| /// |
|
| Search : Tldm News | Page 1 |
|
Sultan Didenda, Buang Puntung Rokok Merata ??? Semua AJK Eksekutif FAM... - Mgazette - 28/01 7:19 pm # Sultan Didenda, Buang Puntung Rokok Merata Semua AJK Eksekutif FAM Letak Jawatan #MGFlash * Semua AJK Eksekutif FAM Letak Jawatan Serta-Merta * 5 Direman, Ada Hubungkait Kroni Pegawai Kanan TLDM * Harta Alih Jamal Disita, Bayar Penghakiman Tertunggak Kepada Teresa * 3 Ahli Geng Kapten Praba Ditahan Di India, Didakwa Di Malaysia * 2 Disyaki Dalang Ahlong Didakwa Khianat Guna Api * Guru Besar Didenda RM3,500 Kemuka Tuntutan Palsu Projek Keceriaan * Sultan Didenda RM1,000 Buang Puntung Rokok Merata-Rata #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg Kenderaan lama yang terlibat akan dilupuskan menerusi Authorised Automotive Treatment Facility (AATF) iaitu pusat pelupusan berlesen yang memastikan proses pelupusan dilakukan secara sah, profesional serta mematuhi piawaian alam sekitar |
|
Pelantikan kroni TLDM: Pengarah syarikat antara lima yang direman - Mgazette - 28/01 7:19 pm # Pelantikan kroni TLDM: Pengarah syarikat antara lima yang direman KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan ke atas syarikat dipercayai terlibat dalam urusan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malasyia (TLDM) |
|
5 direman bantu siasatan kes rasuah pegawai kanan TLDM - FMT - 28/01 6:44 pm SPRM menahan reman lima individu termasuk pengarah dan pemilik syarikat disyaki terbabit urusan pelantikan syarikat kroni di pangkalan TLDM Lumut. |
|
SPRM tahan lima lagi bantu siasatan rasuah syarikat kroni TLDM - Mkini - 28/01 6:39 pm Mereka yang ditahan adalah pengarah syarikat, pengurus serta pemilik yang dipercayai mempunyai hubungkait dengan syarikat kroni pegawai kanan TLDM. |
|
Lima individu direman kes rasuah pegawai kanan TLDM - Sinarharian - 28/01 5:57 pm PUTRAJAYA Lima individu direman bagi membantu siasatan ke atas beberapa syarikat yang dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan urusan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Mereka terdiri daripada pengarah syarikat, pengurus serta pemilik syarikat.Perintah reman terhadap kesemua individu berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya.Empat individu direman selama tiga hari bermula Selasa, manakala seorang lagi direman tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan.Menurut sumber, semua individu yang direman dipercayai mempunyai hubung kait dengan syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM yang memperoleh kerja-kerja di TLDM Lumut.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkembangan tersebut.Beliau berkata, siasatan dijalankan secara profesional dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan bahawa SPRM telah membekukan tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu, dianggarkan berjumlah kira-kira RM700,000, susulan siasatan ke atas syarikat-syarikat yang dipercayai terlibat dalam kes rasuah berkaitan cadangan dan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM.SPRM menerusi Op Layar yang dijalankan Bahagian Perisikan turut menyita dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM terbabit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2 juta.Media sebelum ini turut melaporkan bahawa dua individu, iaitu seorang pengarah syarikat dan pegawai kanan TLDM berusia lingkungan 40-an dan 50-an, telah direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari bagi membantu siasatan kes tersebut.Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2017 hingga 2020. |
|
Uji sistem jentera, LCS 1 mula belayar hari ini - Sinarharian - 28/01 3:58 pm KUALA LUMPUR - Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) yang pernah menimbulkan kontroversi ekoran terpalit dengan isu penyelewengan dan rasuah beberapa tahun lalu akan memulakan pelayaran atau 'first sea going' pada hari ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelayaran pertama LCS 1 KD Maharajalela itu untuk pengujian sistem jentera, janakuasa, sistem penghawa dingin dan 'propulsion system'.Menurutnya, ia merupakan proses permulaan bagi memastikan Kapal LCS 1 berkeupayaan untuk berlayar di lautan."Persediaan platform dan peralatan juga sedang giat dilaksanakan untuk membolehkan percubaan di laut secara penuh dimulakan pada awal April 2026."Berdasarkan maklum balas oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang dikemukakan kepada pasukan projek, jadual pentauliahan LCS 1 dipinda ke Disember 2026, manakala bagi LCS 2 pada Ogos tahun hadapan."Bagi kapal-kapal berikutnya pula, pentauliahan LCS 3 kekal pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029," katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dalam Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan status prestasi 'sea trial' LCS 1 dan sama ada kapal itu dapat ditauliahkan mengikut jadual seawal Ogos tahun ini.Pada 25 Januari lalu, SPRM mengesahkan dua ketua pegawai eksekutif syarikat yang terlibat dalam projek tersebut ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.Difahamkan, penahanan itu dibuat selepas SPRM berjaya menemui petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam buah kapal LCS yang dilaksanakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).Sebelum ini, SPRM menerima aduan berhubung projek pembinaan enam buah kapal LCS tersebut susulan kegagalan pihak berkenaan untuk menyerahkan kapal tersebut mengikut tempoh ditetapkan.Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, LCS pertama sepatutnya diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada April 2019 dan bayaran sebanyak RM6 bilion juga telah dibuat.Dari segi kos, beliau memberitahu, nilai keseluruhan kontrak Projek LCS adalah sebanyak RM11.2 bilion untuk kelima-lima buah kapal."Perbelanjaan semasa berjumlah RM8.3 bilion atau lebih kurang 74 peratus daripada jumlah keseluruhan."Dalam memastikan ketelusan dan kawal selia yang berterusan, Kementerian Pertahanan telah mewujudkan pelbagai platform pemantauan seperti Project Management Review (PMR), Project Monitoring Committee (PMC) serta Jawatankuasa Teknikal yang bersidang secara berkaladengan penglibatan menyeluruh TLDM sebagai end-user dan pihak LUNAS," katanya. |
|
Penghantaran LCS ditangguh lagi, percubaan laut dipinda ke April - Mkini - 28/01 11:47 am PARLIMEN Menteri Pertahanan memaklumkan bahawa kapal tempur pesisir (LCS) milik TLDM mengalami kelewatan dan hanya akan diserahkan seawal Disember ini. |
|
SPRM sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM, beku 21 akaun bank - Utusan - 27/01 7:31 am PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sebanyak tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM700,000. Menurut sumber, tindakan itu adalah berkaitan siasatan kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) |
|
MACC seizes two hotels in Navy graft probe - Star - 27/01 12:00 am KUALA LUMPUR: Two hotels valued at RM2mil and 21 bank accounts were frozen as investigations intensified into alleged corruption linked to procurement projects involving the Royal Malaysian Navy (TLDM) |
|
Dua hotel milik pegawai TLDM disita, kurang 10km dari pangkalan - Sinarharian - 26/01 4:52 pm SHAH ALAM - Dua buah hotel bernilai RM2 juta yang dikaitkan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak kurang 10 kilometer daripada Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Tinjauan Sinar Harian di beberapa aplikasi carian mendapati, harga penginapan satu malam bagi hotel terbabit kurang daripada RM150.Difahamkan, kedua-dua hotel terbabit merupakan jenis hotel bajet.Berkenaan kes terbabit, sumber memaklumkan SPRM telah pergiatkan siasatan dakwaan rasuah dalam perolehan projek TLDM.Kata sumber, SPRM telah membekukan tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dianggarkan kira-kira RM700,000 susulan siasatan ke atas syarikat-syarikat dipercayai terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM."Siasatan yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM itu turut menyita dua buah hotel dipercayai milik pegawai kanan TLDM tersebut bernilai kira-kira RM2 juta," katanya.Kata sumber lagi, setakat ini SPRM turut membuat semakan ke atas beberapa syarikat dengan Jabatan Akauntan Negara sama ada terdapat tender atau sebut harga oleh syarikat-syarikat berkenaan."Pada masa ini SPRM sedang mengesan aset-aset lain yang dimiliki oleh suspek dan turut mengesan pemilik-pemilik syarikat yang bersekongkol dengan suspek," katanya.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut."Sehingga hari ini (Isnin) SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut," ujarnya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, SPRM telah menahan reman dua individu membabitkan pengarah syarikat dan pegawai kanan TLDM berusia 40 dan 50-an untuk siasatan kes terbabit.Perintah reman selama tujuh hari sehingga 29 Januari itu telah dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak Jumaat lepas.Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2017 sehingga 2020.Sumber dilaporkan berkata, siasatan awal turut mendapati suspek pegawai kanan TLDM terbabit disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga buah rumah kedai dan dua buah hotel yang didaftarkan atas nama beliau.Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. |
|
SPRM beku 21 akaun bank, sita dua hotel milik pegawai TLDM SPRM beku 21 akaun bank, sita dua hotel milik pegawai TLDM - SUN - 26/01 4:05 pm |
|
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM - Mkini - 26/01 1:48 pm Ini termasuk 14 akaun perbankan milik beberapa individu dipercayai terlibat dalam mengesyor dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM |
|
21 Akaun Bank Dibekukan, Dua Hotel Milik Pegawai Kanan TLDM Bernilai RM2 Juta Disita SPRM - Ohmedia - 26/01 10:35 am Aset yang disyaki hasil rasuah. The post 21 Akaun Bank Dibekukan, Dua Hotel Milik Pegawai Kanan TLDM Bernilai RM2 Juta Disita SPRM appeared first on Oh! Media . |
|
SPRM beku 21 akaun bank berkait kes rasuah pegawai TLDM - FMT - 26/01 8:57 am Dua hotel milik pegawai kanan itu yang bernilai kira-kira RM2 juta turut disita. |
|
Rasuah pegawai kanan TLDM sedang dijejak, SPRM beku 21 akaun bank - Harapandaily - 26/01 8:52 am Tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan anggaran nilai kira-kira RM700,000. Tindakan itu diambil susulan siasatan ke atas beberapa syarikat yang dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah bagi mengesyorkan dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) |
|
Kes rasuah pegawai TLDM: SPRM beku 21 akaun bank, sita dua hotel RM2 juta - Sinarharian - 26/01 8:31 am SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dianggarkan kira-kira RM700,000 susulan siasatan ke atas syarikat-syarikat dipercayai terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Menurut sumber, SPRM menerusi Op Layar telah pergiatkan siasatan dakwaan rasuah dalam perolehan projek TLDM.Menurut sumber, siasatan yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM itu turut menyita dua buah hotel milik pegawai kanan TLDM tersebut bernilai kira-kira RM2 juta."Setakat ini SPRM turut membuat semakan ke atas beberapa syarikat dengan Jabatan Akauntan Negara sama ada terdapat tender atau sebut harga oleh syarikat-syarikat berkenaan."Pada masa ini SPRM sedang mengesan aset-aset lain yang dimiliki oleh suspek dan turut mengesan pemilik-pemilik syarikat yang bersekongkol dengan suspek," katanya.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut."Sehingga hari ini SPRM telah merakam percakapan tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut," ujarnya pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM telah menahan reman dua individu membabitkan pengarah syarikat dan pegawai kanan TLDM berusia 40 dan 50-an untuk siasatan kes terbabit.Perintah reman selama tujuh hari hingga 29 Januari itu telah dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Jumaat lepas.Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2017 hingga 2020.Sumber dilaporkan berkata, siasatan awal turut mendapati suspek pegawai kanan TLDM terbabit disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga buah rumah kedai dan dua buah hotel yang didaftarkan atas nama beliau.Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. |
|
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat disyaki terlibat rasuah direman .. - Mgazette - 24/01 8:02 am # Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat disyaki terlibat rasuah direman tujuh hari KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu, seorang pengarah syarikat dan seorang lagi egawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana disyaki terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroninya mendapatkan kerja-kerja di tempat pegawai kanan tersebut bekerja |
|
Disyaki terbabit rasuah, pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman - FMT - 24/01 7:15 am Pegawai kanan TLDM itu disyaki terbabit rasuah dengan mengesyor dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerja di tempat dia bertugas. |
|
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah - Sinarharian - 24/01 12:04 am KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman kerana disyaki terlibat rasuah dengan mengesyor dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerjadi tempat beliau bertugas.Turut ditahan reman,seorang pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dan bersubahat dalam aktiviti rasuah berkenaan.Perintah reman selama tujuh hari hingga 29 Januari terhadap kedua-dua individu berkenaan dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi Jumaat.Sumber memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira 6.50 petang dan 9.40 malam Khamis ketika hadir memberiketerangan di pejabat SPRM Perak, di Ipoh."Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020."Siasatan awal turut mendapati pegawai kanan TLDM itu disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga rumah kedai dan dua hotel yang didaftarkan atas nama beliau," katanya.Sumber juga memaklumkan, siasatan mendapati terdapat kemasukan sejumlah wang dari sumber yang diragui bernilai kira-kira RM2 juta ke dalam akaun peribadi dan dua akaun syarikat perhotelan milik pegawai tersebut.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 |
|
Pegawai kanan TLDM pula direman, disyaki rasuah lantik kroni - Kosmo - 23/01 10:41 pm PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana disyaki terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerja-kerja di tempat pegawai kanan tersebut bekerja |
|
Sabri Zali teruskan saman Chegubard - Sinarharian - 20/01 4:46 pm KUALA LUMPUR Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali akan meneruskan tindakan saman terhadap aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Chegubard di Mahkamah Tinggi di sini.Berdasarkan jemputan kepada pihak media, sidang akhbar berhubung permohonan itu akan dibuat pada jam 11.30 pagi Rabu.Ia berhubung surat tuntutan (LOD) yang gagal menyelesaikan kemelut dihadapi Sabri dan Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin.Pada 2 Januari lalu, Sabri menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.Beliau juga menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak benar, mengelirukan serta berunsur fitnah.Sementara itu, peguamnya, Muhammad Firdaus Jumaluddin berkata, tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak berasas malah turut membabitkan Puspahanas, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhannya.Beliau yang bertindak sebagai jurucakap diberi kuasa berkata, sehingga kini Sabri tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan atau didapati bersalah atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa mahupun salah laku.Beliau berkata, sebarang dokumen yang diperoleh secara tidak sah, dipetik di luar konteks, dipilih secara selektif atau terbuka kepada pengubahsuaian dan manipulasi tidak boleh dianggap sebagai bukti salah laku atau sokongan terhadap sebarang kesalahan.Dalam pada itu, Sabri mengekalkan sepenuhnya semua hak undang-undang beliau, termasuk hak untuk mengambil tindakan sivil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menerbitkan atau mengulang siar kenyataan berunsur fitnah.Menurut beliau lagi, penyebaran tuduhan yang belum disahkan berpotensi mencemarkan reputasi individu, menjejaskan keyakinan awam serta membawa kepada ketidakadilan serius.Sehubungan itu katanya, semua pihak diminta supaya memberi ruang kepada proses undang-undang yang sewajarnya dan menghentikan penyebaran dakwaan tidak berasas atau berniat jahat.Sebelum ini, pada 6 Januari, Badrul Hisham yang juga Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson menggesa supaya Sabri direhatkan sementara daripada tugas bagi memberi laluan kepada siasatan berhubung dakwaan salah laku yang dikaitkan dengannya.Beliau berkata, gesaan itu dibuat bagi memastikan sebarang siasatan dapat dijalankan secara bebas tanpa sebarang persepsi, pengaruh atau gangguan. |
|
SPRM, Maritim bekerjasama perkukuh Op Naga SPRM, Maritim bekerjasama .. - Mgazette - 17/01 7:12 am Katanya, operasi keselamatan maritim ini bertujuan membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilapor dan tidak dikawal (Illegal, Unreported and Unregulated Fishing IUU Fishing), khususnya oleh Vessel Nelayan Asing (VNA) yang menceroboh perairan negara. Op Naga diketuai APMM turut disertai kerjasama pelbagai agensi keselamatan utama termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dan Jabatan Perikanan |
|
SPRM sokong komunikasi strategik perkukuh Op Naga - Sinarharian - 16/01 8:50 pm PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan sokongan kepakaran komunikasi kepada pasukan petugas Op Naga yang diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).Operasi keselamatan maritim itu bermatlamat membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram, tidak dilapor dan tidak dikawal khususnya oleh Vesel Nelayan Asing (VNA) yang menceroboh perairan negara.Pasukan diketuai Maritim Malaysia ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan utama termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perikanan.Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, SPRM melalui BKS telah dijemput bagi memperkukuhkan strategi serta pelaksanaan komunikasi dalam Op Naga."Penglibatan BKS dalam operasi ini amat dihargai."Melalui pengalaman dan kepakaran kami, BKS akan menyokong usaha meningkatkan hebahan mengenai kejayaan operasi selain memperkukuh tahap integriti masyarakat, khususnya komuniti nelayan, dalam mempertahan kedaulatan perairan negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambahnya, usaha yang dilaksanakan Maritim Malaysia ini dilihat sebagai sebahagian daripada agenda pengurusan tadbir urus yang baik, khususnya dalam kawalan keselamatan perairan negara.Op Naga yang dilaksanakan sejak 2019 menunjukkan komitmen menangani isu pencerobohan nelayan asing.Sementara itu, Maritim Malaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, sejak 2019, Op Naga berjaya menahan 628 vesel serta 5,329 kru."Mengikut pecahan tangkapan, warga Vietnam paling ramai ditahan iaitu 469 orang, diikuti Indonesia (112 orang), Thailand (59 orang) dan China (10 orang)."Nilai rampasan pula mencecah ratusan juta ringgit," ujarnya.Jelas Maritim Malaysia, operasi ini membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi sumber perikanan dan mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.Sebelum ini, isu pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam, pernah dibongkar SPRM melalui Op Armada bersama Maritim Malaysia pada 2017.Hasil operasi tersebut membawa kepada pemenjaraan selama tiga tahun dan denda RM1.75 juta terhadap seorang warga Vietnam pada 2019. |
|
Bekas Panglima Tentera Darat mohon bersara awal – Khaled Bekas .. - Mgazette - 12/01 4:09 pm Maka dengan permohonan bersara awal itu, jawatan PAT kini kosong, katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2026 di Wisma Perwira ATM di sini, hari ini. Mohamed Khaled berkata, buat masa ini, jawatan PAT dipangku oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain |
|
Bekas Panglima Tentera Darat hantar surat bersara awal, jawatan PAT .. - Mgazette - 12/01 4:09 pm Maka dengan permohonan bersara awal itu, jawatan PAT kini kosong, katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2026 di Wisma Perwira ATM di sini, hari ini. Mohamed Khaled berkata, buat masa ini, jawatan PAT dipangku oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain |
|
'Rehatkan Presiden PUSPAHANAS, beri laluan siasatan dakwaan salah laku' - Chegubard - Sinarharian - 6/01 3:50 pm KUALA LUMPUR Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali digesa direhatkan sementara daripada tugas bagi memberi laluan kepada siasatan susulan dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan beliau.Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, gesaan itu dibuat bagi memastikan sebarang siasatan dapat dijalankan secara bebas tanpa sebarang persepsi, pengaruh atau gangguan."Langkah merehatkan sementara pegawai kanan berkenaan bukan bertujuan menghukum mana-mana pihak, sebaliknya bagi menjaga integriti institusi pertahanan serta keyakinan rakyat terhadap badan terbabit."Sekiranya ada siasatan yang sedang berjalan atau bakal dijalankan, lebih wajar beliau direhatkan sementara supaya proses itu boleh berjalan secara telus dan bebas,ini bukan soal peribadi, tetapi soal kepercayaan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Dalam pada itu, Badrul Hisham turut mempersoalkan tindakan pegawai berkenaan yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar di premis tentera dengan berpakaian seragam bagi menjawab isu yang disifatkannya sebagai dakwaan bersifat peribadi.Beliau berkata, perkara tersebut sepatutnya ditangani sebagai individu awam tanpa mengheret institusi pertahanan ke dalam polemik berkenaan.Badrul Hisham juga mendakwa memiliki rakaman video yang menunjukkan berlakunya penyalahgunaan kuasa, termasuk penggunaan anggota beruniform bagi melakukan pemeriksaan untuk mengesan kewujudan rakaman video dan audio serta peranti penjejak sistem kedudukan sejagat (GPS) milik seorang wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan pegawai terbabit.Bagaimanapun, katanya, semua dakwaan itu wajar diserahkan dan diselesaikan melalui saluran undang-undang serta tatatertib yang sewajarnya."Matlamat saya adalah untuk memastikan integriti institusi pertahanan tidak terjejas akibat isu peribadi mana-mana individu," katanya.Media sebelum ini melaporkan Sabri menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan menyifatkannya sebagai tidak benar, mengelirukan serta berunsur fitnah serius.Peguamnya, Muhammad Firdaus Jumaluddin yang bertindak sebagai jurucakap diberi kuasa berkata, tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak berasas malah turut membabitkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhannya.Menurut beliau, sehingga kini Sabri tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dan tidak pernah didapati bersalah atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau salah laku oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa.Beliau berkata, sebarang dokumen yang diperoleh secara tidak sah, dipetik di luar konteks, dipilih secara selektif atau terbuka kepada pengubahsuaian dan manipulasi tidak boleh dianggap sebagai bukti salah laku atau sokongan terhadap sebarang kesalahan.Dalam pada itu, Sabri mengekalkan sepenuhnya semua hak undang-undang beliau, termasuk hak untuk mengambil tindakan sivil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menerbitkan atau mengulang siar kenyataan berunsur fitnah.Menurut beliau lagi, penyebaran tuduhan yang belum disahkan berpotensi mencemarkan reputasi individu, menjejaskan keyakinan awam serta membawa kepada ketidakadilan serius.Sehubungan itu katanya, semua pihak diminta supaya memberi ruang kepada proses undang-undang yang sewajarnya dan menghentikan penyebaran dakwaan tidak berasas atau berniat jahat |
|
'Hubungan saya hanya kawan, kenalan golf' - Sinarharian - 5/01 10:15 pm SHAH ALAM - Seorang wanita yang didakwa dikaitkan dengan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkait isu integriti dan urusan peribadi, tampil menafikan perkara itu.Dasyarina Sarilah Daud berkata, penjelasan itu dibuat secara sukarela bagi membersihkan nama, keluarga dan syarikatnya."Saya ingin menjelaskan bahawa hubungan saya dengan Datuk hanyalah kawan dan kenalan golf, tiada kena mengena dengan status peribadi saya."Saya juga tidak pernah mendapat sebarang projek kerajaan, apatah lagi dari pihak MINDEF (Kementerian Pertahanan) dan kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Jelas Dasyarina, berhubung perkara yang tular berkenaan dirinya, dia menafikan segala tohmahan dan tuduhan."Saya dalam proses ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap bahan-bahan yang ditularkan kerana perkara itu tidak benar," ujarnya.Sabri pada 2 Januari turut membuat sidang media, menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan menyifatkannya sebagai tidak benar, mengelirukan serta berunsur fitnah serius.Penafian itu dibuat susulan dakwaan yang tersebar di media sosial, yang turut mengheret nama institusi pertahanan negara.Peguam beliau, Muhammad Firdaus Jumaluddin yang bertindak sebagai jurucakap diberi kuasa berkata, tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak berasas malah berpotensi mencemar reputasi Puspahanas, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhan.Menurut beliau, sehingga kini Sabri tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dan tidak pernah didapati bersalah atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau salah laku oleh mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa.Sabri juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang menerbitkan atau mengulang siar kenyataan berunsur fitnah terhadap beliau.Beliau juga telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan dan beberapa lagi laporan susulan akan dikemukakan.Pada Disember tahun lalu, aktivis politik Badrul Hisham Shaharin, atau Chegubard, mendakwa Sabri terlibat dalam kesalahan berkaitan rasuah dengan mendedahkan satu set dokumen yang dikatakan merangkumi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang didakwa diterima oleh pertubuhan Pembela Tanah Air (Peta) pada Mei 2024.Dakwaan itu turut memetik nama Dasyarina dengan dakwaan hubungan peribadi. |
|
Pegawai TLDM terlibat nahas Super Lynx dibenarkan pulang - Mgazette - 4/01 4:29 pm # Pegawai TLDM terlibat nahas Super Lynx dibenarkan pulang MELAKA Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas terlibat nahas helikopter Super Lynx di perairan Pantai Klebang, Rabu lalu sudah dibenarkan pulang, semalam |
|
Insiden helikopter: Pegawai TLDM dibenar keluar hospital - Sinarharian - 4/01 2:38 pm MELAKA - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang telah dibenarkan keluar dari Hospital Melaka, semalam.Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz sebelum itu dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa pada Jumaat lepas."Beliau kemudian dibenarkan keluar daripada hospital kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Media sebelum ini melaporkan Afiq Muzani berada di bawah pemantauan rapi pakar perubatan selepas mengalami komplikasi paru-paru.Dalam kejadian pada Rabu lepas, sebuah helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).Kejadian yang berlaku pada 10.50 malam itu melibatkan empat kru udara, namun kesemua mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut |
|
Tuduhan rasuah Chegubard, pegawai kanan TLDM ambil tindakan undang-undang - FMT - 2/01 4:43 pm Peguam mewakili Laksamana Madya Sabri Zali berkata tuduhan Badrul Hisham Shaharin itu tidak benar, mengelirukan dan berunsur fitnah. |
|
Sabri nafi tuduhan Chegubard, sifatkan dakwaan serius libatkan Puspahanas, .. - Mgazette - 2/01 3:34 pm Penafian itu dibuat susulan dakwaan Chegubard yang mengaitkan nama Sabri dengan isu salah guna kuasa dan rasuah termasuk pendedahan beberapa dokumen yang didakwa berkaitan siasatan pihak berkuasa. Tuduhan tersebut sekali gus mengheret nama Puspahanas, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) |
|
Dua kru Helikopter Super Lynx TLDM dipindahkan ke Lumut - Mgazette - 2/01 3:34 pm # Dua kru Helikopter Super Lynx TLDM dipindahkan ke Lumut MELAKA Kru helikopter Super Lynx Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam insiden pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, malam Rabu lalu masih menerima rawatan di Hospital Melaka sebelum dipindahkan ke Lumut hari ini |
|
Bintara Kanan Mohamad Zulfika dipindahkan ke Lumut petang ini - Utusan - 2/01 3:16 pm MELAKA: Salah seorang kru helikopter Super Lynx Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bintara Kanan Juruteknik Marin, Mohamad Zulfika Mohiddi dipindahkan ke 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut, Perak hari ini |
|
Kru helikopter Super Lynx dipindahkan ke 96 HAT Lumut - Sinarharian - 2/01 11:09 am MELAKA - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam insiden sebuah helikopter melakukan pendaratan cemas di Pantai Klebang di sini, akan dipindahkan ke 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut, Perak, pada Jumaat.Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Bintara Kanan (BK) Technician Marine Srimala (TMS) Mohammad Zullfika Mohiddi ketika ini masih menerima rawatan di Zon Kuning, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka kerana cedera pada pinggang dan betis kanan."Mohammad Zullfika dijangka dipindahkan ke 96 Hospital Angkatan Tentera bagi menerima rawatan lanjut di sana," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.Hee Sem berkata, Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz pula masih di bawah pemantauan rapi pakar perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas mengalami komplikasi paru-paru.Beliau berkata, Afiq Muzani juga akan dipindahkan ke 96 Hospital Angkatan Tentera selepas keadaannya benar-benar stabil.Rabu lepas, sebuah helikopter Super Lynx milik TLDM melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).Dalam kejadian pada jam 10.50 malam itu, empat kru udara berada di dalam pesawat dan kesemua mereka berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut |
|
Helikopter TLDM mendarat cemas, empat kru berjaya diselamatkan - Careta - 1/01 6:56 pm Menurutnya, seramai empat kru udara berada dalam pesawat ketika kejadian dan mereka berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut |
|
Insiden Helikopter: Seorang Pegawai TLDM Dirawat Di Unit Rawatan Rapi - Siakapkeli - 1/01 5:42 pm Insiden Helikopter: Seorang Pegawai TLDM Dirawat Di Unit Rawatan Rapi MELAKA, 1 Jan (Bernama) — Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian sebuah helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang malam tadi, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka |
|
Op Satria: TLDM pantau kapal China di Zon Maritim Malaysia - Utusan - 1/01 5:12 pm PETALING JAYA: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang memantau pergerakan kapal Pengawal Pantai China (CCG) yang dikesan berada di Zon Maritim Malaysia berhampiran Sarawak di Laut China Selatan |
|
Seorang kru helikopter Super Lynx alami masalah paru-paru - Utusan - 1/01 4:56 pm MELAKA: Seorang kru helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam insiden pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang di sini, pada pukul 10.50 malam semalam kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka |
|
Nahas helikopter TLDM: Seorang kru masih dirawat di ICU - Sinarharian - 1/01 4:53 pm MELAKA - Seorang daripada empat anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam insiden helikopter Super Lynx melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang pada Rabu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, seorang anggota lagi berada di zon hijau unit kecemasan manakala dua yang lain telah dibenarkan keluar dari hospital.Menurutnya, hasil laporan daripada pihak hospital mendapati kedua-dua anggota yang masih menerima rawatan kini berada dalam keadaan stabil namun memerlukan pemantauan rapi."Kementerian sedang berusaha mendapatkan kerjasama antara Hospital Melaka dan Hospital Angkatan Tentera di Lumut bagi memindahkan anggota yang dirawat di Unit Kecemasan ke sana sekiranya sesuai."Bagi anggota di ICU pula, walaupun sudah sedar dan stabil, pemantauan rapi masih diperlukan," katanya selepas melawat anggota berkenaan di Hospital Melaka pada Khamis.Mangsa yang dirawat di ICU ialah Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz TLDM, yang berperanan sebagai Pegawai Taktikal Udara (TACCO), manakala kru di zon hijau ialah Bintara Kanan Technician Marine Srimala (Kuarter Master Udara), Mohammad Zullfika Mohiddi.Dua lagi kru yang telah dibenarkan keluar dari hospital ialah Leftenan Komander Muhamad Kamal Abdul Rani TLDM dan Leftenan Mohammad Faiz Razali TLDM, masing-masing berperanan sebagai juruterbang dan pembantu TACCO.Adly berkata, Kementerian Pertahanan akan memberi keutamaan kepada kebajikan anggota terlibat selain memastikan aspek keselamatan diberi perhatian serius.Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan TLDM telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian melibatkan helikopter berkenaan.Beliau turut memaklumkan operasi menyelamat dan membawa keluar aset helikopter berkenaan akan dilaksanakan hari ini bagi tujuan penilaian teknikal lanjut."Kita akan menyelesaikan proses menyelamat aset hari ini dan seterusnya menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.Dalam kejadian sekitar jam 10.50 malam, helikopter yang dinaiki empat kru itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang.TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat berkenaan sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).Kesemua kru helikopter tersebut berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. |
|
Super Lynx TLDM laku pendaratan cemas di Pantai Klebang, 4 kru selamat - Hmetro - 1/01 8:32 am Melaka: Aksi penerbangan yang menjadi tumpuan orang ramai di Pantai Klebang bertukar cemas apabila sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di perairan berkenaan, di sini malam tadi |
|
Helikopter TLDM mendarat cemas, empat kru berjaya diselamatkan Helikopter .. - Mgazette - 1/01 8:13 am # Helikopter TLDM mendarat cemas, empat kru berjaya diselamatkan KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter Super Lynx Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendarat cemas di perairan Pantai Klebang, Melaka dalam kejadian pukul 10.50 malam tadi |
|
Helikopter Super Lynx TLDM buat pendaratan cemas di Pantai Klebang - Sinarharian - 1/01 7:52 am MELAKA - Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlibat dalam insiden pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang di sini pada malam Rabu.TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10.50 malam, ketika pesawat berkenaan sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).Menurut kenyataan itu, seramai empat orang kru udara berada di dalam helikopter itu berjaya diselamatkan."Semua kru telah dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |