission (SPAN) dashboard.The Muda dam in Kedah remains the hardest hit, standing at only 7.47 per cent capacity as at press time on Thursday (March 26), down from 7.6 per cent recorded a day earlier (March 25).Water levels at the Timah Tasoh dam in Perlis and the Bukit Merah dam in Perak have reached warning levels, at 37.31 per cent and 37.74 per cent capacity respectively.In Kedah, water levels at the Ahning, Beris and BS Padang Saga dams remain at caution levels, recorded at 54.45 per cent, 58.14 per cent and 55.9 per cent capacity respectively.Four dams in Johor also remain at caution levels:Labong (59.13 per cent)Gunung Pulai 2 (45.9 per cent)Upper Layang (43.18 per cent)Lebam (56.28 per cent)Earlier on Thursday, heatwave alerts were issued for 21 localities nationwide.Baling, Pendang and Pokok Sena in Kedah remain under a Level 2 alert after temperatures ranged between 37C and 40C for at least three consecutive days.In Kedah, Level 1 heatwave alerts were issued for Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim and Bandar Baharu.The same alerts were issued for Daerah Utara and Timur Laut in Penang; Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah and Hulu Perak in Perak; Pasir Mas in Kelantan; Jerantut in Pahang; Segamat in Johor, as well as the state of Perlis.Level 1 alerts are issued when temperatures range between 35C and 37C for at least three consecutive days





Adakah Kuota RON95 Budi95 Bakal Dikurangkan Daripada 300 Kepada 200 Liter Pada April? - Piston - 26/03 4:44 pm

Kerajaan mungkin akan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga berikutan permusuhan di Timur Tengah yang menjejaskan bekalan dan harga minyak





Lapan lelaki disyaki serang polis ditahan, reman tiga hari - Mgazette - 26/03 4:11 pm

# Lapan lelaki disyaki serang polis ditahan, reman tiga hari GEORGE TOWN - Polis menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan suspek dipercayai menyerang pihak polis akibat salah faham dalam insiden di kawasan pangsapuri di Jalan Sungai, di sini, malam tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua lelaki berusia 28 hingga 39 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar daerah Timur Laut, di sini susulan kejadian tersebut





Lapan lelaki disyaki serang polis ditahan, direman 3 hari - Mkini - 26/03 2:01 pm

Lelaki berusia 28 hingga 39 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar daerah Timur Laut, di George Town.





PN dakwa jurang harga diesel Malaysia Timur-Barat cetus persepsi tak adil - FMT - 26/03 1:57 pm

Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata gesa kerajaan beri penjelasan telus berhubung perbandingan harga yang besar itu.





Kuota Subsidi BUDI95 Dijangka Turun Kepada 200 Liter Sebulan Bermula April - Amanz - 26/03 11:12 am

Langkah ini dijangka akan diumumkan seawal minggu ini dan berkemungkinan dilaksanakan seawal bulan April. Sebab utama penyemakan kuota dilakukan adalah kerana lonjakan harga minyak global disebabkan oleh krisis Timur Tengah





Hasil kenaikan harga minyak tak banyak bantu negara berdepan kesan konflik - FMT - 26/03 11:00 am

Ahli ekonomi, Lee Heng Guie berkata konflik di Timur Tengah juga boleh menyebabkan kadar inflasi melonjak.





Why is Malaysia so hot right now? Heres whats actually happening - Sinardaily - 26/03 10:47 am

SHAH ALAM Recent hot weather has caused confusion among the public, with many attributing it to El Nio.However, an expert has clarified that the conditions are not linked to the climate phenomenon but are part of Malaysias natural weather cycle.Residents across Peninsular Malaysia, particularly in Kedah, Perlis and Kelantan, have been experiencing hot and dry conditions as the northeast monsoon, or musim Timur, approaches its end.Institute of Ocean and Earth Sciences senior research fellow Professor Datuk Dr Azizan Abu Samah said such conditions are typical during this phase, when rainfall decreases and skies remain clear.The skies tend to be clear, resulting in intense solar radiation





Politik Malaysia yang berantakan: Adakah gabungan Madani akan bertahan? .. - Wrlr - 26/03 7:02 am

Ia suatu ironi: pada saat PKR menunjukkan keretakan, Umno pula menuju perdamaian. Usaha sama dari Borneo Sementara itu, di seberang Laut China Selatan, rakan kongsi Madani di Malaysia Timur GRS dan GPS terus memainkan peranan mereka sebagai penstabil





Malaysia wajar terlibat usaha keamanan di Timur Tengah, kata Saifuddin - FMT - 25/03 8:49 pm

Bekas menteri luar itu menegaskan Malaysia pernah memainkan peranan berkesan dalam usaha keamanan antarabangsa.





Isi minyak dalam tong berisiko cetus kebakaran akibat elektrik statik Pakcik Shell - Sinarharian - 25/03 6:39 pm

SHAH ALAM Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika mengisi minyak ke dalam tong kerana ia berisiko menyebabkan kebakaran akibat pengumpulan elektrik statik.Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell berkata, situasi tersebut boleh berlaku sekiranya langkah keselamatan tidak dipatuhi.Menurutnya, elektrik statik boleh terkumpul ketika proses pengisian minyak, sekali gus berpotensi mencetuskan percikan api."Isi minyak dalam tong boleh menyebabkan kebakaran berpunca daripada elektrik statik yang mula berkumpul."Gunakan tong yang diluluskan, corong besi dan wayar bonding yang disediakan di stesen minyak bagi mengurangkan risiko," katanya menerusi hantaran di Intagram pada Rabu.Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan agar orang ramai tidak mengisi minyak ke dalam tong yang diletakkan di dalam but kereta atau di atas lantai stesyen minyak.Katanya, tindakan tersebut boleh meningkatkan risiko pengumpulan cas statik dan seterusnya membahayakan keselamatan.





Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM - Mgazette - 25/03 5:09 pm

Daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling. Sementara itu, 16 kawasan yang diletakkan di bawah Tahap 1 ialah Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Perlis serta kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang





Fasa peralihan monsun bermula 29 Mac ini - Mgazette - 25/03 5:09 pm

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026 yang telah bermula sejak 13 November 2025





Fasa peralihan monsun bermula Ahad - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 4:04 pm

KUALA LUMPUR - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan hingga Mei, membawa kepada kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di kebanyakan kawasan dalam tempoh singkat.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kawasan dijangka terlibat ialah barat dan pedalaman Semenanjung, selatan dan tengah Sarawak serta bahagian barat Sabah.Beliau berkata, permulaan fasa itu menandakan Monsun Timur Laut 2025/2026 yang bermula 13 November tahun lepas berakhir."Semasa fasa peralihan, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir."Keadaan ini lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada petang dan awal malam," katanya dalam kenyataan pada Ahad ini.Mohd Hisham berkata, fenomena cuaca itu berpotensi menjana puting beliung dan menghasilkan hujan batu selain mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang, panahan kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh.Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan berlindung di dalam rumah atau bangunan, menjauhi kawasan lapang, tempat takungan air, struktur tinggi seperti pokok dan menara, rod pengalir elektrik termasuk tiang elektrik serta tangga besi.Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan itu.Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline jabatan menerusi 1-300-22-1638





Pasangan buat aksi tidak senonoh di tanah kubur didakwa esok - Sinarharian - 25/03 2:41 pm

GEORGETOWN Dua individu yang terlibat dalam kes perbuatan lucah di tanah perkuburan Cina akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kedua-dua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau di tempat awam."Kes tersebut melibatkan perbuatan lucah di tempat awam dan tindakan lanjut telah diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Terdahulu, pasangan yang melakukan aksi tidak senonoh di Tanah Perkuburan Cina, Batu Gantung, Ayer Itam, di sini direman tiga hari sehingga Khamis untuk membantu siasatan.Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret 3 di sini pada pagi Selasa.Sebelum ini, polis menahan pasangan warga fempatan itu selepas video kejadian itu tular di media sosial.Suspek wanita berusia 37 tahun ditahan kira-kira jam 8.35 malam di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak manakala suspek lelaki berusia 58 tahun diberkas kira-kira jam 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Sungai Ara pada Isnin.Kedua-dua suspek ditahan pada hari sama selepas pihak polis menerima laporan berhubung video tular berkenaan.Dalam rakaman berdurasi 38 saat itu, seorang lelaki dilihat dalam keadaan tidak berpakaian sambil membelakangi kamera manakala seorang wanita pula hanya berpakaian separa dan duduk di atas sebuah batu nisan.Rakaman tersebut turut memaparkan suara seorang wanita yang menegur pasangan terbabit dengan mendakwa kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku di lokasi berkenaan.Dalam klip sama, lelaki berkenaan kelihatan bersahaja mengenakan semula seluarnya sementara individu yang merakam terus menegaskan bahawa kawasan perkuburan seharusnya dihormati sebagai tempat memperingati si mati.Lelaki itu kemudian memohon maaf atas perbuatannya namun permohonan tersebut tidak diterima apabila wanita berkenaan memberi amaran akan membuat laporan kepada pihak polis.





Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru guna pakaian sukan - Sinarharian - 25/03 1:31 pm

PUTRAJAYA - Kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi pertimbangan oleh institusi pendidikan.Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, langkah tersebut berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.Tegas kementerian itu, semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan."KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ujar KPM, semua institusi pendidikan diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal Pertama.Antaranya, penangguhan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas.Selain itu, insititusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri."Sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman, institusi pendidikan juga perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama," jelas KPM.Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Kawasan utara Semenanjung seperti Kedah, iaitu Pendang, Baling dan Padang Terap, lebih terdedah kepada cuaca panas berikutan faktor geografi serta corak tiupan angin MTL yang membawa lebih banyak kelembapan ke Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.





Kuih Bangkek lambang warisan Bugis Tawau - Thempress - 25/03 12:07 am

DALAM kepelbagaian makanan tradisional di Malaysia, setiap kaum pasti memiliki hidangan istimewa yang menjadi kebanggaan dan identiti budaya mereka. Bagi komuniti Bugis di kawasan Pantai Timur Sabah, khususnya di Tawau…





Tiga daerah di Kedah alami gelombang haba Tahap 2 - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:52 am

KUALA LUMPUR - Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat jam 6 pagi tadi memaklumkan, daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling.Sementara itu, 16 kawasan yang diletakkan di bawah Tahap 1 ialah Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Perlis serta kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang.Turut merekodkan status sama ialah Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak, selain daerah Jerantut serta Raub di Pahang.Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut





Lima kru warga Thailand melecur kapal kargo terbakar - Sinarharian - 25/03 11:38 am

KOTA TINGGI - Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas kapal kargo mereka terbakar pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini pada Selasa.Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, maklumat kecemasan berhubung kejadian tersebut diterima oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 12.20 tengah hari."Sejurus menerima laporan, pihaknya segera menggerakkan bot Perkasa 30 ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat





Cuaca panas dijangka berterusan hingga Jun susulan taburan hujan rendah - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:19 am

KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Beliau berkata, berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, negara dijangka mengalami pola cuaca lebih kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada kebiasaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang."Semasa fasa peralihan monsun dijangka bermula hujung Mac hingga Mei, kawasan pantai barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam





Trump, Modi bincang konflik Asia Barat, Selat Hormuz - Mkini - 25/03 8:43 am

Kedua-dua mereka membincangkan "situasi semasa" di Timur Tengah, termasuk "kepentingan untuk memastikan Selat Hormuz kekal terbuka.





Konflik Timur Tengah: Malaysia perkukuh siap siaga ekonomi, MTEN bermesyuarat hari ini - Harapandaily - 25/03 6:00 am

Kerajaan Malaysia akan mengambil pendekatan menyeluruh dan terselaras untuk menangani situasi konflik di Timur Tengah yang telah berlangsung selama empat minggu





Aliran trafik ke ibu kota sesak malam ini - LLM - Sinarharian - 24/03 11:57 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan mengalami kesesakanmalam ini berikutan orang ramai bergerak pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan di laluan Gopeng menuju ke Tapah hingga ke Bidor akibatkemalangan,"Insiden melibatkan sebuah lori kontena dan motosikal di KM347.1 itu telah menyebabkan aliran trafik terganggu walaupun urusan pembersihan di lokasi telah selesai sepenuhnya 9.15 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.Selain itu, pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dilaporkan perlahan di laluan Sungai Perak ke susur keluar Ipoh Utara serta pergerakan kenderaan dari Pematang Pauh menuju ke Perai.Di bahagian selatan, trafik dilaporkan mula perlahan antaranya dari Pedas Linggi hingga ke susur keluar Port Dickson.Bagi pengguna yang menghala ke arah Johor pula, kesesakan dikesan berlaku dari Simpang Renggam menuju ke Sedenak disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi malam ini.Sementara itu, aliran trafik bagi pengguna dari Pantai Timur dilaporkan mula perlahan dari Karak menuju ke Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak yang menyaksikan pertambahan kenderaan secara konsisten.Beliau turut memaklumkan terdapat satu kejadian kemalangan di Lebuhraya ELITE di KM21.9 dari Gamuda Cove menghala ke Putrajaya yang turutmenjejaskan kelancaran trafik di sekitar Lembah Klang.Pihak LLM meramalkan aliran trafik ke ibu kota akan terus memuncak dan mencapai tahap maksimum pada Sabtu ini berdasarkan unjuran data perjalanan warga kota yang pulang ke kampung sebelum ini.Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan lebih teliti, memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan jarak jauh."Pemandu juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi had laju serta mengekalkan jarak selamat di antara kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di saat-saat akhir musim perayaan ini," tambahnya.Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau menerusi aplikasi navigasi bagi membantu pengguna mengelakkan titik-titik kesesakan utama





Pengusaha bas persiaran bimbang gulung tikar susulan kenaikan harga diesel - FMT - 24/03 6:33 pm

Harga diesel di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.60 dalam tempoh dua minggu lalu akibat perang di Timur Tengah.





Heatwave fails to slow Penangs holiday buzz as tourists flock to heritage streets and seaside spots - Malaymail - 24/03 5:33 pm

GEORGE TOWN, March 24 Scorching temperatures in Penang, particularly in the Timur Laut district, have done littl...





Aliran trafik lebuh raya utama menghala Lembah Klang mula meningkat petang ini - Sinarharian - 24/03 5:22 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara menunjukkan trend meningkat dan bergerak perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang menuju ke arah Lembah Klang setakat 4 petang ini.Penyelia Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Muhammad Aliff Syafiq Md Takiyudin berkata, kesesakan dikesan melibatkan arah utara, selatan serta pantai timur."Di bahagian selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat serta dari Pedas Linggi ke Senawang dan terus ke Port Dickson."Bagi arah utara pula, pergerakan perlahan dikesan di sekitar Pulau Pinang, iaitu dari Permatang Pauh ke Perai, selain kawasan Menora serta Gopeng ke Tapah,"katanya ketika tinjauan Bernama di Pusat Pengurusan Trafik LLM di sini pada Selasa.Beliau berkata, aliran trafik dari pantai timur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) juga bergerak perlahan dari Karak dan Bentong menghala ke Lentang serta Bukit Tinggi, termasuk sebelum memasuki Plaza Tol Gombak menuju ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).Mengulas tentang gangguan lalu lintas, Muhammad Aliff Syafiq berkata, terdapat insiden kenderaan rosak yang menyumbang kepada kesesakan, antaranya di sektor utara selepas terowong (Menora) menghala pusat bandar yang menyebabkan kesesakan sepanjang tujuh kilometer (km)."Selain itu, insiden lori rosak di sekitar Ayer Keroh turut menyebabkan aliran trafik perlahan sepanjang 12 km dari Jasin ke Simpang Ampat,"katanya.Dalam pada itu, dua lokasi kebakaran belukar turut dilaporkan berhampiran lebuh raya, iaitu di KM 110 Lebuhraya Utara-Selatan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, serta di KM 21.6 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dari Seri Kembangan ke Putrajaya."Kedua-dua insiden tersebut menyebabkan lorong kiri terhalang bagi memberikan ruang kepada pihak bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman api," katanya.Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan pihak konsesi atau menghubungi talian bantuan menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 untuk maklumat trafik terkini





Malaysia-Jepun perkukuh hubungan strategik, pertegas gencatan senjata segera di Timur Tengah - Harapandaily - 24/03 4:35 pm

Berkongsikan perbualan telefon beliau bersama rakan sejawatnya, Sanae Takaichi, Perdana Menteri berkata, mereka turut menyentuh kemajuan kerjasama dalam bidang keutamaan termasuk keamanan dan keselamatan, ekonomi, serta... The post Malaysia-Jepun perkukuh hubungan strategik, pertegas gencatan senjata segera di Timur Tengah appeared first on Harapan Daily .





Pasangan laku aksi tidak senonoh di jirat Cina direman tiga hari - Mgazette - 24/03 3:25 pm

# Pasangan laku aksi tidak senonoh di jirat Cina direman tiga hari GEORGE TOWN - Sepasang lelaki dan wanita warga tempatan direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mac bagi membantu siasatan berhubung perbuatan tidak senonoh di sebuah jirat Cina di Ayer Itam, di sini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas video kejadian itu tular di media sosial




Reformasi     >>



Malaysia bayar tol untuk lalu Selat Hormuz? - Mkini
Media antarabangsa laporkan Iran wujudkan "pusat pungutan tol", dan kenakan bayaran sehingga AS$2 juta.
Kroni     >>



Rakyat AS tuntut penamatan perang ke atas Iran - Harakahdaily
TEHRAN: Demonstrasi meluas di seluruh Amerika Syarikat mencerminkan penentangan awam terhadap kempen ketenteraan Washington terhadap Iran, kata jurucakap Kementerian Luar Iran, dengan menyatakan bahawa rakyat Amerika menolak dasar yang menyalahi undang-undang dan hasutan perang. Dalam catatan di akaun ..
Tabloid     >>



Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Pemandu Disyaki .. - Siakapkeli
Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Raya Barat, Klang hari ini dilanggar pemandu kereta bawah pengaruh alkohol, dadah.
Tech     >>



Exclusive: Android could soon get its own .. - Androidauthority
We've tracked the feature across Samsung's One UI 9, Google Play Services, and Android 17 system-level code.
World     >>



Israeli-US war batters UAE economy, wiping $120bn from .. - Middleeasteye
Israeli-US war batters UAE economy, wiping $120bn from Abu Dhabi, Dubai markets Submitted by Elis Gjevori on Sun, 03/29/2026 - 20:22 Israeli-US war on Iran hits UAE markets, aviation and property, exposing structural vulnerabilities to an economy that once project A smoke plume rises from an ..
Motor Trend     >>



Tesla Model Y L previewed in Malaysia stretched .. - Paultan
Tesla Malaysia not too long ago gave us a sneak peek of the Tesla Model Y L at its Cyberjaya base. This thing began life last year as a China-only model but is now making […] The post Tesla Model Y L previewed in Malaysia – stretched 6-seater, 681 km WLTP, adaptive damping, launch Apr ..