| /// |
|
| Search : Simpang Renggam News | Page 1 |
|
Tourist surge chokes Cameron Highlands roads, vegetable trucks take seven .. - Sinchew - 3/06 8:20 am Tourist surge chokes Cameron Highlands roads, vegetable trucks take seven hours to complete one-hour trip CAMERON HIGHLANDS: A holiday exodus to Cameron Highlands over the long weekend triggered a massive traffic jam where vegetable transport lorries take up to seven hours to reach their destinations |
|
5 terkorban akibat pemanduan melulu: Athony Loke mahu tindakan tegas .. - Mygazette - 3/06 8:20 am "Lesen memandu bukan satu kebenaran untuk memandu sesuka hati sehingga menyebabkan malapetaka kepada orang lain yang tidak berdosa," katanya. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, empat beranak disahkan maut di lokasi kejadian selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan RenggamSimpang Renggam, berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor |
|
'Mohd Aiman pekerja yang sangat baik, berdedikasi' - Pengerusi RISDA - Sinarharian - 2/06 7:06 pm SHAH ALAM - Allahyarham Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, yang dilaporkan meninggal dunia bersama tiga lagi ahli keluarganya dalam kemalangan di Kilometer 27 Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang, Johor disifatkan sebagai pekerja yang sangat baik dan berdedikasi sewaktu menjalankan tugas.Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib berkata, Mohd Aiman berkhidmat di RISDA sekitar 15 tahun sebagai pemandu di estet Durian Mas pada mulanya, kemudian dipindahkan ke Ulu Sedili kira-kira sebulan yang lepas selaku konduktor ladang kerana memiliki rekod merit yang bagus.Ahli Parlimen Tenggara itu secara peribadi berkata, pemergian Allahyarham bersama ahli keluarganya, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh, 75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, meninggalkan kesan yang amat mendalam buat keluarga serta sahabat-handai termasuk warga kerja RISDA."Memang sangat sedih sebab saya sebenarnya baru sahaja sampai di Putrajaya dari Kluang pada malam sebelumnya |
|
Kemalangan maut Simpang Renggam: Anthony Loke gesa siasatan disegerakan - Sinarharian - 2/06 5:07 pm PUTRAJAYA - Tindakan pendakwaan setimpal perlu diambil terhadap pemandu menyebabkan kemalangan jalan raya di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa termasuk empat mangsa sekeluarga semalam.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook juga menggesa polis menyegerakan siasatan bagi memastikan kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) secepat mungkin.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang Renggam"Pemanduan sebegini tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Anthony berkata, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama-sama semua pengguna jalan raya."Lesen memandu bukan kebenaran untuk memandu sesuka hati sehingga menyebabkan malapetaka kepada orang lain yang tidak berdosa," katanya.Dalam pada itu, Anthony mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan tragedi itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.ARTIKEL BERKAITAN:Terkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraNahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisKemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahadSemalam, polis mengesahkan empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam.Kemalangan dipercayai berlaku akibat tindakan pemandu dua kereta mewah yang memandu secara laju dan melulu, dengan seorang daripada mereka maut semasa dalam perjalanan ke hospital.Seorang lagi pemandu kereta mewah itu, iaitu remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut |
|
Simpang Renggam tragedy: Transport minister demands swift investigation and prosecution over reckless driving deaths - Malaymail - 2/06 4:31 pm KUALA LUMPUR, June 2 Transport Minister Anthony Loke has urged police to expedite investigations into the Simpan... |
|
Dua mangsa kemalangan Simpang Renggam penerima pertama LINDUNG 24 Jam - Sinarharian - 2/06 3:56 pm KUALA LUMPUR - Dua pemandu kenderaan yang cedera dalam kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor menjadi individu pertama menerima manfaat di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam yang berkuat kuasa semalam.Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Husnizam Hisamudin, 43, dan Muhammad Amirul Hazim Misnon, 22, merupakan pencarum aktif di bawah Akta 4 yang melayakkan mereka menerima bayaran cuti sakit serta faedah kecacatan kekal di bawah skim itu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Husnizam yang cedera di bahu dan tangan manakala Muhammad Amirul di mulut, layak menerima rawatan implan, peralatan pemulihan serta rehabilitasi tanpa had mengikut keperluan."Ramai memahami Perkeso memberi perlindungan apabila kemalangan di tempat kerja atau semasa bertugas |
|
Dua beradik berlumba akibatkan lima maut dalam nahas lima kenderaan Dua .. - Mygazette - 2/06 3:02 pm # Dua beradik berlumba akibatkan lima maut dalam nahas lima kenderaan KLUANG - Dua kereta mewah yang sedang berlumba mengakibatkan kemalangan empat kenderaan lain dan lima maut termasuk pasangan suami isteri dalam kejadian di Kilometer 27 jalan Renggam-Simpang Renggam di sini semalam |
|
Five-death accident in Simpang Renggam: Teen driver remanded for two days - Sinardaily - 2/06 2:27 pm BATU PAHAT - A 19-year-old male teenager has been remanded for two days starting today to assist in investigations into a fatal accident that claimed five lives, including four members of a family, on Jalan Renggam-Simpang Renggam here yesterday.The remand order until tomorrow was issued by Magistrate Mustaqim Sukarno at the Batu Pahat Magistrate's Court to enable further investigations to be carried out under Section 42(1) of the Road Transport Act 1987.Earlier, the suspect, who was the driver of a Mercedes Benz A250 and dressed in a brown lockup attire, arrived at the court premises at about 10.20 am accompanied by police officers.Yesterday, police confirmed the arrest of the local teenager following the horrific accident involving five vehicles.Kluang district police chief ACP Bahrin Mohd Noh was reported to have said initial investigations found that the suspect was suspected of driving his vehicle recklessly along with a BMW 530e driven by his 22-year-old brother.He said the accident at 1.15 pm occurred when the BMW 530e lost control at the scene before entering the opposite lane and hitting a Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira and another Mercedes Benz.He said as a result of the collision, a family of four including a 10-year-old girl were confirmed dead at the scene due to severe head and body injuries.Meanwhile, the suspect's brother who was driving the BMW 530e was reported to have died on the way to hospital due to the severe injuries he sustained |
|
Teen driver remanded over fatal crash that killed five - SUN - 2/06 2:04 pm A 19-year-old driver is remanded for two days after a crash on Jalan Renggam-Simpang Renggam killed five, including four family members. |
|
Nahas lima maut: Remaja 19 tahun pandu Mercedes-Benz A250 direman dua hari - Sinarharian - 2/06 12:57 am BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini semalam.Perintah reman hingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, suspek yang juga pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A250, dan berpakaian lokap berwarna coklat, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10.20 pagi dengan diiringi pegawai polis.Semalam, polis mengesahkan penahanan remaja berkenaan susulan nahas ngeri yang membabitkan lima kenderaan berkenaan.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioer Bahrin Mohd Noh dilapor berkata siasatan awal mendapati suspek disyaki memandu kenderaannya secara melulu bersama-sama sebuah kereta BMW 530e yang dipandu oleh abangnya berusia 22 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraNahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisKemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahadBeliau berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz.Akibat daripada perlanggaran itu, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.Sementara itu, abang suspek yang memandu kenderaan BMW 530e berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya |
|
Kemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahad - Sinarharian - 2/06 12:15 am DUNGUN - Jenazah empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di Simpang Renggam, Johor semalam, selamat dikebumikan pagi ini.Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33; dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73; serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini pada jam 9.25 pagi.Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu dibawa ke Masjid Sultan Mahmud Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini untuk disolatkan pada jam 8.35 pagi ini, selepas proses bedah siasat di Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom di Kluang, Johor selesai malam tadi.Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu yang selesai pada jam 10.45 pagi.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraNahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisDalam kejadian pada jam 1.16 petang semalam, Mohd Aiman yang tinggal dan bekerja di ladang kelapa sawit di Felda Ulu Sedili, Johor, dipercayai bersama ahli keluarganya dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri keluarga terdekat di Telok Emas, Melaka.Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Toyota Vios yang dinaiki keluarga tersebut, Perodua Alza, Proton Wira serta sebuah lagi Mercedes-Benz.Sementara itu, pemandu BMW 530e itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Dalam pada itu ibu kepada Nur Airish Syifa, Nurul Ain Mohd Rashid, 38, terkilan kerana hasrat anak kedua daripada dua beradik itu untuk melihat adiknya yang bakal dilahirkan pada November depan tidak kesampaian.Suri rumah itu berkata, anak perempuannya itu gembira apabila mengetahui dia mengandung kerana telah sekian lama Allahyarham ingin mempunyai seorang adik.Nurul Ain berkata, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Emas II di Bandar Al Muktafi Billah Shah juga sering meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat serta bermain dengan bayi yang bakal dilahirkan itu."Nur Airish Syifa teruja untuk menyambut kelahiran adiknya dan tidak sabar pergi menemani saya membeli pakaian bayi untuk adiknya yang bakal lahir nanti," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini hari ini.Nur Airish Syifa mengikut bapa saudaranya Mohd Aiman pulang ke Felda Ulu Sedili, Johor bersempena dengan musim cuti sekolah sejak Khamis lepas dan dijadual pulang pada Sabtu ini |
|
Johor police arrest 19yearold, seize Mercedes after deadly fivevehicle crash near Renggam - Malaymail - 2/06 9:55 am JOHOR BAHRU, June 2 Police have arrested a local man to assist in the investigation of an accident involving fiv... |
|
High-speed luxury cars triggered deadly crash near Simpang Renggam that killed four family members, say Johor police - Malaymail - 2/06 9:29 am KLUANG, June 2 A four-member family was killed in a five-vehicle crash along Jalan RenggamKluang yesterda... |
|
Driver held over five-death accident in Kluang - BorneoPost - 2/06 9:27 am JOHOR BAHRU (June 2): Police have arrested a local man to assist in the investigation of an accident involving five vehicles that killed five people at Kilometre 27, Jalan Renggam–Simpang Renggam, Kluang |
|
Driver held over five-death accident in Kluang - Sinardaily - 2/06 9:19 am JOHOR BAHRU - Police have arrested a local man to assist in the investigation of an accident involving five vehicles that killed five people at Kilometre 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.Kluang district police chief ACP Bahrin Mohd Noh said the 19-year-old man was believed to be driving a Mercedes Benz A250 at high speed and recklessly with a BMW 530e driven by a 22-year-old local man who is also his elder brother.He said the accident at 1.15 pm occurred when the BMW 530e lost control at the scene before entering the opposite lane and hitting a Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira and another Mercedes Benz.According to him, the accident caused the driver of the BMW 530e to die after his vehicle entered a ravine, as well as four others, namely the driver of the Toyota Vios, a 36-year-old local man, his 33-year-old wife with two family members comprising a 73-year-old woman and a 10-year-old girl."The driver and passenger of the Toyota Vios died at the scene due to severe head and body injuries |
|
Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis - Sinarharian - 2/06 9:09 am KLUANG - Dua kereta mewah dipandu secara laju dan melulu mengakibatkan kemalangan empat kenderaan lain dan lima maut termasuk pasangan suami isteri dalam kejadian di Kilometer 27 jalan Renggam-Simpang Renggam di sini, pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira, BMW 530e dan Mercedes-Benz A250."Kemalangan tersebut berlaku semasa BMW 530e dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam."Kereta itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama-sama sebuah Mercedes-Benz A250 |
|
Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaan - Sinarharian - 2/06 8:46 am KLUANG Aksi dua kereta mewah yang dipercayai dipandu laju dan melulu mengakibatkan kemalangan membabitkan lima kenderaan sehingga meragut lima nyawa, termasuk pasangan suami isteri, di Kilometer 27 Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada jam 1.15 tengah hari.Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah BMW 530e, Mercedes-Benz A250, Perodua Alza, Toyota Vios dan Proton Wira."Siasatan awal mendapati BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam."Kenderaan itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama sebuah Mercedes-Benz A250."Setibanya di lokasi kejadian, BMW 530e hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh empat kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, selepas rempuhan itu, BMW 530e berkenaan terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.Menurutnya, ketika kejadian, Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah Mercedes-Benz sedang bergerak dari arah bertentangan.Akibat kemalangan itu, empat individu yang menaiki Toyota Vios iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latif, 33; Semek Mat Soh, 75; dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, meninggal dunia di lokasi kejadian.Kesemua mangsa yang beralamat di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Terengganu dilaporkan mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan."Pemandu BMW 530e turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada."Lapan lagi mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk mendapatkan rawatan," katanya.Bahrin berkata, pemandu Mercedes-Benz A250 berusia 19 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) akta sama."Pemandu Mercedes-Benz A250 dan pemandu BMW 530e yang meninggal dunia merupakan adik-beradik."Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada jam 10.30 pagi," katanya.Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, kemalangan berlaku di hadapan Penjara Simpang Renggam.Menurutnya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai."Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa berjaya diselesaikan sepenuhnya," katanya. |
|
Nahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahan - Sinarharian - 2/06 8:27 am JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan lima kenderaan yang menyebabkan lima individu maut di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai memandu Mercedes Benz A250 secara laju dan melulu bersama sebuah BMW 530e dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga abangnya.Beliau berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.Kemalangan itu menyebabkan pemandu BMW 530e maut selepas kenderaannya memasuki gaung.Turut maut empat lagi mangsa iaitu pemandu Toyota Vios, lelaki tempatan berusia 36 tahun, isteri berusia 33 tahun, dua ahli keluarga wanita berusia 73 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun."Pemandu dan penumpang Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan."Pemandu BMW 530e pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, dua penumpang Perodua Alza, iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.Pemandu Perodua Alza, lelaki tempatan berusia 43 tahun pula mengalami kecederaan pada kaki, manakala pemandu Proton Wira, lelaki tempatan berusia 22 tahun cedera pada bahagian mulut.Sementara itu, pemandu Mercedes Benz, wanita tempatan berusia 57 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala dua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.Bahrin berkata, kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di HEBHK, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 19 tahun itu negatif dadah.Pihak polis turut merampas Mercedes Benz A250 berkenaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama |
|
2 kereta dipandu melulu punca 4 maut nahas di Simpang Renggam - FMT - 2/06 7:04 am Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh berkata pemandu Mercedes Benz A250 sudah ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini. |
|
Terkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudara - Sinarharian - 1/06 11:33 pm KLUANG - Anak saudara kepada mangsa kemalangan maut di hadapan Penjara Simpang Renggam, di sini petang tadi terkilan kerana tidak sempat merakam gambar atau video bersama ibu saudaranya baru-baru ini, seperti kebiasaan setiap kali sambutan Aidiladha.Nurul Hidayah Kamarruddin, 29, berkata, kali terakhir dia dan kakaknya, Nur Syamimi, 33, bertemu ibu saudaranya itu, Allahyarham Nor Azlina Abd Latif, 33, ketika mereka sekeluarga mengadakan kenduri doa selamat serta pertemuan sempena Aidiladha di Jasin, Melaka, Sabtu lepas (30 Mei).Menurut Nurul Hidayah, ketika itu mereka sekeluarga lebih tertumpu kepada hal kenduri dan tidak terfikir untuk merakam gambar serta hanya berbual-bual seperti biasa seperti bertanya khabar dan bercerita berkaitan keadaan kampung halaman mereka di Terengganu."Ibu saudara kami ada bercerita mengenai keadaan nenek, Semek Mat Soh yang menghidap strok dan akan dijaga bergilir-gilir oleh adik-beradik ibu kami pada hari Sabtu itu jugalah kami semua bertemu."Pada 2.40 petang tadi, saya terkejut setelah menerima perkhabaran bahawa ibu saudara, pak cik dan nenek serta seorang lagi mangsa yang merupakan anak saudara (Nor Azlina) telah tiada apabila terlibat kemalangan itu," katanya ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, di sini.Nurul Hidayah berkata, dia difahamkan setelah pulang dari rumahnya Sabtu lepas, Nor Azlina sekeluarga ke Alai, Melaka untuk bermalam di sana sebelum bergerak pagi tadi untuk pulang ke rumah di Kota Tinggi."Apabila diberitahu mereka terlibat kemalangan dan meninggal dunia, saya hanya terdiam kerana baru sahaja berjumpa lalu terus bergegas ke sini (Kluang)," katanya.Terdahulu, kemalangan berkenaan melibatkan lima kenderaan iaitu Toyota Vios, Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E240 dan BMW.Selain Nor Azlina, tiga mangsa turut dilaporkan meninggal dunia di lokasi iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nur Airish Syifa Sidek, 10, dan Semek, 73 |
|
'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang Renggam - Sinarharian - 1/06 11:09 pm DUNGUN - "Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas, namun tidak sangka dia pula pergi meninggalkan kami hari ini," kata Nor Haida Dolah, 54, ibu saudara kepada Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor hari ini.Nor Haida berkata, kesedihan mereka sekeluarga belum lagi reda selepas pemergian ayah Mohd Aiman dua minggu lepas akibat kanser usus dan hari ini menerima pula berita yang lebih memilukan."Bukan sahaja Mohd Aiman malah isteri, ibu mentua dan anak saudaranya turut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, " katanya ketika ditemui di Taman Sejati, Bandar Al-Muktafil Billah Shah (AMBS), di sini hari ini.Selain Mohd Aiman, turut maut dalam kemalangan pada jam 1 tengah hari itu, isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33, dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73, serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10.Nor Haida berkata, anak saudaranya itu, yang tinggal dan bekerja di Ladang Kelapa Sawit Felda Ulu Sedili, Johor, dipercayai ketika kemalangan dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri keluarga terdekat di Telok Emas, Melaka.Wanita itu berkata, Mohd Aiman merupakan seorang anak yang mengambil berat terhadap kebajikan arwah ayah, Mohd Rashid Dolah, 59, dan ibunya, Fauziah Abdullah, 59, serta ibu mentuanya yang uzur."Saya juga baru bertemu dengan Mohd Aiman dan isteri serta ibu mentuanya ketika mereka pulang ke kampung pada Aidiladha Rabu lepas |
|
Lelaki OKU hilang di Batu Kurau - Sinarharian - 1/06 10:46 pm IPOH - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Simpang 4, Anak Kurau dekat Batu Kurau, Sabtu lepas.Ketua Polis Daerah Selama, Asisiten Komisioner Sarudin Samah berkata, Zakaria Shamsuddin, 42, kali terakhir dilihat kira-kira jam 4 petang ketika keluar melalui pintu belakang rumah bersama-sama anak tirinya sebelum dia dipercayai menuju ke kawasan belukar, kira-kira 300 meter dari kediamannya itu.Beliau berkata, Zakaria didapati hilang dari pandangan dalam sekelip mata ketika anak tirinya itu berhenti seketika untuk mengikat tali kasut."Ketika anak tirinya tunduk untuk mengikat tali kasut, mangsa (Zakaria) masih berada di hadapannya namun apabila dia mendongak semula, mangsa didapati telah hilang dan gagal dikesan."Mangsa dipercayai tidak mengambil ubat yang ditetapkan sejak dua atau tiga hari lepas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Zakaria tampil membantu dengan menghubungi Sarjan Mejar Razak Abdul Ghani melalui talian 010-2096227, Ibu Pejabat Polis Daerah Selama 05-8394222 atau mana-mana balai polis berhampiran.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, Zakaria belum ditemukan walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kedua hari ini."Operasi dijalankan dengan membahagikan anggota kepada sembilan pasukan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit K9 JBPM dan orang awam."Pencarian tertumpu di sektor A, B, C dan D meliputi kawasan seluas kira-kira sembilan kilometer persegi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, operasi setakat 5 petang hari ini melibatkan 13 anggota JBPM, PDRM (10), APM dan Unit K9 masing-masing tiga anggota serta 16 orang awam manakala pencarian semula akan dilaksanakan sehingga penunjuk baharu ditemukan |
|
4 maut nahas di Simpang Renggam - FMT - 1/06 5:45 pm Kemalangan membabitkan kenderaan jenis Toyota Vios, Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E240 dan BMW. |
|
Family among four killed in Toyota Vios as BMW, Mercedes, Wira and Alza collide near Simpang Renggam Prison - Malaymail - 1/06 5:01 pm KLUANG, June 1 Four people were killed and two others injured in a collision involving five vehicles along Jalan... |
|
Empat maut nahas lima kenderaan - Sinarharian - 1/06 3:57 pm SIMPANG RENGGAM - Empat termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan empat kenderaan lain di berhampiran Penjara Simpang Renggam di sini pada Isnin.Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.16 petang.Kenderaan terlibat ialah Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E250 danBMW manakalaToyota Vios dinaiki keempat-empat mangsa yang maut.Penumpang bagi kenderaan lain dilaporkan hanya mengalami kecederaan.Setakat ini, Sinar Harian masih menunggu kenyataan rasmi pihak polis. |
|
Polis tahan 2 wanita bantu siasatan kes bunuh warga Myanmar - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Polis tahan 2 wanita bantu siasatan kes bunuh warga Myanmar NIBONG TEBAL - Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat di sini semalam |
|
Polis nafi iring kereta warga asing di Melaka, video tular dipercayai... - Mygazette - 1/06 3:21 pm # Polis nafi iring kereta warga asing di Melaka, video tular dipercayai disunting MELAKA Video tular di media sosial yang mendakwa sebuah kenderaan pacuan empat roda polis mengiringi beberapa kenderaan warga asing di Tanjung Minyak di sini, dipercayai disunting dengan menggabungkan rakaman dua lokasi berbeza |
|
Police arrest two women after Myanmar man found stabbed to death in Simpang Ampat house - Malaymail - 1/06 2:27 pm NIBONG TEBAL, June 1 Police have detained two women to assist in investigations into the murder of a Myanmar nat... |
|
Police probe murder after Myanmar man killed, wife injured in Simpang Ampat attack - Malaymail - 1/06 12:18 am BUKIT MERTAJAM, June 1 A Myanmar man was killed while his wife was injured after they were allegedly attacked by... |
|
Lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan kes bunuh Lelaki Rohingya ditahan .. - Mygazette - 1/06 8:10 am SIMPANG AMPAT - Polis menahan seorang lelaki Rohingya bagi membantu siasatan menyerang sepasang suami isteri yang juga rakan senegaranya sehingga menyebabkan lelaki itu maut dalam kejadian di Taman Belibis di sini hari ini |
|
Jaslinda melalui laluan ke Kem Sukaneka bukan Gunung Batu Bujang - Mygazette - 31/05 8:01 am # Jaslinda melalui laluan ke Kem Sukaneka bukan Gunung Batu Bujang TAPAH Rakaman kamera pengawasan hidupan liar di sekitar Gunung Batu Putih menunjukkan pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin tidak melalui laluan menuju ke Gunung Batu Bujang |
|
Pensyarah politeknik maut dalam nahas dua kenderaan Pensyarah politeknik .. - Mygazette - 31/05 8:01 am # Pensyarah politeknik maut dalam nahas dua kenderaan IPOH Seorang pensyarah di Politeknik Ungku Omar (PUO) maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Pinji Seni 5 di sini hari ini |
|
Penuntut madrasah maut nahas motosikal dengan lori - Mygazette - 31/05 8:01 am # Penuntut madrasah maut nahas motosikal dengan lori BATU PAHAT - Seorang penuntut Madrasah Ibnu Yazid maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Kangkar Senangar-Pagoh, dekat sini hari ini |
|
Pensyarah maut langgar kereta membelok - Sinarharian - 30/05 6:32 pm IPOH Seorang pensyarah Politeknik Ungku Omar (PUO) maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, pada Sabtu.Mangsa, Sarafuddin Alang Osman, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan motosikal Benelli Napoleon 500.Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 89 tahun itu dalam perjalanan dari arah Ipoh menuju ke Jalan Pinji Seni 5."Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berkenaan dipercayai membuat belokan ke kanan untuk memasuki simpang."Pada masa sama, motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 59 tahun dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan kiri kereta tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Muhammad Najib berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah kecederaan pelbagai akibat kemalangan jalan raya," katanya.Menurutnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi tujuan siasatan lanjut."Polis turut mengesan saksi bebas dan rakaman kamera papan pemuka bagi membantu siasatan," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih diteruskan.Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Sementara itu, PUO menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Allahyarham merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perkapalan.Menurut hantaran itu, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga PUO. |
|
Penuntut madrasah maut motosikal bertembung lori - Sinarharian - 30/05 5:56 pm BATU PAHAT Seorang penuntut Madrasah Ibnu Yazid maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Kangkar SenangarPagoh, dekat sini, pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, nahas berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku ketika sebuah lori dari arah Parit Sulong, Batu Pahat menghala ke Pagoh, Muar."Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan lori berkenaan lalu berlaku perlanggaran," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal, Muhammad Arif Selamat, 19, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, patah kaki kanan serta kecederaan organ dalaman.Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong yang berada di tempat kejadian.Sementara itu, pemandu lori berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Mangsa merupakan penuntut Madrasah Ibnu Yazid, Simpang Lima, Parit Sulong dan beralamat di Felda Batu 27 Lenga, Muar," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. |
|
Pemandu treler maut nahas empat kenderaan - Sinarharian - 28/05 10:02 pm KULAI Seorang pemandu treler maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran simpang Felda Taib Andak di sini pada Khamis.Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun yang memandu lori treler jenis Volvo disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Azizan Azis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.47 petang sebelum sebuah jentera bersama empat anggota digerakkan ke lokasi."Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kemalangan melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori RORO, lori treler Volvo, Perodua Axia dan Toyota Yaris."Pemandu lori RORO lelaki berusia 46 tahun dan pemandu Perodua Axia berusia 26 tahun didapati selamat, manakala pemandu Toyota Yaris lelaki berusia 59 tahun mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan.Menurut beliau, pihak bomba bertindak mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut."Kerja pembersihan kawasan turut dilakukan bagi memastikan keadaan selamat."Operasi dikawal pada jam 6.55 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 7.10 malam," katanya. |
|
Pesara tentera maut rempuh BMW keluar simpang - Sinarharian - 28/05 12:22 am KUALA LUMPUR - Seorang pesara tentera maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang sebelum melanggar kenderaan itu dalam kejadian di Jalan Kampung Pandan di sini pada Ahad.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan kereta jenis BMW.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal di lorong kiri jalan dipercayai melanggar bahagian sisi kanan BMW yang keluar dari simpang di sebelah kiri jalan."Akibat kemalangan, lelaki tempatan yang berusia 45 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut."Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, pemandu BMW berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang lain di dalam kenderaan itu turut selamat."Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran mendapati pemandu datang ke lokasi berkenaan untuk mengambil rakannya sebelum mahu bergerak menuju ke Damansara."Pemandu terbabit ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan, saringan Evidential Breath Analyzer (EBA) dan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu negatif alkohol serta dadah," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S |
|
Pesara tentera maut motosikal terlibat kemalangan dengan BMW - Mygazette - 27/05 5:41 pm # Pesara tentera maut motosikal terlibat kemalangan dengan BMW KUALA LUMPUR - Seorang pesara tentera maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mewah BMW di Jalan Kampung Pandan menghala ke Desa Pandan di sini, Ahad lalu |
|
Pemandu jengkaut parah dihempap runtuhan kuari - Mygazette - 26/05 4:50 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang semalam |
|
Excavator driver seriously injured after being buried in quarry landslide - Sinardaily - 25/05 8:06 pm ALOR SETAR - An excavator driver was seriously injured after it was buried by a quarry landslide at Simpang Bukit Tembaga near Pokok Sena today.Pokok Sena Fire and Rescue Station chief Senior Fire Officer II Bakar Saad said the department received an emergency call regarding the landslide involving soil and quarry rocks at 2.07 pm before a rescue team arrived at the location about seven minutes later."Upon arrival, it was found that a landslide involving soil and quarry rocks had crushed an excavator, causing the driver to become trapped and pinned beneath the debris |
|
Pemandu jengkaut cedera parah dihempap runtuhan kuari - Sinarharian - 25/05 5:40 pm POKOK SENA Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas kenderaan dipandunya dihempap runtuhan tanah dan batu kuari dalam kejadian di sebuah kuari di Simpang Bukit Tembaga di sini pada Isnin.Mangsa, Ahmad Zaidi Dali, 29, dilaporkan tersepit di dalam kabin jengkaut selepas berlaku runtuhan di kawasan Kuari Ismail kira-kira jam 2.07 petang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Bakar Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum sepasukan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.Menurutnya, pasukan bomba tiba kira-kira sembilan minit kemudian dan mendapati sebuah jengkaut telah dihempap runtuhan tanah serta batu kuari."Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa yang juga pemandu jengkaut terperangkap dan tersepit di dalam runtuhan tersebut."Struktur pintu serta rangka kabin jengkaut rosak selain dipenuhi tanah akibat runtuhan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menstabilkan jentera sebelum menggunakan peralatan hidraulik serta peralatan menyelamat khas bagi membuka ruang akses kepada mangsa.Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut."Operasi melibatkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Pokok Sena."Turut membantu di lokasi kejadian ialah pihak polis dan petugas KKM |
|
4 jam padam kebakaran 2 kilang, asrama pekerja di Juru - Mygazette - 25/05 3:38 pm # 4 jam padam kebakaran 2 kilang, asrama pekerja di Juru SIMPANG AMPAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengambil masa hampir empat jam bagi menamatkan operasi kebakaran membabitkan dua kilang dan sebuah asrama pekerja di Kawasan Industri Ringan Juru di sini |
|
Pemuda maut motosikal langgar lori masuk simpang di Kulai - Mygazette - 25/05 7:43 am # Pemuda maut motosikal langgar lori masuk simpang di Kulai KULAI - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 7 Jalan Kulai-Kota Tinggi, arah Kulai di sini semalam |
|
Pendaki wanita sesak nafas diselamatkan ketika mendaki Gunung Irau - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Pendaki wanita sesak nafas diselamatkan ketika mendaki Gunung Irau CAMERON HIGHLANDS Seorang wanita dewasa mengalami sesak nafas dipercayai akibat serangan asma ketika mendaki di kawasan Gunung Irau berjaya dibawa keluar dalam operasi menyelamat malam tadi |
|
Lelaki ada 20 rekod jenayah ditemui mati dalam kereta - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Lelaki ada 20 rekod jenayah ditemui mati dalam kereta KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di tepi Jalan Simpang 3 Tawar, Baling, Kedah berhampiran tanah perkuburan Cina semalam |
|
Police: Man found dead in Proton Wira in Baling had 20 criminal, drug records - Malaymail - 24/05 12:04 am KUALA LUMPUR, May 24 A man found dead inside a locked car near a Chinese cemetery in Simpang Tiga Tawar, Baling,... |
|
Lelaki ditemukan maut dalam kereta ada 20 rekod jenayah, narkotik - Sinarharian - 24/05 9:50 am BALING Seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhampiran tanah perkuburan Cina di Simpang Tiga Tawar di sini pada Jumaat didapati mempunyai 20 rekod jenayah dan narkotik.Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.35 pagi sebelum sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira berada dalam keadaan berkunci dengan seorang lelaki dipercayai telah meninggal dunia berada di dalam kenderaan terbabit."Pasukan bomba dan penyelamat kemudian hadir membantu membuka pintu kenderaan serta mengeluarkan mangsa."Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut menjalankan pemeriksaan dan tindakan forensik di lokasi kejadian," katanya pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu mempunyai sebanyak 20 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati kereta yang digunakan mangsa mempunyai rekod hilang dan dikaitkan dengan laporan polis di Pendang yang disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Polis turut merampas kenderaan tersebut bagi tujuan siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat kes," ujarnya.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Ketua Polis Balai Tawar atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. |
|
1.9 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang - Sinarharian - 22/05 9:06 am GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan memasuki dan melalui negeri ini sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha serta tempoh cuti panjang bermula hujung Mei hingga awal Jun ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, peningkatan jumlah kenderaan itu dijangka berlaku sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 27 hingga 28 Mei, diikuti cuti panjang sempena Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong bermula 31 Mei hingga 2 Jun.Menurutnya, Pulau Pinang yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara serta laluan strategik pengguna jalan raya dijangka menerima aliran trafik tinggi sepanjang tempoh berkenaan susulan peningkatan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti."Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa berada pada tahap optimum, polis melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mempergiat operasi pemantauan serta penguatkuasaan di lokasi tumpuan."Penugasan kali ini masih mengekalkan konsep Pre-Emptive Services and Total Enforcement yang menekankan tindakan awal serta langkah pencegahan secara proaktif dalam menangani kesesakan dan kemalangan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, objektif utama pelaksanaan operasi itu adalah memastikan keselamatan pengguna jalan raya selain mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan lalu lintas melalui tindakan penyuraian trafik di laluan utama di Pulau Pinang.Katanya, tumpuan penguatkuasaan turut diberikan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan (blackspot) serta lokasi kesesakan (hotspot) bagi memastikan kelancaran dan keselamatan trafik termasuk di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan."Perhatian juga diberikan kepada daerah yang menyumbang kepada jumlah kemalangan maut tertinggi dan kawasan yang sering mengalami kesesakan," katanya.Azizee menambah, antara laluan yang dikenal pasti berdepan kepadatan trafik dan kawasan berisiko kemalangan ialah Jalan Teluk Air Tawar ke Jalan Bagan Luar di Seberang Perai Utara (SPU), Jalan Perusahaan Perai ke Jalan Kulim di Seberang Perai Tengah (SPT), Jalan Besar Simpang Empat (KM12 hingga KM32) di Seberang Perai Selatan (SPS), selain Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jalan Ayer Itam di daerah Timur Laut."Selain itu, Jalan Ayer Itam ke Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr Awang di daerah Barat Daya serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB/Open Highway)."Seramai 145 pegawai dan anggota JSPT Kontinjen Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan," ujarnya.Menurut Azizee, JSPT Pulau Pinang turut bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang serta agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, pihak berkuasa tempatan dan PLUS Malaysia Berhad.Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan serta-merta akan diambil mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN166/59 terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama."Antara kesalahan yang diberi tumpuan ialah memandu melebihi had laju, menggunakan alat komunikasi semasa memandu, memandu di lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar."Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan, mematuhi peraturan serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah demi keselamatan semua pihak," katanya. |
|
Penunggang motosikal maut tersepit bawah jengkaut - Sinarharian - 21/05 12:00 am SHAH ALAM -Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah jengkaut dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Persekutuan menghala ke simpang empat kilang gula dari arah Shah Alam, tengah malam tadi.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknyamenerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam."Kemalangan melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 ditunggang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai melanggar sebuah jengkaut dari belakang."Mangsa yang tersepit di bawah jengkaut disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Beliau berkata operasi melibatkanlima anggota Balai Bomba dan PenyelamatShah Alam dengan sebuah jentera FRT Sitrak.- Bernama |
|
Lima jam bertarung kawal kebakaran kilang - Sinarharian - 20/05 11:46 am SUNGAI SIPUT - Kebakaran sebuah kilang memproses alat ganti kenderaan di sini memaksa anggota bomba bertarung hampir lima jam sebelum api berjaya dipadam pada Selasa.Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput pada jam 10.05 malam memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur bangunan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pemadaman berjaya dikawal kira-kira jam 11.10 malam sebelum api dipadam sepenuhnya pada jam 3.48 pagi."Operasi pemadaman dilakukan dengan mengaplikasikan konsep RECEO serta menggunakan beberapa aliran hos bagi mengawal kebakaran."Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan 26 keanggotaan dari BBP Meru Raya, Simpang Pulai dan Tambun bersama beberapa jentera termasuk FRT, LFRT, EMRS, water tanker dan aerial ladder platform (ALP) digerakkan ke lokasi kejadian.Katanya, operasi turut mendapat bantuan 36 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pekan Baru, Kampar, Chemor dan Simpang Jalong."Sumber air diperoleh daripada tangki jentera, pili bomba berhampiran serta bantuan lori tangki air sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya," katanya.Sabarodzi berkata, pemantauan berkala terus dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada sisa kebakaran yang boleh mencetuskan api semula. |
|
From remote outpost to rising economic jewel of Sabah, Banggi Island charts new future - Sinardaily - 16/05 7:00 pm KUDAT - For decades, life on Banggi Island moved at the rhythm of the sea.Fishermen set out before dawn, children travelled by boat to school, and many villagers relied on patchy infrastructure while living amid one of Sabahs most stunning island landscapes.Today, the remote island in northern Sabah is beginning to write a different story, turning itself into a new economic jewel, one that is shaped by development, tourism and the promise of a blue economy.That transformation gained fresh momentum after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced, on May 9, a special allocation of more than RM31 million to accelerate development on the island and ensure it is not left behind in the nations progress.The allocation, channelled through the Federal Government and the Implementation Coordination Unit (ICU) under the Prime Ministers Department, covers road and bridge construction, jetty facilities, as well as healthcare, education and security sectors.For Banggi assemblyman, Datuk Mohammad Mohamarin, the investment reflects long-overdue recognition of the islands untapped potential."Banggi has attractions found nowhere else |
|
Kakitangan hospital maut rempuh lori belok masuk simpang - Mygazette - 16/05 3:25 pm # Kakitangan hospital maut rempuh lori belok masuk simpang MUAR - Seorang kakitangan bahagian fisioterapi Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Temiang di sini semalam |
|
Buruh Bangladesh parah ditetak lelaki menyamar pegawai imigresen - Sinarharian - 16/05 11:39 am MARANG - Seorang buruh warga Bangladesh cedera parah di kepala dan jari selepas ditetak lelaki tempatan yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kejadian di Kampung Surau Haji Yaakob, Bukit Payung di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Bilal Mazi, 30, terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan selepas bergelut dengan kumpulan suspek terbabit.Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kejadian pergaduhan melibatkan senjata tajam di sebuah tapak pembinaan rumah banglo di kampung berkenaan.Menurutnya, mangsa bersama beberapa rakannya sedang berada di rumah kongsi di sebuah tapak pembinaan rumah banglo sebelum didatangi dua lelaki tempatan."Suspek memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen lalu meminta mangsa serta rakannya menyerahkan pasport dan telefon bimbit untuk pemeriksaan |
|
Kereta polis bawa suspek terlibat nahas 6 kenderaan - Sinarharian - 15/05 11:14 pm REMBAU - Sebuah kereta jenis Honda City yang dinaiki tiga anggota polis bersama seorang suspek kes narkotik terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 231.2 Lebuhraya Utara - Selatan(Plus) arah Selatan di sini, pada Jumaat.Kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu berlaku ketika kenderaan milik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seberang Perai terbabit dalam perjalanan menghantar suspek ke Penjara Simpang Renggam, Johor.Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kemalangan membabitkan enam kenderaan jenis Honda City, Toyata Hilux, Toyota Vios, Honda CR-V, Honda Jazz Dan Proton Persona."Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang berada di lorong paling kanan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan sebelum melintang di lorong kanan lebuh raya."Pada masa yang sama, Toyota Vios yang datang dari arah belakang cuba membrek bagi mengelak pelanggaran, namun telah dilanggar pula dari belakang oleh Honda City yang dinaiki tiga anggota polis dari IPD Sebarang Perai Utara bersama seorang suspek lelaki berusia 33,"katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Menurutnya, tiga kenderaan iaitu Honda CRV, Honda Jazz dan Proton Persona yang turut datang dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar pula kenderaan di hadapan.Bagaimanapun katanya, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan serius dan hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan yang terlibat. |
|
Call for flyover at Simpang Saratok along Pan Borneo Highway - BorneoPost - 15/05 9:08 pm KUCHING (May 15): A proposal for the construction of a flyover at Simpang Saratok along the Pan Borneo Highway has once again been raised during the fourth day of the fifth term of the 19th Sarawak Legislative Assembly (DUN) sitting |
|
Pelajar perempuan berjaya selamatkan diri daripada diculik - Mygazette - 15/05 7:48 am # Pelajar perempuan berjaya selamatkan diri daripada diculik ALOR SETAR - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan culik di Pekan Simpang Kuala di sini, semalam |
|
Tiga ditahan kumpul minyak sawit mentah tanpa permit, rampasan RM633,050 .. - Mygazette - 15/05 7:48 am # Tiga ditahan kumpul minyak sawit mentah tanpa permit, rampasan RM633,050 PASIR GUDANG -Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan tiga lelaki dan merampas minyak sawit mentah dalam serbuan di kawasan Jalan Nibong, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini semalam |
|
Lelaki maut, isterinya cedera nahas MPV - Mygazette - 15/05 7:48 am KULAI - Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki kemalangan dengan sebuah treler muatan kelapa sawit di Jalan Kulai-Kota Tingginberhampiran simpang Felda Taib Andak di sini hari ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |