| /// |
|
| Search : Taman Bayu Damai News | Page 1 |
|
Seorang anggota bomba cedera padam api kebakaran di Pengerang - Mgazette - 28/01 7:19 pm "Anggota terbabit mengalami cedera apabila kakinya terjerlus ke dalam kawasan kejadian yang terbakar ketika operasi pemadaman dilakukan. "Anggota berkenaan diberikan rawatan segera sebelum dia dirawat sebagai pesakit luar sahaja," katanya kepada pemberita di pusat kawalan bomba di Taman Bayu Damai, Pengerang di sini hari ini |
|
Kebakaran tanah gambut: 21 kali pengeboman air dilakukan setakat ini - Mgazette - 28/01 7:19 pm # Kebakaran tanah gambut: 21 kali pengeboman air dilakukan setakat ini KOTA TINGGI - Teknik pengeboman air melibatkan 33,000 liter air dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini bagi memadam kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini |
|
Kakitangan awam maut motosikal bertembung kereta di Kangar - Sinarharian - 28/01 6:51 pm KANGAR - Seorang kakitangan awam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Stadium, berhampiran Pejabat Kastam Kangar di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata kemalangan pada 7.04 pagi itu menyebabkan Mohd Asrul Affandy Kassim, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu wanita berusia 53 tahun yang juga kakitangan awam mengalami sakit di bahagian dada dan luka di mulut."Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk bedah siasat manakala pemandu wanita itu juga dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.Yusharifuddin berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang Mohd Asrul Affandy memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Myvi dipandu wanita itu."Wanita itu dalam perjalanan dari rumah di Taman Utama Indah Kangar ke tempat kerja di sebuah sekolah menengah di sini manakala penunggang motosikal itu dari arah Pejabat Kastam Kangar hendak balik ke rumah di Kuarters Perumahan Kastam," katanya.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata Mohd Asrul Affandy ialah Pembantu Keselamatan KP1 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang ditempatkan di JKDM Perlis.Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham |
|
Bomba drops 33,000 litres of water over Johor peat fire - Star - 28/01 6:46 pm KOTA TINGGI: The Malaysian Fire and Rescue Department has conducted 21 water-bombing sorties and dropped 33,000 litres of water to extinguish a peatland fire spanning nearly 100ha at Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai in Pengerang |
|
Over RM100,000 worth of illegal fireworks seized in Sitiawan - Star - 28/01 6:26 pm IPOH: Marine police here arrested a local man and seized various types of fireworks, estimated to be worth RM105,400, during a raid at a house in Taman Rasa Sayang near Sitiawan on Tuesday (Jan 27) |
|
32 NGO Islam gesa mansuh RUU PSB secara kekal, bantah iktiraf UEC - Sinarharian - 28/01 6:05 pm SHAH ALAM - 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Melayu menggesa kerajaan memansuhkan secara kekal draf Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang telah ditarik balik dan membantah sebarang rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) secara rasmi.Mereka mendakwa kedua-dua isu tersebut merupakan tuntutan daripada DAP.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, masyarakat sivil dan rakyat bergantung pada ahli Parlimen pembangkang untuk bersuara mengenai isu-isu UEC dan PSB."Mereka merupakan pemimpin Perikatan Nasional (PN), namun nampaknya kelihatan sibuk dengan perkara dalaman parti," ujarnya pada Rabu.Pada Rabu, kira-kira 40 individu berarak dari Taman Tugu ke Parlimen bagi menyampaikan dua memorandum kepada Ahli Parlimen PN.Tuntutan itu juga ditujukan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tetapi tiada menteri mahupun wakil ahli Parlimen kerajaan yang keluar untuk bertemu dengan kumpulan tersebut.Berdasarkan salinan memorandum berkenaan, tuntutan kumpulan itu berkaitan dengan UEC antaranya tiada pengiktirafan dan hentikan tawar-menawar politik mengenai sijil tersebut.Ia termasuk menghentikan semua perbincangan mengenai pengiktirafan UEC dan utamakan integrasi nasional berbanding 'agenda berasaskan kaum'.Mereka juga mahu menteri berkaitan bertemu wakil persatuan untuk mendengar secara langsung sebab penentangan keras pengiktirafan UEC dibuat.Sementara itu, berdasarkan salinan memorandum kedua mengenai PSB, tuntutan kumpulan itu adalah menolak Rang Undang-Undang PSB sepenuhnya, bukannya meminda dan membentangkan semula pada tarikh kemudian.Mereka juga mengatakan pembaharuan bandar harus dilakukan melalui perundangan semasa termasuk Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976; Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974; Akta Pengurusan Strata 2013.Selain itu, mereka mahukan satu jawatankuasa khas yang melibatkan kerajaan negeri, NGO dan profesional bebas ditubuhkan bagi memantau dan memberi nasihat mengenai pembangunan semula bandar. |
|
Cops nab woman over amok incident at Ipoh mamak restaurant - FMT - 28/01 4:50 pm Police say the 29-year-old injured two employees at the eatery at Taman Tasek Damai. |
|
PGA patah lumpuh kegiatan sindiket, rampas mercun RM99,908 - Mgazette - 28/01 4:27 pm # PGA patah lumpuh kegiatan sindiket, rampas mercun RM99,908 JOHOR BAHRU - Pasukan dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) melumpuhkan sindiket mercun haram dengan merampas RM99,908 di dua lokasi berbeza di Skudai di sini Selasa lalu |
|
Padah menyamar polis, tiga lelaki ditahan - Mgazette - 28/01 4:27 pm KUALA LUMPUR - Padah menyamar sebagai pegawai polis dengan menahan seorang warga Indonesia mengundang padah dalam kejadian di Taman Maluri, Cheras pada Ahad lau |
|
RM4 juta kos turap semula jalan di DUN Balakong - Mgazette - 28/01 4:27 pm BALAKONG - Lebih 10 taman perumahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong telah menerima peruntukan berjumlah RM4 juta bagi kerja-kerja penurapan semula jalan melalui dana daripada Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sepanjang tahun lalu |
|
Perak medan magnet pelaburan berdaya saing - Mgazette - 28/01 4:27 pm LANGKAH Kerajaan Negeri Perak dalam memacu agenda pembangunan ekonomi menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030 kini memperlihatkan perkembangan yang baik |
|
Dua disyaki dalang ahlong didakwa khianat dengan api - Mgazette - 28/01 4:27 pm # Dua disyaki dalang ahlong didakwa khianat dengan api JOHOR BAHRU - Dua dalang sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ahlong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan khianat menggunakan api ke beberapa kediaman pada November dan Disember tahun lalu |
|
Kebakaran tanah gambut: 52 peratus kawasan berapi sudah dipadamkan - Mgazette - 28/01 4:27 pm # Kebakaran tanah gambut: 52 peratus kawasan berapi sudah dipadamkan KOTA TINGGI - Bomba dengan kerjasama beberapa agensi sudah berjaya memadamkan 52 peratus keluasan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini sehingga tengah hari ini |
|
Tiada wabak virus Nipah dilaporkan di negara ini sejak 1999 –... - Mgazette - 28/01 4:27 pm # Tiada wabak virus Nipah dilaporkan di negara ini sejak 1999 - KKM KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes baharu wabak virus Nipah dilaporkan di negara ini sehingga kini susulan kejayaan membendung wabak penyakit itu sejak September 1999 |
|
Tiga penjenayah Ops Jack Sparrow ditahan di India, didakwa di Malaysia .. - Mgazette - 28/01 4:27 pm # Tiga penjenayah Ops Jack Sparrow ditahan di India, didakwa di Malaysia - Kumar KUALA LUMPUR Tiga lelaki yang dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan jenayah terancang didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini sebaik sahaja tiba di Malaysia |
|
Kota Tinggi peat fire: Helicopter water bombing focuses on central area - Star - 28/01 3:52 pm KOTA TINGGI: MI-17 helicopters belonging to the Air Unit of the Fire and Rescue Department from Subang Jaya have intensified water bombing operations to extinguish a peatland fire at Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai here, with primary focus on the central area, which accounts for about 30& of the total 99.54-hectare fire-affected area |
|
Tiga kawasan di Pengerang terbakar, libatkan 391 hektar tanah - Sinarharian - 28/01 2:56 pm KOTA TINGGI Tiga kebakaran besar melibatkan kira-kira 391 hektar tanah berlaku di kawasan Pengerang sejak Jumaat lalu.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, kebakaran paling teruk dan kritikal berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai.Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan tanah gambut dan operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini, memasuki hari keenam."Dua lagi lokasi kebakaran membabitkan Kampung Lepau, yang masih dalam proses pemadaman, serta tapak pengumpulan sampah di Jalan Tuatau, Bandar Penawar yang telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Selasa."Terdapat juga beberapa kawasan lain yang terbakar seperti di Batu Pahat dan Tanjung Sedeli (Kota Tinggi) semalam, namun kesemuanya telah berjaya dipadamkan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bomba, Taman Bayu Damai di sini pada Rabu.Kebakaran di Taman Bayu Damai bermula sejak Jumaat lalu dan setakat jam 12 tengah hari ini seramai 153 penduduk melibatkan 50 keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).Penduduk terlibat ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal sejak Sabtu. |
|
Kebakaran tanah gambut: 52 peratus daripada 100 hektar sudah dipadamkan - Sinarharian - 28/01 1:54 pm KOTA TINGGI Kebakaran tanah gambut yang melanda kawasan Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang sejak Jumaat lalu kini mencecah hampir 100 hektar, dengan kira-kira 52 peratus daripada kawasan terbabit berjaya dipadamkan setakat Rabu.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, operasi pada hari keenam tertumpu kepada penggunaan helikopter bagi pengeboman air."Kita sudah membuat longkang selatan di kawasan kebakaran |
|
Berang isu pembayaran, wanita mengamuk di restoran mamak - Sinarharian - 28/01 12:11 am IPOH - Polis menahan seorang wanita selepas disyaki mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan pekerja di sebuah restoran di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian 6.31 pagi itu pihaknya menerima laporan daripada pemilik restoran seorang lelaki berusia 38 tahun, yang mengadu berhubung insiden berkenaan."Hasil siasatan awal mendapati ketika itu pemilik restoran berada di lokasi tersebut dan memaklumkan telah berlaku satu kejadian mengamuk melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun dipercayai tidak berpuas hati berhubung urusan pembayaran di premis berkenaan."Suspek kemudian telah bertindak agresif dengan mengambil makanan, menampar muka pengadu, mencederakan rakan pengadu pada bahagian dada, serta menggunakan sebilah pisau pemotong daging untuk memecahkan peralatan restoran termasuk cermin penghidang makanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata, suspek turut mengambil wang tunai di dalam laci restoran dan memberi makanan secara percuma kepada pelanggan lain."Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM45,400 dan membabitkan dua mangsa, iaitu pekerja di restoran berkenaan."Suspek yang ditahan juga dipercayai baru keluar dari Hospital Taiping selepas menerima rawatan psikiatri di hospital itu, kes masih dalam siasatan," katanya |
|
Bush fire in Johor Bahru torches 18 vehicles near mosque, no casualties reported - Malaymail - 28/01 11:12 am JOHOR BAHRU, Jan 28 A bush fire near Al Mahabah Mosque in Taman Bukit Mewah here yesterday destroyed 18 vehicles... |
|
Mercun jualan Tahun Baharu Cina dirampas - Sinarharian - 28/01 10:46 am SITIAWAN Pasukan Polis Marin Wilayah Satu berjaya merampas pelbagai jenis mercun dipercayai untuk jualan sempena Tahun Baharu Cina yang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang, di sini pada Selasa.Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, operasi yang dijalankan kira-kira jam 4 petang itu hasil maklumat awam yang diterima semasa pelaksanaan Op Taring Landai oleh pasukan Polis Marin Kampung Acheh.Menurutnya, serbuan dilakukan oleh Unit Risikan Marin Wilayah Satu itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun bersama beberapa kotak mercun yang ditemui di ruang dapur rumah berkenaan serta di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Hiace miliknya."Suspek mengaku tidak memiliki sebarang lesen sah untuk memiliki atau menyimpan mercun terbabit."Lelaki berkenaan turut mengaku menjadikan rumah tersebut sebagai stor penyimpanan mercun sejak dua minggu lalu untuk dijual di pasaran sekitar Sitiawan sempena sambutan Tahun Baharu Cina," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jaffri berkata, antara jenis mercun yang dirampas ialah happy bom red cracker, happy boom assorted celebration cake repeater, happy boom shoot cake dan happy boom celebration red fire cracker.Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM105,400, termasuk sebuah kenderaan jenis Toyota Hiace.Katanya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kampung Acheh untuk dokumentasi sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bagi siasatan lanjut di bawah Akta Bahan Letupan 1957.Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan penyaluran maklumat daripada orang awam bagi membanteras kegiatan penjualan mercun secara haram.Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Hotline Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kampung Acheh di talian 05-691 6999. |
|
Pemandu keluar makan, lori bergerak sendiri rempuh lima kenderaan - Sinarharian - 28/01 8:53 am KAJANG Sebuah lori yang diparkir di bahu jalan sebelum ditinggalkan pemandunya untuk keluar makan dipercayai bergerak sendiri lalu merempuh lima kenderaan lain di Jalan Persiaran Damai Perdana, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, melibatkan enam buah kenderaan."Kemalangan berpunca lori yang diparkir di bahu jalan dan ditinggalkan oleh pemandunya untuk keluar makan tiba-tiba bergerak sendiri dan melanggar lima buah kenderaan yang berada di kiri dan kanan jalan."Kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada kesemua kenderaan terbabit, namun pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-381 8422."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu," ujarnya. |
|
Kes kebakaran terbuka di Malaysia melonjak 300 peratus - Mgazette - 28/01 7:55 am Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kemerebakan kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram, jelas kenyataan itu. Setakat ini, kes kebakaran terbuka yang masih aktif adalah di Johor melibatkan keluasan 196.5 hektar di beberapa lokasi termasuk Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau serta Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tuatau Bandar Penawar, dengan operasi pemadaman masih giat dijalankan |
|
Move to curb Kota Tinggi peat fire - Star - 28/01 12:00 am KOTA TINGGI: Helicopters will be deployed today for water bombing to speed up efforts to put out the peat fire along Jalan Sungai Kapal and Taman Bayu Damai, Pengerang, which has affected 99.54ha since it started on Friday |
|
Nearly 3,000 open burning cases reported so far this year - Fire Dept - Sinardaily - 27/01 8:55 pm KUALA LUMPUR - A total of 2,917 open burning cases involving 328 hectares of land were reported from Jan 1 until today, a significant increase of 300 per cent compared to the same period last year.The Malaysia Fire and Rescue Department (JBPM) said that, as of today, 287 hectares of the 328 hectares involved in open burning have been extinguished, while firefighting operations are still ongoing at the remaining 41 hectares."This total shows a very significant increase compared to the same period in the previous years, with 729 cases (11.19 hectares) reported in 2025 and 66 cases (55.03 hectares) in 2024, it said in a statement today.It added that bushfires were identified as the biggest contributor to the total number of cases, recording 2,187 cases (75 per cent) during that period, compared to 440 cases (60 per cent) last year and 53 cases (80 per cent) in 2024.In addition, fire outbreaks at illegal waste disposal sites contributed to the nationwide increase in cases, with 431 cases recorded during the same period, compared to 244 in 2025 and only nine in 2024.According to the JBPM, the significant increase can be linked to the current hot, dry and windy weather conditions, which are expected to continue in most areas of Peninsular Malaysia until Jan 31, based on analyses of the latest weather prediction models by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia)."The hot, dry and windy weather conditions have the potential to increase the risk of fire from open burning spreading, especially involving bush areas and illegal waste disposal sites, in line with the increasing number of cases recorded by the JBPM throughout the period, it added.So far, active open burning cases are focused in Johor, involving areas in Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau and the Bandar Penawar Bukit Tuatau waste disposal site, with the Johor JBPM carrying out intensive firefighting operations."The JBPM is constantly at the highest level of readiness, and the public is advised not to carry out open burning, as well as to always comply with stipulated safety measures and regulations to prevent incidents that could threaten lives, property and the environment, it added |
|
Kes kebakaran terbuka melonjak 300 peratus sejak 1 Januari - Sinarharian - 27/01 7:58 pm PUTRAJAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan peningkatan ketara kes kebakaran terbuka di seluruh negara apabila sebanyak 2,917 kes dilaporkan bagi tempoh 1 hingga 27 Januari, meningkat hampir 300 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.Bahagian Pengurusan Korporat JBPM, memaklumkan dalam tempoh tersebut, kebakaran terbuka melibatkan kawasan seluas 328 hektar seluruh negara dengan 287 hektar daripadanya telah berjaya dipadamkan manakala baki 41 hektar masih dalam tindakan pemadaman oleh pasukan bomba."Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang amat signifikan berbanding tempoh sama pada tahun-tahun sebelumnya iaitu 729 kes pada tahun lalu yang melibatkan keluasan 11.19 hektar serta 66 kes pada 2024 dengan keluasan 55.03 hektar," katanya.Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan belukar dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan kes kebakaran terbuka apabila mencatatkan sebanyak 2,187 kes (75 peratus) sejak 1 hingga 27 Januari."Sebanyak 440 kes (60 peratus) direkodkan pada tahun lalu dan 53 kes (80 peratus) pada 2024 bagi tempoh yang sama," katanya.Menurut kenyataan itu, selain itu, kebakaran di tapak pelupusan sampah haram turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kumulatif kes kebakaran terbuka di seluruh negara apabila sebanyak 431 kes direkodkan sehingga Selasa."Sebanyak 244 kes direkodkan pada tahun lalu dan hanya sembilan kes pada 2024 bagi tempoh yang sama," katanya.Katanya, peningkatan ketara kes kebakaran terbuka ini boleh dikaitkan dengan keadaan cuaca semasa yang panas, kering serta berangin yang dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara, sehingga 31 Januari."Ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),"Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kemerebakan kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram," katanya.Menurutnya, setakat ini, kes kebakaran terbuka yang masih aktif adalah di Johor yang meliputi kawasan seluas 196.5 hektar melibatkan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau serta Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tuatau Bandar Penawar."Operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh JBPM Johor.Sehubungan itu, JBPM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dan menasihatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka."Orang ramai perlu mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar," ujarnya. |
|
Kebakaran tanah gambut dapat dikawal empat hari lagi Kebakaran tanah .. - Mgazette - 27/01 4:25 pm # Kebakaran tanah gambut dapat dikawal empat hari lagi KOTA TINGGI - Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini sejak Jumaat lalu dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa tiga atau empat hari lagi |
|
Penduduk Taman Bayu Damai pening, sakit dada dan tekak - Mgazette - 27/01 4:25 pm # Penduduk Taman Bayu Damai pening, sakit dada dan tekak KOTA TINGGI - "Kepala pening, sakit hidung, sakit dada dan sakit tekak |
|
Keadaan belum terkawal, pengeboman air diguna padam kebakaran tanah gambut - Mgazette - 27/01 4:25 pm # Keadaan belum terkawal, pengeboman air diguna padam kebakaran tanah gambut KOTA TINGGI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggunakan teknik pengeboman air menggunakan helikopterbagi mengawal dan memadam kebakaran tanah gambut Taman Bayu Damai, Pengerang, dekat sini |
|
Johor peat fire: 124 evacuated so far, schools to close if air quality worsens - Star - 27/01 3:40 pm KOTA TINGGI A total of 124 victims are sheltering at two temporary relief centres as of noon Tuesday (Jan 27) because of a peatland fire covering about 12ha along Jalan Sungai Kapal in Taman Bayu Damai, Pengerang, here |
|
LEGOLAND Malaysia: Waterpark Vs Theme Park, Mana Lebih Seronok? - Murai - 27/01 3:00 pm Pernah tak kalian fikir LEGOLAND Malaysia sekadar taman tema untuk kanak-kanak? Fikir semula! Berdasarkan pengalaman Murai, taman tema ini bukan sahaja penuh dengan aktiviti lasak, tetapi juga peluang untuk membina LEGO, bermain air, dan cuba pengalaman VR yang mengujakan |
|
Dua pegawai Imigresen didakwa terlibat rasuah 'pasport terbang' - Sinarharian - 27/01 1:30 pm JOHOR BAHRU - Dua pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas pertuduhan berkaitan 'pasport terbang' pada tahun lalu.Tertuduh, Shamsul Hezzam Sudin, 50, dan Mohd Asrof Tukiman, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.Mengikut pertuduhan, Shamsul Hezzam yang menjawat jawatan Pegawai Imigresen Kanan KP2 di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) didakwa bersetuju menerima wang tunai RM8,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki.Tertuduh menerima wang itu sebagai rasuah bagi membantu mendapatkan cop pengesahan keluar dan masuk ke negara Malaysia secara tidak teratur tanpa kehadiran fizikal pemilik pasport.Perbuatan itu didakwa dilakukan Shamsul Hezzam di sebuah kuarters di Sri Bendahara A, Jalan Pahlawan, Bukit Saujana di sini antara 7 hingga 8 Julai 2025.Sementara itu, Mohd Asrof didakwa atas tiga pertuduhan bersetuju menerima rasuah masing-masing RM1,540, RM2,950 dan RM2,000 daripada seorang ejen melalui akaun sebuah bank di cawangan Tampoi, Taman Sri Bahagia di sini antara 21 Mei hingga 2 Jun 2025.Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alice Voon Mei Ling manakala Shamsul Hezzam diwakili peguam Omar Kutty dan Mohd Asrof pula diwakili peguam Abd Rahim Ali.Hakim Ahmad Kamal Arifin membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap Shamsul Hezzam dan RM10,000 kepada Mohd Asrof dengan setiap seorang penjamin.Mahkamah menetapkan setiap 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. |
|
112 mangsa kebakaran tanah gambut berlindung di 2 PPS - FMT - 27/01 10:49 am Mangsa daripada 39 keluarga itu ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal, Johor Bahru. |
|
Kebakaran tanah gambut: 112 mangsa terjejas, berlindung di 2 PPS - Mkini - 27/01 9:45 am Susulan kebakaran melibatkan 12 hektar tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang. |
|
CIMB Islamic pledges RM20 million for environmental conservation and community resilience - Sinardaily - 26/01 5:38 pm SHAH ALAM CIMB Islamic Bank Berhad has committed RM20 million to support environmental conservation and restoration initiatives across Malaysia from 2026 to 2030.This funding, facilitated through its EcoSave-i Islamic savings account, reinforces the banks long-term focus on responsible finance, community empowerment, and environmental education.The initiative aligns with CIMB Groups broader purpose of advancing customers and society through sustainable practices.CIMB Islamic Chief Executive Officer Ahmad Shahriman Mohd Shariff emphasised that environmental stewardship and community resilience are central to the bank's mission.EcoSave-i allows us to translate Syariah principles into practical action by embedding sustainability into everyday banking.This investment reflects our conviction that capital should be deployed to support inclusive growth, environmental responsibility, and long-term resilience, he added.As part of the pledge, the bank is strengthening collaborations with 12 conservation partners nationwide.This includes the extension of education and outreach programmes at Taman Tugu, specifically targeting schools and B40 communities.The commitment was formalised at the CIMB Islamic Green Showcase, attended by key partners such as:Amanah Warisan Negara (custodian of Taman Tugu)WWF-Malaysia and Reef Check MalaysiaThe Habitat Foundation and Malaysia Nature SocietyUniversiti Pendidikan Sultan Idris and Penang InstituteMalaysia Forest Fund, Forest House, Leap Spiral, Your Idea Maker and Free Tree SocietyThe RM20 million allocation will expand CIMB Islamics portfolio to eight states: Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Penang, Perak, Johor, Terengganu and Sabah.Notably, the bank is extending its footprint into East Malaysia to support biodiversity efforts in the Penang Hill Biosphere Reserve, Royal Belum State Park and Ulu Muda.Key projects under this funding include:Wildlife Mitigation: Human-elephant conflict mitigation and forest restoration.Urban Greening: Development of urban green spaces in the Klang Valley.Youth Empowerment: Training Orang Asli youth as forest stewards.Marine & Watershed Care: Coastal, coral, and watershed rehabilitation in Terengganu and Sabah.EcoSave-i remains Malaysias first environmentally focused Islamic savings account.It contributes 0.2 per cent of the banks total average portfolio balance annually towards environmental projects.This initiative is a core component of the CIMB Groups Green, Social, Sustainable Impact Products and Services (GSSIPS) framework, which aims to achieve RM300 billion in sustainable financing by 2030. |
|
Bomba uses drones as strong winds fan Johor peat fire, sending smoke into Taman Bayu Damai homes - Malaymail - 26/01 4:38 pm KOTA TINGGI, Jan 26 Johor firefighters are deploying drones to battle a 12-hectare peat fire in Taman Bayu Damai... |
|
Kebakaran tanah gambut: Keadaan kritikal, 52 penduduk dipindahkan - Mgazette - 26/01 4:05 pm # Kebakaran tanah gambut: Keadaan kritikal, 52 penduduk dipindahkan KOTA TINGGI - Seramai 52 penduduk dipindahkan ke Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai di sini susulan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai sejak Jumaat lalu |
|
26,000 pengguna SPU, SPT disaran simpan bekalan air 24 jam - Mgazette - 26/01 4:05 pm # 26,000 pengguna SPU, SPT disaran simpan bekalan air 24 jam GEORGE TOWN - Kira-kira 26,000 pengguna bekalan air di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya bagi tempoh 24 jam bermula Rabu hingga Khamis ini sebagai langkah berjaga-jaga |
|
Kebakaran tanah gambut merebak seluas 12.1 hektar - Mgazette - 26/01 4:04 pm # Kebakaran tanah gambut merebak seluas 12.1 hektar KOTA TINGGI - Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini, sejak kelmarin sudah merebak seluas 12.1 hektar ketika ini |
|
Wanita bebas pertuduhan abai kanak-kanak lelaki - Sinarharian - 26/01 3:45 pm IPOH - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin melepas dan membebaskan seorang wanita daripada pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, pada 2023.Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap Norriza Khamis, 48, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut."Oleh yang demikian tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan |
|
Kebakaran tanah gambut merebak di Kota Tinggi - Kosmo - 26/01 3:15 pm KOTA TINGGI – Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini semakin memburuk apabila keluasan kebakaran merebak dari 5 hektar kepada 12 hektar |
|
Lee orders urgent drain rebuild at Miri’s Taman Awam - BorneoPost - 26/01 3:02 pm MIRI (Jan 26): The Public Works Department (JKR) Miri has been instructed to reconstruct the entire drain opposite Taman Awam here after a section was damaged by erosion |
|
Wanita bebas tuduhan abai anak asuhan hingga cedera di mata - FMT - 26/01 1:51 pm Wanita itu dituduh meninggalkan anak jirannya tanpa persediaan, pengawasan dan pemeliharaan munasabah di sebuah rumah di Taman Putra Permai 2, Ipoh pada 24 Julai 2023. |
|
Polis siasat insiden pergaduhan babitkan dua individu - Sinarharian - 26/01 10:11 am KAJANG Polis menjalankan siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di Taman Sungai Chua di sini yang tular menerusi rakaman video di media sosial pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.16 malam."Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku pada hari sama kira-kira jam 12.50 tengah hari berkaitan satu rakaman video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di kawasan awam."Setakat ini kedua-dua individu terbabit masih belum tampil membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243."Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali di talian 012-342 9297 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di sini baru-baru ini.Kejadian itu dipercayai dirakam orang ramai yang berada sekitar lokasi sebelum video berkenaan tular di media sosial. |
|
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar - Sinarharian - 26/01 9:09 am KOTA TINGGI Dua keluarga terpaksa dipindahkan sementara ke kawasan selamat susulan kebakaran tanah gambut yang berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini pada Ahad.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin memaklumkan, keluarga terlibat membabitkan empat orang dewasa dan dua kanak-kanak.Menurut beliau, pemindahan dibuat ke Balai Komuniti Teluk Empang sebagai langkah keselamatan berikutan asap tebal yang menjejaskan kawasan kediaman, selain jarak rumah yang terlalu hampir dengan lokasi kebakaran.Katanya, kebajikan mangsa sepanjang penempatan sementara itu ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat DUN Tanjung Surat."Saya telah turun meninjau beberapa lokasi kebakaran terbuka yang berlaku akibat cuaca panas serta tiupan angin kencang di sekitar Taman Bayu Damai dan Lepau."Ketika ini, operasi pemantauan dan kawalan kebakaran sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat dari beberapa balai termasuk Bomba Punggai, Sebana, Sungai Rengit, Bandar Penawar, CEFS RAPID Pengerang serta Sukarelawan Bomba Sungai Rengit bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat," katanya.Beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas supaya berpindah sementara demi keselamatan diri dan keluarga."Kerjasama semua pihak amat dihargai dan orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, khususnya ketika cuaca panas dan berangin," katanya lagi.Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan I Shahrizan Selamat berkata, kebakaran tanah gambut berkenaan dianggarkan melibatkan keluasan kawasan kira-kira empat hektar."Setakat ini, sekitar 57 peratus atau lima ekar kawasan terjejas telah berjaya dipadamkan |
|
Over one tonne of waste collected at Miris Waste to Wealth campaign - BorneoPost - 26/01 7:01 am MIRI (Jan 26): The Waste to Wealth campaign held at the Miri Green Hub in Taman Yakin here recorded a major success after more than one tonne of waste materials was collected within just a few hours |
|
Barat berdepan ‘kesan buruk’ jika penduduk Palestin diusir .. - Mgazette - 25/01 7:06 pm # Barat berdepan 'kesan buruk' jika penduduk Palestin diusir dari Gaza -Al Sisi KAHERAH - Presiden Mesir Abdel-Fattah Al-Sisi pada Sabtu memberi amaran bahawa pengusiran lebih dua juta penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza akan mencetuskan kesan keselamatan, ekonomi dan sosial yang buruk kepada Eropah serta dunia Barat, lapor Xinhua |
|
Persimpangan bertingkat Jalan Panching dijangka siap tahun 2029 - Mgazette - 25/01 7:06 pm # Persimpangan bertingkat Jalan Panching dijangka siap tahun 2029 KUANTAN - Persimpangan bertingkat Jalan Panching FT02 di sini dijangka siap dibina menjelang tahun 2029 |
|
Kabinet putuskan kanak-kanak lima tahun wajib ikuti prasekolah ??? TPM .. - Mgazette - 25/01 7:06 pm # Kabinet putuskan kanak-kanak lima tahun wajib ikuti prasekolah TPM BAGAN DATUK Jemaah Menteri pada Jumaat telah memutuskan kanak-kanak berusia lima tahun diwajibkan mengikuti prasekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Zahid zahir harapan parti teras dalam BN diperkukuh termasuk MIC Zahid .. - Mgazette - 25/01 7:06 pm # Zahid zahir harapan parti teras dalam BN diperkukuh termasuk MIC BAGAN DATUK Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan harapan agar parti teras dalam gabungan berkenaan termasuk MIC terus diperkukuhkan |
|
Jentolak mini tergelincir, lelaki parah tersepit - Sinarharian - 25/01 5:38 pm BATU PAHAT Seorang lelaki cedera apabila jentolak mini yang cuba dibawa masuk ke dalam lori satu tan tergelincir dan menyebabkan tubuhnya tersepit di celah lori berkenaan dalam kejadian di Jalan Bintang, Taman Koperasi Bahagia, di sini, petang semalam.Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penguasa Bomba Kanan I Ikhsaan Husaini Mahat, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.35 petang semalam.Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan, Perubatan, Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke lokasi sejauh dua kilometer (km)."Setibanya di lokasi, didapati kemalangan tersebut melibatkan seorang lelaki dewasa berusia 51 tahun yang tersepit di celah sebuah lori."Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa cuba melakukan kerja-kerja mengalih jentolak mini yang digunakan bagi kerja-kerja menebang pokok ke atas lori menggunakan ramp."Bagaimanapun, salah satu rantai roda jentolak mini itu tergelincir menyebabkan mangsa tersepit antara jentera dan bahagian bumbung lori terbabit," katanya.Tambah Ikhsaan Husaini, anggota bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA) dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.Bagaimanapun, anggota bomba memberikan bantuan awal (CPR) kepada mangsa sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk menerima rawatan lanjut."Operasi dapat dikawal pada jam 7 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 malam," katanya. |
|
Parti teras termasuk MIC diharap bantu perkukuh BN - Ahmad Zahid - Sinarharian - 25/01 2:31 pm BAGAN DATUK Barisan Nasional (BN) berharap parti-parti teras dalam gabungan itu dapat terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan serta kekuatan politik parti berkenaan.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menghormati pendirian dan keputusan setiap parti komponen dalam gabungan tersebut termasuk MIC, yang merupakan antara parti teras sejak era Parti Perikatan bersama UMNO dan MCA."Kami dalam BN berpendirian bahawa setiap parti gabungan khususnya parti teras, saling menghormati antara satu sama lain |
|
Tabika, Tadika Kemas persiap murid ke prasekolah - Ahmad Zahid - Sinarharian - 25/01 2:23 pm BAGAN DATUK Tabika dan Tadika Kemas terus memainkan peranan penting dalam menyediakan murid berusia tiga dan empat tahun sebelum melangkah ke prasekolah menerusi penyelarasan kurikulum yang selari dengan sistem prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa prasekolah kini diselaraskan sepenuhnya di bawah KPM dengan mewajibkan kanak-kanak berumur lima tahun mengikuti kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan institusi pendidikan di bawah kementerian tersebut.Menurutnya, Tabika dan Tadika Kemas, bersama prasekolah Perpaduan serta institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun."Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Kemas meneruskan kelas-kelas yang sedang berjalan sekarang ini, begitu juga institusi yang saya sebutkan tadi."Kurikulum yang dilaksanakan mengikut kurikulum acuan yang sedia ada |
|
Kemenangan PRK isyarat sokongan rakyat terhadap BN - Ahmad Maslan - Sinarharian - 25/01 12:03 am PONTIAN Momentum kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag perlu diteruskan pada pilihan raya negeri (PRN) serta pilihan raya umum (PRU) akan datang.Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemenangan tersebut memberi petanda jelas pengundi tetap mahukan Barisan Nasional (BN) mewakili mereka sekali gus menjadi isyarat penting menjelang PRN Melaka."Kesinambungan sokongan yang dizahirkan rakyat dalam PRK berkenaan perlu diterjemahkan dengan calon menunaikan janji-janji semasa berkempen agar keyakinan pengundi dapat terus diperkukuh."Janji-janji pilihan raya ini penting untuk ditunaikan sama ada melalui kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas merasmikan Koperasi Peniaga Pasar Lambak Pontian di Taman Megah pada Ahad.Keputusan PRK bagi Parlimen Kinabatangan menyaksikan Mohd Kurniawan Naim berjaya mempertahankan kerusi yang disandang bapanya sejak 1999 dengan meraih 14,214 majoriti undi menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).Mohd Ismail pula berjaya mengekalkan kerusi DUN Lamag untuk BN apabila memperoleh majoriti undi 5,681 menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, dengan adanya wakil di peringkat negeri dan persekutuan, keperluan menambah fasiliti serta prasarana rakyat perlu diberi perhatian dan diselesaikan."Kita menaruh harapan agar kedua-dua wakil rakyat yang masih muda dan bertenaga ini dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat, khususnya di Parlimen Kinabatangan yang keluasannya hampir menyamai negeri Johor," katanya.Mengulas sama ada kemenangan PRK berkenaan mampu memberi suntikan semangat kepada BN menjelang PRN Melaka dan Johor, beliau berharap kedua-dua negeri itu akan dimenangi BN."Walaupun BN tewas pada PRN Sabah, perkara sama tidak akan berulang di Melaka dan Johor yang dijangka mengadakan PRN pada tahun ini dan tahun hadapan," katanya.Pada Sabtu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan PRN Melaka akan diadakan dalam tempoh dua hingga 10 bulan akan datang. |
|
Pejalan kaki maut dirempuh motosikal - Sinarharian - 25/01 10:56 am SEREMBAN Seorang pejalan kaki warga asing maut apabila dirempuh sebuah motosikal berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Height di Jalan Persiaran Senawang 1 menghala ke Paroi di sini, malam Sabtu.Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Azahar Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.55 malam membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 21 tahun."Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Paroi."Selepas melepasi lampu isyarat hijau, tiba-tiba seorang pejalan kaki telah melintas secara mengejut dari kiri jalan dan penunggang motosikal tidak dapat mengelak lalu melanggar pejalan kaki itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pejalan kaki yang merupakan warga Nepal berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.Tambahnya, penunggang motosikal yang cedera ringan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut."Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian."Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.Azahar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.Untuk rekod, empat dilaporkan maut di lokasi sama tahun lalu dalam dua kes berasingan akibat perlanggaran lampu isyarat merah. |
|
Macam Set Filem Hollywood! Secret Garden Putrajaya, Spot Rahsia Viral Wajib Kunjungi - Murai - 24/01 11:00 am Tak sangka kan, dekat Presint 1 Putrajaya, ada satu taman malam yang nampak macam set penggambaran filem Hollywood |
|
Arika ikon kediaman terbaharu di Kubang Kerian - Sinarharian - 24/01 9:19 am KOTA BHARU Projek pembangunan bersepadu Arika di Kubang Kerian dijangka muncul sebagai mercu tanda baharu landskap hartanah Kelantan apabila siap sepenuhnya pada akhir tahun 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan kawasan itu sebagai hab perubatan dan kediaman premium negeri ini.Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon JP |
|
Tukang paip dijel dua tahun, denda RM5,000 tipu baucar warga emas RM100,000 - Sinarharian - 23/01 7:36 pm PUTRAJAYA Seorang tukang paip dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan menipu seorang bekas penjual mi, kononnya akan menerima baucar bantuan warga emas sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian mencecah RM100,000, Julai tahun lalu.Tan Wing Kit, 26, dikenakan hukuman itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Ezrene Zakariah |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |