///
See Also: Shutterstock

Search : Sungai Kapal News   Page 1    





Seorang anggota bomba cedera padam api kebakaran di Pengerang - Mgazette - 28/01 7:19 pm

"Alhamdulillah semalam kita dah berjaya padamkan sampai habis di Jalan Tuatau dan hari ini kita buat proses 'overhaul' di kawasan tersebut," katanya lagi. Tambahnya terdapat tiga kawasan di Pengerang yang terlibat dengan kebakaran iaitu di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai melibatkan keluasan 246 ekar, Kampung Lepau, 135 ekar dan juga Jalan Tuatau, Bandar Penawar





Kebakaran tanah gambut: 21 kali pengeboman air dilakukan setakat ini - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Kebakaran tanah gambut: 21 kali pengeboman air dilakukan setakat ini KOTA TINGGI - Teknik pengeboman air melibatkan 33,000 liter air dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini bagi memadam kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini





Lelong selipar langsai hutang saman Teresa Kok – Jamal - Mgazette - 28/01 7:19 pm

# Lelong selipar langsai hutang saman Teresa Kok - Jamal KUALA LUMPUR Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan melelong sebelah selipar miliknya untuk melunaskan hutang berupa lebih RM60,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok





Kebakaran tanah gambut: 52 peratus kawasan berapi sudah dipadamkan - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Kebakaran tanah gambut: 52 peratus kawasan berapi sudah dipadamkan KOTA TINGGI - Bomba dengan kerjasama beberapa agensi sudah berjaya memadamkan 52 peratus keluasan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini sehingga tengah hari ini





Virus Nipah: AKPS pantau rapat kemasukan dagangan babi, pelancong dari .. - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Virus Nipah: AKPS pantau rapat kemasukan dagangan babi, pelancong dari India PELABUHAN KLANG - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memantau kemasukan dagangan daging babi atau produk dari India susulan penularan wabak virus Nipah di negeri Bengal Barat, India





Sejumlah 14 harta alih di rumah Jamal Yunos disita secara paksa Sejumlah .. - Mgazette - 28/01 4:27 pm

# Sejumlah 14 harta alih di rumah Jamal Yunos disita secara paksa KUALA LUMPUR - Sejumlah 14 harta alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md





Harta alih Jamal disita, bayar penghakiman tertunggak RM66,061 kepada .. - Mgazette - 28/01 4:26 pm

# Harta alih Jamal disita, bayar penghakiman tertunggak RM66,061 kepada Teresa KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendapat perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk menyita harta alih milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md





Istilah rumah ibadat haram: Fadhli yakin usul Rayer tak akan berjaya - Mgazette - 28/01 4:26 pm

# Istilah rumah ibadat haram: Fadhli yakin usul Rayer tak akan berjaya KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bersedia dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan penggunaan istilah `binaan haram dan `rumah ibadat haram di Dewan Rakyat





14 aset Jamal Yunos disita ketika masuk secara paksa - Peguam Teresa Kok - Sinarharian - 28/01 4:25 pm

KUALA LUMPUR Sebanyak 14 aset Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disita dari rumah di Ampang Jaya di sini selepas bailif Mahkamah Tinggi di sini diberi kuasa untuk memasuki premis itu secara paksa pada Rabu.Writ penyitaan dan penjualan harta alih itu diperoleh oleh Ahli Parlimen Seputeh, Datuk Teresa Kok selaku pemiutang penghakiman terhadap Jamal yang dinamakan sebagai penghutang penghakiman.Ia berhubung tindakan penguatkuasaan penyitaan harta bagi mendapatkan baki tertunggak kos guaman mencecah RM66,061.85 berkaitan kes saman fitnah Jamal, 56, yang mendakwa Teresa, 62, telah menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) pada sembilan tahun lalu.Berdasarkan kenyataan media, peguam, Datuk Sankara Nair yang mewakili Teresa, 62, berkata, barang-barang yang disita itu akan dilelong pada tarikh yang belum ditetapkan.Ditanya mengenai jenis aset tersebut, beliau berkata, item yang disita merupakan barang-barang rumah.Sankara berkata, seorang penolong pendaftar Mahkamah Tinggi dan bailif tiba di rumah Jamal untuk melaksanakan writ rampasan dan penjualan bersama pegawai polis dan seorang lagi peguam Teresa.Katanya, pegawai mahkamah itu kemudiannya mengarahkan kemasukan paksa dilaksanakan, selepas penghuni rumah tidak memberi respons terhadap panggilan mereka ketika menekan loceng kediaman.Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan Jamal untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada pemimpin DAP itu.Sankara memberitahu, Jamal telah menjelaskan bayaran RM300,000.Pada 26 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Arief Emran Arifin memerintahkan Jamal membayar ganti rugi itu dan kos RM50,000.Teresa memfailkan saman itu pada 6 April 2017, mendakwa Jamal membuat kenyataan berunsur fitnah mengenainya berhubung dana Yawas semasa sidang media pada 8 Mac tahun sama.Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menegaskan bahawa kenyataan fitnah itu disebarkan menerusi media cetak dan elektronik termasuk di laman Facebook Jamal.Teresa menyatakan, kenyataan Jamal itu memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi dan merupakan seorang yang tidak beretika





Diburu hingga ke India, tiga ahli Geng Captain Praba akhirnya didakwa - Sinarharian - 28/01 4:11 pm

SEPANG - Tiga ahli 'Geng Captain Praba' yang dikehendaki kerana didakwa terlibat dalam kumpulan jenayah terancang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.Mereka ialah C Navindren Raj, 38,S Praftifkumar, 30, dan S Sridharan, 30.Kesemua lelaki itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.Bagaimanapun tiada pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil kerana pertuduhan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara Disember 2023 sehingga 11 September 2025 bertempat di ladang kelapa sawit lorong berhadapan Jalan Mahang 2, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom di daerah Kuala Langat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574].Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim, V V Suloshani dan Lina Hanini Ismail.Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, ketiga-tiga suspek ditangkap dalam Operasi Jack Sparrow oleh JSJ Bukit Aman berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Sepang pada 14 Januari."Tangkapan telah dibuat pada 28 Januari."Penangkapan tersebut dibuat dengan kerjasama bantuan pihak berkuasa tempatan di Mumbai, India sebelum kesemua mereka dibawa pulang ke Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India atas kerjasama erat yang diberikan dan menegaskan komitmen berterusan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Sebelum itu, ketiga-tiga suspek tiba kira-kira jam 2.35 petang di Mahkamah Sesyen Sepang dengan kawalan ketat anggota JSJ PDRM yang lengkap berpakaian taktikal sebelum diiring masuk ke kamar perbicaraan.Terdahulu, media melaporkan tiga lelaki terbabit telah ditahan di Mumbai, India, Ahad laluselepas bertindak ganas sebaik tiba di negara itu.Mereka bertindak sedemikian selepas diusir dari United Kingdom (UK) apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Manchesteryang sudah dimaklumkan mengenai status ketiga-tiga individu itu sebagai 'penjenayah berprofil tinggi'menolak kemasukan mereka.Susulan itu, kesemua suspek telah diterbangkan dengan pesawat komersil diiringi kawalan ketat pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) Mumbai sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.Mereka kemudian diiring sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk proses dokumentasi.





Uji sistem jentera, LCS 1 mula belayar hari ini - Sinarharian - 28/01 3:58 pm

KUALA LUMPUR - Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) yang pernah menimbulkan kontroversi ekoran terpalit dengan isu penyelewengan dan rasuah beberapa tahun lalu akan memulakan pelayaran atau 'first sea going' pada hari ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelayaran pertama LCS 1 KD Maharajalela itu untuk pengujian sistem jentera, janakuasa, sistem penghawa dingin dan 'propulsion system'.Menurutnya, ia merupakan proses permulaan bagi memastikan Kapal LCS 1 berkeupayaan untuk berlayar di lautan."Persediaan platform dan peralatan juga sedang giat dilaksanakan untuk membolehkan percubaan di laut secara penuh dimulakan pada awal April 2026."Berdasarkan maklum balas oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang dikemukakan kepada pasukan projek, jadual pentauliahan LCS 1 dipinda ke Disember 2026, manakala bagi LCS 2 pada Ogos tahun hadapan."Bagi kapal-kapal berikutnya pula, pentauliahan LCS 3 kekal pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029," katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dalam Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan status prestasi 'sea trial' LCS 1 dan sama ada kapal itu dapat ditauliahkan mengikut jadual seawal Ogos tahun ini.Pada 25 Januari lalu, SPRM mengesahkan dua ketua pegawai eksekutif syarikat yang terlibat dalam projek tersebut ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.Difahamkan, penahanan itu dibuat selepas SPRM berjaya menemui petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam buah kapal LCS yang dilaksanakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).Sebelum ini, SPRM menerima aduan berhubung projek pembinaan enam buah kapal LCS tersebut susulan kegagalan pihak berkenaan untuk menyerahkan kapal tersebut mengikut tempoh ditetapkan.Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, LCS pertama sepatutnya diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada April 2019 dan bayaran sebanyak RM6 bilion juga telah dibuat.Dari segi kos, beliau memberitahu, nilai keseluruhan kontrak Projek LCS adalah sebanyak RM11.2 bilion untuk kelima-lima buah kapal."Perbelanjaan semasa berjumlah RM8.3 bilion atau lebih kurang 74 peratus daripada jumlah keseluruhan."Dalam memastikan ketelusan dan kawal selia yang berterusan, Kementerian Pertahanan telah mewujudkan pelbagai platform pemantauan seperti Project Management Review (PMR), Project Monitoring Committee (PMC) serta Jawatankuasa Teknikal yang bersidang secara berkaladengan penglibatan menyeluruh TLDM sebagai end-user dan pihak LUNAS," katanya.





14 items seized from Jamal Md Yunos home to settle Teresa Kok lawsuit costs - Sinardaily - 28/01 3:32 pm

KUALA LUMPUR - A total of 14 items have been seized from the home of Sungai Besar division Umno chief Datuk Seri Jamal Md Yunos in Ampang to recover an outstanding judgment sum involved in a lawsuit filed by Teresa Kok.In a statement to the press, Kok's lawyer, Datuk Sankara Nair, said the seized items would be auctioned.When asked what the items seized were, he said they were household items.Earlier, a court assistant registrar and a bailiff, in the presence of lawyer G





Tiga kawasan di Pengerang terbakar, libatkan 391 hektar tanah - Sinarharian - 28/01 2:56 pm

KOTA TINGGI Tiga kebakaran besar melibatkan kira-kira 391 hektar tanah berlaku di kawasan Pengerang sejak Jumaat lalu.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, kebakaran paling teruk dan kritikal berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai.Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan tanah gambut dan operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini, memasuki hari keenam."Dua lagi lokasi kebakaran membabitkan Kampung Lepau, yang masih dalam proses pemadaman, serta tapak pengumpulan sampah di Jalan Tuatau, Bandar Penawar yang telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Selasa."Terdapat juga beberapa kawasan lain yang terbakar seperti di Batu Pahat dan Tanjung Sedeli (Kota Tinggi) semalam, namun kesemuanya telah berjaya dipadamkan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bomba, Taman Bayu Damai di sini pada Rabu.Kebakaran di Taman Bayu Damai bermula sejak Jumaat lalu dan setakat jam 12 tengah hari ini seramai 153 penduduk melibatkan 50 keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).Penduduk terlibat ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal sejak Sabtu.





Kedai runcit di Kampung Sungai Lang musnah terbakar - Sinarharian - 28/01 2:44 pm

KUALA LANGAT Sebuah kedai barangan runcit di Jalan Sungai Lang, Kampung Sungai Lang di sini musnah terbakar pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.41 pagi."Kebakaran melibatkan sebuah premis runcit jenis kelas B dengan keluasan kira-kira 60 x 80 kaki persegi dan anggaran kemusnahan sekitar 80 peratus."Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting tiba di lokasi pada jam 11.50 pagi dan mendapati kebakaran sedang marak sebelum operasi pemadaman dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu oleh BBP Telok Panglima Garang dan BBP KLIA bagi mengawal serta memadam kebakaran."Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.05 tengah hari dan tidak melibatkan mangsa," katanya.Menurutnya, seramai 19 anggota terlibat dalam operasi pemadaman dengan kekuatan beberapa jentera yang dikerah ke lokasi.Beliau berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan keadaan di lokasi dilaporkan selamat selepas kebakaran berjaya dikawal.





Aset Jamal lebih RM66,000 disita, kata peguam Teresa - FMT - 28/01 2:21 pm

Ia susulan writ penyitaan dan penjualan harta alih diperoleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok selaku pemiutang penghakiman terhadap ketua Umno Sungai Besar.





Kebakaran tanah gambut: 52 peratus daripada 100 hektar sudah dipadamkan - Sinarharian - 28/01 1:54 pm

KOTA TINGGI Kebakaran tanah gambut yang melanda kawasan Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang sejak Jumaat lalu kini mencecah hampir 100 hektar, dengan kira-kira 52 peratus daripada kawasan terbabit berjaya dipadamkan setakat Rabu.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady berkata, operasi pada hari keenam tertumpu kepada penggunaan helikopter bagi pengeboman air."Kita sudah membuat longkang selatan di kawasan kebakaran





Aset Jamal Yunos lebih RM66,000 disita hari ini - Peguam Teresa Kok - Sinarharian - 28/01 1:47 pm

AMPANG - Tindakan penguatkuasaan penyitaan harta bagi mendapatkan baki tertunggak mencecah RM66,061.85 telah dibuat di rumah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Ampang Jaya, di sini pada Rabu.Writ penyitaan dan penjualan harta alih itu diperoleh oleh Ahli Parlimen Seputeh, Datuk Teresa Kok selaku pemiutang penghakiman terhadap Jamal yang dinamakan sebagai penghutang penghakiman.Berdasarkan kenyataan media, peguam, Datuk Sankara Nair berkata, bayaran itu membabitkan kos guaman yang belum dibayar oleh Jamal, 56.Ia berhubung kes saman fitnah Jamal yang mendakwa anak guamnya, Teresa, 62, telah menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas)."Penguatkuasaan dibuat bagi mendapatkan semula jumlah penghakiman tertunggak itu, kerana Jamal gagal mematuhi sepenuhnya penghakiman akhir yang diperoleh Teresa dalam saman berkenaan selaku plaintif."Mahkamah sebelum ini menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada plaintif selepas berjaya membuktikan dakwaan fitnah," katanya.Menurutnya, pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dibuat oleh bailif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Beliau berkata, selaras dengan perintah mahkamah, bailif diberi kuasa untuk memasuki premis secara paksa, menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya akses ke premis dinafikan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang.Selain itu, beliau berkata, bagi memastikan pelaksanaan dibuat mengikut perintah mahkamah serta tatacara undang-undang yang betul, perkara berkenaan dipantau seorang lagi peguam Teresa iaitu Maniggandan Gopalan.Sankara menegaskan bahawa tindakan berkenaan merupakan pelaksanaan sah terhadap penghakiman mahkamah yang masih berkuat kuasa di bawah autoriti kehakiman.Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan Jamal untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada pemimpin DAP itu.Sankara memberitahu, Jamal telah menjelaskan bayaran RM300,000.Pada 26 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Arief Emran Arifin memerintahkan Jamal membayar ganti rugi itu dan kos RM50,000.Teresa memfailkan saman itu pada 6 April 2017, mendakwa Jamal membuat kenyataan berunsur fitnah mengenainya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) semasa sidang media pada 8 Mac tahun sama.Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menegaskan bahawa kenyataan fitnah itu disebarkan menerusi media cetak dan elektronik termasuk di laman Facebook Jamal.Teresa menyatakan, kenyataan Jamal itu memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi dan merupakan seorang yang tidak beretika.





Swift action douses fire at palm oil mills acid pond in Tatau - BorneoPost - 28/01 8:52 am

BINTULU (Jan 28): A fire at a palm oil mill’s acid pond in Tatau was brought under control on yesterday afternoon, with no injuries reported





PAIP perkukuh sistem bekalan air Pahang secara menyeluruh - Sinarharian - 28/01 8:45 am

SHAH ALAM Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) terus memperkukuh sistem bekalan air negeri dengan memberi tumpuan bukan sahaja kepada kawasan blackspot, malah turut melibatkan pemantapan perkhidmatan secara menyeluruh





Tokoh akademik gagal serah writ saman kepada pelakon Rita Rudaini - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Tokoh akademik gagal serah writ saman kepada pelakon Rita Rudaini KUALA LUMPUR - Dua tokoh akademik yang mengetuai Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor masih tidak dapat menyerahkan writ saman terhadap pelakon Rita Rudaini supaya selebriti itu menjawab saman terhadapnya





Kes kebakaran terbuka di Malaysia melonjak 300 peratus - Mgazette - 28/01 7:55 am

Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kemerebakan kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram, jelas kenyataan itu. Setakat ini, kes kebakaran terbuka yang masih aktif adalah di Johor melibatkan keluasan 196.5 hektar di beberapa lokasi termasuk Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau serta Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tuatau Bandar Penawar, dengan operasi pemadaman masih giat dijalankan





Kilang sawit jadi punca pencemaran Sungai Sayong diarah henti operasi - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Kilang sawit jadi punca pencemaran Sungai Sayong diarah henti operasi JOHOR BAHRU -Sebuah kilang sawit diarah menghentikan operasi selepas siasatan mendapati ia menjadi puncapencemaran Sungai Sayong di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi berpunca dari kilang itu





Selangor jamin ganti tanah rizab Melayu untuk bina Jalan Pintasan .. - Mgazette - 28/01 7:55 am

# Selangor jamin ganti tanah rizab Melayu untuk bina Jalan Pintasan Semenyih - PM SEMENYIH - Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan akan menggantikan semula tanah rizab Melayu yang akan diambil untuk pembinaan Jalan Pintasan Semenyih





Lelaki meninggal dunia selepas rebah tepi jalan - Sinarharian - 27/01 8:55 pm

SUNGAI PETANI - Polis meminta orang ramai mengesan mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri yang dikesan meninggal dunia di tepi jalan dekat sebuah pasar raya di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tiada dokumen berkaitan ditemui dan mangsa dipercayai berusia anggaran 40-an berdasarkan pemerhatian luaran dan bentuk fizikal."Panggilan kecemasan diterima sekitar 4.30 petang





Nearly 3,000 open burning cases reported so far this year - Fire Dept - Sinardaily - 27/01 8:55 pm

KUALA LUMPUR - A total of 2,917 open burning cases involving 328 hectares of land were reported from Jan 1 until today, a significant increase of 300 per cent compared to the same period last year.The Malaysia Fire and Rescue Department (JBPM) said that, as of today, 287 hectares of the 328 hectares involved in open burning have been extinguished, while firefighting operations are still ongoing at the remaining 41 hectares."This total shows a very significant increase compared to the same period in the previous years, with 729 cases (11.19 hectares) reported in 2025 and 66 cases (55.03 hectares) in 2024, it said in a statement today.It added that bushfires were identified as the biggest contributor to the total number of cases, recording 2,187 cases (75 per cent) during that period, compared to 440 cases (60 per cent) last year and 53 cases (80 per cent) in 2024.In addition, fire outbreaks at illegal waste disposal sites contributed to the nationwide increase in cases, with 431 cases recorded during the same period, compared to 244 in 2025 and only nine in 2024.According to the JBPM, the significant increase can be linked to the current hot, dry and windy weather conditions, which are expected to continue in most areas of Peninsular Malaysia until Jan 31, based on analyses of the latest weather prediction models by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia)."The hot, dry and windy weather conditions have the potential to increase the risk of fire from open burning spreading, especially involving bush areas and illegal waste disposal sites, in line with the increasing number of cases recorded by the JBPM throughout the period, it added.So far, active open burning cases are focused in Johor, involving areas in Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau and the Bandar Penawar Bukit Tuatau waste disposal site, with the Johor JBPM carrying out intensive firefighting operations."The JBPM is constantly at the highest level of readiness, and the public is advised not to carry out open burning, as well as to always comply with stipulated safety measures and regulations to prevent incidents that could threaten lives, property and the environment, it added





Kes kebakaran terbuka melonjak 300 peratus sejak 1 Januari - Sinarharian - 27/01 7:58 pm

PUTRAJAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan peningkatan ketara kes kebakaran terbuka di seluruh negara apabila sebanyak 2,917 kes dilaporkan bagi tempoh 1 hingga 27 Januari, meningkat hampir 300 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.Bahagian Pengurusan Korporat JBPM, memaklumkan dalam tempoh tersebut, kebakaran terbuka melibatkan kawasan seluas 328 hektar seluruh negara dengan 287 hektar daripadanya telah berjaya dipadamkan manakala baki 41 hektar masih dalam tindakan pemadaman oleh pasukan bomba."Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang amat signifikan berbanding tempoh sama pada tahun-tahun sebelumnya iaitu 729 kes pada tahun lalu yang melibatkan keluasan 11.19 hektar serta 66 kes pada 2024 dengan keluasan 55.03 hektar," katanya.Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan belukar dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan kes kebakaran terbuka apabila mencatatkan sebanyak 2,187 kes (75 peratus) sejak 1 hingga 27 Januari."Sebanyak 440 kes (60 peratus) direkodkan pada tahun lalu dan 53 kes (80 peratus) pada 2024 bagi tempoh yang sama," katanya.Menurut kenyataan itu, selain itu, kebakaran di tapak pelupusan sampah haram turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kumulatif kes kebakaran terbuka di seluruh negara apabila sebanyak 431 kes direkodkan sehingga Selasa."Sebanyak 244 kes direkodkan pada tahun lalu dan hanya sembilan kes pada 2024 bagi tempoh yang sama," katanya.Katanya, peningkatan ketara kes kebakaran terbuka ini boleh dikaitkan dengan keadaan cuaca semasa yang panas, kering serta berangin yang dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara, sehingga 31 Januari."Ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),"Keadaan cuaca panas, kering dan berangin ini berpotensi meningkatkan risiko kemerebakan kebakaran terbuka, terutamanya melibatkan kawasan belukar dan tapak pelupusan sampah haram," katanya.Menurutnya, setakat ini, kes kebakaran terbuka yang masih aktif adalah di Johor yang meliputi kawasan seluas 196.5 hektar melibatkan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Desa Selatan Kampung Lepau serta Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tuatau Bandar Penawar."Operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh JBPM Johor.Sehubungan itu, JBPM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dan menasihatkan orang awam agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka."Orang ramai perlu mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar," ujarnya.





Kebakaran tanah gambut dapat dikawal empat hari lagi Kebakaran tanah .. - Mgazette - 27/01 4:25 pm

# Kebakaran tanah gambut dapat dikawal empat hari lagi KOTA TINGGI - Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang di sini sejak Jumaat lalu dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa tiga atau empat hari lagi





Keadaan belum terkawal, pengeboman air diguna padam kebakaran tanah gambut - Mgazette - 27/01 4:25 pm

Cuaca juga kering dan angin kuat," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal di sini hari ini





Pencemaran Sungai Johor: JAS tahan pengurus, lesen kilang sawit digantung - Mgazette - 27/01 4:25 pm

# Pencemaran Sungai Johor: JAS tahan pengurus, lesen kilang sawit digantung KOTA TINGGI Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menahan pengurus dan operator kilang memproses kelapa sawit bagi membantu siasatan insiden pencemaran ulu Sungai Johor di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, di sini Ahad lalu





Dua bas persiaran antara 21 kenderaan disita dalam Ops Sepadu JPJ - Sinarharian - 27/01 3:28 pm

KUALA LUMPUR Dua bas persiaran merupakan antara 21 kenderaan yang disita dalam Operasi Sepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) di Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan di sini pada Selasa.Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya menyita dua bas persiaran itu kerana melanggar syarat khas Keperluan Tahap Perkhidmatan, iaitu gagal menyediakan pemandu pelancong berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)."Kita memandang serius pelanggaran syarat-syarat lesen ini kerana ia bukan sahaja merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang, malah berpotensi menjejaskan keselamatan penumpang serta mencemarkan integriti industri pelancongan dan pengangkutan pelancongan."Sehubungan itu, tindakan penyitaan telah diambil serta-merta tanpa sebarang kompromi di bawah Seksyen 80(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Hamidi berkata, perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan kerana melanggar peruntukan di bawah Seksyen 41(1)(b), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), iaitu kegagalan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan di bawah lesen pengendalian kenderaan perkhidmatan pelancongan."Di bawah Seksyen 41(3), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, mana-mana pengendali berlesen yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, dan kenderaan yang terlibat boleh dilucuthakkan di bawah Seksyen 80(4) akta sama oleh mahkamah," katanya.Beliau berkata, JPJ WPKL menegaskan bahawa mana-mana pengendali berlesen bas persiaran yang mengabaikan syarat-syarat lesen, termasuk kegagalan menyediakan pemandu pelancong berlesen, akan dikenakan tindakan tegas tanpa notis awal."Ia termasuk penyitaan kenderaan serta tindakan undang-undang susulan peruntukan undang-undang yang telah berkuat kuasa," tegasnya.Beliau berkata, operasi yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dilaksanakan secara bersepadu bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta PLUS Malaysia Berhad."Pemeriksaan tertumpu kepada dokumen asas pemandu dan kenderaan seperti lesen memandu, cukai jalan serta perlindungan insurans, selain pematuhan spesifikasi teknikal kenderaan bagi memastikan aspek keselamatan berada pada tahap ditetapkan," katanya.Menurutnya, sebanyak 2,091 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi dengan 382 kesalahan dikesan dan jumlah notis saman yang sama dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan."Antara kesalahan tertinggi yang direkodkan ialah memandu tanpa lesen, penggunaan cermin gelap tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tiada insurans."Tindakan sitaan melibatkan 17 motosikal, dua kereta serta dua bas persiaran," katanya.





Isu prof kangkung: Writ saman fitnah RM1 juta gagal diserah kepada Rita Rudaini - Sinarharian - 27/01 3:18 pm

KUALA LUMPUR Writ saman fitnah RM1 juta dan pernyataan tuntutan difailkan dua tokoh akademik terhadap Rita Rudaini gagal diserahkan kepada pelakon itu.Ia berhubung kenyataan didakwa dikeluarkan Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar berbaur fitnah, antaranya isu prof kangkung membabitkan pemimpin Badan Permuafakatan Pendidikan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) yang dikenali Muafakat.Peguam, Datuk Adnan Seman berkata, dua dokumen saman oleh Yang Dipertua Muafakat MRSM Sungai Besar di Sabak Bernam, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan Naib Yang Dipertuanya, Dr Saidah Haris @ Harith selaku plaintif tidak dapat diserahkan kepada Rita selaku defendan di alamat terakhir yang diketahui.Menurutnya, saman itu berkaitan dakwaan Rita mengeluarkan kenyataan yang dipertikaikan termasuk melabelkan kedua-dua plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, prof kangkung, gila jawatan, penipu serta tidak layak menerajui Muafakat.Plaintif kemudiannya membuat serahan dokumen mahkamah secara aplikasi WhatsApp kepada defendan, tetapi tiada kehadiran dimasukkan.Mahkamah seterusnya membenarkan permohonan penyampaian ganti bagi membolehkan saman tersebut diserahkan melalui kaedah alternatif lain.Mahkamah memberi tempoh satu bulan kepada plaintif untuk melaksanakan penyampaian ganti berkenaan.Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 26 Februari 2026.Sebelum ini dua pensyarah berkenaan melalui Adnan berkata saman itu difailkan selepas Rita, 50, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain.Menurut mereka, antara tohmahan dilemparkan termasuk gelaran 'prof kangkung', gila jawatan, penipu, selain dakwaan kedua-dua plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, tidak layak memegang jawatan dalam Muafakat serta tuduhan salah urus wang ibu bapa, yang tercetus selepas timbul dakwaan badan itu mengenakan kadar yuran tahunan tinggi dan kos tambahan bagi aktiviti lain.Plaintif memfailkan saman berkenaan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates pada 6 Disember lalu





Memandu tanpa lesen catat jumlah saman tertinggi tahun lalu - Sinarharian - 27/01 3:09 pm

KUALA LUMPUR Lebih 130,000 notis saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sepanjang tahun lalu dengan kes memandu tanpa lesen mencatat jumlah tertinggi.Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, sebanyak 137,192 notis saman telah dikeluarkan hasil pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun lalu."Seramai 26,098 pemandu dikesan melakukan kesalahan memandu tanpa lesen (LDL, PDL dan CDL), sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah saman yang dikeluarkan."Kesalahan kedua tertinggi ialah tiada lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh, melibatkan 21,277 kes, diikuti kesalahan tiada perlindungan insurans sebanyak 15,874 kes," katanya pada sidang akhbar di Plaza Tol Sungai Besi di sini pada Selasa.Menurutnya, JPJ WPKL turut merekodkan 11,424 kes penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan, selain 7,978 kes lebihan muatan dan 5,924 kes kenderaan tidak didaftarkan."Dalam tempoh sama, sebanyak 176,536 kenderaan telah diperiksa dengan 46,119 kenderaan diambil tindakan, manakala 955 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan serius," katanya.Hamidi berkata, antara kesalahan lain yang turut menunjukkan peningkatan ialah penggunaan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar serta ketidakpatuhan terhadap lampu isyarat merah, yang disifatkan mampu mengundang risiko kemalangan."JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu yang mengabaikan undang-undang jalan raya





DoE suspends palm oil mill operations, arrests manager over alleged pollution at Sungai Johor - Malaymail - 27/01 12:03 am

KOTA TINGGI, Jan 27 The Johor Department of Environment (DoE) has arrested a palm oil processing mill manager to...





Air sungai bertukar hitam, kilang sawit digantung operasi, pengurus ditahan - FMT - 27/01 11:20 am

Pengarah JAS Johor Famey Yusoff berkata struktur saluran efluen di kilang itu pecah menyebabkan efluen mentah terlepas keluar dan mengalir terus ke sungai.





112 mangsa kebakaran tanah gambut berlindung di 2 PPS - FMT - 27/01 10:49 am

Mangsa daripada 39 keluarga itu ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal, Johor Bahru.



37 illegal jetties demolished along Sungai Golok in Kelantan 37 illegal jetties demolished along Sungai Golok in Kelantan - SUN - 27/01 7:43 am





33 sungai dikategori tercemar pada 2025 - FMT - 26/01 11:27 pm

Sebanyak 171 dikategorikan sebagai sederhana tercemar, manakala 468 sungai dianggap bersih.





Rekod 42.2 juta pelawat pada 2025, Malaysia perkukuh kerjasama bagi TMM2026 - Sinarharian - 26/01 9:40 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 42.2 juta pelawat pada 2025 menyaksikan peningkatan 11.2 peratus berbanding 38 juta orang bagi tahun 2024 sekali gus meletakkan asas kukuh bagi kejayaan pelaksanaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, prestasi positif itu mencerminkan momentum berterusan industri pelancongan negara sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi.Sehubungan itu, beliau berkata, bagi memastikan momentum berkenaan dapat dikekalkan, kerajaan akan memperkukuh penyelarasan merentas kementerian dan agensi menjelang pelaksanaan TMM2026."Kerajaan memperkukuh penyelarasan merentas kementerian dan agensi bagi memastikan industri pelancongan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara," menurutnya dalam kenyataan hari ini.Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan yang melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi utama selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan.Beliau berkata, pada mesyuarat itu, kepentingan strategik industri pelancongan terhadap pembangunan negara diberi penekanan khususnya dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, penciptaan peluang pekerjaan dan pengukuhan kedudukan fiskal negara."Sehubungan itu, seluruh jentera kerajaan digesa bergerak secara seiring dan bersepadu bagi menarik lebih ramai pelawat antarabangsa, memanjangkan tempoh tinggal serta meningkatkan perbelanjaan pelancong di Malaysia," katanya.Ahmad Zahid berkata, bersempena TMM2026 sebagai agenda nasional utama, kerjasama erat kerajaan negeri, sektor swasta dan penggiat industri dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai agensi peneraju adalah penting bagi mempercepat pembangunan industri dan meningkatkan daya saing."Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan isu berkaitan bidang kuasa, kawal selia dan penguatkuasaan dapat ditangani secara berkesan dan segera," katanya.Beliau berkata, mesyuarat itu turut membincangkan beberapa isu dasar utama yang mempunyai implikasi langsung kepada industri pelancongan termasuk Program Malaysia Rumah Keduaku, Program Visa Premium, cadangan pengambilalihan kawal selia kenderaan pelancongan, status hab transit umrah dan pembangunan pelancongan kapal persiaran."Secara keseluruhan, mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh kerjasama antara kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan setiap isu berkaitan pelancongan ditangani secara menyeluruh."Semua pihak kekal komited dalam menjayakan kempen TMM2026 agar sasaran serta impak ekonomi yang ditetapkan dapat dicapai," katanya





UiTM iCEPS dekati komuniti - Sinarharian - 26/01 4:33 pm

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM terus melaksanakan pelbagai program bermanfaat untuk melahirkan mahasiswa profesional berjiwa masyarakat.Sebanyak tiga program komuniti kesihatan berimpak tinggi berjaya dilaksanakan oleh mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (separuh masa), Kumpulan NHSN8, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam sepanjang Januari 2026.Program tersebut merangkumi Program Sentuhan Sihat UiTM Bersama Komuniti Felda Palong 12 dan 13 (Negeri Sembilan), Program Komuniti Kesihatan 2026 di Kem Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras (Selangor), serta Program Komuniti Masyarakat Orang Asli Sungai Tisong 2026 (Sungkai, Perak).Secara keseluruhan, program-program itu memberi manfaat kepada lebih 700 peserta termasuk penduduk Felda, anggota keselamatan dan keluarga, serta masyarakat Orang Asli.Pelaksanaan program itu di bawah bimbingan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UiTM Selangor selaku Penasihat Program, Fatimah Sham."Ia diadakan untuk memastikan aktiviti berteraskan keperluan komuniti dan sejajar dengan hasil pembelajaran kursus NRS522: Kejururawatan Kesihatan Komuniti."Pendekatan ini turut membolehkan mahasiswa mengaplikasikan teori kejururawatan, kemahiran klinikal, komunikasi berkesan serta kerja berpasukan dalam persekitaran komuniti sebenar," katanya menerusi satu kenyataan.Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian iCEPS UiTM, Dr Saiful Adli Bukry berkata, penganjuran program seperti itu membuktikan pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menumpukan pencapaian akademik, malah membentuk mahasiswa sebagai modal insan profesional, beretika dan berkeupayaan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat."Inisiatif itu juga selari dengan aspirasi Malaysia Madani serta SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dan SDG 4 (Pendidikan Berkualiti)," katanya.Antara aktiviti utama yang diadakan termasuklah pendidikan dan saringan kesihatan, promosi gaya hidup sihat, pemeriksaan kendiri, penjagaan kaki diabetes, pendidikan kesihatan mental, ceramah keibubapaan, demonstrasi pertolongan cemas serta pameran dan perkhidmatan sokongan melibatkan pelbagai agensi berkaitan.Kejayaan program itu turut disokong kerjasama rakan strategik daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi kesihatan serta kepimpinan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh peranan UiTM dan iCEPS sebagai institusi yang progresif dan berorientasikan masyarakat.





Sebar maklumat perjawatan ATM: Beberapa pegawai dipanggil polis beri keterangan - Sinarharian - 26/01 4:27 pm

MELAKA - Beberapa pegawai tentera dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung penyebaran maklumat urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia susulan laporan polis dibuat Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung kebocoran maklumat itu pada minggu lepas."Polis telah memanggil beberapa pegawai dan sehingga kini, saya percaya polis masih lagi melakukan siasatan





Wajibkan syarikat konsesi penyelenggaraan lantik juruaudit luar - Mgazette - 26/01 4:05 pm

# Wajibkan syarikat konsesi penyelenggaraan lantik juruaudit luar PONTIAN - Syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya diwajibkan melantik juruaudit luar bagi mengaudit kerja-kerja yang telah dijalankan





26,000 pengguna SPU, SPT disaran simpan bekalan air 24 jam - Mgazette - 26/01 4:05 pm

# 26,000 pengguna SPU, SPT disaran simpan bekalan air 24 jam GEORGE TOWN - Kira-kira 26,000 pengguna bekalan air di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya bagi tempoh 24 jam bermula Rabu hingga Khamis ini sebagai langkah berjaga-jaga





Pencemaran Ulu Sungai Johor tidak jejas bekalan air – Exco - Mgazette - 26/01 4:05 pm

# Pencemaran Ulu Sungai Johor tidak jejas bekalan air - Exco PONTIAN Pencemaran di Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi yang berlaku sejak kelmarin tidak menyebabkan loji rawatan air (LRA) ditutup setakat ini





Kebakaran tanah gambut: Keadaan kritikal, 52 penduduk dipindahkan - Mgazette - 26/01 4:05 pm

# Kebakaran tanah gambut: Keadaan kritikal, 52 penduduk dipindahkan KOTA TINGGI - Seramai 52 penduduk dipindahkan ke Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai di sini susulan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai sejak Jumaat lalu





Sungai Johor tercemar lagi, air bertukar warna hitam - Mgazette - 26/01 4:05 pm

# Sungai Johor tercemar lagi, air bertukar warna hitam KOTA TINGGI - Tidak sampai empat bulan isu pencemaran di Sungai Johor kembali lagi menghantui penduduk apabila kejadian yang sama dikesan semalam





Kebakaran tanah gambut merebak seluas 12.1 hektar - Mgazette - 26/01 4:04 pm

# Kebakaran tanah gambut merebak seluas 12.1 hektar KOTA TINGGI - Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini, sejak kelmarin sudah merebak seluas 12.1 hektar ketika ini





Police Detain Two Kindergarten Caregivers Over Alleged Abuse In Sungai Buloh - Therakyatpost - 26/01 3:14 pm

A daycare centre has been under fire over alleged child abuse at several of its branches in Selangor.





KKR wajibkan syarikat konsesi lantik audit luar - Sinarharian - 26/01 2:45 pm

PONTIAN Kementerian Kerja Raya (KKR) mewajibkan semua syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya melantik juruaudit luar sebagai syarat baharu konsesi yang dilantik.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan syarat baharu itu dijangka dalam masa terdekat dan melalui tempoh interim selama setahun bagi melihat keberkesanannya."Kita mensyaratkan pelantikan juruaudit luar baharu ini bagi memastikan sama ada mutu kerja penyelenggaraan jalan raya dan sebagainya adalah dalam tahap yang terbaik."Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada laporan seperti mana yang dulu





Ustaz tidak mengaku cederakan murid - Sinarharian - 26/01 1:04 pm

KULIM - Seorang bekas tenaga pengajar dari sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan mencederakan murid, dalam kejadian tahun lalu.Tertuduh, Muhammad Abdullah Abu Bakar, 26, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang murid lelaki berumur 11 tahun ketika kejadian, di asrama pada jam lebih kurang 10 malam, 29 September lalu.Disebabkan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh satu tahun atau denda boleh sampai atau RM2,000 atau kedua-duanya.Timbalan Pendakwaraya Raya, R Jayasri menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 namun peguam tertuduh dari firma Hisham Yunus & Co memohon agar jumlah minimum dikenakan memandangkan dia kini tiada pendapatan akibat diberhentikan kerja.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.Kes akan disebut semula pada 3 Mac depan.Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berhubung satu video tular memaparkan seorang pelajar tahfiz dirotan.Mangsa dikatakan baharu berdaftar masuk ke pusat tahfiz berkenaan kira-kira tujuh bulan lalu.





Gerik mining firms have green light to restart, Perak MB says as river pollution probe done - Malaymail - 26/01 1:01 pm

IPOH, Jan 26 The three mining operations near Sungai Perak in Gerik that were temporarily ordered to halt activi...





‘Monster’ 63kg Tapah landed via casting, earns Baram angler over RM2,000 - BorneoPost - 26/01 12:44 am

MIRI (Jan 26): An avid angler landed a giant 63-kilogramme (kg) Tapah, a species of freshwater catfish, during a fishing outing at Sungai Tinjar near Long Jegan in Baram late Sunday afternoon





Melaka state election: Questions arise over possible early dissolution of state assembly - Sinardaily - 26/01 11:36 am

MELAKA - Speculation over the possible early dissolution of the Melaka State Legislative Assembly has once again reignited public discussion on the timing of the Melaka State Election, despite the current term only ending on Dec 26.The rumours have surfaced at a time when the states political landscape appears stable, prompting observers to link the move to strategic calculations aimed at consolidating political advantage for the current administration.The speculation was further fuelled by recent remarks from Deputy Prime Minister and Barisan Nasional (BN) chairman, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who was reported to have said that the Melaka state election is expected to be held within the next two to 10 months, triggering various political interpretations.Senior Lecturer at the Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka branch, Dr Shafezah Abdul Wahab, said that from a constitutional standpoint, there is no pressing need for a state election to be held in the near term, as the current state legislative assembly only expires in December.However, she noted that, should an early dissolution take place, it would likely be driven by considerations of political timing and strategy by the current administration, rather than any legal necessity."If we look at previous patterns, the period often considered most conducive for holding an election is after the Aidilfitri celebrations and before the end of the year, typically between June and August





Pekerja kantin disimbah asid dipercayai akibat cemburu - Sinarharian - 26/01 11:18 am

YAN - Seorang pekerja kantin cedera parah selepas dikatakan disimbah asid dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di sebuah stesen minyak dekat Jeniang, Gurun, Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.55 pagi daripada seorang wanita.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, Abdul Fatah Abdul Rahman, 36, yang berasal dari Kampung Jeniang didatangi seorang lelaki yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa."Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan melecur kira-kira 11 peratus pada bahagian muka, leher dan dada..





Wee: Sungai Apong sidelined by politics, time to return to mainstream progress - BorneoPost - 26/01 10:31 am

KUCHING (Jan 26): Political structures have contributed to nearly two decades of development challenges in Sungai Apong, leaving the community sidelined from mainstream progress, said Kuching South Mayor Dato Wee Hong Seng





Polis siasat insiden pergaduhan babitkan dua individu - Sinarharian - 26/01 10:11 am

KAJANG Polis menjalankan siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di Taman Sungai Chua di sini yang tular menerusi rakaman video di media sosial pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.16 malam."Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku pada hari sama kira-kira jam 12.50 tengah hari berkaitan satu rakaman video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di kawasan awam."Setakat ini kedua-dua individu terbabit masih belum tampil membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243."Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali di talian 012-342 9297 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan awam di sini baru-baru ini.Kejadian itu dipercayai dirakam orang ramai yang berada sekitar lokasi sebelum video berkenaan tular di media sosial.





Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar - Sinarharian - 26/01 9:09 am

KOTA TINGGI Dua keluarga terpaksa dipindahkan sementara ke kawasan selamat susulan kebakaran tanah gambut yang berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini pada Ahad.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin memaklumkan, keluarga terlibat membabitkan empat orang dewasa dan dua kanak-kanak.Menurut beliau, pemindahan dibuat ke Balai Komuniti Teluk Empang sebagai langkah keselamatan berikutan asap tebal yang menjejaskan kawasan kediaman, selain jarak rumah yang terlalu hampir dengan lokasi kebakaran.Katanya, kebajikan mangsa sepanjang penempatan sementara itu ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat DUN Tanjung Surat."Saya telah turun meninjau beberapa lokasi kebakaran terbuka yang berlaku akibat cuaca panas serta tiupan angin kencang di sekitar Taman Bayu Damai dan Lepau."Ketika ini, operasi pemantauan dan kawalan kebakaran sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat dari beberapa balai termasuk Bomba Punggai, Sebana, Sungai Rengit, Bandar Penawar, CEFS RAPID Pengerang serta Sukarelawan Bomba Sungai Rengit bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat," katanya.Beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas supaya berpindah sementara demi keselamatan diri dan keluarga."Kerjasama semua pihak amat dihargai dan orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, khususnya ketika cuaca panas dan berangin," katanya lagi.Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan I Shahrizan Selamat berkata, kebakaran tanah gambut berkenaan dianggarkan melibatkan keluasan kawasan kira-kira empat hektar."Setakat ini, sekitar 57 peratus atau lima ekar kawasan terjejas telah berjaya dipadamkan





Sungai Sayong turns black: Johor DOE, Fisheries Dept launch investigation - Malaymail - 26/01 8:53 am

JOHOR BAHRU, Jan 26 The Johor Department of Environment (DOE) and the state Fisheries Department are investigati...





Two kindergarten caregivers detained over alleged beating of four kids in Sungai Buloh - Malaymail - 26/01 8:42 am

KUALA LUMPUR, Jan 26 Police have detained two women to assist in investigations into cases of beatin...



Polis tahan dua lagi individu kes aksi wheelie di RNR Sungai Bakap Polis tahan dua lagi individu kes aksi wheelie di RNR Sungai Bakap - SUN - 26/01 8:22 am





Childcare workers nabbed over alleged assault of kids - FMT - 26/01 7:20 am

Sungai Buloh police chief Hafiz Nor says the two suspects have been remanded for five days.





Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan - Sinarharian - 26/01 12:31 am

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan empat kanak-kanak di sebuah tadika di Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima lima laporan berhubung kejadian itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh dan turut menemukan satu rakaman video berkaitan perkara tersebut sebagai bahan bukti.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada Julai hingga Ogos tahun lepas membabitkan empat kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun."Dua wanita yang merupakan penjaga kanak-kanak telah dibenarkan reman lima hari oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan seorang lagi akan dipanggil untuk dirakam keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Hafiz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi serta menyebarkan berita palsu berhubung kejadian berkenaan memandangkan siasatan masih dijalankan.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Saujana Utama 03- 60382222 atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Syahir Abdul Halim 016-3423258.Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi hantaran mendakwa memiliki rakaman video yang menunjukkan anaknya disyaki didera di sebuah tadika di Saujana Utama, selain mendakwa mempunyai video anak orang lain turut didera




Reformasi     >>



Muhyiddin: Perlis tak hancur, isu selesai ikut .. - Mkini
Presiden Bersatu menegaskan pergolakan politik yang berlaku di Perlis diselesaikan mengikut lunas perlembagaan.
Kroni     >>



Bomba drops 33,000 litres of water over Johor peat fire - Star
KOTA TINGGI: The Malaysian Fire and Rescue Department has conducted 21 water-bombing sorties and dropped 33,000 litres of water to extinguish a peatland fire spanning nearly 100ha at Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai in Pengerang. Read full story
Tabloid     >>



Video Tersebar Dakwa Bapa Tiri Hisap Bahan Terlarang, .. - Beautifulnara
Pelakon, Puteri Balqis tampil menjelaskan perkara sebenar susulan tuduhan segelintir netizen yang mendakwa bapa tirinya, Farris mengambil dadah selepas satu foto tular di platform Threads. Menurut laporanmStar, Puteri Balqis berkata dakwaan tersebut langsung tidak berasas dan tercetus akibat ..
Tech     >>



Apple releases new AirTag with improved location .. - Klgadgetguy
Applehas officially refreshed its popular item tracker with the launch of theApple AirTag (second…
World     >>



Trump says 'we're going to de-escalate a little bit' .. - Cnbc
Trump and the White House has sought to lower tensions over the shooting deaths of Alex Pretti and Renee Good in Minneapolis.
Motor Trend     >>



Honda ST125 Dax 2026, ikon motosikal mini dengan warna .. - Careta
Sejak kemunculansemula pada sebagai model 2023, Dax berjaya menggabungkan warisan model asal 1969 dengan keupayaan moden daripada segi casis, ergonomik dan enjin. Generasi terdahulu mengingati keistimewaannya, manakala penunggang muda pula menghargai gaya retro sebenar yang tidak dibuat-buat