///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Siasatan Diraja News   Page 1    



Pemandu BMW diserang sawan rempuh enam kenderaan sedang parkir - Careta - 27/08 8:02 am

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu BMW 320i itu dipercayai mengalami serangan sawan secara tiba-tiba sehingga hilang kawalan terhadap kenderaannya





PAC akan mulakan prosiding siasat TH dari 2014 hingga 2020 ???... - Mygazette - 27/08 7:58 am

# PAC akan mulakan prosiding siasat TH dari 2014 hingga 2020 Mas Ermieyati KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH). Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu dibuat susulan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi Lembaga Tabung Haji dari Tahun 2014 hingga 2020 yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu





Polis kesan sekumpulan lelaki bakar mercun di Seksyen U14 Shah Alam - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Polis kesan sekumpulan lelaki bakar mercun di Seksyen U14 Shah Alam KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah, Seksyen U14 di Shah Alam, Selangor





Kes UTC Pudu Sentral: Polis rakam keterangan wanita, pegawai Imigresen - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Kes UTC Pudu Sentral: Polis rakam keterangan wanita, pegawai Imigresen KUALA LUMPUR - Wanita yang tular susulan hantarannya berhubung pengalaman ketika berurusan dengan Jabatan Imigresen di UTC Pudu Sentral telah dirakam keterangan, Isnin lalu





Dengar jiran menjerit, dipukul, buat laporan – Hui Ying - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Dengar jiran menjerit, dipukul, buat laporan - Hui Ying GEORGE TOWN - Jiran digesa segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlaku keganasan rumah tangga di kediaman berdekatan, tanpa menganggapnya sebagai masalah peribadi keluarga terbabit





Guru KAFA ditemui di Kedah selepas hilang lima hari - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Guru KAFA ditemui di Kedah selepas hilang lima hari BAYAN LEPAS - Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan selamat di sebuah rumah di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, hari ini





Enam individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pemerdagangan bayi - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Enam individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pemerdagangan bayi KULIM - Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita berusia 24 tahun yang baharu melahirkan anak disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan bayi di Sungai Petani





Azeez, Irwan ditahan SPRM, direman esok Azeez, Irwan ditahan SPRM, direman .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

Sumber berkata, Azeez telah dipanggil SPRM untuk membantu siasatan tengah hari tadi, sebelum ditahan kira-kira jam 4 petang. Kedua-dua mereka dipercayai ditahan bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji





Tengku Puteri Seri Kemala mangkat, Kerabat Diraja Pahang kehilangan besar .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Tengku Puteri Seri Kemala mangkat, Kerabat Diraja Pahang kehilangan besar KUANTAN Kerabat Diraja Pahang diselubungi suasana hiba susulan kemangkatan Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Dato Sri Setia Aishah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, malam tadi





JAS, MPP diminta segera siasat dakwaan pencemaran sungai di Taman Desaru... - Mygazette - 27/08 7:58 am

# JAS, MPP diminta segera siasat dakwaan pencemaran sungai di Taman Desaru Utama KOTA TINGGI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) perlu melakukan siasatan segera berhubung dakwaan berlaku pencemaran sungai di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar di sini hari ini





Madinah vs barisan panel RCI Tabung Haji, rakyat tahu siapa lebih wajar dipercayai - Harapandaily - 27/08 7:28 am

Kenyataan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mengenai isu Tabung Haji (TH) dilihat terus memancing perdebatan di media sosial. Ramai mula membandingkan pandangannya dengan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat pengurusan dan operasi institusi itu dari 2014 hingga 2020





Jangan sesekali bela kaki rasuah dan pengkhianat, dahulu masa berkuasa Pas buat apa isu RCI TH - Harapandaily - 27/08 7:01 am

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya dipersoalkan dari sudut politik kerana proses penubuhan suruhanjaya itu sendiri bermula ketika beberapa pemimpin yang kini mengkritiknya masih berada dalam kerajaan





Lans koperal cedera terkena tembakan - Sinarharian - 26/08 11:24 pm

LAHAD DATU -Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) cedera pada jari dan perut selepas terkena tembakan di sebuah pos pengawal marin di sini, Selasa lalu.Mangsa yang berpangkat lans koperal kini menerima rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut."Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada jari tengah tangan kiri dan perut selepas terkena tembakan semasa seorang rakan setugasnya mengosongkan senjata api di lokasi."Mangsa telah menerima rawatan awal di Hospital Lahad Datu sebelum dirujuk ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dzulbaharin berkata, mangsa masih menerima rawatan dan dalam pemantauan lanjut oleh pihak hospital."Bagaimanapun, keadaan mangsa ketika ini dilaporkan stabil," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu berkaitan kesalahan melepaskan tembakan sehingga mencederakan mana-mana individu."Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini," katanya.





RCI TH: Rosot nilai aset bukan dicuri, henti tuduhan sakau - Harakahdaily - 26/08 10:39 pm

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary mengulas penjelasan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mengenai tuduhan ‘sakau’ dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH)





Lepas bekas CEO, kini bekas Pengerusi Tabung Haji pula ditahan SPRM - Harapandaily - 26/08 10:19 pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini menahan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli politik. Penahahan itu bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH)





Lelaki ditemukan mati dalam bilik sewa - Sinarharian - 26/08 10:00 pm

LABUAN - Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemukan mati di dalam sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di sepanjang Jalan OKK Abdullah di sini pada Rabu, dengan pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah ditemukan.Ketua Polis Labuan, Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata, mangsa yang dikenali sebagai Tan Boon Tai dari Kampung Sabanoil, Papar, Sabah, dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada lima hari.Beliau berkata, pihak polis menerima panggilan pada jam 4.55 petang dan mendapati pintu bilik tersebut berkunci dari dalam, serta terdapat bau busuk yang kuat dari dalam bilik berkenaan."Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk memecahkan pintu dan lelaki itu ditemukan terbaring di atas tilam dalam keadaan sudah mereput."Pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah mendapati tiada sebarang elemen jenayah di tempat kejadian," katanya kepada Bernama malam ini.Wan Mohd Firdaus berkata, barangan peribadi mangsa berada dalam keadaan baik, bilik tersebut dalam keadaan kemas dan tiga papan ubat yang dipercayai milik mangsa turut ditemukan."Tiada saksi melihatnya dan kejadian ini disedari selepas orang ramai mengesan bau busuk itu





Lelaki melecur, isteri simbah cuka getah ketika tidur - Sinarharian - 26/08 9:46 pm

GUA MUSANG Seorang lelaki warga emas melecur selepas dipercayai disimbah cuka getah oleh isterinya ketika sedang tidur di rumah mereka di Kampung Bertam Baru di sini pada Rabu.Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.14 pagi apabila wanita berusia 33 tahun itu bertindak sedemikian terhadap suaminya yang berusia 63 tahun.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa kemudiannya mendapatkan bantuan daripada seorang kenalan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Bertam untuk menerima rawatan awal.Menurutnya, warga emas berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan melecur."Suspek turut melecur pada bahagian perut dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan rumah tangga, namun motif sebenar masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Choon Foo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk merakam percakapan saksi serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi melengkapkan siasatan."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian ini sehingga boleh mengganggu siasatan polis," katanya.





RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi - Mypress - 26/08 9:44 pm

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah





Tiga lelaki ditahan disyaki salah kurung warga China - Sinarharian - 26/08 9:41 pm

IPOH - Tiga lelaki iaituseorang warga Jepun dan dua warga Taiwan ditahan selepasdisyaki terlibat mengurung seorang lelaki warga China secara salahdi sebuah rumah di Seri Manjung, pada Selasa.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 21 tahun itu menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira 10.30 malam yang memaklumkan telah dikurung di dalam rumah terbabit.Beliau berkata, sepasukan polis telah ke lokasi itu kira-kira 12.15 tengah malam tadi dan menahan ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun."Mangsa yang disyaki dikurung secara salah turut diselamatkan manakala siasatan awal mendapati motif suspek berbuat demikian kerana mangsa enggan mengikut kata-kata suspek."Mangsa tidak mengenali ketiga-tiga suspek," katanya dalam kenyataan.Hasbullah berkata, kesemua suspek kini direman hingga 29 Ogos ini untuk siasatan mengikutSeksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1953/63





Lelaki alami serangan sawan langgar enam kenderaan - Sinarharian - 26/08 9:14 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai mengalami serangan sawan ketika memandu sebuah BMW 320i sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan yang diparkir di bahu kiri Jalan Midah 1, Cheras, pagi Rabu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten KomisionerMohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun berkenaan sedang dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke tempat kerja di Taman Midah 1."Pemandu dipercayai mengalami serangan sawan secara tiba-tiba, menyebabkan beliau hilang kawalan terhadap kenderaan dipandu,sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan yang sedang diparkir di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, keenam-enam kenderaan yang dilanggar tiada pemandu atau penumpang ketika kejadian danmasing-masing milik empat wanita berusia 29 hingga 43 tahun, seorang lelaki berumur 39 tahun serta sebuah kenderaan milik syarikat."Tiada kecederaan dilaporkan dan kemalangan hanya mengakibatkan kerosakan pada kenderaan yang terlibat, sementara pemeriksaan awal mendapati pemandu BMW berkenaan mempunyai sejarah penyakit sawan selama kira-kira 10 tahun," katanya.Mohd Zamzuri berkata, ujian hembusan nafas yang dijalankan terhadap pemandu itu turut mendapati keputusan negatif dengan bacaan 0 miligram/100 mililiter."Kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan





Dua individu ditemukan meninggal dunia dalam kereta - Sinarharian - 26/08 9:06 pm

KUALA LUMPUR - Dua individu, masing-masing seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan wanita tempatan berusia 43 tahun, ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan awam berhadapan Super Seven, Vista Valley, di Semenyih,pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten KomisionerNaazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.54 petang mengenai penemuan kedua-dua mangsa di tempat duduk hadapan sebuah kereta jenis Hyundai Atos berwarna hijau."Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan umpilan pada kenderaan berkenaan, selain tiada kecederaan atau tanda-tanda jelas yang menunjukkan unsur jenayah pada kedua-dua mangsa."Siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa merupakan kenalan dan telah dilaporkan tidak dapat dihubungi serta tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muaz Mazlan di talian 017-9788804 bagi membantu siasatan





JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta - Mypress - 26/08 9:02 pm

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar





2.2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya PLUS - Sinarharian - 26/08 8:27 pm

PETALING JAYA - Sekitar 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Kebangsaan dan cuti persekolahan yang bakal tiba.PLUS dalam kenyataan memaklumkan, kesesakan trafik dijangka meningkat bagi tempoh 28 Ogos hingga 31 Ogos serta 4 September hingga 7 September berikutan ramai pengguna mengambil peluang memanfaatkan cuti umum dan cuti sekolah untuk membuat perjalanan."Bagi melancarkan pergerakan, PLUS menggalakkan pengguna merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual digital MyPLUS-TTA (Travel Time Advisory) menerusi Aplikasi PLUS."Pematuhan kepada jadual yang disusun berdasarkan pola trafik terdahulu itu mampu membantu mengagihkan trafik dan mengurangkan tumpuan kenderaan pada waktu puncak," menurut kenyataan itu pada Selasa.Aplikasi PLUS turut menawarkan maklumat trafik masa nyata, bantuan kecemasan (SOS), maklumat insiden, anggaran kadar tol, lokasi Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) serta maklumat perkhidmatan lebuh raya lain.Sebagai persediaan menghadapi peningkatan kenderaan, PLUS akan menambah petugas di plaza tol dan R&R, meningkatkan rondaan PLUSRonda serta memantau trafik secara berterusan melalui Pusat Pemantauan Trafik (Traffic Monitoring Centre).Selain itu, Smart Lane akan diaktifkan di 33 lokasi terpilih bagi mengurangkan kesesakan.Pengguna dinasihatkan peka dengan papan tanda Smart Lane, mengurangkan kelajuan ketika melewatinya serta dilarang menggunakan laluan kecemasan di luar lokasi pengaktifan bagi mengelakkan tindakan undang-undangPLUS turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan agensi berkaitan bagi memastikan sebarang insiden dapat ditangani dengan pantas.Dari segi kemudahan, PLUS meningkatkan penyelenggaraan kemudahan awam di R&R serta hentian sebelah dengan mengutamakan aspek kebersihan dan keselesaan, termasuk penambahbaikan surau dan tandas.Sebelum memulakan perjalanan, pengguna diingatkan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta baki kad Touch n Go atau eWallet (RFID) mencukupi, di samping pautan kad pembayaran aplikasi JustGO kekal aktif."Sekiranya berlaku masalah transaksi, pengguna boleh menekan butang interkom di lorong tol untuk bantuan."Pengguna juga digesa mematuhi had laju, mengekalkan jarak pemanduan selamat, berhemah, mengelakkan penggunaan telefon bimbit serta berehat di R&R jika memandu jarak jauh," kata kenyataan itu.Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 atau menyemak maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi PLUS dan platform media sosial rasmi PLUS.





Bekas pengerusi TH ditahan dalam siasatan berkait laporan RCI - FMT - 26/08 7:14 pm

Turut ditahan bagi membantu siasatan SPRM adalah bekas ketua setiausaha Perbendaharaan.





Dua termasuk bekas Pengerusi Tabung Haji ditahan SPRM - Hmetro - 26/08 7:13 pm

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan susulan isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH





RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan - Sinarharian - 26/08 7:10 pm

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.Memetik TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an tersebut ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.Laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.





Tun Faisal dakwa Musyawarah Nasional 2.0 kelirukan isu Tabung Haji - Harapandaily - 26/08 7:05 pm

Kenyataan bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) tidak menemukan masalah dalam Tabung Haji (TH) dipersoalkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, yang mendakwa Musyawarah Nasional 2.0 telah memberikan gambaran mengelirukan mengenai isu kewangan dan tadbir urus institusi berkenaan





Pelajar Kolej Komuniti maut motosikal bertembung ambulans - Sinarharian - 26/08 7:04 pm

JASIN - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans swasta di simpang lampu isyarat Kampung Air Merbau di sini pada Rabu.Dalam kejadian jam 9.35 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirul Asyraaf Md Azizan, 18, mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan kaki.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan sekitar jam 10.30 pagi.Menurutnya, kemalangan berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Jasin menghala ke Bemban, manakala ambulans dari arah Air Merbau menghala ke Hospital Jasin."Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan bertembung di tengah jalan di simpang tiga berlampu isyarat berkenaan."Polis mendapati pemandu ambulans dipercayai keluar dari simpang ketika lampu isyarat berwarna merah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pemandu ambulans berusia 41 tahun mengalami patah tangan, manakala dua penumpang di dalam kenderaan itu, masing-masing berusia 24 dan 81 tahun, tidak mengalami kecederaan serius.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan."Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian."Polis turut memperoleh rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada kenderaan yang berada di belakang ambulans bagi membantu siasatan," katanya.





Pengawal keselamatan ditemui meninggal dunia dalam longkang - Sinarharian - 26/08 6:58 pm

KUALA PILAH - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di dalam longkang di tepi jalan Kampung Pasir Ambor Dalam, di sini pada pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan."Berdasarkan maklumat awal, polis menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki terbaring di tepi jalan di kawasan berkenaan pada jam lebih kurang 8.40 pagi."Susulan laporan tersebut, Ketua Polis Balai Kuala Pilah bersama Pegawai Penyiasat telah hadir ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemui di dalam sebuah longkang berhampiran jalan, dengan terdapat ranting serta batang pokok yang patah di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan pukulan, kelar atau tanda-tanda pergelutan yang boleh mengaitkan unsur jenayah.Menurutnya, siasatan awal turut mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan sejak kecil dan berdasarkan keterangan ahli keluarga, mangsa pernah mengalami keadaan tidak sedarkan diri selepas mengalami serangan sawan."Hasil daripada bedah siasat, punca sebenar kematian adalah tidak diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.Muhamad Mustafah berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.





Insiden Taman Tema: Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Teknikal, Siasatan Polis Amirudin - Siakapkeli - 26/08 6:57 pm

Kerajaan Selangor masih menunggu laporan teknikal polis berhubung insiden roller coaster di Sunway Lagoon yang menyebabkan 10 pengunjung cedera pada Sabtu.





Penunggang motosikal patah kaki, tangan dilanggar kereta buat pusingan U - Sinarharian - 26/08 6:49 pm

KUALA LUMPUR Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta yang dipercayai membuat pusingan U di Jalan Kampung Pandan berhampiran persimpangan Jalan Wira 8, Kampung Pandan di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 20 tahun mengalami patah kaki kiri dan pergelangan tangan kanan.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian membabitkan motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 18 tahun."Seorang penumpang lelaki berusia 25 tahun turut berada dalam kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Zamzuri berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal sedang bergerak terus dari arah Jalan Ampang Hilir menghala ke Bulatan Kampung Pandan."Sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai membuat pusingan U sebelum melanggar bahagian tepi kanan motosikal berkenaan," katanya.Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh di atas jalan raya sebelum mengalami kecederaan."Mangsa dibawa ke Hospital Gleneagles untuk menerima rawatan lanjut dan ditahan di wad hospital."Pemandu serta penumpang motokar tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Mohd Zamzuri berkata, siasatan lanjut mendapati pemandu kereta terbabit membuat pusingan U berdasarkan panduan aplikasi navigasi kerana tidak biasa dengan laluan berkenaan."Ujian pernafasan yang dijalankan terhadap pemandu mendapati bacaan alkohol adalah negatif."Rakaman keterangan saksi di tempat kejadian turut mengesahkan pemandu berkenaan tidak memandu dalam keadaan mabuk," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan."Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee ditalian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.





PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena Hari Kebangsaan, cuti sekolah - Sinarharian - 26/08 6:23 pm

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik mencecah 2.2 juta kenderaan di lebuh raya kendaliannya pada hari-hari puncak sepanjang 28 hingga 31 Ogos serta 4 hingga 7 September sempena sambutan Hari Kebangsaan dan cuti persekolahan.Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi Aplikasi PLUS bagi membantu mengagihkan aliran trafik dan mengurangkan tumpuan kenderaan pada waktu puncak."Aplikasi PLUS juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat trafik secara masa nyata, bantuan kecemasan (SOS), maklumat insiden, anggaran kadar tol, lokasi kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) serta maklumat perkhidmatan lebuh raya lain bagi memudahkan perancangan sebelum dan sepanjang perjalanan," menurut PLUS dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, PLUS berkata, pihaknya meningkatkan persediaan dengan menambah petugas di plaza tol dan kawasan R&R, mempertingkat rondaan PLUSRonda serta memantau keadaan trafik secara berterusan menerusi Pusat Pemantauan Trafik.PLUS juga akan mengaktifkan Smart Lane di 33 lokasi terpilih bagi membantu melancarkan trafik di kawasan yang dikenal pasti berpotensi mengalami kesesakan.Pengguna dinasihatkan supaya peka terhadap papan tanda Smart Lane dan mengurangkan kelajuan ketika menggunakan laluan itu, selain tidak menggunakan laluan kecemasan di luar lokasi pengaktifan Smart Lane bagi mengelakkan tindakan undang-undang.PLUS turut akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan agensi berkaitan bagi memastikan sebarang insiden di lebuh raya dapat ditangani dengan segera.Bagi menghadapi peningkatan jumlah pengguna, kerja penyelenggaraan kemudahan awam di kawasan R&R dan hentian turut dipertingkat dengan memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan keselesaan, termasuk surau dan tandas.PLUS turut menasihatkan pengguna memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, selain memastikan baki kad Touch n Go atau e-dompet mencukupi dan pautan kad pembayaran pada aplikasi JustGO kekal aktif.Pengguna lebuh raya yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PLUSLine di 180088-0000, manakala maklumat trafik terkini boleh diakses melalui Aplikasi PLUS dan platform media sosial rasmi PLUS dari semasa ke semasa





Dakwa Dipecat Kerana Pergi Solat, Momoyo Malaysia Kini Jalankan Siasatan - Lobakmerah - 26/08 6:21 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Gerun kepada Allah: Kerajaan sahut titah Agong siasat penyelewengan TH hingga ke lubang cacing - Mydateline - 26/08 6:00 pm

Tindakan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, ..





RCI Tabung Haji: UMNO, Pas takut bayang-bayang sendiri - Aziz Bari - Sinarharian - 26/08 6:00 pm

IPOH - UMNO dan Pas disifatkan seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri apabila mempertikaikan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu Tabung Haji (TH).Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, tindakan kedua-dua parti berkenaan termasuk mengadakan seminar dan mendesak penubuhan RCI baharu adalah sesuatu yang ganjil selepas laporan RCI berkenaan didedahkan.Menurutnya, UMNO dan Pas perlu menerima hakikat bahawa suruhanjaya berkenaan ditubuhkan dan menyiapkan laporannya ketika kedua-dua parti itu sendiri berada dalam kerajaan."Suruhanjaya tersebut ditubuhkan serta menjalankan fungsinya mengikut kehendak undang-undang sebagaimana diperuntukkan oleh Akta Suruhanjaya Siasatan 1950."Justeru, mereka harus akur dengan hasilnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Selasa, program Musyawarah Nasional bertajuk Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan TH berlangsung di Premiera Hotel Kuala Lumpur.Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan, Ahmad Zahid bersetuju dengan cadangan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menubuhkan badan khas di bawahnya bagi menjalankan siasatan terhadap pengurusan Lembaga TH bagi tempoh selepas 2017 hingga kini.Abdul Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah bertitah supaya tindakan diambil serta mengingatkan agar mereka yang terlibat dalam isu berkenaan dicari hingga ke 'lubang cacing'.Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan UMNO dan Pas mengadakan seminar serta mahu RCI baharu adalah tidak selaras dengan perkara berkenaan kerana tempoh untuk siasatan sudah berakhir."Masa untuk siasatan sudah berlalu dan sekarang adalah masa untuk bertindak."UMNO dan Pas seakan-akan takut dengan bayang-bayang sendiri





PDRM bantu AKPS, Imigresen, Kastam bendung ketirisan pintu masuk - Sinarharian - 26/08 5:39 pm

RANTAU PANJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus membantu agensi penguat kuasa di pintu masuk negara bagi membendung ketirisan dan kepincangan yang boleh menjejaskan keselamatan sempadan pada masa depan.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, penugasan di pintu masuk negara adalah di bawah agensi berkaitan termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.Menurut beliau, bagaimanapun pihak polis sentiasa bersedia untuk membantu agensi terbabit bagi memastikan sebarang kelemahan atau ketirisan dapat dibendung daripada terus berlaku."Untuk penugasan di pintu masuk ia adalah di bawah agensi-agensi seperti AKPS, Imigresen dan juga Kastam."Pihak polis sentiasa bersedia untuk membantu bagi memastikan tidak lagi berlaku ketirisan dan kepincangan bukan sahaja di sempadan tetapi juga di pintu-pintu masuk," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.Sebelum itu beliau mengadakan tinjauan di sempadan berhampiran pangkalan haram Lubok Gong di sini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.Ujar beliau, arahan berhubung perkara itu turut diterima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), khususnya Menteri Dalam Negeri, supaya PDRM membantu agensi berkaitan dalam memastikan kawalan di pintu masuk negara diperkasakan."Saya menerima arahan daripada pihak kementerian, daripada Menteri Dalam Negeri sendiri untuk membantu agensi-agensi yang berkaitan supaya kita dapat memastikan perkara-perkara yang berkaitan itu dapat dikekang pada masa-masa akan datang," katanya.Dalam perkembangan lain, Mohd Khalid memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan berterusan bagi mengesan mana-mana individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan bertentangan dengan undang-undang, termasuk dakwaan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia pada 29 Julai lalu kerana disyaki menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah jenis ekstasi dan syabu yang ditahan di negara berkenaan.Jelas beliau, perkara berkenaan wajar diserahkan kepada pihak yang menjalankan siasatan dan PDRM akan terus mengambil tindakan berdasarkan hasil siasatan."Biar kita serahkan kepada pihak yang berkenaan





Pegawai penyiasat digantung tugas, didakwa salah laku dengan isteri OKT - Sinarharian - 26/08 5:12 pm

RANTAU PANJANG - Pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku dengan seorang isteri orang kena tahan (OKT) bersabit dadah, digantung tugas sementara.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, ia bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan telus dan sempurna selepas pihaknya menerima aduan berhubung salah laku pegawai berkenaan.Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang."Kita dah ambil tindakan supaya gantung sementara penugasan beliau (pegawai penyiasat) sehingga siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna."Saya ingin tegaskan





Lumba haram di Linkedua disyaki babit pertaruhan RM15,000 - FMT - 26/08 5:06 pm

Polis Bukit Aman berkata perkara itu diperoleh hasil soal siasat ke atas suspek ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.





PAC akan mulakan siasatan dapatan RCI Tabung Haji - Mkini - 26/08 5:04 pm

Kata Mas Ermieyati, PAC itu akan merujuk pelbagai dokumen termasuk laporan Ketua Audit Negara dan laporan firma PwC





Insiden Taman Tema: Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Teknikal, Siasatan Polis – Amirudin - Mydateline - 26/08 5:00 pm

Pihak kerajaannegeri Selangor masih menunggu laporan teknikal berhubung insiden membabitkan permainanroller coasterdi Taman Tema Sunway Lagoon pada Sabtu dan mengakibatkan10 pengunjung cedera





Lumba Haram Linkedua Dipercayai Libatkan Perjudian RM15,000, Pempengaruh Turut Ditahan - Careta - 26/08 4:58 pm

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, perkara itu diketahui berdasarkan hasil soal siasat terhadap suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kejadian berkenaan





Pelajar kolej maut motosikal ‘melekat’ rempuh ambulans?? - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Pelajar kolej maut motosikal 'melekat' rempuh ambulans JASIN Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah ambulans di simpang tiga lampu isyarat Ayer Merbau, di sini, pagi tadi





Tutup lebuh raya untuk berlumba: 3 lagi direman hari ini - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Tutup lebuh raya untuk berlumba: 3 lagi direman hari ini KULAI - Tiga lelaki yang ditahan awal pagi tadi bagi membantu siasatan susulan video tular menutup jalan, menahan kereta untuk berlumba motosikal di Lebuhraya Linkedua di sini, direman bermula hari ini





Polis rakam keterangan pegawai JIM, wanita isu hantaran tular UTC Pudu - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Polis rakam keterangan pegawai JIM, wanita isu hantaran tular UTC Pudu KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam percakapan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung hantaran tular mengenai dakwaan seorang individu dimalukan ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral, baru-baru ini





Penemuan mayat dililit jaring: Peniaga didakwa miliki pistol tanpa .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Penemuan mayat dililit jaring: Peniaga didakwa miliki pistol tanpa kebenaran KLUANG - Seorang peniaga kenderaan terpakai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tanpa kebenaran sah, awal bulan ini





Gulam Mustakim persoal kepercayaan kerajaan terhadap agensi audit negara - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Gulam Mustakim persoal kepercayaan kerajaan terhadap agensi audit negara KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Batu, DatukGulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa lebih mempercayai laporan firma audit antarabangsa, Pricewaterhousecoopers (PwC) berbanding Jabatan Audit Negara (JAN). Beliau berkata, ia susulan penjelasan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad yang mendakwa beliau dinafikan hak untuk menghadiri prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini





RCI TH: Nak dedah, dedah penuh, bukan separuh-separuh ??? Akmal Saleh - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# RCI TH: Nak dedah, dedah penuh, bukan separuh-separuh Akmal Saleh KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertahankan desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu mengenai Lembaga Tabung Haji (TH)ditubuhkan bagi menyiasat semula isu pengurusan institusi berkenaan





Ismail Sabri sah didakwa esok - Mygazette - 26/08 4:53 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, jam 9 pagi esok





PAC, RCI baharu TH hanya taktik lengahkan tindakan undang-undang – .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# PAC, RCI baharu TH hanya taktik lengahkan tindakan undang-undang - Puad KUALA LUMPUR - Cadangan supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menubuhkan badan khas untuk menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) serta gesaan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua didakwa hanya untuk melengahkan tindakan pihak berkuasa





Siasatan kematian banduan di Penjara Marang sedang dijalankan - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Siasatan kematian banduan di Penjara Marang sedang dijalankan KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kematian seorang banduan lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai dipukul beberapa banduan lain di Penjara Marang, Terengganu, Isnin lalu





Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebas dengan jaminan RM10,000 - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk dibebas dengan jaminan RM10,000 GEORGE TOWN - Pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 selepas selesai menjalani reman selama seminggu bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dalam penjualan tanah milik kerajaan yang dipercayai menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta





Pemuda UMNO tekad pertahan Islam, martabat Melayu dan institusi diraja - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Pemuda UMNO tekad pertahan Islam, martabat Melayu dan institusi diraja KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan agama Islam, memartabatkan bangsa Melayu serta memelihara institusi Raja-Raja Melayu





2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# 2 ADUN Bersatu Pahang sokong Wan Rosdy hingga PRN-16 KUANTAN Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Jasri Jamaludin (Kuala Sentul) dan Datuk Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar) menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16





RCI: Fahami konsep `prudence’ dalam akaun TH – Sheikh Umar?? - Mygazette - 26/08 4:53 pm

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebelum ini mempertahankan laporan JAN yang merekodkan TH mencatat keuntungan bersih RM3.4 bilion pada 2017. Namun, katanya, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH pula menyatakan semakan PwC mendapati institusi itu mengalami kerugian sekitar RM1.4 bilion





Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih ???tiang gol???... - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Akmal diminta terima dapatan RCI Tabung Haji, bukan alih tiang gol - AMK KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh didakwa cuba mengalihkan fokus terhadap isu sebenar selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji didedahkan kepada umum





Kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan diburu polis - Sinarharian - 26/08 4:52 pm

SHAH ALAM - Sekumpulan lelaki giat dikesan polis untuk siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah Seksyen U14 di sini.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, laporan dibuat Ketua Polis Balai Bukit Jelutong pada Rabu berkaitan penularan video insiden terbabit.Menurutnya, kejadian disyaki berlaku sekitar jam 4.22 petang, Selasa semasa perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden Setia Alam."Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam aktiviti membakar mercun ini dan saksi yang berada di tempat kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076.Sebelum itu, insiden itu tular di media sosial aplikasi Threads menyatakan terdapat kejadian sekumpulan lelaki membakar mercun di lokasi terbabit.





Thailand mohon PDRM bantu kesan pergerakan kumpulan pemisah - Kosmo - 26/08 4:45 pm

RANTAU PANJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa pihak berkuasa Thailand meminta bantuan untuk mengesan sebarang pergerakan individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pemisah yang dipercayai terlibat dalam kejadian letupan bom di tiga wilayah selatan negara berkenaan baru-baru ini





Ibu bersalin antara 6 ditahan, disyaki terlibat kes pemerdagangan bayi - Sinarharian - 26/08 4:29 pm

KULIM - Polis menahan enam individu tempatan termasuk wanita yang disyaki mendaftar menggunakan dokumen pengenalan diri individu lain semasa melahirkan bayi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani pada Jumaat.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan sejurus melahirkan bayi lelaki di hospital terbabit bersama tiga wanita dan dua lelaki lain berusia antara 27 hingga 50 tahun.Menurutnya, kesemua suspek ditahan bagi siasatan kes membabitkan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)."Siasatan awal mendapati modus operandi disyaki menggunakan ibu hamil tanpa nikah menggunakan identiti wanita lain bagi tujuan pendaftaran, pemeriksaan, rawatan kehamilan dan proses kelahiran di sebuah pusat bersalin swasta serta apabila didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."Jadi dalam enam orang suspek ini, salah seorang tawar pada wanita sebelum bersalin lagi..





Insiden Sunway Lagoon: Selangor tunggu laporan teknikal, siasatan polis - Mkini - 26/08 4:28 pm

Menteri Besar Amirudin Shari berkata pihaknya sedang menunggu laporan teknikal daripada pihak polis selain akan menjalankan siasatan menyeluruh.





PDRM bantu Thailand kesan ejen BRN - Sinarharian - 26/08 4:21 pm

RANTAU PANJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Thailand untuk membantu mengesan kemungkinan pergerakan individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) di kawasan sempadan kedua-dua negara.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya menerima permintaan daripada polis dan tentera Thailand untuk membantu mengesan serta mendapatkan maklumat berkaitan pergerakan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan berkenaan.Menurut beliau, kerjasama itu dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan pihak berkuasa dari negara jiran berkenaan, termasuk menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat lanjut."Setakat ini kita ada dapat permintaan daripada pihak polis dan tentera Thailand untuk mencari atau membantu sebarang pergerakan yang mungkin terdapat ejen-ejen ataupun mereka yang berkaitan dengan BRN dan sebagainya."Jadi kita akan menjalankan siasatan dan cuba mendapatkan maklumat lanjut serta membantu dalam menyelesaikan isu tersebut," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.Sebelum itu beliau mengadakan tinjauan di sempadan berhampiran pangkalan haram Lubok Gong di sini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.Media sebelum itu melaporkan Thailand meningkatkan operasi keselamatan di tiga wilayah sempadan selatannya - Narathiwat, Pattani dan Yala - susulan siri serangan arson pada hujung minggu, dengan pihak berkuasa mempergiat usaha mengesan pelaku insiden berkenaan.Menurut Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (NSC) Chatchai Bangchuad, Perdana Menteri Anutin Charnvirakul telah mengarahkan agensi keselamatan untuk menilai situasi semasa, manakala Markas Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (Isoc) Wilayah 4 menempatkan anggota bagi mengawal kawasan yang terjejas.Mohd Khalid memberitahu, permintaan berkaitan perkara itu bukan sesuatu yang baharu, malah PDRM sudah menerimanya sejak sebelum ini dan tindakan akan diambil dari semasa ke semasa mengikut keperluan.Ujarnya, setakat ini pihak berkuasa Thailand belum menyerahkan sebarang senarai individu dikehendaki secara khusus kepada PDRM berkaitan perkara berkenaan.'Daripada dulu lagi perkara ini memang kita terima, tetapi kita akan melaksanakan dari masa ke semasa segala perkara yang diminta oleh mereka," katanya.





RCI TH: Kerajaan jamin tegas, siasat ke lubang cacing – Zulkifli - Kosmo - 26/08 4:21 pm

PETALING JAYA – Kerajaan memberi jaminan akan memastikan tindakan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji diselesaikan secara tegas dan menyeluruh





RCI TH dah siap, kenapa Umno-Pas masih mahu pusing cerita? - Harapandaily - 26/08 4:10 pm

Polemik berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji terus menjadi perhatian apabila Umno dan Pas didakwa cuba mengalihkan fokus daripada tindakan susulan kepada cadangan siasatan baharu




Reformasi     >>



Video : RCI dah siap, SPRM pun dah siasat, forum .. - Harapandaily
The post Video : RCI dah siap, SPRM pun dah siasat, forum dihadiri BN-PN politikkan isu RCI Tabung Haji appeared first on Harapan Daily .
Kroni     >>



Aset risikan AS rosak cecah berbilion dolar akibat .. - Utusan
TEHERAN: Serangan peluru berpandu dan dron Iran menyebabkan kemusnahan luar biasa terhadap kemudahan risikan dan peralatan pengawasan Amerika Syarikat (AS) di seluruh Asia Bara yang mencecah kos berbilion dolar. Menurut laporan NBC News yang memetik empat sumber, serangan tersebut merosakkan ..
Tabloid     >>



Tunjuk kemampuan bukan cipta kontroversi murahan di .. - Hmetro
NAMA Qistina Khaled mungkin masih kedengaran baharu bagi sesetengah peminat drama tempatan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google Pixel 11 Pro XL in for review - Gsmarena
Today, we got the new Pixel 11 lineup on our doorstep, so it's time to start unboxing them one by one. The new phones made somewhat of a negative initial impression for keeping things mostly unchanged, but there are some novelties. Let's dive in! From left to right - Google Pixel 11, Pixel 11 Pro, and the Pixel ..
World     >>



UAE president's letter to elderly Saudi king seen as .. - Middleeasteye
UAE president's letter to elderly Saudi king seen as jab at Crown Prince Submitted by Sean Mathews on Wed, 08/26/2026 - 14:18 Handwritten letter viewed as attempt to bypass powerful Crown Prince Mohammed bin Salman UAE President Sheikh Mohamed bin Zayed al-Nahyan (R) meeting with Saudi Crown ..
Motor Trend     >>



Motosikal Sym Drgbt 160 Baharu Lancar Di China – .. - Mekanika
# SYM DRGBT 160 BAHARU LANCAR DI CHINA - DENGAN CORNERING ABS, 15.8HP **SYM memperkenalkan skuter DRGBT baharu yang telah dinaik taraf bagi tahun 2026. ** Jika model generasi kedua sebelum ini sudah mencuri perhatian menerusi reka bentuk agresif serta sistem Hyper-SVIS, model 2026 membawa ..