///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Tanah Suci News   Page 1    



Exco Pertanian Terengganu dari Pas pun tak berani pertahankan RM3,000 per .. - Wrlr - 6/05 6:24 am

Harapandaily May 5, 2026 MOHD IKHMAL ISKANDAR Menarik bila Exco Pertanian Terengganu menulis panjang tentang harga lantai padi, tetapi langsung tidak berani mengulang cadangan RM3,000 per tan seperti yang dilaungkan Tan Sri Annuar Musa





Tangisan hiba, ibu lemah iringi pengebumian Nur Aini Umairah - Kosmo - 5/05 11:31 pm

BATU PAHAT Tangisan dan esak hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa di Parit Sulong di sini malam ini ketika jenazah seorang kanak-kanak perempuan yang maut dalam kemalangan tengah hari tadi selamat dikebumikan





'Terbayang anak sendiri ' Lelaki sebak angkat jenazah murid maut dilanggar van - Sinarharian - 5/05 11:27 pm

BATU PAHAT Seorang lelaki terpaksa menahan sebak ketika membantu mengangkat jenazah seorang murid perempuan yang maut dalam kemalangan di hadapan sekolah, tengah hari Selasa.Kamarul Nizam Kamarudin, 36, antara individu yang membantu menguruskan jenazah Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, murid Tahun Dua yang maut selepas dilanggar van di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, dekat sini."Saya tahan menangis ketika mengangkat jenazahnya kerana terbayang anak saya."Secara kebetulan, arwah sebaya dengan anak saya walaupun sekolah berlainan," katanya.Pekerja pembersihan itu berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke pekan Parit Sulong sebelum ternampak kemalangan di hadapan sekolah berkenaan.Menurutnya, lebih menyentuh hati apabila di tangan mangsa masih terdapat sehelai baju sukan yang dipercayai baru diterima dan masih berbalut plastik."Tidak lama kemudian, pegawai penyiasat tiba dan meminta bantuan untuk mengangkat jenazah bagi tujuan siasatan."Saya yang memusingkan badan arwah ketika itu..





Kuota haji Malaysia ditutup sepenuhnya - Sinarharian - 5/05 10:18 pm

MAKKAH Kuota haji Malaysia bagi musim ini disahkan ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi.Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah tersebut tahun ini.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, pengisian akhir dibuat susulan penangguhan saat akhir oleh sebahagian jemaah atas faktor seperti kematian, kemalangan dan masalah kesihatan, dengan kekosongan diganti segera tertakluk kepada kelulusan sistem Nusuk serta pemeriksaan kesihatan.Menurut beliau, setiap kekosongan akan segera diisi oleh calon lain dalam senarai menunggu, yang lazimnya perlu memberikan maklum balas dalam tempoh singkat serta menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera."Lembaga Tabung Haji sememangnya mempunyai susunan tersendiri bagi menentukan keutamaan individu yang dipilih menggantikan tempat yang ditolak," katanya dalam satu kenyataan.Dalam perkembangan sama, Mohd Hisham memaklumkan setakat minggu ketiga operasi haji, seramai 15,175 jemaah Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci, bersamaan 48 peratus daripada keseluruhan jadual penerbangan





Suspek kes pukul isteri disiasat disyaki terlibat tanam janin - Mygazette - 5/05 10:04 pm

# Suspek kes pukul isteri disiasat disyaki terlibat tanam janin ALOR SETAR - Lelaki yang sebelum ini ditahan kerana memukul isterinya sehingga mengalami keguguran dalam kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani, bulan lepas kini disiasat kerana menyembunyikan kelahiran dengan menanam janin





Rumah Bangsa: Pemuda UMNO tekad jadi benteng isu 3R - Mygazette - 5/05 10:04 pm

# Rumah Bangsa: Pemuda UMNO tekad jadi benteng isu 3R KUALA LUMPUR - Usia 80 tahun UMNO menjadi kekuatan buat Pemuda UMNO untuk terus menjadi benteng dan mengangkat muaruh bangsa, agama dan tanah air, demikian menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Alif Hilmi





Bayangkan jika impak RM200j pesta air Rain Rave dibawa ke Langkawi? .. - Mygazette - 5/05 10:04 pm

# Bayangkan jika impak RM200j pesta air Rain Rave dibawa ke Langkawi? - Teresa KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pulau Langkawi kini sedang tewas dalam persaingan pelancongan ASEAN akibat kegagalan tadbir urus Kerajaan Negeri Kedah





514 tolak tawaran haji diganti segera, kuota 31,600 sudah penuh - Mygazette - 5/05 10:04 pm

Jelas beliau, Lembaga Tabung Haji mempunyai susunan bagi individu yang diberi perhatian untuk mengerjakan haji. Dalam pada itu, Mohd Hisham berkata, seramai 15,175 orang jemaah telah tiba di Tanah Suci pada minggu ketiga operasi haji





Air boring nampak jernih, belum tentu benar-benar selamat - Kosmo - 5/05 9:55 pm

PETALING JAYA Tanggapan segelintir masyarakat bahawa sumber air bawah tanah atau air boring adalah lebih asli dan selamat untuk kegunaan harian adalah tidak tepat kerana ia berisiko mengandungi bahan tercemar yang menjejaskan kesihatan





Air mata gugur, risau tak layak jejak Tanah Suci - Sinarharian - 5/05 9:45 pm

MAKKAH "Sampai di Oman, air mata jantan ini berlinangan





Pesara tentera meninggal dunia dalam sujud Subuh - Sinarharian - 5/05 9:39 pm

TANAH MERAH - Seorang pesara tentera meninggal dunia dalam sujud ketika solat Subuh di Masjid Kelewek di sini pada Selasa.Razmi Mohd Noor, 66, mulanya ke masjid terbabit seperti rutin harian untuk menunaikan solat pada jam 6 pagi.Melalui rakaman litar tertutup masjid itu, Razmi yang sujud pada rakaat pertama tidak bangun semula sebelum dibantu para jemaah lain namun disahkan meninggal dunia.Anak perempuannya, Nur Anina Razmi, 32, berkata, dia yang bekerja sebagai polis di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu mengetahui berita kematian bapanya selepas dimaklumkan oleh adik melalui panggilan telefon semasa dia berada di rumahnya di Kampung Bechah Laut di sini."Kebetulan hari ini saya cuti dan patutnya jalani peperiksaan untuk prestasi kerja."Tiba-tiba pagi tu, adik telefon kata abah dah tak ada, saya pelik sebab biasanya waktu Subuh memang dia sudah ke masjid rupanya bapa meninggal dunia semasa solat Subuh di masjid," katanya kepada Sinar Harian.Nur Anina berkata, bapanya antara jemaah tetap yang menunaikan solat di masjid selain mempunyai rutin mengunjungi beberapa masjid lain secara bergilir-gilir setiap hari."Antara rutinnya termasuk solat Subuh di Masjid Kelewek kemudian Zuhur di Batang Merbau atau Asar di Bukit Emas."Dia juga suka pergi ke Masjid Bukit Gading dan Gual Ipoh atau masjid di Jeli semata-mata untuk solat sebab katanya masjid itu akan menjadi saksi dia di akhirat kelak," katanya.Anak kelima daripada 10 beradik itu menyifatkan pemergian bapanya sebagai satu pengakhiran yang baik dan dicemburui."Bapa juga pernah beritahu puas hati dapat ziarah kubur datuk walaupun tidak sempat mengenali lama kerana datuk meninggal ketika saya masih kecil," katanya.Dia turut berkongsi bahawa arwah sangat rapat dengan anak-anak dan cucu, malah sering meluangkan masa berkunjung ke rumah anak-anaknya.Nur Anina turut memaklumkan arwah pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di masjid.Tambahnya, bapanya itu mengadu sakit perut dan sesak nafas beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dimaklumkan kepada anak-anak."Walaupun sedih, kami reda





Stor tersorok rupanya pusat penyelewengan LPG - Sinarharian - 5/05 8:23 pm

SEMENYIH -Kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang beroperasi di kawasan semak dan berpagar zink terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada Selasa.Kegiatan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dengan kerjasama Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) serta KPDN Cawangan Kajang hasil maklumat dan risikan.Tinjauan Sinar Harian di lokasi juga mengesan sebuah kontena yang dijadikan tempat penginapan pekerja asing,manakala stor tanpa lesen itu beroperasi secara tersorok di kawasan perindustrian.Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, Op Tiris 4.0 bermula jam 8 pagi itu berjaya menahan lima lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 30 hingga 40-an disyaki pekerja sindiket terbabit.Menurutnya, serbuan itu berjaya merampas 325 tong LPG bersaiz 14 kilogram (kg) dan 50 kg dengan jumlah keseluruhan5,500 kg."Bertindak atas maklumat, pasukan operasi KPDN Kuala Lumpur menyerbu satu lagi lokasi di Wangsa Maju dan menahan tiga lelaki iaitu seorang warga tempatan dan dua warga India berusia lingkungan 30-an."Lokasi di Wangsa Maju ini berjaya merampas 245 tong LPG berkapasiti 14 kg dan 50 kg berjumlah 3,500 kg," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati tong gas bersubsidi itu diperolehi sindiket daripada pemborong sebelum dibawa ke stor di Semenyih untuk proses 'decanting' (pemindahan)daripada tong 14 kg kepada tong 50 kg.Katanya, nilai rampasan direkodkan berjumlah RM185,000 dan kegiatan itu menyebabkan kerugian subsidi hampir RM20,000.Tambah Sabri, KPDN percaya kedua-dua lokasi yang diserbu mempunyai kaitan dan dipercayai dilakukan oleh syarikat pemborong berlesen."Sindiket akan mengedarkan semula tong gas LPG ini kepada pihak industri di sekitar ibu negara," ujarnya.Tegas beliau, KPDN Kuala Lumpur akan mengambil tindakan pembatalan lesen dan perundangan sewajarnya ke atas syarikat terbabit."Tindakan hasil risikan dua minggu ini juga akan mengesan siapa pemilik tanah stor terbabit





Suspek Pukul Isteri Sungai Petani, Kini Disiasat Selepas Disyaki Tanam Janin Di Tanah Perkuburan - Siraplimau - 5/05 5:18 pm

Kes pukul isteri di Sungai Petani kembali mencetuskan kejutan apabila suspek kini disiasat selepas dipercayai menanam janin di kawasan tanah perkuburan Islam, di sini





Rosmaini Disiasat Berkaitan Kes Tanam Janin Usia 12 Minggu – KP Kedah - Beautifulnara - 5/05 3:52 pm

Lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah dalam kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani kini turut disiasat berkaitan kes menanam janin di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Gufran pada 2 April lalu, memetik Sinar Harian





Lelaki P*kul Isteri Sehingga Keguguran Mengaku Tanam Janin Di Alor Setar - Lobakmerah - 5/05 2:47 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Tanda Cinta, Wanita Dapat Mas Kahwin Ladang Kelapa Sawit 2.5 Hektar & Sebuah Motor - Siakapkeli - 5/05 2:16 pm

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang menyatukan dua hati dari latar yang berbeza





Peluang akhir tawaran haji, kuota hampir penuh - Sinarharian - 5/05 11:56 am

MAKKAH Tempoh tawaran menunaikan haji bagi musim ini kini berada di fasa akhir dengan kuota penuh 31,600 jemaah Malaysia hampir dilengkapkan, sekali gus membuka peluang terakhir kepada mereka yang masih menunggu untuk merebut tempat ke Tanah Suci.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, setakat ini seramai 514 jemaah dilaporkan menangguhkan tawaran saat akhir, sekaligus memberikan harapan kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu untuk mengisi kekosongan ini bagi memastikan kuota yang ditetapkan dipenuhi sepenuhnya.Menurutnya, tempoh tawaran kini hanya berbaki dua hingga tiga hari lagi sebelum ditutup sepenuhnya.Dalam masa sama, beberapa kes penolakan turut direkodkan melibatkan jemaah yang tidak dapat meneruskan perjalanan ke Tanah Suci atas pelbagai faktor termasuk kematian, kemalangan serta masalah kesihatan."Terdapat juga kes tertentu seperti tempoh idah apabila berlaku kematian pasangan, menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan haji seperti dirancang," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa faktor kesihatan menjadi antara penyumbang utama apabila terdapat jemaah yang dilaporkan rebah ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dirujuk ke hospital di Malaysia untuk rawatan lanjut."Pelbagai sebab menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan haji sama ada kematian, kemalangan ataupun kesihatan," katanya.Dalam masa sama, beliau berkata, usaha terus dilakukan untuk mengisi sebarang kekosongan dengan menawarkan tempat kepada jemaah yang masih menunggu, selagi sistem Nusuk di bawah kerajaan Arab Saudi masih dibuka."Kita cuba untuk gantikan dengan mereka yang masih menunggu





Datuk Afdlin Shauki Hampir Rebah, Dipapah Orang Ramai Ketika Pengebumian Jalil Hamid - Beautifulnara - 5/05 9:26 am

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki dilihat dipapah orang ramai masuk ke dalam kereta sebelum beredar selepas menghadiri pengebumian pelakon veteran tanah air, Allahyarham Jalil Hamid, petang semalam





Tiada video bukti badal haji tapi kami sedia sijil - Sinarharian - 5/05 9:10 am

SHAH ALAM - Tidak mengemukakan video bukti badal haji kerana mahu bersikap adil dengan pelaksana di Tanah Suci, namun pemberi amanah atau pengupah dijanjikan sijil pengesahan pelaksanaan dan majlis tahlil kecil-kecilan di Malaysia sebaik selesai.Itu antara alasan diberi sebuah syarikat pelancongan dan umrah ketika wartawan Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran pakej badal haji murah dengan anggaran sekitar RM2,000 hingga RM3,500.Ia susulan peringatan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir pada Ahad agar rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan tawaran badal haji di bawah RM9,500 atau 9,000 riyal.Menurut wakil syarikat pelancongan umrah dan haji itu, pendaftaran servis badal haji di bawah kendalian pihaknya dibuka sehingga 30 April, namun dilanjutkan sehingga 8 Mei ini atas permintaan ramai.Dengan nada ramah dan cukup meyakinkan, wanita itu memberitahu tidak menyediakan sebarang bukti video badal haji selesai dibuat oleh pelaksana kononnya staf mereka di sana tua serta tidak mahir menggunakan gajet, namun dijamin berpengalaman luas."Tetapi memang akan dapat sijil pengesahan badal haji, satu penama satu pelaksana cuma kami tak ada video bukti pelaksanaan kerana di sana kami juga mahu adil untuk semua pihak."Jangan risau, ramai pelanggan yang buat badal haji dan kami laksanakan, ini amanah orang kan? Kami ada ramai staf di sana yang akan uruskan badal haji."Memang tidak ada masalah dan selepas selesai, kami akan buat majlis tahlil juga





UMNO 80 tahun: Kekal relevan, tapi perlu lebih responsif kepada suara .. - Mygazette - 5/05 8:03 am

# UMNO 80 tahun: Kekal relevan, tapi perlu lebih responsif kepada suara rakyat - Wan Rosdy KUALA LUMPUR - Menjangkau usia 80 tahun, UMNO kekal relevan dalam landskap politik negara namun perlu lebih responsif dan tangkas dalam menangani pandangan serta kritikan rakyat





Dia pelakon yang sangat berbakat – Aedy Ashraf - Utusan - 5/05 8:00 am

KUALA LUMPUR: Pelakon Aedy Ashraf mengakui sangat terkejut dengan pemergian pelakon veteran Jalil Hamid yang disifatkannya sebagai kehilangan besar buat industri seni tanah air





Ayah Terkilan Tak Dapat Tunai Haji – Anak Arwah Jalil Hamid - Rotikaya - 4/05 10:59 pm

Anak Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil berkata impian bapanya yang tidak kesampaian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji akibat masalah kesihatan jantung





Keadaan jemaah haji baik, hanya empat dirawat di hospital - Mygazette - 4/05 10:16 pm

# Keadaan jemaah haji baik, hanya empat dirawat di hospital Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun berkata, mereka merupakan 16 jemaah haji yang menerima rawatan di hospital setakat ini





PM ucap takziah pemergian Jalil Hamid - Mygazette - 4/05 10:16 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas pemergian pelakon dan penyanyi veteran, Jalil Hamid hari ini





Jangan terbuai nostalgia dua pertiga, UMNO perlu terima realiti – .. - Mygazette - 4/05 10:16 pm

# Jangan terbuai nostalgia dua pertiga, UMNO perlu terima realiti - Syed Hamid Albar KUALA LUMPUR - Ahli UMNO diingatkan supaya berhenti bernostalgia dengan kegemilangan masa lalu dan perlu berpijak di bumi nyata dalam mendepani landskap politik semasa yang sudah berubah sepenuhnya, demikian menurut tokoh veteran, Tan Sri Syed Hamid Albar





Bekas Ketua Pemuda Amanah Perlis sertai semula UMNO - Mygazette - 4/05 10:16 pm

# Bekas Ketua Pemuda Amanah Perlis sertai semula UMNO KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad mengumumkan menyertai semula UMNO bermula hari ini





'Ayah pernah luah mahu rumah baharu, mungkin inilah dimaksudkan' - Anak Jalil Hamid - Sinarharian - 4/05 10:08 pm

SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid ada meluahkan keinginan memiliki kediaman baharu jauh daripada kesibukan sehari sebelum beliau meninggal dunia tengah hari tadi.Anaknya Afiqah, 33, menyifatkan luahan itu seolah-olah menjadi petanda bapanya akan pergi, walaupun semasa itu tiada perubahan ketara dilihat pada tahap kesihatan Allahyarham."Kami makan malam bersama di rumah semalam dan semasa bersembang, ayah beritahu terasa hendak membeli rumah tetapi tidak mahu yang terletak di tepi lebuh raya. Bila teringat, mungkin ini rumah yang dimaksudkan," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini hari ini.Afiqah, anak kelima daripada enam beradik berkata bapanya menghidap masalah jantung bengkak menyebabkan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini tidak kesampaian.Bagaimanapun, keadaan Allahyarham dilaporkan stabil dan sepatutnya menjalani penggambaran malam ini selain merancang ke Singapura bagi menghadiri pelancaran buku biografinya pada minggu hadapan."Meskipun tidak dapat ke Tanah Suci, ayah tetap aktif seperti biasa





PM zahir takziah pemergian Jalil Hamid - Kosmo - 4/05 9:30 pm

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seniman tersohor tanah air, Abdul Jalil Abdul Hamid yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri kreatif negara





'Saya bukan lagi peguam Rosmaini, dia akan didakwa Khamis ini' - Kamal Hisham - Sinarharian - 4/05 8:52 pm

PUTRAJAYA Peniaga, Rosmaini Abdul Raof yang diperintah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun kerana mencederakan bekas isteri hingga koma, dijangka berdepan pertuduhan hampir sama membabitkan insiden yang menimpa isteri ketiga, yang mengalami keguguran, di Mahkamah Sungai Petani, Kedah, Khamis ini.Bagaimanapun, peguam, Kamal Hisham Jaafar berkata, pihaknya tidak lagi akan mewakili lelaki berusia 43 tahun tersebut dalam prosiding akan datang."Sebelum ini, atas dasar profesionalisme selaku seorang peguam, saya akur untuk membela Rosmaini sehingga ke peringkat terakhir di Mahkamah Rayuan namun perkara itu disalahtafsir oleh masyarakat sehingga sanggup memburukkan barisan peguam."Sedangkan, saya mewakili Rosmaini secara percuma iaitu 'pro bono', selepas isteri pertama dan anak-anaknya merayu meminta pertolongan."Jadi, selesainya rayuan ini, saya tidak mewakili Rosmaini lagi, termasuk kes-kes lain pada masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, Rosmaini kini ditahan di Penjara Kajang dan akan dibawa ke Kedah dalam masa terdekat bagi menghadapi pertuduhan tersebut.Buat masa ini katanya, anak guam kekal ditahan sekurang-kurangnya sehingga Rabu sebelum dibawa ke Utara tanah air.Ditanya mengenai penerimaan hukuman Mahkamah Rayuan, Kamal Hisham berkata, Rosmaini menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, namun masih menafikan kes yang menimpa bekas isterinya itu.Menurutnya, lelaki itu juga tidak akan memfailkan semakan ke Mahkamah Persekutuan di sini.Pada Isnin, Mahkamah Rayuan di sini, menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun terhadap Rosmaini.Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.Lelaki itu selaku perayu juga, dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada Jahidah, 48, melalui wakil keluarga yang menjaganya.Jika perayu gagal membayar pampasan berkenaan, dia akan dipenjara selama enam bulan.Mahkamah kemudian menolak rayuan akhirnya, (rayuan silang) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman, sekali gus menyebabkan dia diperintah ke Penjara Kajang serta-merta.Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas satu pertuduhan, sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki di belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor.Wanita itu dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail (kini berusia empat tahun lima bulan) secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU)





Jemaah haji sakit berpeluang wukuf di Arafah - Sinarharian - 4/05 6:38 pm

MAKKAH Di sebalik keterujaan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, hampir separuh jemaah haji Malaysia kini selamat tiba di Makkah dan Madinah, membawa bersama doa, harapan dan rasa syukur untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, setakat ini seramai 15,175 jemaah telah berada di Tanah Suci melibatkan 9,878 orang di Makkah dan 5,297 lagi di Madinah."Alhamdulillah, setakat jam 10 pagi, 4 Mei 2026, operasi penerbangan berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dengan 48 peratus keseluruhan penerbangan telah dilaksanakan," katanya.Menurutnya, pergerakan jemaah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga berjalan lancar termasuk ketibaan berperingkat ke Madinah dan Jeddah.Dalam perkembangan lain, jemaah haji Malaysia yang berdepan masalah kesihatan masih berpeluang untuk dibawa menunaikan ibadah wukuf di Arafah, kecuali mereka yang berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan.Mohd Hisham berkata, usaha tetap akan diteruskan bagi memastikan jemaah yang masih stabil tidak terlepas peluang melaksanakan rukun paling utama dalam ibadah haji itu."Bagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan atau prosedur intubasi, memang sukar untuk dipindahkan atas faktor keselamatan."Namun kita tetap berusaha sedaya upaya bersama pihak hospital Arab Saudi untuk membawa jemaah yang stabil menggunakan ambulans ke Arafah, sekurang-kurangnya untuk membolehkan mereka berwukuf walaupun seketika," katanya dalam sidang akhbar di sini.Beliau berkata, inisiatif tersebut adalah sebahagian usaha memastikan jemaah yang telah lama menunggu tidak terlepas rukun utama ibadah haji.Dalam perkembangan kesihatan, Mohd Hisham memaklumkan seramai 16 jemaah telah dirujuk ke hospital kerajaan Arab Saudi dengan kebanyakannya melibatkan kes kardiovaskular, pernafasan, saraf dan otot.Katanya, setakat ini hanya empat jemaah masih menerima rawatan di hospital sekitar Makkah dan Madinah, termasuk seorang yang masih memerlukan bantuan mesin pernafasan namun keadaannya masih stabil





Jalil Hamid pelakon versatil, mendidik dalam diam - Ogy Ahmad Daud - Sinarharian - 4/05 6:20 pm

SHAH ALAM - Pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air apabila beliau bukan sahaja dikenali sebagai pelakon versatil, malah memiliki peribadi yang rendah diri sepanjang perjalanan seninya.Seniwati, Fauziah Ahmad Daud berkata, arwah merupakan seorang yang komited dalam setiap amanah diberikan, selain memiliki ilmu lakonan yang luas tanpa pernah meninggi diri.Menurut Fauziah atau Ogy, kali terakhir mereka bergandingan adalah sebelum Ramadan lalu menerusi telemovie Calon Suami Untuk Neksu arahan Mior Hashim Manaf, selepas pernah bekerjasama sejak era 1980-an."Sepanjang bekerjasama dengan arwah termasuk menerusi drama Camelia, beliau sentiasa menampilkan kejujuran dalam lakonan sehingga secara tidak langsung menjadi teladan kepada rakan pelakon lain."Dalam diam, beliau mendidik kita





GSF 2.0: 10 aktivis Malaysia akan mulakan pelayaran kedua bila-bila masa - Sinarharian - 4/05 5:54 pm

SEPANG 10 aktivis Malaysia dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang ditahan rejim Zionis sebelum ini akan memulakan pelayaran kedua dalam misi menuju ke Gaza, pada bila-bila masa.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, mereka akan berlepas dan bergabung dengan aktivis antarabangsa dari Turkiye."Mereka (10 aktivis) sudah tiba di Istanbul pada 1 Mei lalu dan bukan sampai di Malaysia kerana perjuangan terus dilangsungkan."Setakat maklumat daripada Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mereka (dalam keadaan) baik, melalui satu fasa diculik secara haram di tengah malam," katanya pada sidang media khas perkembangan terkini GSF 2.0 pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Greece sudah dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di Kepulauan Crete, Greece.Dalam pada itu Sani Araby memaklumkan, SNCC juga sedang melakukan penilaian untuk menggerakkan flotilla yang dijangka akan bergabung dari Greece bersama sektor di Turkiye.Justeru menurutnya, kesemua 10 aktivis Malaysia tidak pulang ke tanah air dalam masa terdekat dan akan diberikan tugasan dari semasa ke semasa dan misi pelayaran akan dimaklumkan pada masa sesuai.Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut melancarkan gelombang kebangkitan menerusi kempen #BreakTheSilent dan #BreakTheSiege dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebagai usaha memperkukuh tekanan antarabangsa ke arah pembebasan Gaza."Setakat ini kita sudah menerima sokongan daripada banyak kepimpinan dunia termasuk dari OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)."Sokongan itu mencerminkan indikator awal perjuangan ini perlu digandakan dan diteruskan."Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk terus bersuara di pelbagai platform termasuk media sosial bagi menyokong pembebasan Gaza di samping melaksanakan solat hajat serta qunut Nazilah," ujarnya





JKM beri sokongan psikologi buat keluarga Nurfisya - Sinarharian - 4/05 4:55 pm

PARIT BUNTAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa kes bunuh seorang pelajar wanita yang ditemui dengan 61 kesan tikaman dalam kejadian di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pihak JKM telah menggerakkan pakar psikologi bagi membantu keluarga mangsa mengatasi trauma susulan kejadian tragis itu.Menurutnya, sesi kaunseling amat penting memandangkan kehilangan insan tersayang secara mengejut bukan sesuatu yang mudah diterima."JKM sendiri mempunyai pakar psikologi untuk memberi sesi kaunseling kepada keluarga supaya mereka dapat mengurangkan trauma yang dialami."Kehilangan orang tersayang dalam keadaan luar jangka seperti ini memberi kesan mendalam kepada keluarga," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kad Perak Sejahtera di Pasar raya Mydin di sini pada Isnin.Menurut Salbiah, pihak JKM telah pun turun ke rumah keluarga mangsa selepas kejadian bagi memberikan bantuan awal termasuk sokongan emosi.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberi kekuatan menghadapi ujian tersebut.Menurutnya, kerajaan negeri kini memberi tumpuan kepada program pengurusan emosi dan kesihatan mental dalam usaha menangani peningkatan kes jenayah melibatkan unsur keganasan."Di bawah portfolio saya dan juga Wanita Perak, kita mula fokus kepada program pengurusan emosi dan kesihatan mental bagi mengelakkan kejadian tidak diingini akibat hilang kawalan emosi."Kita tidak boleh bayangkan individu yang waras akan bertindak sedemikian, justeru langkah pencegahan perlu diperkasakan," ujarnya.Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Salbiah memaklumkan seramai 29 penerima Kad Perak Sejahtera di daerah Kerian menerima manfaat pada program berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan penerima di daerah itu sekitar 1,826 orang.Menurutnya, daripada 21,000 penerima yang diluluskan di seluruh negeri, seramai 20,268 individu telah menerima kad berkenaan setakat ini, manakala baki kira-kira 700 lagi akan disalurkan secara berperingkat.Media sebelum ini melaporkan, mangsa Nurfisya Zulkifly, 19, dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di atas jalan di kawasan sawah padi.Mayat mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 12.30 malam pada Khamis dengan kesan 61 tikaman pada badan, leher dan muka.Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Pada 2 Mei lalu, jenazah Nurfisya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor sekitar jam 5.30 pagi selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.





Jalil Hamid penghibur unik, bakat tersendiri - Fahmi - Sinarharian - 4/05 4:42 pm

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid sebagai penghibur unik dengan gaya dan bakat tersendiri.Menurut beliau, negara kehilangan sebutir lagi permata industri seni tanah air."Saudara Jalil Hamid merupakan seorang seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu."Segala jasa, bakti dan sumbangannya akan sentiasa dikenang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Allahyarham."Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini."Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman





Mat Sabu ucap takziah, Industri seni hilang permata - Harapandaily - 4/05 4:33 pm

Pemergian pelakon veteran tanah air, Abdul Jalil Hamid yang meninggal dunia dikediamannya tengahari tadi, disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri seni negara





Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri - Sinarharian - 4/05 3:47 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 11 negeri hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan 2.30 petang tadi memaklumkan kawasan terlibat meliputi Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).Amaran sama turut melibatkan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat).Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.Di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau dan Kudat





Pelakon, Pelawak Jalil Hamid Kembali Ke Rahmatullah - Wrlr - 4/05 3:03 pm

18 minutes ago Berita pemergian Jalil Hamid disahkan anaknya, Afiqah jam 12.30 tengah hari 4 Mei 2026





Jalil Hamid meninggal dunia - Sinarharian - 4/05 2:24 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelakon veteran tanah air, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.Berita sedih itu dikongsikan anaknya, Afiqah Jalil ketika dihubungi media sebentar tadi.Menurut Afiqah, ayahnya berada di rumah sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari."Betul, ayah saya meninggal dunia jam 12.30 tengah hari tadi dalam tidur."Pagi tadi dia bangun untuk solat Subuh, kemudian tidur semula





Jalil Hamid meninggal dunia - Mydateline - 4/05 2:15 pm

Pelakon veteran tanah air, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur, sekali gus mengejutkan ramai pihak terutama peminat dan rakan dalam industri seni





Ibu Simpan Tabung Sejak Kecil, Rezeki Remaja 18 Tahun Jadi Jemaah Haji Termuda Tahun Ini! - Siraplimau - 4/05 12:35 am

Pada usia 18 tahun, ketika kebanyakan remaja masih bergantung kepada ibu bapa, seorang jemaah haji termuda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini memilih jalan berbeza apabila berjaya menunaikan ibadah haji seorang diri. Berkat pendedahan dan didikan sejak kecil, bekas pelajar Maktab Tentera Diraja, Eusoff Azman akhirnya menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menyempurnakan Rukun Islam […] The post Ibu Simpan Tabung Sejak Kecil, Rezeki Remaja 18 Tahun Jadi Jemaah Haji Termuda Tahun Ini! first appeared on SirapLimau.com .





Dato’ David Teo Kongsi Pengalaman Dalam Industri Hiburan Tanah Air - Ohmedia - 4/05 1:13 am

Siapa tak kenal Dato David Teo? Beliau merupakan satu nama besar dalam industri perfileman tanah air





KBS sambut baik usul PKBM, sokong Velodrom Azizulhasni - Hotfm - 4/05 12:51 am

Taiping: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang sebagai aset yang sangat berharga dan sumbangan beliau perlu sentiasa diangkat serta dilestarikan demi kecemerlangan sukan tanah air.





Heritage dept hails discovery of ancient perahu in Kelantan - FMT - 3/05 9:30 pm

The department says the discovery has great historical value, illustrating the life of the Tanah Merah community who once depended entirely on the river as the main route for trade, communication and daily life.





'Saya terima apa pun keadaan dia, syukur mayat Nur Qaseh ditemui'- Datuk - Sinarharian - 3/05 9:05 pm

KAJANG - Suasana hiba di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang sebaik mayat kanak-kanak perempuan Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, tiba untuk proses bedah siasat.Kanak-kanak berkenaan ditemukan lemas selepas hilang tiga hari akibat terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras Jumaat lepas.Datuk mangsa Zulkarnain Ahmad, 57, berkata, walaupun seluruh ahli keluarga berduka dengan tragedi itu, mereka tetap bersyukur kerana mayat cucunya akhirnya ditemukan untuk dikebumikan dengan sempurna."Saya sebagai datuk bersyukur sangat setelah tiga hari kita tunggu dengan tak cukup tidurnya, makan pun tak lalu, akhirnya dia berjaya ditemui."Saya terima apa pun keadaan dia





Suami menyusul 'pergi' selepas beberapa jam isteri, anak dikebumi - Sinarharian - 3/05 4:35 pm

KOTA TINGGI Pemandu kereta Persona yang dilaporkan kritikal selepas terbabit nahas di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada petang Jumaat, menghembuskan nafas terakhir malam Sabtu.Kamilin Alias, 56, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.35 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru hanya beberapa jam selepas selesai pengebumian isteri dan anaknya yang terkorban dalam nahas jalan raya berkenaan.Kamilin Alias, 56 sebelum ini ditidurkan selepas mengalami cedera parah selepas kereta Proton Persona dipandu ketika dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Mersing terlibat kemalangan dengan Perodua Bezza.Akibat nahas itu isteri Rubeta Mohd, 51 dan anak bongsunya Nur Isyirah Syakirah, 14 yang turut menaiki kenderaan sama disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Anak ketiga mangsa, Mohd Aiman, 20 memaklumkan jenazah bapanya disolatkan di Masjid Taman Seri Saujana sebelum dikebumikan sebelah kubur ibu dan adiknya di Tanah Perkuburan Islam Dagang, Kampung Makam.Suasana pilu menyelubungi masjid apabila solat jenazah diimamkan sendiri anak kedua mangsa Mohd Izat, 22.Kira-kira 100 ahli keluarga, saudara mara juga kenalan Allahyarham hadir memberikan penghormatan terakhir di masjid dan di kubur.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada pukul 5.15 petang melibatkan kereta Proton Persona dinaiki sebuah keluarga dan sebuah Perodua Bezza.Menurutnya akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang Proton Persona telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandunya mengalami kecederaan parah





Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri - Sinarharian - 3/05 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, melibatkan kebanyakan negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).Turut dijangka terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Keadaan cuaca yang sama juga berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Miri (Subis dan Miri) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.- Bernama





'Qaseh kami ditemui jua akhirnya' - Sinarharian - 3/05 3:56 pm

KAJANG "Qaseh kami ditemui jua akhirnya, terima kasih atas doa kalian."Demikian luahan keluarga kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, selepas jasad mangsa ditemukan pada Ahad.Bapa saudara mangsa, Afiq Ahmad, 33, berkata, penemuan itu menamatkan penantian penuh debaran keluarga selepas lebih 40 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.Menurutnya, mereka sekeluarga amat terharu dengan sokongan berterusan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan sepanjang usaha pencarian berlangsung."Terima kasih kepada pihak media atas liputan yang membuka ruang untuk satu Malaysia mendoakan sepanjang usaha pencarian dijalankan serta tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk pasukan penyelamat yang terlibat dalam usaha SAR ini."Lepas lebih 40 jam, Qaseh kami telah ditemukan, sesungguhnya kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Katanya, pihaknya difahamkan urusan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini."Insha ALLAH, jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kehilangan Nur Qaseh Deandra yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini terungkai apabila mayatnya ditemukan pada Ahad.Mangsa, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui selepas operasi SAR dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi sejak hari kejadian.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat.Menurutnya, lokasi penemuan adalah kira-kira 10.6 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh





PKBM lulus usul tukar nama Velodrom Nasional kepada Velodrom Azizulhasni - Sinarharian - 3/05 3:43 pm

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meluluskan usul agar Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dinamakan semula sebagai Velodrom Azizulhasni bagi menghargai sumbangan besar Datuk Azizulhasni Awang kepada sukan berbasikal negara.Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata, usul itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli gabungan PKBM pada Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu hari ini dan akan dibawa ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pertimbangan memandangkan velodrom itu merupakan hak milik kerajaan."Hari ini, kami sebulat suara bersetuju untuk membawa hasrat ini (pertukaran nama Velodrom Nasional) kepada pihak KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN)





Permohonan pendakwa pinda pertuduhan kes Guan Eng diputuskan Rabu ini - Mygazette - 3/05 3:40 pm

# Permohonan pendakwa pinda pertuduhan kes Guan Eng diputuskan Rabu ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen menetapkan Rabu ini bagi memutuskan permohonan pendakwaan untuk meminda salah satu daripada empat pertuduhan rasuah terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan kes terowong dasar laut di negeri itu





Ibadah korban: Siapa yang lebih memerlukannya? - Utusan - 3/05 3:30 pm

IBADAH korban yang menjadi antara syiar utama umat Islam setiap kali sambutan Aidiladha semakin menunjukkan perkembangan yang menarik apabila ramai memilih untuk melaksanakannya di luar negara





'Terima kasih mak' - Simpanan ibu sejak kecil bawa remaja 18 tahun tunai haji, jemaah termuda tahun ini - Sinarharian - 3/05 2:22 pm

Kalau bukan kerana mak mula menyimpan dan merancang sejak saya masih kecil, mungkin saya tidak sampai ke sini hari ini. Alhamdulillah, tahun ini nama saya dipanggil (untuk menunaikan ibadah haji)."Apabila sampai di Tanah Suci, baru saya benar-benar faham mak bukan sekadar merancang masa depan saya di dunia, tetapi juga sudah memikirkan perjalanan akhirat sejak saya bayi," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.Eusoff, antara jemaah haji termuda Malaysia musim 1447H/2026M menyifatkan peluang menunaikan haji secara sendirian pada usia muda sebagai pengalaman paling bermakna, terutamanya ia kali pertama dia menjejakkan kaki ke luar negara tanpa ditemani keluarga.Anak keempat daripada enam beradik itu berkata ibu bapa serta beberapa adik-beradiknya telah menunaikan fardu haji, sebelum gilirannya tiba tahun ini, hasil budaya menabung sejak kecil.Walaupun tanpa kehadiran waris, bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) itu tidak pernah berasa terasing kerana dikelilingi rakan sebilik yang jauh lebih berusia yang telah dianggap seperti keluarga sendiri."Saya paling muda dalam kumpulan kerana rakan sebilik dalam lingkungan 50-an dan 60-an





20 Tahun Tak Pernah Keluarkan Simpanan, Hasil Jual Kuih Bawa Ke Tanah Suci - Siakapkeli - 3/05 12:07 am

20 Tahun Tak Pernah Keluarkan Simpanan, Hasil Jual Kuih Bawa Ke Tanah SuciMenunaikan haji adalah impian setiap umat Islam





Agenda bumiputera Kerajaan Madani lebih lantang, tegas dan berani - Anwar - Sinarharian - 3/05 12:00 am

KUALA LUMPUR - Agenda pemerkasaan bumiputera dilaksanakan dengan lebih lantang, tegas dan berani di bawah pentadbiran Kerajaan Madani sejak tiga tahun lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan itu, membuktikan kerajaan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan kaum bumiputera seperti yang didakwa sesetengah pihak.Beliau menarik perhatian, terhadap keputusan kerajaan memberikan tempat secara automatik ke program matrikulasi kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan 10A tanpa mengira kaum, namun pada masa yang sama tetap menjamin kuota sedia ada bagi bumiputera."Dalam masa yang sama, 90 peratus anak bumiputera turut diberikan peluang melalui program matrikulasi, sekali gus mencerminkan pendekatan inklusif kerajaan."Justeru, dalam perbahasan, jangan hanya memilih satu aspek sahaja tanpa melihat keseluruhan dasar secara menyeluruh, jangan cetuskan persepsi persaingan zero-sum game," kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Ahad.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.Perdana Menteri berkata, meskipun asas dasar kerajaan kekal konsisten dan tidak berubah, ia perlu dilaksanakan dengan kewarasan dan kebijaksanaan, bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.Beliau berkata, Malaysia tidak akan sesekali berganjak daripada prinsip justice as fairness, khususnya dalam memastikan pembelaan terhadap golongan yang terpinggir dan terabai.Perdana Menteri berkatab tanggungjawab memperkasakan agenda bumiputera turut diamanahkan kepada Timbalan Perdana Menteri serta barisan menteri, bagi memastikan pelaksanaannya diberi keutamaan serta dibentangkan secara menyeluruh pada peringkat Jemaah Menteri.Anwar berkata, sepanjang tiga tahun pentadbiran, pelbagai keputusan penting termasuk yang bersifat kontroversi, berjaya dicapai antaranya pengisytiharan Tanah Rizab Melayu yang merupakan antara langkah pertama seumpamanya dilakukan sejak 1997."Dalam pendidikan, peranan MARA terus diperkukuh dengan peningkatan peruntukan kepada RM43 bilion, yang memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta pelajar termasuk melalui pendekatan seperti Ulul Albab, yang membuktikan pelajar bumiputera mampu cemerlang dalam sistem pendidikan yang menyeluruh serta seimbang antara ilmu moden dan nilai agama," kata beliau.Dari sudut ekonomi, Anwar menarik perhatian mengenai perkembangan positif pendapatan isi rumah bumiputera yang meningkat lebih 10 peratus daripada sekitar RM6,300 pada 2022 kepada RM7,000 pada 2024, meskipun mengakui masih wujud jurang yang perlu diberi perhatian.Beliau berkata, selain mengutamakan pembasmian kemiskinan tegar yang kini membuahkan hasil di Pahang dan Perak, kerajaan turut menambah peruntukan pembangunan bagi negeri-negeri relatif lebih miskin, termasuk yang tidak bersama kerajaan Persekutuan menerusi peningkatan peruntukan yang signifikan.Selain itu, Anwar berkata, peruntukan kepada kementerian berkaitan luar bandar turut ditingkatkan, manakala kadar pengangguran mencatat penurunan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun."Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor bernilai tinggi, melalui kerjasama agensi seperti Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Selain itu, kerajaan menyasarkan penguasaan Bumiputera menjelang 2035 menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35)," kata Anwar.Perdana Menteri berkata, kerajaan juga menggerakkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, untuk melatih serta meningkatkan keupayaan bumiputera dalam bidang baharu seperti semikonduktor, tenaga hijau dan teknologi





Dari rasa risau ke syukur - Sinarharian - 3/05 10:31 am

MAKKAH - Pengalaman berada di Tanah Suci nyata memberi makna mendalam buat jemaah haji Malaysia apabila pelbagai cabaran awal seperti penyesuaian diri, faktor cuaca dan kebimbangan menjaga ahli keluarga bertukar menjadi kenangan penuh syukur dan keinsafan.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, setiap detik dilihat sebagai peluang berharga yang tidak ternilai.Rata-rata jemaah yang ditemui berkongsi pengalaman hampir sama, bermula dengan rasa teruja dan gusar, namun bertukar menjadi tenang hasil bantuan berterusan petugas Tabung Haji serta kemudahan yang disediakan.Paling menyentuh hati pastinya saat pertama kali melihat Kaabah, yang disifatkan sebagai detik sukar digambarkan dengan kata-kata dan meninggalkan kesan mendalam dalam diri setiap jemaah."Sudah hampir 10 hari saya berada di sini sebagai pengiring ayah





Haji sendirian pada usia 18 tahun - Sinarharian - 3/05 9:51 am

MAKKAH - Ketika ramai remaja di negara kita sedang melalui fasa mencari identiti diri, seorang anak muda berusia 18 tahun, melakar pengalaman luar biasa apabila berangkat ke Tanah Suci seorang diri untuk menunaikan ibadah haji.Yusof Razman, bekas pelajar Maktab Tentera Diraja berkata, peluang menunaikan ibadah haji itu adalah hasil perancangan awal ibunya yang mendaftarkannya sejak kecil lagi.Menurutnya, beliau didaftarkan seawal tahun 2008 dan bersyukur apabila namanya terpilih pada musim haji kali ini."Alhamdulillah, mak saya daftar sejak saya kecil





Tanah ini milik Ibu, bukan dia - FMT - 3/05 9:00 am

Ibu Soko bukan sekadar simbol adat, tetapi punca keabsahan kuasa dalam struktur luak Negeri Sembilan.





Hajat tunai haji bersama anak tak kesampaian, kasut jadi kenangan - Sinarharian - 3/05 8:20 am

MAKKAH - Hasrat seorang wanita untuk menunaikan ibadah haji bersama anak tersayang tidak kesampaian apabila zuriatnya itu dijemput Ilahi sebelum sempat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.Kisah menyayat hati itu dikongsikan pembimbing haji, Ustaz Mohd Firdus Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rock menerusi hantaran video di aplikasi ThreadsMenurutnya, beliau terserempak dengan jemaah wanita berkenaan sejurus selesai melakukan tawaf sebelum menegur kasut yang dipakai wanita itu."Hajah, elok pakai kasut, kasut itu lawa," ujarnya dalam video tersebut.Namun, jawapan yang diterima cukup menyentuh hati apabila wanita terbabit memaklumkan kasut tersebut adalah pemberian anaknya.Wanita itu sepatutnya menunaikan ibadah haji bersama anaknya, namun takdir ALLAH SWT menentukan sebaliknya apabila anaknya meninggal dunia terlebih dahulu.Ustaz Rock berkata,walaupun kini berada di Makkah, wanita berkenaan hanya mampu membawa kenangan berupa barangan pemberian arwah anaknya sepanjang berada di Tanah Suci.Mengulas lanjut, Ustaz Rock berkata, wanita itu pada awalnya meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menunaikan ibadah tanpa ditemani insan tersayang.Bagaimanapun, rakan sebiliknya tampil memberikan sokongan moral dengan mengajaknya meneruskan ibadah bersama.Rakan sebilik wanita itu turut tampil memberikan sokongan moral dengan memegang tangannya sambil mengajaknya meneruskan ibadah bersama."Kawan-kawan dia ahli bilik mak cik tadi terus pegang, eh tak, kita kawan-kawan, kita kawan sama-sama, jom sekali pergi saie," ujarnya.Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa ibadah haji adalah atas ketentuan ALLAH SWT yang memampukan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang."Itulah ALLAH takdirkan, ALLAH yang memampukan, tidak kira umur, kaya atau miskin





???No Retreat No Surrender??? – Pengerusi UMNO Kelantan - Mygazette - 3/05 7:33 am

# No Retreat No Surrender - Pengerusi UMNO Kelantan KUALA LUMPUR UMNO Kelantan menyeru seluruh pimpinan dan ahli parti agar bersatu mempertahankan kerajaan sedia ada yang disifatkan sebagai terbentuk atas titah Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan Perlembagaan





Surau al-Karamah: Hentikan polemik, fokus bina masjid baharu - Mygazette - 3/05 7:33 am

# Surau al-Karamah: Hentikan polemik, fokus bina masjid baharu IPOH Orang ramai diminta supaya menghentikan polemik berhubung surau lama, Surau al-Karamah Kampung Seri Keramat, Pasir Putih di sini yang dirobohkan baru-baru ini serta menerima keputusan yang telah dibuat dengan berlapang dada





Kami masih terkejut, mohon diberi ruang ??? Keluarga Nurfisya - Mygazette - 3/05 7:33 am

# Kami masih terkejut, mohon diberi ruang Keluarga Nurfisya KUALA KANGSAR Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga mangsa dipercayai dibunuh dengan 61 tikaman, Nurfisya Zulkifly, 19, di Kampung Batu Jarau, Karai di sini hari ini





Wanita muda M40 terhimpit, Puteri UMNO desak ekosistem sokongan lebih .. - Mygazette - 3/05 7:33 am

# Wanita muda M40 terhimpit, Puteri UMNO desak ekosistem sokongan lebih menyeluruh KUALA LUMPUR Golongan wanita muda dalam kategori M-40 yang berdepan tekanan kos sara hidup dan tanggungjawab berganda perlu diberi perhatian serius




Reformasi     >>



Jom turun ramai-ramai! – Meriahkan ceramah besar .. - Harapandaily
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak orang ramai hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan yang dijadual berlangsung malam ini di Paroi, Negeri Sembilan. Menurut beliau, kehadiran rakyat bukan sekadar untuk mendengar ceramah, tetapi sebagai simbol ..
Kroni     >>



Harga minyak susut tipis, Selat Hormuz terus tegang - Utusan
PETALING JAYA: Harga minyak merosot semalam selepas ditutup tinggi pada hari Isnin, ketika pedagang terus menilai risiko gangguan bekalan segera di tengah-tengah ketegangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Niaga hadapan untuk penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent untuk ..
Tabloid     >>



'Saya hanya terlewat beberapa minit, sebelum lihat Nur .. - Hmetro
Batu Pahat: Saya terlewat hanya beberapa minit sebelum melihat anak terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri, kata Asmilah Tukiran, 37, ibu kepada murid Tahun Dua yang menemui ajal selepas dilanggar van di hadapan sekolahnya tengah hari tadi. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



The iPhone 17 was the best-selling smartphone globally .. - Gsmarena
The Apple iPhone 17 was the best-selling smartphone globally in Q1 this year, according to data from Counterpoint. It represented an impressive 6% of all smartphones sold during the quarter. Just like in Q1 2025, its pricier siblings round out the Top 3 the iPhone 17 Pro Max and the iPhone ..
World     >>



Miscalculation over Strait of Hormuz could bring an .. - Aljazeera
Neither the US nor Iran are willing to compromise on the Strait of Hormuz, increasing the chance of miscalculation.
Motor Trend     >>



Suami isteri maut disyaki dilanggar pemandu mabuk, kes .. - Careta
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah ditahan bagi membantu siasatan. Menurutnya, suspek telah dibenarkan keluar hospital ..