///
See Also: Shutterstock

Search : Suri News   Page 1    



PTPTN Beri Perlindungan & Sokongan Kepada Keluarga Pendeposit Yang Telah Meninggal Dunia - Siraplimau - 22/12 2:25 pm

Kehilangan insan tersayang tidak pernah mudah, dalam mengharungi saat sukar ini Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasioanal (PTPTN)memastikan keluarga pendeposit mereka tidak berasa keseorangan. Baru-baru ini, melalui Program Ziarah Kasih Simpan SSPN, PTPTN menziarahi waris Allahyarhamah Rohaya binti Jaafar, seorang suri rumah yang kembali ke rahmatullah pada 15 Mei 2025 akibat kemalangan jalan raya





“Dia Beritahu Nak Kemas Rumah Kosong” – Penduduk Dedah Suspek Utama Kes Suri Tiba-Tiba Muncul Di Kampung - Ohmedia - 22/12 1:42 pm

Penduduk dedah suspek kes Suri tiba-tiba muncul di kampung dan keretanya kali terakhir dilihat di lokasi mayat ditanam





Mayat wanita dalam beg: Penduduk dakwa suspek sudah berkahwin baharu dengan wanita Sarawak - Sinarharian - 22/12 7:32 am

REMBAU - Penduduk yang tinggal berhampiran lokasi penemuan mayat seorang wanita di dalam begdi sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 di sini, mendakwa ada melihat suspek utama di kawasan itu beberapa hari sebelum kejadian.Lelaki yang dikenali sebagai Rahim, 63, berkata, suspek berusia 51 tahun yang dipanggil 'adik' itu, datang menyapanya di rumah pada 11 Disember lalu."Saya tengah kemaskan pokok di kawasan rumah, tiba-tiba dia datang bersalam dan kami sempat berborak, katanya sudah lama tak jumpa saya."Dia beritahu pulang ke rumah ibunya untuk berkemas kerana rumah itu sudah lama kosong," katanya ditemui Sinar Harian pada petang Ahad.Menurutnya, dia turut bertanya mengenai isteri suspek dan lelaki itu memaklumkan sudah lama berpisah, namun telah berkahwin baharu dengan wanita Sarawak.Ujar Rahim, ketika itu dia sempat mencadangkan kepada suspek supaya membawa isteri tinggal di rumah pusaka ibunya saja, namun suspek memaklumkan isterinya sering 'terbang'."Waktu itu muka suspek biasa saja, tidak kelihatan mencurigakan dan saya sempat bergurau dengannya."Setakat yang saya kenal suspek, dia baik orangnya dan penduduk kampung panggilnya adik kerana dia anak bongsu," ujarnya.Tambahnya, berita mengenai penemuan mayat di rumah terbabit sememangnya mengejutkan penduduklebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan suspek yang peribadinya dikenali sebagai orang baik.Ini kerana katanya, beberapa hari sebelum penemuan mayat tersebut, suspek dilihat minum di sebuah kedai makan berhampiran kolam memancing berhampiran, selain ada meminta sebut harga untuk membuat pagar rumah ibunya."Ada juga penduduk beritahu nampak sebuah kereta Proton Saga FLX di lokasi sekitar jam 8 pagi pada 12 Disember itu, tapi suspek tidak kelihatan."Cumanya yang cerita dia ada berjumpa dengan suspek di kolam untuk bagi sebut harga pagar, tapi suspek kelihatan tergesa-gesa nak pergi," katanya.Rahim berkata, kali terakhir suspek dilihat mempunyai rambut, bukannya botak seperti mana ketika dia direman.Warga emas itu turut memaklumkan yang lokasi penemuan mayat tersebut merupakan rumah arwah kakak suspek manakala rumah ibunya turut berada dekat situ.Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di rumah terbabit pada 18 Disember lalu dikaitkan dengan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka termasuk suspek di Genting Sempah, Bentong, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sehingga kini Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.





Kalau Nampak Kucing Saya Beritahu, Ada Reward - Hotfm - 21/12 12:32 am

Pelakon Datin Intan Najuwa memohon pertolongan orang ramai untuk berkongsi maklumat tentang kucingnya yang hilang sejak dua hari lalu. Artikel Berkaitan: Menjadi Ibu Bapamu Adalah Penghormatan Terbesar Kami Intan Najuwa Sebak, Puteri Sulung Kini Genap SetahunArtikel Berkaitan: [VIDEO] Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa Adalah Kebahagiaan Sebenar Saya Intan [...]





We trusted him: Family says Pedas murder suspect picked up kids like nothing happened after killing - Malaymail - 21/12 11:58 am

SHAH ALAM, Dec 21 The family of Suri Narudin, who is believed to be the woman whose body was found in a bag at a...





Kes mayat dalam beg: Hanya pasangan kekasih, keluarga nafi suspek utama suami Suri - Mdateline - 21/12 11:00 am

Ahli keluarga Suri Narudin yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu menafikan suspek utama kes penemuan mayat wanita dalam beg di Jalan Pedas Linggi, Rembau ..





Keluarga kenal suspek utama, dakwa hanya teman lelaki Suri - Sinarharian - 21/12 10:18 am

SHAH ALAM Keluarga Suri Narudin mengakui terkejut apabila lelaki yang kini disyaki sebagai suspek utama dalam kes kehilangan wanita itu merupakan individu yang pernah diberikan kepercayaan penuh oleh mereka.Anak saudara mangsa, Sasha, 38, berkata, suspek berusia 51 tahun itu sudah lama mengenali keluarga sejak kira-kira enam tahun lalu dan tidak pernah menimbulkan sebarang syak wasangka sebelum kejadian berkenaan.Menurutnya, kepercayaan itu termasuk mengamanahkan lelaki berkenaan menguruskan hal melibatkan kanak-kanak dalam keluarga."Saya sendiri membayar dia untuk menjemput anak-anak saya dari sekolah kerana kami percaya dan selesa dengan kehadirannya," katanya ketika ditemui pada Sabtu





Suspek Utama Kes Dan Suri Adalah Pasangan Kekasih - Lobakmerah - 21/12 9:39 am

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Penemuan mayat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Suri Narudin, 53 tahun





'Suspek masih ambil anak saya dari sekolah selepas makcik hilang' - Anak saudara Suri - Sinarharian - 21/12 9:09 am

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Keluarga Suri Narudin mendedahkan suspek utama dalam kes kehilangan wanita itu merupakan individu yang sudah lama dikenali dan dipercayai oleh keluarga.Anak saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Sasha, 38, berkata, lelaki berusia 51 tahun itu sudah berkenalan dengan keluarga sejak kira-kira enam tahun lalu dan sebelum ini disifatkan sebagai seorang yang berkelakuan baik serta disenangi kanak-kanak.Menurutnya, suspek turut pernah diamanahkan mengurus hal keluarga termasuk mengambil kanak-kanak dari sekolah."Saya membayar dia untuk menjemput anak-anak saya dari sekolah dan selepas makcik saya hilang, dia masih datang mengambil dua anak perempuan saya seperti biasa."Ketika itu kami tidak mengesyaki apa-apa kerana dia bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku," katanya pada Sabtu.Sasha berkata, kali terakhir dia bertemu ibu saudaranya itu adalah pada 5 Disember lalu sebelum mereka hanya berhubung melalui media sosial.Katanya, usaha menghubungi mangsa gagal bermula 8 Disember dan perkara itu menimbulkan kebimbangan keluarga kerana Suri dikenal pasti aktif di media sosial dan lazimnya memberi maklum balas segera setiap kali dihubungi.Menurut Sasha, kecurigaan mula timbul apabila suspek memberikan penjelasan yang tidak konsisten apabila ditanya mengenai keberadaan mangsa."Dia memberitahu makcik saya dihantar orang lain ke lapangan terbang dan cerita itu berubah-ubah," katanya.Mengulas laporan yang menyatakan mangsa dan suspek adalah pasangan suami isteri, Sasha menegaskan dakwaan itu tidak tepat."Sehari selepas saya membuat laporan polis, anak suspek juga membuat laporan polis dan dalam laporan itu menyatakan mereka sudah berkahwin."Namun berdasarkan pengetahuan keluarga, mereka tidak pernah berkahwin dan hanya teman lelaki," katanya.Sasha berkata, hubungan mangsa dan suspek rapat dan mangsa sering berkongsi cerita peribadi, namun kebanyakannya berkaitan isu biasa dalam perhubungan.Mengulas kemungkinan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek, Sasha berkata, perkara itu ada berlaku namun tidak pernah berada pada tahap serius.Ada perselisihan faham sekali sekala, mungkin berkaitan kewangan, tetapi saya tidak berani mengulas lebih lanjut."Makcik saya jarang berkongsi masalah besar, cuma sesekali mengadu apabila berlaku pertengkaran kecil," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor.Susulan laporan tersebut, pada 18 Disember, satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau, sebelum pihak polis bergegas ke sebuah rumah di Jalan PedasLinggi untuk pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi mayat seorang wanita yang ditanam.Berikutan itu, pada hari yang sama, polis telah menahan seorang lelaki di Melaka yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tersebut.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Mayat wanita dalam beg: Polis buru tiga lagi individu - Sinarharian - 20/12 5:42 pm

SEREMBAN Polis masih memburu sekurang-kurangnya tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, setakat ini keterangan daripada ramai saksi telah diambil bagi membantu siasatan dan menjejaki suspek yang masih bebas.Menurutnya, usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan susulan penahanan dua lelaki berkaitan kes berkenaan.Dalam perkembangan sama, suspek utama berusia 51 tahun direman tujuh hari bermula Sabtu selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini.Suspek berkenaan dibawa polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi diiringi peguam, Sean Dudley.Muhammad Idzam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa lelaki terbabit ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan seorang lagi suspek berusia 41 tahun di Melaka, yang kini direman sehingga Khamis.Dalam pada itu, identiti sebenar mayat wanita yang ditemukan masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan jasad yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari."Identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sudah mereput. Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beberapa ahli keluarga telah diambil bagi membantu proses pengecaman," katanya.Selain itu, Muhammad Idzam berkata, siasatan awal turut mengesyaki rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat berkenaan mempunyai kaitan dengan suspek utama yang juga seorang penganggur, namun perkara itu masih belum dapat disahkan setakat ini.Kes berkenaan terus disiasat dari pelbagai sudut sementara polis mempergiat usaha mengesan suspek lain yang dipercayai terlibat.Sementara itu, Polis Daerah Ampang sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit





Mayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang - Sinarharian - 20/12 4:06 pm

SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Kejadian penemuan mayat seorang wanita yang ditanam di dalam beg di sebuah rumah kosong berhampiran Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertengkaran melibatkan isu kewangan.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek utama dipercayai terlibat dalam pertengkaran sebelum kejadian berlaku.Menurutnya, konflik tersebut dikatakan berpunca apabila mangsa dipercayai meminta wang daripada suspek."Suspek utama yang ditahan di Genting Sempah semalam baru sahaja direman pagi ini, justeru proses soal siasat masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian."Bagaimanapun, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, dipercayai berkaitan permintaan wang oleh mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lengkap berhubung punca kejadian, termasuk kemungkinan motif lain yang berkaitan.Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini polis telah menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan Genting Sempah susulan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg dan ditanam di sebuah rumah kosong di kawasan berkenaan.Sementara itu, Polis Daerah Ampang sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit.





Ibu bapa pilih buat persiapan awal sekolah, lancar urusan perbelanjaan - Kosmo - 20/12 3:38 pm

SEBERANG PERAI – Bagi sesetengah ibu bapa, persiapan persekolahan bukan sekadar membeli pakaian seragam, beg dan kasut, sebaliknya merupakan kesesuaian untuk mereka menguruskan perbelanjaan agar tidak membebankan kewangan keluarga. Itu yang dikongsi suri rumah, Natrah Umar, 47, yang berjaya menyiapkan kelengkapan persekolahan dua anaknya lebih awal menerusi program PVISB Bersama Komuniti: Bekal ke Sekolah di ..





Ibu jaga kami semasa hidup hingga meninggal dunia - Sinarharian - 20/12 9:30 am

GUA MUSANG "Ibu jaga kami semasa hidup hingga meninggal dunia."Demikian luahan pilu Nor Amni Faqihah Mohd Rizlan, 20, anak kedua daripada lima beradik yang kehilangan ibu tersayang, Rohaya Jaafar, 42, dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan lori pada 15 Mei lalu.Menurut Nor Amni, ibunya hanya seorang suri rumah namun tidak pernah menyangka pemergiannya telah melayakkan mereka adik-beradik menerima manfaat sebanyak RM158,400 daripada hasil menyimpan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Plus, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Katanya, arwah ibu telah membuka akaun tersebut untuk dirinya serta dua adik lelaki, Mohamad Darish Haziq, 14, dan Mohamad Dayyan Harraz, 9, pada 26 Disember tahun lalu."Dua lagi adik-beradik kami telah meninggal dunia, abang sulung pada 2021 akibat kemalangan ketika berusia 17 tahun, manakala adik bongsu pada 2022 ketika berusia sembilan bulan disebabkan sakit paru-paru."Ibu sanggup mengorbankan duit belanja diberikan oleh ayah yang bekerja sebagai pemandu lori dengan membuka akaun di bawah pakej Intan, dengan komitmen RM30 sebulan bagi setiap akaun, iaitu RM20 simpanan dan RM10 caruman takaful





'Saya yakin itu jasad Suri, dia kenal suspek' - Rakan baik - Sinarharian - 19/12 6:52 pm

SHAH ALAM "Saya yakin itu jasad Suri





Polis belum sah mayat dalam beg adalah Suri - Sinarharian - 19/12 4:41 pm

REMBAU Walaupun polis masih belum mengesahkan mayat wanita yang ditemukan di dalam beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, di sini, adalah milik Suri, namun kenalan dan ahli keluarganya kelihatan hadir di Unit Perubatan Forensik Rembau pada Jumaat.Seorang wanita yang dikenali sebagai Jue, 53, berkata, Suri merupakan rakan sekampungnya di Kuching, Sarawak dan mereka bersama-sama datang ke Semenanjung untuk bekerja."Tetapi Suri yang datang dahulu ke Semenanjung, kemudian barulah saya sebelum masing-masing membawa haluan sendiri."Kami sekampung dan rapat sejak zaman muda





Suri tak muncul di Switzerland sebelum disedari hilang - Kosmo - 19/12 3:56 pm

KUALA LUMPUR – Suri Narudin yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu sepatutnya dijadualkan berlepas ke Doha, Qatar sebelum meneruskan perjalan Zurich, Switzerland pada keesokan harinya





“Sepatutnya ke Zurich” – Kes M*yat Dalam Beg, Rakan Rapat Kongsi Kronologi Kehilangan Suri - Lobakmerah - 19/12 1:36 pm

Kehilangan seorang wanita tanpa khabar sejak 8 Disember lalu yang dikenali sebagai Suri Narudin terjawab apabila polis menemui satu jasad di dalam sebuah beg di rumah tidak berpenghuni di Rembau, dipercayai miliknya





Kehilangan Suri disedari selepas gagal tiba di Zurich - Hmetro - 19/12 12:37 am

Kuala Lumpur: Kehilangan Suri Narudin hanya disedari selepas beberapa hari wanita itu gagal tiba di Zurich, Switzerland seperti dijadualkan, sebelum rakan yang menunggu di sana menghubungi keluarga mangsa di Sarawak





Dulu takut ditipu, kini anak muda yakin beli kereta terpakai - Sinarharian - 19/12 9:30 am

SHAH ALAM - Suatu ketika dahulu, membeli kereta terpakai dianggap seolah-olah mempertaruhkan nasib antara mendapatkan kenderaan idaman hati atau menanggung beban besi tua yang hanya berkilat dari luaran.Ramai pembeli pernah terpedaya dengan janji manis kononnya kereta terpakai yang dibeli dalam keadaan terbaik serta baru servis tetapi malangnya enjin mula meragam hanya seminggu selepas diserahkan dan apabila diperiksa rupa-rupanya kenderaan itu pernah terlibat kemalangan.Kekeliruan awam mengenai proses jual beli dan kurangnya maklumat tentang hak pengguna menjadikan urusan membeli kereta terpakai sangat berisiko tinggi.Pembeli juga turut berdepan dengan kemungkinan menjadi mangsa scam apabila transaksi dilakukan dengan penjual tidak berdaftar dan tidak hairanlah waktu itu ramai masih skeptikal setiap kali mendengar istilah kereta terpakai.Namun, landskap itu kini berubah dengan kemunculan platform jual beli automotif digital seperti CARSOME yang membawa pengalaman yang lebih telus, selamat dan mudah kepada pengguna yang semakin celik teknologi.Seorang mahasiswa universiti yang juga pekerja gig separuh masa, Muhammad Hakim Muhamad Hazam Muddin, 22, dari Taman Melawati misalnya membeli kereta terpakai sebagai kereta pertamanya secara dalam talian bagi memudahkan urusan hariannya.Kisah seperti ini menunjukkan perubahan cara rakyat Malaysia melihat kereta terpakai kerana keputusan untuk membeli kereta terpakai sekarang bukan lagi seolah-olah memperjudikan nasib atau menjadi pilihan kedua sebaliknya menjadi satu alternatif bijak dalam keadaan ekonomi yang mencabar.Pandangan berubahPakar automotif, Hezeri Samsuri berkata, pandangan terhadap kereta terpakai berubah disebabkan kesedaran dan kepercayaan terhadap platform e-dagang automotif seperti CARSOME yang semakin meningkat.Beliau menegaskan, ia kerana platform jual beli kenderaan digital tersebut beroperasi dengan piawaian ketat serta dokumentasi lengkap selain apa yang lebih penting waranti turut ditawarkan kepada pembeli seumpama membeli kereta baharu."Piawaian ketat dan dokumentasi lengkap ini menjadikan proses pembelian kereta terpakai lebih telus, selamat dan mudah kerana ia bukanlah hanya janji mulut





Carum RM30 sebulan, waris pendeposit Simpan SSPN Plus terima manfaat .. - Mgazette - 19/12 8:03 am

Allahyarham Rohaya, 42, adalah pendeposit Simpan Simpan SSPN Plus yang telah membuka akaun untuk tiga anaknya pada 26 Disember 2024. Arwah yang merupakan suri rumah membuka akaun di bawah Pakej Intan dengan komitmen sebanyak RM30 sebulan iaitu RM20 untuk simpanan dan RM10 bagi caruman takaful





Hilang sejak 15 Disember, mayat dalam beg di rumah kosong dipercayai Suri - Sinarharian - 18/12 9:13 pm

REMBAU - Polis mengesahkan penemuan satu mayat wanita di dalam sebuah beg di sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini pada Khamis.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor pada 15 Disember lalu."Susulan daripada laporan tersebut, pada 18 Disember (Khamis) satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau."Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi untuk pemeriksaan lanjut dan telah mengesan unsur-unsur berlakunya perlakuan jenayah di kawasan belakang rumah tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu beg mengandungi mayat seorang perempuan yang ditanam.Beliau berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline ibu pejabat polis daerah rembau di talian 06-6852222.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya."Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya."Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya.





Polis mohon bantuan orang ramai kesan Suri - Sinarharian - 17/12 7:22 pm

AMPANG - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya."Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya."Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Terdahulu, tular rakaman video penyanyi Mac Ruhayu memohon bantuan orang ramai mengesan rakannya yang dilaporkan hilang dan gagal dihubungi itu.





Pasar Terapung di Tumpat tutup operasi sepanjang tengkujuh - Utusan - 17/12 8:05 am

TUMPAT: Dua buah pasar terapung di Tumpat yang menjadi ikon pelancongan di negeri ini iaitu Pasar Terapung Seri Tanjong dan Pulau Suri menutup operasinya susulan musim tengkujuh





Suri rumah sanggup gadai barang kemas akhirnya rugi RM131,000 terpedaya tawaran pelaburan - Sinarharian - 15/12 10:45 am

GOMBAK Terpengaruh dengan tawaran pelaburan di satu aplikasi dalam talian, seorang suri rumah sanggup menggadai barangan kemas, sebelum menyedari dirinya diperdaya sehingga mengalami kerugian lebih RM131,000.Menurut sumber, mangsa berusia 37 tahun itu ketika berada di rumahnya di Batu Caves pada hujung bulan lalu ternampak satu iklan pelaburan di aplikasi itu yang menjanjikan pulangan lumayan."Mangsa yang berminat kemudian menghubungi seorang lelaki untuk melabur sebelum diberi satu ujian kononnya bagi melayakkan dirinya menjadi pelabur syarikat terbabit."Wanita itu turut membuka akaun pelaburan melalui pautan yang diberikan bagi memudahkan urusan pelaburan," katanya.Sumber berkata, sejak itu mangsa membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank berbeza menggunakan wang hasil menggadai barangan kemas miliknya."Suspek bagaimanapun terus meminta mangsa membuat pelaburan tambahan walaupun dia sudah kehabisan wang sebelum mangsa bertanya bila pulangan akan diterima."Sejak itu, suspek memberi pelbagai alasan dan sehingga kini wang yang dilaburkan tidak dipulangkan," katanya.Mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang pada Ahad untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi pada Isnin mengesahkan menerima laporan berkenaan."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan





Anggun Suri Peringkat Pekan rai 10 pasangan pengantin - Thempress - 14/12 7:29 pm

PEKAN – SEPULUH pasangan pengantin diraikan dalam Program Anggun Suri Peringkat Daerah Pekan yang dirasmikan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib





Suri rumah korban koleksi kad Pokemon demi sertai Sumud Flotila - Mkini - 14/12 9:57 am

Saya bertekad hasil jualan 100 peratus untuk dana sertai Global Sumud Flotila," kata Ayesha Assilla Watuna.





Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin - Thempress - 13/12 9:10 pm

BENTONG – Lapan pasangan pengantin diraikan dalam Program Anggun Suri Tahun 2025 Daerah Bentong di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong hari ini





Anak asnaf tak setuju rakan senasib jadi suri rumah, patut ubah nasib keluarga dahulu - Mdateline - 13/12 4:00 pm

Perkongsian seorang wanita yang tidak bersetuju dengan keputusan anak asnaf untuk menjadi suri rumah tangga sebaik berkahwin telah mengundang satu perbincangan hangat di media sosial ..





‘Tumbler’ percuma jadi perangkap, suri rumah kerugian RM66,805 - Mdateline - 13/12 12:00 am

Scammer kini semakin licik dengan menggunakan pelbagai taktik untuk memperdaya orang ramai, termasuk menghantar barang secara percuma konon penerima akan dibayar untuk buat ulasan





Angkara ulasan ‘thumbler’, suri rumah kena ‘scam’ RM66,805 - Kosmo - 13/12 8:34 am

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah kerugian RM66,805 yang merupakan wang simpanannya dan ahli keluarga akibat diperdaya skim pekerjaan sambilan yang tidak wujud





Suami nekad elak konflik, minta isteri suri rumah berlakon pergi kerja depan ibu bapa - Mdateline - 10/12 4:00 pm

Demi mengelak berlakunya konflik di antara ibu bapa dan isterinya, seorang lelaki bernekad meminta pasangannya untuk berlakon pergi bekerja walaupun wanita terbabit bergelar suri rumah





Lelaki Bangladesh rogol remaja hingga hamil direman seminggu - Sinarharian - 9/12 2:50 pm

NILAI - Lelaki warga Bangladesh yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sehingga hamil, direman tujuh hari bermula pada Selasa.Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban."Reman terhadap suspek bermula 9 hingga 15 Disember dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya berusia 16 tahun yang disangka hanya sakit perut biasa rupa-rupanya sedang mengandung.Perkara itu diketahui suri rumah terbabit ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.Dia kemudiannya membuat laporan polis pada Mei lalu kerana mengesyaki anaknya telah dirogol di tempat kerja oleh rakan sekerja mangsa iaitu warga Bangladesh.Susulan itu, polis menahan suspek berusia di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.44 pagi pada Isnin.





MP Padang Serai didakwa bersubahat rasuah projek ternakan lembu Kedah - Mgazette - 8/12 3:55 pm

Yoganathan berkata, anak guamnya yang mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata sudah bekerjasama dengan pihak SPRM sejak Mac 2025. Beliau berkata, tiada sebab agak guamnya mahu melarikan diri, tambahan pula isterinya merupakan seorang suri rumah yang mengasuh ketiga-tiga anaknya





Kaki palsu dan celebral palsy: Dua graduan OKU UIAM raih pengiktirafan... - Mgazette - 7/12 7:49 am

Gadis manis itu sambil sesekali mengalir air mata menceritakan cabaran fizikal dan kesempitan kewangan keluarganya yang turut membatasi banyak perkara. Bapanya, Selamat Rahmat hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala ibunya, Salehah Haron, suri rumah sepenuh masa



Banjir kilat: Tak sampai seminggu, mangsa banjir kembali ke PTS - Mgazette - 6/12 7:35 am

Norsidah berkata, kali pertama lebih 25 penduduk dari sembilan keluarga berulang-alik selama empat hari ke PTS di sebuah surau sebelum ditutup pada Ahad lalu. Namun, suri rumah itu tidak menyangka berlaku limpahan air yang naik mendadak pada petang semalam akibat hujan lebat dan benteng penahan ombak yang sudah pecah lalu air mengalir ke rumah-rumah



Profesor UTeM nafi seleweng dana persatuan staf akademik - Mgazette - 6/12 7:35 am

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Julieana Yahaya mencadangkan jaminan RM10,000 selain syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport dan melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM sehingga kes selesai. Peguam tertuduh, Ahmad Soleh Yusof kemudian merayu jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dan jaminan akan dibuat oleh isterinya yang merupakan suri rumah



Buat baik dibalas jahat - Sinarharian - 4/12 8:02 am

AMPANG Seorang suri rumah yang menumpangkan wanita warga Myanmar di rumahnya menanggung kerugian apabila individu itu dipercayai melarikan barangan berharga termasuk wang tunai RM4,500 di Taman Permai Jaya di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata, mangsa berusia 29 tahun menerima panggilan daripada anak perempuannya yang memaklumkan telefon bimbit, beg bagasi berisi pakaian dan wang tunai hilang disyaki dicuri oleh suspek."Mangsa mengenali suspek berusia 18 tahun sejak tiga bulan lalu dan telah menumpangkannya di rumah kerana wanita itu tiada tempat tinggal."Kejadian berlaku ketika mangsa tiada di rumah, suspek memasuki bilik tidur utama dan melarikan barang tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Khairul Anuar berkata, pihaknya telah menahan suspek di Taman Nirwana di sini pada Isnin."Kita turut merampas telefon bimbit, pakaian serta beg bagasi bagi membantu siasatan."Suspek direman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat



Shopee raikan kejayaan affiliate wanita sempena 10 tahun - Sinarharian - 3/12 2:35 pm

Selagi terikat dengan pekerjaan sepenuh masa, ruang untuk berkembang sangat terhad.Namun titik perubahan hadir pada Mac 2021, selepas dia melihat perkongsian di Twitter tentang wanita lain yang menjana pendapatan melalui Program Affiliate Shopee.Bermula dari situ, dia belajar dari bawah dengan memahami jenis kandungan yang penonton sukai dan bereksperimen tanpa henti.Shopee turut menyokongnya melalui pengurus akaun khusus yang membimbingnya membaca data, menambah baik strategi Shopee Live dan membuka peluang kolaborasi jenama.Perjalanan gigih itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia menjadi salah seorang daripada tujuh penerima Anugerah Kelab 5 Juta Ringgit di Shopee Superstar Awards 2025.Dua tahun kemudian, pendapatan stabil memberinya keyakinan untuk menjadi affiliate sepenuh masa. Lebih manis, dia kini memimpin kumpulan 13 wanita yang kebanyakannya suri rumah menempa kejayaan menjana pendapatan dari rumah hasil bimbingannya."Kami komuniti kecil yang saling menyokong



Rumah Ronald McDonald beri teduhan kepada keluarga pesakit - Sinarharian - 2/12 9:30 am

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal bersama anak perempuannya akan menaiki feri sekitar 20 minit dari Pasir Kelang ke Pasir Era, Kuala Krai menyeberangi Sungai Kelantan, kemudian menaiki kereta hampir tiga jam ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di sini.Rutin tersebut perlu dilalui setiap hari oleh Nur Haniza Arifin, 45, apabila Nur Adawiyah Awang, 17, perlu menjalani fisioterapi selepas mengalami ke cederaan serius akibat kemalangan langgar lari pada tahun 2023 lalu sehingga menyebabkan anak ketiga daripada lima beradik itu koma selama lapan bulan.Menurut suri rumah itu, rawatan tersebut perlu dilakukan selama tiga hingga empat hari dalam masa seminggu dan ia bukan sahaja memenatkan malah memakan belanja yang besar namun demi anak tersayang ia terpaksa dilalui."Semuanya menjadi mudah dan menjimatkan kos apabila diberi peluang untuk menetap di Rumah Ronald McDonald (RMH)



Warga kota disantuni Gelombang Merah - Sinarharian - 2/12 9:00 am

Mereka bukan sekadar lapor isu besar, tapi masalah masyarakat pun diberi ruang. Itu yang buat kami rasa dihargai," katanya.Sementara itu, seorang pengguna pengangkutan awam, Suriaty Sadohan mengulas muka depan Sinar Harian pada Isnin berharap masalah yang dihadapi orang ramai didengari dan diberikan perhatian oleh pihak berwajib."Masalah kelewatan tren hampir setiap minggu memberi kesan kepada masa dan keyakinan terhadap sistem pengangkutan awam."Saya berharap Sinar Harian terus menjadi platform menyuarakan suara rakyat supaya isu-isu teknikal yang berulang mendapat perhatian segera dan tidak lagi dianggap perkara biasa oleh pihak berwajib," katanya.Bagi pekerja swasta, Hani Baharin, Sinar Harian dilihat berpotensi memainkan peranan penting penyambung maklumat yang tepat antara rakyat dan pihak berkaitan dalam isu pengangkutan awam."Laporan yang disampaikan perlu berasaskan fakta serta menggambarkan pengalaman pengguna secara menyeluruh."Oleh itu saya harap paparan suara pengguna dilaporkan secara adil dan Sinar Harian menjadi platform yang mendesak tindakan pembaikan serta memantau setiap komitmen pihak berwajib," tegasnya.Suri rumah, Farah Hanim Ahmad, 41, pula menyifatkan laporan khas sebagai saluran penting untuk rakyat melontarkan pandangan."Apabila angkat isu rakyat, sekurang-kurangnya suara kami sampai kepada pihak berkenaan," katanya.



Banjir termenung lambat surut gusar lapan kampung terjejas - Sinarharian - 1/12 4:55 pm

PASIR MAS Penduduk di lapan kampung dalam Mukim Pohon Tanjung di sini berdepan banjir termenung yang lambat surut meskipun hujan sudah berhenti sejak tiga hari lalu.Kampung terbabit ialah Bakong, Pohon Tanjung, Gading, Banggol Poyok, Siram, Merbau, Kubang Pak Hitam dan Cenerai yang masih digenangi air pada paras 0.4 meter hingga lebih satu meter.Di Kampung Kubang Pak Hitam, suri rumah Khadijah Daud, 54, berkata air naik sehingga hampir dua meter di pekarangan rumahnya yang dibina dengan tiang tinggi sehingga memaksa beliau bersama suami dan dua anak berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)."Dua hari lepas saya keluar guna bot, meredah air di tengah bendang hampir tiga kilometer untuk sampai ke PPS," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjung di sini pada Isnin.Menurut ibu lima anak itu, keadaan banjir termenung tersebut berlaku apabila air dari Sungai Lanchang, Tersang dan aliran sekitarnya turun ke kawasan rendah di kampung berkenaan sebelum mengalir ke Sungai Golok yang sudah melimpah



KKDW peruntuk RM1.273 bilion sejak 2023 - Sinarharian - 26/11 9:30 am

SHAH ALAM Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), yang telah dilaksanakan lebih 30 tahun bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah, telah melalui penjenamaan semula kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) mulai 1 Oktober 2024.Penjenamaan semula itu memperkenalkan standard baharu yang lebih komprehensif merangkumi saiz rumah, kadar bantuan dan kualiti binaan.Selaras dengan transformasi tersebut, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) menumpukan pelaporan prestasi kepada tempoh 2023 hingga kini, iaitu fasa yang menyaksikan peralihan program kepada model PPRS.Dalam tempoh ini, sebanyak RM1.273 bilion telah diperuntukkan bagi pembinaan dan baik pulih kediaman rakyat berpendapatan rendah di seluruh negara.Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan KKDW dalam meningkatkan kualiti hidup keluarga yang memerlukan sokongan perumahan sejak 2023."Sebanyak RM460.2 juta diperuntukkan pada 2023 untuk melaksanakan 15,634 unit rumah PPRT yang meliputi 3,118 unit Bina Baharu dan 12,738 unit Baik Pulih di seluruh Malaysia, manakala bagi Sabah pula RM130 juta."Pada 2024, RM448.4 juta diperuntukkan untuk pembinaan 2,835 unit rumah Bina Baharu dan 10,943 unit Baik Pulih di seluruh negara di mana Sabah juga menerima RM130 juta."Kerajaan meneruskan agenda kesejahteraan rakyat dengan memperuntukkan RM364.45 juta pada 2025 bagi 10,003 unit rumah PPRS yang meliputi 2,250 unit Bina Baharu dan 7,753 unit Baik Pulih," katanya dalam kenyataan pada Isnin."Sebanyak RM364.45 juta diperuntukkan pada 2025 bagi pelaksanaan 10,003 unit rumah PPRS yang meliputi 2,250 unit Bina Baharu dan 7,753 unit Baik Pulih." - KKDWTambahnya lagi, pada 2025 sahaja, Sabah menerima RM136.02 juta untuk membina 852 unit rumah baharu dan membaik pulih 2,729 unit rumah, menjadikannya negeri yang mempunyai jumlah pelaksanaan terbesar di bawah PPRS.mencerminkan iltizam kerajaan untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah di Sabah dapat menikmati kediaman yang lebih berkualiti serta peluang hidup yang lebih sejahtera."Ia juga didorong oleh beberapa faktor lain termasuk taburan penempatan luar bandar yang luas, jumlah rumah daif dan keperluan pembangunan di kawasan pedalaman."Secara keseluruhannya, PPRS bukti komitmen KKDW pembentukan komuniti yang selamat dan sejahtera.dalam menyediakan kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti kepada golongan yang paling memerlukan, sekali gus menyokong pembentukan komuniti luar bandar yang lebih stabil dan sejahtera."Program ini selaras aspirasi Malaysia Madani untuk memastikan rakyat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara," jelas KKDW.Penjenamaan semulaMenyentuh tentang penjenamaan semula, kementerian memberitahu, ia bukan sekadar perubahan nama tetapi melibatkan tiga penambahbaikan utama antaranya peningkatan saiz rumah dari 660 kaki persegi kepada 680 kaki persegi.Tidak terhenti setakat itu, peningkatan kadar bantuan dari RM66,000 kepada RM79,000 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM79,000 kepada RM85,000 seunit untuk Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan."Kadar baik pulih pula ditingkatkan kepada RM20,000 seunit bagi seluruh Malaysia."Yang terakhir adalah susun atur baharu yang membolehkan rumah dibina secara melintang atau menegak serta berkonsepkan mesra syariah," ujar kementerian itu.REAKSI:"Sebagai penerima PPRS dan balu empat orang anak, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat KKDW kerana memberikan rumah impian kami. Sebelum ini memang sangat susah, tapi Alhamdulillah pada Oktober, kami dapat kunci rumah dan sumbangan daripada kerajaan." Suri rumah, Kasimah Mukhsan."Ribuan terima kasih kepada KKDW kerana memberikan sebuah rumah PPRS yang bagi saya sangat selesa



Kurikulum Prasekolah 2026: Bina karakter, bina masa depan - Mgazette - 25/11 8:00 am

Melalui pendekatan itu, nilai-nilai murni seperti empati, kasih sayang, hormat, amanah dan bertanggungjawab diterap secara berterusan sehingga membentuk karakter dan identiti seorang insan sejahtera. Pembangunan karakter dalam kalangan murid prasekolah itu bagaimanapun tidak akan mencapai matlamatnya tanpa peranan guru sebagai pembimbing dan suri teladan (role model)




Reformasi     >>



Zahid: Api marak, jangan simbah minyak - Mkini
Presiden Umno memberi maklum balas terhadap kenyataan berkait keputusan mahkamah tolak Najib jalani tahanan di rumah.
Kroni     >>



Ahmad Zahid ingatkan jangan simbah minyak pada api .. - Utusan
PETALING JAYA: ‘Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak’. Demikian peringatan tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin DAP, susulan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan Titah ..
Tabloid     >>



Coach Cerai Jelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose, .. - Murai
Nampaknya isu perceraian antara aktres Uqasha Senrose dan aktor Kamal Adli masih lagi menjadi bualan hangat ramai selepas munculnya sosok seorang individu yang dikenali sebagai “Coach Cerai”. Menerusi platform Threads, Coach Cerai, atau nama sebenarnya Mohd Izary Ikhbal tampil ..
Tech     >>



Through gritted teeth, Apple and Google allow .. - Theregister
PLUS: Debian supports Chinese chips ; Hong Kongs Christmas Karaoke crackdown; Asahi admits it should have prevented hack; And more! APAC in Brief Google and Apple last week started to allow developers of mobile applications to distribute their wares through third-party app stores and accept payments ..
World     >>



US envoy Witkoff calls Ukraine talks productive - Star
WEST PALM BEACH, Florida, Dec 21 (Reuters) - Talks held between U.S., European and Ukrainian officials over the last three days in Florida aimed at ending Russia's war in Ukraine were productive and focused on aligning positions, U.S. special envoy Steve Witkoff said on Sunday. Read full story
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Vespa Officina 8 Lancar Di Malaysia .. - Mekanika
# RASMI: VESPA OFFICINA 8 LANCAR DI MALAYSIA - DARI RM22,000 **Sempena meraikan pembukaan Casa Della Vespa (House of Vespa) di Pulau Pinang, Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan Vespa Officina 8 untuk pasaran tempatan.** Vespa Officina 8 hadir menerusi ..