| /// |
|
| Search : Tentera Darat News | Page 1 |
|
Pemandu lori ais ditahan terbabit 16 kes pecah pejabat, rumah - Mgazette - 30/12 4:26 pm Hadrazt berkata, suspek dipercayai bertindak secara bersendirian dan aktif melakukan jenayah sepanjang tahun ini dengan motif berpunca daripada masalah kewangan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama danmaklumat yang disalurkan serta menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan jenayah, khususnya di daerah ini.- MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Siasatan SPRM projek perolehan Tentera Darat bukan soal individu .. - Mgazette - 30/12 4:26 pm # Siasatan SPRM projek perolehan Tentera Darat bukan soal individu semata-mata - MCW KUALA LUMPUR Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpandangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan Tentera Darat tidak wajar dilihat sebagai kes individu semata-mata |
|
UMS, Jakim meterai MoU perkasa pendidikan tahfiz - Mgazette - 30/12 4:26 pm Sirajuddin Suhaimee. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Pas tak perlu bentuk pakatan dengan parti Melayu, fokus dapatkan 60... - Mgazette - 30/12 4:26 pm Ini sama sekali tidak boleh diterima, katanya. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Tiada individu kebal untuk disiasat - Utusan - 30/12 3:52 pm PETALING JAYA: Tiada mana-mana individu kebal daripada disiasat tanpa mengira jawatan dan kedudukan dalam struktur negara khususnya kes membabitkan pegawai tertinggi Tentera Darat yang terpalit dengan isu rasuah serta salah guna kuasa |
|
Yemen isytihar darurat ketika konflik pemisah memuncak - Utusan - 30/12 3:30 pm RIYADH: Ketua Majlis Kepimpinan Presiden Yemen mengisytiharkan darurat dan membatalkan perjanjian keselamatan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas kumpulan pemisah yang disokong Abu Dhabi merampas kawasan wilayah yang luas |
|
Nahas payung terjun: Anggota tentera patah rusuk, leher - Sinarharian - 30/12 10:29 am MELAKA - Seorang anggota tentera dari unit Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang mengalami patah tulang rusuk kanan dan kecederaan pada leher selepas terjatuh ketika melakukan aksi payung terjun di Pantai Klebang di sini Ahad.Video kejadian tular di media sosial memaparkan payung terjun yang dikendalikan pembantu jurulatih tersebut turun dalam keadaan laju sebelum terhempas di kawasan pendaratan.Kejadian berlaku ketika Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (GGK) ke-60 yang berlangsung di Encore Melaka sejak 27 Disember lalu dan dijadualkan berakhir pada Rabu.Susulan insiden itu, mangsa difahamkan kini menerima rawatan di Hospital Melaka.Seorang pengunjung yang menyaksikan kejadian tersebut memaklumkan insiden berlaku sekitar jam 6.30 petang ketika acara terjunan bebas sedang berlangsung.Menurutnya, anggota berkenaan kelihatan mengalami kesukaran ketika di udara sebelum mendarat dalam keadaan laju dan terhempas.Mangsa kemudiannya dibantu anggota bertugas sebelum dibawa keluar dari lokasi menggunakan ambulans tentera. |
|
Pemancing hilang sejak Sabtu lalu, SAR ditangguhkan - Mgazette - 30/12 8:26 am Pengadu bimbang adiknya telah hilang sebelum tampil membuat laporan polis, katanya. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
6 buah rumah flat musnah terbakar 6 buah rumah flat musnah terbakar - Mgazette - 30/12 8:26 am Punca kebakaran masih dalam siasatan. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Polis jalankan siasatan lanjut kes lelaki cederakan bekas isteri, anak .. - Mgazette - 30/12 8:26 am Abang Kaderi meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Muhammad Amirul Mohd Sharit di talian 016-6740989 atau terus menghubungi bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Tanah mendap, Jalan Kertau-Kuala Wau ditutup sementara Tanah mendap, Jalan .. - Mgazette - 30/12 8:26 am Oleh itu, para pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif Chenor-Gambang Chini. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Perkhidmatan Ekspres Selatan laluan Gemas-JB Sentral-Gemas tamat 1 Januari .. - Mgazette - 30/12 8:26 am KTMB menasihatkan semua penumpang untuk membuat semakan jadual perjalanan terkini melalui saluran rasmi KTMB. Penumpang juga digalakkan merancang perjalanan lebih awal melalui platform jualan tiket rasmi atau mendapatkan bantuan melalui Pusat Panggilan KTMB.- MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Suara mufti, ulama mesti lebih tinggi dari parti politik – Khairuddin - Mgazette - 30/12 8:26 am Ketika ini, gesaan supaya Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai wadah penyatuan orang Melayu kembali dibangkitkan susulan krisis politik dalam Perikatan Nasional (PN) dan Kerajaan Perpaduan. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Konflik politik Perlis bukti Pas lebih layak terajui PN – Afnan - Mgazette - 30/12 8:26 am Ekoran itu, Pas menamatkan serta-merta keahlian tiga ADUNnya yang membuka kepada kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil (PRK), namun tiada tindakan diambil oleh Bersatu terhadap lima ADUN parti itu. - MalaysiaGazette Sumber memaklumkan, SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam pada 27 Disember lalu |
|
Pegawai tentera darat masih di ICU, SPRM sudah geledah rumah, pejabat .. - Mgazette - 30/12 8:26 am # Pegawai tentera darat masih di ICU, SPRM sudah geledah rumah, pejabat KUALA LUMPUR - Pegawai kanan tentera darat yang kini disiasat dalam kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia masih belum memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
SPRM sita 6 akaun dalam siasatan babit perolehan tentera darat - FMT - 29/12 7:24 pm Enam akaun bank tersebut dipegang oleh suspek dan ahli keluarganya, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki. |
|
Kes rasuah projek Tentera Darat: 6 akaun bank milik pegawai kanan, keluarga disita - Harapandaily - 29/12 6:43 pm Enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan ahli keluarganya telah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
Perolehan Tentera Darat: SPRM siasat 40 syarikat disyaki beri rasuah - Sinarharian - 29/12 5:05 pm PUTRAJAYA - Kira-kira 40 syarikat kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam pemberian wang rasuah berkaitan projek perolehan Tentera Darat, dengan siasatan dijalankan secara berperingkat.Menurut sumber, siasatan terhadap syarikat-syarikat berkenaan melibatkan aspek aliran kewangan, dokumentasi perolehan serta kaitan antara individu dan syarikat yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan."SPRM sedang meneliti kira-kira 40 syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah dan siasatan ke atas syarikat-syarikat ini dibuat secara berperingkat," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan SPRM telah merakam keterangan lima pemilik syarikat setakat ini, manakala jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan mencecah 10 orang."Saksi-saksi utama melibatkan kontraktor yang dipercayai memperoleh projek berkaitan Tentera Darat turut dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.Menurutnya, siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ini mengesahkan siasatan dijalankan mengikut peruntukan Akta SPRM 2009 dan akan diperluaskan sekiranya terdapat bukti baharu.Pada 24 Disember lalu, SPRM merakam keterangan Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berhubung maklumat berkaitan dakwaan aliran tunai besar ke dalam akaun seorang pegawai Tentera Darat dan ahli keluarganya.Chegubard sebelum ini mendakwa audit forensik dokumen tanpa nama menunjukkan kemasukan wang antara RM50,000 hingga RM60,000 setiap bulan, selain pemindahan dana lebih besar mencecah ratusan ribu ringgit daripada syarikat-syarikat yang memperoleh projek ketenteraan.SPRM menegaskan siasatan masih berjalan dan semua dakwaan akan dinilai secara profesional berdasarkan bukti serta peruntukan undang-undang sedia ada. |
|
Jam tangan, beg tangan mewah dirampas SPRM di MINDEF, kediaman pegawai kanan Tentera Darat - Sinarharian - 29/12 4:58 pm PUTRAJAYA Jam tangan dan beg tangan mewah antara barangan bernilai tinggi yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penggeledahan yang dijalankan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat pada Sabtu.Menurut sumber, penggeledahan yang bermula kira-kira jam 5 petang hingga 12 tengah malam itu tidak menemukan sebarang wang tunai."Bagaimanapun, serbuan membawa kepada sitaan beberapa barangan mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes yang sedang dijalankan."Sitaan melibatkan beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan yang dipercayai berkait dengan siasatan," katanya pada Isnin.Sumber sama memaklumkan, pegawai kanan Tentera Darat terbabit sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam, namun terpaksa dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)."Setakat ini, suspek masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangan," katanya.Menurutnya, siasatan kini memfokuskan kepada aliran wang yang disyaki dimasukkan ke dalam akaun milik pegawai kanan Tentera Darat berkenaan, yang kini disiasat sebagai suspek dalam satu kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia.Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009."Pegawai SPRM turut menjalankan penggeledahan di beberapa syarikat yang dipercayai terbabit bagi mendapatkan dokumen dan bahan bukti berkaitan," katanya.Beliau turut mengesahkan bahawa enam akaun bank milik suspek serta ahli keluarganya telah disita bagi membantu siasatan. |
|
Pegawai Kanan Tentera Darat Dikejarkan Ke ICU, SPRM Pula Geledah Rumah - Ohmedia - 29/12 4:54 pm SPRM geledah MINDEF dan rumah pegawai kanan Tentera Darat dalam siasatan rasuah projek perolehan |
|
Pegawai kanan Tentera Darat masuk ICU, SPRM geledah rumah dan pejabat - Hmetro - 29/12 4:26 pm Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta di kediaman rasmi milik seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin |
|
Parti pro tentera menang fasa pertama pilihan raya Myanmar - Kosmo - 29/12 1:52 pm NAYPYIDAW Parti pro-tentera Myanmar menang majoriti dalam fasa pertama pilihan raya umum yang dikendalikan oleh junta, kata sumber parti kepada AFP hari ini |
|
Kereta api tergelincir ragut 13 nyawa - Kosmo - 29/12 1:50 pm BANDAR RAYA MEXICO Sebuah kereta api membawa 250 orang di Mexico tergelincir dari landasan semalam, mengakibatkan 13 orang terbunuh dan 98 yang lain cedera, kata beberapa pegawai |
|
Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM - Murai - 29/12 1:06 pm Ramai sangka untuk sambung belajar, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu tinggalkan tugasan atau duduk semula dalam kelas bertahun-tahun |
|
Soalan : "Adakah pembelian Su-57 tiada risiko sekatan dari Amerika .. - Wrlr - 28/12 8:13 pm Soalan : "Adakah pembelian Su-57 tiada risiko sekatan dari Amerika Syarikat ?" Jawapannya : "Boleh dikenakan", TETAPI dalam hal "jual-beli" aset tentera, ini semua berdasarkan "negotiating skill" |
|
'Live location' tidak bergerak, rupanya anak maut nahas - Sinarharian - 27/12 6:59 pm JOHOR BAHRU Perasaan tidak sedap hati menyelubungi ibu kepada Ammar Azwar Asri, 21, apabila lokasi masa sebenar (live location) yang dikongsikan anaknya melalui aplikasi GPS didapati tidak bergerak walaupun diperiksa beberapa kali sekitar jam 5 pagi.Ammar Azwar yang memandu sebuah Proton Saga merupakan salah seorang mangsa nahas yang maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya SenaiDesaru awal pagi Sabtu.Bapa saudara mangsa, Suhaimi Abu Naim, 58, berkata, detik cemas itu dikongsikan sendiri oleh ibu arwah sebelum mendapat berita Ammar Azwar terlibat dalam kemalangan jalan raya."Sebelum kejadian, ibu arwah ada beritahu Ammar berat hati hendak pulang ke kampung dan mahu berehat dulu."Ibu Ammar beritahu dia perasan GPS anaknya itu tidak bergerak. Bila dihubungi, telefon tidak dijawab."Pada mulanya kami sangka bateri telefon habis, tetapi perasaan tidak sedap hati mula timbul dan akhirnya terjawab apabila mendapat berita Ammar terlibat nahas," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).Bekas anggota tentera darat itu memaklumkan Ammar baharu bekerja selama dua bulan sebagai juruteknik di Rapid Pengerang, Kota Tinggi selepas tamat belajar di sebuah kolej di Kedah."Allahyarham mahu menghadiri beberapa majlis keluarga di Batu Pahat, termasuk pertunangan sepupu serta doa selamat."Ammar anak sulung daripada dua beradik merupakan seorang yang sentiasa ceria, suka bergurau dan menghidupkan suasana," katanya.Jenazah dituntut ahli keluarga kira-kira jam 4.40 petang selepas bedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) selesai dan dijangka dikebumikan malam Sabtu di Kampung Parit Siba, Batu Pahat.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi memberitahu identiti dua mangsa maut dikenali sebagai Yen Jian Yao, 19, merupakan pemandu Proton Wira manakala pemandu Proton Saga dikenali sebagai Ammar Azwar Asri, 21.Jelas beliau, setakat ini, siasatan awal mendapati pemandu Proton Wira tiada lesen kenderaan."Tiga lagi pemumpang Proton Wira alami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke HSI untuk rawatan lanjut."Manakala pemandu Perodua Myvi dikenali sebagai Nur Nalea Nazlin Mahmud, 23, juga bekerja sebagai Rapid Pengerang alami kecederaan parah di bahagian kaki kanan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI)."Penumpangnya, Mohamad Adam Satiman, 25 juga bekerja di tempat yang sama turut alami cedera dalam kemalangan itu," katanya. |
|
Chegubard gesa SPRM beku akaun pegawai kanan tentera disiasat - Sinarharian - 27/12 5:24 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membekukan akaun milik pegawai kanan tentera dan ahli keluarganya terhadap siasatan ke atas dakwaan rasuah.Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, pemilik akaun juga perlu disoal mengenai sumber jutaan ringgit dalam akaun peribadi masing-masing.Beliau berkata, pemilik akaun juga perlu disoal mengenai sumber jutaan ringgit dalam akaun peribadi masing-masing."Jika tiada tindakan ke atas akaun-akaun tersebut, saya tidak menolak (akan) menyiarkan butiran akaun terlibat meskipun melanggar Bafia (Akta Perbankan dan Institusi Kewangan) atau seumpamanya."PETA sudah bantu menyiapkan laporan siasatan perisikan lengkap yang memudahkan tindakan penguatkuasa," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.Dalam pada itu Chegubard memaklumkan akan tampil membuat pendedahan lanjut berkaitan projek dan tender melibatkan ATM susulan Kementerian Pertahanan (Mindef) mengarahkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercuti serta-merta bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan sebelum ini.Sebelum ini, media melaporkan Chegubard membuat laporan polis terhadap seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung dakwaan berkaitan isu pengubahan wang haram.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, 22 Disember lalu dengan Chegubard turut mendakwa memiliki laporan forensik kewangan membabitkan akaun peribadi individu itu.Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.Pada Selasa, pegawai SPRM telah hadir ke Mindef dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.Siasatan SPRM mendapati dari 2023 hingga 2025, perolehan Tentera Darat yang melebihi RM500,000 adalah sebanyak 158 projek manakala bagi perolehan di bawah RM500,000 pula membabitkan 4,521 projek.Semakan awal mendapati ada beberapa syarikat yang kerap memperoleh projek dengan nilai tinggi dan perkara itu agak meragukan.Setakat 24 Disember, SPRM telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung perolehan projek Tentera Darat. |
|
Percikan api ketika pasang bateri punca bot terbakar, dua pekerja cedera - Sinarharian - 27/12 4:50 pm BAYAN LEPAS Dua pekerja cedera selepas sebuah bot yang sedang diselenggara terbakar dalam satu kejadian di kawasan parkir darat di Penang Hai Boey Seafood, Teluk Kumbar, di sini, tengah hari Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 12.58 tengah hari itu, kebakaran dipercayai berlaku akibat percikan api semasa kerja-kerja pemasangan bateri yang kemudiannya menyambar lebihan minyak berhampiran bot berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kebakaran melibatkan sebuah bot yang telah lama diparkir di atas darat dan menyebabkan kemusnahan dianggarkan sebanyak 50 peratus."Dua orang mangsa terlibat dalam insiden ini dan dilaporkan cedera ketika cuba melakukan pemadaman awal sebelum ketibaan pasukan bomba."Mangsa berusia 40 dan 26 tahun itu mengalami melecur tahap satu pada kepala dan tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Tambah beliau, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut."Operasi pemadaman diketuai oleh seorang pegawai dengan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau serta dibantu oleh BBP Bayan Baru."Kerja-kerja pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan bantuan pasukan bomba sukarela berhampiran," ujarnya.Dalam kejadian berasingan, sebuah kereta Perodua Alza terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Jalan Betek, berhampiran Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Taman Sungai Rambai, Bukit Mertajam, pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.54 pagi itu, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Alza dan Perodua Ativa, namun kedua-dua mangsa dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.John Sagun berkata, BBP Bandar Perda menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 pagi sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota, termasuk seorang penyelia, digerakkan ke lokasi kejadian."Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi pada jam 8.59 pagi."Terdapat dua mangsa wanita terlibat iaitu pemandu Perodua Alza berusia 43 tahun dan pemandu Perodua Ativa berusia 24 tahun," katanya.Tambahnya, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba."Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan."Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada risiko lanjut, komander operasi mengarahkan operasi ditamatkan pada jam 9.37 pagi," ujarnya. |
|
Kes rasuah, pecah amanah libatkan anggota ATM sejak 2017 - Sinarharian - 27/12 3:08 pm SHAH ALAM Isu integriti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi perhatian apabila beberapa kes melibatkan anggota dan pegawai pasukan keselamatan itu yang didakwa terbabit dalam rasuah, pecah amanah serta tuntutan palsu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Walaupun ATM kekal sebagai institusi pertahanan negara yang memainkan peranan penting menjaga kedaulatan dan keselamatan Malaysia, pendedahan kes-kes terpencil ini mencetuskan kebimbangan terhadap tahap ketelusan serta pematuhan prosedur dalam pengurusan kewangan dan perolehan.Sebahagian besar kes yang pernah dilaporkan berkait rapat dengan urusan perolehan, tuntutan kewangan tidak sah, penggunaan dokumen palsu serta penerimaan suapan melibatkan kontraktor dan pihak berkepentingan tertentu.Tindakan penguatkuasaan terhadap kes-kes berkenaan melibatkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penahanan, pendakwaan di mahkamah serta hukuman denda dan penjara, selain terdapat kes yang berakhir dengan pembebasan tertuduh selepas melalui proses perbicaraan.Berikut ialah kronologi kes melibatkan anggota dan pegawai ATM yang pernah dilaporkan.21 Ogos 2025Seorang veteran ATM didenda RM48,000 oleh mahkamah selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan elaun melibatkan aktiviti latihan ketenteraan.21 Januari 2025Dua anggota tentera berpangkat koperal dan sarjan direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu melebihi RM25,000 yang didakwa berlaku di sebuah kem tentera di Johor.13 Februari 2024Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama seorang pemilik syarikat ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam kartel perolehan projek di sebuah kem TLDM, termasuk penggunaan dokumen palsu dan tuntutan tidak sah.22 September 2021Seorang pegawai ATM berpangkat Leftenan Kolonel didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan dan projek di sebuah kem tentera.16 Ogos 2022Seorang pegawai kanan TLDM direman bagi membantu siasatan kes pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan urusan kewangan semasa tempoh perkhidmatannya.23 November 2020Seorang pegawai kanan tentera bersama seorang pesara di sebuah akademi latihan ketenteraan didakwa atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana berjumlah kira-kira RM920,000.19 September 2020Dua individu termasuk seorang bekas pegawai kanan ATM bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu melibatkan projek naik taraf jalan raya pedalaman di Sarawak.26 Februari 2020Seorang bekas pegawai tentera didakwa menerima rasuah berjumlah RM10,000 membabitkan beberapa transaksi suapan berkaitan tugas rasmi.15 Januari 2020Seorang bekas pegawai TLDM didakwa menipu berkaitan kontrak pembekalan 80 unit telefon pintar bernilai RM236,000 untuk kegunaan sebuah unit tentera laut.8 Februari 2019Seorang pegawai TLDM berpangkat Leftenan ditahan kerana disyaki bersubahat mengemukakan invois dan butiran palsu bagi tuntutan sewaan bas serta perkhidmatan katering sempena latihan menembak.25 Januari 2019Seorang anggota TLDM direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan aktiviti rasmi pasukan.22 Mei 2017Dua bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa menerima rasuah berjumlah RM600,000 berkaitan urusan bayaran tertunggak kontrak, sebelum dilaporkan dibebaskan oleh mahkamah pada tahun 2019. |
|
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM serta-merta - Sinarharian - 27/12 1:58 pm KUALA LUMPUR Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.Pelantikan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan tertinggi ATM selepas Mohd Nizam menamatkan perkhidmatannya selaras dengan peraturan sedia ada.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan Mohd Nizam sepanjang menerajui ATM."Beliau telah memberikan komitmen yang amat tinggi dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia."Kementerian turut mendoakan agar urusan persaraan beliau berjalan lancar serta sentiasa berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Nizam sebelum ini dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-23 berkuat kuasa bermula 31 Januari lalu.Beliau sebelum ini merupakan Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman |
|
Panglima Tentera Darat bercuti serta-merta, beri ruang siasatan - Hmetro - 27/12 1:53 pm Kuala Lumpur: Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta |
|
Panglima Tentera Darat bercuti serta-merta beri laluan siasatan - Sinarharian - 27/12 1:33 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan sebelum ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah pentadbiran itu diambil bagi memastikan proses siasatan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan."Langkah ini bertujuan memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan."Ia juga bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak 2023.Sumber itu memaklumkan fokus siasatan tertumpu kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan satu kertas siasatan berhubung kes itu dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.Menurut beliau, semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kementerian Pertahanan memaklumkan selaras dengan persaraan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang mencapai umur persaraan wajib, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta.Menurut Mohamed Khaled, kementerian itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat, kepimpinan dan jasa Mohd Nizam sepanjang menerajui ATM serta mendoakan kelancaran urusan persaraan beliau. |
|
Russia, Belarus ganggu ruang udara Poland - Utusan - 27/12 8:00 am WARSAW: Poland mengerahkan jet pejuangnya pada Khamis memintas sebuah pesawat peninjau Russia yang terbang berhampiran ruang udaranya di Laut Baltik |
|
Pelajar Tingkatan Satu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras - Sinarharian - 26/12 8:55 pm MACHANG Seorang pelajar Tingkatan Satu dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika bermain air bersama abang dan rakannya di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat, di sini, pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, abangnya yang berusia 15 tahun berjaya berpaut pada batu sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung.Saksi kejadian, Muhamad Azam Faiz Anuar, 19, berkata semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, kereta yang dipandunya telah ditahan oleh seorang remaja yang memaklumkan dua rakannya telah dihanyutkan arus deras."Saya yang ketika itu dari arah Pasir Puteh terus menghentikan kereta dan mendapati salah seorang mangsa sedang berpaut pada batu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Menurutnya, panggilan kepada pihak bomba terus dilakukan untuk mendapatkan bantuan lanjut.Ujarnya, selepas itu beliau menghubungi rakan untuk mendapatkan tali bagi menyelamatkan abang mangsa yang sedang berpaut pada batu.Muhamad Azam Faiz memberitahu, abang mangsa kemudian berjaya dibawa naik ke darat menggunakan tali.Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mohamad Alam Shah Yazid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian."Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati seorang budak lelaki hilang, manakala abangnya berjaya diselamatkan."Operasi mencari dan menyelamat terpaksa ditangguhkan pada jam 7.47 malam dan akan disambung esok (Sabtu)," katanya. |
|
SPRM bongkar pelbagai kes berprofil tinggi sepanjang 2025 - Mgazette - 25/12 4:21 pm # SPRM bongkar pelbagai kes berprofil tinggi sepanjang 2025 KUALA LUMPUR - 2025 antara tahun paling signifikan mencerminkan usaha Kerajaan MADANI membenteras rasuah menerusi siasatan dan operasi besar-besaran oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
Ada syarikat kerap peroleh projek nilai tinggi tentera darat - Mgazette - 25/12 4:20 pm # Ada syarikat kerap peroleh projek nilai tinggi tentera darat KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung perolehan projek tentera darat, semalam |
|
Perolehan projek tentera darat: SPRM ambil keterangan tiga individu - Mkini - 25/12 3:49 pm Terdapat peningkatan ketara dalam projek melibatkan perolehan lebih RM500,000 dalam tempoh kira-kira tiga tahun, menurut sumber. |
|
SPRM dapati beberapa syarikat kerap peroleh projek dengan nilai tinggi, kata sumber - FMT - 25/12 3:47 pm Bermula 2023 sehingga 2025, perolehan tentera darat melebihi RM500,000 adalah 158 projek, manakala bagi perolehan bawah RM500,000 jumlah keseluruhan projek adalah 4,521, menurut siasatan awal. |
|
Perolehan Tentera Darat: SPRM siasat syarikat kerap peroleh projek bernilai tinggi - Sinarharian - 25/12 2:46 pm PUTRAJAYA Semakan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap perolehan projek Tentera Darat (TD) mendapati terdapat beberapa syarikat yang dikenal pasti kerap memperoleh projek bernilai tinggi.Menurut sumber, semakan awal terhadap keseluruhan projek berkenaan mendapati terdapat beberapa syarikat yang berulang kali memperoleh projek bernilai tinggi."Keadaan ini menimbulkan keraguan, namun setakat ini semakan terperinci termasuk pemprofilan syarikat-syarikat terlibat masih belum dijalankan."SPRM turut merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung perolehan projek berkenaan," katanya pada Khamis.Katanya, ketiga-tiga individu terbabit dipanggil pada Rabu lalu, selain SPRM turut menjalankan semakan terhadap beberapa akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan rasuah perolehan."Siasatan awal mendapati bagi tempoh 2023 hingga 2025, perolehan Tentera Darat yang melebihi RM500,000 melibatkan sebanyak 158 projek."Bagi perolehan bernilai di bawah RM500,000 pula, jumlah keseluruhan projek yang direkodkan adalah sebanyak 4,521," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, SPRM sebelum ini turut menerima aduan serta merakam keterangan seorang aktivis dikenali sebagai Chegu Bad berhubung maklumat yang diperolehnya berkaitan isu perolehan tersebut.Aktivis berkenaan dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 12 tengah hari bagi menyalurkan maklumat lanjut kepada pihak berkuasa.Sebelum ini, pegawai SPRM dilaporkan hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dengan siasatan memfokuskan kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.Beliau menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional berlandaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. |
|
Thailand kemuka lima tuntutan rundingan damai dengan Kemboja - Utusan - 25/12 8:00 am BANGKOK: Tentera Thailand memaklumkan rundingan gencatan senjata dengan Kemboja yang bermula semalam dijangka berakhir dengan pertemuan menteri pertahanan kedua-dua negara pada Sabtu, ketika usaha dipergiat untuk menamatkan pertempuran berdarah di sempadan yang berlarutan selama beberapa minggu |
|
Veteran seru pegawai kanan tentera dalam siasatan SPRM berehat - FMT - 24/12 10:00 pm Seruan presiden Persatuan Kor Pegawai Bersara Angkatan Tentera dan Ahli Parlimen Khlir Mohd Nor bertujuan menyahkan keraguan terhadap siasatan. |
|
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India - Mgazette - 24/12 5:18 pm # Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India KUALA LUMPUR - Edisi kelima latihan ketenteraan dua hala antara Malaysia dan India, Harimau Shakti, berjaya dilaksanakan di Lapang Sasar Mahajan (MFFR) di Rajasthan, India, sekali gus memperkukuh hubungan pertahanan yang akrab antara kedua-dua negara. Latihan bersama yang berlangsung dari 5 hingga 18 Disember itu melibatkan seramai 65 anggota Tentera Darat Malaysia yang diterbangkan ke India dan menjalani modul latihan intensif, latih tubi taktikal, dan pertukaran profesional yang bertujuan meningkatkan keupayaan saling kendali serta persefahaman bersama |
|
Kotak hitam pesawat terhempas di Turkiye ditemukan - Kosmo - 24/12 4:48 pm ANKARA Pihak berkuasa Turkiye menemukan perakam suara dan kotak hitam dari sebuah jet peribadi awal hari ini yang terhempas sejurus ia berlepas dari ibu kota, Ankara, mengorbankan ketua angkatan tentera Libya dan empat pembantunya |
|
Kanak-kanak lelaki 9 tahun dikhuatiri lemas di Bachok - Mgazette - 24/12 7:48 am # Kanak-kanak lelaki 9 tahun dikhuatiri lemas di Bachok KOTA BHARU, 23 Dis (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kemayang, Bachok, petang tadi |
|
SPRM siasat dakwaan transaksi wang ke akaun pegawai kanan tentera - Wrlr - 23/12 7:40 pm SITI NUR ZAWANI December 23, 2025 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah datang ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan dakwaan kemasukan wang ke akaun bank seorang pegawai kanan tentera. Menurut sumber, SPRM tiba kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bagi menyiasat projek yang melibatkan tentera darat dari tahun 2023 hingga kini |
|
Agong lawat 2 pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi - Sinarharian - 23/12 7:29 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat dua pusat teknologi canggih serta fasiliti pembuatan milik konglomerat pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terkemuka Kumpulan EDGE iaitu NIMR dan CARACAL di Abu Dhabi pada Selasa.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kunjungan itu merupakan sebahagian daripada Lawatan Khas Seri Paduka Baginda ke UAE bermula semalam.Terdahulu, keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke NIMR di Pusat Perindustrian Tawazun, Abu Dhabi disambut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif EDGE Hamad Al Marar.Seri Paduka Baginda kemudian berkenan mendengar sembah taklimat oleh Presiden Kluster Platform dan Sistem EDGE Khaled Al Zaabi.Usai lawatan di NIMR, Sultan Ibrahim berangkat ke CARACAL dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hamad Al Ameri.NIMR merupakan pengeluar kenderaan tentera berprestasi tinggi berpangkalan di Abu Dhabi dan merupakan entiti di bawah Kumpulan EDGE manakala CARACAL ialah pengeluar senjata kecil terkemuka.Semasa lawatan di CARACAL, Seri Paduka Baginda turut mempamerkan kemahiran menembak menggunakan senapang penembak tepat (sniper) CSR 308 di lapang sasar 100 meter |
|
Amerika Ingin Membina Semula Kapal Battleship Hampir 80 Tahun Selepas Kapal Terakhir Dibina - Amanz - 23/12 6:44 pm Malaya, Missouri, Iowa, Bismarck, Yamato dan Prince of Wales adalah nama enam kapal perang utama atau battleship yang pernah menggerunkan kapal milik musuh |
|
SPRM siasat dakwaan transaksi wang ke akaun pegawai kanan tentera - Harapandaily - 23/12 5:09 pm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah datang ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan dakwaan kemasukan wang ke akaun bank seorang pegawai kanan tentera. Menurut sumber, SPRM tiba kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bagi menyiasat projek yang melibatkan tentera darat dari tahun 2023 hingga kini |
|
Grok Juga Dipilih Sebagai AI Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat - Amanz - 23/12 4:07 pm Pentagon semalam mengumumkan sistem kecerdasan buatan (AI) sempadan berasaskan keluarga model Grok akan turut digunakan Jabatan Peperangan Amerika Syarikat (Department of War) atau DoWdalam inisiatifGenAI.mil |
|
Kerajaan tidak kawal selia tambang e-hailing - APAD - Sinarharian - 23/12 3:22 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pada masa ini kerajaan tidak mengawal selia dasar tambang bagi perkhidmatan e-hailing dan penetapan kadar tambang ditentukan oleh konsep permintaan dan penawaran, jelas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).APAD menerusi kenyataan pada Selasa berkata, perkhidmatan e-hailing adalah satu perkhidmatan gig ekonomi di mana ia bersifat pasaran terbuka dan operasi syarikat adalah berbeza-beza."Namun begitu, menurut peraturan APAD iaitu syarat-syarat lesen yang perlu dipatuhi semua pemegang lesen perniagaan telah menetapkan bahawa pemegang lesen hendaklah memastikan pemandu tidak tawar-menawar selepas berjaya mendapat tempahan, sebaliknya memberikan perkhidmatan berdasarkan tempahan yang diterima," menurut kenyataan itu.APAD turut menjelaskan bahawa semua pemandu mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak tempahan.Penjelasan APAD itu berhubung empat perkara yang dibangkitkan semasa sesi libat urus bersama Persatuan Penghantar pada 17 November lalu.Tambah APAD, Kementerian Pengangkutan kini sedang menjalankan Kajian Pelan Strategik Pengangkutan Awam (PSPA) yang antara lain mengkaji kewajaran mengawal selia tambang e-hailing."Hasil kajian tambang lantai e-hailing itu akan dibentangkan kepada menteri untuk pertimbangan lanjut |
|
SPRM buka kertas siasatan dakwaan rasuah libat seorang pegawai kanan .. - Mgazette - 23/12 3:02 pm Terdahulu, SPRM mengambil maklum dakwaan yang dibangkitkan oleh seorang aktivis semalam berhubung dakwaan aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan tentera. Menurut sumber, pada kira-kira 11.30 pagi hari ini, pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini |
|
SPRM siasat dakwaan aliran wang ke akaun pegawai kanan tentera - FMT - 23/12 3:00 pm Pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan hari ini untuk menyiasat beberapa projek melibatkan Tentera Darat sejak 2023. |
|
Pertubuhan Hati Suci, Karangkraf lancar Iftar 4 Gaza - Sinarharian - 23/12 2:45 pm SHAH ALAM - Pertubuhan Hati Suci dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) melancarkan kempen Iftar 4 Gaza dan mengajak orang ramai untuk menghulurkan sumbangan minimum RM1 bagi membantu warga Gaza, Palestin yang bakal menyambut Ramadan serta Syawal tidak lama lagi.Pengerusinya, Mohammad Zaidi Zainuddin berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM2 juta sahaja untuk menjayakan projek yang memfokuskan sumbangan bantuan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.Menurut aktivis sosial itu, pertubuhan memberi jaminan 100 peratus bahawa setiap bantuan akan sampai ke tangan penerima melalui kaedah logistik guguran udara atau air drop.Jelasnya, pendekatan sedemikian diambil sebagai solusi taktikal bagi melepasi sekatan laluan darat, sekali gus memastikan bantuan sampai dengan pantas, selamat dan telus demi kelangsungan hidup saudara sesama Islam di sana."Pihak kami telah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Jordan dan menghantar makanan melalui Jordan secara air drop |
|
Jeneral tentera Russia maut dalam letupan kereta di Moscow - Utusan - 23/12 2:30 pm MOSCOW: Seorang jeneral kanan Russia maut dalam letupan kereta di selatan Moscow pada pagi Isnin, ketika rundingan bagi menamatkan perang di Ukraine gagal mencapai kemajuan besar |
|
Trump lulus pelan bina kapal perang terbesar dunia - Kosmo - 23/12 2:16 pm WASHINGTON Presiden Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membina armada kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang baharu, dinamakan sebagai Armada Emas, lapor stesen penyiaran CBS News kelmarin |
|
SPRM mulakan siasatan projek melibatkan Tentera Darat - Sinarharian - 23/12 1:14 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini.Menurut sumber, SPRM mengambil maklum dakwaan yang dibangkitkan oleh seorang aktivis berhubung dakwaan aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."Kira-kira jam 11.30 pagi hari ini (Selasa) pegawai SPRM telah hadir ke MINDEF bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini."Fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat," katanya pada Selasa.Tambah sumber, transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut juga akan diteliti.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan seorang pegawai kanan terbabit.Beliau menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.Sebelum itu, aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard memaklumkan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada Khamis.Chegubard memberitahu akan menyerahkan maklumat berkaitan dakwaan rasuah membabitkan seorang pegawai kanan terbabit.Sinar Harian pada Isnin melaporkan Chegubard telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan berkenaan dakwaan terbabit. |
|
Kementah tegas komitmen pada undang-undang susulan laporan libat pegawai tentera - FMT - 22/12 9:46 pm Kementerian Pertahanan tunggu hasil siasatan rasmi sebelum keluar kenyataan lanjut atau ambil tindakan seterusnya. |
|
SPRM minta Chegubard tampil kemuka aduan rasmi, bukti - Sinarharian - 22/12 6:08 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta meminta aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard untuk tampil mengemukakan aduan rasmi beserta bukti sokongan berkenaan dakwaan isu pengubahan wang haram seorang pegawai kanan tentera agar siasatan dapat dilaksanakan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung dakwaan terbabit."SPRM akan menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau penyalahgunaan kuasa sekiranya disokong oleh maklumat dan bukti yang sahih."Setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang aduan rasmi atau bukti dokumentasi berkaitan perkara tersebut," kata ketika dihubungi pada Isnin.Tambahnya, semua siasatan SPRM dijalankan secara bebas dan profesional serta berasaskan fakta dan bukti semata-mata."SPRM menggesa aktivis berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan, supaya membuat aduan rasmi beserta bukti sokongan agar perkara itu dapat dinilai dan diambil tindakan selaras dengan undang-undang," ujarnya.Sebelum itu, media melaporkan Badrul Hisham membuat laporan polis berhubung kes terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.Badrul Hisham mendakwa beliau mempunyai dokumen maklumat bertaraf rahsia berkaitan perolehan, tender dan rundingan dalaman selain maklumat kemasukan sejumlah wang yang besar di akaun peribadi pegawai kanan itu. |
|
Penghantar masih tunggu maklum balas APAD berhubung isu e-hailing, .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm # Penghantar masih tunggu maklum balas APAD berhubung isu e-hailing, p-hailing KUALA LUMPUR - Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) masih menunggu maklum balas rasmi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan semasa sesi libat urus bersama beberapa persatuan pemandu e-hailing dan p-hailing pada 17 November lalu |
|
Persatuan p-hailing, e-hailing tuntut penjelasan isu ‘bidding’ - Utusan - 22/12 3:02 pm PETALING JAYA: Lebih 40,000 ahli rakan penghantar p-hailing dan pemandu e-hailing masih menunggu penjelasan kerajaan berhubung penawaran perkhidmatan e-hailing menggunakan konsep tawar menawar (bidding) yang bercanggah dengan perundangan negara |
|
Ops Perang Zon Utara: JPJ periksa 13,902 kenderaan, keluarkan 4,513 saman - Sinarharian - 22/12 2:35 pm BALING Sebanyak 13,902 pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan telah dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Perang Zon Utara setakat ini, dengan sebanyak 4,513 saman dikeluarkan, termasuk 45 kes melibatkan kesalahan lebih muatan.Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes direkodkan membabitkan muatan melebihi 50 peratus had yang dibenarkan, yang boleh membawa kepada tindakan pendakwaan dan lucut hak kenderaan.Menurutnya, Ops Perang dilaksanakan secara berterusan di semua daerah melalui rondaan bergerak dan operasi statik di lokasi strategik serta laluan utama, khususnya laluan logistik dan kawasan berisiko tinggi."Bagi kesalahan lebih muatan melebihi 50 peratus, tindakan pendakwaan akan diambil di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)."Jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh melucut hak kenderaan terbabit selain pemandu dan pemilik berdepan dengan denda berat serta tindakan lanjut terhadap lesen dan permit," katanya di Stesen Penguat Kuasa JPJ di Kuala Ketil di sini pada Isnin.Beliau berkata, kesalahan membawa muatan berlebihan bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, malah turut menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan.Tambah beliau, JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan peruntukan sedia ada.Sehubungan itu, beliau menggesa semua pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memastikan muatan dibawa tidak melebihi had yang dibenarkan.Dalam pada itu beliau berkata, JPJ Kedah berjaya mengutip sebanyak RM23.39 juta bayaran saman, membabitkan 121,694 notis yang telah dikeluarkan sejak Januari lalu. |
|
Chegubard lapor polis dakwa kes pengubahan wang haram libat pegawai kanan ATM - Sinarharian - 22/12 2:33 pm Saya akan menyerahkan laporan forensik akaun peribadi milik pegawai kanan itu dulu."Saya ialah orang Port Dickson. Port Dickson merupakan bandar tentera darat dan sudah tentu kebajikan anggota, anak-anak keluarga mereka antara prihatin saya," katanya kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi di sini.Badrul Hisham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson berkata, beliau telah menyusun tiga fasa untuk membuat pendedahan ini.Ketika ditanya adakah laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) katanya, itu antara pertimbangan yang akan dilakukan."Tapi bila kita hantar ke sini (polis), mereka boleh sahaja berkongsikan maklumat untuk SPRM bertindak |
|
Chegubard lapor polis dakwa kes pengubahan wang haram libat pegawai atasan ATM - Sinarharian - 22/12 2:33 pm Saya akan menyerahkan laporan forensik akaun peribadi milik pegawai atasan itu dulu."Saya ialah orang Port Dickson. Port Dickson merupakan bandar tentera darat dan sudah tentu kebajikan anggota, anak-anak keluarga mereka antara prihatin saya," katanya kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi di sini.Badrul Hisham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson berkata, beliau telah menyusun tiga fasa untuk membuat pendedahan ini.Ketika ditanya adakah laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) katanya, itu antara pertimbangan yang akan dilakukan."Tapi bila kita hantar ke sini (polis), mereka boleh sahaja berkongsikan maklumat untuk SPRM bertindak |
|
ASEAN mesti lakukan apa sahaja yang perlu untuk kekalkan keamanan serantau - Mohamad Hasan - Sinarharian - 22/12 2:31 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] ASEAN mesti melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau, sambil menegaskan bahawa usaha menangani situasi antara Kemboja dan Thailand mesti melangkaui sekadar meredakan ketegangan, kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia berpandangan bahawa blok serantau itu perlu mempergiat usaha pembinaan kepercayaan antara pihak-pihak yang terlibat dalam konflik serta memastikan dialog diteruskan walaupun berdepan perbezaan yang ketara, memandangkan kestabilan serantau merupakan tanggungjawab bersama.Beliau turut menekankan pendekatan ASEAN perlu dipandu oleh pengajaran daripada pengalaman lalu serta berteraskan kebijaksanaan, solidariti dan kepercayaan yang telah membolehkan rantau ini mengharungi pelbagai tempoh pergolakan."ASEAN mesti melakukan apa sahaja yang perlu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau |
|
Anthony Loke digesa jawab segera isu 'bidding', tambang e-hailing - Sinarharian - 22/12 11:43 am SHAH ALAM - Lebih 40,000 ahli rakan penghantar p-hailing dan pemandu e-hailing masih menunggu penjelasan berhubung perkara yang diutarakan semasa sesi libat urus antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama beberapa persatuan pada 17 November lalu.Menuntut maklum balas rasmi daripada pejabat Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) dalam kenyataan bersama pada Isnin memaklumkan, antara isu diutarakan ialah penawaran perkhidmatan e-hailing menggunakan konsep tawar-menawar atau 'bidding' yang jelas bercanggah dengan perundangan negara dan pernah disahkan sendiri oleh Anthony pada 12 Mei 2024.Tambah kenyataan itu, di sebalik kenyataan tegas tersebut kerajaan tetap membenarkan syarikat e-hailing menawarkan 'bidding' dan ia sedikit-sebanyak menampakkan dasar yang 'flip-flop'."Menteri telah menyatakan bahawa perundangan tidak membenarkan, tetapi agensi kawalselia membenarkan operasi syarikat seumpama ini di negara ini."Kewujudan syarikat 'bidding' ini memberi impak negatif kepada pemandu e-hailing berikutan tiada harga lantai yang munasabah meskipun kerajaan berulang kali, terutama ketika berusaha mendapatkan sokongan bagi Akta Pekerja GiG 2025 kononnya wira pekerja gig di seluruh negara."Apa yang kami lihat, kerajaan akhirnya akur kepada syarikat e-hailing 'bidding' dan melupakan segala gimik ketika meraih sokongan pemandu," menurut kenyataan itu.Kenyataan bersama yang dikeluarkan itu melibatkan Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD), Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM), Pertubuhan Tenaga GiG Melaka (Tenaga GiG), Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM), Persatuan Penghantar Dan Penghantar e-Hailing Sabah, Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantar Bermotosikal Perak serta Persatuan Rakan Penghantar Kedah.Tambah kenyataan itu, apabila 'bidding' dibenarkan di negara ini, syarikat-syarikat lain terpaksa bersaing menurunkan harga tambang hingga menyebabkan pemandu e-hailing secara keseluruhan menerima kesan.Jelas kenyataan itu, persaingan dalam industri sememangnya dijadikan alasan sebagai menguntungkan pengguna, namun kerajaan perlu melihat kesan terhadap pemandu e-hailing."Tiada keseimbangan dalam polisi kerajaan bagi memastikan pengguna serta pemandu e-hailing menerima manfaat yang munasabah terutamanya ketika kos sara hidup semakin meningkat dan subsidi bahan api dirasionalisasikan."Kami berulang kali menekankan tentang harga lantai, namun masih tidak diendahkan oleh kerajaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |