///
See Also: Shutterstock

Search : Tudm News   Page 1    



Tiga Dron Anka THS Menjadi Aset Terkini TUDM Dengan Kemampuan Terbang Lebih 24 Jam - Amanz - 18/06 9:45 pm

Tiga Dron Anka THS secara rasmi menjadi aset terkini Tentera Udara Diraja Malaysia pada Selasa lalu dengan majlis penyerahan dilakukan di Pangkalan Udara Labuan dihadiri oleh Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Ketiga-tiga dron dipesan oleh TUDM pada 25 Mei 2023 ketika acara pada harga RM 423.8 juta





TUDM bangunkan radar pertahanan, pemantauan udara kawasan strategik - Sinarharian - 18/06 4:14 pm

SUBANG -Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membangunkan radar pertahanan udara dan pemantauan di beberapa kawasan strategik diseluruh negara bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan operasi pasukan keselamatan itu.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, radar pertahanan udara dibangunkan di Bintulu, Sarawak;Bukit Peteri, Terengganu dan Bukit Lunchu, Johor manakala radar pemantauan udara di Pulau Layang-Layangdi Laut China Selatan."Keupayaan ini penting untuk meningkatkan pengesanan awal dan menutup jurang pemantauan ruang udara negarakhususnya di kawasan strategik," katanyaketika berucap pada Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-68di sini pada Khamis.Muhamad Norazlan berkata, pembangunan radar itumerupakan sebahagian daripada langkah pemodenan di bawahfasa pertama Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM2055 (CAP55) bagi memastikan pembangunan keupayaan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan ancaman masa hadapan.Menyentuh mengenai konflik di Asia Barat, beliau berkata, ia memberikan pengajaran sangat besar kepada dunia, termasuk Malaysiauntukterus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam mendepani realiti geostrategik yang semakin kompleks dan tidak menentu.Beliauberkata, gangguan terhadap laluan komunikasi laut di Selat Hormuz bukan sahaja menjejaskan bekalan tenaga dunia, malah turut memberi impak kepada ekonomi global, rantaian bekalan dan kestabilan pasaran antarabangsa, termasuk Malaysia."Realiti ini menuntut kita untuk lebih peka dan bersedia dalam mempertahankan kedaulatan negara, yangmana Malaysia selaku sebuah negara maritim amat bergantung kepada keselamatan laluan komunikasi laut, khususnya di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang menjadi nadi kepada perdagangan dan ekonomi negara," katanya.Terdahulu, Muhamad Norazlan yang tiba di Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi, menerima tabik hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan perbarisan dengan diiringi ketua perbarisan Leftenan Kolonel Mohd Nazree Mansor.Beliau seterusnya menyampaikan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) sertaSijil Kepujian Panglima Tentera Udara kepada 17 penerima dalam majlis yang turut dihadiri bekas-bekas Panglima Tentera Udara.Perbarisan bertemakan "Kuasa Udara, Perisai Negara" itu melibatkan keseluruhan kekuatan 16 pegawai dan 272 anggota lain-lain pangkat yang dibahagikan kepada empat flait merangkumi Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU), Flait Gabungan Wanita dan Flait Gabungan Pelbagai Tred dalam TUDM.- Bernama





Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara SUBANG - Gangguan laluan komunikasi laut di Selat Hormuz menuntut Tentera Diraja Malaysia (TUDM) menjadi lebih peka dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara





Gangguan Laluan Hormuz Tuntut TUDM Lebih Bersedia Pertahan Kedaulatan .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm

# Gangguan Laluan Hormuz Tuntut TUDM Lebih Bersedia Pertahan Kedaulatan Negara Gangguan laluan komunikasi laut di Selat Hormuz menuntut Tentera Diraja Malaysia (TUDM) menjadi lebih peka dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara.





TUDM teliti rancangan ganti pesawat C-130 - Mygazette - 18/06 3:11 pm

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang meneliti rancangan menggantikan pesawat pengangkut C-130H yang sebahagian daripadanya telah berkhidmat hampir lima dekad





Pesawat cecah 50 tahun, TUDM cari ganti C-130 Hercules - Mkini - 18/06 1:15 pm

Muhamad Norazlan berkata faktor peningkatan kos penyelenggaraan dan kelebihan teknologi menjadikan penggantian C-130 satu keperluan.





TUDM rancang ganti pesawat C-130 seiring keperluan operasi - Sinarharian - 18/06 1:08 pm

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang untuk menggantikan pesawat pengangkut C-130 Hercules sedia ada selari dengan peningkatan keperluan operasi dan faktor usia aset berkenaan yang semakin uzur.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, perancangan itu diberi perhatian khusus memandangkan pesawat C-130 Hercules terawal yang diterima TUDM kini mencecah usia 50 tahun, manakala pesawat paling muda berusia 31 tahun.Beliau berkata, faktor peningkatan kos penyelenggaraan pesawat lama dan kelebihan teknologi serta kapasiti beban pada pesawat generasi baharu menjadikan penggantian C-130 satu keperluan, walaupun keupayaan model sedia ada itu telah terbukti."Tugas TUDM akan menjadi lebih besar dan lebih mencabar, justeru kita memerlukan asetyang berkeupayaan untuk melaksanakan tugastersebut," katanya kepada pemberita ketika Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-68 di sini pada Khamis.TUDM ketika ini memiliki 10 pesawat C-130 Hercules yang terdiri daripada beberapa varian.Muhamad Norazlan berkata, TUDM sedang menjalankan kajian bagi penggantian pesawat tempur pelbagai peranan dan penambahan pesawat tempur ringan (LCA) menjelang 2035 kerana aset sedia ada sekarang inidijangka berdepan isu keusangan dan sokongan penyelenggaraan pada masa tersebut.Selain itu, katanya,TUDM belum membuat ketetapan sama ada pesawat generasi 4.5, kelima atau keenam yang akan dipilih kerana perolehan aset baharu perlu mengambil kira Dasar Pertahanan Negara yang bersifat defensif.Sementara itu, Muhamad Norazlan memaklumkan kesiapsiagaan TUDM bagi menerima pesawat tempur ringan FA-50 kini berada pada tahap 90 peratus dengan kemudahan infrastruktur di Pangkalan Udara Kuantan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini.Katanya, enam juruterbang TUDM kini sedang mengikuti latihan penerbangan pesawat FA-50 di Gwangju Airbase, Korea Selatan bersama kumpulan sokongan teknikal dengan dua daripadamereka dijadualkan tamat latihan pada Oktober manakala baki empat lagi pada Disember ini."Apabila mereka balik, sudah boleh mula terbang, kita hanya perlu menubuhkan skuadron dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) mengikut keperluan TUDM," katanya.Muhamad Norazlan berkata, kehadiran FA-50 akan membolehkan TUDM melatih lebih ramai juruterbang secara tempatan sebelum mereka beralih kepada pesawat yang lebih canggih.Kementerian Pertahanan memeterai kontrak dengan Korea Aerospace Industries (KAI) pada 2023 bagi pemerolehan 18 buah pesawat FA-50dengan dua pesawat pertama dijangka diterima oleh pada Oktober ini, manakala selebihnya secara berperingkat





TUDM perkukuhkan keupayaan pengawasan di Pulau Layang-Layang - Sinarharian - 18/06 10:27 am

LABUAN -Keupayaan pengawasan pertahanan negara di Pulau Layang-Layang dekat sini akan terus diperkukuh menerusi pemasangan sistem radar baharu yang dijangka dapat meningkatkan pemantauan ruang udara dan perairan strategik di kawa san berkenaan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penambahan sistem radar itu merupakan antara usaha kerajaan memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan barisan hadapan negara di Laut China Selatan.Menurut beliau, Pulau Layang-Layang kekal sebagai lokasi penting dalam memastikan Maritime Domain Awareness (MDA) negara berada pada tahap optimum melalui keupayaan pengesanan dan pemantauan berterusan."Lawatan kerja ini adalah untuk meninjau keadaan dan kesiapsiagaan stesen ini yang terletak di Pulau Layang-Layang, yang merupakan antara kawasan tuntutan bertindih sebagai sebahagian Kepulauan Spratly.Kawasan ini merupakan kawasan pertindihan tuntutan daripada negara China, Vietnam dan Filipina."Kehadiran ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan soal kedaulatan, keselamatan yang boleh dilakukan di kawasan ini dan secara berterusan," katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Stesen LIMA TLDM di Pulau Layang-Layang pada Selasa.Katanya, kehadiran pasukan keselamatan di kawasan berkenaan penting kerana ia melibatkan tuntutan beberapa negara tersebut."Ini adalah sebagai satu usaha kita menunjukkan bahawa ini adalah kawasan kita, kita akan mempertahankan kawasan ini."Kita dapat lihat pembangunan yang telah kita lakukan di pulau dan terdapat lima stesen di sekelilingnya di mana ia terletak di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya.Menurut Mohamed Khaled lagi, Pulau Layang-Layang turut menjadi lokasi operasi pelbagai aset pemantauan termasuk sistem tanpa pemandu yang membantu pengawasan siang dan malam."Selepas ini kita akan memasang air defenceradar untuk meningkatkan lagi kawalan di kawasan ini."2029 siap





ANKA-S jadi 'mata, telinga' negara di Laut China Selatan - Sinarharian - 18/06 10:11 am

LABUAN - Keupayaan pengawasan dan pertahanan maritim negara diperkukuh apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima tiga aset Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) Medium Altitude Long Endurance (MALE) ANKA-S yang akan dioperasikan oleh No 11 Skuadron di Pangkalan Udara (PU) Labuan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perolehan dan pengoperasian aset berkenaan merupakan satu langkah signifi kan dalam meningkatkan usaha menjaga keselamatan, pertahanan serta kedaulatan negara.Menurut beliau, kerajaan memperoleh tiga unit ANKA-S bernilai RM423.8 juta yang urut merangkumi stesen kawalan darat serta latihan kepada anggota selama dua tahun."Perolehan ANKA-S dan pemulaan operasinya akan dapat meningkatkan lagi usaha-usaha kita dalam menjaga pertahanan, keselamatan dan juga kedaulatan negara





Siti Khadijah ikuti jejak langkah bapa sebagai tentera - Mygazette - 18/06 8:00 am

"Malam sebelum kejadian itu, ada gambar ketika dalam latihan yang dikongsinya," katanya. Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah selama dua hari, iaitu kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu





Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm

KLUANG - Perbualan mengenai latihan membaling grenad yang dikongsi Prebet Siti Khadijah Sungip menerusi aplikasi WhatsApp sehari sebelum kejadian kini menjadi kenangan terakhir yang sukar dilupakan keluarganya.Kakak Allahyarham, Siti Zaiha, 39, berkata adiknya sempat berkongsi sekeping gambar ketika menjalani latihan menembak pada tengah malam 15 Jun dan memaklumkan bahawa latihan membaling grenad akan diteruskan keesokan harinya."Dalam perbualan itu dia beritahu esoknya masih ada latihan dan latihan membaling grenad akan bermula sekitar pukul 8 pagi.Menurut Siti Zaiha, adiknya sebelum itu memaklumkan bahawa dia sedang mengikuti latihan selama lapan hari yang melibatkan pelbagai modul termasuk latihan menembak dan membaling bom tangan."Seperti biasa, arwah aktif berhubung dengan kami dalam kumpulan keluarga. Dia ada berkongsi gambar ketika menjalani latihan malam sebelum kejadian," katanya sambil menahan sebak.Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.Pada pagi hari kejadian, arwah masih sempat menghantar pesanan kepada keluarga dan memaklumkan bahawa dia berada dalam kumpulan terakhir yang dijadualkan menjalani latihan membaling bom tangan."Dia beritahu lokasi latihan dan kami hanya mampu berpesan supaya berhati-hati.Dengar arahan jurulatih dengan teliti dan sentiasa fokus."Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa itu akan menjadi perbualan terakhir kami dengannya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera"Namun kira-kira pukul 1 tengah hari saya menerima panggilan memaklumkan adik saya terlibat dalam kemalangan





Dron Anka-S TUDM siap siaga pantau Laut China Selatan - Mkini - 17/06 10:10 am

Malaysia memperoleh tiga pesawat tanpa pemandu (UAS) bernilai RM423.8 juta itu dari Turki.



Profesionalisme warga TUDM cermin keupayaan pertahanan udara negara, kata TPM - FMT - 1/06 6:40 pm

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata selama 68 tahun penubuhan TUDM terus kekal sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara.



Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari TUDM 2026 Sultan, .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm

# Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari TUDM 2026 KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026 kepada seluruh warga TUDM



Malaysia nyata komitmen perkukuh kerjasama pertahanan antarabangsa di .. - Mygazette - 1/06 3:21 pm

Turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Datuk Seri Malek Razak Sulaiman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Datuk Mohd Yani Daud dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman. Hadir sama, Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS), Laksda Datuk Yusne Mokhtar dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM



68 tahun TUDM mengawal langit negara: Dari ancaman komunis hingga kini - Harapandaily - 1/06 8:30 am

Ketika dunia berdepan landskap keselamatan yang semakin kompleks dan tidak menentu, peranan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai benteng utama pertahanan negara terus menjadi nadi kepada kedaulatan Malaysia



Laporan siasatan tren LRT tergelincir siap dalam 30 hari – Anthony - Mygazette - 29/05 3:57 pm

Ia ditubuhkan untuk menyiasat secara bebas sama ada insiden ini berpunca daripada kecuaian manusia, kerosakan sistem atau kegagalan teknikal," katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian di landasan LRT Chan Sow Lin di sini hari ini. Menurut Anthony, pasukan siasatan itu akan diketuai oleh Ketua Inspektor Kemalangan Udara di Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Brigadier General Tan Chee Kee (TUDM), yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa siasatan kemalangan sebelum ini



Perkasa penggunaan poligraf tangani jenayah, isu integriti - Sinarharian - 23/05 1:36 pm

KUALA LUMPUR Perkongsian kepakaran dan pengalaman antara agensi penguatkuasaan serta organisasi berkaitan mampu meningkatkan kerjasama strategik dalam usaha memerangi jenayah, salah laku dan isu berkaitan integriti.Pendekatan itu menjadi antara fokus Seminar Poligraf Malaysia: Peranan Poligraf dalam Saringan Pekerjaan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini.Timbalan Pengarah Akademik dan Latihan Asas MACA SPRM, Mohd Saud Ayutollah Abdul Manan berkata, seminar tersebut menjadi platform penting bagi meningkatkan pengetahuan serta amalan terbaik dalam bidang poligraf di peringkat nasional."Kerjasama rentas agensi menerusi perkongsian kepakaran dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan integriti organisasi dan pengendalian siasatan melibatkan aspek keselamatan."Perkongsian kepakaran dan pengalaman rentas agensi seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sekali gus meningkatkan kerjasama strategik antara agensi dalam usaha memerangi jenayah, salah laku serta isu berkaitan integriti," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup seminar berkenaan di Dewan Tun Ismail, MACA di sini pada Khamis.Mohd Saud berkata, SPRM berharap Seminar Poligraf Malaysia dapat diteruskan secara berkala dalam skala lebih besar melalui penganjuran penyelidikan, kolokium dan seminar ilmiah.Katanya, usaha itu penting bagi meningkatkan pembangunan kepakaran serta potensi penggunaan teknologi poligraf di Malaysia.Seminar itu disertai seramai 60 peserta terdiri daripada wakil pelbagai agensi penguatkuasaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemain industri teknologi poligraf.Antara organisasi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Turut menyertai seminar itu ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan XSpec Technology



TUDM - Pesawat Hornet mendarat cemas di KKIA kerana masalah enjin - Careta - 21/05 7:42 am

TUDM dalam kenyataan berkata, pesawat terbabit mengalami masalah enjin ketika penerbangan pulang selepas Latihan Tembakan Udara ke Permukaan (Air To Ground) waktu malam di Kota Belud, malam Selasa



Jet pejuang TUDM mendarat cemas di KKIA selepas alami masalah enjin - Sinarharian - 20/05 5:33 pm

KUALA LUMPUR - Sebuah jet pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi, selepas mengalami masalah enjin.Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan hari memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan dalam penerbangan pulang selepas selesai menjalani Latihan Tembakan Udara ke Permukaan waktu malam di Kota Belud, Sabah.Menurut kenyataan itu, juruterbang pesawat telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan prosedur kecemasan sebaik mengesan gangguan pada sistem enjin."Sebagai langkah keselamatan, juruterbang telah membuat keputusan untuk mendarat di KKIA



GSF: 25 Rakyat Malaysia tidak ceroboh, Menteri Luar desak pembebasan .. - Mygazette - 20/05 7:56 am

Mereka tidak menceroboh mereka (berada) jauh di luar (perairan Cyprus). Tetapi mereka dipintas dan banyaklah rakyat negara lain yang turut ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel, katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selasa




Reformasi     >>



N Sembilan chieftains order Friday sermons to pray for .. - Mkini
Letter sent to mufti, but Faudzinaim says matter not within his jurisdiction.
Kroni     >>



Trump akan bom Iran jika tidak patuhi perjanjian damai - Utusan
PARIS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu mengancam untuk mengebom habis-habisan Iran jika negara itu gagal mematuhi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Washington. Trump juga menegaskan beliau bimbang perang berterusan boleh mencetuskan malapetaka ekonomi ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Rep. Czech buntu cari kemenangan .. - Kosmo
ATLANTA, Amerika Syarikat – Republik Czech terlepas peluang untuk mencari kemenangan pertama mereka dalam saingan Kumpulan A Piala Dunia 2026 apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Afrika Selatan di Stadium Atlanta, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Miroslav Koubek terlebih dahulu berada ..
Tech     >>



Did Android 17 eat your Pixel’s widgets? .. - Androidauthority
The work profile-related bug is being investigated.
World     >>



MoUs $300bn Iran reconstruction fund becomes US .. - Aljazeera
Trump says US will not pay for planned fund as part of Iran MoU, as lawmakers connect price tag to affordability issues.
Motor Trend     >>



Buletin Kos Servis Perodua 10% Lagi Murah Mulai 19 Jun .. - Mekanika
Rawang, 18 Jun: Perodua menawarkan pengurangan harga ke atas alat ganti komponen penyelenggaran, termasuk kos buruh sebanyak 10 peratus (tertakluk kepada terma dan syarat) dalam usahanya membantu rakyat Malaysia berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pengurangan harga itu ..