| /// |
|
| Search : Simpan Sspn News | Page 1 |
|
Lelaki didakwa simpan kabel curi milik TM, halang tugas polis - FMT - 3/11 5:40 pm Helmi Baharum didakwa atas 2 tuduhan, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas. |
|
Negara Luar Saran Rakyat Simpan Bekalan Makanan, PM Anwar Kata "Jangan Pandang Ringan" - Siakapkeli - 3/11 2:20 pm Negara Luar Saran Rakyat Simpan Bekalan Makanan, PM Anwar Kata "Jangan Pandang Ringan" Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tid... |
|
Mekanik didakwa halang polis, simpan kabel curi - Sinarharian - 3/11 1:48 pm IPOH - Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan menghalang penjawat awam dan menyimpan kabel curi milik Telekom Malaysia (TM).Helmi Baharum, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Nur Laila Mohamed Nazil.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menghalang seorang anggota polis, Sarjan Faiz Yaakop daripada menjalankan tugas sebagai penjawat awam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Raja Perempuan Mazwin dalam daerah Kinta, kira-kira jam 6 pagi pada 30 Oktober lalu.Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Dalam pertuduhan kedua, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa secara curang menyimpan harta curi iaitu satu gulung kabel milik TM yang dipercayai diperoleh daripada kegiatan jenayah di Jalan Pulai Hartamas, Simpang Pulai dalam daerah Kinta pada waktu dan tarikh yang sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbhajan Singh dan Canice Chan Hong Yan.Dalam rayuannya, tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM1,600 sebulan selain perlu menanggung ibunya yang berusia 66 tahun dan menghidap penyakit kencing manis.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin.Tarikh 16 Disember depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. |
|
Malaysia tak perlu simpan bekalan kecemasan, stok makanan cukup ??? Zahid - Mygazette - 3/11 7:41 am # Malaysia tak perlu simpan bekalan kecemasan, stok makanan cukup Zahid KUALA LUMPUR - Malaysia tidak melihat keperluan untuk mengeluarkan arahan kepada rakyat supaya menyimpan bekalan makanan, air minuman dan barangan keperluan asas bagi menghadapi kemungkinan kecemasan seperti disarankan beberapa negara lain |
|
BMS 2026 semarak budaya menabung demi jaminan masa depan pendidikan tinggi - Sinarharian - 2/11 10:08 am PUTRAJAYA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuhkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat menerusi penganjuran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026 yang memasuki tahun ke-9 sejak ia diperkenalkan pada 2018.Bertemakan Under The Sea dan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda!, program yang berlangsung dari 25 September hingga 1 November di seluruh negara itu menjadi medium penting bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan pendidikan sejak awal, khususnya demi memastikan masa depan pendidikan tinggi anak-anak lebih terjamin.Pengisian kali ini turut memfokuskan usaha PTPTN mentransformasikan minda masyarakat daripada meminjam kepada menyimpan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pinjaman, sekali gus mengelakkan anak-anak dibelenggu hutang sebaik tamat pengajian.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, penganjuran BMS 2026 menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk ibu bapa dan anak-anak.Jelas beliau, BMS 2026 yang dianjurkan sempena Hari Tabungan Sedunia setiap 31 Oktober bukan sahaja membolehkan PTPTN memberi pendedahan mengenai kepentingan amalan menabung, tetapi juga berkesempatan memperkenalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan produk Simpan SSPN kepada masyarakat.Manfaat Simpan SSPN seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 secara percuma bagi satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan yang dijamin kerajaan.Bukan itu sahaja, menurut Norliza, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima sebanyak RM26.07 bilion melibatkan 7.74 juta akaun setakat 30 September lepas.Katanya, prestasi itu membuktikan Simpan SSPN kekal kukuh dan relevan sebagai salah satu simpanan pendidikan terbaik di Malaysia."Kutipan deposit Simpan SSPN yang diterima sepanjang BMS 2026 pula berjumlah RM267.7 juta, pencapaian sebanyak 107.10 peratus berbanding sasaran kutipan RM250 juta."PTPTN optimis yang jumlah kutipan deposit sempena BMS 2026 akan terus meningkat dan mencatatkan prestasi lebih membanggakan."Di sebalik pencapaian tersebut, semakin ramai ibu bapa mengambil langkah awal untuk menyediakan simpanan pendidikan anak-anak," katanya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutup BMS 2026 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia bertempat di Pusat Beli-Belah Alamanda di sini pada Sabtu.Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Azhar Ahmad serta Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar.Orang ramai yang berkunjung ke kaunter PTPTN turut berpeluang untuk mendapatkan tabung edisi khas BMS 2026 dan cenderahati eksklusif melalui penabungan dalam Simpan SSPN.Ketika Majlis Penutup BMS 2026 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia dengan tema AI advices, Human decides, PTPTN turut mengadakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik serta hadiah pemenang Pertandingan Koir Simpan SSPN.Pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh PTPTN itu menyuntik kelainan dan memberikan nafas baharu dalam BMS 2026.Johan bagi Pertandingan Koir Simpan SSPN dimenangi oleh SMK Putrajaya Presint 8 (1) sekali gus membawa pulang wang RM4,500 dalam bentuk Simpan SSPN.Naib Johan jatuh kepada SMK Putrajaya Presint 11 (1) manakala tempat ketiga SMK Putrajaya Presint 11 (2).SMK Putrajaya Presint 9 (2) dan SMK Putrajaya Presint 18 (1), masing-masing dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat serta kelima.Acara pada sebelah petang dimeriahkan lagi dengan sesi temu mesra watak animasi ikonik, Didi & Friends serta maskot rasmi P&T Simpan SSPN."Saya buka akaun Simpan SSPN untuk dua orang anak saya sejak lima tahun lepas, setiap kali dapat angpau memang semuanya masuk ke dalam akaun simpanan kerana ia boleh jadi tabung untuk mereka sambung pengajian nanti |
|
Advertorial Jom, Singgah Dan Menang Bersama Caltex! Read More - Mekanika - 1/11 3:08 pm **Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, singgah di stesen minyak adalah sebahagian daripada rutin harian |
|
BMS 2026 tekan peranan AI namun kesedaran menabung perlu disiplin individu - Mygazette - 1/11 8:10 am # BMS 2026 tekan peranan AI namun kesedaran menabung perlu disiplin individu KUALA LUMPUR - Sambutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026 menekankan peranan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu perancangan kewangan namun keputusan untuk menabung tetap bergantung pada kesedaran, disiplin dan komitmen individu |
|
PTPTN semai budaya menabung sejak lahir - Sinarharian - 29/10 10:04 am GEORGETOWN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha membudayakan tabungan pendidikan sejak awal kelahiran menerusi Program Junior SuperheroSimpan SSPN Tahun 2026.Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diperkenalkan pada 2023 diteruskan sempena Hari Tabungan Sedunia bagi menggalakkan ibu bapa merancang masa depan pendidikan anak-anak lebih awal.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, sejak diperkenalkan, ProgramJunior SuperheroSimpan SSPN dilaksanakan di beberapa hospital termasuk Hospital Pulau Pinang (HPP)."Pada hari ini, PTPTN menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000kepada 50 bayiyang dilahirkan pada Oktober 2026 di Hospital Pulau Pinang (HPP) |
|
Negara Lain Dah Mula Simpan Bekalan Kecemasan, Rakyat Malaysia Pun Perlu Ke? - Siakapkeli - 28/10 11:44 am Artikel ini menjelaskan kepentingan menyimpan bekalan kecemasan di rumah, termasuk makanan tahan lama, air minuman, ubat-ubatan dan lampu su... |
|
PTPTN Santuni Bayi Baru Lahir, Semai Budaya Menabung Demi Masa Depan Pendidikan - Siakapkeli - 27/10 5:34 pm PTPTN meneruskan Program Junior Superhero Simpan SSPN 2026 di Hospital Pulau Pinang dengan sumbangan RM10,000 kepada 50 bayi baharu bagi menggalakkan tabungan pendidikan sejak awal kelahiran. |
|
Mekanisme tangguh bayaran balik peminjam PTPTN berpendapatan bawah RM2,500 sedang diperinci - Sinarharian - 27/10 4:48 pm GEORGETOWN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan bawah RM2,500 seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2027.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat."Saya ingin menyentuh sedikit dalam belanjawan yang baru dibentangkan dalam bulan Oktober di mana kita pada tahun 2027, pendapatan bawah RM2,500, pembayaran ansuran ditangguhkan sehingga mereka berpendapatan RM2,500 ke RM3,000, RM50 sahaja, atas RM3,000 kena bayar seperti biasa, sekiranya mereka mempunyai pendapatan, dah mampu bayarlah sebab ia sebenarnya hanya penangguhan."Bagaimanapun, secara detailnya kita masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan yang akan kita umumkan kaedahnya secara lebih komprehensif dalam masa terdekat," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2026 di Hospital Pulau Pinang di sini pada Selasa.Sebelum ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu mengumumkan beberapa kelonggaran dan insentif utama bagi membantu peminjam PTPTN menguruskan kos sara hidup.Insentif diumumkan termasuk penangguhan bayaran balik bagi pendapatan bawah RM2,500 sebulan melibatkan lebih 400,000 peminjam dan bayaran balik minimum RM50 bagi pendapatan RM2,501 hingga RM3,000 sebulan.Menurut Norliza, PTPTN juga menggalakkan peminjam berkemampuan, membayar secara konsisten yang melayakkan menerima kelebihan 10 peratus diskaun seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.Dalam masa sama, katanya, peminjam yang mempunyai tunggakan, diminta tampil dan membuat penstrukturan semula bagi mengelakkan termasuk dalam golongan disenaraihitam oleh PTPTN. |
|
Arab Saudi Rancang Simpan Minyak Mentah Di Singapura, Perkukuh Rantaian Bekalan Tenaga - Siakapkeli - 26/10 10:46 pm Arab Saudi dan Singapura merancang kemudahan penyimpanan minyak mentah di Jurong Rock Caverns, dengan operasi dijangka bermula separuh kedua 2027 bagi memperkukuh sekuriti tenaga. |
|
'Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah' - Mkini - 26/10 6:45 pm Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata perubahan dasar pengecualian duti dan cukai bagi kenderaan bukan sahaja dibuat bagi menangani ketirisan, tetapi turut mengambil kira model perniagaan b |
|
Sultan Sharafuddin: Suku abad, sebuah amanah - Sinarharian - 25/10 8:30 am KETIKA Selangor mengalami perubahan landskap politik, ekonomi dan demografi, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj terus menjadi lambang kesinambungan pemerintahan beraja yang berwibawa.Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke-9 pada 22 November 2001, baginda menyaksikan negeri itu berubah menjadi pusat ekonomi terbesar negara dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM460.1 bilion pada 2025.Perjalanan hampir suku abad itu turut merentasi pertukaran kerajaan negeri pada 2008, kemelut pelantikan Menteri Besar pada 2014, pandemik dan banjir besar, sekali gus menguji peranan institusi diraja.Di sebalik kemajuan itu, jumlah penduduk negeri juga meningkat daripada sekitar empat juta kepada lebih 7.4 juta orang |
|
Zakat MAINPP salur bantuan kepada 83 warga TUDM - Sinarharian - 23/10 4:44 pm BUTTERWORTH Seramai 83 penerima terdiri daripada 11 balu anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 72 pesakit kronik menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Jelajah Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth di sini pada Jumaat.Selain itu, seramai 30 anak anggota TUDM turut menerima sumbangan membabitkan 24 anak berkeperluan khas, lima pelajar cemerlang dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang merupakan hafiz serta pernah mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka terus diberikan perhatian.Menurutnya, pengorbanan warga TUDM bukan sahaja melibatkan tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara malah turut menuntut sokongan serta pengorbanan keluarga yang sentiasa berada di belakang mereka."Di sebalik uniform dan tanggungjawab yang dipikul, mereka juga merupakan suami, isteri, ibu dan bapa yang mempunyai keluarga serta tanggungjawab masing-masing."Justeru, kebajikan anggota serta keluarga mereka perlu diberikan perhatian sewajarnya," katanya ketika berucap pada program berkenaan di sini pada Jumaat.Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP menambah, selain bantuan bakul makanan dan sumbangan kepada anak anggota TUDM, Zakat MAINPP turut menyalurkan RM2,000 kepada surau pangkalan berkenaan bagi menyokong aktiviti pengimarahan.Dalam pada itu katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyumbang RM3,000 menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bentuk Simpan SSPN Prime kepada 30 anak anggota TUDM."Zakat MAINPP juga menambah RM100 bagi setiap penerima menjadikan keseluruhan sumbangan simpanan pendidikan itu berjumlah RM6,000, bersamaan RM200 bagi setiap anak."Usaha berkenaan selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) khususnya dalam memperkukuh sosioekonomi dan kesejahteraan umat Islam melalui pendekatan transformasi asnaf," ujarnya.Menurutnya, bantuan zakat bukan sekadar bertujuan memenuhi keperluan semasa sebaliknya perlu menjadi pemangkin kepada penerima untuk meningkatkan taraf kehidupan, berdikari dan akhirnya berupaya menjadi pembayar zakat."Kejayaan zakat tidak seharusnya diukur melalui jumlah kutipan dan agihan semata-mata."Yang lebih penting ialah sejauh mana bantuan tersebut dapat mengubah kehidupan penerima, mengurangkan kesusahan serta membantu mereka membina masa depan yang lebih baik," katanya.Tambah beliau, Zakat MAINPP merekodkan kutipan sebanyak RM202.48 juta pada 2025 manakala jumlah agihan pula mencecah RM200.11 juta yang memberi manfaat kepada 45,831 penerima asnaf.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menunaikan kewajipan berzakat melalui potongan gaji yang diuruskan oleh Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT).Katanya, kutipan zakat daripada anggota ATM menerusi kaedah berkenaan berjumlah RM601,336.75 pada 2025."Saya berharap lebih ramai warga TUDM yang memenuhi syarat dapat menunaikan zakat melalui saluran disediakan bagi memperluas manfaatnya kepada golongan yang memerlukan."Kerjasama antara MAINPP, Zakat MAINPP dan TUDM diharap dapat diteruskan menerusi lebih banyak program kebajikan, pendidikan dan pembangunan kerohanian pada masa hadapan," katanya. |
|
Stor kuil tak berdaftar di Klang Selatan tempat simpan dadah diserbu - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Stor kuil tak berdaftar di Klang Selatan tempat simpan dadah diserbu SHAH ALAM - Stor sebuah kuil tidak berdaftar di Klang Selatan dijadikan tempat menyimpan dadah yang aktif sejak awal tahun diserbu polis dalam operasi baru-baru ini |
|
Kuil jadi stor simpan heroin 20.6kg - FMT - 23/10 12:02 am Polis sedang kenal pasti sama ada wujud unsur gangsterisme ketika serbuan dilakukan di Klang. |
|
Sindiket edar dadah jadikan kuil tidak berdaftar stor simpan heroin - Sinarharian - 23/10 11:24 am SHAH ALAM Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah kuil tidak berdaftar di Klang sebagai lokasi penyimpanan bahan terlarang terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kumpulan tersebut dan bekerja secara sambilan di rumah ibadat berkenaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kuil itu merupakan antara empat lokasi yang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menerusi lima serbuan berasingan di sekitar negeri ini antara 13 hingga 19 Oktober lalu.Menurutnya, operasi tersebut menyasarkan empat sindiket dadah berbeza dan membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM16.2 juta."Pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ekstasi, ketamin dan heroin dirampas menerusi lima serbuan itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM16.2 juta."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan |
|
Wan Ahmad Fayhsal gesa jangan gelojoh tuntut dana Petronas - Sinarharian - 22/10 5:38 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa semua pihak supaya tidak terlalu ghairah menuntut dana atau hasil daripada Petronas ketika syarikat itu berdepan ketidaktentuan berhubung sektor minyak dan gas Sarawak serta risiko gangguan bekalan tenaga di Selat Hormuz.Beliau berkata, tuntutan terhadap Petronas perlu dibuat secara berhemat kerana syarikat minyak dan gas nasional itu masih diperlukan untuk membiayai pelaburan besar, menjamin bekalan bahan api dan melindungi keselamatan tenaga negara."Ditambah pula dengan kemelut perjanjian gas dengan Sarawak, yang mana kita belum tahu kesudahannya bagaimana," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.Petronas dan kerajaan Sarawak telah memfailkan petisyen berasingan di Mahkamah Persekutuan berhubung keabsahan serta pemakaian undang-undang negeri dan Persekutuan berkaitan minyak dan gas.Isu itu mempunyai kesan besar terhadap masa depan Petronas kerana perairan berdekatan Borneo memiliki lebih 60 peratus rizab gas Malaysia.Petronas berkata, ia memerlukan penjelasan undang-undang mengenai kerangka kawal selia bagi operasinya di Sarawak, manakala kerajaan negeri mencabar pemakaian beberapa undang-undang petroleum Persekutuan.Wan Ahmad Fayhsal berkata, dalam keadaan isu tersebut belum mempunyai penyelesaian muktamad, semua pihak harus mengelakkan tindakan yang boleh melemahkan kedudukan kewangan Petronas."Saya ingin sentuh benar-benar soal keselamatan tenaga, kedaulatan tenaga kita |
|
Taktik licik guna invois tempatan, gudang simpan barang elektrik haram diserbu - Sinarharian - 22/10 3:33 pm KUALA LUMPUR - Menyeludup barangan elektrik import tanpa kelulusan sebelum menjualnya kepada pengedar menggunakan invois pembelian tempatan antara taktik dibongkarkan menerusi serbuan di sebuah gudang persendirian di Bukit Belimbing, Seri Kembangan baru-baru ini.Serbuan dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur (WPKL) itu merampas 9,286 unit barangan elektrik pelbagai jenis dan fungsi yang dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan (CoA) daripada Suruhanjaya Tenaga serta kelulusan SIRIM Berhad (SIRIM).Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk duti import dan cukai dianggarkan berjumlah RM1.33 juta.Menurutnya, nilai barangan yang disita dianggarkan RM1.01 juta, manakala duti import dan cukai yang terlibat berjumlah RM323,904."Pemeriksaan mendapati barangan elektrik berkenaan dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM."Dokumen kelulusan yang sah bagi barangan terbabit juga gagal dikemukakan ketika serbuan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, serbuan itu dilaksanakan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM WPKL berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM."Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 60-an yang merupakan pengurus gudang berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan."JKDM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik barangan elektrik berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967."Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di talian 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya. |
|
Akmal kalah saman fitnah, Umno pula ditarbiyah netizen - Wrlr - 20/10 7:39 pm BORHAN AHMAD October 20, 2026 Belum pun reda kekalahan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh dalam saman fitnah terhadap Teresa Kok, Umno kini menerima pula kuliah percuma daripada netizen selepas cuba membangkitkan sentimen agama bagi mempertahankan pemimpinnya itu |
|
Empat Bulan Simpan Rahsia, Zhidin Akui Sudah Lama Tahu Tentang Majlis BASS - Beautifulnara - 19/10 11:10 am Pengacara dan pempengaruh, Zhiddin Aziz mendedahkan dia sebenarnya sudah mengetahui mengenai perancangan majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq sejak beberapa bulan lalu |
|
Perak tutup semua laluan pendakian, aktiviti rekreasi dalam hutan simpan .. - Mygazette - 19/10 7:55 am # Perak tutup semua laluan pendakian, aktiviti rekreasi dalam hutan simpan hingga 17 Januari KUALA LUMPUR - Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Perak ditutup kepada orang awam mulai 2 November ini hingga 17 Januari 2027 berikutan musim tengkujuh |
|
PRN Melaka: Undi18, pendaftaran pemilih secara automatik cabaran kepada BN - Sinarharian - 18/10 6:33 pm ALOR GAJAH - Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjadi antara cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung bulan depan.Justeru, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jentera BN perlu memperkukuh strategi bagi mendekati pengundi baharu ini, dan tidak bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata bagi memastikan sokongan terhadap parti itu terus dipertahankan."Kalau dulu, kita boleh daftar pemilih, ambil nama-nama pemilih dan simpan dalam bakul kita |
|
Shuib mohon maaf kepada Jep Sepahtu, akui khilaf sendiri - Sinarharian - 15/10 2:18 pm SHAH ALAM Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu, susulan kontroversi yang tercetus selepas kemunculannya dalam satu audio siar di Tiktok.Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, berkata, beliau sudah menghubungi Jep kurang daripada 24 jam selepas podcast berkenaan diterbitkan untuk memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya.Sejak kenyataan Jep pada 8 Oktober lalu, Shuib akui amat sukar buat dirinya apabila berdepan kecaman orang ramai yang turut melibatkan keluarga dan perniagaan."Dari hari pertama sejak kenyataan Jep dikeluarkan, saya diperli, dimaki, dihina dan dikecam."Ianya bukan sahaja berlaku kepada saya, tetapi melibatkan isteri saya Watie, anak-anak, keluarga dan juga perniagaan saya," katanya menerusi perkongsian di media sosial pada Khamis.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Jep meluahkan rasa kecewa menerusi satu hantaran di Facebook pada 8 Oktober lalu apabila mendakwa isu persahabatannya dengan Shuib terus dibangkitkan secara terbuka untuk tujuan pemasaran dan publisiti.Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, beliau sudah memohon maaf kepada Shuib walaupun mendakwa pelbagai perkara dilakukan terhadapnya sebelum ini.Mengenang persahabatan mereka yang terjalin hampir 20 tahun, Shuib berkata, segala kenangan, kesusahan serta kejayaan yang dilalui bersama Jep akan terus disimpan sebagai antara kenangan terindah dalam hidupnya."Jep, kalau kau tengok video ini, aku mohon maaf |
|
Manolan nafi dakwaan ada ratusan ekar tanah di kawasan Tasek Bera - Mygazette - 15/10 7:29 am # Manolan nafi dakwaan ada ratusan ekar tanah di kawasan Tasek Bera KUANTAN - Ketua PKR Bahagian Bera, Senator Manolan Mohamad menafikan dakwaan kononnya beliau pemilik ratusan ekar tanah di kawasan Tasek Bera seperti tular di media sosial |
|
14 tahun tunggu jawapan, surat permohonan tanah ke mana? – .. - Mygazette - 15/10 7:29 am # 14 tahun tunggu jawapan, surat permohonan tanah ke mana? - Peneroka FELDA BENTONG - Sudah 14 tahun memohon tanah, namun jawapan yang dinanti tidak kunjung tiba, malah kira-kira 300 pengusaha kelapa sawit di FELDA Chemomoi mendakwa terus dibiarkan dalam tanda tanya tanpa sebarang makluman rasmi mengenai nasib permohonan mereka |
|
14 tahun bertungkus-lumus usahakan sawit, orang lain dapat hak .. - Mygazette - 15/10 7:29 am # 14 tahun bertungkus-lumus usahakan sawit, orang lain dapat hak `tapping' BENTONG - Selama 14 tahun membanting tulang, menghabiskan wang dan tenaga membuka tanah serta mengusahakan kelapa sawit, namun kira-kira 300 pengusaha di FELDA Chemomoi kini berdepan kebimbangan kehilangan sumber rezeki apabila sebuah syarikat swasta didakwa diberikan hak memungut hasil tanaman atau _tapping right._ Bagaikan jatuh ditimpa tangga, permohonan tanah yang dikemukakan sejak 2012 masih belum mendapat keputusan rasmi, sedangkan mereka mendakwa sudah dimaklumkan pihak lain memperoleh hak memungut hasil di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2 itu |
|
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi - Mypress - 14/10 8:51 pm BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah… |
|
Bukan Istanbul Sahaja! Erzincan Di Trkiye Simpan Keindahan Alam Yang Ramai Pelancong Belum Terokai - Murai - 13/10 3:47 pm Pernah terfikir untuk bercuti tanpa jadual padat, kesesakan kota atau keinginan memeriksa telefon setiap lima minit? Kalau anda sedang mencari percutian yang membolehkan minda berehat sambil menikmati keindahan alam, Erzincan di Trkiye mungkin destinasi yang patut masuk dalam senarai |
|
Baru 200 Meter Dari Rumah, Remaja 15 Tahun Digigit Anjing Liar Ketika Keluar Beli Ubat - Siraplimau - 13/10 3:44 pm Seorang ibu berdepan detik mencemaskan apabila anak lelakinya yang keluar membeli ubat untuk adik yang sedang demam tidak pulang seperti biasa |
|
Kenapa jarang sangat kita dengar Marzuk mengkritik kerosakan Tabung Haji .. - Wrlr - 13/10 2:32 pm Sibuk betul Marzuk mengkritik Pelan Pemulihan Tabung Haji (TH) |
|
4 Tahun Simpan Cili Kisar Terakhir Arwah Mak, Akhirnya Makan Sambil Menangis Kenang Memori Bersama… - Siraplimau - 13/10 2:25 pm Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui |
|
"Kalau Simpan Banyak-Banyak Boleh 'Claim' Apa-Apa Tak?" Netizen Tunjuk Hasil Kreatif Guna Tag Plastik Roti - Siakapkeli - 13/10 9:59 am "Kalau Simpan Banyak-Banyak Boleh 'Claim' Apa-Apa Tak?" Netizen Tunjuk Hasil Kreatif Guna Tag Plastik Roti - Setiap orang ada hobi mengumpul |
|
Baik pulih saliran, tali air tangani banjir di Senggarang -Yusla - Mygazette - 11/10 10:28 pm # Baik pulih saliran, tali air tangani banjir di Senggarang -Yusla BATU PAHAT - Persiapan berdepan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula hujung bulan ini sudah pun dilakukan di Senggarang dekat sini terutama di kawasan berisiko banjir |
|
Dulang boy Syed Saddiq dedah kisah di sebalik bawa hantaran kerusi urut - Sinarharian - 11/10 8:15 pm ANTARA momen yang mencuri perhatian sewaktu majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu adalah ketika barisan dulang boy membawa masuk sebuah kerusi urut dan basikal road bike sebenar sebagai hantaran.Bukan menggunakan replika, gambar atau mock up, barangan tersebut dibawa sendiri ke ruang majlis sehingga mengundang perhatian serta mencuit hati orang ramai yang menyaksikan siaran langsung.Tampil berkongsi kisah di sebalik momen tersebut, Shairy Hanapiah yang ditugaskan membawa kerusi urut mendedahkan dia sebenarnya langsung tidak berada dalam senarai asal dulang boy.Menerusi Threads, Shairy berkata, dia hanya menerima panggilan pada jam 11.25 malam sebelum majlis daripada Amira Aisya yang meminta pertolongannya."Shairy esok boleh tolong team dulang boys tak? Perlukan tambahan untuk tolak kerusi urut |
|
BKN 2026 perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko bencana - Sinarharian - 11/10 9:31 am Penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 pada 10 dan 11 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak menjadi platform penting bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan persediaan menghadapi risiko bencana mahupun kecemasan.Membawa tema Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama, program yang dijadual berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu menghimpunkan tulang belakang daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawah satu operasi bersepadu khas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Operasi) Nadma, Datuk Zainal Azman Abu Seman berkata, BKN 2026 bukan hanya memfokuskan tindakan ketika bencana berlaku, tetapi juga menekankan kepentingan persediaan awal, pengetahuan asas serta keupayaan masyarakat untuk bertindak pantas dan efisien apabila berdepan situasi kecemasan.Pada hemat beliau, pendekatan tersebut penting memandangkan Malaysia sering kali berdepan ancaman bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran serta kejadian luar jangka."Nadma kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya yang mana peranan agensi khas ini mengkoordinasi dan mengoperasikan pengurusan bencana di peringkat pusat, negeri serta daerah |
|
Empat lagi lelaki ditahan kes provokasi di Tasek Bera - Sinarharian - 10/10 1:44 pm BERA - Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden provokasi, menghalang tugas penguatkuasaan, ugutan jenayah dan khianat di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera pada Selasa.Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee bin Nazir berkata, tangkapan terbaharu itu membabitkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Menurutnya, dua lagi lelaki masing-masing berusia 54 dan 57 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap pekerja sebuah syarikat di Kampung Kuala Serting."Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan."Seorang lagi lelaki berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana disyaki sengaja menyebabkan kecederaan serta melakukan khianat terhadap kenderaan milik syarikat sama," katanya pada Sabtu.Beliau berkata, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Sabtu bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu melengkapkan siasatan.Tambahnya, polis masih mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes berkenaan."Masyarakat turut diminta memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh," katanya. |
|
Orang Asli Semelai mahu rundingan bersama Wan Rosdy, tolak tawaran 70:30 - Mygazette - 9/10 7:25 am # Orang Asli Semelai mahu rundingan bersama Wan Rosdy, tolak tawaran 70:30 BERA - Masyarakat Orang Asli Semelai mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail campur tangan dan mengadakan rundingan terlebih dahulu bagi menyelesaikan kemelut tanah di Tasek Bera, susulan operasi penguatkuasaan yang menurut mereka terus menjejaskan kebun serta sumber pendapatan penduduk |
|
Polis nafi anggotanya ditikam Orang Asli di Tasek Bera - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Polis nafi anggotanya ditikam Orang Asli di Tasek Bera BERA - Polis menafikan anggotanya cedera ditikam oleh Orang Asli ketika menjalankan tugas pemantauan keselamatan di sekitar Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera di sini baru-baru ini |
|
Polis nafi dakwaan anggota cedera ditikam Orang Asli di Bera - Astroawani - 8/10 1:00 pm Polis menafikan dakwaan seorang anggotanya cedera ditikam oleh Orang Asli ketika melaksanakan rondaan dan pemantauan keselamatan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar Tasik Bera. |
|
Polis nafi dakwaan anggota ditikam Orang Asli ketika jalankan rondaan - Sinarharian - 8/10 9:56 am BERA Polis menafikan dakwaan seorang anggota polis cedera ditikam Orang Asli ketika menjalankan tugas rondaan dan pemantauan keselamatan di sekitar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dakwaan berkenaan tersebar menerusi platform TikTok pada Selasa adalah tidak benar serta tidak bertanggungjawab."Penyebaran kandungan sebegini bukan sahaja berpotensi mendatangkan kegusaran awam, bahkan boleh mencetuskan insiden keselamatan yang lebih besar serta menjadi tidak terkawal."Beberapa laporan polis telah diterima berkait isu tular berkenaan termasuk daripada daerah luar," katanya pada Khamis.Terdahulu, tular satu rakaman video di platform TikTok yang mendakwa segelintir Orang Asli di kawasan Bera membuat kekacauan dan menyerang anggota polis sehingga berlaku pertumpahan darah selepas seorang anggota dicucuk menggunakan senjata tajam.Zulkiflee memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jelasnya, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Kita nasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan yang tidak benar atau belum disahkan, khususnya kandungan yang berpotensi mencetuskan salah faham, kebencian serta persepsi negatif terhadap mana-mana individu atau komuniti," jelasnya. |
|
'Kantoi' dalam 'live' TikTok, rumah simpan stok air ketum diserbu polis - Sinarharian - 7/10 6:05 pm SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Langkas Tambahan, Puchong di sini diserbu sebelum menemui puluhan botol disyaki berisi air ketum pada Selasa.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 8.45 malam yang memaklumkan menjumpai beberapa botol disyaki berisi air ketum ketika sedang membuat siaran langsung di TikTok.Menurutnya, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 9 malam, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya bersama Balai Bukit Puchong telah memeriksa rumah terbabit."Semasa polis tiba, tiada orang dalam rumah tersebut."Pemeriksaan menemui satu bekas yang di dalamnya mengandungi 21 botol plastik berisi disyaki cecair ketum dengan anggaran 10,500 mililiter," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes masih dalam siasatan.Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras aktiviti pengedaran bahan terlarang."Orang ramai diminta terus salurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.Sebelum itu beberapa rakaman video daripada kumpulan aktivis berkaitan isu warga asing di sekitar lokasi tersebut tular di media sosial. |
|
BMS 2026 Bawa Tema Under The Sea, Ajak Ibu Bapa Jadi Superhero Anak - Siraplimau - 6/10 6:36 pm Membina masa depan anak bukan sekadar memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, malah memerlukan perancangan kewangan yang dibuat sejak awal. Menyedari kepentingan tersebut, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan usaha memperkasa budaya menabung menerusi Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026, yang berlangsung dari 25 September 2026 hingga 1 November 2026 |
|
Kakak tiri Zara Qairina dedah tangkap layar pertikaian dengan ibu tiri - Sinarharian - 6/10 1:37 pm KOTA KINABALU - Saksi ke-81 prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan terdapat lima salinan tangkap layar perbualan menerusi mesej Facebook antara dirinya dan ibu tirinya, Noraidah Lamat.Malianah Mahathir, 25, berkata, tangkap layar berkenaan dihantar oleh bapanya, Mahathir Mohd Hashim, selepas berlaku pertengkaran antara dia dan Noraidah menerusi Facebook ketika dia berusia 13 tahun.Menurutnya, tangkap layar itu disimpan sehingga kini, manakala akaun Facebook miliknya dan akaun yang digunakan atas nama Zara sebelum ini diwujudkan serta diuruskan oleh bapanya."Bapa yang hantar screenshot kepada saya dan saya simpan sampai sekarang."Bapa hantar screenshot itu sebab dia tanya kenapa saya bergaduh dengan Mama Zara," katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner, di sini pada Selasa.Malianah berkata, perbualan dalam tangkap layar berkenaan berlaku secara bersambung pada beberapa tarikh berbeza, termasuk Jun, Ogos dan September, namun tahun kejadian tidak dapat dipastikannya.Katanya, ketika itu dia tidak mempunyai gajet sendiri dan hanya mengakses akaun Facebook menggunakan peranti milik ahli keluarga apabila berpeluang."Saya tidak pasti tahun bila, tapi masa itu saya 13 tahun," katanya.Sementara itu, ketika disoal peguam yang mewakili Noraidah, Shahlan Jufry, Malianah berkata, dia pasti perbualan berkenaan dihantar oleh Noraidah berdasarkan pengalamannya tinggal bersama wanita itu serta cara percakapannya ketika mereka berhubung sebelum ini."Saya pasti 100 peratus itu Ibu Zara sebab saya pernah tinggal bersama dengan dia dan perkataan 'anak haram' itu selalu keluar daripada mulutnya sewaktu saya tinggal bersama dia."Jadi saya sangat pasti ini dia," katanya.Menurut Malianah, akaun Facebook yang digunakan dalam perbualan tersebut adalah akaun atas nama Zara Qairina yang diwujudkan oleh bapanya untuk memuat naik gambar Allahyarham ketika kecil.Katanya, dia menjadi rakan Facebook kepada akaun berkenaan kerana mengetahui bapanya yang menguruskannya.Malianah berkata, bapanya turut mewujudkan akaun Facebook miliknya dan menguruskan akaun media sosial keempat-empat anaknya."Adik-beradik saya empat orang, semua Facebook kami dibuat oleh bapa |
|
BMS 2026 bawa mesej tabungan demi masa depan - Sinarharian - 6/10 9:45 am BUKIT MERTAJAM - Sambutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026 bertemakan Under the Sea membawa mesej bahawa usaha menabung sejak kecil ibarat pengembaraan penuh cabaran sebagai persediaan pendidikan demi kejayaan masa depan.Sambutan yang mengekalkan slogan Jom Jadi Superhero Anak Anda! itu mengetengahkan peranan ibu bapa sebagai penyokong utama dalam membantu anakanak mengharungi pelbagai cabaran serta meneroka pengalaman baharu dalam kehidupan.BMS dianjurkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai platform menggalakkan budaya menabung dalam kalangan masyarakat sempena Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.Program BMS 2026 berlangsung dari 25 September hingga 1 November 2026.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, BMS 2026 bukan sekadar sambutan tahunan tetapi wadah untuk menyemarakkan kesedaran masyarakat bahawa tabungan pendidikan merupakan persediaan awal dan pelaburan jangka panjang demi masa depan anakanak.Menurutnya, melalui Simpan SSPN, PTPTN terus menyediakan ruang kepada ibu bapa untuk merancang pendidikan anakanak secara lebih awal, teratur dan berhemah."Konsep BMS tahun ini membawa mesej eksplorasi dunia bawah laut sebagai simbol perjalanan membina amalan menabung, merancang kewangan dan merealisasikan impian pendidikan anak-anak."Seperti sebuah pengembaraan yang memerlukan persediaan, begitu jugalah perjalanan pendidikan yang perlu dirancang sejak awal," katanya ketika merasmikan Sambutan BMS 2026 Peringkat Negeri di Pulau Pinang pada Sabtu.Turut hadir pada program itu ialah Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.Menurutnya, bagi memeriahkan sambutan, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya Pertandingan mewarna, Pertandingan Simpan SSPN Got Talent, Pertandingan pakaian beragam, Happy Hour, Kaunter Promosi Simpan SSPN, kaunter saringan kesihatan dan reruai pameran agensi kerajaan serta swasta.Dalam pada itu, Norliza berkata, PTPTN ditubuhkan pada 1 Julai 1997 dan mula beroperasi pada 1 November 1997 sebagai manifestasi komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan tinggi dapat diakses oleh seluruh lapisan masyarakat.Katanya, sejak tahun 2004, PTPTN terus komited dalam memperkasakan amalan penabungan pendidikan melalui Simpan SSPN."Sehingga 31 Ogos 2026, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima telah mencecah RM25.86 bilion, melibatkan 7.66 juta akaun.Pencapaian ini jelas mencerminkan keyakinan dan sokongan berterusan masyarakat terhadap Simpan SSPN sebagai instrumen simpanan pendidikan bagi menjamin masa depan anak-anak," katanya.Pelbagai manfaat ditawarkanBeliau berkata, melalui Simpan SSPN, pelbagai keistimewaan dan manfaat ditawarkan antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 secara percuma bagi satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan yang dijamin kerajaan.Jelas beliau, pada tahun ini, PTPTN menganjurkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 sebagai penghargaan kepada para pendeposit, dengan hadiah hampir RM1.9 juta untuk 1,060 pemenang.Sementara itu, pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2026, Kategori Cabutan WOW! Plus Siri 2, Mohd Hasari Hasan, 46, tidak menyangka amalan menabung sejak Februari 2021 untuk anakanak melayakkan memenangi RM15,000."Saya berterima kasih kepada PTPTN kerana kini merasai manfaat daripada simpanan yang dimulakan sejak lima tahun lalu |
|
Selamat Kembali Sang Bangau - Msomelayu - 5/10 8:37 am ULASAN PAGI Berita kemasukan semula Kamarudin Jaffar (KJ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan lagi berita yang mengejutkan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |