| /// |
|
| Search : Tvet News | Page 1 |
|
GEAR-uP buka peluang kerja masa depan tetapi bersediakah graduan kita? - Sinarharian - 26/10 9:15 am Bukan bermakna semua orang mesti menjadi jurutera, tetapi mereka perlu mengenal pasti jenis pekerjaan yang muncul apabila sesuatu industri berkembang.Permintaan terhadap kemahiran kecerdasan buatan (AI) turut meningkat. Jobstreet melaporkan bahagian iklan pekerjaan berkaitan AI naik daripada 0.9 peratus pada Januari 2024 kepada 2.9 peratus pada Ogos 2026.Belanjawan 2027 menyediakan RM8 bilion bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), manakala HRD Corp menyediakan pembiayaan RM3 bilion untuk tiga juta peluang latihan.Graduan boleh menggunakan maklumat ini untuk menilai kemahiran tambahan yang berbaloi dipelajari |
|
KKDW garis 3 inisiatif strategik TVET – Zahid - Mygazette - 25/10 5:05 pm SABAK BERNAM - Tiga inisiatif strategik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) secara fasa digariskan untuk membawa hala tujunya ke peringkat pelaksanaan |
|
Tiga inisiatif strategik perkukuh TVET, perluas peluang kerjaya belia desa - Ahmad Zahid - Astroawani - 25/10 3:00 pm Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menggariskan tiga inisiatif strategik bagi memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). |
|
TVET perlu bersedia untuk teknologi kuantum, bukan AI sahaja - Ahmad Zahid - Sinarharian - 25/10 2:06 pm SUNGAI BESAR - Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu mula bersedia menghadapi perkembangan teknologi kuantum dan tidak hanya menumpukan penguasaan kecerdasan buatan (AI).Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persediaan itu penting bagi memastikan tenaga mahir negara bukan sahaja mampu memenuhi keperluan industri semasa, malah bersedia menghadapi perubahan teknologi masa depan.Menurutnya, institusi TVET perlu memperkukuh pendedahan pengajar kepada teknologi baharu, memperbaharui kurikulum secara berterusan serta memperluas kerjasama dengan industri."Pengajar perlu mendapat pendedahan lebih awal, kurikulum mesti sentiasa diperbaharui dan kerjasama industri perlu membuka akses kepada teknologi baharu."Kita mesti melatih anak-anak untuk keperluan hari ini, sambil menyediakan mereka bagi peluang hari esok,"katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo TVET@KKDW 2026 di Stadium Sungai Besar di sini pada Ahad.Ahmad Zahid memberitahu, keperluan melihat perkembangan teknologi melangkaui AI turut mendorongnya mencadangkan penubuhan Jabatan Kuantum yang berpotensi dikembangkan menjadi sebuah fakulti ketika berada di Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini.Ahmad Zahid berkata, persediaan menghadapi perkembangan teknologi masa depan perlu menjadi sebahagian daripada usaha membudayakan kecemerlangan dalam institusi TVET di bawah KKDW.Dalam pada itu, katanya, seramai 1,000 belia Bumiputera disasarkan mendapat penempatan pekerjaan dalam sektor berpertumbuhan tinggi menerusi usaha memperkukuh Pendidikan TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).Beliau menjelaskan, sasaran itu merupakan antara inisiatif dalam Belanjawan tahun depan bagi memperluas peluang pekerjaan kepada golongan belia khususnya dalam sektor memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi."Usaha ini turut menekankan kepentingan memastikan latihan kemahiran diberikan selari dengan keperluan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyediakan laluan kerjaya lebih baik," katanya.Ahmad Zahid menjelaskan, KKDW menggariskan tiga inisiatif strategik TVET secara berfasa.Katanya, inisiatif itu termasuk Perjanjian Kerjaya Premium TVET KKDW, TVET Jana Desa serta Bengkel Pintar dan Hijau TVET@KKDW."Perjanjian Kerjaya Premium TVET KKDW memberi tumpuan kepada persetujuan bersama majikan berhubung kompetensi, syarat penempatan dan pakej gaji bagi program terpilih sebelum pengambilan pelatih," jelas beliau.Menurut beliau, pendekatan itu turut membabitkan penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum dan penilaian bagi memastikan latihan diberikan memenuhi kehendak majikan.Sementara itu, katanya, TVET Jana Desa bertujuan menggalakkan graduan membina perusahaan teknikal dan mewujudkan peluang pekerjaan di daerah sendiri termasuk dalam bidang penyelenggaraan jentera pertanian, pam dan sistem penyejukan."Bengkel Pintar dan Hijau TVET@KKDW pula memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian teknikal melalui pemantauan mesin, automasi kecerdasan buatan (AI) dan kecekapan tenaga bagi membantu usahawan desa meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos operasi," jelas beliau.Selain itu, katanya, kemahiran pendawaian GIATMARA turut dimanfaatkan bagi membaik pulih pendawaian di 20,000 rumah keluarga miskin."Pelaksanaan inisiatif ini akan diperincikan bersama agensi pelaksana dan rakan industri termasuk dari segi institusi terlibat, pembiayaan serta sasaran keberhasilan bagi memastikan manfaatnya sampai kepada kumpulan sasaran," tambah beliau. |
|
Kementerian Digital peruntuk RM700,000 perkasa komuniti, sekolah di Limbang - Sinarharian - 25/10 1:46 pm LIMBANG - Kementerian Digital memperuntukkan RM700,000 bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) di Limbang, Sarawak.Kementerian Digital dalam kenyataan memaklumkan, peruntukan itu bagi meningkatkan kemudahan komuniti, memperkukuh prasarana pendidikan serta merapatkan jurang digital, khususnya di kawasan luar bandar."Menerusi Program KAM, sebanyak 29 isi rumah di Kampung Belimbing Melugus mendapat manfaat daripada pemasangan lampu solar LED, pembekalan kelengkapan sokongan kampung dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)."Kemudahan ICT turut diperluas kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ukong, manakala institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan menerima sokongan bagi melaksanakan kerja pemasangan peralatan elektrik di Kampung Belimbing Melugus," menurut kenyataan itu.Bagi Program SAM pula, SK St Edmund menerima kemudahan baharu merangkumi pemasangan skrin LED di dewan, pembekalan papan pintar (smartboard) serta pemasangan titik capaian tanpa wayar (wireless access point) bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih kondusif."Pelaksanaan kedua-dua program itu disempurnakan menerusi Majlis Penyerahan KAM dan SAM yang berlangsung serentak dengan Program Jelajah Digital di SK St Edmund pada 24 Oktober," jelasnya.Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar dan disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah.Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan ADUN Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang.Program SAM di SK St Edmund dilaksanakan di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Digital.Majlis berkenaan diadakan bersempena Hari Terbuka SK St Edmund yang turut menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan teknologi digital, termasuk pengenalan dan penerokaan kecerdasan buatan (AI), pendedahan literasi digital, kesedaran keselamatan siber serta pencegahan penipuan dalam talian.Program berkenaan turut diserikan dengan penganjuran Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan kepada warga Limbang bagi membantu meringankan beban rakyat.Kementerian Digital turut memaklumkan, pelaksanaan KAM dan SAM mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Madani untuk memastikan manfaat pembangunan negara dapat dinikmati masyarakat di peringkat akar umbi melalui penyediaan kemudahan asas, peningkatan akses teknologi dan penambahbaikan prasarana pendidikan."Usaha itu juga bertujuan memperluas manfaat pendigitalan, meningkatkan literasi digital serta memastikan pembangunan dinikmati secara inklusif."Kementerian Digital komited meneruskan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, selaras dengan usaha meletakkan Malaysia pada landasan kukuh menuju Negara AI 2030," tambah kenyataan itu. |
|
Kerajaan dicadang beri insentif baharu galak majikan ambil lepasan TVET - Sinarharian - 24/10 2:42 pm PASIR SALAK Kerajaan dicadang mempertimbangkan pemberian insentif kepada majikan yang menawarkan gaji lebih tinggi daripada kadar minimum kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bagi menggalakkan lebih banyak pengambilan tenaga kerja berkemahiran.Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Majikan TVET, Majlis TVET Negara, Datuk Khairul Azwan Harun berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan sebagai usaha menghargai kesediaan majikan melabur lebih besar dalam penggajian graduan TVET.Menurutnya, hasil penelitian jawatankuasa mendapati ramai majikan bersedia menawarkan gaji lebih tinggi kepada lepasan TVET, namun beberapa faktor lain perlu diteliti bagi menggalakkan peningkatan kadar upah pekerja separa mahir dan mahir."Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan sekiranya ada insentif baharu di bawah TVET untuk diberikan kepada majikan yang menggajikan lepasan TVET dengan gaji jauh lebih tinggi daripada gaji minimum yang diperkenalkan."Perkara ini perlu kita teliti bersama kerana mungkin ada beberapa aspek lain yang perlu dipertimbangkan bagi membalas kesanggupan mereka meningkatkan tangga gaji pekerja separa mahir dan mahir," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival TVET 2026 Daerah Perak Tengah @ KKPS dan Majlis Apresiasi Program OSC: Sejahtera Sosial (Keluarga Angkat) di Kolej Komuniti Pasir Salak di sini pada Sabtu.Khairul Azwan berkata, jawatankuasa yang dipengerusinya itu turut meneliti usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan dengan sektor swasta menerusi konsep pelaburan bersama dalam ekosistem TVET.Katanya, langkah itu penting bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan swasta khususnya dalam melengkapkan infrastruktur sokongan pendidikan TVET di negara ini."Banyak pelaburan dan usaha telah dilaksanakan pihak swasta dalam ekosistem TVET tetapi maklumat serta data mengenainya mungkin masih terhad."Jawatankuasa akan melihat bagaimana maklumat ini dapat dikumpulkan supaya pelaburan bersama, termasuk melalui geran padanan, dapat dimanfaatkan bagi menggalakkan pelaburan lebih tinggi daripada pihak swasta," katanya.Menurutnya, lebih 60 syarikat telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis TVET Negara sejak dua hingga tiga tahun lalu.Beliau berkata, jawatankuasa yang baharu dibentuk itu sedang meneliti semula pelaksanaan kerjasama berkenaan sebelum mengemukakan cadangan inisiatif baharu kepada Majlis TVET Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Dalam perkembangan berkaitan, Khairul Azwan berkata, daerah Perak Tengah berpotensi menjadi koridor TVET seperti digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030 berikutan kewujudan pelbagai institusi pendidikan dan latihan kemahiran di kawasan itu.Katanya, institusi seperti Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej FELCRA dan Giatmara masing-masing mempunyai pengkhususan tersendiri dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran mengikut keperluan industri.Beliau turut berusaha menggalakkan penawaran kursus membaik pulih jentera pertanian di institusi TVET berhampiran bagi memenuhi keperluan sektor pertanian di kawasan Kampung Gajah dan Pasir Salak.Menurutnya, kekurangan tenaga mahir dalam bidang berkenaan menyebabkan petani terpaksa menunggu mekanik dari luar kawasan apabila jentera pertanian mengalami kerosakan sekali gus menjejaskan kelancaran operasi mereka. |
|
Pelajar 10A SPM pilih GiatMARA, bukan untuk mereka yang drop-out – .. - Mygazette - 22/10 2:53 pm # Pelajar 10A SPM pilih GiatMARA, bukan untuk mereka yang drop-out - Norsabrina MELAKA Anggapan aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya di GiatMARA menjadi tempat pengumpulan pelajar kurang cemerlang atau pilihan terakhir perlu dikikis sepenuhnya |
|
Kemahiran TVET buka laluan graduan jadi usahawan Bumiputera - Utusan - 21/10 8:00 am PETALING JAYA: Kemahiran teknikal yang dipelajari di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar tiket untuk memasuki pasaran pekerjaan, malah mampu menjadi modal pertama generasi muda membina perniagaan sendiri |
|
Kebebasan bersuara prinsip yang mesti dipertahankan – AMK Johor - Mygazette - 20/10 7:48 am Menurutnya, peningkatan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027, penambahan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kepada RM16 bilion serta kenaikan Bantuan Awal Persekolahan daripada RM150 kepada RM200. Termasuk katanya, peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta sasaran 30,000 peluang pekerjaan baharu melalui Bakat Madani, membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan memperkukuh ekonomi rakyat.- MalaysiaGazette |
|
Menghubungkan pembangunan kemahiran dengan pekerjaan lebih baik - Utusan - 19/10 7:25 am Oleh Nicholas Lam PERUNTUKAN RM8 bilion bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) merentasi kementerian, selain pembiayaan RM3 bilion oleh HRD Corp untuk menyokong tiga juta peluang latihan di bawah Belanjawan 2027, mencerminkan pelaburan besar dalam pembangunan tenaga kerja Malaysia |
|
UTAC mahu bawa standard antarabangsa, buka peluang bakat TVET - Kosmo - 17/10 10:05 pm KUALA LUMPUR Universitas Training and Alliance Consortium (UTAC) mahu memperluaskan pendedahan terhadap standard dan pensijilan antarabangsa di Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada individu khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) |
|
DPM Zahid strengthens Malaysia-China ties, advances global TVET cooperation after five-day visit - Malaymail - 17/10 1:49 pm TIANJIN, Oct 17 Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidis five-day working visit to China has... |
|
Zahid strengthens Malaysia-China ties, advances global TVET cooperation - Mkini - 17/10 12:55 am One key focus is the development of the Malaysia-China Institute. |
|
Budget 2027: From household relief to sustainable growth - Sinchew - 16/10 2:43 pm The priority should be to connect the energy transition with industrial development, so that new investment also builds domestic capabilities and employment opportunities. Education, technical and vocational education and training (TVET), digital skills and artificial intelligence are central to preparing Malaysians for changes in the labour market |
|
Belanjawan 2027 mesti bawa perubahan nyata bukan sekadar angka gah .. - Mygazette - 16/10 2:43 pm Beliau yang membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat semalam turut menyuarakan mengenai sektor pendidikan berkebajikan di mana kepentingan untuk mengembalikan sistem pendidikan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan kesinambungan mantap dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi. "Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penanda aras seperti PISA perlu seiring dengan pembentukan generasi berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia |
|
Pengangguran turun 3 peratus tak cukup, 35.6 peratus kerja bawah .. - Mygazette - 16/10 2:43 pm Bantuan berkenaan juga perlu dikaitkan dengan peningkatan produktiviti, pewujudan pekerjaan berkemahiran dan perkembangan gaji yang boleh diukur. Selain itu, Wendy mencadangkan kerjasama lebih erat antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Institusi Pengajian Tinggi (IPT), institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta industri bagi memastikan latihan memenuhi keperluan pasaran kerja |
|
China agrees in principle with Malaysia's proposal for World TVET Council - Ahmad Zahid - Sinardaily - 16/10 2:40 pm TIANJIN - China has agreed in principle to Malaysias proposal to establish a World Technical and Vocational Education and Training (TVET) Council, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid said the agreement which includes a proposal for China to serve as the permanent host was conveyed by his counterpart, Ding Xuexiang, and Minister of Education Huai Jinpeng during a meeting yesterday.He noted that the proposal to establish the World TVET Council, with China acting as the permanent secretariat, was formally presented during his keynote address at the World Technical and Vocational Education and Training Development Conference 2026 (WVTEDC 2026) here today."I proposed it yesterday, and today I have officially put it forward in my speech |
|
China agrees in principle to Malaysias proposal for world TVET council, says Zahid - Malaymail - 16/10 2:33 pm TIANJIN, Oct 16 China has agreed in principle to Malaysias proposal to establish a World Technical... |
|
Malaysia cadang majlis TVET dunia dengan China selaku tuan rumah tetap - Ahmad Zahid - Astroawani - 16/10 2:15 pm Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata majlis berkenaan bertujuan menyediakan platform global yang berkekalan untuk memupuk kerjasama dalam pembangunan kemahiran, kemajuan teknologi dan tenaga kerja. |
|
Kekuatan ekosistem Selangor percepat transformasi industri - Sinarharian - 16/10 9:52 am KUALA LUMPUR - Asas perindustrian yang pelbagai meletakkan Selangor pada kedudukan strategik untuk mempercepat transformasi industri menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI), pembuatan mampan dan penyelesaian tenaga pintar.Pengarah Urusan Hannover Fairs Asia Pacific, Tim Bostridge berkata, kekuatan ekosistem perindustrian Selangor menjadi antara faktor yang menyokong pelaksanaan inovasi teknologi dalam sektor berkenaan.Menurutnya, selain lokasi strategik, Selangor turut mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi serta dasar negeri yang progresif dan menyokong inovasi secara aktif."Kekuatan sektor perindustrian Selangor menyediakan asas yang kukuh bagi transformasi teknologi."Keselarasan antara aspirasi perindustrian Malaysia dengan tema teras Hannover Messe amat jelas, khususnya dalam transformasi industri berteraskan AI, pembuatan mampan, penyelesaian tenaga pintar serta inovasi dalam pengeluaran berskala besar."Di sinilah inovasi perindustrian Malaysia bertemu dengan dasar negara dan hasil perniagaan, sekali gus memperlihatkan bagaimana Selangor melaksanakan inovasi secara bersepadu," katanya ketika pelancaran Selangor Techsphere Summit (STS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu.STS 2026 yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor, menampilkan lebih 35 sesi persidangan dan penyertaan 34 pempamer sepanjang empat hari penganjurannya.Sidang kemuncak tersebut menghimpunkan pemimpin industri, pengilang, syarikat teknologi, wakil kerajaan dan pakar untuk membincangkan teknologi serta keupayaan yang bakal membentuk masa depan sektor perindustrian.Ia merupakan sebahagian daripada Selangor International Business Summit (SIBS) 2026, sekali gus membuka lebih banyak peluang interaksi antara industri, kerajaan, pelabur, penyedia teknologi dan komuniti perniagaan serantau.Acara tersebut memberi tumpuan kepada empat bidang utama: AI dan Ekonomi Digital, Semikonduktor dan Mikroelektronik, Teknologi Hijau dan Automasi Pintar, serta Tadbir Urus, Bakat dan TVET 4.0.Dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan diperkasakan oleh Hannover Messe, STS 2026 bertujuan menghubungkan perkembangan teknologi global dengan keperluan sebenar perniagaan dan industri di Malaysia serta rantau ASEAN.Mengulas lanjut, Tim berkata, Hannover Fairs Asia Pacific berperanan membawa kepakaran penganjuran acara perindustrian antarabangsa ke STS bagi menghubungkan trend teknologi global dengan keperluan industri tempatan.Katanya, pendekatan tersebut membolehkan perniagaan tempatan memahami perkembangan teknologi antarabangsa serta mengenal pasti cara mengaplikasikannya bagi meningkatkan produktiviti."Kami membawa tema dan topik daripada pameran perdagangan terkemuka seperti yang diadakan di Jerman ke sini, kemudian menelitinya dalam konteks tempatan."Kami juga melihat bagaimana perkara tersebut boleh diaplikasikan oleh perniagaan tempatan dan apa yang boleh dilakukan oleh syarikat Malaysia untuk meningkatkan produktiviti mereka," katanya.Dalam pada itu, Tim berpandangan, Malaysia mempunyai potensi dan berada di landasan tepat untuk terus berkembang sebagai destinasi yang berdaya maju dan menarik kepada perniagaan antarabangsa, seiring perubahan landskap ekonomi global.Bagaimanapun, beliau menegaskan, pembangunan perniagaan domestik perlu terus diberi perhatian, selain usaha mengekalkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa."Kedua-dua aspek itu akan menjadi faktor penting dalam menentukan keupayaan negara menghadapi perubahan pada masa hadapan."Saya fikir Malaysia perlu meneruskan landasan ini kerana keupayaan domestik, di samping kedudukan yang baik di peringkat antarabangsa, akan menjadi faktor yang sangat penting pada masa hadapan," katanya.Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, teknologi aeroangkasa dijangka menjadi antara bidang baharu yang diberikan tumpuan Hannover Messe pada 2027, seiring usaha meneroka potensi teknologi baharu.Tim berkata, potensi teknologi berkenaan masih belum diterokai sepenuhnya, namun berupaya membuka peluang kepada kemunculan produk dan industri baharu dalam beberapa tahun akan datang."Saya fikir bidang ini sangat menarik kerana kita masih belum benar-benar memahami sepenuhnya potensinya ketika ini."Namun, dalam beberapa tahun akan datang, produk-produk akan muncul yang mungkin langsung tidak pernah kita bayangkan pada masa sekarang," katanya. |
|
Belanjawan 2027: Belia perlu ekosistem kemahiran, elak perangkap 'underemployment' - Astroawani - 15/10 7:08 pm MBM maklum kenaikan gaji minimum RM2,000 terpakai bagi syarikat berpendapatan RM50 juta ke atas, gesa penyelarasan dana kemahiran TVET sebagai jambatan konkrit memecahkan perangkap gaji statik graduan dan pekerja gig. |
|
PRN Melaka: Dira mahu pertahan DUN Rim, tak letak harapan kerusi... - Mygazette - 15/10 7:29 am # PRN Melaka: Dira mahu pertahan DUN Rim, tak letak harapan kerusi lain MELAKA Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar kekal dengan hasratnya untuk mempertahankan kerusi DUN Rim dan tidak bercadang berpindah ke DUN lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Meskipun akur penentuan calon dan kerusi merupakan hak pucuk pimpinan parti, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET itu bagaimanapun berkata, beliau sudah selesa dengan kawasan yang diwakilinya ketika ini |
|
Usahawan beg paku Melaka perlu tembusi pasaran Singapura, Australia .. - Mygazette - 14/10 3:58 pm # Usahawan beg paku Melaka perlu tembusi pasaran Singapura, Australia - Khaidirah MELAKA Usahawan tempatan yang mengikuti latihan kemahiran perlu berani meneroka pasaran luar negeri, termasuk Singapura dan Australia, bagi meluaskan jualan produk serta meningkatkan pendapatan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka, Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, usahawan tidak seharusnya mengehadkan pasaran mereka di Melaka semata-mata |
|
Belanjawan 2027: B40, M40 turut dibela, Gunaraj puji langkah kerajaan - Mygazette - 14/10 3:58 pm Sebagai ADUN Sentosa, beliau turut berharap manfaat pembangunan dalam Belanjawan 2027 dapat dinikmati masyarakat India. Jelasnya, ini khususnya melalui sokongan kepada sekolah Tamil, pengukuhan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), serta peluang pekerjaan dan keusahawanan |
|
2027 Budget: TVET funding must translate skills into sustainable income - Sinardaily - 14/10 10:02 am KUALA LUMPUR - A comprehensive package combining post-training support and business starter kits could be key to ensuring that the RM8 billion allocated for Technical and Vocational Education and Training (TVET) across ministries under the 2027 Budget delivers tangible results in poverty eradication.The measure could transform TVET from a platform for skills training into a driver of socioeconomic change, empowering the B40 group to achieve greater economic independence and break out of the cycle of poverty.Dr Khairul Anuar Abdul Rahman of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) said the support should encompass skills training, industry certification, equipment, business incubation and continuous mentoring to help participants apply their skills to secure employment or start their own businesses.Citing a UTM initiative, the senior lecturer at the Department of Advanced Technical and Vocational Education and Training, Faculty of Social Sciences and Humanities, said the university was implementing the "Empowerment of B40 Youth Economy through Air Conditioning System Service and Maintenance Training project at the Melana Indah Peoples Housing Project (PPR), targeting 20 unemployed youths from the B40 group or those working in the gig economy."Participants are not only trained in technical skills and assessed for an Industry Competency Certificate, but are also provided with a starter kit under a Buddy System, which allows them to share equipment in pairs, he told Bernama.Khairul Anuar said the approach was crucial in helping the B40 group overcome barriers to economic independence, particularly the lack of capital and equipment needed to turn their skills into income-generating opportunities.He said the 18-month project also provides technical guidance, customer management training and community service activities, with a target of at least 80 per cent of participants achieving competency and 70 per cent generating their own income.According to him, the model, which brings together universities, local authorities, industry and the community under the Quadruple Helix approach, could be extended to other fields, including care services for the elderly and persons with disabilities (PwD).Meanwhile, Associate Professor Dr Mohd Safarin Nordin of the same department said the effectiveness of the RM8 billion allocation would depend not only on the amount of funding disbursed, but also on the implementation mechanisms in place to ensure that the training offered met industry needs."From a TVET research and practice perspective, the success of this allocation hinges not merely on the amount of funding provided, but also on the effectiveness of its delivery mechanisms in bridging the skills gap between training institutions and industry, he said.Mohd Safarin said efforts should focus on four key areas, including industry-driven curriculum reform, better coordination among ministries through the National TVET Council (MTVET), and channelling Human Resource Development Corporations (HRD Corp) RM3 billion allocation towards developing future skills such as automation and artificial intelligence (AI).Both experts stressed that TVET key performance indicators (KPIs) should go beyond the percentage of graduates and the number of certificates issued, with return on investment (ROI) assessed based on employability rates, starting salary increases and long-term career sustainability.When tabling Budget 2027 in Parliament on Friday, Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced an RM8 billion allocation for TVET across ministries to strengthen skills development and improve youth employability.Of the total allocation, RM3 billion has been set aside for HRD Corp to provide three million training opportunities, with programmes also supporting professionals ongoing skills development |
|
Hospital MARA masih dikaji, keputusan dijangka dalam tiga bulan - Mygazette - 12/10 3:08 pm Dalam pada itu, MARA terus memberi tumpuan kepada sokongan terhadap sektor kesihatan negara menerusi dua teras utama, iaitu pembangunan modal insan dalam bidang perubatan dan kesihatan serta pembangunan usahawan profesional. Rubiah menambah, pembangunan modal insan dilaksanakan melalui ekosistem pendidikan MARA, termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan TVET MARA |
|
Jangan jual mesin bantuan kerajaan untuk kaut keuntungan segera – .. - Mygazette - 12/10 3:08 pm Memanglah dia untung tetapi sekali sahaja dan selepas itu agensi tidak mahu lagi membantu kerana sukar untuk memberi kepercayaan kepada penerima yang tidak menggunakan bantuan seperti sepatutnya, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Teori Asas Pembuatan Beg Paku 2026 anjuran WYF bersama Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negeri Melaka di Dewan WYF, Ayer Keroh di sini hari ini |
|
Summer Camp TVET 2026 perkukuh kerjasama akademik 11 negara - Mygazette - 12/10 3:08 pm # Summer Camp TVET 2026 perkukuh kerjasama akademik 11 negara KUALA LUMPUR Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperkukuh jaringan akademik antarabangsa dengan menganjurkan International _Summer Camp 2026: TVET for Sustainable Future_ yang menghimpunkan peserta dari 11 negara bagi meneroka peranan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menyokong agenda kelestarian global pada 10 hingga 15 Oktober 2026 |
|
Zahid heads to China tomorrow to boost trade, investment and TVET ties - NST - 11/10 8:45 pm BEIJING: Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi will undertake a five-day working visit to China from tomorrow to strengthen bilateral ties, particularly in trade, investment, technology and Technical and Vocational Education and Training (TVET). |
|
???Walaupun tambahan peruntukan kecil, kami faham kedudukan kewangan .. - Mygazette - 10/10 8:11 am Jumlah itu merangkumi RM4.85 bilion peruntukan mwengurus dengan RM7.833 bilion untuk peruntukan pembangunan. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, peruntukan sebanyak RM8 bilion disediakan untuk bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET), meningkat berbanding RM7.9 bilion sebelum ini |
|
30,000 peluang kerja baharu, syarikat swasta nikmati potongan cukai - Mygazette - 10/10 8:11 am Beliau berkata, insentif potongan cukai itu diberikan bagi menggalakkan lebih banyak syarikat swasta menyertai program berkenaan. "Dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja muda, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian |
|
Budget 2027: RM8b for TVET, 30,000 new job opportunities via BAKAT Madani - Malaymail - 9/10 8:25 pm KUALA LUMPUR, Oct 9 The government has allocated RM8 billion for Technical and Vocational Education and Training... |
|
Belanjawan 2027: RM510 Bilion, Defisit Turun, Bantuan Rakyat Bertambah Ini 8 Fokus Utama - Beautifulnara - 9/10 7:54 pm Pendidikan dan kesihatan menerima perhatian besar, termasuk hampir RM69 bilion untuk KPM dan RM47.7 bilion untuk KKM. TVET, AI, PMKS, Bumiputera dan pelaburan menjadi antara fokus untuk memperkukuh ekonomi serta peluang pekerjaan |
|
TVET dapat RM8 bilion, Belia Mahir mahu dana PTPK RM1 bilion - FMT - 9/10 6:43 pm Pertubuhan itu berkata pembiayaan lebih besar perlu bagi membantu belia menampung yuran, penginapan dan kos sara hidup sepanjang latihan. |
|
Melaka to become investment, talent development hub under 2027 Budget - Sinardaily - 9/10 4:27 pm SHAH ALAM - Melaka is set to become a focal point for investment and talent development, with the government strengthening high-tech technical and vocational education and training (TVET) to create more skilled employment opportunities.Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the Melaka Centre of Excellence would provide dignified employment opportunities for the people through high-tech TVET training.The Melaka Centre of Excellence creates dignified employment opportunities for the people of Melaka through high-tech TVET training, he said when tabling Budget 2027 at the Dewan Rakyat, today.The Prime Minister said the government was also committed to mitigating flood risks in the state through the implementation of the River Restoration Project and the Sungai Rambai Flood Mitigation Project.The initiatives are aimed at addressing flood risks while supporting Melaka's development and strengthening opportunities for investment and skills development. |
|
Rakyat mahu rasa, bukan sekadar dengar - Sinarharian - 9/10 10:04 am Belanjawan perlu menjawab kedua-dua kebimbangan ini.Pelaburan berbilion ringgit juga mesti melahirkan pekerjaan berkualiti, bukan sekadar angka pelaburan yang mengagumkan. Program latihan dan TVET hanya bererti apabila anak muda mempunyai laluan kerjaya jelas, gaji setimpal dan peluang untuk maju.Golongan pertengahan juga tidak wajar terlepas pandang |
|
Lessons from Anwar???s China visit on Malaysia???s talent and tech .. - Sinchew - 8/10 4:23 pm While AI and semiconductor talents are in high demand today, a completely new set of technological skills may be needed a few years down the road. Are the graduates produced by our universities, polytechnics, and Technical and Vocational Education and Training (TVET) institutions meeting market needs? If universities teach outdated technologies rather than the cutting-edge tools that industries are set to adopt, our local talent pool will remain disconnected even when investments flow in |
|
Ubah pendekatan pembangunan bakat graduan kepada nilai graduan - Zambry - Sinarharian - 8/10 3:19 pm PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu mengubah pendekatan pembangunan bakat daripada sekadar memastikan graduan mendapat pekerjaan kepada melahirkan graduan yang mempunyai nilai, kompetensi dan kemampuan lebih tinggi untuk memenuhi keperluan industri.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perubahan itu penting bagi memastikan graduan bukan sahaja memperoleh pekerjaan, malah mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kompetensi serta mempunyai laluan kerjaya dan ganjaran yang lebih baik."Maka kita perlu bergerak daripada sekadar graduate employability kepada graduate value."Dan jika kita mahukan gaji premium, kita terlebih dahulu perlu membangunkan kompetensi premium," katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Aminuddin Hassim sempena Program Industry Nexus (INDEX) 2026: TVET Collaboration Hub, di sini pada Khamis.Menurutnya, pembangunan program pendidikan juga tidak seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum mendapatkan pandangan industri mengenai keperluan tenaga kerja."Jangan bangunkan program dahulu, kemudian bertanya kepada industri sama ada graduan itu diperlukan |
|
Kaunselor On Wheel bantu pelajar terkesan insiden - KPT - Sinarharian - 8/10 2:04 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggerakkan inisiatif Kaunselor On Wheel ke Kuantan bagi memberikan bimbingan psikologi kepada pelajar yang terkesan susulan kematian seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), M Elisa Jonova, 19, baru-baru ini.Ketua Setiausaha KPT, Datuk Aminuddin Hassim berkata, pihaknya turut mengarahkan kaunselor berdaftar untuk membantu waris mangsa serta rakan-rakan yang terkesan dengan kejadian berkenaan."Kaunselor On Wheel telah pun bergerak ke Kuantan untuk bertemu dengan pelajar, memberi bimbingan psikologi dan sebagainya."Kita perlu melibatkan semua komuniti pendidikan tinggi dan juga masyarakat untuk bersama-sama kita dalam hal ini sebab kita faham tekanan sekarang kepada pelajar-pelajar yang lain, mereka mungkin trauma dengan berita-berita ini," katanya ketika ditemui selepas Program Industry Nexus (INDEX) 2026: TVET Collaboration Hub di sini pada Khamis.Menurutnya, KPT turut mempertimbangkan supaya inisiatif Kaunselor On Wheel digerakkan ke kawasan lain yang memerlukan bagi memberi dorongan serta bimbingan kepada pelajar.Aminuddin berkata, pihaknya mahu semua pihak termasuk politeknik, Majlis Perwakilan Pelajar dan pakar berkaitan kaunseling bersama-sama memberi sokongan psikologi kepada pelajar yang terkesan.Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil di dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjutDalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Shamsuri Abdullah berkata, kemudahan penempatan asrama di politeknik pada ketika ini hanya merangkumi 50 hingga 70 peratus sahaja."Kami akan melihat dari semasa ke semasa usaha menambah fasiliti asrama, dengan sasaran 70 peratus pelajar politeknik dapat ditempatkan di asrama."Memang dalam konteks penempatan ataupun penyediaan asrama itu agak terhad |
|
TVET elements to be integrated into primary school curriculum - FMT - 8/10 9:34 am Education minister says the curriculum will prepare students to face future technological changes. |
|
Tingkat kemahiran 1,000 belia India, kurangkan kadar keciciran, gesa Santiago - FMT - 7/10 10:57 pm Bekas Ahli Parlimen Charles Santiago kata Belanjawan 2027 perlu peruntuk dana untuk latih belia India menerusi TVET dan program lain. |
|
TVET buka peluang pelajar Orang Asli serlah bakat fesyen - Astroawani - 7/10 10:37 pm Perkara itu dibuktikan menerusi kejayaan Tasyanera Judin, pelajar Orang Asli dari Banting, Selangor yang mengikuti pengajian Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Rembau, selepas merangkul Anugerah Pereka Kreatif sempena POLYCC Fashion Week 2026 (POLYCCFW 2026). |
|
Upskill 1,000 Indian youths, cut dropout rates, urges Santiago - FMT - 7/10 9:45 pm Former Klang MP Charles Santiago says the 2027 budget should allocate funds to train Indian youths through TVET and other programmes. |
|
UMNO risiko kecundang PRU-16 jika persepsi negatif Zahid .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm Video berdurasi satu minit 49 saat juga menjelaskan pandangan Azmi yang mendedahkan serangan persepsi terbaharu turut dilancarkan apabila kemunculan Ahmad Zahid berucap di hadapan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini turut dijadikan bahan pertikaian. "Tindakan itu sangat tidak wajar memandangkan kehadiran Ahmad Zahid di UiTM adalah atas kapasiti rasmi kerajaan bagi memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta ekonomi Bumiputera, wujud pula pihak yang sengaja membentuk persepsi negatif," ujarnya |
|
Belanjawan 2027: Sinergi awam-swasta beri peluang seimbang dalam TVET - Sinarharian - 7/10 10:18 am IPOH Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan kepada pengukuhan sinergi antara sektor awam dan swasta dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan peluang pendidikan kemahiran dapat dinikmati secara lebih seimbang di seluruh negara.Pengerusi Kumpulan Senior dan Pengasas TVET Swasta Malaysia, Nordin Abdul Malek berkata, pendekatan tersebut penting khususnya dalam membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan akses kepada pendidikan kemahiran.Menurutnya, isu utama bukan semata-mata melibatkan jumlah peruntukan yang besar, sebaliknya bagaimana dana tersebut diurus dan disalurkan secara cekap supaya manfaatnya benar-benar dapat dirasai oleh rakyat."Dalam pengurusan TVET, apa juga bajet yang diluluskan hendaklah dipastikan dapat memperkukuh sinergi antara sektor awam dan swasta."Ini membolehkan lebih ramai rakyat, terutama golongan miskin, mendapat peluang mengikuti pendidikan kemahiran secara seimbang di semua peringkat dan di seluruh negara," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Nordin berkata, walaupun institusi latihan kemahiran swasta (ILKS) dipercayai hanya menerima sekitar 10 peratus daripada keseluruhan peruntukan kerajaan bagi sektor berkenaan, ia tetap memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang kepada pelajar mengikuti bidang kemahiran.Bagaimanapun, katanya, kelemahan dari aspek pengurusan serta ketidakselarasan program dengan keperluan masyarakat dan industri boleh menjejaskan usaha tersebut."Apabila corak pengurusan tidak memenuhi keperluan masyarakat dan majikan, ia menghalang hasrat mereka untuk menuntut ilmu serta mengubah nasib pada masa depan."Akibatnya, banyak program dan dana yang disediakan menjadi tidak berkesan serta menambahkan keresahan dalam kalangan pengusaha dan pelajar," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, peruntukan pendidikan juga perlu memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan di sekolah, termasuk penyediaan kamera litar tertutup (CCTV), kemudahan pembelajaran moden serta usaha mengurangkan tekanan dalam kalangan guru.Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan konsep sekolah selamat dan sejahtera terus diperkasakan.Sementara itu, Nordin yang juga Pengerusi Eksekutif Institut Agro dan Keusahawanan (IGROW) berkata, sektor pertanian turut perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 bagi meningkatkan kecekapan pengurusan, produktiviti serta pembangunan modal insan dalam mendepani cabaran global.Katanya, usaha menaik taraf kemudahan dan infrastruktur pertanian, meningkatkan kepakaran serta membangunkan sumber manusia dalam bidang pertanian moden perlu menjadi antara keutamaan."Tekanan emosi dalam kalangan petani semakin meningkat apabila mereka berdepan risiko kerugian, peningkatan kos operasi dan beban hutang."Keadaan ini turut menyebabkan minat generasi muda untuk menyertai sektor pertanian semakin berkurangan," katanya.Beliau berkata, kegagalan menangani isu tersebut boleh menjejaskan keterjaminan makanan negara susulan cabaran perubahan iklim, peningkatan kos pengeluaran dan ketegangan geopolitik.Jelasnya, kerajaan juga perlu memperkukuh peranan usahawan tani tempatan sebagai pengeluar bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk import."Belanjawan ini diharap memberi fokus kepada keperluan asas rakyat seperti peluang pembiayaan, TVET, peningkatan kemudahan dan kesejahteraan sekolah serta pembangunan infrastruktur, kemahiran dan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran keterjaminan makanan pada masa hadapan."Jika Belanjawan 2027 gagal memperlihatkan perancangan yang berkesan serta mampu meredakan keresahan dan tekanan rakyat, ia tidak akan dapat membantu menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara," katanya.Beliau berkata, keadaan itu juga dibimbangi memberi kesan terhadap tahap kepercayaan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Madani menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). |
|
RM7 juta perkasa pembangunan bakat STEM, AI di Perak - Mygazette - 7/10 7:58 am Jelas beliau, kemudahan di HiM juga akan dinaik taraf dengan peralatan dan ruang pembelajaran yang membolehkan guru serta pelajar mendapat pengalaman pembelajaran secara lebih praktikal. Pada peringkat awal, inisiatif ini akan melibatkan 100 guru dalam empat kohort menerusi Program Perintis Pendidik Digital STEM AI, selain program latihan asas selama lima hari atau 40 jam untuk Program Pendidik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)-AI, katanya |
|
AI should not deter young Malaysians from STEM - Chang - Sinardaily - 6/10 5:12 pm So what we actually have is a shortage of Malaysians qualified to fill these roles, he said.Under the 13th Malaysia Plan (2026-2030), Chang said Malaysia was targeting 700,000 new manufacturing jobs and 500,000 new digital economy jobs, with skilled workers expected to account for more than 35 per cent of the workforce by 2030."You do not need to be the top scorer in Add Maths. The high-tech economy needs equipment technicians, process operators, precision machinists, test engineers, solar installers, data centre facilities specialists, biomedical device technologists and agritech operators."Many of these are Technical and Vocational Education and Training (TVET) pathways that can pay better than a generic degree because the skills are specialised and employers genuinely need them, he said, adding that the MADANI Government was supporting the development of STEM and TVET talent through various initiatives under Budget 2026.Chang also said Malaysia could not aspire to become a high-income, technologically advanced nation if its young people were afraid of science and technology, adding that the country could not achieve technology sovereignty without Malaysians possessing the skills to design, operate and secure critical technologies."Do not run away from STEM because of AI |
|
'Belanjawan 2027 perlu bawa perubahan yang dapat dirasai' - ABIM - Sinarharian - 6/10 1:59 pm KUALA LUMPUR -Belanjawan 2027 perlu membawa perubahan yang benar-benar dirasai anak muda, termasuk kemampuan memenuhi keperluan asas tanpa menambah hutang, membina simpanan dan menjaga kesejahteraan keluarga.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, bantuan kepada golongan yang terhimpit perlu disertai peluang untuk mereka memperbaiki kehidupan menerusi pekerjaan yang baik, pendapatan mencukupi dan akses kepada perkhidmatan asas."Bagi seorang anak muda yang baru bekerja, persoalan tentang belanjawan bermula dengan baki wang dalam akaun pada hujung bulan."Selepas membayar sewa, membeli makanan, menanggung kos pengangkutan dan membantu keluarga, berapa banyak yang masih boleh disimpan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ahmad Fahmi berkata, Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober ini juga perlu memastikan bantuan berkala kepada golongan berpendapatan rendah mencukupi dan disalurkan mengikut jadual yang jelas.Katanya, tambahan peruntukan wajar mengutamakan keluarga muda, individu yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang mempunyai pendapatan tidak menentu."Belanja makanan, pengangkutan dan bil berulang setiap bulan, bantuan yang dapat dijangka membantu penerima merancang perbelanjaan serta mengurangkan keperluan berhutang," katanya.Beliau berkata, pengukuhan bantuan perlu dilaksanakan seiring usaha membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan anak muda.Menurutnya, kadar pengangguran belia menunjukkan cabaran untuk memasuki pasaran pekerjaan masih perlu diberikan perhatian, khususnya dalam peralihan daripada pendidikan kepada alam pekerjaan."Memperoleh pekerjaan juga belum menjamin peluang untuk maju."Belanjawan perlu memberikan perhatian khusus kepada peralihan daripada pendidikan kepada pekerjaan," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, insentif kepada majikan bagi latihan dan peningkatan produktiviti perlu membawa manfaat kepada pekerja melalui peningkatan gaji serta kemajuan kerjaya.Jelasnya, program perantisan berbayar juga perlu menjelaskan tempoh latihan, kadar bayaran dan peluang diserap sebagai pekerja supaya belia tidak terus berada dalam pekerjaan sementara tanpa kepastian.Menyentuh isu perumahan dan pengangkutan, Ahmad Fahmi berkata, kedua-dua aspek itu memberi kesan besar terhadap kemampuan anak muda mengurus kewangan.Sehubungan itu, ABIM mencadangkan peluasan rumah sewa yang selamat dan mampu dibayar serta bantuan deposit secara bersasar kepada belia yang perlu berpindah bagi mendapatkan pekerjaan."Ukuran kemampuan mesti merangkumi kos kediaman dan perjalanan kerana sewa yang rendah boleh tetap membebankan jika rumah jauh dari tempat kerja," katanya.Bagi pasangan muda, beliau berkata, kos penjagaan anak pula boleh mengecilkan baki pendapatan keluarga dan mempengaruhi keputusan untuk meneruskan pekerjaan.Justeru, katanya, bantuan yuran bersasar dan peluasan pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar yang berkualiti serta mampu dibayar perlu diberi perhatian.Dalam aspek pendidikan, Ahmad Fahmi berkata, mahasiswa yang berdepan kekangan kewangan perlu diberikan bantuan sara hidup dan dana kecemasan kampus yang mudah dicapai.Beliau turut menggesa perlindungan sosial golongan bekerja dalam sektor gig dan kerja bebas diperkukuh menerusi kaedah caruman yang mudah dan fleksibel mengikut pendapatan."Bagi usahawan muda, akses pembiayaan perlu disertai peluang pasaran. Pinjaman baharu boleh menambah beban jika pelanggan masih terhad atau bayaran lewat diterima," katanya.Ujarnya, latihan kecerdasan buatan (AI) dan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) pula perlu dirangka berdasarkan keperluan pekerjaan sebenar.Katanya, latihan tidak sepatutnya sekadar memberi sijil, sebaliknya perlu membantu peserta mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan kemajuan kerjaya.Selain peluang pekerjaan dan pendapatan, Ahmad Fahmi berkata, aspek kesihatan mental serta sokongan psikososial juga perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027."Beban hutang, tanggungjawab keluarga dan kebimbangan tentang masa depan boleh menjejaskan hubungan serta keupayaan bekerja atau belajar."Bantuan perlu mudah dicapai, dengan kerahsiaan dan maruah terpelihara supaya anak muda memperoleh pertolongan lebih awal tanpa takut dihakimi," katanya.Pada masa sama, beliau berkata, pelaksanaan belanjawan perlu disertai pemantauan terhadap keberkesanan setiap program supaya wang awam digunakan kepada inisiatif yang benar-benar memberi manfaat.Tegasnya, kementerian dan agensi pelaksana perlu menerbitkan laporan berkala mengenai kesan program termasuk penempatan kerja, perubahan pendapatan, kemampuan perumahan, kelangsungan perniagaan dan keberkesanan bantuan."Belanjawan 2027 perlu membawa perubahan yang dapat dirasai, kemampuan memenuhi keperluan asas tanpa hutang baharu, ruang membina simpanan, kesejahteraan keluarga dan bantuan ketika tertekan."Anak muda mesti diberi kepercayaan untuk turut menentukan keputusan dan memikul tanggungjawab bersama," katanya. |
|
Belanjawan 2027: Keperluan e-Sukan, belia diharap diberi perhatian - Sinarharian - 6/10 12:35 am IPOH - Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) mengharapkan Belanjawan 2027 dapat menyediakan peruntukan lebih tersusun untuk pembangunan sukan berkenaan yang kini menjadi sebahagian ekosistem ekonomi digital terutama dalam kalangan anak muda.Presidennya, Muhammad Naim Al Amin Saharudin berkata, perkara itu penting sama ada di peringkat akar umbi seterusnya melahirkan atlet berprestasi tinggi selain memberi tumpuan ke arah pembangunan bakat serta latihan profesional.Menurut beliau, usaha ini akan turut membantu Malaysia menarik lebih banyak kejohanan dan acara e-Sukan bertaraf antarabangsa."Kita berharap kerajaan melihat e-Sukan bukan semata-mata sebagai pertandingan atau hiburan, tetapi sebagai satu ekosistem ekonomi digital yang mempunyai rantaian kerjaya yang luas daripada atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan kepada penganjuran acara, produksi, teknologi, pembangunan permainan, kandungan digital dan keusahawanan."Kita juga mahu melihat lebih banyak kerjasama antara kerajaan, industri, institusi pendidikan dan persatuan supaya e-Sukan dapat menjadi salah satu laluan kerjaya sebenar kepada anak muda Malaysia," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Sementara itu Muhammad Naim Al Amin yang juga Presiden Majlis Belia Negeri Perak turut mengharapkan Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan nanti membawa banyak berita gembira kepada anak muda.Beliau berharap anak muda terus diberikan ruang yang lebih besar bukan sahaja dari sudut bantuan tetapi dari sudut peluang untuk mereka membina masa depan, meningkatkan pendapatan dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan ekonomi negara."Bagi golongan belia, tiga perkara yang saya harapkan diberikan perhatian ialah kos sara hidup, peluang pekerjaan berkualiti dan pembangunan kemahiran."Kita mempunyai ramai anak muda yang berbakat dan berpotensi, tetapi mereka memerlukan akses kepada TVET, teknologi digital, keusahawanan serta pembiayaan yang lebih mudah untuk memulakan kerjaya dan perniagaan," katanya.Dalam masa yang sama, Muhammad Naim Al Amin berharap program pembangunan belia di peringkat akar umbi turut diperkasakan.Jelasnya, sokongan kepada persatuan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti perlu diteruskan kerana pembangunan anak muda bukan hanya berlaku di universiti atau tempat kerja tetapi juga melalui kepimpinan, kesukarelawanan, sukan dan aktiviti kemasyarakatan.Beliau berkata, ukuran kejayaan sesebuah belanjawan untuk anak muda bukan sekadar berapa besar peruntukan yang diumumkan tetapi sejauh mana peruntukan tersebut sampai kepada anak muda.Menurutnya, ia juga bergantung kepada sejauh mana belanjawan tersebut mampu membuka peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta melahirkan generasi yang lebih berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan.Sebelum ini media melaporkan kerajaan menggariskan 10 bidang tumpuan utama Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap dasar, ikhtiar dan peruntukan yang bakal dipertimbangkan.Menurut Kenyataan Prabelanjawan 2027 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada 18 Ogos lalu, Belanjawan Madani kelima itu akan terus berpaksikan tiga tonggak Ekonomi Madani. |
|
Budget 2027: 10 things we already know - Sinardaily - 5/10 10:27 am More targeted subsidies and social protectionThe government has signalled that subsidy and social-assistance policies will continue to be refined using better data and clearer eligibility criteria.The government intends to assess household burdens across areas including food, housing, transport, healthcare, education and childcare, while continuing support through programmes such as Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (Sara) and Budi Madani.10. Jobs, wages and skills remain on the agendaBudget 2027 is also expected to address skills and income through industry-led Technical and Vocational Education and Training (TVET), apprenticeships, reskilling, AI literacy, digital capabilities and lifelong learning.The government has also highlighted higher-value employment and better wages as part of its broader economic agenda.The pre-budget announcements have given Malaysians the opening chapters |
|
Pelajar TVET maut, Proton Saga langgar lari - Kosmo - 4/10 10:16 pm SEREMBAN – Seorang pelajar Kolej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Sebang maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah Proton Saga dalam kejadian langgar lari di Kilometer 9.7 Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah utara, awal pagi tadi |
|
UiTM dicadang wujud Jabatan Kuantum - Ahmad Zahid - Sinarharian - 4/10 7:26 pm SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadang mewujudkan Jabatan Kuantum pada tahun hadapan sebelum berkembang menjadi sebuah fakulti.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan bidang kecerdasan buatan (AI) sememangnya penting, namun kuantum merupakan teknologi bidang baharu berdasarkan dapat teknologi terakhir dan perlu diberi perhatian supaya Malaysia tidak ketinggalan."Saya harap Jabatan Kuantum dapat diwujudkan di UiTM ini yang akhirnya akan membesar menjadi sebuah fakulti. Ini merupakan teknologi baharu yang akan meletakkan negara kita berada di garisan hadapan bersama-sama dengan negara-negara yang lain."Teknologi kuantum juga merupakan teknologi baharu dan Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam perkembangan bidang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas selesai merasmikan Seminar Ilmuan Islam Malaysia di UiTM di sini pada Ahad.Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkata, sebanyak RM500,000 akan disalurkan sebagai modal awal bagi membolehkan UiTM mewujudkan jabatan berkenaan.Tambahnya, potensi bidang berkenaan cukup besar untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti pengajian berkaitan serta melahirkan pakar quantum dalam tempoh kurang daripada satu dekad."Mengenai perkara itu, saya serahkan kepada Tan Sri Kamil nanti untuk menguruskan pengagihannya."Ini sekadar modal permulaan yang akan saya salurkan supaya langkah-langkah penubuhan jabatan tersebut dapat dilaksanakan dengan segera," katanya. |
|
Belanjawan 2027: Cadangan dana AI untuk anak B40, geran naik taraf... - Mygazette - 4/10 7:40 am Katanya, pendidikan mengenai etika AI, berita palsu, privasi, hak cipta dan keselamatan siber juga perlu diterapkan bagi memastikan pelajar tidak hanya celik teknologi, tetapi memahami risiko serta tanggungjawab ketika menggunakan AI. Sivakumar berkata, peluang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dalam bidang AI, automasi, robotik, teknologi hijau dan ekonomi digital juga perlu diperluaskan bagi melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri masa hadapan |
|
INPUMA kongsi dapatan Wacana Awam RMK13 kepada kerajaan - Sinarharian - 3/10 4:15 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya (UM) menganjurkan Persidangan Wacana Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13): Hala Tuju dan Cabaran, di Kuala Lumpur, Selasa ini.Ketua Projek, Profesor Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah berkata, persidangan itu merupakan sebahagian daripada projek yang dilaksanakan sejak setahun lalu bagi mendapatkan perspektif pelbagai pihak berkepentingan mengenai isu semasa ekonomi dan sosial.Menurut beliau, projek berkenaan kini berada diperingkat akhir selepas dilaksanakan di seluruh negara dengan matlamat berkongsi dapatan dan mengenal pasti keperluan yang perlu diberi perhatian bagi memperkasa pelaksanaan rancangan lima tahun itu."Hasil projek ini diharap akan menyediakan input yang amat bernilai untuk dibentangkan kepada kerajaan dalam menyokong pemantapan pelaksanaan RMK13 agar kekal relevan dan responsif terhadap keperluan serta cabaran semasa negara."Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Projek Wacana Awam ini, INPUMA akan menganjurkan Persidangan Wacana Awam RMK13 ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Siti Hajar berkata, program itu menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan antaranya ahli akademik, penyelidik, pengamal industri, perancang strategik dan komuniti bagi berkongsi pandangan berkaitan hala tuju serta pelaksanaan RMK13.Tambah beliau, kerangka kajian Wacana Awam RMK13 empat objektif utama iaitu mengenal pasti isu dan cabaran, menilai impak nasional, menjelaskan wacana dasar, dan mengemukakan input strategik."Kami menggunakan metodologi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) dan sesi libat urus, survei yang disertaikan oleh 3,092 responden dan analisis sentimen media untuk mengumpul data."FGD terakhir yang diadakan baru-baru ini telah memfokus kepada impak konflik di Asia Barat," kata beliau lagi.Ujar beliau, fokus kajian Projek Wacana Awam RMK13 itu adalah menyeluruh dan INPUMA turut berbesar hati untuk berkongsi dapatan dengan Kerajaan.Pada majlis itu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dijadualkan merasmikan persidangan terbabit manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi, Datuk Dr Zunika Mohamed pula menyampaikan ucaptama bertajuk 'Aspirasi Rancangan Ketiga Belas: Reformasi Tata Kelola Awam, Kesejahteraan Rakyat dan Daya Tahan Negara'.Siti Hajar turut membentangkan 'Sintesis Kajian Wacana Awam RMK13' dan rumusan persidangan serta ucapan penutup akan disampaikan oleh Ketua Projek Bersama Wacana Awam RMK13, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi.Lima pembentangan diadakan sepanjang persidangan berkenaan oleh Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Abdul Kahar Abdullah; Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, Dr Azmir Mohd Yunus; Pengarah dan Ketua Pengarang Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Pembangunan Sabah, (IDS), Datuk Dr Ramzah Dambul. |
|
Sarawak cetus inspirasi, Johor perhalusi model pendidikan berteraskan bakat - Mygazette - 2/10 8:14 am Menurutnya, lawatan tersebut bukan sekadar bertujuan melihat pelaksanaan sistem pendidikan di Sarawak, sebaliknya memahami serta mengenal pasti amalan terbaik yang boleh disesuaikan dengan keperluan pendidikan di Johor. "Antara perkara yang menjadi tumpuan kami ialah peningkatan kualiti dan kompetensi guru, kemudahan sekolah, penguasaan Bahasa Inggeris dan STEM, laluan TVET, pembangunan bakat mengikut keperluan industri serta ekosistem penyelidikan dan inovasi," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini |
|
Belanjawan 2027 dijangka cecah RM450 bilion - Sinarharian - 2/10 8:00 am Jika harga minyak jatuh bawah AS$70, bermakna kerajaan terpaksa tarik perbelanjaan," katanya.Beliau turut melihat kemungkinan pelaksanaan GST 2.0 atau cukai karbon pada 2027 sebagai sumber ruang fiskal tambahan yang berpotensi menyumbang RM15 bilion hingga RM20 bilion.Dalam aspek subsidi pula, penjimatan melalui penyasaran subsidi RON95 dan elektrik boleh dialihkan kepada pembangunan.Katanya, penjimatan RM10 bilion daripada langkah itu boleh digunakan untuk tujuan berkenaan.Pada masa sama, jika ekonomi Amerika Syarikat atau Eropah memasuki kemelesetan, kerajaan mungkin perlu menyediakan belanjawan lebih besar sebagai rangsangan bagi melindungi pertumbuhan ekonomi domestik.Dalam usaha berjimat, Aimi Zulhazmi melihat tiga ruang utama iaitu subsidi pukal, perolehan kerajaan dan ketirisan serta geran dan bantuan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)."Subsidi minyak pukal sekitar RM20 bilion boleh dialihkan secara berperingkat kepada mekanisme subsidi bersasar dan bantuan seperti STR. Di sini, kita boleh jimat 30 hingga 40 peratus terus."Bagi perolehan kerajaan, pengauditan, tender terbuka dan penggunaan e-perolehan boleh dipertingkatkan," ujar beliau.PembaziranBeliau menjelaskan, berdasarkan kajian dan penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta Laporan Ketua Audit Negara, terdapat pembaziran sekitar 10 hingga 15 peratus dalam projek, sekali gus membuka ruang penjimatan RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun.Bagi GLC pula, geran operasi wajar dikurangkan untuk syarikat yang sudah matang dan mampu berdiri sendiri, dengan bantuan kerajaan difokuskan kepada pelaburan strategik.Namun, beliau menegaskan penjimatan tidak boleh melibatkan sektor asas."Emolumen guru, doktor dan polis, selain peruntukan kesihatan asas serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tidak wajar disentuh |
|
KTYS perlu tingkat peranan dalam pendidikan akademik, TVET – Hajiji - Mypress - 1/10 6:15 pm KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) mempertingkatkan peranan dalam penyediaan pendidikan akademik dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).… |
|
Titah cadangan Sultan Muhammad V perkasa pendidikan tahfiz akan diperhalusi - Ahmad Zahid - Astroawani - 29/09 7:45 pm Titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berhubung usaha serta cadangan memperkasa pendidikan tahfiz termasuk mengimbangi pendidikan agama, arus perdana sertaPendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) melalui Majlis Tahfiz Negara akan diteliti dan diperhalusi bersama-sama pihak berkaitan. |
|
Putera MIC kemuka 10 tuntutan pendidikan dalam Belanjawan 2027 - Sinarharian - 29/09 5:47 pm KUALA LUMPUR - Putera MIC mengemukakan 10 tuntutan berkaitan pendidikan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Belanjawan 2027, termasuk menangani isu kelaparan mahasiswa, kediaman pelajar, keciciran pendidikan dan kebolehpasaran graduan.Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar berkata, pendidikan perlu kekal sebagai antara keutamaan utama kerajaan kerana pembangunan negara bukan hanya bergantung kepada pembinaan infrastruktur, sebaliknya perlu bermula dengan pembangunan modal insan.Menurutnya, pelaburan pendidikan juga perlu memberi kesan secara langsung terhadap akses pendidikan, kualiti pembelajaran, kebolehpasaran graduan serta peluang anak muda membina kehidupan lebih baik."Antara cadangan utama ialah pelaksanaan Zero Hunger Campus bagi memastikan mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah tidak berdepan masalah makanan ketika mengikuti pengajian."Tidak sepatutnya ada mahasiswa terpaksa memilih antara membeli makanan atau bahan pembelajaran," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Putera MIC turut mencadangkan Student Rental Guarantee Scheme bagi membantu mahasiswa yang tidak mendapat kolej kediaman, melalui skim jaminan sewa atau deposit dengan kerjasama institusi kewangan, kerajaan negeri dan pemilik kediaman.Selain itu, katanya, kerajaan perlu memperkenalkan Second Chance Scholarship untuk belia yang pernah tercicir tetapi mahu kembali menyambung pendidikan melalui TVET, kolej komuniti atau institusi pendidikan tinggi.Bagi memperkukuh bidang sains dan teknologi, Putera MIC mencadangkan STEM Reset 2035 termasuk penubuhan STEM Transformation Fund bagi mentransformasikan makmal sains konvensional kepada Future STEM Labs.Makmal berkenaan dicadangkan dilengkapi teknologi seperti robotik, coding, percetakan 3D, elektronik, Internet benda (IoT), dron, tenaga boleh baharu dan kecerdasan buatan (AI).Dalam masa sama, Putera MIC mencadangkan National Skills Passport, iaitu rekod digital sepanjang hayat yang menggabungkan kelayakan akademik, TVET, microcredentials, sijil profesional, latihan industri dan pengalaman pekerjaan.Shatesh berkata, kerajaan juga wajar menetapkan sasaran sekurang-kurangnya satu AI Lab di setiap sekolah menengah menjelang 2030, dengan keutamaan diberikan kepada sekolah luar bandar serta sekolah yang mempunyai populasi B40 tinggi."AI tidak boleh menjadi teknologi yang hanya boleh diakses oleh mereka yang mempunyai kemampuan ekonomi," katanya.Putera MIC turut mengemukakan Pelan Transformasi SJKT 2035 yang memberi tumpuan kepada pembangunan STEM dan AI, smart classroom, internet berkelajuan tinggi, penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, intervensi numerasi serta literasi dan peningkatan kompetensi guru.Menurutnya, peruntukan pembangunan pendidikan juga perlu diperincikan mengikut kategori sekolah seperti SK, SJK(T) dan SJK(C), bukannya diumumkan secara lump sum bagi memastikan penyaluran peruntukan lebih telus dan bersasar.Dalam isu penguasaan Bahasa Melayu, Putera MIC mencadangkan penghapusan sistem kelas peralihan melalui pelaksanaan BM Bridge Programme yang memberi intervensi lebih awal, khususnya dari Tahun 4 hingga Tahun 6.Cadangan itu termasuk penyediaan guru Bahasa Melayu tambahan, penilaian diagnostik dan kelas intensif selepas waktu persekolahan bagi membantu murid yang memerlukan.Bagi menghubungkan pendidikan dengan pasaran pekerjaan, Putera MIC mencadangkan TVET Apprenticeship Guarantee melalui National High-Skill Apprenticeship Programme bersama industri.Kerajaan disaran menyediakan insentif padanan kepada majikan yang mengambil lepasan TVET dan institusi pengajian tinggi sebagai perantis dalam sektor strategik, selain menyediakan laluan jelas kepada pekerjaan tetap.Putera MIC turut mencadangkan pengenalan Rang Undang-Undang Latihan Industri Berelaun (Paid Internship Act) bagi mewujudkan kerangka lebih jelas terhadap latihan industri berbayar.Shatesh berkata, mahasiswa yang menjalani latihan industri bukan sekadar mendapatkan pengalaman, sebaliknya turut menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran kepada organisasi."Sudah tiba masanya kita membincangkan satu standard nasional yang munasabah supaya latihan industri tidak dilihat sebagai sumber tenaga kerja percuma."Kesemua tuntutan ini membawa satu mesej jelas bahawa Belanjawan 2027 mesti melihat pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang kepada modal insan Malaysia," katanya. |
|
Malaysia perlu 25,000 tenaga kerja sektor rel menjelang 2030 - FMT - 29/09 3:47 pm Kesuma melalui JTM sedang rangka kursus bersesuaian dengan TVET, pastikan angka itu dapat direalisasikan, kata timbalan menteri. |
|
PM Anwar: Anak muda TVET harumkan negara, catat pencapaian terbaik WorldSkills sejak 1995 - Mydateline - 29/09 10:00 am Malaysia berjaya mencatat pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan kejohanan WorldSkills Competition sejak 1995 selepas meraih satu pingat gangsa dan 13 Pingat Kecemerlangan di Shanghai, China |
|
PM Anwar Ucap Tahniah Pencapaian Terbaik Kontinjen Negara Di WSC Shanghai .. - Wrlr - 29/09 8:33 am Anwar berkata pencapaian itu merupakan yang terbaik bagi kontinjen negara dalam pertandingan berkenaan sejak 1995. Tahniah kepada 22 anak muda yang telah menampilkan kehebatan dan kemahiran dalam bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), sekali gus mengharumkan nama negara |
|
Malaysia records best WSC achievement since 1995 Ahmad Maslan - Sinardaily - 28/09 2:31 am That is a success that I think can certainly be appreciated and proud of," he said.Commenting on the target for the 2028 WSC edition in Aichi, Japan, Ahmad emphasised that the national contingent is determined to expand participation to a minimum of 50 per cent or 32 out of 64 contested skills in an effort to pursue the country's first gold medal."First, we want gold medals, silver medals, bronze medals, and the Medal for Excellence. Secondly, we want to increase from just one-third of the fields we participate in, which is 21 out of 64, to a minimum of 50 per cent of the contested skill areas," he said.Ahmad said that consistent participation in the WSC series, from the national level to Asean and Asia, has proven to be a key catalyst for the improvement of the local Technical and Vocational Education and Training (TVET) ecosystem standards.He said that based on previous regional achievements, Malaysia emerged as the Overall Champion at WorldSkills Asean Manila 2025, winning 13 gold medals, before securing the third-best position in Asia at WorldSkills Asia Taipei 2025 with five gold medals.He said the impressive achievements at the international level reflect the strong synergy of various implementing agencies under the auspices of the National TVET Council, including the Ministry of Human Resources (KESUMA), the Ministry of Works (KKR), and the Ministry of Rural Development (KKDW).Ahmad also emphasised that TVET, which now accommodates nearly 500,000 students in 1,398 training institutions across the country, is no longer a second choice but is recognised as a primary career.WSC Shanghai 2026 saw the Malaysian contingent represented by 22 participants competing in 21 skill areas covering various technical sectors under the supervision of the Department of Skills Development and KKR.The championship, which took place from Sept 22 to 27, brought together 1,400 young professionals with top skills from 65 countries and regions, representing 64 skill areas |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |