///
See Also: Shutterstock

Search : Tanah Melayu News   Page 1    





KTMB sedia komuter tambahan sempena PRN Negeri Sembilan - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# KTMB sedia komuter tambahan sempena PRN Negeri Sembilan KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter tambahan selama tiga hari, bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), sempena Pilihan Raya Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2026





ADUN Semambu mahu hak aktivis alam sekitar terus dilindungi - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# ADUN Semambu mahu hak aktivis alam sekitar terus dilindungi KUANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang menyatakan solidariti penuh terhadap aktivis alam sekitar Shakila Zen yang dilapor telah dipanggil olis untuk memberi keterangan susulan hantaran di media sosial mengaitkan institusi diraja Pahang dengan aktiviti perlombongan pasir pada Mei lepas





Pengundi Ampangan mahu pemimpin tunaikan janji, bukan sekadar retorik .. - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Pengundi Ampangan mahu pemimpin tunaikan janji, bukan sekadar retorik politik SEREMBAN - Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan berpotensi menyaksikan perubahan apabila rakyat dilihat semakin matang dalam menilai prestasi serta kredibiliti parti politik dan pemimpin





Tiga juruukur sesat di hutan ditemukan selamat - Mygazette - 29/07 3:39 pm

DUNGUN - Tiga juruukur lelaki yang dilaporkan sesat ketika menjalankan kerja mengukur tanah di kawasan hutan di Kampung Tok Kah di sini ditemukan selamat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) malam tadi





2 lelaki China, 18 Indonesia didakwa jadi ahli sindiket penipuan dalam... - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# 2 lelaki China, 18 Indonesia didakwa jadi ahli sindiket penipuan dalam talian JOHOR BAHRU - Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM7,000 dan penjara sebulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli sindiket penipuan dalam talian atau love scam pada pertengahan bulan ini





SPRM, JIM tumpaskan sindiket godam Sistem MyIMMs, 12 ditahan - Mygazette - 29/07 3:39 pm

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009. - MalaysiaGazette Tanah Melayu kena jajah dulu sbb org org camni lah..





Chang Khim wajar minta maaf, jangan jadikan sejarah, identiti negara modal .. - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Chang Khim wajar minta maaf, jangan jadikan sejarah, identiti negara modal politik KUALA LUMPUR Datuk Teng Chang Khim perlu membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya mengenai istilah Tanah Melayu yang mencetuskan kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak





DAP perlu berhenti bermain dengan fakta sejarah, identiti negara - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# DAP perlu berhenti bermain dengan fakta sejarah, identiti negara KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa nama Tanah Melayu telah berakhir selepas Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa





Nama Tanah Melayu tidak pernah berakhir – Teo Kok Seong - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Nama Tanah Melayu tidak pernah berakhir - Teo Kok Seong KUALA LUMPUR - Kenyataan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa nama Tanah Melayu telah berakhir selepas Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa adalah mengelirukan dan satu kesilapan





Empat penggiat seni terima Anugerah Seni Daerah Tangkak 2026 - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Empat penggiat seni terima Anugerah Seni Daerah Tangkak 2026 TANGKAK - Empat penggiat seni pelbagai kaum menerima pengiktirafan dalam Anugerah Seni Daerah Tangkak sempena program Perkampungan Seni Budaya Tangkak 2026 Penggiat seni kategori kaum Melayu diberikan kepada Sabar Marie, 70, yang bergiat dalam persilatan dan kompang yang kini memimpin Kumpulan Kompang Bestari Kampung Sagil Parit 3





Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri - Sinarharian - 29/07 3:23 pm

SHAH ALAM Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 10 negeri sehingga jam 5 petang, Rabu.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1.40 tengah hari, amaran itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.Di Perak, amaran melibatkan daerah Pengkalan Hulu, manakala di Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.Bagi Negeri Sembilan, amaran meliputi Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol, manakala di Melaka hanya melibatkan daerah Jasin.Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Tangkak, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Selangau), Mukah dan Limbang.Di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).Selain itu, Wilayah Persekutuan Labuan turut berada dalam kawasan yang menerima amaran cuaca tersebut.METMalaysia menasihatkan orang ramai di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi agensi itu.





KTMB boosts Komuter and ETS services for Negeri Sembilan election, pauses KVDT2 works - Malaymail - 29/07 11:27 am

KUALA LUMPUR, July 29 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) is ramping up its KTM Komuter and ETS services over a...





Melayu belum boleh beri cek kosong kepada Umno, kata wartawan veteran - FMT - 29/07 11:15 am

A Kadir Jasin berkata apa jua gambaran Umno terhadap dirinya sama ada sebagai sebuah 'rumah', 'payung' atau 'kapal', yang penting ialah kepimpinannya.





Berjaya Hills, pemilik tanah gagal batal semakan kadar cukai tanah Pahang - FMT - 29/07 10:17 am

Mahkamah Rayuan berkata Majlis Tanah Negara hanya perlu meluluskan tempoh pelaksanaan semakan, bukan kadar baharu yang ditetapkan.





Kopera mula projek ekopelancongan Tasik Raban - Sinarharian - 29/07 9:45 am

IPOH - Pemberian geran koperasi sebanyak RM18,000 menjadi pemangkin kepada usaha Koperasi Perkobf Perak Berhad (Kopera) membangunkan tapak perkhemahan berkonsepkan ekopelancongan di Tasik Raban, Lenggong.Pengerusinya, Yaakub Ibrahim berkata, Geran Koperasi Perak (GKOP) daripada kerajaan negeri itu merupakan geran pertama yang diterima koperasi itu sejak ditubuhkan kira-kira 15 tahun lalu.Menurutnya, peruntukan tersebut akan digunakan bagi kerja-kerja asas termasuk pembinaan kemudahan tandas di kawasan tapak perkhemahan seluas kira-kira 0.6 hektar yang terletak berhadapan dengan pemandangan Tasik Raban."Kami menyewa tanah ini dan bercadang membangunkan kawasan sebagai campsite yang selesa dan mesra pengunjung."Kerja-kerja awal seperti pembersihan kawasan serta penyediaan kabin telah dilaksanakan





BN-PN bertahan lama atau sekadar 'kahwin kontrak' - Sinarharian - 29/07 8:30 am

PERSEFAHAMAN antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang diterjemahkan menerusi pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat memberi gambaran baharu landskap politik negara.Kerjasama yang suatu ketika dahulu dianggap sukar direalisasikan, kini dilihat sebagai strategi ampuh untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri sekali gus memaksimumkan peluang menewaskan lawan.Namun di sebalik itu, timbul persoalan sama ada kerjasama berkenaan mampu bertahan lama selepas pilihan raya atau sekadar kesepakatan sementara yang didorong oleh keperluan politik semasa yang diistilahkan sebagai 'kahwin kontrak'.Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, secara asasnya kerjasama BNPN bukan lahir daripada keserasian ideologi, sebaliknya didorong oleh keperluan politik semata-mata."Objektif utamanya adalah untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang terbukti sering memecahkan undi Melayu dan memberi kelebihan kepada pihak lawan."Ini strategi pilihan raya yang rasional, tetapi hakikatnya strategi tidak semestinya melahirkan kepercayaan





Ramalan BN menang 25 kerusi: Kami underdog, Zahid tak mahu terlalu yakin - Mygazette - 29/07 7:58 am

# Ramalan BN menang 25 kerusi: Kami underdog, Zahid tak mahu terlalu yakin SEREMBAN Walaupun ada ramalan awal Barisan Nasional (BN) akan memenangi 25 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan namun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya tidak mahu terlalu yakin mengenainya





Perkukuh agenda kemajuan negeri - Sinarharian - 29/07 7:30 am

PEMBANGUNAN sesebuah negeri bukan sahaja bergantung kepada dasar kerajaan, malah memerlukan sokongan serta kerjasama erat daripada rakyat.Bagi memastikan kemajuan dapat dinikmati secara menyeluruh, Negeri Sembilan terus memberi tumpuan kepada pembangunan yang seimbang meliputi aspek ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan kesejahteraan sosial.Di kawasan Palong, Seri Menanti dan Gemencheh, pelbagai potensi masih boleh diperkasakan menerusi kepimpinan yang memahami keperluan penduduk dan komited membawa aspirasi masyarakat ke peringkat lebih tinggi.Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar berkata, beliau mahu memastikan agenda pembangunan dirancang di kawasan itu dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.Menurutnya, tempoh perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini selama dua tahun lapan bulan masih belum mencukupi untuk merealisasikan semua perancangan yang telah dirangka."Keutamaan saya adalah meningkatkan kemudahan asas, memperkukuh ekonomi setempat, buka lebih banyak peluang kepada golongan belia dan usahawan, selain pastikan kebajikan rakyat terus menjadi fokus," katanya.Beliau berkata, pembangunan yang dibawa perlu bersifat inklusif dan tidak hanya memanfaatkan kelompok tertentu.Justeru katanya, beliau akan terus mendekati rakyat bagi memahami sendiri keperluan mereka supaya setiap dasar dan projek pembangunan benar-benar memberi impak kepada masyarakat.Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh pengundi Gemencheh supaya menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian kerana pilihan yang dibuat akan menentukan hala tuju pembangunan kawasan itu bagi tempoh lima tahun akan datang."Sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi, saya akan terus menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab, mendengar suara rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh demi kemajuan Gemencheh.Tingkatkan keselesaan pendudukDalam pada itu, bagi calon BN DUN Palong, Datuk Mustapha Nagoor berkata, antara keutamaan beliau ialah memastikan projek pelebaran jalan utama dan pencahayaan di kawasan itu dapat direalisasikan bagi menyokong pembangunan serta meningkatkan keselesaan penduduk.Menurutnya, walaupun projek berkenaan telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) ia memerlukan perhatian berterusan daripada wakil rakyat supaya dapat dilaksanakan mengikut jadual."Selain pelebaran jalan, saya juga mahu memastikan kemudahan lampu jalan dan pencahayaan dipertingkatkan dan penyelesaian Rumah Generasi Kedua dan pembahagian lot tanah dapat diselesaikan bagi memenuhi keperluan penduduk, khususnya golongan muda."Sebagai wakil rakyat, kita perlu memastikan setiap perancangan yang telah diluluskan benar-benar sampai kepada rakyat," katanya.Beliau yang juga penyandang kerusi itu turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan berdasarkan rekod prestasi dan pembangunan yang telah dibuktikan."Data tidak pernah menipu





'UMNO tidak pernah tutup pintu penyatuan Melayu' - Razlan - Sinarharian - 28/07 10:39 pm

SHAH ALAM - UMNO tidak pernah menutup pintu terhadap usaha menyatukan orang Melayu dan Islam, termasuk membabitkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berasaskan matlamat memperkukuh kedudukan bangsa serta negara.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii menjelaskan, usaha itu tidak seharusnya terus dibelenggu dengan pertelingkahan politik lampau kerana generasi hari ini perlu melihat kepentingan lebih besar demi masa depan negara serta kepentingan orang Melayu."Pelbagai episod yang pernah berlaku sebelum ini termasuk isu 'Amanat Hadi' dan perpecahan dalam masyarakat Melayu perlu dilihat sebagai sejarah yang tidak wajar diheret berpanjangan."Kita kena faham, selagi mana kita nampak titik pertemuan untuk kita bersama, kita kena perjuangkan perkara itu kerana itulah yang akan menjamin masa depan kita."Kalau perkara itu boleh diterjemahkan dari sudut politik, itulah hasrat kita untuk melihat orang Melayu bersatu," katanya.Beliau berkata demikian dalam program Berani Semuka Sinar Harian bertajuk 'Seteru Jadi Kawan, Kawan Jadi Seteru: Politik Matang atau Huru-hara', yang turut disertai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Hasbie Muda dan Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Mengulas gesaan supaya Pas menarik balik Amanat Hadi yang pernah diucapkan Presiden Pas itu di Banggol Peradong, Terengganu pada April 1981, Razlan menegaskan, perkara itu diserahkan kepada ketentuan ALLAH SWT dan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha mencari titik persefahaman.Malah beliau menjelaskan, banyak perkara yang berlaku pada masa lalu termasuk kewujudan dua imam, isu kenduri dan perpecahan dalam masyarakat Melayu tidak sepatutnya terus dijadikan asas permusuhan politik."Hari ini zaman kita yang muda-muda, takkan kita nak heret perkara-perkara itu sehingga menyebabkan orang Melayu terus bergaduh."Orang Melayu kena fikirkan negara ini satu-satunya tanah Melayu





'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu - Sinarharian - 28/07 10:18 pm

MARAN - [DIKEMAS KINI] "Saya langsung tidak sangka orang yang terbabit dalam kemalangan itu sebenarnya anak saya sendiri."Demikian luahan pilu Zaimizan Silong, 51, yang tidak menyedari mangsa kemalangan yang dilihatnya ketika melalui lokasi nahas di Maran pada awal pagi Selasa merupakan anak kandungnya, Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha'ari, 20.Menurutnya, dia melalui lokasi kejadian ketika dalam perjalanan menghantar sarapan ke sebuah pejabat kerajaan sebelum dimaklumkan anaknya terbabit dalam nahas tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Identiti tiga mangsa maut dikenal pasti"Saya nampak mangsa sudah ditutup dan ada perasan kereta itu macam kereta kawan dia, tetapi saya nafikan dalam hati bahawa itu bukan anak saya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jengka pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, kemalangan berkenaan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Alza, Myvi dan Kancil.Muhammad Arif Daniel merupakan penumpang Perodua Alza terkorban dalam nahas tersebut.Sementara pemandu dan seorang lagi penumpang kereta itu cuma mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatanDua lagi mangsa iaitu pemandu Perodua Myvi, Masitah Mohd Soad, 59, bersama penumpangnya, Salbiah Mohamad Sah, 76, turut terkorban dalam kejadian itu.Manakala pemandu Perodua Kancil disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.Zaimizan berkata, sebelum kejadian, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada malam Isnin selepas memaklumkan mahu keluar bersama seorang rakan.Menurutnya, Muhammad Arif Daniel yang bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp supaya dia dikejutkan awal pagi kerana perlu hadir bekerja kira-kira jam 8 pagi."Saya bangun pagi dan tengok dia sudah tiada di bilik





'Tak takut jika kembali jadi pembangkang' - Mohd Hasbie - Sinarharian - 28/07 10:11 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda menegaskan pihaknya tidak gentar sekiranya perlu kembali menjadi pembangkang jika senario politik semasa menyebabkan Kerajaan Perpaduan kehilangan majoriti di Parlimen.Menurut beliau, Amanah sudah berpengalaman berada di blok pembangkang, justeru perkara itu bukan sesuatu yang membimbangkan berbanding keperluan memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara."Soal risau tak risau ini tak timbul





Wawasan mahu 'makan pasaran' PKR, Amanah dan DAP, bukan pecah undi Melayu - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 28/07 9:41 pm

SHAH ALAM - Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyasarkan untuk 'makan pasaran' Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dengan menarik sokongan pengundi yang kecewa terhadap Pakatan Harapan (PH), bukannya untuk memecahkan undi Melayu.Ketua Penerangan Wawasan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, strategi itu merupakan antara pendekatan parti berkenaan bagi memperkukuhkan sokongan Perikatan Nasional (PN), selain menembusi kelompok pengundi pertengahan yang sebelum ini sukar memberikan sokongan kepada gabungan tersebut.Menurutnya, Wawasan mahu meraih sokongan pengundi PKR, Amanah dan DAP yang tidak lagi yakin dengan PH."Kami sebenarnya bergerak ke arah kelompok tengah





'Tidak mustahil BN-PN boleh pergi jauh' - Razlan - Sinarharian - 28/07 9:30 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu menjalin kerjasama lebih erat pada masa depan sekiranya ia selari dengan kehendak rakyat.Beliau berkata, selepas lebih tiga tahun bersama Kerajaan Perpaduan, UMNO sentiasa mendapatkan maklum balas daripada akar umbi menerusi pertemuan di peringkat cawangan dan bahagian.Menurutnya, pelbagai isu yang dibangkitkan ahli serta penyokong parti menunjukkan masih terdapat perkara yang belum diselesaikan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu."Kita kena pastikan denyut nadi rakyat





Kami tak mungkin menang 40 kerusi tanpa Melayu, DAP jawab MCA - FMT - 28/07 6:31 pm

Naib pengerusi DAP tepis dakwaan ia gagal tarik sokongan Melayu sambil bangkitkan kejayaan pertahan kerusi dengan komposisi terbesar pengundi Melayu seperti Bangi.





Minta dikejutkan awal pagi jadi pesanan terakhir Arif Daniel sebelum maut - Sinarharian - 28/07 6:30 pm

MARAN - [DIKEMAS KINI] Pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp supaya dikejutkan awal pagi menjadi komunikasi terakhir antara Muhammad Arif Daniel Mohd Norshaari, 20, bersama ibunya sebelum dia maut dalam kemalangan di Maran, awal pagi Selasa.Ibu mangsa, Zaimizan Silong, 51, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada malam sebelum kejadian selepas memaklumkan mahu keluar bersama seorang rakan.Menurutnya, Muhammad Arif Daniel yang bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor turut berpesan supaya dirinya dikejutkan awal pagi kerana perlu hadir bekerja kira-kira jam 8 pagi."Saya bangun pagi dan tengok dia sudah tiada di bilik





Monorel Putrajaya tidak berdaya maju untuk diteruskan - MOT - Sinarharian - 28/07 4:38 pm

KUALA LUMPUR - Projek monorel Putrajaya yang terbengkalai sejak 2004 didapati tidak berdaya maju untuk diteruskan berdasarkan keadaan infrastruktur rel sedia ada, termasuk terowong bawah tanah yang telah lama terbiar.Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa memaklumkan dapatan itu diperoleh menerusi Kajian Pengangkutan Awam di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang yang turut menilai kebolehlaksanaan sistem monorel berkenaan."Ia memerlukan kajian lanjutan terperinci seperti ujian integriti struktur untuk mengenal pasti keadaan sebenar struktur yang sudah lama terbengkalai," menurut MOT.Perkara itu bagi menjawab soalan Senator Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman yang ingin tahu sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk meneruskan semula projek monorel Putrajaya yang terbengkalai dengan memperluas rangkaiannya bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.Sebagai alternatif, kementerian itu memaklumkan perkhidmatan Bas Nadi Putra kini melibatkan tujuh laluan dengan 26 bas dan merekodkan purata 2,246 penumpang pada hari bekerja.Perkhidmatan bas perantara pula merangkumi dua laluan dengan lapan bas dan purata 1,173 penumpang, manakala 'Rapid On-Demand' melibatkan tiga laluan dengan sembilan van serta purata 315 penumpang pada hari bekerja."Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti dan ketersambungan pengangkutan awam di Putrajaya melalui penyelesaian mobiliti yang lebih fleksibel dan menyeluruh," menurut kementerian itu





Pelajar perlu kuasai bahasa Inggeris tanpa abaikan bahasa Melayu – .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Pelajar perlu kuasai bahasa Inggeris tanpa abaikan bahasa Melayu - Anwar KUALA LUMPUR - Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar perlu dipertingkatkan sekiranya mahu mengangkat martbat Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat di persada global





Bersatu sangkal dakwaan sertai PRN kerana mahu pecah undi ??? Tun Faisal - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Bersatu sangkal dakwaan sertai PRN kerana mahu pecah undi Tun Faisal SEREMBAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan parti itu menyertai Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan hanya semata-mata untuk memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH)





BN mungkin mendahului PH - Mygazette - 28/07 3:47 pm

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan kekalahan serius dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan perubahan sentimen pengundi Melayu dan bukan Melayu terhadap gabungan itu





DAP patut nilai mengapa gagal tarik sokongan Melayu seperti MCA, kata Wee - FMT - 28/07 1:56 pm

Wee Jeck Seng mendakwa pengundi Melayu menyokong MCA kerana menghormati dan mengiktiraf sumbangan parti komponen BN itu.





Dunia Melayu di luar Sanusi - FMT - 28/07 9:30 am

Sanusi Nor dan Nga Kor Ming jika bersepakat, saya yakin akan mencetuskan 'chemistry' luar biasa dalam memacu Malaysia ke arah yang lebih baik.





Sanusi mula hantar LOD, lebih ramai bakal disaman - Sinarharian - 28/07 9:02 am

ALOR SETAR Pasukan peguam Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang menjalankan proses penyerahan surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah dalam ucapan yang disampaikan di Negeri Sembilan baru-baru ini.Menurut Muhammad Sanusi, lebih ramai individu berada dalam senarai untuk menerima LOD sekiranya didapati melakukan tindakan sama, termasuk memutar belit, menokok tambah dan mengulas kenyataannya di luar konteks sebenar."Penyerahan LOD ini sedang diuruskan oleh pasukan peguam."Ada ramai lagi dalam senarai untuk menerima LOD seumpama ini dengan tuntutan yang sesuai mengikut tindakan mereka."Mereka memutar belit, menokok tambah, mengada-adakan perkara yang tiada, memberi komen berasaskan sumber yang telah diputar belit tanpa diperiksa, selain memesong dan memanipulasi ucapan saya di luar maksud sebenar."Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua," katanya yang dipetik di media sosialnya pada Selasa.Pada Sabtu lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang didakwa memanipulasi kenyataannya berkaitan sejarah demi kepentingan politik.Beliau turut memaklumkan laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataan berkenaan, sambil menegaskan ucapan yang disampaikan hanyalah berdasarkan fakta sejarah dan tidak ditujukan kepada mana-mana kaum atau pihak tertentu.Difahamkan, antara individu terawal menerima LOD ialah Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.Menerusi surat tuntutan yang dikeluarkan firma guaman Faizi & Associates bertarikh 27 Julai, Muhammad Sanusi mendakwa Dr Sathia telah memfitnah beliau menerusi kenyataan media dan video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya berhubung ucapan yang disampaikan di Negeri Sembilan baru-baru ini.Surat itu mendakwa Dr Sathia secara tidak tepat mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan berbunyi 'India baliklah India' dan 'Cina baliklah China', sedangkan frasa tersebut didakwa tidak pernah diucapkan oleh Menteri Besar Kedah itu.Sebaliknya, surat berkenaan menyatakan ucapan sebenar Muhammad Sanusi hanya menjelaskan bahawa orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sebagai tanah air mereka, manakala bangsa lain mempunyai negara asal masing-masing.Peguam beliau turut mendakwa tindakan memetik sebahagian ucapan, menambah perkataan tertentu serta menyunting rakaman video telah menjejaskan reputasi anak guam mereka dan dilakukan dengan niat jahat.Sehubungan itu, Dr Sathia dituntut dalam tempoh tujuh hari untuk menarik balik video TikTok berkenaan, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, selain mencadangkan jumlah ganti rugi kepada Muhammad Sanusi.Surat berkenaan turut menyatakan tindakan undang-undang akan dimulakan tanpa sebarang notis lanjut sekiranya tuntutan tersebut gagal dipenuhi.Sebelum itu, Dr Sathia dilaporkan mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan Muhammad Sanusi dengan menggunakan perkataan 'balik'.Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap Menteri Besar Kedah berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden juga turut mendakwa Dr Sathia memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka.Susulan kontroversi itu, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia bagi membolehkan siasatan dijalankan.





Anwar umum wakaf dakwah, Perkim diperkasa suara Islam sederhana - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Anwar umum wakaf dakwah, Perkim diperkasa suara Islam sederhana KUALA LUMPUR Kerajaan akan memulakan perbincangan bagi memperkasakan inisiatif Wakaf Dakwah di negara ini termasuk melibatkan beberapa kementerian berkaitan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu





Pekerja kilang papan gempar terima ugutan bom tangan - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Pekerja kilang papan gempar terima ugutan bom tangan SUNGAI PETANI - Pekerja sebuah kilang papan di Bukit Selambau di sini digemparkan dengan penemuan objek seakan bom tangan berserta nota ugutan yang diletakkan di hadapan pintu utama bangunan pejabat kilang tersebut, pagi tadi





Hamzah tempelak dakwaan BN-PN hanya bela Melayu, Islam - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Hamzah tempelak dakwaan BN-PN hanya bela Melayu, Islam SEREMBAN - Presiden Parti Wawasan Negara (PWN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menolak dakwaan bahawa gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam





UMNO Parit Sulong bawa usul BN gerak solo hadapi PRU-16 - Mygazette - 28/07 8:07 am

# UMNO Parit Sulong bawa usul BN gerak solo hadapi PRU-16 BATU PAHAT - UMNO Bahagian Parit Sulong mengusulkan Barisan Nasional (BN) bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti





PRN N. Sembilan: Ambil tindakan segera pihak kempen kaitkan istana dengan .. - Mygazette - 28/07 8:07 am

# PRN N





Zahid nafi BN-PN bergaduh, perbezaan pandangan bukan konflik Zahid nafi .. - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Zahid nafi BN-PN bergaduh, perbezaan pandangan bukan konflik SEREMBAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr





DAP menang kuasa, kalah rebut hati Melayu? - FMT - 28/07 7:30 am

Cabaran terbesar DAP bukan lagi bagaimana untuk berada dalam kerajaan tapi bagaimana meyakinkan kelompok yang selama ini sukar menerima kewujudannya.





Sanusi hantar surat tuntutan kepada pemimpin PKR berkait ucapan Tanah Melayu - FMT - 28/07 7:03 am

Menteri besar Kedah minta Dr Sathia Prakash padam video, mohon maaf, dan bayar ganti rugi dalam tempoh tujuh hari.





Pekerja kilang papan gempar terima ugutan bom tangan - FMT - 27/07 9:16 pm

Nota bertulis tangan dalam bahasa Melayu diletakkan bersebelahan objek itu menggunakan dakwat merah dengan ugutan agar satu operasi dihentikan.





Pulo tolak dakwaan kaitkan Malaysia biaya perjuangan Patani - Sinarharian - 27/07 6:56 pm

KOTA BHARU - Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (Pulo) menolak sebarang cubaan mengaitkan Malaysia dengan dakwaan pemberian sokongan atau pembiayaan kepada perjuangan Patani tanpa bukti yang kukuh dan boleh disahkan.Presiden Pulo, Kasturi Mahkota berkata, sebarang tuduhan berkaitan perkara itu perlu berasaskan fakta, bukannya spekulasi atau andaian yang boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand."Sebarang dakwaan seperti ini hendaklah disokong dengan bukti yang kukuh dan boleh disahkan."Janganlah membuat tuduhan berdasarkan spekulasi atau andaian kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara Thailand dan Malaysia serta mengganggu usaha ke arah perdamaian," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, Malaysia selama ini memainkan peranan penting sebagai fasilitator dalam proses dialog damai antara pihak berkaitan konflik selatan Thailand dan peranan itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai bentuk sokongan terhadap mana-mana pihak dalam konflik tersebut.Kasturi berkata, penglibatan Malaysia dalam proses berkenaan perlu dilihat sebagai usaha diplomasi bagi membantu mencari penyelesaian politik secara aman dan menyeluruh."Malaysia memainkan peranan penting sebagai fasilitator dalam proses dialog damai."Pulo melihat peranan tersebut sebagai satu usaha untuk membantu mencari penyelesaian politik secara aman dan bukannya sebagai bukti sokongan terhadap mana-mana pihak," katanya.Beliau turut menggesa semua pihak termasuk media supaya melaporkan isu berkaitan konflik Patani secara bertanggungjawab dengan berpandukan fakta selain mengelakkan penyebaran dakwaan yang boleh menjejaskan proses perdamaian.Katanya, keutamaan semua pihak seharusnya adalah mencari jalan bagi menamatkan konflik dan mewujudkan keamanan berkekalan di Patani."Pulo tetap menyokong proses dialog dan rundingan damai yang inklusif, serta menghargai peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam usaha menuju kepada penyelesaian yang aman, adil, menyeluruh dan berkekalan," katanya.Isu kaitan Malaysia dengan perjuangan Patani sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila wujud dakwaan daripada beberapa pihak mengenai kemungkinan sokongan dari wilayah Malaysia terhadap kumpulan tertentu.Konflik di selatan Thailand melibatkan isu sejarah, identiti, politik dan tuntutan masyarakat Melayu Patani dengan pelbagai pihak sejak sekian lama terlibat dalam usaha mencari penyelesaian melalui rundingan serta pendekatan politik.





'Pas pilih kawan dan lawan bukan kerana Melayu atau Islam, tetapi kerusi' - Marzuki - Sinarharian - 27/07 6:45 pm

SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa Pas memilih rakan dan lawan politik bukan kerana ketuanan Melayu atau ketuanan Islam, sebaliknya kerana kerusi.Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999, Pas memilih untuk bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional dan DAP.Menurutnya, kerjasama itu menguntungkan Pas apabila memenangi 27 kerusi Parlimen, iaitu jumlah terbanyak dalam sejarah parti itu pada ketika berkenaan."PRU15 pula Pas pilih berkawan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





PRN Negeri Sembilan: 'BN-PN tak bergaduh, beza pendapat pun tidak' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 27/07 6:25 pm

Itu bukannya satu pergaduhan tapi hanya pandangan kita," katanyaketika ditemui pemberita selepas Program Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 di sini pada Isnin.Ini kerana beliau berpendapat, geopolitik di sesebuah negeri itu adalah berbeza dan kenyataan tersebut tidak sesuai dikeluarkan di Negeri Sembilan."Geopolitik di sesebuah negeri itu berbeza dengan sebuah negeri lain. Mungkin apa yang dikeluarkan itu sesuai untuk negerinya tapi tidak sesuai di Negeri Sembilan."Tapi ini bukan satu pergaduhan, tetapi satu yang pada hemat saya tidak seharusnya berlaku," katanya.Tanpa menyebut sebarang nama, kenyataan Ahmad Zahid terbabit dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Ia susulan ucapan Muhammad Sanusi dalam ceramah di Jempol baru-baru ini yang didakwa menyentuh mengenai sejarah Tanah Melayu dan kedudukan orang Melayu yang dikatakan semakin terhakis dari aspek ekonomi serta politik.Kenyataan berkenaan menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuk Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong yang mendakwa kenyataan tersebut berbaur perkauman dan bersifat hasutan.Selain itu Ahmad Zahid menegaskan bahawa BN sentiasa menghormati Institusi Diraja Negeri Sembilan termasuk Undang Yang Empat."Alhamdulillah kempen-kempen yang kita jalankan tidak menyentuh perkara itu."Mungkin ada pihak lain yang menyentuh sebab kami berpegang bahawa Institusi Raja-Raja mesti dipertahankan, begitu juga institusi Undang Yang Empat dalam konteks di Negeri Sembilan."Untuk itu, saya ingin ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menyentuh mengenai perkara itu,"katanya.Istana Negeri Sembilan menegaskan sebarang dakwaan yang mengaitkan pihaknya dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar.Menerusi kenyataan media dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, semua parti politik dinasihatkan tidak mengaitkan istana semasa ceramah dan kempen Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan.





Video tular dakwa Istana Negeri Sembilan dipegang DAP, PH Jeram Padang lapor polis - Sinarharian - 27/07 6:14 pm

JEMPOL - Pakatan Harapan (PH) Dewan Undang Negeri (DUN) Jeram Padang membuat laporan polis berhubung satu rakaman video yang mengandungi kenyataan didakwa memfitnah Institusi Diraja Negeri Sembilan.Calon PH DUN Jeram Padang, G Manivannan berkata, laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil calonnya di Balai Polis Rompin pada Isnin."Dalam rakaman video tersebut, seorang individu yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau telah menyampaikan ucapan di hadapan orang ramai dan antara lain menyatakan, 'sampai Istana, sampai negeri, sampai kuasa negeri, Menteri Besar kita habis dipegang oleh DAP ni'."Berdasarkan kenyataan itu, individu berkenaan didakwa memberi gambaran bahawa Institusi Diraja Negeri Sembilan dan kerajaan negeri berada di bawah kawalan parti politik DAP."Saya mendapati kenyataan itu mengelirukan





Aminuddin rayu pengundi awal pilih PH demi kesinambungan pembangunan - Sinarharian - 27/07 5:38 pm

PORT DICKSON - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru pengundi awal yang akan menunaikan tanggungjawab mereka esok supaya memberikan sokongan kepada PH bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri itu dapat diteruskan.Beliau berkata, mandat yang diberikan kepada PH amat penting untuk memastikan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk penyediaan perumahan mampu milik terus diperkasakan demi manfaat rakyat."Esok bermulanya pengundian awal





Sejarah asal-usul bukan alasan persoal kedudukan Cina, India di Malaysia - PKR Tambun - Sinarharian - 27/07 5:04 pm

IPOH Asal-usul nenek moyang rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India tidak boleh dijadikan alasan untuk mempersoalkan kedudukan mereka sebagai warganegara yang sah.Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tambun, Kalaimughilan Arjunan berkata, kewarganegaraan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan selain mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama seperti mana-mana rakyat Malaysia lain.Menurutnya, walaupun sebahagian masyarakat berketurunan Cina dan India mempunyai susur galur dari negara asal nenek moyang mereka, hakikat itu tidak menjejaskan status mereka sebagai rakyat Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Sanusi tidak wajar, boleh lukakan hati rakyat - Chang Lih Kang'Tak akan Sanusi nak cakap perkauman, PN pun ada pengundi bukan Melayu' - ShahidanUcapan Sanusi dipetik di luar konteks, beliau hanya nyatakan sejarah - Penganalisis politikDr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasatKenyataan Sanusi: Jangan manipulasi untuk raih sokongan politik - Syed Ali"Apakah mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh seorang Menteri Besar kepada rakyat Malaysia, adakah kami rakyat berbangsa Cina dan India merupakan warganegara kelas kedua atau dianaktirikan?"Sekiranya apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina atau India ketika berada di luar negara, Malaysia yang akan melindungi mereka dan bukannya China atau India," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menyentuh isu berkaitan asal-usul rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.Kalaimughilan berkata, PRN Negeri Sembilan sepatutnya menjadi medan untuk parti-parti politik menawarkan dasar, idea dan penyelesaian terhadap masalah rakyat, bukannya mengapi-apikan sentimen perkauman atau mempersoalkan kesetiaan rakyat berdasarkan kaum.Beliau turut mendakwa politik yang dimainkan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) menggunakan sentimen kaum dan agama bukanlah sesuatu yang baharu.Menurutnya, Malaysia dibina atas semangat perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum sebagaimana yang ditekankan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.Sehubungan itu, beliau menggesa Muhammad Sanusi menarik balik kenyataan berkenaan serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung.Dalam pada itu beliau turut menyeru pengundi di Negeri Sembilan supaya membuat penilaian secara bijaksana dengan memilih pemimpin yang mengamalkan politik perpaduan, menghormati kepelbagaian kaum dan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu rakyat bukannya menjadikan agama serta perkauman sebagai senjata politik.Terdahulu dalam penjelasannya mengenai perkara tersebut, Muhammad Sanusi menegaskan, ucapannya yang menyatakan orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu tidak seharusnya dianggap sebagai kenyataan perkauman atau cubaan menafikan kewarganegaraan rakyat Malaysia bukan Melayu.Beliau yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PN menegaskan ucapan itu berpaksikan fakta sejarah yang pernah direkodkan dalam Parlimen British sejak 1946.





UMNO idam kerusi DUN Tebing Tinggi - Sinarharian - 27/07 4:29 pm

IPOH UMNO Bahagian Ipoh Timur mahu calon dari parti itu diberi peluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ketetapan itu dibuat sebulat suara di dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Ipoh Timur dengan alasan langkah berkenaan merupakan formula terbaik bagi mengembalikan kemenangan BN di kerusi tersebut berdasarkan sentimen semasa serta kebolehmenangan parti.Menurut usul berkenaan, calon yang dipilih perlu memiliki kewibawaan, berkelayakan tinggi serta mendapat keyakinan dan penerimaan majoriti pengundi tempatan."Kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Tebing Tinggi menjadi matlamat utama akar umbi UMNO Bahagian Ipoh Timur."Formula untuk merampas dan memenangi kerusi ini menuntut BN meletakkan calon yang bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan tinggi, malah diyakini sepenuhnya serta boleh diterima oleh majoriti pengundi tempatan," katanya.Mesyuarat tersebut disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman pada Ahad.UMNO Bahagian Ipoh Timur turut berpandangan perubahan demografi pengundi dan sentimen semasa di DUN Tebing Tinggi memerlukan kepimpinan Melayu yang kompeten serta berupaya mewakili semua lapisan masyarakat.Menurut kenyataan itu lagi, rekod UMNO yang konsisten mendampingi rakyat tanpa mengira kaum menjadi asas kukuh untuk parti berkenaan diberikan mandat bertanding di kerusi tersebut.Selain itu, UMNO Bahagian Ipoh Timur juga berpandangan rakyat di kawasan berkenaan kini memerlukan kepimpinan yang progresif, berdaya saing dan berkesan dalam mendepani cabaran politik, sosial serta ekonomi semasa.Jelas usul itu, calon UMNO yang disokong jentera parti, logistik tersusun dan kekuatan akar umbi diyakini mampu memperkukuhkan peluang kemenangan BN serta memastikan pentadbiran yang lebih berkesan.Sehubungan itu, UMNO Bahagian Ipoh Timur menggesa kepimpinan UMNO dan BN di peringkat negeri serta pusat menyusun semula dan memuktamadkan pembahagian kerusi PRU16 dengan memberikan DUN Tebing Tinggi kepada UMNO.Menurutnya, keputusan pembahagian kerusi perlu dibuat berdasarkan fakta demografi pengundi, realiti sokongan semasa serta faktor kebolehmenangan parti bagi memastikan BN mampu meraih kemenangan pada pilihan raya akan datang.Untuk rekod DUN Tebing Tinggi dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 menerusi Dr Abdul Aziz Bari dari DAP dengan majoriti 660 undi dalam pertembungan empat penjuru.Pada PRU tersebut, PH memperoleh 11,286 undi mengatasi Perikatan Nasional (PN) menerusi calon Bersatu meraih 10,626 undi, manakala BN yang diwakili MCA (5,705) dan Pejuang (194).





'Tak akan Sanusi nak cakap perkauman, PN pun ada pengundi bukan Melayu' - Shahidan - Sinarharian - 27/07 3:40 pm

KANGAR Seorang pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) tampil mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa berbaur perkauman dengan menegaskan ucapan pemimpin itu telah disalah tafsir dan diputar belit oleh pihak tertentu.Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, tidak munasabah untuk mendakwa Muhammad Sanusi mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman memandangkan PN sendiri mempunyai sokongan daripada pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina, India dan Siam."Tak akan Sanusi nak cakap perkauman





'Tanah Melayu satu-satunya tanah air orang Melayu' - Penjelasan Sanusi - Sinarharian - 27/07 3:35 pm

TIDAK semena-mena ucapan saya dalam Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan, pada malam 23 Julai lalu telah mencetuskan kontroversi apabila saya didakwa menyatakan bahawa orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sedangkan bangsa-bangsa lain mempunyai negara yang secara sejarah dikaitkan dengan asal-usul masing-masing.Apa yang saya kata hanya begini: "Melayu tadak dah tanah, Melayu ada Tanah Melayu ni saja





JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam - Sinarharian - 27/07 3:29 pm

KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar kawasan Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil awal April lepas





'Hentikan retorik perkauman usang' - Pusat KOMAS - Sinarharian - 27/07 2:50 pm

SHAH ALAM -Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa menggunakan retorik perkauman usang ketika berucap dalam kempen politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Dalam satu kenyataan, badan bukan kerajaan (NGO) itu membidas dakwaan bahawa masyarakat Malaysia berketurunan Cina dan India mempunyai 'tanah air' untuk kembali, manakala orang Melayu hanya mempunyai satu tanah air iaitu Tanah Melayu.Menurut Pusat KOMAS, naratif sedemikian merupakan retorik populis yang telah digunakan oleh golongan ketuanan Melayu sejak kemerdekaan Malaya 69 tahun lalu bagi meraih sokongan politik."Sejak kebelakangan ini beberapa ahli politik termasuk Datuk Seri Muhammad Sanusi, Khairy Jamaluddin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi kitaran penggunaan taktik usang ini yang disifatkan mampu menyemarakkan kebencian berasaskan kaum dengan harapan mempengaruhi pengundi."Adalah tidak wajar bagi individu berprofil tinggi dan berstatus sedemikian, yang sebelum ini telah merayu kepada pelbagai lapisan pengundi, untuk merendah-rendahkan minoriti pada masa yang sama," menurut kenyataan itu.Pusat KOMAS turut mengkritik Pas dan UMNO yang sebelum ini pernah menyeru perpaduan kaum serta menolak naratif sedemikian, namun didakwa terus membenarkan wakil mereka memainkan sentimen perkauman setiap kali musim pilihan raya.NGO itu turut menyifatkan penggunaan naratif 'Tanah Melayu' untuk menggambarkan negara ini sebagai bersifat eksklusif kerana Malaysia merangkumi lebih daripada Semenanjung."Perkara itu selari dengan amaran yang pernah disuarakan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bahawa retorik sedemikian melayan Sabah dan Sarawak seolah-olah hanya sebuah 'lanjutan Tanah Melayu'," katanya.Pusat KOMAS berkata, Malaysia sejak sebelum era penjajahan lagi merupakan sebuah negara berbilang etnik dan pengelompokan masyarakat di bawah kategori kaum yang besar menjejaskan kepelbagaian etnik negara selain mengabaikan sejarah penghijrahan yang berlaku selama berabad-abad.Menurutnya, dari sudut sejarah dan perundangan, konsep Malaysia meletakkan semua warganegara pada taraf yang sama tanpa pengecualian dan perkara itu merupakan fakta yang tidak boleh dipertikaikan."Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak, peruntukan itu diwujudkan sebagai langkah penyamaan ekonomi, bukannya bagi mewujudkan sistem apartheid atau menetapkan taraf berbeza berdasarkan asal etnik," katanya.Sehubungan itu, Pusat KOMAS mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan sentimen ketuanan kaum sebagai faktor dalam membuat keputusan di pusat pembuangan undi.Pada masa sama, NGO itu menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang terus menggunakan naratif memecahbelahkan sama ada sebelum, semasa atau selepas pilihan raya."Malaysia yang dipimpin oleh Kerajaan Madani mesti mengambil pendirian tegas menentang rasisme dan tidak bergantung secara berterusan kepada pihak berkecuali untuk bersuara menentangnya," menurut kenyataan itu.Pusat KOMAS turut merayu kepada semua parti politik dan calon yang bertanding supaya menahan diri daripada menggunakan bahasa yang memecahbelahkan sepanjang tempoh berkempen, sebaliknya membiarkan manifesto masing-masing menjadi asas untuk meraih sokongan rakyat.NGO itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mempertahankan semangat demokrasi yang sihat dengan mengutamakan nilai inklusiviti serta perpaduan dalam masyarakat.





'Cukuplah guna fitnah nak takutkan pengundi Melayu' - Chun Weng - Sinarharian - 27/07 2:47 pm

SEREMBAN - DAP menegaskan parti itu tidak pernah campur tangan dalam Institusi Diraja Negeri Sembilan, malah menghormati dan menjunjung tinggi Undang-Undang Tubuh Kerajaan (UUTK) negeri itu.Setiausaha Publisiti DAP Negeri Sembilan, Lim Chun Weng berkata, pihaknya kesal apabila parti berkenaan sering dijadikan sasaran dengan pelbagai tuduhan setiap kali pilihan raya."Politik tidak sepatutnya dibina atas fitnah dan pembohongan





Anwar sangkal dakwaan tak jaga Melayu, Kerajaan Madani laksana pelbagai program - Sinarharian - 27/07 1:56 pm

Saya rampas sebab perkara ini langgar peraturan."Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga oleh Petronas dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai oleh Melayu. Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur," kata beliau ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.Mengulas lanjut, Anwar berkata, cadangan itu turut tidak mendapat bantahan daripada DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan hanya bertanyakan alasan perkara itu mahu dilaksanakan kerajaan."Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur itu makin meleset





'Biarlah yang melanggar dapat balasan setimpal' - Bapa - Sinarharian - 27/07 1:49 pm

TELUK INTAN Bapa kepada remaja perempuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Padang Tembak di sini pada Ahad mendesak hukuman setimpal dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kehilangan dua nyawa.Salim Husain, 43, yang kehilangan anak sulungnya itu meminta siasatan dijalankan secara telus dan adil bagi memberi pembelaan kepada Nur Dania Arissa, 17, yang maut dalam nahas tersebut.Menurutnya, segala siasatan lanjut terhadap kejadian diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis."Saya minta sangat pihak polis buat siasatan yang adil





Kewarganegaraan bukan alasan padam sejarah negara Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 27/07 1:40 pm

SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) digesa supaya mengulang kaji sejarah asal-usul tanah air sebelum bertindak menasihati golongan anak muda mengenai kepentingan memahami sejarah negara.Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan mendidik generasi muda perlu bermula dalam kalangan pemimpin PH sendiri agar tidak wujud amalan pengajaran sejarah secara selektif mengikut naratif politik tertentu.Beliau ersetuju dengan pandangan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bahawa anak muda perlu memahami sejarah, namun beliau menegaskan pembentukan Malaysia tidak lahir dalam ruang kosong semata-mata pada tahun 1957 atau 1963."Jauh sebelum Merdeka, sudah wujud Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu, Raja-Raja Melayu, kesultanan, adat, bahasa dan peradaban Melayu yang membentuk sejarah politik tanah ini."Hari ini, sesiapa yang memegang kewarganegaraan Malaysia ialah rakyat Malaysia dan perkara itu tidak dipertikaikan




Reformasi     >>



SNAPSHOT Tabung Haji RCI: 'Umno has nothing to hide'; .. - Mkini
What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm and 9pm.
Kroni     >>



Bukannya untuk orang Melayu sahaja, tetapi seluruh .. - Harakahdaily
PORT DICKSON: Kerjasama PAS dan Umno menerusi Muafakat Nasional di Negeri Sembilan mendapat sambutan positif daripada pengundi yang mahukan kestabilan politik, kata Azhar Shaharudin, 62. Ketua Bilik Operasi (BO) Induk dan wakil calon PN DUN N.31 Bagan Pinang itu menjelaskan, perkembangan ..
Tabloid     >>



‘RM300 Juta Setahun’ CEO SIC Dedah Kos .. - Vocket
Dari tahun 1999 hingga 2017, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pernah menjadi salah satu litar kebanggaan yang menghiasi kalendar Formula 1 (F1), sebelum perlumbaan berprestij itu... The post ‘RM300 Juta Setahun’ CEO SIC Dedah Kos Sebenar Dan Potensi Pulangan Jika F1 Kembali Ke ..
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 FE's charging speed revealed via .. - Gsmarena
The Samsung Galaxy S26 FE - expected to arrive in September - has been spotted on the UL Demko certification database, revealing its charging speed. The listing mentions 15V/3A and 10V/4.5A charging ratings, indicating the S26 FE supports a maximum charging speed of 45W. That's the same as last ..
World     >>



Media not invited as Trump, Netanyahu hold talks at .. - Aljazeera
US President Donald Trump has held talks at the White House with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu.
Motor Trend     >>



Buletin Byd Racco Rasmi Dilancarkan Di Jepun – .. - Mekanika
# BYD RACCO RASMI DILANCARKAN DI JEPUN - HARGA MULA RM53K **BYD secara rasmi melancarkan model elektrik kompak terbaharunya, Racco, di Jepun sekali gus menandakan kemasukan pertama pengeluar automotif China itu ke dalam segmen K-Car.** Model hatchback elektrik itu ditawarkan pada harga bermula ..