///
See Also: Shutterstock

Search : Sultan Pahang News   Page 1    





Bekalan elektrik di Kuantan pulih - Mgazette - 21/12 7:57 am

KUALA LUMPUR - Penutupan bekalan elektrik di kawasan sekitar Kuantan, Pahang akibat kejadian banjir telah pulih sepenuhnya





KKDW perkenal 25 lokasi Desa Kirana - Mgazette - 21/12 7:57 am

SEKINCHAN - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menawarkan 25 lokasi Desa Kirana sebagai destinasi pelancongan desa bernilai tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa





JDT ‘hukum’ Kelantan TRW 4-1 - Mgazette - 21/12 7:57 am

KUALA LUMPUR - Johor Darul Tazim (JDT) sekali lagi memperagakan status juara bertahan apabila mempamerkan dominasi mutlak untuk membenam Kelantan The Real Warriors (TRW) FC 4-1, pada aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini





Kelantan floods recede, but 7,000 still at relief centres in Pahang - FMT - 20/12 7:57 pm

The bulk of the Pahang evacuees are in the Kuantan district, while 930 people are still at relief centres in Kemaman, Terengganu.





Liga Super: JDT raih tiga mata berharga - Sinarharian - 20/12 7:54 pm

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), meraih tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri apabila menewaskan Kelantan The Real Warriors FC, 4-1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Sabtu.Bermula garang sebaik wisel dibunyikan, JDT terus memberikan tekanan tinggi kepada lawan dengan mengatur asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat.Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.Stadium Sultan Ibrahim akhirnya bergema pada minit ke-21 apabila Jairo Da Silva menanduk masuk gol sulung JDT.Bagai mendapat semangat baharu, kesebelasan Harimau Selatan dilihat semakin bersemangat mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.Minit ke-42, giliran penyerang Teto Martin mencatatkan namanya sebagai antara penjaring gol pada perlawanan tersebut.Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan hingga tamat babak pertama.Bersambung babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan bagi melebarkan defisit jaringan.Hasilnya, Oscar Arribas meledak jaringan pada minit ke-52 sebelum Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-56.Dalamkeadaa n kelam kabut, pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi jaringan kapten Nor Azam Azih pada minit ke-73.Penghujung perlawanan menyaksikan pelawat banyak mengatur asakan ke pintu JDT dalam usaha merapatkan jurang gol.Bagaimanapun, benteng skuad Harinau Selatan itu dilihat terus kental bertahan hingga ke wisel penamat.





Dont politicise food aid delays at flood relief centres, says Pahang Sultan - Malaymail - 20/12 6:54 pm

KUANTAN, Dec 20 The Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, has advised...





Kelantan recovers from floods, evacuee numbers fall in Pahang and Terengganu - Malaymail - 20/12 6:22 pm

KUALA LUMPUR, Dec 20 Kelantan has fully recovered from floods while the number of evacuees at relief centres hav...





UM Immersive 120, launched by Sultan Nazrin, lets visitors experience universitys 120-year legacy - Malaymail - 20/12 5:06 pm

KUALA LUMPUR, Dec 20 Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah today graced the launch of UM Immersive 120&rsquo...





Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga jam 7 malam - MetMalaysia - Sinarharian - 20/12 4:50 pm

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri selain Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam pada Sabtu.Berdasarkan amaran yang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.45 petang ini, cuaca buruk itu dijangka melanda Perak melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Jeli dan Kuala Krai) serta Port Dickson di Negeri Sembilan.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) dan Johor meliputi daerah Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.Sementara itu, cuaca sama juga diramal melanda Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat





Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga 5 petang - Mgazette - 20/12 4:03 pm

# Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga 5 petang KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga 5 petang ini





Mangsa banjir di empat negeri menurun kepada 12,113 - Mgazette - 20/12 4:03 pm

# Mangsa banjir di empat negeri menurun kepada 12,113 KUALA LUMPUR - Seramai 12,113 mangsa daripada 3,966 keluarga masih ditempatkan di 84 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri, setakat 8 pagi ini





Legasi emas Sultan Pahang berterusan di Sukan SEA Thailand - Sinarharian - 20/12 3:02 pm

KEJAYAAN skuad equestrian polo negara merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand menjadi detik penuh makna buat Malaysia apabila legasi emas Sultan Pahang diteruskan oleh anakanda baginda sendiri.Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur dan bangga selepas Malaysia menewaskan tuan rumah Thailand 106.5 dalam aksi final acara polo kategori 46 gol di VS Sports Club & Siam Polo Park pada Jumaat.Kemenangan di Samut Prakan itu sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-56 kepada kontinjen negara."Hari ini hari yang cukup bertuah buat kita





Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri - Sinarharian - 20/12 2:54 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga jam 5 petang ini.Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat); serta Jelebu di Negeri Sembilan.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak yang membabitkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.Keadaan cuaca itu juga diramalkan melanda beberapa kawasan di Sabah, iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu)





Speaker perlu jadi pengadil yang bijak, adil - Johari - Sinarharian - 20/12 1:46 pm

MELAKA - Peranan Speaker Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sebagai pengadil yang bijak, adil dan berkecuali perlu diperkukuh untuk memastikan institusi legislatif kekal dihormati serta keyakinan rakyat terus terpelihara.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, dewan perlu berfungsi sebagai 'house of democracy', iaitu platform utama demokrasi yang diamalkan secara tertib, sekali gus menjadi medium pendidikan kepada pemimpin masa depan."Institusi legislatif ini sangat penting kerana ia melambangkan kedudukan kita di tengah-tengah urusan perundangan negara





Malaysia nyalakan isyarat Sukan SEA 2027 - Sinarharian - 20/12 12:16 am

DETIK simbolik Malaysia melangkah sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027 akan diraikan dengan pancaran cahaya Jalur Gemilang apabila bangunan ikonik di empat negeri penganjur bermandi warna kebangsaan bermula malam ini.Inisiatif itu dilaksanakan serentak dengan upacara penyerahan bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang berlangsung pada majlis penutup Sukan SEA Thailand 2025, sekali gus menandakan penggiliran rasmi Malaysia sebagai penganjur temasya sukan dwitahunan terbesar di Asia Tenggara.Upacara berprestij berkenaan akan menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, menerima bendera SEAGF sebagai simbol amanah penganjuran edisi ke-34, dua tahun dari sekarang.Sebagai tanda sokongan dan keterujaan nasional, sebanyak 10 bangunan ikonik di Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru dan Pulau Pinang akan diterangi cahaya merah, kuning, biru dan putih bermula seawal jam 7 malam.Antara mercu tanda utama yang terlibat ialah Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KOMTAR, Pusat Konvensyen Waterfront Pulau Pinang (PWCC), Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jambatan Satok, Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Darul Hana Musical Fountain Kuching, serta beberapa lokasi strategik di sekitar Iskandar Puteri, Johor.Turut menjadi tumpuan ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akan disinari warna Jalur Gemilang sebagai simbol kesepaduan sukan negara, memandangkan ia antara gelanggang paling ikonik dan bersejarah di Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), Abdul Rashid Yaakub, menegaskan komitmen penuh keempat-empat negeri penganjur itu sebagai isyarat awal yang positif menjelang penganjuran Sukan SEA Malaysia 2027.Menurutnya, pencahayaan bangunan ikonik itu membawa simbolik penting kepada sambutan Malaysia sebagai tuan rumah buat kali ketujuh, selain mencerminkan kesediaan negara menyambut kehadiran atlet dan delegasi serantau."Pencahayaan dengan warna Jalur Gemilang ini melambangkan keterujaan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA."Kita mahu rakyat dan peminat sukan turut merasai kegembiraan serta semangat kebangsaan menjelang temasya ini," katanya dalam satu kenyataan.Selain elemen pencahayaan, paparan grafik khas berkaitan penggiliran Malaysia sebagai tuan rumah turut akan disiarkan menerusi skrin LED di lokasi strategik di keempat-empat bandar utama berkenaan.Majlis penutup Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan bermula jam 7 malam di Stadium Rajamangala, Bangkok, dan Malaysia turut diberi ruang mempersembahkan segmen penutup sebagai tuan rumah edisi seterusnya.Persembahan itu akan digerakkan oleh tiga artis tempatan, Mimi Fly, Amir Jahari dan Marsha Milan, disokong oleh 60 penari pelbagai etnik, sekali gus menampilkan wajah kepelbagaian budaya Malaysia di pentas serantau.





Flood evacuee numbers rise in Terengganu and Kelantan, drop in Pahang - Malaymail - 20/12 11:28 am

KUALA LUMPUR, Dec 20 The number of flood evacuees housed at temporary relief centres in Terengganu and Kelantan...





Kadar tol kekal, LLM jamin perkhidmatan lebuh raya berkualiti - Sinarharian - 20/12 11:21 am

PUTRAJAYA - Selaras dengan keputusan kerajaan mengekalkan kadar tol sedia ada untuk 10 lebuh raya pada tahun hadapan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberikan jaminan kepentingan pengguna akan terus dilindungi melalui penyediaan perkhidmatan lebuh raya yang selamat, lancar dan berkualiti.Ketua Pengarahnya, Datuk Sazali Harun dalam kenyataan pada Sabtu berkata, syarikat konsesi akan sentiasa dipantau bagi memastikan operasi dan penyenggaraan lebuh raya dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan.Beliau berkata, langkah itu termasuk menaik taraf kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah supaya lebih kondusif dan dilengkapi kemudahan terkini, termasuk pengecas kenderaan elektrik (EV)."Di samping itu, penekanan terhadap pengurusan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan serta memendekkan masa perjalanan akan terus diperkasakan bagi memastikan lebuh raya kekal relevan dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat," katanya.Khamis lepas, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan akan mengekalkan kadar tol sedia ada pada tahun hadapan, melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat.Lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).Turut terlibat ialah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).Sazali berkata, keputusan itu mencerminkan keutamaan Kerajaan MADANI dalam mendahulukan kepentingan pengguna lebuh raya."Keputusan ini adalah selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, yang kerajaan telah bersetuju supaya rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan."Walaupun kerajaan perlu menanggung implikasi kewangan yang dianggarkan berjumlah RM591.56 juta, langkah ini memberikan manfaat kepada hampir satu juta pengguna lebuh raya setiap hari," katanya





Mangsa banjir Terengganu, Kelantan meningkat - FMT - 20/12 10:42 am

Jumlah mangsa di Pahang pula terus menurun manakala di Johor kekal.





Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan meningkat - Sinarharian - 20/12 10:16 am

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan pagi ini, manakala angka di Pahang terus menurun dan di Johor kekal.Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di dua daerah meningkat kepada 1,391 orang daripada 369 keluarga setakat jam 9 pagi ini, berbanding 1,202 orang daripada 340 keluarga petang Jumaat.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPB) Terengganu, daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,140 orang daripada 298 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS, manakala di Dungun sebanyak 151 mangsa daripada 71 keluarga ditempatkan di dua PPS, iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di tiga stesen sungai melepasi tahap berjaga-jaga, iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu; Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu; serta Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1).Sementara itu, di KELANTAN, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 77 mangsa daripada 23 keluarga setakat pagi ini berbanding 74 mangsa daripada 22 keluarga pada Jumaat.Kesemua mereka ditempatkan di empat PPS di Kuala Krai, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Laloh, SK Lela Jasa, SK Manek Urai Lama dan Madrasah Manek Urai Lama.Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan dengan 11,166 orang daripada 3,677 keluarga ditempatkan di 68 PPS pagi ini berbanding 12,226 orang daripada 4,052 keluarga di 79 PPS petang Jumaat.Menurut Infobencana JKM, Kuantan masih merekodkan jumlah paling tinggi mangsa terjejas, iaitu sebanyak 9,645 orang ditempatkan di 44 PPS.Daerah lain yang terjejas ialah Pekan dengan 1,045 orang di 10 PPS, Rompin (226 orang di tiga PPS), Jerantut (154 orang di empat PPS), Temerloh (53 orang di tiga PPS), Maran (21 orang di dua PPS), Bera (17 orang di satu PPS) dan Lipis (lima orang di satu PPS).Di JOHOR, jumlah mangsa yang masih ditempatkan di tiga PPS di Mersing kekal 356 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini.Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar yang menempatkan 148 mangsa daripada 36 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching (139 mangsa daripada 44 keluarga) dan SK Labong (69 mangsa daripada 13 keluarga)."Selain itu, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dilaporkan telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 8.80 meter, namun cuaca diramalkan cerah di semua 10 daerah pagi ini," katanya dalam kenyataan hari ini





'40 tahun, kerusi Parlimen naik 54 peratus' - Penganalisis - Sinarharian - 20/12 8:20 am

SHAH ALAM Keengganan melaksanakan pengagihan semula kerusi Parlimen secara berkala telah menyebabkan Malaysia merekodkan peningkatan jumlah kerusi luar biasa sebanyak 54 peratus dalam tempoh 40 tahun.Oleh itu, penganalisis politik dari Universiti Sunway, Profesor Dr Wong Chin Huat menolak cadangan menambah kerusi sebagai penyelesaian kepada masalah perwakilan yang tidak seimbang.Katanya, tiada asas untuk menambah kerusi Parlimen semata-mata kerana populasi rakyat yang bertambah."Malaysia mencatatkan pertumbuhan berkala daripada 144 kerusi Parlimen pada 1965 selepas perpisahan dengan Singapura hingga mencapai 222 kerusi pada 2005."Ini berlaku kerana kita enggan menjalani pengagihan semula, enggan kurangkan kerusi dari negeri yang peratusan penduduknya telah merosot kerana penyandang tidak mahu hilang kerusi, manakala pengundi tidak mahu hilang peruntukan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Mengambil contoh Amerika Syarikat (AS), Chin Huat menjelaskan jumlah 435 kerusi Dewan Rakyat negara itu yang ditetapkan pada 1911, kekal hingga kini walaupun populasi rakyatnya meningkat tiga kali ganda.Menurutnya, di AS setiap 10 tahun selepas banci, kerusi dipindahkan dari negeri yang peratusan penduduknya menurun seperti New York kepada negeri yang penduduknya meningkat seperti Texas





Pahang berpengalaman urus banjir dengan baik – MB - Mgazette - 20/12 8:13 am

# Pahang berpengalaman urus banjir dengan baik - MB KUANTAN - Pengalaman setiap tahun mendepani Monsun Timur Laut di negeri ini menjadikan Pahang sentiasa bersedia dan membuat persiapan awal bencana itu





Banjir Pahang: Bera dan Temerloh turut terjejas - Mgazette - 20/12 8:13 am

KUANTAN - Dua daerah di Pahang iaitu Bera dan Temerloh kini turut terjejas akibat banjir





Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan - Mgazette - 20/12 8:13 am

# Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan SEREMBAN - Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam





Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan – Polis .. - Mgazette - 20/12 8:13 am

# Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis SEREMBAN - Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini





Tarikh PAU kekal, perwakilan Sabah diberi kelonggaran – Asyraf - Mgazette - 20/12 8:13 am

# Tarikh PAU kekal, perwakilan Sabah diberi kelonggaran - Asyraf KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan diteruskan mengikut jadual pada 14 hingga 17 Januari 2026 selaras dengan peruntukan perlembagaan parti





Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis - Sinarharian - 19/12 10:30 pm

SEREMBAN - Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, keadaan itu berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari."Kita telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dipercayai milik keluarga mangsa dan proses mendapatkan keputusannya akan mengambil masa."Bedah siasat telah dijalankan hari ini di Hospital Rembau, namum punca kematian diklasifikan sebagai undetermined berikutan keadaan jasad yang telah mereput," katanya pada Jumaat.Beliau berkata, tangkapan terbaharu bagi membantu siasatan kes berkenaan melibatkan suspek utama berusia 51 tahun yang ditahan di Genting Sempah, Pahang pada 3.09 petang tadi selepas tangkapan suspek pertama di Melaka, semalam menjadikan dua individu ditahan setakat ini.Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh





Forty cats rescued from Kuantan floods by friends of felines - Sinardaily - 19/12 7:17 pm

KUANTAN - More than 40 cats were rescued by animal lovers when floods hit the district over the past few days.Jurina Abdul Rani, who is also chairman of the Pahang Stray Cats Friends Club (SKJP), along with three members, went to the rescue on humanitarian grounds.Despite the torrential rain and having to rent a four-wheel drive as well as borrowing boats from the public, the rescue mission was carried out for the safe relocation of the felines left behind in a hurry by evacuees."I was heartbroken when I received a phone call from a cat owner at the temporary evacuation centre (PPS) telling me that their pets were not being rescued."So, other club members and I took the initiative to go to their houses by a borrowed a boat or a four-wheel drive to collect the cats," she told Bernama.The 53-year-old trader said the rescue was carried out over two days from Wednesday with rescue efforts focused on Inderapura and Jalan Teluk Mahanghere."I regret some cats could not be reached due to logistical problems and I hope the pets were rescued by others," said Jurina.According to her, the cats are now housed at a rented 'PPS' in Batu 5 here, while floodwaters recede."Some members were assigned to feed the cats at the shelter so pet owners can retrieve them at any time," said Jurina, who also carry out the same rescue mission in 2021.Meanwhile, she said the costs of rescuing, feeding and sheltering the cats were borne by her, along with donations from the public."No fees are charged to the cat owners





Fahmi Reza direkod keterangan, telefon dirampas kes hina TMJ - Sinarharian - 19/12 6:41 pm

SHAH ALAM Polis telah merekodkan keterangan pereka grafik bebas yang sering mencetuskan kontroversi, Fahmi Reza manakala telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berunsur fitnah dan menghina Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah dirampas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, keterangan Fahmi telah diambil pada Jumaat.Menurutnya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman berkaitan kenyataan berhubung kes tersebut yang dimuat naik di akaun Facebook Fahmi Reza pada 15 Disember lalu."Selepas tindakan (rakaman keterangan) polis selesai, Fahmi telah dibebaskan dengan jaminan polis."Polis telah menerima sebanyak 284 laporan berkaitan isu sama di seluruh negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, dan jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Tambahnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian."Jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," ujarnya.Jelas beliau, polis menegaskan bahawa tindakan tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang menghina institusi diraja."Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruang awam mahupun media sosial," katanya.





Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan - Sinarharian - 19/12 6:15 pm

SEREMBAN - Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi."Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan," katanya kepada Bernama hari ini.Media hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.Lelaki itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama





Pemain ragbi lemas: Mangsa bersungguh beli pukat baharu - Sinarharian - 19/12 5:01 pm

KUALA KRAI - Tragedi lemas yang meragut nyawa seorang pemain ragbi Kelantan ketika menjala ikan di Kampung Pemberian di sini pada Khamis berlaku sehari selepas mangsa bersungguh-sungguh membeli pukat baharu.Ibunya, Royani Ab Rafar, 53, berkata, Muhammad Syahril Hakimy Sudin membeli pukat baharu bersama bapa saudaranya di sebuah kedai berhampiran rumah mereka dengan harga RM17 selepas tidak menjumpai pukat lama yang biasa digunakan."Tiap kali musim tengkujuh, dia suka pergi menjala atau memukat ikan tapi tak jumpa pukat lamanya, jadi dia pergi beli pukat baharu."Sepatutnya dia nak pergi menjala dengan seorang rakan tapi rakannya tak dapat ikut dan dia pergi seorang diri," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pemberian di sini pada Jumaat.Muhammad Syahril, 19, ditemukan lemas selepas tong drum yang dijadikan perahu terbalik ketika menjala ikan di kawasan kebun getah yang digenangi air limpahan Sungai Lebir.Remaja itu merupakan anak keempat daripada lima beradik dan pelajar Sekolah Sukan Sultan Tengku Mahkota Ismail, Johor yang pulang ke kampung halaman pada 8 Disember lalu bagi menghabiskan cuti semester."Pada hari kejadian, dia keluar pada jam 3 petang tapi tapi sekitar jam 6 petang, ada penduduk datang ke rumah dengan motosikal yang digunakan anak saya untuk pergi menjala."Penduduk jumpa motosikal, jala dan selipar tapi anak saya tak ada," katanya.Menurut Royani, anaknya itu bakal tamat pengajian tahun depan dan berhasrat menyambung ke peringkat universiti pada September depan.Muhammad Syahril juga dijadual menyertai kejohanan ragbi di Pulau Pinang pada 24 Disember ini dan aktif dalam sukan tersebut sejak Tingkatan 1."Dia anak yang baik dan peramah, tak tunjuk apa-apa perubahan pun sebelum pergi, saya reda," katanya.Jenazah mangsa disolatkan di Masjid Kampung Pemberian sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pemberian di sini pada Jumaat.





Pahang teruskan remisyen kadar cukai tanah 2026 dan 2027 - Mgazette - 19/12 4:07 pm

# Pahang teruskan remisyen kadar cukai tanah 2026 dan 2027 KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang bersetuju meneruskan pemberian remisyen kadar cukai tanah bagi tahun 2026 dan 2027





Polis dah panggil – Fahmi Reza - Mgazette - 19/12 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza sudah dipanggil polis untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998





Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Krismas - Mgazette - 19/12 4:07 pm

# Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Krismas KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025, bersempena sambutan Hari Krismas yang akan diraikan pada 25 Disember ini





Pemandu Vellfire direman langgar penunggang motosikal, terbabas dalam longkang - Sinarharian - 19/12 4:00 pm

PASIR GUDANG Seorang pemandu kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire ditahan selepas dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga cedera dalam insiden yang tular berlaku di Taman Johor Jaya di sini, pada petang Rabu.Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Vikra Mathitthan berkata, bertindak atas maklumat, lelaki tempatan berumur 18 tahun itu ditahan ditahan pada jam 9.40 malam Khamis."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dikatakan menghalang laluan sebuah MPV."Pemandu MPV didapati membunyikan hon sehingga telah berlaku perselisihan faham dan pergaduhan antara kedua-dua individu tersebut."Seterusnya pemandu MPV itu juga didapati telah melanggar penunggang motosikal sehingga menyebabkan kecederaan kepadanya dan kerosakan kepada kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, penunggang motosikal kini dirawat di Wad Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru kerana mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan serta pendarahan di kepala.Jelas beliau, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan isterinya yang merupakan pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan ringan selepas diseret dalam kejadian berkenaan.Tambahnya lagi, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, 506, 160 dan 182 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987."Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah."Siasatan turut dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seri Alam kerana suspek didapati memandu secara melulu selain membuat laporan polis palsu berhubung kejadian tersebut," katanya.Sebelum itu, tular video dikongsi di media sosial memaparkan pemandu MPV jenis Toyota Vellfire berwarna hitam merempuh penunggang motosikal.Dalam rakaman itu, turut kelihatan seorang wanita cuba menghalang tindakan pemandu berkenaan.Bagaimanapun, kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum termasuk ke dalam longkang.





Statutory rape: Underage girls in consensual sex cases in Kelantan will be charged in Syariah Court - Sinardaily - 19/12 11:16 am

KOTA BHARU Statutory rape cases involving mutual consent between underage girls and men in Kelantan will now be referred to the Kelantan Islamic Religious Affairs Department (Jaheaik) for action in the syariah courts.Kelantan police chief Datuk Mohd Yusoff Mamat said the move enabled legal action to be taken against girls aged 16 and below who were involved in such cases.He said the decision was reached following a meeting with Jaheaik about two months ago and has been implemented immediately."Its implementation began immediately after the meeting."This step follows the decree of the Sultan of Kelantan that rape cases found to involve consensual relationships be handed over to state religious authorities," he said.Yusoff was speaking at a press conference on Thursday after officiating the monthly assembly at the Kelantan Police Contingent Headquarters (IPK).He said five cases had so far been referred to Jaheaik for further action.Yusoff added that teenage girls aged 17 and 18 who fall under sexual threshold offences under Section 14(a) of the Syariah Criminal Offences Act would also be charged in the syariah courts.On the overall trend, he said rape cases in Kelantan had recorded a slight decline compared with previous years."We do not rule out the possibility that this decline is due to victims or parents being afraid to lodge reports," he said.Meanwhile, Islamic Development, Dakwah, Information and Regional Relations state exco Mohd Asri Mat Daud confirmed that Jaheaik had received reports related to the consensual rape cases.





Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Krismas - Sinarharian - 19/12 10:23 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas.Diskaun tol ini diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat."Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama-sama keluarga, selaras dengan hasrat Kerajaan Madani membantu rakyat semua peringkat merentas kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya.Beliau berkata, pemilihan tarikh diskaun tol juga bertujuan menyuraikan trafik musim perayaan dan cuti sekolah serta mengoptimumkan operasi lebuh raya di kawasan hentian serta Rehat & Rawat (RSA).Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan TuJu Highway Navigation App LLM dan MyPLUS-TTA, serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA), had laju, papan tanda dan peraturan di lebuh raya bagi memastikan perjalanan selamat.Mereka boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, X @LLMtrafik, TikTok @llmtrafik, atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM 1-800-88-7752





Lebih 15,000 mangsa banjir di empat negeri berlindung di PPS pagi ini - Sinarharian - 19/12 10:04 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15,358 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Terengganu, Johor, dan Kelantan pagi Jumaat.Di PAHANG, bilangan mangsa banjir terus meningkat apabila 13,472 orang daripada 4,437 keluarga ditempatkan di 81 PPS berbanding 10,956 orang daripada 3,635 keluarga yang berada di 78 PPS petang Khamis.Aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 11,123 orang ditempatkan di 46 PPS di Kuantan, Maran (912 orang di 11 PPS), Rompin (454 orang di lapan PPS), Pekan (926 orang di 11 PPS), Jerantut (52 orang di empat PPS) dan Lipis (lima orang di satu PPS).Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 1,344 orang daripada 366 keluarga setakat 8 pagi Jumaat, berbanding 902 orang daripada 248 keluarga, petang Khamis.Daerah Kemaman mencatat jumlah teramai, iaitu 637 orang daripada 171 keluarga yang berlindung di 12 PPS, diikuti Dungun dengan 247 orang daripada 72 keluarga di dua PPS, manakala di Hulu Terengganu sebanyak 18 orang daripada lima keluarga berada di sebuah PPS.Berdasarkan publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di tujuh stesen melepasi tahap waspada, iaitu Sungai Cherol di Jambatan Ban Ho, Kemaman; Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut; Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun; Sungai Kemaman di Rumah Pam Paman, Kemaman; Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu; Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1), Setiu; dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu.Di JOHOR, Pengerusi JPBN, Datuk Asman Shah Abd Rahman dalam kenyataan berkata, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir kekal 356 orang daripada 93 keluarga hingga 8 pagi ini dan ditempatkan di tiga PPS di daerah Mersing.Katanya, PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar yang menempatkan 148 orang daripada 36 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching (139 orang daripada 44 keluarga) dan SK Labong (69 orang daripada 13 keluarga).Empat sungai berada pada paras amaran, iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dengan bacaan 19.86 meter (m), Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (8.41 m); Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (6.64 m) dan Sungai Kampung Labong di Mersing yang merekodkan bacaan 1.82 m.Di KELANTAN, Infobencana JKM memaklumkan empat PPS dibuka di dua daerah di Kelantan pada Jumaat yang melibatkan pemindahan 186 orang daripada 49 keluarga.Di Gua Musang, satu PPS dibuka dan menempatkan 148 orang daripada 35 keluarga, manakala di Kuala Krai sebanyak 38 orang daripada 14 keluarga berlindung di tiga PPS





More than 14,000 displaced by floods across Malaysia, Pahang hardest hit - Malaymail - 19/12 8:52 am

KUALA LUMPUR, Dec 19 The number of flood victims has continued to rise to 14,905 people from 4,837 families, who...





Warden Penjara Penor ditemui tertiarap dalam rumah ditenggelami air - Mgazette - 19/12 8:03 am

# Warden Penjara Penor ditemui tertiarap dalam rumah ditenggelami air KUALA LUMPUR - Warden Penjara Penor ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan meniarap dalam air setinggi lebih kurang satu kaki di ruang tamu rumahnya di Kuantan Pahang, hari ini





PM ingatkan timbalan menteri baharu peri pentingnya aspek komunikasi - Mgazette - 19/12 8:03 am

# PM ingatkan timbalan menteri baharu peri pentingnya aspek komunikasi KUALA LUMPUR - Semua timbalan menteri yang baharu dilantik diingatkan untuk memelihara hubungan baik dengan semua pihak, bukan sahaja di peringkat kementerian dan agensi malah merangkumi seluruh lapisan masyarakat





Kadar tol 10 lebuh raya utama kekal tahun depan Kadar tol 10 lebuh raya .. - Mgazette - 19/12 8:03 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan kadar tol seperti biasa pada tahun hadapan melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat





Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat, 13 sungai lepasi paras bahaya - Sinarharian - 18/12 10:25 pm

KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila seramai 11,981 orang daripada 3,960 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam, Khamis.Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, sebanyak 78 PPS telah dibuka di lima daerah, dengan Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 9,730 orang di 46 PPS.Daerah lain yang terjejas ialah Maran 915 mangsa (10 PPS), Temerloh pula 882 mangsa membabitkan 11 PPS, diikuti Rompin 429 mangsa (8 PPS) dan seramai 25 mangsa di Jerantut dengan tiga PPS dibuka.Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 13 sungai di negeri ini telah melepasi paras bahaya.Antara yang teruk termasuk Sungai Belat di Sri Damai dengan bacaan 5.67 meter dan Sungai Keratong di Kampung Rekoh, Rompin 31.77 meter.Sungai-sungai lain yang turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Kuantan (Kuantan By Pass), Sungai Soi (Jalan Pekan-Kuantan), Sungai Lepar (Jambatan Gelugor), Sungai Tanum (Jambatan Chegar Perah), serta Sungai Pahang di Kuala Tembeling.Selain itu, 11 sungai lain berada pada paras amaran, termasuk Sungai Pahang di Lubuk Pasu dan Kuala Krau (Temerloh), Sungai Pahang di Waterfront (Bera), serta Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Kampung Merting (Jerantut).Lima stesen lagi dilaporkan berada pada paras waspada.Habis





Malam Renjana Maskah wadah RISDA hargai hasil sastera komuniti - Sinarharian - 18/12 10:15 pm

KUALA LUMPUR Malam Renjana Maskah 2025 bukan sekadar pentas apresiasi sastera, sebaliknya menjadi ruang peribadi yang sarat emosi apabila Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib, memilih untuk berbicara kepada hadirin bukan melalui angka atau dasar, tetapi menerusi puisi.Di hadapan penggiat seni, tokoh sastera dan warga industri getah, Manndzri tampil membaca puisinya sendiri dalam suasana hening yang seolah-olah menghentikan waktu.Setiap bait yang dilafazkan tidak sekadar indah pada bahasa, tetapi menyimpan pengalaman, renungan dan empati terhadap kehidupan pekebun kecil insan-insan yang sekian lama berdiri teguh di sebalik pohon getah.Pembacaan puisi itu menjadi kemuncak kepada falsafah Renjana Maskah, getaran rasa yang digandingkan dengan kejernihan akal sekali gus memperlihatkan sisi lain seorang pemimpin yang memilih seni sebagai wahana menyampaikan makna kemanusiaan.Majlis kemudiannya diteruskan dengan deklamasi puisi oleh artis serba boleh, Sabri Yunus atau lebih dikenali sebagai Pok Ya, yang menghidupkan lagi suasana dengan penghayatan bersahaja tetapi berkesan, menjadikan puisi dekat dengan jiwa khalayak pelbagai latar.Malam Renjana Maskah 2025 juga menobatkan pemenang Pertandingan Menulis Puisi RISDA 2025 yang menghimpunkan 239 penyertaan dari seluruh negara.Jaya Anak Ramba dari Miri, Sarawak dinobatkan sebagai johan menerusi puisinya Luka Pohon Menjadi Kitab Yang Dibaca Setiap Subuh.Naib johan pula dimenangi Sahrunizam Abdul Talib dari Bera, Pahang dengan puisi Sekawan Ingatan Di Kebun Kenangan, manakala tempat ketiga menjadi milik Syed Mahadzir Syed Ibrahim dari Banting, Selangor menerusi karya Dalam Rintik Hujan.Jaya ketika ditemui Sinar Harian berkata, puisinya mengambil inspirasi daripada simbolik pohon getah sebagai saksi kehidupan."Saya juga aktif menulis novel dan puisi, dengan beberapa karya bakal diterbitkan di peringkat tempatan dan antarabangsa," ujarnya.Sementara itu, Sahrunizam pula menceritakan puisinya Sekawan Ingatan Di Kebun Kenangan lahir daripada pengalaman menoreh getah sejak remaja bersama arwah bapanya, membentuk tekad untuk menimba ilmu dan keluar daripada kepompong kemiskinan.Syed Mahadzir, pemenang tempat ketiga berkata, Dalam Rintik Hujan menggambarkan harapan seorang bapa yang bekerja di kebun getah, mengubah kehidupan keluarga meskipun berdepan kemiskinan dan cabaran zaman kecilnya.Kebanyakan tetamu yang hadir berterima kasih RISDA kerana buka ruang dan peluang untuk rakyat di negara ini berkarya dan lebih menjiwai sektor penanaman getah yang mampu membawa hasil yang baik jika diusahakan secara aktif.Dalam suasana yang sederhana tetapi penuh makna itu, puisi bukan lagi sekadar seni pentas.Ia menjadi suara jiwa, jambatan empati dan bukti bahawa di sebalik pohon getah, tersimpan kisah manusia yang wajar didengar dan pada malam itu, kisah tersebut dibacakan sendiri oleh seorang pemimpin yang memilih kata sebagai amanah





Kadar tol semasa dikekalkan pada tahun hadapan- Nanta - Sinarharian - 18/12 8:38 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan kadar tol seperti biasa pada tahun hadapan melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat.Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 10 lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).Selain itu, beliau berkata Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) turut dikekalkan kadar tol."Keputusan ini selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, yang kerajaan telah bersetuju supaya rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan."Perkara ini kemudian telah dipersetujui secara retrospektif dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan kadar tol itu," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.Sehubungan dengan itu, Nanta berkata langkah berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya pengguna lebuh raya dengan memastikan tiada sebarang kenaikan kadar tol dilaksanakan sepanjang tahun hadapan.Beliau berkata walaupun kerajaan perlu menanggung implikasi kewangan yang besar dengan pampasan berjumlah RM591.56 juta bagi 2026, kerajaan tetap memilih untuk mendahulukan kepentingan rakyat."Peruntukan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan."Kementerian Kerja Raya akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pengurusan lebuh raya negara kekal mampan, efisien dan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang mengutamakan rakyat," katanya





Pahang catat jumlah mangsa banjir tertinggi, lebih 10,000 mangsa ditempatkan di PPS - Sinarharian - 18/12 6:48 pm

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor dan Kelantan meningkat setakat petang ini, manakala di Terengganu menyaksikan penurunan.Situasi banjir di PAHANG semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 10,956 orang daripada 3,635 keluarga yang ditempatkan di 78 PPS berbanding 8,226 orang daripada 2,653 keluarga di 69 PPS pagi tadi.Aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 8,748 mangsa ditempatkan di 43 PPS di Kuantan, Maran (902 mangsa di 14 PPS), Pekan (854 mangsa di 10 PPS), Rompin (423 mangsa di lapan PPS) dan Jerantut (29 orang di tiga PPS).Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman dalam kenyataan berkata, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir meningkat sedikit kepada 356 orang setakat 4 petang ini berbanding 347 orang pagi tadi, dengan tiga PPS kekal beroperasi di daerah Mersing.Beliau berkata, PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar yang menempatkan 148 mangsa daripada 36 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching (139 mangsa daripada 44 keluarga) dan SK Labong (69 mangsa daripada 13 keluarga)."Tiga sungai berada pada paras amaran, iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dengan bacaan 19.87 meter (m), Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (8.22 m) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (6.99 m)," katanya sambil menambah Kota Tinggi dan Segamat dilaporkan hujan, Tangkak dan Kulai pula cerah, manakala daerah lain mendung.Di KELANTAN, bilangan mangsa di Gua Musang yang dipindahkan juga meningkat kepada 137 orang daripada 32 keluarga petang ini berbanding 16 mangsa daripada empat keluarga pagi tadi, dengan sebuah PPS dibuka di daerah berkenaan.Menurut Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan, Gua Musang ialah satu-satunya daerah yang menempatkan mangsa setakat ini, manakala daerah lain belum merekodkan sebarang pemindahan.Beberapa sungai utama di negeri ini juga dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga dan amaran, antaranya Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Nenggiri di Bertam, Sungai Lebir di Tualang serta Sungai Golok di Rantau Panjang.Sehubungan dengan itu, APM Daerah Gua Musang telah melaksanakan operasi penghantaran 35 murid Orang Asli dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi ke kediaman masing-masing susulan banjir di kawasan berkenaan.Sementara itu, jumlah mangsa banjir di TERENGGANU menurun sedikit kepada 902 orang daripada 248 keluarga petang ini berbanding 913 daripada 258 keluarga pagi tadi.Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Hulu Terengganu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir apabila 18 mangsa daripada lima keluarga berpindah ke sebuah PPS, Kemaman (637 mangsa daripada 171 keluarga di 12 PPS) dan Dungun (247 mangsa daripada 72 keluarga di dua PPS).Berdasarkan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, paras air sungai di stesen Sungai Besut, Besut telah melepasi tahap bahaya, manakala enam lagi stesen melepasi had amaran, melibatkan Sungai Dungun, Dungun; Sungau Cherol, Kemaman; Sungai Berang, Hulu Terengganu; Sungai Kemaman, Kemaman; Sungai Dungun, Dungun; dan Sungai Tersat, Hulu Terengganu





Kes cerai Uqasha, Kamal Adli ke prosiding hakam selepas wujudnya shiqaq - Sinarharian - 18/12 6:05 pm

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis menetapkan 12 Januari depan bagi prosiding hakam melibatkan kes penceraian pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli.Peguam syarie yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian berkata, keputusan itu dibuat selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) menunjukkan kedua-dua pihak terbabit gagal didamaikan.Menurutnya, mahkamah turut menasihati Kamal Adli selaku defendan untuk melafazkan talak, namun beliau enggan berbuat demikian."Asbab daripada keengganan pihak defendan melepaskan secara baik hari ini, prosiding seterusnya adalah kepada hakam setelah mahkamah mengambil kira faktor shiqaq, iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan terbabit."Jadi, berdasarkan laporan JKP, mahkamah menyatakan bahawa laporan tersebut sangat terperinci berkaitan kekasaran rumah tangga, pukul, nafkah serta pergaduhan yang tidak berkesudahan dalam rumah tangga," katanya kepada pemberita di sini.Muhammad Syazmee turut memaklumkan terdapat cubaan pihak defendan menangguhkan kes atas alasan anak guamnya tidak fit untuk memfailkan kes, namun pihaknya bertegas bahawa hujahan itu hanyalah andaian semata-mata."Kami membalas dengan memohon kes diteruskan kerana tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak defendan kepada mahkamah hari ini, justeru mahkamah bersetuju supaya kes diteruskan mengikut Seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003," katanya.Sebelum ini, Uqasha, 33, atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli, 39, pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, pada 27 April 2024.





Najib to serve remaining sentence at home if court rules in favour of addendum - Shafee - Sinardaily - 18/12 6:03 pm

KUALA LUMPUR Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak may serve the remainder of his prison sentence at home immediately if the High Court rules in his favour regarding a purported royal addendum.His lead counsel, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said that the defence team expects the 72-year-old former premier to be released from custody without delay.However, Shafee noted that certain logistical arrangements must first be finalised at Najib's designated residence before he can leave Kajang Prison.The issue that will arise is which house my client will be placed in and who will supervise the location."I understand preparations need to be made at the chosen residence, but I believe my client must be allowed to return home without further delay, he told a press conference at Kuala Lumpur High Court here today.On Aug 13, the Federal Court remitted the case to the High Court for a hearing on its merits.This followed the dismissal of the Attorney Generals (AG) appeal against a Court of Appeal ruling concerning the existence of additional documents.The Federal Court also rejected the AGs challenge to a decision allowing Najib to submit new evidence supporting the existence of these documents.Najib, a former Umno president, had applied for a mandamus order to compel the government to confirm the existence of a "royal addendum" dated Jan 29, 2024.He contended that if the document exists, the respondents must implement the order immediately.Respondents and Previous RulingsThe Pahang-born politician named several high-ranking officials and entities as respondents, including:The Home Affairs MinisterThe Prison Commissioner GeneralThe Attorney GeneralThe Pardons Board for the Federal TerritoriesThe Minister for Law and Institutional ReformThe Director-General of the Legal Affairs DivisionThe Government of MalaysiaThe application specifically seeks to transfer Najib from Kajang Prison to his residence in the capital to serve out his remaining term.Previously, on July 3, 2024, High Court Judge Datuk Amarjeet Singh rejected Najibs application for a judicial review





Ahmad Zahid cadang naikkan bantuan wang ihsan, bawa ke Kabinet - Sinarharian - 18/12 5:53 pm

KUANTAN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa cadangan untuk menambah kadar bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir ke mesyuarat Jemaah Menteri.Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.Menurutnya, jumlah bantuan wang ihsan banjir yang disediakan kerajaan ketika ini adalah sebanyak RM1,000."Saya akan membawa cadangan ini ke mesyuarat Kabinet dalam mesyuarat akan datang, bersaksikan Menteri Pendidikan, namun perkara ini bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar di sini pada Khamis.Seramai 1,464 mangsa banjir ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka sejak Isnin.Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan melaksanakan inisiatif baharu dengan menyalurkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir ketika mereka masih berada di PPS.Menurutnya, pembayaran awal itu membolehkan ketua keluarga menggunakan bantuan bagi tujuan segera termasuk kerja pembersihan rumah, membaiki peralatan rosak serta membeli barangan keperluan asas."Sebelum ini, bantuan wang ihsan diagihkan selepas mangsa pulang dari PPS, namun kini bantuan diserahkan ketika mereka masih berada di PPS."Kita memahami terdapat mangsa yang memerlukan bantuan kewangan segera, justeru kerajaan merasakan langkah ini perlu dipercepatkan," jelasnya.Ahmad Zahid berkata, setakat ini 77 peratus bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di seluruh negara telah berjaya disalurkan, manakala baki 23 peratus lagi akan diselesaikan secara berperingkat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).Katanya, bagi mempercepatkan proses penyaluran, kerajaan menetapkan satu piawaian baharu dengan bantuan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)."Senarai penerima akan dikemukakan kepada cawangan BSN terlibat





Pahang flood response running smoothly, says MB - Malaymail - 18/12 5:16 pm

KUANTAN, Dec 18 The flood management operation in Pahang has so far been running smoothly and under control desp...





Health Ministry marks milestone with first LVAD implant at Sultan Idris Shah Hospital, says minister - Malaymail - 18/12 5:15 pm

SERDANG, Dec 18 The Ministry of Health (MOH) made history with the successful implantation of the country...





Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri hingga esok - Sinarharian - 18/12 5:06 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda tiga negeri di Pantai Timur bermula hari ini hingga esok.Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata, amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 3 petang itu, melibatkan Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin.Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka melibatkan Kelantan di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian MetMalaysia di 1-300-22-1638





Sultan Nazrin: Mosques should tackle food security, environment and health challenges - Malaymail - 18/12 4:48 pm

IPOH, Dec 18 Mosques must move beyond their outdated roles and take greater responsibility in addressing the cha...





Health ministry makes history with first left ventricular assist device implant - FMT - 18/12 4:20 pm

Health minister Dzulkefly Ahmad says the procedure was performed at Sultan Idris Shah Hospital on Dec 10.





'Demi ALLAH, saya tak pernah pukul isteri' - Kamal Adli nafi dakwaan kasari Uqasha, sanggup junjung al-Quran - Sinarharian - 18/12 4:17 pm

"DEMI ALLAH, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul isteri saya."Demikian ketegasan yang dibuat pelakon Kamal Adli yang tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan melakukan keganasan terhadap isterinya, Uqasha Senrose.Menurutnya, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah satu fitnah yang mencalar nama baiknya sebagai suami dan bapa.Dengan nada tegas, Kamal berkata dia berani bersumpah dan menjunjung al-Quran bagi menafikan dakwaan mendera serta memukul isterinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka."Dakwaan ini salah dan saya sudah agak perkara ini."Demi ALLAH saya berani junjung





Floods worsen across several states in Malaysia as Pahang records over 8,000 evacuees - Malaymail - 18/12 3:37 pm

KUALA LUMPUR, Dec 18 Flood conditions in several states worsened this morning as the number of evacuees continue...





Sultan Nazrin perkenan kerjasama MAIPk, jabatan penjara bantu bekas banduan - Mgazette - 18/12 3:14 pm

# Sultan Nazrin perkenan kerjasama MAIPk, jabatan penjara bantu bekas banduan IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenankan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bekerjasama dengan Jabatan Penjara negeri itu bagi merintis usaha membantu bekas banduan





Dakwa Tunku Ismail bertindak sesuka hati adalah fitnah politik, niat .. - Mgazette - 18/12 3:14 pm

# Dakwa Tunku Ismail bertindak sesuka hati adalah fitnah politik, niat jahat - Syed Hussien JOHOR BAHRU - Cubaan menggambarkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail seolah-olah bertindak sesuka hati tanpa had dan tanpa akauntabiliti adalah fitnah politik murahan serta berniat jahat





Najib dipenjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihak kepadanya Peguam - Sinarharian - 18/12 3:08 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta.Ketika sidang akhbar, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukan pembelaan percaya, Najib, 72, akan dibebaskan tanpa sebarang kelewatan.Bagaimanapun beliau memahami beberapa prosedur perlu dibuat sebelum bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan keluar dari Penjara Kajang."Isu yang akan timbul ialah di rumah mana anak guamnya akan ditempatkan, siapa yang akan mengawal di lokasi berkenaan."Saya faham persiapan perlu dibuat di kediaman yang akan dipilih, namun saya percaya anak guam mesti dibenarkan pulang tanpa berlengah lagi," katanya.Ditanya mengenai kemungkinan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan sekiranya nasib menyebelahi anak jati Pahang itu, peguam utama kes 1MDB itu berkata, ia tidak akan menjejaskan keputusan mahkamah.Katanya, ia juga tidak akan mempengaruhi kes Titah Adendum sekiranya keputusan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diketahui Jumaat minggu hadapan."Jangan campur-adukkan kes 1MDB dengan Titah Adendum membabitkan kes SRC International Sdn Bhd."Kes ini melibatkan kebebasannya, yang mana Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya pada tahun 2022," katanya.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Presiden UMNO itu memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Anak jati Pahang itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu Negara bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





'Saya tak mahu buat kenyataan bodoh' - Kamal Adli - Sinarharian - 18/12 2:28 pm

PELAKON Kamal Adli menyatakan untuk terus mempertahankan rumah tangganya dengan Uqasha Senrore.Dia yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menyatakan, keputusan tersebut dilakukan demi cahaya mata tunggalnya, Uqaira Hawra."Saya akan dengar keputusan hakim hari ini





Masjid perlu keluar daripada peranan lapuk, titah Sultan Perak - FMT - 18/12 1:18 pm

Sultan Nazrin Shah bertitah masjid mesti berperanan aktif dalam bantu tangani isu termasuk keterjaminan makanan, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar serta kesihatan rakyat.





Rogol suka sama suka, pesalah perempuan bawah umur di Kelantan didakwa di Mahkamah Syariah - Sinarharian - 18/12 11:27 am

KOTA BHARU Kes rogol suka sama suka yang dikenal pasti melibatkan persetujuan bersama antara perempuan berusia 16 tahun kebawah dengan lelaki akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas perempuan bawah umur yang terlibat dengan perlakuan tersebut.Menurut beliau, perkara itu diputuskan hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu."Pelaksanaannya telah bermula sejurus selepas mesyuarat berkenaan."Langkah tersebut adalah susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes-kes rogol yang didapati melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.Menurut beliau, sebanyak lima kes setakat ini telah dirujuk kepada Jaheaik, cuma belum diuar-uarkan kepada umum.Mohd Yusoff memberitahu, remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan di bawah kesalahan ambang seksual Seksyen 14(a) akan turut didakwa di Mahkamah Syariah.Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, trend kes rogol di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebelum ini."Kita tidak menolak kemungkinan penurunan ini berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani untuk membuat laporan."Kebanyakan laporan yang diterima dari pegawai perubatan selepas mangsa di dapati hamil," katanya.




Reformasi     >>



'Restoring voices': Historian uncovers Malaysia's .. - Mkini
Ranjit's new book unearths an inclusive history not told by mainstream sources.
Kroni     >>



Repeated floods wont stop university - Star
KUANTAN: Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) has endured flood disasters on four occasions since its establishment, yet the repeated ordeals have not dampened the university's resolve to rise and ensure the continuity of education for its students. Read full story
Tabloid     >>



Ibarat 'neraka' hidup - Hmetro
Di sebalik pagar besi dan dinding tinggi, ada dunia yang jarang dilihat orang ramai iaitu penjara dan kem tahanan yang menyimpan kisah penderitaan banduan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Three year test shows OLED is significantly more .. - Tomshardware
After 18,000 hours of simulated use, RTINGS' longevity test reveals fascinating insights into the TVs that dominate our markets today. While OLED has clearly overcome its reliability woes to become the least vulnerable panel type, LCDs with local dimming are still competitive and fare better than ..
World     >>



Australia plans tougher laws against displaying .. - Globalnews
Australian authorities plan to ban symbols tied to extremism and certain chants after a mass shooting at Bondi Beach killed 15 people and injured many more.
Motor Trend     >>



Lebuh raya pesisir empat lorong hubungkan Kuching-Sri .. - Careta
Menurutnya, lebuh raya itu akan dihubungkan dari Pending melalui Kota Samarahan, Lingga dan seterusnya ke Sri Aman. Kita ada jalan baharu empat lorong di Samarahan yang berhubung dengan Kuching. Jalan ini kita akan hubungkan dengan Jambatan Sejingkat, (seterusnya) menuju ke Tanjung Embang.