///
See Also: Shutterstock

Search : Tahun Baharu News   Page 1    





Lelaki maut kereta dipercayai terjunam dalam sungai - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Lelaki maut kereta dipercayai terjunam dalam sungai SEREMBAN - Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas ke dalam sungai berhampiran Sekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadut, di sini hari ini





750 liter minyak diesel dalam tong drum disita - Mgazette - 18/02 7:57 am

KUALA LUMPUR - Kira-kira 750 liter minyak diesel yang diisi dalam dua buah tong drum disita selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan di Plaza Tol Kuantan oleh Pasukan Peronda Lebuhraya Pantai Timur, Polis Diraja Malaysia, hari ini





Suami isteri maut motosikal rempuh pembahagi jalan - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Suami isteri maut motosikal rempuh pembahagi jalan KLUANG - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di kilometer 37.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini hari ni





Dua mangsa lemas di Pantai Tanjung Buloh diselamatkan nelayan, pengunjung .. - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Dua mangsa lemas di Pantai Tanjung Buloh diselamatkan nelayan, pengunjung KOTA TINGGI - Dua kanak-kanak lelaki yang terselamat ketika mandi di pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil, di sini hari ini, mendapat bantuan nelayan dan pengunjung yang kebetulan berada di situ





Dakwaan pengusaha tadika sokong Darjah 1 umur 6 tahun mengelirukan .. - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Dakwaan pengusaha tadika sokong Darjah 1 umur 6 tahun mengelirukan - MCA GEORGE TOWN - Dakwaan bahasa dasar Masuk Darjah Satu pada usia enam Tahun mendapat sokongan pengusaha prasekolah adalah mengelirukan





Suhakam Gesa Tubuh RCI Siasat Azam Baki ??? PN Tentukan Pengerusi... - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Suhakam Gesa Tubuh RCI Siasat Azam Baki PN Tentukan Pengerusi Baharu Ahad Ini #MGFlash * Dakwaan Kontrak Ratusan Juta: UMNO Jeli Persoal Desakan Rafizi Tukar KP SPRM * PN Adakan Mesyuarat Luar Biasa, Tentukan Pengerusi Baharu Ahad Ini * Pemandu MPV Polis Disaman, Kenderaan Bergesel Dengan Perodua Bezza * Premis Dua Tingkat Jadi Asrama Haram, 41 PATI Dicekup #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg Ibu kepada empat anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan aktiviti persundalan di sebuah hotel di bandar ini, minggu lalu





PN bermesyuarat tentukan pengerusi baharu 22 Feb ini - Mgazette - 18/02 7:57 am

Apabila dua parti telah menyatakan persetujuan, maka mesyuarat luar biasa perlu diadakan. Setakat ini, semua parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah bersetuju," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di sini, hari ini





Tahun Baharu Cina tuntut perubahan berani – Hamzah - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Tahun Baharu Cina tuntut perubahan berani - Hamzah KUALA LUMPUR Tahun Baharu Cina menuntut keberanian untuk melakukan perubahan, kata bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hamzah Zainudin dalam perutusan sempena sambutan perayaan itu





Hormati keluarga kami, hentikan spekulasi kes mati 5 beranak – Nurul .. - Mgazette - 18/02 7:57 am

# Hormati keluarga kami, hentikan spekulasi kes mati 5 beranak - Nurul Zahidah KUANTAN - Seorang ahli keluarga kepada lima beranak yang maut dipercayai mati dibunuh itu meminta agar semua pihak berheti membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan





Kawalan mercun, bunga api diperketat, keselamatan awam diutamakan – .. - Mgazette - 18/02 7:57 am

Dalam pada itu, Mohd Khalid menasihatkan orang ramai supaya bermain bunga api di kawasan lapang, mematuhi langkah keselamatan dan sentiasa berwaspada agar tidak mengganggu ketenteraman awam atau menimbulkan kegusaran penduduk setempat. Beliau turut menyeru masyarakat agar mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang bagi memastikan perayaan Tahun Baharu Cina disambut secara harmoni dan selamat





Suami isteri maut motosikal terbabas di Lebuhraya PLUS - Sinarharian - 17/02 10:19 pm

KULAI - Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer 37.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, petang Selasa.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki itu kira-kira 1.40 petang.Beliau berkata, hasilsiasatan awal mendapati motosikal berkenaan hilangkawalansebelum terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan."Akibat kemalangan tersebut, mangsapenunggang lelaki berusia 55 tahun bersama pembonceng iaitu isterinya yang berumur 49 tahun mengalami kecederaan parah padabahagian kepala, dan kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa





Kereta terbabas ke dalam sungai, lelaki ditemukan maut - FMT - 17/02 9:47 pm

Mangsa berusia 25 tahun itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.





Lelaki maut kereta dipercayai terbabas ke dalam sungai - Sinarharian - 17/02 8:20 pm

SEREMBAN - Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayaiterbabaske dalam sungai berhampiranSekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadutdi sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mangsa berusia 25 tahun itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sejak awal pagi tadi."Keluarga mangsa kemudian bertindak menjejaki lokasi terakhir mangsa melalui Sistem Pengesanan Global(GPS) pada kereta jenis Toyota Yaris yang dipandu lelaki itu."Hasil semakan mendapati lokasi terakhir kereta tersebut berada di kawasan berhampiran sungai berkenaan sebelum operasi pencarian dijalankan oleh pasukan bomba," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Dalam pada itu, Komander Operasi Kanan Zon 1 Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, PPgB Mohd Fadhli Shamsudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itukira-kira 5 petang tadi."Mayat mangsa ditemukan pada 6.15petang, kami mengalami sedikit kesukaran memandangkan sungai agak dalam dan air deras berikutan hujan sejak awal pagi tadi," katanya dan menambah operasi membabitkan 13 anggota itu tamat pada 6.40 petang





Wanita terselamat pokok tumbang hempap kereta - Sinarharian - 17/02 7:27 pm

IPOH -Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Lebuhraya Ipoh-Lumut berhampirankawasan kuari menghala ke Batu Gajah, petang Selasa.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.03 petang."Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih yang tiba di lokasi kejadian pada 4.10 petang mendapati sebatang pokok hutan telah tumbang lalu menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 41 tahun," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.Operasi menyelamat tamat sepenuhnyapada5 petang setelah keadaan disahkan selamat





Malaysia tidak akan bergerak ke hadapan jika kita terus berbalah - Anwar - Sinarharian - 17/02 7:09 pm

SHAH ALAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Malaysia tidak akan bergerak ke hadapan jika pemimpin terus berbalah dan membiarkan hasutan perpecahan serta perbezaan meretakkan kepercayaan sesama mereka.Beliau menegaskan, kekuatan negara terletak pada muafakat dan kesediaan menyelesaikan perbezaan secara matang dan beradab."Sejak puluhan tahun, pemimpin terdahulu termasuk Tun Abdul Razak (Hussein) telah mengingatkan bahawa perpecahan dan sentimen perkauman adalah cabaran besar negara."Hakikat bahawa perkara ini masih perlu diulang hari ini menjadi tamparan bahawa kita telah membiarkan masalah lama ini terus berlarutan," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum itu, beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) bersama rakan pimpinan serta masyarakat Cina sekitar ibu negara.Anwar memaklumkan, dalam ucapannya pada majlis sambutan itu, beliau menekankan bahawa kemajuan yang dicapai negara hari ini lahir daripada semangat berpasukan dan kesediaan untuk bekerja keras merentasi kaum dan latar belakang."Dewan ini dekat di hati saya, tatkala ia menjadi saksi perjalanan panjang sejak di universiti dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta saat jatuh dan bangkit semula ketika memperjuangkan keadilan, reformasi dan hak setiap rakyat bersama KLSCAH dan teman-teman seperjuangan."Saya menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah terjalin sekian lama ini





Kuman tibi berisiko 'kebal' jika pesakit terputus ubat - Medical Mythbusters Malaysia - Sinarharian - 17/02 6:45 pm

SHAH ALAM Pemberian insentif rawatan penyakit tibi sebanyak RM800 kepada setiap seorang pesakit yang dilakukan kerajaan Selangor dilihat wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain memandangkan kuman tibi berisiko menjadi kebal jika pesakit terputus bekalan ubat akibat kekangan kewangan.Penasihat merangkap Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata, kepatuhan rawatan yang tinggi termasuk pengambilan ubat-ubatan akan dapat membendung kemunculan tibi tahan pelbagai ubat atau multi-drug resistant TB (MDR-TB)."Kos merawat satu kes tibi biasa adalah jauh lebih murah berbanding kos merawat MDR-TB yang boleh mencecah ribuan ringgit bagi setiap individu."Jadi langkah pemberian insentif rawatan seperti yang dilakukan di Selangor merupakan satu tindakan yang sangat wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain. Ini kerana rawatan tibi juga memerlukan tempoh komitmen yang panjang, sekurang-kurangnya enam bulan dan golongan berpendapatan rendah atau B40 sering berhadapan risiko kehilangan punca pendapatan," katanya kepada Sinar Harian.Pada Selasa, muka depan Sinar Harian melaporkan sebanyak 503 kes baharu tibi direkodkan ketika jutaan rakyat mula bergerak sempena Tahun Baharu Cina sepanjang cuti sekolah serta persiapan Ramadan minggu ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan pakar terhadap penularan penyakit itu dalam suasana perhimpunan ramai.Penyakit berjangkit melalui udara yang bergerak secara senyap tersebut boleh membawa risiko kematian sehingga 50 peratus jika tidak dirawat dan memerlukan rawatan yang memeritkan sekurang-kurangnya enam bulan.Justeru pakar menyarankan orang ramai digesa kembali memakai pelitup muka seperti diamalkan ketika pandemik Covid-19 terutama di tempat sesak dan sepanjang perjalanan.Kerajaan Selangor pula pada 9 Februari lalu dilapor meneruskan pemberian insentif rawatan tibi sebanyak RM800 bagi tahun ini sebagai usaha berterusan membanteras penularan penyakit berjangkit berkenaan dalam kalangan rakyat negeri terbabit.Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memastikan pesakit, khususnya daripada golongan B40 dapat meneruskan rawatan secara konsisten sehingga sembuh sepenuhnya.Mengulas lanjut, Ahmad Firdaus menegaskan, insentif tersebut bertindak sebagai pemudah cara bagi menampung kos pengangkutan dan sara hidup, sekali gus mencegah keciciran rawatan.Menurutnya, pemberian insentif kewangan tidak seharusnya dilihat sebagai bantuan kebajikan semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu pelaburan strategik kesihatan awam."Dengan memastikan pesakit patuh kepada aturan rawatan sehingga sembuh, kita bukan sahaja menyelamatkan nyawa individu tersebut, malah kita melindungi seluruh komuniti daripada ancaman jangkitan yang lebih teruk," jelasnya.Bagaimanapun, katanya, bagi menjamin kelestarian impak dalam jangka masa panjang, bantuan kewangan harus disulami dengan langkah yang lebih holistik."Kerajaan pusat dan negeri disarankan untuk mengintegrasikan pendekatan saringan komuniti aktif





Lelaki ditahan disyaki miliki 750 liter diesel tanpa permit - Sinarharian - 17/02 6:35 pm

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki 750 liter minyak diesel tanpa permit pada Isnin.Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin berkata, lelaki terbabit terlebih dahulu ditahan bersama kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara oleh pasukan polis peronda lebuh raya di Plaza Tol Kuantan di sini.Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, KPDN Pahang melaksanakan operasi penguatkuasaan dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut membawa muatan minyak diesel yang diisi dalam dua buah tong dram."Hasil pemeriksaan menyeluruh mendapati lelaki itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan melanggar Subperaturan 18(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menggunakan atau mengambil mana-mana barang berjadual melebihi kuantiti yang dibenarkan seperti dijadual tanpa permit."Susulan itu, KPDN Pahang telah menyita minyak diesel bersama kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Jezlily berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM42,340.Sementara itu, katanya, KPDN memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat agar sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.Beliau berkata, bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122], mereka berdepan denda tidak melebihi RM1 juta jika disabitkan bagi kesalahan pertama."Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali."Bagi syarikat pula, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta untuk kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," jelas beliau.Menurutnya lagi, KPDN akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan demi melindungi kepentingan pengguna dan negara.





Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Pantai Tanjong Buloh - Sinarharian - 17/02 6:34 pm

KOTA TINGGI Kegembiraan cuti sekolah bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Pantai Tanjong Buloh, Sedili Kecil, petang Selasa.Komander Operasir dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Muhammad Hashim Ismail berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.17 petang.Jelasnya, seramai 16 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian."Terdapat tiga mangsa iaitu Arman Hanif berusia 11 tahun, Mohamad Soleh Hazriq Mokhtar berusia 16 tahun dan Putra Aniq Fairuz Mohd Faizul berusia 11 tahun."Arman Hanif terselamat manakala Mohamad Soleh telah dijumpai dan diserahkan kepada ambulan untuk rawatan lanjut."Namun Putra Aniq Fairuz masih belum dijumpai," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, tindakan operasi semasa mencari mangsa tersebut dilakukan menggunakan teknik 'surface searching' di kawasan mangsa dilaporkan lemas.Katanya, operasi masih berjalan sehingga kini





Rafizi dakwa siasatan SPRM terhadapnya bermotif intimidasi, desak Azam Baki digantung segera - Sinarharian - 17/02 6:17 pm

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya berhubung dua dasar utama kerajaan adalah satu bentuk intimidasi, susulan pendiriannya yang lantang menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki digantung tugas.Menurut beliau, tuduhan salah laku dan rasuah itu berkisar kepada Program Visi Silikon serta Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR), kedua-duanya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melalui proses kelulusan kerajaan termasuk di peringkat jawatankuasa, Kabinet dan Jemaah Menteri.Rafizi berkata, laporan terhadapnya dibuat oleh pertubuhan yang didakwanya anti Perdana Menteri iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selain individu perseorangan.Beliau menjelaskan, NETR dilancarkan pada Ogos 2023 manakala Visi Silikon dengan ARM pada Mac 2025, dan sepanjang pelaksanaannya tidak timbul sebarang kontroversi atau laporan salah laku."Sehinggalah minggu lepas apabila saya lantang menuntut Tan Sri Azam Baki digantung dan satu siasatan bebas dijalankan berikutan pendedahan Bloomberg mengenai dakwaan penyelewengan di SPRM," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.Mengulas lanjut, Rafizi berkata, rundingan kerjasama dengan Arm Holdings melalui Program Visi Silikon dibuat secara berperingkat, bermula dengan rundingan awal Kementerian Ekonomi dan ARM sebelum dibawa ke jawatankuasa rentas kementerian membabitkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan MITI.Jelasnya, rundingan itu turut disertai Menteri MITI ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, selain pegawai kanan kementerian.Beliau berkata, rundingan juga diadakan antara Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif ARM, Renee Hass serta pemegang saham terbesar ARM, Masayoshi San dari Softbank, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebanyak tiga kali dan diluluskan.Menurutnya, Kementerian Ekonomi hanya berperanan merancang dasar dan tidak mempunyai kuasa mengendalikan perolehan atau kontrak, manakala kerjasama itu ditandatangani oleh MIDA di bawah MITI, dengan pembayaran diproses MIDA dan diluluskan Kementerian Kewangan.Draf perjanjian, tegasnya, turut disemak dan diluluskan Jabatan Peguam Negara sebelum mendapat kelulusan Kabinet.Rafizi turut menegaskan sehingga kini tiada bukti menunjukkan berlaku kebocoran dana awam, tiada bukti wang diterima atau dimasukkan ke akaunnya.Beliau turut menyifatkan tuduhan kononnya perjanjian dibuat tergesa-gesa sebagai tidak munasabah kerana ia dipengerusikan Perdana Menteri dan diluluskan Jemaah Menteri.Berhubung NETR, Rafizi menjelaskan pelan itu adalah dasar peralihan tenaga menjelang 2050 dan tidak melibatkan perolehan kerajaan atau dana awam bagi pembinaan projek.Ujarnya, salah satu dasar penting ialah membenarkan syarikat swasta membangunkan projek tenaga boleh baharu untuk membekalkan terus tenaga hijau kepada industri tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad.Beliau merujuk projek oleh UEM Lestra, anak syarikat UEM milik Khazanah, yang mengumumkan pelaburan RM2.5 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu berkapasiti 750MW di Segamat.Menurut laporan media, projek itu diusahakan melalui usaha sama dengan I-Squared Capital dari Amerika Syarikat dan jualan tenaga dimuktamadkan dengan ESR Group Limited berpangkalan di Hong Kong.Rafizi menegaskan keputusan komersial syarikat swasta itu tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi atau kerajaan, apatah lagi melibatkan perolehan awam.Beliau turut mendakwa wujud serangan terancang termasuk oleh pempengaruh media sosial, Ariz Ramli atau Caprice, yang menuduhnya menganugerahkan projek kepada syarikat yang dikaitkan dengannya.Rafizi berkata, beliau akan membentangkan fakta lanjut dalam podcast YBM pada 20 Februari ini dan memberi peluang kepada Caprice menyiarkan fakta berkenaan serta memohon maaf.Jika gagal, tegasnya, tindakan saman akan dimulakan.Rafizi mendakwa siasatan terhadapnya menunjukkan risiko salah guna kuasa apabila individu yang sedang dipersoalkan integritinya terus memegang jawatan.Beliau berkata, keadaan itu membuka ruang kepada risiko salah guna kuasa apabila SPRM dijadikan senjata untuk menyerang pihak-pihak yang mempersoalkan Azam, seperti mana siasatan terhadap Suruhanjaya Sekuriti pada 2021 dan siasatan terhadap beliau pada 2026 yang menurutnya berlaku ketika integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dipersoalkan.Sehubungan itu, Rafizi menegaskan tindakan sewajarnya ialah menggantung tugas Azam serta-merta, seperti yang sepatutnya dilakukan oleh Perdana Menteri sejak minggu lalu, sementara satu siasatan bebas dijalankan.





Sarawak mampu kejar pembangunan negeri Semenanjung, kata Dr Sim - FMT - 17/02 5:57 pm

Timbalan premier Sarawak berkata, peruntukan RM75 bilion sepanjang lima tahun akan beri platform mantap untuk majukan sektor teras.





Kawal mercun, bunga api demi ketenteraman awam - KPN - Sinarharian - 17/02 5:32 pm

KUALA LUMPUR Pengawalan permainan mercun dan bunga api yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara serta keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan khususnya sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina ini.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM sebagai agensi penguat kuasa utama bertanggungjawab mengawal aspek pengimportan, penjualan, penyimpanan dan permainan mercun serta bunga api mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.Beliau berkata, kawalan tersebut dilaksanakan berdasarkan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955."Pendekatan pengawalan yang dilaksanakan oleh PDRM adalah atas faktor ketenteraman awam dalam memastikan keselamatan masyarakat diutamakan."Langkah ini juga untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan, kebakaran dan gangguan komuniti yang sering dikaitkan dengan pembakaran mercun secara tidak terkawal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya, mercun dikategorikan sebagai bahan letupan di bawah Seksyen 2 Akta Bahan Letupan 1957 kerana komponennya merangkumi bahan yang boleh meletup atau menghasilkan bahan kimia yang menghasilkan bunyi letupan, cahaya, asap atau gabungan kesan visual serta bunyi.Menurutnya, menerusi Pemberitahuan Larangan Bahan Letupan 2025, sebanyak 45 jenis bunga api iaitu 'Pop-Pop' dan 'Happy Boom' dibenarkan untuk pemilikan serta pengimportan oleh Menteri.Bagaimanapun, jelas beliau, kebenaran tersebut masih tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah berkaitan serta perlu mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan.Dalam pada itu, katanya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan berkaitan bahan letupan."Antara peruntukan yang boleh dikenakan termasuk Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 berkaitan kesalahan menyebabkan letupan yang boleh membahayakan nyawa atau harta, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya."Selain itu, Seksyen 7 Akta sama melibatkan kesalahan memiliki, mengawal, menggunakan atau mengendalikan bahan letupan dengan niat membahayakan nyawa atau harta, yang turut memperuntukkan hukuman sama."Seksyen 8 pula melibatkan kesalahan membuat atau memiliki bahan letupan bagi tujuan yang tidak sah di sisi undang-undang dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.Tambah beliau, di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, kesalahan memasang bunga api juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.Mohd Khalid berkata, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan PDRM merupakan langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya bermain bunga api di kawasan lapang serta sentiasa mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini."Orang ramai juga diseru supaya terus mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang dalam memastikan sambutan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana harmoni dan selamat," katanya





Kes bunuh keluarga: Suspek orang yang baik, peramah - Jiran - Sinarharian - 17/02 5:15 pm

KUANTAN Lelaki yang dipercayai membunuh empat ahli keluarganya sebelum mencederakan diri sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cerating Damai pada Selasa dikenali jiran sebagai seorang yang baik dan peramah.Seorang jiran, Saripah Jaya, 60, berkata, sepanjang mengenali keluarga tersebut, suspek tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap atau tingkah laku yang mencurigakan.Menurutnya, suspek yang baru tinggal semula bersama keluarga kira-kira sebulan lalu sering bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran."Suspek sendiri memanggil saya dan suami sebagai Mok dan Aboh dan setiap kali bersua, pasti dia akan menegur kami."Selepas dia pulang dan tinggal bersama keluarga di rumah ini sejak kira-kira sebulan lalu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, nampak seperti biasa sahaja," katanya ketika ditemui di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.Menurut Saripah, dia kali terakhir bertemu ibu suspek pada pagi Isnin ketika wanita itu sedang bersenam di hadapan rumahnya.Bagaimanapun, pada pagi itu, Saripah berkata, dia langsung tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan sama ada suara orang menjerit atau meminta tolong.Menurutnya, dia dan suami sudah terjaga kira-kira jam 6 pagi ketika hujan turun agak lebat."Saya dan suami langsung tidak mendengar sesuatu yang mencurigakan sehinggalah ternampak salah seorang ahli keluarga terbabit keluar rumah dalam keadaan agak cemas dan cuba memberitahu sesuatu."Tanpa mengesyaki sesuatu kejadian buruk berlaku, suami keluar untuk membeli sarapan dan saya memberi makan ayam sebelum masuk semula ke dalam rumah," katanya yang tinggal di kejiranan itu sejak lebih 20 tahun lalu.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai hilang kawalan membawa kepada penemuan lima mayat dalam satu kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Cerating Damai.Suspek berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu kandung dan dua anak perempuannya sehingga maut sebelum dia turut mencederakan diri sendiri serta ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu mengorbankan seorang wanita berusia 55 tahun, menantu berusia 28 tahun serta dua cucu perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden berkenaan daripada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga ahli keluarga dan tinggal di rumah tersebut.





Dataran Merdeka, KLCC jadi tumpuan sempena cuti Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 17/02 4:05 pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai mengambil kesempatan cuti umum sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan meluangkan masa bersama keluarga di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu kota pada Selasa.Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tumpuan seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Pavilion mula dipenuhi pengunjung seawal jam 10 pagi termasuk pelancong tempatan dan warga asing yang tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan berlatarbelakangkan mercu tanda terkenal negara.Seorang pekerja khidmat pelanggan, Ahmad Hasif Mat Saad, 34, berkata, dia membawa keluarganya ke kawasan itu bagi melawat mercu tanda bersejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibuka kepada orang ramai sejak 2 Februari lalu."Saya lihat ramai berkongsi pengalaman melawat Bangunan Sultan Abdul Samad di media sosial."Jadi, saya ambil peluang cuti ini untuk membawa anak-anak berjalan-jalan dan melihat sendiri sejarah bangunan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Menurut Ahmad Hasif yang berasal dari Ipoh, Perak, lawatan itu merupakan pengalaman baharu buat dirinya dan keluarga kerana mereka berpeluang menyaksikan sendiri keunikan seni bina serta nilai sejarah mercu tanda berkenaan."Kali ini, saya turut membawa keluarga dari Ipoh untuk sama-sama datang berjalan-jalan di sini," ujarnya.Sementara itu, peniaga, Zarak M Zain, 50, berkata, dia membawa keluarganya ke Dataran Merdeka bagi mencuba makanan dan minuman yang dijual di restoran dalam bangunan berkenaan."Kami sudah melawat dalam bangunan tersebut, rekaannya memang bagus tetapi tidak berkesempatan untuk makan kerana beberapa restoran ditutup dan selebihnya pula penuh dengan orang ramai."Bagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat masuk dan melihat sendiri bangunan warisan ini





UMNO Tanjong Karang sedia terima semula Noh Omar - Sinarharian - 17/02 3:12 pm

KUALA SELANGOR - UMNO Bahagian Tanjong Karang mengalu-alukan penyertaan semula mana-mana individu termasuk bekas Ketua UMNO Bahagiannya, Tan Sri Noh Omar, namun menegaskan ia perlu dibuat tanpa sebarang syarat.Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abd Razak berkata, pihaknya tidak mencampuri keputusan peribadi Noh yang melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada beliau untuk menentukan hala tuju politiknya.Bagaimanapun, ujar beliau, sebarang penyertaan semula perlu melalui proses ditetapkan termasuk penelitian jawatankuasa khas yang ditubuhkan parti."Kita di Tanjong Karang menghormati keputusan Tan Sri Noh kerana itu hak beliau untuk mengambil apa-apa keputusan politik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Ibu Tunggal dan Asnaf Program Sentuhan Kasih Di Ambang Ramadan di Galeri Tanjong Karang Utara, Jalan Sungai Kajang Tanjong Karang di sini pada Selasa.Sulaiman memberitahu, pendirian itu selaras dengan gagasan 'Rumah Bangsa' yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.Menurutnya, konsep itu membuka ruang seluas-luasnya kepada orang Melayu termasuk mereka yang pernah dipecat, dikenakan tindakan disiplin, meninggalkan parti atau belum pernah menjadi ahli untuk kembali memperkukuh perjuangan."Presiden sudah sebut sebelum ini konsep Rumah Bangsa dibuka luas kepada semua orang Melayu."Jadi sebagai akar umbi, saya secara peribadi mengalu-alukan sesiapa sahaja termasuk daripada Bersatu jika mahu kembali bersama UMNO."Tetapi tanpa syarat, itu paling penting





'Kami tak dengar apa-apa' Jiran terkejut tragedi 5 sekeluarga maut - Sinarharian - 17/02 2:39 pm

KUANTAN - Kejadian lima sekeluarga maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, di sini pada pagi Selasa mengejutkan penduduk setempat.Rata-rata penduduk di situ termasuk jiran terdekat mengakui langsung tidak menyedari kejadian terbabit sehinggalah ternampak kehadiran anggota polis ke rumah mangsa.Jiran keluarga itu, Saripah Jaya, 60, berkata, dia langsung tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan sama ada suara orang menjerit atau meminta tolong awal pagi itu.Menurutnya, dia dan suami sudah terjaga kira-kira jam 6 pagi dan ketika itu cuaca hujan agak lebat."Saya dan suami langsung tidak mendengar sesuatu yang mencurigakan sehinggalah ternampak salah seorang ahli keluarga terbabit keluar rumah dalam keadaan agak cemas dan cuba memberitahu sesuatu."Tanpa mensyaki sesuatu kejadian buruk berlaku, suami keluar untuk membeli sarapan dan saya memberi makan ayam sebelum masuk semula ke dalam rumah," katanya yang tinggal di kejiranan ini sejak lebih 20 tahun lalu.Saripah berkata, selepas suaminya pulang dari kedai, barulah mereka sedar kejadian itu setelah beberapa anggota polis berada di kawasan rumah mangsa."Memang terkejut dan langsung tidak menyangka kejadian itu berlaku kepada keluarga jiran sendiri."Jiran yang mesra dipanggil 'Kak Yah' dan anak lelakinya (suspek) nampak biasa sahaja sebelum ini dan langsung tidak menunjukkan seolah-olah mereka berada dalam masalah," katanya.Saripah menyifatkan mangsa dan ahli keluarganya termasuk suspek begitu baik, peramah dan selalu bertegur sapa."Suspek sendiri memanggil saya dan suami sebagai 'Mok dan Aboh' dan setiap kali bersua, pasti dia akan menegur kami."Lepas dia pulang dan tinggal bersama keluaga di rumah ini sejak kira-kira sebulan lalu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, nampak seperti biasa sahaja," katanya.Saripah berkata, kali terakhir dia bertemu jirannya itu pada pagi Isnin ketika wanita itu sedang bersenam di luar rumah.





Pengurus syarikat rugi RM137,600 ditipu tender projek bekal janakuasa - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Pengurus syarikat rugi RM137,600 ditipu tender projek bekal janakuasa KULAI - Seorang pengurus syarikat berputih mata apabila kerugian RM137,600 setelah ditipu dalam urusan tender projek pembekalan mesin janakuasa elektrik untuk institusi latihan di Tangkak





Dua beranak terselamat dalam kebakaran rumah flat - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Dua beranak terselamat dalam kebakaran rumah flat BUTTERWORTH - Sambutan Tahun Baharu Cina pagi ini bertukar cemas bagi dua beranak apabila kediaman mereka di Flat Taman Bagan Lalang di sini terbakar





Penunggang maut dirempuh kereta terbabas - Mgazette - 17/02 2:22 pm

KULAI - Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggang motosikal dirempuh sebuah kereta di Jalan Inas-Taib Andak di sini semalam





Cubaan larikan diri gagal, 41 warga asing diberkas - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Cubaan larikan diri gagal, 41 warga asing diberkas JOHOR BAHRU - Ops Sapu yang menggempur sebuah premis perniagaan dua tingkat di Skudai di sini malam tadi mengakibatkan beberapa pekerja warga asing bertempiaran menyelamatkan diri





Penunggang motosikal parah tersepit belakang lori sampah - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Penunggang motosikal parah tersepit belakang lori sampah GEORGE TOWN - Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori sampah dalam kejadian di Jalan Free School di sini hari ini





Dua kenderaan terbabas dalam kebun sawit, tiga lelaki diberkas curi kabel - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Dua kenderaan terbabas dalam kebun sawit, tiga lelaki diberkas curi kabel MUAR - Tindakan tiga lelaki melarikan diri dengan dua kenderaan selepas mencuri kabel milik Telekom tidak berhasil apabila terbabas sebelum berjaya diberkas dalam kebun kelapa sawit di sini semalam





Erti Sebuah Tradisi: Mencabar Pantang Larang Tahun Baharu Cina - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Erti Sebuah Tradisi: Mencabar Pantang Larang Tahun Baharu Cina Sambutan Tahun Baru Cina yang disambut setiap tahun bukan sekadar tentang kemeriahan dentuman mercun atau warna merah yang menghiasi dinding rumah





Pemandu lori tersepit dalam nahas di Lebuh Raya PLUS - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Pemandu lori tersepit dalam nahas di Lebuh Raya PLUS HULU SELANGOR Seorang pemandu lori sebuah syarikat roti tersepit dalam nahas dengan sebuah lori kontena di Kilometer 441 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini awal pagi tadi





Anwar enggan ulas kenyataan Rafizi - Mgazette - 17/02 2:22 pm

Sabar. Lebih baik fokus pada sambutan Tahun Baru Cina," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di sini hari ini





Dua kanak-kanak perempuan antara lima sekeluarga mati dibunuh Dua .. - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Dua kanak-kanak perempuan antara lima sekeluarga mati dibunuh KUANTAN - Mayat dua kanak-kanak perempuan antara lima individu yang terlibat dalam kejadian bunuh awal pagi tadi di Lorong Cehrating Damai di sini hari ini





Konflik Bersatu adalah karma akibat pengkhianatan masa lalu – Hairi - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Konflik Bersatu adalah karma akibat pengkhianatan masa lalu - Hairi JOHOR BAHRU - Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah mendakwa konflik dan perpecahan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan satu karma selepas pengkhianatan yang dilakukan parti itu terhadap UMNO





Wan Mahussin gesa Rafizi perjelas isu kontrak, desakan tukar KP SPRM Wan .. - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Wan Mahussin gesa Rafizi perjelas isu kontrak, desakan tukar KP SPRM KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mempersoalkan dakwaan yang tular mengaitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dengan pemberian kontrak ratusan juta ringgit ketika masih memegang jawatan dalam kerajaan





Semalam Dipecat, Hari Ini Rumah Baharu Siap – Sanjeevan #MGFlash - Mgazette - 17/02 2:22 pm

# Semalam Dipecat, Hari Ini Rumah Baharu Siap - Sanjeevan #MGFlash Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, Datuk Seri R Sanjeevan berkata, menyifatkan keadaan itu sebagai petunjuk wujud perancangan awal.





Masalah kewangan mungkin punca suspek bunuh ibu, isteri dan dua anak - Polis - Sinarharian - 17/02 2:14 pm

KUANTAN Polis tidak menolak kemungkinan masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak mencederakan empat ahli keluarganya sehingga maut di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek berusia 32 tahun dipercayai menyerang ibu kandung, isteri serta dua anak perempuannya sebelum dia ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat mencederakan diri sendiri.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dari pelbagai aspek sehingga menyebabkan suspek bertindak sedemikian."Berdasarkan maklumat awal suspek baru berhenti bekerja kerja di Selangor bulan lalu dan baru memulakan pekerjaan di daerah ini."Dia tinggal di rumah ibunya bersama isteri, anak-anak dan tiga adiknya sejak sebulan lalu."Motif kita dalam siasatan lanjut, tapi kita tidak menolak kemungkinan masalah kewangan atau apa, dan kita masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Selasa.Beliau menambah, semakan awal juga mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan masalah mental.Terdahulu, Yahaya berkata, insiden tragis itu disedari salah seorang adik lelaki suspek berusia 15 tahun yang berada di rumah selepas mendengar kekecohan di dalamrumah tersebut"Hasil pemeriksaan mendapati suspek, isterinya berusia 28 tahun serta dua anak perempuan mereka berumur tiga dan empat tahun ditemui maut di dalam sebuah bilik."Ibu suspek berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia di bahagian dapur," jelasnya.Yahaya memaklumkan, pihak juga merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian."Secara kasarnya, terdapat kesan kelar pada tubuh mangsa, namun laporan penuh bedah siasat masih ditunggu," tambah beliau.Kesemua mayat di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh





Tiga remaja bawah umur direman baling mercun dalam rumah warga emas - Sinarharian - 17/02 1:54 pm

SEREMBAN - Tiga lelaki yang videonya tular kerana membaling mercun ke dalam rumah seorang warga emas di Taman Senawang Jaya di sini pada Sabtu lalu telah ditahan polis.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini pada malam Isnin.Menurutnya, mereka telah direman selama empat hari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa."Mereka direman bermula hari ini hingga 20 Februari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran," katanya.Sebelum ini, media melaporkan laporan berkaitan kes baling mercun terbabit diterima polis pada jam 1.45 petang pada Isnin, manakala kejadian berlaku kira-kira jam 8.12 malam pada Sabtu lalu.





EPL teruskan tradisi beri laluan pemain Muslim berbuka puasa ketika perlawanan - Sinarharian - 17/02 1:45 pm

LIGA Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) akan meneruskan prosedur khas sempena bulan Ramadan dengan membenarkan perlawanan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada pemain beragama Islam untuk berbuka puasa.Seperti tahun-tahun sebelumnya, kapten pasukan bersama pegawai perlawanan akan mencari masa yang sesuai atau 'natural pause' ketika permainan sedang berlangsung untuk membenarkan pemain atau pegawai perlawanan beragama Islam berbuka puasa.Difahamkan, pasukan dan pegawai perlawanan akan berbincang sebelum sepak mula bagi menentukan sama ada pemberhentian itu diperlukan dan menetapkan anggaran masa yang sesuai.Pihak liga turut menegaskan bahawa waktu rehat ini tidak boleh disalahgunakan sebagai time-out taktikal atau sesi minum untuk seluruh pasukan.Permainan tidak akan dihentikan secara mengejut ketika perlawanan sedang rancak, sebaliknya akan dilakukan pada masa yang paling sesuai seperti ketika sepakan gol, sepakan percuma atau lontaran ke dalam.Terdahulu pada tahun 2021, satu persetujuan telah dicapai untuk membenarkan pemain Muslim berbuka puasa semasa perlawanan EPL sedang berlangsung.Detik bersejarah itu pertama kali disaksikan dalam perlawanan antara Leicester City menentang Crystal Palace pada April 2021





Tahun Kuda tuntut keberanian buat perubahan Hamzah Zainudin - Sinarharian - 17/02 1:44 pm

SHAH ALAM Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan peralihan kepada Tahun Kuda sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa menuntut keberanian untuk membuat perubahan dan reset serta tidak hanyut dengan nostalgia lalu.Hamzah berkata, hal ini demikian kerana cabaran semasa dan mendatang mendambakan pembaharuan khususnya dalam konteks kepimpinan."Kita mesti berlari dengan strategi yang tersusun dan realistik, arah yang betul, hala tuju yang jelas, dasar yang konsisten serta tadbir urus yang berintegriti."Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi benar-benar diterjemahkan dalam bentuk kesejahteraan rakyat, bukan hanya sekadar cantik pada statistik di atas kertas," katanya dalam hantaran di Facebook.Hamzah pada Jumaat lalu dipecat keahlian partinya serta-merta selepas timbul pelbagai desakan daripada pemimpin parti itu yang mendesak parti berbuat demikian kerana beliau didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Hamzah yang juga Ketua Pembangkang Parlimen turut didakwa terbabit dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih dan menukar kepimpinan Bersatu.Sehari selepas dibuang parti, Hamzah menerusi Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama beliau di ibu negara berkata, beliau tidak menolak tiga kemungkinan hala tujunya setelah dipecat keahlian parti iaitu mengambil alih Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas.Ahli Parlimen Larut itu bagaimanapun menjelaskan sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan akan dilakukan secara konsensus bersama pemimpin lain yang turut dipecat Bersatu.Hamzah juga menggesa rakyat supaya melangkah ke tahun baharu itu dengan tekad yang lebih padu, dengan keberanian untuk melakukan perubahan dan dengan keyakinan bahawa Malaysia mampu bangkit lebih kuat.Beliau turut merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di negara ini.Menurutnya, saban tahun rakyat meraikan kepelbagaian itu dengan penuh kegembiraan sekali gus menjadi tanda kekuatan sebuah negara bangsa Malaysia."Dalam kalendar lunar, tahun ini ialah Tahun Kuda





Pas tetap mahu terajui PN - Takiyuddin - Sinarharian - 17/02 1:31 pm

KOTA BHARU Pas terus menegaskan hasrat untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) selepas jawatan pengerusi gabungan itu dikosongkan dengan semua parti komponen sudah menyatakan persetujuan awal terhadap cadangan berkenaan.Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini terdapat kesepakatan awal parti dalam gabungan supaya Pas memimpin gabungan itu bagi memastikan kestabilan dan hala tuju politik pembangkang terus kukuh."Kami setuju terajui PN dengan pengerusi baharu daripada Pas





Kerajaan Madani tegas pastikan kepentingan semua kaum terjamin - Anwar - Sinarharian - 17/02 1:19 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pimpinannya kadangkala perlu mengambil pendekatan yang agak tegas dalam usaha melindungi kepentingan masyarakat berbilang kaum di negara ini.Anwar berkata langkah itu penting kerana tiada negara yang boleh berjaya jika rakyatnya bergaduh antara satu sama lain dan tiada semangat bertolak ansur untuk mengangkat semua kaum dan agama di semua lapangan.Beliau berkata hasil kerjasama rakyat berbilang kaum di negara ini selama ini telah membuahkan hasil dengan data ekonomi menunjukkan Malaysia berjaya mencatat hasil kemajuan yang jauh lebih membanggakan."Semuanya ini sebab kita negara aman, kita ada semangat muafakat bersama dan ketiga, kita bekerja bersama-sama untuk angkat martabat Malaysia."Tetapi, sekiranya anda ingin berjaya, kita perlu terima bahawa terdapat masalah, terdapat perbezaan, namun kita perlu bekerjasama menyelesaikannya sebagai masyarakat yang hebat, keluarga Malaysia yang bersatu," kata beliau dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara, hari ini.Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri berkata, isu perpaduan bukanlah sesuatu perkara yang baharu di dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia."Cabaran utama sudah tentu perpaduan negara dalam menentang perpecahan kaum, menolak perkauman





Bekas pemain Liverpool ditahan polis sebaik tiba di UK - Sinarharian - 17/02 1:07 pm

BEKAS pemain sayap Liverpool, Jordon Ibe ditahan pihak berkuasa sebaik sahaja melangkah keluar dari pesawat di United Kingdom (UK), baru-baru ini atas dakwaan menyerang dan mendatangkan kecederaan.Pemain berusia 30 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Luton pada 30 Januari lalu sekembalinya dari Bulgaria, negara di mana dia kini beraksi bersama kelab Lokomotiv Sofia.Menurut laporan media antarabangsa, jurucakap Polis Metropolitan mengesahkan penahanan tersebut yang dikaitkan dengan satu insiden pada akhir tahun lalu."Jordon Ibe telah didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan fizikal."Pertuduhan itu berkaitan dengan satu insiden serangan yang didakwa berlaku pada Ahad, 14 Disember 2025





Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini - Takiyuddin - Sinarharian - 17/02 12:53 am

KOTA BHARU - Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bakal ditentukan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang dijadual berlangsung Ahad ini.Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan pada 22 Februari ini, jam 3 petang di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.Menurut beliau, mesyuarat tersebut diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan."Mesyuarat ini adalah mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN."Agenda yang dinyatakan dalam surat panggilan hanyalah dua perkara iaitu menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi PN dan melantik Pengerusi PN yang baharu," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman Presiden Gabungan Pertubuhan Tionghwa, Datuk Oie Poh Choon di sini pada Selasa.Mengulas lanjut, beliau berkata, mengikut perlembagaan PN, apabila jawatan pengerusi kosong, mesyuarat perlu melantik salah seorang daripada Timbalan Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.Katanya, ketika ini PN mempunyai tiga Timbalan Pengerusi dan pemilihan pengerusi mesyuarat akan diputuskan mengikut ketetapan perlembagaan gabungan.Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa mesyuarat luar biasa boleh diadakan apabila sekurang-kurangnya separuh daripada parti anggota bersetuju untuk memanggilnya."Dalam PN ada empat parti anggota





15,789 kenderaan dipandu warga asing disita - Sinarharian - 17/02 12:29 am

KOTA BHARU Sebanyak 15,789 kenderaan termasuk kereta dan motosikal yang dipandu warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bermula 2023.Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Datuk Jazmanie Shafawi berkata, daripada jumlah itu sebanyak 4,393 sitaan direkodkan pada 2023, diikuti 3,659 pada 2024 sebelum meningkat ketara kepada 7,737 sitaan sepanjang 2025."Dalam tempoh sama, sebanyak 482,742 saman turut dikeluarkan terhadap warga asing atas pelbagai kesalahan lalu lintas."Pecahannya adalah 107,766 saman pada 2023, 183,300 pada 2024 dan 191,676 pada 2025," katanya sempena Op Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada Isnin.Sebelum ini, JPJ juga menjalankan operasi bersama imigresen bagi mengesan warga asing yang melakukan kesalahan menggunakan lesen memandu milik rakyat tempatan.Mereka terlibat termasuk etnik Rohingya yang memegang dokumen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR)."Mereka bukan saja dipercayai memandu kereta warga tempatan bahkan guna lesen warga tempatan juga."JPJ akan terus tegas membendung pelanggaran undang-undang dan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara," ujarnya.





Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat, kata PM - FMT - 17/02 12:25 am

Anwar Ibrahim berkata Tahun Kuda melambangkan kekuatan dan tenaga yang diharap dapat memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.





2 budak perempuan antara mangsa bunuh di Kuantan - FMT - 17/02 12:06 am

Insiden kira-kira 7 pagi tadi membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 3 dan 4 tahun selain ibu bapa serta nenek mereka.





PM seru henti polemik, rai Tahun Baharu Cina dengan semangat muhibah - Sinarharian - 17/02 11:20 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya memberi tumpuan kepada semangat perpaduan dan kebersamaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.Beliau berkata, sambutan perayaan itu seharusnya diraikan dengan penuh muhibah tanpa diganggu isu lain yang boleh menjejaskan keharmonian."Selamat Hari Raya Cina bagi harapan kemajuan, rakyat, perpaduan





Penunggang motosikal parah tersepit belakang lori sampah - Sinarharian - 17/02 11:14 am

GEORGE TOWN Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori sampah dalam kemalangan di Jalan Free School, Taman Free School, pada Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai sebelum tiba tujuh minit kemudian."Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah."Penunggang motosikal didapati tersepit di bahagian belakang lori tersebut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, mangsa yang berusia 36 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan berada dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui di lokasi kejadian."Anggota bomba yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit."Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.24 pagi sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut," ujarnya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT itu turut dibantu pihak polis dan KKM."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.37 pagi selepas keadaan disahkan selamat," katanya lagi.





Pemandu lori tersepit nahas dua kenderaan - Sinarharian - 17/02 10:45 am

RAWANG - Seorang pemandu lori tersepit apabila kenderaan dipandunya itu terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer (KM) 441 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.52 pagi."Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 9.09 pagi sebelum mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah lori lima tan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ahmad Mukhlis berkata, kejadian mengakibatkan mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun tersepit di bahagian pemandu lori lima tan itu."Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit."Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba di lokasi kejadian dan dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki," katanya.Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan seramai 14 anggota bomba."Operasi turut menggunakan tiga jentera iaitu Fire Rescue Tender (FRT), Rapid Rescue Vehicle (RRV) dan Compact Fire Rescue Tender (CFRT)."Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut," katanya.





Pemandu bas ekspres dikesan positif dadah - Sinarharian - 17/02 10:31 am

IPOH - Seorang pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini pada Isnin.Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, daripada 80 saringan urin yang dijalankan ke atas pemandu bas di terminal seluruh negeri, seorang pemandu didapati gagal ujian air kencing selepas disahkan positif methamphetamine.Menurut beliau, tindakan segera telah diambil terhadap pemandu terbabit selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada."JPJ Perak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang, lebih-lebih lagi melibatkan pemandu kenderaan perkhidmatan awam," katanya dalam sidang akhbar sempena Op Khas Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Meru Raya di sini pada Isnin.Mohammad Yusoff berkata, sebanyak 119 bas ekspres telah diperiksa sepanjang operasi yang bermula 13 Februari lalu.Katanya, pemeriksaan tersebut meliputi pemeriksaan teknikal, semakan dokumen perlesenan serta pematuhan prosedur keselamatan di depot, terminal dan melalui kaedah penyamaran."Hasil pemeriksaan itu, empat bas ekspres dikesan melakukan kesalahan dan sebanyak 12 notis saman telah dikeluarkan."Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk penumpang tidak memakai tali pinggang keledar serta pemandu memandu di lorong kanan secara berterusan," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JPJ Perak turut melaksanakan penyamaran sebagai penumpang dan menaiki bas ekspres bagi memantau secara langsung tahap pematuhan pemandu terhadap peraturan keselamatan.Menurutnya, penyamaran diketuai beliau sendiri bersama tiga pegawai operasi JPJ negeri itu digerakkan ke atas empat bas ekspres berasingan dari Pulau Pinang ke Ipoh."Secara prinsipnya, ramai pemandu kenderaan telah mematuhi perundangan yang telah ditetapkan, malah pemeriksaan ke atas empat bas yang dinaiki, hanya sebuah bas melakukan kesalahan iaitu tiada pemandu kedua," katanya.Dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 yang bermula 13 hingga 22 Februari ini, seramai 263 anggota penguat kuasa JPJ melibatkan 41 pasukan pemantauan digerakkan di seluruh negeri dengan fokus kepada lebuh raya utama, jalan persekutuan serta terminal bas.





PM hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA - Sinarharian - 17/02 10:15 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan San Choo, Wisma MCA, di sini.Ketibaan beliau disambut Presiden MCA, Datuk Seri IR Dr Wee Ka Siong.Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Kehadiran pemimpin utama negara itu menyerlahkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat pelbagai kaum.Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana penuh muhibah dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.





Lima sekeluarga ditemui mati disyaki dibunuh - Sinarharian - 17/02 10:11 am

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai 2, Taman Cerating Damai, di sini pada Selasa.Mangsa terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun.Kejadian disedari oleh salah seorang ahli keluarga yang kebetulan pulang dari kerja kira-kira jam 6.30 pagi.Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.Sidang media akan diberikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.




Reformasi     >>



PAS rebuts analyst, denies 'targeting' Muhyiddin with .. - Mkini
Bersatu crisis began long before Perlis MB issue, Tuan Ibrahim says.
Kroni     >>



Turun Azam Baki, turun Anwar! - Harakahdaily
Isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, terus mencetuskan gelombang desakan politik agar siasatan bebas dan menyeluruh dilaksanakan, termasuk tuntutan supaya beliau direhatkan atau kontraknya ditamatkan demi memelihara integriti institusi ..
Tabloid     >>



EPL: Arsenal buru jurang tujuh mata - Kosmo
LONDON Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal berpeluang melebarkan jurang kepada tujuh mata di puncak carta apabila bertandang menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux awal pagi esok. Skuad kendalian Mikel Arteta hadir dengan momentum positif selepas melangkah ke pusingan kelima Piala FA ..
Tech     >>



OpenAI hires 'genius' OpenClaw creator, but popular AI .. - Tomshardware
OpenAI has hired the creator of popular agentic AI tool OpenClaw, but has decided to keep the project open source. Despite its old Claude-inspired name, Anthropic threatened Steinberger with legal action ahead of multiple name changes.
World     >>



Iran, Russia, and China deploy vessels for joint drill .. - Tehrantimes
TEHRAN - Russia, China and Iran have deployed naval vessels for joint exercises in the Strait of Hormuz, Russian presidential aide Nikolay Patrushev announced on Tuesday.
Motor Trend     >>



Polis trafik tolong 'tunda' RXZ rosak sejauh 3km - Careta
Menurutnya, ketika beliau bersama rakan setugas, Koperal Wan Muhamad Fazreen Wan Nasir, 38, sedang melakukan rondaan mencegah kemalangan dan melancarkan kesesakan lalu lintas. "Ketika melalui lokasi berkenaan, kami terlihat seorang penunggang motosikal tersadai di bahu jalan selepas kenderaan itu