| /// |
|
| Search : Takiyuddin Hassan News | Page 1 |
|
Kaki palsu dan celebral palsy: Dua graduan OKU UIAM raih pengiktirafan... - Mgazette - 7/12 7:49 am # Kaki palsu dan celebral palsy: Dua graduan OKU UIAM raih pengiktirafan tertinggi GOMBAK - Dua graduan Orang Kelainan Upaya (OKU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang mencapai kecemerlangan apabila masing-masing menerima anugerah khas pada Majlis Konvokesyen UIAM ke-41 di sini hari ini |
|
Jenazah mangsa nahas SUV jatuh gaung selamat dikebumikan - Sinarharian - 6/12 10:19 pm KOTA BHARU - Jenazah mangsa kemalangan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), Terengganu, selamat dikebumikan malam ini.Jenazah Hassan Shazali, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh pada 9.10 malam manakala jenazah Suzaimah Che Azis, 34, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir, Gua Musang, pada 9.26 malam tadi.Suasana pilu menyelubungi suasana di tanah perkuburan apabila ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika urusan pengebumian dijalankan.Terdahulu, jenazah kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Hulu Terengganu setelah proses bedah siasat selesai dijalankan sebelum dibawa pulang ke kediaman masing-masing.Dalam kejadian pada jam 5.30 petang semalam, kedua-dua mangsa yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga itu maut selepas SUV yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), Terengganu.Kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang melalui jalan berkenaan yang ditutup akibat tanah runtuh.Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian |
|
Jenazah dua mangsa nahas SUV jatuh gaung dituntut ahli keluarga - Sinarharian - 6/12 6:49 pm HULU TERENGGANU - Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu apabila ahli keluarga mangsa nahas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris - Sungai Gawi - Aring (Bukit Kawah) hadir bagi menuntut jenazah, pada Sabtu.Difahamkan, proses bedah siasat selesai kira-kira jam 2 petang sebelum jenazah dibawa menaiki dua kenderaan berasingan untuk dikebumikan di kawasan masing-masing di Kelantan.Ibu mangsa, Fauziah Mahmood, 58, berkata, dia bersyukur kerana urusan membawa pulang jenazah anaknya berjalan lancar.Menurutnya, pihak polis turut memaklumkan terdapat baju pengantin dalam kenderaan yang dinaiki anaknya, Allahyarhamah Suzaimah Che Azis, 34, bersama Allahyarham Hassan Shazali, 52."Biasanya Ja (Suzaimah) akan beritahu dulu jika hendak ke mana-mana, tetapi pada hari kejadian arwah hanya menelefon untuk berbincang mengenai barang-barang kantin."Bila kami diberitahu ada barang perkahwinan dalam kereta, mungkin mereka ke sini untuk persediaan kahwin," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan pada Sabtu.Fauziah berkata, arwah Suzaimah mempunyai tiga anak berusia tujuh hingga 15 tahun daripada perkahwinan terdahulu dan merancang majlis perkahwinan kecil-kecilan pada 25 Disember ini."Sepatutnya pada 20 Disember ini keluarga lelaki datang jumpa saya berbincang lanjut, tapi tak sangka pula kemalangan menimpa mereka dan mereka berdua pergi terlebih dahulu," katanya.Fauziah berkata, jenazah Suzaimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lebir, Gua Musang pada Sabtu.Sementara itu, isteri Allahyarham Hassan, Che Norhashimah Hassan, 50, berkata, jenazah suaminya yang juga Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh, Kelantan pada hari yang sama."Saya bersyukur urusan membawa pulang jenazah arwah suami berjalan lancar."Arwah seorang guru dan ayah yang baik |
|
'Saya masih dalam idah, tidak tahu suami bakal berkahwin ' - Sinarharian - 6/12 4:21 pm HULU TERENGGANU Balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, tidak menyangka panggilan telefon yang diterima membawa khabar duka mengenai kemalangan yang meragut nyawa suaminya di Kilometer 52, Jalan Kuala JenerisSungai GawiAring, Bukit Kawah, pada petang Jumaat.Che Norhashimah Hassan, 50, berkata, dia menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu kira-kira jam 8.15 malam ketika berada di rumahnya di Gua Musang, Kelantan, sebelum dimaklumkan mengenai kejadian tragis itu.Menurutnya, dia tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai perancangan suaminya untuk berkahwin pada 25 Disember depan kerana mereka kini tinggal berasingan buat sementara waktu."Kami sebenarnya telah bercerai tetapi saya masih dalam tempoh idah |
|
Guru, pekerja kantin maut SUV jatuh gaung di Jalan Aring - Mgazette - 6/12 4:10 pm # Guru, pekerja kantin maut SUV jatuh gaung di Jalan Aring KUALA BERANG - Sepasang bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), di sini petang semalam |
|
Mahfuz gesa SPRM percepat siasatan kes ???lembu fidlot??? libatkan Ahli .. - Mgazette - 6/12 4:10 pm Ini sesuatu yang sangat malang bagi negeri Kedah, katanya. Awal hari ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung tangkapan Azman dan menegaskan tiada campur tangan daripada gabungan itu |
|
'Arwah berhasrat pakai tema hitam pada hari perkahwinan' - Sinarharian - 6/12 2:23 pm HULU TERENGGANU - Hasrat seorang bakal pengantin memilih tema pakaian warna hitam untuk majlis perkahwinannya pada 25 Disember ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Kuala JenerisSungai GawiAring (Bukit Kawah), petang Jumaat.Mangsa, Suzaimah Che Azis, 34, dan Hassan Shazali, 52, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung.Adik bongsu mangsa, Siti Azliana Che Azis, 33, berkata, kakaknya sangat teruja membuat persiapan perkahwinan termasuk memilih warna hitam sebagai tema pasangan dan keluarga.Menurutnya, kali terakhir dia menghubungi kakaknya itu pada petang kejadian untuk berbincang mengenai persiapan hantaran, namun panggilan itu tidak dijawab."Setiap seorang daripada kami adik-beradik berhasrat menaja satu hantaran |
|
Perikatan wont intervene in MACC probe against Padang Serai MP, says Takiyuddin - Malaymail - 6/12 12:30 am KOTA BBARU, DEC 6 Perikatan Nasional (PN) will reportedly leave the matter of the arrest of Padang Serai MP... |
|
Let court decide on Bersatu MPs case, says Takiyuddin - FMT - 6/12 11:04 am The PN chief whip says the coalition will not interfere in the matter and upholds the principle that one is innocent till proven guilty. |
|
PN tak campur tangan kes projek Fidlot Ahli Parlimen Padang Serai - FMT - 6/12 10:12 am Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pihaknya menyerahkan kepada proses perundangan. |
|
PRK DUN Lamag, biar PN Sabah putuskan - Takiyuddin - Sinarharian - 6/12 9:10 am KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan sepenuhnya kepada PN Sabah untuk membuat keputusan sama ada meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin."Kita serah kepada PN Sabah buat keputusan nak letak calon atau sebaliknya."Jika bertanding, kerusi tersebut milik Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (Bersama Masyarakat India) Peringkat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat malam.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Bung Moktar disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi.Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebooknya.Pada PRN Sabah lalu, Bung Moktar mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Lamag mempunyai 13,859 pemilih berdaftar pada PRN kali ini adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Kinabatangan.Terdahulu, PRN-16 pada 2020, Bung Moktar menang kerusi Lamag yang kali pertama dipertandingkan dengan majoriti 661 undi. |
|
PN serah sepenuhnya kepada SPRM siasat kes rasuah Ahli Parlimen Padang Serai - Sinarharian - 6/12 8:28 am KOTA BHARU - Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan ke atas Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang ditahan berkait kes rasuah.Beliau berkata, pihaknya sama sekali tidak akan mencampuri urusan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada proses perundangan untuk mengambil tempat."Kita serah pada proses perundangan, tengok hasil siasatan macam mana |
|
Tindakan Kabinet campuri urusan Dewan Rakyat luar biasa Takiyuddin - Sinarharian - 6/12 8:02 am KOTA BHARU Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan tindakan Kabinet yang didakwa campur tangan dalam urusan Dewan Rakyat berhubung isu penggantungan keahlian beliau baru-baru ini.Menurut Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) itu, keputusan berkaitan perjalanan Dewan Rakyat sepatutnya dibuat oleh pihak legislatif dan bukan dibincang atau diputuskan dalam mesyuarat kabinet."Kita pun hairan juga sebab apa urusan dewan dibincang dan diputuskan dalam kabinet |
|
Kerajaan putuskan Takiyuddin dinilai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan .. - Mgazette - 6/12 7:35 am # Kerajaan putuskan Takiyuddin dinilai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen KUALA LUMPUR - Mesyuarat jemaah Menteri hari ini memutuskan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi penelitian lanjut, selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat |
|
Badan eksekutif tiada kuasa tentukan urusan Dewan – Fadhli - Mgazette - 6/12 7:35 am Jawatankuasa itu pula hanya boleh bertindak atas rujukan Dewan bukan arahan Kabinet, bukan keputusan Jemaah Menteri, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas merujuk kenyataan Azalina hari ini berhubung keputusan Jemaah Menteri supaya Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen |
|
Inkues Zara Qairina, orang ramai diingatkan elak keluarkan komen – .. - Mgazette - 6/12 7:35 am # Inkues Zara Qairina, orang ramai diingatkan elak keluarkan komen - Koroner KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini menangguhkan inkues berhubung kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, dan mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengeluarkan komen mengenai prosiding yang telah berlangsung selama 52 hari itu |
|
Fahmi tempelak fitnah Fadhli - Mgazette - 6/12 7:35 am KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas berkaitan keputusan Kabinet merujuk kes Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah sangkaan jahat dan fitnah yang amat tersasar daripada fakta |
|
Teacher and fiance killed as car falls into ravine - FMT - 6/12 12:08 am Hassan Shazali, 52, and Suzaimah Che Azis, 34, who both worked at the same school, were planning to be wed on Dec 25. |
|
Bakal pengantin maut, SUV terbabas jatuh gaung - Sinarharian - 5/12 11:07 pm HULU TERENGGANU - Bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris - Sungai Gawi - Aring dekat Bukit Kawah, di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Hassan Shazali, 52, yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan Suzaimah Che Azis, 34, pekerja kantin sekolah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pasangan terbabit menaiki SUV jenis Toyota Fortuner dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju ke rumah mereka di Gua Musang, Kelantan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa melalui laluan yang sebenarnya telah ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh sebelum ini."Sebaik tiba di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 61 meter."Kedua-dua mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Difahamkan, kedua-dua mangsa dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember depan.Menurut Sharudin, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat."Keadaan jalan di lokasi merupakan jalan persekutuan yang tidak rata, ditutup sepenuhnya kepada kenderaan serta berada dalam kawasan tanah runtuh ketika kejadian."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. |
|
Fahmi tempelak Ahmad Fadhli dakwaan Kabinet campur tangan urusan Dewan Rakyat - Sinarharian - 5/12 8:06 pm SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menempelak tuduhan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa berlaku campur tangan Kabinet dalam urusan Dewan Rakyat sehingga melanggari kuasa dewan.Menurut Fahmi, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menjelaskan kedudukan perkara tersebut."Sangat jelas melalui kenyataan menteri bahawa usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara ini dirujuk secara rasmi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk dipertimbangkan mengikut aturan yang ditetapkan."Ini menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri akan bertindak sepenuhnya berlandaskan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Ahmad Fadhli Shaari sebelum itu menerusi kenyataan mendakwa, kenyataan Menteri JPM (Undang-Undang) bahawa Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menimbulkan kebimbangan serius tentang campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif.Menurutnya, tatacara dan disiplin Ahli Dewan adalah bidang kuasa eksklusif Dewan Rakyat sendiri bukan Kabinet.Mengulas lanjut Fahmi berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Fadhli itu adalah sangkaan jahat dan fitnah yang amat tersasar daripada fakta."Seeloknya, YB Fadhli membaca dan menghayati kenyataan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu."Tambahan pula, bukankah Datuk Seri Takiyuddin Hassan sendiri telah menyatakan kesediaan untuk perkara ini dirujuk ke jawatankuasa berkenaan?" katanya. |
|
Rujuk Takiyuddin ke JHKP: Fahmi bidas tuduhan Fadhli, gesa hayati kenyataan - FMT - 5/12 7:52 pm Ketua penerangan PAS mendakwa kenyataan berhubung Jemaah Menteri menimbulkan kebimbangan serius berhubung campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif. |
|
Inkues Zara Qairina bersambung tahun depan, Koroner ingatkan jangan dahului inkues - Sinarharian - 5/12 6:03 pm KOTA KINABALU Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan sekali lagi mengingatkan orang awam supaya tidak mendahului prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang kini dihentikan sementara sehingga disambung semula pada Januari tahun hadapan.Dalam prosiding inkues terakhir bagi tahun ini yang berlangsung pada Jumaat, beliau menegaskan tiga perkara penting termasuk peringatan agar orang awam mengelakkan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh dianggap menghina mahkamah."Untuk pengetahuan umum, inkues masih berjalan |
|
JPJ sita bas sekolah bawa pelancong secara haram - Sinarharian - 5/12 6:00 pm CAMERON HIGHLANDS - Sebuah bas sekolah dikesan beroperasi secara haram sebagai bas pelancongan dengan membawa pelancong asing yang berkunjung ke Cameron Highlands sejak tiga tahun lalu.Perkara itu terbongkar menerusi Op Bersepadu Penguatkuasaan Kenderaan Perdagangan, dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Jabatan Imigresen di beberapa lokasi tumpuan pelancong sekitar daerah peranginan tersebut pada Jumaat.Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, bas sekolah berkenaan digunakan untuk membawa pelancong dari China dan Singapura, dipandu oleh pemandu tempatan tanpa kelayakan dan dokumen sah."Bayangkan, kita baru selesai satu insiden di Genting Highlands melibatkan bas persiaran terbalik hingga mengorbankan pelancong dari China."Jika situasi sama berulang, ia memberi kesan buruk kepada industri pelancongan negara," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.Bas berkenaan telah disita atas kesalahan beroperasi tanpa lesen pengendali di bawah Seksyen 81(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Seksyen 222 serta Seksyen 224 akta sama.Muhammad Kifli berkata, dalam operasi sama, JPJ turut menyita dua kenderaan pacuan empat roda yang masih berdaftar atas nama agensi kerajaan.Katanya, berdasarkan siasatan, kenderaan tersebut digunakan untuk membawa pelancong bagi tujuan mengaut keuntungan."Kita akan lakukan siasatan lanjut termasuk merujuk kepada agensi terbabit, bagaimana kenderaan ini boleh digunakan sedemikian."Jika terbukti disalah guna, ia pelanggaran undang-undang yang sangat serius," katanya.Sementara itu, beliau berkata, hasil operasi, sebanyak 48 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 16 daripadanya disita melibatkan 51 notis pelbagai kesalahan serius direkodkan.Katanya, antara kesalahan utama termasuklah salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), tidak mempunyai LKM dan insurans serta tidak memiliki lesen memandu yang sah."Kesalahan-kesalahan ini menimbulkan risiko keselamatan serius kepada pengguna jalan raya lain, memandangkan Cameron Highlands kawasan berkecerunan tinggi, laluan sempit dan padat serta menjadi lokasi tumpuan pelancong," katanya.Dalam perkembangan sama, Muhammad Kifli menambah, daripada 51 pemandu yang diperiksa, 16 daripadanya merupakan warga Bangladesh dan Indonesia dengan kesalahan tertinggi tidak mempunyai lesen sah.Katanya, JPJ mengambil berat kes penyalahgunaan kenderaan seperti itu dan operasi akan diteruskan setiap minggu bermula minggu ini di Cameron Highlands."Kita bukan sahaja akan mengambil tindakan terhadap pemandu, tetapi juga syarikat serta individu yang menggaji pemandu warga asing tanpa kelayakan," katanya. |
|
AirAsia cabin crew given option to wear hijab on all routes in landmark uniform policy shift - Sinardaily - 5/12 4:53 pm SHAH ALAM AirAsia has introduced a significant policy change that gives its female cabin crew members the option to wear the hijab while on duty, marking an evolution in the airlines commitment to diversity, comfort, and inclusivity across its global operations.AirAsia announced on Friday that it has refreshed its cabin crew uniform policy, now permitting female staff to wear the hijab if they choose.The change reflects the airlines culture and ongoing development shaped through employee feedback.AirAsia Aviation Group Chief Executive Officer (CEO) Bo Lingam said the company is proud of this improvement as it supports the growth of the airline as a global brand with a diverse workforce representing the cultures it connects.AirAsia is proud to create a working environment where every Allstar feels confident, comfortable, and proud to represent the airline wherever they fly.Our uniforms have always reflected professionalism, safety and comfort |
|
Cabinet cannot decide to refer Takiyuddin to rights committee, says PAS man - FMT - 5/12 4:45 pm Information chief Ahmad Fadhli Shaari says the Federal Constitution states that only the Dewan Rakyat can determine disciplinary action for MPs. |
|
Usul gantung Takiyuddin akan disesuaikan, Parlimen bukan medan sebar fitnah - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 5/12 4:22 pm SHAH ALAM Usul yang telah dibentangkan bagi menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan akan disesuaikan bagi membolehkan ia dirujuk secara rasmi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk pertimbangan lanjut mengikut aturan yang ditetapkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat susulan keputusan Jemaah Menteri pada Jumaat yang memutuskan agar Setiausaha Agung Pas itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen."Keputusan ini juga diambil setelah mengambil kira pandangan yang dibangkitkan semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 4 Disember 2025."Kerajaan Madani percaya bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan menjalankan penelitian ini dengan penuh tanggungjawab, kebebasan dan integriti, selaras dengan peranan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Dewan," katanya dalam satu kenyataan.Jemaah Menteri membuat keputusan agar Takiyuddin dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan susulan kenyataan berunsur fitnah yang dibuat terhadap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Oktober lalu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said turut memaklumkan bahawa keputusan itu adalah selaras dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution menegaskan bahawa adalah tidak wajar bagi mana-mana wakil rakyat menjadikan Parlimen sebagai medan untuk bertindak melebihi batas."Parlimen ialah sebuah institusi yang mulia dan berwibawa, justeru tidak wajar dijadikan medan untuk mana-mana Ahli Dewan bertindak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah dan tohmahan yang boleh menjejaskan kewibawaan institusi perundangan negara."Kerajaan Madani kekal komited untuk memelihara martabat Parlimen sebagai institusi tertinggi negara serta memastikan setiap isu yang timbul ditangani secara berhemah dan berlandaskan amalan demokrasi berparlimen," katanya. |
|
Inkues Zara Qairina: Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen - Sinarharian - 5/12 4:09 pm KOTA KINABALU - Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan serangan netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.Asni Marjan, 56, berkata, akibat kecaman dan serangan itu, beberapa guru memadamkan akaun Facebook masing-masing dan ada yang berasa takut untuk pergi ke pusat beli-belah, kedai mahu pun ke pasar."Kami sudah lakukan yang terbaik |
|
18 warga Jepun dan China didakwa melakukan penipuan dalam talian - Mgazette - 5/12 3:20 pm # 18 warga Jepun dan China didakwa melakukan penipuan dalam talian BUKIT MERTAJAM - Seramai 18 warga Jepun dan China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan dalam talian pada November lalu |
|
Kabinet setuju Takiyuddin dirujuk ke jawatankuasa Parlimen - FMT - 5/12 3:12 pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata keputusan dibuat bagi tujuan penelitian selanjutnya selaras peraturan Dewan. |
|
Takiyuddin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen - Sinarharian - 5/12 3:08 pm SHAH ALAM - Jemaah Menteri pada Jumaat membuat keputusan supaya Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi tujuan penelitian selanjutnya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia selaras dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.Menurutnya, sejajar dengan keputusan tersebut, usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat akan disesuaikan bagi membolehkan perkara berkenaan dirujuk secara rasmi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk dipertimbangkan mengikut aturan ditetapkan."Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pandangan yang dibangkitkan semasa perbahasan dan untuk memastikan bahawa ahli Parlimen juga diberikan ruang untuk didengar dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan."Selain itu, ia juga bagi membolehkan sebarang dapatan dibuat Jawatankuasa tersebut yang mempunyai mandat khusus di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, usul untuk menggantung Takiyuddin daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan telah ditangguhkan.Usul berkenaan dibangkitkan berikutan kenyataan Takiyuddin yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Terengganu dengan tragedi Memali 1985.Tambah kenyataan itu, Kerajaan Madani percaya bahawa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan menjalankan penelitian ini dengan penuh tanggungjawab, kebebasan dan integriti selaras dengan peranan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Dewan."Kerajaan Madani juga kekal komited untuk memelihara kewibawaan Parlimen sebagai institusi tertinggi negara, di samping memastikan bahawa isu-isu berbangkit ditangani berlandaskan kerangka demokrasi berparlimen," ujarnya. |
|
Takiyuddin to be referred to rights committee instead, says Azalina - FMT - 5/12 3:03 pm Law and institutional reform minister says this is to ensure that the Kota Bharu MP is heard and allow for a proper review of the matter. |
|
Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat - Mgazette - 5/12 7:57 am # Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat pada petang ini |
|
Tiada warden bertugas malam Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri ??? .. - Mgazette - 5/12 7:57 am # Tiada warden bertugas malam Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri Bekas PK HEM KOTA KINABALU - Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini bahawa tiada seorang pun warden asrama bertugas pada malam Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri |
|
Pemuda Pas kecam usul gantung Takiyuddin, dakwa politik sempit jejas .. - Mgazette - 5/12 7:57 am # Pemuda Pas kecam usul gantung Takiyuddin, dakwa politik sempit jejas integriti Parlimen KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas Malaysia mengecam tindakan membawa usul penggantungan terhadap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang disifatkan sebagai langkah politik sempit serta menjejaskan integriti Parlimen |
|
Dewan Rakyat tangguh gantung Takiyuddin selama enam bulan - Mgazette - 5/12 7:57 am # Dewan Rakyat tangguh gantung Takiyuddin selama enam bulan KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menangguhkan usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan peristiwa Memali |
|
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air - Sinarharian - 4/12 9:21 pm KUALA LUMPUR Hujan lebat kira-kira selama sejam menyebabkan beberapa jalan serta kawasan di ibu kota dinaiki air pada Khamis.Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafizan Hassan, berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 6.55 petang."Seramai 18 anggota serta pegawai bersama jentera dari dua Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, antaranya di Jalan Sentul Pasar, Taman Bahagia, Jalan Batu Bata, Titiwangsa Sentral, Jalan Haji Salleh, Kampung Chubadak Dalam, Sentul dan Batu 2 , Jalan Ipoh," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Hafizan berkata, kawasan yang terlibat tidak melibatkan mangsa atau kerosakan harta benda."Kawasan tersebut hanya mengalami limpahan air dan banjir telah surut |
|
Speaker defers motion to suspend Takiyuddin to next Parliament session - Malaymail - 4/12 4:56 pm KUALA LUMPUR, Dec 4 A motion to suspend Kota Bharu MP Datuk Seri Takiyuddin Hassan from attending Dewan Rakyat s... |
|
Usul gantung Takiyuddin selama enam bulan ditangguh - Sinarharian - 4/12 4:26 pm KUALA LUMPUR Usul untuk menggantung Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran kenyataannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Marang dengan peristiwa Memali di Baling ditangguhkan.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, usul tersebut ditangguhkan ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang."Selepas kita dengar hujah (perbahasan) daripada semua (ahli Parlimen) dan menimbang hujah-hujah yang diutarakan itu, maka bagi pihak kerajaan saya mohon supaya usul ini ditangguh dan dibawa ke sesi akan datang," katanya ketika menggulung usul itu di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.Penangguhan itu sekali gus meredakan semula suhu Dewan Rakyat yang bertukar panas sepanjang pembentangan dan perbahasan usul berlangsung kira-kira dua jam.Terdahulu, dewan kecoh apabila wakil rakyat pembangkang dan kerajaan berselang-seli bangkit mencelah hinggakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkali-kali memberi amaran termasuk mengarahkan beberapa wakil pembangkang untuk duduk.Empat pembahas usul itu ialah Takiyuddin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang juga Ketua Pembangkang, Suhaizan Kayat (PH-Pulai) dan Syahredzan Johan (PH-Bangi).Dalam perbahasannya, Takiyuddin memohon usul penggantungannya selama enam bulan dipinda dengan merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.Beliau menuntut satu prosiding yang adil dan diberikan hak bersuara untuk mempertahankan diri terhadap dakwaan yang dibuat sebelum ini."Kalau sekiranya menteri boleh meminda usul ini dan merujuk saya kepada jawatankuasa |
|
Usul gantung Takiyuddin ditangguh ke sesi Dewan Rakyat akan datang - Sinarharian - 4/12 4:11 pm KUALA LUMPUR - Usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ditangguhkan ke sesi mesyuarat akan datang.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memohon agar usul berkenaan ditangguhkan."Selepas mendengar hujah semua pihak dan menimbang hujah-hujah yang diberikan maka bagi pihak kerajaan, saya memohon supaya usul ini ditangguh dan dibawa pada sesi akan datang," kata Shamsul Anuar ketika sesi penggulungan usul berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataan Takiyuddin berhubung latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu dibuat tanpa memberikan gambaran sebenar dan telah mencalarkan imej agensi berkenaan."Ini realitinya, dan ia menjatuhkan martabat mereka yang menjaga keselamatan perairan negara.. |
|
Selepas dibantah, Dewan Rakyat tangguh usul gantung Takiyuddin - FMT - 4/12 3:43 pm Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah memohon usul itu ditangguhkan dan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang. |
|
Motion to suspend Takiyuddin sparks heated debate in Dewan Rakyat - FMT - 4/12 3:36 pm Several opposition MPs voiced strong concern over a motion to suspend the Kota Bharu MP for six months over a maritime enforcement operation in Marang, Terengganu. |
|
Beri Saya Hak Pertahan Diri Saya! Bawa Saya Ke Jawatankuasa Hak... - Mgazette - 4/12 3:32 pm # Beri Saya Hak Pertahan Diri Saya! Bawa Saya Ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan! - Takiyuddin |
|
Dewan Rakyat kecoh gara-gara usul gantung Takiyuddin enam bulan - Mgazette - 4/12 3:32 pm # Dewan Rakyat kecoh gara-gara usul gantung Takiyuddin enam bulan KUALA LUMPUR Hari terakhir Dewan Rakyat hari ini kembali kecoh selepas beberapa wakil pembangkang membantah usul dibawa menteri bagi menggantung Datuk Seri Takiyuddin Hassan selama enam bulan |
|
Inkues Zara Qairina: Pelajar disifatkan baik walaupun didakwa wujud budaya memaki, persekitaran toksik - Sinarharian - 4/12 2:24 pm KOTA KINABALU - Guru disiplin mengatakan bahawa pelajar di sekolah menengah agama tempat Zara Qairina Mahathir bersekolah masih berada dalam kategori baik, walaupun keterangan kebanyakkan pelajar dalam inkues kematian Allahyarham menyatakan budaya memaki adalah perkara biasa dan persekitarannya dianggap toksik.Sebelum Nur Shukriah Mohd Fauzi dilepaskan selepas memberikan keterangannya, Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan mengambil peluang bertanyakan beberapa soalan kepada saksi dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Koroner pada Khamis.Hakim bertanya mengenai tahap disiplin pelajar perempuan di sekolah tersebut sepanjang lapan tahun beliau mengajar, khususnya sebelum kejadian pada 16 Julai yang melibatkan Zara Qairina."Baik, bukan terlalu baik, sekadar baik sebab pelajar melakukan kesalahan hanya kesalahan disiplin ringan tidak melibatkan kesalahan berat," katanya.Amir Shah kemudian menjelaskan bahawa soalan itu diajukan berdasarkan pengalaman saksi sebagai guru, memandangkan pelajar-pelajar yang terlibat telah berada di sekolah sejak Tingkatan Satu dan kini di Tingkatan Empat."Alasan kenapa saya bertanya, sebab keterangan daripada pelajar-pelajar sendiri, majoritinya sekolah ini budaya memaki adalah biasa, dan ada juga kenyataan berkata, persekitaran di sekolah ini sangat toksik," kata Hakim Koroner.Saksi menjawab bahawa pihak sekolah, termasuk unit disiplin, telah melaksanakan pelbagai program untuk pelajar, namun beliau terkilan kerana urusan pembentukan sahsiah pelajar sering diletakkan sepenuhnya di bahu pihak sekolah."Kalau di pihak kami di sekolah banyak sudah program kami telah laksanakan setiap hari, memang disusun atur oleh kami sendiri unit displin, kami juga dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab memang program-program islamik berada di bawah kami."Pihak kami sudah sehabis baik untuk anak-anak, kerana saya juga selalu berada di sana setiap pagi menasihati seperti bercakap sopan, menghormati sesama orang lain, rakan-rakan |
|
Pembangkang bantah usul gantung Takiyuddin - FMT - 4/12 2:05 pm Beberapa Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin tidak setuju usul dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah. |
|
No real pressure on Muhyiddin to resign after Sabah loss, says analyst - FMT - 4/12 12:00 am Azmi Hassan says the call is not strong enough to trigger a leadership change as it comes from a state with its own unique political dynamics. |
|
In Dewan Rakyat today: Motion to suspend Takiyuddin for six months expected to dominate - Malaymail - 4/12 9:06 am KUALA LUMPUR, Dec 4 The final day of the Dewan Rakyat sitting today is likely to spark tension, with a motion to... |
|
Inkues Zara Qairina: Guru Disiplin akui wujud budaya ‘ragging’ .. - Mgazette - 4/12 7:43 am # Inkues Zara Qairina: Guru Disiplin akui wujud budaya 'ragging' KOTA KINABALU - Seorang guru disiplin hari ini mengaku di Mahkamah Koroner, di sini, bahawa memang wujud budaya _ragging_dalam kalangan pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha |
|
Gantung Takiyuddin, kenapa ulangi tindakan yang dulu kamu kata kejam? .. - Mgazette - 4/12 7:43 am # Gantung Takiyuddin, kenapa ulangi tindakan yang dulu kamu kata kejam? - Fadhli KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memasukkan usul menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat selama enam bulan |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah KPM larang serah kenyataan bertulis pelajar kecuali diminta - Sinarharian - 3/12 6:55 pm KOTA KINABALU - Saksi ke-53 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan kepada Mahkamah Koroner bahawa pihak sekolah tidak menyerahkan kenyataan bertulis pelajar berkaitan siasatan dalaman kepada pihak berkuasa susulan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya tidak memberikan sebarang maklumat kecuali jika diminta.Nur Shukriah Mohd Fauzi, guru di sekolah tempat Allahyarham bersekolah, menyatakan perkara itu selepas ditanya Timbalan Pendakwa Raya merangkap pegawai pengendali, Mohd Fairuz Johari, dalam prosiding berkenaan.Mohd Fairuz bertanya kepada saksi sama ada semua laporan bertulis dan pernyataan pelajar telah diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM."Tidak.. |
|
Usul gantung 6 bulan: Takiyuddin dakwa tidak sah, 'double jeopardy' - Sinarharian - 3/12 6:41 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa usul yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk menggantungnya selama enam bulan adalah salah dari segi undang-undang dan bersifat 'double jeopardy'.Ketua Whip Pembangkang itu berkata, usul yang dijangka dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tersebut bertindih dan melangkaui usul terdahulu yang pernah dikemukakan terhadapnya.Menurutnya, usul awal yang dibawa oleh Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen masih belum diselesaikan, malah beliau sendiri belum dipanggil menghadiri sebarang prosiding."Itu adalah prosedur di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk seseorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi kes itu belum selesai, saya belum dipanggil atau dilepaskan."Tiba-tiba pula dikemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) untuk menggantung Ahli Parlimen selama enam bulan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Rabu.Saifuddin Nasution dijangka mencadangkan usul berkenaan susulan kenyataan Takiyuddin yang mengaitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan peristiwa Memali.Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat pada Rabu, Saifuddin Nasution meminta Dewan memutuskan sama ada Takiyuddin wajar digantung berhubung kenyataan yang dibuat semasa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di peringkat dasar pada 22 Oktober lalu.Dalam perkembangan sama, Takiyuddin berkata, beliau sudah mematuhi semua syarat yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.Katanya, antara lain beliau telah menghantar surat penjelasan berhubung isu berkenaan kepada Speaker dalam tempoh yang ditetapkan."Saya berbahas pada 22 Oktober lalu dan keesokan harinya Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, menghantar surat kepada Speaker untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataan saya semasa perbahasan RUU Perbekalan 2026 itu."Selepas Speaker menerima surat tersebut, satu salinan dihantar kepada saya untuk memberi jawapan serta penjelasan |
|
Inkues Zara Qairina: Guru disiplin akui wujud budaya 'ragging' - Sinarharian - 3/12 5:18 pm KOTA KINABALU - Seorang guru disiplin pada Rabu mengaku di Mahkamah Koroner di sini bahawa memang wujud budaya ragging dalam kalangan pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.Pengakuan itu dibuat oleh saksi ke-56, iaitu setiausaha unit disiplin sekolah Muliati Alihuddin, 42, ketika disoal Koroner Amir Shah Amir Hassan pada prosiding inkues kematian pelajar tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.Koroner Amir Shah: Secara umum, cikgu, bagaimana tahap disiplin pelajar di sekolah itu sejak kamu menjadi guru disiplin?Muliati: Selalunya, kes yang dilaporkan berkaitan telefon bimbit kerana ia barang larangan |
|
Kenapa tak rujuk saya ke jawatankuasa hak dan kebebasan, soal Takiyuddin - FMT - 3/12 4:03 pm Ahli Parlimen PAS itu mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu membawa usul menggantung beliau di Dewan Rakyat selama enam bulan. |
|
Why move to suspend me without referring to privileges panel, Takiyuddin asks - FMT - 3/12 3:30 pm The PAS MP says the committee, headed by the speaker and consisting of members from both sides, is the proper channel to handle such matters |
|
Kelantan nafi exco hantar surat minta PM lulus projek - FMT - 3/12 3:02 pm Timbalan Menteri Besar Fadzli Hassan memaklumkan perkara itu selepas ia dibincangkan dalam mesyuarat exco hari ini bagi tujuan semakan. |
|
Ada 2 tahun lagi mansuh Sosma, kerajaan diberitahu - FMT - 3/12 2:01 pm Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata PH akan dianggap gagal jika tidak laksana pembaharuan dijanjikan. |
|
We still have 2 years left, repeal Sosma now, govt told - FMT - 3/12 1:36 pm Pasir Gudang MP Hassan Karim says PH will be seen as a failure if it does not deliver the reforms it promised while leading the government. |
|
Saifuddin kemuka usul gantung Takiyuddin enam bulan - Sinarharian - 3/12 12:41 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dijangka berdepan dengan usul penggantungan selama enam bulan dari Dewan Rakyat.Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bertarikh 3 Disember, usul berkenaan akan dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Undang-undang itu berhubung kenyataan Takiyuddin semasa perbahasan Rang undnag- Undang (RUU) Perbekalan 2026 Oktober lalu yang mendakwa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melakukan serangan di Masjid Kampung Rusila dan ingin mengulangi Peristiwa Mamali."Bahawa Yang Berhormat Kota Bharu juga dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan Peristiwa Memali tahun 1985, serangan terhadap tempat suci ibadat dan percubaan menakutkan rakyat di mana ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam."Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Ahdi Awang masing-masing pada 6 Oktober dan 13 Oktober melalui pemakluman oleh Polis Diraja Malaysia mempunyai pengetahuan bahawa kejadian tersebut adalah pelaksanaan Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team oleh APMM."Yang Berhormat Kota Bharu walaupun sebelum ucapannya di Dewan pada 22 Oktober telah mengetahui mengenai perkara di atas tentang kejadian tersebut merupakan satu pelaksanaan latihan yang dikendalikan oleh APMM di Masjid Rusila, namun telah membangkitkan mengenainya di dalam Dewan dengan tidak memberi gambaran sebenar tujuan kejadian tersebut," jelas Saifuddin dalam usul tersebut.Beliau berkata, ucapan Takiyuddin juga telah mencalarkan imej APMM malah anggota yang didakwa terlibat dengan insiden tersebut mungkin teraniaya disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas itu."Dakwaan Yang Berhormat Kota Bharu merupakan satu perbuatan yang seolaholah menjatuhkan martabat anggota APMM yang telah bertungkus lumus dalam menjaga samudera Malaysia yang luas dari pelbagai ancaman termasuk penyeludupan senjata, perikanan haram, pencerobohan kapal asing, dadah, lanun dan ancamanancaman lain."Yang Berhormat Kota Bharu telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa Kerajaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |