| /// |
|
| Search : Sungai Perak News | Page 1 |
|
Penguat kuasa direman terima suapan RM190,00 berkait subsidi minyak masak - Mygazette - 15/08 8:15 am # Penguat kuasa direman terima suapan RM190,00 berkait subsidi minyak masak KUALA LUMPUR - Seorang anggota penguat kuasa direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM190,000 daripada sebuah syarikat pembungkusan minyak masak |
|
Gudang simpan, kumpul barang kontraban diserbu, rampasan RM5.9 juta - Mygazette - 15/08 8:15 am # Gudang simpan, kumpul barang kontraban diserbu, rampasan RM5.9 juta KUALA LUMPUR - Sebuah gudang dipercayai menjadi pusat penyimpanan sementara dan hab pengumpulan barangan kontraban sebelum diedarkan ke seluruh negara berjaya dikesan dalam serbuan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, Klang, semalam |
|
Bekas tentera laut didakwa amang seksual fizikal dua anak, pukul isteri - Mygazette - 15/08 8:15 am # Bekas tentera laut didakwa amang seksual fizikal dua anak, pukul isteri MELAKA - Seorang bekas tentera laut mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan melibatkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap dua anak kandung selain mencederakan isteri serta anaknya, Mei lalu |
|
Remaja hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas selepas empat hari - Mygazette - 15/08 8:15 am # Remaja hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas selepas empat hari KOTA BHARU - Seorang lagi mangsa Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza, 14, yang hilang di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, Kuala Krai ditemukan lemas kira-kita 1 tengah hari tadi selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan |
|
Sultan Selangor seru umat Islam berbuat baik, berbelas kasihan terhadap .. - Mygazette - 15/08 8:15 am # Sultan Selangor seru umat Islam berbuat baik, berbelas kasihan terhadap haiwan SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam supaya sentiasa melakukan kebaikan dan menunjukkan belas kasihan terhadap semua haiwan, termasuk haiwan liar |
|
Jumpa mayat wanita dalam beg pakaian: Polis siasat sebagai kes bunuh Jumpa .. - Mygazette - 15/08 8:15 am # Jumpa mayat wanita dalam beg pakaian: Polis siasat sebagai kes bunuh KUALA KANGSAR Penemuan mayat seorang wanita di dalam beg pakaian yang terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini petang tadi diklasifikasikan sebagai kes bunuh |
|
Mayat dalam beg pakaian disahkan wanita, mati dibunuh - Polis - Sinarharian - 15/08 7:14 am KUALA KANGSAR - Mayat yang ditemukan dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar pada Jumaat disahkan seorang wanita dipercayai mati dibunuh.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia lingkungan 30 tahun, namun identitinya belum dapat dikenal pasti."Polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh |
|
Bagasi berisi mayat ditemukan di sungai - FMT - 14/08 11:54 pm Bomba Perak terima panggilan kecemasan pada 4 petang mengenai penemuan beg pakaian berisi mayat di Jeti Dataran Lembah, dekat Kuala Kangsar. |
|
Body found stuffed in suitcase in Perak River - FMT - 14/08 11:19 pm The bag, wrapped in plastic, was discovered by a boat operator ferrying tourists. |
|
Mayat ditemukan dalam beg di sungai Kuala Kangsar - SUN - 14/08 10:44 pm Satu mayat ditemukan di dalam beg pakaian di sungai berhampiran Jeti Dataran Lembah, Kuala Kangsar, petang tadi |
|
Anggota penguat kuasa direman, disyaki terima rasuah RM190,000 - Sinarharian - 14/08 9:34 pm IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM190,000 daripada sebuah syarikat pembungkusan minyak masak.Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Mohd Shazmeer Zamhari di Mahkamah Majistret Ipoh bermula 14 hingga 16 Ogos ini.Terdahulu, suspek ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Taiping kira-kira jam 5 petang pada Khamis.Suspek dipercayai menerima suapan tersebut sebagai balasan membantu proses permohonan kuota subsidi minyak masak daripada sebuah kementerian.Menurut sumber, ia juga sebagai dorongan agar suspek tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat berkenaan."Siasatan awal mendapati, perbuatan itu dilakukan antara tahun 2022 hingga 2026."Suspek percayai telah menerima 19 keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi miliknya," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. |
|
Thunderstorm, heavy rain warning for seven states until 9pm - Sinardaily - 14/08 7:54 pm KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning for thunderstorms, heavy rain, and strong winds expected to affect seven states until 9pm today.In a statement, MetMalaysia said the affected states are Perak (Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak, and Batang Padang), Terengganu, Pahang, and Johor (Mersing).A similar warning was also issued for Selangor (Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, and Kuala Langat), Negeri Sembilan (Rembau and Port Dickson), and Melaka (Alor Gajah and Melaka Tengah) |
|
Thunderstorms, heavy rain ahead tonight for Selangor, Perak, Johor and four other states, MetMalaysia warns - Malaymail - 14/08 7:50 pm KUALA LUMPUR, Aug 14 The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning for thunderstorm... |
|
Amaran ribut petir di tujuh negeri - Sinarharian - 14/08 7:50 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga jam 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak dan Batang Padang), Terengganu, Pahang dan Johor (Mersing).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Kuala Langat), Negeri Sembilan (Rembau dan Port Dickson) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) |
|
Bekas tentera didakwa amang seksual, aniaya anak dan cederakan isteri - Sinarharian - 14/08 7:10 pm MELAKA - Seorang penganggur yang sebelum ini direman lima hari selepas disyaki melakukan amang seksual dan penganiayaan fizikal terhadap dua anaknya berusia lapan dan empat tahun didakwa atas lapan pertuduhan pada Jumaat.Pertuduhan terhadap bekas tentera berusia 40 tahun itu dijalankan di Hospital Melaka selepas lelaki itu sedang menerima rawatan akibat masalah sesak nafas.Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Majistret Uthman Abd Ghani.Mengikut tiga pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia lapan tahun serta anak perempuan berusia empat tahun di sebuah rumah di Taman Pahlawan Sungai Udang di sini pada 23 Mei lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTK) 2017, jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga didakwa atas dua pertuduhan lain iaitu melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak perempuannya itu di tempat sama pada 3 Jun lalu.Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 14(b) dan 15 (a) (i) AKKSTK 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta pemenjaraan maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau dengan kedua-duanya.Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan lagi, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isteri berusia 35 tahun dengan cara menampar mukanya serta mencederakan dua anak kandungnya itu dengan memukul badan mereka.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan hukuman dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda RM2,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif dan Shauki Mardia Baharudin.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan keseluruhan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 September depan. |
|
Beg pakaian berisi mayat terapung di Sungai Perak - Sinarharian - 14/08 7:01 pm KUALA KANGSAR - Satu mayat ditemui terapung dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini pada Jumaat.Mayat berkenaan disedari orang awam dengan keadaan beg dibalut pembungkus plastik di bahagian tengah sungai.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 4 petang.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat."Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan oleh polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai."Bagaimanapun, pihak bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum sebarang tindakan diambil," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sabarodzi berkata, sehingga kini anggota bomba hanya melakukan pemantauan di sekitar kawasan kejadian.Katanya, operasi tersebut melibatkan lima anggota dengan menggunakan sebuah kenderaan utiliti jenis van Urvan."Kes diklasifikasikan sebagai bantuan kepada polis bagi mengeluarkan mayat dari sungai," katanya.Difahamkan, mayat tersebut merupakan seorang wanita yang disyaki mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah membusuk. |
|
Two women in dock for allegedly duping retiree in Perak out of RM120,000 over fake tax arrears - Malaymail - 14/08 5:25 pm IPOH, Aug 14 Two women were charged in the Magistrates Court here today with three counts of cheating a m... |
|
Selepas empat hari, jasad Muhamad Rayyan ditemui 51km dari lokasi - Sinarharian - 14/08 4:34 pm KUALA KRAI - Selepas empat hari, jasad seorang lagi remaja lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri di sini akhirnya ditemukan pada Jumaat di sungai di Machang sejauh 51 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, jasad Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, ditemukan orang awam di tepi sungai di Kampung Bandar Pulai Chondong, Machang, pada jam 1 tengah hari."Mayat mangsa ditemukan pada jarak 51 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, Kuala Krai."Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Akhbar sebelum ini melaporkan, kegembiraan lima sabahat mandi sungai Selasa lalu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian jam 6.39 petang itu.Rakan mangsa, Muhammad Lut Naiman Mohd Noor Aziron, 14, terlebih dahulu ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 9.10 pagi, Rabu lalu, kira-kira 50 meter dari lokasi kedua-dua remaja dipercayai terjatuh ke dalam sungai.Menurut Nik Ahmad Afsham, operasi SAR membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Penyelamat di Air, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela, Unit K9 serta penduduk setempat."Penemuan ini mengakhiri operasi SAR yang bermula Selasa lalu," katanya. |
|
Mahima gesa kerajaan selamatkan Biara Gua Sakyamuni daripada perobohan - Mygazette - 14/08 3:59 pm # Mahima gesa kerajaan selamatkan Biara Gua Sakyamuni daripada perobohan KUALA LUMPUR - Majlis Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) menggesa kerajaan campur tangan bagi menyelamatkan Biara Gua Sakyamuni yang berusia lebih seabad di Gunung Kanthan, Chemor, Perak daripada ancaman perobohan dan pengusiran |
|
400 perwakilan DAP Johor tentukan pendirian Ahad ini - Mygazette - 14/08 3:59 pm # 400 perwakilan DAP Johor tentukan pendirian Ahad ini KULAI - Lebih 400 perwakilan DAP Johor akan menentukan pendirian mereka berhubung hala tuju parti itu dalam Kerajaan Perpaduan dalam persidangan parti Ahad ini |
|
Gen Z agenda, future jobs dominate AMK Congress motions - Sinardaily - 14/08 3:49 pm MELAKA - Youth issues took centre stage at the 2026 National Congress of Angkatan Muda Keadilan (AMK) today, with motions focusing on stronger engagement with Generation Z (Gen Z), jobs of the future, mental health and social wellbeing.Three delegates from Perak, Terengganu and Sarawak called on PKR to refine its approach to better reflect the realities and needs of young Malaysians.Syahnaz Putera Mohd Yaacob, who is Perak AMK Information chief, said PKR faced challenges in winning support from younger voters, particularly Gen Z.He said the party needs a bolder and more creative approach to engage Gen Z, particularly through digital platforms, while helping them develop their talents and gain access to government opportunities and funding."It is a bitter reality we have to accept |
|
Gudang diserbu, barangan kontraban RM5.9 juta dirampas - Sinarharian - 14/08 1:32 pm KLANG Barangan kontraban bernilai kira-kira RM5.9 juta dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Sungai Serdang di sini pada Khamis yang dipercayai menjadi pusat penyimpanan sementara dan hab pengumpulan sebelum diedarkan ke seluruh negara.Komander Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, seramai tiga individu termasuk dua warga Bangladesh ditahan dalam Op Taring Alpha itu."Kita menahan tiga individu termasuk dua warga Bangladesh yang bekerja sebagai pekerja gudang dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pengarah syarikat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohd Zaki berkata, serbuan kira-kira jam 12.10 tengah itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara."Operasi berkenaan turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)."Hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 32,200 batang rokok pelbagai jenama yang tidak bercukai kastam dengan nilai rampasan dianggarkan RM304,612."Polis turut merampas 149 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai kira-kira RM129,914.41," katanyaBeliau berkata, selain itu, sebanyak 167,526 kotak produk makanan dari China yang dianggarkan bernilai RM3.9 juta turut disita."Pemeriksaan lanjut turut menemukan pelbagai produk kosmetik serta kesihatan dari China dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.547 juta," katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati gudang berkenaan dipercayai telah beroperasi lebih kurang 14 tahun dan digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara produk dari China sebelum dihantar kepada pelanggan di seluruh negara."Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kastam 1967, khususnya berkaitan kesalahan menyimpan rokok dan minuman keras yang tidak bercukai kastam."Dua warga Bangladesh yang ditahan turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 berkaitan kesalahan berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah, manakala tindakan turut dijalankan berkaitan penggajian pekerja asing tanpa permit yang sah," katanya.Menurutnya, bagi produk makanan, tindakan diambil mengikut Akta Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Makanan 2009, termasuk berkaitan kesalahan pelabelan makanan."Produk kosmetik dan kesihatan yang dirampas pula disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Racun 1952," katanya.Beliau berkata, tndakan susulan turut diambil agensi berkaitan termasuk penyitaan produk makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tindakan penguatkuasaan oleh MBDK serta siasatan lanjut terhadap produk kecantikan dan kesihatan yang dirampas."Operasi itu membuktikan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan dan jenayah terhadap khazanah negara," katanya.Mohd Zaki berkata, sepanjang tempoh tahun ini sehingga Junaat, WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman telah melaksanakan sebanyak 234 serbuan di seluruh negara."Operasi berkenaan membawa kepada penahanan 409 individu atas pelbagai kesalahan membabitkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar serta operasi berkaitan e-waste."Jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi tempoh tersebut dianggarkan RM311,031,676.64," katanya.Menurutnya, WCB/PSK akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama semua agensi berkaitan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan berkesan terhadap aktiviti jenayah terancang serta pelanggaran undang-undang."Kita akan terus mempergiat operasi bersepadu, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memperluaskan perkongsian risikan bagi memastikan setiap rangkaian sindiket yang terlibat dalam penyeludupan, perdagangan haram hidupan liar dan barangan tidak bercukai dapat dikesan, ditumpaskan dan dibawa ke muka pengadilan."Tiada ruang kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan, perdagangan haram hidupan liar mahupun jenayah rentas sempadan," tegasnya. |
|
SAR Muhamad Rayyan: Radius pencarian dipeluas 6km dari lokasi hilang - Sinarharian - 14/08 11:56 am KUALA KRAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri di sini masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.Usaha mencari pelajar Tingkatan Dua, Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, berkenaan diteruskan pada hari keempat.Rakannya, Muhammad Lut Naiman Mohd Noor Aziron, 14, yang lemas ditemukan di dasar sungai pada jam 9.10 pagi Khamis, kira-kira 50 meter dari lokasi kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, radius pencarian diperluaskan sehingga 6 kilometer dari lokasi hilang."Operasi berdepan cabaran susulan paras sungai yang semakin meningkat."Pencarian lebih tertumpu kepada kaedah pencarian di permukaanmenggunakan bot penduduk kampung dengan menyusuri sungai di sepanjang kawasan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Akhbar sebelum ini melaporkan, kegembiraan lima sabahat mandi sungai Selasa lalu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas.Nik Ahmad Afsham berkata, SAR melibatkan 56 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Penyelamat Di Air."Ada beberapa lagi agensi lain serta penduduk kampung yang turut membantu."Anjing pengesan Frankie dari Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur bagi mengesan mangsa di sepanjang pesisir sungai," katanya. |
|
Kerajaan Perpaduan: Lebih 400 perwakilan DAP Johor akan tentukan hala tuju parti - Sinarharian - 14/08 10:43 am KULAI DAP Johor menyerahkan sepenuhnya kepada lebih 400 perwakilan untuk menentukan pendirian berhubung isu hala tuju parti pada persidangan yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, setiap perwakilan diberi kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan dan pemahaman masing-masing mengenai hala tuju parti."Kita tidak ada satu pendirian di negeri Johor kerana ini adalah satu undi |
|
Anwar's Tambun among 27 seats PH risks losing if BN and PN unite in GE16 - Sinardaily - 14/08 9:16 am SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) faces the risk of losing 27 parliamentary seats, including Tambun held by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, should Barisan Nasional (BN) and Perikatan Nasional (PN) reach a one-on-one agreement at the 16th general election (GE16).Universiti Malaya (UM) political science department senior lecturer Dr Mohammad Tawfik Yaakub said based on the GE15 results, the combined BN and PN votes in the seats concerned mathematically outnumber PH's votes.Besides Tambun, the seats involved include Sungai Petani, Balik Pulau, Sungai Siput, Tanjong Malim, Bentong, Raub, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sungai Buloh, Shah Alam, Sepang, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Alor Gajah and Hang Tuah Jaya.Also in that group are Sekijang, Ledang, Sri Gading, Johor Bahru, Labis, Segamat, Batu Pahat, Pasir Gudang and Tebrau."This is based on the GE15 results where these seats, by calculation, have mixed votes that could shift to BN-PN."That is if BN-PN field only one candidate each, a 'one-on-one' contest, so that their combined GE15 votes can be pooled together," he told Sinar.However, Tawfik stressed that vote transfer between the two blocs does not happen automatically or at 100 per cent, as it is still influenced by candidate factors, which party is given the seat, machinery strength, voter turnout and how receptive supporters are to the cooperation.He said the five most exposed seats based on a deficit of more than 20,000 votes are Sungai Buloh (26,367), Sungai Petani (26,276), Tambun (24,395), Kuala Selangor (22,637) and Sepang (22,148).He said PH also could not assume its large GE15 majorities are a safe "cushion" should the contest structure change to one-on-one."If PH wins by 15,000 votes but the combined BN+PN vote exceeds PH's, that seat effectively does not have a 15,000-vote cushion should a BN-PN understanding materialise," he said.Tawfik also cautioned that voting patterns are not static, citing the recent Johor state election (PRN Johor), where BN won 48 of 56 seats compared with PH's eight.He said supporter turnout matters just as much as vote swing, as PH relies heavily on mobilising urban and mixed-seat voters.Should Malay votes consolidate behind a single candidate while Chinese and Indian voter turnout declines, several seats that appeared secure at GE15 could become more exposed.He also stressed that big-name incumbents are no longer an "insurance" for victory, as local candidate factors, the cost of living, government performance, local issues and machinery strength could all shift the outcome.He therefore suggested PH set up a dedicated war room for the 27 seats concerned and categorise them by risk level for early action.Meanwhile, Tawfik projected PH could win between 50 and 58 seats at GE16, BN 60 to 65 seats and PN 64 to 70 seats."If you want a single round figure, I predict PH 54 seats, BN 62 and PN 67."The remaining seats will be determined by GPS, GRS, Warisan and other parties, particularly in Sabah and Sarawak," he said.He said the projection takes into account developments since GE15, including BN's performance at the Johor and Negeri Sembilan state elections and the possibility of three-cornered contests among Malay parties being reduced.In Negeri Sembilan, he said, the BN-PN understanding produced 25 of 36 state seats, with 18 for BN and seven for PN."That's why GE16 can no longer be read using the static GE15 pattern |
|
Tiada henti tugas loji akibat pencemaran sungai di Selangor sepanjang .. - Mygazette - 14/08 7:56 am # Tiada henti tugas loji akibat pencemaran sungai di Selangor sepanjang 2025 - MB SHAH ALAM Selangor berjaya mengelak henti tugas loji rawatan air akibat pencemaran sungai sepanjang 2025 yang disifatkan sebagai pencapaian pertama dalam sejarah negeri berkenaan |
|
'Tiga hari dah tunggu Mohamad Rayyan, saya sudah tidak tertanggung rindu' - Ibu - Sinarharian - 13/08 5:10 pm KUALA KRAI - "Tiga hari dah tunggu Mohamad Rayyan, saya sudah tidak tertanggung rindu."Demikian kata Norhasmiza Kamarudin, 39, sambil menahan sebak dan memeluk 'bantal busuk' milik anak lelaki tunggalnya, Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14.Muhamad Rayyan yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi-manda di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Manakala rakannya, Luth Naiman Mohd Noor Aziron,14, ditemukan lemas pada jam 9.10 pagi pada Rabu pada jarak 50 meter dari lokasi mereka dikatakan hilang.Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, dia berdoa agar Mohamad Rayyan akan dijumpai hari ini."Ya ALLAH kalau boleh saya hendak hari ini, tiga hari sudah tunggu."Saya tunggu dia dan sudah tidak mampu menanggung rindu lagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohamad Rayyan dan Luth Naiman masing-masing berusia 14 tahun.Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 yang dikenali sebagai Frankie mengesan Muhamad Rayyan.Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi negeri, Mohd Fadhlizil Ikram Ahmad Pauzi, Frankie merupakan antara usaha mereka untuk mengesan pelajar Tingkatan Dua itu di sepanjang pesisir sungai."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pelajar yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan sudah memasuki hari ketiga dan radius pencarian diperluaskan hingga ke empat kilometer."Operasi SAR bermula jam 8 pagi tadi dan memberi tumpuan kepada pencarian secara menyelusuri sungai selain kaedah selaman di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan," katanya. |
|
Two directors in Perak plead not guilty to faking Socso job incentive claims - Malaymail - 13/08 4:44 pm IPOH, Aug 13 Two company directors pleaded not guilty in the Sessions Court today to charges of submitting false... |
|
Lelaki disyaki elak pemeriksaan polis ditemukan maut - Sinarharian - 13/08 4:30 pm JERTIH - Seorang lelaki tempatanberusia 28 tahun yang dipercayai mengelak daripada pemeriksaan polis di sini pada Rabu ditemukan maut di Sungai Kampung Gong Maksom di Kampung Raja pada Khamis.Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mayat mangsa yang telah dikenal pasti identitinya ditemukanoleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar 11.30 pagi, kira-kira 250 meter dari lokasi terakhir lelaki tersebut dilihat.Beliau berkata, dalam kejadian jam 5.45 petang pada Rabu, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan berkaitan kes dadah di kawasan berhampiran sungai tersebut."Lelaki ini dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum gagal dikesan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Rozaime berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan lanjut di sebuah bangsal kayu berhampiran lokasi kejadian turut menemukan sejumlah pil disyaki dadah |
|
Polis Perak rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM46.32 juta - Mygazette - 13/08 3:45 pm # Polis Perak rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM46.32 juta IPOH Polis Perak telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM46.32 juta bermula Januari sehingga 10 Ogos lalu |
|
Kilang baja, penyimpanan minyak musnah dalam kebakaran di Shah Alam - Mygazette - 13/08 3:45 pm # Kilang baja, penyimpanan minyak musnah dalam kebakaran di Shah Alam SHAH ALAM - Sebuah kilang memproses baja dan penyimpanan minyak enjin kereta musnah 90 peratus dalam kejadian kebakaran di Jalan Bukit Cherakah, Seksyen U9, berhampiran Monterez Golf Club, di sini malam tadi |
|
Dadah lebih RM18,000 ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm # Dadah lebih RM18,000 ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan IPOH Penemuan sejumlah dadah bernilai RM18,534 di lokap Balai Polis Lumut, Manjung, dekat sini, membawa kepada penahanan seorang anggota polis berpangkat konstabel pada Selasa lalu |
|
Terjun sungai elak pemeriksaan polis, lelaki ditemui lemas - FMT - 13/08 2:55 pm PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjun ke sungai untuk mengelak pemeriksaan polis di Kampung Gong Mak Som, Kampung Raja, Besut, semalam. |
|
Perak police probe sexual harassment allegations against PKNPk CEO - Malaymail - 13/08 1:53 pm IPOH, Aug 13 Perak police have opened an investigation into alleged slander involving sexual harassment claims a... |
|
Bomba guna khidmat Frankie jejak Muhamad Rayyan - Sinarharian - 13/08 1:31 pm KUALA KRAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggunakan khidmatanjing pengesan dari Unit K9 yangdikenali sebagai Frankie mengesan Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, yang dikhuatiri lemas.Penolong Pengarah Bahagian Operasi negeri, Mohd Fadhlizil Ikram Ahmad Pauzi, berkata, Frankie merupakan antara usaha mereka untuk mengesan pelajar Tingkatan Dua itu di sepanjang pesisir sungai."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pelajar yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan sudah memasuki hari ketiga dan radius pencarian diperluaskan hingga ke empat kilometer."Operasi SAR bermula jam 8 pagi tadi dan memberi tumpuan kepada pencarian secara menyelusuri sungai selain kaedah selaman di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohamad Rayyan dan Luth Naiman masing-masing berusia 14 tahun.Luth Naiman telah ditemukan pada Rabu sekitar jam 9.10 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi dia dikatakan hilang.Menurut Mohd Fadhlizil Ikram, seramai 63 anggota dan sukarelawan membabitkan JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta penduduk kampung membantu operasi SAR menggunakan 12 buah bot.Ujarnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut digerakkan dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa bagi menjalankan operasi selaman.Kata beliau, SAR yang dijalankan berdepan beberapa kesukaran, terutama keadaan arus sungai yang deras serta peningkatan paras air yang menyukarkan pergerakan anggota serta proses pencarian mangsa terutama di dasar sungai. |
|
Keluarga solat hajat di tebing Sungai Kelantan, mohon Muhamad Rayyan segera ditemukan - Sinarharian - 13/08 1:17 pm KUALA KRAI - Keluarga Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, mengadakan solat hajat di tebing Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Khamis bagi memohon doa agar dia ditemukan segera.Muhamad Rayyan dikhuatiri lemas pada Selasa selepas dipercayai mandi-manda, manakala rakannya, Luth Naiman Mohd Noor Aziron,14, ditemukan pada jam 9.10 pagi pada Rabu pada jarak 50 meter dari lokasi mereka dikatakan hilang.Bapanya, Mohd Yusmiza Mamat, 42, berkata, solat hajat itu dilakukan sebagai salah satu ikhtiar memohon kepada ALLAH SWT supaya dipermudahkan urusan pencarian anaknya.Dia berkata, seramai 20 orang yang menunaikan solat hajat itu pada jam kira-kira jam 10.30 pagi tadi."Mereka terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk kampung yang bersama-sama mendoakan supaya usaha pencarian Muhamad Rayyan dipermudahkan."Pada masa sama, keluarga turut meminta penduduk kampung menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau berdekatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohamad Rayyan dan Luth Naiman masing-masing berusia 14 tahun.Dia berharap anaknya ditemukan dalam apa jua keadaan sekalipun. |
|
Menyelam tak timbul, remaja ditemukan lemas di dasar sungai - Sinarharian - 13/08 11:57 am ISKANDAR PUTERI Kegembiraan seorang remaja lelaki mandi-manda bersama empat rakannya bertukar tragedi apabila dia ditemukan lemas di dasar sungai berhampiran Masjid Ulu Pulai, Kampung Ulu Pulai di sini pada Rabu.Mangsa berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang selepas menyelam ke dalam sungai berkenaan sebelum tidak muncul semula ke permukaan.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan I, Md Bakhtiar Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.15 petang.Menurutnya, seramai 17 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai berkenaan."Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapatkan maklumat daripada pihak polis dan empat rakan mangsa."Menurut keterangan saksi, mangsa dikatakan tidak muncul semula selepas menyelam ke dalam sungai," katanya dalam kenyataan.Md |
|
Polis buka kertas siasatan dakwaan tular babit PKNPk - Sinarharian - 13/08 11:33 am IPOH - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah laku yang tular di media sosial melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat pihak PKNPk berhubung penyebaran dakwaan berkenaan.Menurutnya, setakat ini siasatan masih di peringkat awal dan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pemilik akaun media sosial yang terlibat."Kita telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Siasatan dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat dan kita masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti peralamatan akaun TikTok terbabit," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Pelupusan Barang Kes Dadah dan Ketum Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Khamis.Mengulas lanjut, Mohd Alwi berkata, setakat ini pihak polis belum memanggil mana-mana saksi untuk dirakamkan percakapan."Belum ada lagi saksi dipanggil kerana kita perlu mengenal pasti pemilik akaun terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mana-mana individu yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seperti yang tular di media sosial.Sebelum ini, tular di media sosial beberapa hantaran yang mendakwa berlaku salah laku serta perbuatan tidak bermoral dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.Susulan itu, PKNPk telah membuat beberapa laporan dan aduan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SKMM berhubung penyebaran dakwaan berkenaan.PKNPk dalam kenyataan memaklumkan laporan dan aduan itu dibuat antara 30 Julai hingga 3 Ogos lalu selepas sebuah laman Facebook didakwa menyiarkan pelbagai tuduhan terhadap organisasi, pengurusan serta individu tertentu secara berterusan. |
|
Which coalition would benefit BN most in Perak? - Sinardaily - 13/08 11:16 am BARISAN Nasional's (BN) electoral strength in Perak could make the coalition a crucial player in determining the state's political landscape at the next general election (GE), with potential alliances with either Perikatan Nasional (PN) or Pakatan Harapan (PH) producing markedly different outcomes.The success of BN's cooperation with PN in Johor and Negeri Sembilan has fuelled speculation that similar political arrangements could shape the contest in Perak, particularly as parties begin assessing their prospects ahead of GE16.PN has already begun weighing the possibility of working with BN, while DAP, a component of PH, has expressed aspirations of creating a red wave in Perak.The choice of political partner, however, could prove particularly important for BN as it seeks to remain relevant and retain its position in the state administration.Analysis based on the results of GE15 suggests BN has considerable room to expand its State Legislative Assembly representation, although the potential gains vary depending on the coalition arrangement.Under a PH-BN scenario, BN could potentially gain at least 13 additional seats on top of the nine it currently holds Kota Tampan, Temengor, Lintang, Pengkalan Baharu, Belanja, Chenderiang, Ayer Kuning, Rungkup and Behrang.The seats that could potentially shift to BN include Pengkalan Hulu, Kenering, Alor Pongsu, Selinsing, Changkat Jering, Trong, Chenderoh, Lubok Merbau, Bukit Chandan, Manong, Bota, Pangkor and Slim, all currently held by PN.PH could also benefit from a PH-BN arrangement, with the coalition potentially adding at least eight seats to its existing 26.The potential gains stem partly from vote splitting between PH and BN in GE15, which contributed to PN victories in several constituencies.A PN-BN arrangement, meanwhile, would produce an even larger combined bloc |
|
Dadah lebih RM18,000 dalam lokap, anggota polis antara ditahan - Sinarharian - 13/08 10:58 am IPOH - Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan bagi membantu siasatan penemuan dadah bernilai lebih RM18,000 di lokap Balai Polis Lumut, Manjung, Selasa lalu.Tangkapan terhadap anggota berusia 30-an itu dibuat susulan pemeriksaan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 8.30 pagi.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, hasil pemeriksaan tersebut, dua lelaki yang merupakan orang kena tuduh (OKT) telah ditahan bersama rampasan pelbagai jenis dadah."Rampasan melibatkan 16 bungkusan tiub plastik disyaki mengandungi methamphetamine seberat 109.54 gram, 16 bungkusan heroin (110.37 gram) serta 23 bungkusan daun kering disyaki cannabis seberat 142.31 gram."Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM18,534," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Pelupusan Barang Kes Dadah dan Ketum Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Khamis.Mohd Alwi berkata, hasil semakan mendapati, anggota yang bertugas di Balai Polis Lumut itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau serta didapati negatif dadah.Kata beliau, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti bagaimana bahan terlarang itu boleh dibawa masuk ke dalam lokap."Siasatan akan dijalankan secara telus dan menyeluruh bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh," katanya.Beliau berkata, saringan awal air kencing terhadap dua OKT masing-masing berusia lingkungan 40 tahun mendapati positif dadah jenis methamphetamine.Tambahnya, sesemua tangkapan kini direman selama tujuh hari sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan dan pengedaran dadah termasuk sekiranya melibatkan mana-mana premis atau pihak dalam persekitaran kepolisan," katanya. |
|
Soldier injured in shooting range incident - Sinardaily - 13/08 9:26 am SEREMBAN A soldier suffers facial injuries after being accidentally shot by a colleague at a firing range in Sungai Menyala, Port Dickson, yesterday.Negeri Sembilan Police deputy chief SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff said the incident occurred at about 2.15pm when the victim, who was in his 20s, and several other personnel were taking part in a shooting practice."The victim was taken to Port Dickson Hospital before being transferred to Tuanku Jaafar Hospital here for further treatment |
|
Pemandu treler tertidur, treler bawa ayam sejuk beku terbabas di Jalan... - Mygazette - 13/08 7:55 am # Pemandu treler tertidur, treler bawa ayam sejuk beku terbabas di Jalan Istana KUALA LUMPUR Sebuah treler membawa muatan ayam sejuk beku terbabas sendiri di Jalan Istana, awal pagi tadi selepas pemandunya dipercayai tertidur ketika melalui selekoh |
|
Polis buru lelaki simbah cat, tampal notis hutang di premis - Mygazette - 13/08 7:55 am # Polis buru lelaki simbah cat, tampal notis hutang di premis KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian khianat menyimbah cat di sebuah premis perniagaan di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, pada 5 Ogos lalu |
|
Anggota tentera cedera terkena tembakan di lapang sasar Anggota tentera .. - Mygazette - 13/08 7:55 am # Anggota tentera cedera terkena tembakan di lapang sasar SEREMBAN - Seorang anggota tentera cedera pada bahagian muka dipercayai terkena tembakan dilepaskan rakannya ketika berada di lapang sasar di Sungai Menyala, Port Dickson, semalam |
|
Pas tolak politik perkauman sempit, cabar parti lawan bertemu di gelanggang - Mygazette - 13/08 7:55 am # Pas tolak politik perkauman sempit, cabar parti lawan bertemu di gelanggang SHAH ALAM Pas menolak politik perkauman, agama dan identiti yang sempit, selain menyifatkan politik yang menggunakan kuasa untuk menzalimi atau menganaktirikan kaum lain sebagai bentuk politik perkauman yang tidak boleh diterima |
|
Anggota tentera cedera terkena tembakan rakan di lapang sasar - Sinarharian - 13/08 6:56 am PORT DICKSON Seorang anggota tentera cedera selepas terkena tembakan rakan ketika berada di Lapang Sasar, Sungai Menyala, di sini, pada Rabu.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.15 petang."Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan."Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang rakan sepasukan," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, kejadian tersebut mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian muka dan telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi pemeriksaan serta rawatan lanjut.Ujarnya, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Mohd Nasharudin berkata, susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga merupakan anggota tentera ditangkap bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat sehingga boleh menjejaskan proses siasatan. |
|
KPDN bongkar penyelewengan diesel subsidi nelayan, rampasan RM599,058 - Sinarharian - 12/08 7:16 pm TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan membabitkan rampasan keseluruhan bernilai RM599,058 dalam serbuan di sebuah jeti perikanan di Hutan Melintang di sini pada Selasa.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) kira-kira jam 1.50 tengah hari itu dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan selama dua minggu berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan berkenaan.Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis terbabit menerima bekalan diesel bersubsidi nelayan sebanyak 32,760 liter menggunakan sebuah lori tangki berkapasiti 52 tan."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketidakpatuhan serius terhadap dokumentasi penghantaran apabila alamat pada dokumen pesanan penghantaran (DO) tidak sepadan dengan alamat lesen sah CSA Runcit barang kawalan minyak diesel yang dimiliki premis berkenaan."Semakan bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak juga mendapati lori tangki terbabit tidak tersenarai sebagai kenderaan yang dibenarkan mengangkut diesel bersubsidi nelayan ke Hilir Perak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Kamalludin berkata, pemeriksaan turut menemukan bukti berlakunya penyelewengan rekod penjualan diesel kepada bot nelayan yang layak."Rekod jualan menunjukkan transaksi kepada sembilan bot namun pemeriksaan fizikal dan semakan mendapati hanya empat bot yang benar-benar membuat tuntutan serta mengambil minyak di jeti berkenaan pada tarikh tersebut."KPDN mengesyaki diesel berkenaan berkemungkinan dibawa keluar menggunakan kenderaan darat seperti lori atau dijual semula kepada bot yang tidak layak pada harga industri atau lebih tinggi bagi mengaut keuntungan daripada subsidi diesel nelayan," katanya.Susulan itu, Kamalludin berkata, KPDN menyita 32,760 liter diesel, sebuah lori tangki 52 tan serta beberapa dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.Jelasnya, dua individu iaitu pemilik premis dan pembekal turut ditahan bagi membantu siasatan.Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM599,058, merangkumi diesel bernilai RM149,058 dan lori tangki bernilai RM450,000.Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala badan korporat boleh didenda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya. |
|
DAP Perak sebulat suara mahu kekal dalam Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 12/08 6:19 pm IPOH - DAP Perak sebulat suara memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal bagi memastikan kestabilan politik, melaksanakan reformasi serta menunaikan mandat yang diberikan rakyat.DAP Perak dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat jawatankuasa parti di peringkat negeri selepas mengambil kira kepentingan untuk meneruskan agenda reformasi dan pelaksanaan janji pilihan raya.Menurutnya, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaksanakan pelbagai pembaharuan sepanjang tiga tahun lalu selain meningkatkan imej serta kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa."Dengan kekal berada dalam kerajaan, kita dapat terus melaksanakan manifesto Pakatan Harapan termasuk reformasi institusi, kebebasan badan kehakiman, usaha membanteras rasuah, mengurangkan kos sara hidup serta pembaharuan sistem pendapatan negara."Semua dasar ini perlu dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh penggal pentadbiran ini," katanya dalam kenyataan di Facebook DAP Perak pada Rabu.Menurut kenyataan itu, walaupun kerajaan berdepan pelbagai cabaran, keberadaan parti dalam kerajaan memberikan ruang dan suara dalam proses membuat keputusan bagi menggerakkan reformasi, menunaikan janji serta memacu pembangunan negara.Jelasnya, DAP juga perlu kekal dalam Kerajaan Perpaduan bagi mempertahankan kekuatan politik masyarakat majmuk yang inklusif dan progresif, selain mengimbangi serta menghalang pengaruh ekstrem daripada terus berkembang."Ketika Perikatan Nasional dan Pas terus memainkan isu perkauman dan menunggang agama untuk mencetuskan perpecahan antara masyarakat berbilang kaum serta menggugat keharmonian negara, keberadaan DAP akan memastikan hala tuju politik negara membela perpaduan dan mempertahankan keharmonian tidak digugat," katanya.DAP Perak turut mengingatkan pengalaman negara yang menyaksikan pertukaran empat Perdana Menteri dalam tempoh tujuh tahun lalu, yang menurutnya menjejaskan ekonomi serta keyakinan pelabur."Ketidakstabilan politik itu tidak boleh berulang |
|
Sungai Klang waste drops 63 per cent following restoration efforts - Sinardaily - 12/08 5:48 pm SHAH ALAM - Sungai Klang, once burdened by tonnes of rubbish that left parts of its riverbed resembling a dumping ground, is gradually showing signs of recovery.One of the clearest indications is a 63 per cent reduction in solid waste removed from the river, from about 16,000 metric tonnes annually during the early stages of the clean-up to between 5,000 and 6,000 metric tonnes today.The decline signals progress in efforts to restore Sungai Klang, which began in 2017.Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) managing director Syaiful Azmen Nordin said more than 98,000 metric tonnes of solid waste had been removed from the river over the nine-year large-scale clean-up project.He said the amount of waste collected had also been declining by between 15 and 20 per cent annually.If during the early stages of the cleaning efforts we had to remove up to 16,000 metric tonnes of rubbish a year, the annual amount of waste disposal is now only between 5,000 and 6,000 metric tonnes.This shows an overall reduction of 63 per cent, he said after the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between KDEB Waste Management Sdn Bhd and LLSB at Wisma Dewan Undangan Negeri Selangor here on Wednesday.The MoU was signed by Syaiful Azmen and KDEB Waste Management managing director Datuk Ramli Mohd Tahir, witnessed by Selangor Infrastructure and Agriculture Exco Datuk Ir Izham Hashim and Selangor Local Government and Tourism Exco Datuk Ng Suee Lim.The collaboration aims to explore the development of an Integrated Resource Recovery Centre and Inert Landfill Management Facility, covering site rehabilitation, controlled inert waste management, recovery of valuable materials and the potential future integration of renewable energy.Syaiful said one of the most significant changes in Sungai Klang was observed during the Covid-19 pandemic, when the Movement Control Order (MCO) sharply reduced outdoor human activity.During that period, the amount of rubbish entering the river dropped drastically, reinforcing the role of human activity as a major contributor to river pollution.During the MCO (Movement Control Order), when everyone was at home and managing their domestic waste, Sungai Klang became very clean and almost free of rubbish.This confirmed the actual source of where this waste came from, he said.Over the years, cleaning teams have removed not only rubbish floating on the surface but also waste buried deep beneath the riverbed.Refrigerators, tyres and household furniture were among the items recovered, while some waste was found buried between three and five metres beneath the riverbed and was believed to have been there for decades.Gold is the only thing we have yet to find, Syaiful quipped, referring to the wide variety of waste recovered during the clean-up.The river's water quality has also gradually improved from what was once classified as Class 5, with several sections now reaching Class 3 and Class 4.The improvement reflects the broader scope of the restoration effort, which goes beyond removing surface rubbish to include waste management, riverbed dredging, pollution control and efforts to change public behaviour.However, LLSB is aiming to go further than the current 63 per cent reduction.The company wants to bring the amount of waste collected to below 1,000 metric tonnes annually within the next two to three years, including through stronger public awareness campaigns.The restoration of Sungai Klang has also progressed alongside flood mitigation efforts.A 56-kilometre widening and deepening project from Shah Alam to the river mouth has reached about 68 per cent physical completion.More than 1.2 million cubic metres of material have been dredged from the riverbed, increasing its water retention capacity from below five per cent to 22 per cent.Syaiful said the additional capacity was important in reducing the risk of the river overflowing, particularly during heavy rainfall and changing weather patterns.This 22 per cent increase in water retention capacity plays a very important role in reducing the risk of river overflow.The floods occurring in several areas today are no longer caused by direct overflow from Sungai Klang, but by weaknesses in the internal drainage system, he said.LLSB's project is expected to be fully completed by the end of next year, while an additional stretch from Shah Alam to Mid Valley will continue under the Federal Government.LLSB ultimately aims to increase Sungai Klang's water retention capacity to 40 per cent to strengthen the river's ability to cope with future flood risks.Beyond the figures, however, the restoration of Sungai Klang highlights a broader challenge.A river cannot be restored solely through dredging, cleaning equipment or government allocations |
|
Bapa direman kes amang seksual, aniaya dua anak usia tujuh dan tiga tahun - Sinarharian - 12/08 5:47 pm MELAKA - Seorang lelaki direman lima hari bermula Rabu selepas disyaki melakukan amang seksual dan penganiayaan fizikal terhadap dua anak masing-masing berusia tujuh dan tiga tahun dalam kejadian antara Mei lalu hingga Ogos.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4 petang, Selasa lalu.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 40-an dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya pada Mei lalu dan anak perempuan berusia tiga tahun pada Jun 2026."Suspek turut disyaki menganiaya kedua-dua mangsa secara fizikal pada Ogos 2026 |
|
Lemas: Mohd Rayyan Hakimi dijadualkan masuk asrama bulan depan - Sinarharian - 12/08 5:02 pm KUALA KRAI - Ibu kepada Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, di sini, berkata remaja itu seharusnya memasuki asrama selepas 31 Ogos.Norhasmiza Kamaruddin, 39, berkata Mohd Rayyan Hakimi, 14, anak kedua daripada tiga beradik itu akan berpindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1 ke SMK Kuala Krai dan tinggal di asrama bagi memudahkan urusan persekolahan."Tak sangka perkara ini berlaku |
|
Amaran hujan lebat, ribut petir di dua negeri - Sinarharian - 12/08 4:55 pm KUALA LUMPUR - Dua negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran pada jam 4.15 petang memaklumkan cuaca berkenaan dijangka melanda Kedah dan Perak.Amaran tersebut melibatkan enam kawasan di Kedah dan lima kawasan di Perak.Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Sik.Sementara itu, di Perak, amaran melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama dan Kerian.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan amaran tersebut. |
|
Worried govt producing GMO rice? Agriculture Ministry says Perak run is only a controlled test - Malaymail - 12/08 4:53 pm SERDANG, Aug 12 The proposed genetically modified rice field trial in Perak involving the MR219 variety is only... |
|
Bas ekspres bawa sembilan penumpang rempuh belakang treler - Sinarharian - 12/08 4:40 pm BANDAR BAHARU - Basekspres yang membawa sembilan penumpang terlibat kemalangan dengan treler di Kilometer (KM) 169.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, kira-kira 1 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Superintenden Mohamad Sani Mat Ali berkata, bas eskpres itu dalam perjalanan dari Alor Setar menuju Kuala Lumpur.Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas gagal mengawal kenderaan, sebelum melanggar bahagian belakang lori treler yang sedang mengubah haluan dari lorong perlahan ke lorong memotong."Lori treler itu membawa muatan paip besi dan dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang menuju Shah Alam, Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohamad Sani berkata, pemandu bas tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu kedua bas mengalami kecederaan pada bahagian hidung dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk rawatan."Enam penumpang bas yang cedera ringan dirawat di Hospital Sungai Bakap, manakala tiga lagi penumpang tidak mengalami kecederaan."Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori treler dan pemandu bas negatif dadah," katanya.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
|
Perak DAP commits to Unity Government ahead of crucial party conference - Sinardaily - 12/08 4:21 pm IPOH - Perak DAP has unanimously decided to remain in the Unity Government and mobilise the partys entire machinery to fulfil the peoples mandate and continue the countrys reform agenda.In a statement today, Perak DAP said the decision was made to deliver on its election promises under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.According to the statement, Anwars leadership had proven successful in implementing various reforms over the past three years, while also enhancing the countrys image and standing on the world stage."DAP must continue to demonstrate its capabilities through achievements and work performance so as not to disappoint the peoples expectations."By remaining in the government, we can continue implementing the Pakatan Harapan manifesto, including institutional reforms, judicial independence, efforts to combat corruption, reducing the cost of living, reforming the national revenue system, and safeguarding the rights and freedoms of Malaysias multiracial society, the statement said.Perak DAP stressed the need to fully realise the policies during the current term in order to drive reforms and spur national development for the peoples well-being despite facing various challenges.The party also remains committed to mobilising all its strength to fulfil the peoples mandate while staying true to the aspirations of the "Malaysia for Malaysians struggle and remaining mindful of its responsibility to that cause.The statement also stressed that, in order to safeguard the political strength of an inclusive and progressive multiracial society, DAP needs to remain in the Unity Government to provide a balance and prevent extremist forces from continuing to gain ground."Malaysia has witnessed four changes of prime minister over the past seven years |
|
SUKMA 2026: Skuad ragbi Terengganu sasar gangsa, pertaruh muka baharu - Sinarharian - 12/08 4:16 pm TIDAK mahu dibebani pencapaian pada edisi lalu, skuad ragbi Terengganu tampil lebih realistik dengan meletakkan sasaran pingat gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.Pengurus pasukan, Mohd Amirulmukminin Sulaiman berkata, sasaran itu dibuat selepas mengambil kira perubahan besar dalam skuad kali ini yang dibarisi sebahagian besar pemain baharu.Katanya, biarpun sasaran ditetapkan secara sederhana, persiapan pasukan kini berada pada tahap terbaik dan pemain sudah bersedia untuk turun beraksi apabila saingan bermula 19 Ogos ini."Momentum pasukan ketika ini berada pada tahap terbaik dan semua pemain sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik |
|
Perak DAP says it will remain in unity govt, back Anwars reform agenda - Malaymail - 12/08 4:11 pm IPOH, Aug 12 Perak DAP has unanimously decided to remain in the Unity Government and mobilise the par... |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |