///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Syed Muhammad Naquib News   Page 1    





Penyelia Kemas berdepan 16 pertuduhan, kemuka dokumen matan palsu - Mgazette - 10/03 5:32 pm

# Penyelia Kemas berdepan 16 pertuduhan, kemuka dokumen matan palsu SHAH ALAM Seorang penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Hulu Langat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap 16 pertuduhan termasuk lapan pertuduhan pilihan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu antara 2023 hingga 2024





Ahli perniagaan didakwa sogok RM5,000 pegawai JAS - Mgazette - 10/03 5:32 pm

# Ahli perniagaan didakwa sogok RM5,000 pegawai JAS SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana memberi suapan berjumlah RM5,000 kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi kilang pemprosesan sisa elektronik (e-sisa)





Samseng jalanan: Dua pelajar tak serik ditahan polis - Mgazette - 10/03 3:38 pm

# Samseng jalanan: Dua pelajar tak serik ditahan polis MELAKA Tidak sampai dua minggu tragedi kemalangan maut membabitkan tiga pelajar sekolah, dua pelajar tingkatan tiga antara tujuh individu dicekup polis kerana dipercayai berlumba dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Sungai Udang, di sini semalam





Dua wanita antara 8 ahli Geng Adik Labu Besar didakwa - Mgazette - 10/03 3:38 pm

# Dua wanita antara 8 ahli Geng Adik Labu Besar didakwa BUTTERWORTH - Dua wanita antara lapan ahli Geng Adik Labu Besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang pada tahun lalu





Demi penduduk Muar, Syed Saddiq tidak kisah diperlekeh buat kerja sambilan - Mgazette - 10/03 3:38 pm

# Demi penduduk Muar, Syed Saddiq tidak kisah diperlekeh buat kerja sambilan PUTRAJAYA - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak kisah diperlekeh dan ditertawakan ketika melakukan kerja-kerja sambilan demi mendapatkan dana untuk kebajikan penduduk Parlimen Muar





Syed Saddiq, 3 pengundi dibenar rayu keputusan kerajaan hentikan dana .. - Mgazette - 10/03 3:38 pm

# Syed Saddiq, 3 pengundi dibenar rayu keputusan kerajaan hentikan dana Parlimen Muar PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak dalam usaha mengembalikan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan kerajaan yang memberhentikan peruntukan dana RM730,300 kepada Parlimen Muar





Syed Saddiq Tak Kisah Diperlekeh, Kerja Sambilan Raih Sumbangan Bernilai .. - Mgazette - 10/03 3:38 pm

# Syed Saddiq Tak Kisah Diperlekeh, Kerja Sambilan Raih Sumbangan Bernilai RM6 Juta Untuk Warga Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak kisah diperlekeh dan ditertawakan ketika melakukan kerja-kerja sambilan demi meraih dana untuk kebajikan penduduk Parlimen Muar





STR kepada BNM selepas 28 transaksi RM19.3 juta masuk akaun Bersatu - Sinarharian - 10/03 3:24 pm

KUALA LUMPUR - Pengurus Kewangan CIMB Bank, Cawangan Menara CIMB KL Sentral memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) telah dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kemasukan RM19.3 juta ke akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), enam tahun lalu.Lee Hui Nee berkata demikian dalam perbicaraan hari kedua, empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pegawai wanita berusia 58 tahun itu berkata, bank cawangan tersebut mendapati terdapat 28 transaksi wang secara berperingkat mencecah RM19.3 juta, dimasukkan ke akaun semasa CIMB Islamic Bank parti, bermula 24 Ogos 2021 hingga 11 November 2022 lalu.Beliau yang juga saksi pendakwaan kedua berkata, nilai tertinggi diterima akaun parti itu ialah RM2 juta sementara terendah, RM200,000.Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, empat transaksi mencecah RM4 juta didepositkan menerusi cek atas seorang individu dikenali Datuk Azman Yusoff sementara satu transaksi sebanyak RM1 juta daripada syarikat Mamfor Sdn Bhd.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Hui Nee berkata, STR akan dibangkitkan setiap kali pihak bank mengesan isyarat amaran awal atau red flag dengan akaun tersebut.Pendakwaaan: Adakah CIMB keluarkan STR bagi transaksi ini kepada BNM?Hui Nee: STR merupakan maklumat sulit pelanggan, jika ada kemasukan wang yang terlalu tinggi, maka laporan itu akan dikeluarkan.Pendakwaaan: Dalam kes ini, bagi akaun bank Bersatu, adakah STR telah dikeluarkan?Hui Nee: Ya, ada.Pendakwaan: Jadi BNM sudah maklum mengenai perkara itu?Hui Nee: Saya tidak pasti, tugas bank hanya mengemukakan STR kepada BNM, jadi saya tidak tahu tindakan susulan BNM.Berdasarkan pernyataan saksi, beliau berkata, akaun semasa atas nama Bersatu itu didaftarkan sebagai 'pelabur' dan jenis perniagaan disenaraikan sebagai 'parti politik'.Menurutnya, pemohon bagi pembukaan akaun tersebut ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Kamarulzaman Habibur Rahman, Anina Saadudin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Pada 1 Disember 2020, nama pemegang akaun telah ditukar kepada Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Mohamed Salleh Bajuri.Sementara itu, ketika menjawab peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili bekas Perdana Menteri berusia 79 tahun itu turut menyoal mengenai STR.Peguam: Saya cadangkan, jika STR dikemukakan, ia tidak bermakna berlaku kesalahan mengikut undang-undang?Hui Nee: Keputusan muktamad terletak pada BNM.Peguam: Hanya BNM yang boleh menentukan sama ada terdapat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang?Hui Nee: Ya, setuju.Peguam: Jadi, kita tidak sepatutnya membuat kesimpulan bahawa transaksi tersebut menyalahi undang-undang, setuju?Hui Nee: Setuju.Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat pindaan, Ahli Parlimen Pagoh ini didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM225.3 juta.Wang itu didakwa daripada seorang individu iaitu Datuk Azman Yusoff dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika ia dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta antaranya daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara Kuala Lumpur, di sini antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen ini membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Prosiding di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin bersambung Rabu.





Mahkamah Persekutuan benarkan Syed Saddiq, tiga pengundi rayu peruntukan Parlimen Muar - Sinarharian - 10/03 2:57 pm

PUTRAJAYA, - Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi dibenarkan meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka untuk memulakan semakan kehakiman berhubung keputusan kerajaan menghentikan peruntukan disediakan kepada kawasan parlimen itu.Ia susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Collin Lawrence Sequerah, hari ini yang membenarkan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini tidak memihak kepada mereka.Hakim Nordin berkata, Syed Saddiq telah memenuhi syarat minimum di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.Mengikut undang-undang, pihak yang ingin merayu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes sivil perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah Persekutuan.Mahkamah turut membenarkan tiga persoalan undang-undang untuk dihujahkan dalam rayuan substantif.Antara persoalan itu ialah sama ada keputusan menarik balik atau menafikan peruntukan kepada sesuatu kawasan parlimen bagi Ahli Parlimen boleh tertakluk kepada semakan kehakiman atas alasan pelanggaran hak kesamarataan yang dijamin di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan, dan dianggap sebagai melanggar prinsip pengasingan kuasa dan/atau dibuat dengan niat tidak baik (mala fide).Pada 23 April, 2024, Syed Saddiq dan tiga pengundi kawasan Parlimen Muar, Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah dan Muhamad Fadzly Bisri, yang memfailkan permohonan itu telah menamakan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan memberhentikan penyaluran RM500,000 daripada jumlah RM1.7 juta yang sepatutnya dimasukkan terus ke akaun bank Pusat Khidmat Parlimen Muar bagi program kesejahteraan masyarakat, kebajikan dan bantuan bencana.Selain itu, mereka memohon mahkamah mengembalikan semula akses Syed Saddiq kepada sistem myKHAS, yang menguruskan dana pembangunan RM2 juta bagi kawasan itu, serta keputusan membatalkan beberapa projek bernilai RM230,300 yang diluluskan melalui sistem itu.Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan kedua-dua responden, yang enggan meluluskan atau memberikan apa-apa peruntukan kepada pemohon pertama sebagai Ahli Parlimen Muar, untuk program di bawah Projek Mesra Rakyat ataupun yang seumpama dengannya bagi tahun 2024.Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan responden telah melanggar hak kesamarataan Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar dan tiga pemohon lain sebagai pengundi kawasan parlimen itu yang terjejas termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.Pada 24 Disember 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Syed Saddiq dan tiga pengundi berkenaan, manakala Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka pada 27 Oktober tahun lepas.Pada prosiding hari ini, peguam Lim Wei Jiet mewakili Syed Saddiq dan tiga pengundi tersebut, manakala Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia





Two women among eight charged in 'Geng Adik Labu Besar' case - Sinardaily - 10/03 12:22 am

BUTTERWORTH - Eight individuals, including two women, appeared in the Sessions Court here today on charges of being members of an organised crime group known as the Geng Adik Labu Besar last year.The eight accused are Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22; Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23; Muhamad Samerin Shahrom, 35; Mohamed Aizat Rosmadi, 28; Aizal Abuk Bakar, 23; Mohammad Zaini Yusoff, 27; Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22; and Muhamad Fitri Abdul Karim, 31.No plea was recorded from any of the accused after the charges were read separately before Judge Roslan Hamid, as the case falls under the jurisdiction of the High Court.They are accused of being members of Geng Adik Labu Besar at a house in Kampung Gajah, Butterworth in Seberang Perai Utara district between March 2025 and Oct 16, 2025.The charges were framed under Section 130V(1) of the Penal Code and, if convicted, they face a maximum sentence of 20 years imprisonment under the same section.The prosecution was led by deputy public prosecutors Suloshani Vijendran and Maryam Jamielah Ab Manaf.Lawyer Manjit Singh Mann represented Nurul Natasha, while the other seven accused were unrepresented.The court did not grant bail, as bail can only be applied for in the High Court, and set May 4 for case mention.Yesterday, Bukit Aman Criminal Investigation Department director Datuk M





Syed Saddiq boleh berhujah di mahkamah berkait peruntukan Parlimen Muar - FMT - 10/03 12:19 am

Mahkamah Persekutuan benar Ahli Parlimen Muar itu rayu keputusan mahkamah rendah halang beliau buat semakan kehakiman.





Syed Saddiq to get day in apex court over withheld constituency funds - FMT - 10/03 11:55 am

Federal Court, in a unanimous decision, grants the Muar MP leave to appeal a lower court ruling that barred his judicial review.





PKNS sumbang RM100,000 bantu bina kompleks asrama anak yatim - Sinarharian - 10/03 11:17 am

KLANG Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyumbang RM100,000 bagi menyokong pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, Klang.Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat PKNS, Sapna Turmidi kepada Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Mazlan Mansor dengan disaksikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Masjid Kampung Raja Uda, di sini.Sumbangan itu adalah sebagai tanda komitmen PKNS dalam memperkasa kemudahan asrama, Sekali gus meningkatkan kualiti prasarana bagi kegunaan anak-anak yatim.Majlis anjuran YIDE itu merupakan siri keempat sepanjang Ramadan tahun ini dalam usaha menyantuni golongan berkenaan.Sementara itu, Mazlan memaklumkan, pihaknya komited memastikan anak-anak yatim bukan sahaja menerima bantuan kewangan, malah turut disokong dari aspek pendidikan, pembangunan sahsiah dan kebajikan jangka panjang."Ini termasuk pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah, Klang yang sedang giat dilaksanakan."Pembangunan kompleks ini telah mencapai progress 86 peratus dan memerlukan baki dana sebanyak RM3.1 juta





PKNS peruntuk RM273,600 jayakan lapan program Ramadan Kasih - Sinarharian - 10/03 10:55 am

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan sebanyak RM273,600 bagi menjayakan lapan program di bawah inisiatif Ramadan Kasih PKNS pada tahun ini.Inisiatif itu memberi manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat termasuk anak yatim, fakir miskin, warga emas dan orang awam.Peruntukan itu merangkumi sumbangan tunai RM100,000 kepada setiap rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Pengurusan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi, Sabak Bernam dan Kompleks Asrama Anak-Anak Yatim Pulau Indah, Klang bagi menyokong operasi serta pembangunan institusi berkenaan.Selain itu, turut disediakan bantuan pakaian raya dan duit raya kepada 26 anak yatim, barangan keperluan asas dapur kepada 50 keluarga warga emas fakir miskin serta pengagihan 6,000 bekas bubur lambuk percuma kepada orang awam dengan keseluruhan peruntukan RM73,600.Terdahulu, kira-kira 500 warga PKNS berbuka puasa bersama 26 anak yatim dari Pertubuhan Pengurusan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi, Sabak Bernam dalam Program Iftar Ramadan Kasih PKNS di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini pada Jumaat.Mereka turut menerima duit raya RM200 setiap seorang yang disampaikan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas.Pada majlis sama, Persatuan Pegawai Kanan (SOA) PKNS yang diwakili presidennya, Wan Zuraimy Che Wan Zaid turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada rumah kebajikan berkenaan.Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Kepimpinan Rabbani Mengemudi Cabaran Semasa, Tegas Pada Prinsip dan Pemurah Pada Bersedekah' yang disampaikan penceramah bebas,Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin.Selain itu, solat Isyak dan Tarawih berjemaah diadakan di Aneka Walk yang diimamkan Ustaz Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin.Pelbagai inisiatif kebajikan sepanjang Ramadan bukan sahaja bertujuan membantu golongan memerlukan, malah menyemai nilai keprihatinan, persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.Inisiatif Ramadan Kasih PKNS yang dianjurkan sejak 2023 itu turut mencerminkan komitmen berterusan agensi kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat khususnya di Selangor.Sementara itu, Izham ketika ditemui berkata, kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menganjurkan program kebajikan termasuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan bagi membantu golongan memerlukan.Katanya, usaha seperti itu selaras dengan tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya berkongsi rezeki selain menyantuni anak yatim, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan.Beliau turut memuji inisiatif PKNS bagi membantu golongan memerlukan melalui pelbagai bentuk sumbangan."Menjamu orang berbuka puasa ini pahalanya sangat besar





Kakitangan bank, pelajar antara 8 'Geng Adik Labu Besar' didakwa terlibat kumpulan penjenayah - Sinarharian - 10/03 10:52 am

BUTTERWORTH - Seorang kakitangan bank dan pelajar antara lapan individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini di atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang pada tahun lalu.Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22, Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23, Muhamad Samerin Shahrom, 35, Mohamed Aizat Rosmadi, 28, Aizal Abuk Bakar, 23, Mohammad Zaini Yusoff, 27, Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22 dan MuhamadFitri Abdul Karim, 31,mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid, pada Selasa.Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Adik Labu Besar' antara Mac hingga 16 Oktober 2025.Mereka masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah apartmen Vista Perdana di Jalan Kampung Gajah, Kampung Gajah di sini.Oleh demikian, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, V Suloshani dan Maryam Jamielah Ab Manaf.Peguam Manjit Singh Mann mewakili Nurul Natasha manakala tujuh tertuduh tidak diwakili peguam.Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mana-mana tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Tiada jaminan ditawarkan Suloshani terhadap kesemua tertuduh berikutan kes melibatkan keselamatan awam.Manjit bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan satu jaminan terhadap anak guamnya.Roslan kemudiannya tidak membenarkan jaminan bagi kesemua tertuduh kerana permohonan jaminan hanya boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi."Berkenaan jaminan, mahkamah tidak boleh membenarkannya."Jika ada permohonan (jaminan), boleh dibuat di Mahkamah Tinggi nanti," katanya.Kes ditangguh hingga 4 Mei untuk sebutan semula serta serahan dokumen.Sebelum ini media melaporkan, lapan ahli kumpulan jenayah pecah rumah yang aktif melakukan sekurang-kurangnya 42 kes dengan kerugian hampir RM1 juta berjaya dilumpuhkan polis menerusi operasi khas yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang dalam operasi khas pada 15 Februari lalu.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi khas dinamakan Ops Shadow itu membabitkan satu kumpulan penjenayah yang aktif melakukan kesalahan jenayah harta benda khususnya kes pecah rumah di sekitar Pulau Pinang.Kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak 2024 sehingga Oktober 2025.Semua tangkapan mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk rompak berkumpulan, pecah rumah, curi dalam bangunan, curi kenderaan, mendatangkan kecederaan, khianat, memiliki serta melupuskan barangan curi selain aktiviti penagihan dadah.





Geng Lobo aktif curi kabel TM tumpas - Mgazette - 10/03 7:52 am

ALOR SETAR - Polis berjaya menumpaskan Geng Loboyang disyaki aktif mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di beberapa negeri sejak pertengahan tahun lepas dengan penahanan lima lelaki di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 9 Feb





Syed Hasan letak jawatan Presiden Perkasa - Mgazette - 10/03 7:51 am

KUALA LUMPUR - Syed Hasan Syed Ali mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkuat kuasa 1 April ini





Environment Bill: Sabah, Sarawak ready to assume powers over scheduled waste, says Syed Ibrahim - BorneoPost - 9/03 5:25 pm

KUALA LUMPUR (March 9): Engagement sessions and discussions held by the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability found that Sabah and Sarawak are ready to be granted legislative powers in the management of scheduled waste through the Environmental Quality (Amendment) Bill 2026, the Dewan Negara was told today





Nations leaders gather as Anwar joins funeral prayers for Royal Professor Syed Muhammad Naquib alAttas - Malaymail - 9/03 4:15 pm

KUALA LUMPUR, March 9 Datuk Seri Anwar Ibrahim today paid his last respects and joined hundreds of mourners in p...





Royal Professor Syed Muhammad Naquib alAttas laid to rest in Bukit Kiara - Malaymail - 9/03 4:01 pm

KUALA LUMPUR, March 9 Royal Professor Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, who passed away yesterday evenin...





Kebakaran bangunan strata tinggi, PPR semakin meningkat – Hannah Yeoh - Mgazette - 9/03 3:17 pm

# Kebakaran bangunan strata tinggi, PPR semakin meningkat - Hannah Yeoh KUALA LUMPUR - Jumlah kejadian kebakaran di bangunan strata tinggi termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR) menunjukkan peningkatan yang membimbangkan





Warga Tanzania telan 101 kapsul dadah ditahan - Mgazette - 9/03 3:17 pm

KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki warga Tanzania menyeludup masuk dadah ke negara ini terbongkar selepas ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Januari lalu





Anwar bimbang penglibatan remaja sekolah dalam aktiviti pengganas - Mgazette - 9/03 3:17 pm

# Anwar bimbang penglibatan remaja sekolah dalam aktiviti pengganas PUTRAJAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap penglibatan remaja sekolah dalam aktiviti berkaitan kumpulan pengganas di negara ini selepas enam individu termasuk tiga pelajar bawah umur ditahan dalam operasi khas polis baru-baru ini





Royal Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas laid to rest - SUN - 9/03 2:43 pm

Islamic scholar and thinker Royal Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas was buried in Kuala Lumpur, attended by royalty and the Prime Minister





Jenazah Syed Muhammad Naquib selamat dikebumikan - Sinarharian - 9/03 2:09 pm

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia pada Ahad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini jam 12.30 tengah hari, Isnin.Van membawa jenazah tokoh ilmuwan dan pemikir peradaban Islam kontemporari berusia 94 tahun itu tiba di perkarangan tanah perkuburan jam 12 tengah hari.Jenazah kemudian selamat dikebumikan jam 12.30 tengah hari.Turut berkenan berangkat ke pengebumian berkenaan bersama kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini yang turut disertai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Solat jenazah yang turut disertai beberapa Menteri Kabinet, ahli keluarga, rakan serta penduduk setempat itu diimamkan oleh anak Allahyarham Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.Syed Muhammad Naquib, pengasas dan pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) meninggal dunia pada 6.47 petang pada Ahad





Pemergian Syed Muhammad Naquib kehilangan besar negara - Pas - Sinarharian - 9/03 1:44 pm

SHAH ALAM - Pemergian tokoh pemikir dan intelektual ulung, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada Ahad disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia keilmuan ummah di negara ini.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, peranan utama Allahyarham sebagai pengasas pembangunan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) adalah legasi kekal terhadap keilmuan serta penyelidikan."Almarhum merupakan antara pemikir ulung Islam pada masa kini melalui sumbangan keilmuannya tentang konsep adab, pengislaman ilmu dan warisan intelektual dunia Melayu-Islam."Beliau mengingatkan kita bahawa peradaban sejati adalah terbina atas keilmuan yang dipandu dengan hikmah, etika dan keimanan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.Menurut beliau, Pas merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan kepada penuntut yang pernah menimba ilmu daripada tokoh keilmuan Islam itu."Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat keampunan ke atas roh almarhum dan menempatkannya dalam kalangan para solehin, selain menjadikan warisan ilmu yang ditinggalkan beliau ladang ibadah dan sedekah yang tidak putus-putus," katanya..Pada Oktober 2024, Allahyarham yang terkenal dengan sumbangannya dalam bidang falsafah, teologi dan tamadun Islam menerima gelaran Profesor Diraja Pendidikan Islam sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan besarnya kepada pembangunan ilmu serta pendidikan.Dilahirkan pada 5 September 1931 di Bogor, Indonesia, Allahyarham berkahwin dengan Latifah Abdullah dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Sharifah Faizah Al-Attas, Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, Sharifah Shifa Al-Attas dan Syed Haidar Al-Attas.Selain ISTAC, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat Terhormat di Pusat Kajian Lanjutan Mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2012.Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat bagi beberapa institusi akademik antarabangsa termasuk Siri Terjemahan Islam Al-Hikma di Institut Pengajian Kebudayaan Global, Binghamton University, Universiti Brigham Young serta Akademi Diraja bagi Penyelidikan Tamadun Islam, Ensiklopedia Tamadun Arab Islam, Amman, Jordan.





Malaysians Mourn The Death Of Islamic Philosopher Syed Muhammad Naquib - Therakyatpost - 9/03 1:17 pm

The renowned Islamic scholar leaves a lasting legacy of authored works, institutions and educational reforms.





857,814 Sarawakians to begin receiving SKAS from March 10 - BorneoPost - 9/03 1:15 pm

KUCHING (March 9): A total of 857,814 eligible individuals will begin receiving the Sarawak Basic Needs Assistance (SKAS) from March 10





'Tak sangka kata-kata anak petanda dia pergi selamanya' - Sinarharian - 9/03 12:47 am

REMBAU "Saya ingatkan arwah bergurau bila kata tidak akan kembali lagi, tetapi rupanya dia benar-benar pergi buat selama-lamanya."Demikian luahan Norasiyah Raduan, 41, ibu kepada Muhammad Dafi Asyraff Kharul Asry, 12, yang ditemukan meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh ke dalam loji rawatan kumbahan di Taman Widuri Indah di sini pada Ahad.Menurutnya, arwah memberitahu demikian ketika dia pulang ke rumah secara tiba-tiba selepas keluar kira-kira setengah jam."Lebih kurang dekat jam 12 tengah hari dia beritahu nak keluar bermain."Tetapi beberapa minit selepas itu, arwah tiba-tiba balik ke rumah dan apabila saya tanya kenapa, dia kata nak ambil barang dan tidak akan kembali lagi," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau di sini pada Isnin.Bagaimanapun, ujarnya, dia tidak mengambil serius kenyataan tersebut sehinggalah sekitar jam 2 petang apabila dua anaknya yang berusia 10 tahun pulang memberitahu bahawa abang mereka sudah tiada kerana terjatuh ke dalam kolam.Kata Norasiyah, dia menangis bagaikan orang gila apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu dan segera meminta bantuan jiran untuk menghubungi bomba serta menghantarnya ke lokasi kejadian."Saya tak sangka rupa-rupanya anak-anak pergi ke kolam itu untuk memancing, biasanya mereka keluar dekat saja."Memang tiga hari lalu dia dah beritahu nak pergi memancing supaya senang saya nak memasak





2 mengaku tak salah cederakan polis - FMT - 9/03 12:35 am

Muhammad Syarif Zawahid dan Muhammad Syafiq Farhan Mohd Norizam didakwa melakukan perbuatan itu pada 2 Mac lalu.





Penganggur, pembantu mekanik tak mengaku cederakan anggota polis - Sinarharian - 9/03 12:14 am

KUANTAN Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis ketika menjalankan tugas awal bulan ini.Tertuduh, Muhammad Syarif Zawahid dan Muhammad Syafiq Farhan Mohd Norizam masing-masing berusia 21 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mangsa menjalankan tugas.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan KuantanSungai Lembing, berhadapan simpang Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini, kira-kira jam 9 malam pada 2 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nabilla Huda Jasmani menawarkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Syafiq Syeba Atan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan."Tertuduh pertama tidak bekerja dan ditanggung ibunya yang merupakan ibu tunggal serta bekerja sebagai pembantu klinik dengan pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan, selain turut menanggung dua adik yang lain."Bagi tertuduh dua pula bekerja sebagai pembantu mekanik dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan, masih bujang dan membantu menyara ibu bapanya.Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah menetapkan jaminan yang lebih rendah memandangkan jumlah jaminan yang tinggi sukar dipenuhi oleh ahli keluarga kedua-dua tertuduh.Mahkamah Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 20 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Terdahulu, di Mahkamah Khas Trafik di sini, Muhammad Syarif turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di jalan awam.Pengakuan itu direkodkan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal di hadapan simpang Masjid Tengku Ampuan Afzan dengan cara yang membahayakan orang awam, pada kira-kira jam 9 malam, 2 Mac lalu.Dia didakwa melakukan aksi menunggang secara melulu termasuk melanggar lampu isyarat merah serta memotong secara zig-zag di jalan tersebut.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.Hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tempoh kurang lima tahun dari tarikh sabitan dan jika sabitan kedua dan seterusnya hilang kelayakan selama 10 tahun manakala jika memiliki lesen percubaan, lesen akan dibatalkan oleh mahkamah.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa PDRM, Inspektor Noraini Mohd Nor manakala tertuduh diwakili peguam YBGK, Farah Atiqah Asruddin.Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 15 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.





ABIM saran Syed Muhammad Naquib diberi pengiktirafan nasional - Sinarharian - 9/03 11:54 am

SHAH ALAM - Kerajaan disaran memberi pengiktirafan nasional terhadap jasa dan sumbangan tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia pada Ahad.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, antara pengiktirafan itu termasuk pertimbangan mengangkat Allahyarham sebagai Tokoh Peradaban Negara atau melalui inisiatif lain yang setara dengan legasi keilmuan beliau."Pengiktirafan sedemikian bukan sekadar mengenang seorang sarjana besar, tetapi merupakan penghargaan terhadap tradisi keilmuan yang menjadi asas kepada pembinaan tamadun bangsa."ABIM berpandangan bahawa sumbangan Profesor Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas kepada pembangunan pemikiran Islam, pendidikan serta peradaban Melayu-Islam adalah terlalu besar untuk dikenang sekadar dalam ruang akademik semata-mata."Beliau merupakan antara sarjana yang telah mengangkat nama Malaysia dalam wacana keilmuan dunia serta memberikan sumbangan besar kepada pembinaan kerangka pemikiran yang memartabatkan Islam sebagai asas peradaban bangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Pada Oktober 2024, Allahyarham dikurniakan gelaran Profesor Diraja atas sumbangannya terhadap negara dalam bidang pendidikan Islam oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Gelaran Profesor Diraja ialah anugerah tertinggi yang dikurniakan kepada seseorang profesor oleh Yang di-Pertuan Agong kepada ahli akademik yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan kemajuan negara.Ujar Ahmad Fahmi, Allahyarham merupakan tokoh sarjana yang berusaha memperkasa martabat tradisi ilmu Islam ketika dunia berhadapan dengan krisis identiti, sekularisasi pemikiran dan kekeliruan konsep ilmu.Menurutnya, gagasan Allahyarham mengenai Islamisasi ilmu, konsep tadib dalam pendidikan dan analisis krisis kehilangan adab juga membuka ruang baharu dalam kebangkitan intelektual."Ia menegaskan bahawa pemulihan tamadun Islam mesti bermula dengan pemulihan pandangan alam, disiplin ilmu serta pembinaan insan beradab."Melalui karya, institusi serta generasi murid yang dibimbingnya, termasuk peranan penting beliau dalam perkembangan awal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta penubuhan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Allahyarham telah meletakkan asas penting kepada satu tradisi keilmuan yang menggabungkan ketelitian ilmiah, kedalaman spiritual serta kesedaran peradaban," ujarnya.Kata Ahmad Fahmi, selain sumbangan pemikiran, Allahyarham turut mempunyai hubungan dekat dengan sejarah awal penubuhan ABIM sendiri."Beliau merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mereka bentuk logo ABIM yang kekal menjadi lambang perjuangan gerakan ini sehingga hari ini."Di samping itu, beliau juga mencetuskan idea penerbitan serta penamaan Risalah ABIM, yang menjadi wahana penting penyebaran pemikiran dan wacana dakwah pada peringkat awal gerakan," katanya.





Muhyiddin hadir hari pertama perbicaraan kes Jana Wibawa - Mgazette - 9/03 11:19 am

# Muhyiddin hadir hari pertama perbicaraan kes Jana Wibawa KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Tinggi di sini kira-kira jam 8.40 pagi bagi menghadiri hari pertama perbicaraan kes membabitkan pertuduhan salah guna kedudukan serta pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa





Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah pemergian Syed Muhammad .. - Mgazette - 9/03 11:19 am

# Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah pemergian Syed Muhammad Naquib KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Prof Diraja Terpuji Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia petang semalam





Subsidi FlySiswa diperluas, 50,000 pelajar bakal nikmati bantuan tiket .. - Mgazette - 9/03 11:19 am

# Subsidi FlySiswa diperluas, 50,000 pelajar bakal nikmati bantuan tiket RM400 PUTRAJAYA Kerajaan meluluskan perluasan bantuan subsidi tiket penerbangan FlySiswa bernilai RM400 bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 pelajar pada tahun iniberbanding 44,000 pelajar tahun lalu





Penjual rokok haram serang penguat kuasa melampau – Zulkarnain - Mgazette - 9/03 11:19 am

# Penjual rokok haram serang penguat kuasa melampau - Zulkarnain KUALA LUMPUR - Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mengecam sekeras-kerasnya tindakan penjual rokok haram dipercayai menyerang seorang pegawai penguat kuasa di sekitar Pasar Batu 8, Sibuga Jaya, Sandakan, pada Sabtu lalu





PM zahir ucapan takziah atas pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas - Mgazette - 9/03 11:19 am

# PM zahir ucapan takziah atas pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh ilmuwan tersohor negara, Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang disifatkannya sebagai antara pemikir teragung pada zaman ini





Dua pengembara asing cuba seludup wang tunai ditahan - Sinarharian - 9/03 11:15 am

SEPANG - Dua pengembara warga asing ditahan secara berasingan disyaki cuba menyeludup wang tunai dalam amaun besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, kes pertama melibatkan penahanan seorang warga Bangladesh di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA Terminal 1 oleh pasukan operasi Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 (CPP 1) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Terminal 1 pada 6 Februari.Menurutnya, pengembara itu telah gagal membuat pengikraran di dalam Borang Kastam 7 ke atas amaun tunai yang hendak dibawa masuk ke Malaysia, dan melanggar Peraturan 55(1)(b) Peraturan Kastam 2019 di mana mengkehendaki pengembara yang ingin membawa masuk amaun tunai dan instrumen boleh niaga bersamaan atau melebihi AS$10,000 (RM39,665) ke Malaysia dikehendaki mengikrarkannya."Pemeriksaan ke atas satu bagasi milik pengembara telah mendapati mata wang asing 1,618 royal Arab Saudi (RM1,709), 157,400 euro (RM720,703) dan 5,000 pound (RM26,385) telah disembunyikan di dalam bagasi miliknya."Dianggarkan nilai sitaan mata wang pelbagai not ini berjumlah RM2.41 juta," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambahnya, lelaki itu membawa masuk mata wang asing itu dengan cara menyembunyikan di dalam kad pelapik lipatan kameja.Dalam kes berasingan pada 10 Februari, pasukan operasi CPP 2 dan AKPS Terminal 2 turut menahan seorang pengembara warga Indonesia di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 kerana disyaki cuba membawa keluar mata wang Ringgit Malaysia tanpa pengisytiharan dan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.Kata Zulkifli, pengembara tersebut tidak membuat pengikraran ke atas amaun tunai yang hendak dibawa keluar dari Malaysia dan melanggar Peraturan 55(1)(b) Peraturan Kastam 2019."Pemeriksaan bagasi milik pengembara tersebut menemukan mata wang Ringgit Malaysia bernilai RM120,100 yang disembunyikan," ujarnya.Jelasnya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 28B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.Tambahnya, JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri."Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," ujarnya.





Sultan Pahang offers condolences on passing of scholar Syed Naquib Al-Attas - SUN - 9/03 9:54 am

Sultan and Tengku Ampuan of Pahang express condolences to family of Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas, honouring his legacy in Islamic scholarship





Syed Muhammad Naquib pemikir teragung zaman ini - PM - Sinarharian - 9/03 9:44 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh pemikir peradaban Islam Prof Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas yang disifatkan beliau sebagai antara pemikir teragung pada zaman ini."Beliau seorang ahli falsafah yang bukan sahaja mempersoalkan apa yang kita ketahui, tetapi juga tujuan sebenar ilmu itu."Menerusi karyanya yang banyak dan berpengaruh termasuk Islam and Secularism serta karya agungnya Prolegomena to the Metaphysics of Islam, beliau mencabar proses sekularisasi ilmu serta menggariskan asas intelektual kepada pandangan Islam





Anwar pays tribute to Syed Muhammad Naquib al-Attas as one of the greatest minds of our age - Malaymail - 9/03 9:20 am

KUALA LUMPUR, March 9 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today expressed deep sadness over the passing of R...





Nation mourns Royal Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas, a defining voice in Islamic scholarship - Malaymail - 9/03 9:09 am

KUALA LUMPUR, March 9 The passing of Royal Professor Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas this evening has b...





Renowned Islamic scholar Royal Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas dies at 94 - Malaymail - 9/03 8:57 am

KUALA LUMPUR, March 9 Prominent Islamic scholar, Royal Professor Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, died...





Tubuhkan Suruhanjaya Keharmonian Nasional bagi perkukuh perpaduan - Mgazette - 9/03 6:04 am

# Tubuhkan Suruhanjaya Keharmonian Nasional bagi perkukuh perpaduan KUALA LUMPUR Pejuang Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional sebagai sebuah badan berkanun bebas bagi melindungi serta memperkukuh keharmonian antara etnik dan agama di negara ini





Prof Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia Prof Diraja Syed .. - Mgazette - 9/03 6:04 am

# Prof Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia KUALA LUMPUR - Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 94 tahun, di sini, jam 6.47 petang tadi





Bas ekspres terbalik, 10 penumpang cedera dan tersepit Bas ekspres .. - Mgazette - 9/03 6:04 am

# Bas ekspres terbalik, 10 penumpang cedera dan tersepit JOHOR BAHRU- Sebuah bas ekspres membawa 10 penumpang terbabas sebelum terbalik di tepi jalan di Kampung Sepakat Baru, Batu 11 susur keluar Plaza Tol Skudai di sini hari ini





Rumah Bangsa diharap jadi gelombang positif untuk UMNO, penyatuan Melayu - Mgazette - 9/03 6:04 am

# Rumah Bangsa diharap jadi gelombang positif untuk UMNO, penyatuan Melayu JOHOR BAHRU - Inisiatif Rumah Bangsa diharap menjadi satu gelombang yang positif untuk UMNO sekali gus diterima baik dalam penyatuan parti selain menjadi perpaduan serta perjuangan orang Melayu





Prominent Islamic scholar Royal Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas dies - Sinardaily - 9/03 5:44 am

KUALA LUMPUR - Prominent Islamic scholar, Royal Professor Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, died at 6.47 pm on March 8.News of the passing of the 94-year-old figure in Islamic civilisation thought was shared by Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan on Facebook.He said the scholars passing was not just the loss of a respected figure, but also a priceless gem of knowledge for the Muslim community."Almarhum was known as a mujaddid, thinker and scholar who rekindled the torch of knowledge and adab in the Islamic world."His thoughts and struggles not only revived intellectual discourse, but also contributed to the establishment of important institutions such as the Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), the Institute of the Malay World and Civilisation (ATMA) and ISTAC (the Institute of the Malay World and Civilisation (ATMA) and ISTAC), he said.Zulkifli said that although the nation mourned the passing of the distinguished thinker, the late scholar had left behind a legacy of knowledge that would continue to educate future generations.It is understood that the funeral prayer for the late scholar will be held at the Al-Taqwa Mosque, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), today, before he is laid to rest at the Bukit Kiara Muslim Cemetery.In October 2024, the Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bestowed the title of Royal Professor on the deceased for his contributions to the country, especially in the field of Islamic education.In October 2024, His Majesty Sultan Ibrahim, the King of Malaysia, conferred the title of Royal Professor on the late scholar in recognition of his contributions to the country, particularly in the field of Islamic education.Royal Professor is the highest and most esteemed professorship in Malaysia, bestowed by the King





Islamic scholar and thinker Syed Naquib Al-Attas dies at 94 - FMT - 9/03 12:11 am

Religious affairs minister Zulkifli Hasan described Syed Naquib as 'a priceless gem of knowledge for the Muslim community'.





Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia - FMT - 9/03 12:05 am

Tokoh ilmuwan dan pemikir peradaban Islam itu meninggal dunia pada usia 94 tahun.





Tokoh pemikir Islam, Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia - Sinarharian - 8/03 11:38 pm

SHAH ALAM - Pofesor Diraja yang juga tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia di sini pada petang Ahad.Perkembangan itu dikongsikan pendakwah bebas, Syed Abdul Kadir Aljoofre yang memaklumkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid al-Taqwa TTDI pagi Isnin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.Beliau berkata, semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosa Allahyarham serta menerima segala amalan dan jasa baktinya kepada ummah.Pada Oktober 2024, Allahyarham dikurniakan gelaran Profesor Diraja atas sumbangannya terhadap negara dalam bidang pendidikan Islam oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Gelaran Profesor Diraja ialah anugerah tertinggi yang dikurniakan kepada seseorang profesor oleh Yang di-Pertuan Agong kepada ahli akademik yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan kemajuan negara.Sebelum ini, satu-satunya tokoh yang pernah menerima gelaran berkenaan ialah Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pada 1978.Allahyarham yang dilahirkan pada 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia turut mengasaskan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) serta memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang mempengaruhi pelbagai cabang ilmu termasuk falsafah, teologi dan pendidikan.Sepanjang kerjaya ilmiahnya, beliau menghasilkan lebih 30 buku dan monograf yang menjadi rujukan penting dalam kajian peradaban dan falsafah Islam.





Kenderaan polis berhenti di kedai mamak waktu siang dikenal pasti - Sinarharian - 8/03 9:04 pm

SUNGAI BULOH Anggota yang terbabit dalam rakaman tular memaparkan sebuah kereta peronda polis (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak di sini pada Khamis lalu telah dikenal pasti.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam kejadian tersebut."Anggota terlibat telah dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dijalankan," katanya ringkas dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan milik polis melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.Rakaman tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai pandangan serta persepsi awam yang rata-ratanya menggesa agar siasatan dijalankan berhubung kejadian berkenaan.





Bekas pengawal peribadi menyamar polis dipenjara enam tahun, dua sebatan - Sinarharian - 8/03 5:22 pm

SUNGAI PETANI - Seorang bekas pengawal peribadi yang menyamar sebagai anggota polis dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah menyamun sebuah motosikal serta menyebabkan kecederaan kepada penunggangnya pada bulan lepas.Mohd Faizal Sinorcho, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Najwa Che Mat di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.Mengikut pertuduhan, lelaki itu menyamun sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki, dan sengaja menyebabkan kecederaan kepada lelaki berkenaan di Jalan Cindai Bandar Puteri Jaya di sini pada 12.45 pagi, 9 Februari lepas.Pendakwaan mengikut Seksyen 392 [Akta 574], yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 14 tahun serta denda atau sebatan.Sementara itu di dua kamar Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh turut dikenakan hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyamar sebagai polis.Di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, dia didakwa menyamar sebagai polis dengan memakai vest berlogo polis dan memegang gari di hadapan seorang wanita di hadapan pintu CMart Cengal di sini, pada 12.45 pagi, 9 Februari lepas.Pertuduhan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, dan bagi kesalahan itu, Mohd Faizal dihukum penjara lima bulan.Di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi pula, dia dituduh menyamar sebagai polis dengan memakai vest berlogo polis dan memperdaya seorang wanita dalam kereta Perodua Viva yang dalam perjalanan dari Gerik, Perak ke Sungai Petani, Kedah antara 5.50 petang hingga 11.30 malam, 8 Februari lepas.Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan dan dihukum penjara dua bulan.Majistret Muhammad Syaiful Akmal turut menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan ke atasnya selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat melakukan perbuatan mencabul kehormatan pada masa, tempat dan tarikh yang sama.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan





Kes rasuah Jana Wibawa: Bicara Muhyiddin bermula esok - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Kes rasuah Jana Wibawa: Bicara Muhyiddin bermula esok KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan projek Jana Wibawa, dijadual bermula di Mahkamah Tinggi di sini esok





Johor lantik 1,948 amil bertauliah bantu urusan kutipan zakat - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Johor lantik 1,948 amil bertauliah bantu urusan kutipan zakat JOHOR BAHRU - Seramai 288 amil harta serta 1,660 amil fitrah bertauliah yang dilantik di negeri ini bagi membantu urusan kutipan zakat secara sah dan teratur





Jual makanan seawal 9 pagi Ramadan, enam peniaga ditahan - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Jual makanan seawal 9 pagi Ramadan, enam peniaga ditahan MELAKA Tindakan enam peniaga mengejar keuntungan dengan menjual makanan kepada pelanggan beragama Islam seawal jam 9 pagi membawa padah apabila diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)





Saya sedang menunggu bila SPRM nak panggil – Rafizi Saya sedang .. - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Saya sedang menunggu bila SPRM nak panggil - Rafizi SUBANG JAYA Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung siasatan Arm Holdings walaupun siasatan itu telah berlangsung lebih sebulan





Dana Parlimen Muar: Syed Saddiq mohon kebenaran merayu Selasa ini - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Dana Parlimen Muar: Syed Saddiq mohon kebenaran merayu Selasa ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa ini bagi mendengar permohonan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak untuk kebenaran merayu tindakan kerajaan memberhentikan peruntukan dana RM730,300 bagi tujuan perbelanjaan kebajikan rakyat Parlimen Muar





Pekerja kilang direman 4 hari bantu siasatan serang Zamri Vinoth Pekerja .. - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Pekerja kilang direman 4 hari bantu siasatan serang Zamri Vinoth BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kilang direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes khianat harta benda dan ugutan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth





Pas P.Pinang gesa penyelesaian isu kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Pas P.Pinang gesa penyelesaian isu kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam BUKIT MERTAJAM - Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri segera mengambil langkah penyelesaian yang tuntas dan seimbang berhubung isu sebuah kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam di sini





Voice370 seru kerajaan teruskan pencarian, buka peluang kepada syarikat .. - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Voice370 seru kerajaan teruskan pencarian, buka peluang kepada syarikat lain KUALA LUMPUR - Voice370 meminta kerajaan memberikan peluang kepada syarikat eksplorasi dasar laut lain yang berkemampuan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 12 tahun lalu di bawah perjanjian_ No Find, No Fee_ (tiada penemuan, tiada bayaran)





Lelaki OKU rentung selepas terperangkap dalam kebakaran - Sinarharian - 8/03 2:48 pm

BACHOK - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 41 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di Kampung Mujur, Jelawat di sini pada Ahad.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Zamizi Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam kira-kira 9.15 pagi."Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah sementara kekal yang melibatkan kemusnahan 90 peratus."Terdapat seorang mangsa lelaki terperangkap





Siri kedua Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon gamat! - Sinarharian - 8/03 10:00 am

KOTA DAMANSARA - Siri kedua Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon yang berlangsung di Bazar Ramadan Seksyen 4, di sini gamat dengan sambutan positif pengunjung.Meskipun pemberian juadah berbuka puasa seperti nasi ayam, nasi ayam kunyit, kebab dan mi goreng berserta air mineral dan pek vitamin dijalankan dalam suasana hujan lebat, ia langsung tidak mematahkan semangat 12 kru Sinar Harian dan lima wakil Redoxon untuk menyantuni pengunjung bazar sepanjang tempoh tiga jam itu.Pengurus Jabatan Komersial, Pemasaran dan Komuniti Sinar Harian, Rosli Ahmad berkata, sambutan yang diterima di lokasi kedua dari empat siri jelajah bazar itu membuktikan bahawa inisiatif mendekati rakyat secara langsung di lapangan cukup berbekas dalam hati penduduk sekitar.Beliau berkata, program yang dibawakan khas bersama rakan strategik, Redoxon selari dengan mesej kempen syarikat tersebut tahun ini iaitu 'Dari Sahur Hingga Iftar, Nutrisi Penuh Makna'."Di setiap lokasi inisiatif Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon, sebanyak 500 pek makanan dibeli terus daripada peniaga bazar setempat sebagai usaha memperkasa ekonomi komuniti."Rata-rata peniaga memang seronok bila kempen sebegini dibuat, secara langsung dan tidak langsung mereka jana lebih pendapatan, ia sebagai persiapan nak menyambut raya."Sebanyak 200 pek iftar diagihkan oleh rider Misi Rakyat ke rumah kebajikan dan petugas barisan hadapan di kawasan ini manakala 300 pek makanan diagihkan buat pengunjung bazar," katanya kepada pemberita pada Isnin.Pengunjung turut diberikan sampel percuma produk Redoxon Triple Action dengan Formula Tindakan Tiga, yang mengandungi vitamin C, vitamin D dan zink membantu menyokong kesihatan menyeluruh untuk tubuh badan.Rosli memaklumkan, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan memenangi hadiah menarik yang disediakan di reruai Redoxon.Ketika ditanya lebih lanjut tentang siri program seterusnya, Rosli berkata, inisiatif Riuh Bazar diteruskan ke Bazar Ramadan Taman Medan pula pada 4 Mac ini."Ini siri ketiga Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon dan yang terakhir bakal menemui pengunjung pada 11 Mac depan di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam pula."Riuh Bazar bukan sekadar acara memeriahkan bulan Ramadan yang mulia ini, tetapi manifestasi komitmen Sinar Harian dan Redoxon dalam membawa suara rakyat lebih dekat."Dalam konteks menyantuni, mendengar dan berkongsi rezeki bersama komuniti sambil menggalakkan masyarakat untuk kekal sihat serta bertenaga sepanjang bulan puasa bersama Redoxon," ujarnya lagi.Reruai Riuh Bazar kali ini mendapat perhatian beberapa figura terkemuka antaranya peguam kotak pensil, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim juga sudi meluangkan masa menyantuni kru Sinar Harian dan Redoxon serta pengunjung bazar berkenaan.REAKSI"Alhamdulillah dengan usaha syarikat korporat beli makanan daripada penjaja kecil seperti kami untuk diagihkan kepada pengunjung, ada rezeki lebih kami beraya tahun ini." - Penjajacucur, Masziah Mohamad Nor."Program seperti ini memang menarik, pemberian makanan kepada penduduk setempat bahkan orang bukan Islam pun dapat




Reformasi     >>



Hamzah says 'no' to Umno, pledges to assist PN - Mkini
Former Bersatu number two remains coy with his future political plans.
Kroni     >>



PM stays mum on Azam Baki contract renewal - Star
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim sidestepped a question on whether Tan Sri Azam Baki would continue as chief commissioner when his contract expires on May 12. Read full story
Tabloid     >>



‘Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas Inspirasi .. - Thevocket
Pemergian Allahyarham Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dan dunia intelektual Islam. Orang... The post ‘Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas Inspirasi Saya Buka Sekolah Islamiah’ Yusuf Cat ..
Tech     >>



OpenAI and Google Workers File Amicus Brief in Support .. - Wired
Google DeepMind chief scientist Jeff Dean is among the AI researchers and engineers rushing to Anthropic's defense.
World     >>



Trump vows Iran war will 'end very soon' - Star
TEHRAN: President Donald Trump said Monday that US military operations in Iran would be ending soon, reassuring markets that have been thrust into chaos by a war still reverberating across the Middle East. Read full story
Motor Trend     >>



Porsche Malaysia Fields Naquib Azlan In 2026 Porsche .. - Piston
Porsche Malaysia has confirmed its participation in the 2026 Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) season, fielding local talent Naquib Azlan in the Pro category under Team Porsche Malaysia. The 26-year-old will compete in the full championship season driving the #17 Porsche 911 GT3 Cup (992.2) race ..