| /// |
|
| Search : Syed News | Page 1 |
|
Pahang dalam proses bantu masyarakat Orang Asli di Bera – Exco - Mygazette - 15/10 7:29 am Perkara itu susulan rayuan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Orang Asli di kedua-dua kampung berkenaan yang membangkitkan isu berhubung bantuan kerajaan negeri khususnya bagi membolehkan mereka mengusahakan tanah dan menjana pendapatan. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri bersedia membantu mengusahakan tanah yang diluluskan namun bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Bera masih tertangguh kerana JAKOA belum menerima senarai nama peserta |
|
Jangan jadikan kemelut N. Sembilan bahan politik, modal raih sokongan ??? .. - Mygazette - 15/10 7:29 am Sembilan bahan politik, modal raih sokongan Raja-Raja Melayu KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu menyeru semua pihak yang terlibat dalam pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan agar mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran dan penghormatan terhadap adab, adat serta maruah institusi diraja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, sebarang perbezaan pendirian hendaklah diselesaikan melalui saluran yang sah, berautoriti dan berwibawa, secara beradab dan beradat dalam semangat syura dan musyawarah, berlandaskan undang-undang dan berpandukan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 |
|
PM Anwar Titip Hadiah Kahwin Buat Bella & Syed Saddiq, Ayden Siap Bacakan Kad Ucapan - Siakapkeli - 14/10 11:47 pm PM Anwar Titip Hadiah Kahwin Buat Bella & Syed Saddiq, Ayden Siap Bacakan Kad Ucapan Bella Astillah berkongsi momen menerima hadiah perkahwinan daripada Pe |
|
Malay Rulers urge outsiders not to politicise Negeri Sembilan throne dispute - Sinardaily - 14/10 9:34 pm KUALA LUMPUR The Malay Rulers have urged external parties not to interfere in or politicise the dispute over the Negeri Sembilan throne, calling for the matter to be resolved through proper legal and customary channels.In a statement issued on Wednesday by Keeper of the Rulers Seal Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad on behalf of the Malay Rulers, all parties were urged to exercise wisdom, patience and respect for adab, adat and the dignity of the royal institution.The issue must never be exploited for political gain, to garner support, expand influence or advance agendas in a power struggle.Contradictory and irresponsible statements will only worsen the situation, heighten tensions, confuse the public and tarnish the dignity of the royal institution, the statement read.The Malay Rulers also called for differences to be resolved through legitimate and authoritative channels, guided by consultation, consensus, adat and the provisions of the Laws of the Constitution of the State of Negeri Sembilan 1959 |
|
Raja-Raja Melayu seru pihak luar jangan politikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan - Sinarharian - 14/10 7:39 pm KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu menyeru pihak luar supaya tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebaliknya menyerahkan usaha penyelesaian kepada pihak berkepentingan dan berautoriti melalui saluran yang sah, tertib serta berwibawa.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dengan menjunjung titah Raja-Raja Melayu hari ini, Raja-Raja Melayu turut menyeru semua pihak terlibat supaya mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran serta penghormatan terhadap adab, adat dan maruah institusi diraja."Isu yang sedang dihadapi, jangan sama sekali dijadikan bahan politik, modal untuk meraih sokongan atau ruang untuk meningkatkan pengaruh atau medan untuk memenuhi agenda perebutan kuasa."Kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan kurang bertanggungjawab hanya akan mengeruhkan keadaan, meningkatkan ketegangan, mengelirukan rakyat dan mencemarkan kemuliaan institusi diraja," menurut kenyataan itu.Raja-Raja Melayu menyeru supaya sebarang perbezaan pendirian diselesaikan melalui saluran yang sah, berautoriti dan berwibawa, secara beradab dan beradat dalam semangat syura serta musyawarah berlandaskan undang-undang dan berpandukan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."Ruang perundingan perlu dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan demi mencapai penyelesaian yang bermaruah tanpa merendah dan menghina mana-mana pihak," menurut kenyataan itu.Raja-Raja Melayu turut mengingatkan bahawa takhta adalah amanah yang membawa tanggungjawab besar terhadap negeri dan rakyat.Sehubungan itu, semangat kekeluargaan, keharmonian masyarakat dan usaha memuliakan institusi diraja hendaklah sentiasa dipelihara sepanjang usaha mencari penyelesaian selain mengelakkan kenyataan yang boleh mengaibkan atau tindakan yang mengeruhkan keadaan.Menurut kenyataan itu, sebarang kenyataan atau tindakan tanpa memahami adat, sejarah dan kerangka perlembagaan negeri boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan keharmonian masyarakat."Orang ramai turut diseru agar tidak menyebarkan khabar yang belum disahihkan serta tidak terpengaruh dengan naratif yang boleh memecah-belahkan masyarakat."Berikan ruang dan masa kepada pihak berautoriti untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan," menurut kenyataan itu.Raja-Raja Melayu turut mendoakan supaya ALLAH SWT melimpahi semua pihak berkaitan dengan kebijaksanaan mengatasi emosi dan muafakat mengatasi perselisihan."Kepentingan negeri serta kesejahteraan rakyat hendaklah menjadi keutamaan semua pihak |
|
“Satu ingatan yang sangat kami hargai ” – Bella Astillah & Syed Saddiq Terima Hadiah Perkahwinan Daripada PMX & Dr Wan Azizah - Lobakmerah - 14/10 6:32 pm Mana-mana pasangan pengantin mesti rasa teruja bila dapat ucapan dan hadiah perkahwinan, apatah lagi kalau hadiah tu datang daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri! Baru-baru ini, pelakon popular Bella Astillah ada berkongsi satu momen manis menerusi hantaran di Instagram Story miliknya. Menerusi video tersebut, Bella dan suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menayangkan […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Dua mangsa renjatan elektrik telah sedar, seorang lagi melecur 80% - Mygazette - 14/10 3:58 pm # Dua mangsa renjatan elektrik telah sedar, seorang lagi melecur 80% ALOR SETAR - Dua daripada tiga remaja yang terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan tokong sayur di Mergong, di sinimalam taditelah sedar. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata seorang lagimangsa yang berusia 16 tahun belum sedarkan diri dan mengalami kecederaan melecur kira-kira 80 peratus pada seluruh badan |
|
“Pengantin Kedekut” – Hulu Langat Kacau Syed Saddiq Bahas - Mygazette - 14/10 3:58 pm # "Pengantin Kedekut" - Hulu Langat Kacau Syed Saddiq Bahas "Pengantin Kedekut" - Hulu Langat Kacau Syed Saddiq Bahas Kami mendoakan semoga Hulu Langat ni tewas masa akan datang. |
|
Agong berangkat hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 - Kosmo - 14/10 3:29 pm KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini, berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Turut berangkat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin .. |
|
Hit them where it hurts most: Syed Saddiq proposes bank pressure over haze - Sinardaily - 14/10 1:39 pm SHAH ALAM Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has proposed coordinated diplomatic pressure and restrictions on bank financing for companies linked to slash-and-burn practices to address the recurring haze crisis linked to Indonesia.Speaking in Parliament on Tuesday, he said Malaysia should work with other Asean countries to pressure parties responsible for the problem.We hit them where it hurts them the most, then there will be action, he said when asked how he would address the haze crisis if he were prime minister.Syed Saddiq proposed that Malaysia work with other Asean members to isolate parties that failed to take action.We need to isolate them diplomatically, not just through Malaysia, but through Asean as a whole |
|
Tiga remaja kena renjatan elektrik: Seorang mangsa melecur 80 peratus, tidak sedarkan diri - Sinarharian - 14/10 1:12 pm ALOR SETAR Salah seorang daripada tiga mangsa tragedi renjatan elektrik yang menyertai perarakan keagamaan di Mergong di sini pada malam Selasa melecur kira-kira 80 peratus pada seluruh badan dan masih tidak sedarkan diri.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa adalah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun manakala dua lagi mangsa adalah peserta lelaki masing-masing berusia 17 tahun melecur kira-kira 40 dan 20 peratus namun telah sedarkan diri.Menurutnya, dalam kejadian 9.20 malam itu, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pegawai penyelaras kawalan keselamatan perarakan sebelum mengarahkan anggota ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan."Ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan."Seorang mangsa mengalami kecederaan melecur kira-kira 80 peratus pada seluruh badan dan masih belum sedarkan diri, manakala dua lagi mangsa dilaporkan sedarkan diri tetapi masih dalam pemantauan pihak hospital," katanya pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan tiga peserta perarakan keagamaan cedera dalam insiden renjatan elektrik ketika menyertai perarakan di jalan utama di Mergong pada Selasa malam.Jelas Syed Basri, seorang peserta yang bekerja di sebuah premis perniagaan di Mergong mengalami kecederaan melecur kira-kira 40 peratus pada bahagian muka dan tangan.Menurutnya, seorang lagi mangsa yang juga pelajar sekolah pula mengalami kecederaan melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian tangan."Hasil temu bual awal dengan pegawai penyelaras keselamatan perarakan mendapati, tiang bendera sembahyang Pertubuhan Tow Boo Keong yang dibawa peserta dipercayai tersentuh talian utama bekalan elektrik ketika perarakan berlangsung."Seorang mangsa yang ditemu bual polis turut memaklumkan bahawa tiang bendera berkenaan tersentuh talian elektrik pada ketinggian dianggarkan 10 meter, menyebabkan dia bersama dua peserta lain terkena renjatan elektrik," ujarnyaTenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila tiang bendera yang dibawa peserta menghampiri talian penghantaran elektrik voltan tinggi sehingga menyebabkan percikan arka elektrik.TNB turut menyatakan kesediaan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan. |
|
Doa nak lelaki macam Syed Saddiq, sekali dapat Prince Syed Hantaran DSV Buat Ramai Terhibur - Lobakmerah - 14/10 12:23 am Usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV) mencuri perhatian menerusi satu hantaran bersahaja di Threads yang mengundang tawa. Menerusi hantaran tersebut, Vida berseloroh mengenai doanya untuk mendapatkan lelaki seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
|
Krisis Jerebu Dari Indonesia Dijangka Pulih 2 Minggu Lagi - Vocket - 14/10 10:40 am Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Syed Ibrahim Syed Noh menyatakan fenomena jerebu rentas sempadan yang melanda negara sejak 8 Ogos lalu.. |
|
Jerebu dijangka beransur berkurangan dalam dua minggu lagi - NRES - Sinarharian - 13/10 8:41 pm KUALA LUMPUR - Jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara negara sejak 8 Ogos lepas dijangka beransur-ansur berkurangan dalam tempoh dua minggu susulan perubahan corak pergerakan angin.Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun sejak 9 Oktober, sebelum monsun timur laut dijangka bermula pada penghujung Oktober."Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa perubahan keadaan cuaca semata-mata bukanlah penyelesaian jangka panjang terhadap isu jerebu |
|
Jerebu dijangka beransur reda dalam tempoh 2 minggu, kata timbalan menteri - FMT - 13/10 8:18 pm Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh berkata ia dijangka berkurangan susulan perubahan corak pergerakan angin. |
|
Cross-border haze expected to ease over next two weeks - Sinardaily - 13/10 8:04 pm KUALA LUMPUR The cross-border haze that has affected Malaysias air quality since Aug 8 is expected to gradually subside over the next two weeks as wind patterns change, Deputy Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Syed Ibrahim Syed Noh says.He said Malaysia had entered the monsoon transition phase on Oct 9, with the northeast monsoon expected to begin towards the end of this month."However, I want to emphasise that changes in weather conditions alone are not a long-term solution to the haze issue |
|
Cross-border haze expected to ease in 2 weeks, says deputy minister - FMT - 13/10 7:52 pm Syed Ibrahim Syed Noh says changing weather patterns may ease the haze, but stronger enforcement and regional cooperation are needed to prevent a recurrence. |
|
Boycott firms linked to transboundary haze, says Syed Saddiq - FMT - 13/10 6:51 pm The Muar MP also proposes that Malaysia and Singapore work with banks to stop financing companies involved in forest burning. |
|
Baru 3 Hari Berkahwin, Syed Saddiq Kembali Ke Parlimen Dengan Isu Jerebu - Lobakmerah - 13/10 5:45 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Baru sahaja 3 hari melayari alam rumah tangga, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah kembali menjalankan tugasnya di Dewan Rakyat apabila membangkitkan isu jerebu yang sedang melanda negara |
|
Syed Saddiq gesa Asean sepakat beri tekanan, sekatan kewangan pada syarikat dikaitkan dengan jerebu - Mkini - 13/10 5:12 pm Ahli Parlimen Muar itu berhujah bahawa bank-bank utama serantau, termasuk Maybank, CIMB, dan DBS dari Singapura, boleh memberikan tekanan dengan menghentikan pembiayaan kepada syarikat yang didapati t |
|
Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze - Mkini - 13/10 4:54 pm PARLIAMENT We need to hit them where they hurt the most, says Muar MP. |
|
Syed Saddiq gesa boikot syarikat punca jerebu - FMT - 13/10 4:33 pm Ahli Parlimen Muar turut cadang tekanan diplomatik dan sekatan pembiayaan terhadap syarikat terbabit bagi membendung jerebu rentas sempadan. |
|
Bukan Hadiah Biasa! Team BASS Wakaf Telaga Air Di Guinea Sempena Perkahwinan Bella & Syed Saddiq - Beautifulnara - 13/10 4:28 pm Rumusan Artikel Team BASS Official (TBO) menghadiahkan wakaf pembinaan telaga air untuk penduduk sebuah kampung di Guinea sempena perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq |
|
Pukul bekas teman wanita, ahli perniagaan dipenjara enam bulan - Sinarharian - 13/10 4:22 pm PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul bekas teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata serta badan, dua tahun lepas.Majistret Amira Sariaty Zainal menjatuhkan hukuman itu terhadap Hoh Peng Onn, 47, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan."Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan hari ini."Tertuduh juga perlu membayar wang pampasan berjumlah RM5,000 kepada mangsa dengan mengambil kira kesan trauma, kecederaan dan emosi yang dialami mangsa," kata Amira Sariaty.Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar wang pampasan itu hari ini.Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Cheow Wee yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi, namun memerintahkan wang pampasan dibayar hari ini.Peng Onndidakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Liaw Ju Shuang, 28, di sebuah kediaman di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada 12.30 tengah malam, 5 Oktober 2024.Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.Terdahulu, Amira Sariaty dalam penghakimannya berkata, walaupun jiran iaitu saksi pendakwaan ketiga tidak melihat sendiri kejadian itu, saksi berkenaan melihat mangsa dalam keadaan kepala berdarah dan lebam di mata serta beberapa bahagian lain ketika meminta pertolongan."Saksi berkenaan juga menghubungi polis yang membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tiada sebab untuk mangsa mereka-reka cerita bagi menganiaya tertuduh."Sehubungan dengan itu, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, sebaliknya hanya bersifat penafian semata-mata tanpa disokong bukti dan keterangan yang kukuh," kata Amira Sariaty.Semasa rayuan, pihak pembelaan memohon hukuman denda atas alasan tertuduh mengalami masalah penglihatan yang akan menyukarkannya jika dipenjarakan.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman memohon hukuman penjara dan denda dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh selain tahap kecederaan dialami mangsa dan memohon agar wang pampasan diberikan kepada mangsa.- Bernama |
|
“Hadiah wedding” – Kelab Peminat Bella Astillah & Syed Saddiq Wakafkan Air Telaga Buat Penduduk Di Guinea - Lobakmerah - 13/10 3:14 pm Bukan sekadar hadiah yang boleh disimpan sebagai kenangan, sebaliknya hadiah perkahwinan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Itu antara inisiatif murni yang dilakukan Team Bass Official (TBO) buat Syed Saddiq dan Bella Astillah |
|
Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda – Fazley Yaakob Tegur Netizen Persoal Bella Astillah Jadi Isteri Syed Saddiq - Beautifulnara - 13/10 12:11 am Rumusan Artikel Fazley Yaakob menegur netizen yang mempersoalkan perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq |
|
Kelangsungan ummah perlu kepimpinan adil, utamakan rakyat - FMT - 13/10 11:29 am Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kepimpinan berkesan bukan sekadar bergantung kepada kedudukan atau kuasa. |
|
Gaji minimum bukan alasan naik harga barang - Utusan - 13/10 7:00 am Penasihat Kanan Hubungan Kerajaan, Media dan Antarabangs, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, sebaliknya kesan kenaikan kos operasi dan .. |
|
Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda” - Rotikaya - 12/10 9:44 pm Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempertahankan Bella Astillah apabila ada netizen mempersoalkan pilihan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq |
|
Raja Perlis Berkenan Ziarahi Tun Dr Mahathir Yang Sedang Dirawat Di IJN - Siakapkeli - 12/10 7:54 pm Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin, berkenan menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, semalam. |
|
Balik dah ada anak & isteri sambut kat rumah – Netizen Tumpang Gembira Tengok Kehidupan Baharu Syed Saddiq - Lobakmerah - 12/10 7:00 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seperti yang kita sedia maklum, pasangan merpati dua sejoli, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah akhirnya sah sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu |
|
Syed Saddiq kekal rekod kehadiran penuh Parlimen - Mkini - 12/10 6:59 pm Ahli Parlimen Muar yang baru saja melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu kembali ke kerusinya di Dewan Rakyat hari ini. |
|
'Wedding bells, same roll call': Syed Saddiq's Parliament attendance record holds - Mkini - 12/10 6:51 pm Muar MP attends Dewan Rakyat sitting 2 days after getting married. |
|
Raja Perlis berkenan ziarah Tun M di IJN - Sinarharian - 12/10 6:02 pm SHAH ALAM - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Ahad.Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial bekas perdana menteri itu termasuk di Facebook Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.Menerusi beberapa keping gambar yang dikepilkan bersama hantaran tersebut, kelihatan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid turut berangkat sama menziarahi Dr Mahathir.Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan berkala. |
|
Baru Dua Hari Kahwin, Syed Saddiq Dah Kembali Ke Parlimen - Siakapkeli - 12/10 6:00 pm Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat hadir di Dewan Rakyat dua hari selepas bernikah dengan Bella Astillah, menerusi perkongsian gambarnya mengikuti ucapan Ketua Pembangkang. |
|
Wajah cucu iras Tun Dr Siti Hasmah masa muda curi tumpuan - Mygazette - 12/10 3:08 pm # Wajah cucu iras Tun Dr Siti Hasmah masa muda curi tumpuan KUALA LUMPUR - Kemunculan dua wanita anggun mencuri perhatian di majlis pernikahan penyanyi, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semalam menjadi tular di media sosial yang mencuri perhatian netizen |
|
Clear guidelines needed for MSME minimum wage exemption - MEF - Sinardaily - 12/10 3:02 pm KUALA LUMPUR - The Malaysian Employers Federation (MEF) has welcomed the proposed exemption of micro, small and medium enterprises (MSMEs) with annual sales turnover below RM50 million from the minimum wage increase, but stressed the need for clear implementation guidelines.In a statement today, MEF Senior Advisor for Government, Media and International Engagement Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman said the exemption recognised the differing financial capacities of businesses, particularly smaller enterprises that might struggle to absorb higher operating costs.Under Budget 2027 announced by the Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim on Friday, the national minimum wage is scheduled to increase from RM1,700 to RM2,000, effective June 1, 2027, while eligible MSMEs with annual sales turnover below RM50 million would be exempt from the increase.Syed Hussain said the proposal would give smaller businesses breathing space to strengthen operations, improve productivity and prepare for future wage adjustments without compromising their financial sustainability."MEF recognises that improving workers incomes is an important national objective |
|
Sama Eh Style Mak Dan Anak Gelagat Syed Saddiq & Ibu Tiup Sebelum Sarungkan Cincin Curi Perhatian - Beautifulnara - 12/10 1:32 pm Rumusan artikel Gelagat Syed Saddiq dan ibunya ketika menyarungkan cincin mencuri perhatian selepas video mereka dibandingkan di Threads |
|
“Ceteknya Ilmu Kita..”- Tular Dr Zulkifli Tadah Tangan Terbalik Ketika Berdoa Di Majlis Nikah, Ada Maksud Sebenar! - Siraplimau - 12/10 8:16 am Tindakan Dato Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilihat tadah tangan terbalik ketika membaca doa pada majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq menarik perhatian ramai |
|
Saya Tahu Saya Tak Sempurna, Terima Kasih Sudi Memilih Saya – Bella Astillah - Rotikaya - 12/10 4:20 am Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menzahirkan ucapan terima kasih buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kerana sudi memilihnya sebagai pasangan hidup |
|
Hadir Majlis Nikah, Kismah Johar Gembira Syed Saddiq & Bella Sah Suami Isteri - Rotikaya - 12/10 2:35 am Pelakon veteran, Kismah Johar gembira apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sah bergelar suami kepada Bella Astillah pada Sabtu lalu |
|
Dulang boy Syed Saddiq dedah kisah di sebalik bawa hantaran kerusi urut - Sinarharian - 11/10 8:15 pm ANTARA momen yang mencuri perhatian sewaktu majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu adalah ketika barisan dulang boy membawa masuk sebuah kerusi urut dan basikal road bike sebenar sebagai hantaran.Bukan menggunakan replika, gambar atau mock up, barangan tersebut dibawa sendiri ke ruang majlis sehingga mengundang perhatian serta mencuit hati orang ramai yang menyaksikan siaran langsung.Tampil berkongsi kisah di sebalik momen tersebut, Shairy Hanapiah yang ditugaskan membawa kerusi urut mendedahkan dia sebenarnya langsung tidak berada dalam senarai asal dulang boy.Menerusi Threads, Shairy berkata, dia hanya menerima panggilan pada jam 11.25 malam sebelum majlis daripada Amira Aisya yang meminta pertolongannya."Shairy esok boleh tolong team dulang boys tak? Perlukan tambahan untuk tolak kerusi urut |
|
Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 dalam 28 tahun - Kosmo - 11/10 7:22 pm PETALING JAYA Hantaran berbentuk simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM100,000 disifatkan sebagai antara hadiah perkahwinan paling bijak kerana mampu memberikan manfaat kewangan jangka panjang kepada pasangan. Perkara itu dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di media sosial yang mengaitkan pemberian simpanan persaraan dengan pasangan selebriti, Syed Saddiq dan Bella Astillah |
|
Dua hari bini terlewat masak, scroll video BASS - Kosmo - 11/10 7:16 pm PETALING JAYA Gara-gara leka menonton video pernikahan pasangan popular, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah, ada suami yang terpaksa berlapar apabila isteri masing-masing lambat menyediakan hidangan hujung minggu ini |
|
Terbalikkan Tangan Ketika Berdoa Di Majlis Nikah Syed Saddiq-Bella, Dr Zulkifli Beri Penjelasan - Siakapkeli - 11/10 11:54 am Dr Zulkifli menjelaskan beliau menterbalikkan tangan ketika berdoa di majlis nikah Syed Saddiq dan Dayang Nabellah kerana membaca doa memohon perlindungan |
|
“Setialah Dengan Seorang, Jatuh Cintalah Dengan Orang Yang Sama Setiap Hari – Bapa Bella - Rotikaya - 11/10 10:40 am Ucapan bapa kepada Bella Astillah iaitu Awang Astillah Abdullah ketika majlis pernikahan semalam penuh sebak meluahkan harapan agar Syed Saddiq dapat menjaga Bella dengan baik |
|
Cantiknya macam kerabat diraja! Dua cucu Tun M jadi bualan ramai, siapa Marisa dan Yasmin? - Harapandaily - 11/10 10:05 am Di sebalik kemeriahan majlis akad nikah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah, perhatian rakyat Malaysia turut terarah kepada dua wanita muda yang tampil anggun dalam persalinan putih |
|
Ramai Pelik, Rupanya Ada Sebab Dr Zulkifli Terbalikkan Tapak Tangan Semasa Berdoa Di Majlis Syed Saddiq - Vocket - 11/10 8:59 am Baru-baru ini, gambar majlis pernikahan YB Syed Saddiq bersama pasangannya, Puan Dayang Nabellah, menarik perhatian ramai di media sosial |
|
Terbalikkan Tangan Ketika Doa Nikah Syed Saddiq & Bella, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan - Ohmedia - 11/10 1:15 am Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan hukum menterbalikkan tangan ketika membaca doa dalam majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah |
|
"Asalnya Saya Bukan Dalam List," Dulang Boy Kongsi Kisah Di Sebalik Kerusi Urut Hantaran Syed Saddiq - Siakapkeli - 10/10 6:55 pm "Asalnya Saya Bukan Dalam List," Dulang Boy Kongsi Kisah Di Sebalik Kerusi Urut Hantaran Syed Saddiq Shairy Hanapiah berkongsi pengalaman diminta membantu pasukan dulang b |
|
YB Lupa Isteri Sendiri? – Netizen Berseloroh Syed Saddiq Pegang Erat Tangan Tun Musa Hitam - Ohmedia - 10/10 4:37 pm Syed Saddiq pegang erat tangan Tun Musa Hitam ketika majlis pernikahan bersama Bella Astillah |
|
Hantaran Tiket ULTRAMAN Australia 2027! Ini 5 Fakta Menarik Pernikahan Saddiq & Bella Astillah - Murai - 10/10 3:37 pm Dengan sekali lafaz, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, pada pagi 10 Oktober 2026 |
|
Sebelum Sah Sekali Lafaz, Syed Saddiq Rupanya Dah Berlatih 99 Kali - Siakapkeli - 10/10 2:28 pm Sebelum Sah Sekali Lafaz, Syed Saddiq Rupanya Dah Berlatih 99 KaliKetika majlis ijab kabul, sudah tentunya perasaan gementar atau gemuruh |
|
Setialah Dengan Satu Orang, Pesanan Bapa Bella Kepada Syed Saddiq Undang Sebak - Siakapkeli - 10/10 1:40 pm Setialah Dengan Satu Orang, Pesanan Bapa Bella Kepada Syed Saddiq Undang Sebak Bapa Bella Astillah menyampaikan ucapan penuh emosi kepada anaknya dan |
|
Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz - Lobakmerah - 10/10 11:24 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Pasangan selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini |
|
Syed Saddiq dan Bella Astillah sah bergelar suami isteri - Hmetro - 10/10 11:09 am Kuala Lumpur: Dengan sekali lafaz, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, sah bergelar suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, pada 10.41 pagi hari ini |
|
[FOTO] Syed Saddiq & Bella Astillah Sah Bergelar Suami Isteri, Tampil Serba Putih Di Menara Merdeka 118! - Siraplimau - 10/10 11:01 am Tumpuan ramai hari ini terarah kepada detik istimewa Walimatulurus Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melangsungkan akad nikah pada 10 Oktober 2026 di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur |
|
Hantaran Nikah Syed Saddiq Buat Bella Bertemakan Growing Old Together, Ini 7 Hadiah Yang Diberikan - Beautifulnara - 10/10 10:43 am Rumusan Artikel Hantaran nikah Syed Saddiq kepada Bella Astillah bertemakan Growing Old Together atau menua bersama |
|
Spacedollah Dedah Syed Saddiq Berlatih Lafaz Nikah 99 Kali - Rotikaya - 10/10 10:41 am Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Spacedollah mendedahkan adiknya berlatih lafaz akad nikah sebanyak 99 kali kerana terlalu gemuruh |
|
Lima mangsa nahas helikopter FDS terima pingat kebesaran Sarawak secara posthumous - Sinarharian - 10/10 7:38 am KUCHING - Kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terkorban pada September lalu akan dianugerahkan Pingat Pegawai Bintang Sarawak (PBS) secara posthumous.Anugerah berkenaan akan diberikan kepada mendiang Alexson Adit Henry, Debra Moset, Jessie Paya Jok, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin serta juruterbang Allahyarham Zainol Afiq Bee Sham, dan akan diterima oleh waris masing-masing.Mereka merupakan antara 1,350 penerima darjah kebesaran negeri Sarawak 2026 sempena sambutan Hari Lahir ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Sabtu.Sementara itu, wanita pertama yang dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi, mengetuai senarai penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS), yang membawa gelaran Datuk Seri.Turut menerima darjah yang sama ialah Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah; veteran politik Datuk Abdul Wahab Aziz; dan ahli perniagaan Tay Ah Ching.Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk, antara penerimanya ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Dean Wayne Daly; Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Idris Buang; serta Setiausaha Sulit Kanan TYT Sarawak, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paee.Seramai enam pegawai kanan kerajaan Sarawak menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu.Sementara itu, 22 individu lain, termasuk Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, dan Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil, dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS), yang membawa gelaran Datuk.Tokoh kewartawanan Sarawak, Dr Toman Mamora, pula merupakan penerima tunggal Pingat Johan Bintang Sarawak (JBS).Pingat yang sama turut dianugerahkan secara posthumous kepada bekas Pegawai Memerintah Rejimen Renjer Ketiga, Brigedier Jeneral Philip Lee Khui Fui, yang pernah terlibat dalam operasi ketenteraan di Nonok.Sambutan ulang tahun TYT Sarawak bermula pada Khamis dengan majlis kesyukuran, diikuti istiadat rapat raksasa di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu.Ia kemudian diteruskan dengan istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri di Astana Negeri.Siri sambutan berkenaan akan diakhiri dengan Jamuan Negeri, konsert rakyat di Padang Merdeka dan jamuan teh pada Ahad |
|
Doakan, Dari Parlimen Terus Ke Merdeka 118, Syed Saddiq Mohon Doa Menjelang Hari Pernikahan - Siakapkeli - 9/10 11:17 pm Doakan, Dari Parlimen Terus Ke Merdeka 118, Syed Saddiq Mohon Doa Menjelang Hari Pernikahan Syed Saddiq berkongsi perkembangan persiapan akhir menjelan |
|
'Sebelum akad, biar ayat ALLAH tenangkan hati' - Bella Astillah khatam al-Quran, Syed Saddiq hadir bawa bunga - Sinarharian - 9/10 10:10 pm BAKAL mempelai, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah selamat menyempurnakan majlis khatam al-Quran menjelang hari bahagianya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Dalam acara yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur itu, Bella tampil jelita dengan busana dres renda berona putih manakala ahli keluarga dan pengiring pengantin elegan dengan pakaian bertemakan warna ungu.Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah itu sempat meluahkan rasa syukur segalanya berjalan dengan lancar."Sebelum lafaz akad menyatukan dua hati, biarlah ayat-ayat ALLAH terlebih dahulu menenangkan hati," kongsinya.Dalam pada itu, Bella yang menerima jambangan bunga daripada Syed Saddiq pada akhir majlis khatamnya meluahkan rasa terharu."He came with flowers and my heart melted," luahnya.Qariah dan pendakwah terkenal Farhatul Fairuzah yang mengetuai bacaan mendoakan agar pernikahan pasangan berkenaan berjalan lancar."Alhamdulillah selesai mengetuai majlis khatam al-Quran Kak Bella Astillah |
|
Video praperkahwinan Syed Saddiq, Bella raih lebih sejuta tontonan - Sinarharian - 9/10 8:04 pm VIDEO praperkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi Bella Astillah meraih lebih sejuta tontonan di media sosial ketika pasangan itu menghitung detik menuju hari bahagia mereka pada Sabtu.Menerusi perkongsian di Threads pada Jumaat, bekas Presiden MUDA itu meluahkan keterujaannya untuk menamatkan zaman bujang selepas hanya berbaki 38 jam sebelum melangkah ke alam rumah tangga."Seribu kenangan membawa saya menemui awak |
|
Today is for the rakyat, tomorrow is for the wife: Syed Saddiqs Budget 2027 reply amuses social media - Malaymail - 9/10 7:39 pm KUALA LUMPUR, Oct 9 Muar Member of Parliament Syed Saddiq Abdul Rahman left local social media users amused foll... |
|
NRES ready to assist in tackling transboundary haze, says deputy minister - Sinardaily - 9/10 7:30 pm KUALA LUMPUR The Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry (NRES) is ready to provide technical expertise to help tackle the transboundary haze from Indonesian wildfires but is awaiting the green light to assist relevant agencies.Deputy Minister Syed Ibrahim Syed Noh said the ministry wanted to play an active role in addressing the issue, stressing the importance of cooperation between Malaysia and Indonesia through diplomatic engagements and discussions between their respective ministries.We want to ensure that NRES is involved and plays its role in addressing this matter, he told Sinar Daily at Parliament today.Syed Ibrahim said the issue was being addressed at the highest diplomatic level, with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim engaging Indonesian President Prabowo Subianto, followed by discussions involving the two countries deputy prime ministers and foreign ministers.He added that NRES ministers were also engaging with their Indonesian counterparts.Our ministers from NRES are also involved in these engagements with their Indonesian counterparts and we believe that all parties are taking this matter seriously.We are ready to provide assistance as soon as possible and are currently waiting for the green light to work alongside the relevant agencies by providing expert information, he said.On Oct 8, Anwar said he had spoken directly with Prabowo, who agreed to take the necessary steps to address the haze affecting Malaysia.Anwar also directed Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan and NRES Minister Datuk Seri Arthur Joseph Kurup to strengthen cooperation with their Indonesian counterparts.He further asked the Asean Secretariat to coordinate a meeting of environment ministers to discuss the issue.Meanwhile, 37 areas nationwide recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 5pm today.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) attributed the transboundary haze to 238 hotspots detected in Kalimantan and Sumatra, Indonesia, as well as four hotspots in Sabah and Sarawak. |
|
NRES urges public to refer to official API readings amid data discrepancies - Sinardaily - 9/10 7:28 pm KUALA LUMPUR The Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry (NRES) has urged the public to refer to the governments official Air Pollutant Index (API) readings on MyEQMS amid discrepancies with figures reported by alternative monitoring platforms.NRES Deputy Minister Syed Ibrahim Syed Noh said the Department of Environments (DOE) MyEQMS platform published official readings based on data collected from monitoring stations at specific locations.He said the public could consult other air quality monitoring websites but should understand that differences in calculation methods could produce different readings.DOE uses API data collected from monitoring stations located in specific areas where the readings are reported.This does not mean the surrounding areas do not have high pollution levels, as the readings reflect measurements taken at particular locations, he told Sinar Daily at Parliament today.Syed Ibrahim said discrepancies could also arise from how platforms assessed atmospheric conditions |
|
Raja Muda Perlis promosi potensi negeri di Uzbekistan - FMT - 9/10 2:28 pm Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetengahkan potensi Perlis dalam sektor pelancongan Islam, makanan halal dan pendidikan menerusi beberapa program di Samarkand. |
|
UniSIRAJ peroleh projek perundingan bernilai hampir RM1.5 juta - FMT - 8/10 9:39 am Canselor UniSIRAJ Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pencapaian itu cerminkan permintaan tinggi kepakaran dan kompetensi warga universiti. |
|
‘Setiap orang ada saham jayakan perkahwinan kami’ - Kosmo - 8/10 8:10 am RASANYA ketika ini ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan detik bersejarah penyatuan dua jiwa figura terkenal iaitu penyanyi juga pelakon Bella Astillah bersama cinta hatinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Muar |
|
Dulu Hanya Besan, Kini Pasangan Hidup Tidur Sebantal… “Keluarga Beri Respons Positif” Anak - Siraplimau - 7/10 7:10 pm Kadang-kadang jodoh datang daripada arah yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran. Begitulah kisah sebuah keluarga ini, apabila hubungan sebagai besan akhirnya berubah menjadi pasangan hidup selepas dua insan, Syed Saifudeen Syed Mansoor, 63, dan Nor Azura Md Yusof, 55, yang pernah kehilangan orang tersayang disatukan dalam perkahwinan |
|
Enam reformasi institusi perlu dilaksana dalam penggal semasa - APPG-IGAR - Sinarharian - 7/10 6:48 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memastikan enam reformasi institusi kritikal termasuk pemisahan Peguam Negara-Pendakwa Raya dilaksanakan dalam penggal Parlimen semasa bagi memastikan komitmen reformasi diterjemahkan kepada perubahan institusi kukuh dan berkekalan.Kumpulan Masyarakat Sivil dan Pakar kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governan dan Antirasuah (APPG-IGAR) berkata, pelaksanaan reformasi berkenaan perlu disertai garis masa jelas, mekanisme pertanggungjawaban dan perlindungan institusi berkesan."Enam reformasi institusi kritikal perlu diberi keutamaan dan kemajuan segera serta bermakna mesti dicapai dalam penggal Parlimen semasa."Enam reformasi berkenaan ialah pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, penggubalan undang-undang Kebebasan Maklumat, pembiayaan politik, reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Akta Perkhidmatan Parlimen serta reformasi pilihan raya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Kenyataan itu disokong Tan Sri Syed Hamid Albar, Tan Sri Nazir Razak, Datuk Hussamuddin Yaacub, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Prof Dr Edmund Terence Gomez, Shah Hakim Zain, Maha Balakrisnan, Christopher Leong, Cynthia Gabriel, Karen Cheah Yee Lynn dan Anas Zubedy.Turut menyokong, Nurhayati Nordin daripada Rasuah Busters, Faisal Abdul Aziz (Bersih), Prishanth Linggaraj (C4), Badlishah Sham Baharin (Ikram) Aira Azhari (IDEAS), Tharma Pillai (Undi18) dan Dr Raymon Ram (Transparency International Malaysia).Bagi pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, menurut kumpulan itu, perlaksanaannya perlu dibuat dalam penggal Parlimen semasa dengan memastikan kebebasan pendakwaan dan pertanggungjawaban yang jelas kepada Parlimen.APPG-IGAR menambah, pindaan Perlembagaan semata-mata tidak mencukupi tanpa rangka kerja yang menetapkan kuasa, fungsi, kebebasan dan pertanggungjawaban kedua-dua jawatan berkenaan.Kumpulan itu berpandangan, dalam isu kebebasan maklumat pula, undang-undang berkaitan perlu menjamin akses kepada maklumat bermakna dan boleh dikuatkuasakan, selain tidak bergantung kepada budi bicara institusi."Antara perkara yang dicadangkan termasuk ujian kepentingan awam dan kemudaratan yang kukuh, pengecualian yang ditakrifkan secara sempit, penguatkuasaan bebas serta mekanisme rayuan berkesan," ujarnya.Bagi pembiayaan politik, kumpulan itu menegaskan Malaysia tidak seharusnya memasuki Pilihan Raya Umum akan datang tanpa peraturan pembiayaan politik yang jelas dan boleh dikuatkuasakan.Jelas mereka, ia termasuk kewajipan mengisytiharkan sumbangan politik, aset parti dan pendapatan, akaun diaudit secara bebas, had sumbangan dan perbelanjaan serta ketelusan sumbangan korporat.Selain itu, kumpulan berkenaan turut menggesa pembiayaan awam kepada parti politik dan penalti bermakna terhadap ketidakpatuhan diperkenalkan."Mengenai reformasi SPRM, kemerdekaan agensi itu perlu dijamin melalui undang-undang dan perlindungan institusi, bukannya bergantung kepada individu yang memegang jawatan."Antara cadangan dikemukakan termasuk proses pelantikan telus, mekanisme penyingkiran yang jelas, kebebasan operasi, panel pengawasan lebih kukuh serta pengawasan Parlimen yang berkesan," kongsinya.APPG-IGAR memaklumkan, bagi Akta Perkhidmatan Parlimen pula, reformasi perlu memastikan kemerdekaan institusi sebenar termasuk melalui penubuhan Pejabat Penggubalan Undang-Undang Parlimen yang bebas dan autonomi kewangan lebih besar.Sementara itu, kumpulan tersebut berkata, reformasi pilihan raya perlu memberi tumpuan kepada peraturan yang jelas, ketelusan perbelanjaan politik dan penguatkuasaan yang berwibawa.Justeru, mereka menggesa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 direformasi bagi menangani isu perbelanjaan kempen, pengisytiharan kewangan diaudit, perbelanjaan parti dan pihak ketiga, kempen digital serta influencer berbayar.Katanya, ia turut merangkumi penyalahgunaan jentera kerajaan, undi pos dan risiko baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI)."Suruhanjaya Pilihan Raya mesti dilengkapi dan diberi kuasa untuk menyiasat, mengaudit dan menguatkuasakan peraturan pilihan raya dalam bidang kuasanya."Peraturan pilihan raya hanya akan berwibawa sekiranya penguatkuasaannya berkesan," katanya.Kumpulan itu turut menegaskan reformasi institusi mesti melangkaui pengumuman dan kelulusan undang-undang dengan setiap reformasi mempunyai garis masa, mekanisme pelaksanaan, pertanggungjawaban serta perlindungan berkesan. |
|
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia anjur Himpunan Peringatan Tiga Tahun Genosid Gaza Jumaat ini - Sinarharian - 7/10 5:08 pm KUALA LUMPUR - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia akan menganjurkan Himpunan Peringatan Tiga Tahun Genosid Gaza pada Jumaat ini bagi memperingati serangan dahsyat di negara berkenaan.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, himpunan yang dijadual berlangsung pada jam 2 petang itu akan bermula di Menara Tabung Haji sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS)."Hari ini (Rabu), 7 Oktober menandakan genap tiga tahun sejak bermulanya serangan dahsyat ke atas Gaza |
|
Sunnah Rasulullah panduan hadapi cabaran AI, konflik dunia, titah Raja Muda Perlis - FMT - 7/10 4:59 pm Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perkembangan teknologi, jenayah siber dan ketidakstabilan sosial menuntut masyarakat kembali meneliti pendekatan Rasulullah SAW. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |