///
See Also: Shutterstock

Search : Songkhla News   Page 1    



4,000 rakyat Malaysia terkandas di Hatyai akan diberi bantuan – Zahid - Mgazette - 23/11 3:19 pm

# 4,000 rakyat Malaysia terkandas di Hatyai akan diberi bantuan - Zahid BAGAN DATUK - Kementerian Luar dan Kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di Hatyai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, Malaysia juga akan memperoleh maklumat terkini berkenaan situasi banjir yang berlaku di wilayah itu menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla





Banjir: Konsulat Malaysia di Songkhla saran rakyat Malaysia tangguh .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm

# Banjir: Konsulat Malaysia di Songkhla saran rakyat Malaysia tangguh perjalanan SONGKHLA - Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu





[VIDEO] Banjir Hatyai: Tiang transformer elektrik meletup - Kosmo - 23/11 2:41 pm

PETALING JAYA Keadaan banjir di bandar Hatyai terus memburuk apabila satu tiang transformer elektrik meletup akibat air naik mendadak, mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitar. Menerusi beberapa video tular di media sosial, letupan berlaku sekitar pagi tadi di Jambatan Mac Khruang, Songkhla menimbulkan asap tebal dan percikan api yang menakutkan penduduk setempat





Wanita Malaysia redah banjir sejauh 6km beli makanan di Hatyai - Sinarharian - 23/11 1:47 pm

SHAH ALAM - Seorang rakyat Malaysia dan rakan-rakannya yang terperangkap di Hatyai, Thailand terpaksa meredah banjir sejauh kira-kira enam kilometer (km) untuk mendapatkan bekalan makanan selepas tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.Menerusi perkongsian video di TikTok, @watie_yaacob berkata, keadaan memaksanya untuk keluar mencari makanan."Kami sudah berhubung dengan polis Thailand, kedutaan Malaysia (tapi) belum dapat apa-apa bantuan."(Kami) berjalan dalam banjir dalam (jarak sekitar) 6km pergi balik untuk (beli) makanan," tulisnya dalam video berkenaan pada Ahad.Wanita tersebut turut berkongsi keadaan paras air di tempatnya menginap ketika banjir mula melanda pada Sabtu.Video itu yang kini mendapat kira-kira 2 juta tontonan setakat jam 12.30 tengah hari, hari ini menunjukkan paras air di hadapan hotel semakin dalam."Kami cuba untuk minta bantuan dari kerajaan Malaysia di Thailand, harap-harap usaha kami berhasil untuk dapatkan sumber makanan di sini, air dah paras pinggang sekarang. Hujan berterusan tanpa henti."Doakan kami rakyat Malaysia yang ada di sini selamat," tulisnya dalam video yang dikongsi berkenaan.Terdahulu, kerajaan dilapor menggerakkan usaha membawa pulang kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir di Hatyai serta beberapa daerah lain di wilayah Songkhla, Thailand.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, maklumat terkini sedang diperoleh dari Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mengenal pasti rakyat negara ini yang masih terperangkap, termasuk guru dan 40 pelajar





Kerajaan pergiat usaha selamatkan rakyat Malaysia terkandas banjir di Hatyai - Sinarharian - 23/11 11:10 am

BAGAN DATUK Kerajaan sedang mempergiat usaha memastikan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand dan kawasan sekitarnya dapat pulang ke tanah air secepat mungkin.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla kini melakukan koordinasi penuh bagi mengenal pasti rakyat Malaysia yang belum dapat keluar dari kawasan banjir termasuk sekitar 40 pelajar dan guru.Menurutnya, situasi banjir di kawasan berkenaan dijangka surut tengah hari ini, sekali gus memudahkan urusan membawa pulang mereka yang masih terperangkap."Koordinasi turut dibuat bersama Kementerian Luar Negeri, kerajaan Thailand dan gabenor wilayah berkenaan."Jika keadaan mendesak, kerajaan mungkin menyediakan kenderaan berat untuk mengangkut mangsa agar mereka dapat pulang segera," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): MOH Kita Sihat yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini pada Ahad.Mengulas kemungkinan rakyat Malaysia masih terkandas jika situasi memburuk, Ahmad Zahid menegaskan kerajaan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak konsulat serta bersedia mengambil langkah tambahan sekiranya diperlukan.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) telah dipertingkatkan selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan musim itu bermula pada 13 November.Menurutnya, enam negeri kini terkesan iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, selain sebahagian kawasan utara Perak."Kita telah adakan koordinasi dengan MetMalaysia, JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain supaya amaran berpindah dapat dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal."Kita tidak mahu sebarang nyawa, harta dan dokumen penting tertinggal di kawasan dilanda banjir," katanya.Ahmad Zahid turut memaklumkan MTL kali ini dijangka berlarutan sehingga pertengahan Mac, melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Pada Sabtu, media melaporkan hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan beberapa kawasan di Hatyai, Thailand dilanda banjir kilat sekali gus menyebabkan ratusan rakyat Malaysia terkandas di daerah itu termasuk di sempadan seperti Danok dan Bukit Kayu Hitam





Bah di Hatyai, hujan lebat dijangka berterusan - FMT - 23/11 10:48 am

Sekitar 4,000 pelancong Malaysia dilapor terkandas di bandar wilayah selatan dan beberapa bahagian di Songkhla.





Heavy rain expected to continue in flood-hit Hatyai - FMT - 23/11 10:43 am

About 4,000 Malaysian visitors are said to be stranded in the southern Thai city and parts of Songkhla province.





Hat Yai flood crisis: 4,000 Malaysians affected but safe, as local .. - Malaymail - 23/11 9:21 am

SONGKHLA, Nov 23 About 4,000 Malaysians in Hat Yai and nearby areas have been affected by the ongoing floods, bu...





4,000 rakyat Malaysia terjejas banjir di Hatyai dilapor selamat - Sinarharian - 22/11 11:22 pm

SHAH ALAM - Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terjejas dengan banjir di Hatyai dan beberapa daerah di wilayah Songkhla, Thailand dilaporkan selamat kerana kebanyakannya menginap di hotel bertingkat.Bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik sementara dan kekurangan akses makanan akibat gangguan setempat.Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok terus memantau rapat situasi banjir di Hatyai dan beberapa daerah berdekatan itu."Konsulat Jeneral di Songkhla telah mengaktifkan pasukan operasinya bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin terkandas atau memerlukan bantuan."Konsulat Jeneral juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, hotel dan kumpulan rakyat Malaysia di kawasan terjejas," kata kenyataan itu pada Sabtu malam.Menurut kenyataan itu, Polis Pelancong Thailand dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan sepenuhnya dan sedang aktif menguruskan keadaan.Jelas kenyataan itu, keadaan cuaca dijangka bertambah baik, dengan hujan lebat diramalkan berhenti pada Ahad dan paras air banjir dijangka surut serta keadaan keseluruhan dijangka pulih menjelang Isnin."Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di Hatyai dan kawasan sekitarnya supaya kekal berada di dalam bangunan jika boleh, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati di kawasan terjejas banjir."Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral di Songkhla atau Kedutaan Besar di Bangkok turut digesa berbuat demikian," kata kenyataan itu.Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +(66 74) 311 062 bagi pertanyaan umum, +(66 74) 316 274 atau +(66 81) 990 1930 untuk kecemasan dan +(66 74) 324 004 atau 312 353 untuk bantuan tambahan atau e-mel ke mwsongkhla@kln.gov.my.Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di +66-2340-5720 bagi urusan umum, +66-2340-5731 atau 5732 bagi urusan konsul pada waktu pejabat, +66-87-028-4659 untuk kecemasan pada hujung minggu dan cuti umum, +66-2340-5721 sebagai talian tambahan atau e-mel ke mwbangkok@kln.gov.my.Terdahulu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.





4,000 pelancong Malaysia terkandas di Songkhla akibat banjir - FMT - 22/11 6:00 pm

Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla berkata semua pelancong berkenaan terkandas di hotel selepas laluan utama terputus akibat dinaiki air.





Flooded roads leave 4,000 Malaysian tourists stranded in Songkhla - FMT - 22/11 4:40 pm

The Hatyai-Songkhla Hotel Association says the sudden rise in flood waters since Friday night has trapped thousands in hotels across Hatyai and other parts of Songkhla.





Rakyat Malaysia Yang Terkandas di Hatyai Diminta Hubungi Pejabat Konsulat Jeneral Untuk Bantuan - Lobakmerah - 22/11 1:54 pm

Difahamkan, gara-gara paras air banjir yang menaik di Hatyai sehingga menjejaskan pergerakan, ramai rakyat Malaysia yang kini berada di Hatyai untuk melancong telah terkandas di hotel penginapan masing-masing. Terkini, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





“Nak Balik, Lapaq Dah Ni..” – Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar - Beautifulnara - 22/11 1:52 pm

Rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai dan kawasan sekitarnya diminta segera menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan bantuan dan pemantauan





Banjir: Rakyat Malaysia disaran tangguh perjalanan ke selatan Thailand - Konsulat - Sinarharian - 22/11 1:50 pm

SONGKHLA - [DIKEMAS KINI] Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu.Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan."Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat melancong atau melawat selatan Thailand supaya menangguhkan perancangan mereka buat sementara waktu ekoran cuaca buruk, hujan lebat berterusan serta banjir yang menjejaskan banyak kawasan," katanya.Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di selatan Thailand agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca, mengikuti pengumuman serta arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan menjaga keselamatan diri.Beliau berkata, untuk sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi pegawai bertugas di talian +66 81 990 1930 atau melalui e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla Dr Sitthipong Sitthiprapha berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat kira-kira 4,000 pelancong Malaysia terkandas di hotel-hotel sekitar Songkhla akibat jalan raya yang dinaiki air."Sejak malam tadi, lebih 4,000 pelancong Malaysia terkandas mereka terdiri daripada mereka yang ingin pulang ke Malaysia melalui Sadao tetapi jalan utama dari Hatyai ke Sadao terputus kerana banjir, serta mereka yang terkandas di hotel akibat pekan Hatyai dinaiki air," katanya.Sitthipong berkata, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah segera dengan menyediakan makanan dan bot bagi memindahkan mereka yang terkandas ke kawasan selamat.Beliau berkata, jumlah kenderaan milik pelancong Malaysia yang ditenggelami air masih belum dapat dipastikan, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Selain itu, hujan yang berterusan sejak Isnin lepas telah menyebabkan lapan wilayah selatan Thailand dilanda banjir, memaksa hampir 124,003 keluarga berpindah ke kawasan yang lebih selamat





Kekal di hotel, pejabat konsulat beritahu rakyat Malaysia kandas di Hatyai - FMT - 22/11 1:16 pm

Konsul Jeneral di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata ia bagi memudahkan bantuan pihak berkuasa Thailand.





Malaysia pilih naik bas ke Sukan SEA Thailand - Kosmo - 17/11 4:13 pm

KUALA LUMPUR – Setiap edisi peganjuran Sukan SEA hadir dengan cabaran tersendiri dan temasya ke-33 yang berlangsung di Thailand bulan depan tidak terkecuali apabila penganjuran dibuat di tiga wilayah berbeza iaitu di Bangkok, Chonburi dan Songkhla





Rakyat Malaysia dinasihat had pergerakan malam di Selatan Thai - Utusan - 16/11 9:00 am

NARATHIWAT, THAILAND: Rakyat Malaysia dinasihatkan mengehadkan pergerakan pada waktu malam jika ingin melancong di tiga wilayah di Selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani. Konsul General Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pihaknya hanya memberikan nasihat perjalanan, bukannya melarang rakyat Malaysia memasuki Thailand khususnya di tiga wilayah terlibat





Skuad kabadi sasar dua emas di Thailand 2025 - Sinarharian - 14/11 9:54 pm

SKUAD kabadi negara menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan depan.Ketua jurulatih skuad kabadi negara M Palaniandy menyandarkan harapan anak buahnya meraih emas acara three stars lelaki dan wanita bagi sukan yang pertama kali dipertandingkan pada temasya sukan dwitahunan itu.Palaniandy berkata, persiapan rapi bermula sejak April termasuk menjalani latihan selama 40 hari di dua lokasi di India iaitu Puducherry dan Haryana baru-baru ini."Pasukan kita banyak mendalami ilmu serta kemahiran diperlukan termasuk terlibat dengan 35 perlawanan sepanjang berada di situ."Pemain sudah bersedia, fizikal mereka juga sangat baik dan saya berharap semua menjaga diri dan mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan menjelang Sukan SEA 2025," katanya.Palaniandy berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nazmizan Muhammad di sini pada Jumaat.Palaniandy pada masa sama mengingatkan pasukannya untuk berwaspada dengan kelibat tuan rumah yang mampu menggugat peluang mereka merangkul emas kali ini.Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla dari 9 hingga 20 Disember





Prem Kumar tekad pertahankan emas karate SEA 2025 - Sinarharian - 14/11 9:46 pm

ATLET karate negara S Prem Kumar bertekadmempertahankan pingat emas acara bawah 55 kilogram (kg) kumite lelaki pada Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan depan.Prem Kumar berkata beliau juga berharap dapat membantu Malaysia merampas emas kumite berpasukan lelaki selepas tumpas tipis 2-3 kepada Vietnam pada edisi lepas di Phnom Penh, Kemboja."Setelahmelakukan persiapan rapidalam tempoh 12 bulan ini, sudah tentu tekad saya hanya untuk menang."Jika boleh, saya juga mahu meraih emasdalam acara berpasukan," katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nazmizan Muhammad di sinipada Jumaat.Atlet berusia 31 tahun itu juga enggan memikirkan soal pencabar, sebaliknya mahukekal fokus terhadap persiapan sendiri untuk bertarung pada Sukan SEA 2025.Sementara itu, ketua jurulatih skuad karate negara RSharmendran berkata anak buahnya sudah bersiap sedia untuk merealisasikan misi membawa pulang tiga emas seperti ditetapkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) pada temasya sukan dwitahunan itu kali ini.Sharmendran yang pernah memenangi emas bawah 75 kg lelaki pada empat edisi Sukan SEA berturut-turut dari 2017 hingga 2023berkata tidak banyak perbezaan ketika bergelar atlet dan juga jurulatih.Beliau berkata,misinya tetap sama, iaitu membantu Malaysia mencapai kejayaan tanpa mengambil kira peranan dipegangnya."Pada akhirnya, ini tentang negara, bukan kepentingan peribadi. Siapa pun yang menang, ia untuk Malaysia," katanya.Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disemberinimelibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.- Bernama





Qaiyum buru emas tinju 51kg di Sukan SEA - Sinarharian - 11/11 9:20 am

PETINJU negara, Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin mahu menampilkan karakter lebih matang dalam misi memburu pingat emas pada penampilan ketiganya di pentas Sukan SEA.Pemenang gangsa kategori 51 kilogram (kg) Sukan SEA 2023 di Kemboja itu berkata, beliau kini menumpukan kepada pemantapan mental sebagai persiapan menghadapi edisi Thailand bulan depan.Menurutnya, aspek itu diberi perhatian bagi memastikan prestasi sebenar di gelanggang tidak terjejas oleh tekanan pertandingan."Kebiasaannya ketika sparring, saya boleh tunjukkan teknik dan pertahanan dengan baik."Tapi setibanya hari pertandingan, prestasi kadang-kadang berbeza."Jadi saya cuba membayangkan suasana perlawanan sebenar sewaktu latihan supaya mental ini terbiasa," katanya.Petinju berusia 23 tahun dari Ipoh, Perak itu juga memberi perhatian khusus kepada wakil tuan rumah dan Filipina yang dijangka menjadi pencabar utama dalam perebutan podium pada temasya dwitahunan itu nanti.Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember membabitkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.Sebagai rekod, Qaiyum kandas di pusingan awal pada penampilan pertamanya semasa Sukan SEA Vietnam 2021.Penampilan Qaiyum di arena tinju tempatan mula mencuri perhatian apabila memenangi pingat emas menerusi kategori 48kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.Dia kemudian dipilih menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.



PUNYA HABIS IDEA- Pembangkang guna pemimpin yang perangi umat Islam .. - Wrlr - 6/11 8:57 pm

Rangsi yang mengetuai sebuah parti politik kecil, Economic Party juga didakwa mempunyai kepentingan peribadi agar konflik antara Thailand dan Kemboja berpanjangan. Rangsi Kittiyarnsup Sepanjang tempoh perkhidmatan Rangsi dalam ketenteraan sekitar awal 2000 hingga 2020, masyarakat Muslim di Selatan Thailand merangkumi Pattani, Yala, Narathiwat, dan Songkhla hidup dalam ketakutan




Reformasi     >>



Mengapa PM Anwar pilih Ethiopia? - Harapandaily
Oleh LEE KHAI LOON Terus-terang, ramai rakyat Malaysia mungkin tidak pernah terfikir pun pasal Ethiopia. Nama Addis Ababa iaitu ibu negara Ethiopia pun mungkin ada yang baru dengar hari ini. Dan kalau kenal pun, mungkin hanya sebab kopi Ethiopia yang padu. Tetapi semasa saya menyertai rombongan rasmi bersama PMX di ..
Kroni     >>



Redang, Perhentian hit by sudden floods, hundreds .. - Star
KUALA TERENGGANU: Continuous heavy rain and a high tide phenomenon have caused flooding in Pulau Redang and Pulau Perhentian, forcing the evacuation of residents to temporary relief centres. Read full story
Tabloid     >>



Wanita & Keluarga Hampir Keluar, Namun Terkandas .. - Siakapkeli
Wanita & Keluarga Hampir Keluar, Namun Terkandas Semula Dalam Perjalanan Ke Danok Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai, Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi mengenai keadaan banjir itu di media ..
Tech     >>



A decision about breaking up Google's adtech monopoly .. - Engadget
Google made its final arguments in a longstanding case against the US Department of Justice on whether it has to split up its ad tech practices. However, the judge presiding over the case may be looking to wrap up the case before Google has a chance to appeal, according to a report from ..
World     >>



How the West has thrown Ukraine under the bus - Tehrantimes
TEHRAN Nearly 1,370 days into the RussiaUkraine war, President Donald Trumps 28-point peace plan has laid bare the contradictions of Western policy. For years, the United States and Europe encouraged Ukraine to confront Russia, promising NATO membership and protection. Now, as the war drags on, those ..
Motor Trend     >>



Honda’s Upcoming Tech Prioritises Joy Of Driving .. - Piston
Electric cars, hybrids or plug-in hybrids? That seems to be the golden question for all car makers these days, doesnt it? And while some car makers have thrown their weight behind EVs, some have adopted a wait and see approach. This cautious approach seems to have paid off as car makers who ..