///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Sungai Udang News   Page 1    



Ekspedisi 44 Nagoya rentas pedalaman santuni komuniti Orang Asli - Mygazette - 16/11 5:27 pm

# Ekspedisi 44 Nagoya rentas pedalaman santuni komuniti Orang Asli KUALA LUMPUR - Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn





Hotspot banjir KL turun lebih 50 peratus ??? Hannah - Mygazette - 16/11 5:27 pm

KUALA LUMPUR Jumlah lokasi hotspot banjir di ibu negara berjaya dikurangkan lebih 50 peratus kepada 14 lokasi pada tahun ini berbanding 31 yang dikenal pasti antara 2020 hingga 2022





RM10 juta sudah dibelanjakan, Sanusi kata litar tak mustahak, sindir suruh beli motor - Harapandaily - 16/11 4:28 pm

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui Projek Litar Lumba Sungai Petani bukanlah sesuatu yang terlalu penting meskipun RM10 juta wang awam sudah dibelanjakan





Remaja perempuan ditembak ketika mencari katak - Sinarharian - 16/11 4:22 pm

RANAU - Seorang remaja perempuan parah selepas terkena tembakan ketika mencari katak di tepi Sungai Keliu, Kampung Tinanom di sini pada Sabtu lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 15 tahun mengalami pelbagai kecederaan pada anggota badan akibat tembakan senjata api yang disyaki dilepaskan oleh datuk saudaranya ketika berburu di kawasan hutan berkenaan.Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.49 pagi Ahad."Siasatan awal mendapati mangsa bersama bapa saudaranya dan seorang lagi lelaki pergi ke kawasan sungai berkenaan kira-kira jam 8 malam."Sebaik tiba di lokasi, mangsa memaklumkan hasrat untuk mencari katak di kawasan sungai, manakala bapa saudaranya keluar dari kawasan itu untuk mencari kayu api."Kira-kira jam 9 malam, bapa saudara mangsa terdengar bunyi tembakan disusuli jeritan meminta tolong sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati anak saudaranya dalam keadaan berlumuran darah serta mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Menurutnya, bapa saudara mangsa kemudian mendukung remaja terbabit untuk dibawa pulang ke kampung sebelum mendapatkan bantuan menghantarnya ke klinik kesihatan."Mangsa tiba di klinik pada jam 1.52 pagi Ahad dalam keadaan sedar, namun mengalami kesukaran bernafas serta beberapa luka pada anggota badan."Rawatan kecemasan awal diberikan sebelum mangsa dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut dan ditempatkan di Zon Merah," katanya.Mursalin berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kira-kira 13 kesan kecederaan berbentuk luka tusukan yang disyaki berpunca daripada tembakan senjata api."Kecederaan dikesan pada bahagian leher, dada kanan, bahu kanan, kedua-dua anggota atas serta lutut kanan, dengan anggota atas kanan mengalami kecederaan paling banyak."Selain itu, pemeriksaan turut mendapati pergelangan tangan kiri mangsa patah," katanya.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dan individu yang bersamanya hanya membawa panah ikan serta parang, manakala tiada maklumat menunjukkan mereka membawa senjata api ke lokasi kejadian."Bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis berjaya menahan seorang lelaki yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu."Hasil siasatan awal, suspek mengaku keluar dari rumah untuk berburu seorang diri dengan membawa selaras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk yang berisi peluru," katanya.Mengulas lanjut, Mursalin berkata, suspek dipercayai melepaskan tembakan selepas tersalah anggap cahaya yang dilihatnya di kawasan sungai sebagai mata haiwan buruan."Menurut keterangan suspek, ketika menyusuri tepi sungai, dia ternampak cahaya yang menyerupai mata binatang dan menyangka ia seekor pelanduk lalu melepaskan satu das tembakan."Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, suspek terdengar jeritan kesakitan sebelum menghampiri lokasi dan mendapati individu yang terkena tembakan sebenarnya adalah mangsa," katanya.Tambahnya, suspek kemudian turut membantu membawa mangsa keluar dari kawasan kejadian sebelum bertindak membuang senjata api yang digunakannya."Suspek bersama bapa saudara mangsa bergilir-gilir mengangkat remaja berkenaan sebelum mereka beredar dari lokasi kejadian."Suspek turut mengaku membuang senjata api jenis bakakuk yang digunakannya di dalam hutan," katanya.Sehubungan itu, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) akta sama.





Lemas mandi di tapak perkhemahan Kiulu - Kosmo - 16/11 3:19 pm

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi-manda di sebuah tapak perkhemahan di Kiulu, Tuaran pada Sabtu lepas





Missing 74-year-old windsurfer found dead off Tanjung Bungah - Sinardaily - 16/11 1:55 pm

GEORGE TOWN A 74-year-old man who went missing while windsurfing off Tanjung Bungah was found dead on Monday.The victim, Dr Khaw Chun Sein, was found on rocks near Straits Quay Retail Marina at 9.56am.Penang Fire and Rescue Department Operations and Firefighting Division assistant director John Sagun Francis said a medical officer from the Health Ministry (MOH) who arrived at the scene confirmed the victim's death."The victim was identified by his next of kin before the body was handed over to the Police for further action," he said in a statement on Monday.John said the victim was reported missing while windsurfing in waters near a swimming club on Sunday."Firefighters received an emergency call from the public regarding the incident at 7.42pm on Sunday."An engine from the Bagan Jermal Fire and Rescue Station arrived at the scene at 7.45pm, about three kilometres from the station," he said.He added that a Fire Control Post (PKB) was set up at the swimming club to coordinate the search and rescue (SAR) operation.The operation was assisted by the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA), Police, Malaysian Civil Defence Force (APM) and Volunteer Fire Brigades (PBS).John said the second day of the SAR operation was coordinated by the MMEA, with logistical support from one MMEA boat, two JBPM boats, one Police boat, one APM boat and two PBS boats.An MMEA helicopter, MAR 259, also provided aerial support during the search."The search area on the second day covered 94.76 square nautical miles, divided into five sea search sectors and one aerial search sector around the victim's last known location."Meanwhile, the operational team conducted a surface search over an area of 1.36 square nautical miles," he said.John said the SAR operation concluded at 10.30am, and the Fire Control Post was subsequently closed.The operation involved 11 personnel, including a supervisor from the Bagan Jermal Fire and Rescue Station, with assistance from the Water Rescue Team from the Butterworth Fire and Rescue Station.The Sungai Keluang and Bukit Bendera Volunteer Fire Brigades also participated, deploying a Fire Rescue Tender (FRT) and a lorry, he added.





Selangor mulls facial recognition system, tighter school security MB - Sinardaily - 16/11 1:47 pm

SHAH ALAM The Selangor government will study the implementation of a facial recognition attendance system and access controls at school entrances to prevent criminal incidents and unauthorised individuals from entering school premises.Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the measures were among several interventions being considered following recent criminal incidents at schools that resulted in injuries and deaths.He said the state government had previously introduced security measures at a national school (SK) in the state through an automated attendance tracking system to help school authorities monitor students' attendance."The technology was developed by a company based in Kuala Langat and also has the potential to notify parents when their children arrive at school."The previous intervention aimed to restore the confidence of students and parents in sending their children to school, as attendance had dropped to just 30 per cent of the total student population following several incidents," he said.He was responding to a supplementary question from Mohd Shafie Ngah (PN-Sungai Ramal) during the Selangor State Legislative Assembly sitting here on Monday.Earlier, Mohd Shafie urged the state government to pay greater attention to student safety at school entrances, particularly at schools located along main roads and in industrial areas.He also raised concerns over the lack of security guards or personnel to help students cross roads at certain religious schools managed by the Selangor Islamic Religious Department (JAIS), as well as the risk of unauthorised individuals entering school premises and threatening students' safety.However, Amirudin said implementation costs would be a key consideration, as the system would typically cost between RM5 and RM10 per student, bringing the overall expenditure to hundreds of thousands of ringgit.He said the state government would also study the installation of access control systems to detect unfamiliar individuals and prevent dangerous items, including sharp weapons, from being brought into school premises."Through an automated registration system using facial recognition and students' names, parents can also receive notifications about their children's attendance at school," he said.Meanwhile, Amirudin said the state government would also assess the need to provide traffic wardens to help manage student movement, particularly around congested school areas.He said the matter would be referred to JAIS, particularly concerning religious schools under the department's supervision."We will try to reorganise existing allocations to provide support for traffic wardens, either by appointing individuals or companies to manage traffic."Cooperation with the Police and relevant agencies will also continue, including for religious schools managed by JAIS," he said.





Tragedi disambar buaya kekal terpahat dalam ingatan Muhammad Zarith - Hmetro - 16/11 1:18 pm

Teluk Intan: Setiap kali banjir, ingatan Muhammad Zarith Hafizi pasti terkenang detik cemas diserang buaya ketika menjala di Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah di sini, tahun lalu





A year after surviving crocodile attack, Zariths struggle continues - Sinardaily - 16/11 11:35 am

TELUK INTAN For most people, the arrival of floodwaters brings concern over rising water levels and the risk of losing their belongings.For 29-year-old Muhammad Zarith Hafizi, however, it brings back memories of a terrifying encounter with a crocodile that changed his life forever.A year after surviving the attack while casting a net at Kampung Sungai Buaya in Kampung Gajah near here, the memory remains vivid, along with the physical scars and limitations left by the incident.The former surveyor suffered serious injuries to his left thigh and knee, which have since affected his ability to carry out physically demanding work.Recalling the incident, Muhammad Zarith said it happened at about 9am when he and a friend were heading to a drainage canal connected to the Sungai Perak, initially intending to fish.The father of one said they changed their plans after spotting numerous fish swimming near the riverbank, prompting him to return home nearby to fetch a fishing net."Whenever there is a flood, that spot is usually where we go fishing





Bayar lepas dapat kerja, sindiket PATI tawar ansuran masuk Malaysia - Sinarharian - 16/11 10:50 am

PASIR MAS - Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan menawarkan kaedah bayaran secara ansuran sehingga RM5,000 seorang bagi membolehkan migran memasuki Malaysia secara tidak sah.Bayaran itu hanya perlu dijelaskan selepas mereka berjaya memasuki negara ini dan memperoleh pekerjaan, sekali gus menjadikan kaedah berkenaan antara tarikan sindiket untuk mendapatkan pelanggan.Kegiatan itu berjaya dibongkar oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) susulan penahanan seorang lelaki warga Thailand dipercayai tekong darat bersama 12 warga Myanmar dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kubang Gadong, di sini pada Ahad.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 8 malam itu dilakukan oleh Task Force Komander Briged Tenggara dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.Menurut beliau, tangkapan membabitkan seorang lelaki Thailand berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat serta 12 warga Myanmar terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun."Semasa pemerhatian, pasukan mengesan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan sebelum dua lelaki dipercayai tekong menghampiri anggota sambil memegang senjata tajam jenis parang dan sabit."Anggota terpaksa mengacukan senjata api bagi mempertahankan diri sebelum kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri





Perak flood victims rise to 1,110, Selangor records slight drop - Sinardaily - 16/11 10:49 am

KUALA LUMPUR The number of flood victims in Perak rose sharply to 1,110 people from 392 families this morning, compared to 191 people from 58 families yesterday evening, while Selangor recorded a slight decrease.In PERAK, the State Disaster Management Committee (JPBN) Secretariat reported that flooding had recurred in the Larut, Matang and Selama district, with the relief centre (PPS) at Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang accommodating the highest number of victims at 282.This was followed by the PPS at Dewan Orang Ramai (DOR) Sungai Relong with 93 victims, Masjid Ali Rouse Kampung Ulu Sepetang (91), Dewan Changkat Larah (73), SK Batu Hampar (71), DOR Kampung Simpang Halt (59), SK Matang Gelugor (58), Dewan Serbaguna Taman Kaya (56), SK Matang (49), Masjid Al Wusta (41), Masjid Al Hidayah (25) and DOR Air Kuning, Asam Kumbang (13).The Kerian district was also affected by renewed flooding, with the PPS at SK Bukit Merah accommodating 33 people from three families, while in Hilir Perak, the PPS at Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) continued to house 186 people from 56 families.Meanwhile, in SELANGOR, 1,371 victims from 362 families remained at six PPS in the Kuala Selangor district this morning, compared to 1,399 people from 370 families yesterday evening.According to the Social Welfare Department's (JKM) InfoBencana portal, the PPS at SK Parit Mahang accommodated the highest number of evacuees at 399, followed by SK Dato' Maharaja Lela (396), Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (280), DOR Bukit Kuching Tengah (116), Kafa Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (114) and SRA Batu 8 Ijok (66).In PENANG, 95 evacuees from 26 families were relocated to the Village Community Management Council (MPKK) hall in Sungai Kechil, Nibong Tebal, after their homes were hit by floods following several hours of heavy rain last night.The affected areas included Jalan Sekolah and Kampung Sethu.Penang Fire and Rescue Department (JBPM) Assistant Director of Operations and Firefighting John Sagun Francis said the evacuees comprised 23 adult men, 33 adult women, 19 boys, 13 girls and seven babies, including two boys and five girls





PRN Melaka: Sokongan di empat DUN bukti Bersatu masih relevan Tun Faisal - Sinarharian - 16/11 10:08 am

PUTRAJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa masih relevan kepada pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, meskipun gagal memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sokongan yang diterima calon Bersatu di beberapa kawasan termasuk Pantai Kundor, Lendu, Bemban dan Sungai Udang menunjukkan masih terdapat pengundi Melayu yang yakin dengan perjuangan parti itu.Menurutnya, calon Bersatu di Pantai Kundor memperoleh lebih 6,000 undi atau 40.8 peratus, manakala di Lendu, Bemban dan Sungai Udang, parti itu turut menerima lebih 2,000 undi."Pengundi Melayu masih mengutamakan wakil rakyat dan kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat berbanding terpengaruh dengan naratif politik berasaskan kaum dan agama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ujar beliau, pengundi berkenaan sedar naratif Melayu-Islam yang dimainkan UMNO dan Pas tidak relevan dalam konteks politik Melaka kerana negeri itu diperintah UMNO dan BN sepanjang lima tahun lalu.Katanya, naratif tersebut hanya digunakan sebagai alat untuk meraih sokongan dan kuasa politik, selain mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan kerajaan negeri dalam menangani isu serta masalah mereka."Mereka (pengundi) menolak pemimpin yang tidak berintegriti dan tidak berprinsip





Fadhlina visits relief centre as floods affect 23 families in Nibong Tebal - Malaymail - 16/11 10:02 am

NIBONG TEBAL, Nov 16 A total of 23 families have been affected by floods in several areas of Sungai Kechil here,...





95 flood victims in Nibong Tebal evacuated to relief centre - Sinardaily - 16/11 9:53 am

NIBONG TEBAL A total of 95 flood victims from 26 families were evacuated to a temporary relief centre (PPS) after their homes were inundated following continuous heavy rain in several areas around Nibong Tebal and Sungai Jawi on Sunday.The victims comprised 71 people from 23 families in Jalan Sekolah, Kampung Sekolah, and another 24 people from three families in Kampung Sethu, Sungai Jawi.Penang Fire and Rescue Department (JBPM) Operations and Firefighting Division Assistant Director John Sagun Francis said the department received an emergency call through the NG999 system at 7.15pm before its fire engine arrived at the scene seven minutes later.He said the flooding caused water levels in several homes to rise to an estimated five metres, leaving some residents trapped inside their homes.Monitoring at the scene found that 71 victims from 23 families were trapped, prompting an immediate rescue operation.A Fire and Rescue Control Post was also set up near Sungai Kecil Mosque to coordinate the rescue operation, he said in a statement on Monday.He added that the rescue operation was carried out with the Royal Malaysia Police (PDRM), Malaysian Civil Defence Force (APM), People's Volunteer Corps (Rela) and nearby volunteer fire brigades (PBS).All the victims were subsequently evacuated to the Sungai Kechil Multipurpose Hall temporary relief centre for temporary shelter, he said.In a separate incident, John said the Sungai Bakap Fire and Rescue Station received an emergency call about flash floods in Kampung Sethu, Sungai Jawi, at 10.34pm.He said the fire engine arrived at the scene at 10.56pm and found several houses inundated by floodwaters estimated to be 0.91 metres deep.He said 24 victims from three families were found trapped inside their homes before a joint rescue operation was carried out with other agencies.All the victims were also evacuated to the Sungai Kechil Multipurpose Hall temporary relief centre, he said.John said the victims in Kampung Sekolah, Nibong Tebal, comprised 17 adult men and 15 adult women, as well as four elderly men and 10 elderly women.Those affected also included 11 boys, 11 girls and three infant girls, he said.Meanwhile, the victims in Kampung Sethu comprised eight adult men and six adult women, as well as three boys and seven girls.The data on the number of victims was obtained from the Sungai Kecil Multipurpose Hall temporary relief centre.The rescue operation in Kampung Sethu ended at 1.46am, while the operation in Kampung Sekolah, Nibong Tebal, concluded at 1.59am on Monday after water levels gradually receded and the areas were declared safe, he said.He added that the operations at both locations involved a total of 25 fire and rescue personnel, including supervisors, supported by two Fire Rescue Tenders (FRT/LFRT), one Compact Fire Rescue Tender (CFRT), two Rapid Response Vehicles (RRV)/operational Hilux vehicles and one Triton.Assistance was also provided by the Nibong Tebal, Sungai Jawi and Parit Buntar volunteer fire brigades (PBS), which deployed three boats to support the rescue operations.No other hazards were reported at either location following inspections and monitoring before the operations were called off, he added.Earlier, Sinar Harian reported that Education Minister Datuk Seri Fadhlina Sidek visited several areas around Sungai Kechil on Sunday night to assess the situation of residents affected by the floods.She went to the temporary relief centre at the Sungai Kechil Village Community Management Council (MPKK) Hall after receiving news of the incident.Fadhlina, who is also Nibong Tebal MP, said the affected areas included Sungai Duri, Kampung Sethu, Kampung Besar, Kampung Sungai Buaya, Sungai Kechil and Jawi.





PRN Melaka: Mesej politik PH dan Anwar ditolak rakyat - Hamzah Zainudin - Sinarharian - 15/11 1:05 pm

SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 membawa mesej politik yang jelas bahawa Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Amanah kalah di semua kerusi yang mereka tandingi.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bukan kebetulan politik tetapi satu pola penolakan rakyat yang semakin nyata.Menurut beliau, PH bukan kerajaan pilihan rakyat, bermula di Johor diteruskan di Negeri Sembilan dan kini Melaka."Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT dan terima kasih tak terhingga kepada rakyat Melaka





Dua wakil rakyat Pas galas tiga tanggungjawab besar di Melaka- Mohd Syahir - Sinarharian - 15/11 12:54 am

SHAH ALAM- Dua wakil rakyat Pas yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 kini menggalas tiga tanggungjawab besar di negeri itu.Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, mereka berperanan semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan dan memberi pendekatan adil untuk semua kepada segenap lapisan masyarakat.Menurutnya, selain itu sebagai wakil rakyat mereka juga perlu mempamerkan kepimpinan yang berintegriti dan berkebajikan."Sejurus menerima berita kemenangan PRN Melaka, Presiden Pas menyatakan keputusan pilihan raya ini membawa mesej yang cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah."Di samping itu, ia merupakan harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk."Oleh itu, Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat





Tragedi kepala air: Selaman di lokasi petunjuk K9 cari mangsa terakhir - Sinarharian - 15/11 12:06 am

HULU SELANGOR - Pencarian mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, di sini melibatkan operasi selaman di kawasan titik pencarian yang dikenal pasti berdasarkan petunjuk daripada Unit K9 pada Ahad.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima itu bermula jam 8.30 pagi dengan kekuatan 43 anggota daripada pelbagai agensi, termasuk 26 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 17 anggota agensi sokongan.Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kawasan pencarian dibahagikan kepada dua sektor utama iaitu Sektor C dan Sektor D bagi memastikan operasi dilaksanakan secara lebih sistematik dan menyeluruh.Menurutnya, operasi pencarian dimulakan pada jam 8.50 pagi dengan penglibatan Unit K9 yang menjalankan kaedah sniff searching di Sektor C bagi mengenal pasti lokasi berpotensi untuk tindakan pencarian lanjut."Susulan petunjuk yang dikenal pasti Unit K9, pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melaksanakan operasi selaman di kawasan berkenaan."Pada masa sama, pasukan bot turut menjalankan kaedah Donut/Expanding Square dan Surface Searching di kedua-dua sektor bagi memperluaskan kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat ketujuh mangsa tragedi kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, di sini ditemukan pada Jumaat.Pengarah JBPM Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat lelaki warga India yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan pada jam 3.40 petang di kawasan pencarian sektor C.Pada Isnin lalu, lapan lelaki dihanyutkan arus dengan seorang mangsa warga tempatan ditemukan pada jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Lata Jebus dipercayai lokasi tujuh daripada lapan mangsa dihanyutkan arus, manakala seorang lagi mangsa dipercayai dihanyutkan dari kawasan berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak.Beliau berkata, operasi turut dibantu Unit Udara yang menggunakan sebuah dron bagi tujuan pemantauan dari udara serta mengenal pasti kawasan berpotensi.Katanya, seramai 25 anggota digerakkan khusus bagi operasi pencarian sebelah pagi dengan menggunakan lima bot terdiri daripada tiga bot JBPM, sebuah bot Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali dan sebuah bot Polis Diraja Malaysia (PDRM).Mengulas perancangan operasi sebelah petang, beliau berkata, pergerakan pasukan akan ditentukan berdasarkan penilaian semasa keadaan cuaca, paras air dan arus sungai."Faktor keselamatan anggota sentiasa menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi kawasan operasi ini pernah mengalami dua kejadian kepala air sebelum ini iaitu pada 11 November lalu, jam 3.30 petang dan 14 November, jam 1 pagi."Perkara itu diambil kira dalam perancangan operasi khususnya membabitkan perubahan aliran sungai, keadaan dasar sungai serta risiko kepada pasukan penyelamat," katanya.Ujarnya, operasi SAR diteruskan secara bersepadu dengan mengoptimumkan kepakaran serta aset semua agensi terlibat bagi memastikan usaha mengesan mangsa dapat dilaksanakan dengan berkesan.





Three factors keep Melaka blue - Analysts - Sinardaily - 15/11 10:13 am

MELAKA - Machinery strength, grassroots influence and the ability to unite Malay votes were the main factors behind the Barisan Nasional (BN) - Perikatan Nasional (PN) coalition retaining its mandate in the Melaka state election.Universiti Sains Malaysia (USM) School of Social Sciences lecturer Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian said the advantage gave the two blue giants extra strength as the political cooperation between the two blocs was successfully translated into vote transfers.The Melaka state election is not just a contest between parties but a test of whether votes can be transferred through elite negotiations or are still determined by voter sentiment and confidence.The votes of both blocs were successfully transferred, and Pakatan Harapan (PH) faced difficulties, he told Sinar Ahad.BN has unofficially secured a two-thirds majority by winning 21 of the 28 state assembly seats to form the state government.This was announced by Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki at the BN operations centre at the Melaka International Trade Centre (MITC) in Ayer Keroh.BN won Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal and Asahan.Apart from that, they won Sungai Udang, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau and Sungai Rambai.Meanwhile, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) political analyst Dr Mohamad Hafis Amat Simin said the cooperation between the coalitions, led by BN chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and PN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, had united Malay voter support and reduced competition between parties in Malay-majority areas.He said the candidates relationships with local residents, their service records and their ability to address local issues such as development, job opportunities and the cost of living could also determine voter support.In election politics, unity among leaders does not automatically translate into unity among supporters





Melaka polls: 26 candidates lose deposits, most from Bersama - Sinardaily - 15/11 8:54 am

KUALA LUMPUR - A total of 26 candidates forfeited their election deposits after failing to secure at least one-eighth of the total votes counted in the 16th Melaka state election.Parti Bersama Malaysia (Bersama) recorded the highest number of candidates losing their deposits, with 15 of its 16 candidates failing to secure the minimum number of votes required.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) saw five of its seven candidates lose their deposits, while Pakatan Harapan (PH) suffered the same fate with two of its 24 candidates.Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), which fielded a sole candidate in the Gadek state seat, and three independent candidates also lost their contests and forfeited their deposits.Meanwhile, Barisan Nasional (BN) candidate Datuk Rais Yasin secured the largest winning majority of 16,214 votes in Sungai Udang, defeating the Bersatu and Bersama candidates, who obtained 2,103 and 1,322 votes respectively.Sungai Udang was among the closely watched seats in the Melaka state election, with 22,195 of its 29,692 registered voters casting their ballots today.BN candidate Datuk Ngwe Hee Sem, who secured 6,686 votes, recorded the smallest winning majority in a three-cornered contest for the Machap Jaya state seat against PH's Datuk Ginie Lim Siew Lin and Bersama's Prasanth Kumar Brakasam.Ngwe retained the Machap Jaya seat, which he won with a majority of 938 votes in the 2021 Melaka state election





Barisan Nasional declares 18 seats won, enough to form state government - Sinchew - 15/11 7:37 am

Barisan Nasional declares 18 seats won, enough to form state government Barisan Nasional (BN) and Perikatan Nasional (PN) delivered a strong showing in the 16th Melaka State Election, with BN unilaterally declaring at around 8pm that it had secured 18 seatsenough to form the state government. At 8.16pm, BN announced victories in 18 constituencies: Lendu, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Taboh Naning, Asahan, Ayer Limau, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau, Machap Jaya, Serkam, Rembia, Kuala Linggi, Gadek, Paya Rumput, Ayer Molek, and Klebang





Mayat wanita Myanmar ditemukan dalam sungai - Mygazette - 15/11 7:37 am

IPOH - Seorang wanita warga Myammar ditemukan maut di dalam sungai berhampiran Taman Residensi dekat Bidor, hari ini





PH yakin pertahan kerusi utama meski peratusan mengundi rendah – Adly - Mygazette - 15/11 7:37 am

Hadir sama calon PH DUN Durian Tunggal, Datuk Asyraf Mukhlis Minghat. Antara kawasan yang dilaporkan mencatatkan peratusan keluar mengundi lebih rendah berdasarkan rekod SPR ialah DUN Merlimau, Sungai Udang dan Kota Melaka





BN rampas semula DUN Sungai Udang, Rais menang bergaya?? - Mygazette - 15/11 7:37 am

# BN rampas semula DUN Sungai Udang, Rais menang bergaya TANGGA BATU Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 malam ini dengan majoriti berganda berbanding PRN 2021





Tidak rasmi: BN menang di 21 kerusi?? - Mygazette - 15/11 7:37 am

Antara kerusi yang dimenangi secara tidak rasmi adalah DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Machap Jaya, Durian Tunggal, Rembia, Gadek dan Asahan. Kerusi lain adalah Sungai Udang, Pantai Kundur, Klebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek dan Duyong





Jangan leka kemenangan besar, Rais anggap majoriti 16,214 undi amanah .. - Mygazette - 15/11 7:37 am

# Jangan leka kemenangan besar, Rais anggap majoriti 16,214 undi amanah rakyat TANGGA BATU Kemenangan besar dengan majoriti 16,214 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang tidak seharusnya menyebabkan Barisan Nasional (BN) leka atau terlalu selesa, sebaliknya perlu menjadi peringatan untuk terus menunaikan amanah rakyat





TIDAK RASMI: BN-PN mendahului di 11 kerusi DUN - Mygazette - 15/11 7:37 am

MELAKA - Barisan Nasional dan rakan strategik Perikatan Nasional kini mendahului di 22 Dewan Undang Negeri (DUN) daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. BN kini mendahului antaranya di DUN Sungai Udang, Tanjung Bidara, Merlimau, Serkam, Duyong dan Asahan





PRN Melaka: 26 daripada 79 calon hilang deposit - Sinarharian - 15/11 12:51 am

SHAH ALAM - Seramai 26 daripada 79 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi sah.Jumlah tersebut bersamaan dengan 33 peratus atau hampir satu pertiga daripada keseluruhan calon pada pilihan raya tersebut.Daripada jumlah itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) mencatatkan jumlah tertinggi apabila 15 daripada 16 calonnya kehilangan deposit.Calon parti berkenaan yang bertanding di Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam gagal melepasi paras minimum undi ditetapkan.Bagaimanapun, calonnya di Bemban berjaya mengekalkan deposit.Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merekodkan lima calon kehilangan deposit daripada tujuh kerusi yang ditandingi.Lima kerusi berkenaan ialah Sungai Udang, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban, manakala calon di Lendu dan Pantai Kundor berjaya mengekalkan deposit.Bagi Pakatan Harapan (PH) pula, dua calon mereka kehilangan deposit masing-masing di Ayer Limau dan Serkam.Selain itu, seorang calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) di Gadek dan tiga calon Bebas di Bukit Katil, Bemban dan Sungai Rambai turut kehilangan deposit.Mengikut peraturan pilihan raya, calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi sah bagi mengelakkan wang deposit mereka dilucutkan.





PRN Melaka: 15 calon Bersama hilang wang deposit, hanya Bemban terselamat - Sinarharian - 14/11 11:58 pm

SHAH ALAM Hanya seorang daripada 16 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mengekalkan wang deposit, manakala 15 lagi kehilangan deposit selepas gagal memperoleh jumlah undi yang ditetapkan.Calon Bersama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr Muhammad Solehin Saleh, memperoleh 4,140 undi sekali gus menjadi satu-satunya calon parti itu yang berjaya mengekalkan wang deposit.Antara calon yang memperoleh jumlah undi terendah ialah Laveen Bala di DUN Gadek dengan 287 undi, diikuti Prasanth Kumar Brakasam di DUN Machap Jaya yang meraih 281 undi.Di DUN Kuala Linggi, Dr Farhana Hamzah memperoleh 439 undi, manakala calon DUN Rembia, Aman Akil meraih 758 undi.Calon Bersama di DUN Sungai Udang, Ridzuan Rahman memperoleh 1,322 undi, manakala Abdul Rashid Abu Bakar di DUN Paya Rumput meraih 1,288 undi.Di DUN Kelebang, Young Jie Yu mendapat 749 undi, sementara Goh Han Koon di DUN Pengkalan Batu memperoleh 618 undi.Di DUN Ayer Keroh, Muhaimin Lau meraih 1,932 undi, manakala Dr Aliza Che Amran di DUN Bukit Katil memperoleh 1,119 undi.Sementara itu, Dr Bryan Kek yang bertanding di DUN Kesidang meraih 2,003 undi, diikuti Ethan Lim Zhi Hao di DUN Kota Laksamana dengan 1,582 undi.Calon Bersama di DUN Bandar Hilir, Dr Rashidi Jalil memperoleh 1,315 undi, manakala Hazwan Mustafa di DUN Telok Mas mendapat 918 undi.Di DUN Serkam pula, Muhamad Saffie Md Yasan hanya memperoleh 425 undi.Keputusan itu menyaksikan Bersama gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka, selain hampir keseluruhan calonnya kehilangan wang deposit.





PRN Melaka: Bersatu hilang deposit di 5 daripada 7 kerusi ditandingi - Sinarharian - 14/11 11:58 pm

SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal memperoleh keputusan memberangsangkan apabila lima daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menyaksikan calon parti itu hilang deposit.Daripada tujuh kerusi ditandingi iaitu Lendu, Sungai Udang, Pantai Kundor, Klebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban, hanya dua kerusi iaitu Lendu dan Pantai Kundor menyaksikan calon Bersatu berjaya mengekalkan deposit.Di DUN Sungai Udang, calon Bersatu hanya memperoleh 2,103 undi daripada 29,692 pemilih berdaftar, manakala calon Barisan Nasional (BN) menang dengan 18,317 undi dan majoriti 16,214 undi.Di Klebang, calon Bersatu turut hilang deposit selepas hanya memperoleh 940 undi daripada 27,339 pemilih berdaftar.BN memenangi kerusi itu dengan 12,522 undi dan majoriti 7,035 undi.Nasib sama dialami calon Bersatu di Pengkalan Batu yang hanya memperoleh 876 undi daripada 25,948 pemilih berdaftar.BN memenangi kerusi berkenaan dengan 11,836 undi dan majoriti 6,358 undi.Sementara itu, di Ayer Keroh, calon Bersatu hanya memperoleh 1,077 undi daripada 38,252 pemilih berdaftar, sekali gus hilang deposit.Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi itu dengan 14,078 undi dan majoriti 5,604 undi.Di Bemban pula, calon Bersatu hanya meraih 2,109 undi daripada 26,318 pemilih berdaftar.Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi berkenaan dengan 11,881 undi dan majoriti 7,741 undi.Keputusan itu menyaksikan lima calon Bersatu gagal mencapai jumlah undi minimum untuk mendapatkan semula deposit, manakala hanya calon di Lendu dan Pantai Kundor berjaya melepasinya.





BN-PN cipta hatrik, gelombang biru terus 'gegar' Melaka - Sinarharian - 14/11 11:40 pm

SHAH ALAM - Gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terus mencipta kejutan apabila kedua-dua gabungan itu berjaya menguasai 24 daripada 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 21 daripada 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala PN memperoleh tiga daripada lima kerusi sekali gus meraih majoriti dua pertiga.Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi empat daripada 24 kerusi ditandingi, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan calon Bebas gagal memperoleh sebarang kerusi.Kejayaan itu sekali gus melengkapkan hatrik kemenangan kerjasama BN-PN selepas menguasai Johor pada Julai lalu diikuti Negeri Sembilan pada Ogos.BN berjaya mengekalkan kemenangan di 20 kerusi iaitu di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal dan Asahan.BN juga menang di Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.Parti yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut berjaya menawan satu kerusi baharu iaitu Sungai Udang.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Bidara selepas memperoleh 10,079 undi, menewaskan calon PH, Mohd Yunazri Mustamiri dengan majoriti 8,615 undi.Ab Rauf yang juga Ketua Menteri sebelum pembubaran DUN pada 23 September lalu memenangi kerusi itu pada PRN 2021 dengan majoriti tipis 364 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon PH, Zainal Hassan dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada PN.Seorang lagi calon popular BN, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar turut mempertahankan kerusi DUN Rim selepas menewaskan calon PH, Esma Eazreen Husin dengan majoriti 7,090 undi.Bekas pelakon tersebut memperoleh 9,847 undi undi berbanding 2,757 undi diraih pencabarnya sekali gus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021.Perikatan Nasional (PN) pula meraih kemenangan di DUN Paya Rumput apabila calon dari Pas, Rafie Ahmad menang dengan majoriti 7,185 undi.Beliau yang mendapat 19,723 undi menewaskan calon dari PH merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang memperoleh 12,538 undi dan calon Bersama, Abdul Rashid Abu Bakar yang meraih 1,288 undi.PN turut mencatat kemenangan menerusi calon Parti Wawasan Negara (Wawasan), Dr Mohd Yadzil Yaakub yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Bemban pada penampilan pertama parti itu dalam PRN Melaka.Mohd Yadzil memperoleh 11,881 undi dengan majoriti 7,741 undi sekali gus mengekalkan kerusi yang dimenanginya atas tiket Bersatu pada PRN 2021.Beliau mengalahkan calon Bersama, Dr Solehin Saleh yang mendapat 4,140 undi serta calon Bersatu, Muhammad Rabaie yang memperoleh 2,109 dan calon Bebas.Adly Zahari tumbang di Bukit KatilSementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari gagal mempertahankan kerusi Bukit Katil selepas tewas kepada calon PN daripada Pas, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dengan majoriti 8,008 undi.Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan serta bekas Ketua Menteri Melaka memperoleh 7,279 undi berbanding 12,943 undi diraih Muhammad Ridzuan dalam pertandingan empat penjuru yang turut melibatkan calon Bersama dan Bebas.Kekalahan itu menamatkan penguasaan Adly, 55, di Bukit Katil yang dimenanginya sejak 2018, selepas berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN 2021 dengan majoriti 1,057 undi.Bagaimanapun, gabungan berkenaan berjaya mempertahankan empat kerusi iaitu DUN Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir yang ditandingi DAP.Bersatu, Bersama pulang tangan kosongDalam pada itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal memenangi sebarang kerusi daripada tujuh kawasan yang ditandinginya menggunakan logo sendiri pada PRN kali ini.Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang tampil bertanding di 16 kerusi turut pulang tangan kosong selepas semua calonnya gagal mencatat kemenangan dalam persaingan kali ini.Keputusan itu menyaksikan kedua-dua parti berkenaan gagal memperoleh wakil dalam DUN Melaka, manakala calon Bebas turut tidak berjaya memenangi sebarang kerusi.Kerjasama rasmi BN-PN, manifesto bersamaPRN Melaka kali ini menjadi pilihan raya pertama menyaksikan BN dan PN mengabsahkan kerjasama politik secara rasmi, selain mengumumkan manifesto secara bersama pada 6 November lalu.Manifesto bertemakan 'Membina Masa Depan Melaka, Memakmurkan Negara' itu menggariskan 113 inisiatif menerusi enam teras utama termasuk kebajikan rakyat, perumahan, pendidikan dan pembangunan ekonomi.PRN Melaka kali ini turut menyaksikan pelbagai isu menjadi perhatian sepanjang 14 hari tempoh berkempen termasuk keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.Pada PRN Melaka 2021, BN mencatat kemenangan besar apabila menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN manakala PH memperoleh lima kerusi dan PN hanya dua kerusi.Secara keseluruhan, seramai 79 calon bertanding merebut 28 kerusi DUN dengan 11 kawasan menyaksikan pertandingan dua penjuru, 11 tiga penjuru dan enam lagi empat penjuru.PRN Melaka ke-16 melibatkan 687,697 pemilih berdaftar termasuk 12,531 pemilih awal terdiri daripada anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing yang telah mengundi pada Selasa lalu.Kemenangan itu memberikan mandat baharu kepada kerjasama BN-PN untuk meneruskan pentadbiran Melaka, dengan tanggungjawab melaksanakan tawaran pilihan raya serta memastikan kebajikan dan pembangunan negeri terus menjadi keutamaan.





Melaka polls: BN-PN secure two-thirds majority, retain state government control - Sinardaily - 14/11 11:32 pm

MELAKA - Barisan Nasional (BN) and Perikatan Nasional (PN) have secured a two-thirds majority in the 16th Melaka state election, paving the way for them to form the new state government and retain their political dominance in the historic state.BN retained 21 of the 28 state assembly seats it won in the 2021 election, while PN had officially secured one seat as of 10.45pm tonight.BN won Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau and Sungai Rambai.PN officially won Bemban, while its victories in Paya Rumput and Bukit Katil had yet to be announced by the Election Commission (EC).Pakatan Harapan (PH), meanwhile, retained its four seats in Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir and Kota Laksamana.Parti Bersama Malaysia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) and three independent candidates failed to win any seats.The election saw 79 candidates contesting the 28 state seats, with PH fielding the most candidates at 24, followed by BN (23), Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (seven), PN (five), Putra (one) and three independents.Melaka PH chairman Adly Zahari said the coalition accepted the election outcome and respected the people's mandate despite winning only four of the 24 seats it contested.Meanwhile, BN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said BN and PN had agreed to nominate Tanjung Bidara assemblyman Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh as Melaka Chief Minister.Ab Rauf is scheduled to be sworn in as Melaka's 13th Chief Minister at the Melaka Governors Office in Seri Negeri tomorrow.The state election was held following the dissolution of the State Assembly on Sept 23





[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Lima kerusi catat majoriti lebih 10,000 undi - Sinarharian - 14/11 11:10 pm

SHAH ALAM Lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatatkan majoriti melebihi 10,000 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, dengan DUN Sungai Udang merekodkan jurang kemenangan terbesar.Di DUN Sungai Udang, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin menang dengan majoriti 16,214 undi selepas memperoleh 18,317 undi.Beliau menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mejar (B) Abdullah Mahadi yang memperoleh 2,103 undi, manakala calon Parti Bersama Malaysia, Ridzuan Rahman meraih 1,322 undi.DUN Ayer Molek pula menyaksikan calon BN, Mohd Ridhwan Mohd Ali menang dengan majoriti 13,108 undi selepas memperoleh 16,312 undi, sekali gus mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Hakimin Mokhtar yang mendapat 3,204 undi.Di DUN Serkam, calon BN, Azman Abdullah memperoleh 14,632 undi untuk menewaskan calon PH, Muhammad Faiq Azman yang meraih 1,943 undi, sekali gus mencatatkan majoriti 12,689 undi.Sementara itu, calon BN, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman memenangi kerusi DUN Telok Mas dengan majoriti 11,114 undi selepas memperoleh 16,015 undi.Beliau menewaskan calon PH, Kapten (B) Mohamad Jaafar yang memperoleh 4,901 undi, manakala calon Parti Bersama Malaysia, Hazwan Mustafa meraih 918 undi.Di DUN Duyong, calon BN, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut mencatat kemenangan dengan majoriti 10,040 undi selepas memperoleh 15,067 undi.Beliau mengatasi calon PH, Poo Long Suan yang memperoleh 5,027 undi.Keputusan itu menunjukkan penguasaan kukuh BN di beberapa kerusi tradisi apabila kesemua lima DUN berkenaan dimenangi dengan majoriti lima angka.





Official EC Results: Melaka delivers landslide mandate to BN-PN alliance - Sinardaily - 14/11 10:43 pm

Nadarajah. One of eight new faces fielded by BN, the Melaka MIC deputy chairman secured 6,472 votes and a majority of 3,514.Melaka MCA chairman Datuk Lim Ban Hong and his deputy, Datuk Ngwe Hee Sem, also retained Klebang and Machap Jaya respectively.Other seats won by BN included Duyong, Kuala Linggi, Ayer Limau, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek and Telok Mas.Pas also contributed to the alliances strong performance, with its candidate Muhammad Ridzuan Mohd Sarif defeating PHs Amanah vice-president and former Melaka chief minister Adly Zahari in a four-cornered contest in Bukit Katil.Adly, who is now Deputy Defence Minister, had won the seat in the 2021 state election with a majority of 1,057 votes.Pas secured another victory in Paya Rumput when its candidate, Rafie Ahmad, defeated PH candidate Datuk Azman Abidin, the Prime Ministers political secretary, in a three-cornered contest.The seat was previously held by BN but allocated to PN under the electoral cooperation agreement between the two coalitions for this election.Meanwhile, Wawasan made its mark in Bemban when its candidate, Dr Mohd Yadzil Yaakub, defeated three other challengers, including Dr Akmals brother, Dr Muhammad Solehin Saleh, who contested under the Bersama banner.Dr Yadzil had won the seat in the previous state election as a Bersatu candidate.Bersatu, however, failed to win any of the seats it contested.The scale of the BN-PN victory had become increasingly apparent even before the official results were finalised.At about 8pm, Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki announced that the two coalitions had unofficially crossed the simple-majority threshold of 15 seats required to form the next state government.About 20 minutes later, he announced that the alliance had secured an unofficial two-thirds majority after winning 19 seats.The election recorded a voter turnout of 70.59 per cent, higher than the 65.85 per cent recorded in the 2021 state election.





Bersatu suffers total defeat in Melaka, political survival in question - Sinardaily - 14/11 10:20 pm

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) suffered a complete electoral defeat in the Melaka state election, failing to win any of the seven seats it contested, raising fresh questions about the party's political survival and its relevance ahead of the 16th General Election (GE16).The defeat saw all seven Bersatu candidates lose their respective contests, including several high-profile names fielded by the party in its attempt to maintain a foothold in the state.They were Nazri Ramli (Lendu), Major (R) Abdullah Mahadi (Sungai Udang), Datin Seri Dr Asmah Samat (Pantai Kundor), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Kelebang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Mohd Hamnaim Mohamad (Ayer Keroh) and Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bemban).The result is a major setback for Bersatu, which had been attempting to rebuild its political standing following its fallout with PAS and the breakdown of its relationship with Perikatan Nasional (PN).Its decision to contest seven seats while navigating an uncertain political relationship with PH also placed the party in a difficult position, particularly as the BN-PN pact campaigned under the Muafakat Melaka banner.The party's inability to secure even one seat raises questions about its grassroots strength, electoral machinery and ability to mobilise Malay voters without the backing of a broader political coalition.More significantly, the defeat could weaken Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin's position as the party confronts the challenge of rebuilding its electoral credibility.Bersatu's political future will now depend on whether it can regroup, retain its remaining political support and establish a clear direction ahead of GE16.The Melaka outcome also casts a shadow over any future cooperation with PH, particularly if Bersatu is unable to demonstrate that it can bring meaningful electoral support to the negotiating table.For a party that was once part of the coalition that ended Barisan Nasional's six-decade hold on federal power in 2018, a complete failure to win representation in Melaka would mark a significant reversal of fortunes.





[TIDAK RASMI] Bersatu hilang dua kerusi DUN dimenangi pada PRN lalu - Sinarharian - 14/11 9:57 pm

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal mempertahankan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 apabila Sungai Udang dan Bemban beralih kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Di Sungai Udang, Mejar (B) Abdullah Mahadi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin yang memperoleh 18,317 undi dengan majoriti 16,214 undi.Abdullah yang mewakili Bersatu hanya memperoleh 2,103 undi, manakala calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Mohd Ridzuan Abdul Rahman mendapat 1,322 undi.Sementara itu, di Bemban, calon muka baharu Bersatu, Muhammad Rabaie Ab Hamid turut tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Yadzil Yaakub.Pada PRN 2021, Mohd Yadzil memenangi kerusi itu atas tiket Bersatu dengan majoriti 328 undi sebelum menyertai Wawasan.Kekalahan di kedua-dua kerusi itu menyaksikan Bersatu gagal mengekalkan penguasaan di kawasan yang dimenangi parti berkenaan pada PRN lalu.





[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Bersama, Bersatu, Putra dan calon Bebas tewas semua kerusi - Sinarharian - 14/11 9:48 pm

SHAH ALAM Parti Bersama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) serta calon Bebas gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi setakat ini.Bersama yang bertanding di 16 kerusi, Bersatu di tujuh kerusi serta tiga calon Bebas dilaporkan tewas di semua kawasan yang ditandingi.Nasib sama turut menimpa Putra yang meletakkan calon tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek apabila gagal memenangi kerusi berkenaan.Secara keseluruhan, keempat-empat parti dan calon Bebas itu bertanding di 27 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Melaka kali ini.Keputusan semasa menunjukkan tiada satu pun daripada 27 kerusi berkenaan berjaya dimenangi oleh Bersama, Bersatu, Putra mahupun calon Bebas.Sebelum ini, sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi PRN Melaka Ke-16 dibuka tepat jam 8 pagi pada Selasa bagi membolehkan 12,531 anggota pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu membabitkan 9,769 anggota tentera bersama pasangan serta 2,762 anggota polis.Empat pusat mengundi awal bagi anggota tentera melibatkan 2,850 pengundi di SK Kem Terendak 1, diikuti 2,660 pengundi di SK Terendak 2, 2,189 pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak dan 1,584 pengundi di Dewan Kem Sungai Udang Ramli.





Jezlee Pit wins Sungai Rambai for BN with 7,498-vote majority - Sinardaily - 14/11 9:42 pm

SHAH ALAM Barisan Nasional (BN) Jezlee Pit won the Sungai Rambai state seat (N28) with a majority of 7,498 votes in the 16th Melaka state election on Nov 14, according to official results from the Election Commission.Jezlee polled 9,610 votes, or 78.7 per cent of the 12,208 votes cast for the three candidates.Amanah Jasin chief Aminuddin Abdul Jalil of Pakatan Harapan (PH) took 2,112 votes (17.3 per cent) while independent Norrizan Jantan, who contested under the diamond symbol, received 486 votes (4 per cent).The result keeps the seat in BN hands





Rais Yasin wins big in Sungai Udang with 16,214-vote majority - Sinardaily - 14/11 9:26 pm

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) candidate Datuk Rais Yasin has won Sungai Udang, a military-heavy constituency, in the 16th Melaka state election with a majority of 16,214 votes.According to the official results, Rais secured 18,317 votes, defeating his two challengers, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) candidate Major (Rtd) Abdullah Mahadi, who received 2,103 votes and Parti Bersama Malaysia (Bersama) candidate Ridzuan Rahman, who garnered 1,322 votes.The victory marks a return to the state assembly for Rais, who previously represented Paya Rumput after winning the seat in the 15th Melaka polls in 2021.Rais, who is also the Tangga Batu Umno division chief and Melaka BN deputy chairman, secured 6,830 votes in Paya Rumput in the previous state election, winning with a majority of 629 votes.His move to Sungai Udang was part of BN's effort to reclaim the constituency, which fell to Perikatan Nasional (PN) in the 2021 election.In that contest, Bersatu's Dr Mohd Aleef Yusof defeated BN candidate Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad by a majority of 530 votes.Before the latest election, Rais had served as BN's Sungai Udang coordinator for about three years, allowing him to engage with residents and understand local issues, including those affecting the military community in the constituency.





Kanak-kanak lelaki lemas di kolam rekreasi - Sinarharian - 14/11 8:40 pm

GUA MUSANG Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai lemas di sebuah kolam rekreasi di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 pagi.Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans ke Jabatan Kecemasan Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Choon Foo berkata, kanak-kanak berkenaan dipercayai sedang beriadah bersama bapanya di lokasi rekreasi tersebut."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan dan punca sebenar kejadian," ujarnya.Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memberi pengawasan rapi terhadap anak-anak, khususnya ketika berada di kolam renang, sungai atau kawasan rekreasi air."Pihak polis tidak akan membuat sebarang spekulasi sehingga semua fakta dan hasil siasatan diperoleh."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.





[TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN isytihar berjaya bentuk kerajaan negeri - Sinarharian - 14/11 8:33 pm

AYER KEROH Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 23 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, secara tidak rasmi mereka memperoleh kemenangan di 15 kerusi.Beliau berkata, 15 kerusi berkenaan ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau, Machap Jaya, Serkam, Rembia, Kuala Linggi dan Gadek.Pengumuman itu disambut sorakan gemuruh penyokong BN dan PN yang memenuhi Pusat Gerakan BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan diselangi laungan takbir.Kiraan tersebut menjadikan jumlah kerusi yang didakwa dimenangi BN dan Perikatan Nasional (PN) mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.Bagaimanapun, keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tertakluk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).





Vote First, RM50 Later? Melaka Video Gets Folks Talking - Rakyatpost - 14/11 8:16 pm

Viral Threads footage showing RM50 cash handouts outside a Sungai Udang building bearing Barisan Nasional (BN) banners on Melaka polling day has prompted calls for an official probe, though authorities have not confirmed any electoral offence.





Mayat wanita ditemukan dalam sungai - Sinarharian - 14/11 7:59 pm

IPOH - Seorang wanita ditemukan maut di dalam sungai berhampiran Taman Residensi dekat Bidor, hari ini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita berusia lingungan 30-an, disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.55 petang sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, bergegas ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer."Ketua operasi melakukan size up seterusnya mengarahkan anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap, melakukan kerja-kerja mengangkat dan mengambil mangsa dari dalam sungai dengan menggunakan stretcher."Mangsa yang merupakan warga Myammar diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 4.18 petang," katanya dalam satu kenyataan





[TIDAK RASMI] PRN Melaka:BN isytihar lepasi garisan menang 11 DUN, dahului 21 kerusi - Sinarharian - 14/11 7:51 pm

AYER KEROH - Barisan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Perikatan Nasional (PN) pula di tiga kerusi setakat ini.Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Gerakan BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu malam.Beliau turut memaklumkan BN sudah melepasi garisan untuk memenangi 11 kerusi DUN berdasarkan penjumlahan undi semasa.Sebelas kerusi berkenaan ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau dan Machap Jaya.Pengumuman itu disambut sorakan penyokong yang berada di pusat gerakan berkenaan.Bagaimanapun, angka tersebut merupakan penjumlahan undi sementara dan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).





[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Rais mendahului di Sungai Udang - Sinarharian - 14/11 7:21 pm

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang apabila memperoleh 7,048 undi berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi.Beliau meninggalkan dua pencabarnya dengan jurang undi yang ketara setakat ini apabila calon Bersatu, Mejar (B) Abdullah Mahadi memperoleh 429 undi manakala calon Bersama, Mohd Ridzuan Abdul Rahman meraih 166 undi.Berdasarkan angka berkenaan, Rais mendahului Abdullah dengan kelebihan 6,619 undi.





Malaysia probing alleged Nvidia AI chip diversion since April 2025 - Saifuddin - Sinardaily - 14/11 7:16 pm

LUMUT - Malaysian police have opened an investigation in April 2025 into United States (US) allegations of illicit procurement and diversion of high-performance artificial intelligence (AI) chips, including those produced by Nvidia, through Malaysia.Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said a comprehensive investigation was launched immediately after the allegations surfaced, focusing on whether Malaysia was being used as a transit hub or whether local proxy companies were involved."We are investigating under the Strategic Trade Act 2010





[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: BN mendahului penjumlahan undi di 19 DUN - Sinarharian - 14/11 7:15 pm

AYER KEROH - Barisan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat ini berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pusat Gerakan BN.Antara kawasan yang menyaksikan BN mendahului ialah Kuala Linggi, Pengkalan Batu, Tanjung Bidara, Durian Tunggal, Telok Mas, Ayer Limau, Asahan, Lendu, Sungai Udang, Ayer Molek, Rim, Serkam, Rembia, Merlimau, Gadek, Kelebang, Duyong, Sungai RambaiSungai Udang, Gadek, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau, Lendu, Serkam, Rim, Asahan, Machap Jaya dan Kuala Linggi.Berikut antara keputusan yang diperoleh setakat ini:N.11: Sungai UdangBN: 6,340Bersatu: 277Bersama: 97Majoriti: 6,863N.07: GadekBN: 300PH: 64Putra: 55Bersama: 7Majoriti: 236N.21 DUN DuyongBN: 241PH: 131N





Tahanan rumah: Semua banduan yang layak boleh memohon - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 14/11 5:16 pm

LUMUT - Semua banduan yang layak boleh memohon untuk mendapatkan pertimbangan mengenai baki hukuman, termasuk pengampunan dan menjalani tahanan rumah, tanpa mengira kedudukan mereka.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, banduan yang telah menjalani semua proses undang-undang sehingga ke Mahkamah Rayuan dan menjalani hukuman, berhak untuk mengemukakan atau mengangkat petisyen pengampunan."Jadi, tidak kiralah siapa sahaja, orang kecil, orang besar, orang kaya, orang miskin, VIP atau rakyat biasa, hak itu sudah pun ada mengikut undang-undang dan apabila diangkat petisyen pengampunan, ia akan menjadi tanggungjawab Lembaga Pengampunan."Kalau di peringkat Persekutuan, Yang Dipertuan Agong, di peringkat negeri, Sultan yang memerintah negeri," kata beliau.Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program MADANI Kita (PMK) dan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Tahun 2026 di Kampung Sungai Tiram Lekir, Sitiawan, di sini, pada Sabtu.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sama ada petisyen pengampunan itu dibincangkan, dipertimbangkan dan dibuat keputusan atau tidak, itu bukan dalam bidang tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN).Sebaliknya, kata beliau, pihaknya akan melaksanakan apa juga keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampuan, sama ada hukuman dikurangkan, dibatalkan, dibebaskan atau diletakkan di bawah tahanan di rumah.Pada Khamis, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kemudahan tahanan rumah tidak seharusnya menjadi keistimewaan golongan tertentu, sebaliknya perlu dipertimbangkan secara adil kepada semua banduan yang layak.Ditemui selepas Ceramah Jelajah Harapan Melaka Rumah Kita di Hang Tuah Jaya, Melaka, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan kemudahan itu tidak boleh mewujudkan layanan dua darjat, khususnya antara banduan kaya dengan mereka yang kurang berkemampuan





Tahanan rumah: KDN tiada kuasa tentukan petisyen pengampunan - Sinarharian - 14/11 5:06 pm

BERUAS - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berperanan melaksanakan keputusan berkaitan tahanan rumah, bukannya menentukan kelayakan atau membuat keputusan terhadap petisyen pengampunan seseorang banduan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang petisyen pengampunan yang dikemukakan menjadi tanggungjawab Lembaga Pengampunan untuk dibincangkan, dipertimbangkan dan diputuskan mengikut bidang kuasa masing-masing."Kalau ada keputusan dibuat, tugas kami adalah melaksanakannya





Isu cip AI Nvidia: Siasatan polis sudah mula sejak 2025 - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 14/11 4:20 pm

BERUAS - Siasatan berhubung dakwaan Malaysia dijadikan hab transit bagi aktiviti pengalihan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia ke negara lain telah dimulakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak April 2025.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan itu dijalankan susulan dakwaan Amerika Syarikat (AS) berhubung kemungkinan wujud kegiatan pemerolehan secara tidak sah (illicit procurement) dan penggunaan syarikat proksi di Malaysia.Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) yang turut melibatkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Bank Negara, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)."Menjawab soalan apakah polis telah membuka kertas siasatan? Jawapannya, ya, seawal April 2025





`Saya lama tadi tunggu orang rumah’, seloroh Rais di Paya Rumput - Mygazette - 14/11 3:53 pm

# `Saya lama tadi tunggu orang rumah', seloroh Rais di Paya Rumput PAYA RUMPUT Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin, ketawa kecil apabila ditanya sama ada berasa kekok mengundi calon selain BN di DUN Paya Rumput, pagi ini





SAR for final victim of Sungai Pertak water surge resumes this morning - Malaymail - 14/11 3:44 pm

KUALA LUMPUR, Nov 14 The search and rescue (SAR) operation for the final victim of the water surge tragedy at Su...





Pelantikan KP baharu AKPS belum diputuskan, KDN beri jaminan operasi tidak terjejas tanpa Shuhaily - Sinarharian - 14/11 3:37 pm

BERUAS - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum memutuskan pelantikan Ketua Pengarah baharu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memberi jaminan operasi AKPS tetap berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily ke pasukan asalnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman telah diminta memberikan perhatian khusus bagi memastikan kelangsungan operasi agensi berkenaan dalam keadaan semasa."Kita belum sampai tahap itu lagi (keputusan lantikan baharu)





PRN Melaka: 48.13 peratus pengundi tunai tanggungjawab setakat jam 1 tengah hari - Sinarharian - 14/11 2:09 pm

MELAKA - Sebanyak 48.13 peratus atau 322,072 pengundi daripada 669,211 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat 1 tengah hari pada Sabtu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebookmemaklumkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merekodkan jumlah keluar mengundi tertinggi ialah Sungai Udang dengan 58.48 peratus, diikuti Serkam (52.04 peratus) dan Tanjung Bidara (51.80 peratus).Tiga DUN mencatatperatusan keluar mengundi terendah ialah Kesidang (41.36 peratus), Kota Laksamana (41.32peratus) dan Bandar Hilir (39.22 peratus).Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadihingga 6 petang bagi membolehkan rakyat Melakamemilih kerajaan negeri baharu untuk penggal akan datang.Secara keseluruhannya, terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos





Melaka polls: 48.13 per cent voter turnout as of 1pm - Sinardaily - 14/11 2:01 pm

MELAKA -A total of 48.13 per cent, or 322,072 out of 669,211 ordinary voters, had cast their ballots to elect their representatives in the 16th Melaka State Election as of 1 pm today.The Election Commission (EC), in a Facebook post, said the three state constituenciesthat recorded the highest voter turnout were Sungai Udang at 58.48 per cent, followed by Serkam (52.04 per cent) and Tanjung Bidara (51.80 per cent).The three constituencies with the lowest voter turnout were Kesidang (41.36 per cent), Kota Laksamana (41.32 per cent) and Bandar Hilir (39.22 per cent).A total of 240 ordinary polling centres involving1,213 streamsopened simultaneously at 8 am today and will remain open until 6 pm to enable voters to elect a new state government for the coming term.There are 675,166 ordinary voters in this state election, with 5,955 of them voting by post





Kapal Persiaran Terbalik Selepas Dirempuh, Tular Detik Cemas Penumpang Selamatkan Diri - Siakapkeli - 14/11 1:14 pm

Sebuah kapal tangki melanggar kapal persiaran American Heritage yang berlabuh di Sungai Mississippi, New Orleans, menyebabkan 32 orang dirawat di hospi





PRN Melaka: 17.6 peratus pengundi tunai tanggungjawab setakat jam 10 pagi - Sinarharian - 14/11 11:06 am

MELAKA - Sebanyak 17.96 peratus atau 120,162 pengundi daripada 669,211 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat jam 10 pagi pada Sabtu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebookmemaklumkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merekodkan jumlah keluar mengundi tertinggi ialah Taboh Naning dengan 19.97 peratus daripada 24,282 pengundi, diikuti Serkam (19.94 peratus daripada 11,174 pengundi) dan Tanjung Bidara (19.92 peratus daripada 21,104 pengundi).ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagiPRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasiPRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petangPRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di MelakaPRN Melaka:Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundiPRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkanTiga DUN mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah ialah Sungai Udang (16.39 peratus daripada 20,209 pengundi), Bandar Hilir (16 peratus daripada 22,818 pengundi) dan Kesidang (15.27 peratus daripada 53,972 pengundi).Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran dibuka serentak jam 8 pagi hingga 6 petang bagi membolehkan rakyat Melakamemilih kerajaan negeri baharu untuk penggal akan datang.Secara keseluruhannya, terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos





Six escape unhurt as fire destroys three houses - Sinardaily - 14/11 10:32 am

NIBONG TEBAL - Six people, including a six-month-old baby, escaped unharmed after three houses were destroyed in a fire at Kampung Baru Sungai Kecil here early today.Penang Fire and Rescue Department assistant director (Operations) John Sagun Francis said the department received an emergency call at 4.10 am, prompting firefighters from the Nibong Tebal Fire and Rescue Station to rush to the scene.He said firefighters found the three single-storey houses, which were located in a row, engulfed in flames





Monsun Timur Laut dan El Nino di Melaka - Sinarharian - 14/11 10:00 am

HAMPIR setiap petang di Melaka sekarang hujan





Wanita hilang ditemukan lemas di Sungai Johor - Mygazette - 14/11 8:16 am

KOTA TINGGI - Seorang wanita berusia 32 tahun yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas hari ini di Sungai Johor berhampiran Kampung Tembioh di sini pada 3.45 petang





Konvoi 250 motosikal, flash mob warnai hari terakhir kempen BN Tangga... - Mygazette - 14/11 8:16 am

Program itu menghimpunkan pelbagai golongan termasuk penghantar makanan, penunggang e-hailing dan p-hailing, selain jentera Pemuda serta Puteri BN. Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin berkata, program berkenaan turut menjadi platform untuk menyantuni golongan muda yang mencari rezeki dalam sektor penghantaran dan perkhidmatan e-hailing





Salur RM300,000 selenggara perparitan perumahan PR1MA Sungai Karang - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Salur RM300,000 selenggara perparitan perumahan PR1MA Sungai Karang KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan peruntukan RM300,000 menerusi Kutipan Caruman Saliran bagi kerja-kerja selenggara perparitan di perumahan PR1MA Sungai Karang di sini yang sering dilanda banjir kilat





Mayat ketujuh mangsa tragedi kepala air Sungai Luit ditemukan - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Mayat ketujuh mangsa tragedi kepala air Sungai Luit ditemukan KUALA LUMPUR - Mayat ketujuh mangsa insiden kepala air di Tapak Berkelah Sungai Pertak di sini ditemukan pada 3.40 petang tadi, menjadikan hanya seorang lagi daripada lapan mangsa yang dilaporkan hilang masih belum ditemukan




Reformasi     >>



Surat boleh ditarik balik tapi siapa boleh jamin .. - Harapandaily
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan langkah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menarik balik surat bertarikh 17 September kepada Majlis Raja-Raja dan menyatakan semula sokongan kepada Tuanku Muhriz sebagai ..
Kroni     >>



Anwar calls for deeper Malaysia-China cooperation in .. - NST
MANILA: Cooperation with China should be expanded to drive digital transformation and innovation, particularly in exploring the potential of artificial intelligence (AI), says Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tabloid     >>



Hans Bila Nak Kahwin?- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac .. - Murai
Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato’ Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik Malaysia, Francisca Luhong James, yang pernah menyandang gelaran Miss Universe Malaysia 2020. Berita gembira itu dikongsikan menerusi ..
Tech     >>



Jensen Huang Reportedly Mulling Return As NVIDIA CEO - Lowyat
Jensen Huang is considering the idea of making a comeback as CEO at NVIDIA. That is, according to sources close to The Financial Times (FT). The online portal says that allies of Huang within Silicon Valley are applying pressure to the NVIDIA board of directors, days after Huang was ousted for ..
World     >>



Xi to hold China-Russia-US Summit with Putin and Trump .. - Cgtn
Xi to hold China-Russia-US Summit with Putin and Trump in Shenzhen
Motor Trend     >>



Pandu Uji Pandu Uji Awal Mazda Cx-5 2.5 Generasi Baru, .. - Mekanika
# PANDU UJI AWAL MAZDA CX-5 2.5 GENERASI BARU, MENGAGUMKAN Nama CX-5 mungkin tidak perlu dipenkalkan lagi kepada peminat Mazda, menjadi SUV ikonik dan penanda aras untuk SUV yangf mementingkan pengendalian berbanding dengan jenama lain. Pada awalnya, penulis menjangkakan CX-5 akan berkubur ..